22
Masalah Disiplin Pelajar yang di fokuskan dalam kajian yang dilakukan di Daerah TAIPING untuk sepanjang tempoh tahun 2009 adalah sebanyak 21 kes manakala pada JAN 2010 adalah sebanyak 5 kes. Untuk tempoh kajian Bulan JAN 2009, tiada dikesan sebarang masalah disiplin yang melibatkan pelajar. MASALAH DISIPLIN PELAJAR Bulan FEB BI L TARIKH/ MASA TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0 KECEDERAAN / KEROSAKAN 1 19 FEB 09 JAM 0915 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PANGLIMA, TAIPING TAIPING RPT: 1285/09 MELAYU- INDIA PADA 19 FEB 09 JAM LEBIH KURANG 0915 SELEPAS PERBARISAN SEKOLAH SUSPEK DENGAN TIBA-TIBA TELAH MEMUKUL PENGADU (.) SUSPEK BERTINDAK SEDEMIKIAN KERANA PENGADU SERING MENGHINA DENGAN MENYEBUT PERKATAAN ’PARIA’ TERHADAP SUSPEK : RKM BENGKAK DAN LEBAM DI BAHAGIAN MUKA 2 16 FEB 09 (.)JAM 1315 BANGUNAN CRC SEKOLAH MENENGAH ST.GEORGE, TAIPING TAIPING RPT 1169/09 CINA - MELAYU PADA 16 FEB 09 JAM 1315 DI SEBELAH BANGUNAN SMK ST .GEORGE, TAIPING,SEMASA PENGADU HENDAK PULANG KE RUMAHNYA TELAH DIKELILINGI OLEH BELASAN PEMUDA MELAYU DAN MEMUKUL PENGADU (.) KEJADIAN INI BERPUNCA DARI BERLAKUNYA SATU PERGADUHAN DI KANTIN SEKOLAH PADA JAM LEBIH KURANG JAM 1030 DIMANA TERDAPAT PELAJAR LAIN SEK 147 KK MENGALAMI KECEDERAAN CALAR DI BAHAGIAN BELAKANG BADAN KANAN

MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

Masalah Disiplin Pelajar yang di fokuskan dalam kajian yang dilakukan di Daerah TAIPING untuk sepanjang tempoh tahun 2009 adalah sebanyak 21 kes manakala pada JAN 2010 adalah sebanyak 5 kes.

Untuk tempoh kajian Bulan JAN 2009, tiada dikesan sebarang masalah disiplin yang melibatkan pelajar.

MASALAH DISIPLIN PELAJAR Bulan FEB

BIL

TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

1 19 FEB 09 JAM 0915

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PANGLIMA, TAIPING

TAIPING RPT: 1285/09

MELAYU-INDIA

PADA 19 FEB 09 JAM LEBIH KURANG 0915 SELEPAS PERBARISAN SEKOLAH SUSPEK DENGAN TIBA-TIBA TELAH MEMUKUL PENGADU (.) SUSPEK BERTINDAK SEDEMIKIAN KERANA PENGADU SERING MENGHINA DENGAN MENYEBUT PERKATAAN ’PARIA’ TERHADAP SUSPEK :

RKM BENGKAK DAN LEBAM DI BAHAGIAN MUKA

2 16 FEB 09 (.)JAM 1315

BANGUNAN CRC SEKOLAH MENENGAH ST.GEORGE, TAIPING

TAIPING RPT 1169/09

CINA -MELAYU PADA 16 FEB 09 JAM 1315 DI

SEBELAH BANGUNAN SMK ST .GEORGE, TAIPING,SEMASA PENGADU HENDAK PULANG KE RUMAHNYA TELAH DIKELILINGI OLEH BELASAN PEMUDA MELAYU DAN MEMUKUL PENGADU (.) KEJADIAN INI BERPUNCA DARI BERLAKUNYA SATU PERGADUHAN DI KANTIN SEKOLAH PADA JAM LEBIH KURANG JAM 1030 DIMANA TERDAPAT PELAJAR LAIN MEMBUANG 2 KETULAN AYAM TERHADAP PELAJAR MELAYU TERSEBUT (.) SEWAKTU ITU ,PENGADU TELAH BERADA DI KAWASAN KANTIN SEKOLAH DAN PELAJAR MELAYU TERSEBUT SALAH FAHAM TERHADAP PENGADU BAHAWA BELIAU TELAH

