M2 (i) Basirah - Pemulihan Kelas Biasa

Embed Size (px)

Citation preview

MINGGU 2 (i)PENGELOLAAN & STRATEGI PEMULIHAN DALAM KELAS BIASADisediakan Oleh : Basirah binti Yaacob Unit J2

PENGENALANPendidikan Pemulihan : satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi masalah pendidikan yang timbul, khasnya bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran serta tercicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan.

DEFINISI PEMULIHANMenurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983:371 : satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran. Menurut Pringle (1966) :pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Menurut Kamus Dewan : pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak

demi mencapai tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. diberikan kepada murid yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas.

Kelas biasa

Kelas khas

PENGELOLAAN PENGAJARAN PROGRAM PEMULIHAN

diuruskan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas dijalankan. masa khas tidak diperuntukkan . pelajar yang lain akan menjalankan aktiviti pengayaan . mereka yang lebih cerdas dan berkebolehan atau telah menguasai kemahiran sepenuhnya didorong untuk membantu, membimbing mereka yang menghadapi masalah dengan aktiviti pengukuhan.

PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN

mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan. menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan. menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. menyediakan bahan dalam sesi pemulihan. menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan. mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Pengelolaan Pengajaran Pemulihan dalam Kelas Biasa meliputi:1. Menentukan objektif pengajaran Objektif pengajaran pemulihan haruslah ditentukan. Objektif biasanya berdasarkan kepada punca masalah yang murid hadapi. Perancangan langkah-langkah mengajar berdasarkan objektif pengajaran yang ditentukan. Langkah-langkah disusun daripada yang konkrit kepada yang abstrak serta menggunakan pelbagai aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai.

2. Merancang langkah-langkah dan strategi

3. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan

4. Membuat penilaian

Pengajaran berdasarkan kepada perancangan yang dibuat. Semasa aktiviti P&P dijalankan, murid-murid lain akan menjalani aktiviti pengayaan. Murid yang cerdas & berkebolehan menolong murid yang bermasalah membuat aktiviti pengukuhan. Penilaian boleh dijalankan dengan tiga cara; 1. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid. 2. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru. 3. Pemeriksaan hasil kerja murid.

LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN KELAS BIASA

Mengenal pasti murid- Perhati murid - Temu ramah - Ujian saringan

Menganalisis masalah- Ujian diagnostik - Masalah kecacatan

Membuat rancangan pengajaran

Tindakan susulan

Membuat Ujian dan penilaian

Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

Proses pengelolaan sesi pemulihan

Langkah-langkah Proses Pengelolaan Sesi Pemulihan Kelas BiasaProgram pemulihan dijalankan dalam kelas biasa. Murid-murid lain membuat latihan atau menjalankan aktiviti pengayaan. Masa pengajaran 10-15 minit. Langkah-langkah pengajaran seperti berikut;

Pengajara n guru

Pembelajaran murid

Latihan lisan/ bertulis

Ujian dan penilaian

Langkah-langkah pengajaran pemulihan

Aktiviti Penilaian Program Pemulihan 1.

2. 3.

Tiga cara: pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran pelajar. soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru. pemeriksaan hasil kerja pelajar selepas aktiviti pengukuhan.

Semua keputusan penilaian ini harus direkodkan secara individu dalam satu borang rujukan.

STRATEGI PENGAJARANPEMBELAJARAN PEMULIHAN

Boleh dibahagikan kepada 2 strategi:

Secara kumpulan

Secara individu

Kaedah Kumpulan

Murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan ataupun perbezaan minat. Lebih mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai tahap kelemahan yang sama. Jadi, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah. Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

Kaedah Individu

Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan banyak mulut daripada murid semasa mengajar. Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

Kaedah Rakan Sebaya

Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, bolehlah menggunakan kaedah ini. Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan.

Rujukan

http://www.slideshare.net/shyh193/konseppemulihan-autosaved-7487120 http://permatajelapang.blogspot.com/2009/02/ perancangan-strategik-kelas-pemulihan.html http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/07/22/ka edah-pengajaran-pemulihan/