14
Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes: Bandaraya Johor Bahru. Noraslinda Abdul Rahman Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia E-mail: [email protected] Rosmiza Wira Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan E-mail:[email protected] Norazila Kamarulzaman Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, E-mail:[email protected] Abstrak Senibina merupakan elemen penting untuk membentuk pelancongan lestari. Kajian ini akan mengupas tentang kepentingan nilai senibina yang perlu dipelihara dan pelan pelancongan yang boleh memberi impak pada industri pelancongan di Malaysia. Sejak beberapa dekad, industri pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan mempunyai kepelbagaian untuk menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia (UNWTO, 2018). Nilai senibina boleh dilihat dalam bentuk estetik dan dizahirkan dalam bentuk fizikal yang mudah dikenali oleh persekitarannya. Sebagai contoh, bangunan ikonik dapat menjadikan bandar-bandar dikenali dengan mudah, bangunan bersejarah pula telah merakamkan peristiwa yang memaparkan nilai kebudayaan serta menjadi tempat tumpuan masyarakat setempat. Budaya dan alam semula jadi diperlukan untuk menjadikan pelancongan berkembang dengan lebih baik, selain itu, elemen bersejarah dan arkeologi juga menjadi sebahagian daripada daya tarikan pelancong seperti muzium, mercu tanda negara, taman, patung, monumen dan lain-lain (Scerri, Deborah & Edward, 2016). Di sinilah pentingnya nilai seni bina harus dipelihara untuk mengekalkan identiti rantau. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis nilai seni bina Johor dalam membentuk imej dan rasa tempat (sense of place) yang mempengaruhi pengalaman untuk meningkatkan motivasi pelancong di Malaysia. Pengumpulan data dalam kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan maklumat yang tepat, telus dan terkini. 99 peratus responden bersetuju bahawa nilai seni bina adalah penting sebagai imej pelancongan dan memberi impak kepada pembangunan ekonomi, persekitaran dan sosial. Pada akhir kajian ini, pengkaji akan merumuskan idea, peraturan dan cadangan yang dapat meningkatkan motivasi pelancong dalam membantu Bandaraya Johor Bahru sebagai kawasan tarikan pelancongan di dalam bandar.

Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan

Kajian Kes: Bandaraya Johor Bahru.

Noraslinda Abdul Rahman

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM),

Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia

E-mail: [email protected]

Rosmiza Wira

Jabatan Kejuruteraan Awam,

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

E-mail:[email protected]

Norazila Kamarulzaman

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM),

Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia,

E-mail:[email protected]

Abstrak

Senibina merupakan elemen penting untuk membentuk pelancongan lestari. Kajian ini akan mengupas tentang kepentingan nilai senibina yang perlu dipelihara dan pelan pelancongan yang boleh memberi impak pada industri pelancongan di Malaysia. Sejak beberapa dekad, industri pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan mempunyai kepelbagaian untuk menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia (UNWTO, 2018). Nilai senibina boleh dilihat dalam bentuk estetik dan dizahirkan dalam bentuk fizikal yang mudah dikenali oleh persekitarannya. Sebagai contoh, bangunan ikonik dapat menjadikan bandar-bandar dikenali dengan mudah, bangunan bersejarah pula telah merakamkan peristiwa yang memaparkan nilai kebudayaan serta menjadi tempat tumpuan masyarakat setempat. Budaya dan alam semula jadi diperlukan untuk menjadikan pelancongan berkembang dengan lebih baik, selain itu, elemen bersejarah dan arkeologi juga menjadi sebahagian daripada daya tarikan pelancong seperti muzium, mercu tanda negara, taman, patung, monumen dan lain-lain (Scerri, Deborah & Edward, 2016). Di sinilah pentingnya nilai seni bina harus dipelihara untuk mengekalkan identiti rantau. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis nilai seni bina Johor dalam membentuk imej dan rasa tempat (sense of place) yang mempengaruhi pengalaman untuk meningkatkan motivasi pelancong di Malaysia. Pengumpulan data dalam kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan maklumat yang tepat, telus dan terkini. 99 peratus responden bersetuju bahawa nilai seni bina adalah penting sebagai imej pelancongan dan memberi impak kepada pembangunan ekonomi, persekitaran dan sosial. Pada akhir kajian ini, pengkaji akan merumuskan idea, peraturan dan cadangan yang dapat meningkatkan motivasi pelancong dalam membantu Bandaraya Johor Bahru sebagai kawasan tarikan pelancongan di dalam bandar.

