Upload
hoangnguyet
View
265
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
MODUL PENDIDIKAN ISLAM
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
PIM 3109
PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Gurui
Notis Hak Kerajaan ii
Kandungan iii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan vi
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) vii
Tajuk 1: Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembela-jaran Pendidikan Islam Mengikut Bidang
1
1.1 Kategori bahan 2
1.2 Keberkesanan bahan 14
Tajuk 2 : Pengajaran mikro dalam pengajaran
pembelajaran Pendidikan Islam24
2.1 Konsep 25
2.2 Kemahiran Asas 29
Tajuk 3 : Perancangan pengajaran mikro 43
Tajuk 4 : Perancangan dan bidang pengajaran
makro Pendidikan Islam 48
Bibliografi 54
Panel Penulis Modul 57
Ikon Modul
KANDUNGANMUKA SURAT
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
PANDUAN PELAJAR
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
PENGENALAN
Modul ini disediakan meliputi kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam Major untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Ia ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat dan menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina berdasarkan proforma PISMP yang memberi fokus kepada tajuk Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Mengikut Bidang, Pen-gajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam, Perancangan pengajaran mikro dan Perancangan dan bidang pengajaran makro Pendidikan Islam
Modul ini merupakan modul satu daripada siri-siri modul PGSR Pendidikan Is-lam. Di dalam modul ini terdapat empat tajuk seperti yang tersebut di atas. Pecahan tajuk-tajuk di dalam modul ini adalah seperti berikut:
1. Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Mengikut Bidang.1.1 Kategori Bahan1.2 Keberkesanan Bahan
2. Pengajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam.2.1 Konsep2.2 Kemahiran Asas
3. Perancangan pengajaran mikro 3.1 Kemahiran set induksi
4. Pengajaran makro Pendidikan Islam4.1 Asas Ulum Syariyyah (Akidah)
Di akhir setiap tajuk ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur se-jauh mana kefahaman pelajar terhadap isi modul. Pelajar dikehendaki menyediakan jawapan kepada soalan-soalan tersebut yang mana akan dibincangkan bersama den-gan pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul ini, pelajar digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.
Adalah diharapkan modul ini dapat menyediakan semua maklumat yang men-
cukupi untuk panduan pelajar bagi menyempurnakan program ini. Perlu diingatkan ba-hawa lulus peperiksaan bukanlah perkara utama program ini, tetapi harapan kursus ini adalah untuk menanamkan minat yang mendalam kepada anda untuk menjadi guru Pendidikan Islam yang sebenar.
ASSALAMUALAIKUM WRH…!Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3109
PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Is-lam
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
Bil. Tajuk/Topik InteraksiBersemu
ka(jam)
Modul(jam)
Jum.Jam
1 Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Mengikut Bidang
7
252 Aplikasi Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8
3 Pembinaan Bahan Sumber 10
4 Pengajaran Mikro Dalam pengajaran pembelajaran pendidikan Islam 5
205 Perancangan pengajaran mikro 3 2
6 Amali Pengajaran mikro 10
7 Perancangan dan bidang pengajaran makro Pendidikan Islam 4 1
158 Amali pengajaran makro mengikut bidang 10
JUMLAH 45 15 60
TAJUK 1 PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG.
SINOPSIS
Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk
pertama mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada
Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)
1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber.
2. mengolah keberkesanan bahan sumber.
KERANGKA TAJUK
1.1 KATEGORI BAHAN SUMBER
1.1.1: PENGENALAN
Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah sekalian !
Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat
atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya
dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi
pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-
alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong
penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh
membantu dalam pengajaran guru. Jenis- jenis alat tersebut ialah bahan
bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.
Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan
selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah
untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi
maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai
media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi,
peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.
Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian
murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap
kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh
guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid
iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah
rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk
memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus
menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan. Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap
sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan
membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang
diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini
melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif
pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan
Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran
manusia yang mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’, Dale
memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang
lebih mudah. Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989.
Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang
pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.1.2: KATEGORI BAHAN SUMBER
Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses
pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan
pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan
bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza
tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid
memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.
Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta
mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang
hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber-
sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan-
bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan
lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di
sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada
proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta,
komputer, gambar rajah dan televisyen.
Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik
untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan
secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya
kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi
lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta
memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu
sendiri.
1.1.2.1: BAHAN BERCETAK
Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai
tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca
secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan
melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.
Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad
katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.
Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di
perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau
pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas
oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat
pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu
ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.
Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang
menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal
dan selalu digunakan.
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan
bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku
yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga
tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran
zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak
terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian
dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk
mengikut peredaran zaman.
Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang
menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal
dan selalu digunakan.
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan
bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku
yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga
tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran
zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak
terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian
dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk
mengikut peredaran zaman.
1.1.2.2: BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid.
Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia
yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul.
Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran
kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.
Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh
menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir
sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu
digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada
masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-
perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut
bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan
ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau
pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.
Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana
mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara
tidak langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah
untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk
membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu
dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini
adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan
bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang
mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian
yang menarik daripada guru dihasilkan.
1.1.2.3: BAHAN MAUJUD
Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan
bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan
maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan
dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud
bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan
yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud.
Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah
alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.
Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan
spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan
bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia
realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup
pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal
daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir
kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.
Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili
kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang
lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu
didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan
spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh
menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan
didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia
ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran,
rasa, sentuhan dan bauan murid-murid
1.1.3: BAHAN MEDIA
Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber dan
ianya boleh dirumuskan seperti gambar rajah di bawah :
Bil Jenis Media/ Bahan Contoh
1. Media/ bahan tayang kaku Transparensi, slaid,
mikrofilem
2. Media / bahantayang bergerak Pita video, CD dan filem
3. Bahan grafik Lukisan, poster, kartun,
carta dan graf
4. Gambar Kaku Gambar foto, kad
imbasan dan poskad
5 Bahan pameran 3 dimensi Model, boneka, diorama
dan pupet
6. Papan pameran Papan kapur, papan
putih, papan flanel dan
papan buletin
7. Media audio Pita kaset, CD dan
komputer
8. Media cetak Modul, buku teks, surat
khabar, majalah dan
risalah.
6. Papan pameran Papan kapur, papan
putih, papan flanel dan
papan buletin
1.1.4: PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai
media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan
para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk
sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan
untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan
kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran
yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran
dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi
pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan
tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan,
umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.
Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan
berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyedian
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran itu, secara ringkas Seperti
gambarajah berikut:
1.1.5: PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN
1.1.5.1: Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran
para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan
keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih
supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program
pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan
sebaliknya.
1.1.5.2 Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah
boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini
bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur
intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan
insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan
haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang
menyeluruh dan bersepadu.
1.1.5.3: Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif.
Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap
orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah
diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari
bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada
kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang
dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya
dengan kehidupan seharian.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah
perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main
peranan di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan
dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan
perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila
berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan
boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat
adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.
Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa
Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa
untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek
sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan
penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti
yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan
yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang
sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat
sendiri.
1.1.5.4: Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar.
Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu
dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan,
tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah
pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran
yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit
pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus
mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi
mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan
pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan
pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran
yang lalu.
Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan
terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan
intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar
memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini
sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh
membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara
intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-
bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas,
berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan
secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor,
termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang
dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.
1.1.5.5: Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.
Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran
tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan
penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan
pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik
dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan,
kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.
Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung
berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi
seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang
menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun
menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara
yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah
hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira
nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-
perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan
menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi
pengajaran bahasa mereka.
1.1.5.6: Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka.
Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya den-
gan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Peng-
gerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun
manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara
yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-
perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan
perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-
perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.
Bincang dengan rakan anda tentang kategori bahan .
Buat catatan isi secara grafik peta minda
Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum … Selepas ini bolehlah anda meneruskan pembacaan untuk tajuk berikutnya
Dapatkan maklumat tambahan ulasan tentang Media Tayang Kaku, Media Tayang Bergerak, Bahan Grafik, Gambar Kaku, Bahan Pameran 3 Dimensi, Papan Pameran, Media Audio dan Media Cetak
1.2 : KEBERKESANAN BAHAN
1.2.1: PENDAHULUAN
Bahan sumber merupakan salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran.
Ia bukan sahaja dapat memberi suatu pengalaman yang konkrit malahan dapat
membantu murid menyatukan pengalaman yang ada pada mereka. Bahan
sumber yang baik akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan berkesan. Justeru bahan sumber menjadi elimen
perantaraan dan pemindah maklumat kepada pelajar dan pengguna, seseorang
pengajar perlu peka kepada faktor objektif, faktor pelajar faktor kaedah dan
faktor praktikal semasa membuat, menyediakan bahan dan mengaplikasi bahan.
1.2.2: KERANGKA TAJUK
1.2.3: KEBERKESANAN BAHAN
Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi
penggunaannya terlebih dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut :
1.2.3.1: KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER
- selaras dengan falsafah pendidikan negara
- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
- releven dengan kurikulum
- selaras dengan prinsip pedagogi
- memberi maklumat terkini
- cost effective
- mudah diperolehi
- mudah digunakan
- mudah alih
- mudah senggara
- pelbagai rangsangan
- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
- fleksibel
1.2.3.2: PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN
a) Ketahanan
Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan
pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat
atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang
panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar
sendiri.
b) Kos
Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan
kewangan sekolah.
Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan
pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan
yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika
bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri.
Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga
boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.
c) Aspek-aspek Teknikal
Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah
sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh
diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya
d) Ketepatan Maklumat
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan
maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster,
rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat
juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz.
Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.
e) Mudah Alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu
digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut
akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.
Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh
digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu
sahaja, atau dalam keadaan tertentu.
f) Saiz/Pengelolaan Kelas
Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat
juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran
pembelajaran.
Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang
lebih besar.
Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan
bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di
dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk
pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu
g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan
Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini
ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran.
Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat
menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa
menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan
pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara.
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong
semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur
yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya
wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.
1.2.3.3: CIRI-CIRI BAHAN SUMBER
Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan
dalam semua keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Untuk
mempastikan keberkesanan bahan sumber yang digunakan seseorang
guru perlu mengetahui cirinya seperti berikut :
a) Menjelaskan idea yang kabur
Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan
dan dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan
sumber juga dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi
pelajaran.
b) Menjelaskan bahagian yang sukar difahami
Dalam setiap pelajaran, tedapat bahagian yang senang dan sukar
difahami oleh pelajar (Wifa’ al-Tajl dan Rana al-Fau’ri, 2006). Pengunaan
bahan sumber dapat membantu proses pembelajaran dan kelas dengan
tumpuan diberikan kepada bahagian yang sukar difahami. Contohnya
penggunaan grafik banding beza.
c) Besar dan jelas
Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan
jelas mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar
bahan sumber mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang
berada dalam pandangan yang paling jauh daripada bahan sumber.
d) Warna yang menarik dan saiz yang tepat
Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna
berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah
warna menarik minat mereka dan sekaligus menggalakan pembelajaran.
Selain itu, warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz
sesuatu bahan sumber juga penting semasa proses pembelajaran.
Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi
kandungan, dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah di tengah-
tengah.
e) Tahan lama
Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak
membebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja
sama ada dari bilik guru ke dalam kelas, dari kelas ke perpustakaan dan
sebagainya (Ahmad, 1997). Contohnya slaid.
f) Paling memberi kesan
Pelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih
bahan sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama
pelajar mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan
tersebut. Contohnya permainan berbentuk teka silang kata, kuiz dan
sebagainya.
g) Murah
Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan
yang tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak
membebankan guru dan juga pihak sekolah
1.2.3.4: KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER
Tujuan pemilihan bahan sumber adalah agar objektif P&P dalam satu-satu
sesi dapat dicapai dengan maksimum. Oleh itu, guru perlu mengikut
prinsip asas pemilihan bahan sumber dalam pengajaran mereka (Wifa’ al-
Tajl dan Rana al-Fau’ri, 2006). Antara asas pemilihan ialah :
a) Besesuaian dengan tajuk
Guru perlu menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar.
Langkah seterusnya ialah menentukan objektif pembelajaran yang
hendak dicapai pada akhir proses P&P menggunakan bahan sumber.
Ini bermaksud, alat dan bahan yang hendak digunakan mestilah
sesuai dengan tajuk, isi kandungan dan objektif pembelajaran pelajar.
b) Bersesuaian dengan latar belakan pelajar
Guru perlu membuat analisis mengenai sifat pelajar seperti umur murid,
gaya pembelajaran murid, tahap pencapaian murid dan pengalaman
murid belajar berbantukan bahan sumber. Bahan yang dipilih itu mestilah
sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan murid dalam
penguasaan bahasa, tahap kefahaman serta pendengaran. Contohnya
sumber visual seharusnya tidak digunakan apabila pelajar mempunyai
latar belakang pengalaman yang cukup untuk menginterpretasikan dan
mengimaginasikan sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran
(Kamarudin, 2003).
c) Bersesuaian dengan tempat digunakan.
Guru perlu memastikan keadaan fizikal di mana bahan sumber yang akan
digunakan boleh memberi kesan sampingan kepada matlamat yang
hendak dicapai. Oleh sebab itu, guru juga patut memberi perhatian
mengenai tempat bahan yang bakal digunakan.
d) Berteknologi rendah dan sederhana
Bahan yang dipili h mestilah mudah dan tidak melibatkan kemahiran
teknikal yang terlalu tinggi. Sebaik-baiknya guru perlu belajar untuk
menggunakan alat dan bahan serta membuat latihan yang sewajarnya
sebelum sesi pengajaran yang sebenar. Bagi seseorang guru, mereka
tidak boleh mengambil sikap ambil mudah dengan mengangap pelajar
akan memahami apa yang dipaparkan pada kali pertama (Kamarudin,
2003). Ini sekaligus bertujuan untuk mengelakkan kesilapan atau
kelamahan semasa persembahan.
e) Tidak berbahaya
Sesuatu bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya dan
menggunakan kuasa tenaga elektrik yang tidak terlalu tinggi. Bahan
tersebut seelok-eloknya mudah disimpan dan tidak mudah rosak,
terutama jika alat itu melibatkan penggunaan oleh murid. Bahan tidak
memerlukan kelengkapan tambahan yang banyal apabila hendak
digunakan dan tidak mudah ketinggalan zaman.
f) Bersesuaian dengan jumlah pelajar
Pemilihan bahan hanya akan lengkap sekiranya jumlah murid yang diajar
dapat diaturkan dengan jenis bahan yang sesuai.
g) Sesuai dengan tahap IQ
Apabila sesuatu bahan itu hendak digunakan dalam sesuatu pengajaran,
peluang harus diberi kepada pelajar bagi menentukan sendiri kadar
kelajuan peembelajarannya. Mereka yang kurang berkebolehan
mempunyai peluang merujuk kembali kepada bahan yang digunakan
dengan mengikut kadar keupayaannya sendiri tanpa melibatkan kemajuan
murid lain yang lebih cekap.
Sila rujuk ; Kamarudin Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, “ “Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran” , Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2007.
Layari internet ........
http://www.sumber pengajaran an pembelajaran
LATIHAN
i. Berpandukan kepada modul yang diberi dan tambahan bacaan dan
setelah melayari laman web, lengkapkan grafik di bawah.
Kategori Bahan Sumber
ii. Janakan idea anda, apakah elimen-elimen yang perlu diambil kira bagi mempastikan
satu-satu bahan itu cukup berkesan apabila ia di guna pakai dalam orientasi penga-
jaran dan pembelajaran.
Tajuk 2Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Is-
lam
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam unit ini menjelaskan tentang konsep pengajaran
mikro / makro, dan kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro. Tajuk-
tajuk ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahi-
ran dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selain dari -
pada itu anda juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan.
Para pelajar diharap dapat berusaha untuk menguasai semua kemahi-
ran yang terdapat di dalam unit ini.
Hasil Pembelajaran1. Menerangkan konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro.
2. Dapat menganalisis konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro.
3. Dapat membezakan antara pengajaran mikro dan pengajaran makro
Kerangka Konsep Tajuk
1.1 Konsep Pengajaran Mikro
i. Konsep Pengajaran Mikro
Pelajar-pelajar sekelian !
Tahukah anda apa itu pengajaran mikro?
Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam
masa di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi
sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang
sahaja. Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran guru berkaitan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan
satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan
teknik-teknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, pengurusan kelas, penggunaan papan kapor, pengukuhan dan penutup.
Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran Pembelajaran
Pendidikan Islam
Konsep pengajaran mikro dan makro Kemahiran Mikro Perbezaan pengajaran
mikro dan makro
Melalui pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam
sesuatu situasi yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran ini hanya
menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Untuk memerhati dan menilai
aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, anda digalakkan membuat rakaman video. Setelah
aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan rakan-rakan tentang kekuatan
dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan. Hasil perbincangan
tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kemahiran yang
telah dilaksanakan.
Bincangkan dengan rakan anda tentang faedah pengajaran mikro.
Buat catatan isi-isi penting , kemudian bandingkan dengan bahan
yang disediakan berikut
Antara faedah yang dapat disenaraikan ialah:
Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam
situasi pembelajaran yang terancang dan dipermudahkan.
Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang
kompleks.
Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah.
Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada
pengajaran biasa di sekolah.
Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahan-
kesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.
Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami
kesalahan / kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-
kelemahan tersebut.
Sekarang cuba kita lihat bagaimana cara sesi pengajaran mikro dilaksanakan.
(Model D.Allen dan K. Kyan)
MerancangAnda perlu membuat persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan
dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan aktiviti perlu
dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad
berjalan dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlulah
disediakan.
MengajarAnda hendaklah menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Semua prinsip dan
garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan
dipraktikkan. Contohnya ‘kemahiran penyoalan’. Anda perlulah mengaplikasi semua prinsip
penggunaan dan komponen kemahiran penyoalan dalam sesi pengajaran itu. Adalah
lebih baik anda merakamkan sesi pengajaran tersebut.
Mengulas / MenilaiLatihan akan menjadi bertambah baik jika peserta menerima maklum balas tentang sesi
pengajaran mikronya. Sekiranya ada rakaman, anda bolehlah menonton semula dan
membuat penilaian kendiri. Rakan-rakan pemerhati menilai melalui borang penilaian yang
telah diedarkan sebelum sesi perlaksanaan mikro
Merancang semula
Mengulas
Merancang Semula
Mengajar Semula
Merancang
Mengulas Semula
Mengajar
Hasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, anda hendaklah
membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang juga akan
dirakamkan. Pengajaran semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan
mengajar yang disediakan.
Pengajaran SemulaSelepas selesai selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat dan
dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama
kerana anda telah mengambil kira komen dan teguran.
Mengulas SemulaSelepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat di
bawah penyeliaan bagi mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah
dipraktikkan itu.
Konsep Pengajaran makro
Pelajar-pelajar,
Pengajaran makro adalah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi,
pengenalan, perkembangan p&p hingga penutup. Perlaksanaannya perlulah :
Kelas besar
Perlu murid sebenar
Guru mengajar sepenuh waktu
Tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar
Situasi sebenar
Buat perbincangan bersama rakan anda tentang perbezaan antara
pengajaran mikro dan makro. Lakarkan hasil perbincangan dalam
grafik banding beza
1.2 Kemahiran Asas Pengajaran Mikro
Kemahiran-Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan anda
pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi
yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran mengajar yang
dipilih ialah merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting dan kerap digunakan
untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Di antara kemahiran-kemahiran
yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah :
Kemahiran penyampaian set induksi
Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber
pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Penggunaan penyoalan
Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan
Kemahiran Penggunaan papan kapor
Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan
Kemahiran Perlaksanaan penutup
Pelajar-pelajar sekelian !
Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda hendaklah memilih salah satu
daripada kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan mengajar
berdasarkan prinsip, objektif dan komponen-komponen kemahirannya. Kemahiran mengajar
yang dipraktikkan dalam pengajaran mikro hanya merupakan sebahagian kecil daripada
satu waktu pelajaran yang sebenar. Masa penyampaian kemahiran mengajar ini dalam
sesuatu sesi pengajaran mikro akan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit sahaja,
bergantung kepada keperluan sesuatu jenis kemahiran mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran.
Kemahiran Penyampaian Set Induksi
Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan membina
aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi .
Antaranya penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik
yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan
sebagainya.
Oeh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan bukan
merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa yang
diperuntukkan tidak seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.
PrinsipSet Induksi
Tujuan tercapai dalam masa yang singkat
Menarik minat dan perhatian murid
Berkait dengan isi pelajaran
Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid
Berkait dengan pengetahuan murid
Komponen Set Induksi
Menarik perhatian
Mewujudkan motivasi
Membuat perkaitan
Menstruktur
Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan,isyarat,kontak
mata Menunjukkan satu aktiviti yang luar bi-
asa
Bangkitkan rasa ingin tahu Guna teknik cerita Menunjukkan suatu aktiviti yang
berguna Menggunakan soalan yang mencabar
Objektif Set Induksi:Menarik perhatian muridMembina aliran pemikiran muridMemotivsikan murid Mengaitkan pengetahuan yang lepas dengan yang baruMencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktivitiMenyatakan had tugas dalam aktiviti pembelajaranMembantu murid belajar dengan lebih mudah
Mengaitkan: pengetahuan lepas murid isi pelajaran baru peristiwa semasa minat dan pengalaman murid
Menyatakan had tugas yang akan di-jalankan
Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan
Menyatakan cara-cara melaksanakan tu-
Fikirkan kesan penggunaan kemahiran set induksi dalam pengajaran
dan pembelajaran . Buat catatan
Tugasan tutorialAnda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Set
Induksi. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah
Kemahiran Menerang
Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran
kepada murid. Biasanya pada peringkat perkembangan . Semasa menggunakan
kemahiran menerang guru memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pela-
jaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Ketika memberi
penerangan guru boleh menggunakan kapor untuk menulis isi-isi penting pada papan
tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam buku nota.
Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang
Rancang aktiviti pengajaran
Tentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang akan digunakan
Masa hendaklah sesuai
Kekalkan minat murid terhadap penerangan guru
Perkataan dan istilah hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid
Penerangan berdasarkan pengetahuan lepas murid
Alat Bantu mengajar sesuai dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik yang
berkesan
Galakkan murid bertanya
Komponen-Komponen Kemahiran Menerang
Arah Permulaan
Penerangan guru:
Menarik dan mengekalkan perhatian murid
Membangkit kesediaan murid untuk belajar
Jelas, ringkas, tepat
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Tugasan tutorialAnda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Menerang. Aplikasikan semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah
KEMAHIRAN PENYOALAN
Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat
permulaan kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali
Kemahiran Ilustrasi
Pengunaan contoh / sumber pelajaran
Contoh / sumber yang cukup
Contoh / sumber yang sesuai
Contoh / Sumber jelas dan menarik
Kecekapan mengurus contoh / sumber
Penyusunan Idea
Pengurusan kemahiran menerang:
Idea dikembang secara teratur
Variasi rangsangan berjaya digunakan
Penerangan lisan jelas dan tepat
Penutup
Rumusan dan kesimpulan:
Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis
Isi-isi penting disusun secara teratur
Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas
pelajaran lepas. Peringkat perkembangan ianya digunakan untuk mencungkil pemikiran
murid. Peringkat penutup ianya digunakan untuk menilai pencapaian objektif.
Prinsip Penggunaan Kemahiran Penyoalan:
Pembentukan Soalan
Teknik kemukakan soalan
Penerimaan Jawapan
Aras soalan sesuai dengan murid Rancang jenis-jenis soalan Mudah difahami Ubah bentuk soalan dari masa ke se-
masa Mendorong murid berfikir
Kemukakan soalan , berhenti sekejap, baru sebut nama Soalan dituju kepada semua murid Suruh murid ulang jawapan Sebut soalan sekali sahaja dengan
jelas
Beri pujian bagi jawapan murid Guru ulang jawapan murid Minta murid lain ulang Lengkapkan jawapan yang kurang
lengkap Bantu murid beri jawapan yang
lengkap Elak jawapan beramai-ramai Elak ejek jawapan muridObjektif Penyoalan
Uji pengetahuan murid Rangsang pemikiran Menarik perhahtian Menilai keberkesanan Membantu mengulangkaji pelajran Menjalin hubungan guru murid Memperkukuhkan kefahaman baru Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu Memperkembangkan daya pemikiran Melibatkan keaktiufafan dalam P & P Menggalak murid berani menyoal
Pembentukan soalan : Jelas, ringkas dan tepat
Fokus tunggal : Soalan ditumpukan kepada satu idea dan konvergen
Fokus pelbagaian : Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea dan divergen
Sebaran : Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Penyoalan. Pastikan soalan-soalan yang disediakan mengikut disiplin yang dterangkan.
Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.
Kemahiran Pengukuhan
Digunakan apabila murid memberi jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu aktiviti .
Pujian merupakan satu teknik pengukuhan tingkahlaku
Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum …
SEKARANG BOLEHLAH ANDA FIKIRKAN APAKAH KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN
DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN . BUAT CATATAN . KEMUDIAN
BOLEHLAH ANDA MENERUSKAN BACAAN
TAJUK INI
Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan
Prinsip Pengukuhan
Berubah dari masa ke semasa
Diberi sebaik sahaja selesai menjawab
Elak komen negatif
Teknik pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar
Diberi dengan ikhlas
Memberi galakan dalam aktiviti P & P
Memperkukuhkan konsep dalam ingatan
Menggalakkan murid tunjuk tingkah laku positif
Memupuk semangat keyakinan diri
Memperbaiki disiplin kelas
Kesan Kemahiran Pengukuhan Membawa semangat ingin belajar
Meningkatkan murid bersifat cubajaya
Murid akan berubah kearah tingkah laku positif
Usaha murid dihargai
Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid
Dampingan Mendampingi murid Berdiri disebelah murid Duduk disisi murid
Objektif Pengukuhan
KomponenKemahiran Pengukuhan
Lisan Positif: Guru gunakan sebutan: Bagus / baik /
ya / betul Guru mengulang jawapan murid
Gerak Isyarat positif : Guru menunjukkan Senyuman Anggukan kepala Tepuk tangan Angkat ibu jari
Lisan negatif
Bukan, Salah, Tidak Kurang lengkap, jawapan buruk Menyindir
Gerakan isyarat negatif• Menggeleng-gelengkan kepala• Menunjukkan muka marah• Menggoyangkan tangan
Sentuhan Menyentuh kepala Menyentuh bahu Menyentuh bahagian belakang badan
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi
Kemahiran Pengukuhan yang mengambilkira komponen-komponen di
atas. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama
pensyarah.
VARIASI RANGSANGAN
Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan
minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti,
menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran
Prinsip
Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi
pelajaran
Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian
Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai
Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza
Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid
Objektif
Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat
Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
Mempelbagaikan saluran deria murid
Memotivasikan murid
Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti
Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif
KomponenVariasi Rangsangan
Perubahan Pergerakan langkah guruKiri – kanan, depan – belakang
Perubahan Pergerakan anggota gurutangan - kepala, tangan -hentian
Perubahan nada suaraMendatar – lantangLantang - senyap
Perubahan deria muridMendengar – menontonMelihat - merasa
Perubahan bentuk lisan muridMenyoal – menjawabMenulis – membacaBercerita - berbincang
Perubahan bentuk fizikal muridMenulis – melukisDuduk - berdiri
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi
Kemahiran Variasi Rangsangan. Sila pastikan sebahagian besar
komponen di atas digunakan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi
tutorial bersama pensyarah
Kemahiran Penggunaan Papan Kapur
Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia memerlukan
kemahiran guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah. Guru yang
menguasai kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid membaca dan memahami
dan dapat menarik minat pelajar.
Guru harus merancang penggunaannya lebih awal
Cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah
Tulisan hendaklah jelas
Penggunaan kapur warna
Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan
Penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur
Masa yang sesuai
Menjelas sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak
Menarik perhatian murid di setiap peringkat pengajaran
Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan
Mendemontrasikan langkah penyelesaian masalah
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
Memberi peluang kepada murid mencatat nota
Prinsip
Objektif
Syabas sekiranya anda telah mempraktikkannya. Sekarang anda boleh
rehat! Masa untuk minum …
Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini seterusnya.
Kemahiran Penutup
Kejelasan :Tulisan - saiz sesuai dan kemas Gambarajah – jelas dan ringkas
Susunan (layout) ;Penggunaan ruang seimbangSusunan jelas Nota disusun bersistematik
Penonjolan / Penekanan:Penggunaan kapur warna yang sesuai dan menarik
Teknik Persembahan berjaya :membentuk konsep jelas dan tepatmemudahkan konsep yang susahmelibatkan murid dlaam aktiviti pembelajaranmenggunakan masa yang sesuai
Komponen
Penggunaan
Papan kapur
Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan
penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini
untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang
dipelajari dengan merumuskan isi-isi penting atau memberi aktiviti susulan. Guru juga
boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian ini akan
digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.
Terdapat dua jenis penutup
Kognitif - bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari
Caranya:- buat rumusan / kesimpulan
Beri kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja
Beri aktiviti pengayaan
Penyoalan isi-isi penting
Sosial - bertujuan memberi satu perasaan pencapaian supaya mereka ingin terus
belajar atau aplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan harian.
Caranya - menggunakan teknik peneguhan atau tugas lanjutan.
Pelajar-pelajar !
Sekarang kita lihat pula apakah prinsip-prinsip penggunaan kemahiran penutup
Prinsip-prinsip Pastikan sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari
Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti
Sediakan juga penutup sosial di samping penutup kognitif
Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup
Komponen-komponen Kemahiran Penutup
Perkaitan kognitif
Membuat rumusanMengulangi isi-isi pentingMenjalankan aktiviti penilaianMencadangkan aktiviti susulanMenjalankan aktiviti pengukuhan
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi
Kemahiran Penutup yang meliputi kedua-dua aspek kognitif dan sosial.
Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Bincangkan dengan rakan anda kepentingan Guru Pendidikan Islam
menguasai dan mengaplikasi kemahiran–kemahiran dalam
pengajaran mikro / makro serta mengikut peringkat perancangan
pengajaran mikro
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk
ini dengan jayanya!
.
Menimbulkan perasaan ingin melak-sanakan Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran akan
Perkaitan Sosial
Tajuk 3 Perancangan Pengajaran Mikro
SinopsisTajuk ini akan membincangkan tentang Perancangan Pengajaran Mikro Pen-
didikan Islam dan contoh perancangan pengajaran mikro untuk diaplikasikan
dalam pengajaran mikro.
Hasil Pembelajaran
1. Merancang pengajaran mikro untuk asuhan Tilawah al-Qur'an, Ulum Syariah
dan Akhlak dengan menggunakan kemahiran mikro yang telah dipelajari.
2. Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro.
Tajuk 3.1 Perancangan Pengajaran Mikro
Pelajar-pelajar sekelian setelah kita mengetahui konsep pengajaran mikro dan perbezaannya dengan pengajaran makro, mari kita ccba merancang pengajaran mikro !
Tahukah anda apa itu perancangan pengajaran mikro?
Dalam tajuk konsep pengajaran mikro anda telah didedahkan dengan carta alir
perlaksanaan pengajaran mikro, kini anda akan cuba merancang pengajaran mikro
mengikut format yang telah ditetapkan.
CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN MIKRO.
1. Persediaan Mengajar Mikro Set Induksi
Nama :Kemahiran : Set Induksi
Mata pelajaran : Pendidikan Islam - HadisTajuk : Iman yang sempurna
Hasil pembelajaran :
I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betulII. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenarIII. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin
kepada saudaranya
BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal
Isi pelajaran :I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
II. Persaudaraan Islam
AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID
SET INDUKSI
1. Guru membentangkan gambar seorang budak jatuh basikal
2. Apakah yang murid-murid dapat faham daripada gambar ini?
3. Bolehkan kita hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain?
4. Bagaimana sikap kamu sekiranya melihat malapetaka / bencana menimpa rakan kamu?
5. Guru meminta seorang murid menyebut Rukun Iman
6. Guru menegaskan bahawa kita semua orang beriman
7. Tajuk kita pada hari ini ialah “ Iman Yang Sempurna
1. Guru berbincang dengan murid
2. Murid menjawab
3. Murid menjawab
4. Murid menjawab
5. Murid menjawab
Pengajaran
Di peringkat ini anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mengikut perancangan.
Semua prinsip dan garis panduan sesuatu kemahiran yang difokuskan perlu dikuasai
dan diaplikasi. Contohnya kemahiran menyoal. Rakaman video perlu dibuat semasa
pengajaran.
Penilaian Selepas rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula . Anda perlu
membuat penilaian kendiri ke atas pengajaran. Rakan penilai akan membuat penilaian
ke atas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian kemahiran yang
telah diedarkan sebelum pengajaran. Borang-borang tersebut diedar sebelum sesi
praktik bermula.
Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Set Induksi.
Komponen Kemahiran Set Induksi Dan Cara Melaksanakannya
Ada(Sesuai)
Ada(Tidak
Sesuai)
Tidak Kelihatan
Menarik Perhatian: Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan, isyarat, Kontak mata Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa
Mewujudkan motivasi Membangkitkan rasa ingin tahu Menggunakan teknik bercerita Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna Menggunakan soalan yang mencabar
Membuat perkaitan Pengetahuan lepas murid Isi pelaajran baru Peristiwa semasa Minat dan pengalaman murid
Menstruktur Menyatakan had tugas yang akan
dijalankan Menggunakan satu siri soalan yang
berkaitan Menyatakan cara-cara melaksanakan
tugas Menyatakan aktiviti, tugas atau projek
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan
2. Persediaan Mengajar Mikro Penutup
Nama :Kemahiran : PenutupMata pelajaran : Pendidikan Islam - HadisTajuk : Iman yang sempurna
Hasil pembelajaran :
I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betulII. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenarIII. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin
kepada saudaranya
BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal
Isi pelajaran :I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti
percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
II. Persaudaraan Islam
AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID
PENUTUP
1. Membuat rumusan kognitif tentang pelajaran yang telah diajar.
2. Menggalakkan pelajar agar sentiasa membantu satu sama lain untuk mengukuhkan persaudaraan sebagai penutup sosial.
3. Guru memberi kerja lanjutan sebagai pengayaan.
1. Murid mendengar guru membuat rumusan kognitif
2. Murid mendengar guru membuat rumusan sosial
3. Murid melaksanakan kerja pengayaan di rumah.
Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Penutup
Komponen Kemahiran PenutupAda
(Sesuai)Ada
(Tidak Sesuai)
Tidak Kelihatan
Perkaitan kognitif
Membuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan
Perkaitan sosial
Menimbulkan perasaan pencapaian murid Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran yang akan
datang
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan
Sila dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan tentang borang-borang bimbingan penilaian bagi setiapKemahiran pengajaran mikro / makro
Ooookkkkkk boleh berhenti rehat!!!!
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Tajuk 4 Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam
SinopsisTajuk ini akan membincangkan tentang Perancangan Dan Bidang Pengajaran
Makro Pendidikan Islam. Perancangan pengajaran makro terkandung di dalam-
nya konsep pengajaran makro dan perancangan pengajaran makro. Bidang
pengajaran makro menyediakan contoh rancangan mengajar untuk diaplikasikan
dalam pengajaran makro.
Hasil Pembelajaran3. Menjelaskan konsep pengajaran makro.
4. Membina rancangan pengajaran harian dalam bidang Ulum syariah
Kerangka Tajuk
Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan
Islam
Konsep Pengajaran Makro
Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam
Bidang Asuhan Tilawah Al Quran Bidang JawiBidang AkhlakBidang Ulum
Syariah
Tajuk 4.1 Konsep Pengajaran Makro Pendidikan Islam
Pelajar sekalian !
Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari
pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.
Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran Makro, anda perlulah merancang
dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik . Perancangan yang
lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang
berkesan. Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik
murid dan mengurangkan masalah-masalah disiplin.
Proses pengajaran makro yang lengkap boleh disimpulkan dalam carta alir berikut :
Aspek yang penting dalam persediaan mengajar :
Perancangan Pendahuluan
Penentuan topik
Kebolehan sedia ada murid-murid
Ojektif/ hasil pembelajaran
Perancangan penyampaian
Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
Penentuan masa
Pemeringkatan isi
Pemilihan sumber
Perancangan semulaPerancanganPerancanganPerancangan Pengajaran Penilaian
Pengajaran Semula
Penilaian semula
Perancangan Penilaian
Pencapaian
Penganalisisan maklumbalas
Pengubahsuaian
Buat refleksi kendiri tentang konsep pengajaran makro.
Sila berbincang dengan rakan sekerja berkenaan bidang-bidang dalam Sukatan Pendidikan Islam Sekolah Rendah kemudian buat catatan dalam bentuk grafik sebagai persediaan untuk membuat perancangan pengajaran makro
Tajuk 4.2 Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam
Pelajar-pelajar sekelian!
Dalam melaksanakan pengajaran makro, anda perlulah merancang set induksi penga-
jaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang hen-
dak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan
bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid.
Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun
berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Anda juga perlu meran-
cang langkah-langkah pengajaran yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat
anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan
objektif khusus yang sudah dicatatkan.
Anda juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia
perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran perlu dipertingkatkan
dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat di-
wujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, anda hendaklah menyenaraikan semua
topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub- topik atau isi yang manakah yang
perlu diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk ini anda perlulah melihat
prinsip-prinsip berikut:
dari yang sudah diketahui kepada belum diketahui
dari mudah kepada kompleks
dari konkrit kepada abstrak
dari dekat kepada jauh
dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, anda patutlah memikirkan
tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin
kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang
sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan ia akan men-
jadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.
Guru juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif pengajaran
dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian
terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan.
Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas un-
tuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya.
Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran
Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan
yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada
pelajar. Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-
murid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.
Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi
atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam
pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang
boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta
keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.
FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran :
Kelas/ tingkatan :
Tarikh :
Masa :
Bilangan Pelajar :
Bidang :
Tajuk :
Pengetahuan Sedia Ada :
Hasil pembelajaran :
Aras 1:
Aras 2:
Aras 3:
Kemahiran berfikir :
Penerapan Nilai :
Penggabungjalinan :
Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD :
Bahan Bantu Mengajar :
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Muqaddimah
(1 minit)
Doa
Syahadatain
Murid
Guru
Set Induksi
(3-5 minit)
Isi
Soalan
Tajuk
Guru
Murid
Guru
Langkah 1
(5-7 minit)Isi
Soalan
Guru GJ
P
Langkah 2
(10 -15 minit)
Isi
Gabungjalin
Penyerapan
Soalan
Guru
Murid
GJ
P
KMD
Langkah 3
(12-15 minit)
Soalan Murid
Guru
KMD / PAS
PN
Penutup
(5 minit)
Isi
Kerja lanjutan
Guru
Murid
Catatan refleksi:
Catatan bimbingan:
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Serahkan satu salinan rancangan pengajaran kepada pensyarah
Sedialan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk tempuh satu masa pengajaran (30 minit). Laksanakan pengajaran tersebut dalam sesi perjumpaan tutorial / intraksi bersama pensyarah. Perancangan anda juga perlu mengandungi bahan bantu seperti yang dibincangkan dalam modul ini.
Rumusan
Guru yang kreatif dan inovatif sentiasa mempertingkatkan kemahiran profesion-
alisme . Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran-kemahiran
dalam pengajaran mikro / makro. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pen-
gajaran dan pembelajarannya . Justeru itu anda perlulah sentiasa berusaha su-
paya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui kreativiti dan inovasi
anda. Anda juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti penga-
jaran dan pembelajaran. Insya Allah pengajaran anda akan menyeronokkan
dan bermakna bagi pelajar-pelajar. Ingat ! guru yang berkualiti akan melahirkan
murid yang berkualiti.
Fikirkan : Kejayaan anda merancang perlu disertai dengan ke-jayaan dalam perlaksanaan. Guru yang berkualiti akan melahirkan murid yang berkualiti
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk ini dengan jayanya! .
BIBLIOGRAFI
Al Quran Al Karim
Abdullah Ishak, Haji (1995) Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur
Abdullah Nasih Ulwan (1988) Pendidikan Anak-anak Dalam Islam: Pustaka Nasional,
Abdul Razak Nawfal (1972) Islam dan Ilmu Pengetahuan Moden. Singapura : Pustaka Nasional.
Abdullah Siddiq, Dr. Islam Dan Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka
Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam. Bandung: CV Diponegoro
Ahmad Mohd. Salleh (1997) PENDIDIKAN ISLAM: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam
Asma Hassan Fahmi, Dr. (1974) Sejarah Falsafah Al Islamiah. Jakarta Bulan Bintang
Ee Ah Meng, (1990), Pedagogi : Satu Pendekatan Bersepadu, Penerbitan Fajar Bakti SDN BHD.
Hanafi Mohamed, Drs. (1996) Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran. Pustaka Ilmi, Batu Cave, Selangor.
Hasan Langgulung,Prof. Dr. Asas-asas Pendidikan Islam. Pustaka Aman
Hasan Langgulung, Prof. Dr. (1986) Manusia Dan Pendidikan: Satu Analisis Psikologi Dan Pendidikan. Pustaka Aman
Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma. Pustaka Aman
Ismail Ab. Rahman Abdul Aziz @ Ahmad Mohd Mohd Yasin Muda (1993) Isu-Isu Pendidikan Islam Malaysia: Cabaran & Harapan. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd
Ismail Ab. Rahman.(1993). Pendidikan Islam Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri (2007), Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Cetak Ratu SDN. BHD.
Khailani A. Jalil dan Ashak Ali Shah (1999) Modul Praktik Pengajaran Mikro Tekno Edar, BBB, Selangor DE
Kementerian Pendidikan Malaysia: (1988) Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah, Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam KBSM
Luqman Hakim (1986)Tokoh-tokoh Islam Dulu Dan Sekarang. Bismi Publishers.
Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Muhammad Said Ramadhan Al Buty Dr. Fiq Al Sirah. Misr: Darul Fikri.
Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003) PEDAGOGI: Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication & Distri butors Sdn Bhd
Yusup Hashim, Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan, Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.