Upload
others
View
13
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN PERSPEKTIF)
MOHD AFFENDI BIN MUSTAFA
MAC 2004
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN PERSPEKTIF)
MOHD AFFENDI BIN MUSTAFA
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
iv
DEDIKASI
Teristimewa untuk…
Tuhan Yang Maha Esa
Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu ini
dalam menjalankan kewajipan kepada Mu.
Ayahbonda Tercinta
Misran Bin Mohd Ehsan dan Alijah Bte Samah
Doa, pengorbanan dan jasa kalian tidak dapat dinilai dan dibayar hingga ke akhir
hayat, moga Allah merahmati dan memberkati kalian.
Adinda-Adinda Tersayang
Mohd Nazri, Nurol Aini, dan Mohd Najib
Kalian merupakan penyeri hidup ku. Semoga kalian akan terus berusaha untuk
mencapai matlamat hidup dan berbakti kepada ayahbonda kita.
Pensyarah dan Rakan-Rakan Seperjuangan
Terima kasih di atas pertolongan dan tunjuk ajar kalian sehingga diri ini mampu
mencapai kejayaan ini.
“Terima Kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang kalian berikan.
Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama”.
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad s.aw.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi dengan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini
dapat disiapkan dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya rakamkan kepada Prof. Madya Dr. Abdul
Wahid Bin Mukhari selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk
ajar, nasihat dan bantuan sepanjang kajian ini dijalankan.
Terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah
membiayai pengajian saya dan pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana telah
memberi peluang kepada saya untuk menerokai bidang yang amat berguna kepada masa
depan pengajaran saya.
Tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar,
rakan-rakan dan pihak Perpustakan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Sultan Ismail
kerana membekalkan sumber-sumber rujukan untuk kajian saya. Penghargaan ini juga
adalah untuk mereka yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa
kajian ini dilakukan.
vi
ABSTRAK
Projek ini bertujuan membangunkan sebuah Perisian Multimedia Pengajaran
Berbantukan Komputer untuk tajuk kecil dalam pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Tingkatan 5 iaitu Lukisan Perspektif . Perisian Multimedia Pengajaran Berbantukan
yang dihasilkan adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Tingkatan 4 dan 5 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun
2000. Pembangunan perisian ini adalah berdasarkan Model Pembangunan PBK yang
dicadangkan oleh Baharudin Aris, Rio Sumarni, dan Manimegalai Subramaniam melalui
bukunya iaitu Reka Bentuk Perisian Multimedia yang diterbitkan pada tahun 2002. Teori
pembelajaran 9 peringkat oleh Robert Gagne telah diaplikasikan kepada rekabentuk
perisian ini. Pengujian dibuat dalam dua peringkat iaitu pengujian keserasian perisian
untuk dilancarkan dalam sebarang spesifikasi komputer dan pernilaian secara formatif
iaitu penilaian berterusan sepanjang projek dijalankan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this project was to develop an educational multimedia software in
Engineering Drawings for the topic of Perspective. The content of this software was
based on the syllabus of year the 2000. The development of the software was guided by
an educational software model development by Dr. Baharudin , Dr Rio Sumarni and
Manimegalai in their book “Rekabentuk Perisian Multimedia” published in year 2002.
The theory of learning by Robert Gagne was applied to this software. The evaluation of
this software was devided to two stages. The first step was to test the compatiblity of the
software using any computer with the minimum requirement. The second step was
formative evaluation that was done in several stages of software development.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii-iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
ix
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Perisian 5
1.5 Kepentingan Perisian 5
1.6 Skop Perisian 6
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 7
1.7.2 Perisian 7
1.7.3 Multimedia 7
1.7.4 Lukisan Perspektif 8
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10
2.2.1 Teks 11
2.2.2 Grafik 12
2.2.3 Animasi 12
2.2.4 Video 13
2.2.5 Audio 13
2.3 Isi Pelajaran Lukisan Perspektif 14
2.4 Aplikasi Teori-Teori Pembelajaran Dalam
Pengajaran Berbantu Komputer
2.4.1 Teori Behaviourisme 15
2.4.2 Teori Konstruktivisme 15
2.4.3 Teori Kognitivisme 16
x
2.5 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan
Komputer
2.5.1 Interaktif Dan Merangsang 17
2.5.2 Menarik Dan Menyeronokan 18
2.5.3 Maklum Balas Serta-Merta 18
2.5.4 Mudah Alih 18
2.5.5 Pengajaran Individu 18
2.5.6 Pengekalan Informasi Yang Berkesan 19
2.5.7 Keseronokan Menggunakan Komputer 19
2.6 Kelemahan Pembelajaran Berbantukan
Komputer
2.6.1 Bergantung Kepada Sistem Main
Balik Komputer 19
2.6.2 Masa Pembangunan Perisian 20
2.6.3 Kepakaran Tinggi 20
2.6.4 Kos Membangunkan PBK 21
2.6.5 Kepintaran Perisian 21
2.6.6 Terlalu menyeronokkan 21
2.7 Perisian-Perisian Dalam Pengajaran Berbantukan Komputer
2.7.1 Macromedia Authourware 22
2.7.2 Adobe Photoshop 22
2.7.3 Sonic Foundry Sound Forge 23
2.7.4 Ulead Cool 3D 23
2.7.5 VCD Cutter 24
xi
BAB III REKA BENTUK PERISIAN PBK
3.1 Pengenalan 25
3.2 Proses Pembangunan Perisian
3.2.1 Proses Analisis 26
3.2.1.1 Kumpulan Sasaran
(Pengguna Perisian) 26
3.2.1.2 Pengetahuan Sedia Ada 27
3.2.1.3 Persekitaran Pembelajaran 27
3.2.1.4 Tingkah Laku Yang Diharapkan 28
3.2.1.5 Matlamat Pengajaran 28
3.2.2 Proses Merekabentuk
3.2.2.1 Pembentukan objektif untuk
pengajaran 28
3.2.2.2 Pembinaan Item Untuk Ujian 29
3.2.2.3 Pemilihan Strategi Pengajaran 30
3.2.3 Proses Pembangunan Perisian 30
3.2.3.1 Pembinaan Carta Alir 30
3.2.3.2 Pembinaan Papan Cerita 36
3.2.4 Perlaksanaan 37
3.2.5 Penilaian 37
3.3 Aplikasi Teori Pengajaran Dalam Rekabentuk
Perisian mengikut Robert Gagne (1972)
3.3.1 Mendapatkan Perhatian 38
3.3.2 Memberitahu Objektif 39
3.3.3 Mengaitkan Pembelajaran Lampau 39
3.3.4 Persembahan Rangsangan 39
xii
3.3.5 Membekalkan Panduan Kepada
Pelajar 39
3.3.6 Penyoalan Terhadap Pemahaman
Konsep 40
3.3.7 Pemberian Maklum balas 40
3.3.8 Penilaian Pencapaian 40
3.3.9 Generalisasi 40
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Penghasilan Perisian 41
4.3 Pempakejan Perisian 42
4.4 Perbincangan Perisian 43
BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Perbincangan Proses Pembangunan Perisian PBK
5.2.1 Kurang Kepakaran 50
5.2.2 Keperluan Masa 50
5.2.3 Saiz Storan Yang Besar 51
5.2.4 Pemilihan Isi Kandungan Matapelajaran 51
5.2.5 Masalah Perkakasan 51
5.2.6 Penilaian Perisian 52
xiii
5.3 Cadangan
5.3.1 Perisian PBK meliputi lebih banyak topik. 52
5.3.2 Lebih pendedahan kepada kepenggunaan
perisian 53
5.3.3 Bekerja secara berkumpulan 53
5.3.4 Meminimumkan saiz storan 54
5.3.5 Capaian ke internet 54
5.3.6 Kajian Lanjutan 54
5.4 Kesimpulan 55
BIBLIOGRAFI 57
xiv
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKASURAT
3.1 Huraian Carta Alir 32
3.2 Huraian Objektif Perisian. 33
3.3 Huraian Pengenalan 33
3.4 Huraian Set Induksi 34
3.5 Huraian Konsep Perspektif 34
3.6 Huraian Jenis Lukisan Perspektif dan Binaan. 35
3.7 Huraian Latihan 35
3.8 Huraian Panduan Penggunaan Perisian. 36
3.9 Papan Cerita PBK Lukisan Perspektif 36
4.1 Paparan Montaj 44
4.2 Paparan Pendaftaran 44
4.3 Paparan Panduan Penggunaan 45
4.4 Paparan “Menu Utama” 45
4.5 Paparan Kursor pada “Menu Utama” 45
4.6 Paparan “Objektif Perisian” 46
4.7 Paparan “Pengenalan” 46
4.8 Paparan “Set Induksi” 46
4.9 “Konsep Asas” 46
4.10 Paparan “Jenis-Jenis Lukisan Perspektif” 46
4.11 Paparan “Latihan” 46
4.12 Paparan “Kredit” 48
4.13 “Paparan Ke Windows”. 48
4.14 Penghargaan Terakhir. 48
xv
SENARAI SINGKATAN
2D - Dua Dimensi.
3D - Tiga Dimensi.
ABM - Alat Bantu Mengajar.
AVI - Video for Windows.
BMP - Bitmap.
CAI - Computer Aided Instruction.
CAL - Computer Aided Learning.
CAT - Computer Assisted Testing.
CBI - Computer Based Instruction.
CBL - Computer Based Learning .
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia.
MB - Megabait.
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer.
PSM - Projek Sarjana Muda.
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional.
P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
RAM - Random Acess Memory ( Memori Capaian Rawak).
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Latarbelakang penggunaan komputer dalam pendidikan kembali kepada
penyelidikan yang telah dilakukan terhadap mesin pengajaran terprogram (programmed
instruction and teaching machine). Kaedah pengajaran terprogram adalah berasaskan
teori behaviourime dan beberapa kajian telah dilaksanakan terhadapnya bagi
menentukan keberkesananya. Beberapa dapatan kajian yang berkaitan mendapati
bahawa pengajaran terprogram hanya dianggap sebagai salah satu alat bantuan mengajar
guru dan tidak memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar. Ia dianggap
sebagai sesuatu yang membosankan dan terlalu simplistik.
Walaubagaimanapun, beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Dreyfus (1990)
dan Haveli (1991), penggunaan latihtubi matematik pada tahun 1960 an telah
membuktikan bahawa komputer mampu menjadikan alat yang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Kajian yang dilakukan ini
2
mendapati bahawa pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik meningkat dan
mereka menunjukkan keseronokan belajar matematik menggunakan komputer.
Walaupun faktor kos yang tinggi menjadi halangan, tetapi ianya telah menyediakan
landasan bagi usaha selanjutnya mengenai penggunaan komputer dalam pendidikan
hingga ke hari ini.
Melalui sistem pendidikan tradisional, proses (P&P) melibatkan dua entiti sahaja
iaitu guru dan murid. Ia hanya melibatkan komunikasi satu hala sahaja di mana guru
menyampaikan isi pelajaran di hadapan kelas dan pelajar mencatat isi penting dalam
buku pelajaran. Ia banyak menggunakan konsep hafalan berbanding merangsang proses
berfikir pelajar. ( Baharudin; Noraffandy ; Jamaludin dan Zaidatun, 2000 ).
Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) memudahkan proses pencerapan
maklumat oleh pelajar kerana teks yang panjang disingkatkan menjadi isi-isi penting.
Selain itu, langkah-langkah untuk membuat sesuatu lukisan atau isi pelajaran boleh
disampaikan melalui bentuk grafik, video, animasi ataupun audio. Contoh isi pelajaran
yang menggunakan aplikasi multimedia dan simulasi pelajar ialah pembedahan katak
yang boleh dirujuk dari laman web, http://www.frogcuts.com. Penggunaan perisian PBK
dapat mengurangkan beban guru dari aspek pengurusan dan pengajaran. Ini kerana
proses (P&P) dapat dibuat secara berseorangan ataupun guru mengajar pelajar kepada
kumpulan-kumpulan kecil. Secara amnya, penggunaan perisian PBK dapat memberikan
kemudahan kepada pelajar seperti:
Mempelajari sesuatu perkara dengan lebih cepat
Memudahkan proses mengingati kembali maklumat yang telah dipelajari
dengan lebih banyak.
Mendedahkan pelajar kepada teknologi.
Mempelbagaikan dan memudahkan kaedah pembelajaran.
3
Dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (PTV) khasnya, penggunaan
teknologi multimedia masih belum digunakan secara meluas berbanding matapelajaran
lain seperti sains dan matematik. Bagi pengajaran lukisan teknik pula, kaedah yang biasa
di gunakan adalah linear iaitu pengajaran guru menggunakan kaedah-kaedah biasa
seperti tunjukcara, perbincangan dan kaedah berkumpulan. Kaedah-kaedah ini
menunjukkan sesuatu langkah untuk melukis sesuatu lukisan. Sekiranya terdapat
segelintir pelajar yang tercicir, guru terpaksa menerangkan kembali sesuatu langkah dan
ini akan menyukarkan tugas guru dan pengajaran pelajar-pelajar yang lain. Oleh yang
demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan institut-institut
pengajian awam yang ada di Malaysia membangunkan perisian-perisian PBK yang
menepati citarasa pendidikan Malaysia dan tidak bergantung kepada perisian-perisian
PBK yang dihasilkan oleh negara maju semata-mata. (Baharuddin; Rio Sumarni;
Manimegalai, 2002).
1.2 Latar Belakang Masalah
Lukisan Kejuruteraan merupakan pelajaran yang diajarkan kepada semua pelajar
tingkatan 4 dan 5 di sekolah-sekolah teknik. Namun matapelajaran ini juga telah
ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah harian biasa. Bagi sesebuah
sekolah teknik, ia telah dilengkapi dengan bilik lukisan yang lengkap dengan peralatan
melukis seperti meja lukis, sesiku T dan alat-alat melukis yang lain tetapi sebaliknya di
sekolah menengah harian kerana peruntukan yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk
melengkapkan sesebuah sekolah dengan bilik lukisan yang lengkap. Ini akan
menyukarkan pengajaran guru dan pembelajaran murid.
4
Penggunaan kaedah sedia ada sekarang untuk mengajar topik lukisan perspektif
kurang sesuai kerana penggunaan kapur tulis sukar untuk membezakan jenis-jenis
garisan. Penggunaan papan putih dapat mengatasi sedikit masalah ini namun ia tetap
tidak dapat mengelakkan masalah lain seperti:
Pelajar tidak nampak dengan jelas konsep perspektif ( Baharudin; Noraffandy;
Jamaludin; Zaidatun, 2000 ).
Alat Bantu Mengajar (ABM) sedia ada tidak dapat menggambarkan konsep
perspektif.
Kejituan lukisan guru adalah rendah kerana penggunaan jangka lukis pada papan
tulis adalah kurang sesuai.
Proses P&P juga menjadi lambat kerana guru terpaksa melukis dan menerangkan
sesuatu langkah kerja kepada pelajar. Jika terdapat keciciran diantara pelajar, guru
terpaksa mengulangi langkah melukis sesuatu lukisan.
Oleh itu, pembangunan perisian PBK ini diharap dapat mengatasi masalah-
masalah di atas disamping menambahkan bilangan perisian untuk matapelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian PBK Lukisan Kejuruteraan
Subtopik Lukisan Perspektif untuk kegunaan guru-guru yang mengajar matapelajaran
5
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM).
1.4 Objektif Perisian
Objektif utama projek ini adalah menghasilkan satu perisian multimedia yang
bertajuk PBK lukisan perspektif dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan
Lima. Setelah pengguna selesai menggunakan PBK lukisan perspektif ini, mereka akan
dapat:
1.4.1 Menerangkan konsep-konsep lukisan perspektif.
1.4.2 Menyatakan elemen-elemen dalam lukisan perspektif.
1.4.3 Melukis lukisan perspektif satu titik.
1.4.4 Melukis lukisan perspektif dua titik.
1.5 Kepentingan Perisian
Menambahkan bilangan perisian PBK yang interaktif dalam matapelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
Membantu guru memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran dan dapat
menilai pencapaian murid.
6
Mendorong pelajar mengulangkaji dan belajar secara kendiri walaupun tanpa
bantuan guru.
Menambahkan minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Lukisan
Perspektif.
Menjadikan proses P&P tidak linear iaitu langkah-langkah melukis lukisan
perspektif yang sukar dapat ditunjukkan berulang-ulang kali dengan mudah.
Menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang menarik dan memudahkan
pemahaman pelajar.
1.6 Skop Perisian
Perisian ini dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran lukisan kejuruteraan
tingkatan lima Lukisan Perspektif yang dibekalkan oleh KPM. Ia melibatkan konsep-
konsep seperti :
Titik stesen
Garis penglihatan
Satah gambar
Garis ufuk
Titik lenyap
Garis bumi
Garis tinggi
Lukisan Perspektif 1 Titik