24
PELAKSANAAN KELAS DISLEKSIA (PROGRAM RINTIS) DI MALAYSIA SUSANNA CLARE PHILIPS ABDUL RAHIM BIN RAZALLI KWA Y ENG HOCK NOOR AINI BT AHMAD KAMALIAH BT MUHAMMAD MD FA WZI BIN YUSUF FAKUL TI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS KOD PENYELIDIKAN urs: : 03 17 -33 05 2006 --_ .............. ,.._-_._- PERPUSTAKAAN UP8t Nombor Pemlehsn "'\-f2. \::: �744- rarikh �rolah�H1 '," r'�' =, p IC8_�.p p _ i;::z... ;-y, ::::>.0<::>' c> e> Ha rgs __.__________ Bi1anqR/1 NMkah �,--f:J__ __ N:'HYiOOI P€lnqldlJtsan ·,' •• ",_.... .,.. .... nU><;...n .. �'''' ....��-.n:;:1ilI'_,.,..�'l'qI.

(PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

  • Upload
    ngokhue

  • View
    274

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

PELAKSANAAN KELAS DISLEKSIA (PROGRAM RINTIS)DI MALAYSIA

SUSANNA CLARE PHILIPS

ABDUL RAHIM BIN RAZALLI

KWAY ENG HOCK

NOOR AINI BT AHMAD

KAMALIAH BT MUHAMMAD

MD FAWZI BIN YUSUF

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS

KOD PENYELIDIKAN urs: : 03 - 17 -33 - 05

2006

--_.............. ,.._-_._-

PERPUSTAKAAN UP8t

Nombor Pemlehsn "'\-f2. \::: �744-

rarikh �rolah�H1 '," r'�' =,

p IC8_�.p p_

i;::z... ;-y, ::::>.0<::>' c> e>Ha rgs __.__________ _

Bi1anqR/1 NMkah �,--f:J____

N:'HYiOOI P€lnqldlJtsan .

·,'••",_.....,...... nU><;...n ..�''''....��-.n:;:1ilI'_,.,..�'l'qI.

Page 2: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

PELAKSANAAN KELAS 01SLEKSIA (PROGRAM RINTIS) 01 MALAYSIA

ABSTRAK

Murid-murid disleksia menghadapi masalah atau kepayahan grafik dalarn mernbaca,

menulis dan mengeja. Mereka perlu di ajar dengan pelbagai strategi pengajaran membaca

agar masalah mereka boleh diatasi. Kajian telah menunjukkanlO - 15% mudd sekolah

rendah masih menghadapi masalah pembelajaran dan gagal menguasai kemahiran asas

3M. Pelaksanaan kelas disleksia di Malaysia bermula pada tahun 2004. Kajian ini di

jalankan untuk melihat pelaksanaan kelas disleksia dan pelbagai masalah yang timbul

da1am kelas tersebut. Kajian ini melibatkan 25 orang guru, 24 orang pentadbir sekolah

dan 22 orang ibu bapa dari 31 buah sekolah diseluruh Malaysia. Oapatan kajian

menunjukkan sebahagian besar guru kelas disleksia dapat melaksanakan tugas dengansederhana. 56% daripada pentadbir sekolah setuju program disleksia disekolah mereka

amat memberangsangkan dan 84 % daripada responden ibu bapa bersetuju program

disleksia perlu diperluaskan kesemua sekolah rendah.

Page 3: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

THE IMPLEMENTATION OF SPECIAL CLASSES FOR CHILDREN WITH

DYSLEXIA ( PILOT PROGRi\M) IN MALAYSIA

ABSTRACT

Children with dyslexia experience problems in reading ,writing and spelling. They requirea variety of teaching strategies to overcome their difficulties. Previous studies have

shown that 10 - 15 % of primary school children have learning difficulties and fail to

aquire the basic skills of reading, writing and arithmetic. Special classes for children with

dyslexia was implemented in 31 primary schools in Malaysia in 2004.This study was

carried out to assess the implementation of these programmes and its problems. The

survey was completed by 25 special education teachers, 24 school administrators and 22

parents of children with dyslexia, from 31 primary schools in Malaysia. Data analysiswas based on percentages, mean scores and an error level scale. Study findings revealed

that teachers surveyed were able to carry out their duties at an average level.56 % of

school administrators agreed that the programmes at their various schools showed great

potential and 84 % of parents agreed that the program be implemented in all primaryschools in Malaysia.

11

Page 4: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

KANDUNGAN

muka surat

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

ii

iii

VI

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang kajian1.3 Pemyataan Masalah 3

1.4 Tujuan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Persoalan Kajian 5

1.7 Kepentingan Kaj ian 5

1.8 Kerangka Konseptual Kajian 6

1.9 Batasan Kajian 7

1.10 Definisi Operasi 7I

iii

Page 5: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

BAB2 SOROTAN LITERATUR

2.1

2.2

Pendahuluan

Kajian Berkaitan

9

10

BAB3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Pemilihan Sampel kajian 25

3.4 Instrumen Kajian 27

3.5 Jadual Kajian 29

3.6 Prosedur Kaj ian 31

3.7 Prosedur Analisa Data 31

BAB4 DAPATAN KAJIAN

4.1

4.2

4.3

Pendahuluan

Latar belakang responden

Pengujian Persoalan Kajian

33

34

36

iv

Page 6: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

BAB 5 PERBINCANGAN ,IMPLlKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Status Pelaksanaan Program Disleksia 54

5.3 Faktor Mempengaruhi Pemilihan Murid 55

5.4 Persepsi Guru, pentadbir dan ibu bapa 56

5.5 Implikasi Dapatan Kajian 57

5.6 Cadangan 58

RUJUKAN

LAMPlRAN

Format Soalan Selidik

v

Page 7: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

SENARAI IADUAL

Jadual muka surat

3.1 Senarai nama Sekolah, Bi!. Guru, Pentadbir dan Ibu Bapa 26

3.2 Item Soalan Pelaksanaan program Disleksia 28

3.3- Item-item soalan dalam bahagian C 29

4.1 Taburan sample menurut cirri sosiodemografi 34

4.2 Status Pemilikan Arahan Pekeliling 36

4.3 Amaun Perbelanjaan Program Disleksia 37

4.4 Pengurusan kelas Disleksia 38

4.5 Fail peribadi/buku profil murid 39

4.6 Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Murid 42

4.7 Tahap Pelaksanaan Tugas Guru 43

VI

Page 8: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

BABI

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini dimuatkan dengan latar belakang kajian, pemyataan masalah, kepentingan,

tujuan, objektif, soalan kajian, batasan, dan kesimpulan. Latar belakang kajian

menjelaskan perkara yang mendorong kumpulan pengkaji untuk menjalankan kajian.

Lima soalan kajian dibina berdasarkan pemyataan masalah.

1.4 Latar Belakang KajianMinat untuk menjalankan kajian ini bermula daripada lawatan sambil menjalankan kajian

terhadap pelaksanaan kaedah stesen dalam program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (PKBP) ke sebuah sekolah di utara Semenanjung Malaysia. Sekolah

tersebut mempunyai program PKBP, program pemulihan khas dan program rintis

disleksia.

Murid-murid disleksia perlu diajar dengan menggunakan pelbagai strategi

pengajaran membaca agar masalah mereka boleh diatasi (Bender 1995). Kesukaran

membaca biasa dialami oleh murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid

bermasalah pembelajaran rnernpunyai masalah dalam pelbagai bidang dan 80%

daripadanya adalah membaca. Disleksia adalah satu ciri bermasalah pembelajaran.

Namun begitu pada dasamya, murid-rnurid disleksia cerdik dan tidak mempunyai

Page 9: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

kelemahan lain berbanding rakan sebaya daripada segi pengalaman tetapi mereka tidak

boleh membaca dan mengeja walaupun telah mendapat latihan yang sebaik mungkin

(Miles 1993). Murid-murid disleksia menghadapi masalah atau kepayahan grafik dalam

membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

punca murid-murid mengalami disleksia. Murid-murid lelaki lebih ramai mengalarni

disleksia berbanding murid-murid perempuan. Faktor-faktor penyumbang kepada

disleksia ialah masalah okular, bahasa, visual, wang dan motor. Individu disieksik tidak

mempunyai masalah mata yang teruk berbanding individu normal.

Pada umumnya murid-murid disleksia boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu

disleksia perolehan dan disleksia perkembangan. Khadijah Rohani (1998) menyatakan

disleksia perolehan merupakan kehilangan segala kemahiran membaca. Disleksia

perkembangan ialah apabila seseorang murid-murid itu tidak boleh belajar kemahiran

membaca dan penyebabnya adalah patologi otak.

Pendidikan merupakan asset penting dalam memajukan sesebuah masyarakat dan

Negara. Pendidikan dapat mernbentuk manusia supaya mencapai moraliti jiwa dan dapat

mengubah sifat, tingkah laku dan tindakannya . Pendidikan memerlukan kemah iran asas

seperti membaca, menulis dan mengira. Kemahiran 3M merupakan perkara yang amat

penting dalam pendidikan diperingkat rendah. Kajian menunjukkan 10 -15% murid

sekolah rendah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dan gagal

menguasai kemahiran asas 3M .

2

Page 10: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

Menurut Sofiah (1983) terdapat tiga perkara asas yang perlu dipertimbangkan dan

mempengaruhi kebolehan membaca iaitu i) murid-murid dan proses dalamannya, ii)

suasana sekolah termasuk guru dan kuriikulum serta iii) rumah tempat kediaman dan

persekitaran masyarakat murid-murid tersebut.

1.5 Pernyatan Masalah

Menurut Nicholls & Nicholls (1992), rnurid-murid mempunyai perbezaan kecenderungan

dan kebolehan. Perbezaan individu ini menyebabkan kurikulum perlu ditimbang semula

agar lebih sesuai dan praktikal kepada murid-murid. Di kebanyakan negara, murid-rnurid

maju dan lemah mengikuti kurikulum sarna. Senario ini perlukan perubahan agar murid­

murid dapat belajar mengikut kebolehan mereka. Perkara ini dilihat relevan dilakukan

supaya murid-murid mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang disediakan.

Perbezaan individu turut mendapat perhatian daripada pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM). Program rintis kelas disleksia dijalankan untuk mengatasi

masalah kemahiran 3M. Pelaksanaan kelas disleksia (program rintis) di Malaysia bermula

pada tahun 2004. Terdapat 30 buah program seumpamanya di seluruh Malaysia di mana

34 orang guru terlibat dalam program rintis tersebut.

Kajian ingin melihat pelaksanaan kelas disleksia (program rintis) dan pelbagai

masalah yang timbul dalam kelas tersebut. Kaj ian juga melihat kesediaan guru dari segi

kursus, pengetahuan, pengalaman mengajar, persepsi guru, ibubapa dan pentadbir dalam

melaksMakan kelas d.sleksia. Kajian ini seiring dengan perubahan pendidikan khas di

3

Page 11: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

Malaysia. Perubahan yang dimaksudkan adalah daripada pelaksanaan program rintis

disleksia di peringkat persekolahan rendah pada tahun 2004. Genus (1998) berpendapat

perubahan dalarn pendidikan dan sosial perlu difahami daripada segi sumber dan tujuan

perJunya perubahan. Perubahan mungkin berlaku disebabkan oleh bencana alarn, tekanan

luaran seperti inovasi dalarn teknologi, nilai dan perpindahan.

Malah perubahan turut berlaku akibat daripada keadaan dalaman yang membawa

kepada pembaharuan dan keperluan sosial. Didapati bahawa semakin kompleks sesuatu

masyarakat maka tekanan ke atas perubahan pendidikan semakin meningkat. Dua perkara

penting timbul apabila mernperkatakan tentang sumber perubahan iaitu siapa yang

mendapat manfaat daripada perubahan pendidikan dan bagaimana bentuk pendekatan

perubahan yang ingin diterapkan.

Kajian juga ingin melihat sama ada ujian saringan dilaksanakan dalam tujuan

penempatan. Ujian sanngan bertujuan untuk melihat kawasan kelernahan murid-murid

dalam menguasai kemahiran mernbaca, menulis dan mengira. Kovhevar (1975)

berpendapat murid-murid disleksia mempunyai masalah dari segi kekeliruan orientasi

(b jadi p), struktur (n jadi h), gabungan kekeliruan orientasi (p jadi q), tidak mengenal dan

mengingati simbol dan urutan abjad, masalah perbendaharan kata, tidak mernaharni

urutan simbo! huruf, tidak mernahami makna perkataan dan ayat, menterbalikkan

perkataan dan huruf, mengulang-ulang perkataan, mengganti perkataan (kata nama),

membaca seeara monoton, membaca lisan kurang jelas, salah sebut atau meninggalkan

perkataan, kesalahan vokal, menambah dan tidak faharn konteks. Dengan itu, kajian ingin

melihat sarna ada ujian saringan yang dijalankan meliputi keseluruhan masalah yang

dialami oleh murid-murid.

4

Page 12: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

1.4 TUJUAN KAJIAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk rnelihat sejauh mana masalah yang timbul, kesediaan

guru, persepsi ibubapa dan pihak sekolah dalam pelaksanaan kelas disleksia ( program

rintis )

1.5 OBJEKTIF KA.HAN

1.5.1. Mengenalpasti faktor-faktor yang mernpengaruhi pelaksanaan kelas disleksia

(program rintis)

1.5.2. Mengenalpasti masalah yang timbul dalam pelaksanaan kelas disleksia (programrintis).

1.5.3. Meninjau pelaksanaan kelas disleksia di Singapura.

1.5.4. Mengenalpasti persepsi ibubapa dan pihak pentadbir terhadap kelas disleksia

(program rintis).

1.6 PERSOALAN KAJ1AN

1.6.1. Apakah faktor yang mempengaruhi pelaksanaan kelas disleksia?

1.6.2. Apakah persepsi guru terhadap pelaksanaan kelas disleksia?

1.6.3. Apakah persepsi ibubapa dan pentadbir terhadap pelaksanaan kelas disleksia?

1.6.4. Adakah terdapat perbezaan pe!aksanaan kelas disleksia di Malaysia dan kelasdisleksia di Singapura?

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidikan ini dapat memberi pandangan di peringkat kementerian untuk merancang,

rnembina, membentuk dan melaksanakan program yang berkesan berkaitan murid-murid

disleksia. Di samping itu, penyelidikan ini diharapkan dapat meningkatkan mutu

5

Page 13: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

pengajaran dan pembelajaran rnurid disleksia. Selain daripada itu, persepsi ibu bapa da

guru besar diharap dapat mernberi suntikan kepada program untuk lebih cemerlang

apabila dilaksanakan sepenuhnya diseluruh negara.

1.8 Kerangka Konseptual Kajian

GuruI___'I

Pelaksanaankelas

Guru Besar

Ibu bapa

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian, tiga sumber penting kajian yang

terdiri daripada guru kelas disleksia, Guru Besar sekolah terlibat dan ibu bapa murid-

murid.

6

Page 14: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dapat dijalankan di keias disleksia (Program Rintis) di seluruh negara.

SampeJ terdiri daripada 34 orang guru yang mengajar di kelas disleksia (program rintis),

ibu bapa murid dan 32 orang Guru Besar.

1.10 Definisi Istilah Operational

Penjelasan bagi definisi istilah di da!am sesuatu kajian yang di jalankan merupakan satu

yang arnat penting. Terdapat beberapa definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini

yang perlu dijelaskan maksudnya untuk mengelakkan keraguan terhadap perkataan -

perkataan tersebut.

1.10.1 Disleksia

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud "Dys" =

"kepayahan" idifficultyv dan "Lexia" = "perkataan" iwords). Maka itu, bolehlah

disimpulkan bahawa perkataan disleksia berrnaksud kepayahan perkataan atau dalam erti

kata lain iaitu menghadapi kesukaran dalarn mcnguasai membaca.

1. J 0.2 Murid Disleksia

Murid disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid berrnasalah pernbelajaran.