Page 2: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

Kata Kunci: Senibina dan Pelancongan, Pelancongan Warisan.

1.0 Pengenalan

Senibina adalah gabungan seni yang dibina dan terbentuklah ia secara fizikal yang memainkan peranan penting dalam pelan pelancongan. Elemen

senibina seperti bangunan, monumen, arca, taman, lanskap dan ruang awam menyumbang kepada identiti sesebuah tempat. Kehadiran elemen-elemen ini adalah sebagai sebahagian daripada faktor penting untuk

tarikan industri pelancongan. Menurut Edwards, Griffin dan Hayllar (2008) dalam Scerri, Edwards dan Foley (2016), bentuk fizikal seperti yang ditakrifkan oleh seni bina merujuk kepada ruang yang mempunyai nilai

estetika dan mampu membantu menarik minat orang untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai sejarah dan fizikal senibina yang ada. Ia juga

membantu meningkatkan motivasi pelancong ke kawasan itu melalui pelbagai tumpuan yang menarik perhatian pengunjung dan menawarkan kepada mereka pengalaman yang kaya (Krolikowski dan Brown, 2008).

Dalam pengertian ini, nilai-nilai seni bina dapat dilihat mempunyai pengaruh secara langsung terhadap motivasi pelancongan. Motivasi

pelancongan adalah faktor "tolak" dan "tarik" yang dikaitkan dengan keinginan seseorang untuk bercuti (faktor tolak) dan pilihan destinasi (faktor tarikan). Di seluruh dunia, senibina sentiasa mempunyai pengaruh

yang kuat dalam pelancongan. Sebagai contoh, seperti yang dilihat dalam pelancongan mass tourism, bangunan bersejarah, istana dan monumen

seperti yang terdapat di Eropah dan Asia sehingga kini masih terus menerima lebih ramai ketibaan pelancong dari seluruh dunia. Seni bina yang hebat boleh menjadi instrumen untuk meningkatkan imej

destinasi seterusnya meletakkan sesebuah destinasi yang kurang dikenali di dalam peta dunia. Menurut Scerri, Edwards dan Foley (2016), sesebuah binaan bangunan boleh menjadikan sesebuah tempat mudah dikenali dan

diingati. Gambaran seni bina menjadi sinonim kepada imej sesebuah destinasi. Penulis juga berpendapat bahawa bangunan bersejarah telah

merakamkan peristiwa-peritiwa penting seperti perayaan, sambutan hari peristiwa yang melibatkan orang-orang penting yang terakam dalam sejarah senibina tersebut. Sementara itu, muzium adalah bangunan yang

memegang dan mempamerkan produk budaya serta artifak bersejarah yang berfungsi sebagai titik rujukan pendidikan bagi masyarakat tempatan dan

pelancong luar negara. Peranan seni bina dalam pelancongan merangkumi bidang yang sangat luas termasuklah seni bina infrastruktur yang diperlukan untuk membawa pelancong kepada tarikan fizikal yang ingin

dikunjungi. Pelancongan adalah satu alat yang digunakan untuk menjual pengalaman indah dan istimewa kepada pelancong di mana suasana tersebut akan menjadi momen yang selalu diingati. Setiap seni bina yang

menjadi tumpuan pelancong mempunyai keunikan identitinya yang tersendiri. Kajian ini akan menumpukan kepada seni bina Johor dalam

konteks industri pelancongan di Malaysia.

Page 3: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

2.0 Metodologi Kajian.

Metodologi penyelidikan amat penting dalam kajian ini untuk mencapai

objektif kajian iaitu menganalisis nilai seni bina Johor dalam membentuk imej dan rasa tempat (sense of place) yang mempengaruhi pengalaman untuk meningkatkan motivasi pelancong di Malaysia khususnya di

Bandaraya Johor Bahru. Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan maklumat yang tepat, telus dan terkini. Nilai

seni bina sangat subjektif untuk diukur kerana ia mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai nilai estetik sesebuah binaan. Oleh itu melalui kaedah kuantitatif, pengkaji telah menentukan sampel kajian

dengan memilih 200 reponden yang terdiri daripada golongan professional iaitu arkitek, arkitek landskap, perancang bandar dan pelancong yang terdiri daripada pelancong domestik dan pelancong antarabangsa. Borang

soal selidik mempunyai lima (5) bahagian yang mengandungi 19 soalan berkaitan perkara dibawah. Hasil dapatan kajian ini diperolehi dengan

menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS).

