Upload
abdul-aziz-mohd-nor
View
349
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Asas-asas muamalat Islam seperti larangan riba dan gharar, kontrak-kontrak pembiayaan
Citation preview
KURSUSASAS FIQH MUAMALAT
ISLAM
Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba
Surau AssyakirinTaman Pinggiran USJ
16 Jamadil Akhir 14365 April 2015
Waktu Topik
8:30 – 10:30am
Pengenalan Muamalat Islam
Larangan Riba & Gharar
Riba Dalam Jual-Beli Emas, Forex & Skim Piramid
10:30 – 11:00am
Rehat
11:00 – 1:00pm
Rukun & Syarat Jual-Beli (Akad)
Memilih Pelaburan Saham & Unit Trust
Pembiayaan Rumah & Kenderaan
1:00pm Bersurai
Topik-Topik Kursus Hari Ini22
Pengenalan Muamalat Islam
Prinsip-Prinsip Muamalat4
Prinsip Keadilan: Memastikan tiada siapa dalam jual-beli mengainiaya orang lain
Prinsip Ketelusan: Setiap orang yang terlibat mesti berkongsi maklumat yang perlu. Kesilapan dalam berkongsi maklumat boleh menjadikan jual-beli itu terbatal
Prinsip Maslaha: Sesuatu transaksi mesti memenuhi kebaikan umum dan memenuhi tuntutan objektif Shariah iaitu memelihara akidah, nyawa, harta, keturunan dan akal
Definasi Muamalat
• Asas panduan ini adalah berasaskan Al-Quran dan Hadis
• “Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (Az-Zariyat: 56)
• Dari segi bahasa, muamalat bererti perhubungan (interaction)
• Muamalat ialah segala aktiviti yang melibatkan perhubungan antara manusia dengan manusia, manusia itu makhluk sosial
• Islam adalah syumul, memberikan garis panduan lengkap untuk menjalankan semua aktiviti muamalat
5
Kenapa Wajib Belajar Ilmu Muamalat Islam?
Menuntut ilmu adalah wajib
Semua orang terlibat dalam sistem muamalat
Majoriti rezeki berpunca dari muamalat, cetek ilmu muamalat menyebabkan mudah terjebak ke kancah perkara haram
Nabi bersabda, “Setiap daging badannya yang tumbuh daripada benda yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu.” (Hadis riwayat Ahmad & Tirmizi)
6
Larangan Riba
Definasi Riba
Mazhab Hanafi: Riba sebagai lebihan yang tidak setara tukarannya mengikut ukuran yang diakui syarak dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang berkontrak dalam kontrak pertukaran.
8
Dari segi harfiah atau bahasa – erti riba ialah lebih, biak, kembang, bertambah atau subur di atas sesuatu daripada ukuran asal atau jumlah
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba”. (Al-Baqarah: 275)
Dalil Pengharaman Riba9
Dalil Pengharaman Riba
Hadith daripada Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, orang yang mewakilinya, orang yang membuat catatan mengenainya dan orang yang menjadi saksinya. Kemudian beliau bersabda, “Mereka itu semuanya sama.” (H.R. Muslim no. 2995, kitab Al Masaqqah).
10
Nabi bersabda: “Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya…” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
Amaran Allah Berkenaan Riba11
“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa” (Al-Baqarah ayat 279)
Pendapatan Maybank
Hampir RM10 billion pendapatan dari riba !
*Dipetik dari laporan kewangan Kumpulan Maybank untuk tahun 2014
12
Pemegang Saham Terbesar Maybank
*Dipetik dari lapuran tahunan Kumpulan Maybank 2014
13
… adalah pemegang saham terbesar Maybank sebanyak 43.68%… adalah pemegang saham kedua terbesar Maybank sebanyak 12.82%
JUMLAH
56.50%
2013
2014
Amanah Saham Bumiputera (ASB)14
*Dipetik dari lapuran tahunan ASB 2014
• Pelaburan pokok ASB dijamin oleh PNB• Ada 8,619,092 pelabur
Riba Dalam Pelaburan KWSP15
Mengikut lapuran tahunan 2103, KWSP melabur dalam semua bank konvensional di Malaysia yang berasaskan riba
KWSP tidak pernah mengeluarkan lapuran tentang peratusan pelaburan patuh atau tidak patuh shariah
Dalam surat KSWP pada Persatuan Pengguna Islam Malaysia, KWSP mengesahkan pelaburannya tidak patuh shariah
KWSP menjanjikan dividen minima 2.5%
PTPTN16
Ditubuhkan pada tahun 1997
Sebelum 2012, pinjaman PTPTN adalah kontrak pinjaman berasakan riba (3%)
Pinjaman PTPTN ditukarkan kepada kontrak berasaskan ujrah (1%) pada tahun 2012
Jumlah peminjam 2.1 juta orang
Jumlah yang gagal bayar balik 552,000 orang
Jenis-Jenis Riba17
RIBA
Riba Al-Duyun (Riba
Pinjaman)
Riba Al-Buyu’
(Riba Jual-Beli)
Riba Al-Qardhu
Riba Al-Jahiliah
Riba Al-Fadhl
Riba An-Nasiah
Riba Al-
Quran
Riba Al-
Hadis
Riba Al-Duyun
Riba dalam bab pinjaman, ada dua jenis: Riba Al-Qardhu’ – apa-apa penambahan yang
disyaratkan semasa berkontrak dalam bab hutang/pinjaman ekoran daripada bayaran tertangguh iaitu mengambil apa-apa manfaat dari hutang
18
Riba Jahiliah – denda atau tambahan yang dikenakan kepada hutang apabila belaku kelewatan bayaran
Contoh-Contoh Riba Al-Duyun
• Melabur RM10,000. dan mendapat janji pulangan 10% sebulan
• Riba Al-Qardhu
• Memberi RM10,000 dan mendapat janji untung mempunyai sifat sama seperti pinjaman berunsurkan riba sebab pulangan tiada risiko
19
• Ahmad memberi pinjaman RM1,000 kepada Bakar, dengan janji memulangkan RM1,100
• Riba Al-Qardhu
• Lebihan RM100 yang disyaratkan adalah riba
• Yusuf mengenakan denda RM100 kepada Daud sebab lambat bayar hutang RM5,000
• Riba Al-Jahiliah
• Mengambil denda atau manfaat adalah dilarang orang syarak ke atas semua jenis hutang
Contoh-Contoh Riba Al-Duyun20
Ahmad adalah seorang peniaga kedai runcit
Ahmad memberi hutang RM5,000 kepada Yusof dan meminta Yusof membeli barang dari kedainya sebagai syarat beri hutang
Riba Al-Qardhu sebab mendapat manfaat daripada hutang
Ahmad memberikan “hibah” RM1,000 kepada Yusof
Selepas sebulan disyaratkan Yusof pula memberikan “hibah” RM1,300 kepada Ahmad
Transaksi ini sebenarnya adalah hutang bertopengkan hibah
Niat/akad tidak menghalalkan cara Riba Al-Qardhu sebab mendapat
manfaat dari hutang
Adakah Ini Riba Al-Duyun?21
• Menjual kain dengan harga RM100 tunai atau harga RM150 bayar 3 bulan.
• Memberi pinjaman RM1,000, peminjam memulangkan RM1,100
• Diharuskan kerana peningkatan pada harga barang, bukan wang.
• Subjeknya adalah kain, bukan wang
• Lebihan RM100 halal jika tidak dijanjikan atau dikias-kiaskan semasa meminjam
• Peminjam ingin menghadiahkan RM100 (hibah) sebab telah menolongnya dalam kesusahan
Kenapa Islam Mengharamkan Riba
Islam adalah cara hidup yang berteraskan keadilan, riba diharamkan kerana menyebabkan kezaliman yang ketara
Memastikan pendapatan yang halal lagi bersih, makanan halal dan amalan serta do’a diterima Insha Allah
Islam sangat menggalakkan umatnya berusaha dan mendapat hasil dengan mengambil risiko munasabah, tetapi riba menggalakkan kita menjadi malas
22
Islam sangat menggalakkan perkongsian dalam perniagaan (kontrak musyarakah atau mudarabah), bertujuan mengukuhkan ukhwah, dan untung berkemungkinan lebih besar dari riba
Riba adalah punca utama krisis kewangan dunia
Riba Dalam Jual-Beli Emas, Forex & Skim Piramid
Jenis-Jenis Riba24
RIBA
Riba Al-Duyun (Riba
Pinjaman)
Riba Al-Buyu’
(Riba Jual-Beli)
Riba Al-Qardhu
Riba Al-Jahiliah
Riba Al-Fadhl
Riba An-Nasiah
Riba Al-
Quran
Riba Al-
Hadis
Dalil Riba Al-Buyu’25
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus sama dengan sama, senilai dengan senilai, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semahu kamu selama dilakukan antara tangan dan tangan.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit r.a., dan lafaz ini milik Muslim)
Barang-Barang Ribawi26
Barang ribawi – silap transaksi barang ini boleh terdapat unsur riba
Dibahagi mengikut ‘illah – adalah sesuatu alasan atau sifat yang menyebabkan sesuatu hukum boleh berlaku
Harga (Thaman) Makanan Asasi
Emas Perak Barli Kurma Gandum Garam
Makanan Asasi Adalah Barangan Ribawi27
Beras tidak disebut di dalam Al-Quran atau Sunnah, tetapi ia adalah barang ribawi berdasarkan qiyas dengan gandum dan barli yang sama-sama dianggap sebagai makanan asasi
Beras (Malaysia)
Keju(Eropah)
Roti(Mesir)
Adakah wang kertas juga ribawi?28
Pada mulanya ulama tak sepakat, sebab utama dalam tahun 1971, wang kertas tidak lagi bersandarkan kepada emas
Terdapat dua pendapat:
Wang kertas bukan barangan ribawi sebab tiada nilai dalaman (intrinsik) seperti emas
Pendapat Pertama(Minoriti)
Wang kertas adalah barangan ribawi sebab mempunyai ‘illah seperti emas dan perak
Dari Kitab Fiqh Manhaji, iaitu fiqah Mazhab Shafie
Dari fatwa Akademi Fiqh Sedunia (Jeddah) di bawah OIC 1986
Pendapat Kedua(Majoriti)
Syarat-Syarat Tukar Barang Ribawi29
*Dari Dr Azman Mohd Noor, UIA
Jenis MATAWANG MAKANAN ASASI
Emas
Perak
USD
RM Gandum
