Upload
dangduong
View
240
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)
BERTAJUK TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA
BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT
YAP HUN SEK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIR (MPK) BERTAJUK TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT
SESI PENGJIAN : 2003/2004 Saya : _____________________YAP HUN SEK_________________________________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHADyang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan.
TIDAK TERHAD Disahkan Oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 105 jalan Pegawai DR. SHAHAROM BIN NOORDIN17000 Pasir Mas, (Nama Penyelia) Kelantan.
Tarikh: 10 MARCH 2004 Tarikh : 10 MARCH 2004
/
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda.”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM Dr. Shaharom Bin Noordin
Tarikh : 10 March 2004
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)
BERTAJUK TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA
BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT
YAP HUN SEK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
February, 2004
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : YAP HUN SEK
Tarikh : 10 March 2004
iii
DEDIKASI
Kepada yang dikasihi,
Ayah, ibu dan ahli keluarga yang
berada di kampung,
Saudara Dii Yong Heng
Dan
seisi keluarga
Setinggi-tingginya ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan bantuan
anda semua ……
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tingginya
terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, PM Dr. Shaharom Bin Noordin, atas
bimbingan, dorongan dan galakan serta bantuan yang beliau berikan sepanjang
penyelidikan ini dijalankan.
Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan
Pendidikan Negeri Johor (JPJNJ), atas kebenaran bertulis bagi menjalankan penyelidikan
di sekolah-sekolah.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua Pengetua,
Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan Sains, guru-guru Sains dan semua kakitangan
sekolah-sekolah menengah di daerah-daerah Johor yang dipilih sebagai subjek kajian,
atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.
Akhirnya, penulis ingin juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis
menyempurnakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Sumber bahan Bantu mengajar yang bermutu merupakan satu aset yang penting
untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Tujuan kajian ini adalah untuk membina
dan menilai status kesesuaian 3 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Sains KBSM
Tingkatan Empat yang bertajuk Tenaga dan Perubahan Kimia (MPK 1: Perubahan Kimia
dan Perubahan Fizik; MPK 2: Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia; MPK 3:
Kereaktifan Logam) dengan menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994).
Status kesesuaian MPK yang dibina secara penilaian formatif. Seramai empat orang guru
terlibat dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu dan lapan orang guru terlibat dalam
Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Penilaian formatif yang dijalankan turut merentas
pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar guru. Satu set soal selidik yang dikenali
sebagai Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) oleh
Shaharom (1994) digunakan sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini. Data yang
diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan min, maksimum
dan minimum. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa MPK Tenaga dan Perubahan Kimia
yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah dan
diharapkan implikasi bagi MPK yang dibina ini dapat dimanfaatkan oleh guru, pelajar,
penggubal kurikulum dan Institusi Perguruan.
vi
ABSTRACT
Sources of quality instructional material are of important method that will
improve the teaching and learning process toward higher efficiency. The aim of this study
is to design and evaluate the suitability status of three Self-Instructional Modules (SIM)
for Form Four students under KBSM Science subject entitled Tenaga dan Perubahan
Kimia (MPK 1: Perubahan Kimia dan Perubahan Fizik; MPK 2: Perubahan Haba Dalam
Tindak Balas Kimia; MPK 3: Kereaktifan Logam) by using the “Teras-Cabang” Model
by Shaharom, 1994. The SIM suitability status designed was evaluated formatively.
There are four teachers involved in formative evaluation – the One To One Formative
Evaluation (PFSS) and eight involved in the Smal Group Formative Evaluation (PFKK).
The formative evaluation was based on one independent variable – teaching duration. A
set of questionnaires which was designed by Shaharom (1994) called as “Soal Selidik
Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru)” was used as the instrument of this
study. Data obtained was analysed using descriptive statistic in the form of mean, mean
deviation, maximum and minimum. Results of the study showed that the SIMs Tenaga
dan Perubahan Kimia designed was suitable as a teaching materials in the classroom. The
research will definitely add value to teachers, students, curriculum developer and training
teacher Institute.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRAC vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.1.1 Teks 3
1.1.2 Gambarajah 5
1.1.3 Menilai Soalan Di Akhir Bab/MPK 6
1.1.4 Menilai Ringkasan Bab 8
1.1.5 Menilai Aktiviti 9
1.1.6 Menilai Objektif Pembelajaran 10
1.2 Pernyataan Masalah 10
1.3 Objektif Kajian 11
viii
1.4 Persoalan Kajian 12
1.5 Rangka Kerja Konsep Penyelidikan 13
1.6 Kepentingan Kajian 14
1.6.1 Kepentingan Kajian Kepada 14
Para Pelajar
1.6.2 Kepentingan Kajian Kepada 16
Para Guru
1.6.3 Kepentingan Kajian Kepada 18
Pengubal Kurikulum
1.6.4 Kepentingan Kajian Kepada 19
Institusi
1.7 Skop Kajian 20
1.8 Takrifan Istilah 21
1.8.1 Guru 21
1.8.2 Tempoh Mengajar 21
1.8.3 Kesesuaian 21
1.8.4 Modul Pengajaran Kendiri 22
(MPK)
1.8.5 Penilaian Formatif 22
1.8.6 Pembinaan 23
1.8.7 Bahan Pengajaran 23
1.8.8 Guru Pakar 24
1.9 Batasan Kajian 24
1.10 Ringkasan 24
II SOROTAN PENULISAN 26
2.0 Pengnalan 26
2.1 Teori Berkaitan Dengan Pembinaan Dan 27
Penilaian MPK
2.1.1 Penilaian Formatif 27
ix
2..1.1.1 Penilaian Formatif Satu 28
Dengan Satu
2.1.1.2 Penilaian Formatif Kelompok 29
Kecil
2.1.1.3 Ujian Lapangan (Field Trial) 30
2.1.2 Modul Pengajaran Kendiri 31
(MPK)
2.1.2.1 Model Burns 33
2.1.2.2 Model Klingstedt 34
2.1.2.3 Model Eijl 36
2.1.2.4 Model Meyer 37
2.1.2.5 Model Teras-Cabang 40
Shaharom
2.2 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan 48
Pembinaan Dan Penialain MPK
2.2.1 Kajian Tentang Pembinaan Dan 48
Penilaian MPK Dalam Negara
2.2.1.1 Dalam Bidang Fizik 48
2.2.1.2 Dalam Bidang Matematik 53
2.2.1.3 Dalam Bidang Pendidikan 57
Teknik Dan Vokasional (PTV)
2.2.2 Kajian Tentang Pembinaan Dan 60
Penilaian Kesesuaian MPK
Di Luar Negara
2.2.2.1 Dalam Bidang Sains 60
2.2.2.2 Dalam Bidang Kimia 61
2.2.2.3 Dalam Bidang Biologi 62
2.2.2.4 Dalam Bidang Fizik 63
2.3 Ringkasan 65
x
III PENGKAEDAHAN 66
3.0 Pengenalan 66
3.1 Reka Bentuk Kajian 66
3.1.1 MPK1: Perubahan Kimia 67
Dan Perubahan Fizik
3.1.2 MPK2: Perubahan Haba 67
Dalam Tindak Balas Kimia
3.1.3 MPK3: Kereaktifan Logam 67
3.2 Subjek Kajian 68
3.3 Alat Kajian 68
3.4 Tatacara Kajian 69
3.4.1 Kajian tahap satu 71
3.4.2 Kajian Tahap Dua 73
3.4.3 Kajian Tahap Tiga 75
3.4.4 Kajian Tahap Keempat 75
3.5 Andaian 76
3.7 Batasan Kajian 77
3.8 Ringkasan 78
IV KEPUTUSAN KAJIAN 79
4.0 Pengenalan 79
4.1 Hasil Kajian Rintis 80
4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK 82
Oleh Guru-guru Sains
4.2.1 Persoalan Kajian 1 82
4.2.2 Persoalan Kajian 2 84
4.3 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Masa 85
4.3.1 Persoalan Kajian 3 85
4.3.2 Persoalan Kajian 4 87
4.4 Rumusan 89
xi
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 91
5.0 Pengenalan 91
5.1 Ringkasan 92
5.2 Kesimpulan 96
5.3 Perbincangan 97
5.4 Implikasi 99
5.4.1 Pelajar 100
5.4.2 Guru 101
5.4.3 Institusi Pendidikan 103
5.4.4 Penggubal Kurikulum 104
5.5 Cadangan 105
5.6 Cadangan Penyelidik Masa Depan 106
5.7 Rumusan 108
RUJUKAN 109
LAMPIRAN 116
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Hasil Analisis Bagi Teks 4
1.2 Hasil Analisis Bagi Gambarajah 6
1.3 Hasil Analisis Bagi Soalan Di Akhir Bab 7
