22
Pengangguran Tenaga Buruh : jumlah penduduk dalam negara. Guna Tenaga : penduduk yang sedang berkerja. Penganggur : penduduk yang sedang mencari perkerjaan. Formulae : Jumlah Penganggur = Jumlah Tenaga Buruh - Jumlah Guna Tenaga Kadar Penganggur = (Jumlah Penganggur/Jumlah Tenaga Buruh) x 100% Jenis-jenis Pengangguran : (a) Pengangguran Kitaran - apabila Ms ↓, C ↓, AE ↓, nilai M ↓, maka berlaku deflasi. - akibat ↓ AE, maka pengeluaran firma juga ↓, kemudian Labour (L) akan ↓. - pengangguran jangka panjang. (b) Pengangguran Struktur - sebuah negara mengalami ∆ struktur ekonomi. cth : ∆ dalam sektor utama, kehausan perlombongan bijih timah. - L akan menganggur kerana tiada kelayakan untuk berkerja dengan sektor lain. - pengangguran jangka panjang. (c) Pengangguran Teknologi - firma mengguna teknologi/mesin baru yang dapat ↑ produktiviti, maka firma akan ↓ L, untuk ↓ kos pengeluaran. (d) Pengangguran Geseran - pelajar sekolah yang sedang mencari perkerjaan. - pekerja yang berhenti kerja untuk mencari kerja yang lebih lumayan. - pekerja kontrak. - pengangguran bersifat sementara. (e) Pengangguran Bermusim - pesawah padi yang menunggu musim menanam semula setelah musim menuai.

Makro2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Makro2

Pengangguran

Tenaga Buruh : jumlah penduduk dalam negara.Guna Tenaga : penduduk yang sedang berkerja.

Penganggur : penduduk yang sedang mencari perkerjaan.

Formulae :

Jumlah Penganggur = Jumlah Tenaga Buruh - Jumlah Guna TenagaKadar Penganggur = (Jumlah Penganggur/Jumlah Tenaga Buruh) x 100%

Jenis-jenis Pengangguran :

(a) Pengangguran Kitaran- apabila Ms ↓, C ↓, AE ↓, nilai M ↓, maka berlaku deflasi.

- akibat ↓ AE, maka pengeluaran firma juga ↓, kemudian Labour (L) akan ↓.- pengangguran jangka panjang.

(b) Pengangguran Struktur- sebuah negara mengalami ∆ struktur ekonomi.

cth : ∆ dalam sektor utama, kehausan perlombongan bijih timah.- L akan menganggur kerana tiada kelayakan untuk berkerja dengan sektor lain.

- pengangguran jangka panjang.

(c) Pengangguran Teknologi- firma mengguna teknologi/mesin baru yang dapat ↑ produktiviti, maka firma akan ↓ L,

untuk ↓ kos pengeluaran.

(d) Pengangguran Geseran- pelajar sekolah yang sedang mencari perkerjaan.

- pekerja yang berhenti kerja untuk mencari kerja yang lebih lumayan.- pekerja kontrak.

- pengangguran bersifat sementara.

(e) Pengangguran Bermusim- pesawah padi yang menunggu musim menanam semula setelah musim menuai.

- penoreh getah yang tidak dapat menoreh kerana musim hujan.- nelayan yang tidak dapat ke laut semasa musim tengkujuh.

p/s : hafal 5 sudah la.. :DDicatat oleh Abdul Rahman di 01:17 0 ulasan Label: makroekonomi

Rabu, 2010 Februari 10

Lompang Inflasi (LI)

Page 2: Makro2

merujuk kepada AE yang lebih besar daripada AS pada tingkat pendapatan guna tenaga penuh.

Keluk Lompang Inflasi (LI)

Formulae :

LI = jurang KNK (pengangguran) ÷ m (peganda)

m = 1 ÷ (1-mpc)

p/s : konsep serupa dengan LD..Dicatat oleh Abdul Rahman di 05:58 0 ulasan Label: makroekonomi

Selasa, 2010 Februari 09

Masalah Makroekonomi dan Dasar Penstabilan

fokus subtajuk :- guna tenaga penuh.

