5
NAMA : MOHD SAIFUL IKHWAN BIN SHABUDDIN UNIT : PENDIDIKAN KHAS/PJ/PSV SEM 5 SUBJEK : EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN TUTORIAL: MINGGU 1 SEJARAH PENGHIJRAHAN NENEK MOYANG SUKU BANJAR Pada tahun 1780, terjadi penghijrahan secara besar-besaran oleh suku Banjar di Sumatera dan Tanah Melayu ketika itu. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu merupakan penyokong kuat Pangeran Amir yang telah kalah dengan Pengeran Tahmidullah dalam Perang Saudara Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri disebabkan dikenakan hukuman mati ketika itu. Pada tahun 1862, terjadi sekali lagi penghijrahan secara besar- besaran ke Pulau Sumatera. Pada tempoh tersebut, etnik Banjar menjadi penyokong Pangeran Antasari dalam Perang Banjar di Kota Martapura. Hal ini disebabkan Residen Belanda telah menguasai hamper keseluruhan kota-kota besar milik kerajaan Banjar. Pada tahun 1905, etnik Banjar melakukan penghijrahan besar-besaran disebabkan Sultan Muhammad telah mati syahid ditangan kerajaan Belanda. Mereka risau sekiranya keselamatan mereka terancam dan ingin mendapatkan perlindungan di negeri-negeri lain. Sepanjang tempoh tersebut, kaum Banjar turut berhijrah ke negeri-negeri di Tanah Melayu seperti Kedah, Perak (kerian, Sg Manik, Bagan Dato), Selangor ( Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor ( Batu Pahat) dan Sabah ( Sandakan, tenom, Keningau, Tawau ).

Nama

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nama

NAMA : MOHD SAIFUL IKHWAN BIN SHABUDDIN

UNIT : PENDIDIKAN KHAS/PJ/PSV SEM 5

SUBJEK : EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TUTORIAL: MINGGU 1

SEJARAH PENGHIJRAHAN NENEK MOYANG

SUKU BANJAR

Pada tahun 1780, terjadi penghijrahan secara besar-besaran oleh suku Banjar di Sumatera

dan Tanah Melayu ketika itu. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu merupakan

penyokong kuat Pangeran Amir yang telah kalah dengan Pengeran Tahmidullah dalam

Perang Saudara Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri disebabkan dikenakan hukuman

mati ketika itu.

Pada tahun 1862, terjadi sekali lagi penghijrahan secara besar-besaran ke Pulau Sumatera.

Pada tempoh tersebut, etnik Banjar menjadi penyokong Pangeran Antasari dalam Perang

Banjar di Kota Martapura. Hal ini disebabkan Residen Belanda telah menguasai hamper

keseluruhan kota-kota besar milik kerajaan Banjar.

Pada tahun 1905, etnik Banjar melakukan penghijrahan besar-besaran disebabkan Sultan

Muhammad telah mati syahid ditangan kerajaan Belanda. Mereka risau sekiranya

keselamatan mereka terancam dan ingin mendapatkan perlindungan di negeri-negeri lain.

Sepanjang tempoh tersebut, kaum Banjar turut berhijrah ke negeri-negeri di Tanah Melayu

seperti Kedah, Perak (kerian, Sg Manik, Bagan Dato), Selangor ( Sabak Bernam, Tanjung

Karang), Johor ( Batu Pahat) dan Sabah ( Sandakan, tenom, Keningau, Tawau ).

Hasil dapatan kajian saya tentang sejarah penghijrahan nenek moyang sebelah ayah saya

mendapati nenek moyang saya turut berhijrah ke Pulau Sumatera semasa peperangan

Kerajaan Belanda dengan Kerajaan Banjar. Disebabkan jarak yang dekat antara Pulau

Sumatera dengan Tanah Melayu, nenek moyang saya meneruskan penghijrahannya ke di

daerah Sg Manik, Perak lalu menetap selama beberapa generasi di sana. Keluarga sebelah

ayah juga ada yang menetap di daerah Bidor, daerah Trolak dan Felda Besout. Kaum

Banjar juga berhijrah di Sabah juga dikaitkan dengan jarak yang dekat negeri Kalimantan,

Indonesia yang merupakan pusat utama pemerintahan suku kaum Banjarmasin suatu ketika

dahulu.

Page 2: Nama

SUKU BISAYA

Etnik Bisaya merupakan kaum peribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai

Borneo. Kebiasaannya, penempatan kaum ini tertumpu di kawasan daerah Beaufort seperti

Sungai Padas, Sungai Klias, dan Pulau Gaya di Sabah. Kaum BIsaya merupakan kaum

majoriti yang mendiami daerah Beaufort. Kebanyakan daripada mereka menganut agama

Islam. Hal ini disebabkan mereka antara kaum peribumi Sabah yang menerima Islam pada

awal kurun ke-13. Ketua kaum Bisaya yang pertama ialah Awang Alak Belatar dengan

gelaran Sultan Muhammad Shah. Pemerintahan di Pulau Borneo yang telah wujud sejak

tahun 977 Masihi memungkinkan penindasan yang melampau lalu menyebabkan

penghijrahan ke tempat lain secara kekal.

Bagi sejarah penghijrahan nenek moyang sebelah emak saya, saya mendapati nenek

moyang saya telah lama mendiami kawasan daerah Beaufort selama beberapa generasi

terutama Kampung Padas Damit dimana majoritinya suku kaum BIsaya. Uniknya mengenai

keluarga sebelah emak saya. Emak saya menceritakan datuk saya berasal dari daerah Kota

Belud yang berketurunan Bajau. Dia telah berhijrah di daerah Beaufort dan berkahwin

dengan nenek saya ( kaum Bisaya ) dan menetap disana sehingga hari ini.

SEJARAH PENGHIJRAHAN KELUARGA SAYA

Bagi penghijrahan keluarga saya, ayah saya berasal dari Sungai Manik, Perak manakala

emak saya berasal dari Beaufort, Sabah. Mereka berjumpa semasa berada di daerah

Sandakan, Sabah. Ketika itu, ayah saya bekerja sebagai anggota polis ditempatkan di Balai

Polis daerah Sandakan. Begitu juga dengan emak saya yang bekerja sebagai seorang

jururawat di Hospital Besar Sandakan. Hasil perkahwinan mereka , maka terlahirlah saya

dan dua orang adik beradik saya di dunia ini. Sehingga kini keluarga saya menetap di

daerah Beaufort. Namun, saudara jauh di semenanjung Malaysia dikunjungi setiap tahun.

Saya juga bersyukur kerana sedikit sebanyak mengetahui salahsilah dan jurai keturunan

keluarga saya melalui penceritaan oleh kedua ibubapa saya. Hal ini amat penting agar

sejarah keluarga kita tidak dilupakan begitu sahaja dan menghargai warisan yang

ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek

panas”.

Page 3: Nama

FAKTOR-FAKTOR PENGHIJRAHAN KAUM

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penghijrahan suku kaum Banjar ke Tanah

Melayu. Mereka terdiri daripada orang Bugis, orang Jawa, orang Banjar dan orang

Minangkabau. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia ke

Tanah Melayu semakin meningkat. Dari segi sosial, penduduk Indonesia terutama dari

Pulau Jawa, Sumatera dan Kalimantan telah bertambah dengan pesat menyebabkan

kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan taraf hidup rakyat Indonesia. Sementara itu,

tekanan politik oleh pihak penjajah iaitu Belanda telah mendorong kemasukan orang-orang

Indonesia ke Tanah Melayu. .

Beberapa peperangan besar yang berlaku dalam kawasan penempatan kaum Banjar

menyebabkan mereka mengambil langkah dengan melarikan diri ke kawasan Pulau

Sumatera dan Tanah Melayu. Hal ini adalah untuk mendapatkan perlindungan daripada

negeri-negeri jiran daripada ancaman pihak luar.

Tujuan utama yang mendorong mereka memasuki Tanah Melayu pada abad ke 15 ialah

kerana ingin meluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa. Mereka yang datang

daripada pelbagai daerah di Indonesia membawa barangan yang berbeza-beza untuk

diperniagakan. Sebagai contoh,masyarakat dari Sumatera membawa barangan seperti

emas dan rempah,dari Pulau Jawa membawa bahan makanan,dari Maluku membawa

bunga cengkih dan dari Pulau Banda membawa buah pala.Suku Banjar turut tidak terkecuali

membawa hasil barangan mereka dari Banjarmasin, Kalimantan.

Bagi kaum Bisaya pula, penghijrahan mereka di negeri Sabah khususnya daerah Beaufort

dan Pulau Gaya disebabkan mereka merupakan kaum peribumi asal di negeri ini.

Penghijrahan mereka mungkin berlaku dalam skala yang keci disebabkan faktor

perkahwinan. Sumber ekonomi di daerah Beaufort amat kaya dengan sumber pertanian

dan pengumpulan hasil laut menyebabkan mereka tertarik untuk menetap di daerah ini.

Tambahan pula, kawasan ini amat strategik dimana ia merupakan laluan perdagangan dan

perniagaan antara daerah-daerah di negeri Sabah

RUJUKAN

1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Bisaya

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Banjar