Upload
truongtu
View
245
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA
PEKELILING KETUA PENGARAH
PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
SEMENANJUNG MALAYSIA
BILANGAN 4 TAHUN 2006
PANDUAN MEKANISME KAWAL SELIA BAGI PEMBANGUNAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 22(2A)
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)
JAYAKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN DINAMIK
1
1. TUJUAN
1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-
pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD
Negeri), Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dan agensi-
agensi yang berkaitan berkenaan proses permohonan kebenaran
merancang di bawah subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 (Akta 172).
2. LATAR BELAKANG
2.1 Antara perkara penting dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa,
1976 (Akta 172) yang telah dipinda melalui Akta Perancangan Bandar
dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) adalah mengadakan
peruntukan di bawah subseksyen 22(2A) berkenaan permohonan
kebenaran merancang yang perlu dirujuk oleh Jawatankuasa
Perancang Negeri (JPN) kepada Majlis Perancang Fizikal Negara
(MPFN) untuk mendapatkan nasihatnya.
2.2 MPFN adalah suatu badan penyelaras yang ditubuhkan di peringkat
persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan
dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta
Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan. Ianya bertindak selaku forum
perundingan perancangan bandar dan desa antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ketua Pengarah Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia bertindak
sebagai setiausaha kepada MPFN.
2.3 Mesyuarat MPFN kali pertama yang bersidang pada 23 Jun 2003 dan
dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri telah memutuskan untuk
menerimapakai “Mekanisme Kawal Selia bagi Pembangunan di
bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172”.
2.4 Subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(selepas ini akan disebut sebagai Akta 172), memperuntukkan
bahawa permohonan untuk kebenaran merancang diperlukan bagi
pembangunan yang melibatkan :-
2
2.4.1 pembangunan sesuatu perbandaran baru bagi penduduk yang
melebihi sepuluh ribu (10,000 orang), atau meliputi suatu
kawasan yang melebihi seratus (100) hektar, atau kedua-
duanya;
2.4.2 sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau
kemudahan utama; atau
2.4.3 sesuatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit,
dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam
sekitar yang sensitif dalam sesuatu rancangan pemajuan.
2.5 Bagi maksud subseksyen 22(2A), pemajuan bagi pembinaan
infrastruktur atau kemudahan utama termasuklah :-
2.5.1 kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang,
pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya; dan
2.5.2 kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan,
stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.
2.6 JPN hendaklah merujuk kepada MPFN untuk mendapatkan
nasihatnya sebelum pihak berkuasa perancang tempatan terlibat
membuat keputusan melulus atau menolak sesuatu permohonan
tersebut.
2.7 Peruntukan subseksyen 22(2A) Akta 172 ini adalah selaras dengan
usaha untuk memastikan pembangunan fizikal yang mempunyai
kesan langsung dalam imbangan ekonomi hartanah dan alam sekitar
dikawal dan dipertingkatkan pemantauan ke atasnya secara bersama
oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
3. MEKANISME KAWAL SELIA PEMBANGUNAN DI BAWAH
PERUNTUKAN SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA 172
3.1 Bagi melaksanakan kerja-kerja kawal selia, satu mekanisme telah
diwujudkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia sebagai tatacara semakan maklumat
3
pembangunan bagi permohonan kebenaran merancang yang
tertakluk di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172, untuk diterimapakai
oleh semua jabatan atau agensi yang terlibat. Tatacara yang
dimaksudkan adalah seperti berikut :-
Langkah 1 : PBPT, atau JPBD Negeri, atau Pejabat Tanah dan
Galian (PTG), atau Pejabat Tanah Daerah (PTD), atau
Unit Perancangan Ekonomi Negeri, atau mana-mana
jabatan atau agensi yang berkenaan, setelah
mengenalpasti permohonan kebenaran merancang
yang melibatkan peruntukan di bawah subseksyen
22(2A) Akta 172, akan menyediakan Kertas Perakuan
Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen
22(2A) Akta 172 dan mengemukakan kepada JPN
untuk mendapatkan ulasan dan pandangan.
Permohonan yang diterima melalui PBPT hendaklah
mendapat perakuan dari Mesyuarat Majlis Penuh
PBPT berkaitan.
(Lampiran A : Format Kertas Perakuan Permohonan
Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta
172)
Langkah 2 : JPN memberikan ulasan dan pandangan, dan
seterusnya memperakukan bahawa permohonan
kebenaran merancang yang melibatkan peruntukan di
bawah subseksyen 22(2A) Akta 172 perlu dirujuk
kepada MPFN.
4
Langkah 3 : Setiausaha JPN (Pengarah JPBD Negeri)
mengemukakan cabutan ulasan dan pandangan JPN,
Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di
Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 bersama dengan
Borang Permohonan Pembangunan Di bawah
Subseksyen 22(2A) Akta 172 kepada Setiausaha
MPFN (Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar
Dan Desa Semenanjung Malaysia).
(Lampiran B : Format Borang Permohonan
Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta
172)
Langkah 4 : Setiausaha MPFN menyerahkan cabutan ulasan dan
pandangan JPN, Kertas Perakuan Permohonan
Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172
bersama dengan Borang Permohonan Pembangunan
Di bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 kepada
Bahagian Perundangan, Perancangan dan Kawal
Selia (BPPKS) melalui Bahagian Keurusetiaan,
Penyelarasan dan Perancangan Korporat (Urusetia
MPFN) untuk membuat semakan dan tindakan
selanjutnya.
Langkah 5 : Bahagian Perundangan, Perancangan dan Kawal
Selia Ibu Pejabat melalui Unit Perancangan dan Kawal
Selia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia (JPBDSM) Ibu Pejabat,
hendaklah mendaftarkan permohonan tersebut dan
direkodkan.
Langkah 6 : UPKSIP hendaklah menyemak dan mengesahkan
bahawa permohonan yang dikemukakan dengan
dokumen-dokumen adalah lengkap, dan menepati
jenis pembangunan seperti mana yang tertakluk di
bawah subseksyen 22(2A) Akta 172.
5
Langkah 7 : Sekiranya permohonan tidak lengkap, BPPKS
hendaklah meminta Setiausaha JPN mengemukakan
dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan.
Langkah 8 : UPKSIP mengagihkan permohonan dan mengarahkan
Unit Perancangan dan Kawal Selia Zon (UPKS Zon)
berkenaan menjalankan semakan terhadap cadangan
pembangunan.
Langkah 9 : UPKS Zon akan meneliti permohonan berkenaan,
diantara lain merangkumi :
a. Membuat analisis awal terhadap cadangan
pembangunan;
b. Membuat pemerhatian dan siasatan di tapak;
c. Mengumpul maklumat dan data tambahan
(sekiranya perlu);
d. Menyediakan ulasan dan pandangan
perancangan; dan
e. Menyediakan Laporan Perakuan Projek.
(Lampiran C : Format Laporan Perakuan Projek)
Langkah 10 : UPKS Zon hendaklah mengemukakan Laporan
Perakuan Projek yang lengkap dan maklumat-
maklumat tambahan kepada UPKSIP .
Langkah 11 : UPKSIP menyemak dan menyelaras semua Laporan
Perakuan Projek dan maklumat-maklumat yang
diterima dari UPKS Zon sebelum dibentangkan di
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia.
Langkah 12 : UPKSIP bertindak selaku urusetia mesyuarat
membuat persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa
6
Teknikal Kawal Selia (JTKS).
Langkah 13 : Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia (KP JPBDSM) selaku
pengerusi mesyuarat JTKS hendaklah meneliti
permohonan tersebut dan membuat pengesyoran
untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja MPFN.
(Lampiran D : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal Kawal Selia)
Jawatankuasa yang ditubuhkan ini antara lain
bertanggungjawab untuk :–
a. menyemak ulasan yang diterima untuk tujuan
penyelarasan;
b. menjalankan semakan lanjut, jika perlu;
c. mendapatkan nasihat pakar-pakar, jika perlu;
d. meminta pemaju mengemukakan dokumen-
dokumen tambahan jika perlu; dan
e. membuat pengesyoran dan ulasan terhadap
permohonan.
Langkah 14 : UPKS Zon menyediakan Minit Mesyuarat JTKS dan
mendapatkan pengesahan KP JPBDSM.
Langkah 15 : UPKS Zon menyediakan Draf Kertas MPFN dan
mengemukakan kepada UPKSIP untuk penyelarasan
sebelum diserahkan kepada urusetia MPFN bagi
semakan dan perakuan Setiausaha MPFN.
(Lampiran E : Format Kertas MPFN )
Langkah 16 : Setiausaha MPFN membentangkan Draf Kertas MPFN
di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSU KPKT).
