Pemanasan Global Dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekitar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PEMANASAN GLOBAL DAN PERANAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PELESTARIAN ALAM SEKITAR

Citation preview

  • 5/19/2018 Pemanasan Global Dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekita...

    http:///reader/full/pemanasan-global-dan-peranan-guru-prasekolah-terhadap-pelestari1

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya

    menyiapkan esei yang bertajuk Pemanasan Global dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap

    Pelestarian Alam Sekitar untuk subjek KAK 3023: Sains Awal Kanak-Kanak.

    Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Penyelaras/Pensyarah iaitu Pn.

    Ratanamla a/p Kalimuthu kerana telah memberikan penerangan dan panduan tentang

    bagaimana untuk menyiapkan tugasan ini.

    Jutaan terima kasih juga kepada warga SK Alma Jaya yang memahami kesibukan saya

    bergelar pendidik dan juga pelajar pada masa yang sama. Terima kasih atas dorongan semua

    warga sekolah untuk saya meneruskan pengajian ini walaupun saya hampir lemah semangat di

    atas faktor kesihatan yang tidak dapat diduga.

    Alhamdulillah dan terima kasih ucapan saya berikan kepada keluarga saya yang

    sentiasa bersama sewaktu susah dan senang. Kepada anak-anak yang sentiasa memahami

    keadaan ibu mereka dan sentiasa membantu dalam melaksanakan kerja rumah untuk

    meringankan beban yang dialami oleh ibu mereka yang bertungkus-lumus bekerja, belajar dan

    menguruskan rumah tangga walaupun diduga oleh faktor kesihatan yang merosot secara tiba-

    tiba.

    Akhir kalam, semoga saya dapat menamatkan pengajian ini dan berjaya lulus dengan

    cemerlang di dalam subjek ini khususnya. Semoga esei ini dapat dijadikan perkongsian

    terutamanya di dalam peranan guru prasekolah dalam mendidik murid di awal usia berkenaan

    dengan konsep pelestarian alam sekitar.

  • 5/19/2018 Pemanasan Global Dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekita...

    http:///reader/full/pemanasan-global-dan-peranan-guru-prasekolah-terhadap-pelestari2

    Pemanasan Global dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekitar

    Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan suhu dunia.

    Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan

    tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain.

    Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim

    berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

    Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau

    di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang

    kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan

    keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan

    Antartika Barat akan mencair Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

    Pemanasan global terjadi melalui proses repirasi secara semulajadi samada manusia

    atau haiwan yang akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida ke atmosfera kita. Pada

    mulanya pembebasan gas-gas ini adalah seimbang dengan penghasilan oksigen melalui

    proses fotosintesis, namun aktiviti-aktiviti manusia seperti penebangan hutan, penjanaan

    tenaga elektrik, peningkatan pengangkutan dan penggunaan CFC untuk tujuan pengawalan

    udara (airconditioning) dan sebagai propellant dalam bekas aerosol telah menyebabkan

    pengeluaran gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monosida, kloro flourokarbon (CFC),

    metana dan nitrus oksida telah meningkat manakala sumber oksigen yang dihasilkan melalui

    fotosintesis berkurangan.

    Sumber gas-gas seperti ini yang disebabkan oleh aktiviti manusia dinamakan gas-gas

    anthropogenic. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakseimbangan terhadap kandungan gas-

    gas di bumi. Gas-gas ini akan menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarkan semula

    sinaran tersebut menyebabkan suhu purata atmosfera bumi akan meningkat. Gas-gas ini juga

    menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistem atmosfera bumi. Ini secara kolektif

    akan meningkatkan lagi suhu purata atmosfera bumi.

    Di antara penyumbang kepada pengeluaran gas-gas ini seringkali dikaitkan dengan

    aktiviti rumah hijau ataupung Green House. Antara gas-gas rumah hijau yang paling banyak

    menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi adalah CFC. CFC pula bertindak dengan gas

  • 5/19/2018 Pemanasan Global Dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekita...

    http:///reader/full/pemanasan-global-dan-peranan-guru-prasekolah-terhadap-pelestari3

    ozon daripada lapisan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon bertindak

    melindungi kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran ultra lembayung ()

    Uv. Penipisan lapisan ozon seterusnya akan menyebabkan radiasi sampai ke bumi.