Bahagian Perkara Kaedah

A Profil Responden. Perenggan Ringkas

B Perilaku Perjalanan Pelancong. Pilihan Pelbagai

C Elemen Seni bina di Johor Bahru

(Elemen tersebut dipilih berdasarkan tempat tarikan pelancongan di Johor Bahru yang telah disenaraikan oleh

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Johor).

Elemen yang dinilai adalah Masjid Sultan Abu Bakar, Muzium Diraja Abu Bakar, Bangunan Sultan Ibrahim,

Gerbang Mahkota johor, Muzium KTM, Rumah Kedai Warisan di Bandaraya Johor Bahru, Sungai Segget, Bazar

Karat da lain-lain.

skala linear

skala 1 (kurang

karekter yang dinyatakan) sehingga

skala 3 (mempunyai karekter jelas yang

dinyatakan)

*sila rujuk elemen yang dinilai pada

Jadual 2.

D Imej Pelancongan di Johor Bahru. ‘Ya’ atau ‘Tidak’

E Pendapat dan Persepsi umum. Perenggan

Jadual 1: Maklumat Kajian Dalam Borang Soal Selidik.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat, pengkaji telah melaksanakan beberapa siri temuduga dan perbincangan bersama pihak berkepentingan (stakeholder) dalam industri pelancongan di Johor

Bahru iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri

Page 4: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Think City Johor, dan peniaga sekitar Bandaraya Johor Bahru. Perbincangan adalah

berkaitan peranan setiap agensi terlibat bagi meningkatkan motivasi pelancong serta tindakan yang mereka laksanakan dalam memelihara nilai

seni bina tersebut. Kajian ini dilaksanakan bermula Januari 2018 sehingga Julai 2018.

3.0 Nilai Seni Bina Johor. Johor Bahru adalah ibu negari Johor, terletak di bahagian paling selatan

Semenanjung Malaysia, bersebelahan dengan Singapura dengan jumlah penduduk seramai setengah juta dan menjadikannya bandar kedua

terbesar di Malaysia (Jabatan Statistik, Malaysia, 2010). Johor Bahru mempunyai keupayaan tersendiri untuk menarik pelancong domestik dan pelancong antarabangsa. Menurut Statistik Tourism Malaysia (2017),

seramai 7.01 juta pelancong menginap di Johor dengan peratusan terbesar di Johor Bahru sebanyak 69%. Tempoh perjalanan pelancongan adalah

faktor utama yang memberi perubahan dari semasa ke semasa di semua destinasi pelancongan. Ia penting kerana memberi kesan terhadap perbelanjaan secara keseluruhan aspek pelancongan (Economics, Thrane

and Science, 2015). Rajah 1 menunjukkan peta bandaraya Johor Bahru yang merangkumi warisan senibina, sekaligus menjadikan tempat ini begitu unik dan kaya dengan sejarah.

Rajah 2: Bangunan yang terdapat di Johor Bahru dan menjadi tumpuan

industri pelancongan.

Rajah 1: Bandaraya Johor Bahru

MALAYSIA

Singapura

Bandaraya Johor

Bahru

Page 5: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

Merujuk kepada kajian yang dilaksanakan, Bandaraya Johor Bahru yang tidak mempunyai sense of welcoming bagi menarik orang untuk duduk dan

berehat. Ini disebabkan oleh keadaan laluan pejalan kaki yang tidak selamat dan mesra pengguna, kekurangan tempat duduk yang selesa,

aspek keselamatan kerana kekurangan lampu jalan, pencemaran dan ketiadaan ruang landskap terbuka (Rahely, Najafpour dan Lamit, 2013). Kajian merumuskan bahawa kebanyakan kelemahan tersebut disebabkan

oleh kekurangan nilai seni bina seperti seni bina jalanan, seni bina lanskap dan lain-lain. Tempat-tempat menarik di Johor Bahru dan nilai seni bina

penting sebagai penanda aras pelancongan yang mempunyai potensi untuk meremajakan bandar. Peremajaan Johor Bahru melibatkan proses regenerasi bandar untuk memperbaiki semula tempat-tempat tersebut.

Dalam proses ini, inisiatif regenerasi dirancang bagi meningkatkan keadaan fizikal tempat, meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kemampanan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup komiditi tempatan dan

antarabangsa. Penjenamaan semula bandar ini boleh menjadi motivasi pelancong tempatan dan antarabangsa untuk datang ke sini serta

meningkatkan aktiviti pelancongan di Johor Bahru. Walau bagaimanapun, sukar untuk membincangkan pelancongan tanpa membincangkan seni bina kerana seni bina merupakan tarikan pelancong dan sebagai modal

budaya yang bersifat objektif (Scerri, Edwards dan Foley, 2016). Seni bina Johor terbentuk daripada gabungan seni bina Belanda, Melayu, Cina, India,

Portugis, dan Inggeris yang datang ke Johor dari pelbagai era. Kepelbagaian etnik menghasilkan keunikan pada bandar ini. Tempat yang kaya dengan budaya dan alam mempunyai potensi untuk menjadikan pelancongan

berkembang dengan jayanya. Selain itu, tapak bersejarah dan arkeologi juga menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong seperti muzium, mercu tanda, taman, arca, monumen dan lain-lain.

3.1 Johor Bahru Dan Nilai Senibinanya. Nilai seni bina memainkan peranan penting dalam meremajakan

pemandangan bandaraya Johor Bahru. Berdasarkan pemerhatian tapak, bandaraya Johor Bahru terdiri daripada kepelbagaian seni bina kepelbagaian seperti seni bina diraja, seni bina agama, seni bina bangunan

pentadbiran negeri, seni bina budaya, seni bina moden, seni bina jalanan, seni bina lanskap dan lain-lain. Senibina yang indah dan kaya dapat dilihat

pada bangunan diraja yang melambangkan status keunggulan Johor. 88% responden bersetuju bahawa Masjid Sultan Abu Bakar sebagai imej pelancongan Johor. Gabungan seni bina Victoria sebagai ilham

rekabentuknya sekaligus menjadikannya sangat unik dan berbeza daripada seni bina negeri lain. Ia juga terletak di atas bukit yang mengadap

pemandangan Selat Johor dan Singapura. Selain itu, seni bina diraja dapat dilihat dengan teliti di Istana Abu Bakar yang dikelilingi oleh beberapa hektar tanah dengan pemandangan taman hijau seluas mata memandang,

Page 6: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

bangunan ini selesai di bina pada tahun 1866. Pada tahun 1990, ia telah digazetkan sebagai muzium awam dengan koleksi artifak diraja yang

mengagumkan. 79% responden bersetuju bahawa Istana Abu Bakar sebagai imej pelancongan Johor.

Nilai senibina Johor juga diterapkan pada bangunan rasmi pentadbiran negeri seperti Bangunan Sultan Ibrahim yang menggabungkan seni bina

barat dan timur, ia menjadi simbol di mana tamadun tradisional dan moden bercampur dengan sangat harmoni.. Di samping itu, seni bina tersebut merupakan bangunan pencakar langit paling awal dan berdiri

paling tinggi di antara bangunan-bangunan di Johor Bahru sehingga tahun 1970-an serta menjadi simbol rancangan berwawasan Raja untuk Johor (Laman Web Pelancongan Rasmi Johor, 2018). Bangunan bersejarah yang

lain adalah Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang dibina pada tahun 1900 menunjukkan ciri-ciri Senibina Renaissance Itali kerana Johor dibawa di

bawah kawalan British apabila mahkamah dibina. Selain itu, Balai Polis Johor Bahru dipengaruhi oleh seni bina dari England dengan hiasan biru dan putih (Laman Web Pelancongan Rasmi Johor, 2018). Berhampiran balai

polis terdapat bangunan bersejarah yang menghubungkan dua negara jiran Malaysia-Singapura, Stesen Kereta Api Lama Johor Bahru dilancarkan pada tahun 1932 dan telah menjadi stesen keretapi antara-bandar yang

menawarkan seni bina barat dengan cara yang sangat unik. Kini, bangunan tersebut dibuka sebagai muzium kereta api pertama dan memberi peluang

kepada pelancong untuk mendapatkan pengalaman seni bina yang hebat.

Rajah 3: Masjid Sultan Ibrahim Rajah 4: Istana Abu Bakar

Rajah 5: Seni Bina Bangunan

Sultan Ibrahim Rajah 6: Seni bina Mahkamah

Tinggi Johor

Page 7: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

Bandaraya Johor Bahru dibentuk oleh hubungan yang kuat di kalangan

masyarakat berbilang kaum. Ia dapat dibuktikan dengan adanya pelbagai bangunan keagamaan seperti Masjid Sultan Abu Bakar untuk muslim, Kuil

Cina Lama Johor Bahru untuk masyarakat Cina yang dibina pada abad ke-19 dengan kombinasi kumpulan Cina yang berbeza seperti Hokkien, Kantonis, Hainan, Teochew dan Hakka yang menggabungkan semua

identiti Cina. Kuil Sri Raja Mariamman Johor Bahru merupakan seni bina yang berusia ratusan tahun yang terletak di tengah-tengah bangunan moden menjadikan seni bina ini sangat unik dan berbeza. Seterusnya ialah

Kuil Sikh Johor Bahru Gurdwara Sahib yang merupakan warisan Sikh yang paling unik dan eksotik kerana pada zaman pembinaanya, kebanyakan

orang-orang Sikh dilantik bekerja sebagai anggota polis dan pengawal peribadi pembesar-pembesar Johor. Di samping itu terdapat juga Masjid India Muslim terletak di persimpangan Jalan Duke dan Jalan Dhoby yang

memaparkan sebuah kubah perak dan biru dengan dua menara di sebelahnya, seni bina tersebut dibina dengan dinding putih dan kaca

berwarna biru, menawarkan suasana moden sekaligus diberi nafas baru dengan mengekalkan seni bina asalnya. Muzium Warisan Cina Tiong Hua adalah sebuah muzium yang baru diubahsuai terdiri daripada empat

tingkat di tengah-tengah barisan kedai. 76% responden bersetuju bahawa seni bina rumah kedai di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru berpotensi sebagai imej pelancongan.

Rajah 8: Seni bina Kuil Cina Lama

Johor Bahru

Rajah 10: Seni bina rumah kedai yang diubahsuai menjadi Muzium

Warisan Cina Tiong Hua

Rajah 9: Seni bina Kuil Sikh

Rajah 7: Seni bina Kuil Sri Raja

Mariamman Johor Bahru

Page 8: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

84% responden bersetuju bahawa seni bina Gerbang Mahkota Johor

merupakan tarikan pelancong sebagai motivasi kepada aktiviti riadah bersama keluarga dan aktiviti merakamkan foto seiring dengan kemajuan

teknologi terutamanya dalam konteks media sosial. Bandaraya Johor Bahru meletakkan sasaran untuk menjadi destinasi pelancongan yang berkembang maju dan dinamik pada tahun 2020 dengan tema Hiburan

Keluarga yang menyediakan fasiliti rekreasi berkelas dunia dan sebagai bandar destinasi pelancongan di Malaysia (Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar, 2013). Oleh itu, pemandangan bandar yang sedang

mengalami perubahan untuk mencapai visi tersebut dapat dilihat dengan pembinaan kawasan pelancongan yang dibangunkan untuk mensasarkan

semua segmen termasuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan keluarga. Sebagai contoh, monumen mahkota JB juga dikenali sebagai Laman Mahkota yang menjadi tarikan pelancong. Gerbang mahkota yang

melengkapi istana itu telah dibina sebagai hadiah oleh Sultan Johor untuk rakyat (Laman Web Pelancongan Rasmi Johor, 2018).

Bandaraya ini juga dimeriahkan dengan suasana malam di Bazar Karat yang terletak di tengah-tengah ibu kota sebagai tempat yang santai untuk membeli barangan dengan harga mampu milik seperti pakaian, aksesori,

makanan, haiwan, barangan antik dan produk muzik. 71% responden bersetuju bahawa kemeriahan bazar membantu menarik kehadiran

Rajah 8: Seni bina Masjid India

Rajah 11: Seni bina Gerbang Mahkota Johor

(Sumber gambar: Berita Harian on Twitter, 2016)

Page 9: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

pelbagai pelancong yang terdiri daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandar dan

memiliki kemudahan infrastruktur telah memudahkan ramai warga tempatan serta warga singapura untuk bersama-sama memeriahkan

aktiviti yang ada di kawasan tersebut. Bazar Karat merupakan seni bina jalanan yang dikelilingi bangunan bersejarah. Ia merupakan suatu bonus kepada pelancong untuk menghargai seni bina pada waktu malam

sekaligus dapat mendekati budaya tempatan masyarakat di sekitarnya.

Selain itu, sejarah perdagangan yang penting bagi bandar ini iaitu Sungai

Segget yang terletak di tengah bandar dan menjadi punca utama pembangunan bandaraya Johor Bahru di zamannya. Namun, 52% responden tidak bersetuju Sungai Segget kini mampu menjadi sebuah

tarikan pelancongan. Ia disebabkan, Sungai Segget sedang menjalani proses revolusi untuk menjadikan tempat tersebut ceria bagi menarik lebih

banyak segmen sasaran. Kesemua contoh di atas jelas menunjukkan bahawa seni bina mempunyai nilai tersendiri dalam membentuk pelan pelancongan bandar di Johor Bahru.

Rajah 12: Bazar Karat Johor Bahru

2016 kini

Rajah 13: Sungai Segget sedang menjalani proses revolusi bagi menarik

kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa kerana mempunyai

kekuatan lokasi yang berdekatan dengan pintu masuk Malaysia (Selatan).

Page 10: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

4.0 Analisis Dan Dapatan.

99 peratus responden bersetuju bahawa nilai seni bina adalah penting

sebagai imej pelancongan dan memberi impak kepada pembangunan ekonomi, persekitaran dan sosial. Nilai seni bina boleh dilihat berdasarkan bentuk estetik yang menjadikan sesebuah binaan itu diiktiraf oleh orang

disekelilingnya contohnya bangunan ikonik boleh menjadikan sesebuah bandar tersebut mudah dikenali dan diingati oleh pelawat. Nilai estetik sangat subjektif untuk dinilai, pengkaji yang mempunyai pengalaman

senibina merumuskan bahawa nilai tersebut boleh dilihat dalam bentuk fizikal, fungsi bangunan, komponen bangunan, butiran terperinci yang ada

pada bangunan dan lain-lain faktor yang mempengaruhi nilai estetik tersebut. Merujuk formula yang dicipta oleh Birkhoff, ia dipengaruhi oleh elemen-elemen berikut dalam konteks:

Elemen Yang Dinilai Penerangan

Simetri (symmetry) Refleksi bentuk atau elemen yang sama.

Berulang (repetition) Bentuk dan elemen yang berulang.

Keseimbangan (equilibrium) Rekabentuk yang seimbang.

Imej Bangunan (disposition) Hubungan 2D menegak, melintang dan

penjuru.

Warna Harmoni (harmony color)

Penggunaan warna yang harmoni dengan persekitaran.

Faktor Negetif (negative factor)

Memaparkan ketidaksempurnaan ukuran dan ketidakpuasan rekabentuk.

Kerumitan bentuk (Form Complexity)

Senibina yang mempunyai banyak elemen terperinci.

Perhiasan (Ornaments) Senibina yang kaya dengan hiasan dan elemen terperinci.

Perbezaan Silhouette (silhoutte differentiation)

Bayangan imej manusia, haiwan, objek atau adengan yang bewarna gelap.

Kontras Warna (Color Contrast)

Warna yang unik dan berlainan dengan kawasan sekitarnya.

Jadual 2: Elemen Seni Bina Yang Dinilai.

Hasil kajian menunjukkan bahawa Masjid Sultan Abu Bakar dan Muzium Abu Bakar mempunyai nilai seni bina yang sangat tinggi. Binaan tersebut

sangat kaya dengan bentuk yang simetri ditambah hiasan yang terperinci dan berulang. Seni binaan yang halus menjadikan ianya binaan terunggul

Page 11: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

pada ketika itu. Seni bina masjid mempunyai sentuhan yang lebih istimewa kerana binaan tersebut merupakan tempat suci bagi umat islam dan ia

diikuti dengan binaan diraja yang telah diwartakan sebagai muzium. Kini, Muzium Abu Bakar sedang dalam proses penambahbaikkan dan ianya

akan dibuka untuk pelawat domestik serta antarabangsa pada waktu yang akan dimaklumkan kelak. Pada masa kini, Pelancongan Warisan Dalam Bandar merupakan pilihan

generasi muda yang kian menarik setiap segmen pelawat. Kewujudan banyak kedai makan yang berkonsepkan hipster cafe menjadikan deretan

kedai lama di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru menjadi ceria. Terdapat juga deretan kedai lama tersebut yang dibaikpulih menjadi muzium mini yang menyimpan sejarah penempatan kawasan sekitarnya.

Namun, sebahagian deretan kedai dikekalkan sepertimana keadaan asal bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa. Agensi kerajaan, swasta dan agensi bukan kerajaan (NGO) banyak memainkan peranan dalam

meremajakan kawasan deretan kedai yang telah diwartakan sebagai kawasan pelancongan warisan dalam bandar. Seni bina deretan kedai lama

di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru mempunyai nilai yang sangat tinggi serta berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong. Hasil kajian menunjukkan 96% arkitek, 74% perancang, 64%

arkitek landskap dan 71% pelancong bersetuju bahawa seni bina deretan kedai tersebut hendaklah dipelihara dan dipulihara sebagai tarikan

pelancong. Walaubagaimanapun, kawasan sekitar Sungai Segget telah diukur dengan nilai seni bina yang sangat rendah dari semua elemen estetik yang

dinyatakan seperti jadual di atas. Menurut penyelidikkan yang dilaksanakan, Sungai Segget memerlukan lebih banyak penambahbaikan dari segi aktiviti dan kemudahan pelancong. Dalam kajian ini, hampir

semua persampelan menunjukkan kawasan tersebut tidak sesuai sebagai refleksi imej destinasi pelancongan. Hanya 47% arkitek, 55% perancang,

50% arkitek landskap dan 39% pelancong sahaja berpendapat bahawa Sungai Segget sesuai sebagai destinasi pelancong. Namun, ia hanyalah situasi sementara kerana kawasan tersebut kini masih dalam proses

peremajaaan (rejuvenation). Analisis dan dapatan jelas menunjukkan bahawa seni bina haruslah

dipelihara dan dipulihara untuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong. Nilai seni bina dalam industri pelancongan memainkan peranan yang penting diikuti dengan kepelbagaian aktiviti seperti aktiviti hiburan

bersama keluarga, teman serta kepelbagaian acara istimewa dalam bandar. Produk yang ditawarkan hendaklah memenuhi citarasa serta memenuhi

keinginan pelancong. Selain itu, ruang yang disediakan termasuklah keselamatan, kebolehsampaian, fasiliti dan infrastruktur hendaklah memenuhi piawaian yang memberi keselesaan kepada pelancong.

Page 12: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

5.0 Kesimpulan

Kajian ini mengupas mengenai peranan nilai seni bina bagi pelan

pelancongan yang terdapat di bandaraya Johor Bahru. Ia jelas membuktikan bahawa elemen seni bina sangat penting dalam sesebuah industri pelancongan. Seni bina ikonik mampu menjadikan sesebuah

destinasi mudah dikenali dan diingati sekaligus menjadi mercu tanda unik bagi tempat tersebut. Kajian ini telah mencapai objektif penyelidikkan untuk menganalisis nilai seni bina Johor dalam membentuk imej dan rasa

tempat (sense of place) yang mempengaruhi pengalaman untuk meningkatkan motivasi pelancong di Malaysia. Semua pihak terlibat

sebagai responden yang terdiri daripada arkitek, perancang bandar, arkitek landskap, pelancong, agensi kerajaan, agensi swasta, pemegang kepentingan, pelancong domestik dan antarabangsa mempunyai pelbagai

idea untuk membentuk imej dan rasa tempat bagi meningkatkan kualiti sesebuah destinasi pelancongan. Nilai seni bina hendaklah dipelihara

sebagai elemen utama yang akan mengekalkan keunikkan sesebuah tempat. Ia menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kualiti fizikal sesebuah binaan yang telah diwartakan sebagai bangunan warisan

atau bangunan bersejarah. Elemen seni bina yang perlu diambilkira adalah seperti (1) pencahayaan dan pengudaraan semulajadi yang ada pada

sesebuah binaan. (2) Keadaan semasa struktur fizikal termasuklah tiang, lantai, dinding, bumbung dan lain-lain. (3) Kesesuaian seni bina tersebut untuk menerima kunjungan pelancong termasuklah aspekkeselamatan

binaan dan keselamatan pelawat. Sebagai arkitek professional (pengkaji), beberapa strategi peremajaan bandar telah dikenalpasti untuk meremajakan pemandangan kota di Johor

Bahru. (1) Reka bentuk bangunan membantu menaikkan nilai sesebuah destinasi, elemen persekitaran hijau mampu menghubungkan kejiranan di

sekitarnya, memupuk komuniti jalanan yang lebih mesra serta mewujudkan kawasan yang lebih mesra kepada penggunanya. Kawasan di sekeliling bangunan ini boleh dipertingkatkan dengan struktur yang

memberi teduhan kepada pengguna sekaligus menjadikannya tempat yang selesa dan bahagian penting bagi aktviti masyarakat. Nilai seni bina adalah penting dalam pelan pelancongan bandar bagi meremajakan pemandangan

kota terutama di Johor Bahru. (2) Meningkatkan akses kepada semua tempat yang telah tersenarai sebagai elemen pelancongan di Johor Bahru

bermula daripada rekabentuk jalan yang selesa dan selamat kerana kemudahsampaian sangat penting dalam industri pelancongan. (3) Mewujudkan lebih banyak ruang terbuka untuk aktiviti komuniti. Komuniti

sesebuah destinasi merupakan nadi utama yang membantu destinasi tersebut untuk semakin dikenali. Ia dibuktikan dengan sebuah projek yang

berjaya iaitu Bazar Karat dengan mengubah kawasan letak kereta pada siang harinya kepada sebuah kawasan aktiviti perniagaan yang sangat popular kepada pelancong tempatan dan antarabangsa pada waktu

Page 13: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

malamnya. Difahamkan dengan adanya kemeriahan aktiviti dalam bandar, jenayah telah dapat dikurangkan kerana sebelum adanya kemeriahan

tersebut, kawasan sekitarnya suram dan mengundang aktiviti jenayah dan tidak bermoral. (4) Memelihara dan melindungi sumber daya yang ada di

bandar Johor Bahru seperti tempat-tempat bersejarah. Seni bina bersejarah mampu meningkatkan kualiti sesebuah destinasi pelancongan dengan menawarkan keunikan untuk pengunjung. Kehadiran pelancong

mempunyai impak positif ke atas sesebuah ekonomi, sosial dan persekitaran destinasi. Namun, ia juga akan menimbulkan impak negatif seperti tekanan dan ketegangan terhadap infrastruktur seperti jalan raya,

landskap, bekalan air dan perkhidmatan awam. (5) Bandaraya Johor Bahru perlu mempunyai keunikkan dan penjenamaannya tersendiri dengan

menonjolkan tempat, seni bina dan cerita. Penceritaan maklumat yang tepat dan tulen merupakan kaedah yang penting untuk menjadikan sesebuah tempat itu sentiasa ‘hidup’ dan ‘diingati’. (6) Kerjasama di antara

agensi kerajaan, agensi swasta, agensi pelancongan, perancang pelancongan dan komuniti setempat perlu bekerjasama sebagai rakan

kongsi dalam membentuk pakatan sebagai cara terbaik untuk memanfaatkan sumber kewangan dan sumber manusia yang terhad. Pakatan tersebut meliputi pelbagai aspek contohnya organisasi,

pengurusan tapak bersejarah, tarikan budaya, perniagaan dan aktiviti pelancongan di bandaraya Johor Bahru. Kerjasama ini mampu mencipta pakej pelancongan yang pelbagai dengan menawarkan pengalaman unik

dan lebih baik untuk para pengunjung seperti pelancongan tradisional, pelancongan budaya, dan pelancongan warisan di dalam bandar.

Limitasi kajian ini hanya membataskan mengenai nilai seni bina dalam pelancongan kerana kekangan masa dan perbelanjaan. Masih terdapat banyak elemen yang perlu dikupas untuk menjadikan sesebuah tempat

pelancongan sebagai destinasi tumpuan dan pilihan pelancong bagi meningkatkan motivasi pelawat.

RUJUKAN

Economics, T., Thrane, C., & Sciences, A. (2015). Tourist’s â€TM length of stay  : The case of international summer visitors to Tourists’ length of stay  : the case of international summer visitors to Norway,

(February). https://doi.org/10.5367/te.2012.0158

IRDA, I. R. (2011). Transportation blueprint 2010-2030 for Iskandar Malaysia. Johor: Iskandar Regional Development Authority IRDA

2011.

IRDA, I. R. (2016). Iskandar Malaysia 10 Years Progress Report. Johor

Bahru.

Page 14: Nilai Senibina Dalam Industri Pelancongan Kajian Kes

Iskandar Malaysia Blueprit Agenda v.2. (n.d.). Johor.

Iskandarian, T. (8 3, 2016). Iskandar Malaysia's Official Newspaper. Retrieved from Placemaking Johor Bahru: http://www.theiskandarian.com/web/placemaking-johor-bahru/

Iskandarian, T. (4 1, 2017). Iskandar Malaysia's Official Newspaper. Retrieved from http://www.theiskandarian.com/web/think-city-johor-bahrus-second-cycle-of-urban-rejuvenation-grants/

Laman Web Pelancongan Rasmi Johor, (2018)

Lynch, Kevin. The image of the city.Vol. 11. MIT press, 1960. Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar, (2013)

Scerri,M. Edwards, D. andFoley, C. (2016). The value of architecture to

tourism. The Value of Architecture to Tourism, (February).

Thinkcity. (2018). Think City Volume 3. George Town: Thin City Sdn Bhd

(869941-P).