Upload
haslia
View
107
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PnP
Citation preview
1
KRB 3053
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SR
NAMA PENSYARAH: EN ZAINI BIN ABDULLAH
KUMPULAN : UPSI 05
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
NO.ID
NO.TELEFON
ROZIMAH BINTI YUSOFF
D20102043099
019-2227798
TARIKH SERAH: 17 NOVEMBER 2013
TUGASAN INDIVIDU 1 (20%)
MAKROPENGAJARAN
2
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN
3
2.0 PENGENALAN
4
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BM
3.1 PERINCIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
3.2 STRATEGI P&p KONSTRUKTIVISME
3.3 PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID
3.4 PENGAPLIKASIAN KEM BERNILAI TAMBAH
3.5 ISU-ISU YANG DAPAT DIATASI
3.6 PENGURUSAN PERSEKITARAN
3.7 MENILAI PEMBELAJARAN
5
8
8
10
11
12
13
14
4.0 KESIMPULAN 15
5.0 BIBLIOGRAFI 16
LAMPIRAN 1 – LAMPIRAN 4
17-22
3
1.0 PENGHARGAAN
بسم هللا الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Pertama kali syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapat saya menyiapkan tugasan untuk semester 6 saya ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu
saya melaksanakan tugasan saya ini secara langsung atau pun tidak langsung.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Zaini Bin Abdullah selaku
pensyarah dan pembimbing atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya,
buat semua kawan-kawan saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan
dan dorongan mereka sehingga saya dapat menyiapkan kerja saya ini. Saya juga
ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan
dalam tugasan saya ini. Segala kekurangan harap dimaafkan, sesungguhnya yang
baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..
Sekian.Terima kasih…
4
2.0 PENGENALAN
Rancagan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu rekod khas yang perlu disediakan
lebih awal sebelum guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran
Harian ini dibina sebagai panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan
efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan amat berguna agar guru dapat menyampaikan
input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah
membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. RPH yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan dan juga berdasarkan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohammad (2012) dalam Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu menyatakan bahawa rancangan pengajaran harian merupakan susunan
perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru dengan bantuan alat dan bahan
yang sesuai dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Rancangan pengajaran merupakan
perancangan tentang apa-apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua
waktu pengajaran. Dalam penulisan rancangan pengajaran, guru perlu menggunakan strategi
tertentu untuk mencapai objektif pengajaran.
Dalam usaha menyampaikan maklumat dan pengetahuan bahasa, seseorang guru
menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik bagi membolehkan murid-murid
memahami dan menggunakan ilmu yang diajarkan dengan betul dan dimanfaatkan dalam
kehidupan seharian. Justeru itu bagi membantu guru-guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, seseorang itu guru perlu merancang dan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik mengikut prosedur yang disebut sebagai
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Berikut ini ialah contoh Rancangan Pengajaran Harian
(RPH).
5
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
Kelas : 6 Arif
Bilangan murid : 35 orang
Tarikh : 17 Oktober 2013
Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi
Tema : Semangat Patriotisme
Tajuk : Negaraku Bertuah
Fokus Utama : 11.2 Aras 2 ( ii ) Mengemukakan pendapat tentang mesej dan
nilai yang terdapat dalam bahan.
Fokus Sampingan : 5.2 Aras 3 ( i ) Membaca teks pelbagai laras dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai
Objektif : Pada akhir pengajaran ini , murid-murid dapat:
i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Murid dapat mencari dan menyenarai nilai-nilai murni
yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.
iii. Murid dapat menulis lima nilai murni dan huraiannya
berdasarkan petikan.
Sistem Bahasa : Penanda wacana
Kemahiran Bahasa : mendengar, membaca, bertutur dan menulis
Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral, Kajian Tempatan.
Nilai Murni : Menghormati, patriotisme, menghargai
6
Kemahairan Bernilai Tambah
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan
Kecerdasan pelbagai : kinestetik, intrapersonal,
Bahan bantu Mengajar : Komputer, senikata lagu „Tanggal 31‟ petikan
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat sambutan kemerdekaan yang diadakan di
sekolah atau sambutan kemerdekaan negara .
