OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah ditugaskan untuk melaksanakan kerja kursus yang diberikan oleh guru mata
pelajaran Sejarah saya, Puan Tamil Selvi A/P Supramani. Kerja kursus sejarah pada tahun
ini bertemakan tokoh sejarawan. Kajian kerja kursus sejarah adalah tentang perjuangan
rakyat tempatan mengembalikan kedaulatan bangsa. Saya telah diberi empat pilihan, iaitu
Dol Said, Pahlawan Naning, Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang, Tok Janggut Pejuang Jihad
dan Haji Abdul Rahman Pejuang Tani. Saya telah memilih Dato’ Bahaman Pahlawan
Pahang sebagai tajuk kajian saya.
Objektif menjalankan kajian tentang Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang adalah
untuk mengetahui tentang latar belakang Dato’ Bahaman seperti negeri yang berada serta
kedudukan yang pernah dipegang oleh Dato’ Bahaman.
Selain itu, saya juga menjalankan kajian ini untuk mengetahui faktor-faktor
penentangan Dato’ Bahaman terhadap penjajah Inggeris yang menjajah di negeri Pahang.
Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang
peristiwa-peristiwa serta kronologi penentangan Dato’ Bahaman.
Tambahan pula, saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui kesan-kesan dan
impak-impak yang akan didapati daripada penentangan Dato’ Bahaman terhadap penjajah
orang Inggeris yang bertapak dan meluaskan kuasanya ke negeri Pahang, iaitu negeri
Melayu yang terakhir untuk menerima Residen British. Sehubungan itu, kajian ini juga
dijalankan untuk menimba ilmu pengetahuan saya mengenai pahlawan-pahlawan yang
mengorbankan segala nyawanya untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air
mereka, iaitu negara Malaysia.
Objektif kajian ini juga adalah untuk menerapkan nilai patrotisme, iaitu nilai
cinta akan negara dalam diri setiap anak watan supaya generasi pewaris kita dapat
menghayati segala detik-detik pahlawan-pahlawan kita yang berjuang untuk tanah air.
Kajian ini dijalankan untuk membolehkan kita mengenali secara mendalam tentang sejarah
Pahang serta peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku di Pahang sebagai pengajaran
supaya kita tidak akan mengulangi segala kesalahan dan ketidakbijaksanaan pemimpin kita
dalam menghadapi kuasa asing.
Akhirnya, kajian ini juga bertujuan untuk membolehkan kita untuk mempelajari
segala kesilapan yang dilakukan oleh pejuang tanah air kita di samping membentuk jati diri
serta semangat berjuang dalam jiwa kita.