10
1 LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASEAN-RECLAMATION AND REHABILITATION TECHNOLOGIES FOR ABANDONED MINE LANDS DI SEONGNAM DAN SEOUL, KOREA SELATAN. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia A BUTIR-BUTIR PESERTA Nama : Mohd Syahrir bin Mohd Rozi Jawatan : Pegawai Penyelidik Bahagian : Penyelidikan dan Pembangunan Kementerian/ Jabatan/ Agensi: Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar/ Jab. Mineral dan Geosains/ Pusat Penyelidikan Mineral Nama : Zaiton binti Abdullah Jawatan : Pegawai Galian Bahagian : Pembangunan Lombong dan Kuari Kementerian/ Jabatan/ Agensi: Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar/ Jab. Mineral dan Geosains Malaysia,Perak. B BUTIR-BUTIR MESYUARAT/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ LATIHAN Nama Kursus : ASEAN-Reclamation and Rehabilitation Technologies for Abandoned Mine Lands Tarikh : 16.06.2011 hingga 1.07.2011 Tempat : Seongnam dan Seoul, Korea. Penganjur : Korea International Cooperation Agency (KOICA) dan Mine Reclamation Corporation (MIRECO) Tajaan : Korea International Cooperation Agency (KOICA) C OBJEKTIF MESYUARAT/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ LATIHAN 1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi pemulihan tanah bekas lombong yang telah digunakan oleh kerajaan Korea Selatan. 2. Menekankan risiko yang harus dipertimbangkan oleh pihak industri terutamanya dalam merancang fasa operasi perlombongan dan pengkuarian. 3. Memfokuskan isu- isu berkaitan AMD yang mungkin berlaku di kawasan lombong dan kuari serta menekankan prinsip-prinsip pengurusan AMD untuk jangka panjang. 4. Menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara ASEAN. 5. Meningkatkan hubungan diplomasi dengan berkongsi idea berkenaan langkah-langkah mengurangkan risiko dalam industry perlombongan dan teknologi pemuliharaan di kalangan negara-negara ASEAN.

LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

1

LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASEAN-RECLAMATION AND REHABILITATION TECHNOLOGIES FOR ABANDONED MINE LANDS DI SEONGNAM DAN SEOUL,

KOREA SELATAN.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

A BUTIR-BUTIR PESERTA

Nama : Mohd Syahrir bin Mohd Rozi

Jawatan : Pegawai Penyelidik Bahagian : Penyelidikan dan Pembangunan

Kementerian/ Jabatan/ Agensi: Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar/ Jab. Mineral dan Geosains/ Pusat Penyelidikan Mineral

Nama : Zaiton binti Abdullah

Jawatan : Pegawai Galian Bahagian : Pembangunan Lombong dan Kuari

Kementerian/ Jabatan/ Agensi: Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar/ Jab. Mineral dan Geosains Malaysia,Perak.

B BUTIR-BUTIR MESYUARAT/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ LATIHAN

Nama Kursus : ASEAN-Reclamation and Rehabilitation Technologies for Abandoned Mine Lands

Tarikh : 16.06.2011 hingga 1.07.2011 Tempat : Seongnam dan Seoul, Korea.

Penganjur : Korea International Cooperation Agency (KOICA) dan Mine Reclamation Corporation (MIRECO)

Tajaan : Korea International Cooperation Agency (KOICA) C OBJEKTIF MESYUARAT/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ LATIHAN

1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi pemulihan tanah bekas lombong yang telah digunakan oleh kerajaan Korea Selatan.

2. Menekankan risiko yang harus dipertimbangkan oleh pihak industri terutamanya dalam merancang fasa operasi perlombongan dan pengkuarian.

3. Memfokuskan isu- isu berkaitan AMD yang mungkin berlaku di kawasan lombong dan kuari serta menekankan prinsip-prinsip pengurusan AMD untuk jangka panjang.

4. Menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara ASEAN. 5. Meningkatkan hubungan diplomasi dengan berkongsi idea berkenaan langkah-langkah

mengurangkan risiko dalam industry perlombongan dan teknologi pemuliharaan di kalangan negara-negara ASEAN.

