13
MENILAI KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG PENGENALAN Pelaksanaan Program Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru sebagai “role model” dalam membudayakan sikap kasih sayang demi memastikan murid-murid seronok belajar dan menganggap sekolah adalah seperti rumah keduanya, juga bertindak sebagai agen untuk melahirkan modal insan cemerlang, selain sebagai penjana kepada perubahan murid sama ada pemikiran, tingkah laku, keluhuran hati budi dan pertumbuhan fizikal. Program Guru Penyayang dilaksanakan secara pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa, di mana bagi fasa pertama, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti iaitu mengalu- alukan kehadiran pelajar, melaksanakan Program Mentor Mentee dan memberi penghargaan kepada pelajar. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.

Menilai Keberkesanan Pelaksanaan Program Linus

  • Upload
    zulie76

  • View
    70

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

linus

Citation preview

MENILAI KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG

PENGENALANPelaksanaan Program Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru sebagai role model dalam membudayakan sikap kasih sayang demi memastikan murid-murid seronok belajar dan menganggap sekolah adalah seperti rumah keduanya, juga bertindak sebagai agen untuk melahirkan modal insan cemerlang, selain sebagai penjana kepada perubahan murid sama ada pemikiran, tingkah laku, keluhuran hati budi dan pertumbuhan fizikal.Program Guru Penyayang dilaksanakan secara pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa, di mana bagi fasa pertama, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti iaitu mengalu-alukan kehadiran pelajar, melaksanakan Program Mentor Mentee dan memberi penghargaan kepada pelajar.Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

PERNYATAAN MASALAHProgram Guru Penyayang dilaksanakan ekoran wujudnya beberapa masalah yang melibatkan para pelajar. Antaranya kerana terdapat peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid. Rasullullah SAW mengajar kita perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya,selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.Imam Al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya guru harus sabar menerima pelbagai amslah murid dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.Selain itu, Program Guru Penyayang diwujudkan oleh kerana meningkatnya kadar ponteng sekolah oleh murid. Malah terdapat laporan serta aduan mengenai pelanggaran etika profession keguruan. Malah peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas. Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa the giving of love is an education in itself. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ka atas orang yang di didiknya.Justeru, adalah penting untuk Kementerian Pendidikan Malaysia melakukan transformasi pada proses dan sistem Program Guru Penyayang, input dan konteks agar dapat menghasilkan produk (guru/pelajar) yang berkualiti.

KAJIAN LITERATURPendidik atau guru mestilah seorang yang berilmu dan kompeten, mendalampengetahuan pedagogi dan psikologi serta berkeyakinan untuk mengamalkannya.Guru yang ingin dilahirkan mesti bercirikan multidisciplinary with specialism. Rozinah et.al (2006) menyatakan bahawa pembelajaran akan lebih seronok, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar jika guru berwibawa dan berketrampilan.Charles (2009) menjelaskan kewibawaan yang efektif jika guru berpengetahuan dan berkeahlian dalam bidangnya dan dilaksanakan dalam suasana kasih sayang dansaling hormat-menghormati.Kajian penilaian program ini dijalankan berdasarkan model teori penilaian CIPP (Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan oleh Daniel Stufflebeam. Model Penilaian Daniel Stuffleabem (1967) mula diperkenalkan di Ohio University untuk menilai ESEA (the Elementaryand Secondry Education Act). CIPP ditakrifkan sebagai singkatan context evaluationbermaksud penilaian terhadap konteks, input evaluation yang bermaksud penilaian terhadap input, process evaluation yang bermaksud penilaian terhadap proses,product evaluation yang bermaksud penilaian terhadap produk atau keberhasilan.Tujuan utama model CIPP adalah untuk membantu pentadbir dalam melihat kepada keberhasilan dalam sesuatu program. Menurut Stufflebeam (1967), the CIPPapproach is based on the view that the most important purpose of evaluation in not toprove but improve. Berdasarkan kepada petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa tujuan utama CIPP bukanlah untuk membuktikan tetapi untuk memperbaiki.1. Penilaian Konteks Penilaian konteks cuba menilai syarat-syarat awal dan keperluan yang dalam situasi. Ia menimbulkan isu-isu, mendedahkan masalah-masalah dan menentukan had-had untuk membuat program.Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengukur, menterjemahkan, dan mengesahkan perjalanan sesuatu program. Tujuan penilaian ini ialah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan beberapa objek seperti institusi, program itu, sasaran populasi/individu dan juga untuk menyediakan sesuatu satu garis panduan untuk perubahan. Keputusan yang diperoleh nanti merupakan asas untuk memperbaiki matlamat yang sedia wujud dan menentukan sesuatu perubahan. Dalam penilaian ini kesesuaian objektif.Kemahiran Hidup terhadap KBSM yang akan dikaji.2. Penilaian InputPenilaian input mengukur keupayaan sistem dan input-input dari segi strategi dan sumber. Penilaian ini digunakan untuk membuat penyusunan keputusan dan menjadi panduan untuk memilih strategi program dan perubahan-perubahan yang hendak dibuat. Perkara-perkara yang ditekankan ialah: Perancangan sesuatu prosedur dan perbelanjaan yang digunakan untuk memenuhi sesuatu kehendak. Tahap penggunaan yang boleh diterima dan ada potensi untuk berjaya dalam memenuhi sesuatu kehendak.3. Penilaian ProsesPenilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Penilaian proses meliputi pengumpulan data yang telah ditentukan dan diterapkan dalam pelaksanaan program. Pada asasnya penilaianproses dilihat untuk mengetahui sejauh mana perubahan telah berlaku dan komponen mana perlu diberi penekanan. 2007).Worthen & Sanders (1981 : 137) dalam Eko Putro Widyoko menjelaskan penilaian proses menekankan kepada tiga tujuan : 1) do detect or predict in procedural desighn or its implementation during implementation stage, 2) to provide information for programmed decision, and 3) to maintain a record of the procedure as it occurs.4. Penilaian ProdukPenilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan.Penilaian produk menegenal pasti dan menilai hasil program untuk menentukan sama ada ia Berjaya atau tidak. Tujuan penilaian produk untuk mengukur, mentafsir dan menilai hasil dapatan dengan jujur. Penilaian produk juga untuk melihat keperluan pengisian telah dipenuhi atau perlu penambahbaikan (Stufflebeam & Shinkfield, 2007). Sax (1980) menjelaskan penilaian produk to allow to projectdirector (or teacher) to make decision of program. Penilaian produk dapat memberi maklumat kepada para pendidik atau pentadbiran untuk membuat keputusan keberkesanan program yang dilaksanakan. Farida Yusuf (2000) pula menerangkan penilaian produk untuk membantu membuat keputusan terhadap hasil yang telah dicapai maupun perancangan jangka panjang. Oleh yang demikian dapatlah kita simpulkan penilaian produk dapat melihat keberhasilan sesuatu program samada mencapai matlamat utamanya atau sebaliknya. Pada peringkat ini, penilai dapat memberi cadangan ataupun saranan untuk membuat penambahbaikan.

TUJUAN KAJIANKajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Program Guru Penyayang. Adakah Program Guru Penyayang dapat mengurangkan salah laku disiplin dalam kalangan murid. Malah untuk mengenalpasti adakah Program Guru Penyayang dapat menurunkan kadar ponteng murid. Kajian ini ingin mengenalpasti adakah Program Guru Penyayang dapat meningkatkan kesedaran guru mengenai etika profesion keguruan dan adakah Program Guru Penyayang dapat mengurangkan tekanan emosi dalam menjalankan tugas.Fokus kajian adalah untuk : Membentuk karekter serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

KEPENTINGAN KAJIANKajian penilaian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Program Guru Penyayang. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai penilaian untuk menguji keberkesanan Program Guru Penyayang. Rasional daripada kajian ini ialah permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut. Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka. Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid. Malah kajian ini penting untuk kajian masa depan dalam memperbaiki atau menambah baik kandungan Program Guru Penyayang.

BATASAN KAJIANKajian ini terbatas kepada murid di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor. Oleh yang demikian dapatan kajian tidak boleh menggambarkan pelaksanaan Program Guru Penyayang di sekolah di seluruh Malaysia. Namun demikian, hasil kajian ini boleh memberi gambaran sejauh mana Program Guru Penyayang yang julung kali diperkenalkan untuk penambahbaikan dalam sisitem pendidikan Malaysia di bawah unit bimbingan dan kaunseling.

METODOLOGIKajian ini dijalankan berdasarkan kepada Model CIPP Stufflebeam ( 1967) untuk melihat bagaimana program yang dirancang untuk guru penyayang menepati objektif dan persoalan yang dikemukakan. Tujuan utama Model CIPP adalah untuk membantu penilai dalam membuat penilaian terhadap keberhasilan dalam sesuatu program.Pengkaji memfokuskan kepada empat komponen mengikut Model penilaian CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu dari aspek penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk.

ANALISIS DATA1. KonteksPenilaian context digunakan untuk mengenalpasti maklumat dalaman yang menjadi tumpuan utama iaitu cara bagaimana program berfungsi (Fitzpatrick et al.,2004).Penilaian context dalam ulasan ini ialah mengenai objektif yang ingin dicapai,latarbelakang Program Guru Penyayang. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Objektif yg ingin dicapai kak tolong ulaskan yer Hehehe ngantuk Zzzzzz Latar belakang program Bgaimana program ini akan berfungsi

2. Input- sistem sokongan- cara penyelesaian masalahRekabentuk tatacara utk pelaksanaan program utk masa depan ( kaedah pelaksanaan)-prasarana-kepakaran

3.Proses- Pelaksanaan dan menjelaskan rekabentuk dan bagaimana ianya berfungsi.- Maklumat dan informasi menenai bagaimana pelaksanaan program ini berjalan- Halangan dalam mencapai kejayaan dalam program guru penyayang- Program sokongan ( mentor-mentee)

4. produk- tertumpu kepada hasil program setelah tamat dilaksanakan- Refleksi/pelajar dan guru