Upload
vulien
View
247
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN RUANGAN PERISIAN DAN FAKTA RINGKAS DALAM
MAJALAH WEB DINAMIK ‘DUNIA MATEMATIK’
SITI DIYANA BINTI RAZIB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN RUANGAN PERISIAN DAN FAKTA
RINGKAS DALAM MAJALAH WEB DINAMIK
’DUNIA MATEMATIK’
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya : SITI DIYANA BINTI RAZIB
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian mereka. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 54, JALAN SERAI, PROF MADYA DR ZALEHA ISMAIL (NAMA PENYELIA) TAMAN SERI TENGAH,
86000 KLUANG, JOHOR
Tarikh : 6 MEI 2009 Tarikh : 6 MEI 2009
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGAKUAN “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan : …………………………………………..
Nama Penyelia: PROF MADYA DR ZALEHA ISMAIL
Tarikh : 6 MEI 2009
PEMBANGUNAN RUANGAN PERISIAN DAN FAKTA RINGKAS DALAM
MAJALAH WEB DINAMIK ‘DUNIA MATEMATIK’
SITI DIYANA BINTI RAZIB
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : SITI DIYANA BINTI RAZIB
Tarikh : 6 MEI 2009
iii
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT,
Ayah dan Ibu yang Disayangi dan Dikasihi,
Adik-adik Tersayang,
Terima Kasih Atas Segala Doa dan Semangat Yang Diberikan
Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang
Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…
KHAS BUAT,
Pembimbing Yang Dikasihi,
Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..
Teman-teman Seperjuangan
Terima Kasih
Di atas Sokongan dan Semangat Daripada Kalian Sepanjang Pengajian Ku
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan saya kesempatan dan kekuatan
untuk menyiapkan projek ini. Selawat dan salam juga buat junjungan mulia, Nabi
Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat baginda. Semoga Allah s.w.t
mencurahkan rahmat ke atas kita semua.
Setinggi-tinggi penghargaan saya dahulukan buat penyelia projek saya yang
telah bertungkus lumus serta tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dalam memberikan
bantuan dan tunjuk ajar. Prof Madya Dr. Zaleha Ismail insan yang akan saya kenang
dan hargai.
Seterusnya terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang
sering memberikan nasihat dan dorongna serta semangat untuk saya melaksanakan
projek ini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua teman seperjuangan dan
rakan-rakan sekelas yang banyak membantu. Terima kasih sahabat.
Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Allah.
v
ABSTRAK
Pandangan tentang matematik tercemar berikutan cara ia diajar di sekolah.
Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran
terlalu bertumpu kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah
pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Oleh itu, pelajar mempunyai sikap yang
negatif terhadap matematik. Dalam realiti, matematik merupakan ilmu yang sangat
berguna dalam kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Dengan
mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, Dunia Matematik bertujuan untuk
mendedahkan sifat matematik sebenar menjangkaui matematik di bilik darjah kepada
masyarakat Malaysia terutamanya pendidik, pelajar serta ibu bapa. Ia menekankan
pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif yang mana
membenarkan pelajar untuk belajar secara sendiri selain berinteraksi dengan objek
pembelajaran, guru dan rakan sebaya. Ruangan menu utama menonjolkan artikel
berkaitan matematik manakala ruangan menu aktiviti menonjolkan permainan
interaktif, kuiz atas talian dan soal selidik. Ruangan e-forum, komen dan
penghantaran artikel membenarkan pengguna berinteraksi dengan komuniti majalah
ini. Projek ini dibangunkan menggunakan sistem pengurusan kandungan Joomla dan
sistem pengurusan kursus Moodle dimana kedua-duanya merupakan perisian sumber
terbuka. Penulisan ini hanya menumpukan kepada ruangan Perisian dan Fakta
Ringkas. Ruangan Perisian mendedahkan pelbagai perisian sumber terbuka yang
berkaitan dengan matematik seperti Open Office dan GeoGebra. Aplikasi perisian
adalah penting untuk menjana idea pelajar dalam pengiraan kompleks, meneroka
geometri, dan konsep kalkulus menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih
dinamik. Manakala ruangan Fakta Ringkas menghuraikan rahsia matematik dalam
kehidupan seharian dan supaya lebih menghargai bidang matematik. Persekitaran
pembelajaran dimantapkan dengan grafik, audio dan video. Oleh itu, diharapkan
kewujudan Dunia Matematik dapat menerapkan sikap positif dan penghargaan
terhadap matematik dalam komuniti Malaysia.
vi
ABSTRACT
The view about mathematics is distorted due to the way it is presented in
schools. Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered
simply doing calculations and applying formulas in drill and practice setting.
