Upload
najahrappek
View
241
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 1/5
LAPORAN AKTIVITI FROG-VLE
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MUDA(2)
NAMA PROGRAM : TAKLIMAT PROGRAM FROG-VLE DAN PENYERAHANDONGLE YES 4G KEPADA PENTADBIR DAN KETUAPANITIA
TARIKH : 4 MAC 2013
MASA : 12:40 -2:40 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN SKTSM(2)
PENGLIBATAN : 1. GURU BESAR
2. PENOLONG KANAN
3. SEMUA KETUA PANITIA
OBJEKTIF :
1. Menerangkan gambaran keseluruhan program Frog-VLE1Bestarinet kepada barisan pentadbir dan ketua panitia.
2. Menyerahkan Dongle Yes 4g kepada semua pentadbirdan ketua panitia.
3. Memasang Dongle Yes 4g pada laptop semua pentadbirdan ketua panitia.4. Memberi latihan asas penggunaan Frog-VLE.
8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 2/5
LAPORAN AKTIVITI:
Pada 4 haribulan Mac 2013 yang lalu, Jawatankuasa Frog-VLE SKTSM(2) telah
mengadakan satu taklimat mengenai program Frog-VLE 1Bestarinet dan juga
penyerahan Dongle Yes 4g kepada barisan pentadbir yang terdiri daripada guru
besar dan semua penolong kanan serta semua ketua panitia. Program ini telah
dijalankan di bilik gerakan sekolah bermula dari pukul 12:40 hinggi 2:40 petang.
Matlamat utama program ini adalah untuk memastikan semua pentadbir dan ketua
panitia mengetahui dan memahami mengenai pelaksaan program Frog-VLE
1Bestarinet ini memandangkan merekalah penggerak utama program Frog-VLE di
sekolah. Selain itu, program ini dijalankan untuk menyerahkan Dongle Yes 4g dikuti
pemasangan dongle tersebut pada laptop setiap penerima. Ini adalah untuk
memastikan tiada sebarang masalah pada dongle tersebut disamping membantu
proses pemasangan kepada semua penerima.
Program ini dimulai dengan taklimat mengenai program Frog-VLE yang disampaikan
oleh Penyelaras Frog-VLE SKTSM(2), En. Nurul Najah bin Mahamad Rappek.
Taklimat ini diselang-selikan dengan tayangan klip video Frog-VLE untuk
meningkatkan kefahaman para hadirin. Selesai sesi taklimat, program diteruskan
dengan penyerahan Dongle Yes 4g dan diikuti dengan taklimat pemasangan dongle
tersebut. Pada sesi ini, semua penerima dongle telah diberikan perisian untuk
pemasangan dongle tersebut. Semua peneriama kemudiannya diminta untuk
menguji dongle untuk mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah. Penerima
yang mempunyai masalah telah diberi bantuan untuk memastikan dongle tersebut
dapat digunakan di laptop masing-masing.
Selasai pemasangan Dongle Yes 4g, program diteruskan dengan latihan asas
penggunaan Frog-VLE. Beberapa klip tutorial Frog-VLE ditayangkan untuk diikuti
oleh semua pentadbir dan ketua panitia. Program ini berakhir pada pukul 2:40
petang. Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbir dan ketua panitia yang
meluangkan masa menghadiri sesi taklimat ini. Diharapkan semua penerima Dongle
Yes 4g dapat menggunakan kemudahan yang diberikan untuk membantu kejayaan
program Frog-VLE SKTSM(2).
8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 3/5
GAMBAR AKTIVITI:
8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 4/5
8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 5/5