Page 2: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

2

D ISI KANDUNGAN MESYUARAT/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ LATIHAN

(Nyatakan tajuk- tajuk utama syarahan, taklimat dan lawatan yang diadakan dan sertakan kertas projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE “Regulation and laws on mining and mine reclamation” Para peserta diberi syarahan tentang asas- asas pengetahuan berkaitan industri perlombongan di Korea dan ringkasan pencemaran-pencemaran yang di sebabkan oleh aktiviti perlombongan. Selain itu,para peserta juga didedahkan dengan teknologi-teknologi yang telah digunakan oleh negara Korea Selatan dalam melakukan pemulihan kawasan lombong, beberapa kajian kes dan polisi yang berkaitan dengan pemulihan lombong. “Generation and Assessment of Mine Water” Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan cairan asid di lombong dan pembentukan asid di dalam hampas lombong. Beberapa contoh kajian yang telah dilakukan di Korea juga telah didedahkan untuk pengetahuan peserta. Para peserta juga didedahkan dengan isu- isu berkaitan AMD dalam pengurusan longgokan sisa batuan (waste rock dumps) dan air sisa lombong (tailings) bagi perspektif jangka panjang. Antara amalan yang dipraktikkan adalah melakukan pencirian AMD melalui siri ujian statik dan kinetik.

“Acid Mine Drainage Treatment and Its Application” Para peserta diterangkan pengenalan kepada AMD dan pembentukan AMD di lombong. Langkah-langkah mencegah dan mengawal pembentukan AMD diterangkan secara lebih mendalam. Kaedah semasa dalam mengatasi isu ini adalah penggunaan lapisan penutup (covers) terhadap longgokan batuan sisa, rawatan secara aktif dan pasif menggunakan mineral karbonat terhadap air sisa, pengkapsulan batuan yang berpotensi menghasilkan asid dan beberapa kaedah lain. “Remediation of Heavy Metal Contaminated soil in Korea” Para peserta diterangkan tentang beberapa punca berlakunya penyebaran logam berat di lombong dan kawasan sekitarnya. Para peserta juga didedahkan dengan kajian dan penyiasatan yang telah dilakukan di negara Korea. Para peserta juga di dedahkan kepada pentingnya kestabilan logam berat dalam rawatan tanah tercemar. “Method for Managemnet of Mine Tailings” Para peserta diterangkan tentang beberapa pilihan rawatan AMD dalam menangani masalah ini. Oleh kerana setiap kawasan lombong mempunyai sifat batuan yang unik, maka pilihan untuk sesuatu rawatan di sesuatu kawasan lombong adalah berbeza, serta bergantung kepada kaedah penguatkuasaan oleh kerajaan, had toleransi terhadap alam sekitar dan peruntukan yang diperolehi untuk sesuatu projek rawatan.

Page 3: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

3

“Mine Subsidence” Para peserta di terangkan dengan jenis-jenis dan punca berlakunya tenggelam atau kegagalan tanah lombong. Beberapa kerosakan yang disebabkan oleh kegagalan ini juga didedahkan. Kajian terhadap perkara ini juga telah di terangkan dan analisis langkah-langkah kestabilan juga diterangkan kepada peserta. “Status of Degraded Forest Lands and Restoration Techniques in Korea” Para peserta didedahkan kepada masalah dan hala tuju pemulihan hutan di atas tanah bekas lombong terutamanya di cerun-cerun bukit. Disamping itu, peserta juga didedahkan dengan pemulihan yang telah dilakukan oleh Korea di cerun-cerun bekas tanah kuari. Para peserta juga didedahkan dengan teknologi baru yang diguna pakai di Korea untuk tujuan penghijauan. “Sustainable Mine Development and Mine Reclamation” Para peserta diterangkan tentang kepentingan aktiviti perlombongan di Negara-negara ASEAN sebagai pembekal bahan mentah untuk pembangunan dan pembuatan barang-barang keperluan harian. Disebabkan itu, aktiviti perlombongan tidak boleh diberhentikan walaupun terdapat kerosakan bumi dan gangguan alam sekitar. Justeru itu, para peserta disarankan supaya memastikan kerja-kerja pemulihan lombong dilakukan daripada awal iaitu sejak lombong masih beroperasi lagi. “Contamination of Heavy Metal in Asia” Para peserta diterangkan cara logam berat tersebar di kawasan perlombongan dan kesan –kesan kepada persekitaran dan manusia. Logam berat yang amat membimbangkan adalah logam arsenik (As) kerana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser. Kajian kes yang telah dijalankan di Thailand, Bangladesh dan Vietnam telah dikongsikan bersama para peserta yang menujukkan kesan – kesan penyakit yang terpaksa dihadapi oleh manusia yang menggunakan dan meminum air yang mengandungi kandungan logam berat terutamanya arsenik. “Mine Pollution and Remediation in Worldwide” Para peserta diterangkan jenis-jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia disebabkan pengambilan logam berat yang tidak sepatutnya. Kajian kes terhadap kawasan penanaman padi dalam kawasan bekas lombong di Korea telah diterangkan dan aspek-aspek yang perlu dikaji terhadap tanah tersebut dijelaskan. Logam berat yang paling dititikberatkan dalam beras adalah logam kadmium (Cd).

