19
1 Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam Memenuhi Tanda Aras Global Ahmad Hidayat Buang BSh (Hons) (UM), LLM, PhD (London) Profesor dan Ketua Jabatan Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya [email protected] Abstrak Selepas melalui banyak proses perubahan dan transformasi bermula dari tahun 1980an, Mahkamah Syariah di Malaysia kini sudah berwajah baru dan bersedia menghadapi cabaran-cabaran masa depan global dunia tanpa sempadan. Artikel ini bertujuan untuk menelurusi pencapaian yang berjaya dilakukan oleh Mahkamah Syariah dan cuba untuk menilainya mengikut tanda aras global. Ini bertujuan bagi mengukuhkan lagi keupayaan, kompentensi dan kecekapan Mahkamah menghadapi, menanggani dan menyelesai masalah dan cabaran baru. Dengan menggunakan modul dan indeks antarabangsa seperti Global Measure of Court Performance dan Law of Rule Index penilaian akan dibuat secara perbandingan dengan pencapaian Mahkamah Syariah berdasarkan kajian dan bahan bacaan sedia ada. Begitu juga perbandingan akan dibuat dengan keadaaan mahkamah syariah negara-negara Islam yang lain. Oleh demikian kaedah yang digunakan adalah bersifat analisis konten dan perbandingan. Hasil analisis dan perbandingan ini mendapati kedudukan Mahkamah Syariah berbanding dengan tanda aras global adalah memadai dengan kelebihan dan kekurangan. Namun untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat satu penilaian yang lebih menyeluruh dan terfokus perlu dilakukan di masa hadapan. Kata Kunci: Mahkamah Syariah, Perundangan Islam, Tanda Aras Global Perundangan 1. Kredibiliti dan Mahkamah Syariah Maksud kredibiliti seperti dalam kamus ialah worthy of esteem or praise yang bermaksud yang patut atau wajar diberi penghargaan atau pujian. Oleh yang demikian apabila bercakap mengenai kredibiliti ia merujuk kepada sifat-sifat atau tindakan yang boleh dipuji atau dihargai. Dalam konteks Mahkamah Syariah, sudah tentu terdapat pelbagai pandangan terhadap kredibilitinya, baik samada positif atau negatif. Namun begitu tidak dapat dinafikan terdapat kedua-duanya samada positif atau negatif. Sebagaimana juga institusi pemerintahan atau kerajaan yang lain; Mahkamah Syariah tidak terlepas daripada pelbagai persepsi, pujian dan cemuhan serta kritikan. Adalah mustahil untuk menyatakan Mahkamah Syariah tidak mempunyai sebarang kekurangan. Cuma apa yang boleh dilakukan ialah mengurangkan dan memperbaiki kekurangan tersebut supaya keadaannya bertambah baik dari masa ke semasa. Inilah apa yang dimaksudkan dengan pengukuhan. 2. Mahkamah Syariah di Malaysia Secara perbandingannya dengan masa yang lalu terutama semasa di awal kemerdekaan negara, keadaan fisikal dan perkhidmatan hakim atau kadi di Mahkamah Syariah amatlah daif dan rendah.

Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

1

Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam Memenuhi Tanda Aras Global

Ahmad Hidayat Buang BSh (Hons) (UM), LLM, PhD (London) Profesor dan Ketua Jabatan

Jabatan Syariah dan Undang-undang

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

[email protected]

Abstrak

Selepas melalui banyak proses perubahan dan transformasi bermula dari tahun 1980an, Mahkamah

Syariah di Malaysia kini sudah berwajah baru dan bersedia menghadapi cabaran-cabaran masa depan

global dunia tanpa sempadan. Artikel ini bertujuan untuk menelurusi pencapaian yang berjaya

dilakukan oleh Mahkamah Syariah dan cuba untuk menilainya mengikut tanda aras global. Ini

bertujuan bagi mengukuhkan lagi keupayaan, kompentensi dan kecekapan Mahkamah menghadapi,

menanggani dan menyelesai masalah dan cabaran baru. Dengan menggunakan modul dan indeks

antarabangsa seperti Global Measure of Court Performance dan Law of Rule Index penilaian akan

dibuat secara perbandingan dengan pencapaian Mahkamah Syariah berdasarkan kajian dan bahan

bacaan sedia ada. Begitu juga perbandingan akan dibuat dengan keadaaan mahkamah syariah

negara-negara Islam yang lain. Oleh demikian kaedah yang digunakan adalah bersifat analisis konten

dan perbandingan. Hasil analisis dan perbandingan ini mendapati kedudukan Mahkamah Syariah

berbanding dengan tanda aras global adalah memadai dengan kelebihan dan kekurangan. Namun

untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat satu penilaian yang lebih menyeluruh dan terfokus

perlu dilakukan di masa hadapan.

Kata Kunci: Mahkamah Syariah, Perundangan Islam, Tanda Aras Global Perundangan

1. Kredibiliti dan Mahkamah Syariah

Maksud kredibiliti seperti dalam kamus ialah worthy of esteem or praise yang bermaksud yang patut

atau wajar diberi penghargaan atau pujian. Oleh yang demikian apabila bercakap mengenai kredibiliti

ia merujuk kepada sifat-sifat atau tindakan yang boleh dipuji atau dihargai. Dalam konteks

Mahkamah Syariah, sudah tentu terdapat pelbagai pandangan terhadap kredibilitinya, baik samada

positif atau negatif. Namun begitu tidak dapat dinafikan terdapat kedua-duanya samada positif atau

negatif. Sebagaimana juga institusi pemerintahan atau kerajaan yang lain; Mahkamah Syariah tidak

terlepas daripada pelbagai persepsi, pujian dan cemuhan serta kritikan. Adalah mustahil untuk

menyatakan Mahkamah Syariah tidak mempunyai sebarang kekurangan. Cuma apa yang boleh

dilakukan ialah mengurangkan dan memperbaiki kekurangan tersebut supaya keadaannya

bertambah baik dari masa ke semasa. Inilah apa yang dimaksudkan dengan pengukuhan.

2. Mahkamah Syariah di Malaysia

Secara perbandingannya dengan masa yang lalu terutama semasa di awal kemerdekaan negara,

keadaan fisikal dan perkhidmatan hakim atau kadi di Mahkamah Syariah amatlah daif dan rendah.

Page 2: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

2

Bahkan Mahkamah Syariah pernah dicemuh sebagai Mahkamah Kanggaro! (Raihanah, 2009: 1)

Keadaan ini telah diperbaiki. “Secara keseluruhannya kedudukan Mahkamah Syariah sekarang adalah

lebih baik berbanding dengan zaman sebelum merdeka” (Mohamed Azam, 2000: 119) – itu adalah

ungkapan yang dibuat pada tahun 2000, oleh itu dalam jangkamasa 17 tahun sudah tentu banyak

pencapaian yang sudah diperolehi. Sebagai contoh apabila timbul rungutan campur tangan

mahkamah sivil ke atas urusan mahkamah Syariah, Perlembagaan telah dipinda bagi menyelesai

masalah ini. Persoalan berikutnya ialah masalah perundangan yang tidak selaras dan pelaksanaan

hukuman yang tidak berkesan. Perkara ini pun sudah diperbaiki. Apabila tiba zaman internet,

Mahkamah Syariah tidak ketinggalan dengan memperkenalkan e-Syariah yang menjadi bualan ramai

masa kini. Isu terkini yang berjaya diselesaikan ialah perceraian akibat pasangan memeluk agama

Islam melalui pindaan Akta 164, 2017. Walaupun pembaikan dan usaha-usaha pengukuhan ini telah

dilakukan dari masa semasa, ini tidak bermakna tiada cabaran atau masalah yang perlu ditanggani.

Cabaran dan polemik semasa terus muncul. Keadaan ini berpunca daripada faktor sosial, pendidikan,

ekonomi, globalisasi, pergerakan NGO dan tidak kurang juga elemen politik yang menyebabkan

munculnya persoalan dan cabaran baru. Sesuai dengan perkembangan masa terutama yang

berkaitan dengan teori pengurusan, penyelesaian masalah tidak harus bersifat responsif kepada isu,

namun perlu kepada perancangan strategik dan menguruskan risiko-risiko yang bakal muncul. Salah

satu daripada perancangan strategik ini dengan meletak tanda aras tertentu bagi mengukur

pencapaian objektif atau keberkesanan pelaksanaan.

3. Tanda Aras Global Mahkamah

Maksud tanda aras atau benchmark di dalam bahasa Inggeris ialah “a standard or point of reference

against which things may be compared or assessed”. Secara umumnya pada masa dahulu

pengukuran kualiti mahkamah adalah kepada keputusan yang dibuat oleh Hakim. Penilaian ini sudah

tentulah dibuat secara subjektif melalui pengaruh keputusan kes berkenaan kepada prinsip

perundangan. Begitu juga kualiti sesuatu badan kehakiman itu diukur kepada dua ciri utama

mahkamah iaitu kebebasan (independence) and akauntabiliti. Kedua-dua ciri ini berserta dengan

kualiti penghakiman merupakan tanda aras yang diterima secara global bagi menunjukkan

kecemerlangan sesebuah badan perundangan (Albers, 2014). Namun begitu pada masa sekarang

penekanan sudah diberikan kepada kualiti atau mutu perkhidmatan badan penghakiman berkenaan

terutama bagi mahkamah perbicaraan. Pengukuran kualiti perkhidmatan ini bermula di Amerika

sejak dari tahun 1983 terhadap mahkamah perbicaraan yang dikenali sebagai Trial Courts

Performance Standard (TCPS) yang mengukur 68 pengukuran prestasi bagi 22 standard yang telah

ditetapkan yang berkaitan dengan tanggungjawab utama Mahkamah untuk memberikan

penyelesaian kes secara adil dan efisien. Standard ini disediakan dalam kerangka lima bidang utama

iaitu (1) mudah laluan ke mahkamah, (2) tempoh penyelesaian kes (3) persamaan, keadilan dan

integriti, (4) kebebasan dan akauntabiliti dan (5) kepercayaan umum. Pengukuran kualiti Mahkamah

ini kemudiannya tersebar keserata dunia termasuklah Eropah, Australia dan Singapura (Ibid).

Pada masa kini terdapat satu badan antarabangsa bagi pengukuran kualiti ini yang dikenali sebagai

International Framework For Court Excellence (IFCE) yang diterajui oleh badan atau pertubuhan

perundangan tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Australia dan Singapura. Dengan menggunakan TCPS

badan ini mengembangkan panduan pengukuran kualiti mahkamah kepada tujuh bidang

kecemerlangan mahkamah yang akan dipetakan dengan 10 nilai teras mahkamah dan 11 pengukuran

prestasi. Tujuh bidang kecemerlangan mahkamah adalah seperti berikut (Hall & Keilitz, 2012):

(1) Pengurusan dan Kepimpinan

(2) Polisi

(3) Sumber

Page 3: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

3

(4) Prosiding

(5) Kepuasan dan Keperluan Pelanggan

(6) Mampu dan Mudah Lalu

(7) Kepercayaan Umum

Manakala nilai teras mahkamah adalah seperti berikut:

(1) Kesaksamaan (Equality)

(2) Keadilan (Fairness)

(3) Tidak berpihak (Impartiality)

(4) Kebebasan (Independence)

(5) Berkompeten (Competence)

(6) Integriti

(7) Ketelusan (Transparency)

(8) Mudah Laluan (Accessibility)

(9) Menepati masa (Timeliness)

(10) Jelas (Certainty)

Kedua-dua area kecemerlangan dan nilai teras ini akan dipeta serta diukur dengan 11 pengukuran

prestasi seperti berikut:

(1) Kepuasan Pelanggan

(2) Fee Mahkamah

(3) Kadar Penyelesaian Kes

(4) Prosiding Kes Mengikut Masa

(5) Tahanan Pra-Bicara

(6) Fail Mahkamah

(7) Lambakan Kes

(8) Penetapan Tarikh Perbicaraan

(9) Perjumpaan dengan pekerja

(10) Kutipan Yuran dan Denda

(11) Kos Bagi Setiap Kes

Pihak IFCE percaya kesemua bidang kecemerlangan, nilai teras dan pengukur prestasi di atas adalah

bersifat universal dan boleh digunakan di mana-mana Mahkamah. Namun pengukurannya di

Mahkamah hendaklah diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan Mahkamah berkenaan. Nilai-nilai

di atas sudah dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Sebagai contoh melalui piagam

pelanggan, garispanduan etika hakim dan pengamal undang-undang dan sebagainya. Namun apa

yang perlu dilakukan ialah dengan membuat pengukuran sebagaimana yang dicadangkan. Begitu juga

beberapa nilai di atas boleh diubahsuai supaya selaras dengan matlamat dan objektif undang-undang

Syariah dan peranan kehakiman Islam menurut pandangan Islam.

4. Penilaian Kualiti Mahkamah Syariah di Malaysia

Pengukuran kepada prestasi dan kualiti turut diamalkan di Mahkamah Syariah sesuai dengan

perkembangan semasa pengurusan moden hari ini yang menyaksikan kebanyakan organisasi

meletakkan kualiti sebagai satu asas penting dalam teras utama aktiviti mereka. Pencapaian kualiti ini

diukur dengan mematuhi piawai atau tanda aras tertentu. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

(JKSM) dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri sebagai sebuah badan kerajaan juga terlibat

Page 4: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

4

dengan pengukuran kualiti ini melalui antaranya Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS

ISO 9001-2008 dan Pengurusan Sistem Keselamatan Maklukmat (ISMS) berasaskan kepada MS

ISO/IEC 27001:2007 serta lain-lainnya. Kedua-dua standard ini dikeluarkan oleh Jabatan Standard

Malaysia. Begitu juga Mahkamah Syariah (JKSM) telah mendapat penarafan lima bintang bagi Indeks

Penarafan Bintang (SSR) Sektor Awam dalam kategori Agensi KPI Strategik pada tahun 2015.1

Sungguhpun kita boleh berbangga dengan pencapaian berkenaan, namun tanda aras berkenaan

adalah dalam aspek pengurusan dan pentadbiran secara umum. Pihak Mahkamah mungkin ada

melakukan pengukuran prestasi mereka secara dalaman yang tidak dimaklumkan kepada umum.

Namun begitu, terdapat banyak kajian-kajian ilmiah di Universiti dilakukan bagi melihat prestasi

Mahkamah dalam pelbagai aspek yang boleh dijadikan panduan dalam menilai pencapaian

Mahkamah Syariah.

Pada tahun 2015 kerajaan Malaysia melancarkan Indeks Syariah Malaysia (ISM). Tujuan Indeks ini

ialah “menilai dan mengukur tahap keseriusan pemerintah dalam melaksanakan amanah dan

tanggungjawab mengikut landasan Syariah Islam di samping mengukur sejauh mana komitmen

negara dalam pelaksanaannya berdasarkan matlamat Maqasid Syariah. Ia juga kelak akan menjadi

penanda aras dengan meletakkan Malaysia sebagaisebuah negara Islam yang akan dijadikan rujukan,

panduan dan ikutan oleh negara-negara Islam yang lain” (JAKIM, 2015). Terdapat lapan bidang utama

yang dinilai iaitu:

(1) Perundangan Islam

(2) Politik

(3) Ekonomi

(4) Pendidikan

(5) Kesihatan

(6) Budaya

(7) Prasarana dan Persekitaran

(8) Sosial

Pengukuran bidang-bidang utama di atas dibuat dalam kerangka pemeliharaan maqasid Syariah bagi

mencapai empat matlamat maqasid iaitu maslahah, ‘adl wa ihsan, islah dan falah. Pengukuran ini

dibuat bagi mengenal pasti pengetahuan, pemahaman dan pengamalan pembuat dasar, pelaksana

dasar dan masyarakat terhadap bidang-bidang utama tadi dari perspektif maqasid. Manakala dalam

bidang perundangan Islam pula input yang akan diperolehi daripada soal selidik daripada ketiga-tiga

kategori responden ini meliputi perkara berikut:

(1) Kedudukan agama Islam

(2) Peranan Institusi Raja

(3) Bidankuasa Mahkamah

(4) Institusi Perkahwinan dan Kekeluargaan

Tidak syak lagi input daripada aspek-aspek di atas bertujuan untuk mencari jalan bagaimana untuk

memperkukuhkan kedudukan perundangan Islam di Malaysia dan seterusnya kedudukan Mahkamah

Syariah. Hasil pengukuran ISM telah diumumkan pada 8 Ogos 2017 yang lalu oleh YAB Perdana

Menteri Malaysia menunjukkan peningkatan pada tahun 2016 iaitu sebanyak 76.06 peratus

berbanding 75.42 peratus pada tahun 2015. Bidang utama perundangan telah mencatat skor yang

tertinggi iaitu sebanyak 84.91 peratus (Wan, 2017). Jika melihat kepada input yang cuba diperoleh

oleh indeks ini, maka skor yang diperoleh menjelaskan kedudukan perundangan Islam dan juga

1 http://www.mampu.gov.my/ms/penarafan-bintang

Page 5: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

5

Mahkamah Syariah yang baik dan mantap pada pengetahuan, pemahaman dan pengamalan

pembuat dasar, pelaksana dasar dan masyarakat.

5. Tanda Aras Global Undang-undang dan Ekonomi

Selain daripada tanda aras dari aspek prestasi Mahkamah, terdapat juga tanda aras global yang lain

bagi meranking sistem kehakiman di peringkat antarabangsa melalui beberapa indeks, antaranya

Rule of Law Index (RLI) yang dikeluarkan oleh The World Justice Project2 dan Islamic State Index (ISI)

yang disediakan melalui satu kajian ilmiah oleh Gutman dan Voigt pada tahun 2015 (Table 8). Namun

begitu penggunaan indeks ini perlu digunakan dengan kefahaman bahawa Mahkamah Syariah adalah

sebahagian daripada sistem perundangan dalam negara yang diklasifikasikan sebagai sistem

campuran antara undang-undang komon dan Islam. Oleh yang demikian index berkenaan tidak

memberi gambaran secara khusus terhadap mahkamah Syariah. RLI pada tahun 2016 meletakkan

Malaysia di tempat 57 daripada 113 negara yang dinilai berbanding UAE yang mendapat tempat ke

33 iaitu tempat pertama di kalangan negara Islam. Hanya 25 negara Islam yang menyertai indeks ini

di mana Malaysia merupakan 5 negara Islam teratas bersama UAE, Bosnia, Jordan dan Tunisia. RLI

menilai lapan bidang teras mahkamah iaitu:

(1) Kawalan terhadap kuasa kerajaan atau eksekutif (6 tanda aras)

(2) Bebas rasuah (4 tanda aras)

(3) Keterbukaan (4 tanda aras)

(4) Hak Asasi (8 tanda aras)

(5) Ketertiban dan Keselamatan (5 tanda aras)

(6) Penguatkuasaan Peraturan (5 tanda aras)

(7) Keadilan sivil (7 tanda aras)

(8) Keadilan jenayah (7 tanda aras)

Penilaian ini oleh yang demikian adalah lebih bersifat makro jika dibandingkan dengan penilaian IFCE.

Manakala ISI pula ialah satu penilaian mengenai keislaman sesuatu negara berkenaan yang diukur

mengikut jumlah penduduk, peruntukan Perlembagaan mengenai Islam dan keanggotaan di dalam

OIC. Kebanyakan negara-negara Arab termasuk Pakistan, Afghanistan serta Iran mendapat markah

yang tinggi iaitu melebihi 3.9 daripada markah maksimum 4.0. Sedangkan negara-negara Asia dan

bukan Arab mendapat markah yang rendah. Namun begitu jika dibuat perbandingan kebanyakan

negara-negara Arab atau Islam yang mendapat markah yang tinggi di dalam Indeks ini mendapat

tempat yang corot dalam RLI. Ini menunjukkan terdapat paradoks antara pelaksanaan undang-

undang Islam dan rule of law yakni kedaulatan undang-undang. Namun perkara ini dijelaskan oleh

penulis Indeks ini bahawa terdapat perbezaan antara apa yang dikatakan sebagai constitutional

content dan constitutional reality atau perbezaan antara de facto dan de jure di negara-negara

berkenaan (Gutman & Voigt, 2015: 358). Perkara ini jelas kelihatan pada kebanyakan negara-negara

Afrika yang mendapat markah yang rendah pada ISI, juga berada ditempat yang tercorot pada RLI.

Umum memahami bahawa rule of law di negara-negara berkenaan adalah lemah. Kebanyakan

negara-negara Eropah terutama Scandinavia mendapat tempat tertinggi dalam RLI. Ini tidak

menghairankan iaitu Economic Islamicity Index tahun 2010 meranking negara Eropah dan

Scandinavia termasuk New Zealand dan Singapura sebagai 10 negara teratas paling islamik dalam

urusan ekonomi (Rehman & Askari, 2010). Melalui indeks ini sekali dilihat Malaysia agak konsisten

iaitu mendapat tempat ke 33. Ini menunjukkan bahawa sungguhpun di negara-negara Islam

2 https://worldjusticeproject.org

Page 6: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

6

terdapatnya jaminan Perlembagaan mengenai rule of law, namun dari segi realitinya adalah berbeza

apa yang tertulis. Oleh yang demikian secara kesimpulannya, negara-negara Islam yang mendapat

markah yang seimbang antara kedua-dua indeks ini seperti Malaysia, Tunisia, Morocco, Bosnia, UAE,

Jordan boleh dikatakan mengamalkan apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan masing-masing

dari sudut keislamannya sungguhpun diakui terdapat kekurangan di sana sini.

6. Mahkamah Syariah Malaysia Secara Perbandingan

Perbincangan di atas membandingkan sistem mahkamah negara melalui nilai-nilai dan kriteria

universal sistem kehakiman baik samada yang menyentuh kualiti prestasi Mahkamah dan nilai-nilai

teras sesebuah badan kehakiman. Subtopik ini akan cuba menilai Mahkamah Syariah di Malaysia

dengan Mahkamah Syariah di negara-negara lain secara perbandingan dari aspek kedudukan, bidang

kuasa, perundangan yang digunakan dan penghakiman. Tujuan perbandingan ini dibuat adalah untuk

melihat kelebihan dan kekurangan Mahkamah Syariah berbanding dengan negara-negara Islam yang

lain bagi tujuan mengukur pencapaian mengikut tanda aras global yang akan dibincangkan selepas

ini.

(1) Dualisme Perundangan Ciri Khas Mahkamah Syariah Malaysia

Secara umumnya dapat dikatakan bahawa bentuk Mahkamah Syariah yang ada di Malaysia mungkin

hanya mempunyai persamaan dengan negara-negara yang pernah di bawah penjajahan kolonial

Inggeris iaitu sistem Mahkamah Khas yang terpakai hanya kepada orang-orang Islam dalam persoalan

kekeluargaan dan peribadi (Personal Status/Ahwal Shayksyiyyah). Sistem mahkamah sebegini turut

wujud di negara bukan Islam bekas jajahan Inggeris seperti Singapura dan Palestin, sungguhpun di

India, Pakistan dan Bangladesh sistem Mahkamah Syariah sudah dihapuskan dan diganti dengan

mahkamah awam yang mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes personal orang Islam

menggunakan undang-undang Islam.

Manakala di negara-negara Islam yang lain, terutama di Timur Tengah mahkamah Syariah adalah

sebahagian daripada sistem kehakiman negara. Sungguhpun demikian di sesetengah negara seperti

Mesir Mahkamah Syariah dihapuskan dan semua kes diletakkan di bawah Mahkamah Nasional.

Manakala di negara jiran Indonesia sungguhpun Mahkamah Syariah atau apa yang dikenali dengan

Pengadilan Agama adalah sebahagian daripada sistem kehakiman dan merupakan cabang utama

daripada 4 cabang mahkamah di Indonesia iaitu Pengadilan Umum, Pengadilan Militer dan

Pengadilan Tatanegara. Sistem mahkamah di Indonesia adalah bersifat unitari di mana semua rayuan

atau apa yang dikenali sebagai banding atau kasasi akhirnya akan sampai ke forum yang satu iaitu

Mahkamah Agung Indonesia. Bahkan di negara bukan Islam seperti Filipina Mahkamah Syariah

ditubuhkan di wilayah selatan negara itu yang mana dari segi organisasinya diletakan di bawah

Mahkamah Agung Filipina (Mastura, 1997: 65-66). Persoalannya sama ada amalan dualisme sistem

kehakiman Malaysia itu sesuatu yang baik atau sebaliknya bergantung kepada persepsi setiap pihak

samada menyokong atau menentang dengan seribu satu alasan masing-masing. Namun dari segi

amalannya, dualisme ini menimbulkan beberapa persoalan atau masalah seperti konflik bidang

kuasa, tidak wujudnya harmonisasi antara badan perundangan dan undang-undang tertakluk kepada

dua sistem mahkamah yang berbeza (Farid, 2008: 452-3 dan Alias & Mohamad, 2012: 173-176).

(2) Status Mahkamah

Mahkamah Syariah di kebanyakan negara Islam sebagaimana yang disentuh di atas adalah di bawah

sistem kehakiman negara. Manakala di negara Arab Teluk, mahkamah Syariah merupakan mahkamah

Page 7: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

7

awam. Oleh yang demikian dari segi statusnya Mahkamah Syariah adalah sama dengan lain-lain

mahkamah bahkan lebih utama di sesetengah negara seperti di Arab Saudi. Manakala di Pakistan

terdapat satu mahkamah khas dikenali dengan Federal Syariat Court yang ditubuhkan pada tahun

1980 mempunyai bidangkuasa menyemak undang-undang negara supaya selaras dengan undang-

undang Islam (Bhatti, 1997: 44-46). Kesemua mahkamah ini ditubuhkan oleh Perlembagaan negara

masing-masing. Di Indonesia, di Propinsi Istimewa Aceh ditubuhkan Mahkamah Syariah yang

dikatakan akan mempunyai bidangkuasa khusus terutama dalam perkara jenayah selain persoalan

personal status pada tahun 2003 melalui keputusan Presiden No.11. Manakala Mahkamah Syariah di

Malaysia adalah bertaraf Mahkamah Negeri sebagaimana mahkamah Daerah (District Courts) atau

Mahkamah Magistret di negara-negara lain. Mahkamah Syariah di Malaysia ditubuhkan melalui

undang-undang negeri, tidak sebagaimana Mahkamah Sivil ditubuhkan melalui peruntukan

Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan. Oleh yang demikian kedudukan Mahkamah Syariah

di Malaysia adalah lebih rendah dengan Mahkamah Syariah di negara-negara Islam yang lain dari segi

penubuhan dan status (Ahmad Ibrahim, 1997). Perkara ini bukanlah disengajakan namun kerana ia

berkait rapat dengan faktor sejarah dan Perlembagaan negara dan negeri.

(3) Bidangkuasa

Secara umumnya bidangkuasa mahkamah Syariah di semua negara adalah dalam perkara

kekeluargaan. Sungguhpun demikian perkara jenayah seperti mencuri dan membunuh juga

dibicarakan oleh Mahkamah Syariah terutama di negara-negara Arab Teluk seperti Arab Saudi, UAE

dan Oman. Aplikasi undang-undang jenayah berat juga dilaksanakan di Mahkamah Syariah di negeri-

negeri utara Nigeria dan Pakistan melalui Hudud Ordinance 1980. Brunei juga dikatakan

melaksanakan undang-undang hudud. Manakala Malaysia juga tidak ketinggalan mencadangkan

pindaan peruntukan undang-undang yang membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan hukuman

yang lebih berat kepada kesalahan jenayah melalui Rang Undang-undang Pindaan 355. Perkara yang

sama berlaku dalam perkara sivil, kecuali beberapa negara memberi peruntukan yang lebih kepada

Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes sivil yang tertentu. Sebagai contoh di Indonesia, undang-

undang No.8 2008 memberi pilihan kepada pihak-pihak untuk menentukan forum perbicaraan sama

ada peradilan negeri atau peradilan agama untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan

perbankan Islam (Ahmad Hidayat & M. Cholil, 2012). Begitu juga di Filipina Perintah Presiden

No.1083 (1977) memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk membuat penentuan dalam kes-

kes sivil di mana kesemua pihak terlibat adalah orang Islam. Dalam konteks ini undang-undang

memperuntukkan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa bersama dengan Mahkamah Sivil di

Filipina dalam kes-kes yang melibatkan real actions dan special civil action (artikel 143 PD1083). Di

Malaysia, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa dalam perkara sivil termasuk dalam

perkara perbankan Islam. Perkara ini diakui sendiri oleh pakar perundangan Malaysia yang

menyatakan kedudukan Mahkamah Syariah di Indonesia dan Filipina adalah lebih baik dari segi ini

dari Malaysia (Ahmad Ibrahim, 1997: 17).

(4) Sumber dan Peruntukan Undang-undang

Sumber perundangan di negara-negara Islam secara umumnya boleh dikategori kepada tiga iaitu: (1)

Syariah merupakan satu-satunya sumber undang-undang negara seperti di Mesir, negara-negara

teluk dan Yaman, (2) Syariah merupakan salah sumber undang-undang negara seperti di Jordan dan

Syria dan (3) Undang-undang Syariah hanya terpakai dalam perkara personal. Oleh yang demikian

sumber undang-undang di Mahkamah Syariah adalah undang-undang Islam yang dipetik dari

pelbagai mazhab mengikut lokaliti mahkamah berkenaan. Sebagai contoh di Nigeria dan Moroko

undang-undang Syariah yang diikuti adalah berdasarkan kepada Mazhab Maliki, manakala di

kebanyakan negara Teluk adalah mazhab Hanbali, di Mesir, Jordan dan Syria adalah mazhab Hanafi.

Page 8: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

8

Di Malaysia, Brunei dan Singapura adalah mazhab Syafie. Sungguhpun demikian kepentingan mazhab

di dalam undang-undang berkenaan terutama keluarga telah berkurangan melalui kodifikasi

perundangan. Di kebanyakan negara Arab bermula di Mesir sejak dari awal 1920an undang-undang

keluarga Islam telah diperundangkan baik secara ad hoc atau melalui satu kod undang-undang

keluarga yang komprehensif. Syria, Iraq, Jordan, Libya, Tunisia, Aljeria, Moroko mempunyai kod

undang-undang personal Islam yang menyeluruh. Manakala Malaysia dan Pakistan mempunyai kod

undang-undang keluarga yang terhad kepada persoalan perkahwinan dan perceraian serta isu-isu

yang timbul daripadanya. Di Malaysia perkara mengenai pusaka Islam dan Hibah masih belum

diperundangkan. Manakala di Indonesia undang-undang keluarga Islam diperuntukan melalui

perintah Presiden iaitu undang-undang yang dikenali sebagai Kompilasi Hukum Islam No.1/1991.

Dalam bidang kewangan Islam juga terdapat undang-undang yang sama dikenali denga Kompilasi

Hukum Ekonomi Syariah (No.2/2008 Peraturan Mahkamah Agung Indonesia).

Pencapaian penting kodifikasi perundangan Islam ini ialah pemasukan idea-idea perubahan atau

tajdid termasuk juga pemodenan (Layish, 2014). Banyak kajian telah dilakukan untuk menunjukkan

perubahan yang dilakukan ini. Perkara penting yang berlaku melalui perubahan ini ialah penyesuaian

peruntukan fiqh Islam dari pelbagai mazhab tersebut dengan perkembangan semasa melalui teknik-

teknik perundangan Islam sedia ada seperti talfiq, maslahah, siyasah dan maqasid serta termasuk

juga ijtihad (Kamali, 2007: 408-13). Dalam konteks skop perundangan, perubahan ini agak

menyeluruh daripada undang-undang keluarga, keterangan, harta (wakaf dan wasiat), prosedur dan

jenayah. Di Malaysia, skop perundangan ini melibatkan perkara-perkara di atas dengan tambahan

dalam perkara zakat dan pentadbiran yang mungkin tidak ada di negara lain. Sungguhpun demikian

perubahan yang berlaku dalam undang-undang Malaysia adalah sederhana dalam ertikata asas-asas

tradisi undang-undang Islam itu masih dipertahankan seperti hak suami untuk menceraikan isteri

secara talaq dan poligami (Kamali, 1997-1998: 154). Manakala dalam aspek pusaka Islam pemakaian

undang-undang masih dalam bentuk fiqh dan ini mungkin suatu faktor timbulnya beberapa isu dalam

agihan pusaka. Di negara-negara Islam yang lain seperti Indonesia, Mesir, Tunisia, Aljeria, Iraq, Iran

dan lain-lain perubahan ketara sudah berlaku dalam undang-undang pusaka Islam tradisi seperti hak

isteri dan suami untuk mendapatkan harta secara radd dalam ketiadaan waris ‘asabah.

(5) Pelaksanaan Perintah

Kajian menunjukkan antara kelemahan utama negara-negara Islam ialah penguatkuasaan perintah

Mahkamah (Powell & Rickard, 2010). Apatah lagi apabila penguatkuasaan Mahkamah Syariah

memerlukan perintah tambahan daripada mahkamah sivil atau negeri. Pelaksanaan perintah dalam

perkara jenayah, nampaknya dapat dilakukan dengan mudah berdasarkan kepada statistik hukuman

jenayah yang tinggi di negara-negara Islam serta publisiti besar-besaran media barat. Namun dalam

perkara sivil atau kekeluargaan, tidak dapat dipastikan sejauh mana efektif pelaksanaan perintah

mahkamah di negara-negara Islam. Namun begitu di peringkat internasional, kajian yang

menunjukkan terdapat kesukaran untuk menguatkuasakan perintah dari keputusan atau perintah

mahkamah asing. Di Malaysia, semua Mahkamah Syariah mempunyai undang-undang khusus bagi

menguatkuasakan perintah terutama bagi pihak-pihak yang enggan melaksanakan perintah

berkenaan secara sukarela. Namun begitu kesukaran atau masalah yang timbul ialah penguatkuasaan

perintah kepada organisasi atau syarikat baik sama ada kerajaan atau swasta yang mana mahkamah

Syariah dikatakan tidak mempunyai bidang kuasa (Farid, 2008: 453). Manakala dari segi

menguatkuasa perintah mahkamah asing dan bolehkah perintah Mahkamah Syariah Malaysia

dikuatkuasakan di luar negara boleh dilaksanakan melalui perintah di Mahkamah Sivil dengan

negara-negara yang mempunyai perjanjian dengan Malaysia.

(6) Penghakiman Mahkamah

Page 9: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

9

Rujukan kepada keputusan atau penghakiman sesuatu Mahkamah merupakan suatu bentuk

pengiktirafan. Perkara ini adalah lazim dalam sistem undang-undang komon di mana kes-kes antara

negara berkenaan saling rujuk merujuk. Faktor ini disebabkan oleh sistem perundangan komon yang

sama terutama penggunaan prinsip perundangan dalam perkara kontrak, tort dan ekuiti serta

penggunaan bahasa Inggeris. Rujukan boleh dilakukan dengan mudah kerana wujudnya sistem

pelaporan kes yang teratur dan kemaskini. Perkara ini tidak berlaku di Mahkamah Syariah kerana

perbezaan sistem perundangan antara negara-negara Islam, penggunaan bahasa yang berbeza dan

tidak wujud pelaporan undang-undang yang terbuka kepada semua. Mengikut kajian yang dibuat

pada tahun 2004 rujukan kes-kes luar negara oleh Mahkamah Syariah tidaklah banyak. Tidak

dipastikan apakah mahkamah luar negara juga membuat rujukan kepada penghakiman dan

keputusan mahkamah Syariah di Malaysia. Penghakiman yang berkualiti adalah penting kerana ia

akan mencerminkan keadilan Mahkamah Syariah. Ini adalah kerana kebanyakan kritikan yang

diberikan adalah berpunca kepada penghakiman yang tidak bermutu. Mengikut Profesor Tan Sri

Ahmad Ibrahim untuk menjadikan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil, hakim

mahkamah syariah mesti menunjukkan keupayaan mereka menghakimi kes-kes sebagaimana dengan

hakim2 mahkamah sivil. Dan bagi mengelakkan keraguan masyarakarat terutama yang bukan

beragama Islam maka amatlah penting hakim-hakim Mahkamah Syariah menunjukkan mereka

mampu memberi penghakiman yang adil dan saksama (Ahmad Ibrahim, 1997: 19).

(7) Khidmat Guaman

Kebanyakan negara Islam, kelayakan guaman adalah di bawah peraturan yang satu di mana tidak ada

permisahan antara peguam sivil dan Shariah. Sebagai contoh di Indonesia dan Singapura, peguam

sivil juga hadir mewakili anak guam di Mahkamah Syariah. Di Malaysia dan juga Brunei terdapat

pemisahan badan kelayakan guaman sivil dan Syariah. Bahkan di Malaysia setiap negeri mempunyai

badan kelayakan peguam Syarie masing-masing. Keadaan ini boleh menimbulkan kesukaran kepada

peguam yang ingin berkhidmat kerana terpaksa memohon tauliah dari setiap negeri. Manakala

badan kelayakan peguam sivil adalah satu bersifat kebangsaan.

***

Perbincangan di atas adalah sebahagian daripada perbandingan antara Mahkamah Syariah Malaysia

dengan Mahkamah-mahkamah Syariah di luar negara. Sudah tentu masih terdapat lagi aspek-aspek

perbezaan dan persamaan yang tidak disebut di sini.

7. Penilaian Mahkamah Syariah di Malaysia Menggunakan Elemen Tanda Aras Global

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan

Mahkamah Syariah di Malaysia jika hendak dibandingkan dengan Mahkamah Syariah di negara-

negara Islam yang lain. Antara kelebihan ketara Mahkamah Syariah di Malaysia ialah peruntukan

undang-undang yang digunakan di Mahkamah boleh dianggap hampir semua aspek kekeluargaan

dan personal sudah diperundangkan melainkan dalam perkara pusaka dan hibah. Namun difahamkan

bahawa pihak Jawatankuasa Hukum Syarak kini sudah menyiapkan deraf undang-undang hibah. Kita

berharap undang-undang ini akan dapat digubal dan diwartakan serta dilaksanakan memandangkan

terdapat banyak isu berkaitan hibah terutama yang bersangkutan dengan harta tak alih timbul dan

dipertikaikan di Mahkamah Syariah. Begitu juga dengan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah

walaupun terdapat beberapa masalah, namun secara umumnya ianya terlaksana dengan baik.

Rungutan-rungutan mengenai kelewatan dan kegagalan pelaksanaan perintah sudah banyak

berkurangan.

Page 10: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

10

Kekurangan Mahkamah Syariah di Malaysia berbanding negara-negara Islam yang lain adalah dari

segi statusnya yang bertaraf Mahkamah Negeri dan bidangkuasa di mana hanya terhad kepada orang

Islam dalam hal-hal kekeluargaan dan kesalahan jinayah akidah dan moral orang Islam. Sungguhpun

demikian dari segi tanda aras seperti yang ditetapkan oleh IFCE dan Indeks RLI boleh diringkaskan

kepada lima tema seperti di bawah berdasarkan dapatan kajian pada 20053 dan bahan-bahan bacaan

yang sedia ada:

(1) Organisasi, Pengurusan dan Kepimpinan

Berbeza dengan Mahkamah Sivil organisasi Mahkamah Syariah melibatkan jawatan pentadbiran dan

pengendalian kes. Jawatan tertinggi di Mahkamah Syariah adalah Ketua Hakim Syarie yang bertindak

pada masa yang sama pengerusi panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan juga ketua pentadbir

bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri. Perkara ini menjadikan Ketua Hakim sama seperti

ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain. Manakala jawatan Ketua Hakim Syarie JKSM juga pada waktu

yang sama Ketua Pengarah Jabatan berkenaan. Bahkan di dalam kategori Jabatan Kerajaan

Persekutuan JKSM dianggap sebagai sebuah agensi KPI strategik tier 1. Boleh dikatakan tumpuan

utama Ketua Hakim Syarie adalah pentadbiran mahkamah seperti pelantikan dan latihan kakitangan,

penyelarasan pengurusan kes mahkamah antara negeri-negeri yang bersetuju untuk menggunakan

sumber manusia (terutama pengeluaran Arahan Amalan) dan kewangan yang sama di bawah

perbelanjaan persekutuan, penyelidikan, penerbitan Jurnal Hukum dan tugas advisory serta lain-

lainnya. Sungguhpun demikian Hakim-hakim di JKSM juga bertindak sebagai pool kepada Mahkamah

Rayuan di negeri-negeri yang bergunasama.

Dari segi hiraki, terdapat tiga tingkat Mahkamah iaitu Rayuan, Tinggi dan Rendah. Cadangan untuk

menubuhkan satu lagi Mahkamah Rayuan di peringkat persekutuan masih belum lagi terlaksana

sungguhpun sudah banyak disebut di sana sini (Farid 2008 dan Sheikh Ghazali, 2007). Ini

memandangkan terdapat pandangan menyatakan peluang semakan atau rayuan kes-kes yang

bermula di Mahkamah Tinggi Syariah hanya mempunyai satu peluang rayuan sahaja. Tidak syak lagi

bentuk hiraki Mahkamah termasuk konsep 3-tiers hierachy ini meniru sistem mahkamah sivil. Pun

begitu dalam hubungan ini Mahkamah Syariah di Arab Saudi mempunyai 3-tiers hierachy iaitu Majlis

Tertinggi Perundangan, Mahkamah Kasasi dan Mahkamah Perbicaraan (termasuk summary courts)

(Jarbou, 2004: 21-22) Sebagaimana yang dinyatakan di atas, Mahkamah Syariah di Malaysia

sungguhpun merupakan mahkamah negeri dari segi statusnya, namun mempunyai bidangkuasa

eksklusif dan Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan campurtangan dari Mahkamah Sivil

terhadap urusan yang diperuntukkan oleh undang-undang.

(2) Perkhidmatan dan Sistem Penyampaian

Penyelesaian kes dalam tempoh masa yang ditetapkan merupakan antara rungutan utama terhadap

Mahkamah Syariah pada masa dahulu. Melalui pembaharuan pentadbiran, beberapa langkah telah

diambil secara pentadbiran untuk mempercepatkan penyelesaian kes. Antaranya tempoh masa

sebutan selepas sesuatu kes atau permohonan difailkan adalah selama 21 hari dan tarikh sebutan

akan diberikan serta merta. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan Arahan Amalan JKSM terkini pada

9 Disember 2016 berkaitan dengan Proses Kerja Tatacara Pengurusan Kes Mahkamah Syariah:

Pengurusan Kes Saman (No.8/2016). Di dalam Arahan Amalan ini 10 item proses pendaftaran kes mal

bermula dari penerimaan dokumen dari pelanggan, semakan dokumen, penerimaan fi, menetapkan

tarikh sebutan (tidak melebihi 21 hari dari tarikh daftar), menandatangani saman dan membuka fail

3 Data Bersih Borang Soal Selidik Hakim, Pendaftar, Pendakwa dan Peguam Syarie, Projek Keberkesanan Mahkamah Syariah, di bawah tajaan IRPA (UM & MOSTI) 07-02-03-0767. Mac 2005.

Page 11: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

11

kes ditetapkan untuk dilakukan dalam 20 minit.4 Begitu juga pendaftaran kes boleh dilakukan secara

online. Manakala fail-fail kes yang sudah didaftarkan diberikan nombor kes berdasarkan antaranya

kepada tingkat dan lokasi mahkamah serta jenis atau perkara kes. Namun begitu sesuatu yang boleh

di pertingkatkan ialah data-data mahkamah setakat ini masih belum diakses oleh umum. Di

Singapura dan Indonesia data-data mahkamah seperti pendaftaran kes dan maklumat-maklumat lain

yang penting diterbitkan dan menjadi rekod umum. Kajian menunjukkan terdapat beberapa

kelemahan dalam pungutan data-data berkenaan di Mahkamah Syariah pada masa dahulu iaitu

perbezaan apa yang tercatat di dalam buku kausa Mahkamah dengan statistik tahunan jabatan

(Ahmad Hidayat, 2016). Penggunaan sistem e-Syariah mungkin telah mengurangkan masalah-

masalah ini pada masa kini.

Sungguhpun tiada data untuk menunjukkan sejauhmana arahan amalan ini dipatuhi, namun

mengikut kajian-kajian lepas kelewatan kes bukanlah sesuatu yang lazim berlaku. Mengikut kajian

oleh Noor Aziah (2001: 85-86) yang melibatkan 150 kes perceraian di bawah seksyen 45, 47,50 dan

52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling

Jaya mendapati sebanyak 93.7% berkenaan diselesaikan dalam tempoh 6 bulan. Bahkan di

Mahkamah Syariah Selangor semenjak tahun 2015 telah terdapat kaedah penyelesaian kes cerai fast

track di mana pada bulan Jun 2015 sahaja dilaporkan sebanyak 308 kes telah berjaya diselesaikan

dalam tempoh 6 jam (Harits, 2015).

Keadaan fisikal, kemudahan dan kewangan Mahkamah Syariah serta skim perkhidmatan kakitangan

dapat dikatakan selesa dan memuaskan, sungguhpun terdapat rungutan kekurangan kakitangan.

Begitu juga pihak mahkamah telah mula melantik hakim-hakim syarie wanita. Jumlah pegawai wanita

di Mahkamah juga semakin bertambah dan seimbang dengan jumlah lelaki, sungguhpun hakim-

hakim Mahkamah Rayuan masih belum ada dipegang oleh wanita. Kebajikan kakitangan juga diberi

perhatian di mana terdapatnya persatuan pegawai Syariah di mana sebarang cadangan dan

komentar boleh disalurkan. Ini adalah penting kerana Mahkamah tidak dapat memberi perkhidmatan

tanpa ada sokongan sumber dan tenaga yang mencukupi (ABOTA, 2013: 14). Satu rungutan yang

masih belum diselesaikan ialah penyelarasan kelayakan peguam Syarie di semua mahkamah-

mahkamah di Malaysia. Pada masa kini amalan yang berlaku ialah peguam Syarie yang ingin beramal

perlu mengambil lesen bagi setiap negeri melalui temuduga dan ujian, sungguhpun sudah

mempunyai kelayakan di negeri lain. Perkara dilihat sebagai tidak mengikut undang-undang yang

sedia ada (Farid, 2008: 458). Setakat yang penulis maklumi Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang

menerima peguam syarie yang sudah beramal di negeri lain tanpa melalui ujian dan temuduga.

Begitu juga sesetengah negeri tidak menerima pakai kelayakan pegawai LS sungguhpun sudah

mendapat pengiktirafan kelayakan daripada pihak JPA dan MQA.

(3) Integriti, Etika dan Kompetensi

Kriteria utama yang berkaitan dengan integriti ialah kebebasan, etika dan kompetensi hakim.

Apatahlagi dalam kehakiman Islam dua kriteria utama perlu ada pada seseorang hakim iaitu ilmu dan

akhlak. Dari sudut kebebasan Hakim menjalankan tugas soal-selidik menyatakan mereka mempunyai

kebebasan (91.1%), begitu juga pendaftar mahkamah dan pendakwa (masing-masing 78.6% dan

73.1%). Namun bagi peguam Syarie hanya 46.6% yang berpendapat hakim mempunyai kebebasan

dalam menjalankan tugas mereka. Alasan yang diberikan oleh hakim dan pendakwa Syarie ialah

kerana terdapat tekanan dan gangguan dari pihak atasan dan orang politik. Manakala bagi peguam

mereka berpendapat hakim tidak beretika dan tidak mengikut peruntukan undang-undang serta jika

4 Arahan lain seperti penyampaian saman yang melibatkan 10 item mesti diselesaikan dalam masa 26 minit, manakala proses kerja bagi sebutan pertama yang melibatkan 20 item diselesaikan dalam masa 30 minit.

Page 12: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

12

dalam pendakwaan mahkamah akan berat sebelah dalam kes-kes yang melibatkan orang-orang

kenamaan (VIP). Begitu juga jika dilihat dari sudut kriteria-kriteria yang diperlukan bagi menjamin

kebebasan hakim seperti jaminan jawatan, jaminan pendapatan, immuniti dan kemudahan dan

sokongan lain dalam menjalankan tugas tidak dipenuhi berdasarkan kepada skim perkhidmatan

Hakim Mahkamah Syariah Malaysia kini (al-Jarbou, 2004: 9-10 dan Farid, 2008: 456-7).

Persoalan dengan kompetensi hakim merupakan perkara yang sering dibangkitkan pada masa

dahulu. Ini bukan bermakna hakim atau qadi mahkamah syariah pada masa dahulu tidak

berkompeten namun mereka mungkin tidak terdedah kepada prinsip undang-undang moden yang

diamalkan di Mahkamah sivil. Ini ditambah lagi dengan sikap dan kepercayaan bahawa sistem di

mahkamah sivil adalah lebih baik (Abdul Monir, 1997: 38 dan Pawancheek, 2004) Namun selepas

struktur Mahkamah Syariah disusun semula, skim pelantikan hakim dan pegawai Syariah telah

disemak dan dikemaskini bagi memastikan terdapatnya elemen perundangan dan amali dalam sijil

akademik sebelum dilantik. Oleh yang demikian persoalan mengenai kompetensi ini telah

berkurangan. Sungguhpun demikian soal selidik mendapati tidak kesemua responden berpuashati

dengan kualiti dan kelayakan kakitangan Mahkamah Syariah di mana 47% responden Hakim dan

42.8% bagi pendaftar yang bersetuju. Sedangkan hanya masing-masing 30% bagi pendakwa dan

peguam yang menyatakan mereka berpuashati dengan kualiti dan kelayakan kakitangan mahkamah

Syariah. Manakala persepsi Hakim, Pendaftar dan Pendakwa Syarie terhadap kelayakan peguam

Syarie juga tidak memberangsangkan di mana hanya 33.8% Hakim yang berpuashati, manakala 50%

Pendaftar dan 56.1% Pendakwa Syarie berpandangan yang sama. Perkara ini disedari oleh pihak

Jabatan Kehakiman Syariah dan untuk mengatasi masalah ini latihan berterusan diadakan pada

setiap kakitangan seperti kursus-kursus pemantapan, kelas-kelas pengajian tafaqquh, lawatan sambil

belajar dan juga kehadiran di seminar-seminar serta peluang menyambung pengajian di peringkat

sarjana dan PhD.

Persoalan integriti sepatutnya tidak timbul memandangkan itu adalah syarat yang ditetapkan di

dalam Islam. Namun soal selidik terhadap etika peguam mendapati 32.3% Hakim, 14.3% Pendaftar,

26.9% Pendakwa Syarie dan 30% peguam syarie hanya berpuashati dengan etika peguam di

Mahkamah. Antara faktor yang diberikan ialah seperti berikut:

- Suka melewat dan menangguhkan kes

- Kurang menghormati mahkamah

- Tidak membuat persediaan kes

- Ketiadaan kod etika dan badan yang memantau etika peguam

- Mementingkan bayaran atau mengenakan bayaran yang tinggi

Begitu juga terdapat beberapa laporan mengenai salah laku pegawai Mahkamah dan juga peguam

Syarie seperti dakwaan kesalahan khalwat. Manakala insiden yang membabitkan rasuah tidaklah

ketara, sungguhpun terdapat seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi yang dihukum penjara di atas

kesalahan rasuah (Norlizah, 2015) dan dakwaan dari seorang ahli Parlimen Malaysia bahawa

tertdapat hakim Mahkamah yang terlibat dengan rasuah. Dakwaan ini ditolak dan dinafikan sekeras-

kerasnya oleh pihak Mahkamah. Perkara ini, sungguhpun demikian tidak sampai menjejas nama baik

Mahkamah Syariah secara keseluruhan kerana ianya merupakan insiden terpencil.

(4) Proses Mahkamah dan Perundangan

Terdapat perundangan yang jelas dan serta kaedah prosiding yang kemas dalam perkara perjalanan

perbicaraan di Mahkamah Syariah. Ini ditambah lagi dengan Arahan Amalan yang dikeluarkan dari

masa ke semasa bagi memperkemaskan pentadbiran Mahkamah sebagaimana yang ditunjukkan di

atas. Bagi melicinkan perjalanan perbicaraan kes terdapat undang-undang acara sivil dan jenayah

Page 13: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

13

Syariah di semua negeri yang berasaskan kepada amalan yang terdapat di mahkamah sivil dengan

pengubahsuaian bagi pemakaian di Mahkamah Syariah. Kesemua polisi dan perundangan ini dibuat

secara perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan iaitu pihak Mahkamah, peguam, ahli

akademik dan agensi kerajaan yang lain. Kritikan pada masa dahulu terdapat beberapa undang-

undang dan polisi dibuat tanpa perundingan (Rose, 1995: 86). Di sesetengah negara sesuatu polisi

yang menyentuh masyarakat awam akan diadakah inkuiri umum bagi mendapatkan pandangan.

Mungkin perkara ini tidak diperlukan dalam konteks undang-undang Islam di Malaysia kerana

mungkin akan menimbulkan masalah-masalah lain seperti kefahaman dan tafsiran yang berbeza-

beza.

Mengenai layanan yang sama rata kepada pelanggan dan mereka yang berurusan dengan

Mahkamah, tidak dapat dipastikan sejauhmana perkara ini berlaku. Namun begitu terdapat dakwaan

pada masa lalu bahawa Mahkamah berat sebelah kepada lelaki. Perkara ini mungkin jelas kepada

penghakiman atau penghujahan yang berasaskan kepada orientasi seksual wanita. Sebagai contoh

penetapan bayaran mut’ah dibezakan antara status anak dara dan sebaliknya ketika perkahwinan

berlangsung. Sungguhpun terdapat justifikasi fiqh yang menyokong perbezaan itu dalam konteks

yang berbeza ianya digunakan bagi menyokong perbezaan pembayaran mut’ah ini. Begitu juga dalam

aspek keadilan dan konsistensi penghakiman, beberapa penghakiman didapati berbeza-beza

walaupun dalam fakta dan undang-undang yang sama. Perbezaan dalam tafsiran di antara

mahkamah atau hakim-hakim menyebabkan berlakunya peguam dan pelanggan memilih hakim-

hakim tertentu yang sesuai dengan kehendak mereka.

Pelaksanaan perintah mahkamah pada hakikatnya perlu dilaksanakan secara sukarela oleh pihak

penghutang penghakiman. Namun dalam banyak keadaan perintah berkenaan tidak dilaksanakan

secara sukarela. Oleh itu, penguatkuasaan pelaksanaan perintah perlu dipohon dan Mahkamah

Syariah mempunyai proses-proses yang jelas bagi tujuan berkenaan, termasuk perintah penghinaan

mahkamah bagi mereka yang engkar berbuat demikian. Masalah yang sering ditimbulkan ialah

kegagalan pihak yang mendapat perintah untuk memohon penguatkuasaan perintah berkenaan

kerana menganggap apabila sudah mendapat perintah maka mereka tidak perlu berbuat apa-apa lagi

(Sheikh Ghazali, 2007: 187). Pelaksanaan perintah juga akan menimbulkan masalah sekiranya

melibatkan pihak-pihak bukan beragama Islam dalam perkara sivil atau mal serta pelaksanaan

perintah di luar bidang kuasa. Ini adalah kerana terdapat peruntukan undang-undang negeri yang

melarang keputusan Mahkamah melibat orang bukan Islam. (Farid, 2008: 454). Dalam konteks ini

mungkin beberapa undang-undang Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan perintah

mahkamah Syariah dilaksanakan kepada orang bukan Islam dan badan-badan.

Mengenai persoalan hak asasi manusia, perkara ini tidak timbul di Mahkamah Syariah kerana prinsip-

prinsip yang digunakan di Mahkamah Syariah mesti selaras dengan ajaran Islam dan peraturan

Mahkamah. Oleh yang demikian persoalan mengenai hak jagaan anak pasangan yang berbeza agama

atau penamaan nasab anak luar nikah adalah mengikut hukum Syarak, sungguhpun terdapat kritikan

yang mengatakan terdapat pelanggaran hak asasi manusia dari segi kebebasan untuk memilih

penjaga dan memberi nasab kepada anak yang lahir di luar perkahwinan serta mengenai kebebasan

memilih agama atau murtad (Maznah, 2010). Sungguhpun terdapat tafsiran kes di mahkamah tinggi

bahawa murtad tidak dilindungi di bawah Perlembagaan, namun isu ini terus diperkatakan dan

menimbulkan beberapa polemik dalam negara (Sheikh Ghazali, 2007: 184).

Dari segi keselamatan, pihak Mahkamah berada dalam kawasan yang dikawal oleh penjaga

keselamatan. Begitu juga di dalam dewan Mahkamah, terdapat anggota polis yang bertugas. Setakat

ini belum ada insiden di mana berlakunya yang boleh menggugat keselamatan orang yang datang

berurusan di Mahkamah.

Page 14: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

14

(5) Mesra/Ramah, Kepuasan Pelanggan dan Kepercayaan Umum

Kajian oleh Profesor Micheal Pellet di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan mendapati transformasi

Mahkamah Syariah daripada institusi yang informal dan mudah untuk berurusan bertukar menjadi

sesuatu yang bersifat ala korporat (2015). Mengikutnya pada masa dahulu Mahkamah Syariah atau

lebih tepat lagi Mahkamah Kadi tidak mempunyai formaliti yang ketat di mana pelanggan boleh

datang masuk dan keluar mahkamah dengan agak bebas. Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah

urusan di Mahkamah hendaklah mesra dan memudahkan. Sudah tentu Mahkamah Syariah tidak

boleh berpatah balik kepada amalan masa dahulu. Namun ia perlu bersikap mesra atau ramah

pelanggan. Ini yang dimaksudkan dengan idea Mahkamah Keluarga (Muhammad Nizam, 2004).

Namun malangnya sesetengah orang menganggap mahkamah Syariah adalah mahkamah keluarga

berasaskan kepada bidangkuasa. Ini adalah satu kefahaman yang salah kerana proses yang berlaku di

Mahkamah Syariah pada masa kini adalah litigated yang menyebabkan ramai anggota masyarakat

berkeberatan untuk berurusan. Oleh yang demikian terdapat cadangan untuk menjadikan mahkamah

Syariah bersifat non adversarial dan banyak menggunakan pendekatan ADR seperti sulh dan

negosiasi/perundingan. Buat masa kini, proses sulh sudah diadakan bagi kes-kes tertentu bagi

mengelak pemakaian proses litigasi mahkamah. Cadangan bagi mengantikan pendekatan adversarial

ini dengan inquisitorial mungkin tidak mencapai maksud mesra dan ramah ini memandangkan

mahkamah akan terus menggunakan proses litigasi yang teknikal dalam proses penyelesaian kes.

Mengenai kepuasan pelanggan, rungutan mengenainya sudah berkurangan. Begitu juga berita-berita

sensasi mengenai bagaimana mahkamah syariah begitu lemah dan tidak cekap seperti dalam kes

Aida Melly dan sebagainya sudah lagi tidak kedengaran. Berdasarkan kepada ISM yang dijalankan

menunjukkan terdapatnya kepercayaan umum kepada pihak Mahkamah Syariah. Ini bermakna

masyarakat berpuashati dan mengiktiraf perkhidmatan dan sumbangan yang diberikan oleh

Mahkamah baik samada dalam perkara kekeluargaan ataupun jenayah syariah (Sheikh Ghazali, 2007:

189). Soal selidik hakim, pemdaftar dan peguam syarie menunjukkan rungutan masyarakat paling

banyak kepada Mahkamah Syariah ialah kelewatan atau kelambatan penyelesaian kes serta kes-kes

yang selalu tertangguh iaitu sebanyak 46%. Faktor-faktor lain ialah karenah birokrasi, kakitangan

kurang mesra seperti tidak profesiona, tidak komited, selalu tidak ada (22.6%) dan tidak berpuashati

dengan keputusan mahkamah (12.9%).

Terdapat perkhidmatan percuma bagi pelanggan yang tidak berkemampuan dan pengecualian yuran

mahkamah bagi yang tidak berkemampuan. Namun begitu sejauh mana keberkesanan perkhidmatan

ini tidak dapat dipastikan. Terdapat rungutan di sesetengah negeri menyatakan yuran mahkamah

terlalu mahal dan ini membebankan pelanggan. Bagi mengurangkan beban kepada pelanggan

terutama isteri dan ibu yang menuntut nafkah anak, kerajaan menyediakan bantuan melalui

Bahagian Sokongan Keluarga menyediakan wang pendahuluan bagi isteri/ibu yang mendapat

perintah bayaran nafkah sementara menunggu bayaran tersebut diselesaikan oleh suami/bapa.

Namun difahamkan tidak semua negeri menerima struktur BSK ini di mahkamah negeri mereka.

Perkara ini sudah tentu merugikan umat Islam terutama kaum ibu dan isteri.

8. Kesimpulan dan Saranan

Satu pengukuran yang menyeluruh diperlukan untuk mengetahui dengan lebih pencapaian

Mahkamah Syariah di Malaysia berbanding dengan tanda aras global yang dibincangkan di atas.

Sungguhpun tanda aras yang digunakan itu bukanlah berasal daripada tradisi Islam, namun ianya

mengandungi nilai-nilai universal yang boleh diterima Islam seperti pengurusan mahkamah yang

tersusun dan cekap, anggota mahkamah yang berintegriti dan kompeten, proses pengendalian kes

Page 15: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

15

yang adil, saksama dan telus serta bebas, dan sebuah mahkamah yang mementingkan kemudahan

dan keselesaan pelanggannya. Apa yang dibentangkan di atas ialah dengan melihat dan menilai

mahkamah Syariah dengan melihat kepada data-data kajian lepas yang mungkin agak outdated dan

tidak menyeluruh. Namun begitu secara kesimpulannya dengan menganalisis data-data berkenaan

berbanding dengan tanda-tanda aras global khususnya oleh IFCE dan RLI serta ISI, boleh dinyatakan

bahawa Mahkamah Syariah di Malaysia memenuhi beberapa ciri indeks berkenaan terutama proses

mahkamah yang jelas dan berkesan. Namun jika dilihat dari segi perbandingan dengan negara-negara

Islam yang lain Mahkamah Syariah di Malaysia adalah rendah dari segi statusnya dan berbidangkuasa

yang terhad dalam perkara keluarga dan ke atas orang Islam sahaja. Ramai yang melihat

penyelesaian perkara ini dengan meningkatkan bidangkuasa jenayah mahkamah Syariah seperti

cadangan Pindaan Rang Undang-undang 355. Sungguhpun demikian akan terdapat beberapa

implikasi yang sukar sekiranya RUU ini diluluskan. Halatuju yang sewajarnya pada pandangan saya

ialah bagaimana boleh sistem kehakiman di Malaysia diterapkan dengan nilai-nilai keislaman. Setakat

ini pakaian hakim-hakim Mahkamah Sivil sudah diterapkan dengan memakai songkok. Cadangan

untuk memasukkan semula Mahkamah Syariah di dalam sistem kehakiman negara pula mungkin

sesuatu yang sukar melihat kepada realiti politik dan pemerintahan di Malaysia. Oleh yang demikian,

perkhidmatan kehakiman Syariah secara guna sama antara negeri-negeri di Malaysia merupakan satu

cara yang lebih praktikal bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi kredibiliti Mahkamah Syariah. Ini

adalah kerana perkhidmatan gunasama ini akan membolehkan penyelarasan dan perkongsian

maklumat, amalan dan latihan dengan lebih berkesan terutama dalam konteks untuk memenuhi

tanda aras global dan menjadikan Mahkamah Syariah di Malaysia lebih berkredibiliti, Insya Allah.

Sebagai penutup di bawah ini disertakan beberapa cadangan untuk pertimbangan pihak-pihak

berkepentingan.

(1) Mempercepatkan kewujudan sistem 3-tiers hierachy mahkamah Syariah melalui penubuhan

satu Mahkamah Rayuan Syariah Persekutuan atau dengan nama-nama lain yang sesuai.

(2) Menaiktaraf skim perkhidmatan hakim-hakim Syarie dari segi jaminan jawatan, bayaran gaji,

pelantikan dan penamatan jawatan sebagaimana hakim-hakim Mahkamah Sivil

(3) Memantapkan lagi pelaksanaan penyelarasan pentadbiran Mahkamah Syariah dan

perundangan Islam melalui skim gunasama JKSM tanpa menyentuh kuasa negeri dalam

perkara agama Islam

(4) Mengkaji dan meminda undang-undang bagi membolehkan perintah Mahkamah Syariah

dapat dilaksanakan dengan berkesan terutama apabila melibatkan non Muslim dan badan-

badan serta boleh dilaksana dalam mana-mana negeri di Malaysia

(5) Melaksanakan peruntukan undang-undang yang seragam berkaitan dengan peguam Syarie

bagi menyelaras dan memudahkan perkhidmatan guaman Syarie kepada masyarakat.

(6) Menerbitkan rekod-rekod awam mengenai mahkamah Syariah yang telah diaudit bagi

meningkat kepercayaan umum

(7) Mengadakan satu pengukuran khusus bagi menilai pencapaian Mahkamah Syariah secara

lebih komprehensif berasaskan kepada tanda aras global bagi memantapkan dan

mengukuhkan kredibiliti Mahkamah Syariah.

Page 16: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

16

BAHAN RUJUKAN

Abdul Monir Yaacob. Shariah Courts in Malaysia: Past, Present and Future. In Ahmad Ibrahim & Abdul

Monir Yaacob (eds). The Administration of Islamic Laws. IKIM 21-38

ABOTA (2013). Preserving a Fair, Impartial and Independent Judiciary – A White Paper Prepared by

Judicial Independence Committee of the American Board of Trial Advocates (ABOTA). Dallas, Texas:

USA. http://www.judges.org/wp-content/uploads/ABOTA-JudicialWhitePaper-final.pdf

Ahmad Hidayat Buang (2005). Mahkamah Syariah di Malaysia: Pencapaian dan Cabaran. Penerbit

Universiti Malaya.

Ahmad Hidayat Buang & M Cholil Nafis (2012). Peranan MUI dan Metodologi Instinbat Fatwa Dalam Undang-undang Perbankan Syariah di Indonesia. Jurnal Pengurusan 35 (September): 57-69.

Ahmad Hidayat Buang (2016). Pengumpulan dan Penyediaan Data Statistik Mahkamah Syariah:

Kajian di Pahang dan Pulau Pinang. KANUN Jurnal Undang-undang Malaysia 28(2): 356-380.

Ahmad Ibrahim (1997). Recent Developments in the Administration of Islamic Law in Malaysia. In

Ibidem & Abdul Monir Yaacob (eds). The Administration of Islamic Laws. IKIM 1-20.

Albers, Pim (2014). The Assessment of Court Quality: A Breach of the Independence of the Judiciary

or a Promising Development? Council of Europe: CEPEJ. www.coe.int

Alias Azhar & Mohammad Azam Hussain (2012). Perluasan Skop Undang-undang Islam di Malaysia;

Aplikasi dan Implikasinya. Jurnal Syariah 20(2): 163-184

Bhatti, Nazir Ahmad (1997). Administration of Islamic Law in Pakistan. In Ahmad Ibrahim & Abdul

Monir Yaacob (eds). The Administration of Islamic Laws. IKIM 39-52

Farid Sufian Shuaib (2008). Strengthening Administrative Institutitons of Islamic Law in Malaysia: An

Overview. Jurnal Syariah 16 (Keluaran Khas): 443-464.

Gutman, Jerg & Voigt, Stefan (2015). The Rule of Law and Constitutionalism in Muslim Countries.

Public Choice 162: 351-380.

Hall, Dan H. & Keilitz, Igno (2012). Global Measure of Court Performance. IFCE.

http://www.courtexcellence.com

Harits Asyraf Hasnan (2015). Syariah Selangor Mudahkan Proses Perceraian. Astro Awani Berita 360,

3 Julai 2015. www.astroawani.com

JAKIM (2015). Indeks Syariah Malaysia: Model Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah. Putrajaya

h.25. http://www.islam.gov.my

Jarbou, Ayoub M. Al-. (2004). Judicial Independence: Case Study of Saudi Arabia. Arab Law Quarterly

19(1-2): 5-54

Kamali, Mohammad Hashim (1997-1998). Islamic Law in Malaysia: Issues and Development. In

Eugene Contran & Chibli Mallat (eds). Yearbook of Islamic and Middle Eastern Law Volume 4. Brill.

Kamali, Mohammad Hashim (2007). Shariah and Civil Law: Towards a Methodology of

Harmonization. Islamic Law and Society 14(3): 391-420

Layish, Aharon (2014). Islamic Law in the Modern World: Nationalization, Islamization,

Reinstatement. Islamic law and Society 21(3): 276-307

Page 17: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

17

Mastura, Micheal (1997). A Reappraisal of the Administration of Islamic Law in the Philippines. In

Ahmad Ibrahim & Abdul Monir Yaacob (eds). The Administration of Islamic Laws. IKIM 59-78

Maznah Ahmad (2010). The Ascendance of Bureaucratic Islam and the Secularization of the Sharia in

Malaysia. Pacific Affairs 83(3): 505-524

Mohamed Azam Mohamed Adil. Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia: Pasca

Alaf 20: Ke Arah Mana? Jurnal Syariah 8(2) 103-122.

Muhammad Nizam Awang @ Ali (2004). Mahkamah Keluarga di Malaysia: Suatu Pandangan. Kanun

Jurnal Undang-undang Malaysia 16(1): 20-36.

Noor Aziah Mohd Awal (2001). Divorce in Accordance with Islamic Law in Malaysia: Law and Practice.

IKIM Law Journal 5(2):85-86

Norlizah Abas (2015). Bekas Hakim Syarie dipenjara 6 tahun. Utusan Malaysia 25 Jun 2015.

www.utusan.com.my

Pawancheek Marican (2004). The Shariah/Civl Law Dichotomy and Its Impact on the Malaysian Legal

System. IIUM Law Journal 12(2): 235-258

Pellet, Micheal (2015). A Tale of Two Courts: Judicial Transformation and the Rise of a Corporate

Islamic Governmentality in Malaysia. American Ethnologist 42(1) 144-160

Powell, Emilia Justyna & Rickard, Stephanie J. (2010). International Trade and Domestic Legal

Systems: Examining the Impact of Islamic Law. International Interactions, 36:335-362

Raihanah Abdullah (2009). Penangguhan Kes di Mahkamah Syariah: Cabaran dan Penyelesaian. Jurnal

Syariah 17(2): 1-30

Rehman, Scheherazade S. & Askari, Hossein (2010). An Economic Islamicity Index (EI2). Global

Economy Journal 10(3): Article 1 (1-37).

Rose Ismail (1995). Hudud in Malaysia The Issues at Stake. SIS Forum (Malaysia) Berhad.

Sheikh Ghazali Abdul Rahman (2007). Masa Depan Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan

Strategi Dalam Masyarakat Majmuk. Jurnal Hukum XXIII(II): 165-190

Wan Syamsul Amly (2017). Skor Indeks Syariah Malaysia 2017 Meningkat. Astro Awani 3 Ogos 2017.

http://www.astroawani.com

Page 18: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

18

Lampiran Senarai Ranking Negara-Negara Islam Mengikut Rule of Law Index 2016, Islamic State

Index 2015 dan Economic Islamicity Index 2010.

Rule of Law Index 2016 Islamic State Index 2015 I.E2

Negara Islam Markah Ranking Serantau

Ranking Dunia

Islam Agama Negara

Markah

Afghanistan 0.35 12/12 111/113 1 3.984 149/208

Albania 0.50 5/13 72/113 0 2.635 105/208

Aljeria 1 3.987 131/208

Azerbaijan 0 2.937 80/208

Bahrain 1 3.895 61/208

Bangladesh 0.41 4/6 103/113 1 3.896 141/208

Benin 0 1.247 176/208

Bosnia* 0.56 2/13 50/113 0 0.427 52/208

Brunei 1 3.718 55/208

Burkina Faso 0 2.576 167/208

Cameroon 0.37 18/18 109/113 0 1.201 181/208

Chad 0 2.548 187/208

Comoros 0 2.981 197/208

Cote d’Ivoire 0.46 9/18 87/113 0 1.884 201/208

Djibouti 0 2.975 155/208

Gabon 0 1.130 143/208

Gambia 0 2.902 151/208

Guinea 0 2.850 171/208

Guinea-Bissau 0 1.412 202/208

Guyana 0.49 21/30 76/113 0 1.874 109/208

Indonesia 0.52 9/15 61/113 0 2.863 104/208

Iran 0.47 5/7 86/113 1 3.988 139/208

Iraq 1 3.955 148/208

Jordan 0.59 2/7 42/113 1 3.970 74/208

Kazakhstan 0.50 6/13 73/113 0 2.524 54/208

Krygyzstan 0.47 10/13 83/113 0 2.790 96/208

Kuwait 1 3.878 42/208

Lebanon 0.46 6/7 89/113 0 2.550 87/208

Libya 1 3.970 174/208

Malaysia 0.54 8/15 56/113 1 3.602 33/208

Maldives 1 3.980 95/208

Mali 0 2.914 164/208

Mauritania 1 3.968 182/208

Mesir 0.37 7/7 110/113 1 3.869 128/208

Morroco 0.53 4/7 60/113 1 3.989 120/208

Mozambique 0 1.227 142/208

Niger 0 2.916 188/208

Nigeria 0.44 13/18 96/113 0 2.501 160/208

Oman 1 3.919 82/208

Pakistan 0.38 5/6 106/113 1 3.957 145/208

Qatar 1 3.561 111/208

Saudi Arabia 1 3.926 91/208

Senegal 0 2.936 152/208

Sierra Leone 0.45 12/18 95/113 0 2.508 200/208

Page 19: Memperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di ... · PDF fileMemperkukuhkan Kredibiliti Institusi Mahkamah Syariah Di Malaysia Dalam ... tempoh penyelesaian kes ... pada

19

Somalia 199/208

Sudan 0 2.697 190/208

Suriname 0.53 16/30 59/113 0 1.176 156/208

Syria 0 2.904 168/208

Tajikistan 0 2.933 147/208

Togo 0 1.132 195/208

Tunisia 0.53 3/7 58/113 1 3.990 72/208

Turkey 0.43 13/13 99/113 0 2.987 71/208

Turkmenistan 0 2.890 92/208

UAE 0.66 1/7 33/113 1 3.655 64/208

Uganda 0.39 15/18 105/113 0 1.120 99/208

Uzbezkistan 0.45 12/13 93/113 0 2.907 132/208

Yemen 1 3.997 180/208