121
Bil. 7 Selasa 26 April 2016 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA

MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

Bil. 7 Selasa 26 April 2016

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama
Page 3: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

______________________________________________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2016

K A N D U N G A N

PELANTIKAN TUAN YANG DI-PERTUA

Tuan Yang di-Pertua Mengangkat Sumpah (Halaman 1) Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan oleh Tuan Yang di-Pertua (Halaman 2)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 3) USUL-USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24)

Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - YB Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Halaman 25)

Page 4: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama
Page 5: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Sri Doris Sophia Brodie.

3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad

4. “ Datuk Abdullah bin Mat Yassim

5. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman

6. “ Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu)

7. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

8. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

9. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

11. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki – Senator - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

12. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun (Dilantik)

13. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

14. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

15. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

16. “ Tuan Chandra Mohan A/L Thambirajah (Selangor)(LS)

17. “ Datin Paduka Chew Mei Fun – Senator (Dilantik) - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat

18. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor)

19. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

20. “ Tuan Chong Sin Woon – Senator (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan

21. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

22. “ Y.M. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu)

23. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

24. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

25. “ Dato’ Hoh Khai Mun (Pahang)

26. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

27. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

28. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)(LS)

29. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

30. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

31. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah)

Page 6: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

ii DN 26.4.2016

32. Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

33. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik)

34. “ Datuk Koh Chin Han (Melaka)

35. “ Dato’ Lee Chee Leong – Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

36. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak)

37. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan – Senator (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

38. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

39. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

40. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

41. “ Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

42. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B)

43. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor)

44. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

45. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak - Menteri Komunikasi dan Multimedia

46. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

47. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

48. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

49. “ Puan Hajjah Norahan binti Abu Bakar (Pahang)

50. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

51. “ Datuk Paul Low Seng Kuan – Senator (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

52. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

53. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis)

54. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

55. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

56. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

57. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang)

58. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

59. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

60. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik)

61. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik)

62. " Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

63. “ Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

64. “ Datuk Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

Page 7: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

-

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PENYATA RASMI (HANSARD)

Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah

Rosna binti Bujairomi Noraidah binti Manaf

Nor Hamizah binti Haji Hassan Siti Norlina binti Ahmad

Suriyani binti Mohd. Noh

Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed

Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim

Hizamihatim Maggiha bin Juarah

Page 8: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama
Page 9: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT PERTAMA

Selasa, 26 April 2016

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

PELANTIKAN TUAN YANG DI-PERTUA

Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa.

Yang Berhormat Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berbahagia Tan Sri Abu Zahar Ujang mantan Speaker Dewan Negara, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Perkara 56, Perlembagaan Persekutuan, dan peruntukan Peraturan Mesyuarat 1, Majlis Mesyuarat Dewan Negara akan menjalankan urusan memilih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah menerima hanya satu cadangan nama orang yang hendak dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekarang dengan segala hormatnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan cadangan Usul memilih Tuan Yang di-Pertua.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]:

Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, dan mengikut Peraturan Mesyuarat 2(1) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab seorang sahaja

yang dicadangkan dan disokong menjadi Tuan Yang di-Pertua, maka menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 2(3), saya dengan ini memasyhurkan bahawa Yang Berhormat Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara. Saya ucapkan tahniah [Tepuk]

[Tuan Yang di-Pertua dipakaikan jubah oleh Setiausaha Dewan Negara]

[Tuan Yang di-Pertua menuju ke Kerusi]

[Semua Ahli Yang Berhormat bangun]

Page 10: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

2 DN 26.4.2016

TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH

Tuan Yang di-Pertua: Saya S. Vigneswaran A/L M. Sanasee, setelah dipilih

memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara dengan ini berikrar, dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya.

[Tuan Yang di-Pertua menurunkan tandatangan pada Buku Sumpah dan Ikrar]

[Upacara Angkat Sumpah tamat]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN OLEH

TUAN YANG DI-PERTUA

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya

mengucapkan syukur kepada Tuhan, dan mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah menjunjung kasih ke atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan saya.

■1010

Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak atas usul beliau yang mencadangkan saya dilantik menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan yang mulia ini. Juga kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang turut menyokong. Pada masa yang sama saya mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, kerana sudi hadir ke Dewan Negara pada hari ini untuk menyaksikan Majlis Angkat Sumpah saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Dari semasa ke semasa saya berharap Yang Berhormat Tan Sri dapat memberi panduan dan nasihat kepada saya agar dapat menjalankan tugas dengan baik.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Presiden Parti MIC; Yang Berhormat Menteri-Menteri; Yang Berhormat Timbalan Menteri; Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negara; dan Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat kerana bersama-sama menyokong pelantikan saya sebagai Yang di-Pertua.

Akhir sekali, terima kasih kepada mantan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang atas sokongan dan tunjuk ajar beliau untuk saya memegang jawatan ini. Saya berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat memberikan kerjasama yang baik agar kita dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan yang mulia ini dengan adil dan saksama. Saya akan cuba menunaikan tugas saya dengan saksama seperti mana ikrar yang saya telah lafazkan tadi. Terima kasih.

Page 11: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 3

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta Menteri Kesihatan menyatakan,

kaedah dan teknik yang digunakan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam mengawal pembiakan nyamuk aedes bagi membendung penularan denggi yang terus meningkat dan nyatakan adakah kerajaan mempunyai pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi melahirkan komuniti bebas denggi.

Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua,

sebelum saya menjawab soalan nombor satu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua ke atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ini adalah satu pengiktirafan yang besar kepada Tuan Yang di-Pertua saya mempunyai keyakinan yang besar bahawa Tuan Yang di-Pertua akan mengharumi pentas yang mulia ini dengan satu perkhidmatan yang cemerlang dan akan memperkukuhkan lagi pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita ini. Mantan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Abu Zahar Bin Ujang telah mencapai tahap dan mutu yang begitu tinggi, dengan izin, he has set a very high standard semasa menjalankan

tugas sebagai Yang di-Pertua.

Saya percaya bahawa Tuan Yang di-Pertua akan meneruskan budaya itu dan akan membawa kesinambungan kepada apa yang telah diwujudkan oleh mantan Yang di-Pertua dan akan menjadi seorang ejen transformasi untuk melahirkan the first world Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ini. Dengan itu biarlah saya teruskan jawapan saya kepada soalan nombor satu.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang berhormat, seperti kita maklum isu denggi adalah satu isu yang besar di dalam negara kita dan Kementerian Kesihatan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain telah membuat banyak untuk memastikan bahawa kita boleh membendung, mengawal dan memastikan bahawa negara boleh bebas daripada denggi. Dalam usaha kita sebagai secara langsung untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes dan membendung penularan denggi, Kementerian Kesihatan telah menjalankan apa yang dipanggil larva siding menggunakan chemi force atau bacillus thuringiensis terutama di lokaliti-lokaliti hotspots secara berterusan.

Sebagai satu langkah untuk meningkatkan penguatkuasaan di tempat-tempat pembinaan atau tapak-tapak pembinaan, kementerian mengadakan aktiviti bersama di antara Kementerian Kesihatan, Lembaga Industri Pembinaan Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) melalui satu operasi yang dipanggil Ops Gempa Aedes untuk memastikan isu di tapak-tapak pembinaan terkawal. Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, kementerian telah mengadakan kempen-kempen kesedaran mengenai denggi melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui program radio, televisyen termasuk swasta dengan menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Twitter.

Dalam usaha untuk menambahkan penglibatan masyarakat dalam usaha untuk mengawal denggi kementerian telah menubuhkan kawasan COMBI di seluruh negara dan pada masa sekarang kita ada lebih kurang 3,044 pasukan di beberapa buah lokasi. Tujuannya ialah untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti membasmi aedes dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat terhadap penyakit denggi. Selain daripada itu, kementerian pun meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak swasta iaitu syarikat-syarikat swasta supaya mereka pun boleh memainkan satu peranan dalam usaha kita dan ada beberapa program yang telah dilakukan oleh pihak swasta seperti Dengue Patrol, Dengue Free Malaysia Movement yang tujuannya ialah untuk meningkatkan perhubungan mengeratkan perhubungan di antara kerajaan, masyarakat di peringkat akar umbi dan melalui itu bahawa satu perumahan.

Page 12: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

4 DN 26.4.2016

Lagi satu usaha yang telah dilakukan ialah dengan kesedaran kementerian terhadap apa yang telah diketahui melalui siasatan dan kajian bahawa tapak-tapak tanah lot yang kosong menjadi satu sumber pembiakan nyamuk aedes yang begitu besar dan satu usaha telah diadakan untuk membersihkan lebih kurang 643 tanah lot kosong di seluruh negara. Ini dibuat dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa tempatan dan sampai sekarang kita sudah berjaya untuk membersihkan lebih daripada 575 daripada lot-lot kosong itu ialah lebih kurang 89 peratus dan ini adalah salah satu daripada usaha yang kita berharap akan membawa keberkesanan kepada isu pembiakan nyamuk aedes dalam tanah-tanah kosong.

Sebagai tambahan kepada usaha kementerian untuk meningkatkan penguatkuasaan daripada 11 April 2016 iaitu dua minggu yang lepas, kementerian dengan kerjasama beberapa buah agensi kerajaan yang lain termasuk PDRM, angkatan tentera, pihak RELA telah meningkatkan program penguatkuasaan yang secara besar-besaran yang dikatakan operasi penguatkuasaan pembiakan aedes dan ini dibuat di seluruh negara dan tindakan diambil kepada mereka yang telah menjadikan tempat-tempat mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Untuk jangka masa panjang, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai kerajaan apa yang kita kena sedar adalah bahawa isu denggi isu apa yang dipanggil environmental cleanliness dan environmental hygiene. So untuk memastikan perkara itu boleh dicapai. Apa yang sangat mustahak bekerjasama, multisectoral, bukan sahaja terhad kepada Kementerian Kesihatan tetapi melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan agensi-agensi yang lain termasuk rakyat di peringkat akar umbi supaya kita sebagai satu pasukan boleh memastikan bahawa negara kita berada di dalam satu keadaan kebersihan yang baik.

■1020

So, itulah langkah jangka masa panjang iaitu Dasar Kebangsaan Kebersihan

Persekitaran. Dasar Kebangsaan Kebersihan Persekitaran yang dituju untuk pastikan bahawa seluruh negara bersih dan kalau negara bersih tidak ada nyamuk aedes. So, inilah penyelesaian muktamad dan itu usaha langkah panjang dan ini seberapa banyak daripada usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan apa yang saya mohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan yang mulia ini kita mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam usaha ini.

Di tempat masing-masing ada COMBI, tolong kerjasama dengan COMBI meningkatkan keupayaan mereka, menggerakkan mereka supaya mereka boleh memainkan peranan yang baik dan melalui ini kita boleh berjaya untuk membasmi nyamuk aedes yang mengakibatkan penyakit demam denggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih kepada Menteri kerana beri jawapan yang

begitu rapi. Soalan tambahan.

Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab dengan jelas dan baik. Beruntunglah orang-orang MIC yang dapat presiden seperti mana Datuk Seri Dr. S. Subramaniam [Tepuk]

Soalan tambahan saya, kes denggi dijangka akan meningkat dan mencatat rekod jumlah yang tertinggi tahun ini ialah 30,000 kes kerana sistem pemantauan kes denggi dan vektor serta promosi kesihatan tidak berfungsi dengan berkesan dan cekap. Maklumat yang dipantau pula tidak dapat membantu membuat penilaian keberkesanan aktiviti kawalan dan pencegahan yang dilakukan. Selain itu sistem amaran dan response pengeluaran penyakit berjangkit di daerah tidak berfungsi sehingga menyebabkan kejadian wabak yang tidak dapat dikawal dengan cekap dan berkesan.

Soalannya ialah sejauh manakah keberkesanan pelan strategik pencegahan dan kawalan denggi dengan matlamat utama mengurangkan beban dan kematian akibat jangkitan denggi ini. Sasaran utama pengurangan kes yang dilaporkan pada kadar 10 peratus setahun ini yang bercirikan 85 peratus lokaliti wabak dikawal dalam tempoh dua minggu dan pengurangan bilangan lokaliti wabak pada kadar 25 peratus setiap tahun telah tercapai. Sejauh mana penemuan-penemuan penyelidikan yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perubatan dimanfaatkan oleh program kawalan denggi seperti keberkesanan aktiviti fogging, penggunaan BTi dalam kawalan larva nyamuk aedes?

Page 13: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 5

Apa perancangan kerajaan selanjutnya untuk memperkasakan program komunikasi dan tingkah laku berkesan COMBI seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi kerana kes denggi telah dapat diturunkan sehingga kadar kepada 80 peratus melalui program ini. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Soalan ini

meliputi beberapa daripada isu berkaitan dengan denggi dan secara ringkas walaupun saya telah sentuh beberapa daripada isu ini daripada jawapan saya tadi. Namun saya akan ulang balik kerana secara ringkas apa yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat secara kesimpulannya ialah tahap ke mana penyelarasan yang ada pada masa sekarang di dalam semua peringkat yang ada di dalam kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pihak kementerian dalam usaha untuk mengawal dan membendung isu ini.

Sebagai penjelasan biarlah saya memberitahu bahawa di dalam tiap-tiap negeri, jawatankuasa denggi dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri. So, mereka sebagai pengerusi jawatankuasa ini mempunyai kuasa memberi arahan kepada semua agensi kerajaan yang ada di bawah kawalan negeri. Peringkat daerah juga, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan pejabat kesihatan daerah berkongsi satu kumpulan, satu pasukan dibawa satu Jawatankuasa yang sentiasa dipengerusikan oleh pegawai daerah sendiri untuk memastikan aktiviti-aktiviti mengawal denggi di kawasan-kawasan itu diselaras.

Dari itu apa yang kita boleh memahami ialah bahawa dalam isu penyelarasan cukup diselaraskan. Untuk pastikan ada ke pencapaian program-program kawalan ini mencapai tahap yang telah ditetapkan, saya setuju dengan Ahli Yang Berhormat ada kala tidak dicapai. Mengapa ini tidak dicapai ada beberapa sebab. Contohnya, kalau kita ambil tahun lalu 2015 dalam masa peak wabak denggi ini jumlah kes yang telah dilaporkan lebih kurang 3,000 kes satu minggu. Daripadanya lebih kurang 1,500 kes dari negeri Selangor. Itu bermaksud di dalam negeri Selangor tiap-tiap minggu ada 1,500 kes.

Di dalam Daerah Petaling sahaja daripada 1,500 kes mungkin 400, 500 dari Daerah Petaling. Dalam standard operating procedure yang ada dalam kementerian, kalau ada satu-satu indeks kes kita kena melakukan usaha pembersihan untuk 200 meter di sekelilingnya. Itu bermaksud ada beberapa ratus buah rumah dalam kawalan itu. So, kalau 400 kes gandalah 200 buah rumah, berapa pemeriksaan dan langkah-langkah yang telah diambil. Semasa peak ini memang kebolehan dibawa di peringkat pejabat kesihatan daerah dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa tempatan macam MPPJ, MPSJ walaupun ada kerjasama tetapi keperluannya lebih banyak daripada tenaga kerja dan keupayaan yang ada dalam sistem kerajaan.

So, kerana ada keadaan ini apa yang kita dipaksa buat ialah untuk membawa tenaga kerja dari negeri-negeri yang lain, ini sebenarnya dilakukan. Tahun lalu di Selangor kita sudah membawa pekerja dan pegawai kita dari Negeri Sembilan, dari Melaka, dari Terengganu semua turun padang ke Selangor untuk mengawal isu ini di Selangor. Ini kerana mereka yang ada di Selangor ini tidak mencukupi untuk mengawal isu ini. Itulah sebab dalam isu penyelarasan kadang-kadang tahap yang disebut oleh Yang Berhormat itu tidak dicapai.

Tentang meningkatkan kesedaran COMBI ini, saya tadi telah sebut, kejayaan COMBI dari apa yang saya nampak terpulang kepada pemimpin yang ada di satu-satu kawasan. Di mana tempat-tempat di mana ada kepimpinan yang kuat, kepimpinan yang akan menjadi pendorong yang kuat untuk memastikan program-program dilaksanakan ada kejayaan yang tinggi. Contohnya di Negeri Sembilan ada beberapa COMBI yang begitu aktif. Kerana mereka aktif di lokaliti di mana mereka aktif, tiada kes-kes denggi. So, ini ada contoh, contoh kerana ini menunjukkan bahawa leadership yang ada di satu-satu tempat boleh memastikan kejayaan satu-satu program yang ada di tempat-tempat itu. Ini secara ringkas jawapan kepada apa yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang kerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan dan usaha mereka ini secara berterusan.

Page 14: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

6 DN 26.4.2016

Baru-baru saya telah minta kementerian saya untuk mengadakan satu perbincangan yang lebih dalam bukan sahaja dengan pakar-pakar di dalam negara kita tetapi pakar-pakar dirantau ini dan minggu lalu kita ada satu denggi conference di peringkat ASEAN di mana ada pakar-pakar daripada seluruh negara di Asia, Sri Langka, India, Bangladesh, Vietnam, Thailand, Myanmar, Singapura, Filipina yang ada berkongsi pandangan mereka, berkongsi pengalaman mereka, berkongsi apa-apa ilmu pengetahuan yang baru yang telah diperoleh oleh mereka.

■1030

Sebagai satu usaha supaya dengan kerjasama dan harapan saya, bolehlah satu masa depan yang lebih cerah kepada kita di dalam mengawal denggi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kerajaan-kerajaan

negeri pun kena main peranan tanpa bergantung pada kementerian. Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan.

Tuan Chandra Mohan A/L Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali, saya juga bagi pihak rakan-rakan saya di sini, di sebelah sini bukan minoriti. Di Dewan Negara tak ada majoriti, minoriti, cuma berlainan pendapatan dan pendekatan. Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua [Tepuk] Juga ingin memberi jaminan bahawa kita akan bekerjasama dengan Tuan Yang di-Pertua menuju ke arah first world Parliament.

Berbalik kepada soalan tambahan, saya nak fokus kepada vaksin denggi. Kalau tak salah, vaksin denggi telah diperkenalkan di Filipina pada bulan ini walaupun dilancarkan di Mexico kalau tak salah. Saya hendak tahu pendirian kerajaan pasal saya pernah baca satu statement oleh Yang Berhormat Menteri bahawa kita ragu-ragu hendak menggunakan vaksin itu. Apa pendirian kementerian mengenai vaksin pasal sudah ada test case di Manila itu. Sama ada kalau pakai kita akan buat sebagai voluntary vaccination atau sebagai compulsory vaccination. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Ahli Yang Berhormat kerana tanya

soalan tentang vaksin dan memberi saya satu peluang untuk menjelaskan pendirian kementerian terhadap perkara ini.

Di Malaysia bukan sahaja Kementerian Kesihatan, rakyat pada keseluruhannya, kita sudah menunggu vaksin ini untuk satu jangka masa yang begitu lama. Pada tahun yang lalu, sebuah syarikat swasta telah membawa vaksin ini dan telah mengemukakan data mereka. Semasa kita buat analisa kepada data, ini yang sangat mustahak. Buat analisa kepada data dan ada menemui segala keperluan kepada kita sebagai negara untuk menyelesaikan isu ini ada beberapa perkara yang telah mengambil perhatian, menarik perhatian pihak kementerian.

Untuk memberi penjelasan lebih luas kepada perkara ini, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin maklum, denggi disebabkan oleh satu virus yang mempunyai empat jenis stereotaip yang kita panggil DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4 dan di dalam negara kita. Pada masa sekarang, virus stereotaip yang paling menjadi punca ialah DEN 2. Salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh vaksin ini, perlindungan yang diberi kepada vaksin-vaksin ini bukan sama rata kepada empat-empat stereotaip. Di dalamnya, perlindungan kepada DEN 2 ini kurang kalau dibanding dengan perlindungan yang diberi kepada stereotaip yang lain, itu isu nombor satu. Nombor dua, kajian yang telah dilakukan oleh syarikat ini daripada sembilan tahun untuk 18 tahun. Banyak daripada mereka yang mendapat penyakit denggi di dalam negara kita ialah mereka yang daripada 25 tahun sampai ke-40 tahun.

Soalan ialah, adakah denggi yang telah diadakan vaksin yang telah dikaji daripada sembilan sampai 18 tahun ini, sama sesuai dan memberi pertahanan kepada mereka daripada 25 tahun sampai 40 tahun. Kita tiada mempunyai jawapan kepada soalan itu. Tiada ada jawapan. Mungkin di dalam 10 tahun akan ada jawapan. Di dalam 15 tahun ada jawapan tetapi pada hari ini tidak ada jawapan. Oleh sebab perkara-perkara ini apa yang telah diputuskan oleh kementerian ialah mungkin kita boleh kerjasama dengan syarikat dan membawa vaksin sebagai satu kajian lanjutan atau an extension of the study.

Page 15: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 7

Sebagai satu kajian lanjutan yang akan memberi kita maklumat tambahan, will give us added information. Added information yang akan bantu kita di dalam membuat keputusan yang baik. So, ini yang pendirian.

Walaupun demikian, saya tahu Filipina telah mendaftarkan dan untuk digunakan, Mexico yang telah mendaftarkannya sebelum ini dan syarikat telah mengemukakan vaksin untuk didaftarkan kepada Biro Farmasi Kebangsaan dan Biro Farmasi sedang membuat penilaian berasaskan kepada proses-proses yang telah ditetapkan dan selepas itu mungkin Biro Farmasi akan mendaftarkan vaksin ini di dalam negara. Ia akan menjadi satu registered vaksin. Selepas itu terpulang kepada kerajaan macam mana kita mahu menggunakannya.

Dalam keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan, ini akan diasaskan kepada bukti sains yang ada. Bukti sains yang akan menjadi garis panduan kepada kita untuk macam mana vaksin ini boleh digunakan dan dijangka dengan mengambil kira semua data yang ada pada masa sekarang, kita boleh membuat keputusan dalam bulan enam atau bulan tujuh yang akan datang. Ada dua kelebihan yang telah ditunjuk, just to be fair to the vaccine, salah satu daripadanya ia akan mengurangkan kes-kes yang serius, reduction in number of serious cases. Nombor dua, ia akan mengurangkan jumlah mereka yang diperlukan masuk ke hospital, reduce the incidence of hospitalization. Ini kedua-dua ialah kebaikan yang telah ditunjukkan melalui kajian ini. Kita menerima itu. Mungkin itu ialah satu perkara yang baik dan kita akan lihat perkara ini dari sudut itu. Terima kasih.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

turut juga mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman menyatakan bahawa MIC perlu berbangga atas pelantikan Menteri yang pandai menjawab itu, hebat. Saya juga hendak menyatakan bahawa bukan sahaja MIC, malah UMNO juga berbangga kita dengan Menteri yang menjawab sedemikian rupa [Tepuk] Malah, saya rasa MCA juga turut berbangga dan inilah konsep Barisan Nasional yang telah pun membolot dua Kerusi di Sarawak, tahniah [Tepuk]

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, sehubungan dengan konsep Barisan Nasional ini, di kawasan saya Yang Berhormat Menteri bila buat sahaja program denggi ini kadang-kadang pembangkang tak ambil kerjasama. Kadang-kadang mereka ini seolah-olah denggi ini pilih bulu, hanya untuk orang Barisan Nasional sahaja. Malah, denggi ini tidak memilih bulu. Tak kira dia PKR kah, PAS kah, DAP kah, Barisan kah, sama sahaja. Jadi tidak ada kerjasama ini yang kadang-kadang yang membuat kita berasa sedih dengan pihak-pihak pembangkang ini. Jadi saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah Yang Berhormat Menteri melihat kerjasama di antara parti-parti ini untuk membanteras denggi ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima

kasih. Saya setuju nyamuk tidak boleh pilih parti yang mana [Ketawa] Kalau sudah gigit di rumah ini, apa yang nyamuk tahulah, pergi ke rumah yang sebelah sahaja, tak kira ada daripada parti PKR atau DAP. Isu yang nombor dua, isu ini paling besar di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang iaitu Selangor. Sejumlah 55 peratus sampai 60 peratus daripada semua kes denggi ialah di dalam negeri Selangor dan banyak lawatan yang telah saya buat di sana termasuk banyak kenyataan yang saya telah keluarkan khususnya terhadap apa yang dipanggil kecuaian pihak-pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan tugas mereka.

■1040

Banyak tempat yang kita nampak bahawa sampah sudah dikumpul bergunung-gunung. Saya telah mengambil gambar di depan sampah, banyak gambar sudah diambil yang telah dikeluarkan di dalam televisyen. Parit yang tersumbat dengan sisa pepejal yang tidak dipungut, tidak dibersihkan. So, ini semua ialah kecuaian pihak berkuasa tempatan

dan daripadanya kerana kecuaian mereka, ia menjadi punca kepada pembiakan nyamuk aedes.

Page 16: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

8 DN 26.4.2016

Sampai satu tahap, saya telah mengeluarkan kenyataan, kalau mereka tidak membetulkan apa yang mereka buat ini, mungkin kementerian akan saman kepada MPPJ atau MPSJ kerana mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Sampai ke tahap itu dan saya pun ada kerana ini isu rakyat, mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar di negeri Selangor dan minta bahawa kerajaan negeri memberi perhatian yang lebih tinggi kepada isu ini dan meningkatkan lagi bantuan yang mereka memberi kepada PBT dan supaya melalui itu, aktiviti-aktiviti dipertingkatkan.

So, memang perkara ini satu perkara di mana saya berharap parti-parti

pembangkang sedar bahawa isu ini isu yang akan membawa kesan kepada semua rakyat. Tidak ada kira siapa itu dan siapa yang akan menjadi mangsa pada esok hari itu kita tak tahu. Oleh itu, semua kena kerjasama dalam usaha ini dan mereka yang mempunyai kuasa kena menggunakan kuasa ini secara baik untuk memastikan kita boleh kerjasama untuk membawa isu ini kepada satu kawalan yang baik. Terima kasih.

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Assalamualaikum dan selamat

pagi. Saya juga Yang Berhormat, ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk S. Vigneswaran sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Tahniah Datuk.

2. Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan minta Menteri Pendidikan

menyatakan:

(a) para ilmuan dan bahan terbitan tempatan didapati kurang ditulis dan diterbitkan dalam bahasa Melayu walaupun sebahagian besar ilmuan kita terdiri daripada ahli akademik Melayu; dan

(b) langkah memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan dihormati serta dipandang tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan Chong Sin Woon]: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua. saya juga ingin mengambil kesempatan ini mewakili parti MCA untuk mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelantikan Tuan Senator sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pasti kita akan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Tuan Yang di-Pertua untuk sama-sama kita mempertingkatkan mutu dan kualiti Dewan Negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa menjalani atau menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan agensi penyelidikan bagi menggalakkan para ilmuwan dan ahli akademik menulis dalam Bahasa Melayu. Antara kerjasama yang diadakan ialah dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Institut Teknologi MARA, Universiti Sultan Zainal Abidin dan lain-lain.

Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengadakan kerjasama dengan agensi penyelidikan seperti MARDI, Nuklear Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Taman-taman Sabah dan lain-lain. Melalui kerjasama ini, Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan membimbing warga di setiap institusi dan agensi dalam bidang penulisan yang merangkumi penulisan ilmiah dan penulisan ilmiah popular.

Sehingga kini, sebanyak sembilan buah universiti awam dan agensi penyelidikan telah bekerjasama dengan DBP bagi menghasilkan bahan terbitan dalam bahasa Melayu. selain itu, Program Penerbitan Berpakej yang mula diperkenalkan mulai 1 Januari 2013, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik 93 kumpulan panel pakar dalam bidang ilmu. Dalam tempoh 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015, seramai 4,447 orang penulis telah berdaftar dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dan 1,993 buah manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu telah diterima untuk diterbitkan. Pada tahun 2014, Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan 320 judul buku, manakala dalam tahun 2015, Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan 607 judul buku.

Di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), usaha memartabatkan bahasa Melayu terus diberi keutamaan dalam bidang pendidikan. Pada peringkat sekolah, kerajaan memartabatkan bahasa Melayu melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan melalui Jawatankuasa Kerja MBM.

Page 17: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 9

Bagi peringkat pendidikan tinggi pula, kerajaan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia, di mana Kementerian Pengajian Tinggi merangka usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pelan tindakan dalam Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (2011-2015) dan diteruskan pada tahun 2016-2020 dan pelbagai pelan tindakan ini yang bertujuan untuk mencapai objektif:

(i) memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT;

(ii) menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam Bahasa Melayu;

(iii) merealisasikan Bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara; dan

(iv) mengantarabangsakan Bahasa Malaysia sebagai pusat rujukan tentang ilmu alam Melayu.

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya Tuan Wong, Tuan Chong, sorry. Soalan tambahan saya berbunyi begini, bagaimana kementerian melihat senario di sekolah SJKC dan SJKT yang pada pandangan saya masih kurang peruntukan masa untuk belajar Bahasa Melayu. Malah membimbangkan saya, hasilnya murid di dua jenis sekolah ini agak kurang mahir berbahasa Melayu.

Senario ini berlarutan sehingga mereka menjejak kaki ke IPTA contohnya, di masa pergaulan antara kaum semakin rendah. Situasi ini terus berlanjutan bila mereka ini memasuki alam pekerjaan. Maka jadilah dominasi kaum di dalam sesetengah industri yang cenderung memilih pekerja daripada kaum sendiri sahaja. Ini semua berpunca dari akar umbi dan tahap pendedahan kepada Bahasa Melayu khususnya, semasa peringkat sekolah rendah lagi. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih ke atas soalan tambahan. Untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sudah pun meningkatkan waktu pembelajaran Bahasa Melayu di semua sekolah jenis kebangsaan termasuk SJKC dan SJKT. Pada permulaannya, cuma 180 minit seminggu dalam pengajaran bahasa Melayu di SJKC dan SJKT. Akan tetapi di bawah KSSR ini, tahap satu di sekolah jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sudah ditingkatkan kepada 300 minit seminggu dan di tahap dua, 240 minit. Jauh lebih banyak berbanding dengan zaman-zaman dahulu dan penekanan kepada KSSR juga meningkatkan kualiti dan mutu pembelajaran Bahasa Melayu di semua jenis sekolah.

Di samping itu, pembelajaran Bahasa Melayu juga kita menghantar guru-guru opsyen Bahasa Melayu untuk pengajaran di SJKC dan SJKT. Sebelum ini memang guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu mungkin bukan daripada opsyen Bahasa Melayu. Di samping itu, penyediaan guru-guru untuk dihantar ke semua sekolah, bahkan biarkan sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan, kita akan memastikan bahawa guru yang mempunyai opsyen untuk mengajar bahasa itu penting untuk meningkatkan bahasa kita. Terima kasih.

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tahniah atas

pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baru.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita maklum

bahawa Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) mempunyai fungsi menjalankan kerja-kerja terjemahan buku sebagai bahasa dan menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu. Selain daripada aktiviti terjemahan, ITBM juga melibatkan diri dalam menghasilkan buku-buku ilmiah, buku umum, buku fiksyen dan non-fiction untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa.

Page 18: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

10 DN 26.4.2016

■1050

Persoalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menyalurkan dana sebanyak RM5 juta lagi pada Institut Terjemahan Buku Malaysia supaya mereka dapat menjalankan dan mempergiatkan lagi kerja-kerja penerbitan buku terjemahan dan juga mempromosikan buku ITBM di dalam dan di luar negara. Terima kasih.

Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan

tambahan. Saya setuju bahawa Institut Terjemahan ‘Buku’ Malaysia itu sangat penting untuk kita memperkayakan lagi buku-buku terjemahan daripada bahasa-bahasa lain ke Bahasa Melayu. Contohnya yang terbaru, Kerajaan China telah memberikan satu terjemahan The Three Kingdom yang sangat popular di karya bahasa Cina itu dalam Bahasa Melayu antara sebagai usaha untuk kita memperkayakan bahasa-bahasa kita dan buku-buku kita dalam tulisan Bahasa Melayu. Berkenaan dengan soalan tambahan peruntukan RM5 juta itu, boleh dicadangkan kepada kementerian dan kita akan bawa kepada rujukan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang kita alih

kepada soalan nombor 3. Yang Berhormat Dato' Nallakaruppan.

3. Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai minta Menteri Perdagangan Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, susulan daripada penurunan harga minyak yang ketara, apa perancangan kerajaan dalam memastikan agar barangan yang dulunya telah dinaikkan harga dapat diturunkan semula.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato' Seri Hamzah bin Zainudin]: Saya juga ingin mengucapkan tahniah, Tuan Yang di-Pertua orang

yang muda, saya hendak menjawab soalan nombor tiga. Tuan Yang di-Pertua, ini soalan nombor tiga ini saya ingin menjawab bersekali dengan empat soalan lain yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Khairudin bin Samad yang juga pada hari ini, Yang Berhormat Senator Datuk Abdullah bin Mat Yasim pada 27 April serta Yang Berhormat Senator Abdul Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan dan Yang Berhormat Senator Tuan Ramli bin Shariff pada 4 Mei kerana ia menyentuh isu dan perkara yang sama iaitu usaha kerajaan dalam mengawal harga barangan dan kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti

Yang Berhormat sedia maklum, sistem ekonomi Malaysia sistem ekonomi pasaran bebas, di mana kuasa pasaran atau market force memainkan peranan penting dalam penentuan harga barangan. Harga barangan di pasaran juga ditentukan oleh faktor-faktor seperti permintaan dan penawaran, dengan izin, supply and demand, cuaca, ekonomi global, persaingan, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan sebagainya. Oleh yang demikian, boleh dikatakan penentuan harga barangan dan perkhidmatan adalah berdasarkan kepada faktor-faktor yang berbeza di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, kerajaan juga melaksanakan kawalan harga bagi memastikan bekalan-bekalannya mencukupi pada harga-harga yang berpatutan.

Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup telah dan sedang merangka strategi dan program untuk menangani isu berkenaan. Antara program yang sedang dilaksanakan membangunkan My Farm Outlet sebagai pusat jualan alternatif untuk produk segar dengan jaminan kualiti dan harga yang menjimatkan. Program My Farm Outlet ini akan dibangunkan secara NBOS, National Blue Ocean Strategy dengan menggunakan Rural Transformation Center, RTC dengan kerjasama MOA, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta kementerian saya, KPDNKK. Kita akan perluaskan lagi lokasi My Farm Outlet ini ke setiap kawasan Parlimen dan seterusnya dibangunkan di setiap Dewan Undangan Negeri, insya-Allah.

Koperasi-koperasi juga akan diperkasakan untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam sistem pengedaran, pemborongan dan peruncitan rantaian bekalan melalui program yang kita namakan cooporative strategic linkages. Bermula daripada aktiviti pengeluaran, pengedaran dan outlet peruncitan tersebut. Melalui program ini rakyat

terutamanya ahli-ahli koperasi mudah untuk mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga yang munasabah. Selain daripada itu, kementerian ini juga melaksanakan program mengawal harga barangan seperti:

Page 19: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 11

(i) menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi mengawal pengambilan untung secara tidak munasabah oleh peniaga;

(ii) menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga, Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit 1953, di mana para peniaga diwajibkan meletak tanda harga ke atas barangan yang dijual atau mempamerkan senarai harga;

(iii) mengadakan kempen penurunan harga yang disertai oleh pasar raya di seluruh negara dengan menawarkan diskaun sehingga 70 peratus produk jualan;

(iv) melaksanakan program skim kawalan harga musim perayaan semasa musim-musim perayaan seperti Hari Gawai, Pesta Kaamatan, Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas;

(v) membuka 185 Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M dan 30 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang menawarkan barangan dengan harga berpatutan;

(vi) menyeragamkan harga barang-barang keperluan pengguna seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, gas memasak LPG, petrol RON95 dan diesel pada harga yang ditetapkan kerajaan melalui Program Penyeragaman Harga dan Mobile KR1M;

(vii) mengadakan program kedai harga patut di premis-premis yang telah dikenal pasti menjual barangan dengan harga yang berpatutan dan kompetitif; dan

(viii) membangunkan aplikasi Ez-ADU bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu pencatutan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kawalan terhadap harga barangan, KPDNKK melihat isu kos sara hidup juga ditangani melalui program-program khusus bagi menjana pendapatan rakyat melalui perniagaan. KPDNKK secara proaktif telah mewujudkan pelbagai program:

(i) projek atau Program Transformasi Kedai Runcit atau kita namakan TUKAR untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif;

(ii) Program Pemodenan Bengkel Automatif bertujuan untuk memodenkan dan mentransformasikan sektor industri perkhidmatan, penyelenggaraan dan pembaikan automotif;

(iii) Skim Pembiayaan Francaisi dan program Business in Transformation melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang menyediakan perkhidmatan latihan dan pembiayaan untuk membantu para peniaga menjana pendapatan yang tinggi dalam bidang francais; dan

(iv) program One Hour Registration of Business oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang memudahkan urusan pendaftaran perniagaan baru dalam tempoh hanya satu jam.

Dengan inisiatif-inisiatif yang saya sebutkan tadi dan dengan slogan, “The Caring Ministry”, kementerian mengalu-alukan sebarang pandangan atau aduan, khususnya isu harga barang dan kos sara hidup daripada rakyat melalui satu program yang saya namakan Friends of KPDNKK. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 20: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

12 DN 26.4.2016

■1100

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memang

pandai menjawab- seorang ahli korporat. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Menteri yang menjawab paling pandai. Kalau tidak ada ini soalan, saya tidak ada tanya Menteri ini. Bukan jack, ini yang betul. Soalan tambahan saya Menteri, bagaimanakah kerajaan akan menangani hujah yang menyatakan bahawa harga barangan tidak dapat diturunkan atas sebab kerugian pertukaran mata wang asing? Terima kasih Menteri. Tolong jawab!

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin: Tuan Yang di-Pertua, lain kali soal jangan sampai ayat yang last itu, yang akhir itu, “Tolong jawab!” [Ketawa] Wah! Suara besar.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, faham atau tidak soalan

tambahan itu? [Ketawa]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin: Tuan Yang di-Pertua, saya rakan dia.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Yang Berhormat Menteri, baru hari mula Tuan Yang di-Pertua, sudah mahu ketuk sama saya. Tidak baik tahu [Ketawa]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin: Tuan Yang di-Pertua, dia sahabat saya, dia

rakan saya. Kalau lidah dia panjang atau pendek kah, cara mana dia bercakap, saya tetap faham.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey.

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin: Hah! Ini yang hebat bila saya sudah kenal lama

dengan beliau. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf kata “Rakan tenis”, bukan. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, dia main tenis bukan dengan saya. Saya tengok sahaja [Ketawa] Dia main tenis dengan orang lain.

Soalan yang bertanyakan dengan saya, apakah benar bahawa kita tidak boleh menurunkan harga oleh kerana masalah pertukaran mata wang asing. Saya hendak jelaskan di sini, tadi dalam jawapan saya pun saya telah beritahu salah satu faktor yang boleh menyebabkan harga barangan turun dan naik ini adalah dengan faktor harga atau pertukaran mata wang asing. Ketika mata wang kita merudum, harga barangan juga agak ada turun naiknya kerana barang-barang yang import ini menyebabkan mereka terpaksa bayar lebih tinggi daripada biasa. Bila ada penurunan mata wang, maka itu menyebabkan mereka boleh membeli secara yang lebih murah. Selalunya, para peniaga ini akan mengambil average dalam sesuatu waktu. Maka sebab itu, kita tidak melihat ia turun dan

naik yang begitu ketara.

Walau bagaimanapun, dalam kaedah yang juga saya sebutkan tadi iaitu mengenakan Akta Antipencatutan, kita tidak mahu ahli-ahli peniaga mengambil isu ini dengan menaikkan harga barang dengan begitu tinggi sehingga menyebabkan rakyat terasa sangat bahawa ia tidak patut apabila mereka menaikkan harga. Maka sebab itu, kenaikan harga, biarlah ia berpatutan dengan apa yang berlaku, faktor-faktor yang telah saya jelaskan tadi. Oleh sebab itu, soalan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Nalla ini ada kebenarannya, ada kebaikannya. Sekali sekala baik juga dia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Ramli bin Shariff: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Ramli bin Shariff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil

kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Menteri ini ialah saya nampak ada kaitan rapat di antara Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini. Adakah berlakunya sebarang pertindihan ataupun perselisihan di antara penetapan harga dan juga barang-barangan yang disenaraikan untuk mendapat zero rated ini, dengan izin Tuan Yang

di-Pertua? Terima kasih.

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tadi tidak penuh. Zero rated GST maksud Yang Berhormat Senator Ramli, betul?

Page 21: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 13

Tuan Ramli bin Shariff: [Mengangguk]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin: Sebab kalau dalam kerajaan kita ini, kita kebanyakannya melakukan kerja-kerja dengan menggunakan strategi National Blue Ocean Strategy. Maka apa pun yang kita buat, kita akan bekerjasama dengan banyak kementerian

untuk melihat supaya tidak ada pertindihan berlaku. Maka sebab itu dalam kos sara hidup ini, hendak menentukan juga harga-harga barangan itu dijual dengan yang saya katakan tadi yang lebih patut, maka sebab itu, kita sentiasa berbincang dengan MoF, hendak menentukan barang-barang mana yang sepatutnya tidak dikenakan GST atau tax yang kita

kenakan.

Sudah ada banyak barang, melebihi 900 item semuanya yang telah pun kita kurangkan atau zero rated GST. Itu adalah atas pandangan, aduan dan juga dengan menggunakan engagement bersama dengan NGOs yang ada dalam negara dan supaya kita pastikan peniaga juga kita balance kan supaya mereka boleh selesa dengan kadar harga yang dijual, tidak ada GST. Semua itu berlaku kerana atas kepentingan. Inilah Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa melihat demi kepentingan rakyat dalam negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada lagi soalan tambahan? Yang Berhormat

Senator Dato’ Jaspal. Terima kasih.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya pun ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas pemilihan dan pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Pelantikan Datuk memanglah satu pengiktirafan daripada pemimpin yang tertinggi, Perdana Menteri kita atas kebolehan dan kepimpinan Tuan Yang di-Pertua. Kami, parti MIC pun berasa begitu bangga sekali selepas 20 tahun kerusi tertinggi penggubal undang-undang di negara kita dipegang oleh seorang rakan daripada parti MIC. Saya hendak ucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua [Tepuk]

Saya rasa, pelantikan Tuan Yang di-Pertua pun is an inspiration, satu inspirasi kepada golongan yang muda. Tuan Yang di-Pertua yang duduk di atas kerusi itu pun seorang muda, baru 50 tahun. So it is an example untuk banyak orang muda dan kami di Dewan Negara ini, semua Ahli Yang Berhormat look forward untuk bekerjasama dengan Tuan Yang di-Pertua untuk memartabatkan dan memperkasakan Dewan Negara ini.

Soalan tambahan saya ialah mengenai online store. Saya lihat perkembangan online store membuat business adalah begitu pesat sekali. Saya bila melayari laman web Yang Berhormat Menteri, mendapati ada store yang memang ada GST dan ada store yang tidak kenakan GST. Jadi saya hendak tahu sama ada perniagaan online ini, adakah mereka perlu register dengan kementerian dan bagaimana kementerian memantau perdagangan di online ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal.

■1110

Tentang perniagaan secara online ini, ini adalah suatu yang sekarang ini banyak

dipergunakan oleh ramai peniaga terutamanya mereka yang baru hendak berniaga. Saya hendak jelaskan. Pertama, sesiapa sahaja yang ingin berniaga dalam negara saya ini- maaf, negara kita ini secara... [Disampuk] Yang Berhormat Tuan Haji Shukor gelakkan sangat ini seolah-olah macam saya bercakap dengan Yang Berhormat Dato’ Jaspal bukan orang Malaysia.

Saya hendak jelaskan, negara kita ini, penggunaan Facebook sahaja sudah mencapai angka 15 juta sehari. Sudah 15 juta satu hari di Facebook. Dunia menggunakan satu bilion satu hari. Itu menunjukkan bahawa sudah ramai yang menggunakan Facebook. Maka, sudah ada peniaga-peniaga yang ingin masuk menggunakan ini kerana mereka melihat ia merupakan satu peluang.

Page 22: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

14 DN 26.4.2016

Akan tetapi dalam negara kita ini, kita terpaksa hendak tentukan sesiapa yang berniaga mesti berdaftar tidak kira sama ada online ataupun peniaga biasa asalkan mereka berniaga mesti berdaftar. Maka, saya telah pun mengumumkan pendaftaran mesti dibuat melalui SSM. Itu pertama.

Kedua, ada mereka yang mengatakan dan bertanyakan soalan dengan kementerian, apa pula kalau dia hanya hendak berniaga sekali secara online? Dia ada satu barang dia hendak go online dan akhirnya dia tidak berniaga lagi. Hanya satu barang dia hendak keluarkan. Saya hendak jelaskan. Ini yang saya tidak mahu ada perkara-perkara melibatkan esok penipuan berlaku. Jadi, kita akan umumkan walaupun mereka hendak berniaga, dia mesti berdaftar walaupun sekali online.

Cuma, belum saya gazetkan dan buat pengumuman ini kerana kita hendak lihat sama ada ia beri 30 hari ataupun tiga bulan. Itu kita sedang buat engagement dengan ahli-

ahli perniagaan dan juga NGO yang ada dalam negara. Ini kerana kalau satu barang dia jual, dikeluarkan dalam Faceboook dia, dia kata hendak jual barang, selagi dia tidak jual, saya tidak mahu ia berlarutan lama-lama. Ini menyebabkan ia juga merupakan seorang ahli perniagaan kalau ia sudah terlampau lama. Maka sebab itu kita hanya beri tempoh yang tertentu. Itu sebagai contoh.

Jadi akhirnya, kriteria-kriteria seperti ini mesti diperketat supaya tidak ada penipuan berlaku dalam negara. Oleh sebab itu, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator kerana memahami bahawa masalah online business ini dia boleh jadi besar. Apabila ia besar, ia juga boleh menjadi banyak masalah kerana penipuan juga boleh berlaku seperti dikeluarkan dalam Facebook, satu produk yang nampak cantik tetapi bila hantar barangan itu, bukan seperti yang ditunjukkan dalam online tersebut.

Maka, ini kriteria-kriteria ini akan diperketat dan akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

4. Dato' Adam bin Abdul Hamid minta Menteri Pertahanan menyatakan,

memandangkan perairan di Malaysia adalah sangat luas dan terdedah kepada pelbagai ancaman, adakah kementerian bercadang menambah pembelian aset secara jangka pendek dan panjang bagi memastikan keselamatan benar-benar terkawal. Apa program lain yang dirangka bersama-sama negara serantau seperti ASEAN.

Menteri Pertahanan [Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein]: Sebelum

saya menjawab soalan nombor 4 ini, izinkan saya juga untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat atas lantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Saya akui dan tidak nafikan semasa saya memimpin Pergerakan Pemuda, tidak terlintas di hati kecil saya, pemikiran saya iaitu pada satu ketika saya terpaksa tunduk hormat, akur dan patuh kepada Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya turut berbangga dan saya beri jaminan di dalam Dewan yang mulia ini pun saya akan akur dan patuh dengan arahan Tuan Yang di-Pertua.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab soalan yang ke-4 di mana hala tuju dan pelan strategik Kementerian Pertahanan tahun 2016 yang juga berdasarkan kepada Rancangan Malaysia Kesebelas, kementerian telah memberikan penekanan kepada lima teras utama yang berikut:

(i) Teras Kesiapsiagaan ATM;

(ii) Teras Keselamatan Negara;

(iii) Teras Diplomasi Pertahanan;

(iv) Teras Kebajikan Anggota dan Veteran Tentera; dan

(v) Teras Transformasi Program Latihan Khidmat Negara 2.0.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keluasan zon maritim Malaysia yang meliputi Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu di perairan timur Sabah adalah seluas 603,210 kilometer persegi. Ia merupakan satu cabaran besar bagi pasukan keselamatan negara terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia. Akan tetapi di bawah Teras Kesiapsiagaan, Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha untuk menentukan kesiapsiagaan aset ATM berada di tahap yang baik.

Page 23: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 15

Daripada segi perolehan aset, TLDM telah membuat perancangan perolehan aset untuk jangka pendek dan juga jangka masa yang panjang.

Untuk jangka masa pendek, aset yang akan diperoleh aset yang tidak tinggi kosnya tetapi keperluannya adalah penting dan mendesak termasuklah Unmanned Aerial Vehicles (UAV), dengan izin, serta aset-aset untuk Pasukan Khas Laut (PASKAL) kita seperti Special Force Boat (SFB), Autonomous Underwater Vehicle (AUV) dan juga Submerged Delivery Vehicle (SDV).

Bagi jangka masa yang panjang pula, ATM dalam proses memperoleh Littoral Combat Ship (LCS) dan perolehan kapal latihan TLDM bagi mempertingkatkan tahap profesionalisme anggota-anggota TLDM. Di samping itu, TLDM sedang mempertimbangkan cadangan perolehan Littoral Mission Ship (LMS) dan juga Multi Role Support Ship (MRSS). Walau bagaimanapun, kesemua cadangan ini adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan negara kita pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, kapal selam Scorpene berperanan melaksanakan tugasan seperti pengawasan, pemantauan dan perisikan. Ia merupakan force multiplier asset kepada TLDM. Dalam aspek operasi pula, TLDM melaksanakan pelbagai operasi di perairan negara seperti di Selat Melaka, di Laut China Selatan dan di Laut Sulu secara berterusan dan ini kita lakukan dengan kerjasama agensi-agensi keselamatan yang lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tugas-tugas yang digalas oleh TLDM, pihak ATM melalui TUDM juga memastikan ruang udara maritim negara sentiasa terpelihara. Untuk menangani keselamatan di dua buah wilayah iaitu Malaysia Timur dan Malaysia Barat, keupayaan untuk mengatur gerak aset-aset sama ada pesawat pejuang, pesawat angkut dan pesawat rondaan maritim ke kawasan-kawasan yang perlu adalah sentiasa di tahap yang tertinggi. Sebagai contoh, untuk keselamatan di Pantai Timur Sabah, satu skuadron pesawat pejuang Hawk telah pun diatur gerak ke Pangkalan Udara Labuan bagi pengoperasian di kawasan berkenaan.