1.4 Hasil Analisis Bagi Aktiviti 9
3.1 Jadual Skala Pemeringkatan Status MPK 69
4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh Guru- 83
guru Sains Terhadap Kesesuaian MPK
4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh Guru- 84
guru Sains Terhadap Kesesuaian MPK
4.3 Penilaian Formatif Satu Denga Satu Merentas 86
Tempoh Mengajar Oleh Guru-guru Sains
4.4 Penilaian Formatif Satu Denga Satu Merentas 88
Tempoh Mengajar Oleh Guru-guru Sains
5.1 Analisis PFSS dan PFKK Dengan Pemboleh Ubah 93
Bebas
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 13
2.1 Model Teras-Cabang Shaharom 46
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 70
3.2 Rangka Kerja Kajian Pembinaan 72
Modul Pengajaran Kendiri
3.3 Rangka Kerja kajian Rintis 74
Dan Penilaian Formatif
xiv
SENARAI SINGKATAN
AS - Amat Sesuai
KBKK - Kemahiran berfikir Kreatif Dan Kritis
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
P & P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif satu Dengan Satu
PB - Pengajaran Bermodul
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Pengesahan Pakar Bidang 116
B Borang Pengesahan Modul pengajaran Kendiri 117
C Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) 119
D Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Untuk Guru 124
E Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia 125
F Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Johor 127
G Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan UTM 128
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” (Abu Hassan, 1997:57). Untuk
menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digubalkan ini, para pendidik
dan para pelajar perlu memainkan peranan yang amat penting.
Selain memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dijalankan
dengan betul dan mendapat maklum balas yang baik dari para pelajar oleh para
pendidik, mereka juga perlu memastikan bahan rujukan dan bahan bacaan yang
digunakan adalah bermutu supaya proses P & P tersebut dapat dijalankan dengan lebih
menarik, produktif dan cekap, serta mendapat pencapaian akademik yang baik oleh para
pelajar (Tengku Mohd Azman, 1991). Para pendidik juga perlu memastikan ilmu-ilmu
2
ajaran yang disampaikan adalah betul dan tepat supaya para pelajar tidak mendapat
konsep-konsep yang salah, lama-kelamaan mereka mungkin akan menjadi kurang
berminat terhadap mata pelajaran itu, terutamanya mata pelajaran Sains (Okey, 1978)
Bahan pengajaran yang digunakan dalam P & P mestilah berhubungkait dan
mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat menggerakkan pelajar untuk terlibat secara
aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah ditentukan seperti mengkaitkan
pengajaran dengan aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan oleh pelajar dan
menggalakkan mereka mencari atau berfikir sendiri jalan penyelesaian sesuatu masalah.
Oleh kerana terdapat kekangan-kekangan yang tertentu, sesetengah guru tidak
menggunakan bahan pengajaran yang sesuai dan mengabaikan aspek-aspek yang
penting yang seharusnya dititikberatkan seperti latar belakang pelajar, minat pelajar,
gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain serta membuat perancangan sesuatu
pengajaran.
Untuk mengatasi masalah yang telah disebutkan di atas, para pendidik
digalakkan menghasilkan Modul Pengajaran Kendiri (MPK), iaitu satu bahan
pengajaran yang menitikberatkan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira
aspek-aspek yang telah diabaikan seperti perbezaan latar belakang pelajar, minat
pelajar, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain. Ia merupakan pakej pembelajaran
kendiri yang direkabentuk dengan terancang, teratur dan sistematik yang
menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik (shaharom dan Yap, 1993).
Jadi jelaslah MPK amat diperlukan oleh para pendidik dalam membantu mereka
untuk menyampaikan sesuatu tajuk dengan lebih jelas. MPK juga dapat membantu para
pelajar untuk menguasai sesuatu tajuk berdasarkan tahap atau aras kepandaian masing-
masing. Dengan menggunakan MPK ini, bukan sahaja dapat meringankan beban para
3
pendidik dalam pengajaran, malah boleh menambahkan minat para pelajar terutamanya
dalam mata pelajaran Sains. (Shaharom, 1998)
1.1 Latar Belakang Masalah
Masalah yang sering dialami oleh para pelajar ialah kekurangan buku-buku atau
bahan rujukan yang bermutu untuk dijadikan bahan bacaan atau untuk dirujuk. Buku-
buku dan bahan rujukan yang ada di pasaran pada masa kini kurang melibatkan para
pelajar dalam P & P kerana kebanyakan para pelajar ‘disuap’ ilmu pengetahuan oleh
para pendidik tanpa melibatkan para pelajar dengan kemahiran saintifik seperti
mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, merancang penyiasatan, mengawal
pemboleh ubah, mengumpul data, menganalisis data, mentafsir data, membuat
kesimpulan dan membuat laporan. Ini adalah tidak selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Masalah-masalah yang terdapat pada buku-buku masa kini
adalah seperti berikut :
1.1.1 Teks
Teks dianalisis dari segi,
a. Kenyataan fakta
b. Kesimpulan atau generalisasi
4
c. Takrifan
d. Soalan yang dikemukakan tetapi terdapat jawapan segera dalam teks
e. Soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data
f. Kenyataan yang memerlukan pelajar merumuskan kesimpulan sendiri.
g. Arahan yang memberitahu pelajar supaya melakukan dan menganalisis
sesuatu aktiviti atau kenyataan yang berbentuk masalah yang akan
diselesaikan oleh pelajar.
h. Soalan yang dikemukakan untuk menaikkan minat pelajar tetapi tidak
terdapat jawapan segera dalam teks.
(Romey, 1968)
Dengan berpandukan nota di atas, analisis telah dilakukan ke atas tiga buah
buku rujukan, iaitu buku Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains (Mohd.
Razazu Hatta ,2000), buku Fokus Sains SPM (Lim dll,1997) dan buku Fokus Indigo
SPM Sains (Lim dll, 2001).
Hasil daripada analisis ke atas buku-buku ini adalah seperti dalam Jadual 1.1
Jadual 1.1 Hasil Analisis Bagi Teks
Nama Buku Indeks
Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains 0.08
Fokus Indigo SPM Sains 0.03
Fokus Sains SPM 0.20
Hasil daripada analisis ini, didapati buku Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari
SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000) dan buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim dll,
2001) mempunyai nilai indeks yang hampir sifar, ini bermakna tiada penglibatan pelajar
5
dalam buku-buku ini. Manakala indeks bagi buku Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997)
pula ialah < 0.4 yang bermaksud autoritarian dan kurang mencabar (hafalan dan
takrifan) (Romey, 1968).
Kesimpulannya, buku-buku yang telah dianalisis ini menunjukkan bahawa teks
yang terdapat dalam buku-buku ini berbentuk kenyataan fakta, kesimpulan dan
generalisasi dan takrifan. Ia kurang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses P & P.
1.1.2 Gambarajah
Dalam bahagian gambarajah pula, analisis yang dibuat adalah untuk melihat
sama ada ia dikelompokkan di dalam kategori,
a. Digunakan hanya untuk tujuan penerangan [illustrative purposes]
b. Memerlukan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data.
(Romey, 1968)
Analisis telah dilakukan ke atas empat buah buku rujukan, iaitu buku Target ++
(Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000), buku Fokus Sains
SPM (Lim dll, 1997), buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim dll, 2001), dan buku Revisi
Lanjutan Sains Tingkatan 4 (Mohd. Razazu Hatta dan Lim, 2002).
Hasil daripada analisis ke atas buku-buku ini adalah seperti dalam Jadual 1.2
6
Jadual 1.2 Hasil Analisis Bagi Gambarajah
Nama Buku Indeks
Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains 0.4
Fokus Indigo SPM Sains 0.4
Fokus Sains SPM 0.7
Revisi Lanjutan Sains Tingkatan 4 1.0
Kesimpulannya, bagi buku Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains
(Mohd. Razazu Hatta, 2000) dan buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim dll, 2001) yang
berindeks 0.4, iaitu menghampiri < 0.4 yang bermaksud autoritarian dan kurang
mencabar (hafalan dan takrifan), manakala bagi buku Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997)
yang berindek 0.7 iaitu menghampiri 1.0 dan buku Revisi Lanjutan Sains Tingkatan 4
(Mohd. Razazu Hatta dan Lim, 2002) yang berindek 1.0 bermakna buku ini seimbang
(ideal) di antara kenyataan-kenyataan yang tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-
kenyataan yang memerlukan pemikiran pelajar (Romey, 1968).
Oleh itu, gambarajah yang terdapat dalam buku-buku ini banyak yang
digunakan untuk tujuan penerangan sahaja tanpa melibatkan pelajar secara aktif.
1.1.3 Menilai Soalan Di Akhir Bab/MPK
Dalam bahagian ini, soalan dikelompokkan kepada salah satu kategori berikut,
a. Jawapannya boleh diperolehi terus daripada teks
b. Takrifan
7
c. Soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasi pembelajarannya daripada
bab berkenaan ke situasi baharu.
d. Soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah.
(Romey, 1968)
Analisis berdasarkan panduan di atas telah dijalankan ke atas tiga buah buku
rujukan, iaitu buku Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu
Hatta, 2000), buku Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997) dan buku Fokus Indigo SPM
Sains (Lim dll, 2001)
Hasil daripada analisis ke atas buku-buku ini adalah seperti dalam Jadual 1.3
Jadual 1.3 Hasil Analisis Bagi Soalan Di Akhir Bab
Nama Buku Indeks
Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains 0.3
Fokus Indigo SPM Sains 0.4
Fokus Sains SPM 0.4
Mengikut tafsiran indeks, indeks yang terhasil bagi buku Target ++ (Plus-Plus)
Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000) ialah 0.3, manakala indek bagi
buku Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997) dan buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim dll,
2001) ialah 0.4, iaitu menghampiri kategori <0.4 yang bermaksud autoritarian dan
kurang mencabar (hafalan dan takrifan) (Romey, 1968).
Kebanyakan soalan di dalam buku tersebut mempunyai jawapan terus daripada
teks, asalkan para pelajar membaca teks dan menghafal teks, mereka tentu dapat
8
menjawab soalan dengan baik, jadi ini kurang melibatkan para pelajar untuk berfikir
dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi.
1.1.4 Menilai Ringkasan Bab
Setiap ringkasan bab dikelompokkan kepada kategori berikut,
a. Mengulangi kesimpulan bab
b. Mengemukakan soalan-soalan baru di mana jawapannya tidak terdapat
dalam teks atau tertakluk pada kajian semasa
(Romey, 1968)
Dalam analisis ke atas ringkasan bab, didapati buku Target ++ (Plus-Plus)
Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000), buku Fokus Sains SPM (Lim
dll, 1997), buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim, 2001), buku KBSM Sains Tingkatan 4
(Chai dan Kueh, 2002), buku Eksplorasi Sains, Tingkatan 4 (Ling dll, 2002) dan buku
Fokus Ungu SPM Sains (Chong dll, 2002) tiada ringkasan bab, manakala buku Revisi
Lanjutan Sains, Tingkatan 4 (Mohd. Razazu Hatta dan Lim, 2002) ada ringkasan bab
tetapi ringkasannya mengulangi kesimpulan bab atau nota-nota penting yang terdapat
dalam bab itu (Romey, 1968).
Oleh itu, tiada soalan-soalan baru yang memerlukan pelajar mencari jawapan
sendiri, jadi kurang penglibatan pelajar dalam proses P & P.
9
1.1.5 Menilai Aktiviti
Dalam menilai aktiviti, bilangan aktiviti yang dicadangkan untuk pelajar dikira
(Romey, 1968). Analisis telah dijalankan ke atas tiga buah buku rujukan, iaitu buku
Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000), buku
Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997) dan buku Fokus Ungu SPM Sains (Lim dll, 2001).
Hasil daripada analisis ke atas buku-buku ini adalah seperti dalam Jadual 1.3
Jadual 1.4 Hasil Analisis Bagi Aktiviti
Nama Buku Indeks
Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains 0.3
Fokus Ungu SPM Sains 0.4
Fokus Sains SPM 0.3
Manurut takrifan indeks, indeks yang terhasil bagi buku-buku ini adalah
menghampiri kategori <0.4 iaitu autoritarian dan kurang mencabar (hafalan dan
takrifan) (Romey, 1968).
Kesimpulannya didapati buku-buku ini kurang mempunyai aktiviti yang
melibatkan para pelajar secara aktif dalam proses P & P, kecuali aktiviti ujikaji.
10
1.1.6 Menilai Objektif Pembelajaran
Bagi penilaian ke atas objektif pula, didapati buku Target ++ (Plus-Plus)
Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000), buku Fokus Sains SPM (Lim
dll, 1997) dan buku Fokus Ungu SPM Sains (Lim dll, 2001), tiada objektif
pembelajaran, tetapi bagi buku Revisi Lanjutan Sains, Tingkatan 4 (Mohd. Razazu
Hatta dan Lim, 2002), buku Eksplorasi Sains, Tingkatan 4 (Ling dll, 2002) dan buku
KBSM Sains Tingkatan 4 (Chai dan Kueh, 2002) terdapat objektif pembelajaran bagi
setiap babnya (Romey, 1968).
Jadi dengan hanya mengharapkan pengajaran para pendidik yang hanya
berpandukan buku-buku rujukan dan buku teks yang terdapat di pasaran masa kini
adalah tidak mencukupi, malah mungkin boleh mengakibatkan kesan-kesan sampingan
seperti para pelajar menjadi keliru dan bosan yang akhirnya boleh mengakibatkan
mereka tidak berminat ke atas mata pelajaran Sains. Para pendidik dan para pelajar
memerlukan bahan bacaan dan bahan rujukan yang bermutu seperti Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) untuk dijadikan rujukan dan panduan.
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut matlamat Pendidikan Sains, salah satunya ialah untuk meningkatkan
keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal, menaakul secara logik dan
berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah (Lovoie, 1993).
11
Jadi, tujuan kajian adalah fokus kepada bahan yang bermutu yang diperlukan
oleh para pelajar dan para pendidik dalam proses P & P. Sesuatu proses pengajaran
dalam kelas juga dapat dipertingkatkan dengan penggunaan bahan P & P yang bermutu
seperti MPK. Para pelajar juga dapat memantapkan diri dengan berpandukan MPK.
1.3 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini ialah untuk :
1. Membina 3 modul pembelajaran kendiri
Modul 1 : Perubahan Kimia Dan Perubahan Fizik
Modul 2 : Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia
Modul 3 : Siri Kereaktifan Logam
2. Menilai kesesuaian MPK yang dibina adalah sama dengan keperluan sukatan
pelajaran Sains KBSM memberi penekanan ke atas penglibatan pelajar
secara aktif, kreatif dan inovatif di dalam pembelajaran seperti yang telah
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
3. Mengenalpasti tahap penilaian kesesuaian MPK merentasi tempoh mengajar
di kalangan guru supaya guru tidak memberi penekanan dalam
menghabiskan sukatan pengajaran.
4. Menentukan hubungan antara penggunaan MPK dengan tahap keupayaan
mereka menguasai pelajaran Sains KBSM.
12
1.4 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian ialah
1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu guru-guru Sains terhadap MPK
Tenaga Dan Perubahan Kimia menunjukkan ia sesuai untuk digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Tingkatan Empat?
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru-guru Sains terhadap
MPK Tenaga Dan Perubahan Kimia menunjukkan ia sesuai untuk digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Tingkatan
Empat?
3. Adakah terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Tenaga Dan
Perubahan Kimia dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru-guru
Sains merentasi tempoh mengajar?
4. Adakah terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Tenaga Dan
Perubahan Kimia dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru-guru
Sains merentasi tempoh mengajar?
1.5 Rangka Kerja Konsep Penyelidikan
MPK yang dibina ini adalah untuk menilai mutu bahan pengajaran dalam proses
P & P. Tujuannya adalah untuk menguji kesesuaian tiga MPK yang dibina ini
untuk dijadikan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah.
Alat kajian yang digunakan untuk menguji kesesuaian MPK adalah dengan
menggunakan satu set Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
(Guru) Shaharom (1994). Set soal selidik ini menggunakan penilaian formatif yang