Click here to load reader
Upload
wong-wan-yin
View
1.174
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
catatan dengan label mikroekonomi. Tunjukkan catatan lebih lama
Rabu, 2010 April 14
Pasaran Persaingan Bermonopoli
Ciri-ciri :
(a) Bilangan Firma yang Banyak- bilangan firma yang ramai tapi mengeluarkan barang pengganti hampir antara satu sama
lain.- mereka mengeluarkan barang pengganti hampir tapi tidak kerjasama antara satu sama lain.
(b) Keluarannya adalah Berbeza-beza- berbeza daripada segi fizikal seperti jenama, kualiti, pembungkusan, reka bentuk, dan iklan.
- tapi mempunyai fungsi yang sama.
(c) Kebebasan Keluar Masuk Industri- firma lain boleh masuk industri dengan hasilkan barang yang berbeza corak.
- firma berjaya masuk industri kerana menghasilkan barang yang berkualiti, berjenama, dan kaeadh promosi yang berkesan supaya dapat tarik perhatian pengguna.
(d) Mempunyai Sedikit Kuasa Monopoli- sedikit kuasa dalam menentukan harga.
- firma mempunyai golongan pelanggan yang taat setia kepada keluaranya, jika firma menaikkan harga, golongan ini tetap membelinya.
(e) Pesaingan Bukan Harga- mereka bersaingan dalam bentuk pengiklanan dan promosi dalam bentuk tawaran istimewa.
p/s : contoh firma monopolistik dalam industri makanan ialah KFC, McD, Mary Brown, dan sekian2.
Dicatat oleh Abdul Rahman di 06:24 0 ulasan Label: mikroekonomi
Rabu, 2010 April 07
Monopoli dan Kawalan Kerajaan
kenapa kerajaan mengawal firma monopoli?
jawapannya.. firma monopoli dikatakan menindas rakyat apabila mengenakan tingkat harga yang tinggi dengan menghasilkan tingkat output yang kurang. Anda
sedia maklum, diantara ciri-ciri sebuah firma monopoli ialah firma merupakan Penentu Harga. Dengan ini, akan mempengaruhi tingkat kebajikan masyarakat jika firma sedang menghasilkan barang atau perkhidmatan yang penting kepada rakyat.
kawalan monopoli dibahagikan kepada 2 iaitu Kawalan Langsung dan Kawalan Tidak Langsung.
KAWALAN LANGSUNG
kerajaan ingin menetapkan tingkat harga pada :i) AR = ACii) P = MCiii) AC Min
Hasil Purata Sama Dengan Kos Purata (AR=AC)
Pasaran Monopoli Dalam Keadaan AR = AC
Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan menetapkan tingkat harga pada AR
sama dengan AC di titik B, maka firma akan mengalami untung normal (pulang modal) sahaja.
Harga Pasaran Sama Dengan Kos Sut (P=MC)
Pasaran Monopoli Dalam Keadaan P=MC Tanpa Subsidi
Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengenakan tingkat harga optimum
sosial iaitu P=MC di titik B, tingkat harga menurun daripada P kepada P1 dan tingkat keluaran bertambah daripada Q kepada Q1. Keluk menunjukkan firma masih mengalami untung lebih normal , maka kerajaan tidak perlu memberi subsidi.
Pasaran Monopoli Dalam Keadaan P=MC Dengan Subsidi
Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengenakan tingkat harga optimum
sosial iaitu P=MC di titik B, tingkat harga menurun daripada P kepada P1 dan tingkat keluaran bertambah daripada Q kepada Q1. Keluk menunjukkan firma mengalami
untung kurang normal apabila AR lebih kecil daripada AC, maka kerajaan perlu memberi subsidi.
Monopoli Mencapai Kecekapan Pengeluaran (AC Min)
Harga Pada Kapasiti Pengeluaran Yang Optimum Tanpa Subsidi
Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengkehendaki firma mengeluarkan
keluaran pada tingkat pengeluaran optimum, maka firma akan mengeluarkan pengeluarannya pada AC Minimum di titik B. Pada AC Minimum, tidak berlaku
lebihan kapasiti atau pembaziran kapasiti sebanyak Q1-Q. Pada tingkat pengeluaran Q1, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada
AC, maka kerajaan tidak perlu memberi subsidi.
Harga Pada Kapasiti Pengeluaran Yang Optimum Dengan Subsidi
Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengkehendaki firma mengeluarkan
keluaran pada tingkat pengeluaran optimum, maka firma akan mengeluarkan pengeluarannya pada AC Minimum di titik B. Pada AC Minimum, tidak berlaku
lebihan kapasiti atau pembaziran kapasiti sebanyak Q1-Q. Pada tingkat pengeluaran Q1, firma mengalami untung kurang normal apabila AR lebih kecil daripada AC,
maka kerajaan perlu memberi subsidi.
KAWALAN TIDAK LANGSUNG
kerajaan akan mengenakan sistem Percukaian untuk memperbaiki agihan pendapatan yang tidak setara akibat kuasa firma monopoli yang mengalami
keuntungan lebih normal. Terdapat 2 sistem percukaian yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan iaitu Cukai Lump-Sum (sekali gus) dan Cukai Per-unit.
Cukai Lump-Sum
-merupakan cukai yang nilai tetap tanpa mengira tingkat pengeluaran firma.- ini bermakna, cukai lump-sum ialah kos tetap (FC) yang hanya mempengaruhi
jumlah kos (TC) dan kos purata (AR) sahaja.- cth, Q = 100 cukai dikenakan ialah sebanyak RM20, apabila keluaran bertambah
kepada Q = 200, cukai tetap dikenakan sebanyak RM20.
Pengenaan Cukai Lump-Sum Ke Atas Pasaran Monopoli
Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MC=MR di titik E dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Pada tingkat keluaran Q, firma sedang mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila cukai
dikenakan, keluk AC beralih ke AC1. Pada titik keseimbangan yang sama, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC1, tetapi
mengalami kemerosotan dalam jumlah untung firma.
Cukai Per-unit
- dalam sistem cukai ini, jumlah cukai bergantung kepada jumlah keluaran firma.- ini bermakna, cukai per-unit ialah kos berubah (VC) yang hanya mempengaruhi
jumlah kos (TC), kos purata (AC) dan kos sut (MC) sahaja.- cth, Q = 100 cukai dikenakan ialah sebanyak RM20, apabila keluaran bertambah
kepada Q = 200, cukai yang dikenakan akan bertambah sebanyak RM40.
Pengenaan Cukai Per-unit Ke Atas Pasaran Monopoli
Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MC=MR di titik E dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Pada tingkat keluaran Q, firma sedang mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila cukai
dikenakan, keluk AC dan MC masing-masing beralih kepada AC1 dan MC1. Keseimbangan baru tercapai apabila MC1=MR dengan tingkat harga meningkat dari
P kepada P1 dan tingkat keluaran menurun dari Q kepada Q1. Pada tingkat keluaran Q1, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar
daripada AC1, tetapi mengalami kemerosotan dalam jumlah untung firma.
p/s : kawalan kerajaan ini adalah untuk mempengaruhi tingkat kebajikan rakyat.Dicatat oleh Abdul Rahman di 05:09 2 ulasan Label: mikroekonomi
Isnin, 2010 April 05
Perbandingan Antara Pasaran Monopoli dan PPS
PPS dan Monopoli mencapai keseimbangan apabila MC=MR, namun terdapat beberapa perbezaan.
Perbandingan antara keluk PPS dengan keluk Monopoli
(a) Tingkat Harga Keseimbangan- harga PPS < harga Monopoli iaitu P's < P'm.
(b) Tingkat Keluaran Keseimbangan - output PPS > output Monopoli iaitu Q's > Q'm.
(c) Tingkat Keuntungan- PPS mengalami untung normal apabila MR's=MC=AR's=AC.
- Monopoli mengalami untung lebih normal apabila AR'm > AC.
(d) Kecekapan Pengeluaran- PPS cekap pengeluaran kerana output dikeluarkan pada AC Min.
- Monopoli tidak cekap pengeluaran kerana output dikeluarkan pada AC yang sedang menurun.
(e) Kecekapan Peruntukan- PPS cekap peruntukan kerana output dikeluarkan pada P(AR's)=MC.
- Monopoli tidak cekap peruntukan kerana output dikeluarkan pada P(AR'm) > MC.
(f) Pembaziran Kapasiti- PPS tidak berlaku pembaziran kapasiti kerana output dikeluarkan pada AC Min.
- Monopoli berlaku pembaziran kapasiti kerana output dikeluarkan pada AC yang sedang menurun.
p/s : semua nih konsep.. lukis keluk kemudian anda akan nampak perbezaannya..Dicatat oleh Abdul Rahman di 06:11 0 ulasan Label: mikroekonomi
Kebaikan dan Keburukan Monopoli
KEBAIKAN MONOPOLI
(a) Firma Mengalami Kos Menurun Menghasilkan Lebih Output dengan Harga yang Lebih Rendah
- ia berkenaan ekonomi bidangan dimana pertambahan output akan menyebabkan penurunan kos per unit.
- firma akan menghasilkan tingkat output yang banyak bagi mengenakan harga yang rendah.
Pertambahan tingkat output akan menurunkan harga
(b) Kebaikan Diskriminasi Harga(i) luaskan pasaran dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
- firma dapat membahagikan pasaran kepada bebarapa pasaran yang kecil.- pasaran ini dikenakan harga yang berbeza mengikut kemampuan membayar.
- semakin ramai pengguna yang mampu peroleh barang dan perkhidmatan tersebut mengikut tingkat pendapatan.
(ii) meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat- pengguna yang berpendapatan rendah dapat menikmati suatu barang berdasarkan
kemampuan untuk membayarnya.
(c) Boleh Menjalankan Perkhidmatan Awam dengan Cekap- Perkhidmatan seperti membekalkan air bersih dan elektrik akan dijalankan oleh firma monopoli supaya firma dapat menikmati ekonomi bidangan yang mampu menghasilkan
output yang banyak.
(d) Boleh Menggalakkan Perkembangan Teknologi- menjalankan R&D untuk hasilkan produk yang lebih berkualiti, seterusnya dapat
mengurangkan kos pengeluaran, secara tidak langsung dapat meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat.
- dapat mengukuhkan kedudukan kuasa monopoli firma.
KEBURUKAN MONOPOLI
Keseimbangan Pasaran Monopoli
Huraian : E tercapai apabila keluk MC=MR iaitu pada keluaran Q dan harga P. Pada keluaran Q, firma mengalami untung lebih normal (AR > AC)
(a) Tidak Mencapai Kecekapan Pengeluaran- syarat kecekapan pengeluaran ialah pada titik C (AC Min).
- pada keluaran Q, firma monopoli mengeluarkan tingkat output pada AC yang sedang menurun iaitu pada titik B.
(b) Tidak Mencapai Kecekapan Peruntukan- syarat kecekapan peruntukan ialah P=MC.
- pada MC=MR, Q dikeluarkan pada P (AR) > MC.- gagal mencapai tingkat kebajikan optimum.
(c) Pembaziran Kapasiti- firma boleh meningkat keluaran sehingga ke titik C (AC Min) tetapi hanya mengeluarkan
pada tingkat keluaran Q, maka wujud lebihan kapasiti (pembaziran) sebesar Q1-Q.
(d) Agihan Pendapatan Tidak Rata- Pengguna terpaksa membayar tingkat harga yang tinggi dan menikmati jumlah keluaran
yang sedikit.- melalui masa, untung monopoli semakin bertambah dan ini menyebabkan jurang
pendapatan semakin besar atau agihan pendapatan semakin tidak adil.
(e) Tidak Menggalakkan Perkembangan Teknologi- Oleh sebab tiada kebebasan keluar masuk firma, maka firma monopoli tidak mengalami
persaingan, dengan ini, firma monopoli tidak perlu R&D.- Tanpa peningkatan kualiti produk menyebabkan kebajikan masyarakat juga tidak dapat
dipertingkatkan.
p/s : teori-teori-teori.. Dicatat oleh Abdul Rahman di 04:52 0 ulasan Label: mikroekonomi
Ahad, 2010 April 04
Diskriminikasi Harga
merupakan 1 dasar atau 1 amalan penentuan harga yang berbeza atas barang yang sama yang berbeza harga.
Syarat-syarat :
(a) Penjual Seorang Monopoli- kerana boleh mempengaruhi tingkat harga dalam pasaran.
(b) Wujud Lebih Daripada 1 Pasaran- firma monopoli perlu memisahkan penggunanya kepada beberapa pasaran mengikut
kemampuan pengguna.- Pengasingan ini boleh dikelasifikasikan mengikut jantina, umur, jarak, kawasan
penempatan, serta kedudukan sosial ekonomi.
(c) Setiap Pasaran Mempunyai Keanjalan DD Harga yang Berbeza- dasar diskriminasi dapat dilaksanakan apabila pasaran mempunyai keanjalan DD.
- DD anjal, harga yang lebih rendah dikenakan.- DD tidak anjal, harga yang lebih tinggi dikenakan.
(d) Keuntungan Daripada Diskriminasi Harga Haruslah Melebihi Kos untuk Melakukan Dasar Tersebut
- supaya untung diperolehi makin besar.- kos yang terlibat untuk memisahkan pasaran mestilah tidak melebihi hasil yang diperoleh.
- kos terlibat adalah seperti kos implisit dan eksplisit mengikut pemisahan pasaran.
Jenis-Jenis Diskriminasi :
(a) Diskriminasi Harga Darjah Pertama- dikenali diskriminasi harga sempurna dengan setiap pengguna akan dikenakan tingkat harga
maksimum atau harga yang sanggup dibayar untuk sesuatu jenis barang dan pada kuantiti tertentu.
- harga berbeza bukan sahaja dikenakan mengikut pengguna yang berbeza malah pengguna yang sama juga akan dikenakan harga yang berlainan bergantung kepada kemampuan
membayarnya untuk memperoleh kuantiti barang tersebut.
(b) Diskriminasi Harga Darjah Kedua- pemonopoli akan mengenakan harga yang berbeza untuk blok unit yang berbeza atas barang
yang sama.- Cth harga barang mengikut blok unit ialah bekalan elektrik dan air.
(c) Diskriminasi Harga Darjah Ketiga
- meletakkan harga berbeza mengikut kumpulan pengguna.- kumpulan pengguna mengikut kriteria tertentu seperti jantina, kelas sosial, geografi dan
sebagainya.- tingkat harga yang tinggi dikenakan kepada keanjalan DD tidak anjal.
- tingkat harga yang rendah dikenakan kepada keanjalan DD anjal.
Penentuan Keseimbangan Diskriminasi Harga
Dasar Diskriminasi Harga
Huraian :
(a) Andaikan terdapat 2 buah pasaran iaitu pasaran A yang mempunyai keanjalan permintaan yang tidak anjal dan pasaran B yang mempunyai keanjalan permintaan yang anjal.
(b) Keluk AR'a+b diperoleh dengan mencampurkan keluk AR'a dan AR'b secara mendatar. Begitu juga dengan keluk MR'a+b yang diperoleh dengan mencampurkan keluk MR'a dan
MR'b secara mendatar.
(c) Firma monopoli mencapai keseimbangan di kedua-dua pasaran A dan B apabila MC=MR di titik E dengan keluaran Q'a+b.
(d) Di pasaran A, tingkat keseimbangan dicapai di A (MC=MR'a) dengan tingkat output Q'a dan harga keseimbangan P'a, manakala di pasaran B pula, tingkat keseimbangan dicapai di B
(MC=MR'b) dengan tingkat output Q'b dan harga keseimbangan P'b.
(e) Tingkat harga di pasran B adalah lebih tinggi berbanding dengan pasaran B (P'a > P'b) kerana keanjalan permintaannya adalah kurang anjal, manakala tingkat keluarannya adalah
kurang berbanding pasran B (Q'a < Q'b).
(f) Kesimpulannya, pasaran yang mempunyai keanjalan permintaan yang lebih anjal dikenakan harga yang rendah manakala pasaran yang mempunyai keanjalan permintaan yang
kurang anjal dikenakan harga yang tinggi.
p/s : hanya ingin menunjukkan perbezaan harga mengikut keanjalan permintaan.Dicatat oleh Abdul Rahman di 23:41 0 ulasan Label: mikroekonomi
Isnin, 2010 Mac 29
Keseimbangan Monopoli Dalam Jangka Panjang
- hanya terdapat 1 jenis untung sahaja iaitu untung lebih normal.- tidak seperti PPS yang jangka panjangnya hanya dapat untung normal sahaja disebabkan
oleh faktor-faktor PPS, salah satunya ialah kebebasan keluar masuk.
Keluk Monopoli Untung Lebih Normal Jangka Panjang
Huraian :
(a) Firma mencapai keseimbangan apabila keluk SMC bersilang dengan keluk MR di titik E dalam jangka pendek, iaitu dengan tingkat harga P dan tingkat keluaran Q.
(b) Pada tingkat keluaran Q, firma mengalami untung lebih normal sebanyak APXE dimana AR lebih besar daripada SAC.
(c) Dalam jangka panjang, firma akan menyelaraskan pengeluarannya, iaitu dengan membesarkan saiz lojinya supaya dapat meningkatkan tingkat pengeluaran dan dapat
memaksimumkan keuntungan dengan kecekapan yang dipertingkatkan.
(d) Pada loji SAC1, firma mencapai keseimbangan apabila keluk SMC1 dan LMC bersilang dengan keluk MR di titik E1 dalam jangka panjang, iaitu dengan tingkat harga baru P1 dan
tingkat keluaran baru Q1.
(e) Pada tingkat keluaran Q1, firma mengalami untung lebih normal sebanyak A1P1X1E1 dimana AR lebih besar daripada SAC1.
(f) Kesimpulannya, dalam jangka panjang, firma monopoli mencapai keseimbangan apabila LMC = SMC = MR.
p/s : fahami dengan betul.Dicatat oleh Abdul Rahman di 05:14 0 ulasan Label: mikroekonomi
Keseimbangan Monopoli Dalam Jangka Pendek
dalam jangka pendek terdapat 3 jenis untung iaitu :
Untung Normal (pulang modal)Untung Kurang NormalUntung Lebih Normal
Keluk Monopoli Untung Normal
Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MR = MC di titik E, dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Firma mendapat untung normal apabila AR = AC.
Keluk Monopoli Untung Kurang Normal
Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MR = MC di titik E, dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Firma mendapat untung kurang normal apabila AR <
AC.
Keluk Monopoli Untung Lebih Normal
Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MR = MC di titik E, dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Firma mendapat untung lebih normal apabila AR > AC.
p/s : menentukan jenis untung sama seperti dalam PPS.Dicatat oleh Abdul Rahman di 03:26 0 ulasan Label: mikroekonomi
Penentuan Output Keseimbangan
firma monopoli akan memaksimumkan keuntungan dengan kecekapan output yang optimum.
terdapat 2 kaedah iaitu :
pendekatan TR - TC, dan MR = MC
Pendekatan TC dan TR
Huraian : seperti PPS, firma monopoli akan memaksimumkan keuntungan apabila jurang antara TC dan TR adalah besar. Apabila TC = TR di titik A dan B, keadaan ini menunjukkan
firma mengalami untung normal.
Pendekatan MC dan MR
Huraian : tidak seperti PPS, iaitu titik E menentukan keseimbangan tingkat harga dan tingkat keluaran. Dalam monopoli, titik E hanya menentukan keseimbangan tingkat keluaran sahaja,
kerana MR ≠ AR. Keseimbangan tingkat harga diperolehi apabila keseimbangan tingkat keluaran berada di keluk DD=AR, iaitu di tingkat harga P. Maka, keseimbangan tingkat harga
ialah P, dan keseimbangan tingkat keluaran ialah Q.
p/s : perbezaan antara keluk pendekatan MC = MR PPS dan Monopoli amatlah berbeza.. sila rujuk kembali keluk MC = MR PPS untuk mengenalpasti.
Dicatat oleh Abdul Rahman di 02:37 0 ulasan Label: mikroekonomi
Rabu, 2010 Mac 24
Konsep Hasil dalam Monopoli
Formula :
TR = P x QAR = TR/Q
MR = ΔTR/ΔQ
Keluk TR,AR dan MR Monopoli
hubungan antara MR dan TR :
MR + => TR ↑MR 0 => TR Max
MR - => TR ↓
hubungan keanjalan (Ed) dengan TR,AR dan MR :
MR + => TR ↑ => AR anjalMR 0 => TR Max => AR anjal 1 MR - => TR ↓ => AR tidak anjal
p/s : lukis keluk, dan anda akan faham.Dicatat oleh Abdul Rahman di 01:12 0 ulasan Label: mikroekonomi
Keluk Permintaan Monopoli
disebabkan dalam pasaran monopoli hanya ada pengeluar tunggal, maka, keluk DD bagi pasaran adalah juga merupakan keluk bagi DD firma.
Keluk DD Monopoli
Huraian : firma berupaya menentukan/mempengaruhi tingkat harga dalam pasaran dengan cara menambahkan tingkat keluarannya, dengan ini, akan mempengaruhi tingkat harga untuk
turun. Dan sebaliknya.
p/s : mudah sahaja.Dicatat oleh Abdul Rahman di 00:25 0 ulasan Label: mikroekonomi
Isnin, 2010 Mac 22
Halangan dan Sekatan Kemasukan Firma (sebab wujudnya MONOPOLI)
(a) Wujudnya Ekonomi Mengikut Bidangan- firma besar yang menghasilkan tingkat keluaran yang sangat banyak dan menguasai hampir
keseluruhan pasaran.- keluaran secara besar-besaran dapat menikmati AC min dan pada masa yang sama mampu
mengenakan harga yang rendah.
(b) Halangan Undang-undang- kuasa Monopoli wujud melalui undang-undang kerajaan.
- hak paten dan lesen hanya diberikan kepada syarikat tertentu sahaja.- pemberian hak paten untuk menggalakkan R&D untuk hasilkan keluaran baru.
(c) Pemilikan Faktor Pengeluaran Semula Jadi- jika firma menguasai faktor pengeluaran semula jadi tersebut, maka firma tersebut ada
kuasa monopoli atas pengeluaran tersebut.- cth, Petronas diberi tanggungjawab oleh kerajaan Malaysia untuk mencari gali sumber
galian petroleum di negara Malaysia.
(d) Halangan Kewangan dan Tingkat Teknologi Tertentu- terdapat barang dan perkhidmatan yang memerlukan modal yang besar dan tingkat
teknologi yang canggih untuk beroperasi dengan cekap.
p/s : tajuk ini 'MUNGKIN' keluar dalam STPM 2010.Dicatat oleh Abdul Rahman di 01:18 0 ulasan Label: mikroekonomi
Pasaran Monopoli
suatu pasaran dimana hanya wujud satu penjual sahaja yang sedang menghasilkan suatu keluaran yang tidak mempunyai penganti hampir dan wujud halangan bagi penjual lain untuk
memasuki ke dalam pasaran.
ciri-ciri :
(a) Penjual Tunggal- hanya terdapat sebuah firma yang sedang mengeluarkan keluaran 1 jenis barangan sahaja.
(b) Keluaran Tidak Mempunyai Pengganti hampir- barang yang dikeluarkan oleh firma tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh firma lain akibat
daripada halangan tertentu.
(c) Firma Merupakan Penentu Harga- firma boleh mempengaruhi tingkat harga keluarannya melalui kawalan tingkat keluaran
yang dihasilkan.- pengurangan dalam penawaran firma (keluk SS ke kiri) akan mempengaruhi permintaan
dalam pasaran dan menyebabkan permintaan melebihi penawaran, seterusnya meningkatkan tingkat harga barang tersebut. (lakar keluk dan anda akan faham)
(d) Pengiklanan Tidak Penting- pengiklanan tidak penting kerana pengguna telah mengenali maklumat keluaran firma
tersebut.
(e) Tiada Kebebasan Keluar Masuk Dalam Industri Monopoli- firma lain tidak boleh memasuki ke dalam pasaran akibat beberapa halangan.
- Halangan seperti perlindungan undang-undang, pemilikan faktor pengeluaran tertentu, dan keperluan teknologi yang tinggi.
- firma monopoli akan memperolehi untung lebih normal dalam jangka panjang.
Perbezaan Ciri-ciri antara PPS dan Pasaran Monopoli :
(a) Bilangan Firma dalam Pasaran- dalam PPS, terdapat banyak firma yang mengeluarkan barang yang pengganti hampir.
- dalam Pasaran Monopoli, hanya terdapat sebuah firma sahaja yang hanya mengeluarkan barang yang tidak mempunyai pengganti hampir.
(b) Harga- dalam PPS, firma adalah penerima harga dalam pasaran.
- dalam Pasaran Monopoli, firma adalah penentu harga dalam pasaran.
(c) Kebebasan Keluar Masuk dalam Industri- dalam PPS, firma bebas keluar masuk dalam industri.
- dalam Pasaran Monopoli, firma tiada kebebasan keluar masuk dalam industri.
(d) Jenis Barang- dalam PPS, keluaran yang homogen.
- dalam Pasaran Monopoli, keluaran yang tiada pengganti hampir.
p/s : bermulah bab MONOPOLI! YEY!.Dicatat oleh Abdul Rahman di 00:54 0 ulasan Label: mikroekonomi
Rabu, 2010 Mac 03
Keluk Penawaran Industri Jangka Panjang
Dalam jangka panjang, keluk SS mungkin berbentuk :
- Cerun Negatif (industri kos menurun)- Cerun Positif (industri kos menaik)
- Cerun Mendatar (industri kos malar)
Keluk SS berbentuk Cerun Negatif
Keluk SS Industri Kos Menurun
Huraian :
(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.
(b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati untung normal apabila MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran
Q.
(c) Andaikan permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang
dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.
(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC.
(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati untung lebih normal telah menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan penawaran industri
bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan
harga P2 dan keluaran Q2.
(f) Kemasukan firma baru telah menurunkan kos pengeluaran, maka AC beralih ke bawah menjadi AC1, begitu juga dengan MC beralih ke bawah menjadi MC1.
(g) Pada tingkat harga P2, firma dapat untung normal sahaja apabila MC1 = MR2 = AR2 = AC1 pada titik E2 dengan keluaran Q2.
Keluk SS berbentuk Cerun Positif
Keluk SS Industri Kos Meningkat
Huraian :
(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.
(b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati untung normal apabila MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran
Q.
(c) Andaikan permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang
dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.
(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC.
(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati untung lebih normal telah menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan penawaran industri
bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan
harga P2 dan keluaran Q2.
(f) Kemasukan firma baru telah meningkatkan kos pengeluaran, maka AC beralih ke atas menjadi AC1, begitu juga dengan MC beralih ke atas menjadi MC1.
(g) Pada tingkat harga P2, firma dapat untung normal sahaja apabila MC1 = MR2 = AR2 = AC1 pada titik E2 dengan keluaran Q2.
Keluk SS berbentuk Cerun Mendatar
Keluk SS Industri Kos Malar
Huraian :
(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.
b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati untung normal apabila MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran
Q.
(c) Andaikan permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang
dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.
(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC.
(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati untung lebih normal telah menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan penawaran industri
bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan
harga P dan keluaran Q2.
(f) Oleh sebab tingkat harga keseimbangan jatuh semula kepada P, maka firma menikmati untung normal sahaja apabila MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.
p/s : konsep yang serupa, cuma alami perubahan turun, naik dan malar.Dicatat oleh Abdul Rahman di 05:59 0 ulasan Label: mikroekonomi
Keluk Penawaran Industri Jangka Pendek
Keluk SS Industri boleh diperolehi dengan mencampurkan kuantiti yang sanggup ditawarkan oleh firma-firma dalam industri pada pelbagai tingkat harga.
Pembentukan Keluk SS Industri/Pasaran
Huraian :
(a) Andaikan industri hanya terdiri daripada 2 buah firma sahaja iaitu firma A dan firma B.
(b) Kedua-dua keluk penawaran bagi firma A dan B boleh dilihat pada rajah di atas.
(c) Pada tingkat harga RM2, firma A menawarkan 3 unit keluaran, manakala firma B menawarkan 4 unit keluaran, maka jumlah SS industri ialah 7 unit (3+4). Ini ditunjukkan oleh
titik A pada rajah di atas.
(d) Apabila harga naik ke RM3, firma A menawarkan 5 unit keluaran, manakala firma B menawarkan 6 unit keluaran, maka jumlah SS industri ialah 11 unit (5+6). Ini ditunjukkan
oleh titik B pada rajah di atas.
(e) Apabila harga naik ke RM4 pula, firma A menawarkan 7 unit keluaran, manakala firma B menawarkan 8 unit keluaran, maka jumlah SS industri ialah 15 unit (7+8). Ini ditunjukkan
oleh titik C pada rajah di atas.
(f) Apabila titik-titik A,B dan C disambungkan, maka terbentuklah keluk penawaran industri jangka pendek yang bercerun ke atas dari kiri ke kanan.
p/s : tak ubah seperti keluk pasaran.Dicatat oleh Abdul Rahman di 04:16 0 ulasan Label: mikroekonomi
Isnin, 2010 Mac 01
Penerbitan Keluk SS Firma dan Industri Jangka Pendek
E Firma jangka pendek mungkin berada dalam keadaan :
- Untung Normal (pulang modal)- Untung Lebih Normal (untung)- Untung Kurang Normal (rugi)
Penerbitan Keluk SS Firma Jangka Pendek
Huraian :
(a) Jika harga pasaran pada tingkat harga P1, firma mencapai keseimbangan apabila MC = MR iaitu pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1. Pada E1, firma mencapai syarat
minimum untuk teruskan operasi, apabila AR = AVC.
(b) Jika harga pasaran pada tingkat harga P2, firma mencapai keseimbangan pada titik E2, iaitu pada harga P2 dan keluaran Q2. Pada E2, firma mengalami untung kurang normal,
apabila AR lebih kurang daripada AC.
(c) Jika harga pasaran pada tingkat harga P3, firma mencapai keseimbangan pada titik E3, iaitu pada harga P3 dan keluaran Q3. Pada E3, firma mengalami untung normal (pulang
modal), apabila AR = AC.
(d) Jika harga pasaran pada tingkat harga P4, firma mencapai keseimbangan pada titik E4, iaitu pada harga P4 dan keluaran Q4. Pada E4, firma mengalami untung lebih normal, apabila
AR lebih besar daripada AC.
(e) Titik-titik keseimbangan yang terletak di sepanjang keluk MC bermula dari E1 hingga E4 menunjukkan hubungan antara tingkat kuantiti yang sanggup ditawarkan oleh firma pada
pelbagai tingkat harga seperti di rajah di atas.
(f) Apabila kesemua keluk anjal sempurna MR disambungkan, maka akan wujud keluk penawaran yang menaik dari kiri ke kanan, keluk yang selaras dengan hukum penawaran yang menyatakan hubungan langsung/positif antara harga dengan tingkat keluaran yang
sanggup ditawarkan oleh firma. Contohnya, apabila harga turun dari P3 kepada P1, maka kuantiti turut turun daripada Q3 kepada Q1.
p/s : tahniah kepada kak fathiah kerana mendapat cgpa 3.78 dalam stpm 2009.Dicatat oleh Abdul Rahman di 05:38 0 ulasan Label: mikroekonomi
Sabtu, 2010 Februari 27
Penutupan Firma
Dalam jangka pendek :
- TC terdiri daripada VC dan FC.- FC perlu ditanggung walaupun Q = 0.
- TR hendaklah sekurang-kurangnya menyamai VC untuk teruskan operasi.- jika TR lebih kecil daripada VC, firma perlu tutup operasinya.
Dalam jangka panjang :- TC hanya ada VC sahaja.
- FC telah berubah menjadi VC. Cth, pertambahan kilang.- TR hendaklah sekurang-kurangnya menyamai VC untuk teruskan operasi.
- jika TR lebih kecil daripada VC, firma perlu tutup operasinya.
Huraian situasi melalui keluk :
Keadaan apabila AR sama dengan AVC
Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OPEQ dan
FC sebanyak PRXE (AC = AVC + AFC). Oleh sebab AR sama dengan AVC, firma dapat menanggung VC. Dengan ini, firma hanya mengalami kerugian sebanyak PRXE (FC) sahaja.
Maka, firma masih boleh meneruskan operasinya.
Keadaan apabila AR lebih kecil daripada AVC
Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OP1YQ dan FC sebanyak P1RXY (AC = AVC + AFC). Oleh sebab AR lebih kecil daripada AVC, firma tidak mampu menampung keseluruhan VC. Dengan ini, firma mengalami kerugian
sebanyak PRXE (baki VC (PP1YE) + FC). Maka, firma tidak boleh meneruskan operasinya.
Keadaan apabila AR lebih besar daripada AVC
Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OP1YQ
dan FC sebanyak P1RXY (AC = VC + FC). Oleh sebab AR lebih besar daripada AVC, firma dapat menanggung VC, dan ada baki TR sebanyak P1PEY. Dengan ini, firma dapat mengurangkan kerugian FC sebanyak P1PEY. Maka, firma masih boleh meneruskan
operasinya.
p/s : terdapat banyak faktor lain kenapa firma tetap meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian yang banyak.
Dicatat oleh Abdul Rahman di 03:54 0 ulasan Label: mikroekonomi
Rabu, 2010 Februari 24
Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Lebih Normal dan Kurang Normal
Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Lebih Normal
Keluk E Firma apabila Peroleh Untung Lebih Normal
Huraian : keseimbangan asal pasaran ialah pada harga P dan kuantiti Q, apabila SS bersilang dengan DD di titik E. Harga pasaran diterima oleh PPS (pasaran persaingan sempurna) yang menyebabkan untung lebih normal, iaitu untung sebanyak PUXE (lorekan kelabu). PPS yang
dalam keadaan untung lebih normal akan menarik minat firma lain untuk masuk ke dalam pasaran dan akan menyebabkan berlakunya peralihan keluk SS ke kanan, dari SS kepada
S1S1. Keseimbangan baru pada keluk pasaran telah menyebabkan harga pasaran menurun dari P kepada P1, dan kuantiti bertambah dari Q kepada Q1. PPS yang bersifat penerima
harga akan menerima harga pasaran P1 dan menyebabkan keluk MR=AR beralih ke MR1=AR1. Pertambahan bilangan firma dalam PPS telah menyebabkan firma mendapat
untung normal (pulang modal) sahaja iaitu pada SAC=SMC=LMC=LAC=MR=AR.
Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Kurang Normal
Keluk E Firma apabila Peroleh Untung Kurang Normal
Huraian : keseimbangan asal pasaran ialah pada harga P dan kuantiti Q, apabila SS bersilang dengan DD di titik E. Harga pasaran diterima oleh PPS (pasaran persaingan sempurna) yang menyebabkan untung kurang normal, iaitu kerugian sebanyak PRXE (lorekan kelabu). PPS yang dalam keadaan untung kurang normal akan menyebabkan firma seadanya keluar dari
pasaran dan akan menyebabkan berlakunya peralihan keluk SS ke kiri, dari SS kepada S1S1. Keseimbangan baru pada keluk pasaran telah menyebabkan harga pasaran meningkat dari P kepada P1, dan kuantiti berkurang dari Q kepada Q1. PPS yang bersifat penerima harga akan
menerima harga pasaran P1 dan menyebabkan keluk MR=AR beralih ke MR1=AR1. Pengurangan bilangan firma dalam PPS telah menyebabkan firma mendapat untung normal
(pulang modal) sahaja iaitu pada SAC=SMC=LMC=LAC=MR=AR.
p/s : lakar keluk, keluk akan menceritakannya.Dicatat oleh Abdul Rahman di 05:42 0 ulasan Label: mikroekonomi
Keseimbangan Firma Dalam Jangka Panjang
- semua input adalah input berubah.- firma-firma dalam pasaran boleh keluar masuk secara bebas.
- hanya 1 jenis untung sahaja yang wujud iaitu untung normal (pulang modal).
pada MC = MR, keluk AC = AR
Keluk Untung Normal
p/s : simple je.Dicatat oleh Abdul Rahman di 03:08 0 ulasan Label: mikroekonomi
Isnin, 2010 Februari 22
Keseimbangan Firma Dalam Jangka Pendek
E : MR = MC
wujud 3 jenis untung iaitu :
(a) Untung Normal (pulang modal)
pada MC = MR, keluk AC = AR
Keluk Untung Normal
(b) Untung Lebih Normal (untung)
pada MC = MR, keluk AC < AR
Keluk Untung Lebih Normal
(c) Untung Kurang Normal (rugi)
pada MC = MR, keluk AC > AR
Keluk Untung Kurang Normal
p/s : keluk MR mesti bersilang pada keluk AC minimum. Dicatat oleh Abdul Rahman di 02:28 0 ulasan Label: mikroekonomi
Rabu, 2010 Februari 10
Pendekatan bagi Menentukan Tingkat Output Keseimbangan
Objektif : Untung Maksimum
Kaedah 1 :
Perbezaan jumlah hasil (TR) dengan jumlah kos (TC)
TR > TC = Untung TR < TC = Rugi
TR = TC = Pulang Modal/Untung Normal
Keluk Persilangan TC dan TR
Huraian : Pada titik keseimbangan A dan B, berlakunya pulang modal atau untung normal. Semasa keluaran 0 - Q, firma mengalami kerugian. Firma akan memaksimumkan
pengeluaran barang sehingga pada keluaran Q1, kerana selepas pertambahan keluaran Q1, firma akan mengalami kerugian atas faktor pertambahan jumlah kos pengeluaran. Firma akan mencapai keuntungan dari keluaran Q hingga Q1, dan mencapai keuntungan maksimum pada
keluaran Q2, iaitu semasa TR lebih besar daripada TC.
Kaedah 2 :
Perbezaan hasil sut (MR) dengan hasil kos (MC)
MR > MC = Untung MR < MC = Rugi
MR = MC = Pulang Modal/Untung Normal
Keluk Persilangan MC dan MR
Huraian : Pada titik keseimbangan A dan B, berlakunya pulang modal atau untung normal.
Semasa keluaran 0 - Q, firma mengalami kerugian. Firma akan memaksimumkan pengeluaran barang sehingga pada keluaran Q1, kerana selepas pertambahan keluaran Q1,
firma akan mengalami kerugian atas faktor pertambahan jumlah kos pengeluaran. Firma akan mencapai keuntungan maksimum apabila keluk MC adalah minimum pada keluaran Q2, iaitu
semasa MR lebih besar daripada MC.