Laporan an Bahas Bahasa Inggeris Karnival Antara Teknik Peringkat Zon Johor

  • Upload
    eli-jay

  • View
    48

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Laporan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Karnival Antara Teknik Peringkat Zon Johor

Pada 28 hingga 30 April 2011 yang lalu, pasukan bahas Bahasa Inggeris SM Teknik Perdagangan Johor Bahru telah menyertai pertandingan bahas Bahasa Inggeris sempena Karnival Antara Teknik Zon Johor yang diadakan di SM Vokasional Segamat. Pasukan sekolah kita menghantar empat orang pembahas iaitu Afiq Naqiuddin bin Sauffi, Nur Iman Sakinah binti Mohd Dawam, Amira Hanani binti Abdul Kadir dan Syafiqah binti Zakaria sebagai pembahas simpanan. Pada hari pertama, pasukan bahas sekolah kita berbidas pendapat dengan pihak lawan dari SM Vokasional Kota Tinggi. Walaupun kelihatan sedikit gugup, pasukan sekolah berjaya memenangi pusingan tersebut. Nur Iman Sakinah pula berjaya merangkul gelaran Pembahas Terbaik bagi pusingan pertama. Keyakinan pasukan bahas sekolah kita bertambah dengan kejayaan pertama dan teruja untuk menghadapi pusingan kedua. Keesokan paginya, pasukan sekolah berdepan pula dengan Sekolah Menengah Teknik ERT Azizah. Berbekalkan keyakinan yang menebal, sekali lagi pasukan bahas sekolah kita berjaya memenangi pusingan kedua dan Nur Iman Sakinah menggondol gelaran Pembahas Terbaik untuk kedua kali. Pada sebelah petang, diadakan pula perlawanan untuk pusingan ketiga dan pasukan sekolah kita berdepan dengan SM Vokasional Kluang. Sekolah kita berjaya memenangi perlawanan untuk kali yang ketiga serta Nur Iman Sakinah kekal sebagai Pembahas Terbaik. Dengan ketiga-tiga kejayaan berturut-turut ini, pasukan bahas sekolah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir. Pada hari ketiga, pasukan bahas berdepan dengan SM Teknik Johor Bahru bagi pusingan akhir. Perlawan agak sengit dengan kedua-dua pasukan saling tidak mahu kalah dan terus membidas pernyataan pihak berlawanan dengan bersungguh-sungguh termasuklah pembahas-pembahas sekolah kita. Walaupun pasukan sekolah kita yakin dan telah berusaha dengan gigih, namun kemenangan berpihak kepada SM Teknik Johor Bahru. Namun begitu, pembahas dari pasukan sekolah kita iaitu Amira Hanani binti Abdul Kadir telah berjaya dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Keseluruhan. SM Teknik Perdagangan Johor Bahru telah berjaya mendapat tempat kedua daripada keseluruhan pertandingan bahas tersebut. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengetua SMV Segamat dan kesemua peserta bersurai sekitar jam 5 petang. Dengan tunjuk ajar daripada pengurus pasukan dan guru-guru Bahasa Inggeris serta berkat kesungguhan menyuntik semangat pasukan bahas sekolah, walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat johan, kejayaan yang telah diraih tetap mengharumkan nama sekolah. Syabas diucapkan.

Disediakan oleh, Amira Hanani binti Abdul Kadir