14
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 78 PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN SAINS 1 Norazilawati Abdullah, 2 Nik Azmah Nik Yusof , 3 Rosnidar Mansor 1,2,3 Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam Mata Pelajaran Sains. Selain itu juga ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap guru serta mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dengan jantina, umur, etnik, pengalaman mengajar, taraf akademik, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan guru. Secara tidak langsung kekangan dalam pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains dapat dikenalpasti. Kajian ini melibatkan 450 orang guru yang mengajar sains dari 68 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta ujian-t dan ANOVA sehala (f-test) telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah tinggi bagi aspek kesediaan dan sikap guru namun, sederhana bagi aspek pengetahuan dan rendah bagi kemahiran guru sains. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan responden. Namun demikian tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor etnik dan taraf akademik responden. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini kepada institusi pendidikan guru di Malaysia tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan memberi ruang untuk memperbaiki pelaksanaan konstruktivisme dengan lebih menyeluruh. Kata kunci Konstruktivisme, mata pelajaran Sains Abstract This study aims to identify the level of implementation of constructivist approach in Science. In addition, it seeks to identify the level of knowledge, readiness, skills and attitudes of teachers and to identify differences in the implementation of constructivism in science approach to gender, age, ethnicity, teaching experience, academic status, options and in service training of school teachers and also constraints on the implementation of constructivism in science approach were identified. The study involves 450 teachers teaching Science from 68 schools in Kuala Lumpur. This study was conducted through a survey using questionnaire instruments. The findings of this study were analyzed using SPSS ‘statistical package for social sciences. The data for this study uses inferential statistics and descriptive statistics. Distribution of frequency or frequencies with percentages and mean scores and t-tests and ANOVA (f-test) was used. The results show a high level of implementation of constructivism in

PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

78

PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN SAINS

1Norazilawati Abdullah, 2Nik Azmah Nik Yusof , 3Rosnidar Mansor1,2,3Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam Mata Pelajaran Sains. Selain itu juga ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap guru serta mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dengan jantina, umur, etnik, pengalaman mengajar, taraf akademik, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan guru. Secara tidak langsung kekangan dalam pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains dapat dikenalpasti. Kajian ini melibatkan 450 orang guru yang mengajar sains dari 68 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta ujian-t dan ANOVA sehala (f-test) telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah tinggi bagi aspek kesediaan dan sikap guru namun, sederhana bagi aspek pengetahuan dan rendah bagi kemahiran guru sains. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan responden. Namun demikian tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor etnik dan taraf akademik responden. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini kepada institusi pendidikan guru di Malaysia tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan memberi ruang untuk memperbaiki pelaksanaan konstruktivisme dengan lebih menyeluruh.

Kata kunci Konstruktivisme, mata pelajaran Sains

Abstract

This study aims to identify the level of implementation of constructivist approach in Science. In addition, it seeks to identify the level of knowledge, readiness, skills and attitudes of teachers and to identify differences in the implementation of constructivism in science approach to gender, age, ethnicity, teaching experience, academic status, options and in service training of school teachers and also constraints on the implementation of constructivism in science approach were identified. The study involves 450 teachers teaching Science from 68 schools in Kuala Lumpur. This study was conducted through a survey using questionnaire instruments. The findings of this study were analyzed using SPSS ‘statistical package for social sciences. The data for this study uses inferential statistics and descriptive statistics. Distribution of frequency or frequencies with percentages and mean scores and t-tests and ANOVA (f-test) was used. The results show a high level of implementation of constructivism in

Page 2: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

79

the aspect of readiness and attitude, but it was low for knowledge and skills of Science teachers. The study also shows significant differences between the implementation of constructivism in science approach to gender, age, teaching experience, options and in service training of the respondents. However, there were no significant differences for the factor of ethnicity and academic status of respondents. In conclusion, this study contributes to the improvement in the implementation of constructivism to the Teachers Training Institutions in Malaysia in a more comprehensive way.

Keyword Constructivism, Science Subject

Pengenalan

Malaysia sedang gigih menggapai matlamat untuk bergelar negara maju pada tahun 2020 yang berbaki lapan tahun lagi. Untuk menjadi negara maju, sains mesti ditekankan dalam kalangan rakyat seiring dengan matlamat pendidikan sains yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan. Terdapat banyak hambatan yang perlu diatasi secara kolektif untuk mencapai ‘aspirasi mega’ ini seperti kurikulum yang sejagat dan dinamik, pendekatan pengajaran yang berkesan, sistem penilaian piawai, prasarana serta pendidik yang komited.

Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana teori ini terbukti sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan paradigma kepada pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan tradisional yang lebih kepada behaviourisme. Kajian yang dilakukan oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010), menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik murid.

Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008), mendapati guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran secara konstruktivisme bermaksud pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu itu tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia (Suriaty & Nor Hazian, 2002). Konstruktivisme merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari pengetahuan dan pengalaman yang disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian daripada struktur kognitif di dalam minda.

Page 3: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

80

Pernyataan Masalah

Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pendekatan konstruktivisme mempunyai banyak kelebihan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian-kajian yang telah dijalankan di dalam dan luar negara telah membuktikan kelebihannya dalam pembelajaran ilmu sains. Norazuan (2000) melalui kajiannya mendapati bahawa murid tidak memilih kerjaya sains sekiranya tidak meminati mata pelajaran sains. Tambahan pula terdapat guru melaporkan bahawa murid beranggapan bahawa sains sukar dipelajari dan seterusnya ini boleh mempengaruhi minat mereka terhadap mata pelajaran berkenaan (Ling, 1999).

Baru-baru ini, media mendedahkan bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam aliran sains di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan dan hal ini menunjukkan kemerosotan pada tahap yang sangat kritikal. Kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 yang memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, nampaknya masih belum lagi dicapai. Keadaan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi.

Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan murid yang boleh membina pengalaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu alternatif yang wajar diaplikasi guru.

Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005), corak pembelajaran konstruktivisme sepatutnya diaplikasikan oleh guru dalam membentuk identiti murid yang berdaya saing. Pendekatan ini dapat membantu murid merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki dengan cara yang berkesan seterusnya mampu melakukan anjakan paradigma bagi diri sendiri untuk berfikir pada tahap berfikir di luar kotak. Jones dan Arage (2002) mendapati konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk menyediakan pembelajaran yang aktif, membentuk prakonsep sendiri, perkembangan minda secara kompleks dan mendalam untuk pemahaman yang kukuh dan jelas.

Oleh kerana proses pengajaran dan pembelajaran harus lebih berpusatkan murid supaya mereka merasa lebih seronok dengan apa yang dipelajari maka kajian harus dijalankan untuk menentukan sejauh manakah guru melaksanakan aktiviti yang melibatkan murid di dalam kelas. Melalui aktiviti ini seterusnya akan meningkatkan minat murid dan mereka menjadi lebih positif terhadap pembelajaran sains di sekolah. Bagaimanapun, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru mempunyai hubung kait dengan beberapa faktor iaitu kesediaan guru, kesediaan murid, sokongan dan bantuan dari pihak sekolah dan kekangan-kekangan lain yang harus dihadapi oleh guru untuk melaksanakannya. Oleh itu, kajian yang melihat pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannmata pelajaran sains perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains di Malaysia.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Melalui kajian ini, kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains boleh dikesan supaya tindakan untuk meningkatkan lagi keberkesanannya pada masa hadapan dapat dibuat. Objektif kajian ini adalah untuk:

Page 4: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

81

Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pendekatan 1. konstruktivisme dalam mata pelajaran sains.Mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan pendekatan 2. konstruktivisme dalam mata pelajaran sains.Mengenal pasti tahap kemahiran guru terhadap pelaksanaan pendekatan 3. konstruktivisme dalam mata pelajaran sains.Mengenal pasti sikap guru terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme 4. dalam mata pelajaran sains.Mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam 5. mata pelajaran sains dengan jantina, umur, etnik, pengalaman mengajar, taraf akademik, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan guru?

Metodologi

Kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan hubungan yang minimum sahaja. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970) iaitu sampel dipilih daripada sekolah-sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah sekolah-sekolah menengah kebangsaan harian biasa dan berasaskan aliran akademik sahaja. Populasi kajian adalah 678 orang guru sains dari 87 buah sekolah yang dipilih secara rawak bersistematik, walaubagaimanapun 450 orang guru dari 68 buah sekolah telah menghantar kembali soal selidik kajian ini.

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Secara keseluruhannya, kajian ini mengandungi 60 item soalan soal selidik. Soal selidik yang dibina diuji kesahannya melalui kesahan muka (face validity) dan kesahan kandungan (content validity). Setelah pengubahsuaian terhadap soal selidik dibuat, satu kajian rintis telah dijalankan bagi menguji kebolehtadbiran soal selidik dan juga bagi mendapatkan kesahan dan indeks kebolehpercayaan soal selidik. kebolehpercayaan instrumen secara keseluruhan bagi 60 item didapati mempunyai nilai Alpha 0.907. Manakala secara terperinci didapati nilai korelasi antara skor item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item Total Correlation) aspek pengetahuan ialah 0.713 dengan 0.768, kesediaan ialah antara 0.773 dengan 0.820, kemahiran ialah 0.752 dengan 0.787 dan sikap ialah 0.719 dengan 0.763.