    Berdasarkan kepada laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC),

    suhu dunia diramal meningkat daripada 1.1 darjah selsius kepada 6.4 darjah selsius antara

    1990 dan 2100 (Nur Atika Atan, 2007). Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan semakin

    panas dalam tempoh seabad lagi dan mungkin tidak selamat lagi. Kenaikkan suhu itu boleh

    mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut. Risiko banjir besar boleh berlaku jika

    perkara itu berlaku. Malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam. Beberapa kawasan lain

    yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak tetapi tanah di situ menjadi

    lebih cepat kering disebabkan penyejatan air yang berlaku dengan cepat.

    Sebagai seorang guru prasekolah, penekanan terhadap pendidikan pelestarian alam

    sekitar kepada murid amatlah penting bertepatan dengan isu pemanasan global yang semakin

    meruncing. Pendidikan terhadap pelestarian alam sekitar amatlah penting kerana pada umur

    sebegini mereka sudah memahami kepentingan penjagaan alam sekitar (Ali Hamsa, 2000).

    Pendidikan di peringkat awal dapat memberi kepekaan terhadap pelestarian alam sekitar dalam

    menangani isu pemanasan global dan juga masalah alam sekitar yang lain.

    Berdasarkan buku Environmental Education: Teacher Resource Handbook, A Practical

    Guide for K-12 Environmental Education yang diedit oleh Richard J. Wilkes (1997), guru

    merupakan kunci kepada kejayaan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar. Guru perlu memiliki

    pengetahuan, kemahiran kognitif dan atribut afektif seperti kepekaan terhadap alam sekitar dan

    lokus kawalan dalaman yang diharapkan dapat membentuk pelajar. Malah Wilke (1985)

    sebelumnya menegaskan bahawa kunci kepada kejayaan pendidikan alam sekitar ialah guru di

    bilik darjah. Menurutnya, jika guru tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran atau komitmen

    untuk environmentalize their curriculum adalah sukar bagi seorang guru untuk menghasilkan

    pelajar yang berliterasi alam sekitar. Untuk itu, guru perlu memastikan mereka mempunyai

    pengetahuan dan kefahaman tentang konsep alam sekitar.

    Selain mengambil kira agenda kerajaan dalam menangani masalah alam sekitar, berikut

    adalah peranan seorang pendidik dalam meningkatkan pendidikan dalam pelestarian alam

    sekitar kepada murid khususnya murid prasekolah (Ibrahim, 2000):

  • 5/19/2018 Pemanasan Global Dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekita...

    http:///reader/full/pemanasan-global-dan-peranan-guru-prasekolah-terhadap-pelestari4

    a) Meggalakkan pergerakan kempen kesedaran dengan menekankan peranan keluarga

    dalam aktiviti alam sekitar, penyiaran pengetahuan dan nilai social dan pembangunan

    sumber manusia.

    b) Membangunkan program sokongan yang melibatkan kanak-kanak dalam isu alam

    sekitar dan pembangunan seperti forum kanak-kanak, dan bergotong-royong untuk

    menambah pengetahuan mereka mengenai alam sekitar. Program seperti melukis

    pemandangan alam semulajadi dikalangan kanak-kanak juga mapu memberikan rasa

    cintakan keindahan alam sekitar yang menghijau.

    c) Menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti bercucuk tanam di antara kanak-kanak dan ibu

    bapa yang bertujuan memupuk minat kanak-kanak terhadap tumbuh-tumbuhan

    semulajadi.

    d) Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti seperti rekacipta barangan dengan menggunakan

    bahan buangan, dengan ini konsep kitar semula dapat disemai. Kitar semula adalah

    salah satu kaedah yang dapat menjimatkan penggunaan sumber tenaga semulajadi.

    Sebagai contoh, dengan menggunakan tin aluminium yang dikitar semula hanya

    memerlukan 5% tenaga jika dibandingkan dengan memproses semula tin aluminium

    daripada sumber semulajadi, sebanyak 95% penggunaan tenga dapat dijimatkan. Ini

    memberikan kesan yang begitu besar terhadap penggunaan sumber semulajadi

    (Badruddin, 2007).

    e) Mengadakan program lawatan ke kawasan yang tidak tercemar dan keindahan yang

    masih kekal di bawah selian guru sekolah atau pihak penganjur. Kanak-kanak

    hendaklah diberi peluang mengajukan seberapa banyak persoalan yang timbul. Ini akan

    dapat membantu mempercepatkan proses pembelajaran kanak-kanak mengenai

    pelestarian alam sekitar.

    Sebagai kesimpulan, pendidikan merupakan diantara perkara utama yang boleh

    mempengaruhi pemikiran sesebuah masyarakat termasuklah murid-murid pra-sekolah. Dalam

    konteks ini, untuk mengubah sikap masyarakat kepada yang lebih baik, peranan guru pra-

    sekolah untuk memberi penerapan terhadap pendidikan pelestarian alam sekiar amat penting.

  • 5/19/2018 Pemanasan Global Dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekita...

    http:///reader/full/pemanasan-global-dan-peranan-guru-prasekolah-terhadap-pelestari5

    Isu pemanasan global dapat dan juga masalah alam sekitar yang lain dapat dihadapi dengan

    penerapan pendidikan pelestarian alam sekitar sejak daripada kecil lagi iaitu seperti kata

    pepatah Melayu melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

    Oleh itu sokongan yang lebih daripada semua pihak untuk aktiviti pendidikan, latihan

    dan kesedaran awam yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan haruslah

    dititikberatkan. Guru-guru sekolah dan ibu bapa haruslah sentiasa sedar dan peja terhadap

    peranan masing-masing agar pembangunan lestari dapat diterapkan di peringkat awal umur

    kanak-kanak (Bhaskar, 2005).

    (972 patah perkataan)

  • 5/19/2018 Pemanasan Global Dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekita...

    http:///reader/full/pemanasan-global-dan-peranan-guru-prasekolah-terhadap-pelestari6

    RUJUKAN

    BUKU

    Ali Hamsa. (2000). Program Pembangunan Mapan Dalam Rancangan Malaysia

    Ketujuh. Cetakan Pertama Penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. Kuala Lumpur.

    Badruddin. (2007). Garis Panduan Perlaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari.

    Jabatan Alam Sekitar. Cetakan Kedua.

    Bhaskar. (2005). The World Summit on Sustainable Development. Netherland:

    Springer.

    Ibrahim. (2000). Alam Sekitar Malaysia: Status Kini dan Masa Depan. Dewan Bahasa

    dan Pustaka: Kuala Lumpur.

    Richard J. Wilkes. (1997). Environmental Education: Teacher Resource Handbook, A

    Practical Guide for K-12 Environmental Education.

    Wilke, RJ. (1985). Mandating preserve environmental education teacher training: the

    Wisconsin experience. Journal of Environment Education 17(1): 1-8

    ARTIKEL

    Nur Atika Atan dan lain-lain. (2007). Tugasan PSP3001: Pengenalan Sains Pengguna.

    Fakulti Ekologi Manusia: Universiti Putra Malaysia.

    http://www.slideshare.net/guest441011/pemanasan-global-2070141?qid=7bcefdf9-2c6f-4de7-

    8bad-dfd52fca63.

    INTERNET

    http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/

    http://suhaizamzahri.wordpress.com/2007/08/14/pemanasan-global-global-warming/

    http://www.slideshare.net/guest441011/pemanasan-global-2070141?qid=7bcefdf9-2c6f-4de7-8bad-dfd52fca63http://www.slideshare.net/guest441011/pemanasan-global-2070141?qid=7bcefdf9-2c6f-4de7-8bad-dfd52fca63http://www.slideshare.net/guest441011/pemanasan-global-2070141?qid=7bcefdf9-2c6f-4de7-8bad-dfd52fca63http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/http://suhaizamzahri.wordpress.com/2007/08/14/pemanasan-global-global-warming/http://suhaizamzahri.wordpress.com/2007/08/14/pemanasan-global-global-warming/http://suhaizamzahri.wordpress.com/2007/08/14/pemanasan-global-global-warming/http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/http://www.slideshare.net/guest441011/pemanasan-global-2070141?qid=7bcefdf9-2c6f-4de7-8bad-dfd52fca63http://www.slideshare.net/guest441011/pemanasan-global-2070141?qid=7bcefdf9-2c6f-4de7-8bad-dfd52fca63
  • 5/19/2018 Pemanasan Global Dan Peranan Guru Prasekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekita...

    http:///reader/full/pemanasan-global-dan-peranan-guru-prasekolah-terhadap-pelestari7