32
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TEKNOLOGI PERTANIAN SHT 5023 TAJUK TUGASAN : LAPORAN AMALI PENANAMAN TEMBIKAI WANGI SECARA FERTIGASI DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAFIZUDDIN BIN IDRIS L20091002789 SHAHRUL NIZAM BIN YAHAYA L20091002794 KASHMER BIN SAMIH L20091002776 ZAINAL BIN ANDI SIKANDAR L20091002785 0

LAPORAN FERTIGASI 1

  • Upload
    snizam39

  • View
    2.916

  • Download
    51

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAPORAN FERTIGASI 1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TEKNOLOGI PERTANIANSHT 5023

TAJUK TUGASAN :LAPORAN AMALI PENANAMAN TEMBIKAI WANGI SECARA FERTIGASI

DISEDIAKAN OLEH:MOHD HAFIZUDDIN BIN IDRIS L20091002789SHAHRUL NIZAM BIN YAHAYA L20091002794KASHMER BIN SAMIH L20091002776ZAINAL BIN ANDI SIKANDAR L20091002785

NAMA PENSYARAH :EN. ABU BAKAR BIN MAMAT

0

Page 2: LAPORAN FERTIGASI 1

1.0 PENGENALAN

Kami pelajar DPLI Sains Pertanian 2009 telah menjalankan amali penanaman melon secara

fertigasi. Jenis melon yang ditanaman ialah jenis ‘Musk Melon’ dan ‘Rock Melon (Glamour)’.

Sistem fertigasi yang kami gunakan ialah jenis ‘Autopot’ dan juga jenis biasa iaitu penggunaan

‘cocopeat’. Fertigasi Autopot bermaksud “ Kaedah terkini,iaitu apabila  baja lengkap dalam

bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pot tanaman melalui

sistem pengairan (titisan)”

Perbezaan kaedah autopot dan kaedah biasa adalah keperluan paras air atau larutan

nutrient dikawal oleh smart valve. Autopot ini dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE)

dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Sistem fertigasi adalah satu sistem pengurusan air dan baja yang dijalankan serentak.

Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja (pada kepekatan rendah) beberapa

kali sehari (mengikut keperluan) kepada setiap pokok. Tujuan utama sistem ini adalah untuk

meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan

pengatur-masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat

mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Sistem fertigasi direkabentuk mengikut

keperluan amalan fisiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah. Untuk

penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini komponen-komponen sistem fertigasi

disediakan dan dipasang di dalam bengkel kejuruteraan. Komponen yang telah difabrikasi

dibawa ke tapak binaan untuk dipasang secara pasang siap.

1

Page 3: LAPORAN FERTIGASI 1

1.1 KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI

Fertigasi di sini merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless

culture production system). Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti tomato, cili

merah, capsicum, timun, melon, zukini, terung dan strawberry yang sesuai lagi ekonomikal

menggunakan kaedah ini.

Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti

oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria

yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah. Penyakit lain yang dianggap

merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili.

Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah

mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT).

Pelbagai bentuk SPT yang dibina daripada pelbagai bahan terdapat di Malaysia. Walau

bagaimanapun, bakal-bakal pengamal penanaman secara fertigasi digalakkan mengguna-pakai

model struktur fertigasi nasional yang diperakui oleh Kementerian Pertanian. Atap SPT

hendaklah diperbuat daripada bahan yang lutsinar supaya cahaya matahari dapat diterimaguna

oleh tanaman.

Tanpa SPT pengawalan perosak tanaman secara kimia tidak akan berkesan disebabkan

hujan yang turun akan mencuci racun-racun yang diberikan. Semburan ulangan dan

penambahan dos semburan akan meningkatkan kos. Percikan air akibat hujan yang menimpa

daun juga memudahkan jangkitan kepada pokok-pokok lain. Selain melindungi tanaman

daripada dijangkiti penyakit SPT juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada

pokok menjadi terlalu cair kerana terkena hujan menyebabkan pemberian baja tidak berkesan.

Akibatnya pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.

Walau bagaimanapun SPT yang dilengkapi dengan dinding jaring kalis serangga tidak

dapat menjamin tanaman bebas dari diserang atau dijangkiti penyakit virus. Ini disebabkan

dinding jaring walaupun menggunakan saiz 32 mesh masih tidak dapat menyekat kemasukan

hamama merah,kutu trip atau lalat putih (pembawa virus) kerana mereka ini sifatnya kecil.

2

Page 4: LAPORAN FERTIGASI 1

Makhluk-makhluk perosak ini bukan sahaja boleh masuk melalui lubang-lubang jaring

bahkan ianya boleh juga masuk dengan melekat kepada pakaian atau anggota pekerja yang

keluar masuk SPT.

2.0 PERSEDIAAN AWAL

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum penyemaian benih dilakukan. Perkara

yang pertama ialah mengira keperluan baja dan ‘coco peat’. Membuat pesanan pembelian baja

mengikut keperluan. Membuat pesanan pembelian ‘coco peat’. Membuat pesanan pembelian beg

tanaman berwarna putih 15 sm x 15 sm bertebuk di tepi sahaja. Membuat pesanan pembelian

keperluan lain seperti biji benih, media semaian (peat moss), dulang semaian, tali rafia, racun

serangga dan kulat yang biasa diperlukan dan lain-lain.

Sekiranya semua peralatan tersebut telah mencukupi, kawasan penanaman fertigasi perlu

dibersihkan terlebih dahulu daripada sisa pusingan tanaman yang lalu kerana ia boleh

mengakibatkan punca penyakit. Pada 22/4/2009 rumah fertigasi di UPSI telah dibersihkan.

Tanaman yang berpenyakit teruk telah dibuang. Waluabagaimanapun bukan semua tanaman

dibuang walaupun tanaman tersebut telah menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit.

Sepatutnya semua tanaman yang berpenyakit perlu dibuang dan dibakar kerana tanaman tersebut

telah menjadi perumah kepada pelbagai jenis serangga perosak. Jika tanaman ini dibiarkan,

penyakit ini boleh disebarkan melalui serangga yang menjadi agen penyebaran. Antara serangga

yang menjadi agen penyebaran penyakit ialah trip, afid dan hamama.

Pada 7/5/2009 bekas ‘autopot’ yang akan digunakan bagi tujuan penanaman melon

dibersihkan dan disusun dengan elok diatas bongkah batu bata. Batu bata dipecahkan menjadi

bahagian yang kecil dan diletakkan sebanyak 3-4 ketul di dalam polibeg. Polibeg yang telah diisi

dengan ketulan batu bata diletakkan ke dalam bekas ‘autopot’. Ketulan batu bata berfungsi untuk

memegang akar melon.

3

Page 5: LAPORAN FERTIGASI 1

Rajah 1 Penyediaan autopot

Seterusnya semua sistem perpaipan bagi tujuan pengaliran larutan baja diperiksa dan

dilakukan ‘flushing’ atau membilas agar semua kotoran dan mendakan keluar. Seterusnya paip

tersebut dipastikan dapat mengalirkan air dan tidak tersumbat. Bekas yang tidak elok atau bocor

diperiksa dan dibaik pulih agar larutan baja dapat mengalir masuk ke dalam bekas atau

pembaziran larutan baja tidak berlaku bagi bekas yang bocor.

Medium tanaman ialah sebarang bahan samada organan atau bukan organan yang boleh

digunakan sebagai tempat untuk akar berpegang disamping membantu pertumbesaran pokok.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ‘coconut coir dust’ yang dikenali dengan

panggilan ‘coco peat’ atau habuk sabut kelapa. ‘Coco peat’ adalah murah dan mudah dibeli jika

dibandingkan dengan media tanaman komersil lain seperti ‘perlite’, ‘vermiculite’ dan

‘maidenwell diatomite’. Media tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah seperti pasir sungai /

lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur kerana kandungan kalsiumnya tinggi).

Bagi satu lagi rumah fertigasi, medium penanaman yang digunakan ialah polibeg yang

diisi dengan campuran ‘cocopeat’ dan sekam padi bakar. Nisbah campuran yang digunakan ialah

4

Page 6: LAPORAN FERTIGASI 1

dengan kadar 2:1 iaitu dua guni ‘cocopeat’ dan satu guni sekam padi bakar. ‘Cocopeat’ dan

sekam padi bakar digaul sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam polibeg.

3.0 PENYEMAIAN BENIH

Terdapat beberapa jenis teknik semaian yang digunakan. Walaubagaimanapun, teknik semaian

biji benih yang digunakan ialah menggunakan tray semaian dan juga 'giffy 7’. Jenis biji benih

melon yang disemai ialah ‘Musk Melon’ dan juga ‘Rock Melon (Glamour). Buah ‘Musk Melon’

berwarna kuning keemasan apabila masak dan mempunyai isi yang bewarna putih. Buah melon

jenis Glamour bewarna hijau dan mempunyai urat yang berbentuk pukat. Isi buah melon

Glamour bewarna jingga apabila masak.

Giffy 7 berbentuk bulat seperti buah karom. Giffy 7 akan mengembang apabila direndam

di dalam air selama 3-5 minit. Giffy 7 yang telah kembang diletaakn di atas bekas atau takung

yang boleh menyerap air. Bekas takungan tersebut perlu diisi dengan air setiap hari agar Giffy 7

yang digunakan sebagai medium semaian sentiasa berada dalam keadaan lembab.

Selepas Giffy 7 siap disediakan, biji benih melon tersebut disemai ditengah-tengah Giffy 7

dengan kedudukan menegak. Penyemaian biji benih tidak boleh dilakukan dengan terlalu dalam.

Kebiasaanya kedalaman yang digunakan bagi menyemai biji benih melon ialah antara 0.5 cm-1.0

cm. Proses penyemaian biji benih melon akan mengambil masa selama 7 hari sebelum

dipindahkan ke dalam bekas penanaman seperti ‘autopot’ ataupun polibeg.