Bagi menentukan pengoperasian yang lebih berkesan, maka program penambahbaikan keupayaan pesawat TUDM turut dilaksanakan. Antara lain, peningkatan pesawat Hawk dan peningkatan infrastruktur di Kawasan Operasi Timur Sabah. Selain itu, keupayaan pengawasan udara turut diperkukuhkan dengan mewujudkan Sistem Pertahanan Udara Nasional di mana ruang udara negara dibahagikan kepada dua buah wilayah udara iaitu Wilayah Udara Satu di Malaysia Barat dan Wilayah Udara Dua di Malaysia Timur. Bagi pengawasan khusus di kawasan Pantai Timur Sabah, ATM telah mengoperasikan sebanyak lapan buah Sistem Radar Pengawasan Pantai atau Coastal Surveillance System 1206 dalam mengawasi perairan kawasan berkenaan dan juga

persisiran pantai.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Teras Diplomasi Pertahanan, satu daripada lima buah teras yang merupakan hala tuju MinDef, pelbagai program kerjasama pertahanan pelbagai hala melibatkan negara serantau dan ASEAN telah juga dan sedang dilaksanakan.

■1120

Antara inisiatif yang dilaksanakan Program Malacca Strait Sea Patrols (MMSP) dan Eyes-in-the-Sky (EiS), patroli koordinasi Malaysia-Indonesia, PATKOR MALINDO dan Coordinated Patrol Area (CPA), or Joint Development Areas (JDA) Malaysia dan Thailand.

Semuanya merupakan kolaborasi usaha rondaan bersama yang pelbagai yang melibatkan juga negara-negara pelbagai di kawasan perairan Selat Melaka dan juga Laut China Selatan. Selain itu ASEAN Navy Chiefs Meeting (ANCM), ASEAN Defense Ministers Meeting (ADMM-Plus) dilaksanakan setiap dua tahun sekali bagi membincangkan pelbagai isu keselamatan dan inisiatif-inisiatif yang harus diambil oleh negara ASEAN untuk kebaikan bersama.

Page 24: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

16 DN 26.4.2016

Tuan Yang di-Pertua, ATM juga turut melaksanakan kerjasama perisikan di kalangan negara anggota ASEAN dan negara sahabat kerana ia menghasilkan pelbagai produk perisikan yang accurate, yang timely, predictive dan actionable, dengan izin. Jalinan kerjasama perisikan dengan negara-negara ini adalah penting kerana bentuk ancaman semasa yang semakin dinamik dan dipengaruhi oleh faktor-faktor globalisasi serta geostrategic serantau.

Contohnya ASEAN Military Intelligence Informal Meeting yang melibatkan semua agensi perisikan tentera negara serantau. ASEAN Militaries Analyst-to-Analyst Intelligence Exchange (AMAAIE) yang melibatkan penyertaan pegawai-pegawai analisis peringkat pertengahan dari organisasi perisikan tentera negara-negara ASEAN. Military Intelligence Informal Meeting-Strait of Malacca yang melibatkan negara pesisir Selat Melaka, Asia Pacific Intelligence Chiefs Conference yang melibatkan pelbagai negara serta dianjurkan bersama dengan pihak United States Pacific Command (USPACOM). Peraturan Pertahanan Lima Negara atau Five Power Defence Arrangements (FPDA) merupakan sebuah aturan pertahanan yang ditubuhkan sejak tahun 1971 lagi melibatkan Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun usaha yang telah dilaksanakan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia akan sentiasa terus berusaha dengan lebih gigih demi memastikan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Terima kasih.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak

mengutarakan isu pertama kumpulan Sultan Kiram mendakwa bahawa dia telah melantik jeneral di setiap DUN di Sabah. Kedua, saya hendak menarik perhatian bahawa Ketua Menteri Sabah Dato’ Musa Haji Aman serta-merta memberhentikan perdagangan barter trade dengan izin Tuan Yang di-Pertua di seluruh Sabah di kawasan perairan bersempadan

dengan Filipina terutamanya.

Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri secara serius, tuntas apakah isu keselamatan di Lautan Sulu ini menjadi kekangan kepada kita dan bagaimana pendekatan kita berunding dengan pihak negara Filipina? Ini kerana ia seolah-olah tidak habis-habis. Terima kasih.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Adam. Satu soalan yang cukup tepat dan merupakan satu soalan yang cukup serius yang menuntut jawapan yang juga serius. Bagi saya ancaman yang kita hadapi di Lautan Sulu merupakan sesuatu yang perlu diambil kira dan dapat kesedaran daripada semua pihak termasuk wakil-wakil rakyat dari Dewan Negara yang mulia ini. Oleh sebab kita di MinDef, core business kita ialah pertahanan kita. Perkara-perkara yang berhubung kait dengan militancy, penyeludupan, penculikan itu merupakan tanggungjawab agensi-agensi tertentu

dan kerjasama di antara agensi yang menguatkuasakan perkara ini merupakan sesuatu yang suka tak suka kita mesti pastikan sebagai keutamaan.

Dalam konteks pertahanan negara, Lautan Sulu dan negara jiran khususnya di selatan Filipina, ancamannya real di mana baiah, letak ke tepi keturunan Kesultanan Kiram

ini tetapi Abu Sayyaf, Nur Misuari dan kumpulan-kumpulan militan yang lain telah pun berbaiah dan berikrar sokongan kepada Daish dan IS. Memang perancangan mereka yang mewujudkan sebuah wilayah Islamiah di kawasan yang disebutkan dan kita di peringkat pertahanan negara telah pun memberikan fokus daripada masa Lahad Datu lagi untuk memastikan bahawa apa yang kita lalui masa di Lahad Datu, pencerobohannya, sekurang-kurangnya ATM dan MinDef telah melakukan apa yang terbaik.

Kita telah mewujudkan dua buah pangkalan operasi hadapan di lautan dalam bentuk sea basing. Tidak menggunakan peruntukan tambahan MINDEF, pelantar-pelantar minyak yang telah pun di commission oleh Petronas, dinaiktaraf, dibiayai oleh Petronas dan sekarang ini sudah operational.

Kita sudah mengatur gerak 12 buah bot Mk V Special Operations Craft (SOC) sejak Lahad Datu, empat buah kapal TLDM yang berkeupayaan platform helikopter yang sekarang ini dilengkapkan dengan senjata telah pun diatur gerak, pengoperasian empat SB19 di Pangkalan KD Sri Sandakan already in place, penempatan sebuah helikopter di KD Sri Semporna.

Page 25: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 17

Penempatan tambahan dua team PASKAL di KD Sri Semporna, perolehan bot P38, Silver Breeze. Belum sebut lagi forward base helikopter kita di Lahad Datu, belum sebut lagi cara bagaimana kita hendak mempertahankan pangkalan di Sepanggar, bagaimana kita sudah refitted submarine kita, batalion satu yang baru akan diwujudkan di

sana dan Gempita AV8 kita telah pun berada di Tawau.

Bermakna bahawa tanggungjawab kita di MinDef, di ATM untuk konteks pertahanan bumi Sabah itu merupakan sesuatu yang kita tidak ambil mudah. Lebih-lebih lagi perkembangan di Filipina bergantung kepada pemilihan presidennya dan proses damai di Mindanao sedang dipantau dan kita berinteraksi dekat dengan mereka. Sekiranya kalau ia tidak mempunyai political will di pihak Filipina, saya bimbang bahawa peperangan yang kita lihat di Mindanao 11 tahun dahulu mungkin berulang dan ancaman terhadap Sabah lebih berat lagi. Ini sedang kita pantau secara dekat.

Keduanya, apa yang kita lihat dalam dunia tanpa sempadan hari ini di mana ancaman-ancaman baru khususnya IS dan Daish dan kumpulan-kumpulan militan yang ingin mengambil kesempatan untuk meneruskan agenda peribadi masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua negara yang berdekatan.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Adam bin Abdul Hamid menyatakan tadi hubungan kita dengan negara-negara jiran khususnya kalau Lautan Sulu, Filipina, Indonesia, Brunei dan Malaysia merupakan sesuatu yang perlu kita perkukuhkan lagi. Cuma di Filipina kita kena tunggu dengan kepimpinan yang baru. Apa yang saya senaraikan dalam jawapan asal tadi, kerjasama risik tidak kiralah pasal aset. Aset kita boleh cari tetapi maklumat yang terkini, perkongsian risik merupakan sesuatu yang kita sedang rintis dan tidak perlu saya maklumkan di dalam Dewan ini kerana itu telah pun berjalan. Mencukupi daripada jawapan asal saya tadi untuk membuktikan bahawa dalam hal ini kita melihat isu ini sebagai satu perkara yang cukup serius.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Syukurlah

kita ada Menteri Pertahanan Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein. Soalan tambahan Dato’ Mohd Salim.

■1130

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya, tahniah dan syabas kerana hari yang cukup bersejarah pada hari ini kerana telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Terlebih dahulu juga saya ucapkan tahniah kepada Menteri Dato' Seri Hishamuddin kerana sendiri datang ke Dewan ini walaupun semalam berada di Kuching, di Sarawak, sibuk. Tahniah juga atas dua Kerusi menang tanpa bertanding.

Saya juga hendak ucapkan tahniah atas kejayaan DSA 2016, baru-baru ini. Jadi, kita melihat bahawa dan saya difahamkan juga penganjuran ini adalah yang kelima terbaik di dunia telah mengumpulkan semua player atau pun semua pengeluar senjata yang hebat dan sebagainya. Jadi, adakah dengan penganjuran ini Malaysia boleh belajar atau pun apakah daripada segi penganjuran ini benefit kepada pertahanan negara? Itu soalan yang pertama.

Keduanya soal perlu penjelasan lanjut kerana akhir-akhir ini kebimbangan rakyat daripada segi keselamatan pengairan contohnya di Lahad Datu. Kita tahu bahawa di Lahad Datu kita rasa pertahanannya cukup bagus tanpa dibolosi dan akhir-akhir ini terjadi lagi penculikan yang baru-baru ini yang mengakibatkan empat orang rakyat Malaysia yang tidak lagi selesai. Jadi, di atas senjata yang cukup canggih ini, atas penjelasan Yang Berhormat Menteri ini adakah pada masa-masa akan datang boleh langsung tidak ada penculikan atau pun boleh mengurangkan atau pun boleh terus kita memberkas mereka yang mengganggu dan menceroboh negara kita. Itu soalan saya Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein: Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Salim. Soalan pertama itu lari jauh daripada persoalan asal. Dia pun daripada Gerakan Pemuda. Mungkin sebab itu belum sampai jadi Speaker lagi [Ketawa]

Page 26: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

18 DN 26.4.2016

Namun, hendak menyelamatkan kawan, DSA kali ini pun ada kaitan daripada melihat kepada ancaman dan juga ujian yang kita sedang rintis dalam landskap yang tidak menentu ini.

Walaupun berjaya daripada segi sambutan industri, yang saya banggakan sangat DSA 2016 kali ini ialah kerjasama di antara tiga-tiga pihak yang berkepentingan di MinDef iaitu pihak MinDef sendiri, pihak angkatan tentera dan juga pihak industri. Kalau kita hendak roll out, hendak melihat kepada teras ketiga iaitu kesiapsiagaan MinDef. Penting untuk ketiga-tiga ini berada di dalam satu saf yang betul dengan hala tuju yang betul dan DSA kali ini merupakan bukti bahawa apa yang kita tetapkan awal tahun ini supaya tiga-tiga pihak ini bergerak senada seirama menjadi satu kenyataan.

Perkara kedua ialah perjumpaan-perjumpaan sampingan DSA di mana kita berjumpa dengan pemimpin-pemimpin daripada negara-negara berdekatan yang berminat sama ada daripada Timur Tengah atau pun negara-negara jiran di ASEAN. Ini membawa saya kepada soalan kedua tadi pengalaman kita melihat kepada lautan-lautan yang sekarang ini memerlukan tumpuan kita.

Satu, bilateral yang kita telah adakan dengan rakan sejawatan saya dari Singapura dan kami berdua telah memikirkan bagaimana operasi kita di Selat Melaka yang melibatkan Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia. Eyes-in-the-Sky dan juga joint patrolling merupakan sesuatu yang mungkin kita boleh bawa ke Lautan Sulu. Ini menuntut kita mendekati Filipina. Saya rasa Singapura sebagai pemerhati dan juga Thailand sebagai pemerhati, pengalaman mereka di Selat Melaka nanti. Indonesia saya dimaklumkan Bapak Ryamizard telah menerima cadangan ini dengan baik. Ini mungkin boleh menjadi sumbangan kita dan sumbangan dan idea itu telah tercetus semasa DSA.

Ketiga, kesedaran pihak industri pertahanan. Dalam ekonomi yang tidak menentu, kita mesti lihat jauh ke hadapan. Kalau bawah Rancangan Malaysia Kesebelas pun tidak mencukupi, tidak ada sebab dalam perolehan aset kita dengan rakan-rakan industri di luar negara memahami ekonomi ini cyclical. Bermakna bahawa ada masa kita susah, ada masa kita senang. Dalam konteks industri pertahanan, dalam masa kita susahlah kita hendak tengok kawan-kawan yang sebenarnya memahami keperluan kita. Ini saya lihat satu lagi kelebihan DSA. Kerjasama di antara silo kerjasama antara kementerian dan agensi, kerjasama di antara negara-negara yang sebelum ini mungkin melihat ke dalam tetapi sekarang memahami bahawa ancaman yang kita hadapi, musuh yang terpaksa kita berdepan merupakan musuh kita bersama. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan Datuk Haji Yahaya.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga seperti rakan-rakan yang lain ingin mengambil kesempatan pada pagi yang indah ini untuk merakamkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Saya entah kenapa Tuan Yang di-Pertua setiap kali untuk mengajukan soalan tambahan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Hishamuddin, hati saya sangat berdebar. Hati saya menjadi takut sebenarnya.

Ini mungkin satu penghormatan yang tinggi kepada Yang Berhormat Dato' Seri Hishamuddin kerana saya dizahirkan pada zaman beliau. Saya Ketua Pemuda pada zaman beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sebab itulah rasa gementar, rasa gemuruh, macam-macam rasa ada dalam jiwa saya. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato' Seri Hishamuddin, apakah perancangan kementerian dalam memperbaharui aset-aset ketenteraan yang telah usang dan telah berusia?

Adakah pihak kementerian mempunyai perancangan menaiktaraf serta mengganti peralatan usang, aset TLDM dan bilakah dijangka diterima oleh pihak kementerian. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein: Terima kasih Datuk Yahaya Mat

Ghani yang pun dari kilang Pemuda tetapi saya tidak percaya dia rasa gusar gementar tadi. Tidak pernah takut pun dia ini. Daripada dahulu, kini, selama-lamanya macam gitulah juga tetapi masih lagi belum tahap boleh menjadi Speaker [Ketawa]

Page 27: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 19

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Soalan itu pun penting kerana kekangan yang kita hadapi dalam konteks ekonomi yang tidak menentu. Saya sudah nyatakan dahulu tidak boleh kita kompromi bila memikirkan aset-aset ketenteraan kita. Memang usaha kita hendak melihat kepada aset-aset yang sudah lama memerlukan pendekatan naik taraf berada di bawah hala tuju MinDef yang telah pun saya sebutkan tadi dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak berkenaan. Kalau ada peruntukan di MinDef pun, tidak merupakan keutamaan untuk ATM. Tiga-tiga perkhidmatan laut, udara dan Tentera Darat tidak bermakna.

Kalau sekiranya pihak ATM mahukan peruntukan ada tetapi industri tidak bersama-sama pun tidak bermakna. Saya bangga untuk menyatakan di Dewan yang mulia ini sekurang-kurangnya keutamaan aset-aset tertentu yang kita rasa kritikal telah pun dikenal pasti dan telah pun dipersetujui oleh pihak industri, pihak MinDef dan juga pihak ATM.

Saya akan sentuh hari ini hanya berhubung kait dengan TUDM sahaja. Naik taraf kepada Nuri kita. Now is vat contract. Berada di atas satu keadaan di mana yang sudah lama kita memikirkan. Ditambah baik pula dengan pesawat-pesawat baru kita the EC 725.

■1140

Hercules C130 juga merupakan sesuatu yang perlu dinaik taraf dalam keadaan yang mendesak dan ini pun telah kita putuskan di peringkat MinDef, peringkat ATM khususnya TUDM dan juga pihak industri syarikat-syarikat yang telah pun kita kenal pasti. Menambahbaikkan A400M kita yang baru kita terima yang terbaru bukan sahaja di dunia tetapi di Air Force negara-negara yang lain. Tidak termasuk fokus-fokus baru kita di Sabah contohnya. Mungkin keadaan tidak mengizinkan kita untuk beli baru tetapi The Blackhawks dari Brunei ke Bawah Baginda Tuanku telah bersetuju empat biji Blackhawks akan diserahkan kepada air core tentera darat kita.

Saya sudah nyatakan tadi pesawat-pesawat termasuk LOH109 kita akan dilengkapkan dengan senjata gatling kita. Bermakna bahawa kita tidak boleh buatkan semua tetapi sekurang-kurangnya kalau sekiranya ada persetujuan daripada tiga-tiga pihak yang akan menentukan jatuh bangun, berjaya atau tidak sesuatu projek itu telah pun bersetuju. Saya sebagai manhunt menuntut pihak yang telah pun menyatakan komitmen mereka kepada MinDef laksanakannya.

Ini saya pantau secara dekat, pihak industri, pihak MinDef dan juga ATM. We are on the move, MinDef sekarang bergerak dan saya tidak minta mereka bekerjasama sampai

kiamat tetapi sekurang-kurangnya dalam keadaan yang sukar ini kita tidak ada pilihan. Kita kena bergerak sebagai satu pasukan dan saya beri jaminan kepada Dewan yang mulia ini saya bangga, contoh kita lihat DSA baru-baru ini. Menunjukkan bahawa apa yang telah kita tumpukan tidak ada perkara yang mustahil, tidak boleh kita jayakan menterjemahkannya sebagai satu kenyataan. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan.

Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi. Saya juga seperti kawan-kawan yang lain hendak ambil kesempatan ini hendak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-17. Secara kebetulan saya pun mungkin kebetulan soalan ini juga dituju kepada mentor kami Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein.

Saya juga dari zaman kilang Pemuda, Ketua Pemuda, Exco Pemuda Malaysia gementar juga. Akan tetapi memandangkan soalan ini berkait dengan soal keselamatan negara jadi saya terlebih dahulu hendak ucap setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri yang telah pun menjawab dengan lancar tanpa melihat kepada rujukan. Bermaksud soal keselamatan ini berada di hujung jari Yang Berhormat Dato’ Seri selaku Menteri Pertahanan, tahniah.

Page 28: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

20 DN 26.4.2016

Soalan saya Yang Berhormat disebut tadi soal pembelian aset-aset yang baru mungkin melibatkan implikasi kewangan yang besar. Ini kerana kita faham dalam keadaan kewangan yang tidak begitu stabil ia pasti akan melibatkan satu implikasi kewangan yang besar. Namun demikian seperti yang telah Yang Berhormat Dato’ Seri sebutkan sebentar tadi ada perancangan dalam pembelian aset-aset yang baru.

Soalan saya ialah kita pernah mendengar cadangan yang telah pun Yang Berhormat pernah utarakan mengenai rondaan bersama dengan negara-negara jiran. Negara-negara yang rapat dengan kita, soal menggunakan aset-aset yang sedia ada dan aset-aset ini telah pun dinaik taraf seperti kapal selam dan juga kapal-kapal TLDM yang lain. Jadi sejauh mana perancangan cadangan ini terutamanya dalam rondaan secara bersama untuk mengawasi kawasan-kawasan perairan terutamanya kawasan-kawasan yang cukup sensitif. Mohon penjelasan Yang Berhormat Dato’ Seri.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Tadi Tuan Yang di-Pertua kata ada

tiga sahaja soalan tambahan ini nampaknya sudah empat, maknanya ada konspirasi Pemuda. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji, Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas. Saya bangga melihat kepada mereka yang telah melalui kilang Pemuda begitu aktif dan memahami apa yang terpaksa saya lalui. Akan tetapi jangan percaya, Pengerang jangan percaya semua dia orang ini. Panglima silat mana takut gementar.

Tuan Yang di-Pertua, daripada segi rondaan bersama tadi saya tengah menunggu kepimpinan baru di Filipina. Saya dimaklumkan bahawa pihak Indonesia pun di peringkat Panglima Tentera Negara berkenaan telah bersetuju untuk duduk berbincang cadangan kita untuk cuba mendapatkan template yang kita lakukan di Selat Melaka tadi juga di persetujui di Lautan Sulu. Pengalaman kita di Selat Melaka yang saya tengok cukup berjaya. Kalau dapat diterima oleh Filipina, Brunei, Indonesia saya rasa ini satu sumbangan daripada MinDef dan ATM yang boleh membantu dalam konteks rondaan bersama.

Ini merupakan pendekatan yang mungkin luar kotak memerlukan kita bekerjasama dengan rakan-rakan kita yang jujur, yang ikhlas melihat ancaman ini merupakan ancaman kita bersama. Oleh sebab itu satu lagi teras daripada lima buah teras MinDef tadi betapa pentingnya kita tekankan kepada diplomasi ketenteraan, military diplomacy dan hubungan dua hala dan pelbagai hala sama ada di ASEAN atau di peringkat antarabangsa. Cuma yang penting kita kenal pasti apa sebenarnya ancaman yang terpaksa yang kita hendak beri keutamaan.

Satu perkara yang saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini semasa kita mempengerusikan ASEAN tahun lepas. Kejayaan Malaysia di bawah kepimpinan dan chairmanship kita ialah untuk mendapatkan persetujuan 10 buah negara ASEAN untuk berdepan dengan IS dan Daish dan juga ancaman militancy dan terrorisme di rantau kita

ini. Jadi 10 buah negara yang telah pun bertekad dan berikrar untuk berdepan dengan ancaman-ancaman IS ini merupakan sesuatu yang merentasi pertimbangan politik atau geopolitik. Ia tidak berkisar kepada agama, ia tidak berkisar kepada warna kulit, ia tidak berkisar kepada kenegaraan pihak-pihak berkenaan. Ini sebenarnya datang daripada kepimpinan Malaysia, daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Kedua, saya telah tekankan kepada rakyat di Sarawak apa yang saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini akan kita lakukan di Sabah. Selepas 7 hari bulan ini insya-Allah kalau diberikan mandat yang kuat kita akan juga lihat kepada keselamatan di Sarawak. Special focus keutamaan kepada keselamatan sempadan, keselamatan di industri gas dan minyak, di tempat-tempat tertentu dan kawasan-kawasan strategik di empangan-empangan. Di mana kita hendak letakkan kehadiran ATM bukan sahaja dapat dilihat tetapi juga dapat dirasai, insya-Allah. Terima kasih semua.

Puan Hajah Azizah binti Haji Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baru.

Page 29: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 21

5. Puan Hajah Azizah binti Haji Harun minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, mengenai dasar melupuskan kenderaan lama atau end-of-life vehicles (ELV) yang terkandung di dalam Polisi Automotif Kebangsaan (National Automotive Policy) oleh pihak kementerian. Apa status dasar ini pada masa sekarang.

Adakah ia akan diteruskan atau masih di peringkat perancangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas pertimbangan

memberikan soalan nombor lima untuk saya jawab. Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan dasar tempoh jangka hayat kenderaan atau, dengan izin, end-of-life vehicles atau ELV. Namun perkara ini sedang dikaji secara mendalam terutamanya daripada segi kesedaran mengenai kesan penggunaan kenderaan berusia atas keselamatan jalan raya dan usaha-usaha memelihara alam sekitar. Sebelum ELV boleh diperkenalkan, Dasar Automotif Nasional (NAP 2014) telah menekankan beberapa perkara asas perlu diwujudkan terlebih dahulu seperti pelaksanaan aktiviti 4R iaitu reduce, reuse, recycle, remanufactured, dengan izin.

■1150

Termasuk aktiviti mengawal selia industri kitar semula dan pengilangan semula dalam industri automatif. Pada 22 April 2016 baru ini, saya merasmikan Sidang Meja Bulat Antarabangsa, International Round Table mengenai 4R ini di Melaka. Selain itu di bawah NAP 2014, kerajaan juga telah memperkenalkan pemeriksaan kenderaan secara sukarela bagi memastikan kenderaan adalah selamat dan sesuai digunakan di jalan raya. Tumpuan juga turut diberi kepada pelaksanaan program-program bagi meningkatkan tahap kesedaran pihak industri dan orang awam terhadap kepentingan keselamatan kenderaan.

Pada peringkat antarabangsa negara maju seperti Germany, United Kingdom dan Jepun sudah mengadakan pemeriksaan keselamatan kenderaan penumpang secara mandatori sekali dalam masa dua hingga tiga tahun. Di Malaysia kita akan terus mengadakan kempen kesedaran keselamatan kenderaan. Pada ketika yang sama program keusahawanan dalam bidang pembaikan dan pemeriksaan kenderaan sudah dimulakan oleh MITI di bawah agensinya Malaysia Automotive Institute (MAI). Sukacita saya maklumkan di sini bahawa Malaysia tidak akan mengadakan scrap policy yang mana diadakan di Singapura. Di Singapura contohnya teksi selepas berumur lapan tahun dan kenderaan persendirian selepas berumur 10 tahun tidak boleh lagi digunakan di atas jalan raya. Malaysia tidak akan mengadakan scrap policy seumpama ini.

Satu lagi perkara yang saya maklumkan bahawa kenapa kita tidak lagi mewajibkan end-of-life vehicle ini disebabkan kerana PUSPAKOM hanya mempunyai 56 buah pusat pemeriksaan kenderaan. Jika kita ingin melaksanakan ia memerlukan sekitar 450 buah pusat pemeriksaan kenderaan yang mana ia amat jauh daripada 56 yang ada sekarang. Terima kasih.

Puan Azizah binti Harun: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima

kasih juga kepada Menteri yang menjawab soalan saya dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, setiap hari bilangan kereta bertambah walaupun negara sedang menghadapi masalah ekonomi yang tidak menentu. Rakyat Malaysia saya lihat masih mampu membeli kenderaan. Ada kajian yang dibuat mengatakan jumlah kenderaan di Malaysia telah mencapai sehingga 21.5 juta pada tahun 2010. Kadar ini meningkat kepada 12 peratus setiap lima tahun. Sekiranya angka ini berterusan maka Malaysia akan mempunyai lebih kurang 31 juta buah kenderaan menjelang 2020.

Masalah yang dihadapi sekarang ini ialah kereta atau kenderaan yang sudah berusia. Kenderaan ini bukan sahaja membahayakan tuan punya kenderaan tersebut malah pengguna jalan raya yang lain. Kita masih melihat lori-lori dan kereta-kereta lama dari zaman era 70-an yang masih berada di atas jalan raya. Apabila dasar tempoh jangka hayat kenderaan atau ELV diumumkan dahulu ia mengandungi pelbagai reaksi dari orang ramai walaupun ada segelintir pihak yang menolak malah menentang polisi ini. Akan tetapi kita mesti melihat ia dari sudut positifnya.

Page 30: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

22 DN 26.4.2016

Soalan saya apakah kaedah-kaedah perancangan dan bagaimana kementerian akan melaksanakan dasar ELV ini? Adakah kajian dibuat dari semua aspek dan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak termasuk pihak berkepentingan dalam industri kenderaan. Adakah pelupusan kenderaan meliputi semua jenis kenderaan termasuk kenderaan lori, kereta dan juga motosikal. Serta, apa inisiatif yang disediakan bagi menggalakkan orang ramai untuk menyerahkan kenderaan mereka yang sudah berusia. Saya pohon jawapan, sekian terima kasih.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Puan

Azizah binti Harun. Saya ingin memaklumkan bahawa jumlah kenderaan dari negara kita sekarang ini ialah 24 juta buah kenderaan. Ia terdiri daripada tiga jenis- sebuah kenderaan perdagangan, kedua ialah penumpang ataupun kenderaan persendirian, dan ketiga ialah motosikal. Daripada 24 juta itu 12 juta kenderaan penumpang yang semua kita miliki.

Tadi saya telah sebut bahawa masalah kita ialah pusat pemeriksaan itu terlalu sedikit 56 buah pusat- 56 buah pusat ini pun kita tumpukan kepada kenderaan perdagangan di PUSPAKOM. Itu pun beratur panjang. Ini di bawah kementerian- MoT, bukan bawah kementerian MITI dan kita mengenakan setiap enam bulan hendaklah kenderaan perdagangan itu diperiksa. Jika dia tidak melepasi roadworthiness maka ia tidak boleh diberikan insurans dan juga road tax.

Pada saat dan ketika ini kita melihat dasar ini sudah mencukupi tetapi pada ketika yang sama kita masih lagi mengadakan apa yang dipanggil sebagai kempen-kempen kesedaran keselamatan jalan raya untuk memastikan hanya kenderaan yang sesuai berada di atas jalan. Ia juga untuk keselamatan diri kita masing-masing. Jadi kita rasa kenderaan kita sudah tidak boleh lagi dibawa ke jalan raya maka kita jangan bawa kenderaan itu. Kita tidak akan mengadakan apa yang saya sebut sebagai scrap policy macam Singapura kerana kita tidak lagi mencapai tahap kemajuan seumpama mereka setiap kali kenderaan berumur 10 tahun sudah tidak boleh lagi digunakan. Di Malaysia, kenderaan berumur 8 ke-10 tahun masih boleh digunakan.

Satu lagi saya ingin juga menyatakan di sini bahawa kalau kita menukar milik kenderaan itu kenderaan persendirian pun kita hendak tukar milik pun kena juga kelulusan daripada PUSPAKOM. Ini juga merupakan salah satu bentuk kawalan. Terima kasih.

6. Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah segera dalam menjenamakan semula sektor 3D iaitu “sukar, kotor dan

berbahaya”, bagi menarik minat rakyat tempatan di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam

1Malaysia, salam sehati sejiwa.

Pertama Tuan Yang di-Pertua izinkan saya ucapkan tahniah kepada pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Kedua, terima kasih ke atas baik budi izinkan saya menjawab soalan nombor 6. Ketiga, mengucapkan selamat datang kepada penyokong MIC, ahli-ahli kepimpinan MIC dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan ini bersama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, 4 Mei 2016; Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B), 4 Mei 2016; kerana ini berkaitan dengan isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini tidak ada definisi yang khusus untuk mentakrifkan pekerjaan 3D iaitu, “dirty, difficult, dangerous”. Konsep 3D ini diperkenalkan oleh negara Amerika di mana terma ini berasal daripada konsep di Asia yang merujuk kepada pekerjaan kolar biru. Konsep asalnya dari Jepun iaitu kitanai, kiken, kitsui atau 3K bermaksud, “dirty, difficult, demanding” merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan oleh

buruh di negara tersebut.

Di samping itu, ILO iaitu International Labour Organization, mengklasifikasikan 3D di bawah program keselamatan kerja di mana keutamaan diberikan kepada jenis pekerjaan daripada sektor yang paling berbahaya. Berdasarkan ILO juga terdapat 71 jenis pekerjaan yang dikategorikan sebagai pekerjaan 3D yang meliputi berbagai-bagai-bagai sektor.

Page 31: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 23

Perlu diambil perhatian bahawa pekerjaan 3D di bawah pengkategorian ILO merangkumi pekerjaan mahir dan pekerjaan berkemahiran rendah.

Antara contoh pekerjaan 3D iaitu jururawat, jurutera, pakar bedah, pekerja binaan, pekerja ladang, pemandu, pencuci, pendandan, pengimpal dan penyelam. Maknanya agak berbeza tanggapan di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, penggajian pekerja asing di negara ini, negara kita diluluskan untuk pekerjaan tertentu dalam enam sektor sahaja. Sektor pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan, perkhidmatan dan pembantu rumah asing. Perkara ini juga meletakkan hanya negara tertentu sahaja yang boleh dijadikan negara sumber untuk mendapatkan pekerja asing di mana terdapat 13 buah negara yang dibenarkan iaitu Bangladesh, Kemboja, China, Filipina, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu minta pekerjaan tempatan dalam pekerjaan 3D. Bagi pekerjaan 3D berkemahiran rendah, ia tidak memerlukan sebarang bentuk kelayakan akademik atau kemahiran, bersifat statik dan tidak menawarkan sebarang bentuk laluan kemajuan kerjaya. Gaji yang dibayar adalah berdasarkan gaji minimum.

■1200

Faktor-faktor ini tidak menarik pekerja tempatan memandangkan mereka lebih cenderung menceburi bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang setimpal dengan kemahiran. Pekerja tempatan lebih berminat pada kerja dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Walau bagaimanapun, kekurangan pekerja tempatan tidak wujud bagi pekerjaan 3D mahir dalam sektor-sektor tertentu. Malahan, negara mengalami lebihan penawaran pekerjaan tempatan bagi pekerjaan 3D mahir tertentu. Misalnya jawatan pengurus ladang dalam sektor perladangan dan jurutera awam dalam sektor pembinaan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, kerajaan sentiasa berusaha mengurangkan kebergantungan industri pada warga asing melalui beberapa langkah. Dalam sektor perladangan, kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi automasi secara ‘mesin carta’ alat pengurusan dan sebagainya. Dalam sektor perkhidmatan, kerajaan menggalakkan penggunaan technologies self-service, dengan izin, bagi mesin mencuci pinggan mangkuk di restoran dan mesin pam minyak di stesen minyak. Ketiga, dalam sektor pembinaan, kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi Industrialized Building System (IBS).

Bagi menarik minat pekerja tempatan dalam pekerjaan 3D, beberapa langkah telah dibuat oleh kerajaan. Antaranya, secara berterusan mencari jalan untuk menambah baik facility ataupun kemudahan di setiap ladan, khususnya untuk kemudahan warga tempatan. Suasana kerja yang selesa sentiasa menjadi keutamaan agar dapat menarik minat warga tempatan. Kedua, menggalakkan rundingan dan perbincangan dengan majikan dalam sektor pembinaan, perkhidmatan, perladangan bagi meminta mereka menyediakan pelbagai insentif dan kemudahan seperti syarat dan terma perkhidmatan yang menarik untuk menarik pekerja tempatan. Tujuan mengadakan rundingan dan perbincangan dengan majikan-majikan supaya melaporkan kekosongan jawatan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Keempat, bagi mengekalkan kualiti dan produktiviti selaras dengan pelaksanaan automasi, masyarakat digalakkan untuk memperkenalkan dan melaksanakan skim latihan bagi meningkatkan tahap kecekapan pekerja-pekerja yang mempunyai kepakaran, seterusnya menjadi aset penting kepada negara. Terima kasih

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah Kementerian Sumber Manusia mempunyai perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi menggubal sebuah kerangka kerja perundangan mengenai jenis dan spesifikasi kerja sukar, kuota berbahaya ataupun dangerous, dirty dan difficult (3D) dengan izin, dan syarat

dan tata amalan kerja yang melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

Page 32: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

24 DN 26.4.2016

Terakhir, jadual gaji atau kadar upah, imbuhan dan elaun kritikal atau apa-apa ketetapan kemudahan yang bersesuaian dengan risiko dan persekitaran kerja 3D. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sudah sebutkan tadi Yang Berhormat Senator Shahanim. Bagi Malaysia, kita menganggap 3D ini ialah kerja yang kotor, yang dirty, dangerous dan juga difficult. Umpamanya seperti oil and gas, mining dan sebagainya. Akan tetapi bagi ILO dunia ataupun International Labour Organization dengan izin, mereka meletakkan 71 senarai kerja 3D ini yang termasuklah kalau saya hendak sebutkan sedikit, driver ambulance, fire fighter, jururawat menjaga bilik kecemasan dan sebagainya, dan mungkin ini tidak termasuk dalam kategori kita. Jadi ini mungkin kita boleh lihat balik, adakah kita boleh selaraskan dengan pengertian di peringkat dunia ini?

Tuan Yang di-Pertua, antara syarat dan tatacara amalan kerja yang melindungi keselamatan sebenarnya memang kerajaan serius dalam pastikan supaya pekerja-pekerja kita sama ada tempatan ataupun asing dijaga keselamatan mereka. Oleh sebab itulah kita ada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kita ada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], kita bentuk Majlis Negara Bagi Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan atau NIOSH yang juga bertanggungjawab melindungi pekerja ini. Kita juga mengadakan kempen-kempen keselamatan untuk pekerja dan banyak lagi peraturan-peraturan lain yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, tentang gaji. Sebenarnya tentang gaji ataupun kadar upah imbuhan dan ketetapan kemudahan kepada pekerja ini sebenarnya kita tertakluk kepada persetujuan antara majikan dan pekerja. Bagi pekerja 3D kurang mahir, gaji adalah berdasarkan ketetapan industri tertakluk kepada gaji minimum. Maknanya daripada segi gaji asas, gaji minima ini tidak boleh tolak ansur. Di mana sahaja, mereka mesti bayar walaupun pekerja 3D ini di kategori yang agak rendah. Ini menjadi syarat kemestian. Mulai 1 Julai, gaji minimum tidak kurang daripada RM1,000 bagi Semenanjung dan RM920 di Sabah, Sarawak dan juga Labuan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ada lagi panjang, tetapi saya ingat mungkin kita boleh jawab sambung bertulis kepada Yang Berhormat Senator Puan Shahanim. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, selesailah soalan-soalan jawapan lisan pada hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]:

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputus dan diluluskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 hari Rabu, 27 April 2016.”

Dato’ Dr. Loga Bala Mahan A/L Jaganathan: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

menyokong.

Page 33: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 25

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan

masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya seperti usul yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Ketiga Belas.” [25 April 2016]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Hari ini hari yang paling bersejarah Dewan ini iaitu kita mendapat seorang pengganti Speaker kita iaitu Yang Berhormat Senator Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee dan kita catit ini di dalam tinta emas sejarah ini. Ini sudah menjadi hukum alam, perkara biasa. Ada yang datang, ada yang pergi. Jasa khidmat mantan Speaker tidak terperi, kita berharap yang baru menguruskan sinar yang berseri-seri. Itu harapan kita dan saya minta terus Ahli Dewan Negara memberikan kerja sama yang sebaik-baiknya. Sila, kita pergi kepada perkara ini. Dengan ini kita minta Yang Berhormat Menteri teruskan iaitu nombor 12, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Dipersilakan.

12.09 tgh

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatulahi

wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahas Titah Diraja, Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong berkaitan dengan isu-isu di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Page 34: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

26 DN 26.4.2016

Yang Berhormat Senator Professor Dr. Mohd Nor bin Haji R.M. Monutty telah membangkitkan tentang keperluan kerajaan menambah program-program pembudayaan rakyat, terutamanya dalam mempromosi aktiviti ekonomi.

■1210

Dalam hal ini MOSTI telah melaksanakan program MOSTI Social Innovation (MSI), dan Mainstreaming Grassroots Innovations (MaGRIs). MSI dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek perkhidmatan dan peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada. Projek-projek yang dilaksanakan akan memberi kesan langsung yang positif kepada masyarakat sama ada dalam pembangunan modal insan, pemilihan teknologi, peningkatan produktiviti atau peningkatan pendapatan.

Antara projek-projek yang menunjukkan kejayaan ialah projek dijalankan oleh penternak-penternak lebah madu di Kuala Linggi, Melaka yang mampu menghasilkan bekalan madu lebah tempatan. Projek ini mula dilaksanakan pada bulan Oktober 2015 diterajui oleh MOSTI melalui Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. dan kolaborasi dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui MARDI dan Persatuan Penternak Madu Tempatan. Bekalan madu tempatan yang dihasilkan mampu mengurangkan kebergantungan untuk mengimport madu dari Thailand di samping menambah pendapatan lapan oramg penternak yang mengambil bahagian dalam projek ini. Projek ini saya yang merasmikannya. Ini merupakan sebuah projek di bawah teras strategik dalam Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu merekayasa pertumbuhan ekonomi diterajui oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bermula awal tahun ini.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi melalui kolaborasi antara pihak-pihak seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Technology Development Corporation, TERAJU, MyInnohub, Cradle Fund, MaGIC SE dan pelbagai komuniti tempatan. Program ini juga menyediakan peluang pembinaan kapasiti kepada innovator akar umbi dalam aspek pembangunan inovasi dalam pembinaan pasaran.

Antara kejayaan yang telah dicapai ialah meningkatkan pendapatan pengusaha tuhau ataupun halia hutan iaitu sejenis herba yang secara tradisionalnya popular di kalangan etnik KadazanDusunMurut. Selain itu perusahaan makanan berasaskan produk agro tempatan ini juga telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan baru kepada komuniti setempatan. Yayasan Inovasi Malaysia turut membantu mengusahakan Kompang X-Ray

untuk meluaskan pasaran dengan mempromosi inovasi kepada komuniti tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh telah mencadangkan supaya pemberian geran penyelidikan menumpukan kepada modenisasi dan inovasi yang dapat membangunkan proses dan produk yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa pemberian geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti dalam sains pengkomersialan dan prapengkomersialan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti melalui penghasilan produk-produk yang berinovasi. Selain daripada itu aktiviti R&D juga membangunkan modal insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

TechnoFund dan InnoFund pula merupakan antara jenis-jenis dana yang ditawarkan di bawah Dana Prapengkomersilan MOSTI sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh sejumlah RM298.7 juta telah diluluskan untuk membiayai 190 projek di bawah TechnoFund. Selain daripada itu ialah penghasilan tissue culture untuk gred nanas bermutu tinggi oleh Agrovery Sdn. Bhd. yang juga menghasilkan variasi buah nanas yang bermutu tinggi dan tahan penyakit. Ini dilaksanakan di sekitar kawasan Kuala Rompin, Pahang dan telah berjaya meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti Orang Asli Jakun.

Bagi dana InnoFund pula contoh kejayaan projek oleh syarikat kecil iaitu projek penghasilan mesin Computer Numerically Controlled (CNC) yang murah untuk industri pembuatan seperti pembuatan kereta, bot serta logam atau forging dan mesin CNC yang telah dibangunkan mengawal kerja-kerja mesin-mesin yang lain dan ini secara tidak langsung mengurangkan bilangan operator mesin di dalam industri tersebut. Harganya juga murah dan mesin ini menjadi mampu milik oleh pengusaha dalam bidang tersebut.

Page 35: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 27

Bagi dana sains pula MOSTI telah meluluskan sebanyak 140,074 projek dengan jumlah pembiayaan RM306 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pemberian dana ini telah berjaya meningkatkan bilangan pakar dan scientist tempatan dalam pelbagai bidang untuk menghasilkan 476 harta intelek, 3,542 penerbitan dan menerima 190 anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain daripada itu pemberian dana ini juga telah berjaya meningkatkan perkembangan ilmu melalui kolaborasi dan pemindahan teknologi antara penyelidik di institut pengajian tinggi dengan pihak industri.

Oleh yang demikian, geran-geran R&D yang ditawarkan oleh Kementerian Sains dan Teknologi telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, saya mengambil positif saranan Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh supaya fokus perlu diberikan kepada penghasilan proses dan juga produk yang mampu memberikan penyelesaian kepada isu-isu utama yang dihadapi oleh negara kita.

Dalam hal itu, MOSTI akan memberi penekanan dalam penyelidikan berasaskan permintaan pasaran selari dengan aspirasi negara yang terkandung dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas. Antara penyelidikan yang akan diberikan tumpuan sekarang ialah penyelidikan keutamaan, priority research tumpuan kepada penyelesaian isu nasional dan peningkatan kesejahteraan sosial dan penyelidikan strategik ataupun strategic research mengenai mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang berinovasi untuk menjana ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Norliza binti Abdul Rahim bertanyakan mengenai peruntukan dan perbelanjaan dana pra pengkomersialan termasuk baki yang tidak dibelanjakan yang dipulangkan balik kepada Kementerian kewangan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta pada tahun 2014 dan RM100.8 juta pada tahun 2015 untuk dana prapengkomersialan iaitu TechnoFund dan InnoFund.

Walau bagaimanapun, MOSTI telah memulangkan semula peruntukan sebanyak RM98.2 juta kepada Kementerian Kewangan pada tahun 2014. Pemulangan peruntukan ini disebabkan oleh bilangan projek yang layak dan memberi pembiayaan adalah rendah dan kebanyakan projek yang dipohon tidak menepati kriteria pemilihan yang ditetapkan seperti novelty ataupun sesuatu yang baru dan ataupun nilai komersial.

Tindakan memulangkan baki peruntukan ini merupakan langkah terbaik supaya peruntukan ini dapat dimanfaatkan oleh kerajaan bagi pelaksanaan program-program yang lain. Kementerian telah melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan dan engagement

dengan pihak universiti, institut penyelidikan, syarikat dan orang perseorangan oleh aktiviti konsultasi dan turun padang bagi mendapatkan kualiti permohonan yang lebih baik. Oleh yang demikian tiada pemulangan peruntukan pada tahun 2015.

Yang Berhormat Senator Datuk Norliza juga meminta penjelasan kenapa penerima geran perlu mengeluarkan duit sendiri terlebih dahulu serta susah untuk mendapatkan sesuatu permohonan geran yang diluluskan. Saya percaya soalan ini merujuk kepada dana prapengkomersialan yang mana kaedah pembayaran yang digunakan adalah secara bayaran balik atau reimbursement. Ini sebenarnya satu mekanisme untuk menyaring

permohonan geran yang benar-benar memiliki tahap kesediaan dan daya kompetitif tinggi untuk menceburi bidang komersial.

Matlamat utama dana kategori ini adalah untuk menumbuhkan industri STI negara, justeru penerima yang dipilih bukan semata-mata mereka mempunyai idea inovasi dan keinginan untuk meneroka keusahawanan tetapi mereka juga mesti sudah memiliki kapasiti daripada segi modal, asas untuk berdaya maju. Geran yang diberikan hanya bersifat galakan dan bantuan tambahan bukan sandaran modal 100 peratus. Konsep sebegini boleh meningkatkan lagi potensi survival para pemohon dalam konteks menceburi industri sebenar yang jauh lagi mencabar. Konsep ini juga dapat memastikan wang kerajaan dibelanjakan dengan berhemah dan terkawal.

Page 36: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

28 DN 26.4.2016

Permohonan geran MOSTI boleh dibuat secara atas talian atau online bagi memudahkan proses permohonan. Semua permohonan akan diproses melalui penilaian daripada segi elemen R&D yang berkualiti dan novelty, mempunyai potensi untuk dikomersialkan dan tertakluk kepada bidang keutamaan serta pembiayaan yang telah ditetapkan.

Pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Norliza kenapa permohonan untuk mendapatkan dana ini adalah sukar sebenarnya adalah berpunca daripada pemohon-pemohon yang tidak menepati kriteria yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan, sukacita saya memaklumkan bawah susulan daripada keputusan...

■1220

Datuk Norliza binti Abdul Rahim: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mohon

mencelah?

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah: Silakan.

Datuk Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima

kasih kepada pihak Menteri yang telah menjawab. Saya cuma ingin bertanya sedikit lagi sebab saya terdapat satu kes yang saya difahamkan bahawa syarikat tersebut mempunyai satu inovasi yang agak bagus, yang boleh kita ketengahkan dan diperlukan di peringkat antarabangsa juga. Akan tetapi ada kalanya syarikat tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Jadi dia terpaksa memohon geran daripada kerajaan. Sekiranya kita membuatkan permohonan tersebut sukar, pada masa yang sama kita tidak menggalakkan geran itu digunakan dan dimanfaatkan oleh intelek-intelek kita. Jadi saya rasa kalau kita hanya bagi geran untuk galakan, saya rasa ia tidak membantu. Geran itu diperlukan untuk dia menghasilkan inovasi itu. Kalau dia sudah ada sumber kewangan yang cukup, tidak perlulah dia minta geran tersebut. Jadi saya rasa, mungkin kita harus memberi sedikit kelonggaran, asalkan kita memantau dan memastikan geran itu diguna pakai dengan cara yang sebaik boleh. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah: Tuan Yang di-Pertua, pada apa yang

ditanya itu, kalaulah kita merasakan geran itu sukar hendak dapat, kenapa pada Rancangan Malaysia Kesembilan, projek yang diluluskan sebanyak 4,566 dan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pula, sebanyak 1,872?

Kalau kita tanya yang dapat 4,566 ini, mesti dia kata geran ini senang dapat kerana yang tidak dapat itu dia kata sukar dapat. Akan tetapi kita mesti memikirkan yang ini ialah peruntukan kerajaan, duit yang dimiliki oleh rakyat yang perlu dibelanjakan kerana kita mempunyai terms of reference kita sendiri. Setiap permohonan itu bukan ditolak oleh Kementerian Sains, tetapi kita mempunyai pakar-pakar yang kita lantik, yang berhubung dengan produk yang ingin dihasilkan. Kalau pakar itu menolak mengatakan, of course apabila penyelidik itu mengatakan ia ini boleh pergi sana, boleh pergi sini boleh jual sana, boleh jual sini. Akan tetapi kita mesti faham, kita mempunyai pakar penilai kerana ini ialah wang rakyat. Jadi kalau ini ditolak oleh pakar, daripada Kementerian Sains terpaksa akur kerana ini ialah prosedur ketat apa yang kita lakukan kerana yang kita belanjakan ini wang rakyat.