- inflasi.- deflasi.

- pemulihan ekonomi.

Lompang Deflasi (LD) :

merujuk kepada AE yang lebih kecil daripada AS pada tingkat pendapatan guna tenaga penuh.

Page 3: Makro2

Keluk Lompang Deflasi (LD)

Formulae :

LD = jurang KNK (pengangguran) ÷ m (peganda)

m = 1 ÷ (1-mpc)

cth soalan :

Keseimbangan pendapatan negara ialah RM 900 juta, sedangkan pendapatan negara di guna tenaga penuh ialah RM 1200 juta, jika perbelanjaan ialah RM 100 + 0.75yd, kira berapakah

jumlah lompang deflasi?.

m = 1 ÷ (1-0.75yd)= 4 #

LD = 1200 - 900 ÷ (4)= RM 75 juta #

p/s : pasnih masuk tajuk lompang inflasi..Dicatat oleh Abdul Rahman di 01:23 0 ulasan Label: makroekonomi

Isnin, 2010 Februari 08

Perubahan Keseimbangan Kadar Bunga

Keseimbangan kadar bunga apabila berlakunya perubahan dalam permintaan wang atau penawaran wang atau kedua-dua serentah.

Page 4: Makro2

FDI = Foreign Direct InvestmentGTP = Guna Tenaga Penuh

(a) permintaan wang akan meningkat apabila- pendapatan negara nominal meningkat.

- harga bon dijangka naik pada masa hadapan.- perkembangan teknologi berlaku.

(b) permintaan wang akan menurun apabila- pendapatan negara nominal menurun.

- harga bon dijangka turun pada masa hadapan.- keusangan teknologi.

(c) penawaran wang meningkat apabila- masyarakat lebih banyak melakukan tabungan di bank-bank perdagangan.

- aliran masuk pelaburan asing meningkat.

(d) penawaran wang menurun apabila- masyarakat kurang melakukan tabungan di bank-bank perdagangan.

- aliran masuk pelaburan asing menurun.

Analisis Keynes :

Kesan perubahan penawaran wang terhadap aktiviti ekonomi sebelum tingkat guna tenaga penuh.

kesan perubahan Ms terhadap aktiviti ekonomi sebelum tingkat GTP.

p/s : tamat bab 5..Dicatat oleh Abdul Rahman di 23:31 0 ulasan

Page 5: Makro2

Label: makroekonomi

Rabu, 2010 Januari 20

Teori Fisher dan Keynes

Ms = Penawaran Wang (money supply)V = Pergerakan Wang (velocity)

P = Harga (price)T = Trade (urus niaga)

r = Kadar Faedah

teori Fisher :

Wang Cek- tiada kebocoran yang berlaku.

MV = PT

teori Keynes :

Wang Tunai (kecairan)- berlaku kebocoran.

Keynes mempercayai bahawa :

(1) T (urus niaga)- beli barang- bayar yuran- tambang bas

- kasi duit.

(2) Firma T- bayar duit buruh

- bayar kos pengeluaran

(3) Simpan duit- dalam rumah.- dalam poket.

- tiada berkenaan dengan bank.

(4) Y => T (pendapatan mempengaruhi urus niaga)

(5) Membeli Bond atau Saham- bond tiada kaitan dengan Y (pendapatan)- bond berkaitan dengan r (kadar faedah).

Page 6: Makro2

p/s : teori keynes lebih detail.. sila rujuk pada buku ekonomi pra-u keluaran longman.Dicatat oleh Abdul Rahman di 02:10 0 ulasan Label: makroekonomi

Selasa, 2009 September 29

Ekonomi 4 sektor (ekonomi terbuka)

Huraian : Ekonomi 4 sektor bermakna terdapat perdagangan antarabangsa dengan negara asing.