Rajah 2 Penyemaian Biji Benih

5

Page 7: LAPORAN FERTIGASI 1

4.0 PEMINDAHAN ANAK BENIH (TRANSPLANT)

Pemindahan anak benih dilakukan apabila anak benih berusia antara 7-10 hari atau boleh

dikenalpasti apabila dengan melihat daun keempat sebesar ibu jari tangan. Pada 12/5/2009 anak

benih mula dipindah dan ditanam di dalam bekas ‘autopot’. Setiap pelajar telah diagihkan

sebanyak 2 pokok Musk Melon dan satu pokok Rock Melon bagi bekas ‘autopot’. Bagi medium

polibeg pula setiap pelajar diagihkan sebanyak satu pokok melon sahaja.

Rajah 3 Anak Benih dengan 2 daun

Bagi bekas ‘autopot’, batu bata disusun dengan elok dan anak pokok melon diletakkan di

atas ketulan batu bata tersebut. Anak benih yang diletakkan di atas ketulan batu bata perlu

dipastikan agar akarnya menyentuh larutan baja. Jika tidak, anak pokok boleh mati kerana tidak

mendapat bekalan air dan nutrien yang secukupnya.

Rajah 4 Anak Benih dengan 4 daun dan sudah dipindahkan ke smart pot

6

Page 8: LAPORAN FERTIGASI 1

Bagi pemindahan anak pokok ke dalam polibeg. Satu lubang perlu digali pada ‘cocopeat’

pada tengah-tengah polibeg dengan ukuran 4cm lebar x 4cm panjang x 4cm tinggi. Anak pokok

ditanam dengan semua bahagian Giffy 7 berada di dalam ‘cocopeat’.

Rajah 5 Penanaman melon dalam polibeg

5.0 MENGIKAT POKOK

Tujuan utama pokok diikat adalah untuk menyediakan sokongan kerana pokok melon jenis

menjalar dan tidak mempunyai batang yang tegak. Oleh itu, sistem sokongan menggunakan tali

diperlukan agar pokok dapat bertumbuh dengan elok dan menegak, mendapat cahaya matahari

dengan secukupnya, batang tidak patah serta tidak menjalar secara berselerak di atas tanah.

Pokok melon boleh diikat selepas dua minggu daripada tarikh ‘transplant’. Pada usia ini,

pokok melon telah mula menjalar. Tali rafia digunakan untuk mengikat pokok melon. Tali rafia

akan diikat pada pangkal pokok melon. Penggunaan klip yang mudah didapati daripada kedai

yang menjual alat fertigasi boleh digunakan bagi memudahkan lagi proses mengikat pokok

melon.

Kemudian pucuk yang keluar dan semakin memanjang boleh dililit disekeliling tali rafia

sehingga ia mengcapai ke trelis. Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan

pokok-pokok tanaman terus tumbuh ke atas. Bagi pokok-pokok melon wangi dan timun, pucuk

pokok akan mengganggu pokok-pokok di sebelahnya dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan

yang lain seperti mengutip buah dan membuang tunas air. Kerja-kerja melilit pokok biasanya

dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.

7

Page 9: LAPORAN FERTIGASI 1

Rajah 6 Melilit pokok

6.0 PEMANGKASAN (PRUNING)

Pemangkasan hendaklah dilakukan dengan membuang tunas yang keluar pada batang utama.

Tunas tersebut kebiasaannya dipanggil tunas air atau tunas ketiak. Tunas air akan mula keluar

apabila pokok berusia 3 minggu. Walaubagimanapun, proses pemangkasan perlu dilakukan

secara berhati-hati kerana buah akan terhasil pada tunas air. Jadi tunas air yang hendak

digunakan untuk penghasilan buah tidak boleh dipangkas. Selain daripada tunas air yang

disimpan untuk penghasilan buah, semuanya boleh dipangkas.

Pemangkasan perlu dilakukan kerana tunas air yang dibiarkan akan terus memanjang dan

membesar. Proses tersebut akan memberi kesan terhadap batang utama dan pembesaran buah.

Batang utama dan buah akan menjadi kecil. Kualiti buah menjadi tidak elok seperti saiz buah

yang kecil serta tahap kemanisan yang rendah. Hal ini demikian kerana tunas air yang tumbuh

akan mencuri nutrien yang sepatutnya diberikan kepada bahagian lain. Pembahagian nutrien

yang tidak seimbang akan memberi kesan terhadap pertumbuhan kerana nutrien tersebut telah

dibahagikan kepada banyak cabang.

8

Page 10: LAPORAN FERTIGASI 1

Rajah 7 Pemotongan Sulur

Daun-daun tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat

makanan (terutamanya yang terlindung dari mendapat cahaya matahari). Daun-daun tua juga

kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun-daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip

hasil.

Proses pemangkasan boleh dilakukan dengan menggunakan pisau, gunting pemotong

dahan dan juga tangan. Tangan boleh digunakan untuk mengutil tunas yang baru keluar iaitu

tunas yang masih kecil dan dahannya masil lembut. Penggunaan bahan pemangkasan seperti

pisau perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Pisau yang digunakan untuk memangkas pokok

yang berpenyakit boleh menjangkiti pokok yang sihat. Pastikan pisau yang tercemar dibasuh dan

direndam dengan ‘chlorox’.