Barli
Kurma
Garam
MATAWANG
Emas
Perak
USD
RM
MAKANAN ASASI
Gandum
Barli
Kurma
GaramSecara langsung atau tunai, jenis, jumlah atau berat mesti sama
Secara langsung atau tunai sahaja
Bebas dari syarat-syarat di atas
Riba Melibatkan Barangan Ribawi30
Kegagalan mematuhi hadis tadi boleh menerbitkan Riba Al-Buyu’ (riba jual-beli) yang terbahagi dua:
Riba Al-Fadhl
Riba dari pertukaran yang tidak sama yang
melibatkan barangan ribawi yang sama
Riba An-Nasiah
Riba dari pertukaran barangan ribawi yang tidak secara langsung atau tidak secara tunai
Jual-Beli Emas - Kontrak Bai’ Al-Sarf31
Para ulama membahaskan tentang jual-beli
emas dalam akad jual-beli Bai’ al-Sarf
Jual beli emas dan
matawang berdasarkan Bai’
al-Sarf adalah satu kontrak
jual-beli yang diiktiraf dan
dibenarkan oleh syarak
berdasarkan dalil daripada
hadis tadi
Syarat-Syarat Jual-Beli Emas32
1. Berlaku penyerahan (taqabud) kedua-dua item, emas dan barang tukaran (wang atau lain-lain) yang dijual-beli. Ada dua jenis penyerahan:
Secara langsung atau hakiki (actual possession)
dalam majlis akad
Secara jaminan atau hukmi (constructive possession)(mesti disahkan Penasihat
Syariah)
Syarat-Syarat Jual-Beli Emas33
2. Akad (kontrak) jual beli emas mesti berlaku serta-merta (on the spot basis) dan bebas daripada pensyaratan penangguhan (hutang atau kredit)
Membayar 40% deposit dahulu atau secara ansuran bulanan – Riba an-nasiah
Bayar 95% iaitu 100% harga emas dan 5% upah bayar kemudian apabila siap dibentuk
Diharuskan sebab harga emas dibayar sepenuhnya
Syarat-Syarat Jual-Beli Emas34
3. Akad (kontrak) jual beli mesti bebas daripada syarat tempoh bertenang (cooling-off period) iaitu tempoh membatalkan kontrak Tidak boleh ada dalam kontrak di mana emas boleh
dipulangkan selepas 3 atau 7 hari jika tidak puas hati melainkan terdapat kecacatan atau tidak menetapi spesifikasi
Sebab itu dilarang jual emas melalui MLM di Malaysia sebab barang lebih RM300 ada 10 hari tempoh bertenang
Syarat-Syarat Jual-Beli Emas35
4. Persamaan timbangan antara dua item yang ditukar jika bersamaan jenis
Akaun Simpanan Emas 36
Akaun Simpanan Emas Public Bank Berhad dan Maybank
didapati berikut:
Terletak di bawah produk perbankan konvensional dan tidak
patuh syariah
Tidak menyatakan kewujudan emas yang dibeli sekiranya
pelanggan ingin mengambil emas fizikal tersebut (tiada
taqabud)
Transaksi pelaburan emas pula hanyalah berdasarkan harga
emas semasa dunia (virtual gold) Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi
Bank menawarkan produk Akaun Pelaburan Emas yang patuh syariah
Akaun pelaburan emas berdasarkan kontrak Bay’ al-Sarf yang mana pelanggan boleh memiliki emas fizikal yang wujud di bank
Contoh-Contoh Riba Al-Buyu’37
• Menukar wang syiling sebanyak RM90 dengan wang kertas
• Diberi balik RM88 sebab RM2 adalah “upah”
• Riba Al-Fadhli kerana tukaran sama jenis yang berkurangan
• Mesti menukar dengan sama banyak
• Menukar RM1,000 kepada SR1,200
• SR800 diberi secara tunai dan baki SR400 dua hari semudian
• Riba An-Nasiah kerana tukaran barangan ribawi secara tertangguh
• Menjual voucher Tesco bernilai RM400 dengan harga RM350 tunai
• Voucher sama ‘illah dengan wang alat tukar, barangan ribawi
• Riba Al-Fadl sebab melibatkan barangan ribawi - tidak boleh berbeza tukaran
Adakah Ini Riba Al-Buyu’?38
• Main kutu selama 10 orang, setiap orang bayar RM100 sebulan selama 10 bulan
• Undi dibuat untuk menentukan tarikh seseorang akan dapat RM1,000, di mana RM1,000 ini diberikan dalam bentuk emas (kutu emas)
• Bukan Riba Al-Buyu’ jika emas dibeli setelah cukup wang
• Bukan riba sebab baucer ini boleh beli buku sahaja dan tidak sempurna ‘illah seperti wang
• Tetapi pecah amanah sebab melangggar syarat beli buku
• Menjual RM250 Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM200
Darul Emas Perak Berhad (DEPB)39
Beli emas menggunakan konsep ETA (Estimated Time of Arrival)
Selalunya di bawah harga pasaran dan emas akan diberi selepas tempoh tertentu, contohnya, ETA30, selepas 30 hari
Tidak patuh shariah sebab membeli emas dengan pengiriman tertangguh dan kemungkinan besar skim penipuan
Skim Penipuan “Pelaburan” Emas40
Sengsara dunia,
sengsara akhirat!
Online Forex Melibatkan Riba Al-Buyu’41
Forex online adalah tidak patuh shariah dan melibatkan riba al-buyu’ kerana:
Matawang adalah barangan ribawi
Pembelian wang tunai secara kredit (tertangguh)
Menjual matawang secara tertangguhPertukaran wang asing secara dalam talian (online forex)
oleh individu
Mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga
Mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga
Skim Piramid Melibatkan Riba Al-Buyu’42
Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan
Selalunya mendapat pendapatan dari wang “yuran keahlian” sahaja
Riba al-Buyu’ sebab melibatkan pertukaran wang yang sama jenis tetapi tidak sama jumlah
MLM Umrah – Skim Piramid Riba Al-Buyu’43
Bayar yuran RM1,700, selepas cari 7 orang jadi ahli, dapat pergi umrah RM6,500, sebab dapat upah RM700 setiap ahli
Barang jualan bukan umrah tapi keahlian dan wang, diselindung disebalik produk umrah
Wang adalah barang ribawi, pertukaran mesti sama, tidak boleh buat wang dari wang kerana menyalahi Bai’ Al-Sarf
Ini adalah skim piramid yang dilarang
Larangan Gharar
Apa Itu Gharar?45
Menurut bahasa Arab, makna al-gharar adalah pertaruhan atau juga bermakna ketidak-pastian
Imam Nawawi mengatakan: “Larangan jual beli gharar merupakan pokok penting dari kitab jual-beli”
Imam Muslim menempatkan gharar di depan, permasalahan yang masuk dalam jual-beli jenis ini sangat banyak, tidak terhitung
Oleh itu yang dimaksud jual-beli gharar adalah, semua jual-beli yang mengandung ketidak-jelasan, ketidak-pastian, pertaruhan atau perjudian (Al-Sunnah, 2006)
Jenis-Jenis Gharar – Gharar Ringan46
Pertama - Gharar ringan (Al-gharar Al-yasir): Ketidakpastian yang tidak dapat dihindari karena ia berkaitan dengan objek/subjek atau telah diterima sebagai kebiasaan (urf) sesuatu tempat
Jenis gharar ini tidak menyebabkan kerosakan berat pada salah satu pihak
Contohnya:
Membeli buah yang tertutup seperti durian
Membeli lauk-pauk nasi campur
di restoran
Membayar 30 sen untuk
menggunakan tandas
Membayar RM10 untuk memancing di kolam selama 2
jam
Jenis-Jenis Gharar – Gharar Berat47
Kedua - Gharar berat (Al-gharar Al-fahish/Al-kabir): Ketidakpastian mengenai maklumat penting dalam kontrak samada ada atau tidak
Kemungkinan satu pihak dalam kontrak mengalami kerugian yang tidak diduga, jenis gharar inilah yang dilarang Islam
Contohnya:
Menjual buah yang masih di
atas pokok yang belum masak
Menjual satu pakaian di antara selonggok pakaian yang sama
atau tidak
Menjual anak haiwan yang masih di dalam
perut ibunya (habal al-habalah)
Memajak kebun buah-buahan yang belum masak atau masih muda atas pokok
Lagi Contoh Gharar Berat48
Menjual sesuatu yang belum tentu dapat sebab tiada dalam tangan penjual
Aqad/kontrak yang tiada tarikh efektif, tiada harga, atau tidak diketahui harga/diskaun sebenar, spesifikasi kabur dan bersangkutan
Ketidakpastian dalam urusniaga samada mendapat harga istimewa atau tidak jelas jumlah yang perlu dijual untuk mendapat bonus atau produk tidak jelas
Penjualan sesuatu bersandarkan di atas terjadinya sesuatu di masa depan
Meletakkan syarat “Spesifikasi boleh bertukar tanpa notis” (Specifications are subject to change without notice) dalam kontrak atau brochure produk
REHAT… 10:30 – 11:00 pagi
Waktu Topik
8:30 – 10:30am
Pengenalan Muamalat Islam
Larangan Riba & Gharar
Riba Dalam Jual-Beli Emas, Forex & Skim Piramid
10:30 – 11:00am
Rehat
11:00 – 1:00pm
Rukun & Syarat Jual-Beli (Akad)
Memilih Pelaburan Saham & Unit Trust
Pembiayaan Rumah & Kenderaan
1:00pm Bersurai
Topik-Topik Kursus Hari Ini5050
Rukun & Syarat Jual-Beli (Akad)
Definasi Akad52
Dari istilah fiqh ialah “akad melibatkan pergantungan cakapan salah satu pihak yang berakad dengan cakapan pihak yang satu lagi, mengikut ketentuan syarak yang akan melahirkan kesan pada barang yang diakadkan” (Wahbah al-Zuhaily, 2002)
Dari sudut bahasa ertinya “ikatan, jaminan, atau janji”
Dari sudut istilah ertinya “setiap yang diazami seseorang untuk dilakukan dan laksanakan”
Rukun dan Syarat Akad53
Rukun dan Syarat Aqad
Objek Akad (Barang &
Harga)
Pihak Terlibat
Sighah (Ijab dan Qabul)
Rukun
• Sempurna kapasiti
• Cukup umur• Redha dan izin
• Barang• Sah menurut undang-
undang• Diiktiraf mempunyai
nilai• Perincian teliti kualiti,
jumlah, jenis dan sebagainya
• Dimiliki oleh penjual• Kemampuan serahan
• Nilai• Disepakati dan jelas• Dapat diserahkan
• Difahami semua pihak
• Konfirmasi segera• Dijalankan dalam
satu majlis• Semua pihak
terbabit kekal kapasiti hingga tamat transaksi
• Qabul sesuai dengan ijab
Syarat
Rukun 1: Sighah54
Perkataan Tulisan – bagi berjauhan dan
secara elektronik
Isyarat - bagi yang bisu
Sighah ialah lafaz akad, objektif adalah menyatakan kerelaan, persetujuan atau keredhaan
Sighah mengandungi dua komponen iaitu ijab (penawaran) dan qabul (penerimaan) yang diungkapkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak
Qabul mesti serasi dengan ijab, boleh berlaku sama ada melalui:
Semua Jual-Beli Perlu Ijab dan Qabul?55
Bai’ mu’atoh iaitu jual-beli dengan meletakkan harga dan diambil barangnya - tiada keperluan lafaz ijab dan kabul
Majoriti mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengatakannya harus sebab jelas pembeli redha atas harga dan penjual redha atas barang, akad termeterai walaupun tanpa lafaz.
Imam Shafi’i tidak menganggapnya sah, kecuali ulama Mazhab Shafi’i terkemudian (seperti Imam Nawawi) memberikan pengecualian jika melibatkan barangan kecil dan murah (Mughni al-Muhtaj 2/3)
Namun barangan besar seperti kereta, rumah, mesin basuh, peti ais dan lain-lain tidaklah harus dilakukan tanpa lafaz yang jelas.
Rukun 2: Pihak Terlibat56
Rukun dan Syarat Aqad
Objek Akad (Barang &
Harga)
Pihak Terlibat
Sighah (Ijab dan Qabul)
• Sempurna kapasiti
• Cukup umur• Redha dan izin
• Barang• Sah menurut undang-
undang• Diiktiraf mempunyai
nilai• Perincian teliti kualiti,
jumlah, jenis dan sebagainya
• Dimiliki oleh penjual• Kemampuan serahan
• Nilai• Disepakati dan jelas• Dapat diserahkan
• Difahami semua pihak
• Konfirmasi segera• Dijalankan dalam
satu majlis• Semua pihak
terbabit kekal kapasiti hingga tamat transaksi
• Qabul sesuai dengan ijab
Rukun 2: Pihak Terlibat57
KELAYAKAN
KELAYAKAN MENERIMA HAK, TIDAK MELAKSANA
HAK / AKAD
TIDAK SEMPURNA
SEMPURNA
Janin hingga lahirkan
Dilahirkan sehingga mumayyiz
KELAYAKAN MENERIMA & MELAKSANA HAK / AKAD
TIDAK SEMPURNA
SEMPURNA
Mumayyiz sehingga baligh
Baligh dan seterusnya
Rukun dan Syarat Aqad
Objek Akad (Barang &
Harga)
Pihak Terlibat
Sighah (Ijab dan Qabul)
Rukun 3: Objek Akad
• Sempurna kapasiti
• Cukup umur• Redha dan izin
• Barang• Sah menurut undang-
undang• Diiktiraf mempunyai
nilai• Perincian teliti kualiti,
jumlah, jenis dan sebagainya
• Dimiliki oleh penjual• Kemampuan serahan
• Nilai• Disepakati dan jelas• Dapat diserahkan
• Difahami semua pihak
• Konfirmasi segera• Dijalankan dalam
satu majlis• Semua pihak
terbabit kekal kapasiti hingga tamat transaksi
• Qabul sesuai dengan ijab
Syarat 1: Sah Mengikut Undang-Undang59
Subjek mesti tiada sekatan: Tidak boleh menjual rumah yang dituntut bank atau dalam akad ijarah
Tidak boleh dipinang perempuan dalam ‘idah atau telah bertunang
Akad juga terbatal apabila pihak dalam kontrak mengetahui tujuan pembelian barangan adalah untuk tujuan haram (sadd dhara’i)
Harga (wang) tidak boleh menjadi subjek kecuali pertukaran wang asing
Perkara yang diharamkan (khinzir, dadah, arak) termasuk juga harta awam, maka masjid dan harta waqaf lain tidak boleh dijual
2. Diiktiraf Mempunyai Nilai60
Hartanah Kenderaan Saham syarikat (patuh shariah)
Emas dan perak Usaha/kerja
Contoh subjek yang mempunyai nilai di sisi syarak:
Contoh subjek yang tidak mempunyai nilai di sisi syarak:
Indeks saham, forex online atau harga pasaran
hadapan
Akaun emas yang bersandarkan pada
harga tapi tiada sandaran emas
Bijih yang belum digali dan
dikeluarkan
Anak haiwan yang masih di dalam
perut ibunya
Syarat 3: Perincian Kualiti, Jumlah & Jenis 61
Islam beri dua cara:Pertama: Penjualan secara pemeriksaan
• Islam berikan pembeli hak pemeriksaan sebelum berakad
• Penerimsan ditentukan apabila melihat dan menilai semasa dalam proses akad
Kedua: Penjualan secara diskripsi
• Mesti terperinci jika tiada di majlis aqad, elak gharar dan barang bukan yang tidak biasa dijual, sifat diketahui
• Pembeli diberikan pilihan untuk memeriksa secara automatik dalam penjualan secara deskripsi
Syarat 4: Wujud Dan Dimiliki Oleh Penjual62
Imam Syafi’i membolehkan jual-beli yang dilakukan oleh bukan pemiliknya, tetapi hukumnya mauquf atau terhenti (tidak selesai)
Dikembalikan kepada persetujuan pemilik aslinya, jika pemilik tidak setuju, maka jual beli itu menjadi batal
Menjual rumah yang belum siap (kecuali dengan akad istisna & diharuskan oleh
Ibnu Taimiyyah)
Menjual buah di atas pokok (kecuali
dijual dengan pokok sekali)
Menjual anak haiwan yang masih di dalam
perut ibunya (habal al-habalah)
Wujud maksudnya “sempurna zatnya secara fizikal” Contoh jual-beli dengan yang tidak wujud (jual-beli ma’dum):
Isu-Isu Lazim Berkenaan Akad63
Adakah dengan adanya akad maka semua jual-beli halal?
Akad dalam nama Arab pun tidak menghalalkan sesuatu seperti akad hibah, wakalah, ujrah jika kaedah yang digunakan bertentangan dengan yang sepatutnya, boleh jadi ada penipuan
Niat tidak menghalalkan cara… jika akad itu untuk barangan atau tujuan yang haram, maka akad itu tetap terbatal dan jual-beli itu tetap haram
Jika akad itu untuk jual-beli tetapi kaedah yang digunakan adalah kaedah pinjaman, contohnya, akad juga terbatal, malahan kemungkinan terkena dosa riba dan gharar.
Memilih Pelaburan Salam & Unit Trust Patuh Shariah
Pilihan Untuk Melabur65
Kenapa kita melabur?
Di mana boleh melabur?
Untuk menikmati keuntungan di masa hadapan Supaya wang lebih selepas perbelanjaan biasa digunakan
sebaik-baiknya
Perniagaan
Saham
Saham amanah
Asas Penentuan Saham Dan Saham Amanah Patuh Shariah
66
Asas-asas penentuan saham syarikat atau saham amanah
patuh shariah boleh didapati dibursa-bursa saham berikut:
dengan kerjasama
Kriteria yang digunakan hampir sama, cuma terdapat
perbezaan dari kriteria status kewangan
Dua Peringkat Pemeriksaan Shariah67
1. Pemeriksaan Teras/Utama
2. Pemeriksaan
KewanganLULUS
LULUSPatuh Shariah
Pemeriksaan Teras/Utama – Bahagian 168
(i) Tanda aras 5% (iaitu tidak boleh melebihi 5%) Tanda aras perolehan/pendapatan 5% ini diguna pakai bagi satu
atau kombinasi perniagaan-perniagaan/aktiviti-aktiviti berikut:
Perbankan konvensional & pendapatan faedah
Insurans konvensional
Perjudian
Arak
Khinzir
Makanan & minuman tidak halal
Hiburan tidak patuh syariah
Tembakau
Pemeriksaan Teras/Utama – Bahagian 269
(ii) Tanda aras 20% (iaitu tidak boleh melebihi 20%) Tanda aras 20% ini diguna pakai bagi perniagaan-
perniagaan/aktiviti-aktiviti berikut:
Jual-beli & pembrokeran saham
Operasi hotel dan rumah peranginan
• Sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah
Pemeriksaan Kewangan 70
(i) Tunai ke atas jumlah aset
Tunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun-akaun dan instrumen-instrumen konvensional
(ii) Hutang ke atas jumlah aset
Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah
Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen-elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 33%
Senarai Pelaburan Patuh Shariah71
Senarai Sekuriti Patuh Shariah(>650)
Senarai Dana Islam Patuh Shariah (>250)
Oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (www.sc.com.my)
BEGIT
U
BANYAK!
Mengenali Pelaburan “Scam”72
Pelaburan biasanya minima 2 hingga 3 tahun Jika ada keuntungan, biasanya 3% hingga 15% Bagaimana mengenali pelaburan “scam”?
Janji pulangan bulanan yang tinggi atau masa singkat
Tiada maklumat atau propektus yang diluluskan oleh pihak berkuasa
Tiada penasihat shariah atau penasihat shariah ialah orang “dalam”
Mengambil wang dan tidak menandatangi kontrak
Pembiayaan Pembelian Rumah & Kenderaan
Kontrak Pembiayaan Rumah & Kenderaan 74
Kontrak Bai’ Bithaman Ajil (BBA)
Kontrak Musyarakah Mutanaqisah
Kontrak Bai’ Al-Istisna
Kontrak Ijarah
Perbezaan Produk Perbankan Islam75
Produk Perbankan
Konvensional
BerasaskanKontrakHutang (Loan)
Produk Perbankan
Islam
BerasaskanKontrak
Jual-Beli, Sewa &
Perkongsian
2. Deeds of Assignment / Charge
1. Kommitme
n untuk jual1. 10%
bayaran mukaSales &
Purchase Agreement
(S&P)4. Bayaran Balik
Pinjaman (Prinsipal +
Riba)
3. Baki 90%
3. Prinsipal Pinjaman
(Baki 90%)
Kontrak Pinjaman
PELANGGANBANK
Kontrak Pembelian Rumah Di Bank Konvensional
Kontrak pinjaman, bukan kontrak jual-beli
Keuntungan dari pinjaman berdasarkan riba
76
Sales & Purchase
Agreement (S&P)
1. Pemilikan
“Beneficiary”
1. 10% deposit
Property Purchase Agreement (PPA)
2. Rumah
2. Harga Tunai (baki 90%)
Property Sale Agreement (PSA)
3. Harga BBA price (bayaran tangguh)
3. Rumah
BANK PELANGGAN
5. Bank bayar baki 90% kepada
pemaju/penjual
Pemaju/Penjual
Kontrak Bai` Bithaman Ajil (BBA)
77
Bai’ maksudnya jual-beli Bithaman Ajil maksudnya (secara)
tangguh pembayaran atau tertangguh
Isu-Isu Kontrak Bai’ Bithaman Ajil78
Tidak diharuskan oleh semua mazhab kecuali Mazhab Syafi’e
Isu rumah dalam pembinaan yang terbengkalai, iaitu pemaju “lari” atau bangkrap semasa rumah dalam pembinaan
Alasan tidak mengharuskan ialah terdapatnya hilah (helah) untuk mengelakkan riba
BBA tidak memberi perlindungan yang sewajarnya kepada para pembeli pelanggan
Pelanggan terpaksa membayar ansuran walaupun rumah terbengkalai
Boleh menyebabkan timbulnya gharar berat atau gharar al-kabir
Kontrak Musyarakah Mutanaqiqah79
Musyarakah bermaksud perkongsian
Mutanaqisah bermaksud berkurangan (diminishing)
Musyarakah mutanaqisah bermaksud perkongsian berkurangan atau diminishing musyarakah
Terdapat 3 kontrak dalam kontrak pembiayaan pembelian rumah musyarakah mutanaqisah: Kontrak musyarakah – perjanjian perkongsian membeli rumah
dengan bahagian yang telah ditentukan
Kontrak ijarah – perjanjian sewaan rumah
Kontrak wa’ad – janji oleh pelanggan untuk membeli bahagian bank dalam rumah tersebut secara ansuran
90% 10%
2. Bank memajakkan saham 90% hak harta kepada pelanggan
(kontrak Al-Ijarah)
3. Pelanggan membayar sewa untuk penggunaan saham Bank 90%
daripada harta3. Pelanggan secara beransur-
ansur membeli saham harta dari Bank (berupa lebihan dari sewa
yang dijanjikan)
100%0% 1. Kontrak Musyarakah antara bank (pemegang 90%) dan pelanggan (pemegang 10%) dan Wa’ad (janji pelanggan membeli ekuiti bank)
Proses Kontrak Musyarakah Mutanaqisah80
100
90
80
70
60
50
40
30
20
1010%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
Pelanggan kini memiliki 100% dari nilai aset
Saham BankSaham Pelanggan
30%
20%
10%Saham Bank
= “0”
MM
Illustrasi Musharakah Mutanaqisah
Asset adalah kepunyaan saya. Alhamdulillah!
Terima kasih Islamic Bank!
Kontrak Bai’ Al-Istisna82
Berasal dari kata صنع (shana’a) yang artinya membuat atau ستصنع yang berarti meminta dibuatkan (istashna’a) اsesuatu
Kontrak Istisna’ adalah perjanjian untuk menjual kepada atau membeli daripada seseorang aset yang tidak wujud yang akan dikilangkan atau dibina berasaskan spesifikasi yang ditetapkan oleh pembeli pada harga jualan yang ditentukan dan akan diserahkan pada tarikh masa depan yang tertentu
Al-Istisna' dari sudut bahasa telah disepakati ulama bahawa al-Istisna' bermaksud meminta supaya dibuat sesuatu atau menempah sesuatu.
2. Bank melantik pelanggan sebagai ejen mencari kontraktor
1. Pelanggan menandatangani akad istisna pertama untuk melantik bank sebagai
kontraktor untuk membina projek
Proses Kontrak Istisna
3. Bank tandatangan perjanjian istisna kedua dengan kontraktor melalui pelanggan sebagai
ejen untuk membina projek, membayar kos ikut jadual
5. Projek diserahkan kepada pelanggan apabila siap dan diikuti dengan penyelesaian harga
penuh kepada bank
4. Pelanggan membayar kos secara tertunda
83
Konsentrasi Kontrak-Kontrak84
Definasi Ijarah85
Mazhab Hanbali telah mendefinisikannya sebagai satu kontrak ke atas sesuatu manfaat tertentu yang dibenarkan (oleh Syarak), pada satu tempoh tertentu, pada ayn tertentu atau dalam tanggungan liabiliti atau satu kerja dengan bayaran tertentu
Ibnu Qudamah telah merumuskan ijarah menurut Mazhab Hanbali sebagai bai’ al-manafi (jual beli manfaat)
Kategori Ijarah86
Kategori 1 Ijarah ‘ayan iaitu sewaan kerana
menggunakan manfaat sesuatu aset ketara yang dimiliki (bai’ al-manafi)
Sewa dipanggil ujrah
Kategori 2 Ijarah ‘amal iaitu upah yang dibayar
kerana perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang (bai’ al-quwah)
Upah dipanggil ujrah
Contoh Pembiayaan Ijarah87
Ijarah Dalam Pembiayaan Kenderaan88
99% pembiayaan kenderaan menggunakan kontrak sewa-beli Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB)
Isu-Isu Kontrak AITAB89
Ijarah Tulin atau Ijarah Operasi90
Ijarah operasi adalah pajakan operasi di mana bank akan membeli dan menyewakan kenderaan yang diperlukan oleh pelanggan dengan bayaran sewa yang telah dipersetujui
Perjanjian itu tidak termasuk janji yang aset pajakan pada akhir tempoh pajakan akan dipindahkan kepada bank
Menurut mod ini, bank mengekalkan beberapa kenderaan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza
Aset-aset ini biasanya mempunyai tahap yang tinggi boleh dipasarkan
Bank menyewa aset-aset ini kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menggunakan selama tempoh yang dipersetujui
Selepas penamatan tempoh pajakan aset kembali kepada bank, pada pihaknya bank yang mencari untuk penyewa baru
Bank Mempunyai Bilik Pameran Sendiri…91
Kurikulum Fiqh Muamalat92
1. Asas Muamalat Pengenalan Fiqh Muamalat Larangan Riba (2 Bahagian) Kaedah Keuntungan Dalam Islam Larangan Gharar dan Maisir Rukun & Syarat Aqad (2 Bahagian)
3. Kontrak-Kontrak Asas: Pelaburan Mudharabah Pelaburan Musyarakah Ijarah (Sewa) Rahn (Gadaian) Kafalah (Jaminan) Hiwalah (Pindahan Hutang) Wadi’ah (Simpanan) Wakalah (Agen)
4. Applikasi Kontrak: Kontrak Pelaburan Patuh Shariah Kontrak Pembelian Rumah Kontrak Pemangkin Industi Pertanian Perniagaan Ar-Rahnu Kontrak Takaful Kaedah Berhutang Dalam Islam Kontrak Pembiayaan Persendirian
2. Pengetahuan Am/Isu Semasa: Fiqh Zakat (4 Bahagian) Kaedah Bersih Harta Tidak Patuh Shariah
(2 Bahagian) Larangan Rasuah & Monopoli Dalam Islam Multi-Level Marketing (MLM) Dalam Islam Kaedah Percukaian Dalam Islam Sistem Ekonomi Islam Sistem Waqaf dan Contoh dari Empayar
Uthmaniah
93
Sampaikan Kepada Yang Tidak Hadir …94
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat” (Al-Bukhari 3/1275 no 3274)