Formula : Y = C + I + G + (X-M) apabila berada di paras positif keluk, S + T + M = I + G + X apabila berada di paras negatif keluk.

Contoh soalan : cari YC = 230+0.75yd

I = 500G = 652M = 120X = 300

T = 40+o.1y

C = 230+o.75(y-40+0.1y)C = 230+0.75y-30+0.075y

C = 200+0.675y

Y = 200+0.675y+500+652+(300-120)Y = 1352+0.675y+180

Y - 0.675y = 15320.325y = 1532

Page 7: Makro2

Y = 1532/0.325Y = RM 4713.84

p/s : fuh.. da lama xupdate blog.Dicatat oleh Abdul Rahman di 03:37 0 ulasan Label: makroekonomi

Sabtu, 2009 September 05

mengenali konsep KDNK,KNK,dan KNB

Konsep pendapatan negara

Di dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara berikut:a. Menjelaskan konsep Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Negara Bersih (KNB).b. Menerangkan Keluaran Negara pada harga pasaran dan Keluaran Negara pada kos faktor.c. Menjelaskan pendapatan persendirian, pendapatan boleh guna dan pendapatan per kapita.d. Menerangkan Keluaran Negara Nominal dan Keluaran Negara Benar.

A. Konsep KDNK, KNK dan KNB.

KDNK ialah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara pada suatu masa tertentu. Faktor-faktor tersebut adalah milik warganegara tempatan atau warganegara asing yang bekerja di dalam sesebuah negara.KNK ialah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang diwujudkan oleh faktor-faktor pengeluaran warganegara negara tersebut, tanpa mengira pengeluaran itu dilakukan di dalam negara itu atau di negara lain.Beza antara kedua-duanya adalah pendapatan faktor bersih luar negara (PFbLN). PFbLN adalah beza antara pendapatan faktor yang diperolehi dari luar negara (PFLN) dengan pendapatan faktor milik penduduk negara asing yang perlu dibayar keluar negara (BFLN).Secara rumus, PFbLN = PFLN – BFLN

Manakala KNB ialah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang di perolehi apabila KNK di tolak dengan susutnilai.Secara rumus, KNB = KNK – SN

B. Keluaran Negara pada harga pasaran dan Keluaran Negara pada kos faktorKeluaran Negara pada harga pasaran adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengguna di pasaran. Ini bermakna harga pasaran termasuk cukai tak langsung yang dibayar oleh pengguna semasa perbelanjaan dan tidak termasuk subsidi yang dibayar oleh kerajaan kepada pengeluar.Keluaran Negara pada harga faktor pula adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dinilai mengikut bayaran yang dibuat kepada faktor-faktor pengeluaran tersebut. Ini bermakna harga faktor termasuk bayaran subsidi yang dibayar oleh kerajaan kepada pengeluar tetapi tidak termasuk cukai tak langsung.

Secara rumus,

Page 8: Makro2

HF = HP –Ctl + S

Di mana,HF = harga faktorHP = harga pasarCtl = cukai tak langsungS = Subsidi

C. Pendapatan persendirian, pendapatan boleh guna dan pendapatan per kapitaPendapatan persendirian adalah pendapatan yang diterima oleh individu dalam ekonomi sama ada dari ganjaran bagi melakukan kegiatan yang produktif atau sebagai bayaran pindahan.

Pendapatan boleh guna pula adalah pendapatan yang diterima oleh masyarakat dari berbagai-bagai sumber yang boleh dibelanjakan dan ditabungkan.Manakala pendapatan per kapita adalah pendapatan yang diterima secara purata oleh setiap penduduk dalam sesebuah negara.

