3
Berita Transformasi Pertanian 4 Berita Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Seperti kata YAB Perdana Menteri bahawa era Kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir. Jadi Kerajaan perlu bersifat pemudahcara. Matlamat dan keberkesanan Kerajaan akan bersifat telus dan kuantitatif. Rakyat bukan sahaja dapat mengetahui apakah matlamat Kerajaan dan kaedah pelaksanaannya malah turut memainkan peranan dalam menggubalnya. Di peringkat Pertubuhan Peladang misalannya, agenda 10 perkhidmatan perlu dimantapkan atau diberikan nafas baru dalam bentuk pelaksanaan demi kepuasan pelanggan. Tidak dinafikan bahawa perkhidmatan yang diberikan selama ini memenuhi kehendak kumpulan sasar tetapi tidak semudah itu untuk berpuas hati kerana masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dan dimantapkan. 10 perkhidmatan yang ditawarkan atau diselaraskan di peringkat Pertubuhan Peladang adalah seperti berikut: Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Mekanisasi dan Automasi Ladang Infrastruktur Ladang Bekalan Ladang Pembiayaan Pengembangan dan Khidmat Nasihat Teknologi Lepas Tuai Teknologi Memproses Makanan Pemasaran Pusat Sumber Sibertani Model Ekonomi Baru Malaysia bercita-cita menjadi sebuah Negara maju yang berpendapatan tinggi di mana kita perlu keluar dari kepompong sedia ada. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia dari sebuah ekonomi pertanian berpendapatan rendah telah berjaya meningkat menjadi sebuah ekonomi perindustrian berpendapatan sederhana tinggi. Tumpuan Kerajaan terhadap sektor pertanian diteruskan menjadikan pertanian menunjukkan peningkatan, ditambah nilai, berinovasi dan kreatif serta menjadi sebagai enjin pertumbuhan ke tiga ekonomi. “Ekonomi pada hari ini banyak bergantung kepada input kreativiti, inovasi dan nilai tambah yang tinggi. Oleh yang demikian, bagaimana kita akan menangani persoalan ini untuk membawa peladang kita merasai kesan Model Ekonomi Baru ini?”, cabar Haji Arpan Shah. Ini bukan satu tugas yang mudah, namun ia tidak juga sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Mekanisasi dan Automasi Ladang  · • Mekanisasi dan Automasi Ladang • Infrastruktur Ladang • Bekalan Ladang • Pembiayaan • Pengembangan dan Khidmat Nasihat • Teknologi

  • Upload
    buiminh

  • View
    324

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Mekanisasi dan Automasi Ladang  · • Mekanisasi dan Automasi Ladang • Infrastruktur Ladang • Bekalan Ladang • Pembiayaan • Pengembangan dan Khidmat Nasihat • Teknologi

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Seperti kata YAB Perdana Menteri bahawa era Kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir. Jadi Kerajaan perlu bersifat pemudahcara. Matlamat dan keberkesanan Kerajaan akan bersifat telus dan kuantitatif. Rakyat bukan sahaja dapat mengetahui apakah matlamat Kerajaan dan kaedah pelaksanaannya malah turut memainkan peranan dalam menggubalnya.

Di peringkat Pertubuhan Peladang misalannya, agenda 10 perkhidmatan perlu dimantapkan atau diberikan nafas baru dalam bentuk pelaksanaan demi kepuasan pelanggan. Tidak dinafikan bahawa perkhidmatan yang diberikan selama ini memenuhi kehendak kumpulan sasar tetapi tidak semudah itu untuk berpuas hati kerana masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dan dimantapkan. 10 perkhidmatan yang ditawarkan atau diselaraskan di peringkat Pertubuhan Peladang adalah seperti berikut:

• PengurusandanPembangunanSumberManusia • MekanisasidanAutomasiLadang • InfrastrukturLadang • BekalanLadang • Pembiayaan • PengembangandanKhidmatNasihat • TeknologiLepasTuai • TeknologiMemprosesMakanan • Pemasaran • PusatSumberSibertani

Model Ekonomi Baru

Malaysia bercita-cita menjadi sebuah Negara maju yang berpendapatan tinggi di mana kita perlu keluar dari kepompong sedia ada. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia dari sebuah ekonomi pertanian berpendapatan rendah telah berjaya meningkat menjadi sebuah ekonomi perindustrian berpendapatan sederhana tinggi. Tumpuan Kerajaan terhadap sektor pertanian diteruskan menjadikan pertanian menunjukkan peningkatan, ditambah nilai, berinovasi dan kreatif serta menjadi sebagai enjin pertumbuhan ke tiga ekonomi.

