3
MINIT MESYUARAT KEJOHANAN PENGURUS PASUKAN MERENTAS DESA MSSD KINTA UTARA 2018 TARIKH : 11 Januari 2018 MASA : 2.30 ptg TEMPAT : Dewan Wijaya Perkasa, SMK Ulu Kinta KEHADIRAN : Semua wakil Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi, En Chua Pay Wen, mengalu-alukan kedatangan semua wakil Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara. 1.2 Mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama hadir dalam mesyuarat pada hari ini dan berbesar hati kerana telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara bagi tahun ini. Tindakan : Makluman 2.0 Ucapan Wakil Unit Sukan PPD Kinta Utara 2.1 Bagi pihak PPD Daerah, pengerusi teknik mengucapkan terima kasih atas penglibatan semua guru. Tindakan : Makluman 3.0 Taklimat Pengerusi Teknik Permainan dan Sukan (PTPS) Daerah Kinta Utara (En. Chua Pay Wen) 3.1 Pendaftaran peserta adalah secara dalam talian melalui laman web www.kintaathletics.com 3.2 Tarikh akhir pendaftaran peserta adalah pada 17 Januari 2018 (Rabu). 3.3 Borang penyertaan yang telah lengkap di tandatangani oleh pengetua atau guru besar perlu di bawa pada hari pertandingan. 3.4 Setiap sekolah wajib menghantar wakil walaupun bagi 1 kategori sahaja dan tidak ada gantian bagi peserta yang menarik diri atau tidak hadir. 3.5 Peserta handaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mendaftar dan sepanjang majlis penyampaian hadiah. 3.6 Setiap peserta juga diwajibkan memakai nombor pengenalan seperti yang diberi di dalam portal semasa pendaftaran online mengikut sekolah masing-masing. Ukuran nombor tersebut adalah bersaiz A3 atau separuh kertas A4. 3.7 Bagi acara individu, hadiah adalah berupa pingat dan sijil bagi pemenang tempat pertama hingga ke-20. 3.8 Empat peserta terbaik bagi setiap kategori akan dikira bagi Pertandingan Berpasukan. 3.9 Setiap sekolah perlu mencalonkan 2 orang guru bagi sekolah menengah dan seorang guru bagi sekolah rendah yang akan bertugas sebagai pegawai sepanjang Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara 2018. 3.10 Pencalonan pegawai adalah bermula dari 15 hingga 17 Januari 2018 melalui Portal PPD.

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN PENGURUS PASUKAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article... · Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara bagi tahun ini. Tindakan : Makluman 2.0

  • Upload
    lekiet

  • View
    231

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MINIT MESYUARAT KEJOHANAN PENGURUS PASUKAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article... · Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara bagi tahun ini. Tindakan : Makluman 2.0

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN

PENGURUS PASUKAN MERENTAS DESA MSSD KINTA UTARA 2018

TARIKH : 11 Januari 2018

MASA : 2.30 ptg

TEMPAT : Dewan Wijaya Perkasa, SMK Ulu Kinta

KEHADIRAN : Semua wakil Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi, En Chua Pay Wen, mengalu-alukan kedatangan semua wakil Sekolah

Menengah Daerah Kinta Utara.

1.2 Mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama hadir dalam

mesyuarat pada hari ini dan berbesar hati kerana telah terpilih menjadi tuan rumah bagi

Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara bagi tahun ini.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Wakil Unit Sukan PPD Kinta Utara

2.1 Bagi pihak PPD Daerah, pengerusi teknik mengucapkan terima kasih atas penglibatan

semua guru.

Tindakan : Makluman

3.0 Taklimat Pengerusi Teknik Permainan dan Sukan (PTPS) Daerah Kinta Utara (En. Chua Pay Wen)

3.1 Pendaftaran peserta adalah secara dalam talian melalui laman web

www.kintaathletics.com

3.2 Tarikh akhir pendaftaran peserta adalah pada 17 Januari 2018 (Rabu).

3.3 Borang penyertaan yang telah lengkap di tandatangani oleh pengetua atau guru besar

perlu di bawa pada hari pertandingan.

3.4 Setiap sekolah wajib menghantar wakil walaupun bagi 1 kategori sahaja dan tidak ada

gantian bagi peserta yang menarik diri atau tidak hadir.

3.5 Peserta handaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mendaftar dan sepanjang

majlis penyampaian hadiah.

3.6 Setiap peserta juga diwajibkan memakai nombor pengenalan seperti yang diberi di

dalam portal semasa pendaftaran online mengikut sekolah masing-masing. Ukuran

nombor tersebut adalah bersaiz A3 atau separuh kertas A4.

3.7 Bagi acara individu, hadiah adalah berupa pingat dan sijil bagi pemenang tempat

pertama hingga ke-20.

3.8 Empat peserta terbaik bagi setiap kategori akan dikira bagi Pertandingan Berpasukan.

3.9 Setiap sekolah perlu mencalonkan 2 orang guru bagi sekolah menengah dan seorang

guru bagi sekolah rendah yang akan bertugas sebagai pegawai sepanjang Kejohanan

Merentas Desa MSSD Kinta Utara 2018.

3.10 Pencalonan pegawai adalah bermula dari 15 hingga 17 Januari 2018 melalui Portal PPD.

Page 2: MINIT MESYUARAT KEJOHANAN PENGURUS PASUKAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article... · Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara bagi tahun ini. Tindakan : Makluman 2.0

3.11 Taklimat bagi pegawai yang dicalonkan adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Wijaya Perkasa, SMK Ulu Kinta

Tindakan : Makluman

4.0 Penetapan tarikh, masa dan tempat pertandingan

4.1 Maklumat rasmi berkaitan kejohanan ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 Januari 2018

Masa : 7.00 pagi

Tempat : Padang SMK Ulu Kinta

4.2 Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara pada tahun ini akan bermula dari padang

SMK Ulu Kinta dan berakhir juga di padang yang sama.

Tindakan : Makluman

5.0 Peraturan pertandingan

5.1 pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia

(KOM), Peraturan-peraturan Am MSSM MSS Perak dan Peraturan Pertandingan yang

telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

5.2 Jenis pertandingan adalah pertandingan individu dan berpasukan. Jumlah peserta bagi

setiap kategori atau pasukan adalah 4 orang sahaja.

5.3 Peraturan berkaitan pengesahan pemenang di dalam peraturan pertandingan no. 15

adalah di batalkan.

5.4 Sebarang bantahan hendaklah di buat mengikut prosedur peraturan 146 KOM beserta

wang pertaruhan sebanyak RM200.

Tindakan : Makluman

6.0 Kewangan

6.1 Jumlah bayaran penyertaan adalah sebanyak RM 40.00 bagi setiap kategori tanpa

mengira jumlah peserta yang bertanding.

6.2 En. A. Alagesan dari ACS mencadangkan agar jumlah bayaran ini diterima dan disokong

oleh En. Azali bin Idris dari SK Dato Panglima Kinta.

6.3 Cek perlu dihantar kepada Unit Sukan PPD Kinta Utara U/P Penyelia Sukan. Cek

hendaklah ditulis atas nama:

TABUNG KEBAJIKAN SUKAN PENDIDIKAN LEBOH CATOR

Nombor Akaun: 558172003810

6.4 Bayaran secara tunai tidak dibenarkan.

6.5 Tarikh tutup pembayaran yuran penyertaan adalah sebelum 31 Mac 2018.

Tindakan : Makluman

7.0 Hal-hal lain

7.1 Penggunaan tandas bagi pelajar pada hari kejohanan adalah di surau. Manakala para

guru boleh menggunakan tandas guru sebaris dengan pejabat sekolah.

Page 3: MINIT MESYUARAT KEJOHANAN PENGURUS PASUKAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article... · Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara bagi tahun ini. Tindakan : Makluman 2.0

7.2 Bilik kesihatan yang terletak bersebelahan dengan Dewan Halaman Harmonis akan

dijadikan bilik urusetia.

7.3 Kesemua guru pengiring dinasihatkan agar mencari tempat parkir di kawasan Maktab

Perguruan bagi mengelakkan kenderaan menghalalng laluan.

7.4 Pendaftaran peserta akan berlangsung di Dewan Halaman Harmonis dan meja serahan

cek juga akan dibuka. Upacara penyampaian hadiah dan penutup akan berlangsung di

lokasi yang sama.

7.5 Guru-guru pengiring dinasihatkan untuk membawa pek ais sendiri bagi mengurangkan

kesesakan di khemah PBSM pada hari kejadian.

7.6 Pelajar yang memakai nombor yang tidak di daftarkan akan di batalkan penyertaannya.

Tindakan : Makluman

7.7 En. A. Alagesan menyarankan agar penanda di sepanjang trek larian di tandakan dengan

lebih jelas bagi mengelakkan pelajar sesat.

7.8 En. V. Krishnan mencadangkan agar laluan bagi larian pelajar lelaki dan perempuan

diasingkan bagi mengelakkan berlakunya kepadatan pelajar di sesetengah trek larian.

7.9 Guru-guru mencadangkan agar lorong larian tidak ditutup selepas 100 peserta pertama

tiba bagi memberi semangat kepada pelajar untuk menghabiskan larian.

Tindakan : Pengerusi Teknik

8.0 Penutup

8.1 Pengerusi berharap semua pegawai dapat memberi kerjasama kepada pihak pengelola

kejohanan.

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang.