42
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4) PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN DI TAMAN PAYA BAKAU SERI MANJUNG, PERAK TAJUK ALI BIN AHMAD NAMA CALON 981101-01-6655 NOMBOR KAD PENGENALAN SJ 0003/1026 ANGKA GILIRAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI SULAIMAN KM 6 JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT 00000 XXXXXXX XXXXXXXXXXXX ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON ENCIK KAMISAN BIN SALLEH NAMA GURU/PENILAI

Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengajian am stpm

Citation preview

Page 1: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)

PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN DI

TAMAN PAYA BAKAU SERI MANJUNG, PERAK

TAJUK

ALI BIN AHMAD

NAMA CALON

981101-01-6655

NOMBORKAD PENGENALANSJ 0003/1026

ANGKA GILIRAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI SULAIMAN

KM 6 JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT

00000 XXXXXXX

XXXXXXXXXXXX

ALAMAT SEKOLAH/ALAMAT CALON

ENCIK KAMISAN BIN SALLEH

NAMA GURU/PENILAI

Page 2: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

TANDATANGANGURU/PENILAI

15 APRIL 2013

TARIKH

XX / 55

MARKAH

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIASIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon Ali Bin AhmadNo. Kad Pengenalan Calon 981101-01-6655

Angka Giliran Calon SJ 0003/ 1026Nama Pusat PBS Calon SMK Munshi Sulaiman Batu Pahat

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Page 3: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus ...Pengajian Am 4........... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran .Pengajian Am........ di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu).

Tandatangan CalonTarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus .....Pengajian Am 4....... telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/PemeriksaNama Guru/PemeriksaTarikh

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIASIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: No. Kad Pengenalan:

Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan

Kerja Kursus

(diisi oleh calon)Ulasan Guru Tandatangan

GuruTandatangan

calon

Page 4: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Pengajian Am

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am Tahun 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .....................................

Nama Guru: ................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus (kerja projek).

BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIASIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: Ali Bin Ahmad Angka Giliran: SJ 0003/1026..

No. Kad Pengenalan: 981101-01-6655

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria PenilaianMarkah Penuh

Markah Guru/Pemeriksa

Markah Penyelaras

• Penulisan

• Sinopsis 2

• Kandungan (butiran dan muka surat) -

• Penghargaan -

• Pengenalan 2

• Objektif Kajian 2

• Lokasi Kajian 2

• Kaedah Kajian 5

• Dapatan Kajian dan Perbincangan 15

• Rumusan dan Kesimpulan 3

Page 5: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

• Bibliografi/Rujukan 2

• Lampiran (jika perlu)

• Sesi Pembentangan dan Soal Jawab

• Pembentangan 4

• Kreativiti Persembahan 3

• Keterampilan 2

• Soal jawab 8

• Impak Keseluruhan 5

Jumlah Markah 55

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……….……............ Nama:........................................................................

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Penyelaras: ..........................................

Nama:........................................................................

No. Kad Pengenalan: ............................................... No. Kad Pengenalan: ...............................................

Tarikh: ...................................... Tarikh: ......................................

No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................

No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN DI

TAMAN PAYA BAKAU SERI MANJUNG, PERAK

SINOPSIS

Alam sekitar adalah pemacu utama ekopelancongan. Kajian ini bertujuan melihat persepsi

penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan yang dijalankan di kawasan kajian. Tumpuan

kajian adalah melihat tangungjawab masyarakat dalam membantu membangunkan kawasan

ekopelancongan iaitu persepsi penduduk terhadap kemudahan dan infrastruktur yang disediakan

oleh pihak berkepentingan. Kajian ini juga melihat persepsi penduduk mengenai impak

pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial. Taman Paya Bakau

Seri Manjung, Perak dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang strategik yang

mampu menarik pelancong yang sukakan aktiviti ekopelancongan sambil menghayati keindahan

alam sekitar. Soal selidik mengenai persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan

digunakan. Data telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk

melihat taburan kekerapan, peratusan dan purata. Keputusan analisis menunjukkan masih kurang

penglibatan komuniti di Taman Paya Bakau ini menyebabkan peluang ekonomi kepada

penduduk masih tidak meluas. Secara sosialnya, penduduk tempatan semakin berkembang

Page 6: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

dengan adanya pelancong luar yang datang. Cadangan yang dikemukakan antaranya adalah

tambahan beberapa kemudahan dan infrastruktur untuk menjadikan Taman Paya Bakau salah

satu destinasi ekopelancongan yang menjadi tumpuan ramai.

KANDUNGAN

Halaman

SINOPSIS 5

KANDUNGAN 6 7

SENARAI PETA 8

SENARAI RAJAH 8

SENARAI FOTO 8

PENGHARGAAN 9

1.0 PENGENALAN 10 11

• OBJEKTIF KAJIAN 12

2.0 LOKASI KAJIAN 12

2.1 DAERAH MANJUNG 13 15

2.2 TAMAN PAYA BAKAU 16

2.3 EKOPELANCONGAN DI TAMAN PAYA BAKAU 16 18

2.3.1 Melihat Pokok Bakau 19 20

2.3.2 Melihat Fauna di Taman Paya Bakau 20 21

2.3.3 Memancing 21 22

2.4 KEMUDAHAN DAN INSENTIF 22 23

3.0 KAEDAH KAJIAN 23

3.1 PERSAMPELAN 23 24

3.2 PENGUMPULAN DATA 24

3.2.1 Data Sekunder 24

3.2.2 Data Primer 24 25

3.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA 25

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 26

4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN 26

4.1.1 Umur 27

4.1.2 Jantina 28

4.1.3 Pekerjaan 29

Page 7: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

4.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP IMPAK PEMBANGUNAN

EKOPELANCONGAN 29

4.2.1 Impak Ekonomi 29 32

4.2.2 Impak Sosial 32 34

4.2.3 Impak Alam Sekitar 34 35

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 35 39

RUJUKAN 40

LAMPIRAN 41 44

Borang soal selidik

SENARAI PETA

No Peta Halaman

1 Peta Daerah Manjung 15

2 Peta Taman Paya Bakau 16

SENARAI RAJAH

No Rajah Halaman

1 Umur 27

2 Jantina 28

3 Pekerjaan 29

SENARAI FOTO

Page 8: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

No Foto Halaman

2 Taman Paya Bakau 18

3 Pintu Masuk Taman Paya Bakau 18

4 Keindahan Taman Paya Bakau 20

5 Monyet di Taman Paya Bakau 21

6 Fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau 21

7 Kerusi rehat 22

8 Laluan pejalan kaki, lampu jalan dan tong sampah 23

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu XXXXXXXXXXX

selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan

bimbingan dalam menyempurnakan keerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amat

dihargai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah

XXXXXXXXXXX yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang

saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan abah tercinta iaitu Encik

XXXXXXX dan Puan XXXXXXX kerana banyak membantu dan tidak jemu memberikan

nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan. Tidak lupa juga buat

adik-adik yang dikasihi, XXXXXXX dan XXXXXXX, terima kasih kerana memberikan

semangat.

Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi, XXXXX, XXXXX, XXXXX,

XXXXXX dan rakan-rakan seperjuangan di Tingkatan Enam XXXXXX, terima kasih kerana

sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai.

Sekian, Terima Kasih kepada semua.

1.0 PENGENALAN

Pelancongan di Malaysia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Pelancongan

mempunyai kompenen yang saling melengkapi iaitu daripada unsur kehidupan komuniti, budaya

masyarakat, proses pembangunan, impak pembangunan, warisan dan alam sekitar (Yahaya

Page 9: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

Ibrahim et al 2008). Ekopelancongan berasal dari perkataan Bahasa Inggeris, ecotourism,

umumnya berkisar kepada pengembaraan alam sekitar yang bertujuan menikmati dan

menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan. Ia seharusnya mempunyai impak

yang rendah terhadap alam sekitar dan harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk

tempatan.

