Upload
ngoquynh
View
236
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI ANIMASI BERKOMPUTER BAGI TAJUK JIRIM, KIMIA
TINGKATAN EMPAT
ROHANA BINTI ABDUL WAHAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI ANIMASI
BERKOMPUTER BAGI TAJUK JIRIM, KIMIA TINGKATAN EMPAT
ROHANA BINTI ABDUL WAHAB
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
Buat Ba’ dan Mak yang sangat dikasihi..,
En. Abdul Wahab Bin Abdul Rahman
dan Pn Hasmah Binti Daik. Pengorbananmu tiada nilai taranya dan tiada balasan yang
setimpal dapat ku berikan. Semoga berbahagia dengan apa yang
dicapai dan bersyukur dengan segala apa yang diperolehi.
Buat adik beradik..,
Rozaini, Romainor, Rozaidah, Rohaya, Rohayati, Rozman,
Rohaizan, Rohaizah dan Rohaniza. Terima kasih di atas segalannya.
Buat rakan-rakan dan pensyarah..,
Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang dan menyusuri
pengalaman bersama kalian kekal dalam ingatan...
iv
PENGHARGAAN
Pertama-tamanya syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt, Tuhan Yang
Maha Pemurah, Pengasih serta Penyayang. Tanpa pertolonganNya tidak mungkin sama
sekali projek ini dapat disiapkan.
Sekalung penghargaan buat penyelia projek, Pn Noor Azean binti Atan di atas
segala tunjuk ajar, panduan serta nasihat yang diberikan. Segala teguran serta dorongan
pastinya akan menjadi ingatan sepanjang masa. Tidak lupa buat semua pensyarah lain
yang banyak memberikan ilmu berkaitan dengan bidang Multimedia. Tanpa ilmu-ilmu
ini pastinya projek ini tidak dapat dibangunkan mengikut aturan yang betul dan
menepati keperluannya.
Seterusnya, tidak dilupakan rakan-rakan sepengajian serta rakan-rakan sekolej,
segala bantuan, dorongan, serta sebarang bentuk bantuan yang diberikan amatlah
dihargai dan jutaan terima kasih diucapkan. Setiap detik bersama kalian amatlah
dihargai dan pastinya menjadi kenangan manis seumur hidup.
Akhirnya, buat ayahbonda tercinta, serta keluarga tersayang. Pengorbanan yang
tiada nilai taranya dan tiada balasan yang setimpal dapat diberikan. Semoga berbahagia
dengan apa yang dicapai dan bersyukur dengan segala apa yang diperolehi. Akhir kata,
terima kasih buat semua yang terlibat.
v
ABSTRAK
Pembelajaran jirim di dalam subjek Kimia Tingkatan Empat merupakan satu
topik yang abstrak dan sukar untuk digambarkan serta difahami oleh pelajar. Justeru itu
sebagai seorang guru, teknik pengajaran yang baik perlu diolah dan diimplementasikan
dalam pengajarannya. Pembangunan Bahan Bantu Mengajar (BBM) menerusi animasi
berkomputer bagi topik jirim merupakan satu kaedah yang dicadangkan untuk mengatasi
kesukaran penyampaian pengajaran guru sekaligus membantu pelajar belajar dengan
lebih mudah dan efektif. Pembangunan BBM berkomputer ini dihasilkan dengan
kombinasi elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi.
Kandungan utama perisian ini ialah nota berkaitan jirim, eksperimen yang berkaitan
dengan teori kinetik jirim, latihan yang berkaitan jirim serta glosari berkaitan istilah
kimia yang digunakan. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia
Authorware sebagai platform pembangunan di samping Macromedia Flash MX, Adobe
Photoshop dan Sonic Foundry Sound Forge sebagai perisian sokongan bagi
menghasilkan perisian yang lebih menarik. Dengan pembangunan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) menerusi animasi berkomputer ini diharapkan dapat memudahkan
proses pengajaran guru dan dapat memudahkan pemahaman pelajar, menarik minat serta
motivasi pelajar dan juga menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam
memahami konsep-konsep berkaitan dengan jirim.