SEK 147 KK MENGALAMI KECEDERAAN CALAR DI BAHAGIAN BELAKANG BADAN KANAN

Page 2: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

MEMBUANG 2 KETULAN AYAM TERHADAPNYA

3 25 FEB 09, BERMULA JAM 0930 HINGGA 1345

NOBLE SCHOOL, KG BOYAN, TAIPING

AULONG RPT: 229/09, 231/09

INDIA-MELAYU

PADA 21 FEB 09, LEBIH KURANG JAM 0730 SEMASA PENGADU BERADA DI NOBLE SCHOOL, KG. BOYAN, TAIPING TELAH MENDAPAT PANGGILAN DARI WARDEN BERTUGAS NAMA EN BAHAR, SATU PERGADUHAN TELAH BERLAKU PADA 20 FEB 09 JAM LEBIH KURANG 2200 DI ASRAMA NOBLE SCHOOL, KG. BOYAN, TAIPING ANTARA DUA PELAJAR SEKOLAH BERKENAAN

RLA

4 JAM 1240 21 FEB 09

DI SEKOLAH RENDAH HUA LIAN 3, TAIPING

TAIPING RPT: 1333/09

CINA-INDIA KEJADIAN INI BERPUNCA DARIPADA

MANGSA YANG TELAH MEMEGANG TANGAN SUSPEK 1 YANG HENDAK MENGAMBIL BOLA SEPAK YANG BERADA BERDEKATAN DENGAN MANGSA (.) AKIBAT KEJADIAN TERSEBUT ITU RAKAN SASPEK 1 IAITU SASPEK 2 TELAH DATANG MEMBANTU LALU DI MANA TERJADINYA PERGADUHAN DI ANTARA MANGSA DENGAN KEDUA-DUA SUSPEK TERSEBUT

RLA BENGKAK BELAKANG KEPALA TELINGA KIRI, DI BAHAGIAN HUJUNG KEMALUAN

5 24 FEB 09 / JAM 2038

DIATAS BAS SEKOLAH HADAPAN SEK. MEN. MATANG, TAIPING

KUALA SEPETANG RPT: 0147/09

MELAYU-CINA KEJADIAN INI BERPUNCA DARIPADA

MANGSA YANG TELAH MEMEGANG TANGAN SUSPEK 1 YANG HENDAK MENGAMBIL BOLA SEPAK YANG BERADA BERDEKATAN DENGAN MANGSA (.) AKIBAT KEJADIAN TERSEBUT ITU RAKAN SASPEK 1 IAITU SASPEK 2 TELAH DATANG MEMBANTU LALU DI MANA TERJADINYA PERGADUHAN DI

RKM LUKA PADA KENING SEBELAH MATA KANAN DENGAN MENDAPAT JAHITAN SEBANYAK 5 JAHITAN DAN DIMASUKKAN KE WAD C 5

Page 3: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

ANTARA MANGSA DENGAN KEDUA-DUA SUSPEK TERSEBUT

MASALAH DISIPLIN PELAJAR BULAN MAC 2009.

BIL

TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

1 27 MAC 09 1230

DI SEKOLAH HUA LIAN

TAIPING RPT 2198/09

PADA 27 MAC 09 JAM LEBIH KURANG 1230 BERTEMPAT DI SEKOLAH HUA LIAN, TAIPING TELAH DATANG (3) PELAJAR LELAKI MELAYU DAN SALAH SEORANG DARI MEREKA YANG DIKENALI DENGAN NAMA MOHD HAFIS BIN XXX PELAJAR LELAKI TINGKATAN 5 (SUSPEK) TELAH MENUMBUK PADA BAHU KIRI DAN MENENDANG PAHA KANAN SEHINGGA PENGADU MENGALAMI KECEDERAAN LEBAM PADA BAHU KIRI SERTA PAHA KANAN (.) PADA 26 MAC 09 SEMASA PENGADU BERSAMA RAKANNYA BERADA DI KEDAI TAMAN PERTAMA AULONG SUSPEK TELAH DATANG LALU MENAMPAR PADA PIPI KANAN SEHINGGA MENYEBABKAN LEBAM PADA PIPI KANAN PENGADU, DALAM KEJADIAN YANG JUGA SUSPEK TELAH MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT KEPADA PENGADU DAN SEORANG LAGI RAKAN BERSAMANYA SEMASA KEJADIAN TERSEBUT

KIV SEMENTARA

:LEBAM PADA BAHU KANAN, PAHA KIRI DAN PIPI KANAN

Page 4: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

MASALAH DISIPLIN PELAJAR BULAN APR 2009.

BIL

TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

1 24 APR 09

1230

NOBLE SCHOOL OF INGINERING32-36 LORONG MB2 KG. BOYAN TAIPING

AULONG RPT 437/09

MELAYU-

MELAYU

PADA 24 APR 09 JAM LEBIH KURANG 1230 PENGADU MENERIMA MAKLUMAT DARIPADA PELAJAR- PELAJAR KOLEJ NOBLE SCHOOL OF ENGINERING 32-36 LORONG MB2 KG. BOYAN TAIPING MENGENAI SEORANG PELAJAR NAMA MUHD FITRI BIN SUSAIMI YANG TELAH DIBULI DAN DIPUKUL OLEH BEBERAPA ORANG PELAJAR SENIOR

RKM SAKIT DIATAS KEPALA DAN LEBAM BAHAGIAN BELAKANG BADAN

MASALAH DISIPLIN PELAJAR BULAN MEI 2009.

BIL TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

1 25 MEI 09

SEK. MEN. ADDANIAH JELUTONG, BUKIT GANTANG, TAIPING

CHANGKAT JERING RPT 0524/09

MELAYU-MELAYU

KEJADIAN BERLAKU PADA 19 MEI 09 JAM 1800 KETIKA PENGADU BERADA DI ASRAMA SEK. MEN. ADDANIAH JELUTONG, BUKIT GANTANG, DIDATANGI KAWANNYA BERNAMA IZUL SHAWAL SECARA BERJENAKA TELAH

RKM

Page 5: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

MELETAKAN SETERIKA PANAS KE BAHU PENGADU (.) EKORAN KEJADIAN TERSEBUT PENGADU TELAH MENDAPAT LUKA DAN MENDAPAT RAWATAN DI KLINIK CHANGKAT JERING (.) LAPORAN POLIS SEPERTI DI LAMPIRAN

2 28 MEI 09 1330

SEKOLAH MENENGAH SERI KOTA, TAIPING

TAIPING RPT. NO : 3829/ 09

MELAYU-INDIA

BERPUNCA DARI PERSENTUHAN BAHU ANTARA PELAJAR LELAKI MELAYU DENGAN PELAJAR LELAKI INDIA

TTL

3 29 MEI 09

1230 HRS

BELAKANG SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD, TAIPING

TAIPING RPT. NO : 3835/ 09

MELAYU-MELAYU

PADA 26 MEI 09 SEMASA PENGADU BERADA DI SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD, TAIPING, BERLAKU EJEK MENGEJEK ANTARA PENGADU DAN SUSPEK DENGAN PERKATAAN `GEMUK`

KIV SEMENTAR

A OLEH INSP

SURAYAH BT.AHMAD

MANGSA MENGADU SAKIT KEPALA SEBELAH KIRI DAN TANGAN SEBELAH KANAN

MASALAH DISIPLIN PELAJAR BULAN JUN 2009.

BIL TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

1 29 JUN 09JAM 1530

SMK MEN. KEB. KAMUNTING,

34600 KAMUNTING

KAMUNTINGREPORT : 2955/09

INDIA MELAYU

SASPEK MENUMBUK PENGADU KERANA TIDAK PUAS HATI SELEPAS DISURUH BEREDAR DARI TEMPAT BERMAIN

RKM LUKA DI BAWAH DAGU DAN BENGKAK DI BAHAGIAN TENGAH BELAKANG

2 26 JUN 090740 HRS

SEKOLAH MENENGA ST. GEORGE, TAIPING

TAIPING RPT. NO : 4543/ 09 DAN 4547/09

INDIA-CINA SIVA A/L MOORTHY (PENGADU) BERSAMA RAKAN-RAKANYA LEBIH KURANG 7 - 8 ORANG MELALUI KAKI LIMA PEJABAT SEKOLAH SEBAGAI JALAN PINTAS KE BILIK DARJAH KELAS 4S3 (.) MEREKA DIHALANG OLEH WONG CHIN MING

326 KK MANGSA MENGALAMI PENDARAHAN DAN PATAH TULANG HIDUNG

Page 6: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

(SEORANG PENGAWAS SEKOLAH) YANG SEDANG BERTUGAS DI SITU KERANA KAWASAN KAKI LIMA PEJABAT SEKOLAH MERUPAKAN KAWASAN LARANGAN BAGI LALUAN KEPADA PELAJAR (.) MEREKA KURANG BERPUAS HATI TERHADAP TINDAKAN WONG CHIN MING, SETERUSNYA SIVA A/L MOORTHY (PENGADU) MENUMBUK KE ARAH MUKA WONG CHIN MING DAN MENGALAMI PENDARAHAN DAN PATAH TULANG HIDUNG

MASALAH DISIPLIN PELAJAR BULAN JUL 2009.

BIL TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

1 15 JUL 09JAM 1330

SEKOLAH MENENGAH SIMPANG,TAIPING

SIMPANG RPT 2280/09

MELAYU-MELAYU

KEJADIAN BERLAKU PADA 15 JUL 09 JAM 1330 KETIKA PENGADU BERSAMA KAWANNYA BERNAMA MOHD FADZLI DI TEMPAT LETAK M/SIKAL SEKOLAH MENENGAH SIMPANG TIBA-TIBA DIDATANGI SEKUMPULAN PELAJAR LEBIH KURANG 10 ORANG, LALU BERLAKU PERTENGKARAN MULUT ANTARA BELIAU DENGAN MOHD HAZIM YANG MENUDUH BELIAU BERSIKAP KURANG AJAR (.) SETERUSNYA BERLAKU PERGADUHAN ANTARA PENGADU DENGAN KUMPULAN TERSEBUT (.) SELEPAS 15 MINIT, PERGADUHAN TERSEBUT DILERAIKAN OLEH GURU SEKOLAH TERSEBUT (.) PENGADU

KIV SEMENTARA

LUKA DI BAHU KIRI DAN KAWANNYA MENDAPAT KECEDERAAN LEBAM DI BAHU KIRI DAN BELAKANG TELINGA

Page 7: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

TELAH MENDAPAT KECEDERAAN LUKA DI BAHU KIRI DAN KAWANNYA MENDAPAT KECEDERAAN LEBAM DI BAHU KIRI DAN BELAKANG TELINGA AKIBAT DIPUKUL DENGAN MENGGUNAKAN COTA DAN TOPI KELEDAR

2 20 JUL 09 JAM 1236

DI RUMAH TIDAK BERNOMBOR DI BELAKANG PERHENTIAN BAS TELUK KERTANG, MATANG, TAIPING

KUALA SEPETANG RPT 483/09

CINA –MELAYU

PERBUATAN LIWAT OLEH 1 LELAKI CINA TERHADAP 1 PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH MATANG, TAIPING

SEKSYEN 377 B

-

3 30 JUL 09 1841

NO 41 KG KELUBUNG 34800 TRONG PERAK

TRONG RPT.370/09

MELAYU-MELAYU

KEJADIAN BERPUNCA DARI TEGURAN YANG DIBUAT OLEH PENGADU KERANA SUSPEK TELAH BERDAMPINGAN DENGAN PELAJAR PEREMPUAN SEMASA WAKTU RIHAT

RKM KERANA KEDUA-DUA PENGADU TELAH BERSETUJU MENYELESAIKAN KES TERSEBUT

CEDERA DI BAHAGIAN KEPALA SEBELAH KIRI

4 30 JUL 09 @ 1759

NO 8 LORONG 1 TAMAN PENGKALAN MAKMUR 34000 TAIPING PERAK

SIMPANG RPT.2487/09

INDIA-INDIA

KEJADIAN BERPUNCA DARI TINDAKAN PENGADU YANG TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS YANG MENJEJASKAN NAMA JIM RAJA (GANGSTER 04) (.) TINDAKAN TERSEBUT TELAH MENIMBULKAN RASA TIDAK PUAS HATI KUMPULAN TERSEBUT DAN MENGUGUT/MENGANCAM KESELAMATAN PENGADU

RKM -

MASALAH DISIPLIN PELAJAR BULAN OGOS 2009.

BIL TARIKH/

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

Page 8: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

MASA1 20

OGOS 09 1400

BERADA DI LUAR PAGAR SEKOLAH MENENGAH DARUL RIDZUAN AULONG

TAIPING RPT 5939/09 BERTARIKH 20 OGOS 09

CINA-CINA KEJADIAN BERLAKU KETIKA PENGADU, PENGADU TELAH DIDATANGI SEORANG LELAKI CINA PELAJAR SEKOLAH ST GEORGE YANG BELIAU TIDAK KENALI LALU MEMUKULNYA TANPA SEBAB (.)

RLA EKORAN DARI KEJADIAN TERSEBUT PENGADU MENGALAMI BENGKAK DI BAHAGIAN KEPALA DAN IBU JARI

MASALAH DISIPLIN PELAJAR BULAN SEP 2009.

BIL TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

1 08 SEP 09 1444 HRS

RUMAH TERES TIDAK BERNOMBOR (MASIH DALAM PEMBINAAN) DI TAMAN SIMPANG BAKTI, SIMPANG, TAIPING

SIMPANG RPT NO : 2999/ 09

PELAJAR PEREMPUAN MELAYU ROGOL DAN CABUL OLEH DUA ORANG LELAKI MELAYU

KEJADIAN ROGOL DAN CABUL MELIBATKAN PELAJAR SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH DARUL RIDZUAN, ASSAM KUMBANG, TAIPING

- -

2 17 SEP 09, 1453

DI HADAPAN SEKOLAH MENENGAH KELIAN PAUH, TAIPING (.)

