42
Multimedia adalah penggunaan komputer untuk menyajikan dan menggabungkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu (tool) dan koneksi (link) sehingga pengguna dapat bernavigasi, berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi (Hofstetter 2001). Multimedia sering digunakan dalam dunia hiburan. Selain dari dunia hiburan, Multimedia juga diadopsi oleh dunia Game.z

Multimedia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sss

Citation preview

PowerPoint Presentation

Multimedia adalah penggunaan komputer untuk menyajikan dan menggabungkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu (tool) dan koneksi (link) sehingga pengguna dapat bernavigasi, berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi (Hofstetter 2001). Multimedia sering digunakan dalam dunia hiburan. Selain dari dunia hiburan, Multimedia juga diadopsi oleh dunia Game.zMultimedia juga dapat diartikan sebagai penggunaan beberapa media yang berbeda dalam menyampaikan informasi berbentuk text, audio, grafik, animasi, dan video.Pengertian multimedia dari pelbagai perspektif

Multimedia merupakan suatu revolusi terbesar dalam bidang komunikasi manusia selepas terciptanya mesin percetakan.Kebanyakan individu yang terlibat dalam bidang komputer dan teknologi maklumat menerangkan bahawa multimedia merujuk kepada suatu set perkakasan yang membolehkan sesebuah sistem komputer menghantar data dari sebuah mesin ke sebuah mesin yang lain.

Pakar-pakar alat pandang dengar atau audio-visual pula mengatakan bahawa multimedia merujuk kepada suatu corak persembahan yang menggabungkan imej-imej dari suatu sistem projektor slaid diiringi dengan kesan bunyi. Apabila teknologi komputer semakin berkembang, kebanyakan pengeluar perisian komputer pula merujuk multimedia sebagai suatu pakej perisian yang menggabungkan elemen-elemen teks dan grafik di dalam sebuah skrin dan setiap satunya berkeupayaan untuk bergerak serta diiringi kesan-kesan bunyi yang menarik.Secara dasarnya, multimedia bukan sekadar suatu sambungan kabel atau grafik yang bergerak-gerak semata-mata.Secara idealnya, sistem multimedia merujuk kepada gabungan teknologi perkakasan dan perisian yang mampu menggabungkan elemen-elemen pandang dengar seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya bagi tujuan penyampaian sesuatu mesej yang lebih berkesan.

Menurut Hofstetetter (1995)Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Menurut Schurman (1995)Multimedia ialah kombinasi manipulasi, penggabung jalin dan pengintegrasian media seperti teks, grafik, animasi, audio, dan video dalam suatu perisian yang direka bentuk di dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer.

Hakikatnya, kesemua definisi ini mempunyai empat komponen utama iaitu:Komputer dijadikan alat untuk mengkoordinasikan apa yang dilihat, didengar dan seterusnya berinteraksi dengannya.Perlunya hubungan untuk menghubungkan kesemua maklumat

Alat perhubungan diperlukan untuk maklumat jaringanTerdapat kaedah untuk mengumpul, memproses dan mengkomunikasikan segala idea dan maklumat Multi: Banyak (many), Pelbagai (multiple) Media: Medium atau alat-alat yang digunakan sebagai saluran untuk tujuan berkomunikasi.

Dari segi perspektif bahasa, perkataan multimedia merujuk kepada penggunaan lebih dari satu medium bagi tujuan berkomunikasi atau menyampaikan maklumat.

Pada peringkat awalnya, penggunaan radio, televisyen, akhbar, projektor slaid, mesin lutsinar atau OHP, poster, carta, kaset video, kaset audio dan sebagainya diterima sebagai multimedia sekiranya ia digunakan secara bersamaDalam erti kata lain, penggunaan kombinasi dua atau lebih media dalam proses penyampaian maklumat boleh dikatakan sebagai multimedia suatu masa dahulu.Definisi Multimedia menurut beberapa ahli

Rosch, 1996 : Multimedia adalah Kombinasi dari komputer dan videoMcComick, 1996 : Multimedia adalah Kombinasi dari tiga elemen: suara, gambar, dan teks.Turban dan kawan-kawan, 2002 : Multimedia adalah Kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output. Media ini dapat berupa audio (suara, musik), animasi, video, teks, grafik dan gambar.

Robin dan Linda, 2001 : Multimedia adalah Alat yang dapat menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif yang mengkombinasikan teks, grafik, animasi, audio dan video.Vaughan (2004, p1) : Multimedia adalah beberapa kombinasi dari teks, gambar, suara, animasi dan video dikirim ke anda melalui komputer atau alat elektronik lainnya atau dengan manipulasi digital.

Steinmetz (1995, p2) : Multimedia adalah gabungan dari seminimalnya sebuah media diskrit dan sebuah media kontinu. Media diskrit adalah sebuah media dimana validitas datanya tidak tergantung dari kondisi waktu, termasuk didalamnya teks dan grafik. Sedangkan yang dimaksud dengan media kontinu adalah sebuah media dimana validitas datanya tergantung dari kondisi waktu, termasuk di dalamnya suara dan video.

Sejarah awal multimediaPerkataan multimedia mula digunakan sejak awal 1970-an lagi. Pada masa itu, penggunaan multimedia amat digemari ramai dalam mempersembahkan sesuatu maklumat kerana ia dikatakan mampu meningkatkan kualiti serta keberkesanan sesuatu persembahan.

Kombinasi kesan bunyi dan suara latar digunakan dalam persembahan radio, kombinasi penggunaan teks dan grafik di dalam akhbar, kombinasi teks, grafik, audio, video dan animasi dalam rancangan televisyen merupakan antara beberapa contoh penggunaan multimedia dalam persembahan maklumat.

Pada pertengahan 1980-an, multimedia mula dikaitkan dengan persembahan menerusi penggunaan komputer yang menggabungjalinkan lima media utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.Kini, masyarakat umum menerima multimedia sebagai kombinasi pelbagai jenis media yang berhubung terus dengan penggunaan teknologi komputer.

Oleh yang demikian, multimedia yang diterima oleh masyarakat umum masa kini secara amnya boleh didefinisikan sebagai : Suatu proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi

Perkembangan MultimediaImageTeksAnimasiAudioVideoMultimediaMultimediaSystemsAuthoringMedia asset managementToolsFrameworksNetwork

DistributedMultimediaSystemsVirtual worldsStreaming videoWeb pagesStreaming audioClient-serverElemen MultimediaTerdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia.

TEKSWalaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna.

GRAFIKGrafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya.Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.

AUDIODi dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan.Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.

VIDEOVideo merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain.Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.

ANIMASIAnimasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya.Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.

INTERAKTIVITIInteraktiviti melibatkan proses komunikasi dua hala antara pengguna dan sistem.Interaktiviti membenarkan pengguna mengawal lalauan atau corak penerokaan.Interaktiviti yang baik membolehkan pembelajaran secara aktif dan boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik.

Kategori Multimedia

Multimedia dapat di definisikan menjadi 2 kategori, yaitu Multimedia Content Production dan Multimedia Communication.Multimedia Content Production adalah penggunaan beberapa media (teks, audio, graphics, animation, video dan interactivity) yang berbeza dalam menyampaikan suatu maklumat atau menghasilkan produk multimedia seperti video, audio, musik, film, game. Dalam kategori ini media yang digunakan adalah :

Multimedia merupakan satu teknologi yang semakin hebat diperkatakan dan kehadirannya merancakkan lagi perkembangan serta pembangunan teknologi maklumat Dengan teknologi multimedia, penggunaan komputer dalam kehidupan menjadi semakin menarik serta menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini.yang telah sedia ada.

Peranan Multimedia Dalam Pengajaran Dan PembelajaranJamalludin dan Zaidatun (2000)Menerusi multimedia, dokumen dapat dihubungkan secara global. Ianya dapat dilihat menerusi formatnya yang interaktif dan merangsangkan, komunikasi maklumatnya yang efektif, pengekalan informasinya yang berkesan, pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membenarkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri.

Kurshan (1991)Kelebihan dan keberkesanan aplikasi multimedia dalam pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan peningkatan motivasi pelajar, reka bentuk pembelajaran yang menepati cita rasa pelajar, sumber maklumat yang multisensori, menggalakkan kebolehan metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan dan gaya pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh pelajar.

McGloughlin (1997)Pengintegrasian multimedia di dalam pembelajaran berasaskan laman web mampu meningkatkan minat pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang rendah, meningkatkan keboleh capaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan.

Kulik (1985)Penggunaan multimedia juga telah menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan sebanyak 80 peratus dan sekaligus meningkatkan tahap pencapaian pelajar.