(Lampiran F : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
7
MPFN)
Jawatankuasa Kerja MPFN bertanggungjawab meneliti
ulasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal
Kawal Selia, dan hendaklah membuat pengesyoran
untuk pertimbangan dan keputusan.
Langkah 17 : Sekiranya terdapat pindaan atau tambahan dari
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN, UPKS Zon
akan mengemaskini Kertas MPFN dan dikemukakan
semula kepada urusetia MPFN untuk semakan dan
perakuan Setiausaha MPFN.
Langkah 18 : Setiausaha MPFN hendaklah mengangkat Kertas
MPFN untuk pertimbangan dan keputusan MPFN yang
dipengerusikan oleh Perdana Menteri/Timbalan
Perdana Menteri Malaysia.
(Lampiran G : Ahli Jawatankuasa MPFN)
Tugas-tugas MPFN berdasarkan peruntukan
subseksyen 2A(2) Akta 172 adalah :
(a) untuk menggalakkan di dalam negara, dalam
rangka dasar negara, perancangan bandar
dan desa sebagai suatu alat yang berkesan
dan efisien bagi memperelok persekitaran
dari segi fizikal dan ke arah pencapaian
suatu pemajuan yang mapan di dalam
negara;
(b) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai
perkara-perkara yang berhubungan dengan
perancangan bandar dan desa yang
dikehendaki di bawah Akta ini; dan
(c) untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang
diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini.
8
Langkah 19 : Setiausaha MPFN hendaklah menyampaikan
keputusan dan nasihat MPFN kepada Setiausaha JPN
untuk dikemukakan ke JPN dan PBPT masing-masing.
Langkah 20 : UPKS Zon hendaklah memantau status kemajuan
projek dan pematuhan terhadap nasihat-nasihat yang
disyorkan oleh MPFN.
Langkah 21 UPKS Zon menyediakan Laporan Pemantauan Projek
dan mengemukakannya kepada UPKSIP.
Langkah 22 : BPPKS mengemukakan Laporan Pemantauan Projek
kepada urusetia MPFN untuk dibentangkan kepada
MPFN sekiranya perlu.
3.2 Carta aliran kerja bagi permohonan kebenaran merancang di bawah
subseksyen 22(2A) Akta 172 adalah seperti di dalam Lampiran H .
4. TANGGUNGJAWAB PENGARAH JPBD NEGERI
4.1 Memandangkan MPFN telah memperakukan mekanisme ini di
Mesyuarat MPFN Pertama pada 23 Jun 2003, semua Pengarah JPBD
Negeri diminta untuk menerimapakai arahan ini dan meneliti di dalam
memproses permohonan kebenaran merancang yang berkaitan
dengan Para 2.4.1, 2.4.2 dan 2.4.3.
4.2 Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-
masing, peruntukan Pekeliling Ketua Pengarah Perancangan Bandar
Dan Desa Semenanjung Malaysia ini pada keseluruhannya perlu
dipanjangkan juga kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat
Tanah dan Galian, Agensi-Agensi Teknikal di peringkat Persekutuan
dan Negeri yang terlibat di dalam mengawal dan meluluskan
pembangunan infrastuktur dan kemudahan utama negara.
i
CONTOH KERTAS PERAKUAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN DIBAWAH SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976
(AKTA 172) KEPADA JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN)
1. TUJUAN
Tujuan kertas ini adalah untuk mendapat ulasan dan pandangan serta perakuan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) samada pemajuan yang dicadangkan boleh dibenarkan.
2. PERIHAL DAN LATAR BELAKANG TAPAK
Maklumat-maklumat asas yang penting berkaitan dengan tapak cadangan pemajuan pembangunan dimasukkan seperti:
2.1 Maklumat Lot Tapak
- nombor lot, mukim, daerah dan sebagainya
2.2 Luas Tapak Pemajuan
2.3 Keadaan Topografi, Kontur Dan Alam Semulajadi
2.4 Guna Tanah Sedia Ada Tapak Dan Guna Tanah Di Sekitar
Penghuraian mengenai kegunaan tanah sedia ada di tapak dan juga kawasan sekitarnya yang akan mempengaruhi potensi tapak tersebut seperti perumahan setinggan, industri dan sebagainya. Adakah cadangan pembangunan tersebut mempunyai keserasian dan "compatibility" dengan pembangunan sedia ada disekitarnya.
Bahagian ini juga perlu membentangkan apakah pemajuan- pemajuan yang telah diluluskan atau sedang dalam pertimbangan oleh pihakberkuasa tempatan atau pihakberkuasa negeri di sekitar kawasan pembangunan.
2.5 Perlingkungan/Zon
Perlingkungan/zon yang ditunjukkan untuk tapak seperti dalam pelan-pelan kawalan yang digunapakai oleh PBPT berkenaan seperti Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan (RT), Pelan Dasar dan sebagainya.
LAMPIRAN A
ii
2.6 Had Kawalan! Ketumpatan yang dibenarkan/ ketumpatan maksimum -nisbah plot
"plinth area"
! Kawalan ketinggian
! Tapak pemajuan samada termasuk di dalam kawasan yang dibenarkan untuk pembangunan atau tidak.
2.7 Perihal Tanah .
! Sekatan-sekatan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). ! Kategori kegunaan tanah seperti di dalam suratan hak milik -surat
kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
3.0 CADANGAN PEMAJUAN
Bahagian ini memperincikan cadangan-cadangan di dalam pemajuan ini dari segi jenis, bilangan, ketinggian dan sebagainya. Contohnya seperti berikut:
Contoh:
A. Komponen kediaman
a) Rumah pangsa kos rendah 5 tingkat -100 unit
b) Rumah teres 2 tingkat -150 unit
c) Rumah kos sederhana 17 tingkat -1000 unit
Jumlah -1250 unit
B. Komponen Perdagangan a) Rumah kedai 5 tingkat -75 unit
b) Komplek membeli belah 6 tingkat -20,000 kaki persegi
C. Komponen Industri a) Bangunan industri berkembar 2 tingkat -300 unit
3.1 Fasa Pembangunan Bahagian ini menerangkan fasa pembangunan mengikut tahun.
3.2 Kos Pembangunan
Ini termasuklah bayaran premium tukar syarat tanah, kos tanah, kos pembinaan bangunan dan sebagainya.
3.3 Pelan Tatasusunan Atau Pelan Perincian Lain. (mana berkaitan)
iii
4.0 Asas Pertimbangan
4.1 Analisis keadaan semasa dan akan datang berkaitan stok perumahan, perniagaan, industri dan sebagainya yang bersangkutan dengan cadangan yang akan dibangunkan ini.
4.2 Potensi dan halangan tapak Ini termasuklah risiko yang perlu dihadapi.
4.3 Dasar Dan Pertimbangan Matan
Ini termasuklah perbincangan samada cadangan mematuhi RFN, RSN, RT, RKK, dasar-dasar Pihakberkuasa Negeri, dasar-dasar PBPT berkenaan dan sebagainya.
4.4 Impak Pembangunan Dan Langkah Mitigasi Bahagian ini membincangkan impak pembangunan ke atas beberapa aspek dan langkah-langkah mitigasi yang akan diambil pemaju. Bahagian ini juga boleh melampirkan ulasan-ulasan dan surat-surat kelulusan dari jabatan-jabatan teknikal berkaitan.
4.4.1 impak pembangunan ke atas alam sekitar
4.4.2 impak pembangunan ke atas sistem lalu lintas di dalam tapak pemajuan dan di sekitar
4.4.3 impak pembangunan ke atas infrastruktur sedia ada dan
infrastruktur yang perlu disediakan
4.4.4 impak sosial
4.4.5 impak kesihatan (sekiranya ada)
4.4.6 impak pembangunan ke atas ekonomi (termasuk pasaran harta, peluang pekerjaan dan sebagainya)
4.4.7 impak pembangunan ke atas urban design dan urban form
kawasan berkenaan.
4.4.8 impak pembangunan secara global (negeri, wilayah, negara)
5.0 SYOR
JPN adalah dipohon untuk memberi ulasan, pandangan dan perakuan terhadap permohonan pembangunan ini untuk diangkat ke MPFN.
BORANG PERMOHONAN PEMBANGUNAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 22 (2A) AKTA 172
1.0 BAHAGIAN LATARBELAKANG PERMOHONAN
MAKLUMATNota
1.1 NAMA PROJEK
1.2 NAMA PEMILIK
TANAH
1.3 NAMA PEMAJU
1.4 PEJABAT DI MANA
PERMOHONAN
DIFAILKAN
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang
memfailkan permohonan. (Contoh : Majlis
Daerah Cameron Highlands, Majlis
Perbandaran Subang Jaya, JPBD Negeri
Perak).
