Laporan Pertandingan Gimrama Mss Negeri Melaka 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ajk pengelolaan peserta

Citation preview

LAPORAN PERTANDINGAN GIMRAMA MSS NEGERI MELAKA 2014

Tarikh : 7 Mac 2014Masa : 12.00- 3.00 petangTempat : Dewan gimnastik Melaka

Pada hari Jumaat yang lepas 7 Mac 2014 kami seramai 37 orang guru pelatih dari unit PISMP pendidikan seni visual dan matematik telah mengadakan lawatan ke pertandingan gimrama peringkat MSSN bertempat di dewan gimnastik Melaka. Sepanjang lawatan, kami ditugaskan untuk memerhati bagaimana pengelolaan peserta dikendalikan. Contohnya, bagaimana penentuan giliran diadakan.Sepanjang pemerhatian saya apa yang dapat saya lihat, sebelum pertandingan dimulakan, urus setia akan memanggil pengurus pasukan untuk melapor diri dan mencabut undi bagi menentukan giliran peserta. manakala semasa proses pertandingan pula, peserta akan sentiasa diingatkan untuk peka dengan giliran masing-masing dengan merujuk kepada papan kenyataan yang sentiasa dikemas kini oleh jawatankuasa penganjur.Walau bagaimanapun terdapat sedikit kekurangan dari aspek pengelolaan peserta ini antaranya, terdapat kesilapan mencatat pada papan kenyataan kerana catatan yang dibuat pada papan kenyataan tidak selari dengan catatan yang ada pada pengacara majlis. Ia telah menyebabkan berlakunya kekalutan dan keadaan kurang bersedia timbul dalam kalangan peserta. Sebagai contoh, terdapat seorang pelajar dari SMK IJC yang mengalami masalah tersebut, terkejut apabila namanya dipanggil untuk acara reben, sedangkan catatan pada papan kenyataan adalah acara belantan. Hal ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan emosi dan kesediaan peserta untuk membuat persembahan.Sebagai cadangan penambahbaikan, pihak penganjur perlu menambah jawatankuasa khusus dalam kalangan guru bagi tugas mencatat segala informasi dan makluman di papan kenyataan. Hal ini kerana, kesilapan terjadi adalah disebabkan tenaga yang digunakan untuk membuat catatan adalah dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Ini disebabkan, mungkin murid-murid kurang peka dan tiada pengalaman dalam mengendalikan pengurusan maklumat tersebut. Jadi, dengan adanya tenaga khusus dalam kalangan guru, maka kesilapan seperti ini dapat diatasi dengan adanya ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan sesuatu pertandingan.Disediakan oleh,

Noor Sharina binti Mohammed Zuhair,

Nur Hanisah binti Radi,(Ahli Jawatankuasa Pengelola Peserta)