Langkah/
Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
5 Minit
Tayangan slaid gambar-
gambar kejayaan dan
pembangunan di Malaysia.
Guru menanyakan soalan
kepada murid
i. Sudah berapa tahunkah
Malaysia mencapai
kemerdekaan ?
ii. Apakah kejayaan yang
dicapai oleh Malaysia ?
Murid menyanyi lagu
“Saya anak Malaysia”
i. Murid melihat tayangan
slaid tentang sambutan Hari
Kemerdekaan.
ii. Murid disoal secara rawak
tentang slaid yang
ditunjukkan.
iii. Guru mengaitkan dengan
tayangan slaid tersebut
dengan tajuk pelajaran.
iv. Murid menyanyikan
lagu „Saya anak
Malaysia”
KB
Menghubungkait
Inferens
BCB
Kemahiran
mendengar
BBM
Slide gambar
Radio, senikata
lagu.
Teknik soal
jawab
Langkah1
15Minit
i. Guru mengedarkan
petikan bertajuk “
Negaraku Bertuah”
ii. Murid membaca senyap
iii. Membaca dengan
intonasi yang betul.
i. Murid dikehendaki
membaca senyap petikan.
ii.Murid dipilih rawak untuk
membaca kuat petikan
dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Iii. Murid lain dikehendaki
mendengar dan meneliti
teks sambil memahami
teks tersebut.
BCB
Mengumpul
Mencatat
BBM
Teks petikan
7
Langkah 2
20 minit
i.Membuat carian di
internet.
ii. Menyenarai nilai murni
yang terdapat dalam
sukatan pelajaran tahun 6
iv.
i. Murid dibahagikan kepada
8 kumpulan..
ii. Setiap kumpulan diminta
untuk membuat carian di
internet berkaitan nilai
murni .
iii. Murid menyenarai
seberapa banyak nilai
murni yang telah didapati
melalui carian di internet.
v.
iv Murid menggunakan
perisian power point bagi
menyenaraikan nilai yang
telah didapati.
Pembelajaran
berpusatkan
murid
KBT
TMK
KB:
Menyenarai
Menjana idea
BCB
Memproses dan
melaporkan
maklumat
BBM:
Teks petikan.
komputer
Langkah 3
15 minit
i.Perbincangan dalam
kumpulan.
ii.Murid-murid melakukan
pembentangan berkaitan
dengan nilai yang
terdapat dalam petikan.
iii.Murid digalakkan
membuat perbentangan
menggunakan perisian
power point
i.Murid berada dalam
kumpulan masing-masing
untuk membuat
perbincangan.
ii.Murid membuat rumusan
nilai yang terdapat dalam
petikan dengan menulis
lima nilai beserta huraian
dalam petikan
iii. Setiap kumpulan
membentangkan hasil
perbincangan
berpandukan petikan.
iv.Guru bersoal jawab dan
bertanya soalan hasil
perbincangan murid
dalam kumpulan dan
memberikan ulasan
pembentangan setiap
kumpulan.
KB
Menjana idea
Membuat
inferens
Menghubungkait
KBT
TMK
BCB
Melaporkan
maklumat
BBM
Teks petikan
Lembaran kerja
komputer
8
Penutup
5 minit
Rumusan isi pelajaran
Nilai-nilai murni
Nyanyian lagu „Saya anak
Malaysia”
Guru merumuskan isi
pelajaran.
i.Murid diminta menyatakan
semula nilai yang terdapat
dalam petikan.
ii. Murid-murid
menyanyikan lagu
„Saya anak Malaysia”
Nilai murni:
Menghargai
Menghomati
Bersukur dan
bekerjasama.
BBM
Video lagu
“Saya anak
Malaysia”
3.1 PERINCIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Dalam usaha meningkatkan prestasi murid bagi membolehkan murid- murid memahami dan
menggunakan ilmu yang diajar dengan betul dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian maka
para guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu, para
guru perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik mengikut
prosedur yang ditetapkan. Bagi mencapai objektif pembelajaran RPH di atas beberapa kaedah
pembelajaran dan pendekatan pengajaran digunakan.