9

Page 11: LAPORAN FERTIGASI 1

7.0 PEMBAJAAN

Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian (Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium, Sulfat,

Magnesium, Mangan, Ferum (zat besi), Kuprum, Zink, Boron, Ammonium, Molibdenum dan

Natrium) diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk

pertumbuhan pokok yang baik. (Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karbon diperolehi

daripada udara). Unsur-unsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar

mudah diagihkan kesetiap pokok dengan seragam.

Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman. Larutan stok disediakan dengan

kepekatan 100 kali ganda dari yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam

kepekatan 200 kali ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium

Nitrat Ca(N03)2 mestilah disediakan secara berasingan dari sebatian yang mengandungi PO4 dan

S04 untuk mengelakkan berlakunya tindakbalas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya

larutan Ca(N03)2 dan zat Fe disatukan dan disediakan berasingan dari 9 sebatian lain.

Larutan stok ini Ca(N03)2 dan zat Fe dilabelkan dengan LARUTAN “A” manakala

larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3 KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4,

ZnPO4, Ammoniam Molibdat atau Nateriam Molibdat dilabelkan dengan LARUTAN “B”.

10

Page 12: LAPORAN FERTIGASI 1

Rajah 8 Penyediaan Larutan B yang telah siap dicampur oleh pengilang

Perlu diingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh

dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituangkan satu persatu bagi mengelakkan

berlaku sebarang tindakbalas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

Rajah 9 Campuran stok A dan B ke dalam tangki

Kepekatan larutan baja (E.C) yang digunakan adalah berbeza mengikut formulasi yang

berbeza. Selain itu kepekatan yang digunakan mestilah sentiasa diubah seiring dengan

pertumbuhan pokok. Pokok yang masih kecil menggunakan kepekatan yang rendah manakala

pokok yang telah matang menggunakan kepekatan larutan baja yang tinggi kerana pokok telah

besar, pembentukan bunga dan pembentukan buah. Walaubagaimanapun, kekerapan boleh

berubah ketara mengikut perubahan cuaca terutamanya suhu.

Umur (minggu) Kepekatan

(mS/cm)

Jumlah (ml) Kekerapan (kali/hari) pH media

1 -3 1.2-1.6 400 - 800 3-4 5.8-6.3

4-6 1.6-2.0 800 - 1200 4-5 5.8-6.3

7-8 1.8-2.5 1200 - 1800 4-6 5.8-6.3

8 dan seterusnya 1.8-3.0 1800 - 2500 4-6 5.8-6.3

Jadual 1: Kadar kepekatan baja untuk tanaman Tembikai Wangi

11

Page 13: LAPORAN FERTIGASI 1

8.0 KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

Kawalan penyakit dan perosak amat penting dilakukan kerana perkara ini yang akan memastikan

tanaman terus hidup dengan subur sehingga hasil dapat dituai. Walaubagaimanapun proses ini

tidak dititik beratkan dalam amali kerana terdapat pelbagai faktor.

Perkara pertama ialah, tanaman pusingan yang lalu yang telah berpenyakit seperti Mozek

virus dan serangan serangga perosak seperti ‘Whitefly’, Trip, Kutu Daun dan Hamama dibiarkan

dan tidak buang. Hanya sebahagian pokok sahaja yang dibuang iaitu pokok yang terlalu teruk

serangan penyakit. Pokok lain masih dibiarakan, mungkin untuk menuai saki baki hasil tanaman

yang masih ada. Perkara ini merupakan punca utama tanaman melon tidak berjaya. Walaupun

tanaman baru telah ditanam, tanaman lama masih tidak dibuang yang seterusnya penyakit pada

tanaman lama telah disebarkan kepada tanaman baru. Tanaman pusingan lalu hanya dibuang

apabila tanaman baru telah menunjukkan tanda-tanda serangan yang teruk.

Perkara kedua ialah stok racun serangga dan perosak yang terhad iaitu hanya mempunyai

Decis (A.I= Deltamethrin) yang digunakan untuk membunuh ulat dan Confidor (A.I=

Imidacloprid) yang digunakan untuk mengatasi seranagan ‘Whitefly” dan trip. Salah satu sifat

serangga perosak ialah ia mempunyai sifat rintang yang tinggi dan cepat terhad racun yang

digunakan. Oleh itu penggunaan racun mestilah dilakukan berselang-seli dengan bahan aktif

yang berlainan serta mempunyai tindakan yang berbeza terutamanya terhadap tanaman yang

telah terkena serangan yang kritikal.