TAIPING RPT NO : 6661/09

INDIA -MELAYU

PUNCA KEJADIAN TIDAK DAPAT DIPEROLEHI KERANA PENGADU TELAH MENGHILANGKAN DIRI KETIKA MEMBUAT LAPORAN POLIS DAN BELIAU MASIH BELUM MENANDA TANGANI KAKI LAPORAN POLIS (.)

DIKLASIFIKASIKAN T.T.L

CEDERA DI KEPALA

MASALAH DISIPLIN PELAJAR BULAN OKT 2009.

BIL TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

Page 9: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

1 5 OKT 09 TINGKATAN 4 K1, SEK. MENENGAH BUKIT JANA

KAMUNTING RPT 4573/09

MELAYU-MELAYU

PUNCA KEJADIAN ADALAH KERANA MANGSA MELARANG SASPEK BERKAWAN DENGAN ADIK PEREMPUANNYA BERNAMA NUR AINA WAPA BT ABDUL NASIR YANG JUGA MERUPAKAN PELAJAR DI SEKOLAH YANG SAMA(.)

RKM

2 -17 OKT 09 JAM 0039HRS, -17 OKT 09 JAM 1928 -

BALAI POLIS CHANGKAT JERING

CHANGKAT JERING RPT. NO 1050 DAN 1059 /09

MELAYU TANGKAPAN POLIS YANG MELIBATKAN (3) ORANG TERDIRI

DARIPADA PELAJAR SEKOLAH

379A

Manakala tempoh kajian untuk bulan JAN 2010 menunjukkan peningkatan berbanding JAN 2009.

BIL TARIKH/MASA

TEMPAT NO. RPT KAUM PUNCA KLASIFIKASI / I.0

KECEDERAAN/ KEROSAKAN

1 7 JAN 2010 (.)JAM 1430 (.)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN AOR (.)

CHANGKAT JERING

RPT. NO : 35 / 10

MELAYU -MELAYU

KEJADIAN PERGADUHAN INI ADALAH BERPUNCA DARIPADA SIKAP BERBALAS PERCAKAPAN DENGAN JAGA (SASPEK) SEMASA SESSI PEMBELAJARAN DI KELAS 4 DESIGN, MEN.KEB. PENGKALAN AOR (.) PENGADU MENDAKWA BAHAWA SASPEK TELAH MENGELUARKAN KATA-KATA BERUPA CERCAAN KEATAS BAPA PENGADU SEPERTI `HINDU` DAN `PARIA` (.) PENGADU TURUT MEMBALAS KATA-KATA TERSEBUT DENGAN UNGKAPAN `BABI` KEPADA SASPEK

TIADA TINDAKAN

LANJUT (TTL)

KESAN LEBAM / BENGKAK DI

BAHAGIAN LEHER (KIRI) SERTA LENGAN

SEBELAH KIRI

2 12 JAN 10/ 1520

SEKOLAH MENENGAH

TAIPING RPT. NO :

MELAYU -MELAYU

SASPEK SEORANG PELAJAR TINGKATAN 5 MENYURUH

RKM TIADA

Page 10: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

DANII) 08 JAN 10 / 1510

KLIAN PAUH, TAIPING (.)

388 / 10 DAN

257/10

PENGADU MEMBELI ROKOK DENGAN SASPEK (.) EKORAN DARI ITU, PEMERIKSAAN MENGEJUT OLEH PENGAWAS KE ATAS PENGADU TELAH MENJUMPAI ROKOK DALAM SIMPANAN PENGADU (.) PENGADU TELAH MEMAKLUMKAN ROKOK BERKENAAN TELAH DIBELI DARIPADA SASPEK (.) HASIL DARI ADUAN TERSEBUT SASPEK TELAH DI HUKUM OLEH PIHAK SEKOLAH

3 05 JAN 2010 @ JAM 0710

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MATANG

SIMPANG RPT:

0072/10

MELAYU-MELAYU

PADA 05 JAN 2010 JAM LEBIH KURANG 0200, PENGADU TELAH DIJEMPUT OLEH SEORANG LELAKI MELAYU DARI RUMAH PENGADU UNTUK BERJUMPA DENGAN SATU LELAKI MELAYU YANG DIKENALI SEBAGAI UDIN (.) SETIBANYA SAMPAI DI SEBUAH RESTORAN CINA BERHAMPIRAN DENGAN STESYEN MINYAK BHP SIMPANG, PENGADU MINUM BERSAMA UDIN DAN DUA ORANG RAKANNYA (.) LEBIH KURANG JAM 0300, UDIN MENGAJAK PENGADU KE KAWASAN SEMAK DAN GELAP DI BELAKANG STESYEN MINYAK BHP SIMPANG DAN SETERUSNYA MEROGOL PENGADU (.) UDIN KEMUDIAN MENHANTAR DAN MENINGGALKAN PENGADU DI LAMPU ISYARAT SIMPANG (.)

