24
Disediakan oleh: Emram bin Yunus Multimedia dalam Pendidikan Kajian terhadap rekabentuk antaramuka koswer multimedia, rekabentuk antaramuka majalah, rekabentuk antaramuka laman web dan rekabentuk antaramuka poster. Pendahuluan: Antaramuka merupakan medium interaksi dan sistem penyampaian yang menghubungkan di antara pengguna dengan kandungan. Ianya merupakan skrin-skrin persembahan yang mengandungi maklumat yang ingin disampaikan kepada pengguna. Antaramuka juga menjadi penilaian pertama pengguna kepada sesuatu koswer, poster, laman web mahupun majalah. Ini kerana antaramuka yang menarik boleh menjadikan kandungan yang ingin disampaikan kelihatan lebih mudah difahami dan berkesan. Di dalam sains komputer dan interakasi manusia-komputer, antaramuka merujuk kepada grafik, teks dan maklumat auditori sesebuah program yang dipersembahkan kepada pengguna dan juga merangkumi urutan arahan dan pergerakan tetikus pengguna ke atas program. Terdapat perbezaan di antara antara muka cetakan dengan paparan elektronik. Justeru itu, kajian yang saya jalankan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu antaramuka paparan elektronik yang meliputi koswer dan laman web. Seterusnya antaramuka cetakan yang meliputi poster dan majalah.

Multimedia Dalam Pendidikan Kajian Antaramuka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Multimedia Dalam Pendidikan Kajian Antaramuka

Citation preview

  • Disediakan oleh:Emram bin Yunus

    Multimedia dalam Pendidikan

    Kajian terhadap rekabentuk antaramuka koswer multimedia, rekabentuk antaramukamajalah, rekabentuk antaramuka laman web dan rekabentuk antaramuka poster.

    Pendahuluan:

    Antaramuka merupakan medium interaksi dan sistem penyampaian yangmenghubungkan di antara pengguna dengan kandungan. Ianya merupakan skrin-skrinpersembahan yang mengandungi maklumat yang ingin disampaikan kepada pengguna.Antaramuka juga menjadi penilaian pertama pengguna kepada sesuatu koswer, poster,laman web mahupun majalah. Ini kerana antaramuka yang menarik boleh menjadikankandungan yang ingin disampaikan kelihatan lebih mudah difahami dan berkesan.

    Di dalam sains komputer dan interakasi manusia-komputer, antaramuka merujukkepada grafik, teks dan maklumat auditori sesebuah program yang dipersembahkankepada pengguna dan juga merangkumi urutan arahan dan pergerakan tetikus penggunake atas program.

    Terdapat perbezaan di antara antara muka cetakan dengan paparan elektronik.Justeru itu, kajian yang saya jalankan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu antaramukapaparan elektronik yang meliputi koswer dan laman web. Seterusnya antaramuka cetakanyang meliputi poster dan majalah.

  • Antaramuka untuk persembahan secara elektronik atau digital(koswer, laman web)

    Di dalam pembangunan sesuatu koswer atau laman web, pemilihan danmerekabentuk antaramuka sama pentingnya dengan pemilihan bahan dankandungan.yang ingin disampaikan kepada pengguna.

    Justeru itu, terdapat beberapa prinsip dan elemen yang perlu diketahuai olehpereka bentuk antaramuka digital. Ini kerana antaramuka hendaklah kelihatan menarik,berseri, berkesan dan kelihatan lebih efektif ketika menggunakannya. Perlu jugadiketahui bahawa, rekabentuk antarmuka yang berkesan bukan sekadar menentukanrekaletak grafik atau persembahan media semata-mata. Perekabentuk hendaklah pekakepada perasaan pengguna, memsukkan unsur-unsur psikologi, menitikberat keselesaanpengguna iaitu mesra pengguna (user-friendly) di samping berupaya menyampaikankandungan koswer dan laman web dengan lebih effisien.

    Kebiasaanya kesempurnaan sesuatu antaramuka bagi koswer atau laman webdinilai berdasarkan kepada elemen-elemen yang digunakannya. Penekanan yangbersesuaian ke atas setiap elemen akan memberi keseimbangan kepada setiap antaramukayang dihasilkan. Di antara elemen-elemen penting ialah seperti:

    i. Latarbelakang skrinii. Tetingkap dan paneliii. Butang dan kawalaniv. Teks

    v. Imejvi. Audiovii. Videoviii. Animasi

  • Berikut merupakan penerangan ringkas bagi menjelaskan maksud penggunaankepada setiap elemen yang disenaraikan sebagai panduan perekabentuk antaramuka.

    i. Latarbelakang skrin

    Memilih dan menentukan latarbelakang yang sesuai kepada koswer danlaman web tidaklah begitu sukar selagi kita mengetahui fungsinya. Selaindaripada mengisi ruang kosong, latar belakang juga berfungsi di dalammenggabungkan kesemua elemen antaramuka. Latarbelakang yang baikkelihatan sangat harmoni dan kelihatan serasi dengan setiap elemen yangterdapat di atas skrin selain mempengaruhi rupa, keseimbangan dankedudukan elemen-elemen rekabentuk lain di atas skrin. Elakkan daripadapemilihan grafik yang gagal memberi maksud kepada kandungan skrindan warna-warna yang boleh mengganggu tumpuan pengguna danpastikan setiap latarbelakang yang dipilih mempunyai kesinambungan(consistence) di antara latarbelakang yang lain.

    ii. Tetingkap dan panel

    Penggunaan tetingkap atau panel dilihat sebagai satu keperluan yang dapatmembantu menangani masalah dalam menentukan warna teks yang sesuaiuntuk diintegrasikan ke dalam skrin antaramuka khususnya bagi skrinyang menggunakan latarbelakang yang berwarna-warni atau bergambar.Dengan bantuan panel, masalah ini dapat di atasi dengan mudah selainmenampakkan kreativi perekabentuk antaramuka.

    iii. Butang dan kawalan

    Berperanan sebagai alat arahan dan kawalan aplikasi kepada penggunauntuk menjelajahi kandungan koswer atau laman web dengan terarah.Butang berupaya membimbing pengguna memahami kandungan dengancara yang sistematik agar koswer atau laman web yang diguna mampu

  • memberi pengetahuan yang maksimum dan terbaik. Justeru pemilihanbutang dan kawalan yang sesuai amat perlu supaya selari dengan maksudbutang tersebut.Di antara ciri-ciri pemilahan butang dan ikon yang sempurna ialah:

    a. Butang yang bersifat universal yang boleh difahami oleh semuapengguna seluruh dunia seperti ikon rumah untuk kembali kepadapaparan utama.

    b. Menggunakan ikon yang sedia ada dipasaran yang mana nilaipiawaiannya telah ditetapkan serta telah diketahui fungsinya olehkebanyakkan pengguna. Contohnya symbol anak panah yangmembawa maksud ke depan atau kebelakang.

    c. Saiz ikon yang bersesuai dari saiz dan fungsinya di atas antaramuka.Ianya tidak terlalu kecil atau terlalu besar.

    d. Butang hendaklah ringkas kerana butang bukan tumpuan utama didalam antaramuka tetapi pemilihan butang perlulah tepat denganmaksud di atas antaramuka.

    Selain penggunaan ikon sebagai butang, penggunaan perkatan jugadianggapp sesuai kerana fungsi bagi butang perkataan tersebut telahdinyatakan dengan jelas seperti next, yang bermaksud ke skrin yangseterusnya.

    iv. Teks

    Teks merupakan elemen terpenting di dalam persembahan koswer danlaman web selaras dengan matlamat pembangunannya. Teks merupakanmedium kepada penyampaian pengetahuan kepada pengguna secara terusdan tepat. Selain daripada itu, teks juga mampu menjadi penghiasantaramuka yang cantik dan menarik.

  • Di antara faktor-faktor yang perlu dititikberatkan di dalam pemilihan teksialah:

    a. Penggunaan warna pada teks, saiz (rupa tulisan), fon, dan jarakjangkau (spacing).Perkara paling asas yang perlu dipastikan oleh perekabentukantaramuka ialah untuk memastikan agar teks boleh dibaca denganjelas dan kelihatan harmoni dengan latarbelakang. Pemilihan warnateks yang kontras dengan latarbelakang adalah amat sesuai keranasecara tidak langsung pengguna akan memberi tumpuan pada teks danpengetahuan yang ingin disampaikan.. Selain daripada itu, pemilihansaiz dan jenis tulisan juga amat penting kerana ianya mampumempengaruhi emosi pengguna. Jarak langkau yang sesuai bagi setiapbaris ayat ialah antara 1 dan 1 .

    b. Kuantiti teks serta panjang sesuatu ayat.Menggunakan teks yang terlalu panjang untuk menyampaikan maksudperlu dielakkan di dalam koswer dan laman web. Panjang teks yangpaling ideal pada sesuatu skrin koswer ialah antara 10 hingga 12 ayatyang sederhana panjang. Sekiranya ayat perlu panjang maka, bilanganayat yang sesuai ialah tidak melebihi 8 ayat.

    c. Kedudukan teks di skrin.Di atas skrin, kedudukan teks perlulah konsisten pada mata pengguna.Jangan sesekali mengubah kedudukan teks tanpa maksud yang jelaskerana ianya mampu mempengaruhi tumpuan pengguna. Ini kerana

    teks seharusnya membantu pengguna ke arah memahami pengetahuandaripada faktor-faktor lain. Margin yang sesuai bagi teks dengan skrinialah antara 1 hingga 2 cm iaitu tidak terlalu jauh atau dekat dengansisi skrin.

  • v. Imej atau grafik.

    Penggunaan imej dan grafik yang bersesuaian dengan latarbelakang dankandungan yang ingin disampaikan menjadikan persembahan koswer danlaman web nampak sempurna. Imej dan grafik dapat membantu di dalammenyampaikan mesej atau konsep yang lebih jelas kepada pengguna. Imejyang dipilih tidak seharusnya keterlaluan sama ada dari segi saiz mahupunpelbagai. Ini kerana imej atau grafik hanyalah bersifat pembantu padaskrin. Kedudukan imej dan grafik hendaklah tepat dan sempurna selaintidak mengganggu teks pada skrin. Amat penting untuk memastikan agarimej dan grafik mempunyai maksud yang selari dengan pengetahuan yangingin disampaikan. Sebagai contoh, sekiranya pengetahuan yang ingindisampaikan adalah tentang menu masakan, adalah tidak sesuai sekiranyaimej harimau atau kapal terbang di letakkan pada skrin.

    vi. Audio, Video dan animasi.

    Seelok-eloknnya penggunaan audio, video dan animasi di dalamantaramuka bagi koswer dan laman web biarlah bersifat di bawahkawalan. Kehadiran audio, video dan animasi sebenarnya boleh membantupengguna di dalam mengukuhkan penngetahuanyang dipelajari. Punbegitu, kehadiaran alat-alat ini tanpa kawalan boleh memenatkan danmengganggu pengguna secara keterlaluan. Contohnya penggunaan muziklatar yang diulang berulangkali tanpa boleh dikawal pengguna seharusnyatidak digunakan. Perlu diingat pengguna ini sifatnya pelbagai, kadangkalaterdapat pengguna yang sukar untuk menerima pengetahuan bersamamuzik kerana ianya dianggap sebagai hilang tumpuan iaitu penggangu.Begitu juga penggunaan suara yang membaca teks. Ia seharusnya bolehdikawal pengguna sama ada boleh diulang atau diberhentikan khususnyauntuk koswer bagi matapelajaran bahasa. Pengggunaan video dan animasibiarlah sesuai dengan kandungan dan meletakkannya ditempat yang sesuaidengan elemen-elemen lain di dalam antaramuka atau skrin.

  • Antaramuka untuk majalah dan poster.

    Majalah

    Kemunculan fahaman-fahaman dalam aliran seni lukis banyak membawaperubahan dalam hasil ciptaan reka bentuk grafik. Misalnya reka letak majalah tidakterkongkong dengan cara tradisional yang mementingkan simetri. Reka letak baru lebihmementingkan soal-soal reka letak yang bermotivasi kepada pengguna dengan gayabebas.

    Sekitar tahun 1920-an pembangunan dalam rekaan grafik semakin menyerlahapabila munculnya kumpulan yang diberi nama de Stijl group. Kumpulan ini selari

    dengan zaman revolusi Rusia. Rekaan-rekaan grafik menjadi lebih bebas danmementingkan komunikasi kepada pengguna.

    Kemudian kumpulan Bauhaus telah memperkenalkan bahasa-bahasa senimelalui asas-asas seni reka. Kumpulan ini telah memperkenalkan pendidikan grafikformal antaranya ialah garisan, rupa dan huruf dalam sesuatu rekaan grafik. Ianya telahdigunakan secara meluas selepas perang dunia kedua apabila muncul sekolah-sekolahseni lukis di England.

    Prinsip-prinsip utama

    Secara asasnya, manusia membaca mengikut:i. Satu arah

    ii. Susunaniii. Kesinambungan

    Reka letak yang berselerak dan bercelaru akan menyusahkan, menyiksakan malahmendera pengguna untuk membaca bahan yang ingin disampaikan. Kejadian seumpamaini amat merugikan lebih-lebih lagi bahan tersebut bertujuan untuk mendidik.

  • Tugas merekaletak ialah untuk memberikan bentuk kepada visual yang

    melibatkan susunan tipografi, susunan ilustrasi dan simbol. Prinsip utama untukmenghasilkan reka letak ialah plan, komposisi dan reka bentuk (Wills, 1965).

    Terdapat dua jenis reka letak yang sering dijadikan sebagai panduan dan rujukanpereka grafik iaitu Bauhaus Swiss Grid System dan Push Pin Studio.

    Bauhaus Swiss Grid System mengemukakan beberapa teknik reka letak seperti :i. Jenis Palang ( Cross )

    Cara ini yang mana imej dan taip disusun berdasarkan garis lintang dantegak. Banyak ruang ditinggalkan untuk merehatkan pandangan.

    ii. Jenis S

    Susunan ditumpukan di atas rupa S. Ia memudahkan pergerakan mata.

    iii. Jenis BandJenis yang paling ekonomik dan cepat, hanya berdasarkan satu garis tegak.Lebih banyak ruang negatif ditinggalkan sehingga dapat mewujudkankontras yang tinggi.

    iv. Jenis Axial

    Jenis begini kurang menggunakan garisan-garisan di dalam buku tulis,cuma ditambahkan dengan garisan tegak di tepi kirinya sahaja.

    v. Jenis Pile Up or Boxes

    Jenis ini sering dikaitkan dengan gaya seni lukis Mondrian atau ada yangmenggelarkannya sebagai corak batu bata.

    vi. Jenis ChekkerboardJenis ini juga dikenali sebagai corak dam. Ianya adalah sesuai sekiranyabanyak teks dan ilustrasi yang perlu diisi di dalam satu ruang atau muka

  • surat. Banyak digunakan untuk reka letak bahan bacaan, lebih-lebih lagiuntuk paparan dua.

    Push Pin Studio ialah satu kumpulan pereka grafik dari New York ( 1954 )yang diketuai oleh Seymour Chwast, Milton Glaser, Reynold Ruffins dan Edward Sorel.Manakala rekaan yang dihasilkan oleh Push Pin Studio lebih bebas struktur dan sifatnya,.Mereka gemar menggunakan warna yang garang dan terang, ilustrasi naratif, bentuk yangdibesarkan, rata dan gaya susunan yang tidak diduga untuk mewujudkan kesan humor(Living Stone, 1994).

    Kumpulan Push Pin Studio mengemukakan beberapa cadangan untukmenghasilkan reka letak yang lebih bebas dan kontemporari.

    i. Jenis Konvensional

    Ianya mengandungi ilustrasi dengan tajuk, sub tajuk dan teks.

    ii. Jenis Poster

    Ianya mengandungi tajuk dan ilustrasi sahaja

    iii. Jenis OmnibusIanya mengandungi lebih dari satu jenis ilustrasi, tajuk dan teks.

    iv. Jenis SantakIanya disusun sebelah sahaja sama ada kiri atau kanan santak. Iamengandungi ilustrasi, tajuk dan teks.

    Beberapa contoh yang disenaraikan perlulah dianggap sebagai panduan asassahaja. Kreativiti seseorang pereka sebenarnya lebih utama untuk menghasilkan sesuatureka letak yang lebih bermakna dan berkesan untuk pengguna. Oleh yang demikian,reka letak yang berjaya ialah bahan yang memberi perhatian kepada reka letaknya sepertiketerbacaan kepada pengguna.

  • Poster

    Poster ialah satu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna,reka letak dan foto yang digubah untuk memberitahu maklumat atau menyampaikanmaklumat yang mudah secara spontan. Poster juga dikatakan sebagai satu komunikasivisual yang mudah dan berkesan.

    Pada peringkat awal poster hanya menggunakan susunan huruf semata-mata,hinggalah pada abad ke 17 poster telah mula menggunakan ilustrasi dan teknikpercetakan menggunakan teknik ukiran blok kayu ( cetakan kayu ). Teknik litografimula diperkenalkan oleh Sebefelder dari Austria pada tahun 1796, maka bermulalahposter bertajuk La Bishe Au Bios yang menggunakan teknik litografi dengan berwarna

    direka bentuk oleh Jules Cheres pada tahun 1867.

    Satu pergerakan seni yang mempunyai pengaruh yang mendalam dalam bidangposter ialah kumpulan Art Nouveau. Kumpulan ini mempelopori seni lukis poster yang

    memaparkan keindahan melalui rekaan dekoratif. Kemudian kemunculan kumpulan darisekolah Bauhaus (1919) memberi pembaharuan dari segi bentuk-bentuk tipografi,contohnya rekaan poster oleh Joos Schmid menunjukkan satu bentuk poster yang palingberkesan dengan menggunakan inovatif dalam susunan tipografi dan bentuk-bentuk.

    Sejarah di negara ini, poster mula digunakan dengan meluas semasa pemerintahanJepun. Poster digunakan sebagai alat propaganda. Kemasukan British ke Tanah Melayudari zaman darurat memperlihatkan lagi perkembangan poster. Antara poster yangdisebarkan untuk menentang Jepun dan komunis pada ketika itu ialah imej Uncle Samdan Tunjuk Tangan bersama teks The Country Needs You. Selepas kemerdekaanposter semakin popular digunakan sebagai alat komunikasi berkesan denganmenggunakan teknik dan alat baru.

    Berikut merupakan panduan umum yang perlu diambil kira di dalammenghasilkan antaramuka yang sempurna sama ada untuk merekabnetuk antaramukabagi koswer, laman web, poster mahupun majalah.

  • i. Antaramuka perlulah kelihatan ringkas iaitu tidak terlalu padat denganteks mahupun imej atau grafik. Tidak terlalu banyak maklumat yangingin disampaikan di dalam satu masa. Pecahkan maklumat mengikutskrin-skrin tertentu.

    ii. Penggunaan grafik apabila perlu sahaja. Skrin juga perlu mempunyairuang kosng untuk keselesaan mata pengguna. Tidak perlu meletakkangrafik ditempat yang tidak mempunyai maksud yang khusus kepadagrafik.

    iii. Kesinambungan antaramuka adalah prinsip yang menjadikanantaramuka itu, kelihatan seperti bersatu dan harmonis. Selain itu,kesinambungan juga mewujudkan suatu keadaan yang mana maklumatyang ingin disamapaikan kelihatan seperti sebuah cerita yang menarikdan tidak tergantung.

    iv. Rekabentuk berdasarkan isi kandungan.

  • Perbezaan rekabentuk antaramuka dari aspek sasaran pengguna, perbezaan jantina,aspek usia, medium penerbitan dan mesej penerbitan dan penambahbaikan yang bolehditerapkan dalam penerbitan berkenaan.

    Pendahuluan

    Di dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk antaramuka, sama ada poster,majalah, koswer ataupun laman web yang menjadi agenda penting ialah agar kandungandan pengetahauan yang ingin disampaikan kepada pengguna dapat diterima dan difahamidengan baik. Menjadi satu kemestian kepada perekabentuk antaramuka memahamiperkara utama yang perlu diterima oleh pengguna.

    Penerangan

    Menurut Lopuck (1996), bagi memastikan antaramuka pengguna yang dihasilkankelihatan menarik dari segi persembahan dan mampu memberi pengalaman bermaknakepada pengguna 3 persoalan asas perlu dilaksankan iaitu:

    i. Menentukan kumpulan sasaran

    ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentukiii. Jenis pengalaman yang perlu oleh pengguna

    Perbincangan seterusnya akan menyentuh isu berkaitan dengan antaramuka yangperlu dititikberatkan oleh perekabentuk antaramuka.

    i. Rekabentuk antaramuka dari aspek sasaran pengguna.Persoalan siapakah pengguna yang bakal menggunakan koswer atau lamanweb yang dibina perlu di ambil perhatian oleh perekabentuk. Penggunamungkin kanak-kanak, orang dewasa, golongan pelajar, pesara, orangMelayu, Cina, India atau mungkin poster atau majalah yang akandihasilkan lebih bersifat kewanitaan atau kelelakian. Semua jenisgolongan pengguna ini perlu diambil kira oleh perekabentuk.

  • Pemilihan grafik yang sesuai sebagai tatarias antaramuka koswer untukpelajar sekolah seharusnya lebih bersifat segar dan mampu memberipengukuhan kepada isi pelajaran agar mudah diingati dan difahami. Begitujuga pemilihan grafik kepada majalah lelaki. Amat tidak sesuai sekiranyadiselitkan dengan gambar bunga atau warna yang terlalu cerah sepertimerah jambu dan sebagainya. Sebuah laman web yang dibangunkan untukwanita biasanya nampak lebih ceria dan menarik sama ada dari segiwarna, pemilihan grafik dan animasi. Remaja perempuan lebih menyukaigrafik yang kelihatan lembut seperti gambar anak patung atau bungan ros.Bagi kanak-kanak, pemilihan imej kartun dan berwarna-warni amat sesuaidigunakan bagi menggalakan pemahaman kepada kandungan selaiandaripada menggunakan format yang ringkas dan bersifat objektif. Grafikyang dipilih juga perlu bersifat universal. Jangan sesekali menggunakangrafik yang boleh mengganggu sentimen kaum, budaya atau agama lain.

    Penggunaan teks yang kecil kepada golongan pesara atau orang dewasadianggap kurang sesuai. Selain menyakitkan mata, ianya jugamenyebabkan proses penyampaian pengetahuan akan dianggap tidakpenting.

    ii. Perbezaan jantinaJantina yang dimaksudkan ialah lelaki dan perempuan yang manamempunyai keperluan dan pendekatan yang berbeza. Sejak zaman kanak-kanak lagi, manusia mula mengenali perbezaan jantina mereka. Justeru itu,perekabentuk sama ada lelaki atau perempuan tidak perlu cenderungkepada jantina masing-masing sebaliknya lebih peka kepada jantinapengguna. Perkara ini dinyatakan oleh Kate Millett dari buku Philosophyof art Education mengatakan bahawa There are at least three underlyingreasons why art education is associated with the female sex: (1) teachingart, insofar as it is identified with the household crafts and the maternalrole in nurturing children, is regarded as feminine; (2) art itself isregarded as a female activity because it clears no forests, ploughs no

  • furrows, and fights no battles (although women today fight in wars); and(3) because hierarchies of value in curriculum theory assign a minor, thatis, a subordinate or feminine role, to art in education. (Edmund BurkeFaldman, 1996).

    dan Kata Moore, (1988: vii) 2

    It is commonly assumed that books about feminism are either womens

    books or books about women...the identification of feminist concerns withwomens concerns has been one of the many strategies employed in the social

    sciences to marginalize the feminist critique. This marginalization is quiteunjustified; the basis for the feminist critique is not the study of women, butthe analysis of gender relations, and of gender as a structuring principle inall human societies.

    Contohnya, warna biru dan hijau dikatakan antara warna yang diminatioleh orang lelaki berbanding perempuan. Warna biru dikatakanmenunjukkan kebijaksanaan dan keseimbangan kepada lelaki. Warna hijaumampu memberi kerehatan, ketenangan dam kesihatan kepada golonganini.

    iii. Aspek usia

    Usia antara faktor kuat yang perlu diketahuai oleh pereka bentukantaramuka. Orang dewasa yang mempunayi struktur kognitif yang lebihkuat dan pengalaman yang luas menjadikan kerja-kerja pembangunaanantaramuka lebih mudah berbanding dengan kanak-kanak. Ini keranaorang dewasa mempunyai kehendak yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak. Memetik dari kata-kata Abraham Maslow As Maslow puts it, thebehavior of children is a fact of being as well as fact of becoming.

    He maintains, Healthychildren dont live for the sake of far goals or

    for the distant future They are living, not preparing to live.. Menurut

    kata-kata tersebut, kanak-kanak tidak berfikir jauh ke hadapan, apa yang

  • dilihat adalah pada masa tersebut. Grafik untuk kanak-kanak seharusnyalebih ringkas nyata dan mudah ditafsir oleh mereka.. Manakala bagigolongan dewasa, antaramuka tidak memerlukan ianya dihias denganterlalu berwarna-warni dan bergrafik yang banyak melainkan menyokongpengetahuan. Apa yang penting bagi mereka kandungan yang hendakdisampaikan itu jelas dan bermakna.

    iv. Medium penerbitan

    Pemilihan medium penerbitan yang yang sesuai untuk menyampaikanpengetahuan perlulah bijak. Ini kerana medium yang berbeza akanmemberi impak yang berbeza. Di antara medium penerbitan yang biasadigunakan seperti akhbar, televisyen, laman web, majalah, poster dansebagainya. Sebagai contoh penggunaan ruangan siber dengan perisianmultimedia pendidikan yang mana penggunaan ruangan siber rekabentukantaramukanya lebih kepada portal dan ia tidak menggunakan fail-failyang besar. Berbeza rekabentuk perisian multimedia yang bolehmenggunakan antaramuka yang lebih interaktif dan penuh dengan animasidan penggunaan video. Selain daripada itu, penggunaan imej yang jelaspada medium penerbitan akan banyak membantu pengguna untukmembaca atau memandang setrusenya memahami mesej yang ingindisampaikan. Sebagai contoh, poster akan kelihatan lebih realistiksekiranya setiap imej yang digunakan disimpan di dalam kedalaman warnayang tinggi contohnya 24 bit dengan resolusi 300 dpi. Antara contoh lainialah penggunaan teks pada kain rentang dengan poster. Walaupun mesejyang hendak disampaikan adalah sama, tetapi rekabentuk yang dibuatadalah berbeza.

    v. Mesej penerbitan

  • Perisian multimedia mempunyai pelbagai mesej yang disampaikan. Yangmembezakan ia daripada poster dan kulit majalah ialah mesej yang ingindisampaikan boleh melalui pelbagai cara yang menarik sepertipenggunaan grafik, audio, video dan animasi.. Bagi rekabentukantaramuka majalah pula banyak menggunakan teks dan gambar sahaja.Teks digunakan untuk menjelaskan secara visual isu atau tajuk yangdibawa untuk keluaran kali ini. Penggunaan ilustrasi tidaklah pentingsangat berbanding penggunaan teks yang amat penting untuk menyatakantajuk majalah tersebut. Rekaan layout ada juga ringkas dan ada jugakompleks, bergantung kepada golongan sasaran. Kebiasaanya bahanbacaan ilmiah tidak banyak menggunakan kesan khas grafik, sekadarmemanipulasikan penggunaan tyfografi untuk menampakkan gaya

    majalah itu dipersembahkan.

