Upload
others
View
57
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
PEMULIHARAAN DAN KOS BAIK PULIH BANGUNAN LAMA DI
PULAU PINANG
NURUL NADIA BINTI AFANDI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
Author’s full name : NURUL NADIA BINTI AFANDI
Date of birth : 9TH MARCH 1987
Title : PEMULIHARAAN DAN KOS BAIK PULIH BANGUNAN LAMA DI PULAU PINANG
Academic Session : 2009/2010
I declare that this thesis is classified as :
I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.
2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose
of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
Certified by :
SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR
870309-08-6404 DR. YAHYA BIN MOHAMAD YATIM (NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR
Date : Date :
NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from
the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
/
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*
OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text)
i
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan”.
Tandatangan :
Nama Penyelia I : DR. YAHYA BIN MOHAMAD YATIM
Tarikh :
Tandatangan :
Nama Pembaca : PN NURSHIKIN MOHAMAD SHUKERY
Tarikh :
* Potong yang tidak berkenaan.
i
PEMULIHARAAN DAN KOS BAIK PULIH BANGUNAN LAMA DI PULAU
PINANG
NURUL NADIA BINTI AFANDI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _________________________
Nama Penulis : NURUL NADIA AFANDI
Tarikh : APRIL 2010
iii
DEDIKASI
buat abah & mama tercinta…
kaklong yang sentiasa membantu…
adik-adik yang memberi sokongan…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya
dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini akhirnya. Terima kasih yang tak terhingga
saya ucapkan kepada penyelia, Dr Yahya b. Mohamad Yatim kerana sentiasa memberi
tunjuk ajar dan panduan selama saya berada dibawah pimpinan beliau untuk
menyiapkan projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga terutamanya
kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang sedia membantu dan
memberi sokongan kepada saya untuk menjayakan projek ini. Di kesempatan ini, saya
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat yang
telah memberikan saya segala maklumat dan data yang diperlukan untuk menyiapkan
projek akhir ini. Jasa anda semua amatlah saya hargai.
v
ABSTRAK
Pemuliharaan bangunan adalah satu kaedah yang digunakan untuk
mengembalikan sesebuah bangunan lama kepada bentuk asal. Pendekatan yang
digunakan untuk membaikpulih bangunan lama ialah dengan menggunakan bahan yang
sama, senibina yang sama, kemasan yang sama, kaedah pembinaan yang sama dan lain-
lain lagi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kecacatan yang
terdapat pada beberapa bangunan lama di Pulau Pinang, kaedah yang digunakan untuk
membaikpulih, serta kos yang terlibat bagi kerja-kerja menyelenggara bangunan
tersebut. Empat bangunan lama di Pulau Pinang termasuk bangunan awam, komersial
dan juga kota telah dipilih untuk kajian ini memandangkan Pulau Pinang telah diiktiraf
sebagai bandar warisan oleh United Nation Education, Science and Culture
Organizations (UNESCO). Kesemua bangunan ini dipilih kerana bangunan tersebut
berada di bawah pentadbiran UNESCO World Heritage City. Temubual juga dijalankan
dengan pihak yang bertanggung jawab mengurus bangunan tersebut. Setelah semua data
diperolehi didapati terdapat pelbagai jenis kecacatan pada sesebuah bangunan yang
disebabkan oleh pelbagai faktor. Kaedah pengembalian semula (restoration) dan kaedah
pemulihan (rehabilitation) merupakan kaedah yang sering digunakan untuk
membaikpulih sesebuah bangunan lama. Trend kos penyelenggaraan bagi setiap
bangunan pula adalah tidak sekata. Walau bagaimanapun, kebanyakan kos
penyelenggaraan bagi setiap bangunan menunjukkan peningkatan pada tahun-tahun
tertentu.
vi
ABSTRACT
Building conservation is a way to restore the building to existing condition. The
approach normally adopted to conserve the old building is by using the same material,
architectural, finishes, construction method and etc. The objective of this study is to
identify the defects at certain old building in Penang, the method used to conserve it and
also the cost involved in maintaining that buildings. Four old building in Penang,
including public amenities, comercial and a fort are presented as case studies to observe
the defect and the cost of maintaining works. Building at Penang was chosen since
Penang was recognizing as heritage city by United Nation Education, Science and
Culture Organization (UNESCO). All the building is control under the UNESCO World
Heritage City. Interview also will be done with the people who are responsible to
manage the building. From the data collected, the study was found that a lot of factor
that influence the building defect. There are a few technique to conserve buildings, and
the most technique was used is restoration and rehabilitation. Those technique works
covers a series of procedures from performing a dilapidation survey. The trend cost of
maintaning the building was found are not frequent. Most of the cost maintainance of
the building show increasing for certain year even though the cost was not frequently.
vii
ISI KANDUNGAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Metodologi Kajian 7
1.7.1 Peringkat 1: Kajian Awalan 8
1.7.2 Peringkat 2: Penentuan dan Pengumpulan Data serta 8
Dokumentasi Utama
viii
1.7.2.1 Data Primer 9
a) Temubual 9
b) Data Sekunder 9
c) Kajian Kes 9
1.7.3 Peringkat 3: Menganalisis Data Penyelidikan 10
1.7.4 Peringkat 4: Cadangan dan Kesimpulan 10
1.7.5 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 11
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12
2.2 Definisi 13
2.3 Definisi Bangunan Lama 14
2.4 Polisi dan Undang-undang Berkaitan Pemuliharaan Bangunan Lama 15
2.4.1 Pengenalan 15
2.4.2 Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) 16
2.4.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) 18
2.4.4 Rang Undang-undang Warisan Kebangsaan 2005 18
2.4.5 Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia 20
2.4.5.1 Menyelamat 20
2.4.5.2 Membangunkan 20
2.5 Garis Panduan Pemuliharaan Monumen dan Tapak Bersejarah di Malaysia 21
2.5.1 Penyelidikan 21
2.5.1.1 Penyelidikan Sejarah 22
2.5.1.2 Penyelidikan Senibina 22
2.5.2 Kajian Pemuliharaan 22
2.5.3 Penyediaan Lukisan dan Pelan 23
2.6 Bentuk dan Kerja Pemuliharaan Bangunan Lama 23
2.6.1 Pencegahan (Prevention) 24
2.6.2 Pengekalan (Preservation) 24
ix
2.6.3 Pengukuhan (Consolidation) 24
2.6.4 Pengembalian Semula (Restoration) 25
2.6.5 Pemulihan (Rehabilitation) 25
2.6.6 Pengeluaran Semula (Reproduction) 25
2.6.7 Pembinaan Semula (Reconstruction) 26
2.7 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Semasa Proses Pemuliharaan 26
2.7.1 Pemuliharaan Landskap 26
2.7.2 Pemuliharaan Fasad dan Elevasi 27
2.7.3 Pemuliharaan Bumbung 27
2.7.4 Pemuliharaan Bahan-bahan Kayu dan Bahan Organik 28
2.7.4.1 Pembersihan 29
2.7.4.2 Penelitian dan Penyambungan 29
2.7.4.3 Rawatan Menggunakan Bahan Kimia 29
2.7.5 Pemuliharaan Cat dan Warna 30
2.7.5.1 Pembersihan Cat 30
2.7.5.2 Mengecat Semula 30
2.7.6 Penggantian Bahan-bahan Binaan 31
2.7.6.1 Jenis yang sama 31
2.7.6.2 Ukuran yang sama 31
2.7.6.3 Tenik Pemasangan yang sama 31
2.7.6.4 Menandakan Bahan yang Baru 32
2.8 Klasifikasi Tahap Kepentingan Bangunan Lama di Malaysia 32
2.8.1 Kelas A 32
2.8.2 Kelas B 32
2.8.3 Kelas C 33
2.9 Masalah dan Cabaran 33
2.10 Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Lama 34
2.10.1 Kepentingan Sejarah 34
2.10.2 Kepentingan dan Peraturan Senibina 35
2.10.3 Mengingatkan Kembali Kenangan Masa Lampau 35
2.10.4 Kepentingan Budaya 35
x
2.10.5 Kepentingan Ekonomi dan Pelancongan 36
2.10.6 Meningkatkan Tarafnya 36
2.10.7 Seimbangkan Integrasi Pembangunan 37
2.11Kesimpulan 37
3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Lokasi Kajian 39
3.4 Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 40
3.6 Jangka Masa Kajian 41
3.7 Prosedur Pencerapan Data 41
3.8 Kaedah Analisis Data 42
4 ANALISIS PENYELIDIKAN DAN RUMUSAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Wawasan Open Universiti, Pulau Pinang 44
4.2.1 Kecacacatan Bangunan 45
4.2.1.1 Bumbung 45
4.2.1.2 Siling 46
4.2.1.3 Tiang dan Dinding 47
4.2.1.4 Lantai 48
4.2.1.5 Tangga 49
4.2.1.6 Struktur Kayu 50
4.2.1.7 Pintu dan Tingkap 50
4.2.1.8 Elemen Hiasan 51
4.2.1.9 Sistem Pengaliran Air Hujan dan Sistem Saliran 51