“Ekonomi pada hari ini banyak bergantung kepada input kreativiti, inovasi dan nilai tambah yang tinggi. Oleh yang demikian, bagaimana kita akan menangani persoalan ini untuk membawa peladang kita merasai kesan Model Ekonomi Baru ini?”, cabar Haji Arpan Shah. Ini bukan satu tugas yang mudah, namun ia tidak juga sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Page 2: Mekanisasi dan Automasi Ladang  · • Mekanisasi dan Automasi Ladang • Infrastruktur Ladang • Bekalan Ladang • Pembiayaan • Pengembangan dan Khidmat Nasihat • Teknologi

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Setiap aktiviti yang dilaksanakan di peringkat PP perlu mengambilkira peningkatan kualiti hidup masyarakat peladang. Ini kerana Kerajaan mengharapkan peningkatan selari di antara pendapatan dan kualiti hidup. Peningkatan pendapatan harus berkadar terus bukan berkadar songsang dengan peningkatan mutu kehidupan.

Rancangan Malaysia Ke-10

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan berjalan dari tahun 2011 hingga 2015. Bagi LPP, perancangan RMK-10 sedang giat dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada golongan sasar. Ini kerana, RMK-10 sangat penting bukan sahaja untuk masa depan rakyat malah untuk kemakmuran negara jua. Setiap peruntukan yang disalurkan akan dibelanjakan secara berhemah dan memberikan impak yang maksimum.

Setelah 37 tahun LPP ditubuhkan, tidak dinafikan banyak kejayaan yang telah dikecapi. Buktinya memang terserlah apabila LPP memenangi pelbagai anugerah pengurusan di peringkat tertinggi hasil penyampaian perkhidmatan yang berikan. Momentum pelaksanaan program dan projek dalam Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) perlu diteruskan. Dengan iltizam semua pihak, motivasi tinggi, kreativiti dan inovasi, LPP telah berjaya melangsaikan perancangan RMK-9 yang dibuat dengan baik dan teratur melalui PP. Kita mampu mengukur pencapaian yang telah kita lunaskan dalam pelbagai aktiviti seperti:

• Pengukuhanrangkaianaktivitipembekalan, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran PP secara bersepadu. • PembangunandanpenglibatanahliPPdalam pengeluaran, pemasaran dan pemprosesan hasil- hasil pertanian: • PengukuhankedudukankewanganPPsebagai badan perniagaan peladang; • PeningkatandanpenglibatanPPdalamaktiviti- aktiviti strategik seperti pengeluaran benih, pembangunan industri asas tani dan pasaran eksport; • Pengukuhanperkhidmatansokonganstrategik PP dalam aktiviti-aktiviti kejenteraan ladang, pengangkutan dan kemudahan asas infrastruktur ke arah pertanian moden; • Pengurusandanpembangunanmodalinsanke arah peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap di kalangan anggota pengurusan dan ahli-ahli PP; • Pewujudan10,000usahawanpeladangsebagai pemangkin kepada program pemodenan dan transformasi sektor pertanian; dan • Pembangunansistemteknologimaklumatkearah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian (delivery system) di LPP dan PP.

5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 3: Mekanisasi dan Automasi Ladang  · • Mekanisasi dan Automasi Ladang • Infrastruktur Ladang • Bekalan Ladang • Pembiayaan • Pengembangan dan Khidmat Nasihat • Teknologi

6

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 7

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Dalam tempoh 5 dekad kemerdekaan, kita turut dapat menyaksikan pelbagai perubahan yang dialami tanah air tercinta. Namun setiap perubahan tidak datang bergolek atau ibarat bulan jatuh ke riba. Sebaliknya kejayaan yang dinikmati adalah hasil iltizam dan kerja keras serta berpegang kepada falsafah untuk sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembaharuan.

Oleh yang demikian, usaha mentransformasi memerlukan pengorbanan, perubahan cara berfikir dan budaya masyarakat. Semua pihak perlu berani memecah tradisi bagi mencapai hasil yang melampaui kebiasaan. Dalam hal berkaitan, sikap dan cara berfikir masyarakat peladang juga akan menentukan kejayaan program transformasi pada masa depan, kerana sehebat mana sekalipun visi dan dasar yang dibina, masyarakat adalah jentera bersama yang akan melaksanakannya.

Selaku Ketua Pengarah LPP dan Pendaftar Pertubuhan Peladang kepada 291 buah Pertubuhan Peladang, Haji Arpan Shah menekankan bahawa semua pihak tidak mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai sebaliknya terus menetapkan tanda aras baru. Tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan melalui Akta hendaklah diteruskan dengan kaedah dan pendekatan serta langkah yang lebih progresif.

6

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif