Upload
lekien
View
253
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Panduan
Kesiapsiagaan & Tindakbalas
Bencana Banjir
Untuk Masyarakat Ke Arah Masyarakat Berdayatahan
Pemerhatian Bahaya
Kenalpasti bahaya di sekeliling rumah dan selamatkan keadaan yang tidak selamat sebelum banjir melanda
Tutup semua punca kuasa elektrik apabila air mula bertakung, talian elektrik tumbang atau sebelum berpindah
Tutup bekalan gas dan air sebelum berpindah
Kukuhkan keadaan rumah yang tidak stabil
Sediakan alat pemadam api dan pastikan semua ahli keluarga tahu di mana dan bagaimana menggunakannya
Jauhkan kanak-kanak daripada air kerana mereka tidak dapat membezakan antara air yang tercemar atau air yang berarus
Lebih berhati-hati pada waktu malam kerana lebih sukar untuk mengenalpasti bahaya banjir
5
4
3
2
1
6
7
•Pantau keadaan banjir yang mungkin melanda di kawasan anda
Awas !!!
•Dengar TV/radio – anda akan terima maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan kecemasan
•Tahu ke mana hendak dituju – anda perlu tiba ke kawasan yang lebih tinggi secepat mungkin dengan berjalan kaki
• Sedia atau tambah kit kesiapsiagaan kecemasan – termasuk lampu suluh, telefon bimbit, bateri, ubat-ubatan, alat pertolongan cemas dan sebagainya
Langkah-langkah yang perlu diambil:
• Simpan perabot di luar ke dalam rumah dan pindahkan barangan penting ke tingkat yang paling tinggi – melindungi kerosakan oleh banjir
•Putuskan peralatan elektrik dari punca kuasa dan jangan sentuh jika anda basah atau berdiri di dalam air – anda mungkin terkena kejutan elektrik
•Tutup semua bekalan gas dan elektrik di suis utama – untuk mengelakkan kebakaran dan letupan
Persiapkan rumah anda:
Pantau Banjir
Ambil tindakan !!!
Banjir sudah melanda atau akan melanda tidak lama lagi
Ancaman serta-merta
Sekiranya diarahkan berpindah, segeralah berbuat demikian
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1) Pindah serta-merta ke kawasan yang lebih tinggi
2) Berpindah sekiranya diarahkan
3) Elakkan daripada berjalan atau memandu melalui air banjir
4) Pusing, Jangan Lemas !!! Cuma 6 inci tinggi air yang berarus boleh menjatuhkan anda dan 2 kaki tinggi air boleh menghanyutkan kenderaan anda
Amaran Banjir
Persediaan Untuk Pindah
* Kenalpasti dokumen-dokumen penting seperti rekod kesihatan, polisi insurans, kad pengenalan, sijil kelahiran, geran kereta, geran tanah dan simpan dalam bekas kalis air untuk dibawa ketika berpindah
* Semak semula pelan dan bekalan kecemasan dan periksa jika ada barangan yang tertinggal
* Dengar pengumuman awam
Sekiranya Anda Diarahkan Berpindah
* Pihak berkuasa akan mengarahkan anda untuk berpindah jika anda berada di kawasan rendah atau dalam laluan aliran arus meningkat
* Jangan sekali-kali tidak mengendahkan arahan berpindah
* Sila beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyelamat ketika proses pemindahan
Pastikan memakai jaket keselamatan semasa menaiki perahu/bot
Jangan menaiki perahu/bot melebihi had muatan
Semasa dalam perahu/bot sentiasa berhati-hati dan ikut semua arahan penyelamat
Jangan berdiri semasa dalam perjalanan atau melakukan sebarang perlakuan yang menyebabkan perahu/bot tidak stabil
Keselamatan Ketika Menaiki Perahu/Bot
JANGAN merokok atau berlari dalam jarak 50 kaki dari pesawat sepanjang masa
Dekati pesawat hanya dari hadapan apabila diarahkan oleh crew penerbangan dan jauhi kawasan rotor
JANGAN DEKATI DARI ARAH BELAKANG
Dekati pesawat dari arah turun bukit jika zon dalam keadaan cerun
Bawa semua perlatan pada paras pinggang
JANGAN bantu krew penerbangan untuk membuka atau menutup pintu
JANGAN dekati rotor belakang
Keluar dari arah yang sama anda mendekati pesawat
Krew penerbangan bertanggungjawab untuk memunggah atau memasukan pesakit dan peralatan BUKAN ANDA
Keselamatan Di Zon Pendaratan Helikopter
Keselamatan Ketika Kembali ke Rumah
Kembali ke rumah apabila pihak berkuasa telah mengesahkan kawasan telah selamat
Sebelum masuk ke rumah lihat di luar untuk talian kuasa elektrik, paip gas, retakan rumah atau kemusnahan lain
Sebahagian rumah anda mungkin runtuh atau musnah
Berhati-hati apabila mendekati pintu masuk
Lihat pada atap dan siling yang masih ada sokongan
Waspada pada haiwan berbisa dengan mengetuk semua bekas yang terlingkup
Jika terbau gas bocor, jauhkan punca pencucuhan dan buka tingkap dan pintu untuk pengudaraan
Jika talian kuasa elektrik jatuh di luar rumah jangan melalui air yang bertakung
Jauhkan kanak-kanak dan haiwan peliharaan dari kawasan berbahaya dan air yang bertakung
Bahan-bahan seperti bahan pembersihan, cat, bateri, bahanapi tercemar dan bekas bahanapi yang rosak adalah berbahaya
Ketika pembersihan, pakai pakaian perlindungan, sarung tangan getah dan but getah
Pastikan makanan dan minuman anda selamat
Buang semua barangan yang telah dibanjiri termasuklah makanan dalam tin, botol air, bekas plastik dan botol bayi
Didihkan atau rawat air sebelum digunakan
Jangan guna air tercemar untuk basuh pinggan, gosok gigi, menyediakan makanan, basuh tangan, air batu atau susu bayi !!!
Keselamatan Ketika Kembali ke Rumah
Keselamatan Ketika Kebakaran
• 1. APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:
• Jangan panik.
• Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
• Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
• Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda
Keselamatan Ketika Kebakaran 2. PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN
JALAN KELUAR
• Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.
BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA
• Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.
Keselamatan Ketika Kebakaran
CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI
• Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.
JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG
• Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.
ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL
• Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.
Keselamatan Ketika Kebakaran
MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP
• Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.
3.Mencegah Kebakaran Di Dapur
• Keselamatan Kebakaran Di Dapur
Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
Keselamatan Ketika Kebakaran • Kebersihan Dapur
Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak.
Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.
Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.
• Cegah Kebakaran
Makanan yang dimasak dalam "microwave" menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan tutup dengan cermat.
Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar kepada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur.
Keselamatan Ketika Kebakaran • Keselamatan Litar Elektrik Di Dapur
Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa.
Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.
Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.
Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.
Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.
• Memadam Kebakaran Di Dapur
Kebakaran minyak Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :
Padamkan api dapur.
Tutup permukaan dengan tudung.
Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.
Buka penutup perlahan-lahan.
• Kebakaran Oven atau Ketuhar Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :
Tutup sumber elektrik.
Ubah ke tempat terbuka / lapang.
Pastikan pintunya sentiasa tertutup
Keselamatan Ketika Kebakaran
Keselamatan Ketika Kebakaran
1. Jadikan ianya satu tabiat mematikan bekalan kepada
alatan elektrik yang tidak digunakan. Sebelum masuk tidur,
jadikan ianya rutin anda untuk memeriksa kesemua alat
elektrik telah benar-benar dimatikan atau diputuskan
bekalannya.
2. Jangan sesekali letakkan beban berlebihan pada soket.
Demi keselamatan, lebih baik anda hanya menggunakan
satu plag untuk satu lubang soket. Walaupun anda
menggunakan apa-apa penyambung tambahan (adapter)
dan pastikan padanya terdapat fius. Jangan sesekali
melebihi beban dengan yang telah ditetapkan padanya
seperti yang tertera disitu.
Keselamatan Elektrik
3. Lebih mudah dan selamat jika anda memasangkan Pemutus
Litar Miniatur (MCB) / Pemutus Litar Bocor Kebumi (ELCB)
dengan menyediakan Kotak Fius Mudah Alih pada alatan yang
anda digunakan di luar rumah seperti mesin rumput, penyedut
hampagas atau penyembur air. Ianya akan terpelantik sendiri
apabila didapati terdapat kebocoran arus pada alatan itu dan
juga mudah untuk pastikan bekalan padanya benar-benar telah
putus
Keselamatan Elektrik
4. Sering memerhatikan keadaan plag, soket dan pendawaian
anda samda terbakar, cair atau rosak. Jika berlaku
sedemikian, tanpa pengetahuan yang cukup, jangan sesekali
melakukannya sendiri, terus dapatkan khidmat Orang
Kompeten Elektrik.
5. Jangan biarkan sebarang pendawaian atau bahan pengalir diletakkan dibawah karpet, tikar dsb. Ini menyukarkan anda mengetahui Bahaya yang akan berlaku pada wayar atau kabel tersebut pada masa akan datang.
6. Jangan biarkan pendawaian anda melalui atau merentasi di atas sebarang alat pemanas. Ini adalah amat merbahaya.
7. Jangan mencuba untuk memakukan atau menebuk lubang di dinding rumah anda tanpa pengetahuan yang cukup, ini kerana anda tidak tahu apa yang terdapat disebalik dinding tersebut. Begitu juga jika anda mengorek lubang dan mencuba untuk memotong sebarang dawai atau wayar dibawah tanah.
Keselamatan Elektrik
8. Elakkan percampuran bahan cecair dengan elektrik. Jauhkan kedua-dua bahan itu antara satu dengan yang lain. Sentuh alat elektrik apabila tangan anda benar-benar kering. Dan, pastikan Cerek Elektrik anda benar-benar OFF apabila hendak menambahkan air didalamnya.
9. Lebih baik jika anda tidak membawa alat elektrik ke Bilik Air dan kerap memeriksa keadaan wayar dan alat elektrik anda seperti, pengering rambut ataupun radio yang digunakan disitu.
10. Pastikan anak anda tidak berjalan didalam keadaan basah ke dalam rumah yang mana mungkin disebabkan oleh terkena hujan ataupun selepas mandi di kolam renang. Ini kerana, rumah anda sebenarnya dipenuhi dengan punca elektrik yang mana berkemungkinan dapat mengancam keselamatan anak anda. Pastikan mereka dikeringkan terlebih dahulu sebelum memasuki rumah.
Keselamatan Elektrik
Empat langkah kebersihan makanan
• Langkah 1 : Silangan pencemaran
• Antara penyebab utama keracunan makanan adalah silangan pencemaran. Ketika inilah kuman-kuman merbahaya di sejenis makanan terpindah ke makanan lain, biasanya daripada tangan seseorang atau alat memasak. Tetapi, risiko kesihatan boleh dicegah dengan mudah:
Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh makanan dan dengan segera selepas mengendalikan makanan mentah (cth: daging, telur), mengendalikan tong sampah, menyentuh haiwan peliharaan atau pergi ke tandas.
Keselamatan Makanan
• Jika boleh, gunakan papan pemotong mengikut warna untuk makanan mentah dan yang sedia di masak.
Basuh dan basmi kuman setiap permukaan dengan segera selepas
menyediakan makanan
Keselamatan Makanan
• Tutup makanan atau simpankan dalam bekas tertutup untuk menghalang kuman daripada masuk
Keselamatan Makanan
Simpan dan sediakan makanan mentah jauh daripada makanan yang telah dimasak atau sedia
dimakan
Keselamatan Makanan
Jauhkan haiwan peliharaan atau haiwan daripada kawasan penyediaan makanan dan kawasan makan.
Membersih
Masak daging sepenuhnya untuk membunuh kuman merbahaya yang boleh
mengakibatkan keracunan makanan. Untuk mengetahui bagaimana daging
anda telah dimasak, masukkan pisau ke bahagian yang paling tebal. Jika ia
masak, tidak akan ada tanda daging merah jambu atau air. Semasa
memanaskan makanan, pastikan ia panas secara menyeluruh dan jangan
memanaskan makanan lebih daripada sekali.
Keselamatan Makanan
Menyejukkan Memastikan makanan sejuk (0-5°C, 32-41°F) atau membekukannya akan memperlahankan pertumbuhan bakteria merbahaya. Sentiasa periksa arahan menyimpan dan ikut tarikh luput untuk membungkus makanan. Jika ada sebarang lebihan, tutup dan simpankannya di dalam peti sejuk atau penyejuk beku dalam masa 2 jam setelah dimasak, tetapi pastikan ia sejuk sepenuhnya. Asingkan ke dalam bekas lebih kecil untuk mempercepatkan penyejukan jika perlu.