Upload
lybao
View
245
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
TAHUN 2013
Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan
NEGERI TERENGGANU
SIRI 1
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
KANDUNGAN
iii
PERKARA
MUKA SURAT
KATA PENDAHULUAN
vii
INTISARI LAPORAN
xi
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN
PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
PEJABAT DAERAH SETIU
PEJABAT DAERAH KEMAMAN
Projek Pembinaan Dan Menaik Taraf Jalan Kampung Dan Jambatan
3
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU
Pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri
17
PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU
Terengganu Agrotech Development Sdn. Bhd.
40
PENUTUP 73
KANDUNGAN
iv
KATA PENDAHULUAN
vii
1. Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua
Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Pengurusan Kewangan dan
Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri. Seksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957 serta Perintah Audit (Akaun
Syarikat) 2013 pula memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit sesebuah
syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang menerima
geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan
sesebuah syarikat di mana lebih daripada 50% modal saham berbayar dipegang oleh
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri.
Manakala perkara 107, Perlembagaan Persekutuan menghendaki Ketua Audit Negara
mengemukakan laporan hasil pengauditan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong akan menitahkan Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan di
Parlimen manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu menitahkan untuk
membentangkan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Undangan Negeri Terengganu.
2. Pada tahun 2014 Jabatan Audit Negara akan meneruskan pelaksanaan inisiatif di
bawah GTP2.0: NKRA Antirasuah dengan mengemukakan Laporan Ketua Audit Negara
mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri untuk
dibentangkan di Parlimen/Dewan Undangan Negeri setiap kali sesi Parlimen/Dewan
Undangan Negeri bersidang. Jabatan Audit Negara juga akan terus menyokong Dasar
Transformasi Negara dan terus membantu Jabatan/Agensi Kerajaan untuk melakukan
penambahbaikan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan memberikan pandangan
serta syor melalui pengauditan yang dijalankan. Saya berharap laporan mengenai
pelaksanaan Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu
Tahun 2013 Siri 1 ini akan digunakan sebagai asas untuk memperbaiki segala kelemahan,
memantapkan usaha penambahbaikan dan meningkatkan akauntabiliti dan integriti serta
mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang dibuat sepertimana dihasratkan
oleh Kerajaan.
3. Laporan saya ini adalah hasil daripada pengauditan yang dijalankan terhadap aktiviti-
aktiviti tertentu yang dilaksanakan di 2 Jabatan, satu Agensi dan satu Syarikat Kerajaan
Negeri. Pengauditan terhadap aktiviti Jabatan/Agensi Negeri adalah untuk menilai sama ada
program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh
yang ditetapkan, tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya. Manakala pengauditan
terhadap pengurusan syarikat adalah untuk menilai sama ada prestasi kewangan sesebuah
syarikat adalah baik, pengurusan aktiviti dan kewangan syarikat serta tadbir urus korporat
telah dilaksanakan dengan teratur dan selaras dengan peraturan yang ditetapkan serta
mencapai objektif penubuhannya.
KATA PENDAHULUAN
viii
4. Pemerhatian Audit daripada pengauditan tersebut telah dikemukakan kepada Ketua
Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri berkenaan. Hanya penemuan Audit yang penting
sahaja yang dilaporkan dalam Laporan ini. Laporan berkenaan juga telah dikemukakan
kepada Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Bagi menambah
baik kelemahan yang dibangkitkan atau bagi mengelakkan kelemahan yang sama berulang,
saya telah mengemukakan sebanyak 13 syor untuk diambil tindakan oleh Ketua
Jabatan/Agensi berkenaan.
5. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan/Agensi
dan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu yang telah memberikan kerjasama kepada
pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan
dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan
sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.
(TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG)
Ketua Audit Negara
Malaysia
Putrajaya
3 Februari 2014
INTISARI LAPORAN
xi
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
1. PEJABAT DAERAH SETIU
PEJABAT DAERAH KEMAMAN
- Projek Pembinaan Dan Menaik Taraf Jalan Kampung Dan Jambatan
1.1. Jalan kampung dan jambatan merupakan penghubung sesebuah kampung dengan
jalan utama. Ia juga merupakan penghubung antara sesebuah kampung dengan kampung
yang lain atau sebagai jalan rangkaian yang menghubungkan rumah dengan pusat
perkhidmatan dalam sesebuah kampung. Objektif pembinaan jalan kampung dan jambatan
antaranya adalah bagi memudahkan perhubungan serta meningkatkan taraf hidup
masyarakat kampung daripada aspek sosial dan ekonomi. Pada tahun 2011 hingga 2013
Kerajaan Negeri telah meluluskan kepada Pejabat Daerah Setiu (PDS) dan Pejabat Daerah
Kemaman (PDK) sejumlah RM4.93 juta peruntukan bagi projek membina dan menaik taraf
jalan kampung dan jambatan. Jumlah ini adalah 30.3% daripada jumlah peruntukan yang
diluluskan kepada 6 pejabat daerah di seluruh Negeri Terengganu berjumlah RM16.27 juta.
1.2. Pengauditan yang dijalankan pada bulan Jun hingga September 2013 mendapati
pada keseluruhannya prestasi pengurusan projek pembinaan jalan kampung dan jambatan
adalah memuaskan kerana prestasi pelaksanaan projek dan kecekapan pengurusan adalah
baik serta objektif pembinaan jalan tercapai. Bagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan
yang perlu diambil perhatian dan tindakan seperti berikut:
Prestasi penyiapan projek di PDS kurang baik berbanding di PDK.
Jalan yang dibina tidak digunakan.
Ujian Ketebalan Jalan (Coring Test) tidak dilakukan oleh PDS.
Pelan Tapak Bina tidak disediakan oleh PDS.
Peruntukan tidak digunakan sebagaimana diluluskan oleh PDK
1.3. Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama
tidak berulang dalam pelaksanaan pembinaan dan menaik taraf jalan kampung dan
jambatan adalah disyorkan PDS dan PDK mengambil tindakan seperti berikut:
1.3.1. PDS perlu menyediakan pelan tapak bina bagi mengelakkan berlaku kesilapan
dalam penentuan tapak projek.
1.3.2. PDS perlu membuat perancangan pembinaan jalan yang lebih teliti supaya jalan
yang dibina dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengelak berlakunya pembaziran.
INTISARI LAPORAN
xii
1.3.3. PDS dan PDK perlu meningkatkan pemantauan bagi memastikan kerja yang
dilaksanakan oleh kontraktor mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan.
1.3.4. PDS perlu memastikan ujian ketebalan (coring test) dilaksanakan dan lain-lain
prosedur dipatuhi supaya pembayaran dapat dibuat dengan teratur.
1.3.5 PDK hendaklah menggunakan peruntukan sebagaimana yang diluluskan.
2. MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU
- Pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri
2.1. Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) merupakan institusi pendidikan
menengah milik Kerajaan Negeri Terengganu. SMAN diuruskan oleh Jabatan Dakwah,
Pendidikan Dan Pengurusan Masjid (Jabatan) di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam
Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Objektif SMAN adalah untuk melahirkan generasi
berilmu, berakhlak, bertakwa dan mampu menguasai pengetahuan ilmu agama di samping
melahirkan bakal pemimpin Islam yang berwibawa. Pada 20 September 2006, Kerajaan
Negeri telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan
Persekutuan bagi memperkasakan pengurusan SMAN dengan menjadikannya sebagai
Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
2.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2013 mendapati
pada keseluruhannya pengurusan SMAN adalah memuaskan dari segi prestasi pengajaran
dan pembelajaran, prestasi kemudahan sekolah dan asrama serta prestasi pengurusan aset.
Pencapaian prestasi ini boleh dipertingkatkan dengan melakukan penambahbaikan dalam
aspek-aspek tertentu. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
Jadual perancangan dan laporan pelaksanaan program kecemerlangan pelajar tidak
terperinci.
Kemudahan asas sekolah dan asrama kurang sempurna dan tidak kondusif.
Pelupusan aset tidak dilaksanakan.
Peruntukan kewangan bagi tujuan penyenggaraan dan baik pulih tidak mencukupi.
2.3. Bagi mempertingkatkan lagi tahap pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri
adalah disyorkan supaya mengambil tindakan seperti berikut:
2.3.1. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual perancangan dan laporan pelaksanaan
program kecemerlangan pelajar dengan terperinci supaya prestasi pencapaian program
dapat dinilai.
2.3.2. Jabatan hendaklah menyedia, menyenggara dan membaik pulih kemudahan asas
dan bangunan sekolah serta asrama bagi mengelakkan kerosakan bertambah serius dan
xiii
kos pembaikan meningkat serta menjamin keselamatan pelajar, guru dan harta benda
sekolah.
2.3.3. Jabatan perlu mengadakan kursus serta latihan secukupnya agar pengurusan aset
dan inventori lebih kemas dan teratur.
2.3.4. Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan kewangan yang secukupnya bagi
membolehkan penyenggaraan dan pembaikan sekolah agama dilaksanakan dengan
sempurna supaya wujud suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
3. PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU
- Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd.
3.1. Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) merupakan anak
syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). TADC
ditubuhkan pada 31 Mei 1972 di bawah Akta Syarikat 1965 yang asalnya dikenali sebagai
Terengganu Garam Sdn. Bhd. TADC mempunyai modal saham dibenarkan sejumlah RM1
juta dan modal berbayar sejumlah RM500,000. Aktiviti utama TADC adalah menguruskan
kontrak-kontrak pembinaan berasaskan pertanian, pemasaran barangan pertanian dan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.
3.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga November 2013
mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan TADC adalah kurang memuaskan
dengan catatan kerugian terkumpul berjumlah RM5.71 juta. Hasil analisis nisbah mendapati
prestasi kewangan adalah kurang memuaskan yang melibatkan masalah kecairan, margin
keuntungan yang rendah dan kemampuan bayaran hutang yang rendah. Selain itu,
pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat juga kurang memuaskan dengan kelemahan
yang dikenal pasti seperti berikut:
Projek tidak berjaya.
Prestasi syarikat subsidiari kurang baik:
- Syarikat mengalami kerugian dan berstatus dorman.
- Syarikat gagal membuat bayaran balik pinjaman.
- Prestasi syarikat lemah.
Strategi dan rancangan korporat tidak disediakan.
Standard Operating Procedures tidak disediakan dengan menyeluruh.
Bayaran reimbursable expenses tidak berkaitan dengan urusan syarikat.
Pengurusan aset kurang memuaskan.
3.3. Bagi mempertingkatkan lagi pengurusan dan aktiviti perniagaan TADC, pihak Audit
mengesyorkan TADC mengambil tindakan seperti berikut:
xiv
3.3.1. Membuat perancangan dan kajian dengan teliti serta terperinci bagi projek-projek
yang akan dilaksanakan supaya dapat dimanfaatkan selaras dengan matlamat yang hendak
dicapai dan mengelakkan kerugian.
3.3.2. Berusaha menstrukturkan semula dan memulihkan prestasi anak syarikat yang
mengalami kerugian dan dorman bagi menjana tambahan pendapatan.
3.3.3. Menyediakan Strategi dan Rancangan Korporat dan Standard Operating
Procedures yang menyeluruh sebagai garis panduan yang jelas bagi memastikan tadbir urus
korporat, pengurusan kewangan dan pengurusan aset dapat diuruskan dengan baik.
3.3.4. Membuat tuntutan balik bayaran Reimbursable Expenses.
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN
PENGURUSAN SYARIKAT
KERAJAAN NEGERI
3
PEJABAT DAERAH SETIU PEJABAT DAERAH KEMAMAN
1. PROJEK PEMBINAAN DAN MENAIK TARAF JALAN KAMPUNG DAN
JAMBATAN
1.1. LATAR BELAKANG
1.1.1. Jalan kampung dan jambatan merupakan penghubung sesebuah kampung dengan
jalan utama. Ia juga merupakan penghubung antara sesebuah kampung dengan kampung
yang lain atau sebagai jalan rangkaian yang menghubungkan rumah dengan pusat
perkhidmatan dalam sesebuah kampung. Objektif pembinaan jalan kampung dan jambatan
antaranya adalah bagi memudahkan perhubungan serta meningkatkan taraf hidup
masyarakat kampung daripada aspek sosial dan ekonomi.
1.1.2. Kerja-kerja yang terlibat dalam projek ini adalah membina jalan kampung sama ada
jalan tanah merah, jalan crusher run atau jalan premix. Manakala kerja menaik taraf jalan
kampung pula melibatkan naik taraf jalan tanah merah atau crusher run kepada jalan premix.
Kerja membina dan menaik taraf jambatan melibatkan kerja pembinaan jambatan kayu atau
konkrit dan menaik taraf jambatan kayu kepada jambatan konkrit.
1.1.3. Pada tahun 2011 hingga 2013 Kerajaan Negeri telah meluluskan kepada Pejabat
Daerah Setiu (PDS) dan Pejabat Daerah Kemaman (PDK) sejumlah RM4.93 juta peruntukan
bagi projek membina dan menaik taraf jalan kampung dan jambatan. Jumlah ini adalah
30.3% daripada jumlah peruntukan yang diluluskan kepada 6 pejabat daerah di seluruh
Negeri Terengganu berjumlah RM16.27 juta. Jumlah yang diluluskan kepada dua pejabat
daerah tersebut adalah seperti di Jadual 1.1.
Jadual 1.1 Peruntukan Pembangunan Bagi Projek Jalan, Jambatan Dan Jeti (Pejabat Daerah)
Pejabat Daerah 2011 (RM)
2012 (RM)
2013 (RM)
Jumlah (RM)
Setiu 1,350,000 1,040,000 825,000 3,215,000 Kemaman 445,000 220,000 1,045,000 1,710,000
Jumlah 1,795,000 1,260,000 1,870,000 4,925,000
Sumber: PDS dan PDK
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
4
1.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada projek telah dirancang dan
dilaksanakan dengan cekap, berekonomi dan berhemat serta dipantau dengan berkesan
bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
1.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
1.3.1. Skop pengauditan meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan bagi
tempoh 2011 hingga 2013 oleh Pejabat Daerah Setiu dan Pejabat Daerah Kemaman.
1.3.2. Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, kertas kerja dan dokumen yang
berkaitan dengan perancangan projek di Pejabat Daerah Setiu dan Pejabat Daerah
Kemaman. Selain itu, semakan juga dibuat terhadap fail sebut harga, fail proses pemilihan
kontraktor, pengurusan pemantauan projek dan laporan kemajuan projek. Sebanyak 44
daripada 66 projek telah dipilih secara rawak sebagai sampel semakan Audit iaitu 22 projek
PDS dan 22 projek PDK.
1.3.3. Temu bual dengan pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dengan
projek turut dilakukan bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Lawatan ke 24 tapak projek turut
dilakukan pada bulan Jun dan September 2013 bagi melihat kedudukan dan kualiti projek
yang dilaksanakan. Maklum balas mengenai kepuasan pelanggan diperolehi melalui borang
soal selidik.
1.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Jun hingga September 2013 mendapati pada
keseluruhannya prestasi pengurusan projek pembinaan jalan kampung dan jambatan adalah
memuaskan kerana prestasi pelaksanaan projek dan kecekapan pengurusan adalah baik
serta objektif pembinaan jalan tercapai. Bagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan
yang perlu diambil perhatian dan tindakan seperti berikut:
Prestasi penyiapan projek di PDS kurang baik berbanding di PDK.
Jalan yang dibina tidak digunakan.
Ujian Ketebalan Jalan (Coring Test) tidak dilakukan oleh PDS.
Pelan Tapak Bina tidak disediakan oleh PDS.
Peruntukan tidak digunakan sebagaimana diluluskan oleh PDK.
5
1.4.1. Prestasi Pelaksanaan Projek
Pada tahun 2011 hingga 2013, sebanyak 66 projek membina dan menaik taraf jalan
kampung dan jambatan dengan peruntukan sejumlah RM4.93 juta telah dirancang masing-
masing 39 projek di PDS dan 27 projek di PDK. Semakan Audit mendapati PDS telah
berjaya melaksanakan kesemua 39 buah projek dengan perbelanjaan RM3.10 juta atau
96.5% berbanding peruntukan yang diluluskan berjumlah RM3.22 juta. Manakala PDK pula
telah membelanjakan sejumlah RM1.56 juta atau 91.1% daripada sejumlah RM1.71 juta
peruntukan untuk melaksanakan kesemua 27 projek yang dirancang. Kesemua projek
pembinaan jalan ini ditawarkan melalui kaedah sebut harga. Butiran lanjut adalah seperti di
Jadual 1.2.
Jadual 1.2 Prestasi Pelaksanaan dan Perbelanjaan Projek Bagi Tahun 2011 Hingga 2013
Pejabat Daerah Tahun
Bilangan Projek Peratus Pelaksanaan
(%)
Jumlah Peruntukan
(RM)
Perbelanjaan Sebenar
(RM)
Peratus Belanja
(%) Rancang Laksana
Setiu
2011 13 13 100 1,350,000 1,277,579 94.6 2012 16 16 100 1,040,000 1,039,282 99.9 2013 10 10 100 825,000 786,670 95.4
Jumlah 39 39 3,215,000 3,103,531 96.5
Kemaman
2011 5 5 100 445,000 400,891 90.1 2012 3 3 100 220,000 192,374 87.4 2013 19 19 100 1,045,000 963,864 92.2
Jumlah 27 27 1,710,000 1,557,129 91.1
Jumlah Besar 66 66 4,925,000 4,660,660
Sumber: PDS dan PDK
Pada pendapat Audit, prestasi perbelanjaan oleh PDS dan PDK dalam melaksanakan
projek-projek jalan kampung dan jambatan adalah baik kerana berjaya mencapai
sasaran yang dirancang pada kos perbelanjaan yang diluluskan.
1.4.2. Kualiti Kerja Tidak Memuaskan
1.4.2.1. Mengikut syarat-syarat sebut harga kerja, kerja-kerja pembinaan hendaklah
mengikut spesifikasi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam dokumen sebut harga
serta kualiti bahan dan kerja mengikut piawaian yang ditetapkan. Lawatan Audit ke tapak
projek yang telah disiapkan mendapati permukaan jalan yang pecah, jalan yang
berlubang dan berlopak, culvert yang pecah dan berlaku hakisan kepada tebing culvert.
Kerosakan tersebut menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang tidak berkualiti. Selain itu,
tiada bukti pemantauan telah dilakukan oleh pegawai PDS dan PDK semasa pembinaan
dijalankan kerana tiada rekod atau laporan pemantauan yang disediakan. Contoh jalan-
jalan yang terlibat di daerah Setiu dan Kemaman adalah seperti di Jadual 1.3 dan
Gambar 1.1 hingga Gambar 1.6.
6
Jadual 1.3 Senarai Projek Yang Mempunyai Kualiti Kerja Tidak Memuaskan
Bil. Tajuk Kerja Kos
Projek (RM)
Tahun Siap
Tempoh Tanggungan Kecacatan
Butiran Kualiti Kerja Semasa Lawatan
Audit 1. Kerja-kerja Menaik Taraf
Jalan di Kg. Gelam Hangus, Mukim Chalok 2.
91,269 2012 Tiada maklumat
Permukaan jalan pecah seperti di Gambar 1.1 dan Gambar 1.2.
2. Kerja-kerja Membina dan Menyiapkan Jalan Crusher Run di Belakang Sek. Keb. Pusat Kemaman.
54,669 2013 Tidak dinyatakan.
Jalan berlopak seperti di Gambar 1.3 dan Gambar 1.4.
3. Kerja-kerja Membina dan Menyiapkan Jalan Asas di RTB Tapak Rumah Kg. Rahmat, Mukim Chalok 1.
96,500 2011 Tiada maklumat
Culvert pecah seperti di Gambar 1.5
4. Kerja-kerja Membina dan Menyiapkan Pembentung Box Culvert di Jalan Bukit Pahang, Kerteh.
99,746 2013 Tidak dinyatakan.
Hakisan kepada tebing culvert seperti di Gambar 1.6
Sumber: Fail Projek Pembinaan Jalan Kampung PDS Dan PDK
Gambar 1.1 Gambar 1.2
Permukaan Jalan Pecah
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Gelam Hangus, Setiu Tarikh: 24 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Gelam Hangus, Setiu Tarikh: 24 Jun 2013
Gambar 1.3 Gambar 1.4 Jalan Berlopak
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Belakang SK Pusat, Kemaman Tarikh: 9 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Belakang SK Pusat, Kemaman Tarikh: 9 September 2013
24/06/2013
7
Gambar 1.5 Gambar 1.6 Culvert Pecah Hakisan Pada Tebing Culvert
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: RTB Kampung Rahmat, Setiu Tarikh: 20 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Bukit Pahang, Kemaman Tarikh: 10 September 2013
1.4.2.2. Mengikut maklum balas PDS bertarikh 28 Januari 2014, kerosakan jalan
adalah disebabkan kenderaan berat yang membawa pasir dan kenderaan yang
membawa hasil pertanian melalui jalan-jalan tersebut dan berlaku banjir. Pihak PDS
juga telah memaklumkan kerosakan jalan-jalan tersebut telah dibaiki. Selain itu,
kerosakan pada culvert telah dibaiki setelah mendapat teguran Audit.