Page 4: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

4

WORKSHOP “Paperwork Presentations” 1. Country Report

2. Action Plan

Bengkel dimulakan dengan sesi pembentangan kertas kerja oleh para peserta sebagai wakil kepada negara masing-masing berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengkuarian di negara masing-masing. Sebanyak 7 kertas kerja telah dibentangkan mengikut format dan tajuk yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Bengkel di akhiri dengan pembentangan kertas kerja oleh para peserta bagi setiap negara berkaitan Action Plan iaitu cadangan peserta untuk negara masing-masing setelah kursus ini selesai. “Field Visit” Sebagai tambahan, pihak penganjur dengan kerjasama MIRECO telah mengatur lawatan ke lombong Kyundong Mine dan Dongwon Coal Mine untuk memberi peluang kepada setiap peserta melihat sendiri pengurusan AMD yang telah dijalankan oleh pelombong dengan bantuan kepakaran pihak MIRECO. Para peserta juga dibawa ke Hwangji-Yuchang dan Hamtae bagi melihat kaedah rawatan pasif dan aktif yang telah dilakukan oleh pihak MIRECO bagi merawat AMD di kawasan lombong yang telah ditinggalkan. Akhir sekali para peserta di bawa melawat ke tapak perhutanan semula bekas lombong arang batu dan penebusgunaan tanah bekas lombong untuk pembinaan hotel dan kasino oleh pihak kerajaan Korea yang diterajui oleh Mireco. FIELD VISIT (Thursday, 23 Jun 2011) Kyung Dong Mine Kyung Dong Mine merupakan sebuah lombong arang batu yang sedang aktif menjalankan aktiviti perlombongan secara bawah tanah. Lombong ini merupakan pengeluar terbesar arang batu di Korea Selatan. Operasi perlombongan dikawal sepenuhnya dengan menggunakan sistem berkomputer.

Page 5: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

5

Gambarajah 1: Bilik kawalan bagi keseluruhan operasi perlombongan bawah tanah

Gambarajah 2: Kolam takungan hampas pertama lombong

Gambarajah 3: Bilik kawalan bagi kolam takungan hampas

Page 6: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

6

Gambarajah 4: Laluan masuk utama ke kawasan perlombongan bawah tanah

Hwangji-Yuchang (Passive Treatment facility) Merupakan satu projek rawatan air sisa lombong menggunakan kaedah rawatan secara pasif (passive treatment method). Air sisa lombong disalurkan ke kolam pengoksidaan sebelum disalurkan ke kolam SAPS (Successive Alkalinity Producing System). Kolam takungan SAPS di lapisi dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama adalah batu kapur (limestone), lapisan kedua adalah lapisan organik dan lapisan ketiga (paling atas) adalah lapisan air sisa. Air akan ditahan di dalam kolam ini selama 3 hari. Selepas itu, air sisa di alirkan ke kolam wetland sebelum dilepaskan keluar. Melalui kaedah ini, pH air dapat ditingkatkan kepada pH 6 dan kandungan logam berat Fe dikurangkan daripada 32 ppm kepada 0.9 ppm.

Gambarajah 5: Kolam takungan sistem rawatan pasif di Hwangji-Yuchang

Page 7: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

7

Gambarajah 6: Lokasi air rawatan dialirkan keluar (discharge point)

Kangwon Land (High 1 Hotel) Para peserta di bawa ke Kangwon Land iaitu kawasan bekas tanah lombong yang telah di gunakan semula dan di bangunkan oleh kerajaan Korea Selatan yang diterajui oleh MIRECO. Hotel High 1 bertaraf lima bintang telah dibina di sini dan tarikan utama tetamu untuk datang ke hotel ini adalah untuk bermain di kasino. Peserta dimaklumkan hotel ini biasa dikunjungi oleh golongan hartawan Korea. Peserta di beri peluang bermalam di hotel ini selama satu malam.

FIELD VISIT (Friday, 24 Jun 2011) Samtan Forest Rehabilitation Para peserta di bawa ke Samtan iaitu kawasan bekas lombong yang telah berjaya dijadikan hutan semula oleh kerajaan Korea Selatan. Peserta di terangkan langkah-langkah menjadikan tanah lombong sebagai hutan sekunder. Kerja perhutanan semula telah dimulakan sejak 5 tahun yang lalu. Batuan sisa dirawat terlebih dahulu dengan mencampurkannya dengan batuan beralkali seperti batu kapur. Antara faktor yang di ambil kira untuk kerja-kerja perhutanan semula adalah darjah kecerunan tebing (degree of slope) bagi cutting slope mestilah ditetapkan antara 29-34 darjah.

Gambarajah 7: Kawasan bekas lombong yang telah dihutankan semula

Page 8: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

8

Hamtae (active treatment facility) Lombong Hamtae adalah bekas lombong arang batu yang utama dari tahun 1953 hingga 1993. Daripada 2 pit yang terdapat di bekas lombong ini, secara purata 3000 hingga 8000 liter sehari air lombong mengalir keluar, dengan pH 6.7 dan kandungan logam Fe 58.7 mg/L. Rawatan aktif perlu dilaksanakan di sini kerana kadar alir air lombong yang tinggi dan kuantiti air yang banyak. pH air sisa setelah dirawat dan dialirkan keluar adalah 7.84. Kos pembinaan sistem ini menelan belanja 3 juta USD. Sistem yang sama juga telah digunakan di negara Jepun, U.K dan lain-lain negara maju.

Gambarajah 10: Taklimat ringkas tentang kaedah rawatan aktif

Gambarajah 11: Kolam takungan bagi rawatan aktif di bekas lombong Hamtae

“Lawatan” Para peserta di bawa ke Menara Soeul bagi memperkenalkan peserta dengan Negara Korea kerana keseluruhan bandaraya Seoul dapat dilihat daripada Menara Seoul.Selain itu,peserta juga dibawa melawat ke bandaraya Busan iaitu tempat letaknya kilang pembuatan kereta Hyundai dan syarikat perkapalan juga milik Hyundai. Tujuan lawatan ini adalah bagi mendedahkan kepada peserta bagaimana ekonomi negara Korea Selatan boleh berkembang maju dengan cepat selepas era perang Korea.

Page 9: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

9

E FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA MESYUARAT/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ LATIHAN BERHUBUNGKAIT DENGAN:

I) Tugas dan tanggungjawab anda:

Sebagai pegawai yang menjalankan penguatkuasaan dan kajian penyelidikan terhadap potensi dan kesan AMD kepada alam sekitar serta langkah- langkah mengawal dan merawat AMD, bengkel ini menjadi satu medium pembelajaran dan menambah pengetahuan di samping medan untuk bertukar- tukar pendapat dan buah fikiran di antara para delegasi dalam bidang pengurusan AMD. Saya juga berpeluang untuk melihat sendiri kaedah atau teknologi yang dipraktikkan oleh negara maju dalam menangani masalah AMD.

