7
(a) MURID SELALU KELUAR KELAS Bagi murid yang bermasalah dalam memberi tumpuan dan sering keluar kelas disebabkan tiadanya daya tarikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, kemungkinan besar murid ini dapat dikelaskan dengan masalah pembelajaran seperti Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD). Menurut Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa sesuatu tingkah laku atau perbuatan devian yang berlaku dalam keadaan yang agak tetap (trait) dianggap sebagai mengalami kecelaruan. Gangguan hiperaktif atau ADHD melibatkan tiga jenis keupayaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati. Murid yang mengalami masalah ini akan menunjukkan beberapa simpton seperti tidak dapat fokes pada pelajaran atau tidak berminat kepada suatu perkara yang penting, tempoh tumpuan yang singkat serta sering bergerak cergas. Masalah bagi murid yang sering keluar kelas ini boleh dikaitkan dengan teori kaunseling iaitu teori tingkahlaku. Teori ini dipeloporoi oleh beberapa orang tokoh iaitu Pelopor utama , BF Skinner, Arnold Lazarus dan Albert Bandura. Teori ini merupakan suatu jenis terapi yang berorientasikan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan membantu klien menguasai kemahiran-kemahiran atau tingkahlaku baru. Psikologis behaviorisme mementingkan tingkahlaku luaran seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi seseorang yang dapat diperhatikan. Tingkahlaku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-matlamat yang dibentuk oleh diri sendiri atau kadang-kadang oleh masyarakat. Menurut Amir Awang 1986, teori tingkah laku ini menghuraikan beberapa pandangan terhadap manusia, antaranya adalah tidak semata- mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh naluri- naluri tertentu malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya, mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan manusia, manusia bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-mata, manusia mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih

Murid Selalu Keluar Kelas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Murid Selalu Keluar Kelas

(a) MURID SELALU KELUAR KELAS

Bagi murid yang bermasalah dalam memberi tumpuan dan sering keluar kelas

disebabkan tiadanya daya tarikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan, kemungkinan besar murid ini dapat dikelaskan dengan masalah

pembelajaran seperti Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD). Menurut

Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa sesuatu tingkah laku atau

perbuatan devian yang berlaku dalam keadaan yang agak tetap (trait) dianggap

sebagai mengalami kecelaruan. Gangguan hiperaktif atau ADHD melibatkan tiga

jenis keupayaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati. Murid yang

mengalami masalah ini akan menunjukkan beberapa simpton seperti tidak dapat

fokes pada pelajaran atau tidak berminat kepada suatu perkara yang penting,

tempoh tumpuan yang singkat serta sering bergerak cergas.

Masalah bagi murid yang sering keluar kelas ini boleh dikaitkan dengan teori

kaunseling iaitu teori tingkahlaku. Teori ini dipeloporoi oleh beberapa orang tokoh

iaitu Pelopor utama , BF Skinner, Arnold Lazarus dan Albert Bandura. Teori ini

merupakan suatu jenis terapi yang berorientasikan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk

membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan membantu klien menguasai kemahiran-

kemahiran atau tingkahlaku baru. Psikologis behaviorisme mementingkan

tingkahlaku luaran seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi seseorang

yang dapat diperhatikan. Tingkahlaku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-

matlamat yang dibentuk oleh diri sendiri atau kadang-kadang oleh masyarakat.

Menurut Amir Awang 1986, teori tingkah laku ini menghuraikan beberapa

pandangan terhadap manusia, antaranya adalah tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh naluri-naluri tertentu malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya, mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan manusia, manusia bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-mata, manusia mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkahlaku mereka, boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri.

Page 2: Murid Selalu Keluar Kelas

Terdapat beberapa matlamat yang digariskan oleh teori ini adalah,

meningkatkan pilihan dalam menghadapi kehidupan yang lebih selesa, menyediakan

keadaan dan persekitaran yang sesuai untuk menghapuskan tingkahlaku yang

maladaptive (salah suai) dan mengajar klien untuk menguasai tingkahlaku

baru yang sesuai bagi mengantikan tingkahlaku yang salah suai. Selain itu, pada

asasnya kaunselor tingkahlaku ingin membantu klien untuk membuat penyesuaian

yang baik iaitu juga matlamat yang diingini oleh klien. Matlamat juga perlu

dapat dijelaskan secara tingkahlaku. Membuat modifikasi kepada tingkahlaku yang

positif. Membantu klien mempelajari respons yang produktif serta membentuk dan

mencapai matlamat yang jelas dan konkrit.

RUMUSAN

Murid yang mengalami masalah ADHD harus diberikan perhatian yang

khusus. Ini disebabkan oleh mereka mengalami masalah tingkah laku yang mana

menjejaskan suasana pembelajaran di bilik darjah dan juga boleh mengganggu

rakan-rakan yang lain. Mengikut teori tingkahlaku, setiap manusia itu mempunyai

nilai positif dalam diri dan boleh dibentuk kearah yang lebih baik. Maka, masalah

pembelajaran bagi murid yang selalu keluar kelas kerana kurang daya tarikan

semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan harus diatasi menerusi beberapa

terapi. Namun, dilihat, terapi tingkah laku boleh mengurangkan sedikit sebnayak

masalah tingkahlaku yang ditunjukkan oleh murid terbabit.

Page 3: Murid Selalu Keluar Kelas

(b) INTERVENSI KAUNSELING MELALUI TERAPI TINGKAHLAKU.

Masalah murid sering keluar dari kelas boleh diatasi melalui terapi tingkah laku dan

ia melibatkan tingkah laku maladaptive. Tingkahlaku maladaptive dipelajari demi

untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk meluangkan sakit atau perasaan

yang kurang selesa. Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang

menyakitkan digandingkan dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan

selepas pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang sebelumnya neutral akan

mengeluarkan respon yang maladaptive, walaupun sebelum terjadinya situasi

sebenar. Tingkahlaku maladaptive yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman

operan. Tingkahlaku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya

peneguhan berikutnya. Tingkahlaku ini akan menjadi bebanan pada dirinya pada

masa-masa akan datang Individu ini mungkin ingin mengubah tingkahlakunya yang

maladaptive, tetapi oleh kerana ia telah mempelajari bahawa mengelak rangsangan

yang tidak selesa membawa kesan “baik”, dia sukar untuk melupuskan tingkahlaku

itu, melainkan dengan cara menjalani terapi atau kaunseling.

Teori tingkah laku ini ialah teori psikologi kemudian digunapakai sebagai teori

kaunseling. Falsafah asas yang terdapat dalam teori ini adalah percaya bahawa

tingkah laku manusia adalah pembelajaran dan manusia adalah produk dan

pengeluar produk (product and producer) persekitaran itu.

Konsep-Konsep Utama

Terapi tingkah laku mempunyai beberapa konsep utama dalam perlaksaannya. Hal

ini bertujuan untuk memastikan bahawa murid yang bermasalah ( klien) dapat dirujuk

dengan baik dan membantunya dalam menyelesaikan masalah otingkah laku yang

dihadapi olehnya. Antara konsep utama yang digariskan adalah ;

Memfokuskan pada tingkah laku zahir (yang jelas di depan mata), ketepatan

dalam pengspesikasian matlamat rawatan, pembinaan pelan rawatan dan

penilaian objektif hasil terapi. (Sebab itu dia percaya tingkah laku boleh

diubah) Cth seperti ponteng, guru cuba kurangkan hari pontengnya dahulu.

Tingkah laku kini diberi perhatian.

Terapi berdasarkan prinsip-prinsip teori pembelajaran.

Page 4: Murid Selalu Keluar Kelas

Tingkah laku normal dipelajari daripada inforcement (peneguhan) dan

immitttion (Peniruan).

Tingkah laku tak normal berpunca daripada pembelajaran yang salah (faulty).

Matlamat terapi tingkahlaku ini adalah untuk menghapuskan tingkahlaku yang

tidak sesuai dan belajar tingkah laku yang lebih efektif dan untuk memfokus pada

faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan mencari cara-cara menangani

tingkahlaku bermasalah. Apabila terapi ini dijalankan, akan wujud satu hubungan

teraputik yang mana melibatka ahli terapi aktif dan direktif. Dia berfungsi sebagai

guru atau jurulatih yang membantu klien mempelajari tingkahlaku efektif. Selain itu

juga, klien perlulah aktif dalam proses pembelajaran dan mencuba tingkahlaku-

tingkahlaku baru. Bagi memastikan wujudnya kualiti hubungan klien, ahli terapi tidak

cukup untuk membuat klien berubah tetapi ia adalah penting dalam implementasi

prosedur-prosedur tingkahlaku yang dijalankan tersebut.

Bagi melaksanakan terapi tingkah laku ini, terdapat beberapa teknik yang

boleh diamalkan, antaranya soalan-soalan yang diberikan berfokuskan pada apa,

bagaimana, bila dan bukannya mengapa. Selain itu, beberapa teknik lain turut boleh

dilakukan iaitu perancangan persekitaran, latihan bertenang ( relaxation training ),

Systematic Desensitization, latihan assertif, contingency contracts, implosion and

flooding dan token ekonomi.

(a) Perancangan persekitaran

Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan

beberapa tingkahlaku. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman

pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut.

Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan keinginan

berinteraksi. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia selesa.

(b) Latihan bertenang (Relaxation Training)

Latihan bertenang adalah latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan

mental. Selepas klien belajar asas relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap

hari. Latihan ini memerlukan masa dari 4 jam sehingga 8 jam. Klien akan diberikan

Page 5: Murid Selalu Keluar Kelas

arahan untuk menenangkan diri mereka. Melalui cara pengurusan pernafasan yang

betul, ia boleh membantu relaksasi bagi klien yang bermasalah. Klien akan diajar

untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada  perasaan dan imej. Biasanya

teknik ini digunakan untuk mengurus stress dan kerisauan yang berlaku kepada

klien.

“Some other ailments for which relaxation training is helpful include asthma,

headache, hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder.”

(Cormier & Nurius, 2003)

(c) Penyahpekaan sistematik (Systematic Desensitization)

Teknik penghapusan deria secara bersistem bermatlamatkan untuk melemahkan

hubungan di antara rangsangan-rangsangan tertentu di dalam persekitaran,

misalnya dengan gerakbalas risau dan takut klien. Ini dilakukan dengan

mendedahkan klien kepada rangsangan-rangsangan yang menimbulkan rasa takut

di dalam keadaan di mana rasa takut itu disekat daripaada muncul melalui tindakan

releksasi dan tingkahlaku asertif.

(d) Latihan Asertif

Latihan asertif ini amat sesuai bagi masalah sukar melepaskan perasaan marah,

sukar mengatakan ‘TIDAK’, merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang

lain dan juga bias kepada sosial. Latihan ini dijalankan untuk meningkatkan kendiri

untuk membuat pilihan bertingkahlaku assertif dalam situasi tertentu. Ia juga

mengajar individu melahirkan perasaan mereka terhadap perasaan dan hak sendiri.

Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan

kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan. Ia

adalah satu latihan yang melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan

semasa berinteraksi. Klien akan cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling

dengan menyatakan perasaan-perasaannya kepada kaunselor. Bagi kaunselor pula

Page 6: Murid Selalu Keluar Kelas

menggunakan prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan

untuk mengembangkan gerakbalas tegas diri. Setelah segalanya disempurnakan

klien dikehendaki cuba melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi

kaunseling.

(e) Kontrak Luar Jangkaan (Contingency Contracts)

Kontrak luar jangkaan adalah dengan memahami beberapa tingkahlaku yang

dilakukan, diubah atau dihentikan serta ganjaran kejayaan dan keadaan di mana

ganjaran yang akan diterima. Sesuai untuk kanak-kanak kerana orang dewasa akan

lebih berhati-hati.

(f) Implosion dan Flooding

Teknik Implosion dan Flooding ini telah diperkenalkan pada tahun 1960an oleh

Thomas Stampfl. Kaedah ini akan membuat klien peka dengan mengambarkan

keadaan yang menimbulkan kebimbangan serta mempunyai kesan yang dahsyat,

klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu. Namun, teknik ini mempunyai kekurangan

dari segi perlaksaannya kerana ia tidak sesuai digunakan untuk klien baru.

(g) Token ekonomi

Token ekonomi adalah amat sesuai untuk dilaksanakan oleh keunselor mahupun

guru bagi menarik minat murid yang bermasalah. Ia adalah satu prosedur teratur

dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk tingkahlaku yang sesuai.

Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai peneguhan kepada pelajar yang

telah melakukan tingkahlaku positif. Bagi memastikan bahawa tingkahlaku yang

diingini adalah berkekalan, kaunselor atau guru haruslah mematuhi prinsip modifikasi

tingkahlaku seperti pengagihan, adil, konsisten dan lain-lain.

Terdapat 5 peringkat proses seperti mana disenaraikan oleh Blackharm &

Silberman (1975).

1. Mengenalpasti dan menyatakan tingkahlaku yang hendak diubah dalam

bentuk operasional.

2. Mendapatkan baseline terhadap sasaran tingkahlaku yang ingin diubah.

Page 7: Murid Selalu Keluar Kelas

3. Tetapkan situasi agar sasaran tingkahlaku akan berlaku.

4. Kenalpasti rangsangan-rangsangan dan peristiwa yang berpotensi untuk

untuk mengubah tingkahlaku.

5. Buat penilaian terhadap keberkesanan prosedur rawatan dengan

menyimpan rekod perubahan tingkahlaku yang ditetapkan.

RUMUSAN

Melalui terapi tingkahlaku, masalah murid selalu keluar kelas kerana kurang daya

tarikan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dikurangkan.

Tingkah laku yang tidak diingini dalam diri klien dapat dikurangkan malahan dapat

dibuang dalam diri klien. Kaedah-kaedah yang telah digariskan oleh tokoh yang

mana dapat memastikan perlaksanaan terapi tingkahlaku ini dapat dijalankan

dengan baik dan sistematik. Selain itu juga, terapi ini juga akan meningkatkan minat

murid yang bermasalah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik

serta dapat mewujudkan tingkah laku positif yang dikehendaki dengan lebih lama.

Rujukan:

1. http://bnkkk.blogspot.com/2011/05/teori-behavioris.html

2. http://chegu-man.blogspot.com/2009/11/terapi-tingkah-laku.html

3. http://www.slideshare.net/shamildamai/teori-tingkah-laku-shamil-2002