Upload
ainnur-asrar
View
651
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1.0PENGENALAN
Lari pecut 100m ialah acara olahraga jarak dekat yang memerlukan tenaga tinggi
seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Lari pecut bererti
berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan,
iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m,
dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untukmembuat
larian sepantas mungkin.
Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara
pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut
adalah berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki, kaki belakang diluruskan
setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut, tangan digerakkkan
dengan pantas, leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan).
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan.
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan
acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti
jarak, kelajuan angin,permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang
mengambil bahagian dan mungkinjuga insentif yang ditawarkan.
Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Seseorang pelari berasa
amat sukar untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang
membolehkan dia bertindak sedemikian. Seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran
dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi untuk berlari dengan
pantas. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi
pelari yang baik menerusi potensi sedia ada dalam diri seseorang.
Terdapat dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan
dan jarak langkah semasa berlari. Pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan
yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari untuk
menguasai kelajuan kaki.
Faktor jarak langkah pula bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti
semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter.
Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan
pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
2.0SEJARAH
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan
dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut
menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang
stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos’
berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan
batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan
yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari
pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan,
prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan
digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri
sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu
larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter
pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan
tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini
dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya
untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun
1921 di Monte Carlo.
3.0REKOD/ PEMENANG
100 METER
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald
Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari
Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada
Sukan Olimpik tahun 1928.
REKOD DUNIA
Lelaki
Data berikut tepat sehingga 31 Mei
No. Masa Angin (m/s)
Atlet Negara Tarikh Lokasi
1 9.72 +1.7 Usain Bolt Jamaica 31 Mei 2008 New York City
2 9.74 +1.7 Asafa Powell Jamaica 9 September 2007
Rieti
3 9.79 +0.1 Maurice Greene
Amerika Syarikat
16 Jun 1999 Athens
4 9.84 +0.7 Donovan Bailey
Kanada 27 Julai 1996 Atlanta
+0.2 Bruny Surin Kanada 22 Ogos 1999 Seville
+1.0 Tyson Gay† Amerika Syarikat
18 Ogos 2006 Zürich
No. Masa Angin (m/s)
Atlet Negara Tarikh Lokasi
7 9.85 +1.2 Leroy Burrell Amerika Syarikat
6 Julai 1994 Lausanne
+0.6 Justin Gatlin Amerika Syarikat
22 Ogos 2004 Athens
+1.7 Olusoji Fasuba
Nigeria 12 Mei 2006 Doha
10 9.86 +1.2 Carl Lewis Amerika Syarikat
25 Ogos 1991 Tokyo
−0.4 Frankie Fredericks
Templat:NAM 3 Julai 1996 Lausanne
+1.8 Ato Boldon Templat:TTO 19 April 1998 Walnut
+0.6 Francis Obikwelu
Portugal 22 Ogos 2004 Athens
Wanita
Data berikut tepat sehingga 27 Julai 2005.
No. Waktu
Atlet Negara Tanggal Tempat
1. 10.49 Florence Griffith Joyner
Amerika Syarikat
16 Julai 1988 Indianapolis
2. 10.65 Marion Jones Amerika Syarikat
12 September 1998
Johannesburg
3. 10.73 Christine Arron Perancis 19 Ogos 1998 Budapest
4. 10.74 Merlene Ottey Jamaica 7 September 1996
Milan
5. 10.76 Evelyn Ashford Amerika Syarikat
22 Ogos 1984 Zurich
4.0TEKNIK
4.1 ARAHAN PERMULAAN
Untuk semua acara 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan untuk memulakan
perlumbaan adalah “ ke garisan, sedia, ‘bang’ “.
4.2 TEKNIK MULA LARI PECUT
Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk pertandingan masa kini,
gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan.
A) Gaya Berdiri
Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan
jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah
rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan.Walau bagaimanapun ia tidak
digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.
Persediaan
Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ‘ke
garisan ‘ diberi.
Ke garisan
Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang sedikit ke belakang ,
kira-kira 30-40cm dan mengimbangkan badan.
Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
Condongkan badan ke hadapan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan
kaki hadapan . Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di
hadapan.
‘Sedia’
Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
Bengkokkan lutut kaki hadapan.
Kaki belakang tolak ke tanah.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tmbakan pistol ataupun
tiupan wisel.
‘Bang’ atau ‘Mula’
Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan
B) Gaya Dekam
Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada
prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan
gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya ini sangat rumit
tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
5.0FASA-FASA ANSUR MAJU
1) FASA PERMULAAN
Bukan semua atlet adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat
banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:
1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)
2. Gaya sederhana (Medium Start)
3. Gaya Panjang (Elongated Start)
Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.
b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
2. Gaya sederhana
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Memulakan Larian Dengan Blok Permulaan
Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.
Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan
melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang
berwibawa (dalam Payne, 1985).
Gaya larian
1) Gaya peluru
Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok
hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.
2) Gaya sederhana
Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3) Gaya panjang
Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Penempatan Blok Permulaan Yang Lebih Tepat
Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to
championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat.
Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.
Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42
Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm
2) FASA PECUTAN
Selepas arahan pelepas ‘ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok
permulaan.
Kedudukan Tangan:
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama
lain, diletak di beIakang garis mula.
Kedudukan Leher dan Kepala:
KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke
hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul
diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.
Pergerakan Tangan dan Kaki:
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas)
dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang
bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan
lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
Lutut:
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam
jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke
condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut,
pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan
maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai
kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan
ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada
kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan
oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan
maksimum.
3) FASA PENAMAT
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari
10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210
m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus
pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk
menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan,
mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.
6.0JENIS LATIHAN BAGI SETIAP FASA
6.1Fasa
a) Fasa Permulaan
b) Fasa Pecutan
Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas.
Lari pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang.
Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian
badannya sebelum sampai di tandaan 30 meter.
Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter
Lari kutip mata (lari ulang-alik).
Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan,
kedudukan kepala dan sebagainya.
c) Fasa Penamat
Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam,iaitu
ke arah lorong. Hayunkan tangan kanan melintasi badan
6.2 Latihan
a) Latihan Mendorong
Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.
Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang
lagi berlari untukmengelakkan diri disentuh.
Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan
b) Latihan Teknik Pecut
Berlari dengan melangkah panjang.
Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
Berlari menyepak ke belakang.
Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
Latihan pergerakan tangan - berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90
darjah di siku danbergerak dari pinggul ke paras hidung
c) Latihan Kekuatan Kaki
Melonjak untuk jarak.
Melangkah panjang ( bounding ).
Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
Berpasangan - Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan
8.0 PERMAINAN KECIL
Tujuan utama permainan kecil ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar
mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka pelajari. Secara tidak langsung guru
dapat menilai pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan perlakuan mereka
semasa permainan kecil dijalankan.
Berikut adalah beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut:
a) Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat
b) Lari ulang-alik/ Lari kutip mata
c) Nombor sama berlari (bulatan)
d) Pukul berapa Datuk Harimau?
e) Belalang belatuk
9.0 PERATURAN KOAM
PERATURAN 121 PENJAGA MASA
1. Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek.
2. Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua
penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang.
3. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga masa.
4. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengari garis penamat. Jika boleh
mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada
di atas bangku bertingkat (tangga kambing).
5. Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa menentukan
masa untuk setiap peserta.
PERATUAN 160
1. Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih
panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s.
2. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.
3. Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil:
a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu adalah
masa rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s.
b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa
rasmi. Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain,
maka masa itu tidak boleh dikira.
Contoh:
Jam 1 Jam 2 Jam 3
11.6 11.5 11.2
(11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6)
Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.
c) Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih
panjang diterima sebagai masa rasmi.
10.0 PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN
REKOD SUKMA
KUALA TERENGGANU – Atlet tuan rumah, Mohd. Zabidi Ghazali dan Siti Fatima
Mohamad dari Johor merampas gelaran raja dan ratu pecut 100 meter akhir Sukan
Malaysia XII. JUARA baru...Atlet Terengganu, Mohd. Zabidi Ghazali meraikan
kejayaannya mengungguli larian 100 meterlelaki Sukma XII di Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin.Mohd. Zabidi dan Siti Fatima yang merupakan atlet kebangsaan mencatat
kepantasan 10.57s saat dan 11.82s.Pelari pecut Johor, Siti Fatimah Mohamad (kiri)
mencecah garisan penamat untuk pingat emas 100 meter wanita di Kuala Terengganu.
Sementara itu, kepantasan larian 11.82s Siti Fatima, memadam rekod kejohanan milik
sendiri yang dicatatnya dalam saringan separuh akhir. Pingat perak pula dimenangi
pelari Pulau Pinang, Nor Jannah Jamaluddin manakala gangsa, SitiNurhayati Zulkifli
dari Wialayah Persekutuan.Mohd. Zabidi pula mencatat masa terbaik peribadi untuk
memenangi emas dengan menewaskan juara bertahan, Mohd. Latif Nyat (10.64s) dari
Johor, manakala Daniel Azwan Amar dari Perlis ketiga (10.82s).
