22

OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

  • Upload
    lebao

  • View
    248

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

OMP40081 InvestMart StarterKit Cover BM OL-sang.ai 1 16/6/14 2:07 PM

Page 2: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

Suruhanjaya Sekuriti: Pengenalan

Program-programBijakLabur™

Asas-asas Pelaburan

Berwaspada dengan penipuan pelaburan

Mengenali BijakLabur™

Jenis-jenis Pelaburan

Ingin Dapatkan Maklumat Lanjut? Hubungi Kami

Page 3: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

MENGENALI BijakLabur™

Matlamat BijakLabur™, satu inisiatif oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), adalah untuk menjadikan anda pelabur yang berhemah dan berkeyakinan.

Pihak SC ingin mengubah corak pemikiran serta membina

keyakinan rakyat Malaysia dalam pelaburan.

Menggalakkan penguasaan kewangan anda

Kami berharap anda dapat mengurus dan

bertanggungjawab terhadap masa depan serta situasi

kewangan anda.

Membolehkan andamenggunakan kebijaksanaandan kemahiran menilai untuk membuat keputusan pelaburan

Kami melengkapkan anda dengan pengetahuan,

kemahiran serta wahana yang diperlukan bagi

memperkasakan anda.

Memupuk kesedaranterhadap peranan SC serta agensi-agensi kami

Kami memberi panduan serta bantuan yang

diperlukan kepada para pelabur.

Inisiatif BijakLabur™ ini akan:

Page 4: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

Pelabur yang diperkasakan:

Sedar

Mampu

Bertanggungjawab

Proaktif

adanya maklumat berguna dan wajar, serta

mampu mendapatkannya secara percuma

atau dengan kos yang minimum

melabur dan berurusan dalam

pasaran dengan kos urus

niaga minimum

terhadap tindakan mereka

dalam melaksanakan hak

mereka secara berkesan dan

saksama, serta mendapat akses

kepada kaedah penyelesaian

yang berkesan dengan kos

yang sedikit atau tanpa kos

Menerusi inisiatif BijakLabur™, SC berhasrat memperkasakan anda supaya bertanggungjawab ketika menyertai pasaran modal.

ASAS-ASAS PELABURAN

Page 5: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

MENGAPAKAH KITA MELABUR?

2.2 Pelaburan adalah satu cara baik untuk mengekalkan gaya hidup sedia ada apabila anda bersara.

Antara sebab utama adalah bagi

pertumbuhan wang anda dan kestabilan

kewangan serta kehidupan yang

lebih berkualiti.

Tambahan pula, kini semakin sukar

untuk bersara dengan selesa selaku

pekerja bergaji. Justeru, pelaburan

merupakan satu cara baik untuk

mengekalkan gaya hidup sedia ada

apabila anda bersara.

Pelaburan yang berjaya tidak boleh

mengharapkan tuah semata-mata.

Terdapat beberapa petua yang

dapat membantu mempertingkatkan

kemampuan anda untuk mencapai

matlamat kewangan anda.

Seorang pelabur yang bijak sentiasa

mengambil masa untuk memahami

prinsip-prinsip asas pelaburan,

di samping membuat keputusan

pelaburan berhemah.

Walau apa pun matlamat anda,

umpamanya membiayai kos universiti

anak anda, atau menikmati persaraan

dengan melancong mengelilingi dunia,

pelaburan memainkan peranan penting

untuk membantu anda mencapai

matlamat yang diidamkan.

Pelaburan boleh menambah nilai simpanan anda.

Bahagian ini memberi pengenalan sepintas

lalu mengenai pelaburan untuk membantu

anda mengambil langkah pertama ke arah

kestabilan kewangan.

Pelaburan boleh menambah nilai simpanan

anda. Ia melibatkan keputusan berhemah,

yakni hanya melabur setelah menjalankan

kajian dan analisis anda sendiri mengenai

sesuatu peluang pelaburan.

Terdapat pelbagai produk pelaburan

di pasaran, tetapi anda harus sedar akan

risiko yang terbabit bagi setiap produk

tersebut.

Sebelum melabur, anda harus memahami

objektif pelaburan serta tahap penerimaan

risiko anda untuk menilai jangkaan

pulangan dan risiko yang terbabit bagi

setiap produk pelaburan.

APA ITU PELABURAN?2.1

Page 6: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

TUJUH PERKARA YANG PATUT DIPERTIMBANGKAN SEBELUM ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN

2.3

1

2

6

3

TAHU MATLAMAT PELABURAN ANDA

Anda harus mengetahui matlamat

pelaburan serta tahap penerimaan

risiko anda untuk menentukan produk

pelaburan yang sesuai.

MELABUR DALAM PELBAGAI JENIS ASET

Cara ini dapat mengurangkan risiko

portfolio pelaburan anda secara

keseluruhannya. Memandangkan

semua jenis pelaburan mempunyai

tahap risiko tertentu, memilih

kombinasi produk pelaburan yang

sesuai dapat menghadkan kerugian

anda, sekali gus mencapai pulangan

yang lebih stabil tanpa menjejaskan

potensi pelaburan anda.

JALANKAN KAJIAN ANDA

Memahami butiran tawaran yang terkandung dalam

prospektus. Contohnya, bagi setiap jenis pelaburan,

tanyakan diri anda soalan-soalan berikut:

• Saham

Apakah latar belakang syarikat berkenaan? Adakah

ia menjana keuntungan? Adakah ia dibebani hutang?

Adakah asetnya cair (boleh ditukar kepada tunai

dengan segera)?

• Unit amanah

Aset jenis apakah yang membentuk dana itu?

Siapakah pengurus dananya? Adakah mereka

berdaftar? Apakah risiko terbabit?

• Kos

Apakah kos transaksi terbabit?

DAPATKAN BIMBINGAN DARIPADA PAKAR KEWANGAN YANG BERLESEN

Jika anda memerlukan nasihat

pelaburan, pakar-pakar

kewangan dapat membantu

mengenal pasti profi l risiko

anda dan seterusnya

menetapkan matlamat

kewangan anda. Misalnya,

apakah matlamat jangka

panjang anda? Adakah untuk

membiayai kos pendidikan

anak-anak anda? Persaraan?

MENILAI PRODUK PELABURAN YANG SESUAI UNTUK ANDA

Anda lebih bersedia untuk menilai produk-produk

pelaburan setelah memahami matlamat pelaburan

serta tahap penerimaan risiko anda.

Melabur dalampelbagai jenis aset dapat mengurangkan risiko portfolio pelaburan anda secara keseluruhannya.

4

5

PASTIKAN TAWARAN SEKURITI BERKENAAN TELAH DIDAFTARKAN ATAU DILULUSKAN OLEH SC

Jika tidak, ia tidak sah. Pendaftaran/kelulusan

adalah penting kerana ini bermakna syarikat

berkenaan telah memenuhi keperluan untuk

memperoleh dana daripada masyarakat umum

bagi membiayai perniagaannya. Ia juga bermaksud

prospektusnya mengandungi maklumat minimum

yang diperlukan bagi para pelabur membuat

keputusan pelaburan yang berasaskan

maklumat tertentu.

7PASTIKAN STATUS PERLESENAN/PENDAFTARAN SEBUAH SYARIKAT ATAU SKIM PELABURAN

Selain itu, pastikan produk kewangan

hanya diperkenalkan oleh individu yang

berlesen atau berdaftar.

Page 7: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

MEMAHAMI RISIKO SERTA PULANGAN PELABURAN

2.4

Risiko pelaburan merujuk kepada

kemungkinan pelaburan anda

tidak mendatangkan pulangan

yang diinginkan. Contohnya, anda

menjangka bahawa harga saham yang

dibeli akan naik namun ia jatuh.

Mustahil sama sekali untuk

mengelakkan risiko semasa melabur.

Biasanya, sesuatu pelaburan yang

menawarkan pulangan yang lebih

tinggi mempunyai risiko yang lebih

tinggi. Justeru itu, penting untuk anda

memahami tahap penerimaan risiko

anda supaya anda mampu melabur

dalam lingkungan risiko yang selesa.

Risiko spesifik yang mungkin

dihadapi pelabur bergantung kepada

jenis pelaburan.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai

cara untuk membantu mengurus risiko.

Contohnya, anda patut:

• Memahami produk pelaburan

yang dibeli serta faktor-faktor yang

dapat mempengaruhi pulangan

pelaburan anda

• Memilih pelaburan yang sesuai

dengan keperluan serta jangka

masa anda

• Mempelbagaikan portfolio pelaburan

anda dengan melabur dalam

pelbagai sekuriti yang berlainan

dari segi jenis, jangka masa serta

pendedahan risiko

• Pastikan sebahagian daripada

pelaburan anda adalah berisiko

rendah atau aset cair yang dapat

dijual dalam keadaan pasaran

kewangan yang buruk

• Berhati-hati terhadap skim

penipuan pelaburan

Pelaburan dalam sekuriti membawa

unsur-unsur risiko pasaran disebabkan

perubahan dalam kerajaan, dasar

kerajaan serta keadaan ekonomi

(global, rantau, negara).

Risiko lain termasuk risiko kecairan

sekiranya sekuriti yang dilabur tidak

dapat dijual secara mudah.

Sebagai pelabur,anda harus memahami tahap

penerimaan risiko anda.

RISIKO PULANGAN

Page 8: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

HAK ANDA SELAKU PELABUR

2.5

Anda berhakmenganggap bahawa

maklumat yang dibekalkan syarikat sebagaibenar dan boleh

dipercayai.

Terdapat beberapa prinsip asas pelaburan yang patut anda ketahui. Sebagai seorang pelabur, hak anda termasuk:

1 2 34 5 6

Menerima salinan prospektus/lembaran

fakta dana/akaun syarikat teraudit/

laporan kewangan berkala.

Menerima sebarang keuntungan

yang dibayar dalam bentuk dividen/

menerima agihan daripada dana

amanah saham (jika diumumkan)/

menerima kupon.

Menghadiri mesyuarat pemegang

saham serta melaksanakan hak anda

untuk mengundi, dan bertanya soalan

kepada pengarah-pengarah syarikat

dan pihak pengurusan mengenai

sebarang isu.

Mengharapkan SC untuk

menyediakan kaedah penyelesaian

bagi pertikaian yang membabitkan

perkhidmatan, produk serta

pengantara pasaran modal.

Melaksanakan hak tempoh bertenang

anda yang mana anda boleh menukar

fi kiran (unit amanah).

Mampu bergantung kepada semua

maklumat yang dibekalkan oleh

syarikat seperti laporan tahunan/

prospektus/serta pengumumannya

di bursa saham.

Sebelum membuat sesuatu keputusan pelaburan, amat penting untuk anda memahami matlamat kewangan sertatahap penerimaan risiko anda.

Page 9: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

JENIS-JENIS PELABURAN

SAHAM ATAU SYER3.1

A. Apa itu saham/syer?

Saham atau syer mewakili pemilikan

dalam sesebuah syarikat. Sesiapa

yang berumur 18 tahun ke atas boleh

melakukan pembelian minimum

1 ‘lot’ yang bersamaan dengan

100 unit. Individu yang memiliki saham

dalam sesebuah syarikat dikenali

sebagai pemegang saham. Untuk

mendagangkan saham anda secara

mudah, sila pastikan ia tersenarai di

bursa saham.

Produk-produk pelaburan merangkumi simpanan bank asas yang mudah

serta instrumen kewangan berstruktur yang lebih kompleks.

Produk-produk pelaburan dalam pasaran modal (sekuriti) termasuk saham,

unit amanah, waran, bon dan skim persaraan swasta.

Produk-produk tersebut dapat memenuhi keperluan pelbagai jenis pelabur

termasuk pelabur runcit, moden, muda, warga emas, serta mereka yang

cenderung menghindari risiko, di samping dapat memenuhi pelbagai objektif

seperti pelaburan jangka pendek atau jangka panjang, pendidikan, persaraan,

simpanan umum dan sebagainya.

B. Bagaimanakah saya boleh

melabur?

Terdapat dua cara untuk membeli

saham secara langsung:

i) Menerusi Tawaran Awam Awal (IPO)

ii) Menerusi saham yang

diperdagangkan di bursa saham

Selain itu, anda juga boleh melabur

dalam saham secara tidak langsung

menerusi pengurus dana atau dana

unit amanah.

Selaku pemegang saham, anda boleh

meningkatkan pemegangan saham

anda melalui terbitan hak (right issue),

terbitan bonus (bonus issue) dan

tindakan korporat (corporate exercises)

dan sebagainya.

C. Bagaimanakah dapat saya

meraih keuntungan melalui

pelaburan saya?

Anda dapat meraih keuntungan jika

anda menjual saham pada harga

yang tinggi daripada harga yang dibeli.

Selaku pemegang saham, anda

juga dapat meraih keuntungan

daripada dividen yang diumumkan

syarikat tersebut.

Page 10: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas boleh melakukan pembelian minimum1 ‘lot’ yang bersamaan dengan 100 unit.

D. Bagaimanakah saya hendak membuat pilihan?

Anda harus membuat kajian sebelum melabur dalam saham kerana

terdapat beberapa risiko yang terbabit. Anda boleh mendapatkan maklumat

sesebuah syarikat dengan membaca laporan tahunan, prospektus atau

laporan analisisnya.

Semua dokumen tersebut akan memberi anda maklumat asas mengenai

syarikat itu: aktiviti perniagaan yang diceburi, rancangan masa depan,

pengalaman pihak pengurusan serta kemahiran mereka dalam perniagaan

yang terbabit, dan sebagainya. Satu lagi unsur penting yang wajar

dipertimbangkan adalah gambaran ekonomi secara umumnya.

Paling penting, anda perlu memastikan risiko serta pulangan saham pilihan

anda bersesuaian dengan objektif dan profil risiko anda.

E. Apakah antara tanggungjawab saya selaku pelabur?

• Pertama

Memahami aktiviti perniagaan utama syarikat berkenaan

• Kedua

Memantau pelaburan anda dengan memberi perhatian kepada sebarang

maklumat mengenai syarikat itu, contohnya laporan tahunan, penyata

kewangan dan pengumuman syarikat tersebut di bursa saham serta media

• Ketiga

Menghadiri mesyuarat pemegang saham untuk melaksanakan hak

mengundi anda

A. Apa itu bon/sukuk?

Bon adalah akujanji hutang jangka masa

panjang yang diterbitkan oleh syarikat

ataupun badan-badan kerajaan (penerbit)

kepada pelabur bagi membiayai

keperluan kewangan mereka.

Sukuk merupakan instrumen kewangan

yang diterbitkan oleh syarikat atau

badan-badan kerajaan (penerbit)

bagi membiayai keperluan kewangan

mereka. Transaksi pendasar adalah

berdasarkan pelbagi prinisip/kontrak

yang berlandaskan Syariah.

B. Bagaimanakah saya

boleh melabur?

Disebabkan bon dan sukuk runcit

tradisional mempunyai nilai muka

(face value) yang tinggi, ia adalah

sangat mahal bagi pelabur runcit.

Namun, baru-baru ini, bon dan

sukuk runcit telah disediakan untuk

menggalakkan pelaburan runcit

yang lebih aktif.

Bon dan sukuk runcit boleh diterbitkan

dan diperdagangkan di Bursa Malaysia

atau secara atas kaunter (over-the-

counter) menerusi bank-bank tertentu.

C. Bagaimanakah dapat saya meraih keuntungan melalui

pelaburan saya?

Pemegang bon berhak menerima kadar faedah tetap (biasanya dirujuk sebagai

kupon) secara berkala. Jumlah prinsipal yang dilaburkan akan dibayar balik kepada

pemegang bon pada tempoh matang.

Pemegang sukuk menerima keuntungan/pendapatan daripada aset pendasar

yang diagihkan mengikut kadar bayaran yang ditetapkan pada tempoh matang

sukuk itu.

BON ATAU SUKUK3.2

Pemegang bon berhak menerima kadar faedah tetap (biasanya dirujuk sebagai kupon) secara berkala.

• Perlu berumur 18 tahun

ke atas

• Buka akaun CDS, eDividend

dan dagangan saham dengan

syarikat niaga saham/

remisier dari senarai syarikat

yang dilesenkan SC

• Dapatkan maklumat

mengenai saham yang

ingin dibeli

• Mulakan dagangan melalui

wakil syarikat niaga

saham/remisier

BAGAIMANAHENDAK MELABUR?

SENARAI SEMAK

Page 11: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

E. Apakah antara tanggungjawab saya selaku pelabur?

Salaku pemegang bon atau sukuk, anda seharusnya proaktif dalam

memantau pelaburan anda. Maklumat mengenai bon dan sukuk yang

dilabur boleh didapati di laman sesawang Bursa Malaysia, bank-bank

yang menawarkannya serta pengumuman media dari semasa ke

semasa, atau sebarang platform lain yang ditetapkan oleh SC.

Sekiranya penerbit bon/sukuk itu ialah syarikat tersenarai, anda

juga dapat memperoleh maklumat lanjut di Bursa Malaysia

(www.bursamalaysia.com) dan juga laman sesawang syarikat itu.

Pemegang sukuk menerima keuntungan/pendapatan daripada asset dalam bentuk pengagihan berkala.

D. Bagaimanakah saya hendak

membuat pilihan?

Jangan melabur sebelum membaca

dan memahami prospektus yang

mengandungi maklumat penting

mengenai bon serta sukuk yang

diterbitkan, termasuk terma dan syarat

utama serta pelbagai faktor risiko

yang terbabit.

Terdapat beberapa faktor yang harus

dipertimbangkan dalam pemilihan bon

atau sukuk, misalnya:

Penarafan bon

Menilai kualiti atau gred pelaburan sesuatu bon

atau sukuk

Status cukai

Di Malaysia, keuntungan/pendapatan yang diperoleh

oleh pelabur individu daripada pelaburan bon/sukuk

dikecualikan daripada cukai.

Tempoh matang

Tempoh bon atau sukuk sebelum matang

Kadar hasil sehinggatempoh matang

Mengambil kira keuntungan kupon pada masa kini

dan sebarang keuntungan atau kerugian modal yang

bakal dihadapi sekiranya pelabur memegang bon/

sukuk sehingga tempoh matang.

Risiko

Risiko kredit:

Risiko kredit adalah kemungkinan penerbit bon/sukuk

gagal membayar kupon atau tidak mampu membayar

balik duit modal bon/sukuk pada tempoh matang.

Bon/sukuk yang paling kurang risikonya adalah bon/

sukuk yang diterbitkan oleh kerajaan.

Risiko pasaran:

Bagi bon, risiko pasaran merupakan turun naik harga

yang disebabkan perubahan kadar faedah serta

permintaan dan penawaran bon dalam pasaran.

Bagi sukuk, risiko pasaran merujuk kepada

kemungkinan berlakunya kerugian pendapatan/modal

yang disebabkan perubahan kadar faedah yang

seterusnya menjejaskan harga sukuk. Keadaan ini

berlaku kerana kadar keuntungan bagi sukuk ditanda

aras kepada kadar faedah.

• Perlu berumur 18 tahun

ke atas

• Buka akaun CDS, eDividend

dan dagangan saham dengan

syarikat niaga saham/remisier

dari senarai syarikat yang

dilesenkan SC

• Dapatkan maklumat

mengenai bon/sukuk yang

ingin dibeli

• Mulakan dagangan melalui

wakil syarikat niaga saham/

remisier berlesen

• Bagi bon runcit atas kaunter

(over-the-counter), pelaburan

adalah melalui bank-bank

tertentu

BAGAIMANAHENDAK MELABUR?

SENARAI SEMAK

Page 12: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

D. Bagaimanakah saya hendak membuat pilihan?

Terdapat pelbagai jenis dana unit amanah yang boleh anda melabur. Setiap dana

unit amanah tersebut bermatlamat untuk mencapai objektif pelaburan tersendiri

menerusi strategi pelaburan serta portfolio yang berlainan.

Adalah penting untuk memilih dana yang bersesuaian dengan matlamat pelaburan

serta profi l risiko anda apabila melabur dalam dana unit amanah. Sila baca

prospektus dana berkenaan, dan jika anda mempunyai apa-apa keraguan, sila

bertanya kepada perunding profesional.

Beberapa persoalan lazim yang perlu difi kirkan:

• Adakah dana itu diluluskan oleh SC?

• Apakah objektif pelaburan dana unit amanah berkenaan? Apakah strategi

pelaburan pengurus dana serta aset pelaburan yang diluluskan?

• Apakah risiko yang berkaitan dengan dana unit amanah berkenaan?

• Adakah dana itu sesuai untuk anda?

• Adakah jangka masa pelaburan serta polisi pengagihannya selari dengan

matlamat kewangan anda?

• Adakah pengurus dana mempunyai kemahiran dan pengalaman yang memadai

untuk mengurus dana itu?

• Apakah yuran dan caj yang berkaitan dengan dana unit amanah itu?

• Adakah terdapat tempoh bertenang bagi anda menukar fi kiran?

• Adakah saya dibenarkan untuk bertukar kepada dana unit amanah lain?

• Jika pelaburan saya tertakluk kepada sistem nomini, adakah hak saya

akan terjejas?

E. Apakah antara tanggungjawab saya selaku pelabur?

Sungguhpun UTC anda akan memberi nasihat serta maklumat terkini kepada

anda, namun, anda patut sentiasa bertanggungjawab untuk menilai serta

memantaunya dengan teliti. Sila baca laporan tahunan serta interim dana

unit amanah dengan teliti serta laksanakan hak anda dengan menghadiri

mesyuarat pemegang unit.

Terdapat pelbagai cara untuk memantau pelaburan anda, termasuk membaca

laporan interim dan tahunan dana UT berkenaan untuk mengikuti sebarang

perkembangan serta status portfolionya. Selain itu, sesetengah UTMC akan

menghantar penyata pelaburan setiap suku tahun atau enam bulan dan juga

lembaran fakta UT bulanan kepada anda.

Hubungi UTC anda untuk sebarang bantuan.

DANA UNIT AMANAH

3.3A. Apa itu dana unit amanah?

Dana unit amanah (UT) ialah satu skim

pelaburan yang mengumpul wang

daripada para pelabur yang mempunyai

objektif kewangan yang sama dan

melaburkannya dalam porfolio tertentu. Ia

merangkumi saham, bon serta derivatif.

UT diuruskan oleh pengurus-pengurus

dana berlesen yang berusaha mencapai

objektif pelaburan sesuatu UT berlandaskan

undang-undang sekuriti.

B. Bagaimanakah saya

boleh melabur?

Sesebuah syarikat pengurusan unit amanah

(UTMC) akan mengagihkan dana unit

amanahnya secara langsung atau menerusi

beberapa saluran, contohnya ejen institusi

unit amanah (IUTA). Kedua-dua UTMC

dan IUTA bergantung kepada pekerja atau

ejennya yang dikenali sebagai perunding

unit amanah (UTC) yang berdaftar di bawah

Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan

Malaysia (FIMM) untuk menjual dan

mengagihkan dana unit amanah.

Seseorang UTC yang berdaftar wajib

menunjukkan kad kebenaran apabila

mereka ingin mempromosikan UTC kepada

bakal pelanggan.

C. Bagaimanakah dapat saya

meraih keuntungan melalui

pelaburan saya?

Pulangan unit amanah biasanya adalah

dalam bentuk agihan pendapatan dan/

atau kenaikan modal yang diterbitkan

daripada portfolio pelaburan dana unit

amanah berkenaan.

• Perunding Unit Amanah

(UTC) perlu menunjukkan kad

kebenaran FIMM yang sah

• Berikan maklumat yang

diperlukan supaya UTC dapat

membuat penilaian terhadap

keperluan pelaburan anda

• Isi borang pra-labur

• Pilih dana yang sesuai

• Baca prospektus

• Isi borang lain yang perlu

BAGAIMANAHENDAK MELABUR?

SENARAI SEMAK

Page 13: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

D. Bagaimanakah saya hendak membuat pilihan?

Anda patut benar-benar memahami matlamat pelaburan anda serta produk

yang hendak dilabur. Jika anda menghadapi masalah untuk memahami

waran, kemungkinan ia bukan satu instrumen yang sesuai bagi anda.

Sebelum melabur dalam waran berstruktur, anda patut membaca

prospektus serta lembaran terma waran untuk memahami:

• butiran-butiran mengenai penerbit;

• struktur waran serta aset pendasarnya;

• terma dan syarat pelaburan;

• harga laksana (strike price) dan nisbah pertukaran (conversion ratio);

• tarikh luput; dan

• risiko waran yang terbabit.

Apabila melabur dalam waran berstruktur, risiko maksimum pelaburan yang

mungkin ditanggung adalah jumlah pelaburan anda (serta kos transaksi)

dalam waran.

Jika anda bukannya membeli waran kerana saham atau aset pendasarnya,

anda patut menjualkannya sebelum tarikh luput jika ia mendatangkan

keuntungan.

E. Apakah antara tanggungjawab saya selaku pelabur?

Semua waran mempunyai tarikh luput. Sila beri perhatian terhadap tempoh

matang waran yang dilabur.

Terus mengikuti perkembangan waran itu, dan juga harga saham atau aset

pendasar, dan membandingkannya dengan nisbah serta harga laksana.

Mengikuti perkembangan terbaru dalam media, laporan kajian serta

pengumuman di Bursa Saham.

WARAN BERSTRUKTUR

3.4

A. Apa itu waran berstruktur?

Waran berstruktur ialah waran yang diterbitkan oleh institusi kewangan pihak

ketiga seperti bank pelaburan, bank komersial atau broker. Waran berstruktur

memberi hak (tetapi bukan obligasi) kepada pelabur untuk membeli atau menjual

sesuatu instrumen pendasar pada suatu harga yang ditetapkan sebelum tarikh

luput. Instrumen pendasar ini mungkin berbentuk saham, dana dagangan bursa

atau index. Apabila dilaksanakan, waran berstruktur biasanya dibayar dalam

bentuk tunai atau diselesaikan secara fizikal.

Waran berstruktur memberi satu cara alternatif untuk meraih keuntungan

daripada instrumen pendasar tanpa perlu membayar jumlah penuh. Waran

berstruktur tersenarai dan didagangkan di Papan Waran Berstruktur (Structured

Warrants Board) Bursa Malaysia.

Waran berstruktur adalah berbeza daripada waran syarikat. Waran syarikat

diterbitkan oleh sesebuah syarikat tersenarai menerusi sahamnya. Waran

syarikat memberi pelabur hak (tetapi bukannya obligasi) untuk membeli saham

biasa syarikat itu pada harga yang ditetapkan dalam tempoh tertentu.

Jenis-jenis waran berstruktur termasuk:

B. Bagaimanakah saya

hendak melabur?

Anda boleh melabur dengan broker

menerusi wakil niaganya, contohnya

remisier atau menerusi portal broker

dalam talian.

C. Bagaimanakah dapat saya

meraih keuntungan melalui

waran berstruktur?

Waran panggilan

Semakin tinggi peningkatan harga

instrumen pendasar, maka palabur

waran akan mendapat lebih

keuntungan disebabkan keuntungan

waran panggilan ditentukan oleh

perbezaan antara harga laksana

tetap (fixed exercise price) dan harga

sebenar instrumen pendasar waran

itu pada tempoh matang atau tarikh

laksananya (exercise date).

Waran opsyen jual

Semakin banyak penurunan harga

instrumen pendasar, maka palabur

waran akan mendapat lebih

keuntungan disebabkan keuntungan

waran ini ditentukan oleh perbezaan

antara harga laksana dan harga

instrumen pendasar. Maka, apabila

harga pendasar jatuh, keuntungan

akan meningkat.

Waran panggilan (Call warrants)

Menerusi waran ini, pelabur dapat mengambil kesempatan untuk meraih

keuntungan apabila harga instrumen pendasar meningkat.

Waran opsyen jual (Put warrants)

Menerusi waran ini pula, pelabur dapat mengambil kesempatan untuk meraih

keuntungan apabila harga instrumen pendasar menurun.

Waran mempunyaijangka hayat terhad.Sila beri perhatian kepada tempoh matang atau tarikh luput waran.

• Perlu berumur 18 tahun

ke atas

• Buka akaun CDS, eDividend

dan dagangan saham dengan

syarikat niaga saham/remisier

dari senarai syarikat yang

dilesenkan SC

• Baca prospektus dan

lembaran terma

• Mulakan dagangan melalui

wakil syarikat niaga saham/

remisier berlesen

BAGAIMANAHENDAK MELABUR?

SENARAI SEMAK

Page 14: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

SKIM PERSARAAN SWASTA

3.5

Semak dan imbangi semula secara berkala

Ketahui keperluan anda

Peruntukan pelaburan:awal dan bulanan

Ketahui jangkaan risiko/pulangan anda

Tentukan bilangan tahun sebelum bersara

Tentukan amaun dana persaraan anda

1

2

3

4

5

6

Mencapai Matlamat Persaraan

BAGAIMANA UNTUK MELABUR DALAM PRS

Bilangan Tahun

A. Apa itu skim persaraan swasta?

Skim persaraan swasta (PRS) ialah satu

skim pelaburan sukarela jangka panjang

yang dibentuk untuk membantu anda

membuat simpanan bagi persaraan

anda. PRS bertujuan mempelbagaikan

pilihan yang sedia ada bagi semua rakyat

Malaysia, tidak kira bergaji mahupun

bekerja sendiri, sebagai tambahan kepada

caruman mandatori yang dibuat kepada

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP).

Setiap PRS mengandungi pelbagai dana

persaraan yang boleh dipilih berdasarkan

keperluan persaraan, matlamat dan tahap

penerimaan risiko seseorang individu.

Pilihan dana di bawah PRS bermatlamat

untuk mempertingkat pulangan

bagi ahlinya dalam satu kerangka

pengawalseliaan.

Produk pelaburan dalam pasaran modal termasuk saham,bon, unit amanah, waran dan skim persaraan swasta.

Page 15: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

Bajet 2012 memberikan pelepasan RM3,000 bagi caruman PRS selama 10 tahun.

PRS melengkapkan caruman mandatori yang dibuat kepada KWSP.

Tahukah anda?

Warganegara Malaysia berumur

20-30 tahun yang membuat

caruman sekurang-kurangnya

RM1,000 dalam mana-mana dana

PRS dalam tempoh dalam satu

tahun kalendar di antara 2014 dan

2018, anda akan diberi caruman

sebanyak RM500 sekali sahaja oleh

kerajaan dalam bentuk unit PRS. B. Bagaimanakah saya

boleh melabur?

Untuk membuat caruman kepada

PRS, sila hubungi Pembekal PRS yang

disenaraikan di laman sesawang SC di

www.sc.com.my/list-of-prs-providers/.

Di samping itu, anda juga boleh membuka

akaun dengan Pentadbir Pencen Swasta

(PPA) dengan mengisi borang pembukaan

akaun yang boleh diperoleh daripada

mana-mana Pembekal PRS.

Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke

atas boleh membuat caruman dalam

mana-mana dana di bawah PRS.

Anda akan diberi satu nombor akaun

seumur hidup dan kata laluan setelah

membuka akaun. Sila baca dan fahami

Dokumen Pernyataan Produk serta

Lembaran Keterangan Produk untuk

mengetahui risiko-risiko terbabit sebelum

melabur dalam PRS. Senarai dana PRS

yang diluluskan jualan serta dokumen

pernyataan dapat diperoleh di laman

sesawang SC, http://www.sc.com.my/

list-of-schemes-approved-for-sale/

C. Bagaimana saya hendak

membuat pilihan?

Apabila anda mempertimbangkan PRS

manakah untuk dilabur, anda patut

mengambil kira beberapa faktor penting

seperti usia, pendapatan peribadi dan

isi keluarga, tahap penerimaan risiko

serta matlamat persaraan anda. Terdapat

beberapa jenis dana yang ditawarkan

melalui skim-skim yang berbeza. Sila

pastikan anda memilih dana yang dapat

memenuhi keperluan persaraan anda.

Selain itu, jadual perbandingan bagi

yuran dan caj oleh Pembekal PRS dan

skim yang berlainan dapat diperoleh

di laman sesawang SC - http://www.

sc.com.my/prive-retirement-scheme-fee-

comparison/

Page 16: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

Faktor-faktor lain yang harus dipertimbangkan:

Objektif-objektif pelaburan:

• Pertumbuhan

Memberi tumpuan kepada peningkatan dan

pemecutan pertumbuhan modal (compounding

and accelerating capital growth) dengan melabur

dalam ekuiti.

• Pertumbuhan & pendapatan

Menekankan keseimbangan di antara meningkatkan

pertumbuhan modal dan pendapatan dengan

melabur dalam aset campuran contohnya ekuiti dan

bon/instrumen pendapatan tetap.

• Pendapatan

memberi tumpuan untuk menjana pendapatan

yang berterusan dengan melabur dalam bon/

instrumen pendapatan tetap

Peringkat hidup persaraan:

• 40 tahun ke bawah: anda mungkin ingin memberi

tumpuan kepada kenaikan modal

• 40 – 50 tahun: anda mungkin ingin mencapai

keseimbangan di antara pertumbuhan modal

dan pendapatan

• 50 tahun ke atas: anda mungkin ingin menjana

pendapatan yang berterusan

Bagi pelabur yang tidak berhasrat memilih sebarang

pilihan dana yang ditawarkan oleh Pembekal PRS,

satu pilihan mungkir dapat membantu anda memilih

dana mungkir secara automatik berdasarkan kumpulan

umur di atas bagi memenuhi keperluan kewangan

persaraan anda.

Profi l risiko peribadi:

• Agresif

anda dapat menahan kemudahubahan (volatility)

pasaran dan kerugian modal

• Sederhana

anda ingin menyeimbangkan risiko pasaran

dengan pulangan

• Konservatif

anda tidak sanggup menanggung kerugian modal

Apakah antara tanggungjawab saya selaku pelabur?

• Memeriksa butiran caruman dalam akaun PPA

anda secara dalam talian

• Keperluan kita berubah pada setiap peringkat

hidup. Anda patut meninjau portfolio PRS anda

secara lazim untuk memastikan ia bersesuaian

dengan objektif persaraan anda.

Terdapat juga insentif cukai dan sebagainya jika anda

melabur dalam PRS. Sila rujuk kepada http://www.

sc.com.my/prs-tax-relief-incentive/

BERWASPADA DENGAN PENIPUAN PELABURAN

• Hubungi Pembekal PRS yang

disenaraikan di laman sesawang

SC http://www.sc.com.my/list-

of-prs-providers/

• Buka akaun dengan Pentadbir

Pencen Swasta (PPA).

Pembekal PRS anda boleh

membantu

• Baca dan fahami lebih dahulu

prospektus dana dan kertas

mengetengahkan produk

• Pilih dana PRS yang sesuai

untuk anda

BAGAIMANAHENDAK MELABUR?

SENARAI SEMAK

Page 17: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

BERWASPADA DENGAN PENIPUAN PELABURAN

4.1

Biasanya, penipuan pelaburan

menawarkan peluang pelaburan yang

terlalu menguntungkan sehingga

sukar dipercayai.

Bagaimana untuk mengesan penipuan

Penipuan pelaburan sering kali dilakukan

secara profesional. Maka, amat sukar

untuk membezakannya dengan

pelaburan sah. Jadi, adalah penting

untuk mempertimbangkan sesuatu

peluang pelaburan dengan berhati-hati

dan bukannya bertindak melulu untuk

melabur tanpa pertimbangan yang waras

atau sebarang penilaian.

Perlu difahamkan bahawa bukan semua penipuan berada

dalam skop SC.

Sekiranya melibatkan nasihat sekuriti atau pelaburan,

atau pengurusan dana yang merangkumi sekuriti seperti

saham, perunding kewangan yang memberi nasihat

pelaburan atau perkhidmatan pengurusan dana, maka

semua itu wajib dilesenkan oleh SC. Jika sebuah syarikat

yang menawarkan skim pelaburan itu adalah syarikat umum

yang tersenarai atau tidak tersenarai, ia juga wajib memenuhi

keperluan-keperluan tertentu. Syarikat tersebut sekurang-

kurangnya wajib mengeluarkan prospektus yang didaftarkan

dengan SC.

Janji pulangan yang tidak masuk akal

Contohnya pelaburan yang mempunyai jangka

masa yang pendek dengan janji tiada risiko/

risiko rendah.

Ketidakrelaan promoter

mendedahkan maklumat

Ini termasuk ketidakrelaan untuk mendedahkan

maklumat mengenai syarikat berkenaan atau

pengarah-pengarah dan pemegang-pemegang

amanahnya, atau maklumat kewangan serta

bukti bagi semua dakwaan yang dijanjikan.

Syarikat yang tidak dikenali

Skim dari syarikat yang tidak pernah

kedengaran atau tidak dapat dipastikan.

Jualan agresif

Anda dipaksa untuk membuat

keputusan segera supaya tidak

terlepas peluang berkenaan, atau anda

diberitahu tawaran berkenaan hanya

bagi tempoh tertentu sahaja.

Bayaran tunai

Bayaran sama ada kepada seorang

individu atau sebuah syarikat yang

tidak berkaitan.

Skim pelaburan tidak diminta

(unsolicited)

Biasanya dijual dalam talian atau melalui ejen,

terutamanya pihak yang boleh dihubungi

hanya terdiri daripada seorang individu atau

Internet sahaja, serta kesahihan syarikat

berkenaan tidak dapat dipastikan. Skim

tersebut biasanya skim Ponzi.

Skim “eksklusif”

Menawarkan peluang untuk melabur dalam

sesuatu sekuriti walaupun maklumatnya

belum dapat diperoleh.

Tanda-tanda penipuan yang patut diberi perhatian termasuk:

Skim penipuan lazimnya menawarkan pulangan lumayan yang sukar dipercayai.

Penting untuk mempertimbangkan sesuatu peluang pelaburan dengan berhati-hati dan bukannya bertindak melulu untuk melabur tanpa pertimbanganyang waras.

Page 18: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

SURUHANJAYA SEKURITI: PENGENALAN

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

(SC) ditubuhkan pada 1993 dan

bertanggungjawab untuk mengawal

selia serta membangunkan pasaran

modal yang inovatif dan berdaya saing

di Malaysia secara sistematik.

SC mencapai objektif ini menerusi

kerangka kerja pengawalseliaan yang

kukuh dan undang-undang yang

menyokong fungsi pengawasan,

pemantauan serta penguatkuasaannya,

untuk mempromosikan dan

mengekalkan sekuriti dan pasaran

hadapan yang adil, cekap, selamat

dan telus bagi menyediakan pasaran

kewangan yang berinovatif dan

berdaya saing.

Melaksanakan semua fungsi ini

merupakan tanggungjawab besar SC

dalam melindungi pelabur.SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

Mengawal selia bursa-bursa, rumah-

rumah penjelasan dan depositori pusat;

Mendaftarkan prospektus syarikat selain

daripada kelab-kelab rekreasi tidak

tersenarai;

Meluluskan terbitan bon;

Mengawal selia semua perkara yang

berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;

Mengawal selia pengambilalihan dan

percantuman syarikat-syarikat;

Mengawal selia semua perkara yang

berkaitan dengan skim unit amanah;

Melesenkan dan mengawasi semua

individu yang berlesen;

Memastikan perilaku yang betul di kalangan

institusi pasaran dan individu berlesen.

Menggalakkan kawal selia sendiri; dan

Page 19: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

Perlindungan pelabur adalah mandat Suruhanjaya Sekuriti.

SC juga bertanggungjawab untuk

menggalakkan penyertaan dalam

pasaran modal berasaskan maklumat di

kalangan bakal pelabur termasuk pelajar

universiti/kolej, individu yang tinggal di

kawasan luar bandar, pekerja kolar biru,

suri rumah tangga, profesional serta

pelabur sedia ada.

Kami memastikan bakal pelabur serta

pelabur sedia ada:

• mempunyai kesedaran yang lebih

mendalam menerusi maklumat yang

lebih berkualiti dan tepat masa;

• mampu menyertai dan meninggalkan

pasaran, pelaburan serta urusan

dengan pengantara dengan hanya

sedikit, atau tanpa kos mahupun

halangan;

• bertanggungjawab terhadap

tindakan mereka dan mampu

melaksanakan hak mereka secara

berkesan dan saksama, serta dapat

mencari jalan penyelesaian dengan

hanya sedikit, atau tanpa kos

sebelum atau semasa aktiviti-aktiviti

pelaburan anda.

KERANGKA KERJA INSTITUSI PASARAN MODAL MALAYSIA

SC ditubuhkan untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing di Malaysia secara sistematik.

Page 20: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

PROGRAM-PROGRAMBijakLabur™

Bagi menggalakkan penyertaan pelabur yang

berasaskan maklumat dalam pasaran modal,

SC telah menyediakan beberapa siri program

di bawah inisiatif BijakLabur™ untuk memberi

manfaat kepada bakal pelabur serta pelabur

sedia ada di Malaysia.

Program-program tersebut termasuk:

Bersama SC

Jerayawara di seluruh negara yang bertujuan

menggalakkan kesedaran masyarakat umum mengenai

pelbagai produk yang boleh didapati dalam pasaran

modal. Bersama SC juga bertujuan mendidik para

pelabur mengenai hak serta tanggungjawab mereka.

Unit bergerak SC

Membolehkan kami memberi manfaat kepada

rakyat Malaysia sama ada di bandar mahupun di

luar bandar, dan memberi khidmat nasihat tidak

formal untuk menimbulkan kesedaran mengenai SC,

peranan kami dan juga cara pelaburan yang sah.

Aplikasi mudahalih InvestSmart™

Dihasilkan untuk berkongsi maklumat yang bermakna,

relevan dan tepat masa mengenai produk-produk

berlesen dalam pasaran modal dan pengantara

yang terlibat.

Edumercial

Mendidik pelabur menerusi iklan, siaran dan

pengiklanan media digital.

Seminar

Untuk pelabur runcit/unit amanah, pejabat kerajaan

dan syarikat swasta, individu yang tinggal di kawasan

luar bandar, pekerja kolar biru, suri rumah tangga dan

juga pelajar universiti.

Hujung Minggu Bersama Pelabur

Acara tahunan yang mengumpulkan rakan industri

serta agensi-agensi lain untuk memberi manfaat

kepada rakyat Malaysia, membina keyakinan mereka

dan mempersiapkan mereka untuk menyertai pasaran

modal secara bertanggungjawab.

SC telah menyediakan beberapa siri program di bawah inisiatif BijakLabur™ untuk memberi manfaat kepada bakal pelabur serta pelabur sedia ada di Malaysia.

Untuk mendapatkan senarai program yang lengkap,

sila layari www.investsmartsc.my

Page 21: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

Untuk sebarang pertanyaan mengenai

saham, bon, niaga hadapan,

unit amanah, sukuk dan produk serta

perkhidmatan pasaran modal yang lain:

Institusi-institusi pasaran modal:

Untuk simpanan deposit/

sebarang produk insurans:

Untuk skim faedah atau kootu:

Untuk skim MLM atau

peluang francais:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

T 03 6204 8999

E [email protected]

www.sc.com.my

Bursa Malaysia

T 03 2034 7000 / 2332 7000

E [email protected]

www.bursamalaysia.com/market

Persekutuan Pengurus

Pelaburan Malaysia

T 03 2093 2600

E [email protected]

www.fimm.com.my

Securities Industry

Development Corporation

T 03 6204 8667

E [email protected]

www.sidc.com.my

Pusat Penyelesaian

Pertikaian Industri Sekuriti

T 03 2282 2280

E [email protected]

www.sidrec.com.my

Pentadbir Pencen Swasta

T 1300 131 PPA (772)

E [email protected]

www.ppa.my

Bank Negara Malaysia

T 1 300 88 5465

E [email protected]

www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

T 03 7721 4000

www.ssm.com.my

Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi

dan Kepenggunaan

T 1 800 88 6800

www.kpdnkk.gov.my

INGIN DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT? HUBUNGI KAMI

Page 22: OMP40081 InvestMart StarterKit BM-sang.indd

OMP40081 InvestMart StarterKit Cover BM OL-sang.ai 1 16/6/14 2:07 PM