Upload
hoangbao
View
260
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL MPK BIL : 83 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
KEBENARAN MERANCANG PONDOK
PENGAWAL DI KAWASAN MAJLIS
PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 10
8.0 SYARAT ASAS SKIM PEMBANGUNAN KOMUNITI
BERPENGAWAL 12
9.0 PENUTUP 13
10.0 LAMPIRAN 14
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Oleh yang demikian, diharap dengan penghasilan Manual ini dapatlah
dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada warga MPK
serta warga Klang Dengan penghasilan Manual ini juga, dapat
memperjelaskan bahawa pentingnya peranan kita sebagai PBT,
mahupun individu itu sendiri dalam mewujudkan satu kawasan
kediaman dan persekitaran yang selamat dan selesa untuk didiami.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya
Manual Garis Panduan Permohonan Kebenaran
Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis
Perbandaran Klang ini telah dapat diterbitkan. Ucapan
syabas juga kepada semua yang terlibat dalam menyumbang idea-
idea dalam menghasilkan Manual Garis Panduan Permohonan
Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis
Perbandaran Klang bagi Edisi Pertama ini. Buku " Manual Garis
Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di
Kawasan Majlis Perbandaran Klang " merupakan garis panduan edisi
pertama yang diterbitkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan
permohonan pondok pengawal di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
Tujuan garis panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan
kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual
Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-
undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan
sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Garis Panduan Bandar Selamat edisi pertama.
Adalah diharapkan agar apa yang dirancang akan menepati matlamat
penghasilan buku ini.
Wassalam.
En. Zailani Bin Panot
Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
1.3 Menyediakan satu manual khusus bagi permohonan Kebenaran
Merancang pondok pengawal untuk skim perumahan sedia ada.
1.4 Menyelaraskan tatacara permohonan Kebenaran Merancang
bagi memberi kemudahan kepada persatuan penduduk untuk
mendapatkan kelulusan pembinaan pondok pengawal daripada
Majlis.
1.5 Menentukan Kriteria lokasi – lokasi yang sesuai dan dibenarkan
untuk pembinaan pondok pengawal.
1.6 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu
dipatuhi bagi pembinaan pondok pengawal.
2.0 LATAR BELAKANG
Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis
Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah
pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.
Permintaan ke atas permohonan pondok pengawal, semakin
mendapat sambutan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
6
Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang
mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan
Majlis Perbandaran Klang sendiri. Bagi melaksanakan permohonan
pondok pengawal ini, garispanduan ini mengandungi perkara-perkara
utama seperti tujuan, definisi, sumber kuasa, skop kerja, proses kerja
dan syarat asas skim pembangunan komuniti berpengawal.
3.0 DEFINISI
Skim perumahan berpengawal adalah :
Satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan atau
sebahagian didalam skim - skim perumahan sediada ada atau baru
yang pegangan tanahnya berhakmilik individu (individual land title).
Skim ini menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan
samada dengan atau tanpa pondok pengawal dan dari segi undang-
undang ianya tidak boleh mempunyai halangan fizikal di atas
jalan awam dan menguatkuasakan sebarang sekatan keluar
masuk kepada penghuni dan orang ramai.
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG
TIMBALAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA
PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA (KLANG UTARA)
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA (KLANG SELATAN)
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
PENGUATKUASA
PEMBANTU AM
PEJABAT
PEMBANTU AM
PEJABAT
KETUA BAHAGIAN
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
i. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
ii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
iii. Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
iv. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
v. Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
vi. Perkeliling / Arah daripada Yang DiPertua/Setiausaha
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pengarah Perancang Bandar
Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta mengesahkan
surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar memantau
surat-surat yang diterima dan menyemak surat jawapan. Selain
itu, menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat
yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu
Tadbir menguruskan surat jawapan keluar. Pengarah Perancang
Bandar akan menjalankan lawatan tapak sekiranya perlu.
6.2 Pegawai Perancang Bandar
Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain
berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar
akan menjalankan lawatan tapak sekiranya perlu dan
menyemak ulasan yang disediakan oleh Penolong Pegawai
Perancang Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas kepada
surat-surat yang diterima daripada orang awam dan
menyediakan kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang
berkaitan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
9
6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar
Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain
yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-
surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan
menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah
sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan
kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.
Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul,
menyelia maklumat serta data, menyediakan laporan dan
ulasan teknikal ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat
permohonan.
6.4 Juruteknik Perancang Bandar
Menjalankan lawatan tapak dan menyediakan laporan tapak
berdasarkan maklumat gunatanah sediada dan maklumat
arahan pegawai. Juruteknik Perancang Bandar juga melukis
Pelan Pertapakan dan sebagainya mengikut arah pegawai.
6.5 Pembantu Tadbir
Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat
Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,
menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk
bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak,
panggilan mesyuarat, maklumbalas dan sebagainya.
6.6 Pembantu Penguatkuasa
Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik
ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti
tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang. Selain
itu, membantu mengedarkan notis penduduk berjiran.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
10
7.0 PROSES KERJA
Carta alir proses kerja permohonan pondok pengawal di kawasan Majlis
Perbandaran Klang seperti berikut:-
TIDAK
LENGKAP
LULUS/LULUS BERSYARAT
PEMOHON
LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN
JABATAN
TEKNIKAL
TERIMA LENGKAP
SURAT
ULASAN/SOKONGAN
JABATAN TEKNIKAL
DARI OSC
PEMOHON MENGEMUKAKAN
PERMOHONAN KM DI OSC
SEMAK PERMOHONAN DI OSC
LENGKAP PEMOHON
TERIMA PERMOHONAN
DARIPADA OSC
SEDIAKAN KERTAS KERJA
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC
KELUAR SURAT MAKLUMAN
KEPUTUSAN KEPADA
PEMOHON
KEPUTUSAN
TERIMA DOKUMEN UNTUK
TUJUAN PENGESAHAN
SEDIAKAN SURAT IRINGAN
BORANG C(1) DAN COP LULUS
PELAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
11
7.1 Penerimaan Permohonan
Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak
permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap
permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di
tolak.
Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak
OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika
belum ada rekod berhubung tanah tersebut.
7.2 Membuat Lawatan Tapak
Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan
berdasarkan maklumat sediada atau laporan tapak.
7.3 Penyediaan Kertas Kerja
Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan
kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.
Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
7.4 Keputusan Mesyuarat
Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan
mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.
7.5 Kelulusan
Surat iringan Borang C(1) dan cop lulus pelan dan diserahkan kepada
pemohon.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
12
8.0 SYARAT ASAS SKIM PEMBANGUNAN KOMUNITI BERPENGAWAL
8.1 Hanya dibenarkan di kawasan tadbiran Pihak Berkuasa
Tempatan/kawasan Bandar khususnya kawasan yang kurang
selamat (kadar jenayah tinggi).
8.2 Tidak dibenarkan jika kawasan kejiranan tersebut terdapat
komponen – komponen kemudahan awam seperti sekolah,
masjid, dewan, kawasan laluan utama pengangkutan awam dan
sebagainya.
8.3 Tiada had minima atau maksima bilangan unit kediaman dalam
sesebuah skim guarded neibourhood.
8.4 Hendaklah dimaklumkan kepada PBT melalui Persatuan
Penduduk (RA) berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan.
8.5 Premis kediaman hendaklah telah mendapat perakuan
Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO).
8.6 Perlu mendapatkan persetujuan MAJORITI (85%) penduduk –
(tanpa sebarang paksaan atau tekanan).
8.7 Pembinaan pagar (perimeter fencing) tidak dibenarkan.
8.8 Syarikat kawalan keselamatan yang dilantik hendaklah berdaftar
dengan Kementerian Dalam Negeri.
8.9 Pelepasan ATAU pembubaran skim ini kepada status asal
hendaklah dimaklumkan oleh persatuan penduduk kepada PBT.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
13
9.0 PENUTUP
Manual garis panduan ini digubal bagi membantu PBT dan pemaju
dalam merancang, mengawal dan memantau pembangunan ‘Gated
Community’ (GC) agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip
perancangan.
Garis panduan ini juga boleh dijadikan rujukan oleh kejiranan sedia
ada dalam menubuhkan skim ‘Guarded Neighbourhood’ (GN). Adalah
menjadi hasrat Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar Manual
Garis Panduan yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak terlibat
termasuk, PBT dan agensi bertanggungjawab dalam menyediakan
pondok pengawal di kawasan kediaman.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
14
10.0 LAMPIRAN
SENARAI SEMAK
BAHAGIAN A – Klasifikasi Pembangunan Yang Dibenarkan
Bil Perkara Tanda Catatan
1. Dalam Kawasan Pentadbiran Majlis
2. Mendapat Persetujuan (85%) Penduduk Terlibat
3. Tiada Kemudahan Awam Dalam Skim Yang
Dipohon
4. Tiada Akses Yang Menghubungkan Laluan Di Tapak
Cadangan Dengan Tapak Bersempadan
BAHAGIAN B – Semakan Dokumen
Bil Perkara Tanda Catatan
1. Surat Permohonan Rasmi Kepada (Jabatan
Perancang Bandar)
2. Borang A (perlu dilengkapkan oleh pemohon)
3. Format Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
(Perlu dilengkapkan oleh pemohon)
4. Bayaran Fi Kebenaran Merancang dan Penyediaan
Pelan Susunatur (RM200.00)
5. Salinan Surat Pendaftaran Persatuan Penduduk
(RA)
6. Borang Persetujuan (85%) Penduduk Dalam Skim
(seperti format yang disediakan)
7.
Gambar Tapak (Gambar Pintu Masuk & Jalan
Masuk Utama, Pondok Pengawal, Penghadang
dan Sekitar Kawasan)
8. Surat Perlantikan Syarikat Kawalan Keselamatan
(Syarikat hendaklah Berdaftar dengan KDN)
9.
Lakaran Pelan Kawasan (Menunjukkan Dengan
Jelas Sempadan Kawasan Dipohon dan
Kedudukan Pondok Pengawal & penghadang)
BAHAGIAN C – Semakan Pelan (Untuk Kegunaan Pejabat)
Bil Perkara Tanda Catatan
1. 45 Salinan Pelan Susunatur Saiz A3
(termasuk 4 salinan saiz A1)
Pegawai Bertugas : ------------------------------------------------------------------------ Tarikh : ------------------------------------------------------------------------ Tandatangan : ------------------------------------------------------------------------
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
15
SURAT PERMOHONAN
Surat Kami :
Surat Tuan :
Tarikh :
Pengarah Perancang Bandar,
Majlis Perbandaran Klang,
Jabatan Perancang Bandar,
Tingkat 1, Pusat Perniagaan Raya Barat,
Jalan Raya Barat,
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan/Puan,
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI CADANGAN SKIM PEMBANGUNAN
KOMUNITI BERPENGAWAL ’GUARDED NEIGHBOURHOOD’ BAGI SKIM
PEMBANGUNAN SEDIADA DI KAWASAN PERUMAHAN TAMAN
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, setelah mendapat pandangan dan nasihat
beberapa pihak, Persatuan Penduduk .................................................................... No.
Pendaftaran ............................................ bercadang untuk mengadakan skim pembangunan
berpengawal bagi kawasan perumahan kami Taman ......................Jalan
...................................., Mukim Klang/Kapar, Daerah Klang Selangor Darul Ehsan.
3. Tujuan perancangan ini dibuat adalah kerana ingin memastikan keselamatan
penduduk taman berada di dalam keadaan yang selamat, selesa dan aman. Oleh yang
demikian kami mencadangkan satu pondok pengawal untuk diletakkan di
.................................................... dan pemasangan pagar yang melibatkan Jalan
...................................................................................................................................................
4. Bersama- sama dengan ini dilampirkan dokumen – dokumen yang berkaitan
merujuk kepada senarai semakan dan bayaran Fee Kebenaran Merancang berjumlah RM
200 untuk tindakan pihak Puan selanjutnya.
Sekian Terima Kasih.
Yang Benar,
............................................. (...........................................) Pengerusi / Setiausaha, Persatuan Penduduk, Taman ....................., .................................. No. Tel : ....................
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
16
BORANG PERMOHONAN
TAJUK PERMOHONAN
Permohonan Kebenaran Merancang untuk cadangan Pembangunan Skim _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ MAKLUMAT PERSATUAN PENDUDUK
1. Nama Persatuan : ____________________________
2. No Pendaftaran Persatuan : ____________________________
3. Tarikh Pertubuhan : ____________________________
4. Alamat Surat Menyurat : ____________________________
5. Nama Pemohon : ____________________________
6. Jawatan : ____________________________
7. No.Telefon : ____________________________
MAKLUMAT PERIHAL TANAH 1. No. Lot /PT : ____________________________
2. Tempat : ____________________________
3. Mukim : ____________________________
4. Daerah : ____________________________
5. Keluasan Keseluruhan : ____________________________
6. Jenis Kategori Tanah : ____________________________
7. Syarat Nyata Tanah : ____________________________
8. Sekatan Kepentingan : ____________________________
PERIHAL BANGUNAN
1. Struktur Pondok Pengawal : ____________________________
2. Saiz Pondok Pengawal : ____________________________
PERIHAL PENGHADANG
1. Struktur Penghadang : ____________________________
2. Nama Jalan Yang Terlibat : ____________________________
LOKASI DAN KEADAAN TAPAK
1. Lokasi : ____________________________ 2. Keadaan Tapak : ____________________________
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
17
GUNATANAH SEKITAR 200M RADIUS
1. Utara : ________________________________________
2. Selatan : ________________________________________
3. Timur : ________________________________________
4. Barat : ________________________________________
AKSESIBILITI
Jalan utama yang digunakan untuk ke tapak cadangan / premis : ______________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________________
SENARAI PERSETUJUAN PENDUDUK
SENARAI PERSETUJUAN 85 % PENDUDUK YANG TERLIBAT DALAM SKIM “GUARDED NEIGHBOURHOOD” 1. Bilangan Taman/Fasa perumahan yang terlibat : ________________________________________________________ 2. Bilangan unit rumah yang terlibat dalam skim : ________________________________________________________
BORANG SENARAI PERSETUJUAN PENDUDUK
Bil
No. Rumah (Hendaklah Mengikut Turutan)
Nama Pemilik
Status (Pemilik/Penyewa
/lain-lain)
No. KP No. Tel/HP T/T
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
18
BORANG SENARAI PENDUDUK YANG TIDAK BERSETUJU
Bil
No. Rumah (Hendaklah Mengikut Turutan)
Nama Pemilik
Status (Pemilik/Penyewa
/lain-lain)
No. KP No.
Tel/HP T/T
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang Pondok Pengawal Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
19
PENGESAHAN PERMOHONAN
MAKLUMAT INI ADALAH DISAHKAN BENAR 1. Nama Pemohon : _____________________________
2. Tandatangan : _____________________________
3. Tarikh : _____________________________
KEGUNAAN PEJABAT Perakuan diterima / No Daftar : _____________________________
Tandatangan : _____________________________
Nama pegawai bertugas : _____________________________
Tarikh : _____________________________