Upload
joe-tsen
View
394
Download
14
Embed Size (px)
DESCRIPTION
KH
Citation preview
1.1 Pengenalan
Syarikat Macrobrachium Sdn Bhd merupakan syarikat yang menjual udang galah yang
pelbagai saiz. Contohnya saiz A, B, dan C. syarikat ini juga menjadi pemborong kepada kedai -
kedai yang menjual udang galah ini dengan menyediakan kemudahan pengangkutan untuk
menghantar udang galah tersebut kepada penjual - penjual di sesebuah daerah.
Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar
paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar
RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2000). Sebelum ekonomi
meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan
untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan
penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping
masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di
kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai
penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah.
Potensi pelaburan dalam industri udang galah adalah cerah. Dengan harga pasaran dan
permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangka masa
singkat. Keluasan kolam 0.2 ha (0.5 ekar) mampu menghasilkan udang sekitar 300kg bagi satu
pusingan, malah ada penternak yang berupaya menghasilkan udang sehingga 700kg bagi satu
musim (Mun, K.H., 1996) dengan teknik pengurusan yang lebih baik.
Malaysia sememangnya berpotensi untuk maju dalam industri ini. Kepakaran dalam
teknologi pembenihan dan ternakan telah lama terdapat di sini. Malah sebenarnya kajian
terawal di dunia ke atas spesies udang galah ini telah bermula di sini sejak akhir tahun 50'an
lagi (Ling, S.W., 1969). Malaysia juga mempunyai iklim tropika yang sesuai untuk tumbesaran
udang galah. Kita mempunyai banyak sumber air tawar yang belum tercemar (di Pahang, N.
Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) yang sangat ideal bagi ternakan
udang galah ini. Asset yang bernilai ini perlu dimajukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia
disamping dapat menghasilkan sendiri lebih bahan makanan bagi mengurangkan import bahan-
bahan makanan yang bernilai berjuta ringgit tersebut. Kerajaan melalui institusi kewangan
(bank) telah menyediakan skim bantuan kewangan, malahan melalui MIDA juga galakan dan
insentif telah diujudkan bagi maksud menggalah perkembangan industri berasaskan eksport.
1
1.2 Pasaran Sasaran
Pasaran sasaran bagi syarikat ini adalah di daerah Tenom dan Keningau, Sabah. Selain itu,
sasaran juga tertumpu kepada pemborong - pemborong tempatan, penjual - penjual udang dan
juga kepada para pembeli. Para pekerja yang bekerja di pejabat yang berhampiran turut
menjadi sasaran. Di samping itu, suri rumah tangga yang sering ke pasar dan dekat juga
merupakan sasaran syarikat ini.
2
1.3 Trend dan saiz pasaran
Kawasan antara Pekan Tenom dan Keningau ini mempunyai anggaran sebanyak 400,000
orang penduduk. Terdapat empat taman perumahan dan tiga buah perkampungan yang
berhampiran. Majoriti penduduknya ialah 35% orang murut, 30% orang Kadazan Dusun, 25%
orang cina dan 10% lain-lain. Terdapat juga 2 insititusi tinggi, 20 pejabat, 15 syarikat serta 100
kedai-kedai perniagaan yang berhampiran dengan syarikat Macrobrachium Sdn Bhd.
Penumpang bas ekspress juga berada di daerah ini. Anggaran sebanyak 15% daripada jumlah
kumpulan di atas ini akan menikmati udang galah sebagai menu makan petang dan malam
mereka.
3
1.4 Persaingan
Terdapat 4 buah syarikat yang berhampiran sebagai pesaing-pesaing utama iaitu Hot & Roll
Sdn Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, Newage Sdn Bhd dan J.M.T Sdn Bhd.
Nama Pesaing Kekuatan Pesaing Kelemahan Pesaing
Hot & Roll Sdn Bhd - Perkhidmatan
pelanggan yang baik
- Tenaga pekerja yang
ramai
- Tidak mempunyai
rekaan cupcake dan
pastri-pastri yang
pelbagai
Fast Delivery Shn Bhd - Mempunyai peralatan
yang banyak dan
canggih.
- Perkhidmatan
pelanggan yang baik
- Kos perkhidmatan
tinggi
- Tidak mempunyai
tenaga kerja yang
ramai
Newage Sdn Bhd - Kemudahan
pengangkutan yang
banyak.
- Tenaga kerja yang
kurang.
- Syarikat yang kecil.
J.M.T Sdn Bhd - Tenaga kerja ramai.
- Penghantaran barang
yang laju.
- Kos perkhidmatan
rendah.
- Tidak mempunyai
peralatan yang
lengkap untuk
memasarkan jualan
4
1.5 Syer pasaran
Terdapat 4 buah kafe yang berhampiran sebagai pesaing-pesaing utama iaitu Hot & Roll Sdn
Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, Cuppylicious, J.M.T Sdn Bhd dan Newage Sdn Bhd.
Nama Pesaing % Syer Pasaran Anggaran Jualan Sebulan (RM)
J.M.T Sdn Bhd 33 108,768
Fast Delivery Shn Bhd 24 79,104
Newage Sdn Bhd 21 69,216
Hot & Roll Sdn Bhd 22 72,512
Jumlah 100 329,600.00
Macrobrachium Sdn Bhd menganggarkan menguasai 21% daripada syer pasaran pada tahun
pertama urusniaga dijalankan.
Nama Pesaing % Syer Pasaran Anggaran Jualan Sebulan (RM)
Hot & Roll Sdn Bhd 19 62,624
Fast Delivery Shn Bhd 27 88,992
Newage Sdn Bhd 16 52,736
Hot & Roll Sdn Bhd 17 56,032
Macrobrachium Sdn Bhd 21 69,216
Jumlah 100 329,600.00
5
1.6 Ramalan jualan
Bulan Jumlah (RM)
Anggaran Jualan Anggaran Belian
Januari 7,800 3,900
Februari 8,450 4,200
Mac 9,100 4,500
April 9,750 4,800
Mei 10,400 5,100
Jun 11,050 5,400
Julai 11,700 5,700
Ogos 12,350 6,100
September 10,400 5,100
Oktober 13,000 6,500
November 12,350 6,100
Disember 13,650 6,800
Jumlah Jualan Tahun 1 118,300 Kenaikan 64,200 Kenaikan
Jumlah Jualan Tahun 2 136,045 15% 67,410 5%
Jumlah Jualan Tahun 3 163,254 20% 70780.50 5%
6
1.7 Strategi pemasaran
Strategi Produk
Strategi produk udang galah ialah memastikan udang galah yang berkualiti, masih dalam
keadaan segar dan bersaiz yang dikendaki ramai. Para pelanggan boleh memilih udang galah
mengikut saiz yang dikehendaki mengikut citarasa dan pilihan mereka ataupun mereka boleh
menyuruh para pekerja mengikut kreativiti para pelanggan itu sendiri. Selain daripada itu, pakej-
pakej menarik turut disediakan kepada para pelanggan agar dapat memilih saiz udang yang
dikehendaki.
7
Strategi Promosi
Antara cara yang digunakan bagi mempromosikan udang galah ialah melalui laman
sosial seperti facebook. Pengusaha akan membuat satu akaun khas pada laman sosial
facebook bagi mempromosikan udang - udang galah yang dijual serta perkhidmatan yang
disediakan. Pengusaha akan mengemaskini promosi-promosi yang boleh menarik minat para
pembaca laman tersebut. Selain daripada itu, pengusaha turut akan mempromosikan produk ini
dengan bantuan para bloggers yang berada berdekatan dengan kawasan perniagaan tersebut.
Para bloggers akan diberikan beberapa sampel udang galah yang bersaiz A, B, dan C
dan mereka akan membuat review berkaitan dengan sampel yang telah diberikan. Kaedah ini
adalah sangat efisien. Hal ini disebabkan, remaja-remaja pada zaman kini meminati untuk
membaca review bloggers yang mereka follow up. Dengan review yang baik dan positif
daripada mereka, maka, perniagaan Cupcake Heaven boleh berkembang maju dari masa ke
semasa mengikut edaran masa. Selain itu, pengusaha turut akan melakukan beberapa event
bagi mempromosikan produk mereka.
Cara – cara mempromosikan udang galah ialah melalui papan tanda, kain rentang yang
menarik agar dapat menarik lebih banyak pelanggan untuk mengunjungi. Selain itu, risalah –
risalah melalui surat khabar juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan udang
galah. Di samping itu, risalah – risalah ini juga akan dihantar dan diedarkan ke syarikat –
syarikat swasta dan kerajaan yang berhampiran.
8
Strategi Harga
Harga udang galah adalah lebih kurang sama dengan pesaing-pesaing lain di sekitar
kawasan ini. Namun demikian, Macrobrachium Sdn Bhd menyediakan pakej-pakej isitmewa
untuk beberapa occasion tertentu seperti penghantaran terus kepada kedai - kedai penjual,
penghantaran terus ke kilang pemborong udang, penghantaran ke pasar dan sebagainya. Para
pelanggan dan penjual serta pemborong udang galah dapat menikmati harga yang berpatutan
di samping dapat merasakan udang galah yang bersaiz besar. Tambahan pula, harga istimewa
akan diberikan kepada para pembaca bloggers dan facebook serta pelanggan yang
menghubungi Macrobrachium Sdn Bhd secara terus.
Strategi Edaran
Para pelanggan dan pembeli yang mengunjungi tempat penternakan udang galah ini
akan disambut oleh para pekerja pada hari-hari tertentu bagi menarik minat para pelanggan
untuk selalu mengunjungi tempat penternakan ini. Layanan yang baik dan mesra turut diberikan
oleh para pekerja. Layanan yang baik akan dipenuhi dengan kadar yang cepat di samping
memberi perkhidmatan yang memuaskan. Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan
yang diberikan.
Selain itu, para pelanggan dan pembeli juga boleh menelefon kepada syarikat
Macrobrachium Sdn Bhd untuk bertanya tentang harga semasa udang galah yang dijual dan
saiz - saiz udang galah yang dikehendaki oleh para pelanggan dan pembeli.
9
1.8 Belanjawan pemasaran
Butir-butir Perbelanjaan
Aset Tetap (RM)
Belanjawan
Bulanan (RM)
Lain-lain
Perbelanjaan
(RM)
Aset Tetap
Perabot 12,500
Computer dan Cash
Register
3,800
Kaunter dan Kelengkapan 2,000
Papan Tanda Perniagaan 1,250
Peralatan pembersihan
kolam udang
16,550
Van 40,000
Belanjawan Bulanan
Gaji 10,900
KWSP, PERKESO 1,677
Sewa Kedai 1,000
Bahan Mentah 3,250
Minuman 650
Elektrik 250
Air 150
Telefon 150
Makanan udang 250
Lain-lain Perbelanjaan
Deposit Sewa Kedai 2,000
Pembaikan dan
pembersihan kolam udang
550
Daftar Niaga 60
Lesen Niaga 40
Kad Perniagaan 100
Insuran kenderaan dan
cukai jalan
2,500
Jumlah 76,100 18,277 5,250
10
Gaji dan Ganjaran
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja sebulan.
Jawatan Bil. Gaji
Bulanan
(RM)
KWSP
(13%)
(RM)
PERKESO
(2%)
(RM)
Jumlah
(RM)
Pengurus 1 2000 260 40 2,300
Pelayan 5 3750
(750x5)
487.5
(97.5x5)
75
(15x5)
4,312.5
Pembersih kolam 3 2250
(750x3)
292.5
(97.5x3)
45
(15x3)
2,587.5
Pengawal
keselamatan
2 1400
(700x2)
182
(91x2)
56
(28x2)
1,638
Juruwang 1 800 104 16 920
Pemandu Van 1 700 91 28 819
Jumlah 13 10,900 1,417 260 12,577
Peralatan
Jenis Harga
(RM)
Bilangan Jumlah Harga
(RM)
Alat ukur pH air 130 10 1,300
Alat ukur suhu air 20 10 200
Alat ukur oksigen
terlarut dalam air
300 3 900
Peti Sejuk 800 1 800
Peti Ais 2,000 1 2,000
Peralatan Lain 1,500 1,500
Peralatan ubatan 800 800
Jumlah 25 7,500
11
Kos Bahan Mentah
Bahan Mentah Kuantiti Harga
(RM/Unit)
Jumlah
Makanan udang 50kg 1.80 45.00
kacang 50kg 1.80 45.00
dedak padi 50kg 3.40 680.00
Jumlah 770.00
12
1.9 Masalah pemasaran
Terdapat pelbagai masalah pemasaran yang dihadapi dalam perniagaan ini. Masalah-masalah
tersebut adalah :
Masalah Persaingan
Macrobrachium Sdn Bhd berhadapan dengan empat pesaing yang menjalankan
perniagaan yang sama di sekitar kawasan perniagaan ini. Pesaing-pesaing tersebut adalah Hot
& Roll Sdn Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, J.M.T Sdn Bhd dan Newage Sdn Bhd.
Keempat-empat pesaing ini mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri.
Bagi perniagaan Hot & Roll Sdn Bhd, kelebihan yang ada pada perniagaan tersebut adalah
ianya mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik. Pelanggan ramai yang berkunjung ke
sana kerana layanan pelanggan yang diberi amatlah memuaskan hati para pelanggan.
Tambahan pula, dengan bilangan tenaga kerja yang ramai, kesemua pelanggan yang
mengunjungi perniagaan tersebut akan menerima layanan yang sama serta tidak perlu
menunggu dalam masa yang panjang untuk dilayan. Akan tetapi, kelemahan bagi perniagaan
tersebut adalah mereka tidak mempunyai kemudahan - kemudahan yang pelbagai dalam
penternakan udang galah. Udang - udang galah yang dijual kebanyakkannya bersaiz kecil dan
sederhana sahaja.
Pesaing kedua J.M.T Sdn Bhd pula, kelebihannya adalah ianya mempunyai kemudahan
pengangkutan yang banyak. Dengan mempunyai kenderaan yang banyak, syarikat tersebut
dapat membuat penghantaran udang - udang galah ini dengan kuantiti yang banyak. Bahkan,
perkhidmatan pelanggannya juga amat baik membuatkan pelanggan merasa selesa dan
senang untuk mengunjungi kedai tersebut. Kekurangan yang terdapat pada perniagaan
tersebut adalah mereka tidak mempunyai bilangan pekerja yang mencukupi untuk melayan
para pelanggan yang datang membeli. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidak lancaran dalam
menjalankan perniagaan mereka. Kos perkhidmatan di perniagaan tersebut juga adalah tinggi
13
menyebabkan terdapat segelintir pelanggannya yang tidak berpuas hati dengan harga yang
ditawarkan.
Kelebihan pada Newage Sdn Bhd pula ianya mempunyai udang galah yang besar dan
berisi. Dengan kelebihan ini, Newage Sdn Bhd berjaya untuk menambat hati pelanggannya
untuk kerap mengunjungi syarikatnya untuk mendapatkan udang galah yang besar dan berisi
banyak tersebut. Kekurangannya pula, Newage Sdn Bhd hanya menyediakan beberapa jenis
saiz udang galah sahaja. Akhir sekali adalah Fast Delivery Shn Bhd. Fast Delivery Shn Bhd ini
menawarkan resipi cupcake dan pastri yang pelbagai kepada para pelanggannya. Akan tetapi,
mereka tidak mempunyai kemudahan yang lengkap bagi mempelbagaikan lagi rekaan dan
resipi cupcake mereka.
Setelah mengkaji dan memahami corak perniagaan pesaing-pesaing Macrobrachium
Sdn Bhd, pengusaha telah merancang beberapa strategi bagi menarik minat para pelanggan
untuk melanggan di perniagaan ini. Antara strategi yang digunakan adalah mereka menternak
lebih banyak udang galah yang bersaiz besar. Para pelanggan mahukan sesuatu yang istimewa
mahupun sesuatu yang mampu memberikan mereka satu kepuasan dalam menikmati hidangan
makanan yang disediakan, oleh itu, produk-produk yang dihasilkan akan menepati ciri-ciri yang
diingini pelanggan. Juga, udang galah yang dijual adalah berdasarkan harga yang berpatutan
dan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik. Para pelayan yang bekerja dengan
Macrobrachium Sdn Bhd akan dilatih untuk melayan para pelanggannya dengan sebaik
mungkin.
Masalah penyakit dan rawatan
Udang galah ini juga mempunyai penyakit - penyakit tertentu. Contohnya Penyakit yang
disebabkan oleh bakteria, Penyakit yang disebabkan oleh virus, Penyakit yang disebabkan oleh
parasit, Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran alam. Oleh itu, udang galah yang
mempunyai penyakit tidak akan dijual kepada pelanggan atau pembeli. Di samping itu, kos
pembaziran bagi memberi rawatan kepada udang galah juga adalah tinggi dan mampu
menangguh kerugian jika udang galah yang berpenyakit adalah dalam kauntiti banyak.
14
Masalah Lain
Selain daripada masalah pesaing, masalah-masalah lain turut timbul seperti had
pengeluaran produk, kepuasan pelanggan dan kualiti produk. Masalah pertama adalah had
pengeluaran produk. Bagi seseorang pengeluar produk, produk yang dikeluarkan mempunyai
had keluarannya bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku dan bagi menjaga kualiti
sesuatu produk tersebut. Hal ini menimbulkan masalah kepada para peniaga ataupun
pengeluar kerana had keluaran sesuatu produk itu tidak boleh memenuhi kehendak pengguna
yang tidak terhad. Kehendak pengguna yang tidak terhad itu akan menyebabkan pembaziran
berlaku sekiranya, pengeluar produk tidak menghadkan keluaran produknya.
Masalah yang kedua adalah memenuhi kepuasan pelanggan. Bagi memenuhi serta
memuaskan kehendak satu golongan masyarakat, pengeluar ada kalanya menimbulkan
ketidakpuasan hati kepada golongan lain. Golongan lain yang dimaksudkan adalah pelanggan
bagi pengeluar itu sendiri. Ada kalanya pelanggan akan berasa iri hati kepada pelanggan yang
lain sekiranya layanan ataupun tempahan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak dapat
dipenuhi oleh pengeluar. Jika hal ini berlaku, maka pelanggan tersebut akan berhenti
mengunjungi perniagaan pengeluar tersebut. Bahkan, pelanggan tersebut berkemungkinan
akan menyatakan perkara yang tidak baik mengenai produk atau perkhidmatan pengeluar yang
akan mengakibatkan pengeluar tersebut kehilangan pelanggannya yang lain.
Masalah ketiga ialah kualiti produk. Memandangkan sesetengah barang tidak tahan
lama, produk tersebut hendaklah dipasarkan dalam jangka masa yang singkat. Hal ini adalah
bagi menjaga kualiti produk. Macrobrachium Sdn Bhd sangat menitikberatkan kualiti produknya.
Bagi barangan yang singkat jangka masanya, produk bagi barangan tersebut akan dihasilkan
dalam kuantiti yang kecil. Jika pelanggan mahukan produk tersebut dalam kuantiti yang besar,
maka, pelanggan tersebut hendaklah menempahnya dengan pihak Macrobrachium Sdn Bhd
terlebih dahulu. Tindakan ini diambil bagi mengelak dari berlakunya pembaziran dan menjaga
kualiti produk perniagaan ini.
15
Penutup
Macrobrachium Sdn Bhd adalah merupakan sebuah perniagaan bumiputera milik
tunggal yang baru ditubuhkan dimana bidang yang diceburi adalah menjual dan membekal
udang galah kepada pelanggan khursusnya kepada pembeli dan pemborong udang galah..
Sungguhpun begitu perniagaan ini juga bersedia untuk menerima apa sahaja tempahan
daripada pelanggan untuk pihak lain. Sebagai perniagaan baru yang ingin menceburi didalam
bidang perniagaan ini, maka sudah tentu terdapat pelbagai menyahut seruan kerajaan yang
ingin melihat usahawan bumiputera maju didalam bidang perniagaan, perniagaan ini akan
membuat apa sahaja demi mencapai cita-cita tersebut. Jesteru itu kebanyakan pekerja yang
diambil untuk bekerja dengan perniagaan ini terdiri dari kaum keluarga.
Berdasarkan kepada perancangan dan ujuran pendapatan yang telah dibentangkan,
Macrobrachium Sdn Bhd amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan
memberi pulangan yang lumayan. Kajian sistematik telah dirangka bagi membolehkan
perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan
yang telah dirangka. Walaupun mungkin perjalanan agak jauh lagi untuk sampai ke
destinasinya, saya percaya dengan kesungguhan dan keyakinan yang ada pada diri saya dan
keluarga, akan dapat mencapai cita-cita yang kehendaki ini.
16
Refleksi
Bagi tugasan projek kali ini, arahan soalan yang diberi adalah untuk membuat satu
portfolio Rancangan Pemasaran yang meliputi kesembilan aspek yang telah dipelajari dalam
bab satu pada awal tahun ini. Untuk menghasilkan satu portfolio yang berasaskan Rancangan
Pemasaran merupakan satu proses yang amat rumit sekali terutama bagi mereka yang tidak
mempunyai asas bidang perakaunan mahupun perdagangan.
Perusahaan yang saya pilih untuk dijalankan satu rancangan pemasaran adalah jualan
udang galah, Macrobrachium Sdn Bhd. Macrobrachium Sdn Bhd ini tertumpu kepada penjualan
udang - udang galah mengikut saiz kerana pada peredaran zaman pada zaman sekarang ini,
udang galah menjadi popular dan berkembang pesat di Asia untuk dijadikan sebagai menu
utama dalam majlis-majlis istimewa. Bahkan, udang galah juga turut dijadikan sebagai umpan
untuk memancing ikan dan sebagainya. Dengan saiz yang besar sememangnya menjadi pilihan
ramai. Disebabkan itu, saya memilih perniagaan ini bagi rancangan pemasaran saya.
Sepanjang menjalankan tugasan projek ini, saya telah mempelajari beberapa perkara
yang baru dan dapat mengenalpasti kekurangan yang terdapat dalam diri saya sendiri. Antara
pelajaran baharu yang saya telah pelajari adalah memulakan atau memegang suatu perniagaan
tidak kira secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran merupakan satu tanggungjawab yang
besar dan sangat memenatkan. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum
melaksanakan sesuatu perniagaan itu. Kita hendaklah tengok dari segi pasaran ekonominya,
sambutan produk yang ingin kita laksanakan danyang terutama sekali, penyesuaian
pelaksanaan perniagaan tersebut dengan sesuatu kawasan tertentu. Aspek-aspek tersebut
amatlah penting yang harus dipertimbangkan kerana dengan aspek-aspek tersebut adalah
penentu keuntungan mahupun kerugian bagi perniagaan kita kelak. Jikalau kita menjalankan
aktiviti perniagaan di sebuah kawasan yang bilangan penduduk yang sedikit atau kecil, maka,
kita tidak akan dapat memperoleh keuntungan akan tetapi kita hanya akan memperoleh
kerugian yang besar sahaja. Tambahan pula, kita hendaklah melihat minat majoriti pada
sesebuah kawasan tersebut. Hal ini disebabkan, sekiranya kita memulakan perniagaan pada
sesebuah kawasan yang tidak meminati akan produk yang dijual pada perniagaan kita, kita
akan berhadapan dengan sejumlah angka besar bagi hutang yang disebabkan oleh
ketidakstabilan ekonomi penempatan.
17
Dalam menjalankan sesebuah perniagaan, kita hendaklah bijak dalam mempromosikan
perniagaan kita agar mendapat sambutan ramai daripada penduduk setempat dan sekitarnya.
Bagi melaksanakan sesuatu promosi untuk perniagaan bukan suatu perkara yang mudah. Akan
tetapi, jika dibandingkan kepada zaman dahulu yang tidak mempunyai rangkaian internet,
aktiviti promosi tidak akan mendapat sambutan yang baik. Pada zaman ini, kemudahan internet
telah disediakan bagi memudahkan interaksi bersama orang tersayang yang berada jauh di
negara perantauan. Bagi mereka yang celik dan bijak pandai, mereka akan menggunakan
kemudahan ini sebagai tarikan promosi yang utama. Hal ini disebabkan, remaja mahupun
warga tua banyak menghabiskan masa terluang mereka pada laman-laman sosial terutamanya
facebook. Peluang ini hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin oleh para peniaga kerana
dengan membuat promosi secara online akan melipat gandakan kunjungan pelanggan ke
perniagaan anda.
Manakala, kekurangan yang saya dapati sepanjang menjalankan tugasan ini adalah
pengetahuan saya mengenai bidang perniagaan terutama sekali perniagaan yang saya lakukan
bagi tugasan ini adalah sangat sedikit. Hal ini mungkin disebabkan saya kurang membaca
dalam bidang-bidang tersebut. Akan tetapi, demi menyiapkan tugasan ini, saya telah
menambah sedikit sebanyak pengetahuan bagi menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Kekurangan yang lain pula, saya telah melupakan bidang ini semenjak dari tamatnya pengajian
sekolah menengah dahulu. Mempelajari semula topik ini setelah meninggalkannya beberapa
tahun yang lalu sememangnya sesuatu yang kurang menyenangkan saya. Sungguhpun begitu,
dengan mempelajari semula saya dapat menambaikan pengetahuan sedia ada saya untuk
diperkembangkan.
Akhir sekali, saya telah mempelajari beberapa perkara yang baru serta
menambahbaikan pengetahuan sedia ada saya bagi mempersiapkan diri untuk bergelar
seorang guru kelak pada masa akan datang.
18