Mereka mengalarni masalah dalam mengenal huruf iaitu semasa rnernbaca. Jumlah murid

yang mengalarni masalah ini di Malaysia masih belurn diketahui. Padahal murid dalam

7

Page 15: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

kategori ini secara faktanya ramal terdapat di sekolah normal dari peringkat ringan

sehingga peringkat yang berat. Mereka ini rnernerlukan bantuan khusus atau program

khusus yang sesuai dengan tahap masalah mernbaca yang mereka hadapi. Murid

disleksia ini tidak hanya terdapat di kalangan kanak-kanak malahan pada peringkat

dewasa dan di institusi pengajian tinggi pun terdapat mereka yang mengalami rnasalah

1Il1.

Murid disleksia mernerlukan program khas yang boJch rnenilai kebolehannya supaya

mereka dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan mereka.

Hal ini kerana mereka tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana murid

normal.

1.10.3 Kelas Disleksia

Kelas Disleksia dalam kajian ini merujuk kepada 3 J buah kelas yang terlibat dalam

program rintis dislekia di seluruh negara. Kelas ini menempatkan seorang atau dua orang

guru yang telah mengikuti kursus disleksia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.10.4 Penguasaan Kemahiran Asas 3M

Penguasaan kemahiran asas 3M rnerujuk kepada kernahiran mernbaca, menulis dan

mengira yang perlu di kuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah.

8

Page 16: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

BAB II

SOROTAN LITERATlJR

2.1 Pendahuluan

Murid disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid bermasalah

pernbelajaran. Mereka mengalami masalah dalarn men genal huruf iaitu semasa membaea.

Jurnlah murid yang mengalami masalah ini di Malaysia masih belum diketahui. Padahal

murid dalam kategori ini seeara faktanya ramai terdapat di sekolah normal dari

peringkat ringan sehingga peringkat yang berat. Mereka ini memerlukan bantuan khusus

atau program khusus yang sesuai dengan tahap masalah rnembaca yang mereka hadapi.

Murid disleksia ini tidak hanya terdapat di kalangan kanak-kanak malahan pada peringkat

dewasa dan di institusi pengajian tinggi pun terdapat mereka yan,g mengalami masalah

1111.

Murid disleksia mernerlukan program khas yang boleh menilai kebolehannya

supaya mereka dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan

mereka. Hal ini kerana mereka tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana

rnurid normal.

Banyak istilab yang digunakan untuk menunjukkan konsep kesukaran membaca,

Di an tara istilah yang dimaksud ialah buta huruf (word blindness), kesukaran mernbaca

(reading disability), buta huruf keturunan (congenital word blindness), kesukaran

mernbaca (disabled reader], kekeliruan dalam membaca (reading disorders).

ketidakmampuan mengenal huruf (inability to recognize words), pembaeaan yang lambat

(backward reader) keterbalikan baea (strephosymbolia), kcsukaran membaea berat

(severe reading disability), gangguan mernbaca berhubung dengan perkembangan

9

Page 17: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

(development reading disorders), kesukaran dalam mengingati perkataan sesuai dengan

objeknya (dysnomia), kesukaran membaea keseluruhan (aleksia) dan disleksia (dyslexia).

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud "Dys' =

"kepayahan" (d!fJicu1t.V) dan "Lexia" = "perkataan" (wordsi. Maka itu, bolehlah

disirnpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan perkataan atau dalarn erti

kata lain iaitu menghadapi kesukaran dalam menguasai mernbaca.

Menurut T.L.Harris dan R.E.Hodges (Corsini,1987) disleksia merujuk kepada

kanak-kanak yang tidak dapat rnernbaca walaupun penglihatan, pendengaran, kecerdasan

otaknya normal dan ketrampilan usia bahasanya sesuai. Kesukaran belajar tersebut

berpunea daripada faktor neurologis dan tidak dapat dinafikan terdapat faktor yang lain

seperti persekitaran atau punea-pullea sosial. Evans menyatakan batasan disleksia adalah

kesukaran membaea pada tahap yang teruk pada kanak-Kanak kecerdasan otak normal

dan bermotivasi cukup, berlatar belakangkan budaya yang baik dan berpeluang mengikuti

pendidikan serta tidak bermasalah emosi.

Bryan & Bryan dalarn Mercer (J 987) rnentakrifkan disleksia sebagai suatu bentuk

kesukaran dalam mernpelajari komponen-komponen perkataan dan ayat, dan dari

mulanya perkembangan bahasa lambat dan selalu menghadapi masalah dalam menulis

dan mengeja serta sukar untuk mempelajari simbol seperti waktu, arah dan masa.

10

Page 18: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

Hornsby (1984) mentakrifkan disleksia sebagai bentuk kesukaran belajar

membaca dan menuJis terutama belajar mengeja secara betul dan meJuahkan pemikiran

secara bertuJis.

Menurut Ekwall dan Shanker (1988) terdapat beberapa Simptorn (gejala) berkaitan

dengan kesukaran membaca tahap teruk ( disleksia ).J) Pembalikan huruf dan perkataan, misalnya mernbalikkan huruf b dengan d, p

dengan q.u dengan II, perkataan kuda dengan daku, palu dengan lupa, tali denganilat dan satu dengan utas.

2) Kesukaran dalam mengingati suatu perkataan.

3) Ulangan membaca tidak bertambah baik walaupun teJah menyusul membaca

tanpa bersuara dalam hati.

4) Ketidakmampuan menyimpan informasi.

5) Kesukaran dalam menumpu perhatian.

6) Ketidakmampuan melihat hubungan (relationship).

7) Emosi tidak stabil.

8) lmpulsif (sifat ceroboh).

9) Koordinasi motor tangan dan mata lemah.

10) Kesukaran dalam pengurutan.

11 ) Ketidakmampuan bekerja dengan tepat.

,

'1)J.<.. Penghilangan perkataan dan frasa.

13) Kekeliruan berkaitan dengan membaca secara lisan contonya tidak bolehmernbazakan antara d dan p.

14) Diskriminasi auditori lernah.

15)henti.

Kurang dalam sintksis ( ilmu tatabahasa ), gagap, cakap terputus-utus/terhenti-

16) Prestasi belajar dalam berhitung iebih tinggi daripada membaca dan mengeja.

17) Hiperaktif.

11

Page 19: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

Miles dan Miles (1999) dan The British Dyslexia Association dalam Peer (1994)

berpendapat lebih empat peratus (4 %) kanak-kanak mengalami masalah disleksia yang

teruk (severe), manakala sepuiuh peratus (10 %) daripada kanak-kanak mengalami

rnasalah disleksia yang sederhana (mild).

Definisi yang diberikan oleh World federation ofNeoroiogy (1968) adalah

seperti berikut:

"Dyslexia is a disorder manifested in dU!iculty learning to read despiteconventional instruction. adequate intelligence and socio-cultural

opportunity. It is dependent 011 fundamental cognitive disabilities which are

frequently constitutional in origin."

Persatuan Psikologi British (1999) rnendefinisikan disleksia sebagai:

"Dyslexia is evident when accurate andfluent word reading and/or spellingdevelops velY incompletely or with great difficulty. This focuses on literacylearning at the 'word level' and implies the problem is severe andpersistentdespite appropriate learning opportunities,

Bryant & Weiderholt (1990) dalam Miles, T.R. dan Miles, E. (1999) menyatakan

bahawa, disleksia lazimnya dapat dikategorikan kepada tiga jenis:

• Disleksia Visual

Disleksia jenis ini merujuk kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid yangdapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat mernbezakan, mernbuat interpretasiatau mengingat perkara yang dilihat. Sejauh mana penguasaan seseorang muriditu terjejas adalah bergantung kepada darjah masalah yang dihadapi. Terdapatjuga masalah yang kritikal sehingga murid tidak dapat membaca langsung. Walau

bagaimanapun terdapat murid yang hanya mengalami masalah menyebutperkataan yang mernpunyai suku kata yang banyak sahaja.

• Disleksia .iuditori

12

Page 20: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

Untuk kategori ini kita dapat melihat berlakunya persamaan penyebutan perkataan

melalui proses penglihatan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti

yang berkaitan dengan fungsi pendengaran. Kanak-kanak disleksia yang

menghadapi masalah auditori ini sukar untuk membezakan persamaan dan

perbezaan antara bunyi yang didengar, rnengenalpasti bunyi dalam setiap

perkataan, mengadun bunyi untuk menjadikan perkataan, dan mernbahagikan

perkataan ke dalam suku kata tertentu Kanak-kanak ini akan menghadapi masala

kemah iran membaca.

• Disleksia Visual=Auditori atau Dysgraphia

Kanak-kanak disleksia kategori ini rnenghadapi kesukaran menggunakan kedua­

dua deria penglihatan dan pendengaran. Kesannya akan terjadilah gangguan

dalam proses penerimaan maklumat melalui visual dan auditori. Lazimnya kanak­

kanak ini akan mengalami tekanan dan rasa rendah diri yang amat negatif,

Ott (1997) dalam bukunya How to detect and manage dyslexia telah membahagikan ciri­

ciri disleksia kepada empat kategori iaitu;

I. Umum

• Perkembangan bahasa atau pertuturan

• Koordinasi yang lemah

• Pergerakan pergelangan tangan agak kekok

• Hasil penulisan yang lemah

• Menulis lambar

13

Page 21: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

• Ejaan yang lemah

• Keblehan membaca dua tahun ke belakang

• Keliru dalam penggunaan jam atau konsep masa

• Sering mengalami kesukaran dalam laluan yang berliku-liku

• Kesukaran mendiskriminasikan pandangan dan pendengaran

• Kesukaran mengeja, membaca, menulis dan mengira

• Kecelaruan dalam menerima pelbagai arahan

• Keliru perkataan yang hampir sarna seperti on - no, for - from, was - saw

• Masalah mengeja

• Masalah meniru atau menyalin daripada papan hitam

2. Pengamatan dan Tingkahlaku

• Sering keliru dengan arah seperti kiri / kanan atau atas / bawah

• Sukar memberitahu waktu atau tepati masa

• Sukar mengingati simbol-simbol Matematik

• Mudah merasa tertekan atau emosional

• Biasanya mernpunyai selfesteem yang rendah

• Sering mengalarni kesukaran memakai kasut pada kaki yang betul

• Nampak cerdik tetapi tidak bleh mernbaca, menulis atau mengeja pada tahap

tertentu

3. Kesukaran pandangan dan penglihatan

• Kesukaran membatang perkataan

14

Page 22: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

• Gemar meninggalkan huruf pada pangkal perkataan. Misalnya 'pergi' disebut

'pegi'

• Gemar menambah huruf dan perkataan Misalnya 'bulan' menjadi 'bulang'

• Sering tidak membaca dalam keadaan ceria

• Menunjukkan pertukaran, pernambahan, penggantian atau pengulangan

perkataan dan nornbor semasa membaca dan menulis

• Sering mengeja dengan tidak konsisten

• Susah hendak memahami perkataan yang dibaca atau ditulis

• Cepat penat apabila mernbaca

• Mernpunyai masalah ingatan pandang dan ingatan derigar

• Masalah dalam susunan urutan huruf dan nombor

• Kekeliruan mernahami hala kiri dan kanan, bawah dan atas

• Kebalikan huruf-huruf atau nornbr-nombor tertentu

• Hilang baris apabila membaca atau mengulangi ayat yang sarna

• Masalah koordinasi dan pergerakan halus

4. Kemahiran motor halus dan kasar

• Menghadapi masalah memasukkan dan menyusun tali kasut dalam lubang dengan

betul

• Menghadapi masalah memegang pensel dengan betul

• Menghadapi masalah dalam aktiviti menekap

• Menghadapi masaJah menggunakan gunting terutamanya yang kidal

• Sering menghadapi masalah kesukaran mengenalpasti bunyi yang didengar

15

Page 23: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

• Menghadapi masalah mernbuat pengiraan secara mengundur

• Kesukaran mengingati turutan seperti huruf, hari dalam seminggu, bulan dalam

setahun

• Kesukaran mengimbang badan

5 Kesukaran memegang, rnelontar atau menyepak bla dengan baik

• Kesukaran naik tangga

• Kesukaran dalam latihan tarian kerana sukar mengingati langkah

Bagi pelajar dislcksia yang sering menghadapi masalah ketika membaea, ini adalahdisebabkan oleh gangguan persepsi gambar sehingga rnenyebabkan kernampuannyauntuk mengenali seeara cepat adalah rendah. Masalah seperti ini sering disebabkanoleh satu faktor atau gabungan beberapa faktor persepsi yang saling berhubunganantara satu sama lain. Menurut Bond, Tinker, Wasson & Wasson (1984) gangguanpersepsi-gambar pelajar disleksia terdapat pada satu atau gabungan daripadabeberapa gangguan persepsi yang saling berhubung, iaitu analisa visual kata salah,kesalahan persepsi kata yang berlebihan, dan kekerapan analisis secara berIebihan.

Pelajar yang mengalami gangguan analisis gambar kata dapat dikenalpasti oleh

guru kelas melalui dua eara iaitu ketika pelajar menghafal kata seeara Iisan di mana

guru akan rnemilih elemen suara yang tidak sesuai, dilakukan seeara berulang-ulangdengan menggunakan analisis yang sarna dan pengenalpastian tidak dapat dilakukandan ketika guru menunjukkan pelajar bagaimana menganalisis kata melalui

penyembunyian bahagian kata.

Dechant & Smith (1977) menjelaskan bahawa memberi makna merupakan suatu

pra syarat mutlak dalam membaca. Mernbaca tidak boleh dilakukan kecuali pelajar

tersebut dapat mengenalpasti dan mcngenali sirnbol-simbol bereetak. Pelajar tidak dapat

membaea keeuali mereka dapat mcngaitkan makna yang sepadan dengan simbol yang

sepadan dengannya. Oleh itu, jelaslah bahawa mernbaca mengandungi dua elernen iaitu

mengenalpasti simboI bercetak dan mengaitkan makna dengan simbol.

Menurut Ldwards (1985) pelajar yang bermasalah dalam membahagikan kata

menjadi satu bentuk yang difahami dari satu suku kata adalah kerana pelajar tersebut

16

Page 24: (PROGRAM RINTIS) - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/541/1/Pelaksanaan Kelas Dislesksia... · membaca, menulis dan mengeja. Masalah kematangan merupakan satu kernungkinan

mengalami kesulitan mengenalpasti kata-kata baru melalui penunjuk hubungan. Banyak

kosa kata baru dalarn bahan bacaan tidak dapat dikenali oleh pelajar disleksia.

Bender (1995) membahagikan perwatakan disleksia kepada: (1) lembap dalam

mernbaca, nada suara yang tidak tetap dan bercakap satu demi satu perkataan, (2) sering

membalik-balikkan huruf-huruf dan kata-kata, (3) pengubahan huruf pada perkataan, (4)

kcliru terhadap perkataan yang hanya sedikit berbeza susunannya. Contohnya : bau, buah,

batu dan buta .dan (5) sering mengulangi perkataan dan frasa

Menurut Kernenterian Pelajaran Malaysia (2002), kira-kira 80,000 orang murid

tahun tiga belum menguasai kernahiran rnernbaca dan menulis. Murid tersebut

ditempatkan di dalam kelas pemulihan khas supaya masalah yang mereka hadapi dapat

dibantu oleh guru pemulihan.

Haniz dan Mad Kassim (2000) berpendapat bahawa di kalangan murid yang

memerlukan pernulihan khas, terdapat juga yang mengalami ciri-ciri disleksia.

Berniger (2001) dalam kajiannya yang bertajuk "Understanding the 'lexia' in

dyslexia" menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara individu dalam kepayahan

menguasai kernahiran mernbaca / mengenal perkataan atau penaakulan lisan bagi mereka

yang mengalami disleksia.

Menurut Spafford dan Grosser (1996), dianggarkan lebih kurang lima peratus

populasi sesebuah negara mengaJami em-ern pembeJajaran disleksia. Sofiah (2000)

dalarn kajiannya telah menganggarkan di an tara 5% hingga 10% penduduk Malaysia

mengalarni ciri-ciri pembelajaran disleksia. Pollock dan Walter (1994) mendapati semua

17