II) Kemajuan kerjaya anda:

Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi amat berguna sebagai panduan dalam meneruskan kerjaya dalam bidang kajian yang dipilih. Dengan mengikuti bengkel ini, saya telah mendapat gambaran yang lebih jelas dan fokus yang lebih terarah untuk menjalankan kajian terhadap AMD.

F KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KURSUS/ BENGKEL

Kebaikan: Peserta berpeluang mengetahui dan mempelajari pendekatan semasa yang dipraktikkan oleh negara- negara terlibat serta berpeluang untuk turut sama berbincang dan berkongsi idea dan pendapat dalam menangani isu AMD. Peserta juga diberi peluang untuk melihat sendiri teknik- teknik yang digunakan untuk mengatasi dan mengurangkan kesan AMD.

Kelemahan: Tempoh kursus/ bengkel yang agak pendek membataskan peluang untuk mendalami kaedah- kaedah pengurusan AMD daripada pakar- pakar yang turut sama menjayakan bengkel.

G PELAN TINDAKAN (ACTION PLAN) SELEPAS KURSUS/ BENGKEL

(Nyatakan tindakan rancangan yang anda fikir boleh diambil oleh anda/ organisasi hasil daripada kursus ini). Pelan Tindakan berikut dicadangkan: 1) Pegawai akan cuba untuk mengadaptasi teknik- teknik yang diperolehi dalam lawatan ke

lombong- lombong untuk menguruskan masalah AMD yang berlaku di lombong- lombong di Malaysia.

2) Menjalankan beberapa siri ujian seperti ujian statik dan kinetik terhadap sampel batuan daripada beberapa kawasan lombong di Malaysia untuk menilai potensi berlakunya AMD di lombong berkenaan. Kaedah- kaedah kawalan yang sesuai berdasarkan keputusan ujian akan dibentuk sebagai cadangan kepada pihak pengusaha lombong.

3) Mengatur lawatan dari masa ke semasa ke lombong- lombong yang telah dikenalpasti untuk mengadakan perbincangan dengan pihak pengusaha lombong dan mengatur tindakan yang perlu diambil untuk menangani isu-isu berkaitan AMD. Seterusnya, langkah- langkah kawalan yang sesuai akan diwujudkan di lombong- lombong yang dikenal pasti untuk mengurangkan kesan- kesan AMD.

Page 10: LAPORAN MENGHADIRI KURSUS PENDEK ‘ASAN … Menghadiri Program di... · projek/ laporan yang ditulis.) SHORT COURSE ... Para peserta diberi penekanan terhadap konsep pembentukan

10

H PERKARA- PERKARA YANG DIBINCANGKAN SEMASA KURSUS/ BENGKEL YANG MEMBERI

IMPLIKASI KEPADA SEKTOR KOMODITI NEGARA. Hasil daripada perbincangan dengan pihak konsultan daripada beberapa syarikat, mereka bersetuju untuk membantu Malaysia dalan menangani isu- isu AMD yang berlaku di lombong- lombong di negara kita. Dengan bantuan dan kepakaran yang ada pada mereka, negara pasti dapat mengatasi masalah AMD terutamanya yang berlaku di bekas lombong tembaga di Mamut, Sabah dan Lombong Rahman Hydraulic Tin Sdn.Bhd.

I ADAKAH KURSUS/ BENGKEL INI SESUAI DIHADIRI OLEH PEGAWAI LAIN?

Bengkel ini sangat sesuai dihadiri oleh pegawai lain sekiranya mempunyai minat dan berkaitan dalam bidang ini. Selain itu, adalah disarankan agar pegawai menguasai bahasa Inggeris dengan baik supaya dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan di antara peserta yang lain sekaligus memberi peluang kepada pegawai untuk mempelajari banyak perkara dan memperolehi lebih banyak maklumat.

J PENUTUP

Peluang mengikuti kursus pendek di luar negara amat sesuai dan patut digalakkan di kalangan pegawai untuk memberi pendedahan kepada suasana kerja dan budaya masyarakat asing bagi meningkatkan pengetahuan dan prestasi pegawai.

Disediakan oleh : En. Mohd Syahrir bin Mohd Rozi & Pn. Zaiton Abdullah Tarikh : 18Julai 2011