    Menerusi laman web penyampain mesej seakan seperti di dalam koswer.Namun begitu, penggunaan tetingkap pop-up boleh membezakan di antarakoswer dan laman web. Pun begitu setiap tetingkap pop-up itu perlulahdikawal. Penggunaan tetingkap pop-up ini boleh memberikan penegasanke atas mesej yang ingin disampaikan.

    Penyampaian mesej melalui poster amat terhad dan ia banyak bergantungkepada kemahiran kognitf pengguna. Setiap poster yang dihasilkankadang-kala memberi tanggapan yang berbeza kepada pengguna. Walaubagaimanapun perekabentuk harus bijak menggunakan grafik agar maksudyang ingin disampaikan tidak terpesong jauh daripada pemikiranpengguna. Kebiasaannya saiz poster secara standardnya di US dan Britishadalah 27x41 inci. Walaubagaimanapun semenjak tahun 1980an, satuhelaian poster bersaiz 27x39 dan 27x40 telah menjadi kebiasaan sekarang.

  • Penambahbaikan ke atas sampel yang sedia ada.

    Poster

    Pemilihan rupa taip (fon) kelihatan agak ganjil pada poster ini. Selain sukardibaca, gangguan grafik yang ke atas teks juga menggangu tumpuan pembacaanpengguna. Namun begitu, keseimbangan poster dapat dilihat kepada kedudukanteks.Pemilihan dan penegasan imej dapat dilihat dengan jelas dan penggunaan ton warnayang pelbagai boleh menarik minat pengguna.

    Sasaran pengguna:Golongan Petani

    Gender:Lelaki

    Aspek usia:Dewasa

    Medium Penerbitan:Cetakan

    Mesej penerbitan:Hasil Pertanian

  • Laman web

    Kelemahan utama bagi laman web ini ialah terlalu banyak teks dan mesej yangingin disampaikan. Penggunaan grafik yang terhad memberi tanggapan awal bahawaianya dibangunkan khusus kepada golongan dewasa semata-mata. Imej wanita dan lelakikelihatan tidak selari dengan mesej yang ingin disampaikan. Pengugunaan warana birudan hijau merupakan warna yang sangat sesuai kepada lelaki dan wanita. Namun warnakelabu pada bahagian bawah kelihatan seolah-olah tidak wujud kerana penegasan warnabiru dan hijau. Saya mencadangka agar warna coklat seperti kiri dan kanan dan fon putihdigunakan.

    Sasaranpengguna:GolonganKorporat/Bekerjaya

    Gender:Umum

    Aspek usia:Dewasa

    MediumPenerbitan:Paparan elektronik(monitor)

    Mesej penerbitan:Produk Syarikat/KemudahanPelanggan

  • Kelemahan yang ketara di dalam laman web ini ialah warna teks yang seakansama dengan latarbelakang. Penegasan warna yang amat lemah. Selain daripada itukedudukan teks yang tidak seragam. Sepatutnya teks boleh disusun dengan lebih teraturdengan menggunakan fungsi justify dan teks berwarna hitam boleh digunakan agar

    kelihatan lebih contrass denan latar belakang. Boleh juga ditambahkan dengan satu lagiimej di bawah sebelah kanan agar antaramuka kelihatan lebih seimbang.

    Sasaranpengguna:Pereka Dalaman/Berkeluarga/Pemilik Rumah

    Gender:Umum

    Aspek usia:Dewasa

    MediumPenerbitan:Paparan elektronik(monitor)

    Mesej penerbitan:Produk Syarikat/KemudahanPelanggan

    Kelemahan yang ketara di dalam laman web ini ialah warna teks yang seakansama dengan latarbelakang. Penegasan warna yang amat lemah. Selain daripada itukedudukan teks yang tidak seragam. Sepatutnya teks boleh disusun dengan lebih teraturdengan menggunakan fungsi justify dan teks berwarna hitam boleh digunakan agar

    kelihatan lebih contrass denan latar belakang. Boleh juga ditambahkan dengan satu lagiimej di bawah sebelah kanan agar antaramuka kelihatan lebih seimbang.

    Sasaranpengguna:Pereka Dalaman/Berkeluarga/Pemilik Rumah

    Gender:Umum

    Aspek usia:Dewasa

    MediumPenerbitan:Paparan elektronik(monitor)

    Mesej penerbitan:Produk Syarikat/KemudahanPelanggan

    Kelemahan yang ketara di dalam laman web ini ialah warna teks yang seakansama dengan latarbelakang. Penegasan warna yang amat lemah. Selain daripada itukedudukan teks yang tidak seragam. Sepatutnya teks boleh disusun dengan lebih teraturdengan menggunakan fungsi justify dan teks berwarna hitam boleh digunakan agar

    kelihatan lebih contrass denan latar belakang. Boleh juga ditambahkan dengan satu lagiimej di bawah sebelah kanan agar antaramuka kelihatan lebih seimbang.

    Sasaranpengguna:Pereka Dalaman/Berkeluarga/Pemilik Rumah

    Gender:Umum

    Aspek usia:Dewasa

    MediumPenerbitan:Paparan elektronik(monitor)

    Mesej penerbitan:Produk Syarikat/KemudahanPelanggan

  • Koswer

    Antaramuka koswer ini kelihatan tidak seimbang kerana perbezaan warna ungudan kelabu. Sepatutnya boleh dimasukkan satu imej sederhana besar yang berwarna selaridengan ungu di sebelah kanan. Penggunaan logo syarikay yang membangunkan koswerkelihatan lebih menonjol berbanding dengan mesej lain yang ingin disampaikan.

    Sasaranpengguna:Korporat/ Pelajar/Pekerja

    Gender:Lelaki

    Aspek usia:Dewasa

    MediumPenerbitan:Paparan elektronik(monitor)

    Mesej penerbitan:ModulPembelajaran

  • Majalah

    Penggunaa imej tampalan di bahagian bawah kelihatan tidak harmoni dengan imejvektor iaitu gambar lelaki yang sedang berfikir. Gambar ini mungkin memberi maksudlelaki itu sedang berkira-kira bagaimana hendak menyelesaikan masalah. Tetapipenggunaan gambar tampalan yang bersifat bitmap lebih menarik mata pengguna. Olehitu kenapa tidak digunakan imej bitmap bagi lelaki yang sedang berfikir itu. Mungkin iaakan kelihatan lebih harmoni.

    Sasaranpengguna:Pelajar/ Peminat IT

    Gender:Lelaki

    Aspek usia:Remaja danDewasa

    MediumPenerbitan:Cetakan (buku)

    Mesej penerbitan:Perkongsian ilmu/Produk syarikat

  • Contoh-contoh laman web

    Laman web untuk Pengguna Dewasa

    Laman web ini lebih sesuai untuk pengguna lelaki. Ianya boleh dilihat melaluipemilihan warana perak dan biru sebagai latar belakang. Begitu juga dengan pemilihangrafik dan simbol yang nampak begitu objektif.

    Sasaranpengguna:Jurutera/ Korporat

    Gender:Lelaki

    Aspek usia:Dewasa

    MediumPenerbitan:Paparan elektronik(monitor)

    Mesej penerbitan:Profil dan ProdukSyarikat/KemudahanPelanggan

  • Laman Web ini dibangunkan khusus untuk wanita. Pemilihan latarbelakng yangberwarna kuning amat sesuai kerana wanita amat menyukai warna-warna yang lembut.Laman web ini menggunakan panel yang berwarna coklat bagi memaparkan tulisankelihatan kurang sesuai untuk wanita. Begitu juga dengan penggunaan grafik daun keringkelihatan tidak mempunyai objektif yang tepat.

    Sasaranpengguna:Suri rumah

    Gender:Wanita

    Aspek usia:Dewasa

    MediumPenerbitan:Paparan elektronik(monitor)

    Mesej penerbitan:Produk Syarikat/Perkongsian Ilmu

  • Laman Web untuk kanak-kanak

    Faktor warna menjadi daya penarik utama laman web ini. Penggunaan warnayang bijak dengan susunan ikon yang teratur. Bahan dan maklumat tambahan yangdimuatkan turut memabantu kanak-kanak di dalam banyak perkara seperti searchengine, permainan baru dipasaran, rakan-rakan di internet. Pengatahuan am dan banyaklagi.

    Sasaranpengguna:Pelajar sekolahrendah

    Gender:Umum

    Aspek usia:Kanak-kanak

    MediumPenerbitan:Paparan elektronik(monitor)

    Mesej penerbitan:Perkongsianmaklumat/berkawan/ carianilmu