No. Lot
Mukim
Daerah
1.5 LOKASI
Negeri
Dokumen TAMBAHAN (jika ada) Yang
Disertakan :
Dokumen yang PERLU dihantar bersama
permohonan adalah :
Senarai dokumen Bil
1. Laporan Cadangan Pemajuan
(LCP) Mengikut Manual LCP JPBD
dan MIP. Sertakan bersama ‘Soft
Copy’ (jika ada).
2. Pelan Tatatur Pembangunan
(berskala dan Bersaiz A1)
sertakan bersama ‘Soft Copy’
(jika ada).
3. Laporan Penilaian Kesan Alam
Sekitar (EIA) dan surat kelulusan JAS
4. Pelan Kontor (berskala dan bersaiz
A1)
5. Pelan Analisis Kecerunan Tanah
(A1)
6. Ulasan/Cabutan Keputusan J/K
Perancang Negeri (JPN).
7. Keputusan Majlis Penuh PBT .
8. Kertas PerakuanPermohonan
Pembangunan di Bawah Subseksyen
22(2A) oleh PBT/JPN
30
10
5
5
5
1
1
5
Senarai dokumen
i. Laporan Geoteknik Tanah
ii. Laporan TIA (Transport
Impact Assesment)
iii. Laporan SIA (Social Impact
Assessment)
iv. Laporan ERA
(Environmental Risk Assessment)
v. Laporan ESCP (Erosion
Sediment Control Plan)
vi. Laporan Pengairan Dan
Dan Muka Air Tanah.
vii. Maklumat Foto Udara/ImejSatelit
viii. Laporan Utiliti Dan Kemudahan
ix. Laporan ESA (Enviromentally
Sensitive Areas )
x. Laporan EHIA (Environmental Health
Impact Analysis)
xi. Lain-lain laporan berkaitan.
Bil
2
2
2
2
2
2
1
2
2
2
2
BPPKS 1/03 (Pind. 4)
LAMPIRAN B
2.0 BAHAGIAN KEPUTUSAN JPN
MAKLUMAT Nota
2.1 TARIKH DAN
KEPUTUSAN JPN
Bil. Mesyuarat : …………………..
Tarikh : ………………….
Tempat : …………………..
Keputusan JPN : .………………….
Bil. tarikh, tempat dan keputusan
Mesyuarat JPN. Sila sertakan bersama
cabutan keputusan JPN.
Tarikh : ……………………… Nama dan tandatangan Pengarah JPBD Negeri
Cop Rasmi : …………..…………………………………….
……………………………………………………….
* Sila tandakan ! di kotak yang berkenaan
……………………………………………………………………………………………………………………………
UNTUK KEGUNAAN UPKS (IP) SAHAJA
Bil. / / Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur.
Lengkap *
Tidak Lengkap
Peringatan : Sila isikan “tiada maklumat” pada ruang maklumbalas jika maklumat tiada atau
tidak diperolehi
* Pindaan sehingga 05 Julai 2005
i
LAMPIRAN C
BPPKS 5/03
FORMAT LAPORAN PERAKUAN PROJEK ZON (LPP)
Kulit Hadapan
a. Tajuk – Nama Projek
b. Tarikh – Bulan Dan Tahun
c. Alamat UPKS Zon
d. Logo Jabatan
M/s i
a. Nama Projek
b. Rujukan Fail
c. Tarikh Siasatan Tapak
d. Pasukan Petugas
e. Disediakan Oleh
f. Disemak Oleh
g. Diperakukan Oleh
M/s 1
ii
Isikandungan
1.0 TUJUAN
2.0 LATARBELAKANG PERMOHONAN
2.1 Profail Tapak
2.1.1 Lokasi
2.1.2 Keluasan
2.1.3 Hakmilik
2.1.4 Status Tanah
2.1.5 Pemilik Tanah
2.1.6 Lain-lain
3.0 KRONOLOGI PERMOHONAN
4.0 CADANGAN PEMBANGUNAN
4.1 Jenis Pembangunan (Bandar baru/infrastruktur/lereng bukit)
4.2 Jenis Pembangunan Utama (jadual)
5.0 ULASAN JABATAN TEKNIKAL PERINGKAT NEGERI (jadual)
6.0 ANALISIS PROJEK
6.1 Siasatan Tapak
6.2 Pembangunan Sekitar
6.3 Topografi Semasa
6.4 Maklumat Rancangan Pemajuan (RTD,RSN&RFN)
6.5 Analisis Tanah Tanih
6.6 Dasar Dan Polisi Berkaitan
7.0 RUMUSAN/PENUTUP
LAMPIRAN D
KEAHLIAN JAWATANKUASA TEKNIKAL KAWAL SELIA
Ahli Jawatankuasa Tetap
1. Ketua Pengarah, JPBD SM - Pengerusi
2. Timbalan Ketua Pengarah 1, JPBD SM - Timb. Pengerusi
3. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan
4. Jabatan Kerja Raya Persekutuan
5. Jabatan Alam Sekitar
6. Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia
7. Jabatan Pertanian, Malaysia
8. Jabatan Mineral dan Geosains, Malaysia
9. Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
10. Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
11. Pihak Berkuasa Air Persekutuan
12. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
13. Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB)
14. Bahagian Keurusetiaan, Penyelarasan dan
Perancangan Korporat, JPBD SM
15. Pengarah Bahagian Perundangan, Perancangan
Dan Kawal Selia, JPBD SM - Setiausaha
16. Unit Perancangan dan Kawal Selia, BPPKS, JPBD SM - Urusetia
Ahli Jawatankuasa Terbabit
17. Pejabat Tanah Daerah (terbabit)
18. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (terbabit)
19. Pihak Berkuasa Tempatan (terbabit)
20. Jabatan-jabatan/Agensi-agensi lain yang berkaitan
i
LAMPIRAN C
BPPKS 5/03
FORMAT LAPORAN PERAKUAN PROJEK ZON (LPP)
Kulit Hadapan
a. Tajuk – Nama Projek
b. Tarikh – Bulan Dan Tahun
c. Alamat UPKS Zon
d. Logo Jabatan
M/s i
a. Nama Projek
b. Rujukan Fail
c. Tarikh Siasatan Tapak
d. Pasukan Petugas
e. Disediakan Oleh
f. Disemak Oleh
g. Diperakukan Oleh
M/s 1
ii
Isikandungan
1.0 TUJUAN
2.0 LATARBELAKANG PERMOHONAN
2.1 Profail Tapak
2.1.1 Lokasi
2.1.2 Keluasan
2.1.3 Hakmilik
2.1.4 Status Tanah
2.1.5 Pemilik Tanah
2.1.6 Lain-lain
3.0 KRONOLOGI PERMOHONAN
4.0 CADANGAN PEMBANGUNAN
4.1 Jenis Pembangunan (Bandar baru/infrastruktur/lereng bukit)
4.2 Jenis Pembangunan Utama (jadual)
5.0 ULASAN JABATAN TEKNIKAL PERINGKAT NEGERI (jadual)
6.0 ANALISIS PROJEK
6.1 Siasatan Tapak
6.2 Pembangunan Sekitar
6.3 Topografi Semasa
6.4 Maklumat Rancangan Pemajuan (RTD,RSN&RFN)
6.5 Analisis Tanah Tanih
6.6 Dasar Dan Polisi Berkaitan
7.0 RUMUSAN/PENUTUP
LAMPIRAN F
KEAHLIAN
JAWATANKUASA KERJA MPFN
1. Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Pengerusi
2. Ketua-Ketua Setiausaha bagi semua Kementerian
Yang Menganggotai Majlis
3. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri di
Semenanjung Malaysia
4. Wakil-wakil lain yang berkaitan mengikut
Keperluan; dan
5. Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar
Dan Desa Semenanjung Malaysia Setiausaha
1. Perdana Menteri; Pengerusi
2. Timbalan Perdana Menteri; Timbalan Pengerusi
3. Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa;
4. Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia
bukan juga Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tangggungjawab bagi
perancangan bandar dan desa;
5. Menteri Kewangan;
6. Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah;
7. Menteri Besar Atau Ketua Menteri Setiap Negeri;
8. Menteri yang bertanggungjwab bagi Wilayah Persekutuan;
9. Tidak lebih daripada tujuh (7) * ahli lain yang hendaklah dilantik oleh Pengerusi; dan
10. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
Semenanjung Malaysia Setiausaha (di bawah Subseksyen 2B(2) Akta 172)
KEAHLIAN
MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA
(Subseksyen 2A(1), Akta 172)
LAMPIRAN G
* 7 ahli lain yang telah dilantik adalah :
1. Menteri Kerja Raya 2. Menteri Pengangkutan 3. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi 4. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 5. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 6. Ketua Setiausaha Negara 7. Peguam Negara