28
MAQASID SYARIAH DALAM BAB PERKAHWINAN DARI SEGI TANGGUNGJAWAB NAZIHAH BINTI NASIRUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

MAQASID SYARIAH DALAM BAB PERKAHWINAN DARI SEGI TANGGUNGJAWAB

NAZIHAH BINTI NASIRUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia
Page 3: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia
Page 4: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

i

MAQASID SYARIAH DALAM BAB PERKAHWINAN DARI SEGI TANGGUNGJAWAB

NAZIHAH BINTI NASIRUDIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana MudaSains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 5: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

ii

Page 6: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

iii

DEDIKASI

Istimewa buat abah dan mama yang disayangi,

terima kasih diatas dorongan, nasihat dan bantuan

kalian berdua dari pelbagai segi terutama dari segi kewangan dan tenaga.

Khas buat adik-adik tersayang,

Terima kasih kerana banyak memberi sokongan dan dorongan

untuk menyiapkan kajian ini.

Semoga kalian juga akan mengikuti jejak langkahku dalam

mengejar cita-cita di puncak menara gading.

Buat penyelia, Prof. Selamat bin Hashim,

terima kasih yang tidak terhingga diatas bimbingan dan tunjuk ajar

yang diberikan. Sesungguhnya ia amat amat bernilai dan bermakna

pada diri ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan rapat dan rakan seperjuangan

yang banyak memberi pendapat, sokongan moral dan bantuan,

ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua.

Page 7: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillahirabbil’alamin, setinggi pujian dipanjatkan kehadrat Allah

S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para

sahabat, pengikut sahabat dan para salihin sehinggalah ke hari qiamat. Dengan

limpahan rahmat dan kurniaan inayahnya, akhirnya dapatlah saya menyiapkan laporan

penyelidikan yang telah diamanahkan kepada saya dengan jayanya meskipun terpaksa

melalui kesulitan dan kepayahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Prof. Selamat bin Hashim selaku penyelia saya, yang telah banyak memberi

dorongan bimbingan dan tunjuk ajar serta komen yang membina kepada saya

sepanjang tempoh saya menyiapkan laporan kajian ini.

Buat kepada abah dan mama serta keluarga, segala pengorbanan dan kasih

sayang yang kalian curahkan terhadap keinginan serta kemahuanku, kudoakan

semoga menjadi seribu kemenangan dan kejayaan buatmu di dunia dan di akhirat

sana. Semoga segala apa yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan keredhaan dari

Allah S.W.T dan semoga hasil penulisan ini akan memberi manfaat yang besar di

dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak membantu dan

memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan laporan kajian ini.

Wassalam…….

Page 8: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

v

ABSTRAK

Islam membawa peraturan kepada umat manusia bertujuan untuk menjaga

kemaslahatan hidup mereka. Tujuan ini dikenali sebagai “Maqasid al-Syariah”.

Terdapat lima matlamat utama dalam perundangan Islam bagi menjaga kepentingan

syarak iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam konteks

kekeluargaan, Islam memandang manusia dengan penuh kemuliaan dan kehormatan.

Oleh itu, zuriat dan keturunan mereka mestilah terpelihara nasabnya dengan cara

bermaruah. Kesan daripada perkara ini lahirlah syariat perkahwinan dan hukum

kekeluargaan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentang maqasid syariah dalam

bab perkahwinan dari segi tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan. Responden

dalam kajian ini melibatkan enam orang yang terdiri daripada pelbagai status iaitu

suami, isteri, anak dan kaunselor. Kaedah kualitatif yang digunakan bagi

memperolehi data dan maklumat dalam kajian ini adalah melalui kaedah kepustakaan

dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat responden yang masih kurang

memahami apakah yang dikatakan dengan pelaksanaan tanggungjawab dalam

perkahwinan berlandaskan syariat Islam. Kesemua responden bersetuju dengan

kepentingan tanggungjawab dan kesan apabila mengabaikannya boleh mempengaruhi

kehidupan seharian mereka. Akhir sekali pengkaji menyatakan beberapa cadangan

untuk menambahbaikkan pembinaan sebuah keluarga berdasarkan kepentingan

maqasid syariah.

Page 9: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

vi

ABSTRACT

Islam brought to humanity the rules in order to maintain the good of their

lives. The purpose of this is known as "Maqasid al-Shariah". There are five main

goals of Islamic law to protect the interests of preserving Islamic religion, life, mind,

decent and property. In the context of family, Islam views man with glory and honor.

Thus, their descendants must be preserved dignified manner. The effect of this was

existed the marriage and family law. This study aimed to find out about the objectives

of Islamic law in the chapter of the marriage in term of responsibilities. Respondents

in this study involved six peoples from different status of the husband, wife, children,

students and counselors. Qualitative methods used to get data and information in this

study through literature and interviews. The results showed that respondents who are

less familiar with what was said by the responsibilities of marriage based on Islamic

law. All respondents agreed with the importance of responsibility and can ignore the

impact on their personal lives. The study states several recommendations to improve

the construction of a family based on the objectives of Islamic law.

Page 10: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI SINGKATAN viii

SENARAI LAMPIARAN xiv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah Kajian 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

Page 11: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

viii

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Maqasid Syariah 12

2.2.1 Definisi Maqasid Syariah 12

2.2.2 Matlamat Maqasid Syariah 14

2.2.3 Memelihara Kemaslahatan (Kebaikan)

Dan Menolak Mudarat (Keburukan) 15

2.2.4 Maslahah Mursalah 18

2.3 Konsep Perkahwinan Menurut Islam 20

2.3.1 Definisi Perkahwinan 20

2.3.2 Definisi Perkahwinan Menurut Islam 21

2.3.3 Dalil Pensyari’atan Perkahwinan 23

2.3.3.1 Menurut al-Quran 23

2.3.3.2 Menurut Hadis 24

2.3.4 Hukum Perkahwinan 25

2.3.5 Tujuan Perkahwinan 25

2.3.6 Hikmah Perkahwinan 28

2.4 Tanggungjawab Suami Dan Isteri Dalam

Sebuah Rumahtangga 30

Page 12: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

ix

2.4.1 Tanggungjawab Suami 30

2.4.2 Tanggungjawab Isteri 33

2.4.3 Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri 35

2.4.4 Tanggungjawab Ibu Bapa 37

2.4.5 Tanggungjawab Anak 38

2.5 Tanggungjawab Dan Maqasid Syariah 41

2.5.1 Matlamat Perundangan Islam

(Maqasid Syariah) Terhadap Pelaksanaan

Tanggungjawab Dalam Perkahwinan 41

2.5.2 Kesan Mengabaikan Tanggungjawab

Dalam Perkahwinan 41

2.6 Kajian Lepas 42

2.7 Penutup 43

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 44

3.1 Pendahuluan 44

3.2 Rekabentuk Kajian 45

3.3 Metod Pengumpulan Data 45

3.3.1 Metod Dokumentasi 46

3.3.2 Metod Deskriptif 46

3.3.3 Metod Penyelidikan Perpustakaan 46

3.3.4 Metod Temubual Semi Struktur 47

3.4 Tempat Kajian 48

Page 13: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

x

3.5 Instrumen Kajian 49

3.6 Kaedah Kajian 49

3.7 Analisis Data 49

3.8 Penutup 50

BAB 4 ANALISIS DATA 51

4.1 Pendahuluan 51

4.2 Matlamat Perundangan Islam (Maqasid Syariah)

Terhadap Perkahwinan Dan Tanggungjawab Yang Perlu

Dilaksanakan 52

4.2.1 Matlamat Perundangan Islam (Maqasid Syariah) 52

4.2.2 Perkahwinan Menurut Islam 53

4.2.2.1 Konsep Asas Perkahwinan 53

4.2.2.2 Tujuan Disyariatkan Perkahwinan 55

4.2.3 Tanggungjawab Dalam Perkahwinan 59

4.3 Kepentingan Melaksanakan Tanggungjawab

Terhadap Perkahwinan Yang Dibina Dalam Membentuk

Sesebuah Keluarga Yang Berlandaskan Syariat Islam 61

4.3.1 Kepentingan Melaksanakan Tanggungjawab

Dalam Perkahwinan 61

4.3.2 Pelaksanaan Tanggungjawab Dan Perkaitan

Page 14: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

xi

Maqasid Syariah Dalam Membentuk Sebuah

Keluarga Yang Berlandaskan Syariat Islam 64

4.4 Kesan Yang Akan Ditanggung Oleh Ahli Keluarga

Sekiranya Seseorang Itu Tidak Melaksanakan

Tanggungjawab Dalam Perkahwinan Dengan

Sebaik-Baiknya Seperti Yang Telah Ditetapkan

Oleh Syarak 66

4.4.1 Kesan Pengabaian Tanggungjawab Dalam

Perkahwinan 66

4.4.2 Pengabaian Tanggungjawab Dalam Konteks

Maqasid Syariah 68

4.5 Penutup 70

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 71

5.1 Pengenalan 71

5.2 Kesimpulan 71

5.2.1 Mengetahui Matlamat Perundangan Islam

(Maqasid Syariah) Terhadap Perkahwinan

Dan Tanggungjawab Yang Perlu Dilaksanakan 72

5.2.2 Menyatakan Kepentingan Melaksanakan

Tanggungjawab Terhadap Perkahwinan Yang

Dibina Dalam Membentuk Sesebuah Keluarga

Page 15: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

xii

Yang Berlandaskan Syariat Islam 73

5.2.3 Menyatakan Kesan Yang Akan Ditanggung

Oleh Ahli Keluarga Sekiranya Seseorang Itu

Tidak Melaksanakan Tanggungjawab Dalam

Perkahwinan Dengan Sebaik-Baiknya Seperti

Yang Telah Ditetapkan Oleh Syarak 74

5.3 Cadangan 74

5.3.1 Ibu Bapa 75

5.3.2 Majlis Agama Negeri 75

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.5 Penutup 77

SENARAI RUJUKAN 78

SENARAI LAMPIRAN 83

Page 16: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

xiii

SENARAI SINGKATAN

PSI : Perpustakaana Sultan Ismail

PSZ : Perpustakaana Sultanah Zanariah

SAW : Sallallahu ‘alaihi wasallam

SPI : Sarjana Muda Pengajian Islam

S.W.T : Subhanahu wa ta'ala

UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A SURAT MEMOHON KEBENRAN

MENDAPATKAN MAKLUMAT 83

B SURAT TUGASAN PELAJAR 84

C SOALAN DAN JAWAPAN TEMUBUAL KAJIAN

KEPADA RESPONDEN 85

D KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN 93

Page 18: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Islam membawa peraturan kepada umat manusia bertujuan untuk menjaga

kemaslahatan hidup mereka. Tujuan ini dikenali sebagai “Maqasid al-Syariah”.

Terdapat lima matlamat utama dalam perundangan Islam bagi menjaga kepentingan

syarak iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Dalam konteks kekeluargaan, Islam memandang manusia dengan penuh

kemuliaan dan kehormatan. Oleh itu, zuriat dan keturunan mereka mestilah

terpelihara nasabnya dengan cara bermaruah. Kesan daripada perkara ini lahirlah

syariat perkahwinan dan hukum kekeluargaan. Islam sangat melarang umatnya

melakukan perbuatan zina demi memelihara zuriat manusia dari tercemar dan maruah

mereka tergadai.

Perkahwinan merupakan tuntutan fitrah ke atas diri manusia yang hidup di

muka bumi sebagai hamba Allah S.W.T dan Islam mengiktiraf keinginan dan

kerperluan tersebut. Firman Allah S.W.T:

Page 19: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

2

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan

rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri

dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya,

dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas

kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang

menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum, 30: 21)

Manakala firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah

menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan

daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan

dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai dan

bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut

namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana

sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

(Surah an-Nisaa’, 4: 1)

Perkahwinan dalam Islam juga merupakan suatu sunnah Rasulullah SAW

yang berbentuk qauliyyah dan fi’liyyah. Rasulullah SAW sangat menganjurkan

umatnya mendirikan perkahwinan berdasarkan hadis baginda SAW:

Page 20: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

3

رشعا مول اهللا (صلى اهللا عليه وسلم) قال : " يسأن ر ودعسن ماب نع

أحصن والشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه اغض للبصر

للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء."

Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan di

kalangan kamu, maka hendaklah dia berkahwin. Ini lebih menundukkan pandangan

dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan maka mestilah dia

berpuasa kerana puasa itu adalah benteng baginya.” (hadis diriwayatkan oleh Imam

Bukhari dan Imam Muslim daripada Abdullah Ibn Mas’ud).

Islam sebagai suatu peraturan hidup yang lengkap dan sempurna dalam

pembentukan masyarakat yang sejahtera, telah menetapkan peraturan-peraturan

perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempurna. Pembentukan ini bukan

sahaja berbentuk undang-undang tetapi menerusi pembentukan rasa tanggungjawab

dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina berdasarkan kesedaran beragama

yang diterapkan melalui pendidikan. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai

akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai

kesedaran keagamaan.

Perundangan Islam yang dibina berdasarkan sumber yang jelas iaitu al-Quran

dan as-Sunnah sebagai panduan dan suluhan tentang syariat Islam telah menyentuh

soal kekeluargaan bermula dari penubuhan rumahtangga, penceraian, pengisian dalam

sebuah keluarga yang berbentuk tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibubapa dan

anak sama ada dalam bentul material (kebendaan) atau spiritual (dalaman)

sehinggalah kepada soal pendidikan yang sempurna yang boleh menyelamatkan zuriat

keturunan di dunia dan di akhirat.

Page 21: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

4

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah mengenai maqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi

tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan. “Maqasid Syariah” adalah bermaksud

tujuan atau objektif suatu syariah atau hukum ditetapkan. Maqasid utama syariat

Islam ialah untuk memberi kemaslahatan kepada manusia sama ada menarik

maslahah (manfaat) tersebut atau menolak mudarat (keburukan) daripada manusia.

Oleh itu didapati semua hukum syarak bernaung di bawah konsep jaminan maslahah

kepada manusia bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Menurut Ahmad al-Raisuni dalam kitabnya “Nazariyyat al-Maqasid I'nda al-

Imam al-Syatibi” maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan

sesuatu. Antara istilah popular yang digunakan ialah maqasid syariah, maqasid al-

Syari' (Allah) dan maqasid syara’ atau di dalam bahasa Arabnya maqasid al-syariah,

maqasid al-Syari' dan al-maqasid al- syar'iyyah.

Manakala menurut al-Syatibi, maqasid syariah mempunyai lima prinsip asas

Islam iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Kesemuanya prinsip ini

termasuk dalam perkara keperluan asas (daruriyyat). Malah pada pandangan al-

Syatibi, menururtnya segala apa yang disyariatkan tidak terlepas daripada maqasid ini

yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kepentingan asas (daruriyyat), keperluan

biasa (hajiyyat) dan pelengkap (tahsiniyyat) (http://maqasid-syariah.blogspot.com

/2008_01_01_archive.htm

Perkahwinan merupakan hukum yang termasuk dalam perkara yang keempat

keperluan asas daruriyyat iaitu menjaga maruah dan keturunan. Dalam konteks

perkahwinan, syariat yang ditetapkan adalah untuk melindungi manusia dari fitnah,

menjauhkan manusia dari permasalahan keturunan seperti masalah tidak mengetahui

siapa bapa kerana perlakuan zina. Selain itu, dalam perkahwinan pula harus ada wali

dan saksi yang keduanya menjadi peneguh dan pembela jika kesalahfahaman berlaku.

). Kesimpulannya, maqasid syariah ialah matlamat-matlamat

yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia.

Page 22: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

5

Persetujuan wali juga menjadi simbol peralihan tanggungjawab seorang bapa

kepada seorang suami. Kemudian disunatkan pula membuat walimah walau hanya

dengan beberapa butir kurma dengan tujuan memberi tahu kepada masyarakat

keadaan mereka berdua yang telah menjadi suami isteri.

Memahami maqasid syariah akan banyak membantu kita menyelesaikan

permasalahan-permasalahan yang rumit. Ia juga membantu kita mencapai hikmah-

hikmah yang terkandung di dalamnya. Seseorang yang memahami maqasid syariah

akan melahirkan sebuah perkahwinan yang unik jika dengan perkahwinan tersebut

dapat memelihara aqidah atau jiwa atau maqasid-maqasid syariah yang lain. Ini

kerana menjaga aqidah adalah lebih penting dari perkahwinan yang sempurna.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Kepincangan dan kebimbangan yang banyak berlaku dalam keluarga Islam

pada hari ini adalah disebabkan pembentukannya tidak memenuhi kehendak-

kehendak Islam. Kekurangan asas-asas keagamaan dalam diri setiap individu juga

menyebabkan pasangan suami dan isteri jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan

dengan diri mereka dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak.

Kesan daripada masalah inilah yang membawa pelbagai masalah kepada

masyarakat hari ini seperti keruntuhan akhlak dan moral anak-anak remaja yang

semakin sukar untuk dibendung. Ini dapat dilihat apabila setiap hari ada sahaja kes

pembuangan bayi yang dilaporkan, masalah yang berkaitan dengan jenayah zina di

kalangan remaja dan masalah sosial lain. Hal ini berlaku kerana terdapat segelintir ibu

bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut syariat Islam.

Golongan ini terlalu bebas mengikut arus kehidupan hari ini. Mereka memanjakan

Page 23: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

6

anak-anak tanpa batasan dan tidak mengikut kehendak yang Islam anjurkan dalam

membentuk dan membimbing akhlak anak-anak.

Manakala masalah yang wujud antara pasangan suami isteri yang tidak

melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dalam perkahwinan juga boleh

membawa kepada keruntuhan rumahtangga yang dibina sekiranya mereka tidak

memahami tugas dan peranan mereka.

Situasi permasalahan yang berlaku pada hari ini telah mendorong pengkaji

untuk membuat kajian berkaitan dengan “Maqasid Syariah dalam Bab Perkahwinan

Dari Segi Tanggungjawab”. Ini bertujuan untuk mengetahui matlamat perundangan

Islam terhadap perkahwinan dari segi pelaksanaan tanggungjawab supaya dapat

memelihara kebaikan rumahtangga dan melahirkan sebuah keluarga yang mengikut

kehendak syariat Islam.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.4.1 Mengetahui matlamat perundangan Islam (maqasid syariah) terhadap

perkahwinan dan pelaksanaan tanggungjawab dalam perkahwinan.

1.4.2 Menyatakan kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap perkahwinan

yang dibina dalam membentuk sesebuah keluarga yang berlandaskan syariat

Islam.

Page 24: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

7

1.4.3 Menyatakan kesan yang akan ditanggung oleh ahli keluarga sekiranya

seseorang itu tidak melaksanakan tanggungjawab dalam perkahwinan dengan

sebaik-baiknya seperti yang telah ditetapkan oleh syarak.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

1.5.1 Apakah matlamat perundangan Islam (maqasid syariah) terhadap perkahwinan

dan pelaksanaan tanggungjawab dalam perkahwinan?

1.5.2 Apakah kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap perkahwinan

yang dibina dalam membentuk sesebuah keluarga yang berlandaskan syariat

Islam?

1.5.3 Apakah kesan yang akan ditanggung oleh ahli keluarga sekiranya seseorang

itu tidak melaksanakan tanggungjawab dalam perkahwinan dengan sebaik-

baiknya seperti yang telah ditetapkan oleh syarak?

Page 25: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

8

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini difikirkan perlu dijalankan kerana pengkaji mendapati banyak

masalah yang melanda masyarakat hari ini seperti keruntuhan akhlak dan moral

remaja serta penceraian suami isteri ada hubungan dengan perlaksanaan

tanggungjawab dalam perkahwinan. Justeru, pengkaji merasakan perlu untuk

membuat kajian ini bagi mengetahui tujuan disyariatkan perkahwinan dan

kepentingan tanggungjawab terhadap perkahwinan seperti yang telah ditetapkan oleh

syariat Islam.

Dengan kajian ini juga adalah diharapkan:

(i) Dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang tujuan

sebenar perkahwinan dalam Islam dan kepentingan melaksanakan

tanggungjawab.

(ii) Dapat menjadi sumber rujukan dan panduan kepada masyarakat luar

terutama mereka yang ingin membina keluarga yang berlandaskan

syariat Islam.

(iii) Dapat menjadi sebagai salah satu bahan rujukan kepada pengkaji lain

dan pelajar.

Page 26: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

9

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan keatas enam orang responden yang terdiri daripada

pelbagai latarbelakang seperti suami, isteri, anak dan kaunselor dari Jabatan Agama

Daerah Johor Bahru. Pengkaji memilih responden tersebut kerana golongan telah

berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bagi mencapai

tujuan sebenar perkahwinan. Selain memilih pasangan yang telah mendirikan

rumahtangga dan mempunyai anak sebagai responden, pengkaji juga memilih

golongan yang belum berkahwin sebagai responden. Ini kerana mereka juga tergolong

sebagai individu yang terlibat dalam pelaksaanan tanggungjawab terhadap keluarga

mereka. Kajian ini dilakukan di sekitar Johor Bahru kerana berdekat dengan rumah

dan tempat pengajian pengkaji .

Data dikumpul melalui kaedah temubual. Selain itu, pengkaji juga membuat

kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang

dilaksanakan. Kajian ini mengupas tentang matlamat perundangan Islam (Maqasid

Syariah) dalam bab perkahwinan, pelaksanaan tanggungjawab, kepentingan

pelaksanaan tanggungjawab dan kesan pengabaian tanggungjawab dari sudut maqasid

syariah.

Page 27: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

10

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Maqasid

Maqasid bererti tujuan. Menurut Kamus Dewan, tujuan bermaksud arah, hala,

haluan, yang dituju, matlamat, maksud atau tuntutan (Kamus Dewan,

2007:1724).

1.8.2 Syariah

Perkataan “syariah” berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu syar’ yang

bermaksud undang-undang. Bagi perkataan “syariah” pula bermaksud sesuatu

atau apa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T sama ada pegangan atau hukum,

metod syariat dan undang-undang (Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil,

2006:318). Manakala merujuk kepada Kamus Dewan pula, “syariah” adalah

bermaksud hukum Islam (Kamus Dewan, 2007:1559).

1.8.3 Perkahwinan

Merujuk Kamus Dewan, perkataan perkahwinan adalah bermaksud perihal

pernikahan atau penggabungan di antara dua unsur yang berlainan (Kamus

Dewan, 2007:655).

1.8.4 Tanggungjawab

Maksud tanggungjawab menurut Kamus Dewan adalah kewajiban yang

dipikul oleh seseorang (Kamus Dewan, 2007:1601).

Page 28: NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi tanggungjawab . nazihah binti nasirudin . universiti teknologi malaysia

11

1.9 Penutup

Setiap peraturan dan hukum yang disyariatkan oleh Islam mempunyai tujuan

dan matlamat iaitu menjaga kebaikan dan menolak keburukan. Ini termasuklah dalam

bab perkahwinan. Mempelajari konsep kekeluargaan yang sebenar adalah fardu ‘ain

bagi setiap umat Islam yang berada di gerbang perkahwinan kerana Islam telah

mengubah persepsi tentang kehidupan rumahtangga daripada adat dan kerutinan

kepada ibadat dan pengabdian serta nafsu dan mainan kepada amanah dan

tanggungjawab kepada manusia.