TOKOH KEBANGSAAN
1) SITI FATIMAH MOHAMAD
Sukan Universiti Asean 2008: Siti Fatimah ratu pecut ungguli acara 100m, bantu
olahraga raih tiga emas hari pertama. PELARI kebangsaan, Siti Fatimah Mohamad
muncul Ratu Pecut Sukan Universiti Asean (SUA) 2008 pada hari pertama acara
olahraga yang menyaksikan tiga pingat emas dipungut kontinjennegara di Stadium
Nasional Bukit Jalil, semalam.Siti Fatimah yang juga pelari kebangsaan mencatat 11.77
saat. Bagi Siti Fatimah, dia puas hati dengan catatan yang dilakukannya kerana ia
membolehkannya memperbaiki catatan peribadi terbaiknya 11.80s di Terbuka MAAU
tahun 2008.
2) NAZMIZAN MOHAMAD
Nazmizan Mohamad pula mengesahkan kehebatan selaku raja pecut negara dengan
merangkul kejuaraan berganda dengan memenangi acara 200m selepas meraih
gelaran 100m kelmarin. Dia mencatat masa 21.27s.
3) HASLINDA
Haslinda pula yang mewakili Desasiswa Fajar Harapan muncul Atlet Wanita Terbaik
setelah mengondol tiga pingat emas menerusi acara individu 100 meter dan lompat
jauh selain satu lagi kilauan emas menerusi acara 4x 100 meter. Selain emas, gadis
yang mendapat jolokan ratu pecut tersebut turut memecahkan rekod kejohanan bagi
acara 100 meter yang dicipta pada tahun 1992 dengan catatan baru 12.5 saat.
11.0 PERTANDINGAN PERINGKAT ANTARABANGSA
REKOD SUKAN OLIMPIK
Ramai atlet terkemuka dunia termasuk pemegang rekod 100 meter olahraga, Usain Bolt
tidak sabar-sabar menanti ketibaan Sukan Olimpik Beijing yang bakal dirasmikan di
Stadium Nasionalatau digelar Sarang Burung. Bolt yang turut digelar ‘The Lightning
Bolt’ memegang rekod dunia 100m dengan masa 9.72 saat, bukan sahaja memburu
pingat emas acara kegemarannya itu bahkan berhajat meraih gelaran berganda
menerusi 200m. BOLT dan Powell menjadi taruhan terbaik Jamaica dalam acara 100
meter pada Sukan OlimpikXXIX di Beijing.
BEIJING
BEIJING - Pemegang rekod dunia acara 100 meter, Usain Bolt yang tiba di Beijing akan
menyertai dua acara pecut pada Sukan Olimpik XXIX. Meskipun ejen, Norman Peart
dan jurulatihnya, Glen Mills sebelum ini telah mengesahkan bahawa Bolt akan
berlumba dalamacara 100 dan 200 meter di Beijing, namun pelari Jamaica itu dikatakan
masih belum membuat keputusan acara yang akan disertainya nanti. Bolt, 21, berhasrat
untuk menjadi pelari Caribbean pertama yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik
sejak Hasely Crawford dari Trinidad & Tobago melakukannya pada tahun 1976.
Bagaimanapun dia turut menjadi pilihan untuk memenangi pingat emas dalam acara
200m. Bolt mencipta kejutan apabila berjaya memperbaharui rekod dunia 100m milik
rakan senagaranya, Asafa Powell dengan catatan masa 9.72 saat di New York pada 31
Mei lalu. Di Beijing, Bolt bakal berdepan cabaran sengit daripada Powell dan tiga pelari
pecut Amerika Syarikat, Tyson Gay, Walter Dix dan Wallace Spearmon. –AFP
CHINA
DALIAN, China - Pelari pecut Amerika Syarikat, Tyson Gay memberitahu bahawa dia
sudah bersedia beraksi dalam acara 100 meter pada Sukan Olimpik XXIX selepas
hampir pulih daripada kecederaan hamstring. Gay yang juga juara dunia dijadualkan
berentap dengan bekas pemegang rekod dunia dari Jamaica, Asafa Powell pada Grand
Prix di London.Namun dia terpaksa menarik diri ekoran kecederaan hamstring, sekali
gus menyaksikan Powell memenangi acara tersebut dengan catatan masa 9.94 saat.
Pusingan kelayakan acara 100m akan bermula 15 Ogos 2008 sebelum saingan akhir
dijadualkan sehari kemudian. – APUsain Bolt adalah nama baru dalam acara lari pecut
tetapi lariannya yang cukup pantas amat mengejutkan banyak pihak dengan mencatat 2
rekod dunia acara 100 meter dan 200 meterlelaki. Rekod 100 meter sememangnya
milik beliau apabila berjaya memecah rekod sebelum ini. Bolt menjadi manusia pertama
yang berjaya memecahkan rekod dunia 100 meter dan 200meter dalam 1 Olympic dan
juga peserta pertama dari Jamaica yang memenangi emas.Kebanyakan penganalisa
sukan berpendapat bahawa Bolt mampu berlari lebih pantas dari catatan 9:69 saat
yang dilakukannya di Sukan Olympic Beijing 2008. Satu lagi rekod yang dipecahkan
oleh Bolt merupakan milik Michael Johnson yang berusia 12 tahun. Jamaica menguasai
acara pecut tahun ini dengan keempat-empat emas 100 meter dan 200 meter lelaki dan
wanita disapu bersih oleh mereka.
REKOD SUKAN ASIA
DATUK M Rajamani sudah melalui pelbagai liku kehidupan sebelum berhasil
melakarkankejayaan cemerlang dalam olahraga terutama lari pecut dan jarak
sederhana.Jika pada era 1960an, M Jegathesan adalah raja olahraga maka Rajamani
adalah ratunya dengan penampilan cukup menakjubkan untuk memukul rantau Asia
dan memahatkan diri antara yang atlit terbaik sezaman.Dua rekod kebangsaan berjaya
diperbaharui, 4x100 m lelaki yang dibarisi Watson Nyambek, Nazmizan Mohamad,
Azmi Ibrahim dan R. Ganeshwaran dapat juga dibanggakan. Begitu juga dengan
pasukan 4x100 m lelaki yang mencatat rekod terbaik 39.83s, memadamkan rekod lama
40.06s yang dicipta rangkaian pelari Tan Kok Lim, Hamberi Mahat, Ganeshwarandan
Watson pada Kejohanan Trek dan Padang Asia 1998 di Fukuoka, Jepun.Azmi hampir
mencipta kejutan dalam acara 200 m lelaki sebelum dinafikan oleh kehebatan Raja
Pecut Asia Tenggara, Reanchai Seeharwong. Menariknya, Azmi menjadi pelari kedua
negara yang mencipta masa di bawah 21 saat dalamacara itu selepas Dr. M.
Jegathesan. Azmi mencatat 20.97s, kurang 0.05 saat untuk menyamai rekod
kebangsaan milik Jegathesan yang dicipta pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico
TOKOH DUNIA
1) PHILAILAK SAKPASERTH
Philailak Sakpaserth, atlet wanita pelari 100 meter dari Laos. Beliau mulai mengikuti
latihan lumba lari ketika berumur 11 tahun, menjadi johan acara lari pecut di peringkat
belia Laosketika berumur 13 tahun, menggondol pingat emas dalam Sukan
Kebangsaan Laos ketikaberumur 15 tahun, mewakili tanah airnya menyertai
perlumbaan dalam Sukan Olimpik ketikaberumur 17 tahun dan sekali lagi, ketika
mencapai 21 tahun tahun ini, akan menyertai Sukan Olimpik Beijing.
Kejayaan yang dicapai Philailak Sakpaserth kerana kesungguhan dan usaha
gigihnya semasamenjalani latihan disamping bakat dan perangainya yang suka maju
terus. Philailak dilahirkan dalam satu keluarga yang berlatar belakang sukan.
Ibubapanya ialah bekas atlet profesional manakala adiknya seorang pemain tennis.
Pilihan yang dibuat Philailak sebagai atlet memang dipengaruhi oleh anggota
keluarganya. Ayah Philailak, Sitthixai Sakpaserth merupakan jurulatih pertama dan
sekali gus penyokong kuat bagi Philailak.
2) USAIN BOLT
Usain Bolt menang dalam pertandingan lari pecut 100 meter lelaki, dan mencipta rekod
duniadengan 9.69 saat pada 16 Ogos 2008.
12.0 RUJUKAN
Blogspot Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di
http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/11/assignment-lari-pecut.html
Forum phppb3 Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di
http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=19&t=168
Slideshare Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di
http://www.slideshare.net/enabdacrazie/olahraga
Slideshare Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di http://www.slideshare.net/gtabbas/lari-
pecut-1
Slideshare Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di http://www.slideshare.net/jojul/sejarah-lari-
pecut
Shvoong Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di http://ms.shvoong.com/medicine-and-
health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/
Wikipedia Ensiklopedia Bebas Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di
http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter
Wordpress Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/01/24/acara-larian-pecut/