SEK 376 KK PELAJAR DI ROGOL

4 23 JAN 10, JAM 1200

SEKOLAH MENENGAH KLIAN PAUH, TAIPING

TAIPING RPT. NO : 767 / 10

CINA-MELAYU

SEMASA SOO ZHI XIAN (PENGADU) BERADA DI DALAM KELAS 204 TELAH DATANG (SASPEK) SEORANG PELAJAR MELAYU DAN BERCAKAP BAHASA KOTOR KEPADA PENGADU (.) PENGADU MENEGUR PERBUATAN SASPEK (.)

RKM TELAH MENGALAMI LUKA DI MATA DAN BAHAGIAN MUKA

Page 11: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

AKIBAT DARI TEGURAN TERSEBUT SASPEK DAN DUA LAGI RAKAN-RAKAN SASPEK TELAH MENUMBUK PENGADU (.)

5 24 JAN 10 JAM 2042 DAN 2100

PASARAYA TESCO

TAIPING RPT. NO 788/10

DAN 789/10

MELAYU BERTEMPAT DI BALAI POLIS TAIPING, 2 LAPORAN POLIS MENGENAI TANGKAPAN YANG DISYAKI MENCURI BARANGAN DALAM PASARAYA TESCO TELAH DIBUAT OLEH PIHAK SECURITY PASARAYA TESCO DAN PIHAK POLIS YANG MELIBATKAN EMPAT (4) LELAKI MELAYU IAITU DUA (2) DARIPADANYA ADALAH PELAJAR SEKOLAH (.) DUA (2) LAPORAN YANG BERKAITAN ADALAH :-

I) TAIPING REPORT 788/10 (TANGKAPAN OLEH SECURITY TESCO TAIPING)II) TAIPING REPORT 789/10 (TANGKAPAN SEMULA OLEH PIHAK POLIS)

SELESAI DILUAR

TIADA

Pihak PDRM dan sekolah di daerah mampu mengurangkan masalah disiplin yang berlaku sekiranya sessi kaunseling dan ceramah sering diadakan di sekolah-sekolah. Sessi kaunseling/ ceramah berkenaan tidak perlu diberikan kepada semua pelajar tetapi di fokuskan kepada kumpulan pelajar yang berpontensi melakukan kegiatan yang mampu menjurus kepada perlakuan melibatkan pergaduhan, salah laku disiplin dan jenayah.

Pihak Sekolah pada kebiasaannya telah melantik seorang Guru sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang bertanggungjawab dan mempunyai hubungan yang rapat dengan PPS yang dilantik oleh Ketua Polis Daerah.

Page 12: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

PPS yang dilantik oleh KPD perlu mempunyai pengetahuan mengenai Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah supaya segala cadangan dan tindakan yang dikemukakan tidak menjadi satu bebanan kepada PPS. Semua cadangan oleh PPS yang di kemukakan perlu di rujuk terlebih dahulu kepada pihak sekolah dan Cawangan Hal Ehwal Awam IPD yang terlibat. Tujuan perbincangan adalah bagi mengelakkan masalah yang mungkin timbul dari segi undang-undang yang seterusnya akan menjejaskan imej PDRM.

24 November 2009Jenayah pelajar Kedah meningkat

ALOR SETAR- Statistik tangkapan remaja yang juga pelajar dalam lingkungan umur 12 hingga 18 tahun yang terlibat dengan kes jenayah di Kedah meningkat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jenayah melibatkan pelajar lingkungan umur tersebut adalah sebanyak 434 orang.

Menurutnya, antara kesalahan jenayah yang dilakukan termasuk kes rogol sebanyak 49 orang, kes curi (65 orang) dan kes curi motosikal (154 orang).

“Manakala statistik bagi tangkapan remaja (bukan pelajar) berumur 12 hingga 18 tahun, mencatatkan jumlah sebanyak 408 orang sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini yang masing-masing terlibat dengan

Page 13: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

jenayah rogol sebanyak 29 orang, kes curi (41 orang) dan curi motosikal (149 orang).

“Daripada jumlah itu, jelas membuktikan bahawa kebanyakkan jenayah yang dilakukan oleh remaja lingkungan umur tersebut ialah melibatkan kes curi motosikal,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Belia bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mencegah Jenayah, di sini, semalam.

Lebih 300 peserta daripada pelbagai pertubuhan belia di negeri ini menyertai program tersebut dan hadir sama ialah Presiden Majlis Belia Malaysia Negeri Kedah, Datuk Ahmad Zaini Japar.

Sementara itu, bagi penglibatan atau tangkapan remaja berusia 18 hingga 25 tahun yang terlibat dengan kes jenayah pada Januari hingga Oktober tahun ini adalah seramai 1257 orang berbanding 1598 orang pada tahun lalu.

Syed Ismail berkata, bagi remaja lingkungan umur 19 hingga 24 tahun yang ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah pula adalah seramai 1990 orang sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 1567 orang yang ditangkap dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Selain kesalahan yang dinyatakan itu, penglibatan remaja sebagai pesalah trafik seperti memandu tanpa lesen, memandu secara merbahaya, berlumba haram dan kesalahan trafik lain juga amat membimbangkan.

“Justeru, PDRM akan sentiasa dan terus berusaha mengatur pelbagai strategi dan langkah-langkah terbaik di samping bekerjasama dengan semua pihak dalam menangani masalah gejala sosial daripada terus melanda remaja kita pada hari ini,”katanya

Perkataan jenayah dalam Islam mengandungi pengertian yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik dilakukan dan ia melibatkan dosa besar. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam Islam, jika dilakukan ia adalah satu dosa dan dengan itu boleh ditakrifkan sebagai jenayah dan mempunyai kesan tertentu dari segi hukuman.

Masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah yang melanda masyarakat dan negara semakin meruncing. Tambahan pula kes-kes jenayah juvana kian meningkat di negara kita banyak melibatkan pelajar. Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Bukit Aman melaporkan

Page 14: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

bahawa pada tahun 2008 sebanyak 5,115 kes juvana yang melibatkan seramai 7,126 orang kanak-kanak dan remaja.

Apa yang menyedihkan, purata umur kes-kes juvana ini antara umur 7 hingga 18 tahun adalah sangat muda berbanding dengan usia jenayah yang dilakukan. Sehingga ini kelompok umur 16 hingga 18 tahun antara yang tertinggi iaitu 5,146 orang di mana melibatkan kes curi motosikal, mencuri, pecah rumah, rogol, dan samun.

Berdasarkan peningkatan kes ini, pelbagai pihak antaranya para pemimpin, ahli-ahli akademik, tokoh pendidikan dan aktivis masyarakat telah menyuarakan pandangan masing-masing tentang faktor yang mendorong golongan pesalah juvana ini melakukan jenayah.

Antara faktor juvana terlibat jenayah ialah:

1. Ibu bapa kurang kemahiran dalam mendidik anak-anak, 2. Persekitaran hidup yang di kelilingi unsur-unsur pergaulan bebas dan pendedahan unsur-unsur seks,

dan 3. Kurang didikan agama.

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang banyak yang diamanahkan oleh Allah SWT. Antaranya ialah mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya di dunia ini, terutama sekali dalam suasana masyarakat yang sangat materialistik. Ini memberi cabaran kepada ibu bapa kerana Allah SWT mempertanggungjawabkan mereka supaya mendidik anak-anak menjadi mukmin yang berperanan dalam Islam dan selamat dari seksa api neraka.

Firman Allah s.w.t dalam surah at-Tahrim ayat 6:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu.”

Page 15: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

Ibu bapa perlu sedar bahawa mereka sedang menyediakan generasi baru. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak dalam dukungan mereka kelak akan menjadi insan yang mempunyai tanggungjawab, dan tata kelakuan mereka akan mempunyai kesan terhadap insan lain.

Secara langsung, nilai dan gaya hidup ibu bapa akan mempengaruhi tarbiyah atau pendidikan anak-anak. Anak-anak akan melakukan apa yang mereka lihat dan akan mengingatinya untuk di contohi. Apa yang nyata, anak yang melihat ibu bapanya menipu tidak akan belajar menjadi orang yang jujur. Anak yang mempunyai ibu bapa yang ganas dan lasak, tidak akan membesar menjadi seorang yang mempunyai sifat kasih sayang.

Merujuk kepada kisah-kisah tauladan Rasulullah SAW, memang terdapat banyak riwayat mengenai cara Rasulullah SAW mentadbir dan menguruskan rumahtangganya. Antaranya:

1. Mempromosikan dan menghayati hidup beragama dalam rumahtangga. 2. Mewujudkan persekitaran dan suasana keluarga yang sihat. 3. Mewujudkan sifat belas kasihan, ihsan, lemah lembut, dan kasih sayang. 4. Memahami tahap-tahap keperluan anak-anak mengikut proses pembesarannya.

Hakikatnya pencegahan kes-kes juvana dan gejala moral lain bermula di rumah. Walau bagaimanapun kita jangan lupa sumbangan penting Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang memainkan peranan besar dalam mengawal pencegahan kes-kes jenayah di seluruh Malaysia. Sumbangan besar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan negara membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman damai.

Oleh itu, perlu diingatkan bahawa kerjasama orang ramai dan rakyat seluruhnya amat penting dalam membantu keberkesanan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anfal ayat 27:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

Page 16: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kajian gengsterisme di sekolah menengah harian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan mengenal pasti 459 daripada 1,560 buah sekolah terdedah dengan budaya gengsterisme.

Data Kementerian Pelajaran tahun 2008 menunjukkan 21,060 pelajar dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar terlibat pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes pada tahun 2007 dan 19,980 kes pada 2006.

Akibat meningkatnya gejala sosial yang semakin serius, maka cadangan mengembalikan semula hukuman rotan sekarang berada di atas meja Peguam Negara. Nampaknya institusi pendidikan seperti sekolah seakan sudah hilang upaya untuk menguruskan masalah gejala sosial melalui pendidikan moral dan agama Islam dan akhirnya bersetuju untuk kembali kepada cara lama menangani masalah remaja. Malah institusi kaunseling secara jujurnya juga seperti tidak terdaya menyelesaikan kerenah isu juvenil ini.

Kesalahan remaja sememangnya masalah pendidikan dan sekolah tidak dapat tidak mesti bertanggungjawab membanterasnya tetapi mengambil langkah menggunakan rotan sama sekali tidak akan menghilangkan masalah sosial. Kajian oleh pakar pendidikan pembelajaran sepakat bersetuju bahawa sistem hukuman rotan bukanlah satu kaedah yang paling baik dan berkesan, malah pelajar yang telah melalui kaedah hukuman rotan ada antaranya yang terus menerus melakukan kesalahan yang lebih besar daripada kesalahan di mana mereka pernah dikenakan hukuman rotan. Kajian di negara ini juga telah banyak dilakukan berkaitan masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Kementerian Pelajaran telah mencuba pelbagai kaedah untuk menangani masalah disiplin daripada kempen hinggalah bekerjasama dengan pihak polis dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Malangnya, impak kepada masalah disiplin sifar nampaknya masih jauh daripada yang diharapkan. Hukuman merotan bukan sahaja ditentang oleh golongan peguam tetapi juga di kalangan pendidik yang mementingkan konsep pendidikan yang murni dan bermaruah.

Page 17: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

Kita mungkin berkata merotan akan mendidik pelajar ini supaya tidak akan lagi melakukan perbuatan salah mulai esoknya di sekolah. Maka kita cuba menyatakan jika semua sekolah menjalankan hukuman merotan maka dalam satu jangka nanti akan sangat kurang atau tiada lagi masalah sosial di sekolah kerana pelajar akan takut dikenakan hukuman merotan. Apakah kita percaya ini semua akan berlaku?

Difikirkan semasak-masaknya pelajar yang melakukan masalah disiplin ini sebenarnya adalah mangsa keadaan, sesuatu yang bukan di bawah kawalan mereka. Baik ibu bapa, masyarakat, sekolah, media serta rakan sebaya, semuanya memberikan sumbangan yang kuat ke arah perlakuan dan tingkah laku negatif pelajar. Tetapi bila hukuman hendak dijatuhkan, pelajar ini sahaja yang dipersalahkan, mana ibu bapa, rakan taulan, guru, media yang sentiasa memaparkan adegan ganas dan seks ketika hukuman dilaksanakan.

Banyak faktor lain yang juga mendorong kepada berlakunya masalah ini. Keluarga yang bercerai berai, tuntutan keperluan hidup yang semakin mendesak juga menjadi faktor kepada gejala ini. Malah ada juga menghadapi tekanan membina semula lingkungan rakan sebaya yang kadang kala tersalah pilih kerana tiada bantuan daripada ibu bapa. Tidak cukup dengan itu, anak- anak yang tidak ada potensi akademik tetapi ada potensi sukan, seni dan potensi lain 'digagalkan' oleh sistem pendirian negara kita.

Hanya yang mendapat 5A UPSR, 8A PMR atau 11 A SPM, para pelajar ini diangkat dan dijulang.

Yang lain menjadi seperti orang asing kepada pihak guru dan sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang memeluk anak-anak yang mendapat 1A UPSR berbanding yang meleter dan merendah-rendahkan kebolehan anak-anak mereka?

Punca

Masalah disiplin dan krisis moral tentulah berpunca sebahagian besarnya dari amalan pembelajaran pembangunan nilai yang gagal di sekolah. Paling asas ialah kegagalan pendidikan agama serta moral yang dilaksanakan di sekolah. Guru-guru agama dan mata pelajaran moral harapnya jangan marah dengan penulis, tetapi cubalah kita fikirkan bersama, bila semakin ramai orang Muslim-Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak mengamalkan pun ajaran yang diwajibkan.

Page 18: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?

Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi,

Page 19: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009

mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

Page 20: MASALAH DISIPLIN PELAJAR 2009