Dapatan

Dapatan kajian menunjukkan:

Tahap pengetahuan a)

Secara keseluruhannya Jadual 1 menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Min= 2.47 dan ini menunjukkan tahap pengetahuan responden adalah di tahap sederhana. Ini dibuktikan dengan dapatan soal selidik berkaitan tahap pengetahuan. Item 1, 3, 7, 9 dan 15 menunjukkan nilai min adalah antara 2.34 hingga 3.66. Bagi item 1 dan 9 misalnya menunjukkan tahap pengetahuan responden adalah sederhana apabila responden kurang berkeyakinan bahawa kaedah mengajar secara konstruktivisme lebih berkesan berbanding kaedah biasa dan mereka masih ragu untuk mengaplikasikan kaedah ini. Dapatan juga menunjukkan bagi item 2, 4, 6, 8, 10, 11, 12, 13 dan 14 tahap pengetahuan

Page 5: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

82

responden adalah rendah iaitu nilai min 1.00 hingga 2.33. Bagi item 13 dan 14 misalnya, responden tidak dapat menerangkan maksud model konstruktivisme dan mereka tidak memahami strategi dan kaedah dalam melaksanakan pendekatan ini.

Jadual 1 Analisis deskriptif tahap pengetahuan responden

Item Min TahapKaedah pengajaran berdasarkan pendekatan 1. konstruktivisme adalah sama dengan kaedah biasa.

2.46 Sederhana

Saya yakin cara penyampaian pengajaran berdasarkan 2. pendekatan konstruktivisme lebih berkesan daripada kaedah biasa.

2.13 Rendah

Pengajaran berdasarkan kaedah konstruktivisme 3. menggalakkan kreativiti.

2.41 Sederhana

Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah satu proses 4. pengajaran yang mementingkan pengetahuan sedia ada murid.

2.31 Rendah

Setiap murid membina pengetahuan daripada orang lain.5. 3.93 Tinggi

Dalam pengajaran konstruktivisme murid membina 6. pengetahuan sendiri.

2.15 Rendah

Gabungan beberapa kaedah pengajaran menimbulkan 7. suasana yang boleh merangsang minat murid.

3.22 Sederhana

Pengajaran melalui pendekatan konstruktivisme adalah 8. berpusatkan murid.

2.02 Rendah

Pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme 9. sesuai untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran sains.

2.49 Sederhana

Kaedah pengajaran konstruktivisme menggalakkan murid 10. meneroka sesuatu situasi.

2.30 Rendah

Saya dapat membimbing murid berdasarkan kaedah 11. pengajaran konstuktivisme.

2.03 Rendah

Strategi pengajaran konstruktivisme akan melibatkan 12. penyampaian isi kandungan yang ingin saya sampaikan.

2.16 Rendah

Kaedah tutoran dapat membimbing murid berdasarkan 13. model pengajaran konstruktivisme.

2.17 Rendah

Saya boleh menerangkan maksud model konstruktivisme 14. kepada orang lain.

2.31 Rendah

Saya minat menjalankan kaedah konstruktivisme.15. 2.96 Sederhana

KESELURUHAN 2.47 Sederhana

Tahap Kesediaanb)

Secara keseluruhannya Jadual 2 menunjukkan tahap kesediaan responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Min = 3.72 dan ini menunjukkan tahap kesediaan responden adalah di tahap tinggi. Ini dibuktikan

Page 6: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

83

dengan dapatan item soal selidik bagi tahap kesediaan yang mana bagi item 1, 2, 4, 6, 8 dan 10 nilai min adalah antara 3.67 hingga 5.00. Item nombor 1 dan 8 menjelaskan, responden bersedia serta mampu melaksanakan dan menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains. Walau bagaimanapun tidak semua item menunjukkan tahap kesediaan adalah tinggi. Didapati ianya berbeza dengan item 3, 5, 7 dan 9 yang mana nilai min adalah sederhana iaitu antara 2.34 hingga 3.66. Item 3 dan 7 menjelaskan, walaupun responden bersedia namun tahap keyakinan dan keselesaan mereka adalah di tahap sederhana.

Jadual 2 Analisis deskriptif tahap kesediaan responden

Item Min TahapSaya bersedia melaksanakan pendekatan 1. konstruktivisme.

3.85 Tinggi

Saya boleh melaksanakan pendekatan 2. konstruktivisme.

3.93 Tinggi

Saya yakin untuk melaksanakan pendekatan 3. konstruktivisme.

3.36 Sederhana

Saya bersedia melaksanakan pendekatan 4. konstruktivisme sekiranya disediakan modul yang bersesuaian.

3.96 Tinggi

Saya suka untuk melaksanakan pendekatan 5. konstruktivisme.

3.25 Sederhana

Saya tidak mempunyai masalah untuk 6. melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

3.98 Tinggi

Saya selesa untuk melaksanakan pendekatan 7. konstruktivisme.

3.43 Sederhana

Saya bersedia menghadapi cabaran yang 8. berkaitan dengan pelaksanakan pendekatan konstruktivisme

3.99 Tinggi

Saya seronok untuk melaksanakan pendekatan 9. konstruktivisme.

3.12 Sederhana

Saya mampu untuk melaksanakan pendekatan 10. konstruktivisme.

4.29 Tinggi

Keseluruhan 3.72 Tinggi

Tahap Kemahiranc)

Secara keseluruhannya Jadual 3 menunjukkan tahap kemahiran responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Min= 2.25 dan ini menunjukkan tahap kemahiran adalah di tahap rendah. Ini dibuktikan dengan dapatan soal selidik terhadap tahap kemahiran. Bagi item 1, 2, 3, 5, 7, 11, 15, 18 dan 19 nilai min adalah antara 1.00 hingga 2.33. Bagi item 4, 6, 8, 9, 10, 13, 14, 16, 17 dan 20 pula, nilai min adalah di tahap sederhana iaitu antara 2.33 hingga 3.66.

Page 7: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

84

Jadual 3 Analisis deskriptif tahap kemahiran responden

Item Min TahapSaya mahir menjalankan pendekatan konstruktivisme. 1. 1.90 Rendah

Saya menguasai pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. 2. 2.06 Rendah

Saya pernah menghadiri kursus yang mengajar cara-cara 3. pelaksanaan pendekatan konstruktivisme.

1.27 Rendah

Saya berusaha untuk memahirkan diri dalam melaksanakan 4. pendekatan konstruktivisme.

2.36 Sederhana

Saya boleh melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 5. 1.86 Rendah

Saya boleh menerapkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan 6. pendekatan konstruktivisme.

2.42 Sederhana

Saya boleh mewujudkan interaksi dengan murid secara aktif 7. semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

1.76 Rendah

Saya boleh meneruskan proses KBKK semasa melaksanakan 8. pendekatan konstruktivisme.

2.40 Sederhana

Saya boleh menyampaikan isi kandungan pengajaran 9. yang menepati objektif semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

2.10 Sederhana

Saya boleh menggunakan alat bantu mengajar semasa 10. melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

2.37 Sederhana

Saya dapat melaksanakan prinsip-prinsip penyoalan yang 11. boleh menggalakkan pemikiran pemikiran murid menerusi pendekatan konstruktivisme.

1.96 Rendah

Saya selalu menggalakkan murid bertanya dengan guru. 12. 3.71 Tinggi

Alat bantu mengajar tetap diperlukan dalam pengajaran 13. konstruktivisme.

2.55 Sederhana

Saya dapat melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 14. 2.68 Sederhana

Saya mudah melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 15. 1.86 Rendah

Saya mengajar menggunakan pendekatan konstruktivisme 16. mengikut kesesuaian tahap kecerdasan murid.

2.50 Sederhana

Saya mengambil kira perkaitan antara topik yang diajar dengan 17. topik yang lepas dalam pengajaran konstruktivisme.

2.44 Sederhana

Saya berjaya menerapkan pendekatan konstruktivisme.18. 1.97 Rendah

Saya boleh menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai 19. untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

1.56 Rendah

Melalui pendekatan konsruktivisme saya dapat menggalakkan 20. murid membuat tugasan yang pelbagai bentuk.

3.20 Sederhana

KESELURUHAN 2.25 Rendah

Page 8: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

85

Sikap Guru d)

Secara keseluruhannya Jadual 4 menunjukkan sikap responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains. Min= 3.74 dan ini menunjukkan tahap sikap responden adalah di tahap tinggi. Ini dibuktikan dengan dapatan item soal selidik bagi tahap sikap yang mana bagi item 1, 2, 8, 9, 11, 12, 13, 14 dan 15 adalah tinggi dengan min antara 3.66 dan 5.00. Item 8, 13 dan 14 misalnya, responden menjelaskan mengajar menggunakan pendekatan konstruktivisme adalah menarik, ianya menjadikan guru lebih bermotivasi untuk mengajar dan mereka tidak keberatan untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam kaedah pengajaran. Namun ianya berbeza dengan item 3, 4, 5, 6, 7 dan 10. Nilai min untuk item ini adalah di tahap sederhana antara 2.34 hingga 3.66. Item 3 dan 4 menjelaskan walaupun sikap guru terhadap pelaksanaan pendekatan ini adalah tinggi namun tahap kekerapan dan keseronokan mereka melaksanakan pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka adalah sederhana.

Jadual 4 Analisis deskriptif tahap sikap responden

Item Min TahapPerubahan pedagogi dalam sains adalah idea yang baik 1. untuk dilaksanakan.

3.88 Tinggi

Model pengajaran konstruktivisme diperlukan dalam mata 2. pelajaran sains di sekolah.

3.97 Tinggi

Saya seronok melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 3. 3.23 Sederhana

Saya selalu melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 4. 3.99 Sederhana

Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme tidak menimbulkan 5. masalah kepada guru.

3.31 Sederhana

Saya yakin pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dapat 6. dilaksanakan dengan jayanya.

3.50 Sederhana

Saya faham keperluan pengajaran konstruktivisme. 7. 3.46 Sederhana

Mengajar menggunakan pendekatan konstruktivisme adalah 8. menarik.

4.21 Tinggi

Pendekatan konstruktivisme mempunyai banyak kelebihan. 9. 4.02 Tinggi

Pendekatan konstruktivisme membantu mengatasi masalah- 10. masalah dalam mata pelajaran sains.

3.61 Sederhana

Saya yakin dapat meningkatkan pencapaian akademik murid 11. melalui pendekatan konstruktivisme.

3.97 Tinggi

Saya perlu belajar untuk menambah pengetahuan tentang 12. kaedah pengajaran konstruktivisme bagi melaksanakannya dalam mata pelajaran sains.

3.89 Tinggi

Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme menjadikan saya 13. lebih bermotivasi untuk mengajar.

3.94 Tinggi

Saya tidak keberatan mempelajari sesuatu yang baru dalam 14. kaedah pengajaran.

4.23 Tinggi

Page 9: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

86

Saya mempunyai pandangan yang positif terhadap 15. pelaksanaan pendekatan konstruktivisme.

3.89 Tinggi

KESELURUHAN 3.74 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan rumusan tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Dapatan menunjukkan tahap kesediaan dan sikap responden adalah tinggi dengan min = 3.72 dan 3.74. Tahap pengetahuan responden adalah sederhana dengan min = 2.47 dan tahap kemahiran responden pula adalah rendah dengan min = 2.25.

Jadual 5 Tahap responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains

Pembolehubah Tahap Min

Kesediaan SikapPengetahuanKemahiran

TinggiTinggi

SederhanaRendah

3.723.742.472.25

Analisis statistik inferensi pula digunakan bagi melihat perkaitan dan perbezaan yang wujud di antara pemboleh ubah. Bagi kajian ini, ujian t dan ANOVA telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang ke lima iaitu Ho: tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, etnik, pengalaman mengajar, taraf akademik, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan responden.

Hasil analisis ujian t menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara tahap pelaksanaan guru lelaki dengan guru perempuan terhadap aspek kesediaan dan sikap. Ini menunjukkan tahap kesediaan dan sikap guru lelaki dan perempuan adalah sama dan di tahap tinggi. Namun demikian, wujud perbezaan yang signifikan (t = -2.089 dan p<0.05) dan (t = -1.721 dan (p<0.05) terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran antara guru lelaki dan guru perempuan. Walaupun tahap pengetahuan responden adalah sederhana dan kemahiran adalah rendah, namun didapati guru perempuan lebih berpengetahuan daripada guru lelaki manakala guru lelaki pula lebih berkemahiran tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme berbanding guru perempuan. Ini adalah selari dengan dapatan Dunkin & Bindle (1974) guru lelaki dan perempuan mempunyai pandangan dan cara yang berbeza untuk menyampaikan pengajaran mereka di dalam kelas. Lelaki lebih meminati perubahan dan sesuatu yang baru serta berani mengambil risiko berbanding perempuan yang kurang berkeyakinan dan mudah putus asa.

Hasil ujian t juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran responden yang berumur 29 tahun dan kurang dengan responden berumur 30 tahun dan lebih. Ini menunjukkan tahap kesediaan adalah tinggi, tahap pengetahuan adalah sederhana manakala tahap kemahiran adalah rendah dan ianya sama bagi semua peringkat umur responden. Namun demikian wujud perbezaan yang signifikan (t = -0.424 dan p<0.05) terhadap aspek sikap responden. Didapati sikap guru berumur 30 tahun dan lebih adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan guru berumur 29 tahun dan kurang terhadap pelaksanaan

Page 10: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

87

pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Menurut Sander et. al. (1993) pengalaman mengajar meningkat apabila seseorang guru telah berumur kerana ia mempunyai banyak ilmu pengetahuan berkaitan cara mengajar dan kemahiran yang diperolehi sepanjang masa bertugas sebagai guru. Guru yang berumur mempunyai lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mereka ada menjadikan mereka lebih matang dalam menilai dan menyelesaikan sebarang masalah.

Keputusan ujian ANOVA sehala (F-Test) menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan (P>0.05) antara etnik responden iaitu Melayu, Cina dan India. Ini menunjukkan tahap kesediaan dan sikap adalah tinggi manakala tahap pengetahuan adalah sederhana dan tahap kemahiran adalah rendah terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan semua tahap ini adalah sama untuk semua jenis etnik. Perbezaan etnik dilihat kerana menurut kajian Mohd Nazri (2004), kaum Cina menunjukkan penguasaan yang lebih tinggi dalam pemikiran kritis berbanding kaum Melayu dan India. Ini selari dengan dapatan kajian Som Dahlan (1998) yang menyatakan sistem pendidikan kaum Cina sejak di sekolah rendah banyak mendedahkan tentang kemahiran berfikir. Ini berbeza dengan sistem pendidikan yang biasa diterima oleh oleh kaum Melayu dan India.

Keputusan ujian ANOVA sehala (F-Test) juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan (P>0.05) antara pengalaman mengajar responden bagi aspek kesediaan, pengetahuan, dan kemahiran. Ini menunjukkan tahap kesediaan adalah tinggi, tahap pengetahuan adalah sederhana dan tahap kemahiran adalah rendah untuk semua peringkat pengalaman mengajar responden. Namun demikian terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru berdasarkan pengalaman mengajar (F = 1.259 dan P<0.05). Didapati sikap guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 5 tahun namun kurang daripada 10 tahun adalah lebih tinggi berbanding guru yang berpengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun dan lebih daripada 10 tahun terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran. Sander et al. (1993) serta Barnet dan Hodson (2000) berpandangan bahawa guru mempunyai ilmu pengetahuan pedagogi yang lebih tinggi. Tambahan lagi, Helms (1998) menyatakan bahawa pengalaman mengajar sains boleh mengembangkan ilmu pengetahuan kandungan pegagogi yang diperlukan dalam pelaksananaan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Keputusan ujian ANOVA sehala (F-Test) menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan (P>0.05) antara taraf akademik responden bagi aspek kesediaan, sikap, pengetahuan dan kemahiran. Ini menunjukkan tahap kesediaan dan sikap adalah tinggi, tahap pengetahuan adalah sederhana dan tahap kemahiran adalah rendah dan ianya sama bagi semua taraf akademik responden sama ada mereka memiliki diploma, ijazah, sarjana mahupun PhD. Faktor taraf akademik diambil kira kerana menurut Nor Asma & Rubba (1981) dalam kajian mereka mendapati kelayakan akademik sama ada seorang guru itu berkelulusan ijazah atau bukan ijazah adalah penting. Ini selari dengan dapatan Shulman (1987) yang menerangkan tahap ilmu pengetahuan seseorang guru bergantung kepada tahap kelayakan akademik guru.

Keputusan ujian t menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara opsyen responden dari aspek pengetahuan (P>0.05). Ini menunjukkan bagi semua jenis opsyen guru tahap pengetahuan mereka adalah sama iaitu di tahap sederhana. Namun demikian terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek kesediaan, sikap dan kemahiran responden berdasarkan opsyen iaitu (t =-1.258* dan P<0.05), (t = -0.097* dan P<0.05) dan (t =- 1.223* dan P<0.05). Dapatan jelas menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan sikap guru beropsyen sains adalah tinggi berbanding dengan guru

Page 11: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

88

beropsyen lain. Begitu juga tahap kemahiran, walaupun rendah namun guru beropsyen sains didapati lebih berkemahiran berbanding guru opsyen lain. Bryan & Carolyn (2001) mempunyai pandangan bahawa guru yang efektif memerlukan ilmu pengetahuan kandungan sains yang banyak dan mendalam dalam melaksanakan pengajaran sains. Appleton (1995) juga mempunyai pendapat yang sama iaitu guru-guru yang beropsyen sains mempunyai ilmu pengetahuan kandungan sains yang banyak supaya menjadikan mereka lebih yakin untuk mengajar sains. Bagaimanapun, keyakinan ini harus ditingkatkan lagi melalui latihan keguruan dan kursus dalam perkhidmatan.

Hasil ujian t menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara responden yang mengikuti kursus dalam perkhidmatan tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dari aspek sikap. Ini menunjukkan tahap sikap adalah tinggi bagi semua responden sama ada yang pernah ataupun belum pernah mengikuti kursus dalam perkhidmatan berkaitan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Namun terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kesediaan, pengetahuan dan kemahiran responden di mana nilai (t = -2.078 dan p<0.05) bagi kesediaan, nilai (t = -2.171 dan P<0.05) bagi pengetahuan dan nilai (t = -1.912 dan P<0.05) bagi kemahiran. Didapati guru yang pernah mengikuti kursus dalam perkhidmatan berkaitan pelaksanaan pendekatan konsrtuktivisme lebih bersedia, berpengetahuan dan berkemahiran berbanding guru yang belum pernah mengikuti kursus ini. Sahizam Johar (2007) berpendapat guru seharusnya diberikan kursus dalam perkhidmatan berkaitan pengajaran konstruktivisme. Ini kerana kemampuan mengurus aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme sangat penting menentukan kejayaan dalam konstrutivisme kerana ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme antaranya meyediakan pelbagai bahan pembelajaran, menggalakkan refleksi dalam kalangan pelajar dan pengajaran berpusatkan pelajar (Ee, 2000).

Keseluruhannya hasil ujian t dan ANOVA menunjukkan Ho: tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan responden adalah ditolak. Namun demikian Ho diterima bagi faktor etnik dan taraf akademik responden.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah tinggi bagi aspek kesediaan dan sikap guru namun, sederhana bagi aspek pengetahuan dan rendah bagi kemahiran guru sains. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan responden. Namun demikian tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor etnik dan taraf akademik responden.

Melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh, penyelidik mencadangkan beberapa tindakan susulan untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme secara optimum di sekolah supaya dapat melahirkan individu yang berpengetahuan dan meminati sains. Selain itu, menghasilkan ahli-ahli sains yang bertaraf dunia dengan moral dan etika yang baik. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan dan sikap guru terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah tinggi. Ini menunjukkan guru bersedia dan bersikap positif terhadap pendekatan ini. Namun, kelemahan di kalangan guru ialah dari segi pengetahuan dan kemahiran. Oleh itu, guru harus didedahkan dengan kursus kemahiran melaksanakan pendekatan ini. Kursus dalam perkhidmatan yang berterusan

Page 12: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

89

dan mengikut program khas harus diadakan untuk guru-guru sains kerana cara ini dapat membantu guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran agar pendekatan ini menjadi mudah untuk dilaksanakan dan sebati dengan pengajaran mereka.

Penggunaan pendekatan konstruktivisme boleh dimantapkan dan ditingkatkan penguasaan kemahiran melalui aktiviti perbincangan di kalangan guru-guru sains. Hal ini dapat diaplikasikan menerusi aktiviti Guru Pakar dan Guru Cemerlang. Guru Pakar dan Guru Cemerlang akan menjadi pemangkin kepada aktiviti perbincangan dan percambahan pemikiran di kalangan guru-guru sains supaya dapat merangsang peguasaan dan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Kumpulan dinamik yang diketuai Guru Pakar dan Guru Cemerlang akan merancang cara aktiviti konstruktivisme yang terbaik dan sesuai dilaksanakan kepada murid di sekolah harian biasa mengikut peringkat kognitif mereka. Ini bertujuan supaya guru-guru sains tidak bersendirian menghadapi cabaran pelaksanaan pendekatan ini.

Memandangkan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah berpusatkan murid dan guru hanya sebagai fasilitator, pihak sekolah haruslah menyediakan kemudahan sewajarnya kepada murid untuk membantu mereka mendapatkan ilmu pengetahuan. Pusat sumber sekolah mestilah dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan kepada murid dan haruslah menyediakan kemudahan seperti internet untuk murid memperoleh lebih banyak ilmu di zaman dunia tanpa sempadan sekarang ini. Guru-guru juga seharusnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang lebih banyak agar ilmu dapat dikembangkan melalui guru dan murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh kerana kajian ini dijalankan di sekolah harian biasa dan dapatan menunjukkan terdapat kekangan berkaitan kelemahan murid (peringkat pemikiran konkrit) dalam pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Sehubungan dengan itu, cadangan supaya aktiviti konstruktivisme yang lebih berpusatkan murid ini dapat dilaksanakan di Sekolah Berasarama Penuh Sains (SBPS) dan Sekolah Menengah Sains Mara (MRSM) kerana mereka mempunyai murid dengan pemikiran peringkat formal dan tahap pemikiran mereka adalah peringkat tinggi. Dengan cara ini dapat menyumbangkan kepada keperluan dasar Pendidikan Sains untuk melahirkan murid yang kompetetif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu dan berketerampilan teknologi.

Memandangkan penerapan nilai-nilai murni kurang ditekankan ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, ini akan melahirkan ahli-ahli sains yang hanya belajar ilmu sains semata-mata tanpa menghubungkaitkannya dengan nilai-nilai moral dan etika yang kukuh mengikut acuan Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Ini boleh menjejaskan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat saintifik yang bermaruah berasaskan etika dan moral yang baik. Justeru, satu usaha yang bersungguh dan berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab harus dilaksanakan untuk memastikan semua guru berjaya menerapkan nilai-nilai murni secara formal di kalangan murid-murid sekolah. Di samping itu, guru juga harus didedahkan dengan konsep, prinsip dan cara untuk menerapkan nilai-nilai murni menerusi pendekatan konstruktivisme.

Pada keseluruhannya, bagi meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme di cadangkan agar, silibus sains dikurangkan dan guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan kaedah konstruktivisme.

Page 13: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

90

Menerusi kajian ini, dapatan dan perbincangan yang mendalam berkenaan dengan implikasi kajian ini kepada pengamalan pendekatan konstruktivisme, Dasar Pendidikan Sains KBSM dan kursus dalam perkhidmatan telah dilakukan. Adalah dirumuskan daripada perbincangan tersebut, apabila tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dapat ditingkatkan, maka proses pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah akan menjadi lebih berkesan. Oleh demikian, semua pihak wajar berganding erat untuk membantu bagi menjayakan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Akhirnya, pihak kementerian dan institusi pendidikan adalah diseru supaya mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukan melalui kajian ini untuk memperkembangkan pendidikan di Malaysia ke arah bertaraf dunia.

Rujukan

Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar (2005). Aplikasi pembelajaran secara konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4: 6.

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif (2005). Membentuk identiti remaja. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Jones, M. G. & Araje, L. B. (2002). The impact of constructivism on education language, discourse, and meaning. American Communication Journal, 5: 14-26.

Bryan, L. A & Carolyn, W.K. (2001). Co-constructing inquiry based science with teachers:essential research for lasting reform. Journal of research in science teaching 38(6):631-645.

Appleton, K. (1995). Students teachers confidence to teach science: is more science knowledge necessary to improve self-confidence? International Journal Science Education 17(3):357-369.

Barnett, J. & Hodson, D. (2000). Pedagogical content knowleadge toward afuller understanding of what good science teachers know. International science education 85: 426-453.

Dunkin, M.J & Biddle, B.J. (1974). The study of teaching. New York: Holt Rinehart and Winston.

Krejcie & Morgan (1970). Determining sample size for research activities. Dlm. Gay, L. R dan Airasian, P.2000. Eductional research: Competencies for analysis and application. Ed ke-6. hlm. 135. New Jersey: Merrill.

Ling, J.A.Y. (1999). Primary science curriculum implementation in Malaysia: inquiry ashope and practice. Thesis PHD. University Massey, Palmerston, North New Zealand.

Nor Asmah, I. Dan Rubba, P.A. (1981). Perceive use of inquiry teaching by a sample of Malaysian Biology teachers. Journal of science and mathematics educations in Southeast Asia 4(2):5-10.

Norazuan, R. (2000). Pemilihan aliran sains di kalangan pelajar tingkatan empat dan masalah kemerosotan pelajar dalam aliran sains. Latihan Ilmiah. UKM.Bangi.

Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional approach on teaching practical skills to mechanical related trade students in western nigeria technical colleges, International NGO Journals, 5 (3): 59-64.

Page 14: PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/847/1/PELAKSANAAN PENDEKATAN... · study was conducted through a survey using questionnaire instruments

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

91

Sahizam Johar (2007). Pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran sejarah KBSM sekolah-sekolah menengah dalam daerah Bera, Pahang. Projek penyelidikan sarjana.UKM.Bangi.

Seymour & Hewitt (1997). Dlm. Gibson, H.L.1998. Case studies of an inquiry-based science program impact on students attitude towards science interest in science careers. Paper presented at the annual meeting of the national Association for research in science teaching (19-22 April, 1998).ERIC:ED417980.

Shulman, L.S. (1987). Those who understand knowleadge growth in teaching. Dlm. Habsah Ismail. Guru dan autoriti:Implikasi terhadap pendidikan. Jurnal guru,16 Mei 1994:

Suriaty Md Arof & Nor Hazian Mat Sapian (2002) (atas talian). Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar (2008). The shift in the role of

teachers in the learning process. European Journal of Social Sciences, 7 (2).