1.4.2.3. Mengikut maklum balas PDK bertarikh 29 Januari 2014, kerosakan
tersebut adalah kerana jalan tersebut sentiasa dilalui oleh kenderaan berat seperti
lori dan jentera. Bagi setiap pembinaan jalan kampung, reka bentuknya hanya
sesuai dilalui oleh kenderaan ringan sahaja. Kerja-kerja pembaikan telah dilakukan
dan ianya telah dinaiktaraf kepada jalan premix.
Pada pendapat Audit, kualiti kerja pembinaan kurang memuaskan kerana terdapat
kerosakan terhadap jalan yang dibina oleh kedua-dua pejabat daerah memberikan
kesan negatif terhadap pengguna jalan berkenaan.
1.4.3. Prestasi Penyiapan Projek
1.4.3.1. Setiap projek yang dilaksanakan hendaklah disiapkan mengikut tempoh yang
ditetapkan di dalam Inden Kerja atau tempoh lanjutan masa yang diluluskan oleh Pegawai
Penguasa. Semakan Audit mendapati pada keseluruhannya prestasi penyiapan projek
adalah amat baik kerana daripada 44 projek, 42 atau 95.45% projek telah berjaya
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan hanya 2 projek sahaja yang lewat
disiapkan.
1.4.3.2. Analisis selanjutnya, mendapati tempoh kelewatan bagi 2 projek berkenaan
yang berlaku di PDS adalah di antara 11 hari hingga 14 hari selepas tempoh lanjutan
masa diberikan. Walau bagaimanapun, tiada tuntutan ganti rugi dibuat terhadap
kontraktor yang berkenaan. Butiran lanjut bagi projek lewat disiapkan adalah seperti di
Jadual 1.4.
8
Jadual 1.4 Projek Lewat Disiapkan Di Pejabat Daerah Setiu
Bil. No. Sebut harga Nama Projek
Nilai
Tarikh Patut Siap
Mengikut Kontrak
Tarikh Patut Siap
Selepas Lanjutan
Masa
Tarikh Siap
Sebenar
Kelewatan
(RM) (Hari) 1. PDS. (N)10/2012
Menaik Taraf Dan Menyiapkan Jalan Asas Serta Lain-lain Kerja Di RTB Kerong, Kg. Pelong, Mukim Hulu Nerus I.
95,852 06.08.2012 06.10.2012 17.10.2012 11
2. PDS. (N)14/2013 Membina Jalan Asas Dan Kerja-kerja Berkaitan Di RTB Kg. Sungai Lerek, Chalok 1.
68,200 30.06.2013 31.07.2013 14.08.2013 14
Sumber: Fail Projek Pembinaan Jalan Kampung PDS
Pada pendapat Audit, prestasi penyiapan projek mengikut tempoh yang ditetapkan di
PDK adalah lebih baik berbanding di PDS. Kelewatan yang berlaku di PDS perlu
dipantau dan projek yang lewat dikenakan denda.
1.4.4. Prestasi Pelantikan Kontraktor Adalah Sangat Baik
1.4.4.1. Mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 5 Tahun 2009, tempoh
sah laku sebut harga hendaklah tidak melebihi 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.
Tempoh sah laku tawaran sebut harga tidak boleh dilanjutkan. Jika tempoh sah laku
tawaran telah tamat atau keputusan tidak dibuat dalam tempoh sah laku tawaran, sebut
harga hendaklah dipelawa semula. Secara keseluruhannya, prestasi pelantikan kontraktor
adalah sangat baik. Semakan Audit mendapati daripada 44 sampel yang dipilih, sebanyak
42 atau 95.5% sebut harga di kedua-dua pejabat daerah telah diselesaikan dalam tempoh
yang ditetapkan manakala 2 sampel sebut harga di PDK mengambil masa melebihi 90
hari iaitu 106 hari dan 92 hari untuk diselesaikan. Secara umumnya prestasi pelantikan
kontraktor oleh kedua-dua pejabat daerah adalah sangat baik. Dua sebut harga yang
berkenaan adalah seperti di Jadual 1.5.
Jadual 1.5 Sebut Harga Yang Diselesaikan Melebihi 90 Hari Dari Tarikh Tutup Sebut Harga
Bil. No. Sebut Harga Tarikh Tutup Tarikh Mesyuarat J/K Sebut Harga
Tempoh Masa (Hari)
1. PNLBK 17/2011 05.05.2011 18.08.2011 106 2. PNLBK 17/2013 25.02.2013 27.05.2013 92
Sumber: Fail Projek Pembinaan Jalan Kampung PDK
1.4.4.2. Mengikut maklum balas PDK bertarikh 29 Januari 2014, proses 2 sebut
harga mengambil masa melebihi tempoh 90 hari adalah kerana ketiadaan tarikh
yang sesuai bagi setiap ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat dan terdapat
dikalangan ahli jawatankuasa terlibat dengan mesyuarat di luar daerah. Bagi
tawaran semula, pentadbiran ini tidak membuatnya kerana ianya akan melibatkan
pertambahan masa sekurang-kurangnya 30 hari dan ini boleh menyebabkan
kelewatan tempoh penyiapan projek untuk tahun semasa. Walau bagaimanapun,
pentadbiran ini akan sentiasa mengambil perhatian pada masa akan datang.
9
1.4.5. Maklum Balas Penduduk
1.4.5.1. Objektif pembinaan jalan kampung dan jambatan antaranya adalah bagi
meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung daripada aspek sosial dan ekonomi.
Sebanyak 210 borang soal selidik telah diedar kepada pengguna jalan kampung bagi
mendapatkan maklum balas mengenai manfaat yang diperolehi oleh pengguna jalan.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 100 borang telah diedar di Daerah Setiu manakala
Daerah Kemaman sebanyak 110 borang.
1.4.5.2. Hasil analisis terhadap maklum balas yang diterima daripada 135 responden
iaitu 39 responden Daerah Setiu dan 96 responden Daerah Kemaman mendapati 100%
responden Daerah Setiu dan 99% responden Daerah Kemaman bersetuju jalan yang
dibina memberi manfaat dari aspek ekonomi. Sebab yang paling utama diberikan oleh
pengguna jalan di Daerah Setiu adalah memendekkan jarak perjalanan ke tempat utama
iaitu sebanyak 82% manakala di Daerah Kemaman adalah merupakan laluan utama
sebanyak 63% seperti di Carta 1.1.
Sumber: Jabatan Audit Negara
Pada pendapat Audit, pembinaan jalan kampung telah berjaya memberi manfaat
kepada penduduk di kawasan berkenaan.
82%
79%
54%
59%
52%
37%
63%
26%
Memendekkan jarakperjalanan
Menjimatkan masaperjalanan
Laluan utama
Membawa hasilpertanian
Carta 1.1 Pembinaan Jalan Yang Memberi Manfaat Dari Aspek Ekonomi
DAERAH KEMAMAN DAERAH SETIU
10
1.4.6. Jalan Yang Dibina Tidak Digunakan
Pelaksanaan projek hendaklah dibuat secara teliti dan berhemah bagi mengelakkan
berlakunya pembaziran, penyelewengan dan pemborosan. Pembinaan jalan kampung dan
jambatan untuk kemudahan penduduk berhubung dari satu kampung ke kampung yang lain
atau menghubungkan rumah dengan pusat perkhidmatan dalam sesebuah kampung
hendaklah dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung
daripada aspek sosial dan ekonomi. Lawatan Audit ke jalan-jalan kampung yang dibina
mendapati 2 jalan yang telah dibina tidak digunakan. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti
berikut:
1.4.6.1. Jalan Asas di Rancangan Tanah Berkelompok Kg. Rahmat, Mukim
Chalok 1, Setiu
Tujuan utama jalan ini dibina adalah sebagai jalan asas untuk laluan penduduk ke
kawasan penempatan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang menempatkan lot-lot
perumahan. Jalan sepanjang 650 meter ini dengan kos berjumlah RM96,500 telah siap
dibina serta dibuat pembayaran pada 7 Ogos 2011. Bagaimanapun, lawatan Audit pada
bulan Jun 2013 mendapati jalan ini tidak digunakan kerana kawasan ini belum lagi
diduduki di mana pembinaan rumah di lot-lot RTB belum lagi dilaksanakan. Tinjauan Audit
sepanjang jalan ini mendapati beberapa bahagian jalan telah rosak seperti di Gambar 1.7
dan Gambar 1.8.
Gambar 1.7 Gambar 1.8 Jalan Rosak
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: RTB Kampung Rahmat, Setiu Tarikh: 20 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: RTB Kampung Rahmat, Setiu Tarikh: 20 Jun 2013
1.4.6.2. Jalan Kampung Di Kg. Kasar, Setiu
Jalan sepanjang 1 km ini adalah jalan pertanian yang menjadi laluan penduduk ke
kawasan kebun mereka yang siap dibina pada tahun 2011 dengan kos sejumlah
RM135,900. Lawatan Audit pada 5 September 2013 mendapati sebahagian dari jalan ini
digunakan sebagai laluan untuk ke kawasan kebun, manakala sebahagian lagi tidak
digunakan. Keadaan jalan yang dimaksudkan adalah seperti di Gambar 1.9.
20/06/2013 20/06/2013
11
Gambar 1.9 Jalan Yang Dibina Tidak Digunakan Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Kasar, Setiu Tarikh: 5 September 2013
1.4.6.3. Berdasarkan maklum balas pihak PDS bertarikh 13 Januari 2014,
mengakui tiada rumah didirikan di RTB Kg. Rahmat semasa lawatan Audit.
Bagaimanapun, senarai pemohon yang berjaya telah ada dan pada awal tahun 2014
akan dianugerahkan pada peserta untuk mendirikan rumah. Sementara bagi jalan
kampung di Kg. Kasar, pihak PDS memaklumkan jalan tersebut adalah diperlukan
untuk ke kebun tetapi pada masa sekarang jalan tersebut tidak diperlukan kerana
sudah terdapat jalan yang lebih elok.
1.4.6.4. Berdasarkan maklum balas pihak PDS bertarikh 29 Januari 2014, PDS
telah membina jalan asas tersebut mengikut rizab jalan di atas permohonan oleh
pihak JKKK Kg. Rahmat dan kawasan tersebut adalah kawasan hutan yang mana
tidak terdapat laluan jalan. Lot-lot tanah tersebut telah pun di bahagi kepada 200
peserta yang berjaya. Sehingga kini terdapat tiga buah rumah mesra rakyat telah
dibina. Pihak kontraktor telah membina jalan lencongan bagi menggantikan laluan
jalan yang rosak.
Pada pendapat Audit, Pejabat Daerah Setiu perlulah merancang tempat pembinaan
jalan dengan teliti supaya kemudahan jalan yang disediakan digunakan.
1.4.7. Pertindihan Pelaksanaan Projek Antara PDK Dan Kementerian Kemajuan Luar
Bandar Dan Wilayah
1.4.7.1. Pelaksanaan projek pembinaan jalan kampung oleh pejabat daerah hendaklah
diselaraskan dengan projek yang sama oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan
Wilayah (KKLW) bagi mengelakkan sebarang pertindihan dan mengakibatkan
pembaziran. Pengauditan yang dijalankan terhadap projek pembinaan jalan di PDK
mendapati terdapat pertindihan pelaksanaan projek antara PDK dan KKLW. Mengikut
pelan tapak bina bagi sebut harga no. PNLBK 14/2013, tapak pembinaan jalan crusher
run di Kampung Tempurung yang berharga RM35,807 sepanjang 170 m adalah di lokasi
sepertimana ditunjukkan dalam Gambar 1.10. Bagaimanapun, semasa lawatan tapak
pihak Audit telah dibawa ke lokasi jalan seperti di Gambar 1.11. Pihak Audit
dimaklumkan, pertukaran tapak berlaku adalah disebabkan tapak asal yang diluluskan
telah dibina jalan terlebih dahulu oleh pihak KKLW.
05/09/2013
12
Gambar 1.10 Pelan Tapak Asal
Gambar 1.11 Pelan Tapak Baru
Sumber: Pejabat Daerah Kemaman Sumber: Pejabat Daerah Kemaman
1.4.7.2. Ekoran pertukaran tapak tersebut, satu Arahan Perubahan Kerja dikeluarkan
sejumlah RM4,100 kerana jarak jalan di tapak baharu adalah lebih panjang iaitu dari 170
meter kepada 262 meter menjadikan kos keseluruhan bagi kerja-kerja tersebut meningkat
kepada RM39,907. Pertindihan tapak projek tersebut menunjukkan tiada koordinasi yang
berkesan antara PDK dan KKLW dalam penentuan projek. Gambar 1.12 dan
Gambar 1.13 menunjukkan jalan yang dibina selepas berlaku pertukaran tapak.
Gambar 1.12 Gambar 1.13
Jalan Yang Dibina Di Tapak Baru
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kg. Tempurung, Kemaman Tarikh: 9 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kg. Tempurung, Kemaman Tarikh: 9 September 2013
1.4.7.3. Pihak PDK sepatutnya membatalkan sebut harga tersebut kerana tapak asal
telah dilaksanakan pembinaan jalan oleh KKLW dan PDK hendaklah membuat tawaran
semula berdasarkan kepada permohonan lokasi dan keperluan baharu. Tindakan
mengeluarkan arahan perubahan kerja adalah tidak wajar berdasarkan kepada Arahan
Perbendaharaan 202.1. Pihak Audit juga tidak dapat menentukan sama ada jalan yang
baharu itu sebenarnya telah melalui proses perolehan yang sepatutnya.
1.4.7.4. Berdasarkan maklum balas PDK bertarikh 29 Januari 2014, cadangan
projek jalan Kg. Tempurung telah diangkat ke Unit Perancang Ekonomi Negeri
Terengganu (UPEN) pada 24 Jun 2012. Apabila projek ini diluluskan pada awal
09/09/2013 09/09/2013
13
Januari 2013, tindakan untuk mengeluarkan tawaran sebut harga telah dibuat pada
12 Februari 2013. Keputusan sebut harga telah dibuat pada 29 April 2013 dan
ditawarkan kepada kontraktor yang berjaya. Lawatan tapak bersama kontraktor
yang berjaya telah dibuat, didapati jalan tersebut telah pun dibina oleh kontraktor
yang dilantik oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).
Lawatan telah dibuat sebelum cadangan projek dibuat bagi menentukan kos untuk
pembinaan projek tersebut. PDK akan memohon kelulusan pertukaran tapak
tersebut kepada UPEN setelah teguran Audit.
Pada pendapat Audit, pertindihan pelaksanaan projek antara PDK dan KKLW boleh
dielakkan sekiranya ada komunikasi dan koordinasi yang berkesan di antara kedua-
dua agensi.
1.4.8. Ujian Ketebalan Jalan (Coring Test) Tidak Dilakukan Oleh PDS
Mengikut amalan terbaik JKR, ujian ketebalan jalan hendaklah dilakukan untuk menentukan
ianya telah mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam syarat sebut harga. Di antara
ujian yang boleh dibuat adalah dengan kaedah coring test. Tanpa ujian berkenaan (coring
test), pengesahan ketebalan jalan tidak dapat dibuat. Semakan Audit mendapati pihak PDK
telah menjalankan ujian tersebut bagi semua projek yang dilaksanakannya. Bagaimanapun,
semakan di PDS mendapati tiada bukti ujian ketebalan dibuat bagi pembinaan 2 jalan
premix. Semua pengesahan siap kerja dibuat tanpa ujian ketebalan. Ujian ketebalan yang
tidak dibuat boleh menimbulkan keraguan mengenai pematuhan spesifikasi kerja. Oleh itu,
semua pembayaran telah dibuat tanpa menentukan pematuhan kepada spesifikasi ketebalan
premix yang sepatutnya. Projek yang berkenaan adalah seperti di Jadual 1.6. Berdasarkan
maklum balas PDS bertarikh 29 Januari 2014, ketebalan diukur semasa pemborong
membuat kerja-kerja di tapak bina dan juruteknik sentiasa mengawasi kerja-kerja yang
dijalankan. Setelah teguran Audit ujian coring akan dilaksanakan di projek akan
datang.
Jadual 1.6 Projek Yang Tidak Dijalankan Ujian Ketebalan Premix
Bil. Tajuk Projek Nilai Projek (RM)
1. Kerja-kerja menaik taraf jalan di Kg. Gelam Hangus, Mukim Chalok 2.
91,269
2. Kerja menaik taraf jalan di Kg. Telaga Papan, Setiu 91,600
Jumlah 182,869
Sumber: PDS
Pada pendapat Audit, ujian ketebalan jalan perlu dilakukan bagi memastikan
pembayaran yang dibuat bertepatan dengan kerja yang dilaksanakan.
14
1.4.9. Pelan Tapak Bina Tidak Disediakan Oleh PDS
1.4.9.1. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009, Perenggan 4.1
menetapkan sebut harga hendaklah mengandungi di antaranya Pelan Tapak Bina.
Semakan Audit terhadap 22 projek mendapati PDS tidak menyediakan pelan tapak bina
bagi semua projek jalan kampung yang dilaksanakannya. Ketiadaan pelan tapak bina
tersebut menyukarkan bukan sahaja pihak Audit malahan juga termasuk wakil PDS
sendiri untuk mengesahkan lokasi sebenar kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Keadaan
ini boleh memberi ruang untuk berlaku kesilapan dalam penentuan tapak. Lawatan Audit
bersama pegawai PDS di 2 lokasi di Setiu, mendapati tapak projek sebenar tidak dapat
ditentukan oleh pihak Audit kerana ketiadaan pelan tapak bina di Daerah Setiu. Dua lokasi
berkenaan adalah seperti berikut:
a. Jalan Di Kg. Telaga Papan, Setiu
Projek bernilai RM91,600 yang dilaksanakan pada tahun 2012 tersebut melibatkan
kerja-kerja menurap jalan sepanjang 650 meter dan kerja-kerja berkaitan termasuk
melebar bahu jalan. Arahan Kerja yang dikeluarkan oleh PDS hanya menunjukkan
kuantiti kerja yang perlu dilaksanakan dan tidak disertakan dengan pelan tapak bina.
Semasa lawatan tapak, pihak Audit telah ditunjukkan 3 lokasi jalan yang berlainan
seperti di Jadual 1.7. Ketiga-tiga jalan tersebut juga tidak bersambung di antara satu
sama lain.
Jadual 1.7 Jalan Yang Tiada Pelan Tapak Bina
Bil. Lokasi Jarak Mengikut
Pengukuran Di Tapak (Meter)
1. Jalan Kg. Telaga Papan 459 2. Lorong Perkuburan Islam, Kg. Telaga Papan 159 3. Jalan di Taman Nori, Pantai Telaga Papan 53
Jumlah 671
Sumber: PDS
b. Jalan Pertanian Di Kg. Sungai Bari, Setiu
Projek jalan pertanian yang dibina pada tahun 2011 dengan kos RM92,475
melibatkan kerja-kerja merata dan memadat crusher run sepanjang 1.9 km di Kg.
Sungai Bari. Semasa lawatan tapak, pihak Audit telah dibawa ke 2 lokasi jalan
berbeza yang juga tidak bersambung di antara satu sama lain seperti di Jadual 1.8.
Jadual 1.8 Jalan Yang Tiada Pelan Tapak Bina
Bil. Lokasi Jarak Mengikut
Pengukuran Di Tapak (Meter)
1. Jalan Ustaz Fauzi, Sg. Bari 200 2. Jalan di Kg Sungai. Bari 1,700
Jumlah 1,900
Sumber: PDS
15
1.4.9.2. Berdasarkan maklum balas PDS bertarikh 13 Januari 2014, pelan tapak
ada disediakan tetapi tidak diserahkan kepada pihak Audit semasa pengauditan.
Mengikut maklum balas bertarikh 28 Januari 2014, pelan tapak dan ‘as built
drawings’ telah disediakan selepas teguran Audit.
Pada pendapat Audit, ketiadaan pelan tapak bina boleh menyebabkan keraguan dalam
penentuan tapak yang sepatutnya dan membuka ruang untuk berlaku kesilapan dalam
pelaksanaan projek.
1.4.10. Peruntukan Tidak Digunakan Sebagaimana Diluluskan
1.4.10.1. Sesuatu peruntukan hendaklah dibelanjakan mengikut tujuan sebagaimana
ianya diluluskan. Semakan Audit di PDK mendapati pada tahun 2012 sejumlah
RM220,000 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah projek pembinaan jalan, titian
dan jambatan. Daripada jumlah tersebut sejumlah RM55,050 telah dibelanjakan bagi
tujuan selain yang diluluskan iaitu untuk kerja-kerja membekal dan memasang gabion
serta kerja-kerja berkaitan di Kampung Sungai Pergam, Mukim Hulu Jabor, Kemaman.
Pembinaan gabion tersebut adalah untuk menahan dari hakisan dan runtuhan tebing di
kawasan pembinaan perumahan yang dibangunkan oleh Pejabat Daerah Kemaman.
Tiada bukti penggunaan peruntukan tersebut diluluskan oleh pihak Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN). Pihak Audit tidak dapat memastikan sama ada projek tersebut
mempunyai peruntukan untuk membina gabion atau tidak. Gambar 1.14 menunjukkan
gabion yang dibina.
Gambar 1.14 Pembinaan Gabion Menggunakan Peruntukan Jalan
Sumber: Pejabat Daerah Kemaman Lokasi: Kg. Sungai Pergam, Kemaman Tarikh: Tidak Dinyatakan
1.4.10.2. Berdasarkan maklum balas PDK bertarikh 29 Januari 2014, pada tahun
2012, UPEN telah meluluskan peruntukan di bawah Kod 04537 Jalan, Titian dan
Jambatan berjumlah RM220,000. Peruntukan ini diberi secara pukal untuk tujuan
perbelanjaan yang akan diuruskan oleh Pegawai Pengawal. Bagi cadangan
pembinaan gabion di Kg. Sungai Pergam, didapati tiada kod khusus untuk kerja
berkenaan. Pentadbiran PDK berpandukan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5
Tahun 2004 mengguna pakai OSOL 33199 kemudahan-kemudahan lain. Kelulusan
tukar tajuk projek tersebut iaitu di bawah Kod 04537 jalan, titian dan jambatan
hanya diluluskan oleh Pegawai Daerah. Walau bagaimanapun PDK akan sentiasa
16
mengambil perhatian dan akan memohon kelulusan setiap pertukaran tajuk projek
kepada pihak UPEN Terengganu pada masa akan datang.
Pada pendapat Audit, PDS hendaklah menggunakan peruntukan sebagaimana yang
diluluskan bagi memastikan matlamat yang telah ditetapkan tercapai.
1.5. SYOR AUDIT
Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak
berulang dalam pelaksanaan pembinaan dan menaik taraf jalan kampung dan jambatan
adalah disyorkan PDS dan PDK mengambil tindakan seperti berikut:
1.5.1. PDS perlu menyediakan pelan tapak bina bagi mengelakkan berlaku kesilapan
dalam penentuan tapak projek.
1.5.2. PDS perlu membuat perancangan pembinaan jalan yang lebih teliti supaya jalan
yang dibina dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengelak berlakunya pembaziran.
1.5.3. PDS dan PDK perlu meningkatkan pemantauan bagi memastikan kerja yang
dilaksanakan oleh kontraktor mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan.
1.5.4. PDS perlu memastikan ujian ketebalan (coring test) dilaksanakan dan lain-lain
prosedur dipatuhi supaya pembayaran dapat dibuat dengan teratur.
1.5.5 PDK hendaklah menggunakan peruntukan sebagaimana yang diluluskan.
17
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU
2. PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI
2.1. LATAR BELAKANG
2.1.1. Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) merupakan institusi pendidikan
menengah milik Kerajaan Negeri Terengganu. SMAN diuruskan oleh Jabatan Dakwah,
Pendidikan Dan Pengurusan Masjid (Jabatan) di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam
Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Objektif SMAN adalah untuk melahirkan generasi
berilmu, berakhlak, bertakwa dan mampu menguasai pengetahuan ilmu agama di samping
melahirkan bakal pemimpin Islam yang berwibawa.
2.1.2. Pada 20 September 2006, Kerajaan Negeri telah menandatangani satu
Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperkasakan
pengurusan SMAN dengan menjadikannya sebagai Sekolah Menengah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK). Melalui MoU ini, SABK akan menerima sumbangan daripada Kerajaan
Persekutuan seperti bantuan perkapita, gaji guru dan kakitangan, makan dan minum
penghuni asrama, perkhidmatan kebersihan dan keselamatan sebagaimana ditetapkan di
bawah Akta Pendidikan 1996. SABK melaksanakan Kurikulum Kebangsaan mengikut
standard yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Selain itu, ia juga melaksanakan
Kurikulum Pelajaran Agama merangkumi Kurikulum Pelajaran Menengah Al-Azhar
(Thanawi) dan Kurikulum I’dadi yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
2.1.3. Terdapat 10 buah SMAN di Negeri Terengganu yang terdiri daripada sebuah
sekolah bertaraf Sekolah Berasrama Penuh dan 9 buah Sekolah Menengah Agama Harian
Biasa. Sehingga bulan Ogos 2013, jumlah keseluruhan guru dan pelajar bagi 10 buah SMAN
adalah seramai 715 orang guru dan 8,085 orang pelajar. Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan sejumlah RM87.78 juta bagi tahun 2011 hingga 2013 bagi perbelanjaan
mengurus dan sehingga bulan Oktober 2013, sejumlah RM78.27 juta atau 89.2% telah
dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
2.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan ini adalah untuk menilai sama ada Sekolah Menengah Agama Negeri
telah diuruskan dengan cekap dan teratur serta mencapai matlamat yang ditetapkan.
2.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
2.3.1. Skop pengauditan ini meliputi pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri bagi
tahun 2011 hingga 2013. Sebanyak 5 buah sekolah telah dipilih sebagai sampel Audit iaitu
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Daerah Kuala
18
Terengganu, Sekolah Menengah Agama Khairiah (SMA Khairiah) Daerah Kuala
Terengganu, Sekolah Menengah Agama Marang (SMA Marang) Daerah Marang, Sekolah
Menengah Agama Mahmudiah (SMA Mahmudiah) Daerah Hulu Terengganu dan Sekolah
Menengah Agama Setiu (SMA Setiu) Daerah Setiu.
2.3.2. Pengauditan dilaksanakan dengan menyemak rekod, dokumen, fail dan laporan
yang berkaitan. Selain itu, analisis data, lawatan fizikal, perbincangan dan temubual dengan
pegawai berkaitan turut diadakan serta borang soal selidik diedarkan kepada guru dan
pelajar sekolah.
2.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2013 mendapati pada
keseluruhannya pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri adalah memuaskan dari
segi prestasi pengajaran dan pembelajaran, prestasi kemudahan sekolah dan asrama serta
prestasi pengurusan aset. Bagaimanapun, pencapaian prestasi ini boleh dipertingkatkan
dengan melakukan penambahbaikan dalam aspek-aspek tertentu. Antara kelemahan yang
ditemui adalah seperti berikut:
Jadual perancangan dan laporan pelaksanaan program kecemerlangan pelajar tidak
terperinci.
Kemudahan asas sekolah dan asrama kurang sempurna dan tidak kondusif.
Pelupusan aset tidak dilaksanakan.
Peruntukan kewangan bagi tujuan penyenggaraan dan baik pulih tidak mencukupi.
2.4.1. Prestasi Pengajaran Dan Pembelajaran
2.4.1.1. Pencapaian Pelajar Dalam Peperiksaan Utama
a. Pencapaian sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pencapaian akademik
pelajar yang dinilai melalui keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan
Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu gred purata keseluruhan mata pelajaran yang
diperolehi oleh sesebuah sekolah. Nilai GPS PMR adalah antara 1.00-5.00 dan SPM
antara 0.00-9.00 di mana semakin kecil nilai gred purata semakin baik tahap
pencapaian sesebuah sekolah.
b. Secara keseluruhannya, prestasi pencapaian pelajar dalam 2 peperiksaan utama
iaitu PMR dan SPM di 5 SMAN yang dipilih berada pada tahap baik. Analisis
terperinci terhadap keputusan peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2010 hingga
2012 adalah seperti berikut:
19
i. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
SMAN menawarkan 9 mata pelajaran bagi peperiksaan PMR dan seramai
1,518 orang, 1,653 orang dan 1,683 orang calon masing-masing pada tahun
2010, 2011 dan 2012 telah menduduki peperiksaan PMR di 10 buah pusat
peperiksaan di seluruh Negeri Terengganu. Keputusan pencapaian PMR
bagi 5 buah SMAN adalah seperti di Carta 2.1.
Sumber: Jabatan Audit Negara
Analisis Audit terhadap pencapaian PMR bagi tahun 2010 hingga 2012
mendapati 3 buah sekolah berada di bawah GPS 2.25 bagi 3 tahun berturut-
turut iaitu SMAASZA, SMA Khairiah dan SMA Marang. Manakala SMA
Mahmudiah dan SMA Setiu pula adalah di antara 2.18 hingga 2.53 bagi
tempoh 3 tahun. Bagaimanapun, prestasi bagi 2 buah sekolah tersebut
didapati semakin menurun pada tahun 2011 dan 2012. Jumlah pelajar yang
mendapat semua A di dalam mata pelajaran adalah seperti di Jadual 2.1.
Jadual 2.1 Bilangan Pelajar Yang Mendapat Semua A Dalam Peperiksaan PMR
Sumber: Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
SMAASZA SMA KHAIRIAH SMA MARANG SMAMAHMUDIAH
SMA SETIU
1.20
1.61
2.16
2.18
2.48
1.13
1.59
2.19
2.29
2.49
1.24
1.59
2.25
2.36
2.53
Gre
d P
ura
ta S
eko
lah
(G
PS
)
Carta 2.1 Analisis Pencapaian PMR Bagi Tahun 2010 Hingga 2012
2010 2011 2012
Bil. Sekolah Bilangan Pelajar
(Orang) 2010 2011 2012
1. SMAASZA 42 67 49 2. SMA Khairiah 23 32 23 3. SMA Marang 8 5 1 4. SMA Mahmudiah 4 1 1 5. SMA Setiu 1 0 1
20
Gred Purata Negeri (GPN) bagi tahun 2010 dan 2011 adalah 2.58 manakala
bagi tahun 2012 adalah 2.57. Analisis Audit mendapati kesemua 5 SMAN
telah mengatasi GPN bagi 3 tahun berturut-turut.
Kedudukan 5 sekolah tersebut di peringkat 10 buah SMAN Terengganu dan
peringkat negeri dari 129; 130 dan 133 buah sekolah masing-masing bagi
tahun 2010, 2011 dan 2012 seperti di Jadual 2.2.
Jadual 2.2 Kedudukan 5 Sekolah Di Peringkat SMAN Dan Negeri Terengganu
Bil. Sekolah Kedudukan Di Peringkat
SMAN Kedudukan Di Peringkat
Negeri 2010 2011 2012 2010 2011 2012
1. SMAASZA 1 1 1 11 10 13 2. SMA Khairiah 2 2 2 24 24 25 3. SMA Marang 5 6 7 29 31 32 4. SMA Mahmudiah 6 8 8 30 33 34 5. SMA Setiu 9 9 10 40 39 40
Sumber: Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid
Selain itu, SMAN menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab bagi calon yang
mengambil peperiksaan PMR. Mata pelajaran ini wajib diambil oleh setiap
pelajar. Pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab bagi tahun 2010 hingga
2012 di SMAASZA adalah lulus 100% bagi 3 tahun berturut-turut. Bagi SMA
Khairiah pula menunjukkan peningkatan dari 98% pada tahun 2011 kepada
99% pada tahun 2012. Manakala bagi SMA Marang, SMA Mahmudiah dan
SMA Setiu mendapati pencapaian pada tahun 2011 meningkat berbanding
tahun 2010. Bagaimanapun, pencapaian ketiga-tiga sekolah tersebut
merosot pada tahun 2012.
ii. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Peperiksaan SPM menawarkan 16 mata pelajaran mengikut aliran masing-
masing. Seramai 1,125 orang, 1,217 orang dan 1,191 orang calon masing-
masing pada tahun 2010, 2011 dan 2012 telah menduduki peperiksaan SPM
di 10 SMAN di Negeri Terengganu. Keputusan pencapaian SPM bagi 5
SMAN adalah seperti di Carta 2.2.
21
Sumber: Jabatan Audit Negara
Analisis Audit terhadap pencapaian SPM pada tahun 2010 hingga 2012 bagi
5 SMAN mendapati SMAASZA berada di bawah GPS 2.25 bagi 3 tahun
berturut-turut. Bagi SMA Khairiah dan SMA Marang, terdapat sedikit
penurunan pada tahun 2012 berbanding tahun 2011. Prestasi bagi SMA
Mahmudiah menurun pada tahun 2011 dan meningkat pada tahun 2012.
Manakala prestasi bagi SMA Setiu pula didapati merosot bagi 2 tahun
berturut-turut.
Pada tahun 2010, 2011 dan 2012, jumlah pelajar yang mendapat semua A di
dalam mata pelajaran bagi SMAASZA masing-masing seramai 15 pelajar, 12
pelajar dan 18 pelajar. Manakala bagi SMA Khairiah, seramai seorang
pelajar, 6 pelajar dan 4 pelajar bagi 3 tahun tersebut mendapat semua A.
Bagaimanapun, bagi tahun 2010 hingga 2012, tiada pelajar yang
memperolehi semua A dalam mata pelajaran di SMA Marang, SMA
Mahmudiah dan SMA Setiu.
GPN yang ditetapkan bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 masing-masing
adalah 5.03; 4.92 dan 5.01. Analisis Audit mendapati SMAASZA, SMA
Khairiah, SMA Marang dan SMA Mahmudiah berjaya mengatasi Gred
Purata Negeri bagi ketiga-tiga tahun tersebut kecuali SMA Mahmudiah iaitu
4.94 pada tahun 2011. Manakala SMA Setiu pula tidak mencapai GPN pada
tahun 2010 hingga 2012.
Kedudukan 5 sekolah tersebut di peringkat 10 buah SMAN Terengganu dan
peringkat negeri dari 134, 135, dan 139 buah sekolah masing-masing bagi
tahun 2010, 2011 dan 2012 seperti di Jadual 2.3.
0
1
2
3
4
5
6
SMAASZA SMA KHAIRIAH SMA MARANG SMAMAHMUDIAH
SMA SETIU
1.95
3.45
4.25
4.86
5.74
1.86
3.19
4.04
4.94
5.82
2.06
3.49
4.82
4.80
5.88
Gre
d P
ura
ta S
eko
lah
(G
PS
)
Carta 2.2 Analisis Pencapaian SPM Bagi Tahun 2010 Hingga 2012
2010 2011 2012
22
Jadual 2.3 Kedudukan 5 Sekolah Di Peringkat SMAN Dan Negeri Terengganu
Bil. Sekolah Kedudukan Di Peringkat
SMAN Kedudukan Di Peringkat
Negeri 2010 2011 2012 2010 2011 2012
1. SMAASZA 1 1 1 3 5 5 2. SMA Khairiah 2 2 2 20 18 22 3. SMA Marang 8 3 8 28 27 40 4. SMA Mahmudiah 7 8 7 37 46 39 5. SMA Setiu 9 10 10 89 96 99
Sumber: Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, MAIDAM
Selain itu, SMAN menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-
Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah bagi calon yang
mengambil peperiksaan SPM. Mata pelajaran ini wajib diambil oleh setiap
pelajar. Analisis Audit terhadap 3 mata pelajaran tersebut adalah seperti di
Jadual 2.4.
Jadual 2.4 Peratus Lulus Mata Pelajaran Bagi Tahun 2010 Hingga 2012
Bil. Mata Pelajaran Tahun
Peratus Kelulusan (%)
SMAASZA SMA Khairiah
SMA Marang
SMA Mahmudiah
SMA Setiu
1. Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah
2010 100 100.0 98.2 90.1 79.82011 100 100.0 99.2 95.6 82.32012 100 99.4 92.9 95.6 82.3
2. Pendidikan Syariah Islamiah
2010 100 100.0 96.4 88.1 76.32011 100 99.4 97.6 93.8 87.32012 100 98.2 96.9 95.6 82.3
3. Bahasa Arab 2010 100 100.0 94.6 75.3 78.82011 100 98.6 78.0 62.0 72.22012 100 98.7 61.9 64.9 58.1
Sumber: Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid
Berdasarkan Jadual 2.4 di atas, bagi mata pelajaran Pendidikan Al-Quran
Dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah, SMAASZA mendapat
lulus 100% bagi 3 tahun berturut-turut. Manakala SMA Khairiah, SMA
Marang dan SMA Mahmudiah masing-masing mendapat lulus 90% ke atas
kecuali SMA Mahmudiah mendapat 88.1% pada tahun 2010. SMA Setiu pula
mendapat lulus antara 76.3% hingga 87.3% bagi ketiga-tiga tahun tersebut.
Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, SMAASZA dan SMA Khairiah masing-
masing mendapat lulus 100% dan 90% ke atas bagi 3 tahun berturut-turut.
Manakala SMA Marang, SMA Mahmudiah dan SMA Setiu masing-masing
mendapat lulus 80% ke bawah bagi 3 tahun berturut-turut kecuali SMA
Marang mendapat 94.6% pada tahun 2010.
c. Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, penurunan gred
purata sekolah adalah perkara yang biasa berlaku di mana-mana sekolah di
seluruh negara sama ada sekolah biasa, sekolah berasrama penuh atau
sekolah berprestasi tinggi. SMA Setiu memaklumkan antara faktor yang
23
menyebabkan penurunan prestasi pencapaian PMR dan SPM adalah masalah
kekurangan guru, guru mengajar tidak mengikut opsyen, guru menghadapi
masalah kesihatan dan guru tinggal berjauhan dengan sekolah tersebut.
2.4.1.2. Program Kecemerlangan Pelajar
a. Program kecemerlangan perlu dilaksanakan dengan baik bagi membantu pelajar
menghadapi peperiksaan selain memberi motivasi kepada pelajar dan berkongsi ilmu
serta pengalaman dalam proses pembelajaran yang efektif dan berkesan. Antara
program kecemerlangan yang dilaksanakan adalah seperti kelas bimbingan
akademik, seminar teknik menjawab soalan peperiksaan, program perkongsian pintar
antara sekolah dan ceramah motivasi kepada pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan PMR dan SPM.
b. Semakan Audit mendapati 4 sekolah iaitu SMAASZA, SMA Mahmudiah, SMA
Marang dan SMA Khairiah telah menyediakan program kecemerlangan pelajar dan
laporan pelaksanaannya pada setiap tahun. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati
jadual perancangan dan laporan pelaksanaan yang disediakan tidak terperinci di
mana kekerapan program tidak dinyatakan menyebabkan pihak Audit sukar untuk
menilai sama ada program telah dilaksanakan seperti yang dirancang.
c. SMA Setiu pula tidak dapat mengemukakan maklumat perancangan dan
pelaksanaan mengenai program kecemerlangan PMR bagi tahun 2011 hingga 2013
kepada pihak Audit. Hanya laporan pelaksanaan program kecemerlangan SPM bagi
tahun 2011 dan 2012 yang dikemukakan dan pihak Audit tidak dapat menilai sama
ada program telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
d. Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, program yang
dijalankan sangat banyak sehingga kadangkala 2 atau 3 program dijalankan
secara serentak. Bagaimanapun, perubahan akan dilakukan apabila program
yang dirancang bertindih dengan program anjuran Jabatan dan Kementerian
Pendidikan Malaysia dan peruntukan kewangan tidak mencukupi.
2.4.1.3. Kemudahan Peralatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
a. Pengetahuan mengenai Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah sangat
penting bagi menggalakkan pelajar terlibat dalam usaha negara untuk mewujudkan
masyarakat bermaklumat. Untuk itu, makmal komputer telah diwujudkan di semua
peringkat sekolah sama ada rendah dan menengah untuk memberi kemahiran asas
kepada murid bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan yang berteraskan
ICT.
b. Lawatan Audit mendapati semua sekolah telah menyediakan kemudahan makmal
komputer dengan akses internet untuk kegunaan pelajar dan guru di mana bilangan
24
komputer yang disediakan mencukupi dan berfungsi dengan baik. Bagaimanapun,
pihak Audit mendapati komputer yang digunakan di SMA Khairiah sejak tahun 2007
telah usang dan hanya 10 buah komputer boleh digunakan. Manakala 21 buah
komputer lagi didapati telah rosak dan tidak ekonomi untuk dibaiki tetapi masih
berada di dalam makmal berkenaan seperti di Gambar 2.1. Kekurangan kemudahan
ini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar di sekolah
tersebut berbanding SMAN lain yang mempunyai komputer baharu seperti di
Gambar 2.2.
Gambar 2.1
Komputer Yang Usang Dan Rosak Gambar 2.2
Komputer Baharu Dan Berfungsi Dengan Baik
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Khairiah Tarikh: 19 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Mahmudiah Tarikh: 25 September 2013
c. Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, SMA Khairiah
memaklumkan kesilapan mengisi permohonan dalam sistem pada tahun 2011
menyebabkan sekolah tidak dibekalkan dengan komputer baharu.
Bagaimanapun, pihak sekolah telah membaik pulih komputer yang rosak dan
membuat permohonan semula kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada
tahun 2012 dan 2013 tetapi masih belum dibekalkan komputer baharu.
Pada pendapat Audit, prestasi pengajaran dan pembelajaran adalah baik.
Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah merancang program kecemerlangan pelajar
dengan teliti. Selain itu, kemudahan ICT hendaklah berada dalam keadaan baik dan
boleh digunakan secara efektif.
2.4.2. Prestasi Kemudahan Sekolah Dan Asrama
2.4.2.1. Kemudahan Asas Sekolah Dan Asrama
a. Kewujudan dan keselesaan kemudahan yang disediakan merupakan faktor penting
yang menyumbang ke arah mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang dan gemilang.