Mengakhiri ucapan saya, saya maklumkan bahawa susulan daripada keputusan Mesyuarat Majlis Sains Negara pada 28 Januari 2016, MOSTI sedang melalui proses penggubalan Pelan Induk Sains, Teknologi dan Inovasi Negara ataupun National STI Master Plan. Melalui pelan induk ini antara lain bidang tumpuan strategik R&D STI akan disemak bagi memastikan R&D memenuhi tuntutan ekonomi dan sosio negara seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh. Selain daripada itu, bagi menyokong pelan induk STI, sebuah pelan tindakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) akan digubal secara langsung oleh MOSTI, MoE dan MoHE.

Sekian sahaja penjelasan saya berhubung dengan perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Page 37: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 29

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat

Timbalan Menteri Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah sudah beri penerangan yang paling baik, panjang dan tepat. Saya rasa berpuas hati dan kita beralih kepada nombor 13. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Silakan.

12.24 tgh.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Mulia Engku Naimah binti Engku Taib; Yang Berhormat Senator Puan Azizah binti Harun; Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed; Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan; Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff; Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul; dan juga Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal yang telah menanyakan pelbagai perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. KPWKM menerima segala pandangan, saranan, cadangan dan teguran secara terbuka dan pihak kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas semua input berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan penjelasan mengikut isu yang dibahaskan. Pertamanya mengenai wanita. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Mulia Engku Naimah binti Engku Taib menanyakan mengenai penglibatan wanita dalam tenaga kerja. Berdasarkan penyiasatan tenaga buruh yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan telah meningkat daripada 45.9 peratus pada tahun 2005 kepada 53.6 peratus pada tahun 2014 dan mencapai 53.9 peratus pada suku keempat tahun 2015. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bagi tahun 2014, jumlah keseluruhan wanita dalam pasaran pekerjaan ialah 3,883,300 orang. 82.6 peratus daripada jumlah ini merupakan tenaga kerja dalam sektor swasta dan bakinya 17.39 peratus di sektor awam.

Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal bertanyakan mengenai pemantauan keberkesanan polisi penyertaan wanita dalam pasaran kerja. Bagi memastikan dasar penyertaan wanita dalam pasaran kerja dilaksanakan secara berkesan, kerajaan dalam RMK-11 menyasarkan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan kepada 59 peratus bagi tempoh tahun 2016 ke tahun 2020. Pada masa yang sama, KPWKM telah merangka pelbagai inisiatif bagi memastikan wanita berkerjaya kekal bekerja. Pemantauan pula dibuat oleh KPWKM berdasarkan penyiasatan tenaga buruh yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kadar penyertaan wanita dalam pasaran kerja telah menunjukkan peningkatan daripada 45.9 peratus pada tahun 2005 kepada 53.9 peratus sehingga suku tahun terakhir 2015.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal bertanya tentang Program Pengarah Wanita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Jun 2011 mengumumkan Dasar Sekurang-kurangnya 30 peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan dalam Sektor Korporat. Kerajaan telah mengambil tindakan affirmative untuk memastikan keperluan wanita yang kompeten dapat diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat awam tersenarai iaitu Public Listed Company di Bursa Malaysia.

Bagi tempoh tahun 2012 hingga tahun 2015, seramai 1,050 orang calon pengarah wanita daripada pelbagai kaum dan pelbagai negeri telah pun menyertai Program Pengarah Wanita tersebut. Bagi tempoh tahun 2013 hingga tahun 2015, terdapat 40 placement baru

wanita yang dilatih oleh NIEW melalui Program Pengarah Wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat awam tersenarai iaitu, dengan izin, Public Listed Company di Bursa Malaysia.

Page 38: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

30 DN 26.4.2016

Berdasarkan statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga 31 Disember 2015, terdapat 3,730 placement wanita atau 15.6 peratus daripada keseluruhan 23,920 placement Ahli Lembaga Pengarah syarikat awam termasuk syarikat tersenarai awam dan bukan tersenarai awam. Bagi tempoh yang sama, bagi syarikat persendirian pula, terdapat 29.7 peratus atau 420,087 placement wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat. Kini, terdapat 29.5 peratus orang wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat di Malaysia. Penubuhan Kelab 30 peratus di Malaysia yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mei 2015 yang diterajui oleh tokoh-tokoh korporat di Malaysia melalui pendekatan business lab dijangka dapat melonjakkan serta meningkatkan peratusan placement wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat dalam syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.

■1230

Yang Berhormat Mulia Senator Engku Naimah binti Engku Taib bertanyakan mengenai taska. Pada masa ini, terdapat 136 buah taska di tempat kerja sektor awam dan 34 buah taska tempat kerja sektor swasta yang berdaftar dengan JKM. Langkah-langkah kerajaan untuk menggalakkan penubuhan taska adalah seperti berikut:

(i) pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska swasta; dan

(ii) potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mulia Senator Engku Naimah binti Engku Taib juga menyentuh mengenai skor Indeks Kesejahteraan Keluarga. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara telah menjalankan kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia pada tahun 2011 untuk julung kalinya. Kajian yang melibatkan 2,808 buah keluarga di seluruh negara ini mengukur kesejahteraan keluarga di samping mengkaji kesan pembangunan sosial dan ekonomi negara ke atas institusi keluarga. Sebelum ini tiada satu pengukuran khusus yang mampu menggambarkan keadaan kesejahteraan keluarga di negara ini.

IKK merupakan kajian saintifik bagi mengukur tahap kesejahteraan keluarga di negara ini menggunakan skor 10 sebagai skor maksimum. Semakin tinggi nilai skor maka semakin baik tahap kesejahteraan keluarga bagi domain yang diukur. Terdapat tujuh domain yang diukur iaitu:

(i) hubungan kekeluargaan;

(ii) ekonomi keluarga;

(iii) kesihatan keluarga;

(iv) keselamatan keluarga;

(v) keluarga dan komuniti;

(vi) keluarga dan agama kerohanian; dan

(vii) keluarga dan persekitaran.

Hasil kajian IKK pada tahun 2011 mencatatkan skor 7.55 mata. Daripada tujuh domain yang telah diukur, domain keluarga dan agama kerohanian mencatatkan skor tertinggi iaitu 8.25 mata, diikuti oleh domain keluarga dan komuniti dengan skor 7.93 mata, domain hubungan kekeluargaan dengan skor 7.82 mata, domain keselamatan keluarga dengan skor 7.39 mata, domain kesihatan keluarga dengan skor 7.38 mata, domain keluarga dan persekitaran dengan skor 7.28 mata dan domain ekonomi keluarga dengan skor 6.90 mata.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mulia Senator Engku Naimah binti Engku Taib juga bertanyakan tentang Program Khidmat Bantu Di Rumah iaitu Home Help Services, dengan izin. Di bawah Strategi Lautan Biru kebangsaan, kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan Program Khidmat Bantu Di Rumah pada tahun 2012.

Page 39: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 31

Program ini yang dilaksanakan oleh sukarelawan yang berdaftar dengan JKM merupakan perkhidmatan pendampingan sosial kepada dua kumpulan sasar iaitu OKU dan juga warga emas. Program ini masih diteruskan sehingga kini. Sehingga Disember 2015, seramai 2,071 orang sukarelawan telah memberi perkhidmatan kepada seramai 5,632 orang warga emas dan 1,414 orang OKU melalui program Home Help Services di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed bertanyakan tentang penempatan pegawai komuniti di PPR. JKM telah memperkenalkan Program Pembangunan Komuniti mulai tahun 2008 di projek perumahan rakyat atau kawasan berisiko tinggi bagi membantu mengatasi masalah sosial dan sosioekonomi di kawasan tersebut melalui penempatan pekerjaan pembangunan komuniti. PPK ini berperanan sebagai penghubung atau jaringan antara pihak kerajaan dengan penduduk. Antara tugas yang dijalankan ialah:

(i) menyalurkan maklumat tepat kepada komuniti;

(ii) membantu melaksanakan Program Pembangunan Komuniti yang dianjurkan oleh PBT; dan

(iii) memastikan Program Pembangunan Komuniti membawa impak meningkatkan kesejahteraan penduduk PPR.

Sehingga kini, penempatan PPK berada di PPR Sri Pahang, Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; PPR Sri Pantai Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur; PPR Lembah Subang, Petaling Jaya, Selangor; PPR Desa Rejang, Setiawangsa, Kuala Lumpur; dan PPR Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed mencadangkan pembinaan pusat komuniti pusat transit untuk anak-anak di PPR. Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) yang ditubuhkan di peringkat komuniti bagi menyelaras perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak.

PPKK ini menyediakan perkhidmatan sokongan membantu keluarga dan kanak-kanak melalui pewujudan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) di seluruh negara termasuk di kawasan PPR. PAKK menyediakan program berbentuk seminar, kursus dan bengkel serta intervensi yang berbentuk motivasi, bimbingan kaunseling dan sukan. Program dan aktiviti ini disediakan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Sehingga kini, terdapat sebanyak empat buah PAKK yang telah diwujudkan di kawasan PPR. Kehadiran kanak-kanak di PAKK tersebut sepanjang tahun 2015 seramai 53 orang kanak-kanak di PAKK Gombak Setia, 680 orang kanak-kanak di PAKK Desa Tun Razak, 32 orang kanak-kanak di PAKK Taman Putra Petaling dan 37 orang kanak-kanak di PAKK Shah Alam. Jumlah kehadiran keseluruhan kanak-kanak di APKK berkenaan bagi tahun 2015 adalah seramai 802 orang. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang berusaha untuk menambah PAKK di kawasan PPR melalui jalinan kerjasama dengan syarikat korporat, agensi dan badan bukan kerajaan.

Selain daripada itu, bagi membantu keluarga berpendapatan rendah dalam aspek pengasuhan anak, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti yang kini dikenali sebagai Taska 1Malaysia bagi membantu keluarga yang berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar. Pada masa ini, terdapat 44 buah Taska 1Malaysia di seluruh negara yang memberi manfaat kepada seramai 1,320 orang kanak-kanak. Kanak-kanak yang dihantar ke Taska 1Malaysia ini dari keluarga yang berpendapatan di bawah RM2,000 di bandar dan RM1,200 di luar bandar. Setiap kanak-kanak diberi subsidi yuran sebanyak RM180 sebulan.

Page 40: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

32 DN 26.4.2016

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed mencadangkan pin One-Stop Centre di PPR. Kementerian melalui Lembaga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menubuhkan Pusat Remaja Kafe@TEEN yang merupakan pusat setempat yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada remaja. Pusat ini menyediakan kemudahan kepada remaja bagi melaksanakan pelbagai aktiviti.

LPPKN telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah kesihatan dan kesejahteraan sosial dalam kalangan remaja dengan mewujudkan Pusat Remaja Kafe@TEEN. Sehingga kini, terdapat 15 buah Kafe@TEEN beroperasi di seluruh negara. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma. Program outreach Kafe@TEEN di sekolah-sekolah dan komuniti setempat ini telah berjaya mendekati seramai 1.3 juta orang remaja melalui 13,117 program atau aktiviti dari bulan Januari 2006 hingga Disember 2015. Pusat remaja serba moden dan mesra remaja yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara bagi tujuan membantu remaja berumur 13 tahun sehingga 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa tanpa ragu-ragu. Antara komponen-komponen pusat remaja Cafe@Teen adalah seperti berikut: ■1240

(i) perkhidmatan kesihatan remaja;

(ii) khidmat kaunselor; dan

(iii) aktiviti pendidikan dan skill building

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam bertanyakan tindakan yang diambil terhadap pengemis. Antara tindakan yang diambil oleh kementerian dalam menangani isu pengemis sama ada di masjid atau tempat-tempat awam ialah mengadakan operasi menyelamat. Operasi menyelamat ini dilaksanakan melalui tiga jenis operasi iaitu:

(i) operasi bersepadu;

(ii) operasi berkala atau berjadual; dan

(iii) operasi ad hoc.

Pada tahun 2015, sebanyak 1,921 buah operasi telah diadakan di seluruh negara. Bagi tahun 2016, Jabatan Kebajikan Masyarakat merancang untuk melaksanakan operasi pengemis dan kutu rayau secara berkala dan secara bersepadu sebanyak 1,150 operasi. Manakala operasi secara ad hoc akan dilaksanakan apabila JKM menerima aduan daripada mana-mana pihak termasuk orang awam. Mengadakan kempen kesedaran dan pencegahan pengemis melalui media cetak. Melalui program ini, poster, sticker, risalah dengan slogan, “Bijak Membantu, Elak Tertipu” telah diedarkan kepada orang awam melalui jabatan kebajikan masyarakat negeri dan pejabat kebajikan masyarakat daerah.

Sebanyak 13 buah negeri telah mengadakan kempen dalam Program Kembara Kebajikan 1Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Terengganu, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah. JKM juga telah melaksanakan program pendidikan kesedaran melalui media elektronik secara berterusan dengan kerjasama Nasional FM dan Negeri FM. Sebagai permulaan, isu ini telah dibincangkan dalam rancangan Perspektif Nasional FM pada 15 Februari 2016. Manakala di peringkat negeri sedang disusun atur bersama Negeri FM.

Melalui kempen kesedaran dan pencegahan pengemisan ini, diharapkan usaha kerajaan untuk membanteras aktiviti pengemisan dapat dikurangkan. Kesedaran dan komitmen masyarakat adalah diperlukan agar tidak memberi sedekah atau sumbangan kepada pengemis tetapi menyalurkan kepada pihak yang sepatutnya seperti rumah kebajikan, pertubuhan sukarelawan kebajikan yang berdaftar, pertubuhan amal, rumah ibadat dan Yayasan Kebajikan Negara.

Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan membangkitkan isu...

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua boleh? Yang

Berhormat Menteri boleh?

Datin Paduka Chew Mei Fun: Ya, silakan.

Page 41: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 33

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Saya ucap terima kasih kerana

jawapan yang telah diberikan berkaitan dengan isu pengemis ini. Saya hendak tanya, berapa ramaikah orang pengemis tempatan yang ditangkap dan adakah mereka dimasukkan ke rumah kebajikan? Kedua, berapa pula pengemis luar negara yang saya tengok memang banyaklah meminta sedekah di masjid ataupun di tempat-tempat awam. Berapakah yang ditangkap dan berapakah yang dihantar pulang ke negeri asal mereka?

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-

Pertua. saya tidak ada angka bilangan berapa yang diselamatkan. Saya hendak tegaskan di sini, perkataan atau approach yang kita ambil di bawah akta atau di bawah JKM, perkataan itu ialah “menyelamatkan pengemis”, dan bukan ditangkap. Pengemis warga asing, kami akan serahkan ke Jabatan Imigresen. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan membangkitkan kos makan minum anak yatim. Syarat pemberian geran bantuan kepada NGO adalah tertakluk kepada garis panduan pemberian bantuan kewangan kerajaan kepada pertubuhan sukarela kebajikan. Konsep pemberian geran adalah untuk menampung sebahagian kos yang terpaksa ditanggung oleh PSK dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar JKM. Oleh itu pihak JKM turut mengambil kira keupayaan PSK daripada segi kewangan dalam pemberian geran. Geran langsung ialah bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan dan penyediaan makan dan minum penghuni yang tinggal berkediaman atau yang datang secara harian ke pertubuhan sukarela kebajikan.

Pemberian geran makan minum kepada PSK yang memberikan perkhidmatan jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar JKM iaitu warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak adalah untuk menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh PSK. Kadar geran langsung ini adalah seperti berikut, penghuni yang tinggal berkediaman di PSK diberikan RM8 sehari bagi setiap seorang dan penghuni yang datang secara harian ke PSK sebanyak RM4 sehari bagi setiap seorang.

Pembentangan Bajet 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Parlimen pada 10 Oktober 2014 menyatakan bahawa menaikkan kadar makanan harian 8,700 orang penghuni di 63 buah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada RM8 kepada RM16. Kenaikan kadar catuan makanan ini hanya melibatkan institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja dan tidak melibatkan pertubuhan sukarela kebajikan di bawah kendalian pertubuhan sukarela kebajikan.

Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan juga bertanyakan tentang geran bantuan NGO. Salah satu syarat pemberian geran PSK mengambil kira kedudukan aset cair PSK. Aset cair yang dimiliki seharusnya digunakan bagi keperluan perbelanjaan PSK. KPWKM sedar keperluan NGO semakin meningkat akibat peningkatan kos sara hidup. Justeru, KPWKM menerusi JKM akan mengambil langkah membuat semakkan semula, garis panduan pemberian PSK. Bagi tahun 2015, sebanyak 243 buah PSK mendapat bantuan kewangan sebanyak RM29 juta.

Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas bin Umbul membangkitkan isu kebajikan kanak-kanak OKU. KPWKM menerusi JKM sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan perhatian dalam membela nasib OKU di negara ini. Kejadian kebakaran yang berlaku di PDK Tenom menyebabkan aktiviti intervensi dan pemulihan di PDK Tenom terganggu dan pelatih-pelatih kini dipindahkan sementara ke tempat lain. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Tenom telah menyediakan peruntukan untuk sewaan sebanyak RM3,000 sebulan bagi penyewaan bangunan sementara yang selamat untuk meneruskan aktiviti intervensi dan pemulihan. Pihak PDK Tenom telah membeli alatan yang diperlukan menggunakan peruntukan yang sedia ada yang disalurkan oleh JKM. Perbelanjaan peralatan dan terapi juga akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.

Page 42: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

34 DN 26.4.2016

Sebelum saya meneruskan untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, bilangan operasi 1,921 dan menyelamatkan 1,527 orang. Seramai 1,115 orang warga negara dan 412 orang adalah orang bukan warganegara. Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff...

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak

tanya.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Ada lagi?

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Yang Berhormat, yang selamatkan itu

adakah yang warganegara itu termasuk dalam pusat pemulihan atau pun suruh dia balik ke rumah dan esok dia datang balik mengemis dan yang bukan warganegara adakah dia hantar balik ke negara masing-masing ataupun dibiarkan dan esok dia akan datang lagi mengemis? Terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Okey, pengemis warganegara kami akan hantar

mereka, kalau di bawah umur 60 tahun akan dihantar ke Desa Bina Diri untuk pemulihan dan juga kemahiran supaya mereka dapat berdikari. Untuk yang berumur lebih daripada 60 tahun ke atas, kami akan hantar mereka ke Rumah Sri Kenangan. Untuk bukan warganegara Malaysia, yang warga asing itu, kami akan serahkan ke Jabatan Imigresen dan tertakluk kepada apa tindakan yang akan diambil oleh Jabatan Imigresen.

Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff bertanyakan sama ada tebuan dan lebah binatang buas dan boleh mendapat bantuan tabung serangan binatang buas. Semua jenis tebuan dan lebah liar yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya kekal boleh dipertimbangkan bantuan serangan binatang buas.

■1250

Tuan Yang di-Pertua, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Puan Azizah binti Harun berhubung 1AZAM. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah KPWKM melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan menerusi program 1AZAM. Bagi tempoh Januari 2011 hingga 31 Mac 20116, Program 1AZAM telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sejumlah 193,628 orang dari seluruh negara.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, banyak lagi?

Datin Paduka Chew Mei Fun: Sedikit lagi. Daripada jumlah tersebut seramai

38,838 orang peserta adalah daripada Program 1AZAM Niaga & Khidmat KPWKM. Melalui program 1AZAM Niaga & Khidmat KPWKM ini terdapat seramai 919 orang peserta adalah dari Parlimen Sepang iaitu masing-masing 82 orang peserta lelaki dan 440 orang peserta wanita yang merupakan peserta dalam kategori isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah iaitu B40.

Inisiatif NKRA Low-Income Households telah memasuki Fasa Tiga 2016-2020 dan fokusnya adalah kepada pemerkasaan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah ke arah negara berpendapatan tinggi selaras dengan aspirasi RMKe-11. Dalam kumpulan B40 ini juga turut merangkumi golongan miskin tegar, miskin dan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berdaftar dalam sistem pangkalan data eKasih. Data kini dalam sistem eKasih menunjukkan masih terdapat seramai 249,890 orang miskin tegar dan miskin yang menjadi kumpulan sasar Program 1AZAM. Oleh itu, pemohon daripada golongan pertengahan adalah tidak termasuk dalam syarat asas permohonan untuk menyertai Program 1AZAM KPWKM. Bermula tahun 2011 hingga 31 Mac 2016 seramai 10,077 orang menerima manfaat bagi negeri Selangor yang merangkumi semua jenis Program 1AZAM.

Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah sahaja penerangan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Saya berharap penjelasan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang menyentuh bidang tugas dan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian akan mengambil perhatian terhadap teguran dan pandangan yang telah diutarakan oleh setiap Ahli-ahli Yang Berhormat dan seterusnya diterjemahkan melalui tindakan sewajarnya. Sekian terima kasih.

Page 43: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 35

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang

menerangkan dengan panjang lebar tentang kegiatan- yang lebih seronoknya yang bertanya itu ramai Ahli-ahli Yang Berhormat lelaki, kurang empat orang wanita, tahniah. Sekarang saya hendak pergi ke soalan nombor 14, Kementerian Kerja Raya. Dipersilakan.

12.54 tgh.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-

Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada lima orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan turut menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya pada minggu lalu.

Mereka ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad; Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman; Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar; dan Yang Berhormat Senator Tuan Chia Song Cheng. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Insya-Allah saya akan cuba memberikan jawapan sebaik mungkin atas setiap persoalan dan cadangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar telah membangkitkan mengenai keperluan supaya kerajaan memastikan hanya sub kontraktor yang berwibawa sahaja dibenarkan terlibat dalam melaksanakan projek membina jalan dari Jerantut ke Kuala Tahan melalui Ulu Tembeling, Pahang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan semakan kementerian ini projek yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kementerian ini telah dimaklumkan bahawa projek tersebut dilaksanakan secara berfasa. Difahamkan fasa pertama sepanjang 21 kilometer telah disiapkan pada tahun lalu iaitu tahun 2015, manakala fasa kedua pula sepanjang 40 kilometer sedang dalam peringkat pembinaan. Namun begitu isu berkaitan pelaksanaan projek ini mungkin akan disentuh dan dijawab secara tuntas oleh KKLW semasa giliran penggulungan kementerian berkenaan selepas ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Ahli Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, semasa perbahasan tempoh hari telah membangkitkan mengenai isu status projek lebuh raya persisiran Pantai Melaka dari Linggi ke Jambatan Syed Abdul Aziz iaitu merujuk kepada projek yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2016 pada bulan Oktober 2015 yang lalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran projek lebuh raya persisiran Pantai Melaka ini merupakan sebahagian daripada skop projek Lebuh Raya Pantai Barat Koridor Selatan dari Lembah Klang ke Melaka dan berakhir di Gelang Patah, Johor.

Kerajaan berpendapat projek berkenaan sememangnya berpotensi dan terdapat keperluan untuk dilaksanakan. Ia juga selaras dengan perakuan laporan Pelan Induk Pembangunan Jalan Raya atau Highway Network Development Plan (HNDP), dengan izin

yang diterbitkan pada tahun 2008 iaitu cadangan bagi melengkapkan lebuh raya pantai barat koridor selatan melibatkan jajaran dari Banting, Selangor melalui Port Dickson, melalui persisiran pantai negeri Melaka dan berakhir di Gelang Patah, Johor.

Page 44: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

36 DN 26.4.2016

Berikutan pengumuman Bajet 2016 mengenai lebuh raya persisiran pantai Melaka itu, pihak elit perancang ekonomi di Jabatan Perdana Menteri telah mengemukakan dua kaedah pelaksanaan projek untuk pertimbangan pihak kerajaan iaitu yang pertama sama ada menaiktarafkan Jalan Persekutuan (FT05) yang sedia ada kepada laluan empat buah lorong dua hala atau dual carriageway, dengan izin, secara konvensional ataupun melaksanakan Lebuhraya Pantai Barat, Koridor Selatan menerusi kaedah penswastaan lebuh raya bertol.

Rentetan itu juga Jemaah Menteri pada bulan Mac 2015 yang lalu setelah menimbangkan kedua-dua pilihan tersebut telah memutuskan supaya kajian terperinci mengenai penentuan jajaran lebuh raya pantai barat koridor selatan dari Banting ke Gelang Patah dibuat terlebih dahulu oleh Kementerian Kerja Raya. Kajian tersebut dijangkakan akan dimulakan dalam tempoh masa yang terdekat ini dan dirancang akan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Sehubungan itu, kaedah pelaksanaan lebuh raya persisiran pantai Melaka akan diputuskan setelah kerajaan menerima dan mengambil kira hasil kajian penentuan jajaran lebuh raya pantai barat koridor selatan yang akan dilaksanakan oleh kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chia Song Cheng telah membangkitkan cadangan...

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, sila.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Terima kasih kepada Yang Berhormat

Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang jelas. Saya berharap jalan persisiran pantai Melaka ini tidak dibuat secara penswastaan kerana nanti ini akan menyusahkan rakyat hendak membayar tol kerana Melaka ini bukanlah negeri yang banyak hasil mahsul walaupun banyak cukai yang dikutip seperti cukai GST dan sebagainya tetapi kita tidak dapat balik rebat 10 peratus, kah, 20 peratus. Saya berharap kalau dipilih itu pilihlah yang menggunakan jajaran yang ada dibesarkan menjadi empat buah lorong. Jangan buat menggunakan tol kerana isu tol ini sudah menjadi satu isu besar negara, saya berharap ini tidak merebak lagi ke Melaka. Inilah yang saya harapkan.

Dahulu sudah pernah Kerajaan Persekutuan luluskan semasa saya mula-mula menjadi Ketua Menteri dahulu, harga pada masa itu baru RM600 juta tetapi dibatalkan balik. Sekarang harganya sudah naik RM1.1 bilion. Jadi kalau tangguh lagi saya percaya mungkin akan naik dua, tiga bilion sebab itu saya mohon Tuan Yang di-Pertua, buatlah secara biasa jangan gunakan tol. Itulah rayuan orang Melaka.

Saya mengambil kesempatan satu saya tidak sebut dalam ucapan saya, Melaka sekarang terlalu jammed...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat...

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: ...Jalan laluan kedua- yang ini sedikit

sahaja Tuan Yang di-Pertua, supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri mengambil catatan- lalu Bukit Katil itu ada dua, tiga batu sampai ke AMJ, harganya RM60 juta. Harap itu dapat juga dipertimbangkan, tidak jawab pun tidak apa, cuma hendak masukkan dalam rekod. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Mesyuarat Dewan ini

ditangguhkan sehingga ham 2.30 petang.

Petang ini ada jamuan yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina di Dewan Sementara, dipersilakan semua. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 tengah hari.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Page 45: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 37

Timbalan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

1Malaysia. Sekarang saya ingin menyambung Kementerian Kerja Raya dan tadi Yang Berhormat Tan Sri sudah menyoal dan sekarang saya minta kita menyambung kepada Kementerian Kerja Raya, dipersilakan.

2.32 ptg.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya ingin merujuk kepada soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam sebelum sesi rehat tadi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Tan Sri, cadangan projek membina persimpangan bertingkat Bukit Katil Jalan Istana dan Bukit Beruang, Bukit Baru kepada laluan enam buah lorong dua hala adalah merupakan skop fasa dua projek menaik taraf Jalan Ayer Keroh ke Jalan Munsyi Abdullah. Fasa pertama telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan bersambung dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini iaitu merujuk kepada skop membina pembinaan persimpangan bertingkat Peringgit dan persimpangan bertingkat MITC kepada laluan enam buah lorong dua hala. Projek fasa pertama ini dirancang akan siap pada bulan Ogos 2017 nanti.

Memang benar fasa kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri itu iaitu merujuk kepada skop membina persimpangan bertingkat Bukit Katil-Jalan Istana dan Bukit Beruang-Bukit Baru masih belum dapat dilaksanakan kerana projek fasa tersebut belum dapat kelulusan daripada agensi pusat untuk dilaksanakan dalam Rolling Plan Pertama (2016-2017) Rancangan Malaysia Kesebelas. Insya-Allah kita akan terus berbincang dengan agensi pusat untuk tujuan kelulusan dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas (2018-2019) nanti. Insya-Allah, sama-sama lah kita

berdoa. Amin.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

jawapan. Saya ingat mungkin yang saya tanya tadi, ada satu lagi dari Pekan Bukit Katil melalui Duyung pergi kepada AMJ. Yang ini laluan kedua masuk bandar raya Melaka, yang tidak menggunakan Jalan Tun Razak-Ayer Keroh yang Yang Berhormat sebut tadi. Ini yang kosnya RM60 juta.

Ada satu lagi permohonan untuk laluan kedua dari Bukit Katil, sekarang dari Ayer Keroh-Seri Negeri sampai Bukit Katil, sampai JPJ sudah siap. Akan tetapi dari Bukit Katil pergi AMJ, yang itu belum. Ini kosnya RM60 juta. Harap dapatlah dimasukkan, Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pasal tol tadi itu, kita sudah buat keputusan, sebenarnya bahagian saya pun sudah buat rumusan atau keputusan menolak jalan tol persisiran pantai. Kita hendak jalan biasa, yang empat buah lorong, sama ada guna jalan yang ada ataupun guna laluan lain hendaklah tidak menggunakan tol. Ini kerana tol ini memang isu besar. Kalau tol ini digunakan, saya percaya ia akan menghadapi masalah yang lebih teruk kepada penduduk-penduduk sepanjang persisiran pantai, kebanyakannya orang nelayan dari Linggi sampai ke Jambatan Tun Syed Aziz. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat

Senator. Mengenai jalan yang telah disebutkan tadi, Pekan Bukit Katil ke AMJ itu Yang Berhormat saya akan berikan jawapan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai persoalan kaedah pelaksanaan projek lebuh raya persisiran pantai Melaka ini akan diputuskan setelah kerajaan menerima dan mengambil kira hasil kajian penentuan jajaran Lebuhraya Pantai Barat, Koridor Selatan yang dilaksanakan oleh kementerian. Namun pada masa yang sama Yang Berhormat Senator insya-Allah kita akan ambil maklum pendirian Yang Berhormat dalam soal ini dan akan saya sampaikan di peringkat kementerian, insya-Allah.

Page 46: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

38 DN 26.4.2016

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chia Song Cheng telah membangkitkan cadangan supaya kerajaan menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di selatan tanah air, iaitu menambah lorong ketiga PLUS dari Skudai, Johor hingga ke Ayer Keroh, Melaka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya mengambil maklum mengenai isu kesesakan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan terutama pada waktu puncak, cuti hari minggu, cuti persekolahan dan juga pada musim perayaan utama. Keadaan ini disebabkan oleh faktor pergerakan trafik yang tinggi dalam tempoh masa yang hampir serentak. Namun begitu secara umumnya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) termasuk di selatan masih lagi mampu untuk menampung kapasiti aliran trafik harian semasa walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan yang baru mendaftar pada setiap tahun.

Di kesempatan ini saya juga ingin jelaskan bahawa sebarang projek naik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) perlu dibuat secara berfasa iaitu mengambil kira faktor keutamaan dan juga kemampuan kewangan kerajaan secara keseluruhan. Setakat ini, jajaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang telah dinaikkan kepada tiga buah lorong melibatkan laluan Seremban ke Ayer keroh dan Rawang ke Tanjung Malim yang disiapkan pada tahun 2011 dengan kos sebanyak RM1.04 bilion. Manakala projek membina lorong keempat PLUS di sekitar Lembah Klang dengan jarak keseluruhan 63 kilometer telah disiapkan pada bulan September 2015 yang lalu dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.44 bilion.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan setakat ini belum ada perancangan untuk menaik taraf atau menambah lorong laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Selatan, iaitu dari Skudai ke Ayer Keroh. Walaupun begitu, sebagaimana jawapan saya terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam sebentar tadi, kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk membina Lebuhraya Pantai Barat, Koridor Selatan dari Banting, Selangor ke Gelang Patah, Johor. Ini merupakan antara laluan alternatif yang sedang diteliti untuk mengurangkan beban aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sedia ada.

Dalam masa yang sama, sebagaimana Ahli Yang Berhormat telah maklum dan telah dibangkitkan juga oleh Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tempoh hari, satu lagi alternatif lain yang sedang dipertimbangkan kerajaan ialah menerusi kaedah menambah baik mod pengangkutan darat ke selatan iaitu cadangan pelaksanaan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia ke Singapura. Projek ini masih di dalam peringkat perbincangan dengan Kerajaan Singapura melalui pihak Wisma Putra dan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

■1440

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad telah membangkitkan mengenai nasib dan masa depan jurutol yang berkhidmat di syarikat-syarikat konsesi lebuh raya berikutan kesan daripada pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik atau Electronic Toll Collection (ETC) yang sedang giat dilaksanakan secara berperingkat oleh syarikat-syarikat pengendali konsesi lebuh raya di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini terdapat seramai 4,424 orang jurutol yang berkhidmat di 30 buah lebuh raya yang sedang beroperasi di negara ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 3,114 orang jurutol atau 70 peratus merupakan pekerja berstatus tetap.

Seramai 1,146 orang, 26 peratus ialah pekerja kontrak manakala 164 orang lagi iaitu 4 peratus ialah berstatus pekerja sambilan. Bagi jurutol yang berstatus tetap, mereka ini tidak akan diberhentikan kerja berikutan daripada pengenalan sistem kutipan tol secara elektronik ya. Tidak akan diberhentikan kerja sebaliknya mereka akan diserapkan ke unit-unit operasi sokongan yang lain iaitu seperti ditempatkan di pusat khidmat pelanggan dan unit khas yang mengumpulkan data cerapan kutipan tol secara elektronik.

Ini bermakna sebahagian jurutol itu akan terus bertugas di plaza-plaza tol bagi memantau kelancaran operasi sistem berkenaan dan membantu pengguna yang berhadapan dengan kesulitan. Manakala sebahagian lagi akan ditempatkan di bahagian kad Touch‘nGo dan SmartTAG bagi memudahkan urusan penjualan dan tambah nilai. Untuk pekerja tol yang berstatus kontrak dan pekerja sambilan pula, lantikan mereka tertakluk kepada tawaran kontrak perjanjian di antara pekerja/majikan mengikut Akta Pekerja 1955.

Page 47: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 39

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dasar ETC suka saya maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa sehingga kini sebanyak 51 bilangan plaza tol daripada jumlah keseluruhan 177 bilangan plaza tol di seluruh negara ataupun 28 peratus telah melaksanakan sistem transaksi tol secara elektronik atau ETC sepenuhnya. Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan yang menetapkan sistem ETC akan dilaksanakan sepenuhnya di semua plaza tol di negara ini menjelang tahun 2018. Objektif utama sistem ETC ini bagi mengurangkan masalah kesesakan di plaza-plaza tol sekali gus dapat menjimatkan masa berbanding kutipan tol secara tunai atau manual.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu yang baru iaitu berkaitan dengan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo. Ini adalah untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman. Beliau juga mencadangkan supaya laluan dari Menumbok ke Beaufort dimasukkan sebahagian daripada skop Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 negeri Sabah. Di samping itu Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman juga memohon kerajaan untuk memastikan jumlah pampasan tanah yang sewajarnya dapat diberikan kepada pemilik tanah yang terlibat dengan pelaksanaan projek tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Lebuhraya Pan Borneo merupakan projek aku janji Kerajaan Pusat dan termasuk dalam manifesto Kerajaan Barisan Nasional semasa Pilihanraya Umum yang ke-13 pada tahun 2013. Pembinaan lebuh raya sepanjang 2,239 kilometer ini akan menghubungkan bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak sekali gus akan meneruskan agenda kelangsungan pembangunan infrastruktur dan ekonomi di wilayah tersebut.

Mengenai status Projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri Sabah, untuk makluman Ahli Yang Berhormat perjanjian antara Kerajaan Pusat dengan rakan pelaksana projek (PDP) bagi Lebuhraya Pan Borneo Sabah baru sahaja ditandatangani pada 11 April 2016 yang lalu. Majlis pelancaran lebuh raya ini telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Ahad lepas iaitu pada 24 April 2016. Projek Lebuhraya Pan Borneo ini akan dilaksanakan oleh Syarikat Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. Anggaran kos awal projek tersebut ialah sebanyak RM12.86 bilion iaitu melibatkan jarak sepanjang 706 kilometer bagi fasa yang pertama.

Skop projek melibatkan naik taraf jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri sedia ada dan membina jalan baru dengan reka bentuk laluan dua buah lorong dua hala atau dual carriageway, dengan izin. Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini akan

dilaksanakan secara tiga fasa. Fasa pertama melibatkan laluan Sindumin ke Beaufort ke Kota Kinabalu ke Tuaran seterusnya ke Kudat dan juga laluan Ranau ke Telupid seterusnya ke Lahad Datu dan Tawau. Fasa kedua pula melibatkan jajaran Tamparuli ke Ranau manakala fasa ketiga dari Tawau ke Keningau dan seterusnya ke Kimanis.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek untuk fasa pertama sepanjang 706 kilometer akan dimulakan terlebih dahulu dan dirancang siap pada tahun 2021. Tempoh siap projek fasa pertama ini adalah selama lima tahun sembilan bulan. Pakej-pakej lain bagi fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan di tender secara berperingkat mulai suku keempat tahun 2016.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak saya akan berikan Ahli Yang Berhormat jawapan secara bertulis. Mengenai isu pampasan tanah pula, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kos pengambilan balik tanah termasuk kos menyelesaikan halangan di atas tanah bagi keseluruhan jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah dianggarkan sebanyak RM2 bilion manakala untuk Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ialah sebanyak RM800 juta. Kos ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Manakala proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan kepada pemilik tanah yang terlibat akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak menerusi agensi Jabatan Tanah negeri masing-masing. Mengenai cadangan Yang Berhormat Senator...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?

Page 48: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

40 DN 26.4.2016

Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Ada dua isu selepas ini, Tuan

Yang di-Pertua. Terima kasih. Mengenai cadangan Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman supaya laluan Menumbok ke Beaufort dimasukkan sebagai sebahagian daripada skop Lebuhraya Pan Borneo Sabah, fasa satu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa jawatankuasa khas telah diwujudkan untuk mentadbir pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Antaranya Jawatankuasa Induk Peringkat Tertinggi yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara manakala Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak masing-masing akan mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Tender. Sehubungan itu perkara-perkara teknikal berhubung dengan pelaksanaan projek ini termasuklah cadangan untuk memasukkan laluan Menumbok ke Beaufort sepanjang 60 kilometer itu akan dibawa dan dibincangkan secara spesifik di peringkat Jawatankuasa Eksekutif.

Sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif maka perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Induk Peringkat Tertinggi untuk diputuskan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu mengenai isu reka bentuk bangunan kerajaan dan hubungannya dengan kecekapan tenaga iaitu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad, beliau telah menggesa JKR supaya mengurangkan penggunaan material kaca atau glass dalam

reka bentuk bangunan-bangunan kerajaan bagi mengelakkan kesan peningkatan suhu dalam premis kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan amalan semasa, semua agensi pelaksana termasuklah JKR perlu memastikan reka bentuk bangunan yang hendak dibina mematuhi kehendak akta, undang-undang kecil, pekeliling-pekeliling, piawaian, kod-kod amalan dan dasar-dasar kerajaan yang sedang berkuat kuasa. Sehubungan itu memandangkan kecekapan penggunaan tenaga di dalam bangunan telah menjadi satu aspek yang penting pada masa ini, semua pereka bentuk yang terlibat di dalam sesebuah projek bangunan kerajaan perlu mengamalkan pendekatan kecekapan penggunaan tenaga di dalam reka bentuk bangunan. Sehubungan itu penggunaan bahan dan kemasan dalam pelaksanaan projek-projek JKR ialah berdasarkan kepada garis panduan dan piawaian yang seperti berikut:

(i) garis panduan dan peraturan bagi perancangan pembangunan oleh Jawatankuasa Standard dan Kos, Edisi 2015 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri;

(ii) JKR Standard Specification For Building Works, dengan izin; dan

(iii) MS 1525 Standard Code of Practice on Energy Efficiency and Use of Renewable Energy For Non-Residential Building.

■1450

Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, minta pencelahan

sedikit. Tuan Yang di-Pertua, minta pencelahan.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekejap, ringkas.

Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

hendak tanya Menteri berkenaan sama ada Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam iaitu UBBL MS dan kod MS1184:2014 itu diguna pakai bagi bangunan-bangunan sekolah yang terdapat di bawah Kementerian Kerja Raya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat

atas soalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kod tersebut UBB yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tidak termasuk dalam standard kementerian atau JKR Yang Berhormat. Mungkin persoalan ini boleh dipanjangkan kepada kementerian yang berkenaan.

Page 49: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 41

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyambung jawapan dan seterusnya menamatkan...

Timbalan Yang di-Pertua: Tolong ringkaskan ya.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin: Ya, saya akan ringkaskan Tuan

Yang di-Pertua. Berdasarkan ketiga-tiga garis panduan di atas penggunaan panel kaca dalam reka bentuk bangunan kerajaan tidak memberikan kesan yang besar terhadap peningkatan suhu di dalam bangunan. Ini kerana kualiti panel kaca untuk dinding luar dan dinding dalam bangunan perlu mematuhi spesifikasi tertentu yang ditetapkan iaitu mengikut gred panel kaca sama ada sederhana mahupun tinggi seperti contoh.

Berkaitan dengan isu kecekapan tenaga ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada awal tahun ini, bulan Januari 2016 telah mewujudkan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara atau National Energy Efficiency Action Plan (NEEAP) dengan izin. Menerusi pelan strategik tersebut antara lain, reka bentuk bangunan cekap tenaga atau energy efficient building design akan diperkenalkan untuk bangunan-bangunan kerajaan dan swasta yang baru.

Ini bertujuan untuk memberikan kesedaran awal kepada pemilik bangunan mengenai kepentingan reka bentuk bangunan dengan elemen kecekapan tenaga sebelum kerajaan menguatkuasakan garis panduan kecekapan tenaga di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam atau Uniform Building By-Laws (UBBL) yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya. Kementerian ini akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih. Wabilahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Rosnah Haji

Abdul Rashid Shirlin yang sudah menjawab panjang lebar dan tepat dan kita faham semuanya. Saya minta kerjasama dalam sikap sehati sejiwa dapat kita bagi 15 minit sebab kita ada lagi 11 kementerian yang tak bercakap lagi. Saya minta kerjasama dan saya minta pula Kementerian Sumber Manusia. Dipersilakan.

2.53 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam

1Malaysia, salam sehati sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan salam daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh tujuh isu yang berkaitan di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia yang meliputi pekerja asing, pengangguran, latihan kemahiran dan TVET, pengambilan pembantu rumah, penyertaan wanita dalam pekerjaan, skill development levy, pemutihan pekerja, jurutol dan saya juga ucapkan terima kasih kepada KSU, pegawai yang bersama dengan saya.

Page 50: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

42 DN 26.4.2016

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya pergi kepada isu pekerja asing. Seramai 12 orang senator telah membangkitkan isu pengambilan pekerja asing iaitu Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman; Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim; Yang Berhormat Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus; Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff; Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul, Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh, Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid dan Yang Berhormat Senator Dato’ Hoh Khai Mun.

Tuan Yang di-Pertua, tak tahulah panjang, ramai senator yang memberikan persoalan. Tuan Yang di-Pertua, dasar kerajaan berkenaan pengambilan pekerja negara adalah untuk memberikan keutamaan kepada rakyat tempatan bagi mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan pekerja tempatan tidak dinafikan hak mereka untuk bekerja. Hanya jawatan-jawatan yang tidak dapat diisi oleh pekerja tempatan dalam sektor-sektor yang diluluskan sahaja dibenarkan untuk menggaji pekerja asing. Kerajaan turut mengenakan syarat yang ketat ke atas majikan yang ingin menggajikan pekerja asing dengan mewajibkan mereka mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan dalam Portal JobsMalaysia sebelum dikeluarkan sijil perakuan pengesahan majikan. Pendekatan ini memastikan keutamaan mengisi sesuatu kekosongan jawatan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan.

Penggajian pekerja asing hanya dibenarkan bagi jawatan tertentu di dalam lima sektor formal iaitu sektor pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan, dan perkhidmatan untuk subsektor, termasuk tukang masak restoran, pembersihan dan pencucian, pulau peranginan, hotel, spa, refleksologi, caddy lelaki dan pembantu taman tema.

Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan menarik minat pekerja tempatan untuk memasuki pasaran kerja adalah seperti berikut. Pertama, mempromosi dan memudah cara peluang penempatan pekerja melalui Program Penempatan Pekerja (3P) oleh Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia. Kedua, menggalakkan sektor-sektor yang berintensif buruh beralih kepada penggunaan organisasi atau automasi bagi mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing.

Langkah ini dapat membantu negara mencapai sasaran melahirkan 35 peratus pekerja mahir di Malaysia menjelang tahun 2020 di samping dapat memastikan pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2020 selaras dengan RMKe-11. Ketiga, meletakkan ratio pekerja tempatan dan pekerja asing bagi menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contoh, sektor perladangan kelapa sawit, keluasan tanah 8 hektar untuk satu pekerja, dan getah pula keluasan tanah 4 hektar untuk seorang pekerja. Manakala untuk sektor perkilangan bagi syarikat dalam subsektor elektrik dan elektronik, nisbah kelayakan ditetapkan adalah dua pekerja tempatan bagi seorang pekerja asing. Berikutnya, mengurangkan exit policy, dengan izin, penggajian pekerja asing dengan menyediakan pelan latihan kemahiran kepada pekerja tempatan.

Melalui isu pengajian pekerja asing di stesen minyak, dasar kerajaan adalah tetap sama iaitu penggajian pekerja asing hanya dibenarkan bagi jawatan tertentu dalam lima sektor formal yang telah dinyatakan sebentar tadi. Penggajian pekerja asing untuk bekerja di stesen minyak adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri. Ini memandangkan kerajaan telah memutuskan bahawa pekerja asing adalah tidak dibenarkan untuk bekerja di barisan hadapan ataupun front liner. Tindakan penguatkuasaan dilakukan dari semasa ke semasa oleh Jabatan Imigresen Malaysia terhadap mana-mana majikan atau pekerja yang melanggar syarat yang diberikan oleh kerajaan.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

mencelah.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Silakan.

Page 51: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 43

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Yang Berhormat Menteri, saya hendak

mohon penjelasanlah sebab di Kuala Lumpur ini kalau kita tengok, banyak juruwang terdiri daripada pekerja asing. Akan tetapi kalau ikut Yang Berhormat Menteri tadi, memang tak boleh. Jadi saya minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan sedikit. Yang

Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ini kena bagi sebab saya ini campaign manager kepada Dato’ Sri dulu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang diperkatakan oleh Menteri tadi jauh tersasar dari apa yang berlaku hari ini. Kalau kita tengok di stesen minyak, syarat yang dikenakan sebagaimana yang diberitahu oleh Menteri, front line ialah tidak dibenarkan langsung warga

asing. Akan tetapi hari ini kita tengok bukan sahaja yang mengisi minyak, malah di kaunter pun warga asing, Bangladesh dan sebagainya.

■1500

Kalau kita tengok, bukan saja di stesen minyak, di restoran, di hotel besar-besar sebelah sana itu, hotel tempat kita duduklah, semua orang Philipines. Tidak akan lah orang

Malaysia tidak ada yang hendak bekerja Yang Berhormat Menteri? Terima kasih, mohon penjelasan.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dua orang Ahli Yang Berhormat Senator. Sebenarnya sebelum stop tentang isu tadi saya hendak buat question mark. Maknanya, Yang Berhormat semua boleh memikirkan bagaimana keadaan sebenarnya. Sebab itulah dalam jawapan yang saya sebutkan tadi, maknanya ada sebut kecuali mendapat kelulusan, kebenaran dari Jabatan Imigresen. Tindakan penguatkuasaan dilakukan dari semasa ke- sebelum itu ya, dapat kebenaran untuk izin pekerja asing. Saya ingat ini Tuan Yang di-Pertua, saya akan bawa. Sebenarnya kita ada Jawatankuasa Khas Hal Ehwal- komiti yang mengendalikan pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak hendak jawab secara detail tapi kita lihatlah bersama. Terima

kasih.

Berhubung dengan pekerja asing yang pekerja sebagai PRO restoran, pemandu teksi dan juruwang di 7-Eleven, kerajaan ingin menegaskan bahawa tiada mana-mana pekerja asing dibenarkan. Ini pun saya repeat same issue yang akan ditimbulkan. Sebab

itulah saya minta kita melihat apa yang sebenarnya berlaku dan apakah tindakan yang harus kita lakukan demi kepentingan pekerja tempatan. Tidak mana-mana pekerja asing dibenarkan untuk pekerja sebagai PRO, pemandu teksi dan juruwang. Bagi sub sektor restoran, pekerja asing hanya dibenarkan untuk bekerja sebagai tukang masak saja. Ini pun kalau sebut, saya mungkin taruk question mark.

Berkenaan dengan pandangan sesetengah pihak menyatakan bahawa penggajian dan kemasukan pekerja asing menyebabkan rakyat tempatan hilang pekerjaan adalah kurang tepat kerana kadar pengangguran bagi tempoh 2010 hingga 2015 adalah di bawah paras 3 peratus. Jadi, bererti bahawa pengisian kekosongan jawatan oleh pekerja asing bukanlah menggantikan pekerja tempatan dan berdasarkan data yang diperolehi, kebanyakan penganggur terdiri daripada kalangan belia dan graduan universiti yang tidak berminat dan kurang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pekerja am.

