5
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET (MASAKAN RIMBA) PISMP AMBILAN JAN 2012 Pada 2 Julai 2013 bersamaan dengan hari Selasa, unit beruniform Pandu Puteri Kadet telah melaksanakan satu aktiviti masakan rimba bertempat di kawasan lapangan Kem Malanggang, Kiulu. Aktiviti ini dijalankan selama 2 jam 30 minit, iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kami seramai 25 orang ahli dibahagikan mengikut kumpulan patrol masing – masing yang terdiri daripada patrol cempaka, patrol melur, patrol teratai dan patrol kenanga. Sebelum memulakan aktiviti masakan rimba ini, setiap patrol telah diagihkan barang – barang yang perlu dibawa sepanjang aktiviti ini dilaksanakan. Antaranya ialah, mancis, bahan masakan basah seperti terung, ubi, telur, pisang, dan bahan masakan kering seperti tepung, gula. Sebelum memulakan aktiviti ini, kami telah diberi kebebasan untuk memilih kawasan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti masakan rimba. Aspek keselamatan sangat dititikberatkan sepanjang pelaksanaan aktiviti ini. Sepanjang tempoh aktiviti ini dijalankan, setiap kumpulan menunjukkan semangat kerjasama yang padu agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Mereka membahagikan tugas mengikut individu yang berbeza. Contohnya, memasang api, mencari kayu api, memotong sayur, mengangkat air dan membersihkan kawasan. Dalam

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ub

Citation preview

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET

(MASAKAN RIMBA)

PISMP AMBILAN JAN 2012

Pada 2 Julai 2013 bersamaan dengan hari Selasa, unit beruniform Pandu Puteri Kadet

telah melaksanakan satu aktiviti masakan rimba bertempat di kawasan lapangan Kem

Malanggang, Kiulu. Aktiviti ini dijalankan selama 2 jam 30 minit, iaitu bermula pada

pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kami seramai 25 orang ahli dibahagikan

mengikut kumpulan patrol masing – masing yang terdiri daripada patrol cempaka, patrol

melur, patrol teratai dan patrol kenanga.

Sebelum memulakan aktiviti masakan rimba ini, setiap patrol telah diagihkan

barang – barang yang perlu dibawa sepanjang aktiviti ini dilaksanakan. Antaranya ialah,

mancis, bahan masakan basah seperti terung, ubi, telur, pisang, dan bahan masakan

kering seperti tepung, gula. Sebelum memulakan aktiviti ini, kami telah diberi

kebebasan untuk memilih kawasan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti masakan

rimba. Aspek keselamatan sangat dititikberatkan sepanjang pelaksanaan aktiviti ini.

Sepanjang tempoh aktiviti ini dijalankan, setiap kumpulan menunjukkan

semangat kerjasama yang padu agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Mereka

membahagikan tugas mengikut individu yang berbeza. Contohnya, memasang api,

mencari kayu api, memotong sayur, mengangkat air dan membersihkan kawasan.

Dalam masa yang sama juga, setiap patrol bekerjasama menghias kawasan masing –

masing untuk mempamerkan hasil masakan mereka.

Akhir sekali, setiap patrol diminta menghidangkan hasil masakan masing –

masing untuk dinilai oleh pensyarah – pensyarah yang terlibat. Teguran dan

nasihatkan yang diberikan oleh pensyarah banyak membantu kami agar dapat

memperbaiki kesilapan atau kesalahan yang dilakukan sama ada secara langsung atau

tidak langsung.

Melalui aktiviti ini, banyak nilai – nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri

setiap ahli pandu puteri. Antaranya ialah kerjasama, tolong – menolong antara satu

sama lain dan bertolak ansur. Di samping itu juga, melalui aktiviti ini dapat memberi

inspirasi kepada setiap ahli untuk mengaplikasikan apa yang diaplikasikan pada

kegunaan kelak.

Aktiviti masakan rimba ini diakhiri dengan ucapan akhir daripada pensyarah

penasihat dan aktiviti membersihkan kawasan aktiviti.

Disediakan oleh,

_______________

(SHELLA DAUD GAN)

Disediakan oleh,

________________

(PEYONA MOKHTAR)

Lampiran (Gambar sepanjang aktiviti)

Pensyarah penasihat menunjukkan kawasan yang boleh digunakan untuk aktiviti masakan rimba.

Ahli patrol melur menunjukkan hasil masakan mereka yang kreatif.

Ahli patrol teratai menunjukkan hasil masakan mereka.

Ahli patrol cempaka menunjukkan hasil masakan mereka.

Ahli patrol kenanga menunjukkan hasil masakan

mereka.

Penilaian akhir dilakukan oleh pensyarah –

pensyarah yang terlibat.