19/09/2013 25/09/2013
25
b. Pihak Audit telah melakukan penilaian terhadap 13 kemudahan asas sekolah yang
disediakan iaitu bilik darjah, pusat sumber, kantin, tandas, surau, bilik guru, makmal
sains, bengkel kemahiran hidup, dewan sekolah, stor peralatan sukan, stor buku teks,
bilik sakit/rawatan dan telefon awam. Selain itu, penilaian juga telah dilaksanakan
terhadap 11 kemudahan asas asrama iaitu dormitori, tandas, bilik dobi, bilik
menggosok pakaian, surau, dewan makan, bilik/rumah warden, bilik belajar, ampaian,
bilik sakit/rawatan pelajar dan telefon awam berdasarkan beberapa kriteria.
c. Lawatan Audit di 5 SMAN mendapati kesemua kemudahan asas sekolah dan asrama
ada disediakan dan berada dalam keadaan baik kecuali perkara-perkara seperti
berikut:
i. Keadaan Surau Dan Bilik Guru Wanita Tidak Kondusif
SMA Setiu telah menggunakan bangunan kelas lama yang tidak digunakan
sebagai surau bagi kegunaan pelajar. Lawatan Audit mendapati keadaannya
yang uzur dan tidak lengkap seperti tempat wuduk perempuan tidak
berbumbung dan ruang solat tidak kondusif seperti di Gambar 2.3 dan
Gambar 2.4.
Gambar 2.3 Gambar 2.4
Keadaan Surau Yang Usang Dan Tidak Kondusif
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Setiu Tarikh: 8 Oktober 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Setiu Tarikh: 8 Oktober 2013
Pihak sekolah telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan pada 28
Disember 2011 untuk membina surau baharu bagi menampung keperluan
pelajar seramai 500 orang. Maklum balas Jabatan pada 19 Februari 2012
meminta pihak sekolah menyediakan kertas kerja projek bagi pembinaan
surau tersebut. Pihak sekolah telah memohon kepada Jabatan Kerja Raya
Daerah Setiu (JKR Daerah) untuk menyediakan kertas kerja dan pelan
bangunan berserta anggaran kos pada 26 Ogos 2012 tetapi sehingga tarikh
pengauditan selesai dijalankan, maklum balas dari JKR masih belum
diterima.
08/10/2013 08/10/2013
26
Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, Jabatan
perlu mendapatkan anggaran kos daripada JKR Daerah terlebih dahulu
bagi memudahkan Jabatan mengemukakan anggaran kos tersebut
kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Bagaimanapun, pihak sekolah
memaklumkan JKR Daerah akan menyediakan kertas kerja dan pelan
bangunan surau tersebut pada tahun 2014.
Selain itu, lawatan Audit mendapati keluasan bilik guru wanita di SMA
Mahmudiah dan SMA Marang tidak mampu menampung bilangan guru sedia
ada seperti di Gambar 2.5 dan Gambar 2.6.
Gambar 2.5 Gambar 2.6
Keluasan Bilik Guru Wanita Tidak Dapat Menampung Jumlah Guru
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Mahmudiah Tarikh: 25 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Marang Tarikh: 10 Oktober 2013
Hal ini menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu para guru dalam
membuat persiapan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula.
Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, SMA
Mahmudiah memaklumkan bilik guru wanita sedang diubahsuai
mengikut kesesuaian dan keselesaan guru. Manakala SMA Marang pula
telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan untuk membina
satu blok bangunan 4 tingkat yang baru.
ii. Makmal Sains Tidak Disediakan
Lawatan Audit ke SMA Setiu mendapati 2 buah makmal sains baharu bagi
mata pelajaran fizik, kimia dan biologi diperlukan untuk menampung
keperluan sekolah yang telah mewujudkan aliran sains tulen bermula tahun
2013. Kewujudan makmal sains baharu ini akan memudahkan dan memberi
keselesaan kepada pelajar untuk menjalankan latihan amali dan seterusnya
membantu sekolah mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang.
25/09/2013 10/10/2013
27
Pada masa sekarang, pelajar aliran sains tulen menggunakan makmal sains
am yang dikhususkan untuk pelajar menengah rendah. Mengikut maklum
balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, Jabatan telah membekalkan
keperluan makmal untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata
pelajaran sains tulen. Jadual amali disusun atur dengan baik bagi
membolehkan P&P di dalam makmal sedia ada dapat dilaksanakan.
iii. Bilik Pembantu Makmal Tidak Disediakan
Pembantu makmal di SMA Khairiah menggunakan bilik stor bahan kimia
untuk menjalankan tugas harian dan membuat persediaan bahan
pembelajaran kerana tiada bilik khas disediakan untuk pembantu makmal
berkenaan seperti di Gambar 2.7.
Gambar 2.7 Bilik Stor Yang Digunakan Oleh Pembantu Makmal Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Khairiah Tarikh: 18 September 2013
Tinjauan Audit dan temubual dengan pembantu makmal mendapati keadaan
bilik pembantu makmal kurang selesa dan boleh menjejaskan kesihatan
kerana ruang kerja yang sempit serta terdedah kepada bahan kimia yang
berbahaya.
Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, pihak
sekolah berusaha untuk mendapatkan bilik berhampiran yang sesuai
bagi menempatkan bahan-bahan kimia atau diduduki oleh pembantu
makmal.
iv. Cermin Tingkap Dan Daun Pintu Dormitori Tiada
Lawatan Audit mendapati dormitori pelajar di SMA Mahmudiah dan SMA
Setiu tidak mempunyai daun pintu seperti di Gambar 2.8 dan Gambar 2.9.
18/09/2013
28
Gambar 2.8 Gambar 2.9 Dormitori Tidak Mempunyai Daun Pintu
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Asrama Pelajar Lelaki SMA Setiu Tarikh: 8 Oktober 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Asrama Pelajar Lelaki SMA Mahmudiah Tarikh: 25 September 2013
Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, SMA Setiu
memaklumkan daun pintu rosak kerana pintu yang dibekalkan oleh
JKR Daerah berkualiti rendah dan dimakan bubuk. Pihak sekolah telah
mengambil tindakan dengan menggantikan sebahagian daun pintu
yang telah rosak.
Selain itu, banyak tingkap dormitori di SMAASZA dan SMA Setiu yang tidak
mempunyai cermin seperti di Gambar 2.10 dan Gambar 2.12. Hal ini boleh
menjejaskan keselamatan pelajar yang menghuni dormitori berkenaan selain
menyebabkan air tempias masuk apabila berlaku hujan.
Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, pihak
pengurusan asrama SMAASZA telah mengambil tindakan mengganti
cermin tingkap yang pecah seperti Gambar 2.11. Manakala SMA Setiu
masih belum membaik pulih cermin tingkap yang rosak kerana keadaan
bingkai besi yang reput menyebabkan cermin tingkap tidak dapat
dipasang dengan sempurna.
Gambar 2.10 Gambar 2.11
Tingkap Tidak Mempunyai Cermin Cermin Tingkap Telah Dipasang
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Asrama Pelajar Lelaki SMAASZA Tarikh: 10 September 2013
Sumber: SMAASZA Lokasi: Asrama Pelajar Lelaki SMAASZA Tarikh: Tidak Dinyatakan
25/09/2013 08/10/2013
10/09/2013
Sebelum Selepas
29
Gambar 2.12 Tingkap Tidak Mempunyai Cermin Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Asrama Pelajar Lelaki SMA Setiu Tarikh: 8 Oktober 2013
v. Bilik Warden Tidak Dapat Digunakan
Lawatan ke bilik warden di asrama pelajar lelaki SMA Setiu mendapati
resapan air di bahagian bawah lantai konkrit tingkat atas bilik warden seperti
Gambar 2.13 menyebabkan bilik tersebut tidak dapat digunakan.
Gambar 2.13 Resapan Air Di Bahagian Bawah Lantai Konkrit Tingkat Atas Bilik Warden Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Bilik Warden Asrama Lelaki SMA
Setiu Tarikh: 8 Oktober 2013
Pihak Audit dimaklumkan keadaan ini telah berlaku sejak tahun 2009 dan
telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan. Bagaimanapun, sehingga tarikh
pengauditan selesai, masalah ini masih belum diselesaikan dan
menyebabkan bilik tersebut tidak dapat digunakan kerana keadaannya yang
tidak selesa untuk didiami.
Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, SMA Setiu
telah memohon kepada JKR Daerah supaya menjalankan pemeriksaan
sama ada bilik warden berkenaan perlu dirobohkan atau masih selamat
diduduki beserta anggaran kos pada 28 Ogos 2012. Susulan telah
dibuat oleh MAIDAM pada 11 Jun 2013 tetapi sehingga kini, tiada
maklum balas yang diterima daripada JKR Daerah. Pihak Audit
berpendapat MAIDAM hendaklah membuat tindakan susulan dengan
segera bagi mengelakkan kerosakan bertambah serius.
08/10/2013
08/10/2013
30
vi. Lantai Ampaian Tidak Berturap
Lawatan Audit mendapati lantai ampaian di asrama pelajar lelaki SMA Setiu
tidak berturap dan terdapat air bertakung di kawasan tersebut seperti di
Gambar 2.14. Keadaan ini menyebabkan kesukaran dan ketidakselesaan
kepada pelajar untuk menggunakan kemudahan ini. Mengikut maklum
balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, pihak sekolah akan memohon
peruntukan daripada Jabatan pada tahun 2014 untuk menurap lantai
ampaian tersebut.
Gambar 2.14 Lantai Ampaian Tidak Berturap Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Setiu Tarikh: 8 Oktober 2013
2.4.2.2. Keadaan Bangunan Sekolah Dan Asrama
a. Aspek keselamatan, kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah dan asrama
merupakan elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam memastikan
keselesaan dan keharmonian pelajar dan guru. Lawatan Audit ke 5 SMAN mendapati
keadaan bangunan sekolah dan asrama memerlukan penambahbaikan seperti
berikut:
i. Pagar Yang Rosak
Lawatan Audit mendapati keadaan pagar yang telah rosak di SMA
Mahmudiah dan SMA Khairiah seperti di Gambar 2.15 dan Gambar 2.16.
Gambar 2.15 Gambar 2.16
Keadaan Pagar Yang Rosak
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Mahmudiah Tarikh: 25 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Khairiah Tarikh: 19 September 2013
19/09/2013 25/09/2013
08/10/2013
31
Keadaan pagar yang rosak boleh menyebabkan pencerobohan dan
kehilangan harta benda sekolah serta membahayakan keselamatan guru
dan pelajar. Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014,
SMA Mahmudiah akan memohon peruntukan daripada Jabatan pada
tahun 2014 bagi membaik pulih pagar yang rosak. Manakala SMA
Khairiah pula memaklumkan pagar tersebut rosak disebabkan pokok
tumbang dan tanah runtuh. MAIDAM telah mengemukakan permohonan
kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bertarikh 17
Februari 2013 agar tindakan sewajarnya diambil dengan segera
terhadap pokok bersaiz besar dan berisiko untuk tumbang bagi
mengelakkan risiko kemalangan serta kerugian kepada pihak sekolah.
Bagaimanapun, sehingga tarikh maklum balas dikeluarkan, tiada
jawapan yang diterima daripada MBKT.
Pihak Audit berpendapat MAIDAM hendaklah mendapatkan maklum
balas dengan segera daripada MBKT agar tindakan dapat diambil
sewajarnya kerana ini melibatkan keselamatan pelajar dan guru.
ii. Kerosakan Konkrit Di Bahagian Tangga Dan Koridor Bangunan
Pemeriksaan Audit di SMAASZA mendapati tangga di bangunan blok D telah
retak hingga menampakkan struktur besi tetulang disebabkan kerosakan
konkrit seperti di Gambar 2.17.
Gambar 2.17 Kerosakan Konkrit Di Tangga Dan Koridor Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMAASZA Tarikh: 10 September 2013
Hal ini boleh membahayakan pengguna bangunan tersebut terutama pelajar
dan guru sekiranya kerosakan yang berlaku semakin buruk jika tindakan
sewajarnya tidak diambil bagi mengatasi masalah ini. Mengikut maklum
balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, SMAASZA akan memohon
peruntukan daripada Jabatan pada tahun 2014 untuk tujuan pembaikan.
Di samping itu, Jabatan akan mengemukakan permohonan kepada JKR
Negeri untuk mendapatkan pandangan teknikal.
10/09/2013
32
iii. Alat Pemadam Api Tidak Diurus Dengan Baik
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007, Ketua Jabatan
hendaklah menentukan bahawa setiap pejabat mempunyai alat pemadam
api yang sesuai dan berfungsi. Alat pemadam api perlu diperiksa setahun
sekali oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat mengikut spesifikasi yang
ditentukan. Selain itu, hos bomba hendaklah disediakan bagi bangunan
sekolah yang melebihi 2 tingkat untuk memastikan kawalan kebakaran oleh
pihak Bomba dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Lawatan Audit ke 5 SMAN mendapati 11 alat pemadam api di SMAASZA
dan 5 alat pemadam api di SMA Marang tidak diperiksa oleh Jabatan Bomba
Dan Penyelamat mengikut tarikh yang ditetapkan seperti di Gambar 2.18.
Gambar 2.18 Alat Pemadam Api Tidak Diperiksa Secara Berkala
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMA Marang Tarikh: 9 Oktober 2013
Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, SMAASZA
dan SMA Marang telah memohon peruntukan daripada Jabatan untuk
tujuan penyenggaraan alat pemadam api masing-masing pada 24
September 2013 dan 12 November 2013. Jabatan telah meluluskan
permohonan tersebut dan Pesanan Kerajaan telah dikeluarkan masing-
masing pada 27 Oktober 2013 dan 5 Disember 2013.
Pemeriksaan terhadap hos bomba di 5 SMAN mendapati hos bomba di Blok
F SMA Khairiah tidak dapat digunakan kerana terdapat kerosakan pada
sistem hos tersebut dan menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan.
Berdasarkan Building By Law 1984, alat pemadam api perlu ditempatkan di
laluan keluar dan mudah dilihat dengan tujuan memudahkan akses kepada
alat tersebut sekiranya berlaku kecemasan. Lawatan Audit mendapati alat
pemadam api di SMAASZA diletakkan di tempat yang tidak sesuai seperti di
belakang pintu perpustakaan dan di penjuru bilik guru wanita seperti di
Gambar 2.19.
09/10/2013 09/10/2013
33
Gambar 2.19 Alat Pemadam Api Diletakkan Di Penjuru Bilik Guru Wanita Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: SMAASZA Tarikh: 10 September 2013
Selain itu, pihak Audit juga mendapati alat pemadam api di SMAASZA dan
SMA Setiu yang telah tamat tempoh dan tidak digunakan disimpan di dalam
almari kelas dan bilik stor seperti di Gambar 2.20 dan Gambar 2.21.
Gambar 2.20 Gambar 2.21
Alat Pemadam Api Yang Tamat Tempoh Dan Tidak Digunakan
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Bilik Darjah SMAASZA Tarikh: 10 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Stor SMA Setiu Tarikh: 8 Oktober 2013
Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, Jabatan
akan memastikan SMAN memantau supaya alat pemadam api
diletakkan di tempat yang sesuai. Manakala alat pemadam api yang
telah tamat tempoh dan tidak digunakan, sekolah hendaklah memohon
kepada Jabatan untuk tujuan pelupusan.
Ketidakpekaan pihak sekolah terhadap arahan yang dikuatkuasakan boleh
membahayakan dan meningkatkan risiko keselamatan kakitangan dan
pelajar sekolah sekiranya alat pemadam api tidak dapat digunakan apabila
berlaku kecemasan.
Pada pendapat Audit, keadaan kemudahan sekolah dan asrama adalah memuaskan.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kemudahan asas sekolah dan keadaan bangunan
sekolah serta asrama tidak kondusif dan menjejaskan keselamatan pelajar, guru dan
harta benda sekolah.
10/09/2013 08/10/2013
10/09/2013
34
2.4.3. Prestasi Pengurusan Aset
2.4.3.1. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, menetapkan pengurusan
aset wajar diberi keutamaan oleh sekolah dan Jabatan kerana ia merupakan aspek
penting dalam pengurusan kewangan. Semakan Audit mendapati kelemahan dalam
pengurusan aset seperti perekodan aset alih tidak dikelaskan dan direkodkan dengan
betul pernah dibangkitkan oleh pihak Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Walaupun pernah ditegur, masih terdapat beberapa kelemahan yang masih berulang dan
tidak ditambah baik seperti perenggan berikut:
a. Pelupusan Aset Tidak Dilaksanakan
i. Pemeriksaan Audit di SMA Setiu dan SMA Marang mendapati aset yang rosak
dan tidak boleh digunakan seperti meja, kerusi dan komputer masih belum
diambil tindakan untuk dilupuskan. Tiada permohonan dibuat bagi mendapatkan
kelulusan pelupusan dan aset tersebut ditempatkan di stor simpanan, kawasan
lapang sekolah dan di ruang belakang makmal komputer seperti di Gambar 2.22
hingga Gambar 2.24. Hal ini disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah gagal
mengambil tindakan terhadap pelupusan aset yang perlu dilakukan dan
menyebabkan keadaan persekitaran sekolah tidak terurus serta mencacatkan
pemandangan. Selain itu, ia juga menyebabkan ruang simpanan di makmal
komputer menjadi sempit.
Gambar 2.22 Gambar 2.23
Aset Yang Belum Dimohon Untuk Dilupuskan
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Stor Simpanan SMA Setiu Tarikh: 8 Oktober 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kawasan Lapang SMA Marang Tarikh: 10 Oktober 2013
08/10/2013 10/10/2013
35
Gambar 2.24 Komputer Rosak Belum Diambil Tindakan Untuk Dilupuskan Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Makmal Komputer SMA Marang Tarikh: 10 Oktober 2013
ii. Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, SMA Setiu dan
SMA Marang sedang mengumpul aset yang rosak sebelum mengemukakan
permohonan kepada Jabatan untuk proses pelupusan.
b. Rekod Dan Pemeriksaan Aset Dan Inventori Tidak Teratur
i. Semakan Audit di 5 SMAN juga mendapati Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan
Daftar Inventori (KEW.PA-3) telah diselenggarakan. Bagaimanapun, daftar ini
tidak disediakan dengan lengkap dan kemas kini. Maklumat yang tidak
dicatatkan dengan lengkap adalah seperti maklumat pembelian, penempatan
aset dan maklumat pemeriksaan aset. Selain itu, terdapat aset dan inventori
yang dimiliki tidak dilabelkan nombor siri dan Hakmilik Kerajaan seperti yang
ditetapkan oleh pekeliling yang berkuatkuasa. Pemeriksaan ke atas aset dan
inventori juga tidak dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi
tahun 2011 hingga Oktober 2013.
ii. Hal ini disebabkan oleh kekurangan pendedahan melalui kursus berkaitan
pengurusan aset alih kerajaan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Pihak
Audit tidak dapat mengesahkan penempatan sebenar aset yang terlibat kerana
maklumat lengkap tidak dicatatkan dalam Daftar Harta Modal dan Daftar
Inventori. Aset yang tidak dilabelkan Hak Milik Kerajaan akan terdedah kepada
risiko kehilangan. Di samping itu, keadaan aset yang dimiliki tidak dapat
ditentukan bagi tujuan penyenggaraan dan pelupusan kerana pemeriksaan
tahunan tidak dilaksanakan.
Pada pendapat Audit, pihak sekolah hendaklah menambah baik pengurusan aset
khususnya berkaitan penyelenggaraan rekod, pemeriksaan dan pelupusan aset.
2.4.4. Peruntukan Kewangan Bagi Penyenggaraan Dan Baik Pulih Tidak Mencukupi
2.4.4.1. Peruntukan kewangan yang mencukupi hendaklah disediakan dan dibelanjakan
sebagaimana diluluskan bagi memastikan penyenggaraan di SMAN dapat dilaksanakan
dengan sebaiknya. Semakan Audit terhadap keperluan peruntukan kewangan bagi
10/10/2013
36
membiayai kos penyenggaraan dan baik pulih bangunan mendapati peruntukan yang
diterima berbanding jumlah yang dimohon adalah sangat rendah iaitu antara 6.7% hingga
30% sahaja. Butiran lanjut mengenainya adalah seperti di Jadual 2.5.
Jadual 2.5 Jumlah Peruntukan Yang Dimohon, Dilulus Dan Dibelanjakan Untuk Bangunan Dan Pembaikan Bangunan (OSOL 32202) Bagi Tahun 2011 Hingga 2013
Tahun Peruntukan
Mohon (RM Juta)
Lulus (RM Juta)
Lulus (%)
Belanja (RM Juta)
Belanja (%)
2011 3.00 0.20 6.7 0.19 95.0 2012 3.00 0.40 13.3 0.35 87.5 2013 1.00 0.30 30.0 0.04* 13.3
Jumlah 7.00 0.90 12.9 0.58 64.4
Sumber: Anggaran Belanja Mengurus Dan Laporan Vot Mengurus Nota: * Sehingga bulan Oktober 2013
2.4.4.2. Peruntukan yang kecil ini menyebabkan Jabatan menghadapi kekangan untuk
melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan dan baik pulih terhadap semua permohonan
yang diterima daripada pihak sekolah.
2.4.4.3. Semakan lanjut Audit terhadap baucar bayaran Jabatan mendapati peruntukan
penyenggaraan bangunan dan pembaikan bangunan SMAN telah dibelanjakan untuk
aktiviti lain seperti ubah suai ruang pejabat di Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu,
menyenggara masjid/surau dan membina stor pelupusan Al-Quran. Perbelanjaan yang
terlibat pada tahun 2011 dan 2012 masing-masing berjumlah RM0.04 juta dan RM0.13
juta. Hal ini mengakibatkan jumlah peruntukan semakin berkurang dan memberi kesan
secara langsung terhadap program penyenggaraan SMAN.
2.4.4.4. Mengikut maklum balas MAIDAM bertarikh 19 Januari 2014, peruntukan
kewangan bagi penyenggaraan dan baik pulih SMAN bergantung kepada
kemampuan Kerajaan Negeri. Jabatan telah bersetuju menggunakan peruntukan
aktiviti SMAN untuk aktiviti lain berdasarkan keperluan yang lebih utama pada
masa tersebut.
Pada pendapat Audit, peruntukan kewangan Jabatan adalah tidak mencukupi untuk
tujuan penyenggaraan dan baik pulih sekolah dilaksanakan sepenuhnya. Tanpa
peruntukan yang mencukupi, SMAN tidak dapat disenggarakan secara berkala dan
kerosakan yang dialami akan menjadi bertambah teruk.
2.4.5. Analisis Soal Selidik Terhadap Pengurusan Sekolah
2.4.5.1. Analisis Soal Selidik Pelajar
a. Pihak Audit telah mengedarkan sebanyak 500 soal selidik kepada pelajar di 5 SMAN
untuk menilai tahap kepuasan pelajar dari aspek kemudahan asas sekolah, bahan
pembelajaran dan kemudahan asrama yang disediakan. Daripada jumlah tersebut,
37
pihak Audit telah menerima 414 maklum balas daripada pelajar tersebut. Analisis soal
selidik pelajar adalah seperti di Carta 2.3.
Sumber: Jabatan Audit Negara
b. Antara kemudahan asas sekolah yang dinilai adalah seperti perpustakaan, bilik
komputer, kantin, tandas, padang sekolah, surau, bilik tayangan, bilik guru,
kemudahan pengangkutan dan kemudahan telefon. Secara keseluruhan, analisis
soal selidik ini menunjukkan tahap kepuasan pelajar berada pada tahap baik dengan
peratusan tertinggi iaitu 38.8%. Bagaimanapun, seramai 11.5% pelajar berpendapat
kemudahan asas sekolah tidak memuaskan. Kemudahan asas yang perlu diberi
perhatian adalah seperti tandas, telefon awam, padang dan kantin sekolah.
c. Dari aspek bahan pembelajaran, analisis soal selidik pelajar menunjukkan tahap
kepuasan pelajar berada pada tahap baik dengan peratus tertinggi iaitu 40.6%.
Antara bahan pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah adalah seperti
peralatan makmal sains, kemudahan komputer, kemudahan internet, peralatan
kemahiran hidup, buku rujukan dan peralatan sukan. Bagaimanapun, terdapat 10.4%
pelajar yang berpendapat bahan pembelajaran yang disediakan tidak memuaskan.
Pihak sekolah harus memberi penekanan khusus mengenai hal ini dan menambah
baik kemudahan seperti internet dan peralatan sukan.
d. Daripada 414 borang soal selidik yang dikembalikan, seramai 349 pelajar yang
terlibat merupakan pelajar yang menetap di asrama sekolah. Antara kemudahan
asrama yang disediakan oleh pihak sekolah adalah seperti dormitori, bilik belajar,
dewan makan, tandas, surau, makanan, kemudahan pengangkutan dan kemudahan
telefon. Secara keseluruhan, analisis menunjukkan tahap kepuasan pelajar mengenai
kemudahan asrama berada pada tahap baik dengan peratusan tertinggi iaitu 38.7%.
Maklum balas yang diterima menunjukkan 11.5% pelajar berpendapat kemudahan
yang disediakan di asrama sekolah adalah tidak memuaskan. Antara kemudahan
0
10
20
30
40
50
Kemudahan AsasSekolah
BahanPembelajaran
Kemudahan Asrama
11.5
10.4
11.5
24.9
26.4
29.3
38.8
40.6
38.7
24
.8
22
.6
20
.5
Tah
ap K
epu
asan
(%
)
Carta 2.3 Analisis Soal Selidik Tahap Kepuasan Pelajar
Tidak Memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik
38
asas yang perlu ditambah baik adalah seperti tandas, telefon awam dan
pengangkutan.
2.4.5.2. Analisis Soal Selidik Guru
a. Pihak Audit juga telah mengedarkan sebanyak 100 soal selidik kepada guru di 5
SMAN untuk menilai tahap kepuasan guru dari aspek kemudahan asas sekolah dan
bahan pembelajaran. Daripada jumlah tersebut, pihak Audit menerima 87 maklum
balas daripada guru tersebut. Analisis soal selidik guru adalah seperti di Carta 2.4.
Sumber: Jabatan Audit Negara
b. Secara keseluruhan, tahap kepuasan guru terhadap kemudahan asas sekolah
berada pada tahap baik dengan 51.4%. Antara kemudahan asas sekolah adalah
seperti perpustakaan, bilik komputer, kantin, tandas, surau, bilik tayangan, bilik guru,
kemudahan pengangkutan dan kemudahan telefon. Maklum balas yang diterima
menunjukkan terdapat 5.3% guru berpendapat kemudahan asas sekolah yang
disediakan tidak memuaskan.
c. Analisis soal selidik terhadap tahap kepuasan guru mengenai bahan pembelajaran di
sekolah berada pada tahap baik dengan peratusan tertinggi iaitu 61.1%.
Bagaimanapun, terdapat sebahagian guru dengan peratusan sebanyak 3.1%
berpendapat bahan pembelajaran masih tidak memuaskan dan memerlukan
penambahbaikan oleh pihak sekolah seperti kemudahan komputer dan internet.
Pada pendapat Audit, kemudahan asas sekolah, bahan pembelajaran dan kemudahan
asrama berada pada tahap baik. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kemudahan
yang perlu ditambah baik oleh pihak sekolah bagi memastikan kepentingan dan
keselesaan pelajar serta guru terjamin.
0
10
20
30
40
50
60
70
Kemudahan Asas Sekolah Bahan Pembelajaran
5.3
3.1
25.8
22.0
51.4
61.1
17.5
13.8
Tah
ap K
epu
asan
(%
)
Carta 2.4 Analisis Soal Selidik Tahap Kepuasan Guru
Tidak Memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik
39
2.5. SYOR AUDIT
Bagi mempertingkatkan lagi tahap pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri adalah
disyorkan supaya mengambil tindakan seperti berikut:
2.5.1. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual perancangan dan laporan pelaksanaan
program kecemerlangan pelajar dengan terperinci supaya prestasi pencapaian program
dapat dinilai.
2.5.2. Jabatan hendaklah menyedia, menyenggara dan membaik pulih kemudahan asas
dan bangunan sekolah serta asrama bagi mengelakkan kerosakan bertambah serius dan
kos pembaikan meningkat serta menjamin keselamatan pelajar, guru dan harta benda
sekolah.
2.5.3. Jabatan perlu mengadakan kursus serta latihan secukupnya agar pengurusan aset
dan inventori lebih kemas dan teratur.
2.5.4. Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan kewangan yang secukupnya bagi
membolehkan penyenggaraan dan pembaikan sekolah agama dilaksanakan dengan
sempurna supaya wujud suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
40
PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU
3. TERENGGANU AGROTECH DEVELOPMENT CORP. SDN. BHD.
3.1. LATAR BELAKANG
3.1.1. Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) merupakan anak
syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terenggganu (PMINT). TADC
ditubuhkan pada 31 Mei 1972 di bawah Akta Syarikat 1965 yang asalnya dikenali sebagai
Terengganu Garam Sdn. Bhd. dan ditukarkan kepada Terengganu Agrotech Development
Corp. Sdn. Bhd. pada bulan Februari 2006. TADC mempunyai modal saham dibenarkan
sejumlah RM1 juta dan modal berbayar sejumlah RM500,000. Aktiviti utama TADC adalah
menguruskan kontrak-kontrak pembinaan berasaskan pertanian, pemasaran barangan
pertanian dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.
3.1.2. Objektif penubuhan TADC adalah untuk membantu kumpulan sasar iaitu golongan
rakyat termiskin bagi meningkatkan taraf hidup mereka dengan memfokuskan kepada
bidang pertanian, penternakan dan perikanan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.
Selaras itu, misi TADC adalah menjadikan bidang pertanian suatu perniagaan, membantu
menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan taraf kehidupan golongan sasar iaitu
petani, penternak dan nelayan dengan menitikberatkan pengagihan keuntungan secara
saksama.
3.1.3. Lembaga Pengarah TADC adalah seramai 5 orang ahli dengan dipengerusikan oleh
Pengurus Besar PMINT dan ahli-ahli lain yang terdiri daripada Timbalan Pengurus Besar
PMINT, Pengarah Perikanan Terengganu, Pengarah Pertanian Terengganu dan Timbalan
Pengarah (Sektoral) Unit Perancang Ekonomi Negeri, Terengganu. Pengurusan TADC
diketuai oleh seorang Pengurus Besar Syarikat yang bertanggungjawab menjalankan
pengurusan harian syarikat dengan dibantu oleh 2 kakitangan berjawatan tetap dan 8
kakitangan berstatus kontrak.
3.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan TADC adalah
memuaskan, pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat telah dilaksanakan secara teratur
dan selaras dengan objektif penubuhan.
41
3.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan ini meliputi aspek prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan tadbir urus
korporat TADC bagi tahun 2011 hingga 2013. Pengauditan dijalankan dengan menyemak
dokumen, fail dan rekod yang berkaitan dengan aktiviti TADC. Analisis prestasi kewangan
bagi tempoh 5 tahun dibuat berdasarkan penyata kewangan beraudit dari tahun 2008 hingga
2012. Selain itu, temu bual dan perbincangan telah diadakan dengan pegawai TADC yang
berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Lawatan Audit turut dijalankan ke tapak
projek Kampung Kuala Ping, Kampung Nibong, Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan Hasil
Tani, Terengganu Agrobiotech Center, Pusat Ternakan Ikan Sangkar Sg. Como dan Pusat
Penternakan Ikan, Tanjung Demong.
3.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga November 2013 mendapati
secara keseluruhannya prestasi kewangan TADC adalah kurang memuaskan dengan
catatan kerugian terkumpul berjumlah RM5.71 juta. Hasil analisis nisbah mendapati prestasi
kewangan adalah kurang memuaskan yang melibatkan masalah kecairan, margin
keuntungan yang rendah dan kemampuan bayaran hutang yang rendah. Selain itu,
pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat juga kurang memuaskan dengan kelemahan
yang dikenal pasti seperti berikut:
Projek tidak berjaya.
Prestasi syarikat subsidiari kurang baik:
- Syarikat mengalami kerugian dan berstatus dorman.
- Syarikat gagal membuat bayaran balik pinjaman.
- Prestasi syarikat lemah.
Strategi dan rancangan korporat tidak disediakan.
Standard Operating Procedures tidak disediakan dengan menyeluruh.
Bayaran reimbursable expenses tidak berkaitan dengan urusan syarikat.
Pengurusan aset kurang memuaskan.
3.4.1. Prestasi Kewangan
3.4.1.1. Analisis Trend
a. Sumber pendapatan utama TADC adalah terdiri daripada kerja-kerja kontrak/projek
dalam pembinaan yang termasuk pertanian, perikanan dan penternakan. Manakala
penyumbang pendapatan kedua tertinggi adalah daripada hasil jualan produk
pertanian dengan diikuti hasil jualan produk perikanan dan penternakan. Bagi tahun
42
2008 sehingga 2011, TADC telah memperoleh pendapatan sebanyak 57.0%
sehingga 81.6% daripada sumber kerja projek yang dijalankan. Manakala pada tahun
2012, TADC tidak memperoleh sebarang hasil pendapatan daripada sumber
tersebut. Bagaimanapun, penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012
menunjukkan jumlah pendapatan telah meningkat kepada RM11.25 juta. Peningkatan
jumlah pendapatan tersebut disebabkan pelarasan sejumlah RM10.50 juta ke atas
transaksi pemiutang perdagangan. Bagaimanapun pihak Juruaudit swasta tidak
dapat mengesahkan ketepatan transaksi tersebut. Maklumat pendapatan TADC
adalah seperti di Jadual 3.1.
Jadual 3.1 Pendapatan TADC Bagi Tahun 2008 Hingga 2012
Sumber Pendapatan Tahun
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
Kemajuan Kerja 9.81 12.30 5.77 3.01 0 Jualan Hasil Pertanian
1.66 2.26 1.44 1.06 0.06
Jualan Hasil Perikanan
0 0.16 0.62 0.56 0.02
Jualan Penternakan 0 0 0.13 0 0 Lain-lain Pendapatan 0.56 0.81 0.73 0.64 11.17
Jumlah 12.03 15.53 8.69 5.27 11.25
Sumber: Penyata Kewangan TADC
b. Perbelanjaan TADC terdiri daripada kos jualan, kos pekerja dan lain-lain
perbelanjaan kendalian. Bagi tahun 2008 hingga 2012, perbelanjaan sejumlah
RM16.97 juta pada tahun 2011 menunjukkan perbelanjaan yang tertinggi, manakala
pada tahun 2012 perbelanjaan sejumlah RM1.95 juta adalah yang terendah.
Perbelanjaan pada tahun 2012 yang telah menurun berbanding tahun 2011 adalah
melibatkan kos jualan sejumlah RM5.76 juta dan kos pekerja RM1.33 juta yang
berkait rapat dengan faktor penamatan pekerja dilakukan secara besar-besaran pada
penghujung tahun 2011 setelah projek-projek berkaitan perikanan, penternakan dan
pertanian diberhentikan. Maklumat perbelanjaan TADC adalah seperti di Jadual 3.2.
Jadual 3.2 Perbelanjaan TADC Bagi Tahun 2008 Hingga 2012
Perbelanjaan Tahun
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
Kos Jualan 9.34 12.90 6.21 5.90 0.14 Kos Pekerja 0.99 1.39 1.86 1.96 0.64 Lain-lain Perbelanjaan Kendalian
1.24 1.04 1.09 8.98 1.07
Perbelanjaan Cukai 0.07 0.04 -0.04 0.13 0.10
Jumlah 11.64 15.37 9.12 16.97 1.95
Sumber: Penyata Kewangan TADC
43
c. Perbandingan jumlah perbelanjaan dengan pendapatan menunjukkan perbelanjaan
TADC adalah tinggi iaitu antara 96.7% hingga 322% bagi tempoh 4 tahun iaitu dari
tahun 2008 sehingga 2011 adalah seperti di Jadual 3.3.
Jadual 3.3 Perbandingan Jumlah Perbelanjaan Dengan Pendapatan TADC Bagi Tahun 2008 Hingga 2012
Tahun Perbelanjaan (RM Juta)
Pendapatan (RM Juta)
Peratusan (%)
2008 11.64 12.03 96.7 2009 15.37 15.53 98.9 2010 9.12 8.69 104.9 2011 16.97 5.27 322.0 2012 1.95 11.25 17.3
Sumber: Penyata Kewangan TADC
d. Penyata kewangan TADC berakhir 31 Disember 2012 telah diaudit oleh Firma Audit
Swasta dengan perakuan penafian. Perakuan yang sama (penafian) juga diberikan
kepada penyata kewangan TADC bagi tahun 2010 dan 2011. Pada tahun 2012
syarikat telah memperoleh keuntungan sebelum cukai sejumlah RM9.40 juta
berbanding kerugian semasa sejumlah RM11.57 juta pada tahun sebelumnya.
Keuntungan ini memberi kesan penurunan kepada kerugian terkumpul selepas
diambil kira perbelanjaan cukai sejumlah RM99,791 kepada sejumlah RM5.71 juta
pada tahun 2012 berbanding RM15.01 juta pada tahun 2011.
e. Analisis Audit mendapati jumlah aset TADC adalah lebih kecil berbanding liabilitinya
bagi tempoh 5 tahun tersebut. Kedudukan sebegini menunjukkan TADC mempunyai
kekurangan ekuiti pemegang saham sejumlah RM2.55 juta (2008), RM2.38 juta
(2009), RM2.81 juta (2010), RM14.51 juta (2011) dan RM5.21 juta (2012) seperti di
Jadual 3.4.
Jadual 3.4 Perbandingan Jumlah Aset Dengan Jumlah Liabiliti Bagi Tahun 2008 Hingga 2012
Tahun Jumlah
Aset Jumlah Liabiliti
Ekuiti Pemegang
Saham (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
2008 16.55 19.10 -2.55 2009 14.81 17.19 -2.38 2010 15.05 17.86 -2.81 2011 3.64 18.15 -14.51 2012 3.42 8.63 -5.21
Sumber: Penyata Kewangan TADC Nota: Penyata Kewangan Bagi Tahun 2008 – 2012 Telah Mendapat Sijil Penafian.
f. Kedudukan jumlah pendapatan dengan mengambil kira pendapatan lain, jumlah
perbelanjaan yang meliputi kos jualan, belanja am/pentadbiran operasi dan kos
kewangan berserta untung rugi TADC bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah seperti di
Jadual 3.5, Carta 3.1 dan Carta 3.2.
44
Jadual 3.5 Kedudukan Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung Rugi TADC Bagi Tahun 2008 Hingga 2012
Butiran Tahun
2008 (RM)
2009 (RM)
2010 (RM)
2011 (RM)
2012 (RM)
Pendapatan Aktiviti 11,470,695 14,721,818 7,965,199 4,634,946 83,701Kos Jualan 9,341,502 12,890,167 6,209,816 5,902,828 147,690
Untung/(Rugi) Kasar 2,129,193 1,831,651 1,755,383 -1,267,882 -63,989
Pendapatan Lain 558,018 809,608 728,158 634,023 11,170,945Untung/(Rugi) Operasi 2,687,211 2,641,259 2,483,541 -633,859 11,106,956Kos Pekerja 986,996 1,391,925 1,855,181 1,956,485 635,806Lain-Lain Perbelanjaan Kendalian 1,237,609 1,041,517 1,095,823 8,979,014 1,069,607
Untung/(Rugi) Operasi Sebelum Cukai 462,606 207,817 -467,463 -11,569,358 9,401,543
Cukai 73,357 42,065 -35,645 131,816 99,791Untung/(Rugi) Selepas Cukai 389,249 165,752 -431,818 -11,701,174 9,301,752
Kerugian Terkumpul -3,046,243 -2,880,491 -3,312,309 -15,013,483 -5,711,731
Sumber: Penyata Kewangan TADC
Sumber: Penyata Kewangan TADC
3.4.1.2. Analisis Nisbah Kewangan
Bagi menilai prestasi kewangan TADC, beberapa analisis nisbah kewangan telah
dijalankan terhadap butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan serta Penyata
Pendapatan TADC bagi tahun kewangan 2008 hingga 2012. Hasil analisis nisbah
kewangan adalah seperti di Jadual 3.6.
0.46 0.21 -0.47
-11.57
9.4
-3.05 -2.88 -3.31
-15.01
-5.71
-20
-15
-10
-5
0
5
10
15
2008 2009 2010 2011 2012
(RM Juta)
Keuntungan Sebelum CukaiKerugian Terkumpul
Carta 3.1Trend Keuntungan/Kerugian Sebelum Cukai Dan Kerugian Terkumpul Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2012
12.0
3
15.5
3
8.69
5.27
11.2
5
11.6
4
15.3
7
9.16
16.9
7
1.95
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
2008 2009 2010 2011 2012
(RM Juta)
Jumlah PendapatanJumlah Perbelanjaan
Carta 3.2Trend Pendapatan Dan Perbelanjaan TADC Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2012
45
Jadual 3.6 Analisis Nisbah Kewangan Bagi Tahun 2008 Hingga 2012
Butiran Tahun
2008 2009 2010 2011 2012 Nisbah Semasa 0.81:1 0.77:1 0.74:1 0.15:1 0.33:1 Margin Untung Bersih 3.2% 1.2% -4.9% -222.1% 82.6% Pulangan Ke Atas Aset 0.02:1 0.01:1 -0.03:1 -3.22:1 2.72:1 Pulangan Ke Atas Ekuiti -0.15:1 -0.07:1 0.15:1 0.81:1 -1.78:1 Nisbah Hutang 1.15:1 1.16:1 1.19:1 4.99:1 2.52:1
Sumber: Penyata Kewangan TADC
a. Nisbah Semasa
Nisbah semasa digunakan bagi menentukan sejauh mana kemampuan aset semasa
syarikat boleh ditukar segera kepada tunai bagi menampung liabiliti jangka pendek.
Nisbah ini dikira dengan membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.
Nisbah semasa pada kadar 2:1 dianggap memuaskan dan semakin tinggi nisbah ini,
semakin meningkat kecairan syarikat. Nisbah semasa TADC bagi tahun 2008 hingga
2012 menunjukkan kadar nisbah di antara 0.15:1 hingga 0.81:1 adalah rendah.
Secara keseluruhannya, kemampuan aset semasa TADC ditukar segera kepada
tunai bagi menampung liabiliti jangka pendek berada di tahap kurang memuaskan.
b. Margin Untung Bersih
Margin untung bersih digunakan bagi mengukur peratusan keuntungan yang
diperoleh daripada setiap ringgit yang dipungut daripada aktiviti utama syarikat.
Peningkatan nisbah ini menunjukkan meningkatnya kecekapan sesebuah syarikat di
mana bagi setiap ringgit kenaikan hasil ia memberi nilai tambah terhadap
peningkatan kadar keuntungan syarikat. Analisis Audit mendapati margin untung
bersih TADC pada tahun 2012 menunjukkan pencapaian yang tertinggi iaitu 82.6%
berbanding -222.1% pada tahun 2011. Peningkatan margin yang sangat ketara ini
disebabkan peningkatan dalam lain-lain pendapatan setelah mengambil kira
pelarasan terhadap transaksi terhutang kepada pelanggan kontrak sebagai hasil
pada tahun semasa. Pelarasan ini mengelirukan kerana transaksi hutang kepada
pelanggan melibatkan transaksi yang diambil kira dari tahun 2006 hingga 2011.
Secara keseluruhannya, kedudukan margin keuntungan TADC adalah kurang
memuaskan kerana tidak menggambarkan kecekapan sebenar syarikat.
c. Pulangan Ke Atas Aset
Pulangan ke atas aset adalah bagi mengukur pulangan yang diperoleh oleh syarikat
daripada pelaburan asetnya iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit
aset yang digunakan. Semakin tinggi pulangan aset yang diperoleh daripada setiap
aset yang digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan asetnya. Analisis Audit
mendapati tahap kecekapan TADC menguruskan asetnya meningkat daripada kadar
-3.22:1 pada tahun 2011 kepada 2.72:1 pada tahun 2012. Bagaimanapun,
peningkatan nisbah pulangan ini juga berhubung kait dengan pelarasan di perenggan
3.4.1.2(b) di atas yang memberi kesan kepada jumlah keuntungan sebenar syarikat.
46
Secara keseluruhannya, kedudukan pulangan ke atas aset TADC adalah kurang
memuaskan kerana tidak menggambarkan pelaburan sebenar syarikat.
d. Pulangan Ke Atas Ekuiti
Pulangan ke atas ekuiti adalah bagi mengukur pulangan ke atas jumlah modal
syarikat yang dilaburkan iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit
modal yang digunakan. Semakin tinggi hasil yang diperoleh bagi setiap ringgit modal
yang digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan modalnya. Analisis Audit
mendapati tahap kecekapan pengurusan modal TADC bagi tahun 2008 hingga 2012
iaitu pada kadar -0.07:1 hingga 0.81:1 adalah di tahap kurang memuaskan.
e. Nisbah Hutang
Nisbah Hutang adalah menunjukkan jumlah hutang yang perlu ditanggung untuk
menghasilkan aset syarikat. Mengikut standard yang biasa, nisbah hutang
berbanding dengan aset adalah pada kadar 0.5:1, iaitu jumlah hutang kurang 50%
daripada aset adalah dianggap prudent. Pada akhir tahun 2012, TADC mempunyai
aset berjumlah RM3.42 juta (2011:RM3.64 juta) berbanding dengan liabiliti berjumlah
RM8.63 juta (2011:RM18.15 juta). Dengan membandingkan jumlah liabiliti ke atas
jumlah aset mendapati peratusan nisbah hutang TADC adalah tinggi iaitu di antara
1.15:1 hingga 4.49:1 bagi tahun 2008 hingga 2012. Ini menunjukkan kemampuan
TADC untuk membayar hutang adalah kurang memuaskan.
f. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, kerugian terkumpul
pada tahun 2012 sejumlah RM5.71 juta tidaklah menunjukkan kerugian sebenar
TADC dalam beroperasi selama 6 tahun bermula tahun 2007 sehingga 2012. Ini
kerana dalam kerugian terkumpul itu terdapat kerugian terkumpul yang dibawa
dari Syarikat Terengganu Garam Sdn. Bhd. pada tahun 2006 sejumlah RM3.88
juta. Oleh itu, apabila ditolak kerugian terkumpul yang dibawa sebelum TADC
beroperasi sejumlah RM3.88 juta, jumlah kerugian sebenar TADC adalah hanya
sejumlah RM1.82 juta sahaja selama ianya beroperasi selama 6 tahun. Kerugian
terkumpul sejumlah RM1.83 juta oleh TADC adalah terlalu kecil jika
dibandingkan dengan manfaat yang telah diterima oleh rakyat yang telah
dibelanjakan oleh TADC dalam bentuk gaji/upah dan latihan. Bidang pertanian
juga bukanlah bidang yang mana kita dapat melihat keuntungan dalam jangka
waktu yang pendek kepada syarikat tetapi keuntungan sebenar adalah faedah
atau manfaat yang diterima oleh rakyat sebagaimana objektif penubuhan asal
TADC adalah bagi membantu kumpulan sasar iaitu golongan rakyat termiskin
bagi meningkatkan taraf hidup mereka dengan memfokuskan kepada bidang
pertanian, penternakan dan perikanan untuk keluar dari kepompong
kemiskinan. Oleh yang demikian, penubuhan syarikat TADC bermatlamat serta
diamanahkan bagi mengutamakan tanggungjawab sosial dan bukanlah semata-
mata untuk mencari keuntungan.
47
Penafian yang di buat oleh Firma Audit Swasta dalam penyata kewangan TADC
bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah merujuk kepada pihak juruaudit tidak dapat
memberi pendapat sama ada penyata kewangan memberi gambaran yang
benar dan saksama sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan Audit Swasta
seperti berikut:-
Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd.
Termasuk di dalam pemiutang perdagangan adalah jumlah terhutang
kepada pelanggan kontrak berjumlah RM625,651 sepertimana dinyatakan
pada nota 17 kepada penyata kewangan. Walau bagaimanapun, pihak kami
tidak dapat menentukan ketepatan jumlah tersebut kerana tiada pengiraan
dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan kepada pihak kami ke
atas jumlah tersebut bagi mengesahkan ketepatan jumlah tersebut.
Syarikat C
Penyata kewangan yang disatukan ini tidak mengambil kira penyata
kewangan Syarikat C bagi tahun-tahun berakhir pada 31 Disember 2012, 31
Disember 2011, 31 Disember 2010, 31 Disember 2009, 31 Disember 2008
kerana tiada penyata kewangan yang beraudit bagi Syarikat C yang
dikemukakan bagi tujuan penggabungan di peringkat Kumpulan. Dengan
maksudnya, Juruaudit Swasta tidak membuat penafian kepada keseluruhan
akaun TADC.
Pada pendapat Audit, prestasi kewangan TADC secara keseluruhannya adalah kurang
memuaskan kerana terdapat kerugian terkumpul syarikat berjumlah RM5.71 juta serta
nisbah kewangan yang kurang memuaskan.
3.4.2. Pengurusan Aktiviti
TADC berperanan sebagai kontraktor bagi menguruskan aktiviti syarikat dalam
melaksanakan program pertanian, perikanan dan penternakan. Senarai projek/aktiviti yang
dilaksanakan bagi tahun 2008 sehingga 2013 adalah seperti di Jadual 3.7.
48
Jadual 3.7 Senarai Projek/Aktiviti Yang Dilaksanakan Oleh TADC
Bil. Projek Kos
Pelaburan (RM Juta)
Status Projek
1. Projek Ladang Jagung Di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu
1.57 Projek tanaman jagung diberhentikan pada tahun 2011 dan bulan April 2013 diganti dengan tanaman rumput Napier dan anak benih kelapa sawit yang dilaksanakan secara usaha sama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Diman, Hulu Terengganu.
2. Projek Ladang Jagung Kampung Nibong, Hulu Terengganu
2.96 Projek tanaman jagung diberhentikan pada tahun 2011 dan bulan Januari 2012, tapak seluas 300 ekar telah menjadi milik kepada 150 individu. Kawasan tapak projek telah terbiar.
3. Terengganu Agrobiotech Center, Ajil
5.61 Makmal terbiar setelah operasi diberhentikan.
4. Projek Pengetinan Buah Rambutan
4.49 Projek terbengkalai sejak tahun 2007.
5. Projek Ternakan Kambing di Ladang Tersat dan Telaga Papan
0.26 Pelaksanaan projek gagal dan diserahkan kembali kepada Jabatan Veterinar pada tahun 2011.
6. Program Susu Sekolah 1 Malaysia
0.27 Pelaksanaan projek gagal dan kontrak tidak bersambung.
7. Pusat Pengumpulan Pengredan Dan Pengedaran Hasil Tani (Distribution Centre) Di Telaga Papan, Setiu
4.66 Kilang terbiar setelah operasi diberhentikan pada bulan November 2011.
8. Projek Ternakan Ikan Kerapu Di Kampung Rhu 10, Setiu.
2.90 Projek gagal dan diserahkan kembali kepada Jabatan Perikanan pada tahun 2012.
9. Projek Akuakultur Di Tanjung Demong, Besut
11.87 Projek gagal dan operasi diberhentikan pada tahun 2010.
10. Projek Pembenihan Anak Ikan Kerapu (TMC) Di Tanjung Demong, Besut
2.84 Projek usaha sama dengan Seraya Akuatik ditamatkan, kemudian diteruskan dengan Lautan Bumimas mulai bulan Mei 2013.
11. Projek Ternakan Ikan Dan Udang Di Kampung Fikri, Setiu
2.43 Pelaksanaan projek gagal dan diserahkan kembali kepada Jabatan Perikanan.
12. Projek Ikan Dalam Sangkar Di Sungai Como, Tasik Kenyir
18.30 Pelaksanaan projek gagal dan diserahkan kembali kepada Jabatan Perikanan.
13. Projek Rumah Kaca di Telaga Papan, Setiu
4.00 Projek terbengkalai sejak tahun 2010.
Jumlah 62.16
Sumber: Fail TADC
Pengauditan yang dijalankan terhadap 7 projek yang dilaksanakan oleh TADC dengan kos
pelaburan sejumlah RM19.82 juta daripada 13 projek yang melibatkan kos pelaburan
sejumlah RM62.16 juta mendapati perkara seperti berikut:
3.4.2.1. Projek Tidak Berjaya
Projek pertanian secara skala besar dan berkelompok bermatlamat untuk meningkatkan
taraf hidup dan ekonomi sesebuah keluarga serta mengurangkan kadar kemiskinan di
Negeri Terengganu. Pelaksanaan program akan dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada peserta dan usahawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
49
Program ini akan memberi manfaat dalam melahirkan peserta program yang mempunyai
kemahiran teknologi pertanian terkini dan terlatih sekali gus mewujudkan usahawan
pertanian yang berjaya yang mampu mencorakkan perniagaan sendiri. Berikut adalah
ulasan lanjut mengenai projek/program yang tidak berjaya.
a. Projek Ladang Jagung Di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu
i. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM1.57 juta untuk
projek tanaman jagung secara berperingkat di atas tanah padang ragut seluas 60
ekar di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu. Projek diberi secara rundingan
terus kepada TADC dengan tarikh milik tapak pada 2 Ogos 2009 dengan
mengambil kira tempoh kontrak selama 3½ bulan sehingga 17 Disember 2009.
Kawasan projek tersebut dibahagikan kepada 45 ekar untuk kawasan
penanaman dan 15 ekar untuk kawasan kemudahan infrastruktur seperti kolam
takungan air, pejabat, stor baja dan garaj traktor. Hasil tuaian dijangkakan
sebanyak 10,000 tongkol seekar/musim akan diperoleh dengan 2 musim dalam
masa setahun. Bagi melaksanakan penanaman jagung hibrid, pihak syarikat
swasta bersetuju menjadi rakan kongsi dengan TADC dalam menjayakan dan
memasarkan produk dari keluaran projek tanaman jagung hibrid.
ii. Semakan Audit mendapati TADC telah berbelanja sejumlah RM2.05 juta untuk
membiayai keseluruhan projek yang terdiri daripada perbelanjaan menyediakan
infrastruktur/peralatan sejumlah RM1.42 juta dan pembelian traktor sejumlah
RM623,370. Projek tanaman jagung ini berjaya dilakukan hanya 3 musim sahaja.
Kerja penanaman pada pusingan pertama dimulakan pada bulan Julai 2009
melibatkan kawasan seluas 20 ekar dan 2 musim pada tahun 2010 iaitu musim
pertama seluas 45 ekar dan musim kedua seluas 40 ekar. Hasil pengeluaran
jagung yang diperoleh pada 3 musim yang telah diusahakan didapati tidak
menepati sasaran yang ditetapkan. Memandangkan projek ini tidak ekonomi
dijalankan disebabkan potensi pengeluaran tidak mencapai sasaran, Mesyuarat
Lembaga Pengarah Kali Ke 33-4/2011 bertarikh 25 Julai 2011 bersetuju supaya
pembekalan jagung kepada pihak syarikat swasta berkenaan ditamatkan dan
operasi tanaman jagung dihentikan. Maklumat pengeluaran seperti di Jadual 3.8.
Jadual 3.8 Prestasi Pengeluaran Jagung Di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu
Tahun Musim Keluasan Bertanam
(Ekar)
Purata Pengeluaran Seekar
(Tongkol)
Jumlah Pengeluaran (Tongkol)
Purata Hasil (RM0.21/tongkol)
(RM) 2009 I 20 8,577 171,540 36,023
2010 I 45 5,588 251,460 52,807 II 40 4,380 175,200 36,792
Sumber: Laporan Pengeluaran Jagung TADC
50
b. Projek Ladang Jagung Kampung Nibong, Hulu Terengganu
i. TADC diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan tanah sawah
terbiar untuk diusahakan secara berkelompok oleh penduduk kampung seluas
300 ekar untuk menanam jagung dengan peruntukan yang telah diluluskan
sejumlah RM3.85 juta. Projek diberi secara rundingan terus kepada TADC
dengan mengambil kira tempoh projek selama 18 bulan dari tarikh masuk tapak
pada 22 Julai 2010 sehingga tempoh siap kerja pada 22 Januari 2012. Hasil
tuaian dijangkakan akan diperoleh sebanyak 8,000 tongkol seekar/musim.
ii. Semakan Audit mendapati peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Negeri
sejumlah RM2.97 juta oleh TADC telah digunakan untuk membiayai penyediaan
infrastruktur seperti membersihkan kawasan ladang, membina jalan crusher run
dengan kos sejumlah RM451,720, membina pagar kawat berduri yang menelan
belanja RM700,000, sebuah garaj traktor yang mengandungi 1 unit stor dengan
kos binaan sejumlah RM54,775, membina sebuah pejabat ladang 2 tingkat yang
menelan belanja sejumlah RM249,975 dan kemudahan infrastruktur yang lain.
Pelaksanaan projek penanaman jagung hanya sekali dilakukan iaitu pada bulan
Ogos 2010 yang melibatkan 15 ekar tanah sahaja. Jumlah jagung yang berjaya
dituai pada bulan Oktober 2010 adalah sebanyak 58,580 tongkol ataupun 3,905
tongkol seekar. Hasil pengeluaran ini juga didapati tidak menepati sasaran yang
ditetapkan. Semakan Audit juga mendapati tapak projek seluas 300 ekar tersebut
telah bertukar hak milik kepada 150 individu setelah Pejabat Tanah Daerah Hulu
Terengganu mengeluarkan Borang 5A pada 18 Januari 2012. Setiap individu
membayar premium tanah sekurang-kurangnya RM1,000 bagi setiap lot tanah
yang diberikan hak milik.
iii. Lawatan Audit pada 23 September 2013 mendapati tapak projek telah ditumbuhi
semak samun dengan menutupi jalan crusher run dan pagar kawat berduri.
Manakala garaj traktor yang mengandungi sebuah stor telah dirobohkan seperti
di Gambar 3.1 hingga Gambar 3.8. Selain itu, Mesyuarat Pengurusan TADC
pada 12 September 2013 bersetuju merobohkan dan menjual bangunan pejabat
ladang dua tingkat dengan harga RM5,000 seperti di Gambar 3.9 dan
Gambar 3.10. Projek ini gagal mencapai matlamatnya selepas RM2.97 juta
dibelanjakan.
51
Gambar 3.1 Jalan Crusher Run
Semasa Pelaksanaan Projek
Gambar 3.2 Jalan Crusher Run
Selepas Projek Tidak Dilaksanakan
Sumber: TADC Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: Tidak Dinyatakan
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: 23 September 2013
Gambar 3.3
Stor Penyimpanan Baja Semasa Pelaksanaan Projek
Gambar 3.4 Stor Penyimpanan Baja
Selepas Diroboh
Sumber: TADC Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: Tidak Dinyatakan
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: 23 September 2013
Gambar 3.5
Garaj Traktor Gambar 3.6
Garaj Traktor Selepas Diroboh
Sumber: TADC Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: Tidak Dinyatakan
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: 23 September 2013
Sebahagian Jalan Crusher Run di hadapan Setor Penyimpanan Baja
52
Gambar 3.7 Pagar Kawat Berduri Semasa
Melaksana Projek
Gambar 3.8 Pagar Kawat Berduri Selepas Projek
Tidak Dilaksanakan
Sumber: TADC Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: Tidak Dinyatakan
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: 23 September 2013
Gambar 3.9 Bangunan Pejabat Dua Tingkat Siap Dibina Pada 27 Julai 2011
Gambar 3.10 Bangunan Pejabat Dua Tingkat
Selepas Diroboh
Sumber: TADC Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: Tidak Dinyatakan
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Kampung Nibong,
Hulu Terengganu Tarikh: 23 September 2013
iv. Beberapa masalah dikenal pasti berkaitan dengan projek seperti pekerja tidak
cekap, pekerja berstatus sementara dan ketiadaan tenaga mahir di ladang telah
menyebabkan kapasiti pengeluaran tidak mencapai tahap sasaran dan gred
kualiti jagung yang rendah.
c. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, bidang pertanian
memerlukan beberapa faktor seperti modal, pekerja yang mahir dan disiplin
yang tinggi, jenis tanaman yang sesuai di samping keadaan persekitaran atau
tempat yang kondusif dan jangka masa yang panjang dan bersesuaian. Faktor-
faktor di atas inilah yang telah mempengaruhi pihak TADC bagi mewujudkan
usahawan pertanian yang mampan bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi,
peluang pekerjaan yang berpanjangan dan contoh amalan pertanian yang
terbaik untuk diterapkan kepada petani.
Pagar Kawat Berduri
53
i. Modal
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1.57 juta bagi projek
tanaman jagung di Kuala Ping termasuk pembelian traktor sejumlah
RM623,370. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM1.42 juta telah
dibelanjakan bagi kemudahan penyediaan infrastruktur/peralatan dan
traktor. Baki berjumlah RM0.14 juta telah diguna bagi membeli benih, racun
dan gaji peserta ladang dan pengurusan. Pada tahun 2009 (musim l), TADC
telah berjaya mencapai 85.7% pengeluaran berbanding 10,000 tongkol per
ekar yang dijangkakan. Kejayaan ini telah memberi keyakinan kepada TADC
untuk memberi plot kepada peserta bagi mengusahakan sendiri tanaman
jagung bagi melahirkan usahawan tani yang berjaya seperti objektif TADC.
Pembelian input dan perbelanjaan harian peserta telah didahulukan oleh
TADC dan akan ditolak setelah mendapat hasil. Pada tahun 2010 (musim l &
ll), pengeluaran yang diusahakan peserta telah jatuh dengan purata 50%
daripada jangkaan. TADC terpaksa memberhentikan projek ini kerana tiada
modal untuk diteruskan. Kesimpulannya, modal atau peruntukan yang
berterusan adalah perlu bagi menjayakan sesuatu projek terutama projek
pertanian kerana bidang pertanian kadangkala masalahnya tidak dapat
dijangka atau lihat.
ii. Pekerja Yang Mahir Dan Berdisiplin
Bagi peserta (orang kampung), kaedah penanaman jagung hibrid mengikut
teknologi swasta adalah perkara baru bagi mereka. Untuk mendapatkan
kemahiran dan disiplin yang tinggi memerlukan masa untuk mereka
berubah, tetapi hakikatnya setelah tiga musim penanaman dibuat, TADC
telah dapat memberi peluang pekerjaan dan latihan kepada penduduk
setempat pada waktu itu dan juga memberi pendedahan dan ilmu
pengetahuan baru tentang teknologi penanaman jagung hibrid.
iii. Jenis Tanaman Dan Tempat
Tanaman jagung di Kuala Ping hanya boleh di usahakan sehingga bulan
Oktober sahaja setiap tahun dan penanaman hanya boleh dimulakan
diakhir bulan Januari atau awal Februari setiap tahun. Ini kerana kawasan
tersebut dijangkakan dinaiki air pada bulan Oktober, November, Disember
dan awal Januari. TADC juga terpaksa menanggung gaji beberapa
kakitangan pengurusan yang bertugas di sana walaupun pada waktu yang
tiada penanaman di buat. Manakala Projek Tanaman Jagung Kampung
Nibong, tapak projek ladang tersebut telah bertukar status dari tanah milik
kerajaan kepada milik individu setelah Pejabat Tanah, Hulu Terengganu
mengeluarkan borang 5A kepada 150 individu pada 18 Januari 2012. Oleh
itu projek tersebut terpaksa dihentikan.
54
iv. Masa/Tempoh
Sesuatu projek pertanian memerlukan tempoh masa tertentu bagi
mengenal pasti kesesuaian tanah, penyakit dan perkara-perkara yang di
luar jangka. Kadang-kadang kita memberhentikan projek tersebut pada pra
matang atau di dalam proses rancangan pengubahsuaian bagi
mendapatkan hasil yang terbaik.
d. Terengganu Agrobiotech Centre, Ajil.
i. Kerajaan Negeri telah melabur sejumlah RM5.61 juta bagi membina bangunan
pentadbiran dan makmal sebagai sebuah pusat agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, di Ajil, Daerah Hulu Terengganu yang boleh menyediakan
bermacam-macam jenis anak benih pokok tanaman yang berkualiti tinggi. Pusat
ini dapat membantu membuat penyelidikan bagi tanaman baharu yang
berpotensi mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada usahawan tani dan
secara langsung kepada rakyat Negeri Terengganu. Selain itu, pusat agrobiotech
ini akan dijadikan tempat kajian dan pembangunan untuk pengeluaran benih
berkualiti dengan penggunaan kaedah tissue culture dalam bidang pertanian.
TADC mensasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 226,800 anak pokok
setahun.
ii. Hasil semakan Audit mendapati pengurusan makmal diserahkan kepada
Terengganu Agrobio Research Sdn. Bhd yang ditubuhkan untuk tujuan
mengendalikan operasi pengeluaran anak benih pokok tissue culture. Makmal
telah beroperasi mulai 7 Mac 2010 dengan seramai 10 orang kakitangan. Di
permulaan projek, pengeluaran benih pisang berangan telah dipilih disebabkan
permintaan pisang tersebut yang tinggi. Bagaimanapun, pengeluaran anak benih
tidak berjaya mencapai sasaran. Berdasarkan mesyuarat Lembaga Pengarah
Kali Ke34-5/2011, anak benih pisang berjaya dijual sehingga bulan Ogos 2011
adalah sebanyak 9,024 polibeg dengan pendapatan sejumlah RM12,338.
Pengeluaran anak benih tidak mencapai sasaran adalah disebabkan TADC
belum mempunyai kepakaran yang tinggi iaitu Culturist yang belum mahir dalam
bidang tissue culture. Pada bulan November 2011 seramai 2 orang kakitangan
dan seorang pembantu makmal dikekalkan dan lain-lain kakitangan telah
ditamatkan perkhidmatan di Pusat Agrobiotech dan sejak itu operasi makmal
telah diberhentikan kerana input pertanian daripada projek yang lain tidak ada
lagi. Status pemilikan bangunan makmal ini tidak dapat dikenal pasti. Lawatan
Audit pada 23 September 2013 mendapati makmal ini tidak beroperasi.
Bangunan makmal, sub-station TNB, tapak semaian dan peralatan makmal telah
terbiar seperti di Gambar 3.11 hingga Gambar 3.19.
55
Gambar 3.11 Bangunan Makmal Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks Pertanian
Negeri, Ajil. Tarikh: 23 September 2013
Gambar 3.12
Sub-Station TNB Bernilai RM73,630 Terbiar
Gambar 3.13 Kawasan Tapak Semaian Terbiar Yang Ditumbuhi Semak Samun
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, Ajil. Tarikh: 23 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, Ajil. Tarikh: 23 September 2013
Gambar 3.14
Alatan Dalam Makmal Gambar 3.15
Alatan Dalam Makmal
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, Ajil Tarikh: 23 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, Ajil Tarikh: 23 September 2013
56
Gambar 3.16 Alatan Dalam Makmal
Gambar 3.17 Alatan Dalam Makmal
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, Ajil Tarikh: 23 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, Ajil Tarikh: 23 September 2013
Gambar 3.18 Alatan Dalam Makmal
Gambar 3.19 Alatan Dalam Makmal
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, Ajil Tarikh: 23 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pusat Agrobiotech di Kompleks
Pertanian Negeri, Ajil Tarikh: 23 September 2013
iii. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, pihak TADC
memaklumkan mengenai operasi yang telah berjalan semasa projek masih
aktif dengan bilangan kakitangan, kelayakan pegawai dan kos projek untuk
menunjukkan mereka telah memberikan komitmen semasa projek berjalan.
e. Pusat Pengumpulan, Penggredan Dan Pengagihan Hasil Tani
i. Pusat Pengumpulan Penggredan Dan Pengagihan Hasil Tani (Distribution
Centre - DC) dibina pada tahun 2007 di atas tapak tanah milik PMINT dan
beroperasi sebagai sebuah tempat bagi menyimpan, memproses, membungkus
dan mengagihkan produk-produk hasil tani sebelum dipasarkan di pasaran yang
telah ditetapkan. Pada tahun 2010, DC telah dinaiktaraf sebagai sebuah kilang
dengan memperoleh peruntukan sejumlah RM4.66 juta bagi membiayai kos
penambahbaikan, kos pembelian peralatan dan kos belanja pengurusan untuk
menghasilkan jagung proses yang menepati piawaian pasaran. Kilang ini akan
57
memproses jagung daripada Ladang Kampung Kuala Ping dan Kampung Nibong
untuk dipasarkan.
ii. Hasil semakan Audit mendapati DC tidak beroperasi sejak pertengahan tahun
2011 susulan ladang di Kampung Kuala Ping dan Kampung Nibong tidak
melaksanakan aktiviti pengeluaran jagung. Kilang dan peralatan memproses
jagung terbiar tanpa digunakan seperti di Gambar 3.20 hingga Gambar 3.22.
Status pemilikan bangunan DC dimaklumkan adalah milik PMINT. Lawatan Audit
pada 30 September 2013 mendapati DC masih tidak beroperasi lagi.
Gambar 3.20 Pusat Pengumpulan, Penggredan Dan Pengagihan Hasil Tani Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kilang DC, Telaga Papan Tarikh: 30 September 2013
Gambar 3.21
Alatan Memproses Tembikai Gambar 3.22
Alatan Memproses Jagung
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kilang DC, Telaga Papan Tarikh: 30 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kilang DC, Telaga Papan Tarikh: 30 September 2013
iii. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, pada tahun 2010,
pusat ini telah ditukarkan fungsi menjadikannya sebagai sebuah kilang
pemprosesan jagung kerana pada masa yang sama pihak TADC telah
membuat perjanjian usaha sama dengan syarikat swasta bagi
menghasilkan produk yang berasaskan jagung seperti kernel dan kob
jagung. Disebabkan projek jagung Kuala Ping dan Kampung Nibong tidak
dapat diteruskan, maka kilang ini juga terpaksa dihentikan operasinya. Bagi
mengelakkan kilang ini terbiar, pihak TADC telah berusaha dan telah
berbincang dengan beberapa pengusaha bagi menjalankan aktiviti di kilang
ini.
58
f. Projek Ternakan Kambing
i. Projek ternakan kambing dilaksanakan secara usaha sama dengan pihak East
Coast Economic Region Development Council (ECERDC) dan Jabatan Veterinar.
Pelaksanaan projek melibatkan tempat/tanah yang dimiliki oleh Jabatan
Veterinar, kambing kepunyaan ECERDC manakala TADC adalah sebagai
syarikat yang menjalankan aktiviti penternakan. Tempoh perjanjian adalah 3
tahun dengan 2 tahun tambahan. Projek Ternakan melibatkan 2 program iaitu
ternakan kambing komersial di Ladang Telaga Papan dan ternakan kambing
pengganda di Ladang Tersat. Sebanyak 2,120 ekor kambing dibekalkan di mana
1,590 ekor akan diternak di Telaga Papan dan 530 ekor diternak di Tersat. Di
bawah usahasama ini, TADC dikehendaki menyerahkan balik kepada ECERDC
sebanyak 2,000 ekor kambing dalam masa lima tahun.
ii. Hasil semakan Audit mendapati TADC mengambil alih projek ternakan kambing
daripada Marditech Corporation Sdn. Bhd. pada 1 November 2010. Sebuah
syarikat swasta dikekalkan sebagai Pengurus Projek bagi menjalankan
pengurusan pemeliharaan ternakan kambing, rancangan perniagaan dan tugas-
tugas teknikal yang berkaitan kerana TADC belum bersedia menjalankan operasi
projek ternakan kambing. Bagaimanapun, usaha sama projek ternakan ini
ditamatkan pada tahun 2011. Penamatan ini kerana mengambil kira faktor
kedudukan tapak projek berada di kawasan banjir, kadar kematian ternakan
tinggi, kelengkapan jentera ladang tidak mencukupi dan kekangan modal
pusingan. Ekoran hasil penjualan kambing yang tidak dapat menampung kos
ternakan, pelaburan TADC dalam projek usaha sama ini telah mengalami
kerugian. Catatan urus niaga untung/rugi projek ternakan adalah seperti di
Jadual 3.9.
Jadual 3.9 Catatan Urusniaga Untung/Rugi Projek Ternakan Kambing
Tahun Jualan (RM)
Perbelanjaan (RM)
Untung/Rugi (RM)
2009 0 300 -300 2010 128,400 31,136 97,264 2011 7,276 228,836 -221,560
Jumlah 135,676 260,272 -124,596
Sumber: Sistem UBS TADC
iii. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, projek ternakan
kambing ini memerlukan suntikan dana pengurusan yang tinggi bagi
melengkapkan keperluan sebuah ladang ternakan komersial. Projek
ternakan kambing merupakan satu projek jangka sederhana yang
memerlukan tempoh masa sehingga 3 tahun untuk mencapai peringkat
pulangan awal. Di samping itu juga, TADC melihat projek ini berisiko tinggi
seperti kedudukan tapak projek ini di kawasan yang sentiasa di landa banjir
dan kadar kematian kambing Boer yang tinggi. TADC juga akan terpaksa
59
membeli beberapa peralatan lagi seperti Mini Kubota 4WD sebagai
sokongan kepada unit Traktor dan Harvester yang telah dibeli. Satu unit lori
dan Dump Spreader juga perlu dibeli. Keperluan modal yang besar bagi
menampung kos makanan, gaji pekerja, pembelian jentera, penyenggaraan
jentera, pembangunan semula kawasan rumput, kandang dan ladang
secara keseluruhannya serta beberapa keperluan sampingan yang kritikal
bagi menjayakan projek ini di samping kekangan kewangan TADC, TADC
terpaksa menyerahkan kembali projek ini kepada ECERDC bagi mengelak
kerugian yang lebih besar.
g. Program Susu Sekolah 1 Malaysia (PS1M)
i. Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) telah dilantik oleh
sebuah syarikat tenusu dari Sabah sebagai Kontraktor Pengedar Susu UHT bagi
Program Susu 1 Malaysia (PS1M) bagi Negeri Kelantan dan Terengganu bagi
tahun 2011. TADC telah melantik syarikat swasta yang lain selaku pengedar bagi
melaksanakan proses pengedaran susu ke sekolah-sekolah bagi kedua-dua
negeri tersebut. Mengikut perancangan awal, tempoh pelaksanaan program ini
bermula bulan Februari 2011 sehingga Disember 2011. Namun begitu kerja-kerja
pengedaran susu ke sekolah bagi kedua-dua buah negeri tersebut hanya
bermula sepenuhnya pada bulan September 2011 sehingga November 2011
kerana menunggu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kelewatan penghantaran menyebabkan stok susu disimpan sehingga tarikh
luput. Secara tidak langsung membantutkan segala aktiviti pengedaran susu ke
sekolah-sekolah.
ii. Semakan Audit mendapati berlaku pertikaian di antara TADC dengan syarikat
tenusu tersebut berkenaan bayaran caj pengurusan sejumlah RM434,592 yang
dituntut oleh TADC ke atas kerja-kerja pengedaran susu PS1M. Bagaimanapun,
pihak Audit difahamkan bahawa pihak syarikat tidak menjelaskan bayaran
berkenaan dengan mengaitkan isu kegagalan penghantaran susu ke sekolah.
Menurut TADC pertikaian ini masih belum selesai.
iii. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, TADC telah pun
memberi penjelasan kepada pihak syarikat tenusu berkenaan bahawa
punca kegagalan penghantaran susu ke sekolah adalah bukan kesilapan
yang dibuat oleh pihak TADC selaku pengedar dan ianya tidak harus
dipertanggungjawabkan kepada pihak TADC. TADC telah mengambil
langkah untuk menyaman syarikat tenusu tersebut sejumlah RM780,000
dan telah pun melantik Syarikat Guaman, untuk mendapatkan kembali
tuntutan caj pengedaran yang telah diedarkan hingga kini belum mendapat
bayaran sepenuhnya sejumlah RM434,592 dan lain-lain tuntutan. Petisyen
kes ini sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Negeri Terengganu.
60
h. Secara umumnya, kegagalan pelaksanaan program/projek telah mengakibatkan
perkara-perkara berikut:
i. Projek tanaman jagung hibrid tidak dapat memenuhi hasrat Kerajaan Negeri
untuk mewujudkan usahawan pertanian yang mampan dan meningkatkan taraf
sosial ekonomi.
ii. Matlamat program dalam menggunakan amalan pertanian terbaik untuk dijadikan
contoh untuk diterapkan kepada petani-petani tidak tercapai.
iii. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan tidak berjaya diwujudkan
terutamanya peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
3.4.2.2. Prestasi Syarikat Subsidiari Kurang Baik
Mengikut amalan terbaik seperti mana digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil.
12 Tahun 1993, Lembaga Pengarah Syarikat Induk hendaklah mengawal semua lapisan
syarikat subsidiari. Antaranya ialah memantau prestasi kewangan dengan penuh rapi dan
teliti terutamanya yang berprestasi tidak memuaskan. Laporan prestasi kewangan yang
terperinci hendaklah dibentang kepada Lembaga Pengarah Syarikat Induk sekurang-
kurangnya 4 kali setahun. Lembaga Pengarah Syarikat Induk perlu melupuskan atau
menswastakan kepentingan Kerajaan di dalam syarikat yang menghadapi kerugian besar
berterusan, dorman dan telah menamatkan operasi. Penjualan aset tetap yang
mempunyai nilai substantial juga perlu ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Syarikat Induk.
Selain itu, Lembaga Pengarah Syarikat Induk terutamanya yang mempunyai banyak
syarikat subsidiari, perlu menyusun semula kumpulan syarikat masing-masing dan
menggabungkan aktiviti-aktiviti yang bertindih dan sempit untuk mengoptimumkan
penggunaan sumber-sumber kewangan dan tenaga kerja yang terhad. Semakan Audit
terhadap prestasi anak syarikat adalah seperti berikut:
a. Syarikat Subsidiari Mengalami Kerugian Dan Berstatus Dorman
i. TADC mempunyai 10 syarikat subsidiari yang ditubuhkan antara tahun 2006
hingga 2008. Semakan Audit mendapati semua syarikat subsidiari berstatus
dorman dan mengalami kerugian terkumpul berjumlah RM10.04 juta bagi tahun
kewangan 2012 seperti di Jadual 3.10.
61
Jadual 3.10 Kedudukan Untung/Rugi Terkumpul Syarikat Subsidiari TADC Bagi Tahun Kewangan 2012
Bil. Nama Syarikat Tarikh Penubuhan Aktiviti
Ekuiti Status
Prestasi Kewangan Pada 31 Disember 2012 Untung/ (Rugi)
Semasa (RM)
Untung/ (Rugi)
Terkumpul (RM) (%)
1. TRG Sukran Sdn. Bhd. 27.11.2006 Penternakan & Perikanan
100 Dorman -901 -13,466
2. TRG Sutratani Sdn. Bhd.
27.11.2006 Pertanian 100 Dorman -115 -355,192
3. Syarikat A 25.09.2007 Perikanan 60 Dorman -2,842 -869,552 4. Terengganu Produce
Corporation Sdn. Bhd. 26.11.2007 Pertanian 100 Dorman -1,479 -105,127
5. Kenyir Freshwater Fish Corporation Sdn. Bhd.
26.11.2007 Perikanan 100 Dorman -1,473 -12,824
6. Terengganu Seeds Corporation Sdn. Bhd.
26.11.2007 Pertanian 100 Dorman -1,471 -32,168
7. Terengganu Agrobio Research Sdn. Bhd.
18.03.2008 Pertanian berkualiti
tinggi
100 Dorman -935 -13,338
8. Terengganu Livestock Corporation Sdn. Bhd.
26.11.2007 Penternakan 100 Dorman -1,525 -5,441
9. Syarikat B 16.07.2007 Perikanan 55 Dorman -5,573 -410,224 10. Syarikat C 21.12.2006 Perikanan 70 Dorman -51,588 -8,225,433
Jumlah -67,902 -10,042,765
Sumber: Rekod TADC
ii. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, penubuhan anak
syarikat di peringkat awalnya adalah bagi melancarkan urusan perniagaan
mengikut sektor yang diceburi supaya perniagaan yang dijalankan
mendapat perhatian yang khusus oleh Ketua yang dilantik yang
mempunyai kepakaran bagi menguruskan syarikat tersebut dan TADC
sebagai syarikat induk hanya memantau perjalanan anak syarikat-anak
syarikat itu. Daripada 10 anak syarikat yang ditubuhkan, hanya 6 anak
syarikat sahaja yang merealisasikan perniagaan yang diceburi, iaitu:
Senarai Anak Syarikat Yang Pernah Beroperasi Sebelum Dihentikan
Operasi
Bil. Nama Syarikat Bermula Berhenti Operasi
1. TRG Sutratani Sdn. Bhd. 2006 2010 2. Syarikat A 2007 2010 3. TRG Produce Corporation Sdn. Bhd. 2007 2009 4. Terengganu Seeds Corporation Sdn. Bhd. 2007 2009 5. Syarikat B 2007 2010 6. Syarikat C 2007 2010
Senarai Anak Syarikat Yang Tidak Pernah Beroperasi
Bil. Nama Syarikat Tahun di Tubuhkan
1. TRG Sukran Sdn. Bhd. 2006 2. Kenyir Freshwater Fish Corporation Sdn. Bhd. 2007 3. Terengganu Agrobio Research Sdn. Bhd. 2008 4. Terengganu Livestock Corporation Sdn. Bhd. 2007
62
iii. Kerugian yang dialami oleh 6 syarikat adalah kerugian hasil daripada
perniagaan mereka. Manakala kerugian yang dialami oleh 4 syarikat adalah
kerugian disebabkan oleh perbelanjaan audit dan sedikit modal permulaan
initial cost untuk menjalankan perniagaan.
b. Syarikat Subsidiari Gagal Membuat Bayaran Balik Pinjaman
i. Selaras dengan klausa 12, Jadual Ketiga, Akta Syarikat 1965, didapati TADC
telah memberi pinjaman kepada anak syarikat bagi tujuan menampung kos
operasi, membiayai projek dan menubuhkan syarikat. Sehingga bulan September
2013, pinjaman sejumlah RM6.77 juta yang telah diberikan oleh TADC kepada
10 syarikat subsidiari masih belum dijelaskan. Semakan Audit mendapati rekod
pinjaman tidak menunjukkan sebarang bayaran balik dibuat oleh anak syarikat
TADC sehingga kini. Kelemahan dalam pengurusan pinjaman yang dikenal pasti
adalah TADC tidak menyediakan garis panduan pinjaman, surat perjanjian dan
jadual bayaran balik. Maklumat pemberian pinjaman adalah seperti di Jadual
3.11. Jadual 3.11 Pemberian Pinjaman TADC Kepada Syarikat Subsidiari
Bil. Subsidiari Jumlah Pinjaman (RM)
1. TRG Sukran Sdn. Bhd. 13,842 2. TRG Sutratani Sdn. Bhd. 497,667 3. Syarikat A 770,123 4. Terengganu Produce Corporation Sdn. Bhd. 23,408 5. Kenyir Freshwater Fish Corporation Sdn. Bhd. 10,270 6. Terengganu Seeds Corporation Sdn. Bhd. 18,173 7. Terengganu Agrobio Research Sdn. Bhd. 13,729 8. Terengganu Livestock Corporation Sdn. Bhd. 5,032 9. Syarikat B 112,150
10. Syarikat C 5,321,817
Jumlah 6,786,211
Sumber: Rekod Kewangan TADC
ii. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, walaupun tiada
garis panduan, surat perjanjian dan jadual bayaran balik, kesemua akaun
anak-anak syarikat tersebut ditadbir urus oleh kakitangan TADC dan ianya
tidak timbul keengganan anak syarikat sengaja tidak mahu membayar balik
pinjaman. Kedua-dua akaun ada menunjukkan pemiutang dan penghutang
di dalam akaun masing-masing. Anak-anak syarikat tidak membayar balik
adalah kerana kesemua akaun bank anak syarikat menunjukkan jumlah
baki yang minimum.
c. Prestasi Anak Syarikat Lemah
Laporan mengenai kemajuan kerja dan prestasi anak syarikat ada dilaporkan dan
dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah TADC. Semakan Audit
63
mendapati prestasi anak syarikat adalah lemah dan tidak mencapai matlamat
penubuhannya. Kerajaan Negeri telah menyalurkan sejumlah RM43.0 juta dari tahun
2006 hingga 2011 bagi membiayai program pertanian, perikanan dan penternakan
yang dijalankan oleh syarikat subsidiari TADC. Maklumat korporat syarikat subsidiari
TADC adalah seperti di Jadual 3.12.
Jadual 3.12 Maklumat Korporat Syarikat Subsidiari TADC
Bil. Subsidiari Mesyuarat Lembaga
Pengarah Pembiayaan Oleh Kerajaan Negeri
(RM Juta) Tarikh Jumlah 1. TRG Sukran Sdn. Bhd. 23.05.2011 1 2.90
(Jabatan Perikanan) 2. TRG Sutratani Sdn. Bhd. 26.07.2007
01.11.2007 04.08.2008 08.02.2009 03.03.2010
5 4.66 (UPEN)
3. Syarikat A 06.11.2007 06.07.2009
2 2.84 (Jabatan Perikanan)
4. Terengganu Produce Corporation Sdn. Bhd.
18.12.2007 1 0
5. Kenyir Freshwater Fish Corporation Sdn. Bhd.
05.02.2008 10.08.2008
2 18.30 (Jabatan Perikanan)
6. Terengganu Seeds Corporation Sdn. Bhd.
18.02.2007 20.02.2008 14.06.2009
3 0
7. Terengganu Agrobio Research Sdn. Bhd.
Tidak pernah mengadakan mesyuarat
0 0
8. Terengganu Livestock Corporation Sdn. Bhd.
20.01.2008 10.08.2008
2 0
9. Syarikat B 28.08.2007 04.08.2008 2
2.43 (Jabatan Perikanan)
10. Syarikat C
-
71 (Termasuk Resolusi
Pengarah)
11.87 (Jabatan Perikanan)
Jumlah 43.0
Sumber: Rekod TADC
d. Pencapaian Matlamat Projek/Program Anak Syarikat
Semakan Audit mendapati kesemua projek dan program yang dijalankan oleh anak
syarikat TADC ditamatkan atau gagal mencapai matlamat seperti berikut:
i. Syarikat TRG. Sukran Sdn. Bhd (TSSB) ditubuhkan untuk menjalankan projek
ternakan ikan kerapu dalam tangki menggunakan kaedah flow through system di
Kampung Rhu 10, Setiu dengan pembiayaan sejumlah RM2.90 juta daripada
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan. Bagaimanapun, projek telah
dihentikan dan diserah balik kepada Jabatan Perikanan pada tahun 2012.
Sepanjang tempoh penubuhannya, Lembaga Pengarah TSSB bermesyuarat
sekali sahaja dan TSSB telah mengalami kerugian bagi tahun berkenaan.
Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, TSSB ditubuhkan
untuk menjalankan ternakan ikan kerapu dalam tangki menggunakan
64
kaedah flow through system di Kampung Rhu Sepuluh. Walau
bagaimanapun Syarikat ini tidak pernah menjalankan perniagaan tersebut
di atas. Infrastruktur yang dibina oleh TADC yang diperuntukkan oleh
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan sejumlah RM2.90 juta. Tetapi
ianya telah dijalankan oleh TRG Sukran Hatchery Sdn. Bhd. bagi
membesarkan ikan kerapu yang dibenihkan di Tanjung Demong. Projek ini
telah dihentikan setelah Syarikat Sukran Hatchery Sdn. Bhd. menghentikan
operasinya di Tanjung Demong pada tahun 2010. Infrastruktur yang dibina
diserahkan kembali kepada Jabatan Perikanan pada 2012 dan sekarang
sedang beroperasi di bawah Jabatan Perikanan. Hasil semakan semula oleh
pihak Audit mendapati, Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa satu MoU
telah ditandatangani namun infrastruktur belum diserahkan oleh TSSB.
ii. Syarikat TRG Sutratani Sdn. Bhd. (TSSB) telah ditubuhkan secara usaha sama
antara TADC dengan syarikat swasta untuk menjalankan Program Skim Untuk
Kesejahteraan Petani (SUTRATANI) yang menggunakan teknik tanaman sayur
secara fertigasi tertutup di Kampung Telaga Papan, Setiu. Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan sejumlah RM4.66 juta untuk membina rumah kaca
(greenhouse) dan distribution centre sebagai infrastruktur asas kepada projek ini.
Bagaimanapun, usaha sama dengan syarikat tersebut telah ditamatkan pada
tahun 2010. Seterusnya, TSSB tidak beroperasi dan mengalami kerugian bagi
tahun berkenaan. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014,
TSSB ditubuhkan secara usahasama antara TADC dan Syarikat Swasta
untuk menjalankan Program Skim Untuk Kesejahteraan Petani
(SUTRATANI) yang menggunakan teknik tanaman sayuran secara fertigasi
tertutup menggunakan teknologi Belanda di Kampung Telaga Papan, Setiu.
Projek ini juga adalah bagi melatih para Siswazah bagi memberi peluang
pekerjaan dan untuk menjadi usahawan tani. Pada peringkat permulaannya,
projek ini telah mengusahakan tanaman timun Jepun yang mana
mempunyai pasaran yang tinggi tetapi selepas satu musim penanaman
mesin, yang digunakan telah rosak. Maka ianya telah ditukar kepada
tanaman cili. Bagaimanapun, projek ini telah dihentikan operasinya setelah
tanaman cili telah diserang penyakit “White Fly” yang dibawa oleh ladang
bersebelahan yang ditanam dengan kenaf oleh Perbadanan Kenaf Negara.
iii. Syarikat Terengganu Produce Corporation Sdn. Bhd. (TPCSB) ditubuhkan
dengan tujuan untuk membeli dan memasarkan produk pertanian yang
dikeluarkan oleh TADC melibatkan program tanaman jagung berskala tinggi di
Kuala Ping dan Kampung Nibong. Pihak Audit mendapati penubuhan TPCSB
tidak mencapai sasaran apabila TADC telah tidak beroperasi dan mengalami
kerugian bagi tahun semasa manakala hanya satu Mesyuarat Lembaga
Pengarah diadakan sejak penubuhan syarikat. Mengikut maklum balas TADC
bertarikh 16 Januari 2014, tujuan asal penubuhan TPCSB adalah untuk
membeli dan memasarkan produk pertanian yang dikeluarkan oleh TADC
65
tetapi ianya telah memberhentikan operasinya pada awal tahun 2009. Oleh
kerana itu, TADC telah bekerjasama dengan syarikat swasta bertujuan
untuk mendapat teknologi penanaman jagung hibrid dan juga jaminan
pemasaran bagi produk yang diusahakan di Kuala Ping dan Kampung
Nibong.
iv. Syarikat Kenyir Freshwater Fish Corporation Sdn. Bhd. (KFFC) ditubuhkan untuk
mengendalikan projek ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Como, Tasik
Kenyir dengan menerima pembiayaan daripada Kerajaan Negeri sejumlah
RM18.30 juta. Setelah projek tersebut diambil alih oleh Jabatan Perikanan pada
tahun 2010, KFFC tidak menjalankan aktiviti yang lain dan mengalami kerugian
pada tahun semasa. Semakan Audit juga mendapati Mesyuarat Lembaga
Pengarah diadakan sebanyak dua kali sahaja sejak syarikat ditubuhkan.
Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, KFFC pada
asalnya ditubuhkan untuk mengendalikan projek ternakan ikan dalam
sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir. Tetapi ianya tidak berlaku kerana
projek tersebut dikendalikan sendiri oleh TADC. TADC juga telah dilantik
sebagai kontraktor bagi pembinaan keseluruhan projek tersebut dengan
nilai kontrak berjumlah RM18.30 juta.
v. Syarikat Terengganu Agrobio Research Sdn. Bhd. (TARSB) ditubuhkan untuk
membantu dalam pengoperasian Terengganu Agrobiotech Center di Ajil, Hulu
Terengganu pada tahun 2009. Apabila operasi Terengganu Agrobiotech Center
dihentikan pada tahun 2011, TARSB telah tidak beroperasi dan mengalami
kerugian bagi tahun semasa. Semakan Audit juga mendapati Lembaga
Pengarah TARSB tidak pernah mengadakan mesyuarat sejak penubuhan
syarikat. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, TARSB
juga pada asalnya ditubuhkan untuk menguruskan pengoperasian Biotech
Centre di Ajil, tetapi ianya juga tidak berlaku kerana TADC sendiri
mengurus dan mengoperasi projek ini.
vi. Syarikat Terengganu Livestock Corporation Sdn. Bhd. (TLCSB) ditubuhkan pada
tahun 2007 untuk mengurus dan melaksanakan operasi ternakan kambing Goat
Cluster ECER di Ladang Telaga Papan, Setiu dan Ladang Tersat, Hulu
Terengganu. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati TLCSB telah tidak
beroperasi dan mengalami kerugian bagi tahun semasa. Selain itu, Mesyuarat
Lembaga Pengarah diadakan dua kali sahaja sejak penubuhan syarikat.
Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, TLCS juga di
tubuhkan pada asalnya bagi mengendalikan sektor penternakan yang akan
diceburi oleh TADC. Tetapi ianya juga tidak berlaku kerana TADC sendiri
mengendalikan sektor ini.
66
e. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, sebagai
kesimpulannya, kebanyakan projek yang dilaksanakan oleh TADC adalah
projek tanggungjawab sosial bagi membantu meningkatkan ekonomi para
petani, nelayan dan penternak. Pada tahun 2007 dan 2008 adalah merupakan
tahun di mana peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta dan kerajaan adalah
terhad. Oleh yang demikian, pihak kerajaan cuba membantu mereka ini seperti
siswazah, para petani dan nelayan dengan mewujudkan berbagai-bagai projek
seperti projek-projek yang disebut di atas. Bagi projek sutratani, ianya telah
membantu bagi memberi peluang pekerjaan dan latihan kepada siswazah, para
nelayan pula dibantu dengan mewujudkan projek menternak ikan dalam
takungan di Rhu 10, manakala bagi membantu golongan miskin pula kerajaan
mewujudkan projek memelihara ikan dalam sangkar di Sungai Como dan para
petani pula dengan projek fertigasi di seluruh Negeri Terengganu. Sepertimana
diketahui, para siswazah akan meninggalkan projek ini setelah mendapat
pekerjaan baru yang lebih baik kerana mereka ini bukanlah berijazah pertanian
tetapi memiliki ijazah kejuruteraan, komputer sains dan sebagainya. Bagi
projek Sungai Como dari 2007 sehingga 2010, terdapat lebih daripada 70 orang
PPRT dari e-kasih telah bekerja dengan TADC, tetapi oleh kerana pemikirannya
juga miskin maka mereka tidak menunjukkan komitmen yang dikehendaki bagi
menjalankan projek ini, manakala projek fertigasi seramai 250 orang petani
telah terlibat dengan program ini pada awal, tetapi apabila bantuan tiada,
mereka mula keluar dari program. Oleh itu adalah tidak tepat sekiranya
dikatakan TADC tidak memainkan peranan lebih strategik dalam memantau
prestasi anak syarikat dan membantu meningkatkan pendapatan petani dalam
memperkembangkan industri pertanian di Negeri Terengganu. Pada peringkat
permulaan matlamat dan objektif telah tercapai sehingga projek yang
diusahakan tidak dapat diteruskan kerana tidak mendapat peruntukan dari
pihak yang berwajib bagi meneruskannya. Sebagai contoh, projek Agrobiotech
Center, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan keseluruhan untuk projek
ini berjaya dan mencapai matlamat adalah memerlukan sejumlah RM12.41 juta,
tetapi TADC hanya menerima RM5.60 juta sahaja manakala baki yang berjumlah
RM6.81 juta yang diluluskan pada peringkat awal tidak disalurkan kepada
TADC. Begitu juga dengan projek-projek lain, TADC hanya diperuntukkan bagi
membina infrastruktur sahaja tetapi untuk kesinambungan satu-satu projek itu
berjalan, perbelanjaan mengurus tidak diperuntukkan. Oleh itu, kegagalan anak
syarikat bukanlah kelemahan TADC tetapi terdapat faktor-faktor lain yang
menyumbang kepada kegagalan ini.
Pada pendapat Audit, berdasarkan kepada 7 daripada 13 projek yang dilaksanakan
oleh TADC bernilai RM19.82 juta mendapati pengurusan aktiviti TADC adalah tidak
memuaskan. Ini adalah kerana kesemua projek yang dilaksanakan tidak mendapat
pulangan yang menguntungkan dan tidak berjaya mencapai matlamat.
67
3.4.3. Tadbir Urus Korporat
Akta Syarikat 1965 dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
serta Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia telah memperincikan elemen penting yang perlu
dipatuhi oleh syarikat bagi memastikan tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang
baik. Selain itu, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 telah menetapkan Lembaga
Pengarah Badan Induk/Syarikat Induk adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk
memastikan semua dasar yang ditetapkan dan semua pekeliling kerajaan berkaitan syarikat
perlu dipatuhi oleh syarikat subsidiari.
3.4.3.1. Strategi Dan Rancangan Korporat Tidak Disediakan
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 menetapkan syarikat Kerajaan perlu
menyedia dan mengemaskinikan strategi dan rancangan korporat sebagai wawasan
syarikat bagi mencapai matlamat jangka pendek (tahunan) dan jangka panjang. Ianya
juga hendaklah selaras dengan objektif penubuhan sesebuah syarikat itu dan perlu
memperincikan antaranya hala tuju, rancangan jangka pendek dan jangka panjang,
petunjuk prestasi utama dan sasaran yang ditetapkan. Rancangan korporat yang
disediakan hendaklah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat dan Lembaga
Pengarah Syarikat Induk. Semakan Audit mendapati TADC ada menyediakan rancangan
korporat berkaitan strategi pengeluaran, pemasaran, urus niaga dan urus modal insan di
awal penubuhan syarikat iaitu pada tahun 2007. Bagaimanapun, rancangan korporat
berkenaan belum dikemaskinikan hingga sekarang. Mengikut maklum balas TADC
bertarikh 16 Januari 2014, TADC menggunakan bajet tahunan sebagai hala tuju
syarikat. Pada tahun 2012 sehingga 2013, TADC berada di dalam kesulitan
kewangan yang teruk dan ditambah dengan tiada peruntukan diterima maka TADC
tidak dapat membuat strategi dan perancangan korporat tetapi memadai dengan
bajet tahunan bagi menentukan hala tuju. Walau bagaimanapun TADC akan
menyediakan dan mengemas kini strategi dan rancangan korporat pada tahun 2014
dengan penstrukturan semula dan pengurusan baru TADC.
3.4.3.2. Standard Operating Procedures Tidak Disediakan Dengan Menyeluruh
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 menetapkan pihak pengurusan syarikat
Kerajaan perlu menyediakan dan mengemas kini peraturan berkaitan perbelanjaan
syarikat bagi mengurangkan kos operasi dan mengelakkan pembaziran. Semakan Audit
mendapati TADC mempunyai Peraturan Kewangan TADC dan Skim Perkhidmatan
Kakitangan TADC yang dikeluarkan pada 3 Mei 2009. Bagaimanapun, Peraturan
Kewangan TADC yang disediakan hanya merangkumi objektif, polisi dan jadual kuasa
tetapi tidak dilengkapkan dengan proses kerja seperti prosedur penyediaan baucar,
kemasukan wang ke bank, perekodan penerimaan hasil, pengurusan sebut harga/tender
dan prosedur-prosedur kewangan yang lain. Mengikut maklum balas TADC bertarikh
16 Januari 2014, pihak syarikat akan membuat penyelarasan dengan syarikat induk
bagi menyeragamkan dengan anak-anak syarikat yang lain yang di bawah syarikat
induk.
68
3.4.3.3. Pengurusan Kewangan
a. Bayaran Reimbursable Expenses Tidak Berkaitan Dengan Urusan Syarikat
i. Bayaran Reimbursable Expenses sejumlah RM3,000 kepada Pengerusi,
RM2,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Setiausaha Syarikat telah
diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah TADC. Bayaran Reimbursable
Expenses hendaklah disertakan dengan bil-bil perbelanjaan sebenar yang
berkaitan dengan urusan syarikat. Semakan Audit mendapati tuntutan bayaran
reimbursable sejumlah RM19,522 dibuat berdasarkan bil-bil perbelanjaan yang
tidak berkaitan dengan urusan syarikat. Selain itu, bayaran ke atas bil sejumlah
RM5,520 telah dituntut terlebih dahulu oleh Lembaga Pengarah dan sejumlah
RM2,000 telah terlebih bayar.
ii. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, bayaran
reimbursable expenses yang berkenaan telah dituntut semula.
b. Pengurusan Aset Kurang Memuaskan
i. Mengikut Akta Syarikat 1965, Lembaga Pengarah bertanggungjawab
memastikan aset syarikat diuruskan dengan cekap dan teratur serta mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Semakan Audit mendapati pengurusan TADC tidak
mempunyai garis panduan dan peraturan yang khusus bagi mengurus dan
mengawal aset dan inventori yang diperoleh untuk kegunaan pejabat. Antara
perkara berbangkit mengenai pengurusan aset adalah seperti berikut:
Pengurusan TADC tidak memberi kuasa secara bertulis kepada pegawai
yang bertanggungjawab menguruskan aset dan inventori Syarikat.
TADC hanya menyediakan ‘master listing’ untuk merekodkan aset dan tidak
menyenggara daftar khusus bagi setiap aset dan peralatan yang dimiliki.
Setiap pembelian aset baharu hanya direkodkan di baucar bayaran sahaja.
Pemeriksaan fizikal terhadap peralatan pejabat seperti komputer, mesin
fotostat serta mesin/jentera dan peralatan projek berkaitan mendapati aset
tidak diberi tanda pengenalan (tag) atau dilabelkan dengan nombor siri.
Pemeriksaan Audit mendapati TADC mempunyai 10 buah kenderaan dan
setiap kenderaan mempunyai fail sejarah. Sebanyak 6 daripada 10 buah
kenderaan tidak digunakan sejak satu hingga 2 tahun lalu kerana cukai jalan
tamat tempoh. Bagaimanapun, cukai jalan bagi 3 buah kenderaan telah
diperbaharui semasa pengauditan sedang dilaksanakan. Senarai kenderaan
berkenaan adalah seperti di Jadual 3.13 serta Gambar 3.23 dan
Gambar 3.24.
69
Jadual 3.13 Senarai Kenderaan Milik TADC
Bil. Jenis Kenderaan No. Pendaftaran Cukai Jalan
Tarikh Tamat Tarikh Diperbaharui
1. Lori Hicom 3 Tan TAQ 1569 04.10.2011 20.11.2013 2. Lori Hicom 3 Tan TAQ 2771 16.10.2012 - 3. Lori Hicom 3 Tan TAQ 1921 16.10.2012 - 4. Lori Hino 5 Tan TAQ 2163 09.03.2012 20.11.2013 5. Lori Hino 5 Tan TAQ 4023 30.03.2012 - 6. Lori Hina 5 Tan TAQ 4265 21.12.2012 26.10.2013
Sumber: Rekod TADC
Gambar 3.23 Lori TADC Yang Di Simpan Di DC
Pandangan Hadapan
Gambar 3.24 Lori TADC Yang Di Simpan Di DC
Pandangan Belakang
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kilang DC, Telaga Papan Tarikh: 30 September 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kilang DC, Telaga Papan Tarikh: 30 September 2013
ii. Mengikut maklum balas TADC bertarikh 16 Januari 2014, tanggungjawab
menguruskan aset dan inventori Syarikat secara semula jadinya menjadi
tanggungjawab pegawai yang menjaga sesebuah projek melalui asset
listing yang disediakan. Tag akan dilabelkan seperti yang disarankan. Cukai
jalan tidak diperbaharui selama dua tahun sebelum ini adalah kerana TADC
melihat tiada keperluan penggunaan lori-lori tersebut dan juga masalah
kewangan. Pada tahun 2013, TADC mula memperbaharui 3 daripada 6 lori-
lori tersebut dan akan memperbaharui lagi 3 lori yang tinggal pada tahun
2014.
Pada pendapat Audit, tadbir urus korporat syarikat adalah kurang memuaskan.
3.5. SYOR AUDIT
Bagi mempertingkatkan lagi pengurusan dan aktiviti perniagaan TADC, pihak Audit
mengesyorkan TADC mengambil tindakan seperti berikut:
70
3.5.1. Membuat perancangan dan kajian dengan teliti serta terperinci bagi projek-projek
yang akan dilaksanakan supaya dapat dimanfaatkan selaras dengan matlamat yang hendak
dicapai dan mengelakkan kerugian.
3.5.2. Berusaha menstrukturkan semula dan memulihkan prestasi anak syarikat yang
mengalami kerugian dan dorman bagi menjana tambahan pendapatan.
3.5.3. Menyediakan Strategi dan Rancangan Korporat dan Standard Operating
Procedures yang menyeluruh sebagai garis panduan yang jelas bagi memastikan tadbir urus
korporat, pengurusan kewangan dan pengurusan aset dapat diuruskan dengan baik.
3.5.4. Membuat tuntutan balik bayaran Reimbursable Expenses.
PENUTUP
73
Secara keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati wujud beberapa
kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti dari segi perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan. Antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya kelemahan adalah
mekanisme pemantauan yang kurang berkesan dalam memastikan undang-undang dan
peraturan dikuatkuasakan, kurangnya latihan kepada pegawai terlibat serta tidak ada
penyeliaan yang berkesan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan
bawahan. Jika kelemahan tersebut tidak diberi perhatian yang serius dan tidak
diperbetulkan, ia boleh menjejaskan pencapaian objektif aktiviti/program berkenaan serta
menjejaskan imej Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam.
Beberapa Jabatan/Agensi Negeri yang terlibat telah mengambil tindakan pembetulan
selepas mendapat teguran daripada pihak Audit, namun bagi mengelakkan kelemahan yang
sama daripada berulang, langkah pembetulan perlu dibuat secara berterusan. Pegawai
Pengawal yang terlibat juga perlu mengatur supaya pemeriksaan secara menyeluruh
dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang sama juga berlaku di
program/aktiviti lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan yang
sewajarnya.
Jabatan Audit Negara
Putrajaya
3 Februari 2014
PENUTUP