4.2.1.10Mekanikal dan Elektrik (M&E) 52
xi
4.2.1.11Kadar Lembapan 52
4.2.1.12Kehadiran Garam dalam Udara 53
4.2.1.13Tumbuh-tumbuhan Liar 53
4.2.2 Kos Pemuliharaan Wawasan Open Universiti 55
4.2.2 Analisis Kos Penyelenggaraan dan Rumusan 56
4.3 Rumah Agam Cheong Fatt Tze, Pulau Pinang 60
4.3.1 Kecacatan Bangunan 61
4.3.1.1 Bumbung 61
4.3.1.2 Struktur Kayu 62
4.3.1.3Gold Gilding Works 63
4.3.1.4 Kerja-kerja Besi 63
4.3.1.5 Tingkap Kaca Berwarna 64
4.3.1.6 Hiasan Mozek Porselin 65
4.3.1.7 Cat Hiasan 65
4.3.1.8 Lepaan dan Cat 66
4.3.1.9 Jubin 66
4.3.2 Kos Pemuliharaan Rumah Agam Cheong Fatt Tze 67
4.3.3 Analisis Kos Penyelenggaraan dan Rumusan 68
4.4 Rumah Suffolk, Pulau Pinang 72
4.4.1 Kecacatan Bangunan 73
4.4.1.1 Bumbung 73
4.4.1.2 Siling 74
4.4.1.3 Lantai 75
4.4.1.4 Dinding dan Tiang 75
4.4.1.5 Struktur Kayu 76
4.4.1.6 Kerja-kerja Lepaan dan Cat 77
4.4.2 Kos Pemuliharaan Rumah Suffolk 78
4.4.3 Analisis Kos Penyelenggaraan dan Rumusan 79
4.5 Kota Cornwallis, Pulau Pinang 83
4.5.1 Kecacatan pada Kota Cornwallis 84
4.5.1.1 Dinding 85
xii
4.5.1.2 Kesan Lumut dan Tumbuhan Liar 85
4.5.1.3 Peneguhan Tembok Condong 86
4.5.1.4 Rekahan pada Struktur Kota 87
4.5.1.5 Pembinaan Semula Tembok 88
4.5.1.6 Kerja-kerja Ca t 89
4.5.1.7 Pembersihan Meriam 89
4.5.2 Kos Pemuliharaan Kota Cornwallis 90
4.5.3 Analisis Kos Penyelenggaraan dan Rumusan 92
4.6 Ringkasan Analisis Kajian Kes 95
4.6.1 Ringkasan kajian kes Wawasan Open Universiti, 96
Pulau Pinang
4.6.2 Ringkasan kajian kes Rumah Agam Cheong Fatt Tze, 100
Pulau Pinang
4.6.3 Ringkasan kajian kes Rumah Suffolk, Pulau Pinang 103
4.6.4 Ringkasan kajian kes Kota Cornwallis, Pulau Pinang 107
4.7 Analisis Kos Penyelenggaraan Bagi Semua Bangunan Kajian 112
dan Rumusan
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan 114
5.2 Cadangan 116
6 RUJUKAN 117
7 LAMPIRAN 119
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Kos Pemuliharaan bagi Bangunan Wawasan Universiti 55
4.2 Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Mengikut Elemen Bangunan 56
Wawasan Open Universiti
4.3 Kos Pemuliharaan Bagi Bangunan Rumah Agam Cheong Fatt Tze 67
4.4 Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Mengikut Elemen Bangunan 68
Rumah Agam Cheong Fatt Tze
4.5 Kos Pemuliharaan Bagi Bangunan Rumah Suffolk 78
4.6 Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Mengikut Elemen Bangunan 79
Rumah Suffolk
4.7 Kos Pemuliharaan Bagi Kota Cornwallis 90
4.8 Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Mengikut Elemen 92
Kota Cornwallis
xiv
4.9 Ringkasan kajian kes Wawasan Open Universiti 96
4.10 Ringkasan Kajian Kes Rumah Agam Cheong Fatt Tze 100
4.11 Ringkasan Kajian Kes Rumah Suffolk 103
4.12 Ringkasan Kajian Kes Kota Cornwallis 107
4.13 Jumlah Kos Penyelenggaraan Bagi Setiap Bangunan Kajian 107
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 11
4.1 Bangunan Wawasan Open Universiti 44
4.2 Keadaan Bumbung Sebelum Dibaikpulih 46
4.3 Keadaan Bumbung Setelah Dibaikpulih 46
4.4 Keadaan Siling Sebelum Dibaikpulih 47
4.5 Keadaan Siling Setelah Dibaikpulih 47
4.6 Keadaan Dinding Sebelum Dibaikpulih 48
4.7 Keadaan Dinding Setelah Dibaikpulih 48
4.8 Keadaan Lantai Sebelum Dibaikpulih 48
4.9 Keadaan Lantai Setelah Dibaikpulih 48
xvi
4.10 Keadaan Tangga Sebelum Dibaikpulih 49
4.11 Keadaan Tangga Setelah Dibaikpulih 49
4.12 Keadaan Pintu Sebelum Dibaikpulih 50
4.13 Keadaan Pintu Setelah Dibaikpulih 50
4.14 Keadaan Sistem Saliran Sebelum Dibaikpulih 51
4.15 Keadaan Sistem Wayar Sebelum Dibaikpulih 52
4.16 Bahagian Elemen Bangunan Yang Ditumbuhi Dengan 54
Tumbuhan Liar
4.17 Peratusan Pecahan Kos Pemuliharaan Bagi Setiap Elemen Untuk 55
Bangunan Wawasan Open Universiti
4.18 Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Mengikut Elemen Bangunan 56
Wawasan Open Universiti
4.19 Jumlah Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Bangunan Wawasan 57
Open Universiti
4.20 Rumah Agam Cheong Fatt Tze 60
4.21 Keadaan Bumbung Sebelum Dibaikpulih 62
4.22 Keadaan Bumbung Setelah Dibaikpulih 62
xvii
4.23 Keadaan Pintu Setelah Dibaikpulih Dan Disepuh Emas 63
4.24 Keadaan Tangga Setelah Dibaikpulih 64
4.25 Keadaan Tingkap Kaca Berwarna Setelah Dibaikpulih 65
4.26 Keadaan Jubin Lantai Setelah Dibaikpulih 66
4.27 Peratusan Pecahan Kos Pemuliharaan Bagi Setiap Elemen Untuk 67
Bangunan Rumah Agam Cheong Fatt Tze
4.28 Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Mengikut Elemen Bangunan 68
Rumah Agam Cheong Fatt Tze
4.29 Jumlah Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Bangunan Rumah 69
Agam Cheong Fatt Tze
4.30 Bangunan Rumah Suffolk 72
4.31 Keadaan Bumbung Sebelum Dibaikpulih 74
4.32 Keadaan Siling Sebelum Dibaikpulih 74
4.33 Keadaan Siling Setelah Dibaikpulih 74
4.34 Keadaan Lantai Sebelum Dibaikpulih 75
4.35 Keadaan Lantai Setelah Dibaikpulih 75
4.36 Keadaan Tiang Dan Dinding Sebelum Dibaikpulih 76
xviii
4.37 Keadaan Tiang Dan Dinding Setelah Dibaikpulih 76
4.38 Peratusan Pecahan Kos Pemuliharaan Bagi Setiap Elemen Untuk 78
Bangunan Rumah Suffolk
4.39 Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Mengikut Elemen Bangunan 79
Rumah Suffolk
4.40 Jumlah Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Bangunan Rumah 80
Suffolk
4.41 Pintu Masuk Utama Kota Cornwallis 83
4.42 Keadaan Dinding Yang Terdapat Pada Kota Cornwallis 85
4.43 Kesan Tumbuhan Liar Yang Terdapat Pada Dinding Kota 86
4.44 Tembok Condong Sedang Dibaikpulih 87
4.45 Kesan Rekahan Yang Terdapat Pada Dinding Kota 88
4.46 Peratusan Pecahan Kos Pemuliharaan Bagi Setiap Elemen Untuk 91
Kota Cornwallis
4.47 Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Mengikut Elemen Kota 92
Cornwallis
4.48 Jumlah Kos Penyelenggaraan Setiap Tahun Kota Cornwallis 93
4.49 Jumlah Kos Penyelenggaraan Bagi Setiap Bangunan Kajian 113
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pemuliharaan merupakan satu usaha untuk menjaga sesebuah bangunan lama
daripada mengalami kerosakan dan kemusnahan. Ia merupakan satu tindakan yang
dibuat bertujuan untuk cuba mengawal kerosakan yang dialami oleh sesebuah bangunan
lama. Pemuliharaan juga dianggap sebagai satu langkah yang dilakukan untuk
memanjangkan tempoh hayat sesebuah bangunan supaya ia terus kekal untuk generasi
akan datang (Siti Norlizaiha Harun, 2004). Idea pemuliharaan wujud pada tahun 1953
apabila kerja-kerja pemuliharaan masjid “Grand Mosque” di Sepanyol telah dilakukan.
Masjid dipulihara dengan mengekalkan nilai-nilai sejarah yang ada dari aspek senibina
dan strukturnya memandangkan ia dibina mengikut kaedah dan senibina Arab lama
(Zurainy Rahman, 2006).
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang giat menjalankan kerja-
kerja pemuliharaan bangunan bersejarah. Tujuan pendekatan ini dijalankan adalah
untuk memastikan supaya bangunan warisan dan tinggalan sejarah tidak ditelan dek
2
zaman. Memandangkan negara Malaysia sudah merdeka selama hampir 53 tahun,
banyak bangunan pencakar langit dan bangunan moden lain telah wujud selaras dengan
arus pembangunan dunia. Pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia bermula agak
lewat iaitu semenjak tahun 1980-an sehingga ke hari ini. Semenjak daripada itu,
perlindungan dan pemuliharaan bangunan di Malaysia terus berkembang selaras dengan
perkembangannya di peringkat antarabangsa (Asyaari Muhamad, 2009).
Namun begitu, tahap kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan dan
pemeliharaan bangunan lama yang mempunyai nilai senibina dan sejarah yang tinggi
masih rendah sungguhpun semangat ke arah itu ada pada sesetengah pihak. Bangunan
lama yang dimaksudkan adalah dalam konteks senibina yang merangkumi rumah-
rumah kedai, bangunan kolonial, awam dan keagamaan yang mencerminkan sejarah,
budaya dan agama. Kebanyakan bangunan-bangunan warisan ini sedang menghadapi
tekanan dan ancaman kemusnahan akibat arus pembangunan yang begitu pesat
(Kamarul Syahril, 2007) Sehubungan dengan itu, Jabatan Warisan Negara telah
melancarkan projek pemuliharaan bangunan warisan negara yang akan tertumpu kepada
11 bangunan bersejarah di seluruh Malaysia pada tahun ini. Bangunan-bangunan yang
terlibat dalam projek pemuliharaan ini termasuklah rumah No. 138 di Jalan Hatin
Georgetown dan Gereja St. George (Pulau Pinang), bangunan Sanitary Board (Perak),
bangunan lama Ibu Pejabat Pos Ipoh dan masjid lama Kampung Dal (Perak). Selain itu,
Gedung Raja Abdullah (Selangor), bangunan lama Hong Kong dan Shanghai Bank
(Melaka), Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang), bangunan Persatuan Sejarah Malaysia
(Terengganu) dan Masjid Mulong (Kelantan), (Utusan Malaysia, 03/2009).
Tidak ketinggalan, beberapa pertubuhan dunia telah diwujudkan bagi
merialisasikan kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama termasuklah United Nation
Education, Science and Culture Organizations (UNESCO), International Council On
Monument and Sites (ICOMOS) yang ditubuhkan pada tahun 1946 di Australia,
Institution of Historic Building Conservation (IHBC), National Park Service (NPS), dan
3
Society for Protection of Ancient Building (SPAB) yang telah ditubuhkan di England
pada tahun 1877 oleh Wiliam Moris dan lain-lain lagi. Untuk memastikan bangunan
bersejarah dibaikpulih sewajarnya, pelbagai konvensyen telah dijalankan di peringkat
dunia dalam usaha menggalakkan kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama terus
dijalankan oleh negara-negara di serata dunia.
1.2 Penyataan Masalah
Kerja-kerja pemuliharan bangunan hendaklah dilaksanakan dengan betul dan
terancang. Semua pihak yang terlibat perlu memahami konsep dan kaedah yang betul
serta sesuai digunapakai di negara kita. Konsep kerja pemuliharaan ini bukan sahaja
berkait rapat dengan pembaikan semula sahaja, malah ia lebih menitik beratkan kepada
pengekalan struktur binaan asal sesebuah bangunan. Menurut pendapat Kamarul Syahril
(2007), bidang pemuliharaan di Malaysia adalah merupakan satu revolusi yang semakin
mendapat tempat di hati rakyat masa kini. Pemuliharaan adalah merupakan satu bidang
yang melibatkan pengekalan dan penjagaan ke atas bangunan warisan daripada
kemusnahan dengan mengambil kira kepentingannya kepada negara dan masyarakat
seperti faktor sejarah dan estetik yang terdapat pada sesebuah bangunan itu. Faktor usia
juga adalah faktor penting yang perlu diberi perhatian.
Memandangkan kerja-kerja pemuliharaan kurang mendapat perhatian dari
pelbagai pihak. Badan Warisan Malaysia telah mewujudkan untuk pertama kalinya
Anugerah Pembangunan Pemuliharaan dan Warisan kepada semua pihak yang telah
menjalankan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan yang mempunyai sejarah dan
seni bina yang menarik sebagai pengiktirafan keatas usaha pihak-pihak yang melakukan
kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. Pengiktirafan tersebut diberikan kepada pihak
yang terbabit dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan seperti pemilik, arkitek
4
sehinggalah kepada kontraktor yang melaksanakan kerja membaik pulih (Mas Hafizah,
2006).
Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan usaha
pemuliharaan bangunan dijalankan. Termasuk mewujudkan unit atau jabatan yang
berkaitan dengan pelaksanaan kerja-kerja pemuliharaan bangunan, menyediakan
garispanduan pemuliharaan bangunan dan menyediakan peruntukan geran pemuliharaan
dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan warisan.
Walau bagaimanapun, dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan lama, tidak
semua bangunan lama perlu dikekalkan tetapi hanya yang mempunyai nilai seni bina
dan sejarah sahaja yang diberi keutamaan (Badan Warisan Malaysia, 2005).
Menurut pandangan Asyaari Muhamad (2009) cabaran ini sering dihadapi pihak
kerajaan dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi kerana ia memerlukan kos yang
tinggi. Kos itu bukan sahaja kerana upah jururunding, tetapi juga kos peralatan dan
tenaga pembantu yang diperlukan konservator dan pihak-pihak tertentu di pelbagai
peringkat. Bagi membantu kerja-kerja pembaikan dan pemuliharaan, satu tabung
dikenali sebagai Tabung Warisan akan diwujudkan (Berita Harian , 02/ 2004). Walau
bagaimanapun, jika sesebuah bangunan itu sudah diwartakan sebagai bernilai sejarah,
kerajaan menerusi pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 akan membantu
pemiliknya dari segi kos unuk memperbaiki dan memulihara (Dato Seri Ong Ka Ting,
02/ 2004).
5
1.3 Persoalan Kajian
Memandangkan kerja-kerja pemuliharaan ini sangat menitik beratkan struktur
binaan asal sesebuah bangunan, oleh itu kajian terperinci perlu dilaksanakan supaya
masalah dapat dikurangkan. Skop kajian ini melibatkan pemilihan beberapa bangunan
lama di sekitar Pulau Pinang dengan pelbagai jenis rekabentuk dan fungsi berbeza.
Namun, beberapa persoalan yang timbul termasuklah:
1.3.1 Apakah kecacatan yang terdapat pada elemen-elemen bangunan kajian.
1.3.2 Apakah kaedah atau cara yang digunakan dalam melaksanakan kerja-
kerja pemuliharaan.
1.3.3 Berapakah kos yang terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja
pemuliharaan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah seperti yang disenaraikan dibawah dan akan
menjadi panduan bagi mencapai matlamat akhir kajian ini:
1.4.1 Mengenal pasti kacacatan elemen-elemen pada bangunan kajian.
1.4.2 Mengenal pasti kaedah kerja-kerja pemuliharaan yang telah dibuat keatas
bangunan kajian.
1.4.3 Menganalisis trend kos penyelenggaraan bagi elemen-elemen bangunan
lama.
6
1.5 Skop Kajian
Kajian ini akan dijalankan ke atas bangunan lama di Pulau Pinang yang dalam
proses pemuliharaan atau telah menjalankan proses pemuliharaan. Hal ini kerana,
terdapat banyak bangunan lama di Pulau Pinang. Selain itu, bangunan di Pulau Pinang
juga dipilih kerana Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan sebagai bandar warisan
oleh United Nation Education, Science and Culture Organizations (UNESCO). Kajian
ini juga akan dijalankan untuk mengkaji pelaksanaan kos terhadap pemuliharaan
bangunan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan
kerja pemuliharaan. Oleh itu, temu bual bersama kontraktor yang terlibat juga akan
dijalankan.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijangka dapat menjelaskan kepada pengetahuan umum mengenai
kerja pemuliharaan bangunan di negara kita yang sedang giat dilaksanakan
memandangkan semakin hari semakin banyak bangunan yang kian dimamah usia dan
memerlukan pemuliharaan serta di baik pulih. Diharapkan kajian ini akan dapat
memberikan hala tuju baru khususnya kepada kontraktor binaan yang terlibat
melaksanakan kerja pemuliharaan ini agar dapat dijadikan spesifikasi dan rujukan
berguna di masa hadapan. Hal ini adalah kerana pihak kontraktor perlu mematuhi
prinsip-prinsip pemuliharaan bangunan yang telah disediakan. Kajian ini juga
diharapkan dapat memberi panduan kepada kontraktor kerja pemuliharaan dalam
menyediakan kaedah kerja yang terbaik dan lengkap untuk sesuatu kerja pemuliharaan.
Ia juga diharapkan dapat menyediakan satu garis panduan yang lengkap bagi
7
pengurusan kerja-kerja pemuliharaan yang diperlukan oleh konsultan kerja
pemuliharaan.
Maklumat berkaitan yang diperolehi adalah penting dalam menyediakan
perancangan kerja yang teratur dan tersusun agar kerja pemuliharaan ini dapat
dilaksanakan berpandukan kepada prinsip-prinsip yang betul terutamanya dalam
mencapai piawai di peringkat antarabangsa dalam pemuliharaan bangunan di negara
kita. Dari segi aspek sosialnya, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Abd. Ghafar
(2006) pemuliharaan bangunan lama ini dapat memberikan kesan psikologi dan
sentimental kepada orang ramai untuk mengenangkan kembali peristiwa masa lalu,
memulihara kepentingan senibina dan dapat meningkatkan institusi pelancongan di
Malaysia.
Selain itu, kajian ini juga diharap dapat memberi sumbangan dan menjadi satu
platform kepada masyarakat dalam mengubah persepsi dan sikap dalam menilai dan
menghargai tinggalan bersejarah di negara kita. Namun begitu, yang lebih penting ialah
kajian ini dapat memberi garis panduan berkenaan bidang ini di Malaysia.
1.7 Metodologi Kajian
Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah kuanlitatif. Kaedah
kuanlitatif ini termasuklah mengadakan temu bual dengan kontraktor yang
berpengalaman atau sedang menjalankan kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama.
kedua, pemerhatian di tapak bagi mendapatkan data-data yang diperlukan berkaitan
dengan kerja-kerja pemuliharaan. Berdasarkan kepada pemilihan sampel kajian, analisis
akan dibuat. Teknik dan prosedur untuk setiap kerja-kerja pemuliharaan akan
diterangkan secara terperinci untuk menunjukkan faktor yang memberi kesan kepada
8
kos penyelenggaraan. Analisis keatas dokumen juga dibuat terutama keatas meklumat
kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat keatas bangunan yang dikaji.
1.7.1 Peringkat 1: Kajian Awalan
Satu kajian awalan dijalankan untuk mendapatkan gambaran dan idea tentang
kepentingan kajian dengan merujuk kepada bahan-bahan seperti buku, majalah, artikal,
jurnal, kajian terdahulu, keratan akhbar, internet dan sebagainya. Kajian awalan ini
bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang jelas berkenaan dengan tajuk
penyelidikan yang hendak dibuat.
Perbincangan dengan penyelia juga akan dijalankan mengenai pemilihan tajuk,
isu yang terlibat, bidang yang akan dikaji dan prosedur yang terlibat. Setelah idea untuk
merangka kajian dibuat, objektif dan skop yang difikirkan baik dan sesuai akan
ditentukan dengan bimbingan penyelia.
1.7.2 Peringkat 2: Penentuan dan Pengumpulan Data serta Dokumentasi Utama
Peringkat kedua untuk menjalankan kajian ini adalah dengan mendapatkan
maklumat dan data berkaitan dalam memastikan objektif dapat dicapai pada peringkat
akhir kajian dilaksanakan. Data primer dan data sekunder yang diperlukan akan
dikumpulkan dan didokumentasikan bersama untuk tujuan analisis. Data ini
9
termasuklah permerhatian kajian kes dan temubual tidak berstruktur. Peringkat ini
termasuklah:
1.7.2.1 Data Primer
a) Temubual
Bagi memastikan kajian ini lebih realistik dan mendapat hasil yang baik,
temubual tidak berstruktur dengan pengurus bangunan kajian yang berpengalaman
menjalankan kerja-kerja pemuliharaan akan dilaksanakan. Temubual perlu merangkumi
semua aspek yang dikehendaki terutamanya kecacatan dan kerosakan yang ada pada
bangunan kajian, kaedah yang digunakan untuk membaikpulih, serta kos yang
dibelanjakan untuk menjalankan projek pemuliharan.