Secara perinciannya ekopelancongan boleh diringkaskan kepada aktiviti-aktiviti yang

membawa pelancong lebih dekat kepada alam semulajadi, iaitu mereka boleh mengambil

bahagian, menghayati alam sekitar, mempelajari, melawat dan menemui sesuatu yang baru yang

berasaskan alam semula jadi yang kebiasaannya menyelitkan bersama program-program aktiviti

gaya kehidupan masyarakat luar bandar, seni, budaya dan warisan masyarakat setempat.

Ekopelancongan menyediakan peluang kepada pelancong untuk merasakan sendiri aktiviti

ekopelancongan secara langsung, pelancong boleh mengambil bahagian dalam aktiviti rutin yang

dilakukan oleh penduduk tempatan yang memberi faedah kepada komuniti tempatan.

Pelancongan di daerah Manjung semakin giat berkembang selaras dengan peredaran

masa. Industri pelancongan memainkan peranan yang sangat penting di Malaysia. Pelbagai usaha

telah dilaksanakan oleh pihak berkepentingan dalam menjayakan industri pelancongan. Promosi

pelancongan seperti tahun Melawat Malaysia dan melawat negeri masing-masing telah

diperkenalkan. Pihak berkepentingan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan

ekopelancongan. Untuk menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur ke dalam industri

pelancongan, pihak berkepentingan harus memainkan peranan masing-masing seperti

menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial yang baik. Justeru, dalam kajian

ini, pengkaji ingin melihat peranan pihak berkepentingan dalam membangunkan ekopelancongan

di daerah Manjung. Apakah infrastruktur dan kemudahan yang ditawarkan untuk kemudahan

penduduk dan pelancong tempatan mahupun pelancongan antarabangsa yang sukakan aktiviti

ekopelancongan.

Pembangunan ekopelancongan akan memberikan impak kepada ekonomi, alam sekitar

dan sosial masyarakat tempatan. Industri ini memainkan peranan yang penting dalam ekonomi

penduduk tempatan, dimana ianya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk. apabila

pelancongan semakin membangun, nilai hartanah juga turut meningkat. Justeru itu, timbullah

persoalan mengenai impak pembangunan ekopelancongan kepada ekonomi penduduk tempatan

sama ada ianya akan meningkatkan taraf hidup rakyat mahupun sebaliknya.

Adakah ekopelancongan yang dibangunkan akan memberikan impak yang tinggi

terhadap alam sekitar jika pembangunan giat dijalankan. Timbul persoalan berkaitan isu ini

kerana ekopelancongan adalah pelancongan yang berasaskan alam sekitar, justeru itu perlulah

mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Dalam jangka panjang aktiviti pelancongan, aktiviti-

Page 10: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

aktiviti yang lain akan menyumbangkan kepada kemusnahan dan kerosakan alam sekitar

menurut. Oleh itu, adakah impak kepada alam sekitar ini akan menggangu kehidupan seharian

masyarakat setempat.

Sosial masyarakat tempatan akan berubah dengan adanya pembangunan pelancongan.

Sama ada ianya memberikan impak yang positif mahupun negatif. Sosial adalah penting untuk

masyarakat berinteraksi dengan pelancong yang datang. Oleh yang demikian, impak sosial ini

perlu dilihat sejajar dengan pembangunan ekopelancongan agar tidak merosakkan nama

masyarakat setempat.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan

kepada objektif yang telah disusun.

• Mengenalpasti persepsi penduduk terhadap ekopelancongan ke atas ekonomi, sosial dan

alam sekitar.

• Mengkaji persepsi penduduk tempatan terhadap impak pembangunan ekopelancongan.

2.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan

kajian ini adalah berfokus di kawasan ekopelancongan yang terdapat di Seri Manjung iaitu

Taman Paya Bakau, Seri Manjung Perak. Taman Paya Bakau ini terletak diantara jalan Ipoh-

Lumut, lebih kurang sepuluh minit perjalanan ke Bandar Lumut, sepuluh minit ke Bandar Seri

Manjung dan sepuluh minit ke kawasan perkelahan Teluk Batik, Lumut Perak. Taman Paya

Bakau Seri Manjung ini telah dipilih berdasarkan definisi ekopelancongan yang telah

dikenalpasti.

Negeri Perak adalah negeri yang bertuah kerana mempunyai pelbagai tempat tarikan

pelancongan khasnya ekopelancongan. Terdapat sepuluh ikon pelancongan di negeri Perak

(Suliati Asri 2012), antaranya adalah Taman Negeri Royal Belum, Hutan Paya Bakau Matang,

Gua Tempurung, Taman Herba Negeri Perak, Sungai Klah Hot Spring, Pulau Orang Utan yang

terletak di Bukit Merah Laketown Resort, Zoo Taiping dan Night Safari, Ipoh- The Limestone

Wonder, Lumut dan Pulau Pangkor dan yang terakhir adalah Kuala Kangsar Bandar Diraja.

Page 11: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

Daripada sepuluh ikon pelancongan tersebut, terdapat beberapa daripadanya adalah

kawasan ekopelancongan. Hal ini menunjukkan negeri Perak kaya dengan lokasi tarikan

ekopelancongan. Antara lokasi yang menjadi tarikan pelancong terhadap ekopelancongan adalah

Taman Paya Bakau Matang, Pulau Pangkor, Taman Negeri Royal Belum, Zoo Taiping dan Night

Safari, Santuari Burung Kuala Gula dan sebagainya.

2.1 DAERAH MANJUNG

Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dinding. Daerah ini pernah

menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada di bawah

pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dinding telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik

sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu

iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah

akibat dari dua peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak

sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan di antara Puak Ghee Hin dan Hai San

di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.

Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British

iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dinding kepada British, Perlantikan Penolong

Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta

Perak.

Menurut catatan sejarah, Daerah Dinding atau Jajahan Dinding merupakan sebuah daerah

yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat menandatangani perjanjian

penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari

1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan

Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District. Tanah Merah iaitu Lumut pula ditukar

namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja

Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa

tersebut Masjid Al-Adli telah melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding

kepada Kerajaan Perak.

Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama

iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walau bagaimanapun pada

tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu ialah Sultan Alang Iskandar

telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British

telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan iaitu pada tahun 1937. Alasan utama baginda

ialah Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan

Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Beruas dan kawasan - kawasan persisiran

Page 12: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

pantai bahagian selatan.

Daerah Dinding dikenali sehingga tahun 1980 an. Pada 1 Januari 1982, jajahan yang

dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung yang

merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan Sitiawan dan nama Daerah

Manjung berkekalan sehingga kini.

Daerah Manjung merupakan salah satu daripada sembilan daerah di Negeri Perak Darul

Ridzuan (Peta 1). Ia bersempadan dengan Daerah Larut Matang dan Selama dan Daerah Kuala

Kangsar di sebelah utara, bersempadan dengan Daerah Hilir Perak di sebelah selatan dan

bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah barat. Jarak dari Ipoh ke Lumut ialah 80 kilometer,

dari Kuala Lumpur 200 kilometer dan Pulau Pinang 180 kilometer. Daerah Manjung mempunyai

keluasan seluas 1168.9 kilometer persegi. . Luas Daerah Manjung adalah 116,800 hektar (1,168.0

kilometer persegi) dan terbahagi kepada lima mukim, iaitu:-

• Sitiawan (33,150 hektar / 331.5 kilometer persegi).

• Pengkalan Baharu (25,640 hektar / 256.4 kilometer persegi).

• Lumut (25,120 hektar /251.2 kilometer persegi).

• Beruas (19,160 hektar / 191.6 kilometer persegi).

• Lekir (13,730 hektar / 137.3 kilometer persegi).

Manakala, luas selebihnya adalah melibatkan kawasan Pengkalan TLDM iaitu sebanyak

17.5 km/persegi (1.49 peratus) , tanah simpanan melayu seluas 41,021 hektar (35.12 peratus) dan

tanah simpanan hutan seluas 6,276 hektar (5.37peratus). Daerah Manjung telah menjadi destinasi

utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi

tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Visi pembangunan sektor

pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada

pembangunan Daerah Manjung.

Peta 1 Peta Daerah Manjung

Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung

2.2 TAMAN PAYA BAKAU

Taman paya bakau terletak di Seri Manjung Perak. Lokasinya terletak di antara jalan Ipoh-

Lumut, lebih kurang sepuluh minit perjalanan dari bandar Lumut (Peta 2). Taman Paya Bakau ini

Page 13: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari tahun 1995.

Terdapat laluan pejalan kaki sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya

bakau ini. Taman paya bakau ini telah diselenggara dan diubah suai pada tahun 2005. Terdapat

beberapa papan tanda yang menceritakan mengenai paya bakau, spesis bakau dan pihak berkuasa

tempatan juga turut menyediakan pondok rehat, kerusi rehat, lampu jalan, kemudahn meletak

kenderaan untuk kemudahan para pelancong.

Peta 2 Peta Taman Paya Bakau

Sumber: http://maps.google.com

2.3 EKOPELANCONGAN DI TAMAN PAYA BAKAU

Munurut Er Ah Choy (2001), ekopelancongan adalah merupakan sektor yang kurang

memusnahkan alam sekitar. Ekopelancongan juga dapat mengurangkan kesan-kesan negatif

terhadap alam sekitar melalui tumpuan kepada pembangunan yang berimpak rendah, bilangan

pelancong yang terkawal dan pemuliharaan flora dan fauna.

Taman Paya Bakau juga dikenali sebagai taman monyet oleh penduduk tempatan (Joriah

Rade 2012). Taman paya bakau ini adalah satu-satunya taman paya bakau yang terdapat di

Daerah Manjung yang di bangunkan untuk dijadikan kawasan pelancongan. Taman paya bakau

ini kaya dengan khazanah alam semula jadi yang terdapat pelbagai spesis flora dan fauna yang

boleh dilihat oleh pengunjung yang datang ke sini (Foto 2).

Aktiviti ekopelancongan yang paling utama pengunjung lakukan adalah melihat sendiri

paya bakau dengan lebih dekat. Dari hadapan pintu masuk Taman Paya Bakau lagi pengunjung

boleh melihat pokok bakau ini (Foto 3). Hutan paya bakau memainkan peranan yang penting

kepada sistem ekologi, dimana iainya bertindak sebagai pemecah ombak yang semula jadi,

berupaya mengawal hakisan pantai dengan mencengkam tanah dihabitatnya serta paya bakau ini

berupaya mengelak kemusnahan akibat tindakan ribut yang kuat (Rosniza 2011). Oleh yang

demikian, pengunjung akan lebih menghargai alam sekitar apabila mereka melihat dan

memahami kepentingan paya bakau ini kepada alam sekitar dan manusia.

Taman paya bakau adalah salah satu kawasan ekopelancongan yang mempunyai

kedatangan pelancong yang sukakan popular ecotourism. Menurut Azima Abd Manaf et al 2010,

popular ecotourism adalah pelancong yang berkecenderungan menggunakan pengangkutan yang

banyak seperti bot-bot dan bas yang lebih besar. pelancong jenis ini adalah melibatkan semua

jenis umur dan keupayaan fizikal kerana mereka lebih suka menggunakan perkhidmatan

sokongan seperti kemudahan berjalan kaki untuk aktiviti bersiar-siar, kemudahan makan dan

Page 14: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

minum dan pusat pelancongan. Oleh yang demikian, ciri-ciri ini menunjukkan Taman Paya

Bakau ini berpotensi menjadi kawasan popular ecotourism. Hal ini kerana pihak berkepentingan

tempatan telah menyediakan laluan untuk pejalan kaki yang sukakan aktiviti yang melibatkan

alam sekitar.

Foto 2 Taman Paya Bakau

Sumber: Kajian Lapangan (Tahun)

Foto 3 Pintu Masuk Taman Paya Bakau

Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)

2.3.1 Melihat Pokok Bakau

Aktiviti ekopelancongan yang boleh pengunjung lakukan adalah melihat keindahan Taman Paya

Bakau yang menghijau (Foto 4) . Pokok-pokok bakau dikekalkan untuk tatapan kunjungan para

pelancong yang sukakan alam sekitar. Kebanyakkan pokok pokok bakau di sini merupakan

spesis Rhizophora. Tumbuhan paya bakau ini adalah spesis yang tahan kepada keadaan

persekitaran yang berair masin dan berlumpur. Kawasan paya bakau ini memberi perlindungan

dan sumber makanan secara langsung atau tidak kepada pelbagai komuniti hidupan seperti

burung, organisma marin, ikan, siput dan pelbagai jenis haiwan yang lain.

Pengunjung yang datang ke Taman Paya Bakau ini akan berasa teruja dengan keindahan

alam sekitarnya yang masih segar. Pengunjung akan merasai sendiri udara yang segar apabila

berada di dalam kawasan Taman Paya Bakau ini. Kawasan hutan paya bakau mempunyai

beberapa kepentingan kepada manusia, antaranya adalah melindungi tanah persisiran pantai

daripada terhakis. Selain itu paya bakau ini juga berperanan sebagai mengitar nutrient, mengalih

buangan toksik, membekalkan kayu bakar, arang dan kayu untuk pembangunan seperti

pembuatan perabot dan lain-lain lagi. Pokok bakau juga menjadi habitat untuk pelbagai spesis

tumbuhan dan haiwan dan pokok bakau ini juga berfungsi untuk mengawal banjir. Oleh yang

demikian, apabila pengunjung merasai sendiri pengalaman melihat pokok bakau dengan lebih

dekat, mereka akan lebih menghargai kepentingan alam sekitar.

Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang 366 meter

untuk kemudahan pengunjung menikmati keindahan Taman Paya Bakau ini. Pokok bakau

mempunyai pelbagai spesis seperti Avicennia (Api-Api), Sonneratia dan Rhizophora (Bakau),

Page 15: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

tetapi secara amnya spesis bakau ini mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti akar pernafasan dan

tagiat percambahan biji secara vivapari.

Foto 4 Keindahan Taman Paya Bakau

Sumber: Kajian Lapangan (Tahun)

2.3.2 Melihat Fauna di Taman Paya Bakau

Pelbagai spesis fauna yang boleh kita lihat apabila berada di Taman Paya Bakau yang terletak di

Seri Manjung ini. Taman Paya Bakau disini sinonim dengan nama panggilannya iaitu Taman

Monyet. Pengunjung yang sukakan haiwan ini boleh memberi makanan kepada monyet-monyet

ini ketika berada di Taman Paya Bakau. Tidak hairan jika dari pintu masuk lagi monyet-monyet

ini sudah tunggu untuk mendapatkan makanan (Foto 5). Bagi pengunjung yang takut sedikit

dengan haiwan ini, mereka boleh berjalan dalam kumpulan yang agak besar atau tidak membawa

sebarang makanan atau plastik. Monyet suka akan pengunjung yang membawa makanan.

Foto 5 Monyet di Taman Paya Bakau

Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)

Selain itu, pengunjung juga akan turut melihat beberapa spesis burung yang datang ke

Taman Paya Bakau. Antaranya adalah seperti spesis burung kingfisher. Burung kingfisher atau

dikenali sebagai Burung Raja Udang. Burung ini gemar memakan ikan yang terdapat di sekitar

paya bakau ini. Selain daripada burung, haiwan seperti biawak, ikan tembakul, ketam dan

pelbagai jenis siput boleh dilihat di sekitar Taman Paya bakau ini. Foto 6 menunjukkan Burung

Raja Udang dan biawak yang terdapat di taman ini.

Foto 6 Fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau

Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)

2.3.3 Memancing

Pihak berkuasa tempatan juga turut menyediakan dua pondok di hujung laluan pejalan kaki

Page 16: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

untuk kemudahan beristirehat dan memancing. Bagi pengunjung yang gemar memancing,

mereka boleh membawa peralatan memancing tersebut daripada rumah. Sambil menunggu ikan

yang di pancing, pengunjung boleh melihat keindahan Taman Paya Bakau dan melihat Bukit

Engku Busu yang boleh nampak daripada pondok istirehat tersebut.

