nota rumah limas

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 nota rumah limas

    1/3

    KAMPUNG LIMAS DI TENGAH

    KOTA

    PENGUNJUNG Teluk Danga, terutama yang julung kali menjejak

    kaki ke situ, pastinya teruja dalam kekaguman apabila beradadalam satu kampung tradisional di tengah-tengah bandar -Perkampungan Rumah Limas warisan kebanggaan senibinaJohor.Lapan buah rumah di situ yang dinamakan mengikut lapan daerahselain sebuah rumah ibu dan sebuah lagi rumah cenderahati,dibina daripada kayu dengan ciri-ciri tersendiri, adalah khazanahnegeri yang tidak ternilai mutunya.

    Sesungguhnya di negeri Johor, rumah limas adalah rumah tradisiyang masih kekal sehingga kini.

    Lalu, Kerajaan Negeri mewujudkan pekampungan itu denganusahasama pengurusan Teluk Danga.

    Konsep limas dipercayai ada pengaruh kepulauan Riau-Linggayang turut dikatakan dipengaruhi Belanda dan Inggeris.

    Bukti ini diperkukuhkan lagi apabila kebanyakan reka bentukbangunan Belanda di kepulauan Riau-Lingga mempunyai ciri-ciriberkenaan.

    Limas sebenarnya membawa maksud satu bentuk timba atautakir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih, berbentuktirus ke atas seperti piramid.

    Dalam konteks rumah tradisi Johor, limas merujuk kepada

    bumbung rumah yang mempunyai lima perabung berbentukpiramid.

    Lantas, nama itu diambil sempena gabungan perkataan limaemas kerana pada masa lalu, hanya pembesar yang membuatrumah berbumbungkan limas.

    http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index2.php?option=com_content&task=emailform&id=518&itemid=152http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index2.php?option=com_content&task=view&id=518&pop=1&page=0&Itemid=152
  • 8/3/2019 nota rumah limas

    2/3

    Setiap rumah limas mempunyai keistimewaan tersendiri sepertiyang ada di Teluk Danga. Reka bentuknya mengikut keselesaanserta kesesuaian gaya hidup masyarakat daerah masing-masing.

    Ukiran bunga cengkih terdapat pada papan manis rumah sepertirumah limas Johor Bahru dan Pontian.

    Rumah limas Kota Tinggi dan Muar mempunyai persamaan keranamenggunakan kaca berwarna. Namum sedikit perbezaan, rumahlimas Muar ada tangga batu.

    Mersing dengan sebahagian besar penduduknya adalah nelayan,memerlukan ruang anjung rumah yang lebih luas kerana bukan

    sahaja menjadi tempat melayan tetamu, bahkan untukmelekukan kerja-kerja seperti membaiki jala.

    Setiap ukiran ada peranan

    Menurut arkitek landskap Teluk Danga, Asrulnizam Kamaludin,keunikan rumah limas juga terletak pada pintu masuk dari arahhadapan dengan laluan masuk membelok 45 darjah.

    Katanya, senibina rumah limas Johor menitikberatkan aspekpengudaraan, pencahayaan dan keselamatan.

    Dari sudut keselamatan, kita boleh melihat seperti rumah limasBatu Pahat dibina tinggi dari aras tanah bagi mengelakkandimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktumalam.

    Jika diteliti, setiap ukiran atau jejaring yang ada di setiap rumahlimas, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi jugamemudahan kemasukkan cahaya serta udara ke dalam rumah,seperti rumah limas Pontian dan Johor Bahru, jelasnya.

    Beliau berkata kebanyakan rumah limas Johor juga mempunyaikolong iaitu bahagian bawah rumah berpagar dihiasi corak

  • 8/3/2019 nota rumah limas

    3/3

    bunga banji untuk menyimpan barang seperti yang terdapat padarumah limas Muar dan Kluang.

    Perkampungan berkenaan yang dibina di atas kawasan seluas

    18,500 meter persegi turut dipenuhi dengan tanaman yangbiasanya didapati di kawasan kampung seperti pokok-pokokherba, ulam dan buah-buahan. Antaranya ialah serai, nangka,belimbing, limau purut, nanas, pandan serta rambutan.

    Susun atur tanaman itu juga mengekalkan keadaan sebenar dikampung, misalnya, masyarakat Melayu menanam pokok serai dikawasan tepi rumah mereka.

    Asrulnizam berkata, perkampungan itu juga mempunyai satudataran di tengah-tengahnya dengan semua rumah limasmenghadap ke arah itu sebagai halaman bersama, selaindiserikan dengan

    Halaman Orkid Juita yang mengadaptasi konsep Taman Laranganseperti yang ada di istana-istana Melayu zaman dahulu.

    Halaman Orkid Juita ini dengan keluasan 1,400 meter persegi,

    mempunyai lebih 50 spesis orkid daripada lima baka utama iaituVanda, Aranda, Cattleya, Epidendrum dan Phalaenopsis.

    Empat daripada lapan rumah limas itu turut dijadikan cafe iaiturumah limas Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Segamat yangberoperasi dari pagi hingga larut malam. Antara makanan yangdisediakan ialah ikan bakar, sate, nasi lemak serta kuih-muihtradisional.