Pendapatan persendirian dihitung melalui kaedah berikut, iaitu

KNBhf x+ Bunga ke atas pinjaman kerajaan x+ Bunga ke atas pinjaman pengguna. x+ Bayaran pindahan x__x- Caruman KWSP x- Untung syarikat yang tidak dibahagi x- Cukai ke atas keuntungan syarikat x

Pendapatan boleh guna dihitung seperti berikut, iaitu:

Pendapatan boleh guna = Pendapatan persendirian – cukai pendapatan persendirian

Pendapatan per kapita pula dihitung seperti berikut, iaitu:

Pendapatan per kapita = KDNK/jumlah penduduk

D. Keluaran Negara Nominal dan Keluaran Negara BenarKNK nominal atau KNK semasa adalah nilai keluaran sesebuah negara yang dihitung mengikut harga-harga pada tahun berkenaan. Manakala KNK benar adalah nilai keluaran sesebuah negara yang dihitung mengikut harga-harga pada suatu tahun asas atau harga tetap.Jika kita ingin mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, KNK nominal tidak sesuai digunakan kerana ia mengambil kira kenaikan harga yang berlaku semasa mengira KNK. Oleh itu untuk mengukur pertumbuhan ekonomi, KNK benar lebih sesuai digunakan kerana

Page 9: Makro2

ia menunjukkan pertambahan sebenar keluaran negara tanpa mengambil kira kenaikan harga barang.

Kaedah penghitungan pendapatan negara

Terdapat tiga kaedah dalam menghitung pendapatan negara, iaitu:

a. Kaedah perbelanjaan.b. Kaedah keluaran.c. Kaedah pendapatan.

A. Kaedah perbelanjaanPenghitungan pendapatan negara melalui kaedah ini dilakukan dengan merekodkan dan menjumlahkan semua nilai perbelanjaan masyarakat ke atas barang-barang akhir (kasut, seluar dan lain-lain) dan bukannya barang peralihan (getah cair, minyak kelapa sawit dan lain-lain). Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah penghitungan dua kali iaitu, menghitung nilai sesuatu barang sebanyak dua atau beberapa kali ganda.Contoh penghitungan melalui kaedah ini adalah seperti berikut;Jadual 1

Jenis Perbelanjaan, Jumlah Perbelanjaan (RM juta)1. Perbelanjaan penggunaan isi rumah, 5,4272. Penggunaan kerajaan (awam), 1,1503. Pelaburan kasar, 1,339(a) Swasta, 827(b) Awam, 5124. Eksport bersih barang dan perkhidmatan, 261(a) Eksport, 3,491(b) Import, 3,2305. KDNK hp ,8,5376. Penerimaan bersih pendapatan faktor dari luar negeri ,- 1137. KNK hp, 8,424

B. Kaedah keluaranPenghitungan pendapatan negara menurut kaedah ini dilakukan dengan menjumlahkan nilai tambah yang diwujudkan oleh berbagai sektor ekonomi. Nilai tambah adalah tambahan nilai yang terjadi ke atas sesuatu barang akibat dari memprosesnya untuk dijadikan barang akhir. Nilai tambah dapat di tentukan dengan menghitung perbezaan di antara nilai jualan sesebuah firma dengan nilai input (kecuali faktor-faktor pengeluaran) yang dibeli oleh firma dalam menjalankan kegiatan pengeluaran atau,Nilai tambah = Nilai jualan output – Nilai belian input

Contoh pengiraan nilai tambah adalah seperti berikut;Jadual 2

Page 10: Makro2

Jenis kegiatan Hasil jualan (RM), Nilai tambah (RM)1. Pertanian kapas, 10 102. Kilang membuat benang, 20 103. Kilang membuat kain, 40 204. Kilang membuat seluar, 80 405. Penjualan seluar di pusat membeli belah, 90 10Jumlah, 90

Dari jadual 2, jelas menunjukkan jumlah nilai tambah sama dengan nilai barang akhir (RM90).

Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat ditunjukkanmelalui jadual berikut;Jadual 3

Sektor, Nilai keluaran (RM)1. Pertanian, perhutanan dan perikanan, 4,563

2. Perlombongan dan kuari, 612

3. Perkilangan, 2,197

4. Pembinaan, 711

5. Elektrik, air dan gas, 401

6. Pengangkutan dan perhubungan, 1,098

7. Perdagangan borong dan runcit, 2,086

8. Pemilikan rumah, bank dan insuran, 1,109

9. Perkhidmatan kerajaan, 1,199

10. Perkhidmatan lain, 1,339KDNK hf, 15,315

Butiran 1 hingga 2 digolongkan sebagai sektor utama. Manakala butiran 3 hingga 5 digolongkan sebagai sektor industri dan butiran 6 hingga 11 dinamakan sebagai sektor perkhidmatan.

C. Kaedah pendapatanMenurut kaedah ini, penghitungan pendapatan negara dilakukan dengan menjumlahkan berbagai jenis pendapatan yang diperolehi dari menjalankan kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan oleh masyarakat.Contoh penghitungan menurut kaedah ini adalah seperti berikut;Jadual 4

Page 11: Makro2

Jenis pendapatan, Nilai pendapatan (RM juta)1. Gaji dan upah, 112,0002. Sewa, 10,0003. Bunga bersih, 8,0004. Pendapatan perusahaan persendirian, 10,0005. Keuntungan syarikat, 53,000i. Keuntungan tak dibahagi, 15,000ii. Dividen, 18,000iii. Cukai pendapatan syarikat, 20,000

Pendapatan negara (KNB hf), 193,000

sumber : Utusan

Dicatat oleh Abdul Rahman di 14:02 0 ulasan Label: makroekonomi

Jumaat, 2009 Ogos 14

Ekonomi 3 sektor (ekonomi tertutup)

Ekonomi campur tangan kerajaan

Huraian : ekonomi campur tangan kerajaan bermakna ekonomi tersebut mempunyai cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Ini boleh dikenal pasti apabila terdapatnya Pendapatan Cukai (Yd) dalam sesebuah fungsi keluk. Apabila

terdapatnya Yd dalam fungsi, ini bermaknya wujudnya cukai. Lain pula jika fungsi tersebut hanya mempunya Y sahaja, ini bermaksud fungsi tersebut ialah ekonomi tanpa campur

kerajaan dan tiada cukai yang dikenakan.

Huraian : Ekonomi tertutup bermakna tiada penglibatan sektor dari negara asing.

Page 12: Makro2

Formula : Y = C + I + G apabila berada di paras positif keluk, S + T = I + G apabila berada di paras negatif keluk.

Contoh soalan : cari YC = 230+0.75yd

I = 500G = 652

T = 40+o.1y

Cara pengiraan :C = 230+o.75(y-40+0.1y)C = 230+0.75y-30+0.075y

C = 200+0.675y

Y = 200+0.675y+500+652Y = 1352+0.675yY - 0.675y = 1352

0.325y = 1352Y = 1352/0.325Y = RM 4160

p/s : pasnih ekonomi 4 sektor plak..Dicatat oleh Abdul Rahman di 02:27 0 ulasan Label: makroekonomi

Khamis, 2009 Ogos 06

Ekonomi 2 sektor

Ekonomi tanpa campur tangan kerajaan

Huraian : pergerakan wang berlaku secara berterusan dalam sesebuah negara, ini membantu menaikkan ekonomi dalam negara tersebut. Pergerakan wang berlaku apabila setiap anggota

individu melakukan aktiviti berbelanja (C), dengan ini akan berlakunya pergerakan wang dari 1 individu ke individu yang lain. Dalam rajah di atas, isi rumah mendapat pendapatan (Y)

dari pasaran faktor iaitu pekerjaan, kemudian pendapatan tu dilakukan kepada 2 aktiviti iaitu berbelanja (C) dan simpanan (S), dari sini berlakunya pergerakan wang yang dilakukan oleh

isi rumah. Wang yang dibelanjakan akan digunakan untuk membeli barang dan

Page 13: Makro2

perkhidmatan, manakala wang yang disimpan mungkin akan disimpan di institusi kewangan iaitu bank.

Situasi yang sama juga berlaku pada firma, barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan telah mendapat keuntungan, dari keuntungan itu digunakan untuk dibelanjakan kepada kos

input dan kos pengeluaran, dan juga keuntungan yang ada di simpankan di bank.

Di bank pula, bank akan melakukan pelaburan (I) terhadap firma, di sini juga berlakunya pergerakan wang. Jika ekonomi berjalan dengan baik, bank mendapat manfaat dengan

naiknya nilai wang tempatan, dan ini akan menambahkan lagi kuantiti wang dalam negara.

Konsep Ekonomi 2 Sektor : kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi, dengan ini tiadanya Cukai (T) yang dikenakan terhadap keluaran barangan atau perkhidmatan.

p/s : Keluk ekonomi 2 sektor akan buat kemudian..Dicatat oleh Abdul Rahman di 00:21 0 ulasan Label: makroekonomi

Rabu, 2009 Ogos 05

Rumus Makroekonomi Bab 2

Rumus Keluaran Faktor (kf) dan Harga Pasar (hp)kf = hp - CTL + Subhp = kf + CTL - Sub

Rumus dalam Harga Pasar (hp)KDNKhp = C + I + G + Δi + (X - M)

KDNKhp = C + I + G + Δi + Xb

KNKhp = KDNKhp + YL

KNBhp = KNKhp - Sn

PertukaranKDNKhp = KDNKkf + CTL - Sub

KNKhp = KNKkf + CTL - SubKNBhp = KNBkf + CTL - Sub

KDNKkf = KDNKhp - CTL + SubKNKkf = KNKhp - CTL + SubKNBkf = KNBhp - CTL + Sub

Pendapatan bersih dari luar negara (YB)YB = YL - BL

IB = Ig - Sn

Pendapatan negara benarY0 = IH0/IH1 x Y1

Page 14: Makro2

p/s : nih je la yang hafal.. ada lagi nih..Dicatat oleh Abdul Rahman di 05:31 0 ulasan Label: makroekonomi

mengenali simbol-simbol dalam Makroekonomi

Simbol

KDNK Keluaran Dalam Negeri KasarKNK Keluaran Negara KasarKNB Keluaran Negara Bersih

Y Income (pendapatan)YL Pendapatan Faktor Dari Luar NegaraBL Pendapatan Faktor Ke Luar NegaraYB Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar NegaraYd Pendapatan Boleh GunaM ImportX EksportL Labour (buruh)C Consumption (belanja)S Saving (Simpan)I Investment (pelaburan)T Tax (cukai)G Government (kerajaan)t Kadar Cukai

Sub SubsidiCTL Cukai Tidak Langsung

kf Kos Faktorhp Harga Pasar∆i Perubahan i kecilSn Susut Nilai Y1 Pendapatan Negara Mengikut Harga SemasaY0 Pendapatan Negara Mengikut Harga Tetap/BenarIH0 Indeks Harga Pengguna Tahun Asas (100)IH1 Indeks Harga Pengguna Tahun Semasa

Page 15: Makro2

(pendeflasi/pendeflator)PP Pendapatan Persendirian

PPK Pendapatan Per KapitaCg Perbelanjaan Penggunaan AwamCp Perbelanjaan Penggunaan SwastaIg Pembentukan Modal Tetap Kasar AwamIp Pembentukan Modal Tetap Kasar SwastaIn Pelaburan BersihIg Pelaburan Kasar

p/s : nih baru sikit... senarnya banyak lagi.. tapi ini wajib dihafal.. :D

Dicatat oleh Abdul Rahman di 05:04 0 ulasan Label: makroekonomi Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama Langgan: Catatan (Atom)

Tips Guru Ekonomi

"kita lebih mudah hafal simbol daripada hafal ayat panjang"

"penguasaan dalam penggunaan simbol dalam membuat nota adalah satu keperluan untuk memudahkan pelajar mentafsir semula simbol-simbol tersebut kepada satu ayat yang panjang"

- Pn Nurazah

Pengumuman

alhamdulillah saya sudah habis masukkan nota-nota yang saya pelajari dari guru Mikroekonomi saya iaitu Pn Nurazah dan guru Makroekonomi saya iaitu En Mohd Nasaruddin ke dalam blog ini.. kesalahan dan kesilapan isi kandungan nota saya diharapkan anda dapat membantu saya untuk memperbetulkan ia kembali..

kepada semua calon stpm 2010.. moh le kita study habis-habisan!!!.. jadikan bulan-bulan terakhir sebelum menjelmanya hari peperiksaan stpm 2010 ini sebagai satu perjuangan terakhir!!!.. yeah!!!.. :D

terima kasih.

Pengarang Blog

Page 17: Makro2

Globalisasi Sistem Kadar Pertukaran Tetap Perubahan Kadar Pertukaran Asing Dalam Sistem Bole...

o ►   Jun (13) Kadar Pertukaran Asing Sekatan Perdagangan Bebas Kadar Syarat Perdagangan Pengkhususan dan Laba Perdagangan Antarabangsa Faedah Pengkhususan Langkah-langkah Mengatasi Masalah Makroekonomi Dasar Kewangan Kesan Dasar Fiskal Dengan Pendekatan AD-AS Untung Kadar Bunga Sewa, Bunga dan Untung Alat Dasar Fiskal Kesatuan Sekerja

o ►   Mei (12) Perbezaan Upah Penerbitan Keluk DD Buruh Penentuan Penggunaan Buruh oleh Firma dan Keluk DD... Penentuan Tingkat Upah Dalam PPS Penawaran Buruh Upah dan Kesatuan Sekerja Penentuan E dalam Pasaran Faktor Pengeluaran DD Faktor Pengeluaran dalam PPS SS Faktor Pengeluaran dalam PPS DD dan SS Faktor Pengeluaran Perbezaan Antara Pasaran Oligopoli dengan PPBermon... Pasaran Oligopoli

o ►   April (9) Perbandingan Antara PMonopoli dengan PPBermonopoli... Perbandingan Antara PPBermonopoli dengan PPSempurn... Kebaikan dan Keburukan Pasaran Persaingan Bermonop... Keseimbangan Firma Persaingan Bermonopoli Pasaran Persaingan Bermonopoli Monopoli dan Kawalan Kerajaan Perbandingan Antara Pasaran Monopoli dan PPS Kebaikan dan Keburukan Monopoli Diskriminikasi Harga

o ►   Mac (11) Keseimbangan Monopoli Dalam Jangka Panjang Keseimbangan Monopoli Dalam Jangka Pendek Penentuan Output Keseimbangan Konsep Hasil dalam Monopoli Keluk Permintaan Monopoli Dasar Fiskal (dasar belanjawan) Halangan dan Sekatan Kemasukan Firma (sebab wujudn... Pasaran Monopoli Keluk Penawaran Industri Jangka Panjang

Page 18: Makro2

Keluk Penawaran Industri Jangka Pendek Penerbitan Keluk SS Firma dan Industri Jangka Pend...

o ▼   Februari (15) Penutupan Firma Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Mempe... Keseimbangan Firma Dalam Jangka Panjang Jenis Inflasi Inflasi Pengangguran Keseimbangan Firma Dalam Jangka Pendek Lompang Inflasi (LI) Pendekatan bagi Menentukan Tingkat Output Keseimba... Konsep Hasil bagi Firma dan Industri Masalah Makroekonomi dan Dasar Penstabilan Perubahan Keseimbangan Kadar Bunga Pasaran Persaingan Sempurna (PPS) Hubungan antara SAC, LAC, SMC dan LMC Kos Pengeluaran Jangka Panjang

o ►   Januari (7)

►   2009 (11) o ►   September (2) o ►   Ogos (9)

Bilangan Pelawat

Free Counter