Perkara yang ketiga ialah satu rumah fertigasi yang kecil mempunyai banyak pemilik

(pelajar), oleh itu jadual meracun tidak dilakukan secara sistematik. Sepatutnya kadar meracun

bagi pokok yang kritikal ialah 3 hari selang 3 hari dan selang 7 hari. Selain itu, setiap pelajar

hanya mempunyai 3 pokok, walaupun telah terdapat tanda-tanda serangan virus, mereka masih

tidak mahu membuang pokok tersebut kerana risau mereka tiada pokok dan wang pelaburan

mereka sebanyak RM 20 melayang begitu sahaja. Akibatnya pokok yang masih sihat dijangkiti

dan seterusnya satu rumah fertigasi telah dijangkiti penyakit dan merosakkan semua pokok.

12

Page 14: LAPORAN FERTIGASI 1

Penjagaan yang betul ialah memeriksa setiap pokok di awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda

serangan penyakit atau serangga perosak:

1. Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan.

2. Serangan hamama dan juga kutu trip; lihat di bawah daun-daun di pertengahan (2/3

bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih (white fly). Serangan

3. ulat pelombong daun jelas tampak serangannya pada daun-daun separa tua.

4. Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik.

Jika terdapat tanda-tanda serangan, tindakan segera perlu diambil. Semburan racun perlu

dilakukan dengan segera agar tidak menjangkiti tanaman lain. Pokok yang terkena serangan

virus perlu dibuang dengan segera.

Rajah 11 Pokok yang terkena penyakit kulat BIL JENIS RACUN

@ FOLIARBAHAN AKTIF JENIS

TINDAKANKELAS ISIPADU

BANCUHAN1 Dithane M45 Mancozeb 80 % Downy Mildew,

Powdry Mildew4 200 gm / 200 L

2 Imidor 200 Imidacloprid 18. 3 %

Trip , Hamama 3 150 ml / 200 L

3 Confidor 200 SL Imidacloprid Trip , Hamama 3 60 ml / 200 L

13

Page 15: LAPORAN FERTIGASI 1

18. 3%4 Flint Trifloxystrobin 50 % Podry Mildew,

Downy Mildew, Antraknos

4 50 gm / 200 L

5 A & B Untuk masalah trip, memulihkan semula serangan trip.

50 ml / 200 L

6 Penncozeb 80 WP Mancozeb 80 % Downy Mildew, Powdry Mildew

4 200 gm / 200 L

7 Anvil Hexaconazole 4. 8 %

Kulat 4 200 ml / 200 L

8 Systhane 12 E Myclobutanil 13. 5 %

Kulat, Karat 4 200 ml / 200 L

9 Oumeida Rotenone EC 25 %

Hamama , Trips 200 ml / 200 L

10 DMV Ekstrak Tumbuhan Growth Regulator

250 ml / 200 L

11 Power Wet Octylphenoxypolyethoxyethanol + Alkylester Sulfonate 70 % , Isopropanol 8 %

Maximum Pesticide Penetration

50 ml / 200 L

12 Green Patrol ES Ekstrak tumbuhan 34 % Afid, Hamama, Lalat Putih

500 ml / 200 L

13 Decis 250 Deltamethrin 2. 8 % Ulat ratus 3 250 ml / 200 L14 Selecron 500 EC Profenos L

43. 4 %Ulat 2 600 ml / 200 L

15 Mitac Amitraz 21.7 % Hamama 2 220 ml / 200 L16 Avemec 018 Abamectin

1.8 %Hama Merah, Lalat Putih

2 180 ml / 200 L

17 Boron Boron 5 % Tumbesaran Akar, Kekuatan Pucuk, Putik Bunga, Saiz Sayuran.

1 L / 200 L

Jadual 2: Jenis racun dan foliar yang sering digunakan dalam pertanian

9.0 PENDEBUNGAAN

Bagi tanaman tembikai wangi/melon pada teorinya menjalani pendebungaan sendiri. Tetapi

apabila ditanam di dalam Struktur Pelindung Tanaman lebih-lebih lagi yang dipasang dengan

jaring kalis serangga kedapatan banyak putik-putik buah yang gugur dibawah pokok. Keguguran

telah dikenalpasti kebanyakannya disebabkan tidak berlaku proses pendebungaan.

14

Page 16: LAPORAN FERTIGASI 1

Di Negara Eropah, ‘bumble bee’ dipelihara untuk membantu pendebungaan semua pokok

jenis buah yang ditanam dalam rumah kaca. Pemeliharaan kelulut di dalam rumah pelindung

tanaman berdinding kalis serangga telah digunakan oleh di MARDI Langkawi. Tetapi kelulut

tersebut tidak dapat hidup lama. Aphis cerana kedalam Struktur Pelindung Tanaman berdinding

jaring kalis serangga hanya akan membunuh lebah-lebah tersebut. Mereka gagal pulang ke

sarang kerana pancaran matahari pecah (disperse) apabila terkena bumbung plastic SPH.

Pendebungaan berbantu menggunakan membawa bunga jantan kepada bunga betina

(menggeselkan stamen ke atas stigma) boleh meningkatkan hasil buah melon. Bunga betina

hanya berada pada tunas air dan kembung pada bahagian bawah kelopak bunga. Bunga jantan

banyak terdapat pada batang utama.

Rajah 12 Bunga betina sedia untuk pendebungaan

Bagi melakukan pendebungaan berbantu, pilih bunga jantan yang sihat, kemudian buang

semua kelopak bunga. Dekatkan bahagian bunga jantan tadi pada bunga betina dan geselkan

bunga jantan pada stigma bunga betina. Pendebungaan mestilah dilakukan pada waktu pagi iaitu

bermula pukul 10. 00 pagi kerana bunga kembang sepenuhnya dan embun pada bunga telah

kering. Hasil pendebungaan hanya dapat dilihat selepas 48 jam.

15

Page 17: LAPORAN FERTIGASI 1

Rajah 13 Bunga jantan yang sihat

16

Page 18: LAPORAN FERTIGASI 1

10 PENUAIAN

Kebiasaannya tanaman tembikai wangi boleh dituai apabila mencecah usia 65 hari di dalam

rumah fertigasi. Bagi tanaman melon, buah dipetik apabila daun pengasuh (flag leaf) pada

tangkai buah telah kering dan diikuti dengan adanya tanda-tanda retak (garisan retak)

mengelilingi pangkal buah. Semua hasil tanaman perlu dibuat penggredan mengikut saiz. Jika

dicampur-adukkan boleh menyebabkan harga pasarannya akan turun.

Proses penuaian boleh dilakukan dengan menggunakan pisau atau gunting pemotong

dahan. Pastikan bahan memotong yang digunakan tajam agar tangkai dipotong dengan elok dan

tidak menurunkan kualiti hasil tuaian.

11 PERBANDINGAN ANTARA FERTIGASI (TANPA TANAH) DAN PENANAMAN SECARA KONVENSIONAL DI ATAS TANAH

PENANAMAN SECARA FERTIGASI TANPA TANAH

PENANAMAN SECARA KONVENSIONAL (Tanah)

Jenis tanaman Lebih sesuai untuk tanaman jenis buah

Semua jenis tanaman

Struktur pelindungtanaman

Pra-syarat yang mesti ada Boleh dijalankan tanpa struktur pelindung tanaman

Dinding jaring kalis serangga

Boleh ada atau tiada Tiada

Sistem pengairan Titis dan berbaja (Fertigasi) Sebarang jenis sistem pengairanMedia tanaman Coco peat, pasir campuran coco

peat dengan sekam bakar, perlite, peat moss, vermiculite dll.

Tanah

Varieti tanamani. Tomatoii. Ciliiii. Melon

- Jenis indeterminate- Jenis hybrid- Melon wangi

- Indeterminate & determinate- Sebarang jenis cili- Sebarang jenis melon

Air Perlukan air bersih (paip, air bawah tanah atau air sungai yang bersih)

Tidak memrerlukan air yang bersih untuk pengairan.

Tenaga letrik Sebaiknya ada Tidak perluModal Tinggi RendahPengetahuan teknikal

Sangat diperlukan terutamanya dalam pengurusan tanaman dan pengairbajaan

Tidak memerlukan pengetahuan yang terlalu teknikal

17

Page 19: LAPORAN FERTIGASI 1

Tapak tanah Mesti rata Tidak semestinya rataKesuburan tanah Tidak menjadi syarat Tanah yang subur untuk mengurangkan

kos pengurusan dan penyediaan tanah.Kos operasi Rendah Tinggi kerana melibatkan kos

i. Meracun rumput ii. Membajakiii. Membuat batasiv. Merumputiv. Membaja (manual)

Risiko Serangan

serangga perosak

Penyakit Kekeringan

Rendah (berjaring kalis serangga)

Rendah Sederhana (putus bekalan, lalai

atau berlaku kebocoran ke atas sistem pengairan)

Tinggi

Tinggi di musim hujan Rendah (akar pokok boleh

mendapat air dari tanah atau air hujan.

Tenaga buruh Bermusim- tinggi terutama di waktu menanam dan mengutip hasil)- boleh dikontrakkan

Sentiasa tinggi

Kesan akibat mengubah anak pokok

Kurang terencat – cepat pulih kerana sistem pengairan yang lebih efisien

Terencat lebih lama sebelum pulih

Keseragaman pokok

Lebih seragam (menerima jumlah larutan baja yang sama)

Tidak seragam kerana dipengaruhi oleh kesuburan tanah yang berbeza-beza

Potensi hasil- Setiap pokok- Setahun

- Seunit luas

- Lebih tinggi- Lebih tinggi (lebih pusingan setahun)

- Lebih tinggi - Kepadatan pokok lebih tinggi (kecuali cili merah) - Bilangan yang mati akibat penyakit akar rendah)

- Sederhana - Pusingan tanaman setahun terhad kerana proses penyediaan semula tanah- Rendah - Kepadatan pokok lebih rendah - Mudah terkena penyakit berjankit yang dibawa tanah

Kualiti hasil Tinggi Tidak menentuMengutip hasil - Lebih cepat dipetik hasilnya

(pokok lebih subur)- Tempoh mengutip hasil lebih panjang

- Lambat mengutip hasil

-Tempoh mengutip hasil lebih pendek

Kejerihan Rendah Tinggi

18

Page 20: LAPORAN FERTIGASI 1

Kesan keatas alam sekitar

- Mesra alam (penggunaan baja yang terkawal)

- Penggunaan najis haiwan boleh menyebabkan pencemaran alam (udara)- Air bawah tanah mungkin tercemar- Mungkin menyebabkan hakisan tanah (penanaman di lereng bukit)- Berlaku timbun-tambah garam-garam galian dalam batas-batas tanaman (pH terlalu rendah dan EC pula terlalu tinggi – perlu diperbaikki untuk menda- patkan hasil yang baik

Keselesaan bekerja

- Lebih panas - Boleh bekerja walaupun di hari hujan

- Kurang panas- Di kala hujan tak boleh bekerja - Tanah tak boleh dibajak dimusim hujan (tanah lembut)- Di musim panas (yang lama) tanah pula terlalu keras

Pengurusan dan penjagaan

Struktur pelindung tanaman, jaring kalis serangga, sistem pengairan perlu diurus dan dijaga secara berterusan

Pengurusan lebih kepada batas-batas tanaman, sistem perparitan dan saliran, alat- alat membajak dan juga pam air.

12 KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI

Kebaikan

Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah sebab utama ia diminati

Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja

berbanding dengan cara-cara lain.

Penggunaan alat pengatur masa otomatik menjamin keberkesanannya.

Kekerapan pemberian larutan baja pada kadar yang perlahan dapat memastikan bahawa

perbezaan lembapan tanah antara kering dan basah tidak terlalu besar.

Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip pembahagi

adalah kecil oleh itu kos pembeliannya lebih murah.

19

Page 21: LAPORAN FERTIGASI 1

Kekurangan

Saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil, ia mudah tersumbat

akibat timbunan garam-garam galian yang terjadi akibat proses penyejatan larutan baja di

antara dua penitisan.

Timbunan garam-garam galian akan berlaku dalam medium tanaman.di tanah rendah

tropika. Kejadian ini berlaku sedikit demi sedikit disebabkan berlakunya proses

evapotranspirasi. yang berlebihan akibat cuaca terlalu panas Timbunan garam-garam

ini akan terus berlaku sehingga medium tanaman menjadi terlalu bergaram (tinggi

salinitinya) dan boleh menyebabkan pokok mati akibat berlaku proses deplamolisis.

REFLEKSI

Shahrul Nizam Bin Yahaya

Pelajaran yang diterima dari segi teori amat memuaskan. Ia memberi pendedahan baru

kepada saya. Tetapi dari amali fertigasi, tidak banyak yang dapat dipelajari dari tutor bertugas.

Kebanyakan penjagaan fertigasi banyak dipelajari dari rakan yang pernah bertugas sebagai

Pegawai Pertanian yang menjaga fertigasi cili di sebuah syarikat swasta. Banyak teguran

membina beliau terutama dari aspek pembersihan tapak penanaman tidak dihiraukan

menyebabkan tanaman sistem fertigasi tidak mendapat hasil yang dikehendaki.

Mohd Hafizuddin Idris

Bidang agrikultur bukan merupakan satu bidang yang diambil mudah dan diperlekehkan. Banyak

usaha dan komitmen yang perlu dilakukan bagi memastikan ia berjaya. Pengajaran berkenaan

fertigasi melalui teori boleh diterima, walaubagaimanapun teori sahaja tidak mengcukupi di

dalam bidang pertanian.

20

Page 22: LAPORAN FERTIGASI 1

Amalan praktikal dan pengalaman ladang amat membantu bagi memastikan kejayaan. Bukan

semua kaedah dan pengurusan dalam bidang pertanian boleh diperolehi melalui teori. Masalah

dalam bidang pertanian adalah tidak sama, pasti akan ada masalah baru selepas satu masalah

dapat diselesaikan. Hanya teori yang dibantu dengan pengalaman sahaja yang betul-betul dapat

menyelesaikn masalah ini.

Diharap pengajaran amali berkenaan fertigasi dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang

agar ilmu yang diberikan dapat digunakan dengan betul dan pelajar berpuas hati dengan usaha

yang dicurahkan. Dapat dilihat di sini, kelemahan berkenaan teknikal. Kebersihan ladang perlu

dititikberatkan. Pastikan tiada saliran yang tersumbat sehingga rumah fertigasi menjadi lecak.

Sebelum memulakan penanaman baru semua tanaman lama yang berpenyakit walaupun sedikit

perlu dibuang agar tidak menjangkiti tanaman baru. Inilah antara kunci kejayaan dalam pertnian.

Jika pokok telah telah diserang penyakit pada usia muda, harapan untuk melihat berjaya amat

tipis atau hasil yang diperolehi amat sedikit dan kualiti hasil adalah rendah. Penanaman ini hanya

akan merugikan.

Selain itu, penggunan racun serangga, kaedah penyelenggaraan pokok, pemberian baja,

kepekatan larutan baja dan kadar pemberian air juga memainkan peranan penting dalam

memastikan kejayaan dalam bidang pertanian. Tanaman juga dipengaruhi oleh klimaks, suhu,

iklim, bentuk muka bumi. Jadi, penjagaan dan masalah yang akan dihadapi adalah berbeza

mengikut tempat dan keadaan yang tidak terdapat dalam buku 100%. Hanya pengalaman sebenar

yang dapat membantu mengatasi masalah ini. Oleh itu tenaga pengajar perlu mendalami ilmu

fertigasi ini dengan lebih mendalam atau anda akan diperlekehkan oleh pelajar. Penerangan

berkenaan amali di dalam rumah fertigasi perlu lebih jelas kerana teori di dalam kelas berbeza

dengan pengurusan terus di kebun. Selain itu, bidang pertanian terus berkembang mengikut

peredaran masa, ilmu yang diperolehi beberapa tahun lepas kdang kala sudah tidak boleh

digunakan lagi pada zaman sekarng. Oleh itu, pastikan tenaga pengajar sentiasa peka dengan

perkembangan pertanian. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah yang boleh digunakan yang

kadang kala teknik tersebut lebih bagus daripada yang diperolehi dalam buku.

21

Page 23: LAPORAN FERTIGASI 1

ZAINAL BIN ANDI SIKANDAR

Sepanjang amali Teknologi Perkebunan ini dijalankan, tidak di nafikan terdapat perkara baru

yang telah saya pelajari. Menanam tembikai dengan menggunakan smart pot dan sistem fertigasi

merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Walaubagaiman pun, sistem ini saya telah ketahui

terlebih dahulu. Sebelum ini, saya hanya belajar menanam tomato dan cili menggunakan sistem

hidroponik. Mencampurkan baja stok A dan stok B, melakukan pendebungaan dan banyak lagi

aktiviti lain merupakan perkara yang saya pernah saya lakukan ketika saya gambil diploma

pertanian. Walaubagaimana pun, larutan stok A dan B kami sediakan dengan mencampurkan

sendiri baja berdasarkan sukatan baja yang telah ditentukan. Namun, tidak saya nafikan terdapat

semua pengalaman baru yang cukup berharga dan merupakan bekalan ilmu yang sangat penting

untuk bekalan pada masa hadapan dan saya akan gunakan ketikan saya mengajar kelak.

Kerjasama yang diberikan di kalangan kawan-kawan dan tutor juga kadang-kadang

membuatkan saya terharu dan rasa bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan dan tutor yang

sentiasa berada di sisi untuk membantu dan memberikan tunjuk ajar apabila diperlukan. Walau

pun pada akhir amali kami, tanaman yang kami usahakan terutama dalam sitem fertigasi kurang

berjaya tetapi pengalaman yang diperolehi sepanjang amali ini banyak memberikan pengetahuan

kepada kami untuk membuat yang lebih baik jika berpeluang melakukan amali atau kerja yang

sama pada masa-masa akan datang.

KASHMER BIN SAMIH

Saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan amali Teknologi Perkebunan bersama-sama

dengan ahli kumpulan saya dan kawan-kawan yang lain. Sepanjang menjalani amali, banyak

ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru yang saya pelajari terutamanya mengenai

penanaman buah tembikai dengan menggunakan kaedah Smart Pot. Kaedah ini merupakan satu

kaedah yang amat popular dijalankan sekarang oleh para pengusaha fertigasi buah tembikai. Ini

kerana kaedah ini ringkas dan senang diselenggarakan. Melalui amali ini juga, saya telah

mempelajari teknik-teknik penanaman buah tembikai dari biji benih sehinggalah buah matang.

Pelbagai sumber ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi bersama dengan kawan-kawan

yang lain. Antaranya seperti mencampurkan baja larutan stok A dan stok B, melakukan

22

Page 24: LAPORAN FERTIGASI 1

pendebungaan sendiri, membuat trelis bagi buah yang baik dan melakukan penyemburan baja

penggalak buah terhadap buah yang berjaya didebungakan. Pengagihan tugasan yang diberikan

bagi setiap kumpulan dalam membuat larutan adalah baik bagi mendedahkan pelajar membuat

campuran larutan sendiri dengan kadar yang diberikan. Dalam masa yang sama, kerjasama dan

komitmen yang diberikan oleh setiap kumpulan dalam menjayakan amali ini adalah sungguh luar

biasa. Walau bagaimanapun, amali ini yang dijalankan pada awal semester sehingga akhir

semester menghadapi masalah yang menyebabkan amali penanaman buah tembikai kurang

berjaya. Keadaan ini sedikit mengecewakan saya dan ahli kumpulan saya kerana kami telah

berusaha untuk memastikan buah ini berjaya ditanam. Entah di mana silapnya keadaan

sebaliknya pula yang berlaku. Tetapi keadaan ini tidak sama sekali mematahkan semangat saya

untuk membuat yang lebih baik dan cemerlang jika berpeluang menjalankan amali fertigasi

secara Smart Pot pada masa akan datang.

23