9
PENGENALAN Program Pensiswazahan Guru ( PPG ), Ambilan Jun 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ( IPG-KPI ), merupakan salah satu program kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ), Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan kefahaman serta input yang menyeluruh dan berguna berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru dengan komuniti serta meningkatkan akauntabiliti profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, aktiviti kemasyarakatan dicadangkan untuk diadakan bagi Semester 5 bagi memenuhi kehendak dan sukatan Program Pendidikan Guru. Program ini dianjurkan di sekolah SJK(T) Kuala Lipis bagi menerapkan kesedaran tentang kebakaran dan membolehkan murid sekolah rendah menguasai pengiraan secara mental. Ini akan mewujudkan setiap murid memahami dan menghayati konsep sekolahku rumahku. OBJEKTIF Tujuan dan objektif program ini diadakan ialah : I. Memberi kesedaran tentang kebakaran. II. Mengetahui tindakan yang perlu dilakukan semasa kebakaran. III. Memberi peluang kepada guru untuk menguruskan sesuatu program. IV. Menunjukkan sikap seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. V. Mengaplikasikan ilmu abakus dalam pengiraan Matematik

laporan program aktiviti kemasyarakatan.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALANProgram Pensiswazahan Guru ( PPG ), Ambilan Jun 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ( IPG-KPI ), merupakan salah satu program kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ), Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan kefahaman serta input yang menyeluruh dan berguna berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru dengan komuniti serta meningkatkan akauntabiliti profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, aktiviti kemasyarakatan dicadangkan untuk diadakan bagi Semester 5 bagi memenuhi kehendak dan sukatan Program Pendidikan Guru.Program ini dianjurkan di sekolah SJK(T) Kuala Lipis bagi menerapkan kesedaran tentang kebakaran dan membolehkan murid sekolah rendah menguasai pengiraan secara mental. Ini akan mewujudkan setiap murid memahami dan menghayati konsep sekolahku rumahku. OBJEKTIFTujuan dan objektif program ini diadakan ialah :I. Memberi kesedaran tentang kebakaran.

II. Mengetahui tindakan yang perlu dilakukan semasa kebakaran.

III. Memberi peluang kepada guru untuk menguruskan sesuatu program.

IV. Menunjukkan sikap seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

V. Mengaplikasikan ilmu abakus dalam pengiraan Matematik

LAPORAN BERGAMBAR Aktiviti KemasyarakatanSlot sebelum ceramah.Program Kesedaran Kebakaran diadakan mengikut tarikh yang telah dipersetujui dalam mesyuarat iaitu pada 25 September 2013 bertempat padang sekolah SJK(T) Kuala Lipis. Sebelum menjalankan program ini, satu mesyuarat telah dijalankan pada 20 September 2013 bagi membincangkan tentang perjalanan program serta membentuk ahli jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini. Mesyuarat telah dihadiri oleh sembilan orang guru termasuk pihak pentadbir sekolah.Dalam mesyuarat, bahan yang perlu dibeli untuk aktiviti ini disenaraikan supaya aktiviti berjalan dengan lancar. Seorang guru ditugaskan untuk membeli segala bahan yang diputuskan dalam mesyuarat. Di samping itu, mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan sedikit jamuan ringkas selepas aktiviti Khidmat Masyarakat. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 4.00 seorang dan menu yang dipersetujui ialah nasi lemak , satu jenis kuih-muih dan jus oren.

Slot semasa bengkel

Sesi pertama dimulakan jam 8.30 pagi dengan pihak bomba membunyikan siren yang menunjukkan amaran kecemasan. Setelah kedengaran bunyi siren semua murid dan guru-guru turut berkumpul di padang sekolah yang menjadi tempat selamat. Pihak keselamatan sekolah amat membantu murid untuk mengelakkan sebarang undangan yang tidak diingini. Taklimat diberikan kepada semua warga sekolah SJK(T) Kuala Lipis mengenai tindakan yang perlu diambil semasa kebakaran. Beliau juga banyak memberi input yang berfaedah dan menceritakan pengalaman beliau kepada murid-murid. Demo yang dijanjikan oleh pihak bomba tidak dapat dilaksanakan kerana tangki yang digunakan bocor. Mereka meminta maaf atas kesulitan dan berjanji akan mengadakan demo dalam masa yang terdekat. Slot kedua dimulakan selepas sarapan pagi. Sesi pendaftaran peserta bermula jam 10.30 pagi. Setiap peserta diedarkan dengan fail brosur yang mengandungi objektif program, atur cara majlis dan AJK pelaksana. Kelas Tambahan dimulakan oleh pengacara majlis. Beliau menerangkan sedikit sebanyak tentang penceramah. Tajuk bagi Kelas Tambahan yang dipilih oleh beliau adalah cara menggunakan Abakus.Sesi kelas tambahan memakan masa selama lebih kurang satu jam tiga puluh minit. Beliau menunjuk ajar kepada murid cara membuat penambahan dengan menggunakan abakus. Beliau juga menggunakan slaid untuk menarik perhatian murid. Murid memberi tindak balas yang positif semasa membuat aktiviti dalam kumpulan.

LAMPIRAN

Gambar 1 : Ketibaan pihak bomba

Gambar 2 : Semua murid berkumpul setelah mendengar bunyi amaran

Gambar 3 : PBK II Haznan Bin Basir memberi taklimat tentang Kesedaran Kebakaran

Gambar 4 : Pihak bomba yang bersedia untuk penerangan seterusnya iaitu cara berlari ke tempat selamat ketika kecemasan

Gambar 5 : Slot kedua di Makmal Komputer bertajuk Abakus

Gambar 6 : Penerangan diberikan kepada murid tentang Abakus

Gambar 7 : Fasilitator menerangkan penambahan asas menggunakan Abakus melalui Poerpoint.

Gambar 8 : Murid diuji dengan diberi latihan dengan menggunakan Abakus