Consequently, students have negative attitudes towards mathematics. In reality,
mathematics is useful in any walk of life, interesting and fun. Dunia Matematik is a
dynamic mathematics web magazine that applies e-learning technology as a means to
expose Malaysians, particularly, educators, learners and parents to the true nature of
mathematics beyond the classroom mathematics. It emphasizes on open learning,
independent learning and collaborative learning as it allows learners to learn
individually as well as through interactions with the learning objects, teachers and
peers. The main menu section features articles of current interest while the activity
features hands-on games, and online quizzes and survey. The e-forum, comment box
and article submission corner allow users to interact within the web magazine
community. This project runs on content management system Joomla and course
management system Moodle which are both open source. This writing is focused on
only two sections which are Perisian and Fakta Ringkas. The Perisian section
covers about open source software such as Open Office, KDE Interactive Geometry
(KIG) and GeoGebra. Perisian section is important to generate students’ idea in
more complex calculation, exploring geometry, equation and calculus concept in
dynamic teaching and learning. While the Fakta Ringkas section can help readers to
discover the secret of mathematics in life and also become more positive towards
mathematics. Mathematics formula and robotic technologies are some of the topics
covered. The learning environment is enriched with graphic, audio and also video.
Finally it is hoped that the presence of Dunia Matematik will instill positive attitude
and appreciation towards mathematics in our community.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Kepentingan Projek 6
viii
1.5.1 Pelajar 6
1.5.2 Guru 7
1.5.3 Sekolah 7
1.5.4 Ibu bapa dan Masyarakat 8
1.6 Skop Dan Batasan Projek 8
1.7 Kerangka Teori Projek 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 11
1.8.2 Internet 12
1.8.3 E-Pembelajaran 12
1.8.4 Laman Web 12
1.8.5 Perisian 12
1.8.6 Majalah Web Dinamik 12
1.9 Penutup 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 E-Pembelajaran (E-Learning) 15
2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran 15
2.3 E-Majalah 19
2.3.1 Laman Web Matematik Sedia Ada 19
2.3.1.1 Math.com 19
2.3.1.2+Plus Magazine 21
2.3.1.3 Mathematics Magazine 23
2.4 Pendekatan Konstruktivisme sosial dalam e-pembelajaran
Matematik 24
2.5 Perisian Sumber Terbuka 26
2.5.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 27
2.6 Joomla! 28
2.6.1 Kelebihan Joomla! 30
ix
2.7 Perisian Matematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran 31
2.8 Fakta Ringkas dalam Kehidupan Seharian 32
2.9 Sikap Pelajar Terhadap Matematik 33
2.10 Penutup 34
BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Kaedah Pelaksanaan 35
3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 38
3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 38
3.2.1.2 Topik 39
3.2.1.3 Strategi 39
3.2.1.4 Perbandingan Antara Dunia Matematik
dengan Matematics Magazine,
+Plus Magazine dan Math.com 41
3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design) 42
3.2.3 Fasa Pembangunan (Development) 43
3.2.3.1 Pembangunan Bahan E-Majalah Dunia
Matematik 44
3.2.3.2 Pembangunan Ruangan Perisian
Matematik 57
3.2.3.3 Pembangunan Ruangan Fakta Ringkas
Matematik 57
3.2.4 Fasa Pelaksanaan (Implementation) 58
3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 58
3.3 Penutup 59
x
BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB
4.1 Pengenalan 60
4.2 Carta Alir Majalah Web yang dibangunkan 61
4.3 Paparan Hasil Majalah Web Dunia Matematik 62
4.3.1 Paparan Daftar Masuk 62
4.3.2 Paparan Muka Hadapan Dunia Matematik 64
4.3.2.1 Perisian dalam Matematik 65
4.3.2.2 Fakta Ringkas dalam Matematik 72
4.3.3 Paparan Video 79
4.3.4 Paparan Komen 79
4.3.5 Paparan Keluaran Lepas 81
4.3.6 Paparan Dunia Matematik 81
4.3.7 Paparan e-Forum 82
4.3.8 Paparan Komuniti 83
4.4.10 Paparan Soal Selidik 84
4.4 Ciri-ciri Majalah Web Dunia Matematik 86
4.4.1 Mesra Pengguna 86
4.4.2 Interaktif 86
4.4.3 Teks 87
4.4.4 Grafik 87
4.4.5 Animasi 87
4.4.6 Video 88
4.5 Penutup 88
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 89
5.2 Perbincangan 89
5.2.1 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik
Berasaskan Objektif 90
xi
5.2.2 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik
Berasaskan Model ADDIE 90
5.2.3 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik
Berasaskan Teori Sosial Konstruktivisme 91
5.3 Kelebihan Majalah Web Dunia Matematik 91
5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 92
5.5 Masalah – masalah yang Dihadapi 92
5.5.1 Kekurangan kepakaran dan pengalaman 92
5.5.2 Kekangan masa 93
5.5.3 Internet 93
5.6 Cadangan 93
5.7 Penutup 94
RUJUKAN 96
LAMPIRAN 101
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori Projek 10 2.1 Paparan skrin hadapan Math.com 20
2.2 Paparan skrin ruangan Homework Help
(bantuan kerja rumah) dalam Math.com 21
2.3 Paparan skrin hadapan +plus magazine 22 2.4 Paparan skrin aktiviti matematik
+plus magazine 23 2.5 Paparan skrin hadapan Mathematics
Magazine 24
2.6 Laman utama JOOMLA! 29
3.1 Aliran Model ADDIE berdasarkan Jennifer Hofmann (2004) dalam buku Live and Online! 37
3.2 Carta alir penulisan artikel. 44 3.3 Paparan pemilihan section dalam
New Article 45 3.4 Paparan pemilihan Category dalam
New Article 46 3.5 Paparan ruangan Stories dalam
Media Manager 47 3.6 Paparan ruangan New Section 48 3.7 Paparan ruangan New Category 49
xiii
3.8 Paparan ruangan User Manager 50 3.9 Paparan ruangan New User 50
3.10 Paparan ruangan New Menu 51
3.11 Paparan ruangan Language Manager 52
3.12 Paparan ruangan Front Page Manager 53
3.13 Paparan ruangan New Poll 54
3.14 Paparan ruangan Poll Manager 54
3.15 Carta alir memasukkan grafik / video 55
3.16 Carta alir memasukkan grafik atau video
ke dalam artikel 56
4.1 Carta alir majalah web ‘Dunia matematik’ yang dibangunkan 61
4.2 Paparan daftar masuk 63
4.3 Paparan pendaftaran pengguna baru 63
4.4 Paparan Muka Hadapan Dunia
matematik 65
4.5 Paparan artikel pertama perisian matematik 67
4.6 Paparan artikel kedua perisian matematik 67
4.7 Paparan artikel ketiga perisian matematik 68
4.8 Paparan artikel keempat perisian matematik 68
4.9 Paparan artikel kelima perisian matematik 69
4.10 Paparan artikel keenam perisian matematik 69
4.11 Paparan artikel ketujuh perisian matematik 70
4.12 Paparan artikel kelapan perisian matematik 70
4.13 Paparan artikel kesembilan perisian matematik 71
4.14 Paparan artikel kesepuluh perisian matematik 71
xiv
4.15 Paparan artikel pertama fakta ringkas matematik 74
4.16 Paparan artikel kedua fakta ringkas
matematik 74
4.17 Paparan artikel ketiga fakta ringkas matematik 75
4.18 Paparan artikel keempat fakta ringkas
matematik 75
4.19 Paparan artikel kelima fakta ringkas matematik 76
4.20 Paparan artikel keenam fakta ringkas
matematik 76
4.21 Paparan artikel ketujuh fakta ringkas matematik 77
4.22 Paparan artikel kelapan fakta ringkas
matematik 77
4.23 Paparan artikel kesembilan fakta ringkas Matematik 78
4.24 Paparan artikel kesepuluh fakta ringkas
Matematik 78 4.25 Paparan video 79
4.26 Paparan ruangan komen 80
4.27 Paparan contoh-contoh komen oleh
pengguna 80
4.28 Paparan Keluaran Lepas 81
4.29 Paparan Dunia Matematik 82
4.30 Paparan e-Forum 83
4.31 Paparan Komuniti 84
4.32 Paparan soal selidik 85
4.33 Paparan soalan soal selidik 85
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Perisian Matematik: Penyelesaian Masalah 101
B Tahukah Anda: Menghias Rumah 109
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak
menyumbang faedah dalam dalam urusan seharian. Antaranya meningkatkan peluang
pekerjaan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, membantu dalam
pengurusan sumber, meningkatkan perkhidmatan pelanggan, membawa kelebihan
kompetatif, meningkatkan komunikasi, kualiti produk dan perkhidmatan serta
keselamatan. Di samping itu juga ICT membuka ruang baru dalam bidang
pendidikan dengan penggunaan kaedah pendidikan maya. (Wan Mustama, 2004).
Dengan perkembangan pesat teknologi komputer, ianya telah menyerap
masuk dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana komputer dipercayai dapat
meninggalkan kesan yang mendalam bagi proses penerimaan ilmu kepada para
pelajar. Pada peringkat awal, penggunaan perisian kursus bagi mata pelajaran adalah
tidak begitu meluas. Jika adapun, perisian yang digunakan adalah tidak interaktif. Di
awal tahun 90-an apabila multimedia kerap dibincangkan, maka di situlah
bermulanya idea untuk membangunkan perisian yang menggunakan grafik, audio,
dan animasi yang berorentasikan kepada alam yang sebenarnya. (Abd Aziz Kulop,
2000).
Pengaruh perkembangan kecanggihan teknologi Malaysia telah banyak
merubah sistem pendidikan yang konvensional kepada pendidikan berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi. Malaysia tidak ketinggalan dalam arus ini di
2
mana beberapa langkah telah diambil seperti wujudnya Koridor Raya Multimedia
(MSC) dan lanjutan dari itu munculnya konsep Sekolah Bestari. Tujuan Sekolah
Bestari adalah untuk melahirkan ‘Kanak-kanak Bestari’ yang kreatif dan berupaya
menjana maklumat baru. Sekolah Bestari akan memberi penekanan pada
perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberi fokus kepada domain
intelektual dan domain afektif (Abd Aziz Kulop, 2000).
Sekolah Bestari adalah merujuk kepada sekolah yang memberikan peluang
teknologi maklumat interaktif untuk memainkan peranan penting dalam pengajaran
dan pembelajaran serta proses pengurusan sekolah (Abd. Aziz Kulop, 2000).
Sekolah ini diwujudkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah,
sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini (Hamidah, 2000).
Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta dipertanggungjawabkan
untuk menjayakan agenda e-pembelajaran kebangsaan (Jaya Kumar, 2001). E-
pembelajaran adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik (Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaktif ataupun
pemudahcaraan. Ia mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi,
simulasi, audio dan video dan ia mempunyai kemudahan untuk discussion group
serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian (on-line). Kini ada pelajar-
pelajar sekolah di Malaysia yang sudah mula menggunakan Internet sebagai sumber
maklumat yang penting. Mereka didedahkan kepada bahan e-pembelajaran yang ada
di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam chat
groups atau bulletin board (Jaya Kumar, 2001).
Menurut Lai Kim Leong (2002), dari segi perspektif pengajaran dan
pembelajaran berasaskan sekolah bestari, pakej pembelajaran yang berasaskan
konsep pembelajaran berdikari yang disokong pembelajaran akses kendiri, terarah
kendiri dan pembelajaran berpusatkan pelajar, memainkan peranan penting untuk
membolehkan pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau
individu serta mengandungi pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi pelbagai gaya
pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar. Guru dan pelajar dapat menjalankan
3
aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan kepada prosedur pelaksanaan aktiviti
untuk guru dan juga untuk pelajar. Pembelajaran sebegini dapat menerapkan
kemahiran generik, kemahiran berfikir, dan kemahiran belajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik seringkali dianggap terasing daripada kehidupan sebenar. Subjek
matematik selalunya salah difahami oleh pelajar bahawa ia terlalu akademik dan
berpusatkan peperiksaan. Kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menumpukan kepada isi kandungan dalam buku teks dan hanya mengejar tarikh
peperiksaan. Konsep yang bertumpukan peperiksaan ini adalah bercanggah dengan
falsafah pendidikan negara yang mana pendidikan adalah bertujuan membantu
pelajar dalam memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.
Menurut Wan Zah Wan Ali (2005), matematik merupakan salah satu mata
pelajaran yang penting. Maka sebab itu, subjek ini diajar di semua peringkat
pendidikan kerana ia sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Namun, kepada
mereka yang tidak menghargai matematik dan mampu menghayati keindahan
matematik, subjek ini juga terkenal sebagai tidak menarik, kering dan membosankan.
Anggapan seperti ini timbul adalah berpunca daripada cara pelajar melihat
matematik. Matematik dilihat sebagai tiada kaitan dengan alam sekitar dan
kehidupan seharian pada sebilangan mereka. Andaian seperti ini yang menyebabkan
perbincangan sama proses pengajaran dan pembelajaran, menjadi sangat kaku. Fakta
yang dibincangkan juga dianggap asing oleh mereka.
Para pelajar juga sebahagiannya sukar memahami dan mempelajari subjek
matematik ini. Mereka menghadapi masalah dengan subjek ini, lalu terus
menganggap bahawa subjek ini adalah satu mata pelajaran yang sukar. Justeru
pelajar gagal mendapat keputusan yang baik terutamanya pelajar-pelajar di kawasan
luar bandar. Terdapat masalah-masalah yang dapat dikenalpasti dalam pendidikan
4
matematik di Malaysia. Antaranya ialah pendekatan latih tubi tanpa pendedahan
konsep yang mencukupi, kaedah pembelajaran yang membosankan, dan kekurangan
kemudahan pembelajaran yang terkini. (Mohammad Khatim 2003).
Menurut Nik Aziz Nik Pa (1995), guru seharusnya bukan sekadar berperanan
menyampaikan maklumat yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi
mereka berperanan untuk mewujudkan komunikasi antara pelajar. Maka,
penggunaan elemen seperti e-pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi antara
guru dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum,
komen, latihan dan sebagainya.
Matematik sebenarnya sangat luas dan digunakan oleh semua masyarakat
termasuk tokoh-tokoh dan para saintis. Matematik adalah bidang ilmu yang sangat
berguna dan merupakan asas kepada bidang-bidang sains yang lain. Dalam
menghadapi cabaran ini, majalah web ‘Dunia Matematik’ diwujudkan untuk
memberi pendedahan kepada masyarakat terutama pelajar bahawa matematik ini
sebenarnya boleh diteroka dengan lebih mendalam dengan menggunakan kreativiti.
Majalah web ini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami keindahan
matematik dan boleh menganggap bidang matematik ini sebagai satu cabaran melalui
proses penerokaan yang dipaparkan.
Maka kerajaan telah mengambil banyak langkah bagi memperbaiki mutu
pendidikan matematik pada masa kini setelah menyedari permasalahan yang melanda
bidang pendidikan matematik serta kepentingan teknologi dalam bidang pendidikan.
Menurut Mohamad Khatim (2003), pengintegrasian teknologi terkini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan dan memperkembangkan
pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat yang melangkaui
batasan bilik darjah. Pembudayaan e-pembelajaran dalam pendidikan matematik
merupakan antara langkah penyelesaian yang diambil. E-pembelajaran membolehkan
pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. (Jaya Kumar, 2001).
5
Menurut Martha (2005), apa-apa sumber yang dapat membantu pelajar untuk
berfikir, menganalisis, meningkatkan perasaan ingin tahu, belajar untuk membuat
penerangan dan pembentangan adalah sangat diperlukan. Kriteria utama yang
dipunyai oleh teknologi, adalah bersesuaian untuk menambah ilmu pengetahuan
pelajar. Justeru para pelajar boleh belajar mengikut rentak mereka sendiri apabila
menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini sebagai sumber rujukan dan
bahan pendidikan. Di samping itu, penggunaan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini
dapat meningkatkan cara belajar dan menyediakan bentuk pembelajaran yang
berkesan melalui pendekatan seperti pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif,
pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan sumber dan sebagainya
Pembelajaran daripada bahan yang dilengkapi dengan elemen multimedia
seperti gambar, animasi dan video yang interaktif dapat menarik minat pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran secara bersua muka atau membaca bahan berbentuk
buku atau majalah sahaja adalah idak mencukupi untuk kejayaan seseorang pelajar
pada masa hadapan (Robet Heinich, 1999). Elemen-elemen multimedia seperti
gambar, animasi dan video inilah yang sebenarnya mampu menarik minat pelajar.
1.3 Penyataan Masalah
Pandangan tentang matematik tercemar berikutan cara ia diajar di sekolah.
Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran
terlalu bertumpu kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah
pembelajaran adalah terbatas kepada latih tubi. Oleh itu, pelajar mempunyai sikap
yang negatif terhadap matematik. Dalam realiti, matematik merupakan ilmu yang
sangat berguna untuk menjalani kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan.
Pendapat ini disokong Kirsti (2005), yang mengatakan secara umumnya pelajar
menganggap subjek matematik sangat berguna kepada mereka, namun di sebaliknya
juga membosankan. Pelajar akan bosan apabila sifat matematik yang sebenar tidak
dapat diterapkan dan tiada penghargaan kepada bidang matematik yang dipelajari.
6
Justeru pelajar hanya berusaha keras untuk subjek matematik di sekolah untuk
mencapai gred yang cemerlang dalam peperiksaan.
Oleh itu, dengan wujudnya majalah web ‘Dunia Matematik’ ini, diharap
ianya dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif
menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar dapat menerapkan sikap positif dan
penghargaan terhadap matematik dalam komuniti Malaysia. Di samping dapat
mendalami aplikasi perisian matematik dan mengenali fakta-fakta menarik yang
berkaitan dengan matematik.
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek Majalah Web Matematik ini ialah :-
i. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan
kandungan ruangan ‘Perisian Matematik’.
ii. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan
kandungan ruangan ‘Fakta Ringkas dalam Matematik’.