vi
ABSTRACT
Matter, one of the subtopic in Chemistry Form Four is an abstract topic which is
difficult for student to understand and imagine. Therefore as a teacher, a good technique
of teaching need to be adjust and implemented in their teaching. The development of
teaching aids based on computer animation is one way that has been suggested to
overcome the problem in delivering knowledge and as well as to help students to study
easily and more effectively. This teaching aids was developed by combination of
multimedia elements such as text, graphic, audio and animation. The main content of
this software are the notes of matter, experiments about kinetic theory of matter,
exercises about the matter and the chemistry glossary. This software was developed by
using Macromedia Authorware as the platform within the support of other software such
as Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop and Sonic Foundry Sound Forge to make
this software more interesting. Therefore, the development of teaching aids based on
computer animation hopes the learning process easily so that the student can understand
the concepts about the matter easily, increase the student motivation and also to
stimulate the students to take part in learning process actively.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif projek 5
1.4 Rasional Projek 5
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.6 Batasan kajian 7
viii
1.7 Istilah/Definisi 7
1.7.1 Bahan Bantu Mengajar(BBM)) 7
1.7.2 Animasi 7
1.7.3 Multimedia 8
1.7.4 Perisian 8
1.7.5 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer(PPBK) 8
1.8 Kesimpulan 8
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 9
2.1 Multimedia dalam pendidikan 11
2.2 Pengajaran dan Pembelajarn Berbantukan
Komputer(PPBK) 12
2.3 Jenis-jenis PBK 13
2.3.1 Latih tubi 13
2.3.2 Tutorial 14
2.3.3 Simulasi 14
2.3.4 Permainan 15
2.3.5 Penyelesaian masalah 15
2.3.6 Penemuan 15
2.3.7 Eksperimen 16
2.4 Teori Pembelajaran 16
2.5 Teori Konstruktivisme
2.5.1 Aplikasi teori konstruktivisme dalam
perisian PPBK 20
2.5.2 Kelebihan menggunakan teori
konstruktivisme 21
2.6 Model reka bentuk pengajaran 22
2.7 Model ADDIE 24
ix
2.7.1 Fasa analisis 24
2.7.2 Fasa reka bentuk 25
2.7.3 Fasa pembangunan 25
2.7.4 Fasa perlaksanaan 26
2.7.5 Fasa penilaian 26
2.8 Kesimpulan 27
BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN
3.0 Pengenalan 28
3.1 Fasa analisis 29
3.1.1 Pemilihan tajuk 29
3.1.2 Objektif perisian 29
3.1.3 Sasaran pengguna 30
3.1.4 Pengumpulan sumber maklumat 30
3.2 Fasa reka bentuk 30
3.2.1 Kandungan perisian 30
3.2.2 Carta alir 32
3.2.3 Papan cerita 32
3.3 Fasa pembangunan 33
3.3.1 Spesifikasi sistem pembangunan 33
3.3.1.1 Spesifikasi perkakasan komputer 33
3.3.1.2 Spesifikasi perisian 34
3.3.2 Elemen mutimedia yang digunakan 35
3.4 Fasa perlaksanaan 36
3.5 Fasa penilaian 36
3.6 Kesimpulan 37
x
BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN
4.0 Pengenalan 38
4.1 Kandungan perisian 38
4.1.1 Montaj intro 39
4.1.2 Menu utama 40
4.1.3 Panduan Pengguna 40
4.1.4 Glosari 41
4.1.5 Nota 42
4.1.6 Aktiviti makmal 44
4.1.7 Kuiz 45
4.1.8 Keluar 46
4.1.9 Montaj kredit penamat 47
4.2 Kesimpulan 48
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 49
5.1 Kekangan yang dihadapi 49
5.1.1 Masa 50
5.1.2 Kurang kemahiran 50
5.1.3 Kretiviti 51
5.2 Kelebihan Perisian 51
5.2.1 Antaramuka 52
5.2.2 Gabungan elemen multimedia yang pelbagai 52
5.2.3 Menambahkan perisian berbahasa Inggeris
di pasaran 52
5.2.4 Tingkatkan penggunaan dan kemahiran ICT 53
5.2.5 Hasil dapatan penilaian 53
5.3 Kelemahan aplikasi 54
5.3.1 Tiada elemen video 54
xi
5.3.2 Tiada elemen audio 54
5.3.3 Skop yang kecil 55
5.4 Cadangan memperbaiki perisian 55
5.4.1 Elemen 3 dimensi 55
5.4.2 Elemen video 55
5.4.3 Elemen audio 56
5.4.4 Skop tajuk yang lebih luas 56
5.5 Kesimpulan 57
RUJUKAN 58 LAMPIRAN A 61
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Antaramuka Montaj Intro 39
4.2 Antaramuka Menu Utama 40
4.3 Antaramuka Panduan Pengguna 41
4.4 Antaramuka Glosari 42
4.5 Antaramuka Nota 43
4.6 Antaramuka Isi Kandungan Dalam Bahagian
Nota 43
4.7 Antaramuka Aktiviti Makmal 44
4.8 Antaramuka Isi Kandungan Dalam Bahagian
Aktiviti Makmal 45
4.9 Antaramuka Kuiz 46
4.10 Antaramuka Keluar 47
4.11 Antaramuka Montaj Kredit Penamat 48
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Carta Alir Pembangunan Bahan Bantu Mengajar menerusi animasi berkomputer Bagi Tajuk Jirim 61
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sebahagian daripada kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada pelajar adalah dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM).
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) terbukti berkesan dan menampakkan
kecekapan guru di dalam mempersembahkan pengajaran mereka. Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) ini telah tersebar luas sejajar dengan arus kemajuan yang
berlaku di dalam dunia pendidikan hari ini. Kebanyakkan daripada ciptaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) telah direkabentuk berasaskan komputer.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dihasilkan berasaskan teknologi moden
dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, tidak
dapat dinafikan bahawa bidang teknologi juga memainkan peranan penting dalam
bidang pendidikan masa kini. Perkembangan teknologi pendidikan pada masa kini dapat
memberi kesan yang positif kepada guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan
pelajar.
2
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) memberi sumbangan yang amat
besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan
pelajar. Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini juga dapat menyelesaikan berbagai-bagai
masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman.
Selain itu, dengan penggunaan Bahan Bantu mengajar (BBM) yang sesuai ia
dapat mencetuskan minat pelajar terhadap apa yang dipelajari. Penggunaan bahan-bahan
ini juga dapat membentuk daya pemikiran kreatif dan mengukuhkan persepsi pelajar.
Sekiranya Bahan Bantu Mengajar (BBM) digunakan dengan baik, maka keberkesanan
penyampaian pengajaran oleh guru akan bertambah dan ini secara tidak langsung akan
memberi kesan yang cukup positif terhadap pencapaian pelajar.
1.1 Latar belakang masalah
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) menjadi semakin
penting dalam zaman Koridor Raya Multimedia (MSC) dan kemajuan hari ini. Salah
satu agenda dalam MSC adalah konsep Sekolah Bestari. Kemunculan Sekolah Bestari
menjadi pemangkin kepada perubahan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
guru dan pelajar di sekolah. Guru perlu bersedia untuk menukar corak pengajaran
tradisional kepada pengajaran berasaskan teknologi moden dan canggih.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak
membawa perubahan dalam sektor pendidikan. Jika dahulu proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah adalah berkonsepkan ‘chalk and talk’ tetapi kini komputer
dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.
Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1993) banyak perisian komputer boleh
digunakan dalam setiap aspek pendidikan.
3
Penggunaan komputer yang semakin meluas ini telah mula merubah senario
pengajaran dan pembelajaran di kelas. Komputer digunakan sebagai pemudahcara
seperti pembangunan animasi berkomputer yang dapat membantu pelajar dalam
memahami konsep Sains yang abstrak dengan lebih mudah. Justeru itu, mutu pengajaran
dan pembelajaran di kelas juga dapat diperbaiki serta ditingkatkan dengan wujudnya
Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan komputer ini. Mengikut kajian yang telah
dijalankan oleh Diamond, Theimer, Charp, Howell, (1971), Hess dan Tenezakis, (1973),
pengajaran berbantukan komputer yang dirancang dengan teliti mampu
mempertingkatkan pengetahuan dan merubah sikap pelajar.
Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Osborne, Bell, Gilbert, (1983)
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar menghadapi beberapa kesukaran dalam
pembelajaran konsep Sains. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan pelajar
menghadapi pelbagai masalah serta halangan dalam mempelajari Sains dengan mudah.
Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini ialah berkenaan dengan konsep Sains yang
terlalu abstrak, fenomena yang kurang berkaitan dengan kehidupan seharian dan skop
pelajaran yang terlalu umum. Selain daripada itu pelajar juga mempunyai masalah untuk
melakukan eksperimen bagi membuktikan konsep Sains yang telah dipelajarinya
memandangkan pada kebiasaannya kelengkapan alat radas di makmal adalah tidak
mencukupi.
Ekoran daripada masalah yang dihadapi oleh pelajar ini, maka guru perlu
memikirkan satu alternatif baru dan mengambil inisiatif dengan menggunakan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) agar ia dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep
Sains yang abstrak. Selain itu ia juga dapat menarik minat serta motivasi pelajar,
memberi pengalaman baru kepada pelajar serta mengekalkan tumpuan pelajar terhadap
apa yang dipelajari.
4
1.2 Pernyataan masalah
Salah satu daripada matapelajaran Sains yang sukar untuk dipelajari oleh pelajar
ialah matapelajaran Kimia di mana ia banyak melibatkan unsur-unsur yang abstrak,
tidak nampak serta sukar untuk digambarkan. Selain itu, terdapat bahan kimia yang
mempunyai saiz yang amat kecil sehinggakan ianya amat sukar untuk dilihat dengan
mata kasar. Contohnya ialah atom, ion dan molekul yang membentuk zarah. Begitu juga
dengan konsep cas negatif dan cas positif serta pergerakan ion-ion seperti dalam topik
elektrokimia.
Memandangkan jirim merupakan subtopik pertama bagi struktur atom dan ia
merupakan satu subtopik pengenalan yang penting untuk para pelajar memahami apa itu
Kimia sebelum melangkah ke topik yang seterusnya. Justeru itu, pelajar perlu
mempunyai asas yang kukuh dalam tajuk ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa
masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan memahami tajuk jirim ini.
Antara masalah yang pada kebiasaannya dihadapi oleh pelajar di dalam
mempelajari tajuk jirim ini ialah jirim adalah merupakan satu tajuk yang melibatkan
unsur-unsur yang abstrak, tidak nampak serta sukar untuk digambarkan. Selain itu, tajuk
jirim ini juga merupakan satu tajuk yang baru, maka adalah sukar bagi seseorang pelajar
itu untuk memahaminnya dan seterusnya akan menyebabkan pelajar akan merasa bosan
dan kurang berminat untuk terus mempelajari tajuk ini sekiranya ia diajar dengan situasi
yang kurang berkesan dan pendekatan yang kurang bersesuaian oleh guru. Justeru itu,
sebagai seorang guru yang ingin menyampaikan pengajarnnya dengan lebih efektif serta
menyeronokkan, maka teknik pengajaran yang baik perlu diolah dan diimplementasikan
dalam pengajarannya.
Selain daripada itu, pelajar juga menghadapi masalah di dalam melakukan
eksperimen bagi pembuktian teori kinetik jirim. Ini adalah disebabkan kelengkapan serta
alat radas di makmal tidak mencukupi untuk membolehkan semua pelajar terlibat secara
5
aktif dalam melakukan eksperimen. Oleh itu, untuk membolehkan semua pelajar
dapat melihat serta mendapat gambaran mengenai situasi sebenar berkaitan eksperimen
yang dijalankan maka guru perlu mencari inisiatif dengan menggunakan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang dapat membantu mereka membuat gambaran visualisasi.
Bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dinyatakan, maka satu perisian
Bahan Bantu Mengajar (BBM) dengan mengimplementasikan animasi berkomputer
akan dibangunkan bagi tajuk jirim yang merangkumi sifat-sifat jirim, teori kinetik jirim,
zarah yang membina jirim, perubahan keadaan jirim dan eksperimen bagi pembuktian
teori kinetik jirim.
1.3 Objektif projek
Objektif utama projek ini adalah untuk :
i. Membina satu perisian sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk
memudahkan pengajaran guru.
ii. Membangunkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dengan mengimplementasikan
animasi berkomputer.