Berdasarkan statistik JobsMalaysia sepanjang tahun 2015, hanya seramai 1,945 orang rakyat tempatan yang berdaftar sebagai pencari kerja baharu dalam kategori pekerja asas. Manakala, permintaan majikan bagi kategori pekerja asas adalah jauh lebih tinggi dan keadaan ini telah menyebabkan kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing oleh majikan demi kelangsungan pihak industri. Selain itu, kerajaan pada 19 Februari 2016 telah mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing baru dari seluruh negara sumber ke Malaysia.

Page 52: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

44 DN 26.4.2016

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 12 Mac 2016 sekali lagi menegaskan bahawa pengambilan pekerja asing baru dari seluruh negara sumber ditangguhkan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid mencadangkan supaya kawasan penempatan pekerja asing diadakan di kawasan khas, bukan di kawasan perumahan biasa. Dimaklumkan bahawa sejak tahun 1992, kerajaan telah mewajibkan mana-mana majikan yang menggajikan pekerja asing, menyediakan kemudahan perumahan kepada semua pekerja yang di gajikan. Mulai tahun 12 Januari 2016, kerajaan telah memperkenalkan garis panduan standard minimum penempatan pekerja asing untuk dipatuhi oleh semua majikan yang menyediakan kemudahan perumahan kepada pekerja mereka.

Sebarang bentuk pembangunan ataupun kemudahan perumahan secara berpusat untuk penempatan pekerja asing adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh kerajaan. Sub sektor perhotelan salah sebuah tempat, pekerjaan yang telah mendapatkan kelulusan untuk menggajikan pekerja asing berdasarkan keputusan JKKPA PATI, Jawatankuasa Khas Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, kali Kelapan, Bil1/2012.

Bagaimanapun, pekerja asing hanya boleh digajikan bagi menjalankan kerja-kerja yang tidak dilibatkan front liner, hadapan. Kelulusan untuk mengajikan pekerja asing ini juga tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan iaitu mesti menjadi ahli kepada Malaysian Association Of Hotels, dengan izin, Malaysia Association of Hotel Owners, dengan izin, atau Malaysian Budget Hotel Association dan mendapat penarafan sekurang-

kurangnya 1 Bintang yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Bilangan pekerja asing yang dibenarkan untuk diambil adalah berdasarkan penarafan bintang iaitu satu orang pekerja asing bagi 12 buah bilik bagi hotel 5 Bintang; satu orang pekerja asing bagi 18 buah bilik bagi hotel 4 Bintang; satu orang pekerja asing bagi 24 buah bilik bagi hotel 3 Bintang; satu orang pekerja asing bagi 27 buah bilik bagi hotel 2 Bintang; dan satu orang pekerja asing bagi 30 buah bilik bagi hotel 1 Bintang.

Yang Berhormat Datuk, orang-orang yang duduk di hotel akan melihat apa sebenarnya situasi berlaku. Sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai maklumat berkaitan dengan pekerja haram, asing, bolehlah menyalurkan maklumat kepada jabatan yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu syarat penggajian pekerja asing ialah mereka tidak dibenarkan untuk ditempatkan di barisan hadapan seperti juruwang. Juga soalan telah dibangkitkan. Mereka hanya dibenarkan untuk pekerja di pam-pam minyak sebagai atendan pam minyak sahaja. Bagi pekerja pam minyak, sektor ini dibekukan pengambilan pekerja asing. Walau yang demikian, pekerja asing yang masih ada merupakan pekerja yang mendapat kelulusan terdahulu sebelum dibekukan. Oleh itu, mana-mana majikan yang meletakkan pekerja asing sebagai cashier, dengan izin, telah melanggar syarat-syarat permit penggajian yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. Walaupun penggajian pekerja asing untuk semua peringkat jawatan di restoran berkonsepkan fast food adalah tidak dibenarkan sama sekali. Subsektor restoran ialah salah satu subsektor di bawah sektor perkhidmatan yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing bagi jawatan tukang masak.

Pihak kerajaan membenarkan majikan untuk mengambil tukang masak ini dari semua negara sumber yang dibenarkan tetapi terhad kepada pekerja dari Indonesia sahaja. Dimaklumkan bahawa warganegara asing juga dibenarkan bekerja sebagai pegawai dagang melalui pas penggajian pegawai dagang. Terdapat tiga kategori pegawai dagang itu jawatan penting, 3 phase, dengan izin, iaitu jawatan pengurusan peringkat tertinggi dalam syarikat milik asing. Mereka ini digajikan bagi menjaga kepentingan pelaburan mereka di negara ini dan mereka akan menentukan polisi dan hala tuju syarikat. Jawatan Eksekutif daripada jawatan bidang profesional atau pengurusan peringkat pertengahan yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan kemahiran praktikal dalam bidang berkaitan. Ketiga ialah jawatan bukan eksekutif iaitu bagi jawatan bidang kemahiran tinggi yang memerlukan pengalaman dan kemahiran teknikal dalam bidang berkaitan, ini pegawai dagang, expatriate, Yang Berhormat Datuk kena tengoklah.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Yang Berhormat Dato’ Sri, saya pohon

mencelah sedikit saja. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah maksud tukang masak, food handler itu hanya pekerja dari Indonesia sahaja? Terima kasih.

Page 53: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 45

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Saya sebutkan sekali lagi ya, pihak

kerajaan membenarkan majikan untuk mengambil tukang masak dari semua negara sumber yang dibenarkan. Tidak terhad kepada pekerja daripada pekerja Indonesia sahaja. Tidak terhad, sebab itu kita ada Thailand dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, mengenai mencadangkan Malaysia mencontohi negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Jerman, Amerika Syarikat supaya beralih kepada teknologi mesin bagi menggantikan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Sukacita dimaklumkan, berdasarkan statistik hingga 2016 oleh Jabatan Imigresen Malaysia, terdapat 1,978,948 orang pekerja asing yang telah memohon permit kerja melalui pas lawatan kerja sementara. Sebelum ini kita ingat 2 juta lebih Tuan Yang di-Pertua, ada sikit pengurang. Kita harap ruang kosong ini direbut oleh pekerja tempatan.

Keputusan kerajaan untuk membenar pekerja asing bekerja disebabkan masih terdapat kekurangan bekalan tenaga dalam beberapa sektor dan sub sektor tertentu. Oleh yang demikian, untuk memastikan sektor-sektor berkenaan berkembang dengan baik dan seterusnya dapat memacu perkembangan ekonomi negara, maka para majikan dibenarkan untuk menggaji pekerja asing. Namun begitu, penggajian mereka ini perlu mematuhi dasar-dasar semasa yang ditetapkan oleh kerajaan. Seperti peluang kerja yang wujud mesti diberikan terlebih dahulu kepada pekerja tempatan dan penggaji pekerja asing tidak dilibatkan berlaku pembuangan, pemberhentian pekerja tempatan. Maknanya kita tidak hendak pekerja tempatan buang dan kita ambil pekerja asing. Itu tidak boleh dilakukan.

■1510

Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan terus mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan pergantungan negara terhadap pekerja asing. Antara program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan pekerja tempatan terus merebut peluang pekerjaan ialah melalui mekanisme Program Penempatan Pekerjaan (3P) yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Program 3P ini antaranya ialah karnival kerjaya, temu duga terbuka, kembara kerjaya, program penyelarasan kerjaya dan lain-lain. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, pada 28 hari bulan ini, kita akan buat satu mini job fair di Maran, kawasan saya dan telah mendaftarkan sebanyak 900 kerja kosong yang

ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Mohon pencerahan sedikit Tuan Yang di-

Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila sebut soal job fair ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Daripada bacaan-bacaan Stock Generation jobs dan banyak lagi majalah-majalah yang ke

arah sumber manusia ini, satu kajian telah dibuat, Yang Berhormat Menteri. Mengikut kajian itu- saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ada kebetulan atau tidak kajian yang dibuat ini.

Nombor satu, masalah pekerja-pekerja kita ini, masalah anak-anak kita ini ialah masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, 56 peratus katanya. Jadi kalau itulah betulnya, saya nampak dua orang Menteri Pendidikan ada di sebelah itu, apakah yang kita hendak buat ini Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri hanya boleh menyediakan pekerjaan tetapi kalau ini yang menjadi masalahnya, Yang Berhormat Menteri pun tidak boleh buat apa.

Nombor dua, masalah sikap dalam diri yang teruk (37 peratus), mengharapkan gaji yang tidak realistik (33 peratus), kemahiran yang ada tidak berpadanan dengan kehendak pasaran (50 peratus), terlalu memilih kerja, dan syarikat (28 peratus), tiada kemahiran menyelesaikan masalah (26 peratus) dan akhir sekali, tahap pengetahuan yang lemah (24 peratus). Jadi Yang Berhormat Menteri selaku Menteri, are you aware about these studies, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih, saya mohon penjelasan.

Page 54: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

46 DN 26.4.2016

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya, kita ada isu yang berkaitan dengan pengangguran. Apa Yang Berhormat Senator sebutkan, saya tidak hendak membenarkan daripada segi statistik yang disebutkan kerana itu satu kajian. Akan tetapi, faktor-faktor yang disebutkan sebenarnya sebahagiannya ada kebenarannya. Maknanya, tidak boleh dinafikan dan ada akan saya sentuh dalam aspek ataupun isu pengangguran nanti. Insya-Allah, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, melalui usaha yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja, job fair dan sebagainya tadi yang kita buat ini, seramai 223,997 orang pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan pada tahun 2015. Lebih 223,000 Tuan Yang di-Pertua. Kita anggarkan sekarang mungkin pengangguran kita lebih kurang 300,000 kepada 400,000, plus minus. Saya tidak boleh hendak bagi anggaran tepat. Sehingga 15 April 2016, Jabatan Tenaga Kerja telah berjaya membantu seramai 39,919 orang pencari kerja mendapatkan pekerjaan. Ini dalam tempoh first Januari hingga fifteen April 2016.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menyediakan satu perkhidmatan pencarian dan pemadanan pekerjaan secara atas talian atau online yang dikenali sebagai Portal JobsMalaysia di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia. Semua pencari kerja ialah digalakkan mendaftar sebagai pengguna portal JobsMalaysia supaya peluang mereka memperoleh pekerjaan dapat dipertingkatkan.Melalui perkhidmatan ini, pemohon atau pencari kerja akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang didaftarkan oleh syarikat mengikut kesesuaian dan kelayakan akademik mereka. Tuan Yang di-Pertua, kita berusaha. Kita match kan supaya qualification yang ada pada anak-anak ini dengan kerja yang kosong. Sampai begitu sekali Tuan Yang di-Pertua, usaha kita, usaha kementerian, usaha kerajaan. Kita hendak supaya anak-anak kita come forward, datang ke depan dan kalau boleh usaha untuk mencari kerja ini.

Pihak kerajaan melalui agensi-agensi kawal selia seperti KDN iaitu Kementerian Dalam Negeri, KPDNKK, MPIC, MoA, MoTAC, MITI dan Kementerian Sumber Manusia sentiasa memastikan setiap permohonan majikan untuk mendapat pekerja asing akan disiasat dengan teliti sebelum kelulusan diberi. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja bertanggungjawab untuk memastikan majikan yang bercadang menggaji pekerja asing mengiklankan kekosongan jawatan terlebih dahulu untuk diisi oleh pencari kerja tempatan. Dalam masa yang sama, Jabatan Tenaga Kerja akan menjalankan siasatan ke atas majikan untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sebenar majikan setelah mengambil kira bilangan pekerja sedia ada serta kemudahan yang telah diberi dan bakal diberi oleh majikan. Kita tidak bertolak ansur, Tuan Yang di-Pertua. Kita akan siasat, kita akan benarkan kepada mereka yang benar-benar layak memerlukan pekerja asing kerana kita tidak hendak menganiayai pekerja tempatan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu kedua iaitu pengangguran. Yang Berhormat Senator...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, tolong ringkaskan ya.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Baik, tetapi panjang ini Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Saya hendak meringkaskannya sebab tidak ramai yang bertanya.

Untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman yang menimbulkan ini dan untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan amat prihatin menerusi isu graduan yang sukar mendapat pekerjaan. Sebagai komitmen kerajaan dalam mengatasi masalah ini, kerajaan telah menetapkan dasar kebolehpekerjaan graduan melalui Graduate Employability Management Scheme (GEMS) 2012-2017 yang memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan serta memperincikan isu-isu kebolehdapatan kerja dalam kalangan graduan.

Tuan Yang di-Pertua, antara inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini ialah program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Program yang berbentuk internship inclusive ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui peningkatan soft skills, dengan izin, dan on-the-job training, dengan izin, di syarikat-syarikat swasta dan juga GLC. Jumlah graduan yang telah berjaya dilatih di bawah program ini mulai tahun 2011 hingga 31 Mac 2016 adalah seramai 73,609 orang.

Page 55: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 47

Kedua ialah Program Latihan Keusahawanan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ketiga ialah yang saya sebutkan tadi, GEMS ataupun Graduate Employability Management Scheme. Program ini berbentuk intensif dan bertujuan untuk memperkasakan kebolehpekerjaan graduan dengan latihan kemahiran dan pengalaman menerusi latihan dan pendedahan industri.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan graduan menganggur bagi setengah tahun pertama 2016 ialah seramai 107,000 orang siswazah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang siswazah itu sukar atau gagal mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kelulusan yang mereka perolehi. Antaranya:

(i) kelulusan atau CGPA yang rendah menyebabkan majikan kurang berminat untuk menggaji calon-calon dalam kategori ini;

(ii) ketidaksepadanan antara bidang pengajian sesetengah graduan dengan keperluan dalam pasaran kerja;

(iii) gagal menguasai bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia dengan baik atau kedua-duanya sekali dalam berkomunikasi;

(iv) kegagalan graduan mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan berkaitan kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka;

(v) sesetengah graduan memilih untuk memohon kerja berdasarkan lokasi tertentu. Hendak buat kerja dekat rumah;

(vi) sesetengah graduan mempunyai kemahiran insani atau soft skills yang rendah; dan

(vii) mismatch antara bidang pengajian dengan kekosongan jawatan yang wujud. Sesetengah graduan terlalu berharap untuk bekerja dalam sektor awam.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya melihat keselesaan hidup anak-anak kita menyebabkan mereka agak tidak perlu bekerja kerana pagi mak sediakan atau memasak makanan walaupun untuk ayah dan adik-adik. Tengah hari mereka balik juga, dia tahu sudah mak akan masak untuk ayah balik kerja dan adik balik sekolah, dia pun tumpang sama makan. Malam begitulah seterusnya. Jadi, kursus harus dibuat untuk menarik kesedaran anak-anak kita dalam perkara ini.

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja sentiasa berusaha untuk membantu pencari kerja terutamanya golongan graduan untuk mendapat pekerjaan apabila mereka menamatkan pengajian. Tuan Yang di-Pertua, banyak usaha dibuat oleh kerajaan. Melalui perkhidmatan mencari kerja ini, pencari-pencari kerja akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat mengikut pilihan jawatan, pengalaman dan kelayakan akademik mereka. Dalam masa yang sama, Jabatan Tenaga Kerja akan berterusan mengadakan aktiviti lawatan keperluan guna tenaga bagi menguruskan kekosongan jawatan yang wujud.

■1520

Bagi tahun 2014, Jabatan Tenaga Kerja telah berjaya membantu seramai 50,840 orang graduan mendapatkan pekerjaan manakala seramai 58,277 orang graduan pada tahun 2015 dan seramai 9,319 orang graduan dibantu sehingga April 2016.

Sebagai salah satu usaha untuk memudahkan graduan mendapatkan pekerjaan di samping diberi pendedahan kepada persekitaran setempat, kementerian ini melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah memperkenalkan Future Workers Training Scheme, dengan izin, Skim FWT dan Industrial Training Scheme (ITS) yang dibuka kepada majikan berdaftar dengan PSMB.

Page 56: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

48 DN 26.4.2016

Objektif skim-skim ini adalah untuk mendedahkan pelatih kepada pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka menyesuaikan diri dengan cepat dan dalam suasana pekerjaan industri yang berkaitan setelah mereka diambil bekerja. Melalui pendedahan awal melalui skim-skim ini, diharap dapat meningkatkan kualiti graduan pada masa ini bukan sahaja dalam kemahiran teknikal malahan kemahiran berkomunikasi.

Berdasarkan statistik pada 15 Mac 2016, seramai 155,250 siswazah berdaftar secara aktif dengan portal JobsMalaysia sebagai pencari kerja. Daripada jumlah tersebut, seramai 81,558 adalah siswazah yang masih belum bekerja dan lebih 907 adalah siswazah yang bekerja sendiri dan bertujuan untuk menaikkan karier mereka dan 66,820 orang siswazah yang sudah bekerja tetapi ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

Kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja juga mengadakan kerjasama dengan agensi lain seperti Skim Latihan 1Malaysia di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja juga membantu program-program yang melibatkan siswazah seperti Program Talent Corp yang dilaksanakan yang dikendalikan bersama oleh Talent Corp dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu ketiga iaitu latihan kemahiran TVET. Empat orang Ahli Yang Berhormat Senator iaitu Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Engku Naimah, Yang Berhormat Datuk Yoo, Yang Berhormat Puan S. Bagiam dan Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh membangkitkan isu latihan intensif ini.

TVET telah diperkenalkan sebagai satu platform penting bagi meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir negara yang disasarkan kepada 30 peratus daripada jumlah tenaga kerja menjelang tahun 2020. Tahun lepas kita hanya ada 28 peratus, Tuan Yang di-Pertua. Inisiatif di bawah RMKe-11 mengunjurkan pengunjuran sebanyak 1.5 juta pekerja baru menjelang tahun 2020 di mana sebanyak 60 peratus daripadanya memerlukan kemahiran berkaitan technical vocational education training (TVET). Bagi memenuhi keperluan tersebut, kerajaan melalui berbagai-bagai agensi termasuk Kementerian Sumber Manusia mengambil langkah bagi meningkatkan pengambilan pelajar ke aliran TVET dari tahun ke tahun. Bagi tahun 2020, disasarkan seramai 225,000 orang pelajar SPM akan mengikuti pengajian dalam aliran TVET berbanding 164,000 pada tahun 2013.

Tuan Yang di-Pertua, persepsi harus kita ubah dalam masyarakat. Dulu, ibu bapa kita menganggap kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, dalam peperiksaan biasa satu kejayaan yang cukup cemerlang untuk mereka. Hari ini, bagi negara maju dan khusus negara kita, itu tidak menjadikan asas utama. Walaupun kita perlukan kejayaan dalam bidang akademik tetapi kejayaan dalam bidang teknikal dan vokasional juga akan menjamin hidup masa depan anak-anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, peluang yang sama rata turut dinikmati oleh golongan wanita untuk mengikuti latihan aliran TVET. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita kepada 55 peratus menjelang tahun 2020. Bagi tahun 2020, saya sudah sebutkan tadi, 220,000 sasaran kita.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) merancang memperluaskan program Sistem Latihan Dual Nasional bagi menyokong keperluan kawasan pembangunan ekonomi dan memenuhi keperluan industri. SLDN adalah merupakan program kerjasama antara pusat bertauliah dan syarikat di mana 70 peratus tempoh latihan adalah secara praktikal di syarikat dan 30 peratus latihan secara teori di pusat bertauliah.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada kerangka kelayakan Malaysia sedia ada, Jabatan Pembangunan Kemahiran mentauliahkan Program Latihan Kemahiran tahap satu hingga lima. Mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan [Akta 625], JPK tidak ada kuasa untuk mentauliahkan program latihan di tahap enam hingga lapan. Namun demikian, bagi meneruskan pengajian ke peringkat universiti pada tahap enam, beberapa program latihan peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan telah ditawarkan kepada lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap empat atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap lima melalui kolaborasi dengan empat buah universiti iaitu Malaysian Technical University Network, Universiti Teknologi Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Page 57: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 49

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran sentiasa membuka ruang kepada pekerja-pekerja industri untuk meningkatkan kemahiran dan kelayakan dengan mengikuti program-program seperti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

SLDN menawarkan latihan berasaskan industri, seperti mana saya sebutkan tadi, 70 peratus praktikal dan 30 peratus teori. Kementerian Sumber Manusia bersama dengan kementerian-kementerian lain turut berusaha memperkasakan program TVET dengan menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus pekerja mahir.

Sehingga Mac 2016, JPK telah mentauliahkan sejumlah 1,189 buah pusat bertauliah awam dan swasta yang menawarkan 5,924 program latihan kemahiran di seluruh Malaysia bagi mencapai sasaran tersebut. Kita beri peluang kepada anak-anak kita merebut peluang-peluang yang ada ini.

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, bagi menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan jumlah tenaga mahir negara, Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan berbagai-bagai program.

Antaranya adalah, pertama, menyediakan latihan kemahiran daripada peringkat sijil kemahiran hingga diploma lanjutan di 30 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di seluruh Malaysia. ILJTM terdiri daripada 23 buah Institut Latihan Perindustrian dan lapan ADTEC ataupun Pusat Latihan Teknologi Tinggi dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia.

Kedua, melaksanakan program double shift di ILJTM bagi melahirkan lebih ramai

lagi tenaga mahir. Bagi tempoh lima tahun akan datang, dijangka seramai 115,000 tenaga mahir termasuk di peringkat sijil akan dikeluarkan.

Ketiga, melaksanakan program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu bagi meningkatkan peratusan tenaga mahir melalui pengiktirafan kemahiran pekerja berdasarkan pengalaman.

Bagi memastikan tenaga kerja berkemahiran tempatan berkeupayaan untuk bersaing dan mengambil alih tenaga kerja asing, Jabatan Tenaga Manusia telah melaksanakan program-program berikut iaitu menawarkan kursus-kursus kemahiran terhadap kemahiran tinggi iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga, Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma Lanjutan Kemahiran di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu keempat, pengambilan dan gaji pembantu rumah. Dua orang Senator iaitu Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas dan Yang Berhormat Mulia Senator Engku Naimah telah membangkitkan isu gaji dan pengambilan pembantu rumah.

Seperti yang dimaklumkan bahawa terdapat dua kaedah pengambilan pembantu rumah di Malaysia pada masa ini. Pertama, ialah secara business to business (B-to-B) iaitu kemasukan pembantu rumah ini diluluskan oleh Agensi Pekerja Swasta (APS) di Malaysia dan APS negara penghantar. Maknanya antara negara. Melalui kaedah ini, pihak kerajaan tidak meletakkan apa-apa penetapan harga di mana harga pengambilan adalah ditetapkan oleh kuasa pasaran. Harga pasaran ini melibatkan persaingan dengan negara-negara penerima yang lain seperti Taiwan, Hong Kong, Singapore serta beberapa buah negara di Timur Tengah. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat, ramai pekerja pembantu rumah Indonesia tidak mahu datang ke negara kita kerana mereka kata negara lain lebih mahal gaji dibayar.

Agensi pekerjaan dari negara sumber lebih cenderung untuk menghantar pembantu rumah ke negara yang mampu menawarkan harga yang lebih baik. Berdasarkan maklumat Agensi Pekerjaan Swasta, kos pengambilan pembantu rumah sudah melebihi RM12,000, akibat persaingan dari negara-negara penerima yang lain.

Page 58: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

50 DN 26.4.2016

■1530

Kaedah pengambilan kedua ialah melalui MoU ataupun perjanjian bersama bagaimana pengambilan antara negara, bagaimana pengambilan melalui MoU ini hanya terhad pada Indonesia sahaja. Kos pengambilan telah ditetapkan kepada kadar RM7,800 setelah mengambil kira kos-kos relevan yang wujud di antara kedua-dua negara seperti latihan selama 200 jam, bayaran levi, kos dokumen perjalanan, kos makan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara.

Sejumlah RM1,800 daripada kos tersebut ditanggung oleh pembantu rumah dan bakinya iaitu sebanyak RM6,000 ditanggung oleh majikan. Walau bagaimanapun kemasukan pembantu rumah terlatih dari Indonesia ini kurang memberangsangkan kerana calon-calon terlatih dari negara tersebut lebih cenderung untuk bekerja di Taiwan, Hong Kong, Singapura serta Arab Saudi yang menawarkan gaji yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia telah memaklumkan kepada Kerajaan Republik Indonesia bahawa kadar gaji perkhidmatan domestik Indonesia sahaja ditentukan melalui persetujuan di antara majikan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, lagi dua minit. Silakan.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Ya terima kasih. Tuan Yang di-

Pertua, setakat itulah maklumat asas yang boleh saya beri tentang pembantu rumah ini. Saya pergi kepada isu lain Tuan Yang di-Pertua.

Penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan. Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal menimbulkan isu ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan mengambil berat tentang penyertaan tenaga buruh wanita dalam pasaran buruh terutama yang telah keluar daripada pasaran tenaga kerja. Kerajaan menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Kementerian Sumber Manusia sedang melaksanakan program Housewives Enhancement and Reactive Talent Scheme atau HEARTS, dengan izin, atau program latihan kepada golongan wanita berpendidikan tetapi telah memilih untuk keluar daripada pasaran buruh akibat komitmen keluarga agar kembali aktif dalam pekerjaan dan menyumbang kepada produktiviti negara.

Tuan Yang di-Pertua, kita sayang kepada kaum wanita yang mempunyai pengetahuan, pengalaman yang baik tetapi oleh sebab mereka sayang keluarga mereka, mereka bekerja di rumah. Inilah antara sebahagian usaha yang dilakukan oleh kementerian dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan lain-lain kementerian.

Satu page lagi Tuan Yang di-Pertua, amat pendek, tidak panjang. Keenam ialah Skills Development Levy. Soalan ini ditimbulkan oleh Senator Datuk Chin Su Phin yang mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan majikan untuk mencarum dalam Skills Development Levy, dengan izin, untuk menyokong program peningkatan tenaga kerja dan juga untuk menyediakan geran latihan kepada majikan. Menerusi pelaksanaan Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 oleh kerajaan, ia membolehkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) memungut 1 peratus levi daripada majikan-majikan yang wajib berdaftar dengan PSMB.

Fungsi pungutan levi ini adalah untuk menggalakkan latihan dan pembangunan pekerja, perintis dan pelatih. Penubuhan kumpulan wang oleh perbadanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sehingga kini Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 telah menetapkan bahawa majikan daripada sektor perkilangan, perkhidmatan, kuari dan perlombongan wajib berdaftar dengan PSMB. Sehingga 31 Mac 2016 jumlah majikan yang berdaftar dengan PSMB sebanyak 16,796 orang majikan yang melibatkan jumlah pekerja seramai 1.87 juta orang pekerja.

Dengan berdaftar dengan PSMB, majikan boleh membuat tuntutan dengan PSMB untuk kos pembayaran, latihan bagi pekerja yang telah dihantar ke program peningkatan kemahiran, upskilling melalui skim latihan dan program khas yang ditawarkan hanya kepada pekerja, kepada majikan berdaftar. Bagi membolehkan lebih ramai majikan diliputi di bawah Akta PSMB 2001, PSMB teruskan dalam usaha memperluaskan liputan kepada beberapa sektor baru seperti sektor pertanian, perladangan, perhutanan dan kewangan.

Page 59: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 51

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ialah pemberhentian pekerja jurutol. Persoalan ini ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad yang menimbulkan kerisauan beliau tentang pekerja tol yang dijangka akan diberhentikan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, sebenarnya tol ini tidak di bawah kementerian kita tetapi apabila menyentuh tentang pekerja maka sudah tentulah kita akan bertanggungjawab.

Berdasarkan maklumat awal yang Kementerian Sumber Manusia menerima, tidak akan berlaku penamatan kerja ke atas jurutol terutamanya mereka yang berstatus pekerja tetap. Mereka akan diserapkan bagi menjalankan kerja-kerja lain pertamanya, sebagai petugas untuk tugasan tambah nilai kad prabayar. Manakala bagi pekerja berstatus sementara yang digajikan berdasarkan keperluan semasa kontrak mereka tidak akan dilanjutkan seperti tamat tempoh kontrak.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada syarat dalam peraturan undang-undang kita. Setiap majikan yang bercadang untuk menamatkan pekerja mereka, mereka mesti memaklumkan kepada Kementerian Sumber Manusia dalam tempoh 30 hari. Maknanya kalau kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad mesti sepatutnya kita tahu. Kita harap pihak majikan mestilah serius membantu bersama dengan kita terhadap kepentingan pekerja kita.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, akhir kata kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan Titah Diraja yang belum sempat dijawab bolehlah dikemukakan persoalan ataupun maklumat lanjut kepada kementerian untuk kita berikan kepada Ahli Yang Berhormat. Saya sekali lagi bagi pihak Menteri Sumber Manusia, KSU, TKSU dan semua pegawai kanan dan seluruh keluarga Kementerian Sumber Manusia amat berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang cukup prihatin tentang kepentingan masa depan pekerja-pekerja kita untuk membangunkan masa depan negara kita. Maaf Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Banyak diperkatakan isu dan ada yang diselesaikan dan kita rasa tahniahlah sebab menonjolkan isu-isu yang diperbaiki lagi. Sekarang saya hendak beri kepada Kementerian Wilayah Persekutuan. Inilah tokoh-tokoh yang berada dalam ini. Sila.

3.37 ptg.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Wilayah Persekutuan ingin

mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Titah Diraja pada kali ini iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas; Yang Berhormat Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin; dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Antara isi kandungan perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah tentang masalah-masalah utama di Kuala Lumpur iaitu masalah penjaja warga asing dan masalah gejala sosial di kalangan anak-anak muda di kawasan PPR.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas dan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin telah membangkitkan lambakan pendatang asing dalam negara dalam pelbagai industri di Malaysia. Dalam hal ini saya akan menyentuh secara khusus tentang perkara yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat dalam isu penjaja warga asing di pasar-pasar sekitar Kuala Lumpur.

Page 60: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

52 DN 26.4.2016

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu kebanjiran warga asing merupakan suatu isu nasional yang perlu diteliti dan diselesaikan di peringkat akar umbi. Kehadiran warga asing di negara ini bukan hanya bertumpu kepada kawasan yang telah diuruskan oleh DBKL sahaja tetapi hakikatnya masalah kebanjiran warga asing turut mencakupi bandar-bandar lain di Malaysia.

Namun kerana Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan perniagaan dan penduduk, maka wujudlah ruang dan peluang kepada warga asing ini untuk bertapak dan mencari pendapatan di bandar ini. Pasar Borong Kuala Lumpur merupakan sebuah lokasi popular di kalangan warga asing terutamanya warga Myanmar dan Bangladesh. Punca utama kehadiran mereka di sini adalah kerana pemborong-pemborong tidak mahu atau tidak berjaya melantik pengendali pekerja am di kalangan warga tempatan yang mana tugas pengendali ini dilihat sebagai tugas yang berat dikategorikan sebagai pekerja sektor 3D iaitu, dengan izin, dirty, dangerous dan difficult.

Selain daripada itu, pemborong juga tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menarik minat warga tempatan untuk bekerja di sektor ini. Sehubungan itu DBKL telah mengambil beberapa langkah jangka pendek bagi membendung kebanjiran warga asing ini.

■1540

Antaranya adalah dengan membuat pendaftaran pengendali warga asing yang dilantik oleh pemborong dan mensyaratkan pengendali hendaklah mempunyai dokumen yang lengkap dan sah di sisi undang-undang. Pemborong juga hendaklah memastikan pengendali memakai tag nama dan pakaian seragam yang dibekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, DBKL turut melaksanakan aktiviti penguatkuasaan yang komprehensif dan menempatkan anggota penguat kuasa seramai 25 orang petugas di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selayang pada setiap hari dengan masa bertugas 24 jam untuk membuat pemantauan dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja-penjaja khasnya kepada penjaja bukan warganegara.

Mengenai rondaan di Pasar Harian Selayang sepanjang tahun 2015, sebanyak 1,743 barangan perniagaan penjaja bukan warganegara telah disita. Bagi bulan Januari hingga Mac 2016 pula sebanyak 806 barangan perniagaan penjaja bukan warganegara telah di sita. Di Pasar Borong Kuala Lumpur pada sepanjang tahun 2015, sebanyak 264 barang perniagaan penjaja bukan warganegara telah disita. Bagi bulan Januari hingga Mac 2016 sebanyak 78 barangan perniagaan penjaja bukan warganegara telah disita.

DBKL juga telah melaksanakan Operasi Tegas iaitu tindakan bersepadu ke atas warga asing di kedua-dua pasar borong ini bersama-sama dengan agensi kerajaan lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Sukarela Malaysia (RELA).

Sepanjang tahun 2015 di Pasar Harian Selayang sahaja sebanyak empat siri Operasi Tegas telah diadakan dengan 87 tindakan sita barangan perniagaan penjaja bukan warga negara di samping seramai 53 orang warga asing telah ditangkap untuk tindakan Jabatan Imigresen. Bagi bulan Januari hingga Mac 2016 pula, sebanyak dua siri Operasi Tegas telah diadakan dengan 26 tindakan sitaan dan seramai 20 orang warga asing telah ditangkap.

Di Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang tahun 2015, sebanyak satu siri Operasi Tegas telah diadakan dengan 15 tindakan sita barangan perniagaan penjaja bukan warganegara. Pada bulan Januari hingga Mac 2016, satu siri Operasi Tegas telah diadakan dengan empat tindakan sitaan.

DBKL akan meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja bukan warganegara di Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur dan akan meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan. Bagi langkah jangka panjang DBKL dalam perancangan untuk menyusun dan menaik taraf semula kemudahan-kemudahan di Pasar Borong, akses masuk dan keluar akan diperketatkan dan individu atau pihak yang tidak berkepentingan di pasar borong tidak akan dibenarkan masuk.

Page 61: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 53

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa pihak berwajib perlu mengkaji semula kedudukan pengambilan pekerja warga asing di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur berikutan lambakan tenaga kerja di kalangan mereka yang kian meningkat. DBKL juga telah...

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan sedikit Yang Berhormat

Menteri.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Bagi saya habis dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: DBKL telah sedaya upaya

membanteras warga asing yang cuba menjejaskan peluang warga tempatan melalui aktiviti perniagaan dan penjajaan. Namun usaha ini akan tiada kesudahan sekiranya usaha membendung kehadiran mereka di Kuala Lumpur tidak ditangani secara holistik.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Senator.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Kita memang merasa amat bertuah dan berterima kasih khususnya kepada Jabatan Pengurusan Penjaja dan Peniaga Kecil, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana tidak putus-putus mengambil tindakan dan sebagainya.

Akan tetapi saya hendak bercakap soal pasar borong. Fokus pada pasar borong. Ada dua perkara yang saya lihat di pasar borong yang harus diambil tindakan segera oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pertamanya, sebagaimana dalam perbahasan saya tempoh hari pasar borong dilihat hari ini amat kotor sekali. Pasar borong tempat orang berniaga dan orang berdagang dan orang membeli. Kalau kita lihat di pasar borong hari ini, kita masuk di pasar borong keadaannya yang amat teruk sekali dengan jalan yang lopak dan sebagainya. Ia menjijikkan.

Keduanya, soal peniaga asing, peniaga haram ini. Saya tidak tahulah tetapi setiap kali saya turun di pasar borong. Saya juga peniaga di pasar borong. Saya sering kali turun ke pasar borong. Saya lihat peniaga-peniaga yang difokuskan oleh Timbalan Menteri tadi peniaga-peniaga mungkin gerai dan sebagainya tetapi peniaga-peniaga yang di tepi-tepi jalan khususnya peniaga-peniaga dari Myanmar. Saya hendak beritahu Yang Berhormat dalam Dewan. Dia berniaga dia ambil barang dalam tong sampah. Contohnya kubis, dia ambil barang dalam tong sampah, dia buka kulit luar, dia ambil kulit dalam dia berniaga. Amat malang sekali ada di kalangan orang-orang kita pergi beli sebab barangnya murah, harganya murah sebab dia ambil barang free. Ini yang berlaku. Ini berlarutan dari semasa ke semasa. Tidak pernah padam. Kalau kita pergi hari-hari pun ada peniaga sebegini di kalangan orang-orang Myanmar.

Saya difahamkan ambil tindakan hari ini, DBKL tidak boleh hendak ambil tindakan kepada mereka sebab dia berlandaskan kepada UNHCR. Ini jadi masalah. DBKL pergi ambil tindakan, rampas barang, esok dia berniaga balik sebab hendak tangkap tidak boleh. Ini yang jadi masalah. So, saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Datuk Yahaya Ghani. Tuan Yang di-Pertua, memanglah perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat perkara-perkara yang kami hadapi di Pasar Borong Selayang dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kita telah mengambil tindakan-tindakan untuk menaik taraf keadaan pasar borong ini supaya longkang-longkang dan kawasannya bersih dan tempatnya bersih supaya kita dapat mengawal keadaan kebersihan kawasan tersebut.

Page 62: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

54 DN 26.4.2016

Kedua pula, peniaga asing seperti yang telah Yang Berhormat sendiri beritahu bahawa mereka ini mengambil barang-barang yang telah dibuang ke dalam tong sampah dan mereka akan bersihkan barang-barang ini dan buang kulit-kulitnya dan akan menjual semula kepada orang biasa dan orang biasa membelinya. Akan tetapi pada masa sekarang ini kita telah mengadakan, sediakan sebuah pusat di mana pembersihan barangan-barangan ini dibuat.

Selepas itu, barang-barang yang kotor ini akan dikutip dan akan dilupuskan oleh pihak DBKL sendiri supaya barangan ini tidak masuk ke tangan peniaga-peniaga yang akan membuang ke dalam tong sampah-tong sampah yang sedia ada ini. Daripada mereka buang dan dikutip, maka kita telah mengambil supaya barangan ini dikutip oleh DBKL melalui Alam Flora. Inilah pusat baru yang disediakan di Pasar Borong Selayang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah telah membangkitkan tentang masalah anak-anak muda di kawasan PPR yang mana beliau mencadangkan agar pusat rekreasi dibina di kawasan PPR supaya kelakuan serta aktiviti anak-anak muda di kawasan PPR dapat dikawal.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL sentiasa berusaha menyediakan kemudahan yang bersesuaian untuk semua peringkat umur yang mendiami kawasan perumahan awam (PA) dan perumahan rakyat (PPR) di Kuala Lumpur. Bagi golongan remaja atau belia yang tinggal di kawasan PA dan PPR, antara kemudahan yang disediakan bagi golongan ini adalah seperti berikut.

■1550

Pusat Internet 1Malaysia. Pusat ini kerjasama di antara DBKL dan SKMM. Perkhidmatan yang disediakan iaitu capaian internet jalur lebar kelajuan tinggi, perkhidmatan wifi bagi pencapaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, percetakan, program latihan ICT serta pembangunan modal insan dan aktiviti yang berkaitan. Kadar caj yang dikenakan juga adalah rendah dan berpatutan berbanding dari pusat kafe siber sedia ada. Kawasan yang terlibat bagi program ini PA Sri Sabah 3A, PA Sri Tioman 1, PA Desa Rejang, PPR Kerinchi Lembah Pantai, PPR Salak Selatan, PPR Sri Pantai, PPR Sri Alam, PPR Sri Sarawak, PPR Bayu dan PPR Batu Muda, PPR Intan Baiduri, PPR Sri Semarak, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Hiliran Ampang dan PPR Jalan Jelatek.

Pusat Komuniti Perkasa Remaja. Pusat ini kerjasama DBKL dan Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri. Diwujudkan bagi membina kemahiran dan keupayaan kendiri golongan belia. Sehingga kini, sebanyak empat buah pusat telah ditubuhkan di PPR Sri Pantai, PPR Pantai Ria, PPR Desa Rejang dan PPR Muhibah. Pusat ini menyediakan kelas vokal dan muzik pada hujung minggu, kelas IQRA dan Fardu Ain tiga kali seminggu dan turut menyediakan ruang bagi golongan ini membuat kerja sekolah secara berbincang dalam kumpulan. Pusat Bimbingan Pelajar. Pusat ini dibuka setiap hari kepada remaja dan belia sebagai pusat pembelajaran, di mana DBKL menyediakan guru untuk mengajar secara percuma. Subjek yang diajar adalah lebih kepada Matematik dan English. Pusat ini lengkap dengan kerusi, meja bagi keselesaan pembelajaran. Kawasan yang telah menyediakan perkhidmatan ini Taman Ekuinas PPR Bayu, Perumahan Awam Sri Labuan, dan Perumahan Awam Sri Kota.

Terminal Kesejahteraan. Pusat ini kerjasama antara DBKL dan LA21 Kuala Lumpur, di mana ia menyediakan ruang komputer bagi kegunaan golongan remaja belia. Selain itu, pihak LA21 Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan Bank Rakyat bagi menjalankan sesi pembelajaran secara online, khusus kepada remaja dan belia yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PT3. Pusat ini melibatkan lokasi seperti berikut, Terminal Kesejahteraan Labuan, Terminal Kesejahteraan Sri Kota, Terminal Sejahtera Desa Rejang, Terminal Sejahtera Sri Pahang, Terminal Sejahtera Kampung Baru dan Terminal Sejahtera Sri. Perpustakaan DBKL. Pusat ini menyediakan perkhidmatan seperti penggunaan internet, majalah, surat khabar, dewan dan bilik untuk mengadakan seminar, bengkel dan kursus, wifi percuma, aktiviti galak guna perpustakaan dan cyber tools. Lokasi Perpustakaan DBKL adalah seperti berikut, Pustaka KL PPR Jelatek, Pustaka KL Sri Pantai PPR Sri Pantai, Pustaka KL di PPR Gombak Setia, Pustaka KL di Sri Labuan, Perumahan Sri Labuan 3B dan Pustaka KL di Bandar Tun Razak, PA Sri Kota.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada...

Page 63: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 55

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Boleh mencelah? Saya mohon sedikit lagi

dipanjangkan maklumat itu. Setakat ini, sehingga kemudahan-kemudahan ini disediakan, sebenarnya bagaimana sambutan terhadap kemudahan-kemudahan itu? Sambutan adakah menggalakkan, adakah tidak menggalakkan? Sekiranya tidak menggalakkan mungkin perlu diberi, dibuat satu perubahankah, macam mana?

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Menteri.

Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah: Sekejap, 30 saat sahaja sebelum

dijawab. Cuma satu cadangan saya berkenaan dengan kemudahan-kemudahan DBKL. Saya hendak cadang supaya dalam gerai-gerai DBKL ini saya rasa perlu ada peruntukan untuk orang yang vegetarian, fasal sekarang saya tengok tidak ada untuk vegetarian. Ini cadangan sayalah. Terima kasih.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Menteri. Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua. Kita berterima kasih dan bersetuju dengan apa yang dibuat oleh Dewan Bandaraya setakat ini, memberi kemudahan kepada anak-anak muda, khususnya di kawasan rumah PPR. Menyediakan tempat library, perpustakaan, menyediakan tempat pusat komputer. Akan tetapi di PPR ini ada pelbagai golongan, bukan sahaja yang hendak belajar, yang suka baca buku tetapi ada yang suka jenis melepak, yang tidak boleh hendak sambung pelajaran, yang setakat SPM dan setakat SRP. Mereka ini harus juga kita jaga Tuan Yang di-Pertua.

Apa salahnya, pada perbahasan saya yang lepas bersama Puan Hajah Khairiah binti Mohamed, kita mencadangkan supaya ada ruang-ruang kosong di bawah rumah-rumah pangsa ataupun PPR. Kita minta kerjasama Dewan Bandaraya menyediakan tempat-tempat riadah yang lebih sesuai untuk anak-anak muda sebegini sebagaimana yang saya perkatakan tadi. Supaya gejala-gejala sosial datang, makna boleh mereka- kalau ada perkara-perkara yang lebih manfaat kepada mereka, yang lebih baik, tempat yang lebih baik mungkin mereka boleh menghindari perkara-perkara tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan

kepada Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Sambutan tidak boleh dikatakan begitu baik, masih ada ruang untuk kita menggalakkan penggunaan tempat-tempat, penyediaan kemudahan-kemudahan ini. Ini disebabkan adalah kerana, dengan izin, mindset penduduk-penduduk di sana, remaja di sana seperti Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas bagi tahu. Mereka ini daripada golongan yang berbagai-bagai jenis, ada yang tidak berminat, ada yang berminat. Oleh itu, kita perlu lihat secara- tidak boleh dilihat secara holistik, kita melihat secara khusus bagaimana kita hendak bantu remaja-remaja ini dan kita dapat memberi mereka ruang untuk beraktiviti di kawasan tersebut. Ini memang kita lakukan Yang Berhormat.

Untuk cadangan Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah, ini satu cadangan yang saya sendiri akan sokong. Saya akan bawa baliklah kepada Dewan Bandaraya supaya dipertimbangkan. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas. Memang kita melihat cara bagaimana kita hendak sediakan kemudahan-kemudahan ini. Saya berharap kalau Yang Berhormat sendiri ada apa-apa kemudahan yang rasa kita boleh laksanakan, saya berharap berjumpa dengan kita dan berilah cadangan-cadangan itu supaya kita dapat laksanakan demi kebaikan untuk semua yang duduk di Kuala Lumpur. Khususnya penduduk-penduduk di perumahan-perumahan awam dan perumahan-perumahan rakyat ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua amatlah kami hargai dan akan kami manfaatkan untuk kepentingan bersama. Terima kasih.

Page 64: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

56 DN 26.4.2016

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Loga

Bala Mohan A/L Jaganathan. Kita nampak bahawa ada usaha-usaha yang baik diusahakan oleh Dewan Bandaraya untuk kegiatan anak-anak muda dan lain-lain. Ada juga benda yang bagus lagi tentang padang rekreasi dan itulah tempat. Saya harap supaya tempat kreativiti akan diteruskan. Sekarang saya hendak ulang, kita sudah selesai kita punya Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya hendak pergi kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, dipersilakan.

3.59 ptg.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan

penghargaan kepada 10 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja ini dan menyentuh isu-isu berkaitan KPT. Saya akan mengulas sebaik mungkin isu-isu yang telah dibangkitkan dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

■1600

Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How dan Yang Berhormat Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) yang telah membangkitkan isu Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET).

Program ini merupakan satu aspek pendidikan yang penting dalam melahirkan insan berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan negara. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT), Kementerian Pendidikan Tinggi ketika ini sedang beralih kepada sistem pendidikan tinggi yang hanya menumpukan pendidikan konvensional universiti sebagai satu-satunya laluan kerjaya kepada dua laluan berasingan termasuk mengambil kira laluan TVET.

Pendidikan TVET mula di arusperdanakan bagi tujuan meningkatkan kemahiran pelajar untuk kemajuan kerjaya mereka seiring dengan usaha memenuhi permintaan industri. Ia dilaksanakan melalui penubuhan empat buat rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), 33 buah politeknik dan 94 buah kolej komuniti selaras dengan lonjakan empat dalam PPPM (PT)yang meletakkan sasaran untuk menghasilkan graduan TVET yang berkualiti melalui pelbagai inisiatif terpilih.

Antara inisiatif pelaksananya termasuklah modul kerjasama baru dengan pihak industri yang merupakan salah satu pendekatan strategik untuk membangun kurikulum TVET yang berkualiti. Input dan maklum balas industri amat penting dalam memberi impak yang signifikan supaya pendidikan TVET dapat disediakan dengan lebih komprehensif, dinamik serta dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Berdasarkan kajian pengesanan graduan TVET semasa konvokesyen bagi tahun 2015, status kebolehpasaran bagi tempoh tiga bulan hingga enam bulan selepas tamat pengajian adalah sebanyak 79.5 peratus bagi graduan politeknik dan 97.4 peratus graduan kolej komuniti. Laporan kajian ini jelas menunjukkan bahawa jalinan kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antara akademik dan industri seperti pemindahan teknologi penyelidikan dan juga pengkomersilan produk yang dihasilkan. Secara tidak langsung, inisiatif ini dapat mengembangkan lagi dengan pihak-pihak di industri.

Untuk makluman Senator Datuk Yoo Wei How, Kementerian Pendidikan Tinggi telah pun menaikkan taraf program TVET ke peringkat ijazah pertama melalui penubuhan MTUN pada 2007. Sehingga ini terdapat 42 program yang ditawarkan di MTUN meliputi program-program kejuruteraan teknologi yang dipantau pelaksanaan dan keberkesanannya oleh Majlis Dekan Teknologi Kejuruteraan (MDTK). Malah, politeknik juga turut menyediakan laluan TVET di peringkat ijazah pertama di beberapa buah politeknik premium. Malah tujuh program Diploma Kejuruteraan di Politeknik telah memperoleh akreditasi program peringkat antarabangsa oleh Canadian Technology Accreditation Board, dengan izin. Manakala, tujuh Politeknik telah diberi penarafan emas oleh Asia Pacific Accreditation And Certification Commission, dengan izin, iaitu Badan Pengiktirafan Institusi TVET…

Page 65: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 57

Datuk Yoo Wei How: Tuan Yang di-Pertua, minta pencelaan sedikit. Kita memang

tahu bahawa terdapat banyak kerja yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya hendak tanya di sini universiti-universiti yang akan menawarkan program ijazah berkenaan dengan TVET ini. Adakah universiti tersebut hanya terima pelajar-pelajar ataupun pelatih-pelatih daripada Kementerian Pendidikan Tinggi sahaja? Ataupun pelatih-pelatih daripada kementerian lain misalnya saya mempunyai certificate dengan izin Tahap Lima daripada JKM daripada aliran Kementerian Sumber Manusia. Adakah universiti-universiti tersebut juga dapat terima saya untuk memasuki program ijazah tersebut? Sekian, terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: MTUN atau Universiti Teknikal terima pelajar selain daripada pelajar dari the mainstream iaitu dari sekolah-sekolah STPM atau SPM melalui satu program APEL. Ini adalah berdasarkan pengalaman kerja pihak yang hendak melanjutkan pelajaran di universiti dan memang ini bermakna bahawa MTUN menerima pelajar dari sekolah dan daripada pihak yang sudah mengadakan pengalaman dalam pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu tadbir urus TVET juga akan diperkukuhkan dengan lebih baik melalui penubuhan Jawatankuasa Sistem Tadbir Urus Tunggal iaitu gabungan antara akademik yang melibatkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kedua-duanya iaitu MQA dan JPK berperanan dalam menyelaras dan memantau TVET dalam usaha mengharmonisasikan kelayakan akademik dan juga TVET.