3.2 Strategi Pengajaran dan pembelajaran Konstruktivisme
Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dipilih bagi merencana proses pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011) strategi pengajaran dan pembelajaran
konstruktivisme yang amat popular ialah koperatif dan kolaboratif. Pembelajaran koperatif ialah
pembelajaran dalam kumpulan kecil. Murid-murid bekerjasama, membantu sesama sendiri bagi
memenuhi kehendak tugasan individu dan kumpulan. Pembelajaran koperatif menggalakkan
murid yang mempunyai pelbagai kebolehan berinteraksi dan bekerjasama untuk mengetahui
sesuatu konsep atau kemahiran bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk rakan-rakan yang
lain.
9
Kelebihan yang terdapat dalam Pembelajaran Secara Kontruktivisme ialah :-
i. Berfikir - Murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapai pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Dalam konteks ini jelas dalam langkah ketiga RPH murid berbincang dalam
kumpulan bagi menjana idea bagi menetapkan nilai yang terdapat dalam petikan
seterusnya menulis ulasan tentang nilai dalam petikan.
ii. Faham - Meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas
apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baharu. Setiap
murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan
yang baharu dalam kehidupan dan situasi baharu.
Dalam hal ini, berdasarkan RPH dalam langkah 1, murid terlebih dahulu diminta
untuk membaca petikan untuk memahami isi penting dalam petikan. Seterusnya,
setelah membuat carian internet berkenaan nilai-nilai , murid-murid dapat
mengaplikasi pengetahuan yang baharu dalam meneruskan langkah ketiga iaitu
menetapkan nilai dalam petikan seterusnya menulis ulasan dalam satu perenggan
berkenaan nilai yang terdapat dalam petikan.
iii. Ingat - Setelah memahami sesuatu konsep, murid dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
Dalam konteks ini, setelah mendapat maklumat baharu dengan membuat carian di
internet, murid dapat mengingat lebih lama maklumat tersebut kerana terlibat secara
aktif dalam membina pengetahuan baharu.
iv. Kemahiran sosial - Murid yang mempunyai sosial yang tinggi boleh bekerjasama
dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran
sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam
membina pengetahuan mereka.
10
Berdasarkan RPH yang dibina teknik perbinvangan dalam kumpulan sememangnya
memerlukan kemahiran sosial yang tinggi agar dapat bekerjasama serta berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru dalam menyelesaikan tugaan.
v. Seronok - Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri
pengetahuan, konsep dan idea secara aktif.Oleh sebab itu, murid-murid lebih faham.
Apabila faham mereka lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang
hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Dalam konteks ini, murid-murid dalam langkah pertama, kedua dan ketiga telah dapat
membina pengetahuan baharu melalui aktiviti seperti membaca, mencari maklumat
dalam internet dan perbincangan serta pembentangan hasil dapatan . Apabila murid-
murid ini dapat maklumat baharu mereka akan seronok untuk meneruskan langkah
pengajaran yang berikutnya.
3.3 Pembelajaran Berpusatkan Murid
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohammad (2012) dalam Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu menyatakan bahawa pembelajaran berpusatkan murid berupaya meningkatkan
penglibatan koperatif, kolaboratif, masteri dan konstekstual secara dinamik di dalam bilik darjah.
Melalui pembelajaran berpusatkan murid, di dalam bilik darjah guru bertindak sebagai pemimpin
yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran Menurut Tuan Jah Tuan
Yusof (2011) dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengatakan bahawa
pembelajaran berpusatkan murid menekankan tanggungjawab murid sepenuhnya untuk
menentukan hala tuju dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu boleh diklafikasikan dalam tiga jenis iaitu strategi berpusatkan
murid, berpusatkan guru dan strategi berpusatkan bahan. . Dalam RPH yang dibina pembelajaran
berpusatkan murid dipilih bagi mendasari pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan RPH yang telah dibina pembelajaran berpusatkan murid dapat dilihat
melalui teknik perbincangan dalam kumpulan.. Murid-murid diberi masa untuk berbincang
dalam kumpulan. Setelah itu, murid-murid melakukan pembentangan dengan menyatakan nilai
11
atau pengajaran yang terdapat dalam petikan „Negaraku Bertuah‟ Perbincangan dalam kumpulan
ini bertepatan dengan pembelajaran berpusatkan murid kerana murid memainkan peranan yang
penting untuk menggerakkan aktiviti pembelajaran. Di sini peluang interaksi di antara murid
adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong menolong, bekerjasama dan
bertolak ansur dapat dipupuk bagi memastikan perbincangan ini dapat memberikan hasil dapatan
yang bernas.
Di samping itu , terjadi komunikasi dua hala antara murid dengan guru, iaitu guru mnyoal
dan membimbing murid. Dalam membentangkan hasil perbincangan, murid memberi respon
kepada setiap soalan, arahan dan pandangan guru dalam bentuk lisan dan tulisan. Seterusnya
penyampaian guru adalah untuk pembelajaran bermakna , memahami dan membuat kesimpulan.
Dalam hal ini guru terlibat secara langsung dalam fasa set induksi serta penutup bagi
merumuskan pengajaran pada hari tersebut.
Seterusnya strategi pemusatan murid ini mengutamalkan pencapaian objektif pengajarn
dan pembelajaran murid untuk mengembangkan potensi secara menyeluruh dan holistik dari segi
jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) soerti yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan kebangsaan (FPK)
3.4. Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Dalam huraian sukatan pelajaran bahasa Melayu, aspek kemahiran bernilai tambah
mengutamakan pengalaman murid di dalam bilik darjah. Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin
Mohammad (2012) Kemahiran disesuaikan dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid-
murid.Justeru itu kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk menyatupadukan kemahiran lain
supaya memenuhi keperluan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.4.1 Kemahiran Belajar
Ledakan maklumat, menuntut kemahiran pelajar secara efektif dan efisyen dalam pemerolehan
ilmu difahami.Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011) kemahiran belajar adalah kaedah sistematik
dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Kemahiran belajar juga boleh
ditakrifkan sebagai keupayaan dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk
membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan
12
seterusnya menuju ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran belajar atau belajar cara
belajar dapat diteliti dalam fasa set induksi, langkah satu, langkah dua dan langkah tiga dalam
RPH yang dibina.
3.4.2 Kemahiran Berfikir
Beyer (1988) dalam Adenan Ayob dan Khairuddin Mohammad(2012) mendefinisikan
kemahiran berfikir sebagai proses menilai , membuat keputusan dan keaslian sesuatu
pengetahuan, dakwaan, kepercayaan dan perbahasan. Ringkasnya kemahiran berfikir ialah
kecekapan murid dari segi penggunaan akal dalam melaksanakan proses berfikir. Murid yang
terlibat dalam kemahiran berfikir didapati cekap menyusun maklumat, konsep atau idea selain
mampu membuat keputusan dengan lebih tepat untuk bertindak secara berfokus dalam
pembelajaran. Berdasarkan RPH , kemahiran berfikir diserapkan dalam langkah kedua dan
ketiga pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah kedua kemhiran berfikir dalam
menyenaraikan nilai murni dan menjana idea . Dalam langkah ketiga pula murid menjana idea
dengan menghubungkaitkan aspek perbincangan dengan kehidupan seharian.
3.4.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi. (TMK)
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai peranan yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.(Norton dan Winburg(2003) dalam
dalam Adenan Ayob dan Khairuddin Mohammad(2012) . TMK telah membawa perubahan
besar terhadap scenario pengaran dan pembelajaran dis ekolah. TMK membantu murid untuk
meneroka mengakses dan mempersembahkan maklumat dalam pelbagai cara dan bentuk. TMk
juga dapat member peluang kepada murid untuk mengakses, memperkembang, mengubah dan
berkonsi maklumat serta idea baharu mengikut kadar dan kendiri murid-murid.
Bedrsarkan RPH yang dibina kemahiran TMK ini dilihat dalam fasa set induksi iaatu guru
menggunakan komputer untuk memaparkan sambutan kemerdekaan . Selain itu dalam langkah
kedua murid menggunakan komputer untuk membuat carian nilai-nilai murni. dan langkah
ketiga murid-murid menggunakan perisian power point untuk membentangkan hasil kerja.
13
3.5 Isu-isu Yang Dapat Diatasi melalaui strategi pembelajaran
Antara isu-isu atau halangan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah sikap kurang
berminat murid terhadap pelajaran, kurang keyakinan diri serta kesediaan murid. Oleh itu, Mok
Soon Sang (2003) mencadangkan pendekatan berpusatkan murid dilihat mampu mengatasi isu-
isu atau halangan dalam menyampaikan pengajaran. Ini berdasarkan bahawa murid berperanan
menggerakkan pembelajaran untuk mencetuskan situasi pembelajaran yang dinamik di dalam
bilik darjah. Selain itu pendekatan pengajaran ini akan merangsang keseronokan, penglibatan
yang aktif dalam bilik darjah. Hubungan mesra guru dan murid dalam membentangkan hasil
dapatan dalam pembelajaran bahasa yang berpusatkan murid mampu mempengaruhi minat murid
terhadap pelajaran. Oleh yang demikian pembelajaran berpusatkan murid ini berjaya andai
murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, penggunaan
teknologi maklumat (komputer) telah dapat menimbulkan keseronokan dalam pembelajaran.
Selain itu, aktiviti perbincangan dalam kumpulan dapat mengatasi sikap kurang yakin
serta kesediaan murid terhadap pelajaran. Berdasarkan fitrah kanak-kanak itu yang pelbagai,
maka pendekatan berpusatkan murid mampu mengatasi halangan-halangan yang timbul. Semasa
sesi perbincangan ketua kumpulan atau guru akan membahagikan tugas berdasarkan kemampuan
murid-murid. Begitu juga semasa sesi membentangkan hasil dapatan perbincangan murid yang
berkeyakinan akan dipilih untuk membentangkan hasil dapatan manakala murid yang lain boleh
membantu mengendalikan komputer, menyediakan slide power point atau menulis jawapan
lengkap ulasan nilai atau pengajaran untuk diberikan kepada guru untuk dinilai.
3.6 Pengurusan Persekitaran pembelajaran
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) persekitaran merujuk kepada keadaan di
sekeliling atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Robert
M.Gayne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): menyebut pembelajaran ialah perubahan
tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan oleh proses pertumbuhan. Oleh itu pengurusan persekitaran pembelajaran ialah
tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
14
pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat
untuk terus belajar.
Aktiviti perbincangan yang dipilih dalam RPH yang dibina menepati pengurusan
persekitaran pembelajaran . Ini dapat diperjelaskan dengan kewujudan satu keadaan di mana
setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha
menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. Persekitaran pembelajaran yang baik adalah iklim
bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid
dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik
darjah.
3.7 Menilai Pembelajaran.
Penilaian dijalankan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam
sesuatu kemahiran yang telah diajar. Cara penilaian ini merupakan bentuk tidak formal seperti
pemerhatian, bersoaljawab secara lisan, atau berdasarkan latihan yang diberi. Penilaian ttidak
formal ini dinamakan penilaian formatif. Di samping mengesan penguasaan penguasaan murid
terhadap kemahiran pada sesi pengajaran tersebut, penilaian ini digunakan untuk tujuan
pemulihan dan pengayaan.
Menurut Mok Soon Sang (2003) dalam Ilmu Pendidikan untuk KPLI mengatakan
bahawa penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan
keputusan dengan tujuan mengambil tindakana yang sewajarnya.
Berdasarkan RPH yang dibina penilaian dilakukan dengan bersoal jawab tentang hasil
dapatan selepas setiap kumpulan membuat pembentangan. Daripada soal jawab tersebut , guru
dapat menilai murid sama ada telah mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Guru
menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid berfikir dan bertindak balas serta dapat
menghubungkaitkan jawapan mereka berdasarkan situasi sebenar. Selain itu berdasarkan RPH
yang dibina murid diminta menjawab lembaran kerja yang diberi sebagai pengukuhan terhadap
pembelajaran yang dijalankan. Justeru itu guru dapat membetulkan kelemahan dengan serta
merta dan dapat menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam kelas.
15
4.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, pengajaran adalah kegiatan-kegiatan bilik darjah yang tersusun dan
bersistematik, yang diwujudkan khusus untuk pelajar yang bertujuan untuk membolehkan
berlakunya perubahan dikalangan mereka. Kegiatan-kegiatan yang dirancang melalui RPH
adalah diharapkan untuk memberi pengetahuan baharu, mengubah kepercayaan, serta mengubah
tingkah laku. Berdasarkan RPH di atas, dapatlah dirumuskan bahawa guru-guru perlu membuat
perancangan pengajaran seperti yang dihuraikan. Terdapat lima langkah penyediaan pengajaran
dan pembelajaran yang perlu dititikberatkan iaitu fikirkan kemahiran yang akan diajar, objektif
pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti, memikirkan Kemahiran Bernilai(KBT)
tambah yang sesuai dan terakhir teknik dan kaedah yang sesuai dengan murid.
Kaedah atau pendekatan mengajar adalah juga elemen penting dalam proses pengajaran.
Ia harus dapat dikenal pasti dari RPH yang dibina dan dipilih daripada yang terbaik supaya
pengajaran dapat dijalankan melalui proses yang berperingkat melalui satu-satu prosedur tertentu
dan berkesan. Kemahiran, kecekapan dan pengalaman guru dalam menyampaikan maklumat dan
kemahiran terletak kepada RPH yang dibina dan dirancang sebelum guru memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan objektif tercapai dan menimbulkan minat serta
keseronokan kepada murid.murid.
16
Bibliografi
1. Modul Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2. Mok Soon Sang (2003) Ilmu Pendidikan untuk KPLI:Sekolah Rendah (Komponen 1 &
2) . Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.
3. Tuan Jah Tuan Yusof PhD (2011) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah.. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Puchong, Selangor.
4. Shallcross.D.J (1981). Teaching Creative Behavior: How to Teach Creativity to
Children of All Ages, London
5. Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2013). Siri Pendidikan Guru: Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah Alam
17
“NEGARAKU BERTUAH” LAMPIRAN 1
Setelah 56 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan
penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan
ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang
telah dilalui. Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional
pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara
Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di
Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej
negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain
mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang
permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi
produk kebanggaan rakyat Malaysia.
Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan
pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi
selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003
dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007,
angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa
Antarabangsa (ISS).
Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah
yang amat berharga untuk sambutan 56 Tahun Kemerdekaan Malaysia.
Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih
berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan
penjajahan bentuk baru.
Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era
globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat
untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang
diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan
persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan
menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan
kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil,
bertamadun dan beretika.
18
Latihan 1 LAMPIRAN 2
Garis dan cari 5 huraian dalam petikan yang berkaitan dengan nilai murni
Nilai murni
Huraian dalam petikan
bersyukur
semangat patriotisme
tabah
berhati-hati
bertanggungjawab
Latihan 2
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Antara nilai murni yang diperoleh ialah.......................................................
.............................................................................................................................
Selain itu, ...........................................................................................................
.............................................................................................................................
Seterusnya, .........................................................................................................
..............................................................................................................................
Disamping itu, ....................................................................................................
.............................................................................................................................
Akhir sekali, ..........................................................................................................
19
MERCU KEJAYAAN MALAYSIA LAMPIRAN 3
20
21
22
LAMPIRAN 4
LIRIK: SAYA ANAK MALAYSIA
Sembilan belas lima puluh tiga Bulan 5 aku dilahirkan Di sebuah negeri yang diberi nama Negeri Sembilan
Selepas itu aku dibesarkan Di negeri Kelantan Aku belajar di sekolah orang putih Dekat dengan Pasir Puteh
Chorus Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia
Lepas sekolah aku merayau Negeri mat saleh aku merantau Tempat orang indah sekali Tapi Malaysia dekat di hati
Ulang Chorus 2X
Lemah lembut sopan santun Sudah menjadi darah dagingku Walaupun aku nampaknya kutu Aku hormat orang tuaku