3
Bincangkan cerita kura-kura dan arnab . Terangkan pengajaran moral yang terdapat dalam cerita ini. Suatu ketika dulu, seekor arnab dan seekor kura-kura mengadakan suatu perlumbaan untuk menyelesaikan perselisihan bahawa siapa boleh berlari lebih cepat. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan (track) yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Mereka memilih suatu hari yang sesuai untuk memulakan perlumbaan itu. Pada permulaan, arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura berjalan dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terkejut dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat. Pengajaran dari cerita ini ialah biar pun lambat asalkan berhati-hati memberi pengakhiran yang baik. Inilah cerita yang telah disampaikan oleh emak ayah, datuk nenek kita turun temurun sejak dulu. Tapi cerita itu tidak berakhir di situ, ada sesuatu yang lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi... Arnab sangat kecewa kerana kalah dalam perlumbaan itu. Dia cuba mengkaji semula punca yang menyebabkan dia kalah. Kemudian dia menyedari bahawa kekalahan itu hanya disebabkan dia terlebih yakin (overconfident), tidak cermat dan lalai. Arnab berpendapat bahawa sekiranya dia bersikap lebih berhati-hati, tentu dia dapat mengalahkan kura-kura tersebut. Kemudian dia mencabar kura-kura untuk berlumba sekali lagi dan kura-kura turut bersetuju. Kali ini, arnab lari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga sampai ke garisan penamat dan akhirnya dia menjadi pemenang dalam perlumbaan itu. Pengajaran dari cerita ini ialah cepat dan berhati-hati lebih baik daripada lambat dan berhati-hati. (It's good to be slow and steady, but it's better to be fast and reliable.) Tetapi cerita itu tidak berakhir di situ, ada lagi yang lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi... Selepas kalah dalam perlumbaan itu, kura-kura juga berfikir dan mengkaji. Dia menyedari bahawa dia tidak akan dapat mengalahkan arnab jika perlumbaan itu diadakan melalui jalan-jalan yang sama. Kemudian, dia

kura-kura dan arnab.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kura-kura dan arnab.docx

Bincangkan cerita “kura-kura dan arnab” . Terangkan pengajaran moral yang terdapat dalam cerita ini.

Suatu ketika dulu, seekor arnab dan seekor kura-kura mengadakan suatu perlumbaan untuk menyelesaikan perselisihan bahawa siapa boleh berlari lebih cepat. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan (track) yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Mereka memilih suatu hari yang sesuai untuk memulakan perlumbaan itu. Pada permulaan, arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura berjalan dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terkejut dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat. Pengajaran dari cerita ini ialah biar pun lambat asalkan berhati-hati memberi pengakhiran yang baik.

Inilah cerita yang telah disampaikan oleh emak ayah, datuk nenek kita turun temurun sejak dulu. Tapi cerita itu tidak berakhir di situ, ada sesuatu yang lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi...

Arnab sangat kecewa kerana kalah dalam perlumbaan itu. Dia cuba mengkaji semula punca yang menyebabkan dia kalah. Kemudian dia menyedari bahawa kekalahan itu hanya disebabkan dia terlebih yakin (overconfident), tidak cermat dan lalai. Arnab berpendapat bahawa sekiranya dia bersikap lebih berhati-hati, tentu dia dapat mengalahkan kura-kura tersebut. Kemudian dia mencabar kura-kura untuk berlumba sekali lagi dan kura-kura turut bersetuju. Kali ini, arnab lari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga sampai ke garisan penamat dan akhirnya dia menjadi pemenang dalam perlumbaan itu.Pengajaran dari cerita ini ialah cepat dan berhati-hati lebih baik daripada lambat dan berhati-hati. (It's good to be slow and steady, but it's better to be fast and reliable.)

Page 2: kura-kura dan arnab.docx

Tetapi cerita itu tidak berakhir di situ, ada lagi yang lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi...

Selepas kalah dalam perlumbaan itu, kura-kura juga berfikir dan mengkaji. Dia menyedari bahawa dia tidak akan dapat mengalahkan arnab jika perlumbaan itu diadakan melalui jalan-jalan yang sama. Kemudian, dia mencabar arnab untuk mengadakan satu lagi perlumbaan tapi kali ini perlumbaan itu harus mengikut jalan-jalan yang lain dan arnab pun bersetuju. Perlumbaan dimulakan, arnab berlari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga dia sampai di sebatang sungai yang lebar. Arnab berjalan mundar-mandir di situ sambil berfikir apa yang harus dilakukannya untuk sampai ke garisan penamat di seberang sungai tersebut kerana dia tidak tahu berenang.. Sementara itu, kura-kura berjalan perlahan-lahan dan dia berenang menyeberangi sungai tersebut kemudian berjalan sehingga tiba di garisan penamat. Kali ini, kura-kura yang memenangi perlumbaan itu.

Pengajaran dari cerita ini ialah kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.

Cerita ini belum berakhir...

Disebabkan tiga perlumbaan sebelum ini, arnab dan kura-kura telah menjadi kawan baik. Mereka membuat kajian dan berfikir bersama-sama. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan terakhir tetapi kali ini mereka akan berlumba secara berpasukan. Perlumbaan pun dimulakan. Arnab membawa kura-kura lari sepantas mungkin tanpa berhenti sehingga sampai ke tebing sungai. Di sini, kura-kura pula mengambil alih. Dia berenang menyeberangi sungai tersebut dengan membawa arnab di belakangnya. Apabila tiba di seberang sana, arnab lagi sekali membawa kura-kura berlari sehingga mereka sama-sama sampai ke garisan penamat. Di dalam perlumbaan terakhir ini, kedua-duanya sangat berpuas hati jika dibandingkan dengan perlumbaan-perlumbaan sebelum ini.

Pengajaran dari cerita ini ialah walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik

Page 3: kura-kura dan arnab.docx

berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Perhatikan dalam cerita di atas, kura-kura dan arnab masing-masing tidak berputus asa. Mereka sentiasa berusaha keras untuk memenangi perlumbaan demi perlumbaan walaupun ada ketikanya mereka terpaksa menukar strategi perlumbaan. Dalam bidang pendidikan, kadang-kadang guru-guru harus berusaha dengan giat malah ada juga ketika yang perlu menukar strategi dan mencuba sesuatu yang baru agar dapat hasil yang memuaskan. Selain itu, kerja berpasukan adalah perlumbaan untuk mengubah situasi dan suasana ke arah kebaikan. Bidang pendidikan tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak. Setiap individu di sekolah adalah sangat penting. Maka, sebagai seorang guru, kita harus mampu mencapai sesuatu yang lebih baik dengan bekerjasama secara berpasukan.