Upload
sttjsejarah
View
114
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
nota sejarah
Citation preview
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Dasar British dan Kesannya
terhadap ekonomi negara
Pengenalan
• Zaman awal Tanah Melayu telah dikenali sebagai Suvarnabhumi (Bumi Emas)
• Banyak pelabuhan penting muncul di sepanjang Selat Melaka menjadi tumpuan pedagang-
pedagang India, China dan Eropah.
• Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan
tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah.
• Pertapakan kuasa Barat telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial seperti
getah, tebu, tembakau dan kelapa sawit.
• Zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah memberikan kesan
mendalam dan mengubah corak ekonomi, politik dan social masyarakat tempatan.
Ekonomi
Tradisional
Ekonomi Sara diri
• Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti
memungut hasil hutan, menternak binatang dan
menangkap ikan secara kecil-kecilan.
• Pengeluaran dalam bentuk skala kecil, menggunakan
teknologi mudah, modal yang kecil, jumlah buruh
yang terhad dan pasaran yang kecil.
• Lebihan pengeluaran digunakan oleh keluarga atau
kumpulan masayarakat untuk kenduri kendara, tukar
barang dan bayaran zakat.
• Adakalanya lebihan pengeluaran disimpan untuk
memastikan kelangsungan bekalan bekalan makanan.
• Masyarakat Melayu juga menanam ubi, kelapa dan
pisang.
• Untuk menambah sumber bekalan makanan
masyarakat Melayu menternak binatang seperti ayam,
itik, lembu dan kerbau.
Teknologi
• Peralatan asas yang digunakan diperbuat daripada
bahan yang ada di sekitar mereka contohnya dalam
penanaman padi mereka menggunakan peralatan
seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala.
• Sistem pengairan yang mudah dari sumber sungai
atau hujan.
• Dalam kegiatan menangkap ikan peralatan yang
digunakan mudah dan bergantung kepada kawasan
penangkapan ikan sama ada di laut, sungai atau
sawah padi.
• Kaedah yang digunakan adalah dengan tali kail,
bubu dan jala.
• Teknologi yang digunakan oleh masyarakat
Melayu dalam kegiatan ekonomi sara diri
bergantung kepada tenaga binatang atau manusia
dan bukannya mesin.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Ekonomi Dagangan
Pengenalan
• Ekonomi dagangan bermaksud kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan
lebihan pengeluaran untuk tujuan eksport.
• Pengeluaran dalam jumlah yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yang
banyak dan modal yang besar, teknologi moden dan pasaran yang lebih meluas.
• Masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun dan India sejak sebelum
kedatangan British.
• Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata
dan alatan muzik seperti gong.
Perlombongan bijih sebelum kedatangan British.
• Kebanyak lombong dikuasai oleh pembesar Melayu
dan diusahakan oleh buruh-buruh tempatan.
• Bijih timah dilombong dengan menggunakan teknik
mendulang di kawasan sungai.
• Antara pembesar yang memiliki kawasan lombong
bijih termasuklah Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja
Jumaat (Selangor), Datuk Kelana Putra, Datuk Bandar
dan Datuk Muda Linggi (di Sungai Ujong)
Kegiatan Ekonomi selepas kedatangan British.
• Penguasaan British terhadap pelabuhan utama
telah mewujudkan satu rangkaian ekonomi
dagangan yang berkembang pesat terutama di
kawasan yang kaya dengan bijih timah dan
tanaman getah.
• Kepesatan kegiatan British dan dasar pertaniannya
telah menyebabkan aktiviti ekonomi tradisional
terutama di kawasan luar Bandar terpinggir dan
ketingalan.
• Ini telah mewujudkan dua jenis ekonomi iaitu
ekonomi sara diri dan ekonomi komersial.
• Penumpuan kepada aktiviti ekonomi di Pantai
Barat telah menyebabkan ketidakseimbangan
pembangunan dengan negeri-negeri di Pantai
Timur.
Buruh
• Buruh luar dibawa masuk kesan perkembangan
perusahaan perlombongan bijih.
• Buruh luar dari China telah dibawa masuk pada
pertengahan kurun ke-19.
• Buruh China juga diperlukan untuk sector perladangan.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Sistem Pertanian Komersial
• British memberi penekanan
kepada pertanian berasaskan
eksport.
• Pertanian komersial memberi
sumbangan kepada pendapatan
kerajaan British di Tanah Melayu.
• Tanaman komersial yang
digalakkan ialah ubi kayu, kopi
gambir, lada hitam dan tembakau
• Semasa pemerintahan Maharaja
Abu Bakar, gambir dan lada
hitam telah diusahakan secara
besar-besaran melalui system
kangcu.
• 1860-an Johor mempunyai 1200
ladang lada hitam dan gambir.
• Pada zaman penjajahan British, tanaman komersial
banyak melibatkan para pemodal dari Eropah dan
China.
• Mereka menguasai pertanian komersial kerana
mempunyai modal, teknologi serta konsesi tanah
yang luas dan pajakan yang lama.
• Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi
pertanian sara diri, ini mewujudkan dwiekonomi.
• Pada kurun ke-19, British hanya memberi tumpuan
kepada tanaman kopi dan tembakau manakala
pemodal dari China mengusahakan gambir, lada
hitam dan ubi kayu.
• Pada kurun ke-20, pemodal British telah
mengusahakan tanaman getah untuk tujuan
eksport.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Perusahaan Getah
• Perkembangan Revolusi
Perindustrian menyebabkan
permintaan yang tinggi terhadap
getah akibat perkembangan industri
membuat kereta.
• Perkembangan industri pembuatan
seperti kasut, tayar basikal dan peralatn
elektrik meningkatkan permintaan
terhadap getah.
• Ini menyebabkan harga getah melabung
tinggi dan menjadikan perusahaan getah
merupakan perusahaan yang penting di
Tanah Melayu.
.
• H.N Ridley telah
memperkembangkan perusahaan
getah.
• Ridley telah menyakinkan para
peladang untuk menanam getah dan
mengagihkan benih getah secara
percuma.
• Ridley juga telah memperkenalkan
teknik torehan ibidem yang lebih
sesuai.
• Galakan dan sokongan British
memainkan peranan penting perluasan
kawasan tanaman getah.
• British menyediakan kadar sewa tanah
dan tariff cukai yang rendah kepada
peladang yang ingin mengusahakan
tanaman getah.
• Perkembangan infrastuktur
seperti jalan raya dan kereta
api dibina menghubungkan
kawasan pertanian dengan
pelabuhan dan pusat
pentadbiran untuk kemudahan
golongan pengusaha.
• British telah membawa buruh
pekerja asing terutamanya
dari Selatan India untuk
bekerja dengan bayaran gaji
yang murah.
• Tujuan untuk mengatasi
masalah kekurangan buruh.
• Zaman Kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan kejatuhan harga getah di pasaran dunia 1929-1932.
• Nilai eksport getah mulai pulih selepas tahun 1934 disebabkan peningkatan permintaan dunia dan kawalan Negara
pengeluar.
• Rancangan Sekatan Stevenson telah diperkenalkan bagi mengawal harga getah.
• Prinsip asal rancangan ini adalah untuk mengehadkan pengeluaran getah di kalangan Negara pengeluar.
• Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Industri Perlombongan
• Perlombongan merupakan kegiatan
ekonomi perdagangan penting
masyarakat Melayu tradisional.
• Tanah Melayu kaya dengan pelbagai
hasil galian seperti emas, bijih timah,
arang batu, bauksit, antimony dan
bijih besi sehingga digelar
Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi
Emas.
• Bijih timah dan emas telah
dilombong oleh masyarakat Melayu
secara kecil-kecilan.
• Bijih timah telah mendapat
perhatian British kerana
sector ini telah
mendatangkan keuntungan
yang lumayan akibat
permintaan yang tinggi.
• Pemodal-pemodal Eropah
kemudiannya telah
melibatkan diri dalam
perlombongan yang
sebelum ini diusahakan oleh
orang Melayu.
• Pengusaha China mula terlibat
dalam sector perlombongan bijih
timah mulai pertengahan abad ke-
19.
• Pada awalnya mereka diawasi
oleh pembesar Melayu.
• Hasil bijih yang dilombong,
dijual semula kepada pembesar
Melayu.
• Harga bijih ditentukan sendiri
oleh pembesar Melayu.
• Pada awal abad ke-20, pelombong Eropah mulai
menguasai industri perlombongan bijih timah.
• Pemodal Eropah berjaya menyaingi pemodal
dari China kerana menyediakan modal untuk
menggunakan kapal korek.
• Kelebihan yang ada pada pemodal Eropah telah
membolehkan mereka menguasai sector
pengeluaran bijih timah.
• Beberapa enakmen dan undang-undang telah
diluluskan untuk membolehkan Kolonial British
menguasai perusahaan melombong bijih timah.
• Terdapat pembesar Melayu mengambil jalan mudah
untuk mendapat keuntungan dengan memajakan
lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari
negeri-negeri Selat.
• Ini disebabkan para pembesar Melayu tidak berupaya
untuk menyediakan modal berbanding pemodal
British.
• Penguasaan pemodal China dalam perusahaan
perlombongan bijih timah merosot pada awal abad ke-
20, teutamanya selepas pengenalan kapal korek oleh
pemodal Eropah.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Penggunaan tenaga Buruh luar
Pengenalan
• Perkembangan perlombongan dan perusahaan getah telah
menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh tempatan untuk
memenuhi keperluan aktiviti ekonomi tempatan.
• Bagi mengatasi masalah ini British telah membawa masuk buruh
India untuk bekerja di ladang dan buruh China untuk bekerja di
lombong bijih timah.
Faktor Kedatangan Buruh • Galakan kolonial British agar mereka
berhijrah.
• Kedatangan mereka tidak ditentang oleh orang
Melayu
• Hubungan tradisi antara Tanah
Melayu dengan India telah
mendorong mereka berhijrah ke
Tanah Melayu.
• Kepesatan pembangunan Tanah Melayu akibat perkembangan perusahaan
bijih timah dan getah terdapat banyak peluang pekerjaan.
• Kestabilan politik yang wujud di Tanah Melayu telah menarik minat bukan
sahaja pemodal malahan juga tenaga buruh.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Kemasukan Buruh China
ke Tanah Melayu
system tiket kredit
• Melalui sistem tiket kredit, bakal imigran
dikumpulkan dari kampung-kampung
dari Negara China oleh Kheh-thau
(ketua)
• Ketua akan dibayar sejumlah wang bagi
setiap imigran China.
• Bakal imigran dikenali sebagai sinkheh.
• Golongan imigran diletakkan di bawah
pengawasan nakhoda kapal atau agensi
buruh yang telah menerima bayaran
daripada bakal majikan imigran.
• Sin kheh membuat perjanjian akan
menjelaskan hutang dengan bekerja
dengan majikan tersebut dalam satu
tempoh yang tertentu.
• Sin kheh akan diberi tiket menunjukkan
pelabuhan yang akan dituju dan
keterangan sama ada berhutan atau tidak.
• Apabila sampai di pelabuhan, mereka
akan diambil oleh orang tengah yang
akan mendapatkan majikan untuk
mereka.
system pengambilan kakitangan
• Majikan yang memerlukan
tenaga buruh akan menghantar
pegawainya ke China untuk
mendapatkan buruh.
• Segala tambang dan
perbelanjaan dibiayai oleh
majikan.
• Pegawai terbabit akan
memastikan buruh-buruh
tersebut dihantar sehingga
mereka sampai ke tempat
majikan.
system pengambilan rumah kongsi.
• Pengambilan buruh dilakukan oleh
pegawai di Negara China yang
dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
• Pegawai tersebut akan membiayai
segala perbelanjaan buruh-buruh
tersebut sehinggalah mereka sampai
ke rumah kongsi.
• Apabila buruh tersebut diserahkan
kepada ketua rumah kongsi,
pembawa buruh akan dibayar dengan
kadar tertentu seperti yang telah
dipersetujui.
• Pada tahun 1872, jawatan pegawai pelindung buruh dari Negara China telah
diambil untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran China.
• Beberapa undang-undang dan tindakan telah diluluskan untuk membaiki system
pengambilan buruh.
• Pada 30 Jun 1914, British telah memperkenalkan system pengambilan kakitangan
ataupun system pengambilan rumah kongsi.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Sistem Buruh Bebas
• Melalui sistem buruh bebas
mereka akan datang sendiri
dengan pembiayaan masing-
masing.
• Kedatangan mereka diatur oleh
orang perseorangan atau
kumpulan tertentu kerana
kepentingan ekonomi.
• Apabila di Tanah Melayu
mereka bebas untuk memilih
tempat dan pekerjaan yang
mereka kehendaki.
Sistem Kontrak
• Majikan membiayai segala tambang
dan perbelanjaan, sebagai balasan
mereka akan bekerja dalam tempoh
masa tertentu dengan bayaran yang
paling minimum.
• Dalam system ini sering berlaku
penindasan dan pemerasan terhadap.
• Sistem ini pernah dianggap sebagai
satu bentuk perhambaan yang tidak
ketara.
• Sistem ini kemudiannya digantikan
dengan sistem kangani pada tahun
1907.
Sistem Kangani
• Kangani bermaksud ketua, tandil atau
mandur.
• Melalui system ini, seseorang kangani yang
diberi kepercayaan oleh majikan akan diberi
lessen dan pulang ke India untuk mencari
tenaga buruh.
• Kangani diberi wang pendahuluan untuk
membiayai perbelanjaan buruh sehingga
mereka sampai ke Tanah Melayu.
• Kangani seolah-olah seperti pengurus agensi
yang membawa buruh asing.
• Pada tahun 1938, system ini diharamkan
kerana penyelewengan kangani.
Kemasukan Buruh India
ke Tanah Melayu
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Mata Wang Awal
• Terdapat pelbagai mata wang
digunakan di Tanah Melayu
selain di Melaka.
• Dinar emas telah digunakan di
Kelantan, wang dan kupang emas
di Terengganu dan jongkong
tampang di Pahang.
• Kedatangan pedagang Eropah
telah memperkenalkan mata wang
asing di Tanah Melayu.
• Mata wang perak Sepanyol telah
diperkenalkan pada tahun 1580
dan bertahan selama 300 tahun
digunakan di Negeri-negeri
Melayu dan Negeri Selat.
• Pada tahun 1897, Lembaga
Pesuruhjaya Wang ditubuhkan
untuk mengeluarkan wang kertas
bagi negeri-negeri Selat di bawah
ordinan XIII.
• Wang kertas ini mula
diperkenalkan pada tahun 1906.
• Hanya mata wang ini sahaja sah
digunakan untuk perdagangan di
Negeri-negeri Selat.
Institusi Kewangan
• Bagi mempercepat dan melicinkan
urusan kewangan, pihak penjajah
telah menubuhkan institusi kewangan
atau bank.
• Institusi kewangan ini telah
menyediakan kemudahan pinjaman
kepada para pelabur.
• Secara tidak langsung telah memaju
dan memesatkan lagi industri getah
dan bijih timah.
• Bank juga telah memperkenalkan
system kewangan moden yang
berorientasikan keuntungan dengan
memperkenalkan faedah yang tinggi.
• Penubuhan institusi kewangan ini
telah membolehkan dana dari luar
Negara dapat disalurkan terus ke
Tanah Melayu dengan lebih cepat
dan mudah.
• Bank telah bertindak sebagai ejen
pembayar kepada pengeksport dan
pengimport yang kemudiannya
menjadikan urusan perniagaan
antarabangsa bertambah licin.
Bank-Bank
• Bank yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu
ialah Mercantile Bank.
• Selepas perjanjian Pangkor lebih banyak bank
Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu.
• The Chartered Bank ditubuhkan pada tahun 1875,
Hong Kong and Shanghai Bank pada tahun 1894
dan Algemene Bank Nederland pada tahun 1899.
• Bank Eropah lebih mengutamakan pedagang
Eropah.
• Pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan
perkidmatan bank melalui orang tengah
(komprador).
• Pemodal tempatan telah menubuhkan bank mereka
sendiri.
• Pada tahun 1913, Kwong Yik Bank telah
ditubuhkan, 1920 penubuhan Bank of Malaya di
Ipoh, dan 1935 Ban Hin Lee ditubuhkan di Pulau
Pinang.
• Di Sarawak, Kwong Lee Bank ditubuhkan pada
tahun 1905, Sarawak Chinese Banking
Corporation Limited tahun 1913 dan Ban Chiang
Bank 1924.
• Orang Melayu menubuhkan Bank yang pertama
Malay National Banking Corporation pada tahun
1947 di Kuala Lumpur.
Institusi Kewangan
• Sistem mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
• Pada zaman Sultan muzaffar Syah, mata wang emas, perak dan timah telah digunakan
bagi tujuan melicinkan urusan perdagangan.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Pengenalan
• Perkhidmatan insurans yang
penting pada masa itu ialah
Insurans maritime, insurans
kebakaran, insurans harta,
insurans perniagaan dan
kemalangan serta insurans nyawa.
• Abad ke-20, pengangkutan laut
merupakan pengangkutan utama
sector perdagangan.
• Insurans kebakaran menjadi
penting kerana kebakaran sering
menimbulkan masalah.
• Contoh pada tahun 1881,berlaku
kebakaran yang hampir
memusnahkan Bandar Kuala
Lumpur dan pada tahun 1892,
100 buah kedai musnah dalam
kebakaran di Ipoh.
Syarikat Insurans
• Pada peringkat awal insurans di Tanah Melayu
merupakan wakil syarikat asing yang beribu
pejabat di luar Negara.
• Antara syarikat perwakilan yang terkenal di Tanah
Melayu ialah Boustead and Company yang
ditubuhkan di Pulau Pinang yang mewakili
Syarikat Royal Insurance Company dari England.
• Pada akhir abad ke-19, barulah ditubuhkan
beberapa syarikat insurans tempatan seperti Straits
Insurance Limited dan Khean Guan Insurance
Limited yang berpusat di Singapura dan Pulau
Pinang.
• Undang-undang insurans telah dikemaskini pada
tahun 1917 oleh Kerajaan Inggeris.
• Berdasarkan kepada enakmen ini, insurans nyawa
telah diasingkan daripada insurans kebakaran.
• Pada tahun 1948 enakmen ini telah digantikan
dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan
Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.
Perkhidmatan Insurans
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Dasar British
Terhadap Pertanian
• British telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara langsung meninggalkan kesan yang positif
terhadap masyarakat Melayu.
• Dalam sector pertanian British telah memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah
yang mendapat pasaran yang baik diperingkat antarabangsa.
• British juga cuba mengkomersialkan tanaman tradisonal seperti tanaman gambir dan lada hitam.
• Tanaman ini diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh dari India dan China.
• Undang-undang tanah telah diperkenalkan dalam usaha untuk memastikan British terus menguasai
ekonomi Tanah Melayu.
• Undang-undang tanah yang diperkenalkan ini bertujuan untuk menyekat tanah milik orang Melayu
dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.
• Bagaimanapun terdapat aspek-aspek yang tertentu dalam undang-undang ini menindas orang Melayu.
Undang-Undang Berhubung Tanah,
Sebelum Kehadiran British.
• Sebelum kehadiran British tanah tidak menjadi persoalan kerana wujud kawasan tanah yang luas dan
kepadatan penduduk yang rendah.
• Segala hal yang berkaitan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi di atas tanah perlu mendapat
kebenaran para pembesar Melayu.
• Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik serta mencerminkan kedudukan
seseorang pembesar.
• Menurut undang-undang adat, tanah yang telah diteroka dan dikerjakan akan menjadi milik seseorang
dan boleh diwarisi oleh generasi kemudian.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
• Penjajah telah mengubah cara
pemilikan tanah.
• Sistem pemilikan tanah yang
dipraktikkan oleh masyarakat
Melayu dianggap tidak sesuai.
• System pemilikan tanah masyarakat
Melayu dikatakan tidak mempunyai
rekod dan catatan bagi menjamin
dan mengesahkan hak pemilikan
tanah.
• Sistem rekod dapat memudahkan
urusan pentadbiran seperti cukai
dan urus niaga seperti pajakan,
sewa beli, penjualan dan
pembelian.
• Konsep Barat tanah boleh dijadikan
cagaran bagi mendapatkan modal.
• British telah memperkenalkan
undang-undang tanah
berkonsepkan barat bagi
memudahkan kerja
pentadbiran tanah dan
pembangunan ekonomi.
• Negeri Melayu pertama yang
memperkenalkan undang-
undang tanah ialah negeri
Perak melalui Peraturan
Tanah Perak 1879.
• Kanun Tanah Selangor telah
diperkenalkan pada tahun
1891.
• Peraturan Tanah Sungai
Ujong telah diperkenalkan
pada tahun 1887.
Undang-Undang Berhubung Tanah,
Selepas Kehadiran British.
• British telah membahagikan tanah
mengikut kegunaan dan nilai komersial
seperti tanah ladang, tanah peribumi dan
tanah perlombongan.
• Jenis cukai yang dikenakan bergantung
kepada jenis tanah yang dimiliki dan
diusahakan.
• Pengenalan undang-undang tanah Barat
telah memberi kesan kepada masyarakat
Melayu keseluruhannya.
• Undang-undang Barat menetapkan
sesiapa yang berminat untuk
mengusahakan kawasan tidak perlu
mendapat kebenaran daripada pembesar
Melayu, tetapi mestilah membuat
permohonan di pejabat tanah.
• Masyarakat tempatan juga perlu
mendapat kebenaran dari Pejabat Tanah
untuk mengutip sumber hutan.
• Undang-undang Tanah British memberi
kuasa sepenuhnya kepada residen
menentukan jumlah konsesi tanah yang
akan diberikan kepada para pemodal.
• Dasar kerajaan British telah membawa perkembangan ekonomi wang di
kalangan masyarakat Melayu.
• Semua urusan jual beli, cukai dan sewa tanah, barang keperluan dan
perkhidmatan dibayar dengan wang.
• Masyarakat Melayu di kawasan luar Bandar bergantung kepada orang
tengah untuk meminjam wang.
• Ada orang Melayu terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang
mereka.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Akta Tanah Simpanan Melayu
• Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu pada 25 November 1913.
• British berpendapat akta ini penting untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, social dan politik orang
Melayu di Tanah Melayu.
• Tujuan akta ini untuk mengelakkan tanah orang Melayu jatuh ke tangan orang asing.
• Akta ini memberi kuasa kepada Residen untuk mengisytiharkan mana-mana tanah milik orang Melayu sebagai
Tanah Simpanan Melayu (TSM).
• TSM sebenarnya bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi penjajah.
• Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu.
• Kebanyakan kawasan Tanah Simpanan Melayu juga tidak subur, walaupun kawasannya besar.
• Sekiranya terdapat tanah yang subur, jumlah keluasannya terhad.
Akta Tanah Di Sarawak
• Akta Tanah Sarawak (Land Order) telah diperkelakan pada
tahun 1931 untuk melindungi hak milik tanah peribumi
daripada dicerobohi pengusaha China untuk tujuan
pertanian.
• Pada tahun 1933, Land Settlement Order telah
dikuatkuasakan.
• Berdasarkan akta ini, pemindahan hak milik tanah hanya
boleh dilakukan melalui pewarisan.
• Ini bertujuan mengelakkan berlakunya pemajakan,
pemecahan dan penjualan tanah tersebut kepada orang luar.
• Akta membahagikan Sarawak kepada tiga kawasan iaitu
tanah campuran, kawasan tanah simpanan dan kawasan
pedalaman.
• Golongan imigran hanya boleh mempunyai tanah campuran
sahaja, secara tidak langsung, akta ini memberi
perlindungan kepada tanah Peribumi.
Akta Tanah Di Sabah
• Proklamasi III perlindungan Hak
Peribumi yang melindungi kepentingan
peribumi telah diwartakan oleh British
pada tahun 1889.
• Peraturan ini menetapkan kepentingan
hak milik tanah peribumi di bawah
bidang kuasa Pegawai Daerah.
• Semua urus niaga tanah dengan orang
Eropah mesti dimaklumkan kepada
ketua peribumi.
• Penduduk juga berhak menuntut ganti
rugi terhadap tanah yang dijual kepada
orang asing.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
• British mahu mengekalkan orang Melayu
sebagai petani.
• British telah memperkenalkan enakmen
tanah padi yang melarang melarang
tanaman getah di kawasan tanaman padi.
• Tujuannya untuk mengurangkan
penglibatan orang Melayu sebagai
pekebun kecil getah.
• Penglibatan orang Melayu dalam
penanaman getah pada peringkat awal
tidak mendatangkan masalah kepada
penjajah British.
• Sentimen ini berubah apabila berlaku
kejatuhan harga getah di pasaran dunia
pada tahun 1930-an.
• Kejatuhan harga getah telah
menyebabkan British memberi
perlindungan kepada pemodal dan
pengusaha ladang dari Eropah dengan
mempekenalkan rancangan Sekatan
Stevenson pada tahun 1922.
• Rancangan Peraturan Getah
Antarabangsa pada tahun 1934
menyebabkan pekebun kecil getah diberi
kuota yang lebih rendah.
• Pekebun kecil getah ditekan kerana
British menganggap mereka menjadi
ancaman kepada pengusaha ladang.
• Langkah British untuk
meningkatkan harga getah telah
memberi kesan negatif kepada
pekebun kecil getah.
• Rakyat tempatan tidak berminat
dengan tanaman padi kerana
mengusahakan tanaman getah
mendatangkan keuntungan yang
lebih baik walaupun menghadapi
pelbagai masalah.
• Tanah Melayu terpaksa
mengimport beras dari Thailand,
Myanmar dan Indo-China.
• Untuk mengelakkan
pergantungan yang berlebihan
terhadap import beras dari luar,
penjajah telah memperkenalkan
beberapa dasar dan langkah.
• Pekebun kecil tidak dibenarkan
menanam getah di kawasan tanah
sawah.
• British juga telah menubuhkan
Jabatan Parit dan Tali Air pada
tahun 1930 bagi memperbaiki
system perparitan dan tali air
untuk membantu kegiatan
penanaman padi.
• Polisi British yang memberi
galakkan kepada pelaburan
Eropah melalui skim
perladangan telah
meminggirkan pekebun
kecil di Tanah Melayu.
• Insentif kewangan dan
bantuan teknikal tidak
pernah ditawarkan kepada
pekebun kecil yang terdiri
daripada orang Melayu.
• Ini menyebabkan pekebun
kecil terpinggir dari aliran
ekonomi.
• Tanpa bantuan teknikal dan
modal, golongan pekebun
kecil yang terdiri daripada
orang Melayu jauh
ketinggalan berbanding
golongan yang mendapat
bantuan kerajaan kolonial.
• Polisi penjajah tidak
mengambil kira kepentingan
golongan pekebun kecil
dalam sektor pertanian di
Tanah Melayu.
Dasar British Terhadap
Pekebun Kecil
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Kesan-Kesan Dasar
Ekonomi
Pembandaran
Perubahan daripada pekan kecil atau
kampung kepada sebuah bandar
• Perkembangan pesat ekonomi
telah membawa kepada
perkembangan Bandar.
• Kawasan yang kaya dengan
bahan mentah dan yang menjadi
pusat kegiatan ekonomi
berkembang menjadi Bandar.
• Pekan yang berhampiran dengan
kawasan perlombongan akan
berkembang menjdai Bandar.
• Akan berlaku pertambahan
penduduk serta berfungsi sebagai
tempat mengumpul hasil
perlombongan
• Antara bandar yang muncul
ekoran kegiatan perlombongan
bijih ialah Bandar Kuala Lumpur,
Taiping dan Seremban
• Bandar Miri berkembang ekoran
perkembangan petroleum.
• Bandar-bandar yang baru muncul
berfungsi sebagai pusat perniagaan dan
pusat pentadbiran yang dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan seperti
jalan raya, bekalan air bersih, pusat
kesihatan dan institusi kewangan
seperti bank.
• Kebanyakan kawasan Bandar lebih
banyak didiami oleh orang China
berbanding orang India dan Melayu.
• Masyarakat Melayu terdapat di
kawasan perkampungan manakala
orang India di kawasan lading getah.
• Perkembangan system pengankutan dan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan Bandar
seperti Kuala Lumpur.
• Kuala Lumpur berkembang menjadi sebuah bandar besar kerana kedudukannya yang strategic.
• Ia menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar dan kawasan lain membabitkan
infrastuktur jalan raya dan jalan kereta api utama.
• Peningkatan hasil pengeluaran getah dan bijih timah telah menjadikan Pelabuhan Kelang, Melaka
dan Pulau Pinang menjadi pelabuhan yang penting.
• Bandar Kuching berkembang sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada
hitam sejak tahun 1840-an.
• Pembinaan infrastuktur penjajah British tertumpu di kawasan yang mempunyai keuntungan
ekonomi kepada mereka.
• Kesannya kawasan Pantai Barat Tanah Melayu dibangunkan berbanding kawasan Pantai Timur
kerana kawasan Pantai Barat mempunyai sumber bahan mentah yang banyak.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Masyarakat Berbilang Kaum
Pembentukan
• Kekayaan sumber alam, kemakmuran
ekonomi dan kestabilan politik telah
menarik minat lebih ramai golongan
imigran berhijrah ke Tanah Melayu
pada zaman penjajah.
• Dasar penjajah yang menggalakan
kemasukan buruh asing untuk
menampung keperluan tenaga kerja
telah menyumbang kepada
pertambahan jumlah kedatangan
imigran China dan India.
• Imigran China di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu telah bertambah
dari 163,000 orang pada tahun 1891
kepda 300,000 orang pada 1901.
• Di Negeri-negeri Selat dalam tempoh
yang sama telah berkembang
daripada 228,000 orang kepada
282,000 orang.
Petempatan
• Kewujudan masyarakat
berbilang kaum ini telah
menyebabkan wujud
pertempatan dan jenis pekerjaan
yang berbeza mengikut kaum.
• Orang Melayu yang
menjalankan kegiatan pertanian
tinggal di kawasan luar bandar.
• Orang India yang kebanyakan
menjadi penoreh getah tinggal
di kawasan estet.
• Orang China yang bekerja di
lombong dan berniaga tinggal
di kawasan bandar.
• Bahasa pertuturan yang
digunakan di antara kaum
adalah berbeza antara satu sama
lain.
Masalah
• Pada zaman penjajah tidak
terdapat kesepaduan dan
interaksi antara kaum yang
meluas.
• Perkara ini telah menyulitkan
proses mewujudkan
perpaduan nasional dalam
usaha membentuk bangsa di
Tanah Melayu selepas
mencapai kemerdekaan.
• Selepas mencapai
kemerdekaan, kerajaan kita
terpaksa bertungkus lumus
berusaha untuk
menghapuskan perbezaan
kaum berdasarkan fungsi
ekonomi demi kesejahteraan
dan perpaduan rakyat dan
Negara.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Sistem Pendidikan Vernakular
Pendidikan Sebelum Zaman Penjajah
• Sebelum kedatangan penjajah system, kanak-kanak Melayu mendapat
pendidikan di surau, , masjid dan sekolah pondok.
• Mereka belajar membaca dan memahami al-Quran, bahasa Arab dan
hukum agama serta menguasai kemahiran menulis, membaca dan
mengira.
Sekolah Vernakular Melayu
• Selepas kedatangan penjajah, sekolah vernakular Melayu ditubuhkan di
Negeri-negeri Selat.
• Sekolah Melayu pertama ialah Sekolah Melayu Teluk Belanga di
Singapura 1856.
• Sekolah Melayu seterusnya di Seberang Prai (1871), Kuala Kangsar
dan Batu Gajah (1884).
• Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri-negeri
Selat pada tahun 1885.
• Sekolah Melayu hanya dibina peringkat rendah dan kurikulumnya
terbatas.
• Ia bersesuaian dengan cita-cita penjajah menjadikan mereka petani
yang lebih baik daripada bapa mereka.
•
Sekolah Vernakular China
• Sekolah vernakular China dibiayai oleh saudagar
dari Negara China.
• Pendidikan China seperti Sekolah chung Hwa
(1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala
Pilah menggunakan dialek masing-masing sebagai
bahasa perantaraan.
• Guru, buku dan sukatan pelajaran datangnya dari
Negara China.
• Pada tahun 1920, kerajaan British mewartakan
enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat
pengaruh komunis di sekolah Cina.
• Melalui enakmen ini, segala aktiviti dan
pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh British.
Sekolah Vernakular Inggeris
• Sekolah vernakular Inggeris di Tanah Melayu pada
awalnya diusahakan oleh Mubaligh Kristian dan
badan sukarela.
• Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana ia
terletak di kawasan Bandar dan pelajarnya terdiri
daripada kalangan orang atasan.
• Sukatan pelajaran sekolah Inggeris disusun
berasaskan system pendidikan di England.
• British juga membina Universiti Malaya di
Singapura, walaupun agak terlewat.
Sekolah Venakular Tamil
• Sekolah vernakular Tamil dibina oleh penjajah di Bandar.
• Pihak pengurusan ladang membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.
• Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda (1912) di
Seremban berorientasikan pendidikan di Negara India.
• Sukatan pelajaran, buku dan guru dari India dan menggunakan bahasa
Tamil.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Sistem Pendidikan Vernakular
Pendidikan Sebelum Zaman Penjajah
• Sebelum kedatangan penjajah system, kanak-kanak Melayu mendapat
pendidikan di surau, , masjid dan sekolah pondok.
• Mereka belajar membaca dan memahami al-Quran, bahasa Arab dan
hukum agama serta menguasai kemahiran menulis, membaca dan
mengira.
Sekolah Vernakular Melayu
• Selepas kedatangan penjajah, sekolah vernakular Melayu ditubuhkan di
Negeri-negeri Selat.
• Sekolah Melayu pertama ialah Sekolah Melayu Teluk Belanga di
Singapura 1856.
• Sekolah Melayu seterusnya di Seberang Prai (1871), Kuala Kangsar
dan Batu Gajah (1884).
• Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri-negeri
Selat pada tahun 1885.
• Sekolah Melayu hanya dibina peringkat rendah dan kurikulumnya
terbatas.
• Ia bersesuaian dengan cita-cita penjajah menjadikan mereka petani
yang lebih baik daripada bapa mereka.
• Maktab Perguruan Sultan Idris dibina bertujuan melatih guru untuk
sekolah Melayu.
• Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) dibina untuk golongan elit.
Sekolah Vernakular China
• Sekolah vernakular China dibiayai oleh saudagar
dari Negara China.
• Pendidikan China seperti Sekolah chung Hwa
(1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala
Pilah menggunakan dialek masing-masing sebagai
bahasa perantaraan.
• Guru, buku dan sukatan pelajaran datangnya dari
Negara China.
• Pada tahun 1920, kerajaan British mewartakan
enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat
pengaruh komunis di sekolah Cina.
• Melalui enakmen ini, segala aktiviti dan
pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh British.
Sekolah Vernakular Inggeris
• Sekolah vernakular Inggeris di Tanah Melayu pada
awalnya diusahakan oleh Mubaligh Kristian dan
badan sukarela.
• Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana ia
terletak di kawasan Bandar dan pelajarnya terdiri
daripada kalangan orang atasan.
• Sukatan pelajaran sekolah Inggeris disusun
berasaskan system pendidikan di England.
• British juga membina Universiti Malaya di
Singapura, walaupun agak terlewat.
Sekolah Venakular Tamil
• Sekolah vernakular Tamil dibina oleh penjajah di Bandar.
• Pihak pengurusan ladang membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.
• Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda (1912) di
Seremban berorientasikan pendidikan di Negara India.
• Sukatan pelajaran, buku dan guru dari India dan menggunakan bahasa
Tamil.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Sektor Perkilangan
• Sebelum abad ke-20 ekonomi British di Tanah Melayu tertumpu
kepada pengeluaran bahan mentah terutama getah dan bijih timah.
• Semua barangan perkilangan yang diperlukan di Tanah Melayu telah
diimport.
• Barangan perkilangan yang diimport telah memperlahankan
perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu.
Perusahaan Berasaskan Getah
• Pada tahun 1923, Syarikat Shum Yip Leong
telah mendirikan dua buah kilang yang
menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke
China.
• Kilang yang berasaskan getah juga telah
dibina di Setapak, Selangor dan di Tapah,
Perak.
• Kilang Kasut Bata telah ditubuhkan di
Klang, Selangor untuk membuat kasut getah.
• Syarikat Fung Keong di Klang, Selangor dan
Kinta Rubber Works di Ipoh, Perak
mengeluarkan barangan yang berasaskan
getah.
Perusahaan Berasaskan Bijih
Timah
• Syarikat United Engineers
telah mendirikan kilang untuk
membina kapal korek, kapal
kecil dan mesin memproses
getah.
• Syarikat Straits Trading
Company menjalakan
perusahaan melebur bijih
timah.
• Secara umumnya kebanyakan kilang dimiliki dan diusahakan oleh
pemodal Eropah atau orang China.
• Orang Melayu terus tercicir dan ketinggalan.
• Tindakan pemerintah untuk membanyakkan penglibatan orang Melayu
dalam sector perindustrian dan perniagaan mulai tahun 1970-an adalah
wajar untuk mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum.
Perusahaan Mengetin
• Perusahaan kaleng-
kalengan telah diasaskan
di Johor oleh seorang
berbangsa Perancis.
• Perusahaan yang berpusat
di Johor ini telah
menghasilkan nanas di
dalam tin untuk dieksport.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Jalan Raya
• Jalan raya berasal daripada jalan denai dan
kereta lembu yang digunakan untuk
mengangkut bijih timah dan getah
kemudian ditukar dengan jalan berturap
dan tanah merah.
• Pembinaan jalan raya semakin berkembang
terutamanya dikawasan perlombongan
bijih timah dan getah.
• Menjelang tahun 1895, Perak dan Selangor
mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang
2400 km.
• Pengenalan kenderaan bermotor
menyebabkan kegunaan jalan raya semakin
popular.
• Pada tahun 1911, jalan raya Seberang Prai
Melaka telah disiapkan.
• Jalan raya menghubugkan Perlis dan
Singapura telah disiap dibina antara tahun
1911 hingga tahun 1928.
• Untuk menghubungkan pantai Timur
dengan pantai Barat, Jalan raya Kuala
Lumpur dengan Kuantan dibina.
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Jalan Kereta Api
• Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan
pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan
ke pelabuhan untuk dieksport.
• Jalan kereta api telah dibina pada tahun 1885
menghubungkan Taiping dengan Port Weld.
• Jalan kereta api lain turut dibina menghubungkan
kawasan perlombongan dengan pelabuhan seperti
Kuala Lumpur ke Port Swettenham (1889), Seremban
ke Port Dickson (1891), Ipoh dengan Tapah kemudian
ke Teluk Anson (1895).
• Pada tahun 1904, semua kawasan perlombongan di
Selangor, Perak dan Negeri Sembilan telah
dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api.
• Jalan kereta api menguhubungkan Seberang Prai
dengan Siam siap pada tahun 1918.
• Pada tahun 1931, jalan kereta api Pantai Timur
menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke
sempadan Siam siap dibina.
• Menjelang 1923, jalan kereta api Tanah Melayu telah
dihubungkan hingga ke Singapura.
• Pembinaan jalan kereta api telah menggalakkan
pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah.
• Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian telah menyebabkan
perkembangan system perhubungan dan pengangkutan.
• Sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan
perkhidmatan udara turut diwujudkan.
• Dengan system perhubungan ini, hubungan dengan Negara luar semakin cekap.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
Perkhidmatan Kesihatan
Hospital dan Pusat Kesihatan
• Kerajaan British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan bertujuan
untuk mengawal penyakit.
• Hospital awal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898.
• Menjelang tahun 1895, terdapat lebih kurang 29 buah pusat perubatan
di Perak dan di Kuala Lumpur.
• Di Perak, hospital telah dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng,
Kerian dan Kuala Kangsar.
• Di negeri-negeri lain pusat kesihatan kecil telah dibina, misalnya 14
buah pusat kesihatan di Selangor, 2 buah di Pahang 3 buah di Negeri
Sembilan.
Institut Penyelidikan Perubatan
• Kerajaan British juga menjalankan usaha untuk
mengawal penyakit.
• Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah
ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1900.
• Institut ini bertanggungjawab untuk mengkaji punca
penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang
patut diambil.
Sanitary Board
• British juga menitikberatkan kebersihan dan
kesihatan awan di kawasan bandar.
• Sanitary Board telah ditubuhkan pada tahun 1890-an
untuk mengawasi kebersihan dan kesihatan di
kawasan bandar di Kuala Lumpur.
• Lembaga seperti ini turut dibina dibeberapa Bandar
di Perak.
• Pada tahun 1911, fungsi dan tanggungjawab
Sanitary Board telah dipecahkan kepada dua
bahagian.
• Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar
diteruskan oleh Sanitary Board sehingga perang
Dunia ke-2.
• Tanggungjawab kesihatan diambil alih oleh Jabatan
Kesihatan.
Hospital dan Pusat Kesihatan di Sabah dan Sarawak
• Di negeri Sabah, beberapa buah hospital telah dibina di Jesselton,
Sandakan, Beaufort, Kudat dan Tawau.
• Di negeri Sarawak, perkhidmatan perubatan tertumpu di bahagian
Kuching sahaja.
• Selepas tahun 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman
dan Sibu.
Hospital Swasta
• Terdapat juga hospital yang dibina dengan pembiayaan atau
sumbangan orang perseorangan.
• Hospital Tung Shing (swasta) di Kuala Lumpur dibina untuk
memberikan perkhidmatan kesihatan khususnya kepada pekerja
lombong bijih yang terdiri daripada kalangan imigran China.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur