2
OBJEKTIF KAJIAN Saya telah ditugaskan untuk melaksanakan kerja kursus yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sejarah saya, Puan Tamil Selvi A/P Supramani. Kerja kursus sejarah pada tahun ini bertemakan tokoh sejarawan. Kajian kerja kursus sejarah adalah tentang perjuangan rakyat tempatan mengembalikan kedaulatan bangsa. Saya telah diberi empat pilihan, iaitu Dol Said, Pahlawan Naning, Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang, Tok Janggut Pejuang Jihad dan Haji Abdul Rahman Pejuang Tani. Saya telah memilih Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang sebagai tajuk kajian saya. Objektif menjalankan kajian tentang Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang adalah untuk mengetahui tentang latar belakang Dato’ Bahaman seperti negeri yang berada serta kedudukan yang pernah dipegang oleh Dato’ Bahaman. Selain itu, saya juga menjalankan kajian ini untuk mengetahui faktor-faktor penentangan Dato’ Bahaman terhadap penjajah Inggeris yang menjajah di negeri Pahang. Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang peristiwa-peristiwa serta kronologi penentangan Dato’ Bahaman. Tambahan pula, saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui kesan-kesan dan impak-impak yang akan didapati

OBJEKTIF KAJIAN

  • Upload
    yuriwa

  • View
    1.772

  • Download
    43

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah ditugaskan untuk melaksanakan kerja kursus yang diberikan oleh guru mata

pelajaran Sejarah saya, Puan Tamil Selvi A/P Supramani. Kerja kursus sejarah pada tahun

ini bertemakan tokoh sejarawan. Kajian kerja kursus sejarah adalah tentang perjuangan

rakyat tempatan mengembalikan kedaulatan bangsa. Saya telah diberi empat pilihan, iaitu

Dol Said, Pahlawan Naning, Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang, Tok Janggut Pejuang Jihad

dan Haji Abdul Rahman Pejuang Tani. Saya telah memilih Dato’ Bahaman Pahlawan

Pahang sebagai tajuk kajian saya.

Objektif menjalankan kajian tentang Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang adalah

untuk mengetahui tentang latar belakang Dato’ Bahaman seperti negeri yang berada serta

kedudukan yang pernah dipegang oleh Dato’ Bahaman.

Selain itu, saya juga menjalankan kajian ini untuk mengetahui faktor-faktor

penentangan Dato’ Bahaman terhadap penjajah Inggeris yang menjajah di negeri Pahang.

Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang

peristiwa-peristiwa serta kronologi penentangan Dato’ Bahaman.

Tambahan pula, saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui kesan-kesan dan

impak-impak yang akan didapati daripada penentangan Dato’ Bahaman terhadap penjajah

orang Inggeris yang bertapak dan meluaskan kuasanya ke negeri Pahang, iaitu negeri

Melayu yang terakhir untuk menerima Residen British. Sehubungan itu, kajian ini juga

dijalankan untuk menimba ilmu pengetahuan saya mengenai pahlawan-pahlawan yang

mengorbankan segala nyawanya untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air

mereka, iaitu negara Malaysia.

Objektif kajian ini juga adalah untuk menerapkan nilai patrotisme, iaitu nilai

cinta akan negara dalam diri setiap anak watan supaya generasi pewaris kita dapat

menghayati segala detik-detik pahlawan-pahlawan kita yang berjuang untuk tanah air.

Kajian ini dijalankan untuk membolehkan kita mengenali secara mendalam tentang sejarah

Pahang serta peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku di Pahang sebagai pengajaran

Page 2: OBJEKTIF KAJIAN

supaya kita tidak akan mengulangi segala kesalahan dan ketidakbijaksanaan pemimpin kita

dalam menghadapi kuasa asing.

Akhirnya, kajian ini juga bertujuan untuk membolehkan kita untuk mempelajari

segala kesilapan yang dilakukan oleh pejuang tanah air kita di samping membentuk jati diri

serta semangat berjuang dalam jiwa kita.