Walau bagaimanapun, proses ini perlu melibatkan semakan semula kerangka kelayakan Malaysia ataupun framework ataupun MQF atau Malaysian Qualification Framework, dengan izin, bagi mewujudkan satu sistem jaminan kualiti tunggal yang dijangka selesai pada akhir tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator Profesor Dr. Mohd Nor bin Haji R.M. Monutty. Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkukuhkan dasar pembangunan dan pendidikan keusahawanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pendidikan tinggi melalui lonjakan satu atau iaitu melahirkan graduan holistik seimbang dan berciri keusahawanan dengan memperkenalkan rangka kerja penjana pekerjaan atau job creator framework, dengan izin. Anjakan paradigma ini akan membentuk minda para pelajar daripada Jobseeker, dengan izin, kepada job creator, dengan izin demi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.

Inisiatif ini dilaksanakan secara holistik dan berstruktur melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan berfokuskan kepada program pembudayaan keusahawanan, dengan izin, enculture, program pengukuhan dengan keusahawanan empower dengan izin dan program sokongan keusahawanan iaitu equipped, dengan izin.

■1610

Antara langkah penambahbaikan yang diambil boleh memastikan ekosistem keusahawanan IPT lebih kondusif termasuklah usaha KPT untuk menambah baik program keusahawanan siswa atau siswa preneur dan perantisan mengikut kluster perniagaan bidang ekonomi melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi pembangunan keusahawanan seperti MDEC, MTDC, ANGKASA dan lain-lain kementerian seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh, kadar kebolehpasaran graduan bagi tahun 2015 di IPT ialah 76.1 peratus dan di IPTS sebanyak 73.8 peratus berdasarkan sistem kajian pengesanan graduate. Berkaitan galakan pelajar menceburi bidang keusahawanan, KPT akan memperbanyakkan program keusahawanan sosial seperti Siswa in Social Enterprise (SISE), dengan izin, dan Woman In Social Enterprise (WISE), dengan izin, di samping mengukuhkan lagi sistem

sokongan aktiviti keusahawanan pelajar seperti khidmat nasihat dan bimbingan daripada usahawan sebenar, infrastruktur dan pusat inkubator.

Page 66: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

58 DN 26.4.2016

Untuk makluman, semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam mempunyai pusat inkubator keusahawanan yang disediakan sama ada dalam bentuk ruang, peluang perniagaan atau lapangan latihan kemahiran mengikut bidang keusahawanan. Ia bertujuan menjana idea dan inovasi pelajar semasa dalam pengajian melalui aktiviti keusahawanan pelajar berbentuk perniagaan, latihan, penyelidikan dan perundingan. Antara contoh inkubator keusahawanan di IPTA adalah seperti Varsity Mall Universiti Utara Malaysia; Teres Eko-Niaga Universiti Kebangsaan Malaysia; Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia di politeknik; dan College Community Incubator Classroom, dengan izin, di Kolej

Komuniti.

Penubuhan pusat-pusat inkubator ini telah berjaya memupuk aktiviti keusahawanan di mana pada tahun 2015, seramai 6,813 mahasiswa Universiti Awam bekerja sambilan atau sementara dalam kampus bagi membantu menampung kos sara hidup, di samping menimba pengalaman pekerjaan. Manakala sejumlah 26,000 pelajar kolej komuniti dan 35,000 pelajar politeknik telah menyertai aktiviti pendidikan keusahawanan. Pelaksanaan program-program ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih ramai graduan menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian.

Sebagai satu usaha menggalakkan lagi pewujudan ekosistem keusahawanan yang kondusif di ILP tempatan, Kementerian Pendidikan Tinggi turut melaksanakan Ministry of Higher Education Entrepreneur Awards, dengan izin, dan Anugerah Inovasi Keusahawanan Piala Menteri Pendidikan Tinggi. Program penganugerahan ini memberi pengiktirafan kepada Institusi Pendidikan Tinggi dan warganya yang menunjukkan kecemerlangan dari sudut pembangunan dan pendidikan keusahawanan. Dalam memperkasakan keusahawanan serta kebolehpasaran graduan, beberapa program juga sedang dilaksanakan di KPT melalui purata nilai gred kumulatif bersepadu atau ICGPA, pelajar-pelajar bukan hanya di tafsir pencapaian mereka dalam bidang akademik tetapi juga daripada segi keusahawanan, kemampuan pengurusan, kemahiran sosial dan berkomunikasi. ICGPA bukan hanya dinilai selepas mereka graduated, tetapi juga semasa sedang belajar.

Oleh itu, kualiti pelajar dapat dikenal pasti lebih awal supaya program bimbingan dapat ditawarkan bagi memartabatkan atau menambah baik keupayaan graduan. Program ini telah dilaksanakan secara rintis di lima universiti awam pada September 2015. Di samping itu, CEO Faculty Programme, dengan izin, yang merupakan satu kolaborasi

industri dan akademik turut dilaksanakan melibatkan lantikan seramai 59 orang tokoh industri, pegawai tinggi kerajaan dan tokoh dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tempatan dan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, panjang lagikah?

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Saya ada 14 muka surat dan

sekarang saya hanya sampai muka surat yang ketujuh.

Tuan Yang di-Pertua: Tolong ringkaskan, kalau boleh. Terima kasih

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bagi contoh, CEO Faculty dan ini adalah seperti Tan Sri Dato’ Azman Mokhtar dari Khazanah Nasional; Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes dari AirAsia; Ms. Michaela Dinboecic dari Novartis Corporation; Switzerland, dan Mr. Abraham Liu dari Huawei. Program ini turut dilaksanakan di peringkat politeknik juga, melibatkan sepuluh orang CEO daripada industri. Selain daripada itu, IPTA juga berjaya beralih daripada beroperasi secara bersendirian kepada quadruple helix iaitu ekosistem inovasi yang saling berkaitan antara akademia, industri, kerajaan dan komuniti yang telah membentuk perkongsian sumber pembangunan negara.

Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin telah membangkitkan isu mengenai 2U2I. Program ini melibatkan satu konsep work base learning, belajar sambil bekerja dan empat buah universiti akan melaksanakan program 2U2I iaitu UMK, UPM, UITM dan UMT. Pada bulan September, program ini akan bermula di mana Universiti Malaysia Kelantan akan mengadakan satu program Sarjana Muda untuk keusahawanan dan Universiti Putra Malaysia akan menawarkan program Bachelor Sains Pengurusan Perladangan. Ini memainkan satu peranan universiti sebagai satu teaching factory, dengan izin.

Page 67: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 59

Di politeknik dan kolej komuniti pula, pendekatan work base learning dapat dijalankan dan program ini juga menjadi penyokong kepada tahap kebolehpasaran graduan yang tinggi.

Menyentuh mengenai PTPTN, untuk maklumat Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh, kemudahan pinjaman PTPTN adalah terhad kepada pelajar IPT tempatan sahaja selaras dengan seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1992 [Akta 566].

■1620

Buat masa ini, PTPTN tidak bercadang untuk meluaskan pinjaman kepada pelajar luar negara dengan mengambil kira kedudukan kewangan semasa PTPTN. Menyentuh mengenai bayaran balik oleh peminjam pada tahun 2015, PTPTN telah berjaya membuat kutipan bayaran balik sebanyak RM1.4 bilion iaitu hampir dua kali ganda daripada sasaran RM750 juta dan semenjak Mac 2016, kutipan telah melebihi RM200 juta sebulan.

Bagi tahun 2016, dijangkakan jumlah kutipan PTPTN akan mencecah RM2 bilion. Ini akan memastikan kelestarian kewangan PTPTN bagi membantu pelajar-pelajar meneruskan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. Di peringkat KPT, Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu di IPT memang dijalankan dan dilancarkan pada tahun 2011. Dengan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti dan objektifnya adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT, menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam bahasa Melayu dan merealisasikan bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara.

Mengenai langkah KPT menyokong Program IMTIAZ sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin. Universiti awam seperti UM, USIM, UKM memberi laluan kepada pelajar Program IMTIAZ melalui penawaran Program Pengajian Islam di peringkat pra-universiti asasi dan pra-siswazah dan pasca siswazah. KPT juga amat peka dan sentiasa memandang serius akan isu lambakan graduan perubatan dan pergigian seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How.

Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Majlis Dekan Perubatan dan Majlis Dekan Pergigian dengan kerjasama Majlis Perubatan Malaysia dan Majlis Pergigian Malaysia telah memantau isu ini dan langkah yang diambil adalah melaksanakan moratorium bagi kedua-dua bidang tersebut. Menyentuh isu kontrak profesor yang tidak disambung semula. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin menjelaskan bahawa universiti awam telah diberi kuasa untuk melantik atau menyambung semula secara kontrak mana-mana pegawai yang sesuai mengikut keperluan. Perkara ini dinyatakan dalam seksyen 11, Jadual Pertama, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) [Akta 30]. Oleh yang demikian, sebarang

penyambungan perkhidmatan secara kontrak pensyarah dan profesor adalah di bawah kuasa Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan pihak berkuat kuasa melantik sesebuah universiti.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak mengambil kesempatan ini untuk menghebahkan pencapaian terkini Kementerian Pendidikan Tinggi daripada segi success story, dengan izin, yang sudah dicapai, khasnya daripada ranking of the University. Seramai tiga orang penyelidik dari universiti awam telah berjaya disenaraikan sebagai minda saintifik paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2015 oleh Thomson Reuters. Pengiktirafan ini diberikan kepada penyelidik di kalangan 1 peratus tertinggi daripada 9 juta orang penyelidik di seluruh dunia yang menghasilkan lebih daripada 2 juta penulisan hasil kajian setiap tahun.

Page 68: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

60 DN 26.4.2016

Apa yang berkaitan dengan QS World University Ranking by Subject 2016, dengan izin, universiti tempatan berada di kedudukan 200 terbaik dunia bagi 27 bidang, berbanding 40 bidang yang disenaraikan, dengan tiga bidang yang berada dalam kalangan 50 terbaik dunia iaitu Pengajian Pembangunan - UM meningkat tangga 32 ke-30; dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik - UM di 37 daripada tangga 51 hingga 100; dan USM menunjukkan peningkatan dalam bidang Kejuruteraan Kimia, Chemical Engineering dari tangga 51 hingga 100. Universiti Malaya berada di kedudukan 146 terbaik dunia dan Universiti Sains Malaysia juga meningkat ke kedudukan 289 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) meningkat ke kedudukan 331.

Usaha-usaha bagi menambah baik serta mengukuhkan agenda pendidikan tinggi negara akan terus menjadi fokus utama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Kementerian Pendidikan Tinggi menghargai pandangan dan cadangan dari Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator untuk memastikan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi merekodkan peningkatan berterusan atau soaring upwards supaya kita boleh memastikan rakyat mendapat pendidikan tinggi yang terbaik. Sekian, terima kasih. KPT soaring upwards.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

4.27 ptg.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi

wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya bagi pihak Yang Berhormat Menteri dan seluruh warga KKLW ingin merakamkan setinggi penghargaan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk atas pelantikan yang telah dibuat baru-baru ini, tahniah.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah sudi untuk membangkitkan isu-isu yang berkaitan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) semasa perbahasan Titah Diraja sepanjang minggu yang lepas. Saya pergi kepada isu pembangunan infrastruktur dan ekonomi luar bandar terlebih dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh perkara yang berkaitan isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Senator Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad. Isunya berkaitan dengan pembangunan infrastruktur dan ekonomi luar bandar yang tidak seimbang dan masih terdapat jurang antara luar bandar dan bandar. Tuan Yang di-Pertua, KKLW maklum bahawa masih terdapat kawasan-kawasan di luar bandar yang masih tertinggal, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

Daripada segi pembangunan infrastruktur dan juga melibatkan kegiatan-kegiatan ekonomi, perancangan telah pun dibuat oleh pihak kementerian di bawah RMKe-11 bagi kita berusaha untuk mengurangkan jurang pembangunan dan pendapatan di antara penduduk-penduduk di kawasan luar bandar dan juga kawasan bandar. Antara usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh KKLW adalah seperti berikut, melaksanakan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) untuk membantu penduduk di luar bandar untuk memulakan perniagaan serta memasarkan produk-produk yang mereka hasilkan.

■1630

Di antara PPP yang dilaksanakan contoh seperti perniagaan SPA dan penjagaan postnatal, ‘mobile preneur’ dan juga jahitan. Selain daripada itu program latihan kemahiran dan kerjaya PLKK juga kita laksanakan dengan memberi kursus kemahiran yang dikira bersesuaian dengan pekerjaan dan juga perniagaan yang diceburi.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu KKLW juga memberi latihan dan kemahiran kepada penduduk di luar bandar menerusi latihan Technical Vocational Education and Training (TVET). Sebanyak RM53 juta kementerian peruntukan di bawah latihan oleh MARA dan ibu pejabat KKLW pada tahun 2016. Di bawah Transformasi Luar Bandar Fokus Ketiga Ekonomi iaitu di bawah Teras Yang Kelima memperbanyakkan peluang pekerjaan di luar bandar, KKLW melaksanakan program-program seperti berikut.

Page 69: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 61

Memperkukuhkan Program Desa Lestari dan Rural Business Challenge (RBC). Program RBC adalah untuk bertujuan menggalakkan usahawan-usahawan muda luar bandar daripada umur 18 hingga 40 tahun supaya mereka dapat menceburi bidang-bidang perniagaan. Sebagai contoh pada tahun 2012- pemenang RBC dari negeri Perak yang menjalankan perniagaan telur masin dan juga makanan ternakan. Projek beliau telah membantu meningkatkan ekonomi setempat dengan mewujudkan 41 orang usahawan baru dan sembilan peluang pekerjaan. Beliau telah menerima hadiah dalam bentuk geran RBC sebanyak RM2 juta.

Bagi Program Desa Lestari sebanyak 80 buah kampung telah menyertai program ini dan KKLW membantu dengan membiayai kos pelaksanaan projek ekonomi merangkumi pembinaan infrastruktur, pemasaran produk, pembungkusan dan juga program promosi. Pada tahun 2016 sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan di bawah Program Desa Lestari dan RBC.

Manakala di bawah Program Transformasi Luar Bandar Fokus Ketiga Ekonomi, Teras Yang Keempat mewujudkan modal bari berpendapatan tinggi penduduk luar bandar. MARA berperanan melaksanakan program-program seperti berikut;

(i) Program Rintis Niaga iaitu pewujudan usahawan technopreneur GiatMARA dengan peruntukan sebanyak RM8.5 juta. Skop program pemberian geran bernilai RM15 ribu hard trade dan RM8 ribu soft trade dengan sasaran peserta seramai 900 orang;

(ii) Program Mobilepreneur ataupun mobile truck dengan

peruntukan disediakan sebanyak RM1.4 juta yakni merangkumi skop program yang melibatkan peruntukan sebanyak RM60 ribu bagi mobile truck dengan pasaran peserta sebanyak 22 orang atau motosikal dengan peruntukan sebanyak RM10 ribu dengan sasaran peserta seramai 100,000 orang;

(iii) Program Pembangunan Produk Usahawan iaitu program pewujudan usahawan sedia ada di bawah MARA. Skop Program seperti packaging dan labeling, licensing, OAM Outsource melibatkan proses pembuatan dan packing ke kilang serta pembelian alatan dan lesen dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta. Skop geran sebanyak RM50 ribu seorang dengan sasaran 90 orang peserta;

(iv) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya. Pemberian geran latihan kepada pelatih GiatMARA di kalangan B40 dalam bentuk pemberian elaun tambahan sebanyak RM200 sebulan dalam tempoh enam bulan. Penajaan yuran serta kursus profesional dan pemberian alatan asas dengan peruntukan RM4.8 juta dan sasaran kita pada tahun 2016 adalah seramai 400 orang;

(v) Program Peningkatan Pendapatan (PPP) - juga pemberian geran kepada pelatih GiatMARA daripada kalangan B40 sebanyak RM10,000 setiap orang. Skop program meliputi pemberian peralatan dan kenderaan motor untuk dijadikan mobilepreneur dengan peruntukan RM2.3 juta, sasaran bagi tahun 2015 adalah seramai 230 orang; dan

(vi) Program Skill of Society merupakan program latihan kemahiran jangka pendek untuk masyarakat juga masyarakat di bawah B40. Skop program meliputi pemberian peralatan asas kepada peserta sebanyak RM3000 seorang dengan peruntukan RM1 juta dengan sasaran peserta seramai 333 orang.

Page 70: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

62 DN 26.4.2016

Tuan Yang di-Pertua, antara mereka yang telah pernah untuk makluman Dewan yang mulia ini, yang pernah mendapat bantuan seperti ini nama-nama yang semua kita kenal ialah yang boleh kita bangga, ialah contohnya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan juga Tun Daim Zainuddin yang pernah melalui proses-proses bantuan-bantuan yang kita berikan ini. Ini adalah sebahagian yang saya sebut. Mereka telah menjadi usahawan yang sangat berjaya pada masa kini.

Manakala di bawah Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) untuk penduduk di kawasan luar bandar dari tahun 2001 hingga 2016 sebanyak 3,707 orang peminjam dengan peruntukan RM371.4 juta telah dilaksanakan melalui kemudahan pembiayaan kepada usahawan bumiputera luar bandar bagi membantu mengembangkan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan desa di negara ini. Pinjaman yang ditawarkan adalah berlandaskan konsep syariah.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Aktiviti Ekonomi Tambahan ataupun AET, sebanyak RM42.5 juta peruntukan telah diterima di KKLW untuk melaksanakan tanaman sampingan seperti contoh cili merah, jagung, halia, pisang, betik banyak lagi. Akan tetapi ini saya bagi contoh beberapa jenis tanaman yang mana tanaman yang dapat memberikan hasil yang cepat dengan setiap peserta mendapat RM1000 setiap seorang. Majoriti peserta-peserta ini terdiri daripada penoreh-penoreh getah dan juga pesawah-pesawah.

Pada tahun 2016, sebanyak RM2.481 bilion telah diperuntukkan di bawah program pembangunan infrastruktur seperti berikut:

(i) jalan luar bandar, pihak kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion;

(ii) jalan perhubungan desa - RM116 juta;

(iii) 318 unit lampu jalan kampung yang sedia ada yang melibatkan RM10 juta dan untuk makluman Yang Berhormat 14,280 lagi lampu jalan kampung baru yang akan kita laksanakan pada tahun 2016.

Sistem bekalan elektrik luar bandar menggunakan talian grid dan solar hybrid sebanyak RM863 juta, bekalan air luar bandar ataupun BALB sebanyak RM341.9 juta hampir RM342 juta iaitu pembinaan loji rawatan air, sistem retikulasi, pam penggalak dan juga sambungan paip-paip.

Seterusnya projek ameniti sosial sebanyak RM80 juta diperuntukkan seperti ubah suai, naik taraf, bina kemudahan awam baru dan penggantian kemudahan awam lama dan juga yang telah daif, yang telah uzur. Selain daripada itu KKW juga membangunkan pusat-pusat pertumbuhan baru yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur bagi menarik pelaburan luar ke kawasan-kawasan tersebut.

Kita juga menyediakan peruntukan sebanyak RM274.8 juta bagi 11,223 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah. Kalau dahulunya untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, kita kenali sebagai PPRT, sekarang ini kita kenali sebagai PBR iaitu Program Batuan Rumah untuk menaik taraf dan juga baik pulih rumah yang daif dan rosak bagi penduduk-penduduk golongan yang miskin yang berada di kawasan luar bandar.

■1640

KKLW akan memastikan penduduk luar bandar dapat menikmati kemudahan dan bantuan yang sewajarnya sebagai usaha untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar serta seterusnya merapatkan jurang pembangunan dan pendapatan di antara penduduk luar bandar dan juga penduduk-penduduk di kawasan bandar.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin- ada? Tidak berapa nampak tadi.

Seorang Ahli: Ada.

Page 71: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 63

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Itu okey, jelas. Terima kasih. Yang Berhormat

Senator bertanya tentang langkah dan inisiatif untuk membangunkan 200 buah koperasi di kampung dan mewujudkan profil 17,900 buah kampung di seluruh negara yang komprehensif melalui Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional, dan berapa bilangan koperasi kampung atau desa yang telah ditubuhkan dan langkah kerajaan bagi menubuhkan lebih banyak koperasi di kawasan luar bandar?

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam tempoh RMKe-11, KKLW menyasarkan untuk memajukan sebanyak 100 buah kampung lagi di bawah Program Desa Lestari dengan fokus utama ke arah pembangunan ekonomi komuniti desa yang terlibat, yang berkaitan. Bagi tujuan ini, pihak KKLW akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengenal pasti kampung-kampung yang berpotensi dan berwibawa untuk kita majukan.

Seterusnya, sehingga tahun 2016, sebanyak 80 buah kampung yang terpilih dan dimajukan di bawah Program Desa Lestari. Kampung-kampung ini telah disyaratkan untuk menubuhkan koperasi sebagai entiti perancang dan juga pelaksana projek. Antara projek-projek ekonomi berdaya maju yang telah dilaksanakan termasuklah, contohnya, ternakan lebah kelulut, pelancongan desa, mini market dan perkhidmatan jentera perladangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya tidak perlu pecahkan kepada peringkat negeri kerana masa. Mungkin kalau Yang Berhormat perlukan perkara ini, saya akan pecahkan 80 buah Desa Lestari seluruh negara ini mengikut negeri dan juga kawasan-kawasan. Kalau Yang Berhormat rasa perlu, boleh beritahu dan kita akan bekalkan kepada Yang Berhormat.

Seterusnya, bagi menambah baik pelaksanaan program ini, KKLW akan memperluaskan kaedah pemilihan desa selain meningkatkan penglibatan entiti perniagaan dan pihak komuniti dalam sesebuah desa yang terlibat bagi memastikan lebih ramai penduduk akan mendapat manfaat dan tidak hanya tertumpu kepada entiti koperasi semata-mata.

Sedikit pencerahan saya hendak buat di sini kepada Ahli Yang Berhormat. Kadang-kadang kita pilih desa-desa ini syarat utama ia adalah mesti ada koperasi. Akan tetapi saya ambil contoh, kalau ia dalam sebuah kampung itu ada 500 orang penduduk yang bermastautin, kita tidak kira yang berhijrah, tetapi daripada 500 orang penduduk ini Tuan Yang di-Pertua, mungkin yang menyertai koperasi ini dalam 100 orang. Maka, Program Desa Lestari yang kita gunakan belanja yang besar oleh pihak kerajaan ini tidak akan dinikmati keseluruhannya oleh 500 orang penduduk tersebut. Maka, kita buat suatu perbincangan agar NGO-NGO terutamanya yang terlibat dengan belia-belia di kawasan setempat ini juga dapat kita libatkan.

Kerana apa? Ini kerana kita kalau boleh kita hendak- bukan menghalang, kita hendak mengurangkan penghijrahan belia-belia dari luar bandar ke kawasan-kawasan bandar. Kalau tidak, kita sebuah keluarga ada suami isteri, anak ada tujuh, ketujuh-tujuh semuanya ke bandar. Maka akhirnya di kampung akan berkurangan penduduk. Maka macam mana ekonomi di kawasan kampung hendak ada pertumbuhan kalau tidak ada penduduk?

Saya hendak maklum kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin juga sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat iaitu tentang berapa banyak koperasi yang ada ini. Sebenarnya koperasi ini di bawah KPDNKK tetapi kalau yang terlibat dengan Desa Lestari, ia memang kita tahu.

Seterusnya isu jalan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang disentuh ialah berkaitan dengan isu jalan luar bandar (JLB). Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norahan Abu Bakar- terima kasih Yang Berhormat masih menunggu- mencadangkan agar pihak kementerian dapat menaik taraf atau membesarkan jalan dari Jerantut hingga ke Taman Negara kerana kerja-kerja pembesaran ini harus dijalankan dengan sempurna dan kontraktor yang dilantik hendaklah berwibawa dan mahir dalam pembinaan.

Page 72: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

64 DN 26.4.2016

Untuk makluman Yang Berhormat Senator- Saya cuba kalau boleh, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Senator yang tidak ada dalam Dewan ini, saya tidak perlu jawab, boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Duduk Yang Berhormat Menteri. Buat masa sekarang ini

kita ada lagi enam kementerian tidak termasuk Jabatan Perdana Menteri yang ada lapan lagi termasuk menteri-menteri yang menunggu. So, kalau boleh, kepada kementerian-kementerian lain ini, kalau boleh habiskan dalam 15 minit. Kepada Yang Berhormat Menteri yang masih menggulung, kalau boleh habiskanlah. Terima kasih.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maknanya

sekarang pukul 4.45 petang, saya habis...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, you dah habis dah banyak. Bukan untuk you 15 minit, yang lain. Kalau boleh- panjang lagi tak?

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Panjang lagi. Tak apalah, saya boleh

pendekkan.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau boleh rumuskan dalam 5 minit ya, Yang Berhormat

Menteri?

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Okey, boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Saya pun suka kalau pendek-pendek. Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norahan, pembinaan jalan sepanjang 21.4 kilometer dari Kampung Tuit ke Kuala Tahan ke Kampung Pagi, Jerantut, Pahang telah disiapkan pada Disember 2015 dengan kos sebanyak RM121 juta manakala pembinaan Fasa 2, sedang dilaksanakan. Saya tak payah sebut kosnya. Skop pembinaan jalan luar bandar yang dilaksanakan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sehingga had maksimum standard yang dibenarkan ialah berspesifikasikan oleh JKR sebagai R3 dengan kelebaran enam meter. Saya rasa jalan ini berada di bawah KKR, Kementerian Kerja Raya. Walau bagaimanapun, berkenaan cadangan pembinaan jalan yang dinyatakan, kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya bagi meneliti keperluan ini.

Soal isu MARA yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Hajah Rahimah yang bertanyakan apakah MARA menyediakan skim pinjaman kepada perniagaan jenis online atau online business yang menjadi pilihan orang-orang muda.

Untuk makluman Yang Berhormat, daripada segi kemudahan pembiayaan, memang MARA menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan kepada usahawan mengikut peringkat iaitu permulaan, pertengahan dan juga nak membesarkan perniagaan-perniagaan. Banyak program yang kita sediakan di bawah MARA ini. Saya rasa kalau Yang Berhormat setuju, saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon Som A/L Inong memaklumkan Majlis Amanah Rakyat iaitu MARA, ketua pengarah dan pegawai ibu pejabat telah menerima dan melaksanakan arahan berkaitan kedudukan masyarakat Siam sebagai Bumiputera dalam beberapa siri engagement yang kita lakukan tetapi masalah sebaliknya berlaku di pejabat MARA negeri dan juga daerah.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator- Yang Berhormat ada? Tak ada. Saya bagi secara bertulislah.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Puan Azizah binti Harun mencadangkan agar pihak kementerian membuat kertas kerja dan menyerapkan penyelia kawasan dan jawatan penyelia kanan bagi KEMAS ke dalam perkhidmatan awam iaitu menjadikan jawatan mereka sebagai jawatan tetap.

■1650

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah memutuskan bahawa Pegawai Latihan...

Page 73: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 65

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Saya Datuk Seri Boon Som A/L Inong. Saya

mohon jawapan Yang Berhormat Menteri, boleh? Pasal masyarakat Siam. Hendak…

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Hendak jawab sekarang? Tadi tidak ada.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Sorry.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Untuk makluman Yang Berhormat ya, MARA

memainkan peranan sebagai agensi pembangunan sosioekonomi negara khususnya untuk bumiputera melalui program keusahawanan dan juga pembangunan modal insan. Setakat ini tiada isu yang dibangkitkan mengenai pemberian kemudahan MARA kepada masyarakat Siam. Semua staff atau kakitangan di pejabat MARA negeri dan daerah yang terlibat telah memahami dan melaksanakan arahan pemberian kemudahan MARA kepada masyarakat Siam sebagai bumiputera.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah? Baru-baru ini di UTC

Alor Setar ada empat orang masyarakat Siam memohon di UTC dan juga di pejabat MARA di Kedah. Akan tetapi dengan secara spontan, pegawai berkenaan menyatakan orang Siam tidak dikategorikan sebagai bumiputera dan tidak ada circular pun di bawah MARA yang menyebut masyarakat Siam bumiputera. Terima kasih.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Di Kedah? Tidak mengapa Yang Berhormat,

kita akan ambil perhatian. Pegawai saya ada di belakang. Kita akan pandang serius perkara ini kerana memang masyarakat Siam diiktiraf sebagai bumiputera. Kalau boleh, Yang Berhormat kemukakan kepada saya nama-nama pemohon tersebut dan apakah tujuan permohonan tersebut untuk kita ambil tindakan lanjut. Boleh Yang Berhormat, macam itu? Terima kasih atas makluman Yang Berhormat. Okey, bolehlah saya ke lain, ya?

Untuk makluman Yang Berhormat Puan Azizah binti Harun yang mencadangkan agar kementerian membuat Kertas Kerja penyerapan penyelia kawasan dan jawatan penyelia kanan bagi KEMAS ke perkhidmatan awam iaitu menjadikan mereka sebagai jawatan tetap. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai lantikan secara kontrak perkhidmatan off-service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap mulai 1 Julai 2016 tetapi ada sedikit melalui beberapa proses yang perlu dijalankan.

Utusan di atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap sumbangan khidmat bakti pegawai kepada negara yang melibatkan seramai 8709 orang keseluruhannya manakala syarat dan tatacara pelantikan adalah seperti surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Keputusan kerajaan adalah bagi lantikan dan bukan diserap ke jawatan tetap. Walau bagaimanapun pihak kerajaan telah mempermudah urusan pelantikan dan apa yang diharapkan ialah ia akan diterima baik oleh kakitangan kontrak yang layak.

Akhir, Yang Berhormat Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar juga memohon agar elaun Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) Tabika KEMAS yang ditugaskan untuk membantu guru pengurusan kanak-kanak dinaikkan. Untuk makluman Yang Berhormat, pembantu masyarakat sukarela KEMAS merupakan individu yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS secara sukarela dan ia dipilih mengikut tempat duduknya tabika tersebut dan pihak masyarakat sekitar akan membuat pemilihan bersama-sama dengan guru-guru KEMAS untuk lantikan tersebut.

Untuk makluman, bidang tugas PPMS ialah membantu menyediakan keperluan makan minum serta memastikan aspek kebersihan keselamatan kanak-kanak tabika taska terjamin dan juga bagi membolehkan guru tabika taska lebih fokus kepada skop pembelajaran dan juga pengajaran. Bayaran sagu hati sebelum 31 Mac 2011 sekitar RM50 hingga RM300. Sekarang ini naik. Kita bagi, kerajaan telah meluluskan bayaran sagu hati sebanyak RM400 sebulan.

Yang Berhormat Senator Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad bertanya tentang mekanisme atau pelan program pembangunan RISDA untuk membantu penoreh getah yang terjejas kehidupannya.

Page 74: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

66 DN 26.4.2016

Adakah RISDA ada membuat pertemuan dengan pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar terutama di Kelantan dan jika ada, bolehkah memaklumkan kepada Dewan daripada segi tarikh, masa dan tempat serta hasil daripada pertemuan. Untuk makluman Yang Berhormat, memang banyak kita mengadakan pertemuan-pertemuan dengan masyarakat pekebun-pekebun kecil RISDA ini. Pihak kementerian dan RISDA sedar akan kesan yang diterima pekebun kecil akibat harga getah yang tidak menentu. Untuk makluman Yang Berhormat, harga getah SMR 20 FOB pada 25 April 2016 - RM5.99 sekilogram berbanding harga jualan pada Januari 2016 iaitu pada harga RM4.67 satu kilogram. Bererti harga getah makin melonjak naik.

Kalau saya hendak- kalau Yang Berhormat hendak saya terangkan pun boleh tetapi panjang sedikit berkenaan dengan RISDA ini. Saya rasa saya bagi bertulis, boleh? Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin ingin mendapatkan penjelasan mengenai bilangan mini RTC di seluruh negara dan sejauh manakah ia telah memberi manfaat kepada penduduk luar bandar. Yang Berhormat juga mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak RTC. Ini khususnya di Besut, Setiu dan juga Kemaman, Terengganu.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 2016, kerajaan menubuhkan sembilan buah RTC. Untuk makluman Yang Berhormat ya, kerajaan telah memutuskan bahawa setiap negeri sebuah RTC kecuali Sabah dan Sarawak. Kalau Sabah dan Sarawak kita ada dua buah RTC dan mini RTC memang banyak di seluruh negara. Kalau mendapat keizinan Yang Berhormat, saya boleh bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah, apa yang telah terjadi kepada penyertaan Malaysia dalam Integrated Sustainable Agriculture Programme, sebuah program United Nations yang ada sistem di mana ia akan register

petani-petani dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, dengan penglibatan para petani dalam program iSAP atau yang dikenali sebagai Programme Blue Numbers. Para petani negara dapat mewujudkan identifikasi dan profil awam melalui projek pertanian mereka di peringkat global supaya akses pemasaran produk tidak terbatas di peringkat nasional sahaja, lebih ramai petani tempatan telah diberi- dan lebih besarlah peluang pemasaran produk peringkat global dapat diwujudkan.

Sebagaimana kita maklum bahawa aktiviti-aktiviti pertanian rancak berlaku di kawasan luar bandar dan oleh yang demikian masyarakat luar bandar khususnya petani dan komuniti yang terlibat dalam ekosistem pembekalan hasil pertanian dapat manfaat seterusnya hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan golongan ini dapat direalisasikan. RTC Johor yang merupakan perintis memainkan peranan di bawah program Blue Numbers ini untuk makluman Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akhirnya akan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dirancang, kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat akan disediakan dari semasa ke semasa. Pembangunan ekonomi dan modal insan yang turut dilaksanakan bagi membolehkan rakyat bersedia dalam kehidupan mereka.

Kementerian akan sentiasa komited dan peka dengan keperluan rakyat terutama di kawasan luar bandar. Saya mengharapkan transformasi luar bandar dapat mencapai matlamat ke arah membandarkan luar bandar. Kerjasama dan sokongan padu dari Ahli-ahli Yang Berhormat Senator semua tanpa mengira fahaman politik amatlah dihargai. Akhirnya, izinkan saya berpantun, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon.

Yang Berhormat Mneteri tidak lagi menjawab soalan saya pasal wang SES tanaman semula RISDA. Mungkin terlepas. Saya masih menanti.

■1700

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Saya kena cari balik sebab terlampau hendak

cepat tadi mungkin tertinggal.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apalah Yang Berhormat Timbalan Menteri, carilah,

jawab dia.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Boleh cari Tuan Yang di-Pertua?

Page 75: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 67

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, boleh.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Ada, memang ada. Okey Yang Berhormat

Senator Dato’ Mohd Salim membangkitkan wang ses yang diagihkan di Rompin baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian dan RISDA sedar akan situasi yang dihadapi oleh pekebun kecil pada masa ini. Mengenai isu wang ses yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah wang ses yang dikutip oleh pihak kastam dan Lembaga Getah Malaysia akan dipulangkan semula kepada pekebun kecil dalam bentuk bantuan tanam semula dan juga bantuan tanam semula ini tidak hanya kepada tanam semula getah ke getah tetapi juga buat masa sekarang ini kita menggalakkan juga tanaman-tanaman lain yang kita luluskan di bawah RISDA. Maknanya kalau dia hendak menanam jagung, tebang getah tanam jagung yang memberikan hasil dalam masa yang singkat memandangkan kepada kos sara hidup dan juga ekonomi semasa maka juga kita akan bagi bantuan di bawah wang ses ini.

Satu lagi wang ses ini juga kita gunakan untuk membuat penyelidikan. Ketika ini kutipan wang ses yang diperoleh adalah jauh lebih rendah berbanding dengan keperluan sebenar yang kita hendak beri. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat berhubung dengan pembayaran wang ses untuk Parlimen Rompin, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa pihak RISDA tidak pernah membuat pembayaran wang ses kepada pekebun kecil kecuali melalui projek pembangunan semula dan tanam semula.

Mungkin maklumat Yang Berhormat dapat itu kita bagi program bantuan tanam semula tetapi bagi orang kampung dia ingat bahawasanya ini penyampaian wang ses yang kita sengaja sumbang kepada pekebun-pekebun yang tidak menanam semula. Pekebun yang tidak menanam semula, kita tidak bagi. Di bawah RISDA yang kita buat hari itu adalah mungkin kita bagi kepada pekebun-pekebun yang terlibat dalam tanam semula kebetulan barangkali Yang Berhormat Menteri ada masa pada waktu itu ataupun Pengarah RISDA mengagihkan bantuan wang ses untuk tujuan tanam semula kepada pekebun-pekebun kecil tersebut.

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Saya ada soalan. Saya minta

kepastian dengan Yang Berhormat Menteri bahawa wang ses ini pernah dibayar dalam bentuk cash, bukan bentuk bantuan tanaman seperti baja, benih dan sebagainya kerana rata-rata beranggapan bahawa apabila getah ke sawit, dia akan mendapat pulangan duit yang dipungut daripada hasil 14 sen per kilo, dia akan potong empat itu untuk penyelidikan, 10 itu terkumpul untuk tanaman semula.

Namun, isunya daripada getah bukan ke getah tetapi daripada getah ke kelapa sawit. Jadi yang ini, minta clear kan sedikit sebab di bawah rungutan ini lain macam supaya pihak RISDA juga memainkan peranan dan juga pihak FELDA. Apabila pihak FELDA kata ini bukan masalah saya, ini masalah RISDA. Apabila ditanya RISDA pula, ini bukan kita punya daripada komoditi perladangan. Jadi ini yang mana satu? Dapat saya beritahu orang-orang kampung agar kegusaran dan kebimbangan orang kampung ini terjawab.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Okey terima kasih Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat wang ses ini adalah untuk getah kepada getah, getah kepada sawit, sawit kepada getah dan juga getah ataupun sawit kepada lain-lain tanaman yang kita galakkan.

Maknanya kalau ada pengagihan bantuan daripada contohnya kita beri RM1,000 daripada yang dahulu menanam getah tebang getah, yang dahulu tanam sawit, sawit sudah tua tidak dapat hasil, tebang sawit dan tanam tanaman-tanaman lain yang telah kita lihat ia berpotensi, ada market, ada pasaran yang agak baik, maka kita juga bukan sahaja mengizinkan tetapi kita juga menggalakkan untuk pekebun-pekebun ini melakukan perkara-perkara ini.

Maknanya tidak timbul Yang Berhormat soal daripada getah ke sawit, sawit ke getah, getah ke tanaman lain, maka ia dibolehkan. Maknanya inilah yang saya rasa yang menjadi kekeliruan sebab saya tidak menyalahkan Yang Berhormat.

Page 76: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

68 DN 26.4.2016

Dahulu semua orang nampak getah mesti ditanam getah, sawit mesti ditanam tanaman sawit tetapi ia berlainan sekali. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung pantun yang saya beritahu tadi.

Dari Perlis ke Sabah membangun bersama, Rakyat Malaysia aman sejahtera,

Membandarkan luar bandar misi utama, Ayuhlah Yang Berhormat semua bersama bangunkan negara.

Cantik tidak pantun ini? Cantik ya Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Salim- dia angkat tangan. Saya memohon maaf sekali lagi kepada Yang Berhormat mungkin saya tercuri masa...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa.

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub: Saya memohon maaf kepada seluruh Ahli-ahli

Yang Berhormat kerana saya tidak dapat menjawab kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya menggulung, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah, syabaslah kerana pandai menjawab dan telah memberikan jawapan yang betul-betul munasabah. Saya memohon kepada Menteri-menteri yang hadir supaya kita dapat kerjasama. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang meminta soalan tidak ada dalam Dewan supaya penjelasan ataupun jawapan itu diberikan secara bertulis. Sekarang saya pergi kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terima kasih.

5.06 ptg.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Halimah binti Mohd. Sadique]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-

Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Yang Berhormat Menteri saya dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Tahniah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk] Jangan kacau, Datuk Nalla.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada lima orang Yang Berhormat Senator yang telah pun mengambil bahagian untuk membahasakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kementerian saya, perumahan dan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau.

Tuan Yang di-Pertua, mohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua supaya persoalan-persoalan yang berkaitan dengan usaha kerajaan untuk mengekang kenaikan harga rumah mampu milik, usaha-usaha kerajaan dalam kawalan harga rumah dan perumahan bagi golongan muda telah pun saya jawab pada soalan lisan pada 21 April, soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin- ‘Dato K’; bersama-sama dengan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norahan; Yang Berhormat Senator Puan Azizah; Yang Berhormat Senator Datin Hajah Rahimah; dan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon Som. Jadi saya harap perkara-perkara ini tidak dibangkitkan dalam perbahasan ini dan kalau perlu kepada Yang Berhormat, sila rujuk kepada Hansard.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab kepada persoalan-persoalan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang ada dalam Dewan, yang tidak ada Tuan Yang di-Pertua mohonkan saya untuk menjawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 77: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 69

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari

bin Mat tidak ada. Yang Berhormat Senator Datuk Koh Chin Han, nasib baik tadi saya tengok Yang Berhormat tidak ada. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Koh Chin Han yang telah pun mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu national housing service, dengan izin, iaitu bagi mengetahui arah aliran, permintaan, bekalan perumahan yang ada di pasaran.

Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator Datuk Koh, kementerian telah pun mewujudkan Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Jawatankuasa Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ia bertanggungjawab untuk memantau sektor perumahan di negara ini bagi kita menyusun strategi-strategi yang bersesuaian dalam usaha untuk kita memperkasakan lagi industri perumahan selain daripada meningkatkan keupayaan penawaran pemilikan rumah mampu milik bagi rakyat yang ada di negara kita.

Yang Berhormat Senator Datuk Koh juga mencadangkan supaya kementerian menyatukan semua dasar perumahan sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat kerajaan negeri. Saya hendak memaklumkan Yang Berhormat Senator, seperti yang saya sebutkan tadi penubuhan Majlis Perumahan Negara, penubuhan Jawatankuasa Perumahan Negara. Dua entiti ini Tuan Yang di-Pertua menjadi sebuah badan yang menyelaras kepada segala usaha mahupun kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan perumahan di peringkat negeri.

■1710

Tidak ada masalah kerana dengan adanya dua entiti ini dia dapat membantu untuk menyelaraskan apa juga bentuk masalah yang dihadapi sama ada di peringkat negeri yang sesuai dibincangkan di peringkat Majlis Perumahan Negara dan juga Jabatan Perumahan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga mencadangkan supaya sebuah pusat data mengenai perumahan diwujudkan. Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan dan saya ingin memaklumkan bahawa kementerian telah pun memperkenalkan satu lagi inisiatif satu apps baru, yang dinamakan TEDUH. Melalui apps ini, dia merupakan Sistem Data Bank Perumahan ataupun short form kita panggil TEDUH. Di peringkat awal ini, kita akan melibatkan tiga buah negeri, Johor, Selangor dan Pahang.

Dalam aplikasi Sistem Data Bank Perumahan (TEDUH) ini, segala maklumat yang berkaitan dengan skim MyHome, MyDeposit, kuota bumiputera, kriteria penilaian pemantauan oleh pemaju yang disenaraihitamkan dan sebagainya. Carian bagi maklumat projek-projek perumahan yang melibatkan negeri-negeri yang ada yang boleh menjadi penawaran kepada pembelian dan termasuk juga makluman yang berkaitan dengan satu juta buah rumah mampu milik. Jadi cadangan Yang Berhormat itu sedang dilaksanakan oleh kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Koh Chin Han juga, iaitu berkaitan dengan skim MyDeposit. Kalau yang hendak dapat detail Yang Berhormat, you just go through TEDUH, you can find all the details about MyDeposit. Dan mungkin saya boleh memaklumkan sedikit iaitu MyDeposit ini dia merupakan satu usaha yang dijalankan oleh kerajaan, Tuan Yang di-Pertua iaitu inisiatif kerajaan dalam bentuk bantuan deposit. Menyediakan skim pembiayaan deposit rumah pertama di bawah kementerian saya sebagai sumbangan ataupun geran, sebagai pemberian kerajaan kepada rakyat.

Ini kita hendak ingatkan kepada negeri-negeri, ataupun kepada mereka yang mengatakan bahawa kerajaan tak buat apa-apa, ini pemberian yang diberikan secara given

kepada pembeli-pembeli yang berpendapatan dengan kelayakan dalam kumpulan M40 iaitu RM3,000 dan RM10,000.

Page 78: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

70 DN 26.4.2016

Geran yang disediakan ini Tuan Yang di-Pertua adalah sebanyak RM200 juta bagi pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit dan bagi harga rumah yang bernilai RM500,000 ke bawah dan geran deposit yang diberikan ini adalah bernilai 10 peratus daripada harga jualan ataupun maksimum RM30,000. Makna kalau beli rumah bernilai RM500,000 Tuan Yang di-Pertua, makna maksimum yang kita berikan melalui program MyDeposit ini adalah tetap kepada kadar maksimum iaitu RM30,000.

Projek-projek adalah bagi pembelian projek-projek perumahan swasta. Bagi pemaju-pemaju swasta yang berdaftar dan juga bagi pembelian rumah pertama melalui pasaran sekunder, iaitu sub-sale juga dibenarkan. Maklumat yang lain Yang Berhormat Datuk, just go through TEDUH, you get all the informations that you want kerana saya tak dapat nak jelaskan secara detail dengan kekangan masa yang ada. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga telah membangkitkan perbezaan antara skim MyHome dengan Skim Perumahan Belia di bawah Kementerian Kewangan. Jadi saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat, Skim Pinjaman Perumahan Belia ini dia satu bentuk skim dalam bentuk pinjaman yang layak dimohon oleh mereka yang berumur 25 hingga 40 tahun, tempoh pinjaman maksimum 35 tahun dan dia ini adalah di bawah Kementerian Kewangan, dia bukan di bawah kementerian saya, Yang Berhormat. Yang di bawah kementerian saya, program skim MyHome dan juga skim MyDeposit.

Mungkin agaknya Yang Berhormat boleh dapatkan detail yang lebih lagi daripada Kementerian Kewangan sekiranya Yang Berhormat mahu mendapat maklumat yang lebih panjang lagi tentang Skim Pinjaman Perumahan Belia yang memperuntukkan sebanyak 20,000 unit. Manakala bagi skim MyDeposit, untuk anggaran pelaksanaan bagi tempoh 1 April sehingga 30 Jun ini, kita anggarkan insya-Allah 6,600 orang pembeli rumah pertama akan dapat kemudahannya.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada Datuk Norliza binti Abdul Rahim, okey ada. Yang Berhormat Datuk Norliza telah pun membangkitkan harga isu rumah semua- bagi saya sebut dah sebut Tuan Yang di-Pertua, saya dah jawab dalam soalan lisan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin dan juga Yang Berhormat Senator-senator yang telah pun saya sebutkan.

Cuma ada satu perkara sahaja saya hendak sebutkan kepada Yang Berhormat Senator Datuk Norliza. Bagi menentukan dasar menetapkan harga rumah ini Yang Berhormat, terutama rumah mampu milik dengan keluasan projek rumah mampu milik itu, dia berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Dasar Perumahan Negeri yang ada. Jadi saya harap kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jangan bercakap bahawa rumah mampu milik yang bernilai RM400,000 itu telah ditetapkan oleh kementerian KPKT. Sebenarnya kementerian tidak pernah membuat apa-apa dasar yang berkaitan dengan harga rumah mampu milik berharga RM400,000.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, dalam mesyuarat yang telah pun diadakan, dalam mesyuarat jawatankuasa kerja yang saya pengerusikan, yang dihadiri oleh semua Exco-Exco perumahan, termasuklah Yang Berhormat Dato’ Jagdeep dari Pulau Pinang. Semua kerajaan negeri telah pun bersetuju iaitu harga rumah mampu milik bagi semua negeri adalah pada kadar harga RM300,000 - bukan RM500,000 dan bukan RM400,000...

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Boleh mencelah sat?

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Ya.

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Yang ini saya hendak rakamkan terima kasih atas

kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri untuk mengadakan rumah kos murah di Balik Pulau. Ini satu yang menunjukkan bahawa walaupun ada kadangkala misunderstanding antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, ada juga kes-kes di mana kedua-dua pihak dapat bekerjasama. Terima kasih.

Page 79: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 71

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Hari ini Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin

bagus betul. Terima kasih banyak-banyak. Sekarang ini Yang Berhormat Senator, kita tidak panggil rumah murah lagi, kita panggil rumah mampu milik bagi mereka yang berpendapatan RM2,500 ke bawah, ya Yang Berhormat, terima kasih banyak-banyak. Tadi saya ada dengar suara, tidak ada? Okey.

Itu antara sebahagian, jadi kalau Yang Berhormat Senator Datuk Norliza hendak mempertikaikan tentang usaha yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini, jadi persoalkanlah dasar perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kalau Kerajaan Negeri Johor boleh buat, kerajaan-kerajaan negeri yang lain termasuk Sarawak boleh laksanakan, kenapakah tidak Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha membendung aktiviti spekulasi kenaikan harga rumah telah pun saya jawab dalam jawapan lisan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad.

Seterusnya, persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif. Tadi saya nampak Senator Dato’ Mohd Salim ada tadi, mencadangkan supaya pemaju swasta disyaratkan semasa peringkat kebenaran merancang oleh pihak berkuasa tempatan untuk membina 50 peratus buah rumah mampu milik.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat ini telah pun dilaksanakan oleh semua pihak berkuasa negeri. Walau bagaimanapun penetapan kepada kuota sama ada 50 peratus, 40 peratus ataupun 30 peratus buah rumah mampu milik ini dia merupakan penetapan mengikut dasar perumahan negeri-negeri. Maknanya bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menetapkan kadar kuota rumah mampu milik yang mahu dikenakan kepada mana-mana pemaju yang mahu membangunkan apa-apa juga pemajuan perumahan yang ada di negeri-negeri yang berkenaan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua soalan yang dibangkitkan oleh Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar yang berkaitan dengan Balai Bomba Kuala Krau yang tidak ada penduduk agak khuatir perlukan balai bomba baru. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norahan, kementerian telah pun mengemukakan permohonan perolehan tanah berkeluasan 2.02 hektar bagi pembinaan Balai Bomba Kuala Krau kategori ‘D’ ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) Putrajaya pada 11 April 2016, Yang Berhormat. Manakala bagi pembinaan balai bomba berkenaan, permohonan itu telah pun dibuat kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, ini Yang Berhormat Menterinya ada. Jadi kita harap Yang Berhormat Menteri akan dapat membantu, kita sudah hantar pada 12 April 2016 yang lalu.

Pembinaan balai bomba ini akan dilaksanakan selepas segala urusan tanah diselesaikan dan selepas kita memperoleh peruntukan yang akan diluluskan oleh EPU, Jabatan Perdana Menteri. Jadi ini antara sebahagian daripada perkara yang dapat saya jawab melalui perbahasan yang telah pun dikemukakan.

Saya sekali lagi Tuan Yang di-Pertua ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun dapat bersama-sama memberikan buah pemikiran tentang usaha-usaha yang perlu dilaksanakan oleh kementerian saya. Insya-Allah, apa juga yang tidak dapat saya jawab secara detail, kita akan mengambil tindakan seperti yang perlu dilaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1720

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Menteri yang pandai menjawab, Datuk

Halimah binti Mohd Sadique. Sekarang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Yang Berhormat Menteri.

Page 80: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

72 DN 26.4.2016

5.20 ptg.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan [Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin

mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun memberikan pandangan dan mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian ini semasa menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang lalu. Sepanjang perbahasan, seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan perkara menyentuh bidang tugas kementerian saya dan dikelaskan kepada lima isu yang akan saya jelaskan.

Tuan Yang di-Pertua, pertama tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin iaitu pengendalian petrol RON97 di Sabah dan memohon supaya pengendalian RON97 di Sabah dan Sarawak dibuat seperti di Semenanjung. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, keputusan untuk menjual produk petroleum RON97 di stesen-stesen minyak ditetapkan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat minyak. Sekiranya permintaan terhadap produk RON97 di sesuatu kawasan berada pada tahap yang ekonomik sudah pasti mereka akan membangunkannya. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini terdapat 53 buah stesen minyak yang telah membekalkan produk RON97 di beberapa buah kawasan di Sabah terutamanya di kawasan Kota Kinabalu dan di Sepanggar.

Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta kementerian menyatakan bilangan koperasi di kampung atau desa yang telah ditubuhkan serta langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam kegiatan koperasi. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 12,769 buah koperasi telah didaftarkan. Koperasi telah dikategorikan mengikut kluster besar, sederhana, kecil dan mikro. Daripada jumlah tersebut, terdapat sebanyak 621 buah koperasi kampung dan desa yang berada dalam kategori kecil dan mikro.

Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah dan akan meneruskan pelaksanaan program Koperasi Desa Lestari yang disokong melalui National Blue Ocean Strategy bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sehingga

2015 sebanyak 57 buah kampung telah menubuhkan koperasi melalui Program Koperasi Desa Lestari yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi seperti homestay, penternakan madu, penanaman cendawan, penyewaan jentera dan lain-lain aktiviti ekonomi. Dalam pada itu SKM sedang melihat untuk mempermudahkan perjalanan koperasi melalui pindaan Akta Koperasi 1993 supaya koperasi-koperasi dapat berkembang dengan cepat berpandukan perundangan yang lebih kondusif mengikut kluster.

Kementerian mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam atas cadangan supaya gerakan koperasi menggabungkan tiga atau empat buah koperasi besar untuk mengadakan ternakan ladang besar di luar negara. Kemudian diimport kembali ke Malaysia seperti mana yang dilakukan oleh gerakan koperasi di Jepun, Korea, Taiwan dan sebagainya. Bagi koperasi kluster besar Yang Berhormat Senator Tan Sri, kerajaan sentiasa memberi peluang dan sokongan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Nallakaruppan hendak

celah.

Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin: Nak celah? Sekejap, sekejap saya jawab.

Bagi koperasi kluster besar kerajaan sentiasa memberi peluang dan sokongan untuk menjalankan perniagaan bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara. Mereka boleh bergerak secara bergabung atau secara bersendirian untuk melaksanakan aktiviti berskala besar seperti ini. Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini terdapat 11 buah koperasi yang bergabung dalam melaksanakan aktiviti ternakan lembu dalam negara. Ia merupakan salah satu program di bawah Business Economies of Scale oleh Suruhanjaya

Koperasi Malaysia.

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Nallakaruppan.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Yang Berhormat Menteri, saya minta koperasi, bolehkah saya start satu untuk family saya? Itu sahaja soalan saya hendak tanya

dengan Menteri.

Page 81: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 73

Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin: Yang Berhormat Datuk Seri, saya hendak

jelaskan bahawa sesiapa sahaja boleh menubuhkan koperasi dalam negara tak kira sama ada nama dia Datuk Seri Nalla ataupun apa-apa nama. Jadi tak kira keluarga mana sekalipun kalau dia hendak menubuhkan koperasi, boleh. Sila, Yang Berhormat Senator.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua saya ucap

tahniah ya. Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang memberangsangkan supaya gerakan koperasi boleh memainkan peranan dalam ekonomi negara dapat dikawal. Saya hendak tanya juga, macam import bahan makanan terutama daging ini, saya tengok tempat terbaik pelihara lembu adalah di Kundasang ataupun di Sabah. Ada satu tempat tu saya pergi ada 5,000 ekor lembu susu, saya fikir kawasan ini sesuai. Jadi kalau gerakan koperasi dapat digalakkan di sana mungkin ini akan dapat membantu mengurangkan import susu dan juga import daging. Jadi, adakah banyak bantuan akan diberi oleh kementerian kepada koperasi-koperasi yang sanggup buat kerja-kerja yang susah ini?

Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya

hendak menjelaskan kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri. Sebenarnya seperti yang saya jelaskan awal tadi, kita tak kira sesiapa asalkan mereka mahu untuk maju ke hadapan terutamanya untuk koperasi-koperasi yang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali tadi.

Kerajaan memang sentiasa cuba untuk membantu supaya mereka dapat mempertingkatkan lagi tahap perniagaan mereka untuk menjadi sebuah koperasi yang lebih besar. Sebab itu telah pun saya jelaskan kita hendak mengubah akta koperasi melalui SKM ini kerana hendak menentukan ada beberapa kluster. Mana yang besar kita bantu secara yang besar, yang pertengahan kita bantu secara pertengahan, yang kecil kita berikan nasihat-nasihat supaya mereka dapat mempertingkatkan mutu perniagaan yang mereka jalankan. Itu yang sedang kita lakukan.

Tuan Yang di-Pertua, Anugerah Kedai Harga Patut, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin ingin mengetahui kriteria-kriteria penyenaraian kedai-kedai harga patut serta mencadangkan supaya kementerian memberikan gred kepada semua premis atau kedai tersebut sama ada gred ‘A’, ‘B’ atau ‘C’ sebagai panduan kepada pengguna.

Untuk makluman Yang Berhormat, pemilihan kedai harga patut bukan sahaja berdasarkan kepada aspek harga jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan sebaliknya turut merangkumi beberapa kriteria penting bagi menjamin kepentingan pihak pengguna. Antara kriteria yang dinilai iaitu perkara-perkara asas seperti harga produk, tanda harga produk, tanda harga produk promosi dan kebersihan premis. Sementara kriteria daripada aspek perkhidmatan pula adalah perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, peragaan, susun atur, produk serta kaedah jualan atau jualan secara online, penghantaran dan pemulangan.

Pemilihan kedai harga patut ini melalui penilaian yang tetap oleh panel penilaian yang dilantik oleh kementerian daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Ditegaskan bahawa hanya premis perniagaan yang mencapai tahap tertentu sahaja layak untuk menerima Anugerah Kedai Harga Patut ini.

Kementerian akan menambah baik program ini di mana ia akan diserahkan kepada badan atau pertubuhan tertentu yang terdiri daripada pihak peniaga dan pengguna untuk mengenal pasti dan membuat penilaian kedai harga patut. Dalam hal ini kementerian menggalakkan rakyat selaku pengguna untuk menyertai program yang saya namakan Friends of KPDNKK untuk membantu dalam menilai kedai harga patut kerana mereka inilah yang mempunyai kuasa membeli yang boleh menentukan corak dan sikap para peniaga untuk menawarkan harga yang berpatutan seterusnya mewujudkan suasana perniagaan yang sihat.

Page 82: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

74 DN 26.4.2016

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat dan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin meminta supaya KPDNKK membuat pemeriksaan yang lebih kerap ke premis-premis ataupun kedai-kedai runcit sama ada di pekan ataupun di bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian mempunyai seramai 2,669 orang pegawai penguat kuasa yang bertanggungjawab menguatkuasakan 10 akta di bawah kawal selia KPDNKK.

Pada masa yang sama pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNKK turut terlibat dalam penguatkuasaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Untuk menangani isu kos sara hidup sebanyak dua juta pemeriksaan telah dijalankan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

■1730

Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan pemeriksaan yang telah dilakukan di bawah kesemua akta KPDNKK sehingga kini adalah berjumlah 3.8 juta pemeriksaan semuanya. Kementerian sedar bahawa ini tidak mencukupi dan akan terus bekerjasama dengan NGO, penghulu, penggawa serta jabatan-jabatan sukarelawan Malaysia seperti RELA untuk memantau harga dan mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta-akta yang saya sebutkan tadi. KPDNKK juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan aplikasi Ez-ADU untuk menyalurkan aduan secara cepat dan mudah. Kementerian telah mewujudkan Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik yang kita namakan PIGOS serta Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dan Special Action Squad (SAS) untuk menangani aduan dengan lebih efisien.

Menyentuh isu pemantauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin, ingin saya nyatakan bahawa penguat kuasa kementerian telah pun membuat pemantauan di sana secara berkala sebenarnya. Baru-baru ini kita telah pun buat dan hasil pemantauan yang dilakukan sebanyak tiga Notis dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana menaikkan harga dan satu kompaun dikenakan bagi kesalahan melibatkan tanda harga.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan mencadangkan supaya kerajaan meminda dan mengukuhkan undang-undang pencatutan demi kepentingan pengguna. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat, kementerian sedang mengkaji akta ini untuk penambahbaikan supaya mekanisme pencatutan diperketat untuk memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan perniagaan. Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula keahlian Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat telah ditubuhkan oleh kerajaan pada 15 Januari 2014 bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara holistik dan bersepadu. Jawatankuasa ini turut menubuhkan high level komiti menangani kenaikan kos sara hidup yang juga menjemput badan bukan kerajaan atau NGO, persatuan-persatuan pengguna dan dewan-dewan perniagaan bagi memberi pandangan dan mengesyorkan untuk membantu kerajaan mengatasi isu kos sara hidup.

Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Mariany, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat ingin mengetahui sejauh manakah peranan jawatankuasa menangani kos sara hidup dalam usaha menangani isu kos sara hidup dan harga barangan. Isu kos sara hidup tidak terhad kepada isu harga barangan semata-mata dan juga perkhidmatan. Perkara lain yang dikenal pasti perlu diberi perhatian, ini termasuklah isu pemilikan kediaman, meningkatkan pendapatan isi rumah dan juga kesedaran pengguna mengenai hak-hak kepenggunaan dan pengurusan kewangan yang baik. Sebagai contoh, bagi menangani isu harga barangan, beberapa strategi dan program telah dirangka oleh jawatankuasa khas ini seperti pembangunan MyFarm Outlet di semua kawasan Parlimen dan program-program pembangunan perniagaan yang telah saya terangkan semasa sesi pertanyaan lisan pada pagi tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan juga mencadangkan supaya kerajaan mengkaji untuk memperkenalkan sistem penetapan harga barangan atau price control mechanism. Jadi saya hendak jelaskan, sistem ekonomi Malaysia sistem ekonomi pasaran bebas di mana kuasa pasaran atau market force memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan.

Page 83: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 75

Harga barangan di pasaran juga ditentukan oleh faktor-faktor yang lain seperti permintaan dan penawaran atau supply and demand. Manakala cuaca, ekonomi global, persaingan, kadar tukaran wang asing dan kadar upah juga boleh mempengaruhi harga pasaran. Oleh yang demikian, penentuan harga barangan dan perkhidmatan berdasarkan kepada faktor-faktor yang berbeza di antara satu sama lain. Ini sehubungan itu, cadangan untuk memperkenalkan sistem penetapan harga barangan kepada semua barangan keperluan adalah tidak sesuai pada waktu ini.

Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin juga mencadangkan pendidikan pengguna diperluas termasuk penerangan lebih jelas mengenai indeks harga pengguna serta dimulakan daripada peringkat sekolah lagi. Kementerian saya berterima kasih dengan cadangan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, KPDNKK telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui program pendidikan kepenggunaan daripada peringkat sekolah lagi sehingga ke peringkat pengajian tinggi yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Melalui pelaksanaan program ini, kementerian berharap di masa hadapan rakyat akan lebih memahami dan melaksanakan hak-hak sebagai seorang pengguna dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman tanpa syak wasangka di antara pengguna dan peniaga.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian menyatakan bahawa terdapat transporter yang dilantik di bawah program penyeragaman harga tidak melaksanakan tugas menyebabkan harga masih tinggi di hulu-hulu sungai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, hasrat kementerian semasa melaksanakan program ini adalah untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat di kawasan pedalaman yang terpaksa membeli barangan keperluan pada harga yang tinggi disebabkan kos pengangkutan. Tujuan dan niatnya adalah baik, walau bagaimanapun kementerian sedar bahawa terdapat transporter yang dilantik yang telah menyalahgunakan kontrak kerja yang diberikan. Oleh yang demikian, kementerian akan sentiasa melaksanakan langkah penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kes penyalahgunaan kontrak yang kita berikan tersebut.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian bagi mencadangkan, mengusulkan, dan beri nasihat kepada kementerian saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah.

Saya sambung sekarang kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, nombor 21. Silakan.

5.37 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua terlebih

dahulu izinkan saya bagi pihak Yang Berhormat Menteri merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu alam sekitar sepanjang tempoh perbahasan Titah Diraja pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas pada tahun ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 8 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, memang kerajaan menjelaskan status mesyuarat menerusi ASEAN bagi menangani isu jerebu.

Page 84: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

76 DN 26.4.2016

Di peringkat kerjasama bilateral, Malaysia terus berperanan aktif dalam membantu pihak Indonesia dalam menangani masalah jerebu. Mengambil contoh kejadian jerebu yang berlaku pada tahun lepas, Malaysia telah membantu pihak Indonesia untuk memadamkan kebakaran di kawasan-kawasan yang terlibat di Sumatera melalui operasi pengeboman air menggunakan pesawat Bombardier dan operasi tersebut berjaya dan mendapat pujian daripada Kerajaan Indonesia.

Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia di Jakarta, Indonesia pada 27 Oktober 2015 bagi membincangkan penyelesaian segera kepada masalah jerebu ini. Dalam perkembangan yang terkini, saya akan mewakili Yang Berhormat Menteri mengetuai delegasi Malaysia dalam Mesyuarat Ke-18, ASEAN Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution di Singapura pada 4 Mei

2016 bagi memperkukuhkan lagi kerjasama serantau dalam menangani masalah jerebu yang berulang setiap tahun.

Antara perkara yang akan menjadi fokus dan keutamaan adalah gesaan oleh Malaysia supaya perjanjian persefahaman (MoU) antara Malaysia dengan Indonesia dapat dimuktamadkan dengan kadar segera bagi membolehkan kerjasama dua hala dalam usaha-usaha pencegahan jerebu dapat dilaksanakan secara berkesan. Ini termasuklah cadangan Malaysia bagi berkongsi kepakaran dan teknologi pembinaan ‘choke well’, check dams dan watch tower bagi mencegah kebakaran di tanah gambut dan di tanah-tanah pertanian. Pada tahun ini juga, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Kali Ke-12 Conference of the Parties to ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution COP-12 pada bulan Ogos 2016.

■1740

Mudah-mudahan segala usaha tersebut akan membuahkan hasil dan pihak Indonesia komited dan serius dalam mengelakkan masalah jerebu. Mudah-mudahan juga masalah yang sama tidak berulang pada tahun ini. Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah...

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya

sikit fasal jerebu. Semalam, kelmarin nampak jerebu sudah mula datang balik ke Malaysia. Saya lalu ataupun balik Melaka pun sudah ada balik jerebu. Dulu kita pernah kata ada beberapa buah syarikat Malaysia yang bakar hutan di sana, apakah kita telah kenal pasti dan apa tindakan yang telah diambil? Termasuk juga syarikat-syarikat dari Singapura ataupun syarikat di Indonesia sendiri kerana ini selalu diperkatakan. Jadi, saya harap dapat penjelasan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang

Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali, terima kasih atas persoalan fenomena jerebu yang berlaku dalam negara kita sekarang, termasuk Melaka. Umumnya adalah daripada sumber dalaman kesan daripada El Nino, cuaca kering dan sebagainya. Bukan dari Indonesia. Tentang tindakan pada syarikat, ini perkara-perkara kemungkinan besar dibincangkan dalam mesyuarat di Singapura seperti yang saya sebutkan tadi.

Setakat ini tidak ada undang-undang komprehensif untuk kita mengambil tindakan ke atas syarikat kita di sana. Antara perkara yang sedang dibincangkan di peringkat kementerian adalah untuk menyediakan undang-undang yang berkesan bagi kita mengambil tindakan ke atas mana-mana syarikat Malaysia yang beroperasi di sana dan juga mungkin peringkat kerajaan Indonesia juga boleh mengenakan tindakan kepada syarikat kita yang menyebabkan jerebu.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah, tidak ada. Jadi, tidak ada, saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Senator Datuk Zali bin Mat Yasin, tidak ada, pun saya jawab bertulis. Kalau tidak pun saya tidak akan jawab untuk menjimatkan masa. Kemudian Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, selamat bertanding di PRN negeri Sarawak, juga saya akan jawab secara bertulis.

Page 85: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 77

Yang Berhormat Senator Puan Azizah binti Harun, ada. Pertanyaan tentang isu banjir yang tidak menentu yang berpunca daripada sistem perparitan yang tidak terurus, contohnya di kawasan Parlimen Sepang. Memang benar antara faktor utama yang menyebabkan banjir tersebut adalah daripada sistem perparitan dalaman yang tidak sempurna penyelenggaraannya.

Menurut seksyen 50, Akta 133, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974, tanggungjawab penyelenggaraan sistem saliran adalah di bawah bidang pihak berkuasa tempatan. Bolehlah ini dijadikan sebagai salah satu panduan untuk kita, untuk pihak Yang Berhormat Senator sentiasa memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan supaya kejadian tersebut tidak berlaku. Pihak JPS bersedia pada bila-bila masa untuk membantu pihak-pihak yang terlibat daripada segi khidmat nasihat teknikal. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed, tidak ada. Kalau tidak ada, saya jawab secara bertulis.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Ada.

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada, ada.

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Saya pandang kanan. Yang menyarankan

kerajaan supaya kerja-kerja pembinaan Empangan Lebir dan Nenggiri disegerakan. Ada berita baik iaitu dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah pun mengumumkan bahawa pembinaan kedua-dua empangan tersebut, empangan serba guna untuk jana kuasa dan untuk tebatan banjir di Kelantan iaitu Empangan Lebir dan Empangan Nenggiri telah pun setuju untuk dibina. Empangan ini merupakan empangan pelbagai guna iaitu empangan hidro elektrik dan juga berfungsi sebagai empangan tebatan banjir.

Pada masa ini, kerja-kerja bagi Empangan Nenggiri sedang dibuat kajian-kajian EIA dan bagi Lebir masih lagi perbincangan antara pihak TNB, EPU dan juga JPS bagi mencari satu pendekatan yang terbaru untuk collaborate, untuk selaraskan kedua-dua

fungsi. Yang tadi saya sebut Nenggiri selesai, tapi yang lebih ini masih lagi peringkat perbincangan antara ketiga pihak, EPU, kementerian saya, NRE dan juga TNB bagi tujuan menyelaraskan kedua-dua fungsi sebagai penjana kuasa dan juga sebagai empangan tebatan banjir.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah, minta maaf, saya pandang kanan. Mohon kerajaan menjelaskan tindakan kerajaan dalam mengatasi isu banjir di Malaysia. Bagi mengatasi masalah banjir setiap tahun, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan projek-projek rancangan tebatan banjir yang telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Namun begitu, ini hanya melibatkan kawasan-kawasan yang mana peruntukan telah diluluskan projek-projek pembangunan. Peruntukan telah diluluskan, projek-projek pembangunan dan menaikkan taraf infrastruktur oleh Kerajaan Persekutuan sahaja dan dijalankan secara berperingkat-peringkat kerana ia melibatkan kos yang sangat tinggi.

Walau bagaimanapun, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah pun menyediakan lebih kurang RM8 bilion bagi tujuan tersebut, di mana tahun ini saja kerajaan telah menyediakan RM1.3 bilion dan tahun depan, insya-Allah di bawah Rolling Plan 1 -

RM1.4 bilion. Pada yang sama juga, aspek penyelenggaraan amat penting untuk dijalankan secara berkala oleh kerajaan-kerajaan negeri agar infrastruktur yang telah dibangunkan kekal berfungsi seperti yang telah direka bentuk untuk memastikan bahawa ia berfungsi semasa musim tengkujuh dan mengelakkan banjir.

Kerajaan juga sedang melaksanakan PRAB iaitu Program Ramalan dan Amaran Banjir yang dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun iaitu 2015 tahun dan 2022. Dalam tempoh tujuh tahun, di mana fasa satu projek ini telah pun bermula dan dijangka siap pada awal tahun 2018. Projek PRAB fasa 1 ini akan dilaksanakan di tiga lembangan sungai utama iaitu Sungai Kelantan, Sungai Pahang dan Sungai Terengganu. Bagi fasa 2 pula ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Page 86: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

78 DN 26.4.2016

Secara umumnya, amaran banjir akan dapat ditingkatkan daripada segi tempoh memberi amaran daripada 6 jam kepada 2 hari dan bagi ramalan daripada 24 jam kepada tujuh hari.

Pada masa yang sama juga, program jangka panjang, JPS akan melaksanakan kajian dan program pembangunan model water balance bagi pengurusan sumber air negara iaitu National Water Balance atau NAWABS yang sedang dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Permohonan model water balance ini akan dilaksanakan di 5 lembangan sungai utama iaitu Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Bernam dan Sungai Klang. Dengan siapnya program ini, ia berkemampuan membantu pengurusan sumber air, termasuk dalam menentukan opsyen pengagihan sumber air.

NAWABS ini juga mampu membuat ramalan kemarau lebih awal dengan disokong dengan amaran kemarau 14 hari lebih awal. Secara keseluruhan, melalui output daripada NAWABS mampu membantu pengurus sumber air menghasilkan perancangan lebih efisien dalam semua aspek pengurusan sumber air di peringkat lembangan. Ertinya, kita ada air atau kita ada inventori sumber-sumber air, termasuk air dalam tanah, air di muka bumi, kolam dan sebagainya.

Kemudian diukur pula jumlah kegunaan dan dapat diurus dengan sempurna supaya pada musim kemarau kita tidak berdepan dengan kekurangan air seperti yang berlaku sekarang. Yang Berhormat Senator Datuk Zali bin Mat Yasin, tidak ada ya. Tadi saya sudah sebut saya jawab secara bertulis dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar. Mohon penjelasan mengenai status projek dan kerja mendalamkan Sungai Pahang.

Komponen mendalamkan sungai salah satu opsyen yang dikaji dalam sesebuah kajian pelan induk atau kajian reka bentuk terperinci tebatan banjir. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kajian dan reka bentuk terperinci ke atas lembangan Sungai Pahang telah pun dimulakan sejak November 2015 dan dijangka siap pada Oktober 2016. Ia sedang dalam peringkat pelaporan interim pada peringkat ini dan insya-Allah akan dilaksanakan sebahagiannya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas. Yang Berhormat Senator Dato' Khairudin bin Samad tidak ada, saya jawab secara bertulis.

■1750

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Titah Diraja pada Mesyuarat Pertama ini. Saya berharap daripada penjelasan tersebut, ia telah dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Walaupun setakat ini Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya atau saya belum lagi belum dapat menjawab soalan lisan berkaitan dengan kementerian ini kerana belum naik lagi. Kita akan ambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak saya jawab pada kali ini akan diambil catatan untuk tindakan susulan. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Hamim bin

Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menjawab dengan baik dan puas. Sekarang saya minta kita pergi kepada perkara 22 - Kementerian Pendidikan. Sila Yang Berhormat.

5.51 ptg.

Menteri Pendidikan [Dato’ Seri Mahdzir Khalid]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan tahniah atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara yang baru.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Page 87: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 79

Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 27 orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah terlibat membahaskan isu-isu pendidikan sepanjang perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Secara keseluruhannya, perbahasaan ini boleh dirumuskan kepada 11 perkara yang telah dibangkitkan iaitu:

(i) isu yang berkaitan dengan keguruan;

(ii) hal ehwal murid;

(iii) bantuan pendidikan;

(iv) kurikulum;

(v) meningkatkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

(vi) Technical Vocational, Education and Training, dengan izin;

(vii) Sekolah Berprestasi Tinggi;

(viii) pembangunan pendidikan dan dasar pendidikan;

(ix) kemudahan ICT; dan,

(x) pendidikan Cina.

Saya amat menghargai dan mengambil perhatian kepada semua pandangan, teguran dan cadangan yang telah dikemukakan demi untuk memastikan kelangsungan sistem pendidikan negara yang terus relevan dan saya cuba menjawab semua isu yang dibangkitkan mengikut keutamaan, Tuan Yang di-Pertua.

Misalnya bercakap tentang keguruan ini, Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok membangkitkan mengenai dengan isu dasar 90:10- 90:10 ini adalah dasar yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai dengan jumlah guru. 90 peratus orang guru yang mengajar di Sabah dan juga Sarawak adalah dari anak tempatan Sabah Sarawak dan 10 peratus daripada guru-guru di luar daripada negeri asal di Sabah ataupun di Sarawak. Pengumuman ini telah dibuat pada 16 September 2015 dan minta supaya Kementerian Pendidikan dalam tempoh tiga tahun dapat merealisasikan hasrat supaya di Sarawak misalnya, 90 peratus daripada guru-guru itu anak tempatan Sarawak.

Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa di Sarawak, sudah ada lebih kurang 81 peratus orang guru-guru tempatan yang mengajar di Sarawak. Jadi, memerlukan 9 peratus penempatan guru tambahan. Begitu juga di negeri Sabah. Kita telah mempunyai beberapa strategi untuk menentukan bahawa anak-anak tempatan di Sarawak dan juga di Sabah. Soalan ini lebih pada Sarawak, untuk menentukan bahawa mereka dapat mengajar di negeri Sarawak. Antara perkara yang dibuat ialah mengambil keutamaan pertukaran guru khususnya guru-guru dari Semenanjung yang telah memohon untuk balik mengajar di Semenanjung dan tempat itu diganti dengan guru baru daripada anak-anak Sarawak. Proses ini akan berjalan selama tiga tahun dan kita yakin bahawa kita akan dapat memenuhi apa yang disebut sebagai Dasar 90:10.

Begitu juga dengan Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal yang bertanya mengenai bilangan guru. Bilangan guru sehingga hari ini ialah 422,464 orang dan daripada 422,464 orang itu, guru keseluruhannya ada ikut negeri yang boleh dilihat, ikut jumlah sekolah dan jumlah murid. Ia yang paling ramai guru berada di negeri Selangor dan juga di negeri Johor, diikuti dengan negeri Perak dan seterusnya di negeri-negeri yang lain.

Daripada segi dari mana asal guru yang paling ramai, Tuan Yang di-Pertua, yang paling ramai guru datangnya dari negeri Kelantan. Orang Kelantan yang paling ramai jadi guru diikuti dengan orang negeri Kedah. Jadi sebab itu apabila hendak balik ke Kelantan ini, bertukar untuk balik ke Kelantan ini memang susah hendak dapat sebab di Kelantan itu sendiri sudah penuh. Ramai guru Kelantan minta untuk balik ke Besut, ke Gerik, ke Pahang sebab yang itu kiranya dekat dengan negeri Kelantan.

Page 88: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

80 DN 26.4.2016

Seterusnya, sukalah saya hendak memaklumkan di sini apa yang dibangkitkan berkaitan dengan cara guru-guru yang dipilih untuk menjadi guru. Hari ini, guru-guru semua melalui program yang dipanggil sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru dan juga satu lagi ialah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Awam. Untuk IPG, kebanyakan guru ini yang kita hantar ke sekolah rendah dan manakala di Universiti Awam untuk ditempatkan di sekolah menengah.

Walau bagaimanapun seperti yang disebut tadi, kita telah mempunyai 422 orang guru yang bersara wajib ataupun dalam istilah perkhidmatan disebut sebagai bersara paksa. Maknanya sampai umur 60 tahun. Keseluruhannya akan diambil kira untuk penempatan guru yang baru. Jadi setiap tahun kita ada guru yang bersara wajib dan guru yang bersara pilihan dan satu lagi pembukaan sekolah-sekolah baru. Itu sahajalah yang ada hari ini kalau dibandingkan dengan pada tahun awal 80-an, barangkali jumlah kekosongan guru itu besar. Akan tetapi hari ini jumlah kekosongan guru itu semakin hari semakin kecil. Jadi, pengambilan guru untuk IPG misalnya untuk memasuki Institut Pendidikan Guru ini melalui proses dikenali sebagai supply and demand, dengan izin. Maknanya jumlah yang bersara, jumlah itulah yang diambil untuk memasuki bidang-bidang yang ada di IPG.

Seterusnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Isa bin Ab Hamid. Ini berkaitan dengan anak-anak Orang Asli. Sukalah saya menyebut di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa anak-anak Orang Asli juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa anak-anak Orang Asli mendapat pendidikan formal seperti mana dengan anak-anak yang lain dalam negara. Jadi kita tentukan bahawa semua sekolah kebangsaan mereka wujud di semua kawasan perkampungan Orang Asli. Sehingga ini, disebut, ditanya mengenai dengan keciciran. Sukalah saya menyebut di sini bahawa kadar di sekolah rendah, keciciran dalam kalangan Orang Asli lebih kurang dalam 16.7 peratus manakala di sekolah menengah lebih besar sedikit lebih kurang dalam 33 peratus.

■1800

Untuk tujuan ini, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan apa yang dipanggil sekolah komprehensif sembilan tahun atau disebut K-9 dengan izin. K-9 ini maknanya enam tahun sekolah rendah, Tingkatan 1, 2 dan 3 di sekolah yang sama. Itu kita panggil comprehensive school, dengan izin. Maknanya dia belajar sembilan tahun di tempat yang sama dan dia akan pergi ke Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di sekolah lain.

Untuk tujuan ini, lima buah sekolah di Semenanjung telah beroperasi sebagai sekolah K-9 dan kita dapat mengurangkan peratus keciciran murid anak-anak Orang Asli. Antara sekolah-sekolah yang telah beroperasi, misalnya dua di Hulu Perak iaitu Kemar dan Banun, kemudian Kuala Lipis, Pahang di Betau dan juga di Kuala Langat, Selangor iaitu di Bukit Kemandol untuk anak-anak Orang Asli. Kita juga menyediakan peluang kepada mereka dalam bidang latihan di kolej-kolej vokasional.

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon Som telah membangkitkan mengenai dengan peluang kepada murid-murid dalam kalangan masyarakat Siam dalam sistem pendidikan negara. Sukalah saya menyebut bahawa seperti juga yang saya sebut tadi, murid daripada keturunan Siam adalah sebahagian daripada warga kita dan kita tidak mendiskriminasikan, kita memberi peluang yang sama untuk mereka memperoleh pencapaian akademik, kokurikulum dan kepimpinan.

Jadi ini saya hendak sebut sikit, Tuan Yang di-Pertua, sebab saya juga mempunyai pengundi iaitu lebih kurang 3,000 orang pengundi daripada kalangan masyarakat Siam. Kita keliru. Kadang-kadang kita keliru sebab masyarakat Siam ini, masyarakat Siam keturunan Siam warganegara Malaysia, tapi kalau orang kita sendiri Tuan Yang di-Pertua, kita panggil dia orang Thai. Dia bukan tidak happy, memang dia marahlah

kalau kita panggil dia orang Thai. Dia bukan orang Thai. Dia keturunan Siam warganegara Malaysia. Akan tetapi kalau kita tanya dia, “Kamu orang Thaikah?” Orang Thai itu maksudnya orang Thailand sedangkan dia warganegara Malaysia. Orang keturunan Siam, warganegara Malaysia. Itu satu.

Kedua, ada juga kes di tempat lain yang tidak ada masyarakat Siam, dia pun tanya, “Macam mana kamu boleh jadi inspektor polis?” Dia ingat dia itu datang daripada Siam. Satu.

Page 89: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 81

Kedua, bila kawan itu hendak balik ke utara dari Kuala Lumpur ini, dia pesan suruh bawa beras wangilah, suruh bawa bahan-bahan tomyamlah padahal dia hendak balik ke Kedah sahaja, balik ke Baling sahaja. Jadi, ini ada sedikit kekeliruan antara masyarakat Siam dan Thai itu sendiri. Jadi saya betulkan ini dalam Dewan yang mulia ini kerana kita hendak supaya mereka faham bahawa mereka adalah sebahagian daripada kaum Bumiputera yang ada dalam negara. Yang Berhormat Senator, ya.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, sila. Siam ya.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih kerana Yang Berhormat Menteri sendiri memberi penerangan terhadap masyarakat Siam yang memahami masyarakat Siam kerana ramai pengundi menyokong- peti undi Lemdin itu bagi sokongan kepada Yang Berhormat Menteri seratus percent. Tidak ada satu pun miss dalam dua pilihan raya. Jadi, inilah pemimpin yang kita perlu sanjung. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tepuk sikit, tepuk sikit. Sila, sila.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Seterusnya, ada juga berbangkit daripada Yang

Berhormat Puan Hajah Khairiah mengenai dengan konsep bergotong royong bagi mengelakkan kes, ini masih berkaitan dengan sekolah- kes ular patuk pelajar. Pelajar yang dipatuk ular baru-baru ini di Kelantan dan juga di Negeri Sembilan. Kita mengambil maklum tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat.

Kemudian, Yang Berhormat Senator Puan Shahanim membangkitkan mengenai dengan isu keselamatan pelajar yang membimbangkan mengenai dengan kemalangan, perdagangan manusia. Ini juga kita mengambil maklum berkaitan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan pelajar di sekolah, keselamatan pelajar di jalan raya dan keselamatan pelajar ketika balik ataupun datang ke sekolah yang melibatkan ibu bapa, masyarakat terutamanya sekolah-sekolah yang berada di luar bandar.

Sukalah saya sebut kepada Dewan yang mulia ini, kita di Malaysia sebenarnya mempunyai lima buah kawasan persekolahan iaitu yang pertamanya, kawasan persekolahan bandar; keduanya, kawasan persekolahan pinggir bandar; ketiga, kawasan luar bandar; dan yang keempat, kawasan pedalaman.

Pedalaman ini ada di negeri Sarawak, ada di negeri Sabah dan ada di negeri-negeri Semenanjung di Kelantan, di Pahang, di Terengganu. Ada kawasan yang disebut sebagai ‘P’. ‘P’ pula ada tiga yang dipanggil P1, P2 dan P3. P3 inilah yang paling jauhi, yang paling remote sekali. Di Sarawak misalnya di Daerah Lubok Antu, ada sebuah sekolah, kita hendak pergi situ, sudah sampai Lubok Antu, dari Lubok Antu itu hendak pergi ke sekolah kena naik perahu selama lima jam. Itu antara remote, yang paling jauh hendak sampai ke sebuah sekolah kebangsaan. Jadi, kita mengambil maklum hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat mengenai dengan keselamatan pelajar.

Seterusnya, bantuan pendidikan. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Azizah mengenai dengan pendapatan isi rumah yang melibatkan pendapatan ibu bapa di bandar dan luar bandar.

Kalau kita ikut dalam B40, pendapatan di bawah B40 ini adalah di bawah RM3,000. Kemudian ada satu lagi pendapatan dipanggil M40. M40 di bawah RM8,000 gajinya. Jadi yang B40 ini saya ingat kita mengambil kira sama ada di bandar atau di luar bandar tetapi satu lagi kategori iaitu M40 yang gajinya RM8,000 ke bawah, ini juga disusun oleh kerajaan bagaimana bantuan dibuat. Sehingga hari ini, kerajaan mempunyai, saya sukalah sebut di sini, ada sepuluh jenis bantuan kerajaan di sekolah. Boleh saya baca di sini, Tuan Yang di-Pertua iaitu:

(i) Bantuan Geran Per Kapita;

(ii) Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah;

Page 90: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

82 DN 26.4.2016

(iii) Bantuan Makanan Prasekolah;

(iv) Bantuan Bayaran Tambahan Pra Persekolahan;

(v) Bantuan Kokurikulum Sekolah;

(vi) Bantuan Kokurikulum Asrama;

(vii) Bantuan Kokurikulum Prasekolah;

(viii) Yuran Khas Sekolah; dan

(ix) Bantuan Sukan Sekolah.

Total keseluruhan bantuan ini, misalnya tahun 2016, melibatkan peruntukan sebanyak RM2.9 bilion.

Ada satu lagi yang saya tidak baca di sini iaitu Yuran UPSR, Yuran SPM dan Yuran STPM untuk tujuan peperiksaan yang juga ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya. Jadi, kerajaan memberi bayaran kepada semua pelajar. Kalau STPM misalnya, ada 50,000 orang pelajar, datang duduk sahaja, RM250 dibayar oleh kerajaan. SPM, RM140 seorang. Lebih kurang RM500,000 dibayar oleh kerajaan. UPSR juga dibayar oleh kerajaan dengan yuran peperiksaan UPSR, saya ingat, lebih kurang RM20. Itu pun kalau ikut Lembaga Peperiksaan tidak cukup sebab jumlah itu kecil.

Kemudian dicadangkan juga oleh Yang Berhormat Senator Puan Shahanim mengenai dengan perlindungan diri dan keluarga pelajar. Ini melibatkan insurans. Sukalah saya menyebut di sini bahawa telah dilaksanakan satu program Sistem Perlindungan Takaful Pelajar Sekolah selama ini dengan perbelanjaan lebih kurang RM7.9 juta dengan tiap-tiap pelajar telah mempunyai insurans bernilai RM1.50 setahun yang ada sekarang ini. RM1.50 setahun untuk semua lima juta orang pelajar. Jadi, kita boleh tengok bagaimana kalau kita boleh melihat kembali Skim Perlindungan ini pada masa yang akan datang.

■1810

Seterusnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal mengenai dengan lawatan-lawatan sambil belajar ke luar negara oleh pelajar-pelajar. Ini program setempat, program yang melibatkan sekolah dan masyarakat dan ibu bapa. Jadi kita di peringkat kementerian tidak mempunyai halangan. Cumanya ini ditanggung sendiri oleh pihak keluarga. Saya sedar ada sesetengah ibu bapa yang mencadangkan atau membawa rombongan pelajar-pelajar ini untuk tujuan motivasi ke tempat-tempat tertentu. Lawatan-lawatan ini lawatan dianjurkan oleh sekolah atas inisiatif ibu bapa. Jadi saya kira bahawa ia boleh dibuat tetapi kita tidak dapat hendak melihat perkara ini secara rasminya kerana ia melibatkan sejumlah pelajar yang begitu banyak. Kita ada pelajar di sekolah rendah dan menengah sekarang ini berada dalam pembelajaran sebanyak 5 juta orang pelajar.

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul juga menyebut tentang tabung PIBG. Sehingga hari ini kita belum muktamadkan lagi apa yang disebut oleh mantan Menteri Pendidikan yang berkaitan dengan tabung atau yuran tabung PIBG.

Seterusnya, kurikulum pendidikan. Saya cuba paling pantaslah Tuan Yang di-Pertua kerana saya telah diberi masa hanya 15 minit untuk menyelesaikan semua ini. Yang Berhormat Senator Y.M. Engku Naimah binti Engku Taib penjelasan berhubung dengan prestasi murid di peringkat antarabangsa untuk PISA dan TIMSS di peringkat antarabangsa untuk PISA dan TIMSS. Saya hendak menyebut di sini bahawa berbagai-bagai inisiatif jangka pendek atau jangka panjang sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk meningkatkan pencapaian murid dalam ujian yang dibuat sama ada TIMSS dan PISA iaitu bagaimana mengukur kejayaan sesebuah negara daripada segi pencapaian murid dibuat di peringkat antarabangsa. Perkara ini ada kaitan dengan elemen kemahiran berfikir aras tinggi. Selalu kalau di sekolah atau pun guru sebut KBAT. Kalau Ahli Yang Berhormat dengar perkataan KBAT itu bermakna ia menyebut mengenai kemahiran berfikir aras tinggi. KBAT juga ada kaitan dengan bilik darjah abad ke-21.

Jadi bilik darjah abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi ini merupakan dua perkara yang sinonim dengan guru-guru pada waktu ini kerana hendak memperkenalkan bagaimana kreativiti dan inovasi dapat memainkan peranan supaya pemikiran pelajar berada pada tahap yang lebih tinggi. Penerapan ini membolehkan pelajar-pelajar kita berfikir.

Page 91: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 83

Saya berada di persidangan Lembaga Pengarah UNESCO dua minggu yang lalu. Mereka telah membawa sekumpulan pelajar Darjah Tiga ke pejabat UNESCO, 60 kilometer dari Kota Paris. Pelajar in di luar sedikit dari bandar tetapi mereka hendak tunjukkan kepada Ahli Lembaga Pengarah UNESCO bahawa walaupun sembilan tahun tetapi budak-budak ini sudah boleh berfikir. Jadi bagaimana mereka telah memasukkan elemen KBAT in id juga kelas abad ke-21 di negara yang sudah maju. Ini merupakan satu perkara yang pada saya akan dibuat secara berterusan, TIMSS dan PISA untuk melihat kerangka kerja yang lebih besar pada masa depan.

Selain daripada itu Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim juga minta supaya memperkasakan, dia pun tidak ada dalam Dewan ini, memperkasakan subjek sejarah. Saya akan jawablah kepada beliau secara bertulis.

Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin juga minta supaya melahirkan ilmuwan yang holistik seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu memalui Sekolah Imtiaz. Ini juga merupakan satu perkara yang sedang dilakukan oleh kementerian dan bukan sahaja untuk pelajar-pelajar Islam tetapi juga pelajar semua sekali. Maknanya kita seimbangkan antara pelajaran akademik dan juga kejayaannya untuk membina sahsiah dirinya sendiri, jati diri.

Oleh sebab itu kita hendak supaya bidang kurikulum, bidang sukan, Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam misalnya telah memohon untuk diperkenalkan “Satu Silat Satu Sekolah” untuk diberi kepada anak-anak sekolah. Ini membolehkan anak murid yang kita ajar di sekolah itu seimbang. Jadi saya selalu di luar sana saya menggunakan perkataan cerdik dan pandai. Jadi kita hendak murid itu pandai, dapat 10A tetapi pada masa yang sama saya hendak murid ini juga cerdik. Kalau dia pandai sahaja tetapi kalau dia tidak cerdik, dia tidak boleh hidup dalam dunia hari ini. Jadi kena jadi cerdik pandai, barulah dia boleh hidup dalam dunia hari ini.

Ada lagi perkara yang dibangkitkan di sini misalnya memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris. Ada ramai juga Ahli-ahli Senator, Yang Berhormat Datuk Lihan Jok, Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh yang telah membangkitkan mengenai dengan peningkatan bahasa Inggeris. Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat, Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed, Yang Berhormat Dato’ Adam bin Abdul Hamid, Yang Berhormat Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit yang telah pun membangkitkan mengenai dengan keperluan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Saya amat bersetuju dengan kesemua Ahli Yang Berhormat Senator yang sebut mengenai dengan perkara yang berkaitan dengan memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris. Ini kerana saya tengok bahawa kita boleh kukuhkan Bahasa Melayu dan pada masa yang sama kita mencari jalan untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris di semua level, sama ada di bandar ataupun di luar bandar.

Selain daripada itu, Ahli-ahli Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman misalnya bangkitkan mengenai dengan pendidikan TVET, Teknikal Vokasional. Yang Berhormat Profesor Dr. Mohd Nor bin Haji R.M. Monutty membangkitkan mengenai sekolah berprestasi tinggi yang pada saya kalau sekolah TVET, TVET sekarang satu aliran yang penting untuk negara kita, Technical Vocational Education Training, dengan izin, yang memerlukan kita commit untuk mengadakan bidang ini supaya bidang ini selari dengan akademik di peringkat negara. Satu lagi sekolah berprestasi tinggi. Ini juga merupakan tujuan kerajaan untuk melihat bahawa kejayaan anak-anak kita melalui sekolah berprestasi tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang tidak dapat saya sebutkan di sini secara keseluruhannya saya minta supaya saya boleh memberi secara bertulis kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator, Ahli-ahli Dewan Negara kerana saya telah diberi signal dua kali untuk menamatkan ulasan saya...

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Mohon sedikit penjelasan.

Page 92: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

84 DN 26.4.2016

Timbalan Yang di-Pertua: Ringkaskan.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih. Berkaitan dengan apa yang

dijelaskan tadi berkenaan dengan KBAT dengan kedudukan Malaysia dalam PISA dan juga TIMSS. Saya ingin penjelasan. Jika kita lihat kepada pencapaian Malaysia di dalam PISA dan TIMSS sebelum PPSMI dilaksanakan, kita berada pada kedudukan 10 terbaik tetapi jika kita lihat pencapaian Malaysia dalam PISA dan TIMSS ini selepas PPSMI, kedudukan kita adalah antara yang tercorot.

Jadi saya mohon penjelasan Menteri, adakah kedudukan kita di dalam PISA dan TIMSS ini berkait juga dengan pelaksanaan PPSMI di Malaysia selain daripada apa yang disebut tadi ada kaitannya dengan KBAT? Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Sebenarnya macam PISA ini Programme International Students Assessment. Ia merupakan satu assessment kepada student.

■1820

Jadi, dia bukanlah sebuah badan. Dia pergi kepada semua negara membuat assessment mengenai dengan student. Ini dijemput datang dan dijemput datang untuk membuat assessment. Body, misalnya PISA dibuat oleh OECD. OECD ini berpangkalan di Paris. Bila dia datang dia buat assessment. Bila assessment dibuat barulah ada result.

Macam tahun ini, tahun 2016 ini kita jemput OECD datang dan sedang membuat penilaian secara keseluruhan di tiap-tiap negeri di mana pencapaian kita. Hujung tahun ini kita akan ada satu result PISA misalnya.

Begitu juga dengan Team. Team ini dibuat oleh body yang lain pula dan body ini

kita kena jemput dan datang untuk melihat. Dia bukanlah kata dia sebuah badan yang kalau dalam bidang accountant ini, dalam dunia korporat ini dia macam KPMG, dia macam Ernst & Young. Macam itulah, jadi melihat. Dia buat penilaian terhadap proses pembelajaran kita. Jadi, dari semasa ke semasa dibuat. Jadi, sebab itu bila kita tidak ada assessment itu kita

tidak tahu kita di mana.

Jadi, insya-Allah pada hujung tahun ini bulan Disember tahun ini, awal tahun depan kita akan tahu status kita di peringkat International cara dan proses pembelajaran kita di mana. Itulah lebih kurang saya jawab. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua rakan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian. Minta maaf saya tidak menjawab semua sekali dan insya-Allah saya akan memberi maklum balas dari semasa ke semasa.

Pandangan, idea, buah fikiran semua yang terlibat ini saya ambil maklum dan yang mana yang boleh kita kembangkan sebagai idea di peringkat kementerian kita akan bawa dan kita akan jadikan ia sebagai salah satu agenda di peringkat kementerian. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir

Khalid. Apa yang disyorkan oleh Yang Berhormat tadi dekat di hati saya sebab saya bekas guru. Saya pernah berkhidmat dengan Menteri sebagai Setiausaha Sulit Kanan Menteri itu Menteri Pendidikan. Cerita hal guru di Kelantan saya faham. Lubok Antu, macam-macam saya tahu. Selalu orang tanya saya kalau saya buat ucapan untuk Menteri Hari Guru, saya akan taruk di situ apakah kepuasan seorang pendidik itu.

Saya katakan bahawa kepuasan seorang pendidik itu melihat anak didiknya menjadi manusia yang berjaya. Itu saya katakan. Pernah dalam ucapan, masa itu saya berkhidmat dengan Dato’ Seri Najib semasa dia menjadi Menteri Pendidikan. Itu ceritanya. Tahun 1980 semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Pelajaran. Inilah yang saya katakan apakah kepuasan iaitu melihat anak didik yang menjadi doktor, yang menjadi wakil rakyat. Jadi, teruskanlah. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir Khalid. Jelas dan terang dan kita puas hati dan kita dengar apa yang kita tidak tahu sudah kita tahu.

Satu perkara yang saya hendak beritahu semasa saya di Sarawak. Tengok sebelah enam kaki, tengok rumah panjang macam ini, jauh. Kemudian saya tanya kepada orang itu. Saya kata kaki saya lenguh sangat ini. Dia kata mari sini haji. Tolong rendamkan kaki kamu ini dalam air ini, air sungai ini. Tidak sampai seminit hilang lenguh itu. Ini betul hendak belajar itu. Terima kasih banyak Yang Berhormat dan sekarang saya minta pula perkara 23, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Dipersilakan.

Page 93: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 85

6.24 ptg.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato' Jailani bin Johari]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya sepanjang sesi perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Yang Ketiga belas. Seramai empat orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan perkara-perkara di bawah tanggungjawab kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad berkaitan dengan patriotisme, sivik, Rukun Negara melalui penyiaran. Bagi penyiaran awam, kementerian ini melalui Jabatan Penyiaran Malaysia atau pun RTM yang berperanan sebagai badan penyiar kerajaan sentiasa mendukung aspirasi nasional untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Justeru, program yang disiarkan sama ada terbitan RTM sendiri atau pun yang dibekalkan oleh syarikat swasta sentiasa mempromosi perpaduan dan kesejahteraan hidup dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang positif sering ditonjolkan dalam penerbitan program khususnya drama, telemovie dan juga hiburan. Mengenai cadangan pengisian slot rukun negara semasa iklan setiap rancangan, pihak RTM akan meningkatkan kekerapan Pesanan Khidmat Awam (PSA) Rukun Negara di semua saluran TV dan juga radio. Selain menyiarkan program saluran TV, RTM menyediakan jajaran khusus untuk mempromosi PSA yang bertujuan menyampaikan mesej, mendidik dan memberi kesedaran kepada khalayak supaya menghargai keamanan, menanamkan rasa cinta terhadap negara dan menyuburkan semangat saling hormat-menghormati antara kelompok dan rumpun masyarakat majmuk.

Selain yang dijadualkan, saluran-saluran TV dari semasa ke semasa menyiarkan pelbagai kempen dan PSA serta lagu-lagu patriotik jika ada ruang masa yang sesuai. Pada masa ini kempen-kempen dan PSA juga telah disiarkan semasa breaker, dengan izin, sesuatu rancangan, tiga minit daripada masa siaran diperuntukkan untuk siaran PSA bagi setiap jam.

Bagi penyiaran TV swasta, penyiaran ‘Lagu Negaraku’ di stesen TV telah pun dipraktikkan. Selain daripada ‘Lagu Negaraku’, penyiar TV swasta turut menyiarkan lagu-lagu patriotik lain seperti ‘Kibarlah Jalur Gemilang’, dan ‘Lagu 1Malaysia’. Stesen TV swasta juga sentiasa menyiarkan klip-klip video lagu patriotik dan pesanan khidmat masyarakat mengenai nilai-nilai murni dan patriotik dalam usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi penjelasan mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar mengenai isu penyebaran fahaman ekstrem ataupun liberal agama tohmahan dan ancaman melalui media sosial.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang kesalahan yang dilakukan menggunakan platform internet termasuk penyebaran fitnah ataupun berita palsu adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, dan Kanun Keseksaan Akta 574 selain daripada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kini sedang di peringkat akhir proses pindaan yang antara lain akan memperkukuhkan dan mengemaskan mekanisme kawalan selia internet dan media baru sedia ada. Pindaan ini juga turut mengambil kira teknologi terkini dan persekitaran yang sudah berubah sepanjang tempoh 18 tahun sejak akta ini bermula pada tahun 1998.

Page 94: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

86 DN 26.4.2016

Selain daripada cadangan pindaan kepada Akta 1998 bagi memperkukuhkan mekanisme kawal selia internet dan media baru, pihak kerajaan juga telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia dan juga diterajui oleh Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Peguam Negara antara ahli-ahli anggota mesyuarat tersebut.

Jawatankuasa khas ini ditubuhkan untuk:

(i) memperkukuhkan koordinasi dan jalinan kerjasama antara agensi bagi memantau dan membanteras isu-isu berkaitan penyalahgunaan internet dan media baru;

(ii) memastikan tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang menyalahgunakan media sosial bagi tujuan menyemai kebencian kepada institusi kerajaan; dan

(iii) mengelakkan media sosial menjadi punca pencetus kekacauan melalui penyebaran pembohongan, kebencian dan kumpulan ekstremis agama.

■1830

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dari tahun 2010 hingga Mac 2016 sebanyak 22 orang individu ataupun pemilik akaun media sosial, laman sesawang dan blog telah didakwa kerana didapati bersalah menyalahgunakan media baru untuk pelbagai tujuan. Bagi tahun 2016 hingga akhir bulan Mac tahun ini pihak SKMM juga telah menyiasat sebanyak 32 kes penyalahgunaan internet dan media baru di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklum balas mengenai persoalan isu infrastruktur telekomunikasi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama daripada syarikat swasta sedang merangka pelbagai perancangan yang terperinci dalam usaha mencapai sasaran 95 peratus liputan jalur lebar menjelang tahun 2020 yang merangkumi kawasan bandar dan juga luar bandar. Buat masa ini pihak kementerian melalui SKMM dengan kerjasama pihak swasta telah mula melaksanakan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 dan Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang lebih berkualiti di seluruh negara.

Sebelum saya meneruskan jawapan sukacita saya ingin menjelaskan mengenai isu pemberian kontrak pembekalan kepada syarikat besar antarabangsa seperti Huawei. Kontrak pembekalan yang diberikan kepada syarikat-syarikat asing merupakan kontrak bagi pembekalan peralatan telekomunikasi. Pembekalan peralatan telekomunikasi terpaksa diambil terus daripada syarikat-syarikat asing seperti Huawei kerana pada masa ini tiada syarikat tempatan yang memiliki dan mengeluarkan peralatan telekomunikasi berteknologi tinggi yang sesuai dengan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi. Penawaran kontrak pembekalan yang dikeluarkan oleh pihak Telekom Malaysia adalah menyeluruh iaitu diagihkan secara adil kepada syarikat tempatan dan juga syarikat asing.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan perangkaan terkini sehingga bulan Mac 2015 untuk projek jalur lebar fasa kedua pihak Telekom Malaysia telah memberikan kontrak berjumlah RM4,484 juta bagi kerja-kerja pembekalan yang bersesuaian kepada syarikat tempatan. Di mana pecahannya bumi RM3,730 juta dan bukan bumi RM724 juta dan sejumlah RM4,123 juta bagi pembelian peralatan telekomunikasi daripada syarikat luar negara.

Kementerian melalui pihak SKMM juga telah melaksanakan Projek WiFi Komuniti yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia sejak tahun 2011. Ini yang bertujuan menyediakan perkhidmatan WiFi secara hotspot kepada penduduk setempat di luar bandar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Projek WiFi Komuniti merupakan satu inisiatif bersifat sementara. Ia bertujuan membantu rakyat mendapatkan akses kepada internet secara kolektif dan setempat sementara pembangunan infrastruktur yang membolehkan internet diakses secara menyeluruh dibina.

Page 95: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 87

Projek ini akan ditamatkan sebaik sahaja akses internet dapat dicapai dengan lebih baik dan menyeluruh oleh penduduk. Program WiFi Komuniti lebih tertumpu kepada penyediaan akses internet secara hotspot dengan capaian liputan terhad secara kolektif kepada komuniti setempat di kawasan tumpuan seperti perpustakaan desa, balai raya dan pusat komuniti di kampung-kampung terpilih di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan WiFi Komuniti diberikan sehingga tamat tempoh kontrak secara berperingkat mulai tahun 2015 terutamanya di kawasan yang sudah mempunyai liputan selular 3G. Maknanya sekiranya kawasan tersebut telah pun ada perkhidmatan 3G, perkhidmatan WiFi Komuniti akan ditamatkan kerana ianya hanyalah pengenalan kepada masyarakat setempat. Sehingga kini terdapat 3,148 WiFi Komuniti yang beroperasi dan 1,761 WiFi Komuniti masih dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara. Jumlah ini menunjukkan bahawa masih terdapat permintaan dan penawaran dalam perkhidmatan internet yang menggunakan WiFi di kawasan luar bandar.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Tuan Yang di-Pertua, begitulah sahaja jawapan daripada pihak kementerian dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh mengenai peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pihak kementerian mengambil perhatian dan mengambil tindakan susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan bagi menambah baik perkhidmatan di bawah bidang kuasa kementerian. Sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang

Kementerian Dalam Negeri. Silakan Yang Berhormat Menteri.

6.35 ptg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Nur Jazlan bin Mohamed]: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah atas lantikan baru.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Sebelum saya menjawab pertanyaan-

pertanyaan yang telah dibangkitkan secara spesifik izinkan saya untuk turut sama menjunjung kasih terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Baginda Tuanku yang telah menyentuh secara langsung berkenaan dengan kementerian ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini daripada 18 April hingga 21 April 2016 yang menyentuh berkenaan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Oleh sebab masa kita yang singkat saya hanya akan menjawab pertanyaan daripada Ahli-ahli yang hadir dalam Dewan hari ini. Jadi saya minta maaflah kalau saya tidak menjawab pertanyaan mana-mana Ahli Dewan yang tidak hadir. Saya akan menggulung perbahasan berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan yang melibatkan perkara-perkara berikut:

(i) keselamatan;

(ii) ketenteraman awam;

(iii) polis dan kawalan sempadan;

(iv) pendaftaran;

Page 96: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

88 DN 26.4.2016

(v) imigresen dan pekerja asing;

(vi) pemerdagangan orang dan penyeludupan migran; dan

(vii) antidadah dan juga hal-hal lain.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat bertanyakan apakah program-program yang telah diselaraskan oleh kerajaan dalam proses pemulihan pesalah-pesalah DAISH. Kerajaan mempunyai program pemulihan khusus kepada tahanan-tahanan yang terlibat dalam kegiatan ekstremis militan yang dikenali sebagai Modul Pemulihan Bersepadu Tahanan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015. Modul Bersepadu Tahanan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) ini dibangunkan secara bersama dengan Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Secara keseluruhan modul ini mempunyai 103 tajuk ceramah yang mengandungi modul kenegaraan, jati diri, psikologi, keselamatan awam dan nilai-nilai murni.

Modul ini telah diterjemahkan dan dicetak dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Perancis dan bahasa Arab. Ia telah dikongsi dengan pelbagai negara yang ingin mempelajari pengalaman dan kaedah Malaysia dalam menjalankan program deklarasi dan juga pemulihan tahanan yang terlibat dalam kegiatan militan dan keganasan yang melampau.

Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat juga bertanyakan apakah tindakan dan hukuman yang dikenakan oleh KDN terhadap lebih 100 orang ekstremis yang ditangkap seperti DAISH. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi individu yang terlibat dalam aktiviti dan ekstremis militan DAISH tindakan dan hukuman yang dikenakan bergantung kepada hasil siasatan dan pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka. Sejak tahun 2013 sehingga 26 April tahun 2016 seramai 179 orang telah ditangkap kerana disyaki atau didapati terlibat dengan elemen DAISH. Daripada jumlah tersebut seramai 73 orang ditahan di bawah SOSMA, 29 orang ditahan di bawah POKA, 10 orang ditahan di bawah POTA dan 49 orang lagi telah dibebaskan, 17 orang diusir kembali ke negara asal dan seorang lagi masih dalam siasatan.

Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin bertanyakan mengapakah POTA tidak digunakan secara menyeluruh dalam menangani aktiviti keganasan kerana dilaporkan ada juga pelaku anti keganasan yang dikenakan hukuman di bawah akta-akta lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan juga Kanun Keseksaan 574.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat selain daripada POTA terdapat beberapa undang-undang lain digubal untuk menangani ancaman keselamatan dan keganasan iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 iaitu SOSMA, Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah 1999 iaitu POKA. Undang-undang ini saling melengkapi antara satu sama lain bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang terlepas daripada tindakan undang-undang ke atas perbuatan mereka.

■1840

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul bertanya mengapakah masih terdapat warga asing berhubung kait dengan pemegang kad pengenalan palsu yang menjadi pengawal keselamatan seperti yang terjadi Shah Alam baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, KDN mewajibkan semua syarikat kawalan keselamatan yang berlesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 untuk membuat pengesahan ketulenan kad pengenalan pengawal-pengawal keselamatan secara biometrik dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Seseorang pengawal keselamatan hendaklah tampil secara fizikal di mana-mana pejabat JPN untuk dibuat semakan ketulenan kad pengenalan mereka secara biometrik.

Semua syarikat kawalan keselamatan juga wajib dan mengambil tanggungjawab untuk membuat permohonan semakan tapisan keselamatan ke atas pengawal-pengawal keselamatan mereka. Hanya pengawal keselamatan telah lulus tapisan keselamatan oleh KDN dan PDRM sahaja yang dibenarkan untuk bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Page 97: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 89

Berhubung dengan tangkapan pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu di Shah Alam baru-baru ini, KDN telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada majikan iaitu syarikat pengawal keselamatan yang menggaji warga asing tersebut dan syarikat akan berhadapan dengan tindakan pembatalan lesen sekiranya mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif bertanya apakah langkah-langkah kerajaan di dalam memastikan drug kingpin ditangkap dan dihapuskan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan memandang serius mengenai isu pengedaran dan penyeludupan dadah oleh sindiket-sindiket pengedaran dadah. Kerajaan melalui PDRM telah melaksanakan banyak strategi untuk membanteras pengedaran dadah sekali gus menumpaskan drug kingpin.

Antaranya ialah untuk memperluaskan lagi jaringan kerjasama daripada peringkat antarabangsa dan tempatan. Kedua, adalah untuk menubuhkan Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) untuk membanteras drug kingpin serta sindiket pengeluaran dadah yang berskala besar. Ketiga, untuk memperketat penguatkuasaan sempadan dengan memperkasakan unit risikan sempadan di negeri-negeri bersempadan dengan Thailand dan menubuhkan unit teknikal imbasan kenderaan. Keempat, mengambil langkah-langkah pencegahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 serta tindakan penyitaan harta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 bagi melumpuhkan sumber kewangan pengedaran dadah ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin dan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif bertanya apakah langkah-langkah kerajaan dalam menghapuskan mesin judi haram di negara ini. PDRM memberikan perhatian serius berkaitan dengan isu perjudian pertamanya yang melibatkan penggunaan internet di seluruh negara. PDRM sentiasa memantau dan menjalankan operasi serta terancang dan berterusan dalam menangani masalah ini. Banyak langkah diambil PDRM bukan sahaja untuk mengesan serta membanteras kegiatan yang dijalankan oleh orang perseorangan malah juga oleh sindiket-sindiket perjudian.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad bertanya kenapakah senjata api milik persendirian yang mempunyai lesen yang sah tidak boleh digunakan semasa situasi kecemasan contohnya apabila pencuri masuk ke rumah sendiri. Hak untuk mempertahankan diri bukan sahaja diberikan kepada pihak berkuasa sahaja tapi hak ini juga diberikan juga kepada orang awam. Namun demikian semua hak tersebut bukan sesuatu yang mutlak sehingga ke tahap membunuh orang dalam setiap situasi untuk mempertahankan diri. Kanun keseksaan mengiktiraf hak mempertahankan diri

Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad: Yang Berhormat Timbalan Menteri minta

laluan? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sekarang ini kalau kita pegang pistol kita tembak penjenayah yang masuk dalam kawasan rumah, kita tembak kena peluru dia mati. Macam mana kita hendak pastikan kita tembak dia tidak mati. Kadang kita tembak pistol naik kena di dada dia, kita tembak kaki pistol melantun kena dada dia, dia meninggal. Itu maksud saya.

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Terima kasih. Sebenarnya dalam hal ini polis

ada mempunyai protokol-protokol yang digunakan untuk menilai situasi semasa penggunaan senjata api ini diperlukan. Jadi saya tidak hendak hurailah secara panjang apa protokol ataupun proses yang digunakan. Akan tetapi, yang pentingnya adalah dalam proses tersebut ia berkisar kepada apakah tindakan yang dibuat oleh pemegang pistol, penembak itu untuk mengelakkan daripada beliau menggunakan pistol tersebut.

Macam tadi Yang Berhormat katakan tadi, kalau sudah tembak itu kita pun tidak tahu ke mana peluru itu hendak pergi. Jadi bila jadi satu pertimbangan yang digunakan oleh mahkamah adalah apakah langkah-langkah yang telah digunakan oleh penembak untuk memastikan bahawa tindakan mereka itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa dan sebagainya.

Page 98: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

90 DN 26.4.2016

Jadi itu, saya rasa merupakan satu yang telah lama diguna pakai oleh polis dan juga mahkamah untuk menentukan kesahihan kes-kes di mana senjata api digunakan untuk menahan atau untuk menghindarkan orang daripada membuat aktiviti jenayah. Saya harap penjelasan itu boleh dipakailah.

Jadi seterusnya, saya hendak pergi kepada Senator Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar yang memohon kerajaan melihat keadaan terkini Balai Polis Kuala Krau Temerloh, Pahang dan menaik taraf balai polis di kawasan tersebut. Jadi perkara ini telah mendapat peruntukan bagi cadangan pembangunan semula balai polis ini dan ia akan digunakan mengikut syarat BLT. Projek ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2017 setelah proses dokumentasi persempadanan tapak tanah tersebut diselesaikan selain daripada penyediaan awal pelan pembangunan oleh pihak PBLT.

Seterusnya, Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff bertanya mengenai masalah dadah yang menular di sekolah dan menjadikan pelajar sebagai sasaran utama dan apakah fungsi pegawai polis yang diletakkan di sekolah. Masalah dadah di kalangan pelajar sekolah berada dalam keadaan terkawal, namun perlu diberi perhatian serius memandangkan mereka merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Oleh itu, PDRM telah mempertingkatkan pengumpulan risikan dan mengadakan operasi berkala bagi mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas sindiket yang mengedar bekalan dadah terutamanya kepada pelajar. PDRM turut mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Antara langkah-langkah yang digunakan oleh PDRM adalah untuk melantik pegawai-pegawai di sekolah-sekolah yang tertentu dan tanggungjawab mereka, peranan PPS ini adalah untuk mengadakan lawatan ke sekolah, mengadakan sesi nasihat kaunseling kepada pelajar yang bermasalah, melaksanakan operasi bersama pihak sekolah dalam menangani disiplin murid dan juga sekiranya diminta mereka juga akan mengadakan pemeriksaan berkala mengenai air kencing dan sebagainya. AADK, Agensi Antidadah Kebangsaan juga mengambil langkah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan terutamanya melalui program SHIELDS, “Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya” dengan meningkatkan kesedaran dan juga mengupayakan ketahanan diri murid-murid dalam penggunaan dadah.

Seterusnya, Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul bertanya bagaimana kerajaan akan menyelesaikan masalah kad pengenalan palsu terutamanya yang melibatkan rakyat Sabah. KDN memandang serius kes-kes pengeluaran dan pengedaran kad pengenalan palsu yang dilakukan oleh individu dan sindiket yang tidak bertanggungjawab kerana ia bukan sahaja menjejaskan nama baik Jabatan Pendaftaran Negara tapi juga mengancam keselamatan negara. Perlu diberi perhatian bahawa individu dan pihak yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan boleh disabitkan kesalahan di bawah peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mana mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Jadi berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2009 ke 2016 sebanyak 2,247 operasi penguatkuasaan telah dijalankan di seluruh negara dan seramai 934 orang telah didakwa. Daripada jumlah tersebut, 183 operasi penguatkuasaan telah dijalankan di negeri Sabah yang melibatkan 21 orang yang telah didakwa.

■1850

Saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa JPN telah melaksanakan atau menambah baik lagi kualiti kad pengenalan yang telah dipertingkatkan bermula 3 Januari 2012 iaitu pengeluaran kad pengenalan biru bertaraf warganegara Malaysia dengan struktur yang baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi untuk mengelakkan pemalsuan kad-kad tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah Yang Berhormat?

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Belum, hendak bagi habis ni. Hampir-hampir

sudah. Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas bertanya mengapakah tiada tindakan bersepadu dan agresif daripada kerajaan dalam pembanterasan penagihan dadah di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menjadikan lokasi tersebut sebagai sarang penagih dadah dan sarang penjualan dadah.

Page 99: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 91

Bagi membanteras penagihan dadah di kawasan PPR yang menjadi lokasi sarang penagih dadah dan sarang penjualan dadah, kerajaan melaksanakan program inisiatif, ‘My Beautiful Malaysia' melalui tindakan PDRM dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Pembandaran dan juga Majlis Daerah, Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan juga sukarelawan NGO yang berkaitan. Jadi, sebanyak 178 buah kawasan berisiko tinggi telah dikenal pasti yang juga melibatkan lebih 56 buah penempatan PPR di seluruh negara.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat bertanya berapakah jumlah penagih yang berdaftar di pusat pemulihan dadah di Malaysia secara sukarela dan berapakah dalam anggaran penagih yang tidak mahu mendaftar secara sukarela. Sistem pengurusan client, MyAADK telah merekodkan daripada Januari ke Disember 2015, client

secara sukarela yang berdaftar dengan institusi di 10 buah Klinik C&C 1Malaysia adalah seramai 2,248 orang dan seramai 1,611 orang telah mengikuti program dalam komuniti. Itu sahajalah yang saya hendak jawab pada hari ini.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Boleh.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya

tidak berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, lantikan Tuan Yang di-Pertua bagi kaum minoriti di Dewan Negara ini

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Jadi saya ingin mencelah kepada Yang

Berhormat Menteri tadi, menyatakan masyarakat Siam, apabila saya minta UiTM supaya memasukkan mereka sebagai untuk belajar di UiTM, mereka ditolak berdasarkan bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak mendaftar mereka di bawah bumiputera. Banyak lagi yang agensi pelaksanaan yang menyoal kedudukan ini, padahal Perdana Menteri di Dewan Negara ini mengatakan orang Siam ini bumiputera. Akan tetapi dalam this list pendaftaran, senarai pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara tidak ada sebut, tiada list masyarakat Siam di dalam list tersebut. Ada saya berucap masa perbahasan Diraja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan

Pendaftaran Negara merekodkan maklumat keturunan semasa pendaftaran kelahiran kanak-kanak berdasarkan kepada keturunan salah seorang ibu atau bapa bagi perkahwinan yang sah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Untuk makluman Yang Berhormat, JPN tidak menentukan spesifikasi atau taraf bumiputera seseorang kanak-kanak berdasarkan keturunan yang direkodkan memandangkan pengklasifikasian taraf bumiputera adalah di luar kuasa JPN. Kita tidak memberi taraf bumiputera pada siapa-siapa pun.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Tuan Yang di-Pertua: Boleh.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Saya hendak tanya di bawah bidang kuasa

siapa? Sebab apa, ramai agensi pelaksanaan menyoal perkara ini. Apabila saya sampaikan kepada UiTM, mereka menyatakan bahawa orang Siam tidak di bawah senarai Jabatan Pendaftaran Negara, di bawah KDN dan juga kepada Kementerian SSM, mendaftar syarikat juga mereka menyebut benda yang sama. Itulah yang saya anggap di bawah tanggungjawab KDN.

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya jawab

tadi memang bukan bawah kita. Akan tetapi yang pentingnya pengklasifikasian tersebut dibuat oleh jabatan-jabatan lain, seperti KKLW dan sebagainya seperti jabatan lain.

Page 100: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

92 DN 26.4.2016

Tujuannya mereka memberikan klasifikasi tersebut menggunakan data Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi status Bumiputera itu memang bukan kita yang berikan, mereka yang tentukan bawah peraturan yang mereka ada. Jadi kalau Yang Berhormat hendak orang yang berketurunan Siam ini dimasukkan dalam list tersebut, Yang Berhormat kena

perjuangkan di jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan KKLW hendak minta permohonan untuk loan dan sebagainya, boleh pergi ke sana dan boleh desak mereka untuk memberikan taraf Bumiputera itulah, tetapi bukan di bawah KDN. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya

hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, seingat saya dalam ucapan saya, saya ada maklumkan tiga minggu selepas ada satu kumpulan Imigresen di sebelah utara datang ke stesen minyak dan mengenal pasti juruwang-juruwang di stesen minyak bukan daripada pekerja asing. Saya bagi pujianlah kepada Imigresen di sebelah utara. Namun begitu, saya rasa kecewa bila saya datang ke Kuala Lumpur ini, kebanyakan juruwang di stesen minyak di 7Eleven, kebanyakannya pekerja asing. Kenapakah tidak ada satu standardize? Kalau kita hendak hapuskan pekerja asing sebagai juruwang ini, kita kena buat sungguh-sungguh. Ini di utara buat, tetapi di sekitar Kuala Lumpur ini memang tiada tindakan. Dari sepuluh stesen, dua sahaja ada pekerja tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat. Itu merupakan satu soalan yang baik dan sebenarnya memang dalam program rehiring yang dibuat oleh

Kementerian Dalam Negeri sekarang ini, memang kita telah meningkatkan lagi keupayaan operasi untuk mencari pekerja asing tanpa izin ini yang dibuat oleh Jabatan Imigresen. Mungkin belum sampai lagi ke Lembah Klang sebab Lembah Klang ini macam biasalah dia ramai, ramai orang, ramai tempat. Saya sendiri pada bulan lepas pergi sendiri ke pusat membeli belah terkenal di Lembah Klang ini untuk meninjau sendiri dan selepas itu arahkan Imigresen untuk pergi ke sana untuk membuat operasi menangkap PATI ini.

Jadi diharapkan dalam tempoh beberapa bulan ini akan datang, kita akan dapat membuat penguatkuasaan yang merangkumi lebih banyak lagi kawasan. Mungkin pada sesi Parlimen akan datang, Yang Berhormat boleh lihat kejayaan ini ataupun boleh lihat penambahbaikan yang berlaku, supaya tidak ada lagi pekerja asing yang tanpa izin bekerja di stesen-stesen minyak dan sebagainya.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja lagi.

Saya cuma hendak berkongsi tiga hari lepas, tiga malam lepas, saya telah pergi ke Nando’s KLCC. Ini saya memang pujilah pihak Nando’s, di mana front liners dia lebih kurang dekat 18 orang, semua budak tempatan. Daripada yang ambil order, cashier, semua budak tempatan. Jadi saya dengan izin, impress. Jadi saya pun tanya cashier budak tempatan, dia kata ada foreign workers, tetapi enam orang bekerja dekat belakang, kitchen dan juga basuh pingganlah. Akan tetapi di depan itu, front liners semua anak tempatan terdiri anak-anak Melayu, anak-anak orang India dan satu team combination yang sangat-sangat mantap. Jadi kenapa Nando’s ini dia boleh buat, mesti dia ada rahsialah. Itu sahaja perkongsian saya. Terima kasih.

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya

rahsia dia takut undang-undang sahaja. Jadi maknanya sekarang ini bila kita sudah mula buat operasi penguatkuasaan sejak bulan Februari lepas, nampaknya majikan-majikan sudah makin faham. We are serious, kita akan ambil tindakan. Kita telah mengarahkan Jabatan Imigresen, kalau buat tangkapan pun jangan habis pada kompaun sahaja, terus pada pendakwaan. Maknanya, biar majikan dia sendiri bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pekerja yang mereka ambil itu semua merupakan orang-orang yang tidak datang daripada PATI. Saya berkongsi jugalah pandangan Yang Berhormat tadi mengenai KLCC, di mana pemiliknya syarikat Petronas.

Jadi mereka saya rasa bertanggungjawab dalam memastikan bahawa mereka tidak melanggar undang-undanglah dalam memastikan bahawa tenants mereka mengikut peraturan undang-undang yang ada terutamanya mengenai isu PATI. We are serious, we are going to solve the PATI issue. Thank you.

Page 101: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 93

■1900

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat dan terima kasih kepada Timbalan

Menteri Dalam Negeri kerana memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat. Kalau tidak ada perubahan penggal yang akan datang, boleh minta soalan lagi. Sekarang Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato' Sri Azalina.

7.00 mlm.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyertai perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh minggu lalu. Sebagai Menteri pertama yang menggulung dari Jabatan Perdana Menteri, saya memohon untuk menjawab hujah-hujah di bawah tanggungjawab saya iaitu Biro Tatanegara. Seterusnya, saya akan menjawab bagi pihak agensi dan hal ehwal di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU, PERMATA, Pejabat Perdana Menteri (PMO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Bahagian Kabinet Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan.

Akhir sekali, saya juga akan memohon untuk menjawab bagi pihak seorang lagi Menteri yang berada di Kuching, Sarawak iaitu Yang Berhormat Puan Hajah Nancy binti Shukri. Memandangkan terdapat beberapa Menteri yang perlu menjawab bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, maka saya akan menjawab beberapa isu di bawah setiap agensi. Jawapan secara bertulis akan diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat andainya masa tidak mengizinkan iaitu saya melihat daripada kiraan mungkin 15 minit setiap Menteri. Kalau Menteri menjawab untuk dua Menteri mungkin 30 minit. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu yang berkaitan dengan Biro Tatanegara yang mana Yang Berhormat Senator Datuk Jaspal. Yang Berhormat Senator telah membangkitkan mengenai soal kehilangan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia yang dilihat tidak sehebat perasaan bangga dan sayangkan negara yang amat sinonim pada masyarakat Malaysia pada tahun 70-an.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak BTN iaitu Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah diberi amanat untuk memainkan peranan bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap patriotisme dan kenegaraan, dasar kerajaan, isu-isu semasa dan penghayatan nilai-nilai murni. BTN, Jabatan Perdana Menteri merupakan agensi peneraju patriotisme negara yang menyampaikan informasi mengenai program-program patriotisme menerusi pendidikan, latihan, program kesedaran dan perkongsian strategik. BTN berperanan untuk memupuk semangat patriotisme dan cinta negara serta nilai-nilai murni dan aspirasi bangsa Malaysia untuk mempersiapkan diri mencapai hasrat Malaysia menjadi negara maju bagi tahun 2020.

Program BTN adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan, pemimpin masyarakat, NGO dan sektor awam yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama termasuk Sabah dan Sarawak. Program-program ini merupakan satu platform bagi kerajaan untuk menyemaikan dan memupuk semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara.

Suka saya maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kajian telah dibuat oleh Biro Tatanegara iaitu Kajian Indeks Patriotisme Negara 2015 dan terdapatnya responden lebih kurang 10,000 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa, jantina dan pekerjaan. Indeks patriotisme ini diukur dengan mengambil kira faktor seperti ilmu kenegaraan, institusi Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, interaksi kaum, penglibatan dalam aktiviti sosial, pengeluaran produk tempatan dan ketatanegaraan.

Page 102: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

94 DN 26.4.2016

Berdasarkan kepada kajian, boleh kita katakan sebagai kesimpulan bahawa Indeks Patriotisme Negara masih berada di tahap yang begitu baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini usaha penjenamaan semula atau rebranding kepada BTN sedang giat dijalankan. Menerusi perbincangan dalam dua siri meja bulat yang telah diadakan berkenaan dengan penjenamaan semula BTN, pendekatan yang akan digunakan oleh BTN juga akan dipelbagaikan. Bukan sahaja melibatkan program berbentuk kursus dan seminar ataupun ceramah, malah pendidikan kenegaraan ini juga akan diperluaskan dalam pelbagai bentuk yang lebih mudah dan diterima masyarakat, khasnya bagi generasi muda.

Disiplin utama kokurikulum BTN ini berlandaskan kepada konsep negara yang menekankan elemen-elemen seperti wilayah, penduduk, pentadbir kerajaan dan juga kedaulatan. Disiplin utama tersebut akan diterapkan ke dalam pendidikan kenegaraan tanpa menepikan Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1Malaysia. Konsep ini penting untuk memperjelaskan dan difahami oleh masyarakat Malaysia, khususnya generasi muda agar semangat patriotisme mereka tidak luntur kerana ia merupakan asas kepada pembentukan sebuah negara bangsa. Ini juga bersetuju agar penekanan terhadap Rukun Negara diberikan keutamaan dalam pendidikan kenegaraan. Masyarakat bukan sahaja perlu memahami dan mematuhi kandungan Rukun Negara malah perlu menghayati falsafah dan kandungan di sebaliknya.

Pendekatan yang akan digunakan oleh BTN ini juga akan dipelbagaikan, bukan sahaja melibatkan program berbentuk kursus dan seminar, malah pendidikan kenegaraan ini juga akan diperluaskan dalam pelbagai bentuk yang lebih mudah untuk diterima oleh generasi muda khasnya. Sesungguh pun begitu BTN akan terus memastikan proses penjenamaan semula ini masih diberi fokus kepada elemen-elemen patriotisme. Termasuklah menjadikannya sebahagian daripada modul latihan BTN yang tidak mengambil mudah dalam isu yang diutarakan.

Perkara yang kedua yang ingin saya menjawab ialah tentang isu PERMATA yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan yang mencadangkan agar pusat PERMATA Kurnia dibina dan diperbanyakkan ke seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Pusat PERMATA Kurnia ini satu hasil cetusan idea Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, Penaung Program PERMATA. Pusat PERMATA Kurnia ini dibangunkan setelah tinjauan ke beberapa program berkaitan autisme, autism, dengan izin, di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang telah diadakan. Kerjasama bersama Autism Speaks bersama NGO antarabangsa terkemuka dalam bidang autisme telah pun dijalinkan dalam memastikan standard perkhidmatan bertaraf antarabangsa dan berdasarkan strategik berasaskan bukti, evidence based practice.

Ini adalah kerana bagi memastikan bahawa Pusat PERMATA Kurnia memberi perkhidmatan dengan standard yang begitu tinggi seperti mana di negara maju. Pusat PERMATA Kurnia merupakan satu-satunya pusat yang menyediakan perkhidmatan intervensi awal yang komprehensif, meliputi pendidikan, terapi, khidmat sokongan keluarga dan latihan komuniti. Ia khusus bagi menyediakan perkhidmatan pra-sekolah dan intervensi awal untuk kanak-kanak yang mengalami autisme berumur antara dua hingga tujuh tahun sebagai transisi persediaan sebelum memulakan pendidikan arus perdana.

Lanjutan itu, saya ingin mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berbahagia Datin Rosmah Mansur kerana mencetuskan idea untuk mewujudkan PERMATA Kurnia. Pusat ini beroperasi pada Disember 2015 dan boleh menampung seramai 300 orang kanak-kanak autisme.

Projek PERMATA Kurnia ini merupakan sebuah projek perintis dan keberkesanannya akan dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat untuk memperluaskan penubuhannya di peringkat negeri-negeri. Projek ini merupakan satu pelaburan untuk rakyat dan masa depan negara dengan adanya intervensi awal, kos khidmat jagaan awal yang ditanggung negara dapat dikurangkan. Pada masa yang sama, PERMATA Kurnia juga menawarkan bengkel latihan hujung minggu masyarakat, khususnya kepada ibu bapa yang tidak berpeluang menghantar anak-anak mereka ke Pusat PERMATA Kurnia. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang mengalami autisme.

Page 103: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 95

Di samping itu, Pusat PERMATA Kurnia akan juga menawarkan kursus atas talian untuk ibu bapa, guru, ahli terapi yang berada jauh dalam lingkungan pusat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjawab berkenaan dengan isu ICU yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim, dan Yang Berhormat Senator Puan Azizah binti Harun. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim mencadangkan supaya senarai e-Kasih dikaji semula dan dikemaskini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mengalu-alukan dan menghargai cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat. Pihak kerajaan sememangnya dari semasa ke semasa sentiasa memantau dan mengemaskini data e-Kasih. Antara inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan data e-Kasih ini sentiasa dikemaskini melalui penubuhan pasukan khas mobile team di seluruh negara. Melalui mobile team tersebut, lawatan khas dijalankan ke atas golongan miskin yang dipercayai tercicir daripada jaringan keselamatan sosial dan seterusnya mendaftarkan ke dalam e-Kasih serta diberi bantuan berkaitan.

Di samping itu, kerajaan juga melaksanakan aktiviti pemutihan ke atas data e-Kasih sedia ada secara berjadual untuk menilai sama ada mereka masih berada dalam kategori kemiskinan yang sama atau telah bertukar kepada kategori yang lain. Dalam melaksanakan aktiviti ini, keutamaan yang diberikan ialah mereka yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan.

■1910

Selain daripada itu, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk mengesan mereka yang berada dalam poket kemiskinan ataupun disebut dengan izin, poverty pocket. Akan tetapi berkemungkinan tercicir daripada didaftarkan dalam sistem eKasih. Bagi tujuan tersebut, engagement bersama semua pemimpin tempatan di seluruh negara telah dilaksanakan oleh pihak ICU JPM. Kesemua pemimpin tempatan berkenaan telah diminta untuk mengemukakan senarai berkenaan dan ICU JPM akan membuat verifikasi serta mendaftarkan mereka yang layak ke dalam sistem eKasih.

Seterusnya, kerajaan juga melaksanakan pendaftaran terbuka eKasih terhadap mereka yang layak. Justeru itu, mana-mana individu yang berasa diri mereka tergolong sebagai miskin, boleh mengadu terus ke Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPM) dan Pejabat Daerah di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berdekatan untuk dibuat bancian sebelum didaftarkan ke dalam sistem eKasih. Bagi tujuan tersebut, pengadu berkenaan boleh hadir sendiri ke JPP/PPPM/Pejabat Daerah atau melaporkannya menerusi medium komunikasi lain seperti telefon, e-mel dan sebagainya.

Kerajaan juga melalui hala tuju baru, mengukuhkan program jaringan keselamatan sosial negara telah mengintegrasikan sistem eKasih, sistem e-Bantuan di bawah JKM dan juga sistem BR1M bagi memastikan semua data penerima bantuan di Malaysia dapat dikemas kini dan pemberi bantuan dapat dipantau sepenuhnya. Proses ini dilakukan supaya Malaysia dalam menuju ke arah negara maju akan mempunyai satu sistem jaringan keselamatan sosial yang komprehensif dan tersusun.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Puan Azizah telah memohon penjelasan mengenai status terkini penerima bantuan eKasih terutamanya di negeri Selangor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod eKasih sehingga 25 April 2016, seramai 556,125 orang ketua isi rumah (KIR) yang telah berdaftar dengan eKasih seluruh negara merangkumi kategori miskin tegar, miskin, mudah miskin dan terkeluar.

Daripada jumlah itu, 229,195 KIR adalah di bawah kategori miskin dan miskin tegar. Secara seluruhnya, seramai 13,406 atau 2.4 peratus orang ketua isi rumah yang berdaftar dengan eKasih belum menerima bantuan namun di kategori miskin dan miskin tegar hanya 1,812 orang ketua isi rumah atau 0.8 peratus sahaja yang belum menerima sebarang bentuk bantuan.

Page 104: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

96 DN 26.4.2016

Bagi negeri Selangor, seramai 32,741 orang ketua isi rumah yang telah berdaftar dengan eKasih dan 1,571 orang ketua isi rumah yang belum menerima sebarang bentuk bantuan. Daripada 10,000, seramai 359 KIR iaitu “ketua isi rumah”, miskin dan miskin tegar negeri Selangor, 166 daripadanya belum menerima sebarang bentuk bantuan. Data ketua isi rumah yang belum menerima bantuan ini akan dianalisis di peringkat mesyuarat focus group mengenai pembasmian kemiskinan negeri bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan segera.

Berkenaan dengan PMO iaitu Pejabat Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal telah menyarankan agar Yang Amat Berhormat mengalirkan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta kepada suku kaum Sikh bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh komuniti Sikh yang merupakan kaum minoriti dalam negara kita.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha pembangunan taraf sosial ekonomi masyarakat India, kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan semua kaum termasuk kaum Sikh dalam mengagihkan dana pembangunan mengikut keperluan. Sejak tahun 2009, sejumlah RM7.25 juta telah diperuntukkan kepada NGOs kaum Sikh dan RM2.5 juta kepada gurdwara kaum Sikh di seluruh Malaysia melalui peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Selain itu, melalui Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC), sebanyak RM947,590 telah diperuntukkan kepada NGOs kaum Sikh pada tahun 2015 untuk melaksanakan pelbagai program bagi masyarakat Sikh termasuk pembangunan dan perkembangan bahasa Punjabi. Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif pada tahun 2016 untuk membantu kaum Sikh melalui SEDIC dan program-program lain.

Berkenaan dengan JPA pula, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon Som A/L Inong; Yang Berhormat Senator Datuk Haji Kadzim bin M. Yahya; Yang Berhormat Senator Tuan Ramli bin Shariff @ Mohd Sharif; dan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad.

Yang Berhormat Senator Hajah Mariany binti Mohammad Yit memohon penjelasan mengenai sama ada aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran komunikasi rasmi berintegriti dan mampu menjaga sensitiviti dan kerahsiaan dokumen rasmi kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aplikasi WhatsApp telah diterima pakai sebagai saluran komunikasi rasmi kerajaan melalui Surat Edaran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berhubung penerapan etika penggunaan media sosial dalam sektor awam yang telah dikeluarkan pada tahun 2015.

Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) masih belum menetapkan apa-apa dasar berhubung penyampaian maklumat rahsia rasmi kerajaan melalui mana-mana media sosial termasuk WhatsApp sebagai salah satu saluran komunikasi rasmi. Hal ini demikian kerana maklumat rahsia rasmi kerajaan merupakan maklumat sensitif dan berisiko tinggi daripada segi keselamatan, pertahanan, perhubungan antarabangsa dan ekonomi. Justeru, maklumat rahsia rasmi tersebut adalah tidak selamat sepenuhnya jika disampaikan melalui media sosial kerana ia terdedah kepada risiko ancaman siber dan ketirisan.

Pada masa yang sama, kerajaan juga berpandangan sudah tiba masanya peruntukan berkenaan hukuman dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dikaji semula

selaras dengan perkembangan semasa penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan serta kekerapan berlakunya ketirisan rahsia kerajaan pada masa kini. Untuk tujuan ini, semakan dan pindaan ke atas Akta Rahsia Rasmi 1972, sedang dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia bersama agensi-agensi berkaitan bagi memperkemaskan lagi peruntukan sedia ada dalam Akta 88 ini. Semakan dan pindaan tersebut tidak memfokuskan kepada hukuman-hukuman sedia ada sahaja tetapi mengambil kira elemen pencegahan dan melindungi maklumat rahsia rasmi kerajaan daripada dibocorkan atau didedahkan sewenang-wenangnya oleh pegawai awam atau mana-mana individu yang memilikinya atau di bawah kawalannya.

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon Som A/L Inong telah membangkitkan mengenai beberapa persoalan. Pertama, beliau telah mempersoalkan mengenai mengapa pihak JPA masih menolak permohonan untuk memberi cuti tanpa rekod kepada kaum Siam untuk menyambut Hari Songkran.

Page 105: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 97

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah peruntukan sedia ada, kerajaan telah memperuntukkan pelbagai kemudahan cuti untuk penjawat awam seperti cuti rehat. Kemudahan cuti ini juga tidak termasuk cuti yang diberi di bawah hari kelepasan am yang berkuat kuasa. Dengan mengambil kira secara holistik, faktor masyarakat pelbagai kaum yang kaya dengan keunikan budaya dan adat resam dalam negara ini serta mematuhi peraturan sedia ada yang berkuat kuasa, pegawai penjawat awam berketurunan bumiputera Siam boleh menggunakan kemudahan cuti rehat atau lain-lain cuti yang berkuat kuasa bagi menyambut perayaan Hari Songkran.

Selain itu, Yang Berhormat Senator Datuk Seri juga telah mengutarakan beberapa cadangan iaitu agar tempoh perkhidmatan seorang KSU, ketua pengarah atau SUB hanya setakat tiga tahun bagi menjamin kualiti perkhidmatan di samping menyeru agar keberkesanan Program Transformasi Minda dan knowledge management di jabatan-

jabatan kerajaan dikaji semula.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perkhidmatan Awam mengambil perhatian terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan. Secara umumnya, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2004 mengenai panduan pertukaran pegawai awam telah menetapkan bahawa ketua jabatan boleh mengekalkan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun tetapi tidak melebihi lima tahun di suatu jawatan termasuk jawatan ketua setiausaha, ketua pengarah dan setiausaha bahagian yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif. Walau bagaimanapun, tempoh berkenaan juga bergantung pada permintaan atau penerima- acceptability daripada stakeholder di jabatan masing-masing.

Program Transformasi Minda telah dikuatkuasakan melalui Pekeliling Perkhidmatan, Bil. 14/2012 pada 1 Januari 2013. PTM merupakan inisiatif bagi menggantikan kursus induksi sebagai salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan kepada pegawai yang kali pertama dilantik dalam perkhidmatan awam. Matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas, pengetahuan awam serta membentuk jati diri bagi menghadapi cabaran dan expectation

pelanggan. Untuk memastikan pelaksanaan PTM berkesan, naziran dan pemantauan berterusan dilaksanakan supaya pelaksanaannya adalah selaras dengan dasar yang dikuatkuasakan dan relevan dengan perkembangan semasa.

Berkenaan dengan isu knowledge management yang telah dibangkitkan, MAMPU telah mengeluarkan Knowledge Management Blueprint pada 20 Januari 2011 yang mengandungi strategi pelaksanaan pendekatan dan garis panduan untuk agensi sektor awam. MAMPU juga telah mengeluarkan Buku Panduan Pembangunan KM CAP, Sektor Awam 2012 bagi menggalakkan komuniti dalam agensi berkongsi pengetahuan maklumat. Agensi yang telah melaksanakan inisiatif KM berasaskan blueprint MAMPU ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia sejajar dengan perkembangan teknologi. KM telah dilihat semula selaras dengan inisiatif Enterprise Architecture, dan Big Data Analytics agar transformasi pengetahuan perkhidmatan

pengurusan maklumat dapat diterjemahkan secara lebih efektif dan menyeluruh.

■1920

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Kadzim bin Haji M. Yahya ingin mengetahui, adakah kerajaan dalam perancangan untuk menggalakkan dasar yang membenarkan penjawat awam membuat pekerjaan sampingan bagi menampung kos sara hidup. Ini soalan maknanya adakah pegawai kerajaan boleh kerja atau berniaga part time lah, Tuan Yang di-Pertua.

Jawapan daripada kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar sedia ada membenarkan penjawat awam membuat pekerjaan luar dengan syarat pekerjaan luar tersebut tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya. Jadi, dia bolehlah tetapi tidak bolehlah masa dia tengah bekerja dia sibuk hendak berniaga.

Page 106: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

98 DN 26.4.2016

Pekerjaan luar tersebut seharusnya tidak menjejaskan kebergunaan pegawai itu sebagai seorang penjawat awam dan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau bercanggah dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang penjawat awam. Mereka juga hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada ketua jabatan. Dia hendak berniaga boleh tetapi kena dapat kebenaran bertulis.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Tuan Ramli bin Shariff telah membangkitkan masalah sikap dan integriti pegawai awam seperti perkhidmatan yang tidak mesra dan pengurusan yang lemah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penjawat awam adalah tertakluk di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh itu, mana-mana penjawat awam yang didapati terbukti mempunyai masalah sikap boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan ataupun tidak berintegriti boleh dikenakan tindakan tatatertib. Dengan itu, pelbagai pihak dialu-alukan untuk membuat laporan yang jelas mengenai penjawat awam yang bersikap tidak mesra atau mana-mana agensi yang mempunyai pengurusan yang lemah untuk disiasat dan jika wujud kebenaran, maka tindakan bolehlah diambil ke atas pegawai tersebut.

Akhir sekali bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin telah membahaskan isu berkaitan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan yang menyampaikan persetujuan kepada cadangan agar tempoh pelantikan Ahli Dewan Negara dilanjutkan kepada tiga penggal. Malahan, Yang Berhormat memohon agar tempoh satu penggal dijadikan lima tahun berbanding tiga tahun agar tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Negara sama dengan Ahli Dewan Rakyat.

Seperti yang kita ambil maklum, semalam mantan Yang di-Pertua telah menyebut tentang perkara ini dan berkata bahawa antara isu yang paling penting elemennya adalah pindaan kepada Perlembagaan, kalau perkara ini akan dibawa. Sekarang ini seperti yang kita tahu, kita dalam kerajaan dalam Dewan Rakyat khasnya tidaklah mempunyai majoriti yang begitu tinggi yang menyebabkan pindaan itu senang didapati. Mungkin satu proses kalau kedua-dua pihak mahukan perubahan.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut Perkara 45(3) Perlembagaan Persekutuan, tempoh jawatan seorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Perkara 45(3A) pula mengehadkan tempoh perkhidmatan seorang Ahli Dewan Negara kepada dua penggal sahaja iaitu enam tahun.

Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat tetapi kemungkinan, saya tidak tahu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berhadapan dengan pilihan raya yang ke-14 menang majoriti- insya-Allah, di Sarawak, Barisan Nasional akan menang begitu besar. Insya-Allah ya, kita doakan [Tepuk] Kita doakan juga dalam pilihan raya yang akan datang menang besar. Jadi, semuanya yang kita hendak minta tidak ada masalah. Masalahnya bukan di sebelah sini, masalahnya di sebelah sana. Faham-fahamlah Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, sahabat saya tinggalkan saya pesan, Yang Berhormat Datuk Nancy, untuk jawab tentang SPAD. Sahabat saya dari Wilayah tidak ada iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Abbas. Akan tetapi saya rasa eloklah saya bagi jawapan bertulis kerana SPAD ini banyak kena guna dengan masyarakat yang duduk di Wilayah Persekutuan khasnya. Jadi isu-isu yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk dijawab oleh Yang Berhormat Datuk Nancy akan saya maklum pada beliau dan diberikan jawapan secara bertulis.

Sebelum saya akhiri Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa tidak mengizinkan, maka saya mengakhiri ucapan penggulungan saya setakat ini dan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator. Sesungguhnya Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sentiasa memberi kritikan dan mengemukakan pandangan, soalan dan juga cadangan yang memang sentiasa menjadi perhatian kepada Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini.

Dengan itu, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Tuan Yang di-Pertua saya mohon

mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Mencelah? Dia sudah habis.

Page 107: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 99

Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Tidak, saya hendak tunggu sama

ada dia jawab soalan saya atau tidak. Saya kena tunggu sampai habis baru boleh saya bangun.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat.

Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, siapakah yang akan menjawab isu yang saya bawakan iaitu mengenai integriti agensi penguatkuasaan? Saya rasa panjang juga saya bercakap tentang SIAP itu tetapi tidak ada siapa yang menjawab. Mungkin ada Menteri lain yang akan menjawab?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri?

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said: Yang Berhormat, saya setakat ini yang di

bawah elemen integriti ya, saya sudah jawab tadi tetapi mungkin akan saya buat satu catatan tentang isu yang dibawa oleh Yang Berhormat dalam perbahasan minggu lepas dan akan saya berikan jawapan secara bertulis ya. Saya akan bagi kepada pihak- saya rasa isu integriti ini di bawah JPA saya percaya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang

Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum.

7.25 mlm.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa perbahasan Titah Diraja. Setelah meneliti semua isu yang dibangkitkan, sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan-soalan khususnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang berada dalam Dewan pada saat dan ketika ini dan yang lain-lainnya yang tidak berkesempatan dan kebetulan tidak berada dalam Dewan, saya akan menjawab secara bertulis untuk memberikan tempoh masa yang telah dihadkan.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya isu yang berkaitan dengan mahkamah syariah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat dan juga Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Saya rasa kedua-dua Yang Berhormat tidak berada dalam Dewan, jadi saya pergi kepada soalan yang berikutnya dan saya akan bekalkan nanti jawapan secara bertulis.

Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah juga sekali lagi membangkitkan mengenai pengasingan Jabatan Pendakwaan dari Jabatan Agama dan menyarankan diperkemaskan penguatkuasaan. Oleh sebab Yang Berhormat juga tidak berada di Dewan, saya menjawab secara bertulis nanti.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertikaian dan putusan perbezaan di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dr. Mohd Nor Monutty yang juga tidak berada dalam Dewan akan saya jawab kemudian nanti secara bertulis. Begitu juga soalan berkaitan dengan JAKIM yang juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dr. Mohd Nor bin Monutty, saya akan jawab secara bertulis, juga Yang Berhormat, berkaitan dengan Syeikh Dr. Yusuf Qardawi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang sama iaitu Yang Berhormat Dr. Mohd Nor Monutty, akan saya jawab secara bertulis.

Page 108: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

100 DN 26.4.2016

Dan begitu juga dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dr. Mohd Nor Monutty berkaitan dengan autoriti agama di negara ini yang perlu menguasai secara mendalam keilmuan Islam dan ilmu-ilmu naqli dan ilmu-ilmu aqli, pun saya akan jawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mulia Engku Naimah juga tiada dalam Dewan yang membangkitkan berkaitan ceramah Dr. Zakir Naik. Juga akan saya jawab secara bertulis.

Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad ada dalam Dewan? Juga tidak ada dalam Dewan. Saya jawab secara bertulis.

Yang Berhormat Datuk Seri Boon Som A/L Inong...

Tuan Yang di-Pertua: Dia ada.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum: Terima kasih. Ini fasal

orang Kedah, memang ada dalam Dewanlah. Kebetulan. Tahniah.

Soalan Yang Berhormat berkaitan dengan adakah salam daripada bukan Islam boleh dijawab. Untuk makluman Yang Berhormat, majoriti ulama berpegang kepada hukum harus, hukumnya harus menjawab salam daripada seseorang yang bukan Islam. Saya faham masalah Yang Berhormat sebab bukan hanya Yang Berhormat, oleh sebab masyarakat Siam masuk wat sahaja, ke masjid, surau pun dia masuk juga. Dia bukan wad hospital, Tuan Yang di-Pertua. Dia wat Siam. Siam ini dia kawasan penempatan yang dipanggil wat.

Dalam jawapan, hukumnya harus menjawab salam daripada seseorang yang bukan Islam. Ini berdasarkan kepada Al-Quran Surah An-Nisa’ Ayat 86 sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat yang juga hari itu bangun untuk memberikan jawapan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat. Maksud ayat yang telah dibacakan daripada Surah An-Nisa’ Ayat 86, “Apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu penghormatan (termasuklah memberikan salam), maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya atau balaslah penghormatan itu dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.”

■1930

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Yang Berhormat telah membangkitkan isu Maqasid Syariah, antaranya Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah binti Mahat, dan beberapa Yang Berhormat yang lain, meminta penjelasan, apa peranan Maqasid Syariah

dalam pembinaan negara yang pelbagai bangsa, agama dan sejauh mana ke arah mewujudkan masyarakat wasatiyyah?

Sesungguhnya Maqasid Syariah yang dijadikan asas pengukuran indeks syariah ISM ringkasnya iaitu Indeks Syariah Malaysia...

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom: Sila.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom: Bagi salam kah Yang

Berhormat?

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, maknanya boleh sebab apa masalah saya, kadang-kadang saya pergi keluar ke pekan selepas itu jogging di taman-taman, selalu mereka memberi salam, “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Jadi saya tidak jawab pun serba salah. Jadi maknanya satu penerangan yang baik.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom: Seterusnya Yang

Berhormat, saya sambung tadilah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Boon Som A/L Inong menimbulkan soalan ini untuk memberikan kemudahan jawapan dan penjelasan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Page 109: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 101

Sesungguhnya Maqasid Syariah ini memberikan manfaat kepada semua golongan masyarakat sekiranya dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan kecekapan berdasarkan lima Maqasid Syariah tersebut iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Penerapan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara juga menunjukkan kesederhanaan Islam, wasatiyyah dalam bahasa Arabnya disebut wasatiyyah. Bahasa lain ialah kesederhanaan dan keadilan Islam terhadap semua bangsa dan agama dalam kehidupan bernegara di mana semua orang akan mendapat hak dan kebebasan dalam mengamalkan ajaran masing-masing. Hak untuk hidup aman, hak mendapatkan pendidikan, hak untuk mengumpulkan harta kekayaan dan sebagainya secara saksama berpandukan garis panduan Maqasid Syariah. Apabila kesejahteraan dan kemakmuran ini dapat dinikmati secara bersama dengan panduan prinsip Maqasid Syariah yang bersifat sejagat maka aktiviti ekstremisme dapat dibendung melalui perpaduan dan sikap toleransi yang wujud dalam anggota masyarakat ke arah kebaikan bersama.

Seterusnya Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed berkaitan dengan indeks syariah juga walaupun tidak ada saya jawab sebab ini ada kaitan dengan Indeks Syariah Malaysia juga iaitu mengapa dapatan kajian bagi responden penerima dasar iaitu penerima daripada kalangan masyarakat lebih rendah berbanding penilaian pembuat dan pelaksana dasar. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, keputusan penyelidikan ISM telah mendapati skor keseluruhan ialah sebanyak 75.42 peratus dengan mengambil kira purata keseluruhan skor-skor bidang yang dikaji. Sememangnya diakui bahawa penilaian responden kategori masyarakat pada keseluruhannya lebih rendah berbanding responden kategori pembuat dasar dan pelaksana dasar.

Ini kerana masyarakat melihat dari sudut persepsi berbanding pembuat dasar dan pelaksana dasar yang merangka dan melaksanakan secara langsung dasar-dasar yang telah dilaksanakan kerajaan dalam bidang tersebut.

Kedua, skor dalam bidang ekonomi, budaya prasarana dan persekitaran dan sosial lebih rendah daripada jumlah skor keseluruhan. Jumlah skor yang rendah dalam beberapa bidang seperti ekonomi, budaya dan prasarana persekitaran menunjukkan masih ada keperluan yang perlu dipenuhi dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam bidang-bidang yang dinyatakan.

Ketiga, apakah kajian ISM akan dibuat di negeri-negeri? Penentuan untuk melaksanakan ISM di mana-mana negeri adalah di bawah bidang kuasa dan kelulusan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan. Kerajaan Persekutuan sentiasa mengalu-alukan dan bersedia untuk membantu mana-mana negeri yang berhasrat untuk melaksanakan ISM secara khusus di peringkat negeri. Berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin, saya jawabkan juga oleh sebab bersama dengan ISM ini.

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah pun menjemput JAKIM selaku agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan penyelarasan ISM untuk memberikan taklimat mengenai pelaksanaan ISM kepada Jawatankuasa Indeks Syariah Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri pada 17 Mac 2016 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin berkaitan dengan langkah-langkah kerajaan. JAKIM menyokong pengajian bagi melahirkan ulama pakar. Oleh sebab Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan, saya tangguh... [Disampuk] Oh! Ada? Sorry, saya minta maaf.

Apakah bidang agama profesional hafaz al-Quran serta apakah peranan dasar pendidikan tahfiz negara? Sebenarnya peranan Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat adalah dalam kategori sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan apa yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sekolah agama bantuan kerajaan. Ringkasnya, SABK.

Page 110: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

102 DN 26.4.2016

Bagi sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah menengah agama rakyat (SMAR) yang berdaftar sebagai SABK akan mendapat banyak kebaikan seperti menerima bantuan bagi urusan pentadbiran sekolah, bantuan modal bagi pembangunan fizikal sekolah, jawatan hakiki guru. Menerima guru yang terlatih, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) secara percuma bagi yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Sehubungan itu bagi SMAN dan SMAR yang menggunakan kurikulum tahfiz dan kurikulum kebangsaan akan memberikan peluang yang lebih luas kepada para pelajar mereka untuk menceburi pelbagai bidang profesional di samping ilmu-ilmu al-Quran, seterusnya dapat melahirkan modal insan yang profesional dan memiliki jiwa Islam yang tinggi.

Berhubung dengan pendidikan tahfiz, bermula dari 1993, kerajaan melalui Darul Quran JAKIM telah menawarkan program diploma dengan kerjasama maahad tahfiz al-Quran seluruh negara serta Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UIAM dan JAKIM-UNITEN. Sehingga kini, sebanyak 14 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) telah menandatangani memorandum persefahaman MoU dengan JAKIM bagi melaksanakan program tahfiz al-Quran. Bilangan hafiz yang telah dilahirkan sehingga 2015 ialah seramai 5,942 orang. Jumlah tersebut merangkumi 4,562 orang daripada program Diploma Darul Quran JAKIM dan MTQN 1,326 orang bagi Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UIAM dan 54 orang bagi program JAKIM-UNITEN.

Jumlah tersebut tidak termasuk para hafiz yang dihasilkan oleh institusi pengajian tahfiz swasta dan persendirian. Manakala program di peringkat ijazah sarjana muda mulai tahun 2009, JAKIM telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi ijazah sarjana muda dalam bidang al-Quran dan Sunnah dan sedang merancang untuk bekerjasama dengan universiti-universiti yang lain dalam program yang berkaitan dengan al-Quran. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa buah institut

pengajian tinggi awam (IPTA) di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi telah menawarkan kursus double major iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains atau teknologi maklumat dan lain-lain bidang profesional yang ditawarkan oleh seperti Universiti Malaya (UM) dan USIM.

Manakala Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 Mac 2016 lalu sedang giat digubal bertujuan menambah baik dan menyelaras pelaksanaan pendidikan tahfiz di seluruh negara berdasarkan pada skop iaitu dasar perundangan, kurikulum, tadbir urus, pengiktirafan dan pensijilan serta konsep model tahfiz. Dasar ini diharap dapat menjamin pengurusan tahfiz yang lebih sistematik melalui penyelarasan garis panduan sedia ada di negeri dan penambahbaikan aspek-aspek yang berkaitan. Dasar ini akan diserahkan kepada kerajaan negeri-negeri untuk dilaksanakan kerana ia termasuk dalam bidang kuasa negeri masing-masing.

Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff pula menyarankan- tidak ada dalam Dewan. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu yang berkaitan zakat. Yang Berhormat Puan Azizah binti Harun…

Beberapa Ahli: Ada.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom: Terima kasih. Puan

Azizah binti Harun membangkitkan isu bantuan zakat dengan merujuk ke Pejabat Zakat di Sepang. Sebagaimana penjelasan dan jawapan di Dewan ini pada persidangan-persidangan yang lalu, saya ulangi bahawa hal ehwal agama Islam termasuklah urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti ketetapan di Butiran 1, Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, setiap kerajaan negeri mempunyai sistem pengurusan zakat mengikut ketetapan atau peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri atau MAIN masing-masing, sama ada dalam agihan atau pungutan zakat.

■1940

Saya percaya kerajaan negeri khususnya Selangor yang berkaitan dengan Sepang ini sentiasa mengambil tindakan terbaik daripada masa ke semasa bagi mengendali dan meningkatkan perkhidmatan pengurusan zakat. Justeru persoalan mengenai sistem, syarat dan prosiding perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri yang berkenaan.

Page 111: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 103

Begitu juga dengan cadangan pemantauan kepada pejabat zakat di Sepang dan lain-lain di Selangor, perkara ini hendaklah dirujuk dan diajukan kepada pihak berkuasa yang berkaitan iaitu Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor dan pihak kita mengambil perhatian cadangan yang telah diberikan.

Tuan Yang di-Pertua yang berkaitan dengan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah menyarankan ini juga oleh sebab tidak ada dalam Dewan, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, mana-mana yang tidak sempat dijawab perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih banyak Yang Berhormat Mejar

Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan terima kasih sekali lagi. Penerangan yang paling lengkap dan baik. Sekarang saya hendak menjemput nombor tiga, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

7.41 mlm.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dan mengambil bahagian dalam penggulungan perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya membangkitkan beberapa isu yang berhubung kait dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah. Dia ada di Dewan ini? Ada. Beliau membangkitkan mengenai perpaduan nasional. Sesungguhnya dakwaan mengatakan Malaysia masih gagal mencapai perpaduan nasional adalah tidak begitu tepat dan berasas. Kerajaan sentiasa mengadakan usaha-usaha secara berterusan dan mengambil kira situasi semasa seperti Program Sayang Komuniti, Unity Internship Programme dan sebagainya

untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum agar mereka dapat menikmati dan mencapai ketenteraman, kesejahteraan, kemesraan dan kebahagiaan ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

Petunjuk kepada keamanan, keharmonian dan perpaduan negara di bawah Program Transformasi Kerajaan telah dibuktikan melalui penarafan Global Peace Index yang dikeluarkan oleh Institute for Economics and Peace Australia 2015 yang telah mengiktiraf keamanan di Malaysia pada tangga ke-28 daripada 162 buah negara yang teraman di dunia. Di peringkat ASEAN pula, kedudukan Malaysia adalah ke-2 daripada 10 buah negara. Ini jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia hidup dalam keadaan negara aman dan stabil serta tidak terlibat dalam sebarang persengketaan dalaman yang serius ataupun dengan negara lain di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator ialah berkaitan dengan rang undang-undang, National Harmony and Reconciliation. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dan juga Dewan yang mulia ini, kerajaan amat menyedari bahawa penggubalan sesuatu akta memerlukan penelitian dan tidak boleh dihasilkan dalam keadaan tergopoh-gapah supaya hasilnya nanti akan memberikan impak yang boleh diterima oleh semua pihak. Dalam hal ini sehingga peringkat kini, kerajaan masih lagi sedang menganalisis dan meneliti secara terperinci dan terbuka mendengar cadangan-cadangan diperoleh melalui pendampingan awam atau dengan izin, public engagement melalui pihak-pihak yang berkepentingan seperti ahli akademik, jabatan dan agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat di peringkat komuniti.

Page 112: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

104 DN 26.4.2016

Saya pernah mengatakan dan menjelaskan, dengan izin, the nature of this bill, pendekatan yang akan digunakan dalam akta ini adalah bersifat corrective measures yang menekankan kepada pendidikan dan memberi kesedaran terhadap nilai-nilai moral, kesederhanaan dan kenegaraan, maka usaha-usaha untuk mendapatkan input daripada masyarakat atau the civil society masih diteruskan supaya hasil yang akan diperoleh itu kelak lebih menyeluruh dan inclusive.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai status National Unity Blueprint. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau The National Unity Consultative Council (NUCC) telah menghasilkan Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan Malaysia (PPKPM). PPKPM telah pun dibentangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Menteri-Menteri Besar, dan Ketua-Ketua Menteri. Selepas itu satu Pelan Tindakan Perpaduan Negara akan digubal dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet- dalam masa yang terdekat untuk mendapatkan input dan kelulusan yang nanti akan diguna pakai melintasi semua organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mempromosikan perpaduan yang dapat bakal dilaksanakan kelak memberikan impak kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok. Ada di dalam Dewan ini? Kalau tidak ada, minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk saya jawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya selalu tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu usaha untuk menterjemahkan perpaduan nasional bukanlah kerja sehari dua akan tetapi memerlukan kesungguhan yang berterusan tanpa noktah oleh setiap rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik untuk menjawab stigma dalam persoalan perpaduan ini sukalah saya memetik kata-kata yang teramat mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama bahawa- inilah kata-kata beliau “Rakyat dengan hati yang tabah hendaklah menegakkan satu bangsa dan satu negara, memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan akan mencapai keamanan dan kemakmuran, kesentosaan dan kebahagiaan.”

■1950

Tuan Yang di-Pertua, demikian segala penjelasan saya dan sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam sesi penggulungan Titah Yang di-Pertuan Agong. Sekian, dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri

Panglima Joseph Kurup dan terima kasih sekali lagi. Dan yang keempat, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, silakan.

7.50 mlm.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian menyentuh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), MKN, PR1MA dan juga ESSCOM.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Speaker atas pelantikannya baru-baru ini dan juga tahniah kepada Speaker. Saya terlampau lama berada di ‘medan perang’, jadi saya terlambat balik untuk mengucapkan tahniah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan Terima kasih kepada Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu ini iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian; Yang Berhormat Mulia Engku Naimah binti Engku Taib; Yang Berhormat Puan Azizah binti Harun; Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed; Yang Berhormat Dato’ Hoh Khai Mun; Yang Berhormat Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas; Yang Berhormat Datuk Norliza binti Abdul Rahim; Yang Berhormat Datuk Haji Kadzim bin M. Yahya; dan Yang Berhormat Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman.

Tuan Yang di-Pertua, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian mencadangkan- dia tidak hadir sebab dia menjadi calon dalam pilihan raya di Sarawak.

Page 113: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 105

Walaupun dia tidak hadir, saya hendak jawab untuk kenangannya. Kemudahan dan aset seperti bot dan pelampung keselamatan disediakan di kawasan-kawasan banjir. Itu yang dia mencadangkan. Kedua, mencadangkan supaya JPAM menyalurkan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, bagi menyokong operasi tindak balas bencana di kawasan-kawasan mudah banjir, kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri dan Daerah telah mengenal pasti kemudahan dan aset-aset seperti lori, kenderaan pacuan empat-roda serta bot penyelamat untuk digunakan semasa banjir. Aset-aset telah dikenal pasti daripada Polis Diraja Malaysia, JPAM, ATM, bomba dan juga Jabatan Kerja Raya.

Berhubung dengan JPAM menyalurkan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir, untuk maklumat Yang Berhormat juga sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, JPAM bertindak sebagai urus setia untuk majlis-majlis pengagihan wang ihsan. Majlis pengagihan wang ihsan bagi negeri Sarawak telah dilaksanakan bersama JPAM adalah seperti berikut; di Samarahan, Serian, Betong, Sibu, Kuching, Lundu dan juga Samarahan. Sehingga kini kerajaan telah mengeluarkan bantuan sebanyak RM771,500.

Yang Berhormat Mulia Senator Engku Naimah Engku Taib ingin mengetahui- Yang Berhormat hadir ya? Tidak ada dalam Dewan. Kalau tidak ada dalam Dewan, maka saya akan jawab secara bertulis sebab jawapannya agak panjang ya.

Kemudian, Yang Berhormat Senator Azizah hadir ya? Ya, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, dia ingin mengetahui mengenai persediaan yang telah dijalankan untuk menghadapi banjir akan datang dan apakah agensi-agensi yang terlibat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi pengendalian tindak balas bencana dalam tempoh musim banjir kali ini, kerajaan akan mengarahkan petugas-petugas daripada agensi penyelamat supaya bersiap sedia untuk diatur gerak bagi pelaksana operasi pemindahan dan penyelamatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, bomba, JPAM dan juga ATM. Sebagai sokongan kepada operasi tindak balas ini, aset-aset milik agensi berkenan turut akan diletakkan dalam keadaan bersiap siaga. Antaranya lori 998 unit, pacuan empat-roda 1,882 unit, bot penyelamat 1,456 unit akan digerakkan bagi tujuan penyelamatan mangsa dan pemindahan mangsa yang terjejas bencana banjir.

Bagi tempoh pengendalian musim banjir pada kali ini, sekiranya berlaku, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan 5,122 buah pusat pemindahan untuk menampung perpindahan lebih daripada 1.6 juta orang mangsa dalam satu-satu masa. Selain itu, sebanyak lima buah depot simpanan keperluan bencana telah diwujudkan mengikut zon, iaitu di Kemumin Kelantan, Marang Terengganu, Bedung Kedah, Sungai Buloh Selangor dan juga Muar, Johor. JKM juga meletakkan sebanyak 565 buah pangkalan hadapan serta melantik 1,151 orang pembekal setempat bagi menyokong kelangsungan penyampaian bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa-mangsa dengan segera. Dalam hal ini juga JPAM juga mewujudkan depot-depot simpanan bantuan bencana di lokasi-lokasi terpilih terutamanya di kawasan yang berisiko berlakunya banjir.

Bagi memastikan kebajikan mangsa-mangsa bencana di pusat-pusat pemindahan, JPAM akan menyokong pihak JKM dalam melancarkan pengurusan terutamanya dalam aspek pendaftaran, kemasukan mangsa ke pusat perpindahan dan menyelia pasukan-pasukan NGO yang turut membantu.

Selari dengan usaha untuk memantapkan pengurusan penyampaian bantuan bencana, NADMA selaku penyelaras utama telah menyediakan platform induk bagi menghubungkan rangkaian kerjasama di peringkat pusat bersama NGO untuk mengenal pasti keupayaan dan bentuk sumbangan bantuan yang boleh digembleng bagi membantu kebajikan mangsa-mangsa bencana.

Page 114: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

106 DN 26.4.2016

Kerajaan telah menganjurkan satu sesi khas bersama NGO dan badan-badan korporat bagi mendapatkan persefahaman dalam meningkatkan keberkesanan usaha penyampaian bantuan kepada mangsa bencana yang amat memerlukan khususnya di kawasan-kawasan sasaran.

Yang Berhormat Senator Hajah Azizah juga membangkitkan bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM500. Yang Berhormat menyatakan tidak mencukupi dan mencadangkan supaya jumlah tersebut kita tambah sekurang-kurangnya RM1,500 kepada isi rumah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bantuan wang ihsan ini merupakan salah satu usaha kerajaan di dalam membantu rakyat ketika bencana banjir berlaku yang terikat dengan polisi dan prosedur yang sedia ada. Istilah ihsan dalam konsep bantuan wang ihsan adalah merujuk kepada keprihatinan dan rasa tanggungjawab Kerajaan Malaysia dalam memberikan sumbangan kecil kepada mangsa bencana banjir yang terlibat. Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir buat sementara waktu ketika banjir dan merupakan sumbangan ikhlas yang tertakluk kepada kadar-kadar yang telah ditentukan oleh kerajaan semasa. Bantuan ini bukanlah merupakan pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah yang dialami oleh mangsa banjir.

Yang Berhormat Senator Khairiah Mohamad membangkitkan- tidak ada dalam Dewan ya, membangkitkan kekesalan kerajaan negeri Kelantan tidak dijemput untuk menyertai majlis mengenai pengurusan banjir oleh NADMA sedangkan Kerajaan Negeri Kelantan pihak yang terpenting dalam isu pengurusan banjir tersebut. Oleh sebab benda ini melibatkan sesuatu yang telah diviralkan, jadi saya jawab separuh, lagi separuh saya akan jawab secara bertulis.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, agensi-agensi kerajaan yang menghadiri persidangan tersebut adalah terdiri di antaranya ialah JPS Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd., Jabatan Pertahanan Awam Kelantan, Raja Shamri, Majlis Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA), Al-Falah, CAKNA Kuala Krai dan Kelantan Care. Jadi ini bermakna Kelantan telah dijemput dan kalau sekiranya Yang Berhormat mengatakan bahawa Kelantan tidak dilibatkan ialah sesuatu yang salah dan harus diperbetulkan.

Yang Berhormat Dato’ Hoh Khai Mun ingin mendapatkan status perbincangan Kabinet mengenai cadangan supaya pelarian dan permohonan suaka dimasukkan dalam sektor tenaga buruh. Yang Berhormat ada dalam Dewan? Tidak ada? Ya, tidak ada. Jadi saya akan jawab secara bertulis. Sebenarnya isu ini cukup penting dibincangkan tetapi malangnya oleh sebab Yang Berhormat tidak ada dan saya mengikuti apa yang telah dibuat oleh Menteri-menteri yang lepas serta untuk menjawab bagi Yang Berhormat yang berada dalam Dewan.

Kemudian, PR1MA. Yang Berhormat yang membangkitkan perkara ini ialah Yang Berhormat Datuk Norliza Abdul Rahim, juga tidak hadir?

■2000

Nampaknya begitulah, Tuan Yang di-Pertua oleh sebab Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan tidak ada di dalam Dewan jadi saya akan jawab secara bertulis. Kemudian pasal ESSCOM, Yang Berhormat Datuk Haji Kadzim bin M. Yahya mencadangkan supaya pihak ESSCOM bekerjasama dengan pelabuhan-pelabuhan di Sabah dalam mengesan kemasukan bot ke perairan Sabah agar ia lebih berkesan. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Kadzim? Ya, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Kadzim, ya...

Datuk Haji Kadzim bin M. Yahya: Ada, ada.

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Ya, ya saya nampak. Untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, ESSCOM akan mengkaji kesesuaian untuk mengintegrasikan radar-radar di pelabuhan-pelabuhan agar boleh dipantau melalui pusat operasi ESSCOM dalam perancangan pembangunan radar fasa yang akan datang. Pada masa ini radar pengawasan trafik pelabuhan-pelabuhan hanya boleh digunakan dalam batas pelabuhan sahaja. Yang Berhormat Senator Jamilah @ Halimah binti Sulaiman membangkitkan isu penculikan, Yang Berhormat ada di dalam dewan, tidak ada?... Ada ya?

Okey Yang Berhormat Senator Jamilah @ Halimah binti Sulaiman membangkitkan isu penculikan. Yang Berhormat ada dalam Dewan?

Page 115: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 107

Seorang Ahli: Ada, ada.

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat ada dalam Dewan, tidak

ada?

Seorang Ahli: Ada.

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Ada ya. Yang Berhormat Senator Jamilah

@ Halimah binti Sulaiman membangkitkan isu penculikan warga negara Malaysia yang diculik di kawasan ESSCOM membuatkan rakyat mempersoalkan keberkesanan pemantauan yang dilakukan oleh ESSCOM. Yang Berhormat juga mencadangkan agar ESSCOM memperluaskan kawasan dan menggunakan radar terkini dan memberi respons yang segera terhadap satu-satu kes yang berlaku serta mengambil kira nisbah kawasan logistik dalam perancangan strategiknya. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat ingin mendapatkan maklumat tambahan Yang Berhormat boleh mencelah ya. Sejak penubuhan ESSCOM pada 2013 pelbagai inisiatif jangka pendek dan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan oleh ESSCOM dalam membendung jenayah rentas sempadan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ESSCOM telah berjaya mematahkan sembilan kes percubaan menculik dan cubaan penculikan terkini ke atas bot tunda techlink pada 15 April 2015 berhampiran dengan Pulau Sipadan. Kejadian ini adalah kerana kita mendapat maklumat awal. ESSCOM sentiasa berusaha meningkatkan response time ke atas satu-satu insiden dengan mengoptimumkan maklumat risikan dan atur gerak vessel ke laluan risiko tinggi dan hotspots. Peningkatan response time ini dimungkinkan oleh aset dan operasi yang selaras dengan keperluan dan kemampuan semasa.

Kumpulan kidnap for ransom telah mengubah modus operandi mereka kepada vessel-vessel yang bergerak perlahan atau yang mempunyai low freeboard. Ini jelas menunjukkan bahawa inisiatif pengukuhan keselamatan oleh ESSCOM di pusat peranginan, tempat tumpuan pelancong, sangkar ikan dan laluan-laluan yang berisiko adalah berkesan sehingga kumpulan kidnap for ransom terpaksa mensasarkan soft targets iaitu kapal dagang.

Keupayaan sistem radar pengawasan pantai sekarang dipertingkatkan bagi melebarkan liputan semasa. Selain itu radar jarak dekat juga sedang dipasang di kawasan pulau-pulau di perairan Telukan, Lahad Datu dan Semporna bagi meningkatkan situation awareness di laluan yang berisiko tinggi. Pembinaan dua buah pangkalan operasi hadapan juga berada dalam peringkat awal perancangan pembinaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perkara-perkara yang...

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

satu soalan.

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Ya, sila.

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih kepada Yang Berhormat

Menteri kerana telah memberi satu penjelasan yang begitu jelas. Cuma saya ingin mendapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, saya telah difahamkan bahawa Pulau Ligitan tidak termasuk dalam liputan radar ESSCOM. Terima kasih, saya mohon penjelasan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya

telah menjawab baru-baru ini perkara tersebut dan pihak polis juga telah pun menjawab mengenai perkara ini. Berhubung dengan secara detail di mana penculikan tersebut berlaku. Untuk membolehkan saya menjawab dengan lebih tepat Yang Berhormat saya akan jawab secara bertulis sebab liputan radar yang berada di Pulau Ligitan itu telah pun saya sebut dalam jawapan yang lepas.

Cuma yang tadi Yang Berhormat, saya sebut tadi dua buah pangkalan hadapan di peringkat pembinaan, tetapi dua buah pangkalan forward seabasing. Dua buah pangkalan hadapan yang saya maksudkan itu yang akan dibina di Pulau Mabul dan juga Karakit.

Page 116: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

108 DN 26.4.2016

Sementara yang telah siap kita buat iaitu seabasing yang telah siap ialah yang beroperasi di Beting Bogdaya di Telukan, Lahad Datu mulai 31 Disember 2015 yang lepas. Iaitu kita menggunakan sebuah pelantar minyak yang telah lucut tauliah yang telah kita ubah suai. Pangkalan laut ini juga- kemudian kita juga menyediakan seabasing yang kedua iaitu sebuah kapal dagang yang telah diubahsuai dijadikan sebagai mobile seabasing yang dinamakan Kapal Auxiliary Tun Azizan. Kapal ini telah beroperasi pada 1 Mei 2015.

Jadi dua lagi seabasing itu dalam peringkat perancangan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah bercakap mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab saya dan di mana perkara yang saya tidak sempat jawab saya akan jawab saya akan jawab secara bertulis. Lain-lain perkara yang ditimbulkan akan dicatatkan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Seri Shahidan bin

Kassim. Terima kasih sekali lagi. Sekarang saya menjemput pula nombor lima iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Wahid Omar. Dipersilakan.

8.08 mlm.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar]: Terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak warga Unit Perancang Ekonomi, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perangkaan, TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas dan Talent Corporation Malaysia Berhad, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan juga tahniah kepada Datuk S. A. Vigneswaran yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar: Saya percaya Yang Berhormat Datuk Seri

Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih juga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2016 dan untuk penggulungan perbahasan kali ini saya akan menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh secara langsung bidang tugas Jabatan Perdana Menteri khususnya Unit Perancang Ekonomi dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), SPRM dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bagi pihak Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan. Terdapat tujuh isu kesemuanya yang telah dibangkitkan dan insya-Allah saya akan cuba

menjawabnya.

Pertama memberi penjelasan kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok yang menyeru agar kerajaan meningkatkan program-program pembangunan di negeri Sarawak. Saya difahamkan Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok tiada di sini. Mungkin saya jawab pendek sahaja dan selebihnya saya jawab secara bertulis.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat terhadap pertumbuhan berimbang antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Sebab itulah negeri Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri yang dapat peruntukan pembangunan antara yang tertinggi di Malaysia. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM15.3 bilion kepada negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan sejumlah RM18.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kesebelas, negeri Sarawak juga telah diluluskan peruntukkan perbelanjaan pembangunan kedua tertinggi berjumlah RM4 bilion.

Page 117: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 109

Sebahagian daripada program atau projek-projek ini dilaksanakan melalui Koridor Ekonomi Wilayah SCORE di bawah Rolling Plan Pertama di mana peruntukan sejumlah RM1.22 bilion telah diluluskan dengan tujuh projek sambungan yang bernilai RM555.6 juta dan lima projek baharu bernilai RM665.1 juta. Tumpuan akan terus diberi untuk menarik pelaburan yang akan menjana peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

■2010

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader adalah berhubung dengan isu pembangunan bumiputera. Saya tak pasti Datuk Seri Syed Ibrahim ada di sini atau tidak. Tidak ada. Kalau boleh saya terangkan jawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga adalah isu permohonan projek yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed yang menyeru kerajaan mempercepatkan pembinaan empangan di Kelantan yang telah diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas yang lalu. Walaupun beliau tidak ada di sini, saya jawab kerana jawapannya agak ringkas. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat dua projek hidroelektrik yang telah diluluskan untuk dilaksanakan di negeri Kelantan iaitu Projek Hidroelektrik Nenggiri dan Projek Hidroelektrik Lebir.

Kerajaan telah berusaha bagi memastikan projek-projek hidro ini dapat disiapkan dengan cara fast track, dengan izin, bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat secara keseluruhan. Bagi Projek Hidroelektrik Nenggiri, ia dijangka siap secara berperingkat pada tahun 2024. Manakala bagi Projek Hidroelektrik Lebir, satu kajian terperinci Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan termasuk berkenaan dengan empangan Sungai Lebir sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan hasilnya dijangka siap pada bulan Mei 2016. Kajian ini akan memperincikan keluasan tanah yang diperlukan dalam pembinaan empangan berkenaan bagi membolehkan penyediaan peruntukan pengambilan tanah dan pampasan sewajarnya. Hidroelektrik Lebir dijangka siap pada tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, isu keempat yang saya akan jelaskan mengenai pembangunan projek High Speed Rail (HSR) daripada Yang Berhormat Senator Tuan Chia

Song Cheng yang mencadangkan antara lainnya supaya penentuan laluan dan stesen transit hentian HSR yang strategik dan akan bawa manfaat kepada negeri yang terlibat. Tidak pasti Yang Berhormat Senator Tuan Chia Song Cheng ada di sini. Tidak ada. Akan diberikan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga lagi isu-isu yang melibatkan SPRM dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Norliza binti Abdul Rahim, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Mariany. Izinkan saya menjawabnya kerana ia agak pendek.

Tentang yang pertama sekali, Yang Berhormat mencadangkan SPRM untuk mempercepatkan siasatan kes pembelian rumah oleh Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng agar rakyat dapat melihat situasi sebenar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, isu ini masih dalam tindakan siasatan SPRM dan untuk makluman Yang Berhormat juga, proses siasatan SPRM tertakluk kepada perintah tetap Ketua Pesuruhjaya dan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan iaitu memperoleh, mengkaji dan meneliti bukti-bukti dan dokumen, mengenal pasti dan seterusnya merakamkan percakapan saksi-saksi dan individu-individu yang terlibat dan tempoh penyiapan sesuatu siasatan juga adalah berdasarkan kompleksiti sesuatu kes.

Pada masa kini, pihak SPRM sedang giat menyiapkan siasatan ini berlandaskan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa serta tidak akan terpengaruh dengan sebarang persepsi dan spekulasi oleh pihak-pihak tertentu. Setelah siasatan selesai, pihak SPRM akan mengemukakan Kertas Siasatan ini kepada pendakwa raya untuk keputusan.

Page 118: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

110 DN 26.4.2016

Perkara ataupun isu keenam yang telah dibangkitkan adalah orang Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed yang membangkitkan terdapat aduan dibuat berkenaan isu penyelewengan wang bantuan ubahsuai rumah untuk mangsa banjir di Kelantan. Yang Berhormat ingin mengetahui apakah tindakan SPRM menyiasat perkara ini. SPRM telah selesai menjalankan siasatan berhubung dengan penyelewengan peruntukan membaik pulih rumah mangsa banjir di Kelantan dan kertas-kertas siasatan telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan.

Isu yang ketujuh dan terakhir yang ingin sentuh adalah berkaitan dengan isu Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit. Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Mariany memohon maklumat daripada suruhanjaya berhubung bilakah pindaan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] akan dibuat bagi

memastikan pemantauan terhadap agensi penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih efektif. Yang Berhormat Senator juga mencadangkan supaya lebih banyak lagi agensi penguatkuasaan dimasukkan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan melalui pindaan segera Akta 700.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) telah ataupun sedang dalam proses untuk membuat pindaan kepada Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 yang lebih dikenali dengan Akta 700, di mana antara tujuan pindaan ini dibuat adalah untuk menambah baik fungsi sedia ada serta fungsi-fungsi lain yang boleh dilaksanakan oleh SIAP. Pindaan ini juga bertujuan untuk memastikan untuk SIAP dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih lancar dan lebih berkesan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga draf undang-undang pindaan ini telah pun dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan.

Berkaitan dengan isu cadangan menambah agensi penguatkuasaan baru ke dalam jadual kepada Akta 700, perkara ini sedang dilihat dan dikaji oleh suruhanjaya. Seksyen 55, Akta 700 memperuntukkan bahawa Perdana Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta untuk meminda jadual kepada Akta 700. Kajian yang mendalam perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu agensi itu diletakkan di bawah bidang kuasa SIAP. Ia mestilah agensi penguatkuasaan yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 2, Akta 700. Selain daripada itu, adalah penting untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan kerana terdapat beberapa cadangan bagi pihak berkuasa tempatan diletakkan di bawah seliaan suruhanjaya.

Isu lain yang perlu diambil kira adalah kekangan daripada segi tenaga dan jumlah pegawai suruhanjaya sendiri yang agak terhad. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar penambahan kakitangan dan pembesaran struktur organisasi suruhanjaya ini boleh dibuat terlebih dahulu agar bersesuaian dengan beban tugas yang akan dipikul.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah...

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab begitu padat sekali jawapannya. Adakah PNB di bawah tanggungjawab Menteri? Sebab apa, saya bangkitkan baru ini dalam ucapan saya bahawa masyarakat Siam bumiputera tetapi apabila ditanya Pengerusi PNB, dia menyatakan bahawa masyarakat Siam boleh melabur tetapi tidak boleh memohon fasiliti yang ada pada PNB. Ini kerana mereka layak sebagai komuniti, bukannya sebagai bumiputera. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang

di-Pertua, tentang isu PNB ini memang kaum masyarakat Siam boleh melabur dalam unit-unit amanah saham di bawah PNB dan itu saya rasa tidak mempunyai masalah.

Page 119: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 111

Akan tetapi saya juga kurang pasti sebab PNB ini mereka tidak memberikan pinjaman ataupun pembiayaan yang lain. Itu di bawah agensi lain seperti PUNB iaitu Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

■2020

Setahu saya, memang kaum Siam ini diiktiraf sebagai bumiputera untuk tujuan pembiayaan dan sebagainya di bawah agensi-agensi di yang berada di bawah saya, termasuklah agensi TERAJU dan sebagainya. Jadi, kalau ada isu, Yang Berhormat Senator bolehlah berhubung kepada saya. Terima kasih.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: [Bangun]

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Yang

Berhormat Menteri sentuh PUNB. PUNB memang iktiraf kaum Siam sebagai bumiputera dan kita pun ada pinjaman kepada mereka. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya

rasanya soalan saya belum dijawab lagi. Saya ingat sekarang masalah SPAD dan yang lain, yang Keretapi Tanah Melayu, ETS dan OKU. Saya rasa hari itu Yang Berhormat Datuk Abbas pun ada kemukakan masalah ini kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Dia kata yang menjawabnya ialah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi saya rasa Yang Berhormat Menteri hari ini yang last yang menjawabnya Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Wahid, saya rasa tidak seorang pun yang menjawab masalah SPAD ini. Terima kasih.

Datuk Yoo Wei How: Tuan Yang di-Pertua, minta celah sikit. Saya juga

membangkitkan isu berkenaan dengan kenaikan tambang pengangkutan awam, contohnya daripada LRT, daripada monorail, daripada KTMB juga. Akan tetapi saya tidak dengar ada sesiapa Yang Berhormat Menteri yang jawab tentang soalan ini. Mungkin kesuntukan masa. Kalau betul-betul kesuntukan masa, mintalah jawapan bertulis kepada kita berkenaan isu tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua saya juga turut sama

dengan rakan-rakan kerana saya juga bangkitkan akaun, malah saya pegang buku pada ketika itu bertanya berhubung dengan akaun PR1MA. Jadi, tidak ada jawapan juga. Jadi, saya hendak mintalah kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana kita melihat sendiri Tuan Yang di-Pertua, semasa kita berdebat tidak orang yang mendengar pun. Saya cakap pada hari itu tidak ada siapa yang mendengar pun. Inilah akibat daripada tidak ada yang mendengar. Makna kata, tidak ada jawapanlah. Kita ini memang betullah, we are just orang kata cop sajalah, rubber stamp sajalah. Betul lah apa yang dikatakan sekarang ini, tidak ada. Jadi, saya hendak mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya Dewan Negara ataupun Dewan Rakyat diwajibkan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini. Dulu kita ada Setiausaha Parlimen tapi sekarang tidak ada Setiausaha Parlimen, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Halimah sentiasa ada di sini sampai sekarang tidak balik lagi. Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Wahid, Yang Berhormat Datuk Logan...

Timbalan Yang di-Pertua: Tahniah, tahniah.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Jadi, kadang-kadang kita bertanya, kadang-

kadang soalan itu bukannya hendak tanya, saya tahu jawapan hari ini yang diberi, saya tidak puas hati. Banyak sangat saya bercakap jadi tidak seronok bila orang kata kita kompelin. Yang sebenarnya kita, bila kita bercakap, bila kita bersyarah ini, kita kadang-kadang kita relate benda-benda macam saya soal bab banjir itu bukan soal peruntukan banjir sebenarnya. Akan tetapi saya bertanya lebih kepada apa dia kita hendak buat lagi 10 tahun ini.

Page 120: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

112 DN 26.4.2016

Soalan saya contohnya, saya cadangkan supaya Kementerian Pendidikan mengadakan aircond di dalam bilik-bilik, ingat. Saya cadangkan aircond diadakan di bilik-bilik darjah di sekolah. Kalau tidak cukup bajet, saya kata buatkan untuk bilik-bilik darjah yang hendak anak-anak kita yang hendak exam. Haze cuti, El-Nino cuti, banjir cuti, tidak

cukup masa.

Jadi, tidak ada banyak jawapanlah. Jadi, sedihlah Tuan Yang di-Pertua. Lecehlah orang kata. Kalau beginilah, tidak payah datang bersidanglah. Kita kutip elaun saja.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Pakai pun lawa Tuan Yang di-Pertua, kerana

kita mai Dewan ini dengan semangat yang cukup hebat.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, baik.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Akan tetapi cakap kosong sajalah. Minta

maaf Tuan Yang di-Pertua dan saya juga minta maaf kepada pihak-pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Menteri dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua,

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Saya sebenarnya banyak soalan saya yang

tidak dijawab kalau dibandingkan dengan yang lepas-lepas. Ini saya akan mengakhiri tugas saya sebagai Ahli Dewan Negara tidak berapa hari, esok saja tapi diakhiri dengan tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri. Nampaknya saya berasa kesal. Saya setujulah dengan apa yang dikatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi sebentar tadi. Saya pun rasa sedih juga, Yang Berhormat Menteri datang hari ini, yang ada Yang Berhormat Menteri berderet-deret, orang belakang duduk belakang. Hari ini Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Wahid datang, ada tiga orang saja di belakang. Jadi, apakah bezanya itu Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Wahid.

Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama

sekali, saya terlupa bahawa Yang Berhormat Senator Mohd Ali bin Mohd Rustam merupakan Pengerusi PNB dan saya juga dulu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah PNB dan memang benar tidak ada isu tentang masyarakat Siam ini. Memang kami sentiasa membantu dan mereka layak mendapat apa juga fasiliti di bawah pengiktirafan sebagai kaum bumiputera.

Kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah tentang isu-isu berkaitan dengan SPAD dan juga Kementerian Pengangkutan tentang ETS, tambang-tambang. Saya pada hari ini juga mewakili Yang Berhormat Menteri Puah Hajah Nancy bin Shukri yang bertanggungjawab di atas SPAD. Mengikut nota yang saya ada terdapat hanya soalan berkenaan dengan high speed rail. Tidak ada isu-isu yang telah dibangkitkan berkenaan dengan ETS dalam konteks SPAD sebagai regulator.

Mungkin terdapat kekeliruan di mana mereka menyangkakan bahawa isu ini akan dijawab oleh Kementerian Pengangkutan. Apa pun kita pastikan bahawa kita semak kembali isu-isu yang telah dibangkitkan dan kita pastikan sama ada Kementerian Pengangkutan ataupun SPAD akan memberikan jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ketiga, tentang isu akaun PR1MA iaitu yang telah dibangkitkan. Maaf, tadi sebenarnya Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan bertanggungjawab atas PR1MA. Beliau sudah tidak ada dan saya rasa beliau akan menjawab secara bertulis kalau ada isu-isu yang berbangkit.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membuat mungkin komen secara keseluruhan dan tentang terutamanya isu yang telah dibangkitkan sama ada kita menganggap Dewan Negara ini sebagai rubber stamp. Saya sebagai seorang Ahli Jemaah Menteri yang dilantik sebagai Yang Berhormat Senator merasakan bahawa tidak ada perbezaan yang daripada segi layanan yang telah diberikan kepada saya sama ada sebagai Yang Berhormat Senator ataupun sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat.

Page 121: MALAYSIA - · PDF file10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. ... Parliament yang menjadi impian kepada kita di dalam negara ... kementerian mengadakan aktiviti bersama

DN 26.4.2016 113

Saya rasa Jemaah Menteri dan rakan-rakan kita di Kabinet dan pihak kerajaan menganggap kedua-dua Houses of Parliament, dengan izin, merupakan rumah ataupun House of Parliament yang penting, yang memainkan peranan masing-masing.

Ini jelas daripada segi usaha yang kita tumpukan. Sebagai contohnya, saya dan rakan-rakan di Kabinet sebelum apa-apa juga sesi Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara, kami akan mengadakan sesi-sesi pre-council. Di mana kita panggil semua pegawai dan meneliti apakah soalan-soalan dan isu-isu yang dibangkitkan dan kita berbincang apakah jawapan-jawapan. Bermakna, tidak ada perbezaan antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara. That I can vouch, dengan izin, daripada segi treatmentnya. Cuma kadang-kadang itu mungkin terdapat sedikit pertindihan ataupun tidak berapa jelas tentang siapa yang akan menjawab yang mana soalan.

Jadi untuk itu, saya ingin memberikan pengesahanlah kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd. Suhaimi dan rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Negara yang lain bahawa tidak ada perbezaan ataupun usaha untuk memperkecilkan peranan Dewan Negara. Tuan Yang di-Pertua, memang Dewan yang mulia ini memang amat dihormati. Apa juga komen yang telah dibangkitkan kita ambil perhatian dan kita pastikan bahawa yang mana tidak tercover, dengan izin, kita akan menjawab secara bertulis. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya pun sudah habis cover kawasan saya. Kalau ada isu-isu yang dibangkitkan tetapi tidak dirangkumi dalam jawapan hari ini, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa perkara tersebut telah tercatat dan akan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Mana yang lain itu kita akan jawab secara bertulis. Sekian. Wabillaahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Wa’alaikumussalam. Itulah tadi Yang Berhormat Dato'

Sri Abdul Wahid Omar ya dan saya hendak tanya ada tidak datang Yang Berhormat Dato' Dr. Asyraf? Dato’ Dr. Asyraf tidak hadir ya, dan itulah tadi senarai anggota pentadbiran kita yang menggulung Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara ini. Kesemua yang mengambil bahagian diucapkan tahniah dan terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 27 April 2016. Sekian. Wassalamualaikum warahmatulaahi wabarakaatuh dan selamat malam.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.31 malam.]