2.4 KEMUDAHAN DAN INSENTIF

Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan beberapa kemudahan awam untuk para

pelancong menggunakannya. Antaranya adalah laluan pejalan kaki sejauh 366 meter, kerusi rehat

untuk para pengunjung yang ingin berehat seketika sambil melihat paya bakau dan hidupan yang

lain seperti monyet, burung dan ketam. Selain itu juga, terdapat dua pondok rehat yang

disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung, dimana pondok ini boleh digunakan sebagai

tempat untuk beristirehat dan memancing bagi pengunjung yang gemar memancing. Kerusi rehat

turut disediakan untuk kemudahan pengunjung (Foto 7). Lampu disepanjang laluan pejalan kaki

turut disediakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk pengunjung yang ingin merasa suasana

malam di Taman Paya Bakau ini. Tong sampah disediakan untuk kemudahan pelancong

membuang sampah (Foto 8). Tempat letak kenderaan juga disediakan dihadapan pintu masuk

Taman Paya Bakau. Hal ni membolehkan pengunjung yang takut untuk turun ke Taman Paya

Bakau ini kerana banyak monyet, mereka boleh melihat daripada dalam kenderaan.

Foto 7 Kerusi rehat

Sumber: Kajian lapangan (Tahun)

Foto 8 Laluan pejalan kaki, lampu jalan dan tong sampah

Sumber: Kajian lapangan (Tahun)

3.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan

persoalan/objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah

menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses

untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah

ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kaji selidik yang mana ianya mudah

untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998).

Page 17: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

3.1 PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan iaitu

untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 57 orang responden telah

dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada penduduk tempatan. Saiz

sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), dimana lebih kurang 30 kes merupakan saiz

minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah

berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.

.

Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah, mereka

seharusnya adalah penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Hal ini

adalah kerana, mereka yang merasai perbezaan sebelum pembangunan dan selepas

pembangunan. Selain itu, responden haruslah berumur 21 tahun dan keatas, kerana pada usia

tersebut mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

3.2 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik dan

pemerhatian. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi penduduk terhadap

pembangunan ekopelancongan yang telah dijalankan di Taman Paya Bakau Seri Manjung Perak.

3.2.1 Data Sekunder

Data sekunder diperoleh dari Perpustakaan dan Majlis Perbandaran Manjung. Data-data penting

termasuklah buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain.

Selain itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Majlis Perbandaran Manjung,

laman web Pejabat Daerah dan Tanah dan Pejabat Pertanian Daerah Manjung.

3.2.2 Data Primer

Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan. Selain itu,

kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian iaitu di Taman

Paya Bakau, Seri Manjung Perak.

a) Borang soal selidik

Page 18: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung terus dengan

kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka bentuk soalan

soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (Abd Rahim et al 1999). Kaedah ini

adalah kaedah yang paling popular yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data

primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuai dan mengikut objektif dan kerangka konseptual

yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran.

Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua

golongan responden. Hal ini supaya responden faham semasa menjawab soalan dan tidak

memberikan jawapan yang tidak benar.

Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan

soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah

dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang bersifat piawai

dan mudah dianalisis. Bagi soal selidik berbentuk terbuka pula, rasionalnya adalah untuk

memudahkan responden bebas memberikan berbagai bentuk jawapan, responden juga bebas

memberikan pendapat yang dirasakan sesuai.

b) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan

maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temubual. Pemerhatian memerlukan

penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji

lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

3.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga kekerapan.

Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada

responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan

ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam

bentuk jadual.

Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai persepsi

penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan di Taman Paya Bakau Seri Manjung, Perak.

Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert , dimana

angka 5 mewakili sangat memuaskan/setuju, 4 mewakili memuaskan/setuju, 3 mewakili tidak

pasti, 2 mewakili tidak memuaskan/setuju dan angka 1 mewakili sangat tidak memuaskan/setuju.

Page 19: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah

dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah

dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan kekerapan

dan purata.

4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 57 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal selidik.

Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, agama, bangsa,

pekerjaan, agama, status perkahwinan dan taraf pendidikan di persembahkan dalam bentuk rajah.

4.1.1 Umur

Rajah 1 Umur responden

Sumber : Kajian lapangan (Tahun)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 57 orang responden yang ditemubual, seramai 29 orang

adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 21 hingga 30 tahun.

Manakala responden yang berumur antara 31 hingga 40 tahun adalah sejumlah sepuluh orang.

Selebihnya adalah responden yang berumur diantara 41 hingga 50, 51 hingga 60 dan 61 hingga

70 yang masing-masing terdiri daripada Sembilan orang responden, lapan orang responden dan

seorang responden seperti dalam rajah 1. Responden yang berbeza usia ini adalah responden

yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Page 20: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

4.1.2 Jantina

Rajah 2 Jantina responden

Sumber : Kajian lapangan (Tahun)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 57 orang responden, seramai 29 orang (51

peratus) adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya sebanyak 28 orang (49

peratus) adalah responden lelaki. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan

jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 4.2. Kajian ini adalah

melihat persepsi penduduk, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang agar

jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.

4.1.3 Pekerjaan

Rajah 3 Pekerjaan responden

Sumber : Kajian lapangan (Tahun)

Kebanyakkan responden adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan iatu sebanyak 19

orang (33.3 peratus), diikuti dengan pekerja swasta sebanyak 17 orang (29.8 peratus), selebihnya

adalah terdiri daripada tidak bekerja, bekerja sendiri dan pencen iaitu masing-masing sebanyak

10 orang, empat orang dan dua orang. Selebihnya iaitu sebanyak lima orang adalah terdiri

daripada lain-lain seperti pelajar. Data yang lebih perinci dapat dilihat dalam rajah 3.

4.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP IMPAK PEMBANGUNAN

Page 21: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

EKOPELANCONGAN

Pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan meninggalkan impak yang positif mahupun

negatif terhadap tiga komponen utama iaitu impak dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar.

4.2.1 Impak Ekonomi

Pembangunan pelancongan yang dijalankan akan memberi impak sama ada impak negatif

mahupun negatif. Terdapat tiga impak yang sering dibincangkan iaitu impak dari segi ekonomi,

alam sekitar dan sosial. Justeru itu, analisis ini akan membincangkan persepsi penduduk

mengenai impak yang terjadi dan bakal terjadi dengan adanya pemesatan pembangunan

ekopelancongan di Seri Manjung ini. Pelbagai persepsi penduduk terhadap impak pembangunan

ekopelancongan. Masing-masing memberikan persepsi yang berbeza. Jadual menujukkan

peratusan, min serta sisihan piawai mengenai persepsi tersebut.

Taraf hidup semakin meningkat dengan adanya pembangunan pelancongan di Daerah

Manjung, Sebanyak 49.1 peratus iaitu 28 orang responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

Dengan adanya pembangunan, ramai penduduk yang mengatakan bahawa taraf hidup mereka

semakin meningkat. 12 orang juga mengatakan sangat setuju bahawa taraf hidup mereka sangat

meningkat. 11 orang tidak bersetuju, 5 orang menjawab tidak pasti dan bakinya, seorang

menjawab sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.68. Nilai ini

menunjukkan purata bagi penyataan ini adalah bagi skala likert bernombor empat iaitu setuju.

Menurut Azahan Awang et al (2006), kualiti hidup sukar untuk ditafsirkan kerana kualiti hidup

adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap individu mempunyai kehendak yang berbeza-beza.

Justeru itu, taraf hidup yang ditafsirkan oleh responden adalah mengikut keselesaan mereka.

Sejajar dengan pembangunan pelancongan di Daerah Manjung, nilai tanah semakin

meningkat. Seramai 30 orang responden daripada 57 orang responden yang sangat setuju

bahawa harga tanah di kawasan mereka semakin meningkat. Menurut mereka harga rumah juga

manjadi semakin mahal dan sukar untuk mampu milik jika nak dibandingkan dengan pendapatan

mereka. Manakala, 23 daripada 57 orang responden yang bersetuju dengan penyataan ini. Hal ini

menunjukkan ramai responden yang peka mengenai isu ini. Dua orang yang tidak bersetuju dan

masing-masing seorang yang sangat tidak setuju dan tidak pasti. Purata bagi penyataan ini adalah

sebanyak 4.39. Purata menunjukkan ramai yang bersetuju nilai tanah di bandar ini semakin

meningkat.

Peluang pekerjaan yang banyak mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.

Sebanyak 29.8 peratus responden yang menjawab tidak pasti dan setuju mengenai peluang

pekerjaan disektor pelancongan semakin bertambah, 21.1 peratus pula mengatakan sangat

Page 22: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

setuju, 17.5 peratus tidak setuju bahawa peluang pekerjaan bertambah dan 1.8 peratus yang

sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.51. Hal ini menunjukkan min

adalah mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju. Hasil kajian Yahaya Ibrahim (2008)

menunjukkan hasil yang sama dimana pembangunan pelancongan yang dijalankan memberikan

peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan.

Dari sudut impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, beberapa perkara

telah ditanya, antaranya adalah dari segi kadar pengangguran. Pelbagai persepsi yang telah

diberikan oleh responden terhadap soalan ini. Sebanyak 36.8 peratus iaitu 21 orang responden

yang mengatakan tidak setuju kadar pengangguran semakin berkurang, Peluang pekerjaan masih

tidak meluas di Taman Paya Bakau ini. Hal ini adalah kerana pengunjung yang datang ke Taman

Paya Bakau ini bergerak sendiri bersama kelompok pengunjung yang datang. Laluan pejalan

kaki yang disediakan juga berstruktur baik, justeru itu jarang pengunjung mendapatkan khidmat

pemandu pelancong untuk ke Taman Paya Bakau. 29.8 peratus ( 17 orang) pula mengatakan

tidak pasti, 22.8 peratus atau 13 orang menjawab setuju kadar pengangguran semakin

berkurangan. Manakala, sebanyak 7 peratus pula yang mengatakan sangat setuju dan selebihnya,

sebanyak 3.5 peratus mengatakan sangat tidak setuju. Min bagi penyataan kadar pengangguran

semakin berkurangan adalah sebanyak 2.93. Jelas menunjukkan penduduk masih tidak pasti

dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan sama benar-benar membantu komunti dari segi

penawaran peluang pekerjaan. Berdasarkan pemerhatian, tidak banyak pekerjaan yang terlibat di

Taman Paya Bakau Seri Manjung ini antaranya adalah pemandu pelancong dan juga pekerja

yang membersihkan kawasan Taman Paya Bakau.

Begitu juga dengan isu mengenai harga barang semakin mahal. Seramai 31 orang

responden (54.4 peratus) yang sangat setuju bahawa harga barang semakin meningkat, 23 orang

(40.4 peratus) setuju, dua orang tidak pasti, dan seorang tidak setuju. Responden yang tidak

setuju dengan penyataan harga barang semakin meningkat adalah kerana bagi mereka, harga

tersebut berpatutan dengan harga semasa. Secara puratanya, kebanyakkan responden bersetuju

bahawa harga barang semakin meningkat iaitu nilai minnya adalah 4.47. Skala likert

menunjukkan min adalah bersetuju.

Mengenai alam sekitar menjadi pemangkin sumber ekonomi mereka, hanya 31.6 peratus

dan 17.5 peratus sahaja yang menjawab setuju dan sangat setuju. Rata-rata responden tidak pasti

sama ada sumber alam tersebut menjadi pemangkin kepada ekonomi mereka. Sebanyak 40.4

peratus yang menjawab tidak pasti dan 10.5 peratus yang menjawab tidak setuju.

Hasil analisis menunjukkan 1.8 peratus yang sangat tidak setuju dan tidak setuju

mengenai segelintir penduduk sahaja yang terlibat dengan aktiviti ekopelancongan. Manakala,

selebihnya 31.6 peratus yang tidak pasti, 36.8 peratus yang menjawab setuju dan 28.1 peratus

menjawab sangat setuju. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.88. Jelas menunjukkan

Page 23: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

secara puratanya, ramai di antara responden yang bersetuju bahawa segelintir sahaja yang terlibat

dengan aktiviti ekopelancongan di Seri Manjung.

4.2.2 Impak Sosial

Rata-rata responden yang bersetuju dan sangat setuju apabila soalan mengenai masalah sosial

semakin meningkat. Sebanyak 54.4 peratus (31 orang) dan 42.1 peratus (24 orang) responden

yang sangat setuju dan setuju bahawa masalah sosial semakin meningkat. Hanya seorang iaitu

1.8 peratus responden sahaja yang tidak pasti dan tidak setuju dengan penyataan ini. 4.49 adalah

min bagi penyataan ini. Hal ini menunjukkan secara puratanya, kebanyakkan responden

bersetuju bahawa masalah sosial semakin meningkat.

Tanggungjawab sosial yang dijalankan adalah memuaskan. Berdasarkan pemerhatian,

banyak penambahbaikan infrastruktur yang telah dan sedang dijalankan. Namun begitu, pelbagai

persepsi penduduk mengenai isu ini. Seramai 25 orang daripada 57 orang responden yang

bersetuju bahawa banyak penambahan infrastruktur telah dilakukan. Begitu juga dengan 19

orang responden yang sangat setuju dengan penyataan ini. Tujuh orang responden menjawab

tidak pasti, empat orang tidak setuju dan dua orang sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini

adalah 3.96 iaitu mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju.Tanpa kemudahan

infrastruktur yang baik, proses pembangunan ini mungkin akan terganggu kerana kemudahan

infrastruktur yang baik adalah perkara yang sering diutamakan dalam memajukan industri

pelancongan (Yahaya Ibrahim 2008).

Impak pembangunan ekopelancongan terhadap sosial dapat dilihat dalam beberapa

perkara. Antaranya adalah kadar jenayah. Sebanyak 61.4 peratus iaitu seramai 35 orang

responden yang setuju kadar jenayah semakin meningkat sejajar dengan peningkatan

pembangunan di bandar ini. Begitu juga dengan 15 orang lagi yang sangat bersetuju berkaitan

isu ini. Manakala selebihnya adalah sebanyak 7.0 peratus dan 5.3 peratus tidak pasti dan tidak

setuju bahawa kadar jenayah semakin meningkat. Kebanyakkan responden menjawab setuju

kerana menurut mereka kecurian semakin menigkat di kawasan kejiranan mereka.

Impak ekopelancongan terhadap sosial penduduk mempengaruhi kehidupan seharian

mereka. Antara masalah yang timbul adalah terpengaruh dengan budaya luar seperti pergaulan

bebas, punk, black metal dan lain-lain. Hampir 91.2 peratus responden yang setuju dan sangat

setuju. Seramai 28 daripada 57 orang responden yang sangat setuju bahawa masalah sosial ini

semakin meningkat. Manakala, 24 orang yang lain pula setuju, tiga orang tidak setuju dan dua

orang pula tidak pasti mengenai isu ini. Min bagi penyataan ini adalah 4.35 iaitu setuju. Secara

puratanya responden menjawab setuju.

Budaya dan nilai-nilai murni dapat diterapkan di dalam diri masyarakat. Seramai 18

Page 24: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

orang daripada 57 orang responden yang bersetuju dan 15 orang responden sangat setuju. 12

orang responden pula menjawab tidak pasti sama ada budaya nilai murni diterapkan dalam diri

masyarakat.manakala, tujuh orang pula memberikan jawapan tidak setuju dan bakinya lima

orang menjawab sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah 3.54 iaitu mewakili skala

likert bernombor empat. Oleh yang demikian, secara puratanya ramai diantara responden yang

bersetuju dengan penyataan ini.

Selain itu, impak berkaitan perhubungan juga ditanya dengan adanya pelancong luar,

penduduk tempatan boleh bertukar pandangan. Seramai 30 orang responden daripada 57 orang

yang bersetuju dengan penyataan ini. Ramai yang bersetuju kerana ekopelancongan adalah

sesuatu aktiviti yang berteraskan alam sekitar. Begitu juga dengan 14 orang responden yang lain,

mereka juga sangat setuju bahawa dengan adanya pelancong dari luar mereka boleh bertukar

pandangan dan pendapat. Secara puratanya responden menjawab setuju.

Berdasarkan hasil kajian, sebanyak 50.9 peratus yang bersetuju hubungan antara komuniti

semakin baik berikutan kerjasama menjayakan ekopelancongan. Begitu juga dengan 19.3 peratus

yang lain turut sangat bersetuju dengan penyataan ini. 24.6 peratus yang lain tidak pasti dengan

keadaan ini. Selebihnya sebanyak 5.3 peratus pula tidak bersetuju hubungan komuniti menjadi

semakin baik. secara puratanya, responden menjawab skala likert bernombor empat.

Kesan pembangunan ekopelancongan terhadap sosiol yang lain adalah dengan adanya

kedatangan pelancong yang ramai, menyebabkan kesesakan kawasan sekitar. Pada persepsi

penduduk tempatan, seramai 28 orang responden daripada 57 orang responden yang setuju

dengan penyataan ini. Begitu juga dengan 14 orang responden yang sangat setuju dengan impak

ini. Bakinya, seramai 10 orang responden yang tidak pasti dengan isu ini dan lima orang lagi

yang tidak setuju mengenai kedatangan pelancong menyebabkan kesesakan kepada kawasan

sekitar. Minnya adalah sebanyak 3.89.

Mengenai isu penguasaan Bahasa Inggeris, sebanyak 57.9 peratus penduduk yang setuju

dengan adanya kedatangan pelancong asing, mereka dapat meningkatkan penguasaan Bahasa

Inggeris. 21.1 peratus pula sangat setuju, diikuti dengan 8.8 peratus iaitu responden yang

menjawab tidak pasti dan tidak setuju. Baki selebihnya adalah sebanyak 3.5 peratus iaitu

sebanyak 3.5 peratus yang sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah 3.84. Min ini

mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju. Bahasa Inggeris sangat penting di era ini

kerana kebanyakkan pelancong yang datang mahir berbahasa Inggeris dan menyebabkan

penduduk juga perlu mempelajarinya untuk memudahkan komunikasi.

4.2.3 Impak Alam Sekitar

Page 25: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

Berdasarkan hasil kajian, ekopelancongan memberikan impak kepada alam sekitar. Terdapat

beberapa soalan yang telah ditanyakan kepada para responden mengenai impak pembangunan

ekopelancongan terhadap alam sekitar. Mengenai masalah pencemaran yang akan timbul dalam

masa beberapa tahun akan datang, kebanyakkan responden bersetuju dan sangat bersetuju

dengan penyataan ini. Seramai 24 orang daripada 57 orang responden yang iaitu sebanyak 42.1

peratus yang bersetuju masalah pencemaran akan berlaku dengan adanya pembangunan

pelancongan yang berterusan tanpa mengambil kira faktor alam sekitar. Manakala sebanyak 40.4

peratus iaitu 23 orang yang sangat bersetuju dalam masa beberapa tahun akan datang, masalah

pencemaran akan berlaku disebabkan aktiviti pelancongan yang dijalankan. 10.5 peratus, iaitu

seramai enam orang tidak pasti dengan keadaan ini, manakala 7 peratus atau empat orang yang

tidak bersetuju pencemaran akan timbul dalam sektor ekopelancongan kerana ekopelancongan

sudah menggambarkan kepentingan alam sekitar mesti dijaga semasa proses membangunkannya.

Purata yang menjawab soalan ini adalah setuju dimana minnya adalah 4.16.

Pendapat mengenai pelancong menjaga kebersihan kawasan ekopelancongan adalah

sebanyak 38.6 peratus yang bersetuju, 24.6 peratus tidak setuju, 17.5 peratus yang sangat setuju,

8.8 peratus yang sangat tidak setuju dan selebihnya, 10.5 peratus yang tidak pasti. Min bagi

penyataan ini adalah 3.32. Responden yang di temu bual mengatakan pelancong mungkin tidak

membuang sampah secara suka hati, tetapi mungkin angkara monyet-monyet yang

menyelongkar tong sampah dan menyebabkan sampah bertaburan dan kawasan menjadi tidak

bersih ekoran daripada tong sampah yang mudah di buka.

Impak kepada alam sekitar yang seterusnya adalah berkaitan udara menjadi semakin

panas kesan aktiviti manusia. Kebanyakkkan responden setuju dan sangat setuju. Seramai 30

orang responden (52.6 peratus) yang sangat setuju dengan penyataan ini. Hal ini adalah kerana,

terdapat beberapa pembangunan sedang giat dijalankan di daerah Manjung, dengan itu banyak

hutan atau pokok-pokok ditebang untuk tujuan pembangunan tersebut. Manakala, 43.9 peratus

iaitu seramai 25 orang yang setuju bahawa udara menjadi semakin panas. Bakinya sebanyak 1.8

peratus adalah masing-masing responden yang tidak pasti dan sangat tidak setuju mengenai isu

ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.46. Purata yang menjawab soalan ini adalah

responden yang bersetuju udara menjadi semakin panas ekoran daripada pemesatan

pembangunan.

Impak seterusya adalah mengenai kesan pencemaran bunyi semakin meningkat. Seramai

28 orang yang sangat setuju bahawa pencemaran bunyi semakin meningkat. Begitu juga dengan

23 orang responden yang lain, mereka setuju dengan penyataan ini. Sebaliknya, lima orang yang

menjawab tidak pasti dan seorang yang tidak bersetuju bahawa pencemaran bunyi semakin

meningkat. Secara puratanya, responden yang menjawab soalan ini adalah bersetuju, dimana

minnya adalah sebanyak 4.37. Bunyi yang datang daripada kenderaan berat yang lalu lalag

Page 26: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

dihadapan jalan raya Taman Paya bakau ini menyebabkan taman ini sedikit bising.

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian bertujuan mengenalpasti persepsi penduduk terhadap pembangunan yang disediakan oleh

pihak berkepentingan yang terlibat dalam membangunkan sektor ekopelancongan. Pelancongan

berasaskan alam semula jadi atau alam sekitar semakin mendapat perhatian dan permintaan para

pelancong. Justeru itu, pihak yang berwajib harus memainkan peranan yang penting dalam

membangunkan kawasan ekopelancongan. Pihak berwajib perlu berganding bahu bersama

industri dan masyarakat untuk membangunkan kawasan ekopelancongan tanpa menjejaskan

alam sekitar.

Dapatan hasil kajian mendapati bahawa persepsi penduduk mengenai kemudahan dan

infrastuktur yang disediakan dalam keadaan yang memuaskan, tetapi masih belum mencapai

tahap yang mereka inginkan. ada juga di antara responden yang tidak pasti sama ada

infrastruktur tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk dan pelancong. Hal ini kerana

kawasan ekopelancongan yang dikaji adalah kawasan yang terletak di antara bandar linear iaitu

bandar yang bersambung antara satu sama lain. Taman Paya Bakau ini terletak di tengah-tengah

di antara bandar Lumut dan bandar Seri Manjung. Penduduk yang tinggal di sekitar Seri

Manjung turut mendapatkan keperluan mereka di bandar Sitiawan dan Ayer Tawar. Oleh yang

demikian, penduduk tidak khuatir mengenai infrasruktur dan kemudahan yang terdapat disitu

kerana bagi mereka, penduduk dan pelancong yang datang sememangnya boleh mendapatkan

kemudahan dimana bandar-bandar yang berdekatan.

Bagi kemudahan penginapan yang disediakan oleh pihak yang berkepentingan,

kemudahan penginapan ini tidak menjadi masalah besar kerana terdapat banyak kemudahan

penginapan yang terdapat berhampiran dengan kawasan ekopelancongan. Berdasarkan hasil

kajian, kebanyakkkan responden yang menyatakan kemudahan penginapan yang disediakan oleh

pihak berkuasa tempatan, industri dan masyarakat sendiri seperti chalet, resort, hotel dan juga

homestay adalah memuaskan.

Terdapat beberapa persepsi penduduk terhadap kemudahan perkhidmatan yang

disediakan oleh pihak berkepentingan dalam membangunkan kawasan ekopelancongan. Hasil

analisis menunjukkan secara puratanya responden yang di temu bual tidak pasti sama ada

kemudahan perkhidmatan ini berada pada tahap yang memuaskan. Semua kemudahan yang

disediakan adalah cukup untuk kemudahan para pelancong dan keperluan penduduk tempatan

yang tinggal berdekatan kawasan kajian.

Kemudahan awam seperti tempat letak kenderaan, pengangkutan awam, lampu jalan,

tong sampah dan lain-lain kemudahan telah disediakan oleh pihak berwajib untuk memastikan

Page 27: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

keselesaan para pengunjung dan penduduk. sebagai penduduk tempatan yang menjadi

penyokong kepada kerajaan dan industri ekopelancongan, mereka mempunyai persepsi yang

tersendiri mengenai kemudahan awam yang disediakan.

Selain itu, pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan memberikan impak

kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial penduduk tempatan secara khasnya. hal ini kerana

untuk membangunkan sesuatu sektor, pihak berwajib perlu merangka terlebih dahulu impak

positif mahupun negatif ekoran daripada pembangunan yang dijalankan. Berdasarkan hasil

kajian, impak dari segi ekonomi yang membantu penduduk tempatan dari segi peluang pekerjaan

masih tidak meluas. Justeru itu, kadar pengangguran juga tidak berkurangan, tetapi taraf hidup

penduduk semakin meningkat. Harga tanah dan harga barangan juga semakin meningkat ekoran

daripada pembangunan pelancongan yang dijalankan di sekitar Daerah Manjung.

Berdasarkan hasil kajian, penduduk mengatakan bahawa pembangunan ekopelancongan

yang dijalankan menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar. Hal ini kerana mereka

menjangkakan bahawa pencemaran akan berlaku dalam masa beberapa tahun akan datang.

Mereka juga berpendapat kawasan Manjung menjadi semakin panas ekoran daripada

pembangunan seperti penebangan pokok dan hutan untuk tujuan membina bangunan dan

sebagainya. Pencemaran bunyi juga semakin meningkat dengan kenderaan besar keluar masuk.

Air laut juga tidak sejernih dahulu.

Selain itu, pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan memberikan kesan

kepada sosial masyarakat setempat. Berdasarkan persepsi responden, mereka begitu yakin

bahawa masalah sosial semakin meningkat kerana adanya pergaulan bebas, ada juga pasangan

yang bercinta datang berdua-duaan di Taman Paya Bakau pada waktu malam. Penduduk

terutamanya remaja yang sedang meningkat usia begitu terpengaruh dengan budaya luar, kadar

jenayah juga semakin meningkat ekoran taraf hidup yang semakin meningkat di bandar ini.

Tetapi, terdapat juga impak positif sosial, antaranya adalah penguasaan Bahasa Inggeris dapat di

tingkatkan kerana kedatangan pelancong asing yang semakin bertambah.

Ekopelancongan adalah pelancongan yang berasaskan alam sekitar. Alam sekitar patut

dipelihara bagi menjamin kestabilan ekologi yang terdapat di situ. Oleh yang demikian,

pembangunan yang dijalankan disekitar Taman Paya Bakau harus dikurangkan agar ekosistem

Taman Paya Bakau tidak terjejas. Pembangunan tersebut haruslah menitik beratkan alam sekitar.

Dari segi kemudahan dan infrastruktur yang disediakan di Taman Paya Bakau,

kesemuanya masih dalam keadaan baik, tetapi perlu ada penambahan beberapa perkara iaitu

antaranya adalah tandas awam. Tandas awam perlu disediakan oleh pihak yang berwajib kerana

tidak terdapat tandas awam disitu menyebabkan pengunjung yang datang ke situ tidak merasa

selesa apabila kemudahan tersebut tidak ada. Meraka perlu ke tandas awam yang terdapat di

stesen minyak, tidak jauh daripada Taman Paya Bakau, tetapi memerlukan kenderaan untuk

Page 28: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

kesitu. Selain itu terdapat juga di antara responden yang mencadangkan pihak berwajib membina

surau untuk kegunaan pengunjung yang datang.

Penjualan makanan dan minuman menyebabkan pengunjung yang datang ke situ lebih

merasa santai. Contoh yang dapat kita lihat adalah di Bukit Melawati Kuala Selangor, terdapat

beberapa penjual makanan ringan seperti aiskrim, minuman dan makanan serta kacang panjang

untuk diberikan kepada monyet disitu. Ada rungutan daripada pengunjung kerana apabila mereka

kesitu, mereka ingin melihat spesis bakau serta fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau disitu,

sambil mendekati monyet yang ada disitu yang dari awal lagi menjemput tetamunya di hadapan

pintu gerbang Taman Paya Bakau, tetapi mereka tidak berkesempatan untuk memberikan

makanan kepada monyet di situ.

Terdapat dua pondok istirehat yang disediakan di Taman Paya Bakau untuk kemudahan

pengunjung berehat dan memancing. Mungkin pihak berwajib boleh menawarkan peluang untuk

berniaga kepada penduduk tempatan iaitu menjual umpun-umpun untuk pengunjung yang gemar

memancing dan menyedikan pancing untuk pengunjung yang tidak tahu bahawa mereka boleh

memancing di situ, justeru mereka tidak membawa alatan pancing mereka. Peluang perniagaan

juga boleh dibuka kepada mereka yang berminat untuk menjual makanan ringan dan sebagainya.

Dengan adanya peniaga kecil-kecilan ini, Taman Paya Bakau akan bertambah meriah dan

bilangan pengunjung yang datang juga akan bertambah.

Promosi perlu giat dijalankan bagi menambah bilangan pelancong yang datang ke Taman

Paya Bakau. Berdasarkan temubual bersama pembantu pelancong di Pusat Penerangan

Pelancongan Lumut, risalah mengenai Taman Paya Bakau yang di keluarkan oleh Majlis

Perbandaran Manjung pada tahun 2010 telah habis. Promosi perlu digiatkan lagi dengan

mengemaskini maklumat terkini di laman sesawang rasmi pihak berwajib. Berdasrakan tinjauan,

tidak banyak maklumat yang dikongsikan di dalam laman sesawang tersebut dan menyebabkan

pembaca yang membacanya tidak berminat untuk datang kesitu.

Jaringan pengangkutan adalah satu medium yang sangat penting untuk pengunjung

sampai ke destinasi ekopelancongan. Pengangkutan awam perlu di tambah lagi bagi

memudahkan pelancong luar datang ke Daerah Manjung. Cadangan menyediakan perkhidmatan

bas letak dan naik yang membawa pelancong dari satu destinasi ke destinasi lain. Contohnya

laluan bas tersebut adalah dari Bandar Lumut ke Taman Paya Bakau dan seterusnya ke Teluk

Batik, dimana pelancong yang datang boleh bermandi air laut dan berkelah di tepi pantai. Bot

menyusuri sungai untuk melihat keindahan Paya Bakau yang terdapat di Seri Manjung ini perlu

diadakan bagi memberi peluang kepada pegunjung untuk merasai aktiviti ekopelancongan selain

berjalan kaki di atas laluan yang disediakan.

Pembangunan pelancongan yang dijalankan seharusya tidak mengenepikan komuniti

tempatan dan memberi mereka peluang untuk terlibat sama di dalam memajukan

Page 29: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

ekopelancongan Taman Paya Bakau. Taman Paya Bakau Seri Manjung mempunyai potensi yang

besar untuk menggamit lebih ramai pengunjung kerana lokasinya yang strategik. Pelancong yang

datang ke Lumut dan Teluk Batik seharusnya juga datang ke Taman Paya Bakau kerana

kawasannya adalah berhampiran.

Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkepentingan iaitu kerajaan, industri dan

masyarakat harus ada jika mahu pembangunan tersebut terus mampan dan tidak menjejaskan

alam sekitar. Pembangunan ekopelancongan adalah perlu kerana ekopelancongan adalah

perjalanan yang menghayati alam sekitar, pelancong yang datang akan merasa selesa, jauh dari

kesibukan kota, dapat menghirup udara yang segar, justeru itu ianya penting dan perlu

dikekalkan bagi ganerasi akan datang juga. Oleh yang yang demikian, pembangunan yang

dijalankan haruslah menepati prinsip-prinsip ekopelancongan dengan memberikan faedah kepada

komuniti dan tidak menjejaskan alam sekitar.

RUJUKAN

Page 30: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah, Katiman Rostam, Mastura Mahmud, Ekhwan Toriman, Mohd Fuad Md Jali, Mokhtar Jaafar, Nor Azian Ali, Shahruddin Ahmad

& Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999. Teknik-Teknik Dalam Geografi. Bangi : Pusat Pengajian Jarak Jauh.

Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md. Jahi, Asmah Ahmad & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Mendefinisi Semula Makna Kualiti Hidup Masyarakat Bandar dalam Konteks Ilmu Sosial. Malaysian Journal of Environmental Management 7 :19-23

Azima Abdul Manaf, Er Ah Choy, Rosniza Aznie Che Rose, Suhana Saad & Noordeyana Tambi. 2010. Prospect and Development of Bukit Fraser as Ecotourism Destinateor. Dlm. Jumaat H. Adam, Muhammad Barzani Gasim, Zaini Sakawi, Er Ah Choy, Zulfahmi Ali Rahman, Noordeyana Tambi, Mohd Afiq Aizat Juhari (pnyt.) Bio-kejuruteraan, Penilaian Ekosistem dan Spesis 2010, hlm 203-214. Subang Jaya: Straits Digital Sdn Bhd.

Bailey, K. D. 1984. Methods of Social Research. New York: The Free Press.Er Ah Choy. 2001. Peluang dan peranana kerajaan dalam pembangunan ekopelancongan di

Bukit fraser, Pahang. Dlm. A.Latif, Zuriati Zakaria, Zaidi M. Isa, Kamaruddin Mat Salleh, Noorazuan Md hashim, Laili Md Din (pnyt.) Bukit Fraser: Persekitaran Fizikal, Biologi dan Sosioekonomi. hlmn 331-355. Bangi Selangor: Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Joriah Rade. 2012. Taman Monyet. Temu bual, 9 April 2012.Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Perak. 2012. Logo rasmi Melawat Perak.

http://www.perak.gov.my [ 14 Februari 2012]Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung. Peta Daerah Manjung.

http:// pertanianmjg.perak.gov.my/   [15 Februari 2012]Laman Web Google. 2012. http://maps.google.com [ 3Mac 2012]Marson, J. 1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed. Quantitative

Research Methods: A Guide Book And Resousrce. London: John Wiley & Sons, inc.85-88.

Rosniza Aznie Che Rose. 2011. Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di Pulau Pangkor. Malaysian Journal of Society and Space 7 Special Issue: social and Spatial Challenges of Malaysian Development: 155-168

Suliati Asri. 2012. 10 Ikon Pelancongan Perak. Harian Metro.Yahaya Ibrahim, Sulong Ahmad & Habibah Ahmad. 2008. Pelancongan Malaysia : Isu

Budaya, Komuniti dan Persetempatan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

LAMPIRAN

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

1 Umur : _____________ 6 Jantina:Lelaki [ ]

Perempuan [ ]

2 Status perkahwinan: 7 Bangsa:Bujang [ ] Melayu [ ]

Berkahwin [ ] Cina [ ]

Duda/janda [ ] India [ ]

Lain-lain: __________________

Page 31: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

3 Bil isi rumah: _______ orang 8 Pendapatan sebulan: __________

4 Agama: 9 Taraf pendidikan:Islam [ ] PMR [ ]

Budha [ ] SPM [ ]

Hindu [ ] STPM/ setaraf [ ]

Kristian [ ] Diploma/Ijazah/PhD [ ]

Lain-lain: _________________ Lain-lain : _________________

5 Pekerjaan: 10

Negeri Asal: _______________

Sendiri [ ]

Kerajaan [ ] 11 Tempoh menetap di daerah ini:

Swasta [ ] _________________ tahun

Tidak bekerja [ ]

Pencen [ ]

Lain-lain: ____________________

BAHAGIAN B: PENGETAHUAN AM

1 Adakah anda mengetahui maksud ekopelancongan?

Ya Tidak

2 Dari manakah anda mengetahui mengenai ekopelancongan?

Televisyen Iklan Agensi pelancongan

Radio Kempen NGO

Internet Perundangan Kerajaan

Lain-lain : _____________________________

BAHAGIAN C: PENYERTAAN MASYARAKAT 1 Adakah anda pernah terlibat dengan mana-mana program/aktiviti ekopelancongan di Lumut Perak?

Ya [ ], nyatakan:______________________________________________________Tidak [ ]

2 Adakah anda pernah ditawarkan oleh mana pihak untuk program pembangunan ekopelancongan Lumut?

Ya [ ], nyatakan:______________________________________________________Tidak [ ]

Page 32: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

BAHAGIAN D: IMPAK PEMBAGUNAN EKOPELANCONGAN

Berdasarkan ukuran dibawah, berikan persepsi anda mengenai tahap kepuasan terhadap penjagaan kawasan ekopelancongan di Lumut Perak dengan menandakan [ / ] dalam ruang yang disediakan.

Perkara Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak

Setuju

Sangat Tidak Setuju

Skor 5 4 3 2 1

Bil Perkara 5 4 3 2 1

EKONOMI

1 Kadar pengangguran semakin berkurang

2 Peningkatan taraf hidup

3 Harga tanah di kawasan yang semakin meningkat

4 Harga barang semakin mahal

5 Peluang pekerjaan di sektor pelancongan semakin bertambah

6 Adakah alam sekitar menjadi pemangkin sumber ekonomi kepada masyarakat tempatan?

7 Segelintir penduduk sahaja yang terlibat dengan aktiviti ekopelancongan

8 Lebih banyak penambahbaikan infrastruktur diadakan

Bil Perkara 5 4 3 2 1

ALAM SEKITAR

9 Dalam masa beberapa tahun akan datang, masalah pencemaran akan berlaku disebabkan aktiviti pelancongan yang dijalankan.

10 Pelancong menjaga kebersihan kawasan ekopelancongan

11 Udara menjadi semakin panas kesan aktiviti manusia

12 Kebersihan air laut semakin tercemar

13 Kadar pencemaran bunyi semakin

Page 33: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

meningkat

SOSIOBUDAYA

14 Masalah sosial semakin meningkat

15 Budaya dan nilai-nilai murni dapat diterapkan di dalam diri masyarakat

16 Terpengaruh dengan budaya luar (seperti: pergaulan bebas, punk, black metal dll)

17 Dengan adanya pelancong dari luar, kita boleh bertukar pandangan

18 Kadar jenayah semakin meningkat dibandar ini

19 Hubungan antara komuniti semakin baik berikutan kerjasama untuk menjayakan ekopelancongan

20 Kedatangan pelancong yang ramai menyebabkan kesesakan kawasan sekitar

21 Kedatangan pelancong asing dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan komuniti setempat

22 Tahap keselamatan kawasan ekopelancongan terjamin.

23 Gaya hidup penduduk setempat dipengaruhi oleh gaya hidup pelancong

BAHAGIAN E: PANDANGAN UMUM

Tuliskan jawapan diruang yang disediakan

1 Pada pandangan anda sebagai penduduk tempatan, apakah infrasturuktur/kemudahan yang perlu di tambah atau dibaiki?

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

2 Cadangan anda apakah usaha yang harus diambil oleh pihak berkepentingan untuk memajukan lagi kawasan ekopelancongan di Lumut Perak?

Page 34: Latihan_Kerja_Kursus_3_Dis_2012)

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

3 Lain-lain:

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA