28
LAPORAN KEM CERDIK CUKAI 2013 (KCC III) (02/09/2013 – 06/09/2013) HARI : ISNIN TARIKH: 02/09/2013 - Berkumpul di Kuching International Airport selewat- lewatnya jam 10.00 pagi - Penerbangan pada jam 11.55 ditunda pada jam 12.10 tengah hari atas sebab tertentu - Tiba di LCCT pada jam 1.35 petang - Pergi ke Akademi Percukaian Malaysia menaiki van yang telah disediakan manakala guru pengiring pula menaiki teksi - Tiba di APM pada jam 3.00 - Kami dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan - Kami di arahkan untuk ke asrama untuk menukar pakaian - Tepat jam 4.30, kami menjalani sesi bergambar di studio yang disediakan - Rehat - Makan malam pada jam 6.30 petang - Majlis pada sebelah malam bermula pada jam 8.00 malam dengan taklimat domestik dan sesi suai kenal

LAPORAN KCC

  • Upload
    wakman

  • View
    573

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cerdik Cukai

Citation preview

Page 1: LAPORAN KCC

LAPORAN KEM CERDIK CUKAI 2013 (KCC III)

(02/09/2013 – 06/09/2013)

HARI : ISNIN TARIKH: 02/09/2013

- Berkumpul di Kuching International Airport selewat-lewatnya jam 10.00 pagi

- Penerbangan pada jam 11.55 ditunda pada jam 12.10 tengah hari atas sebab tertentu

- Tiba di LCCT pada jam 1.35 petang

- Pergi ke Akademi Percukaian Malaysia menaiki van yang telah disediakan manakala guru pengiring pula menaiki teksi

- Tiba di APM pada jam 3.00

- Kami dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan

- Kami di arahkan untuk ke asrama untuk menukar pakaian

- Tepat jam 4.30, kami menjalani sesi bergambar di studio yang disediakan

- Rehat

- Makan malam pada jam 6.30 petang

- Majlis pada sebelah malam bermula pada jam 8.00 malam dengan taklimat domestik dan sesi suai kenal

Page 2: LAPORAN KCC

Gambar di kawasan LCCT

Gambar di dalam auditorium sebelum majlis bermula bersama Cik Lau.

HARI: SELASA TARIKH: 03/09/2013

9.00 pagi - MajlisPerasmianolehTimbalanMenteriKewangan

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

9.00 pagi - Ketibaanparajemputan

9.20 pagi - KetibaanYBhg. Tan Sri Dr.Mohd. Shukor bin Hj. Mahfar

KetuaPegawaiEksekutif

LembagaHasilDalamNegeri Malaysia

- KetibaanYBhg. Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

KetuaPengarahPelajaran Malaysia

KementerianPendidikan Malaysia

9.30 pagi - Ketibaan YB DatukHj. Ahmad bin Hj. Maslan

TimbalanMenteriKewangan

- NyanyianLaguNegaraku

- Bacaan Al-Fatihah

- UcapanolehYBhg. Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

KetuaPengarahPelajaran Malaysia

KementerianPendidikan Malaysia- Ucapanoleh

Page 3: LAPORAN KCC

YBhg. Tan Sri Dr.Mohd. Shukor bin Hj. Mahfar

KetuaPegawaiEksekutif

LembagaHasilDalamNegeri Malaysia

- UcapanPerasmianoleh

Ketibaan YB DatukHj. Ahmad bin Hj. Maslan

TimbalanMenteriKewangan

- GimikPerasmian

- PenyampaianCenderamata

- Sidang Media

- SesiBergambar

- JamuanRingan

11.00 pagi - MajlisBersurai

Page 4: LAPORAN KCC

11.30 pagi – 1.00 petang - Slot BersamaPersonaliti

YBhg. Tan Sri Dr.Mohd. Shukor bin Hj. Mahfar

KisahSaya

Moderator: TnHj. AdzharSulaiman

Dalam slot KisahSayaini, YBhg. Tan Sri Dr.Mohd. Shukor bin Hj. Mahfartelahmenceritakantentangpengalamandansukaduka yang ditempuhdalammencapaicita-citanya. Beliaumerupakanseorang yangaktifketika di bangkusekolah, bijakdantabahdalammenghadapicabarandansikapnya yang tidakpernahberputusasamenjadikanbeliauseorang yang sangatberjayadalamhidup.Kini, beliaumemegangjawatansebagaiKetuaPegawaiEksekutif LHDNM.

Page 5: LAPORAN KCC

2.00 petang – 4.00 petang - Slot Pengenalankepada LHDNM

Pn. RosnanibtBariman

TimbalanPengarah

AkademiPercukaian Malaysia LHDNM

VISI LHDNM :PentadbirCukaiTerunggul

MISI LHDNM: Perkhidmatanpercukaian – meningkatkanpematuhansecarasukarela

OBJEKTIF: Sistempengurusanpercukaian yang berkesan

DASAR KUALITI: Komitedmemberiperkhidmatan yang terbaik

Page 6: LAPORAN KCC

YOU ARE THE NATION’S HERO!

4.30 petang – 6.30 petang - Slot KementerianPendidikan Malaysia

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

-Ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 (Akta 225).

-Kendalikan: STPM, MUET, MEdSi, MUnSyi, MFPC

TANGGUNGJAWAB MPM (Objektif)

1. Sediakan peraturan dan skema peperiksaan2. Gubal sukatan peperiksaan3. Urus pendaftaran calon peperiksaan

WAWASAN – Sistem pentaksiran ini dihasratkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki & meningkatkan keputusan akademik mereka bagi melayakkan diri ke IPTA & membuka luas peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia yang berpotensi.

8.00 – 10.00 malam - TaklimatBimbinganKerjaya (LHDNM)

Pn. MarzitaMohamad

Objektiftaklimatiniadalahuntukmendedahkankepadapelajartentangpeluangkerjaya di LHDNM di sampingmemberikefahamantentangmaklumatprosedurpermohonanjawatan di LHDNM.

5 SKIM PERKHIDMATAN DI LHDNM

1. PegawaiEksekutif2. PenolongPegawaiEksekutif3. PembantuTadbir4. PenjagaJenteraElektrik5. Pembantu Am

Page 7: LAPORAN KCC

HARI: RABU TARIKH:04/09/2013

Pagi:8.00pagi - 3.00petang

Aktiviti Semangat Berpasukan:

Page 8: LAPORAN KCC

Permainan akrobatik membina menara dengan tubuh manusia

Permainan menyebut nombor dengan pantas

Permainan sahibba dengan menggunakan klu tema nama negara dan haiwan.

Page 9: LAPORAN KCC

Permainan boling dengan menggunakan bola tenis

Gambar kumpulan kami iaitu m - filing

Perlumbaan kereta F1.Kereta kumpulan kami mendapat tempat kedua

Page 10: LAPORAN KCC

Petang:3.00petang - 4.00petangAktiviti:Taklimat e - Perkhidmatan

Taklimat e - perkhidmatan oleh Pn.Norhayati Mat Kassim

Petang:4.30petang - 6.30petangAktivti:Taklimat Bimbingan Kerjaya

Taklimat Kerjaya oleh CHARTERED TAX INSTITUTE OF MALAYSIA

Page 11: LAPORAN KCC

Taklimat Bimbingan Kerjaya oleh Datuk Ranjit Sikh

Malam:8.00malam - 10.00malamAktiviti:Infotaxtainment

Ucapan Fasilator

Persembahan Tarian

Page 12: LAPORAN KCC

Persembahan Tarian

Persembahan Dondang Sayang

Persembahan Dikir Barat

Page 13: LAPORAN KCC

Penutup Persembahan

Page 14: LAPORAN KCC

HARI: KHAMIS TARIKH: 05/09/2013

Pada 5hb 9 2013, tibalah giliran saya, Abdul Muhaimin bin Salam untuk membuat laporan dan merekodkan apa yang dilakukan pada hari tersebut.

Seperti biasa, setiap jam 7:30 pagi, saya dan Dominic sudah bersiap sedia untuk turun ke dewan makan untuk menikmati sarapan. Antara juadah yang disediakan seperti biasa ialah bijirin; Corn Flakes dan roti bakar.

Selesai sarapan, semua para pelajar dikehendaki ke auditorium untuk mendengar ceramah motivasi yang bertajuk Membangun Personaliti Berkarisma Wira Negara yang disampaikan oleh Dr Robiah Kulop.

Pada jam 9 dengan hadirnya wanita berjubah perang dengan loghat bahasa Peraknya dan riak wajah beliau yang tidak asing lagi di kaca TV terutamanya Astro Oasis dan juga di corong-corong radio IKIM.fm. Dr Robiah Kulop Hamzah merupakan salah seorang individu yang berpengaruh dalam mengadili rancangan program realiti, Ustazah Pilihan.

Menariknya, beliau juga merupakan bekas pelajar tingkatan 6 sama seperti saya dan 185 pelajar yang lain sebelum menuntut di UKM bagi mengambil Doktor Falsafah Pengkhususan Pendidikan NIlai Dan Pengajaran Bahasa Melayu. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru dan sekarang ini merupakan Pengarah Urusan RKH Motivation & Services, fasilitator komunikasi berkesan, perunding motivasi.

Page 15: LAPORAN KCC

Mesej yang disampaikan oleh Dr. Robiah meresap ke dalam minda kami kerana cara penyampaian beliau yang sempoi dan menghiburkan.

Sewaktu mendengar ceramah tersebut, kami dapat banyak input-input yang menarik daripada penceramah dalam hal bagaimana untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Tajuknya kedengaran tipikal, tetapi isi-isi yang disampaikan yang agak mendalam huraiannya serta contoh yang disediakan secara profesional oleh Dr Robiah.

Para pelajar dan guru juga berkesempatan untuk bertanyakan soalan kepada Dr. Robiah dan bergambar bersama beliau. Ceramah motivasi berakhir pada jam 10:46.

Kami turun ke menikmati kudapan pagi seperti biasa pada sehingga jam 11:15 dan dikehendaki semula ke auditorium untuk meneruskan agenda majlis yang seterusnya.

Pada jam 11:30pagi , setiap ketua kumpulan daripada setiap teambuilding dikehendaki untuk membuat rumusan secara keseluruhan tentang Kem Cerdik Cukai bagi tahun 2013. Rumusan tersebut perlulah dibentangkan di pentas. Para guru dari setiap pelusuk negara turut berkesempatan untuk membentangkan rumusan mereka.

Guru pengiring dari SMK Sungai Manggis Selangor sedang memberikan rumusan di pentas.

Page 16: LAPORAN KCC

Ketua kumpulan 1, saudara Aniz Haziq dari SMK Persint (8) Putrajaya sedang memberikan rumusan.

Rumusan yang dibuat oleh saya

Majlis tamat pada jam 1:30 dan kami semua dikumpulkan ke dewan makan seperti biasa untuk menikmati juada makan tengah hari dan dikehendaki bersiap untuk majlis penutup dan penyampaian sijil.

Pada jam 2:00 petang, semua pelajar lengkap berbaju sekolah berserta guru pengiring mereka bersedia untuk menerima sijil yang disampaikan oleh Pengerusi Akademi Percukaian Malaysia iaitu Tn. Haji Adzhar b. Sulaiman. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan ucapan penutup dari Tn Haji Adzhar selaku wakil Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 17: LAPORAN KCC

Sewaktu nyanyian lagu Negaraku berkumandang

Penyampaian sijil dimulakan dari sekolah yang terletak di utara Malaysia dahulu iaitu SMK Agama Perempuan Kangar, Perlis menyusuri ke bawah selatan tanah air sehingga ke sekolah yang terletak di timur Malaysia iaitu sekolah saya sendiri SMK Kota Smarahan.

Guru pengiring kami, Cik Lau mengambil sijil selaku wakil SMK Kota Samarahan, Sarawak

Majlis penutupan berakhir pada jam 3:30 petang dan semua pelajar ke dewan makan untuk kudapan tengah hari.

Pada jam 4:15, semua pelajar turun ke auditorium bagi mengadakan rehearsal atau raptai bagi mengadakan persembahan mereka pada jam 8:30 malam. 10 teambuilding atau kumpulan kini digabung menjadi 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 kumpulan teambuilding.

Page 18: LAPORAN KCC

Kumpulan 3 dan Kumpulan 4 sedang berbincang untuk persembahan malam tersebut

Sesi raptai berakhir pada jam 6:40 petang dan setiap kumpulan tidak sempat menikmati juadah petang dek kerana kesibukan dan komitmen penuh yang diberikan mereka untuk menjayakan majlis pada malam tersebut.

Acara majlis terakhir dimulakan pada jam 7:30 malam dan majlis pada malam tersebut merupakan majlis yang sepenuhnya dikendalikan oleh setiap peserta Kem Cerdik Cukai 2013 iaitu para pelajar dan guru pengiring mereka tanpa bantuan pegawai atau fasilitator LHDN yang telah membuat persembahan pada malam sebelumnya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Adzhar bin Sulaiman dan dimulakan dengan persembahan sketsa dari Kumpulan 1 dan 2 dan diikuti giliran kumpulan yang berikutnya.

Page 19: LAPORAN KCC

Sketsa dari kumpulan 1 dan 2

Penulis terhibur dengan sketsa mereka.

Para guru pengiring dari setiap pelusuk negara tidak ketinggalan menonjolkan bakat mereka untuk menjayakan persembahan mereka pada malam tersebut.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada setiap kumpulan teambuilding dan kumpulan saya iaitu Kumpulan 4 atau e-Daftar telah memenangi tempat pertama daripad 10 kumpulan yang bertanding. Segala penat lelah, hasil usaha dan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan saya akhirnya berbaloi.

Page 20: LAPORAN KCC

Kumpulan saya sempat bergambar ketika aktiviti teambuilding pada hari Rabu.

Johan kumpulan, Kumpula 4; e-Daftar

Majlis pada malam terakhir tersebut berakhir pada jam 11:30 malam dan semua pelajar bergambar dengan setiap kumpulan masing-masing sebagai kenang-kenangan sebelum pulang ke hostel untuk bersiap pulang pada hari esoknya.

Page 21: LAPORAN KCC

Rakan sebilik, roommate saya Dominic bergambar dengan pelajar Sabah berbaju merah dari SMK Sungai Manggis, Banting Selangor.

Pada jam 12 malam, semua pelajar pulang ke hostel untuk beristirahat dan bersiap pulang pada hari esoknya. Rasa berat hati kami untuk meninggalkan kem ini yang telah memberikan seribu satu kenangan yang terindah yang dicipta bersama rakan kami yang datang dari setiap negeri di Malaysia dan pastinya tidak mudah digambarkan keindahannya dengan kata-kata.

Bercampur-baur perasaan saya ketika berkemas pada masa tersebut. Rasa gembira sebab akhirnya dapat pulang ke pangkuan keluarga, rasa pening kembali dengan beban kerja-kerja sekolah yang tertangguh, gelisah dengan pelajaran yang kami tinggalkan selama seminggu dan rasa sedih kerana akan berpisah dengan kenalan-kenalan baru. Mujurlah adanya Facebook yang dapat menghubungkan kami semua dan mengekalkan silaturrahim dalam kalangan pelajar dari setiap negeri.

Saya dan rakan sebilik sempat bergambar buat kali terakhir di bilik kami setelah siap berkemas.

KCC the best!

Page 22: LAPORAN KCC

HARI: JUMAAT TARIKH: 06/09/2013

- Berkumpul di hadapan Auditorium pada jam 7.30 pagi

- Bersarapan bersama-sama ( Fatimah, Athirah, Dominic, Muhaimin dan Cik Lau)

- Menyerahkan kunci asrama kepada pegawai LHDN

- Penyampaian cenderahati sekolah kepada pegawai LHDN atas tanda berterima kasih

- Bertolak dari APM pada jam 8.39 pagi bersama-sama dengan kumpulan dari Sabah

- Di bawa ke Putrajaya

- Sesi bergambar di sekitar Putrajaya

- Tiba di LCCT sekitarjam 10.00 pagi

- Penerbangan pada jam 11.35 dan sampai ke Sarawak pada jam 1.15 petang

Gambar di hadapan pejabat Perdana Menteri bersama dengan pelajar dari Sabah.

Page 23: LAPORAN KCC

Dari kiri : Muhaimin, Dominic, Athirah dan Fatimah di kawasan Putrajaya.

Dari kiri : Dominic, Cik Lau dan Fatimah disekitar Putrajaya.

Page 24: LAPORAN KCC

Sesi penyampaian cenderahati dari SMK KOTA SAMARAHAN kepada pegawai LHDN

Bergambar di Pusat Konvensyen Putrajaya.

Page 25: LAPORAN KCC

Gambar di kawasan Putrajaya.

Disediakan Oleh:

PESERTA KEM KCC III 2013

SMK KOTA SMARAHAN