1.7.2.2 Data Sekunder
Maklumat-maklumat yang dikumpulkan pada peringkat ini melibatkan informasi
yang diperolehi dari buku rujukan, majalah, artikel, jurnal, surat khabar, rencana,
maklumat-maklumat dari internet dan sebagainya. Maklumat dan data ini sangat
penting agar penyelidik dapat memahami dan mengetahui kajian penyelidikan yang
akan dijalankan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
10
1.7.2.3 Kajian Kes
Kajian kes ini akan dijalankan berdasarkan skop yang telah ditetapkan. Kajian
kes memerlukan penyelidik membuat permerhatian ke atas bangunan lama yang
terdapat di Pulau Pinang. Di akhir pemerhatian, data-data yang diperlukan harus
diperolehi supaya analisis penyelidikan dapat di buat dengan lancar.
1.7.3 Peringkat 3: Menganalisis Data Penyelidikan
Data-data primer, sekunder serta maklumat yang diperolehi dari pemerhatian di
tapak akan dikumpulkan dan dikemaskini untuk dianalisis. Seterusnya, ia akan dibuat
dalam bentuk penulisan mengikut format dan procedur yang telah ditetapkan. Kajian ini
dijalankan dengan membuat analisis penyelidikan melalui semua sumber maklumat dan
data yang telah diperolehi. Kajian di peringkat ini juga bertujuan untuk memastikan
semua objektif penyelidikan telah tercapai.
1.7.4 Peringkat 4: Cadangan dan Kesimpulan
Peringkat akhir kajian ini adalah dengan membuat kesimpulan dan cadangan
berkenaan bidang yang dikaji. Hasil penyelidikan ini boleh memberi panduan kepada
kontraktor-kontraktor untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pemuliharaan pada masa
akan datang berpandukan spesifikasi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Selain
itu, kajian ini juga dapat memberi panduan dan halatuju kepada pihak yang berminat
untuk melaksanakan kajian seterusnya.
11
1.7.5 Carta Alir Metodologi Penyelidikan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENYATAAN ISU
1) Mengenalpasti dengan terperinci panduan mengenai pemuliharaan bangunan.
2) Mengenalpasti bangunan yang sedang atau telah
menjalani proses pemuliharaan.
OBJEKTIF KAJIAN
PENYATAAN ISU
MENENTUKAN DATA YANG DIKEHENDAKI
REKABENTUK PENYELIDIKAN
PENGUMPULAN DATA
DATA PRIMER DATA SEKUNDER KAJIAN KES
INSTRUMEN
1) Pemerhatian di tapak
2) Temubual tidak
Berstruktur
INSTRUMEN
1) Buku rujukan 2) Jurnal 3) Artikel 4) Makalah 5) Akhbar 6) Internet
7) Kertas kerja
INSTRUMEN
Bangunan lama yang
sedang / telah
menjalankan proses
pemuliharaan
ANALISIS DATA
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Rajah 1.1 : Carta Alir Metodologi Penyelidikan
PERINGKAT 1
PERINGKAT 2
PERINGKAT 3
PERINGKAT 4
12
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama yang dilakukan sebenarnya
mempunyai konsep yang berbeza berbanding dengan kerja-kerja pembaikpulihan yang
biasa dilakukan. Berikutan dengan perbezaan konsep yang cuba diketengahkan dan
teori perlaksanaannya kelihatan sama pada dasarnya tetapi memiliki prosuder yang
berlainan ini maka adalah perlu untuk memahami akan beberapa terminologi yang
sering dibahaskan dalam persidangan konservasi bangunan dan monumen lama.
13
2.2 Definisi
Menurut Kamus Dwibahasa Oxford-Fajar (2007) mendefinisikan pemuliharaan
sebagai kerja memulihara dalam bentuk yang sedia wujud. Paiman Keromo (2006) pula
mendefinisikan pemuliharaan sebagai kerja-kerja baik pulih yang mana cuba memulih
semula monumen atau tapak tanah bersejarah kepada seni bina dan bahan-bahan binaan
yang sehampir mungkin dengan yang asal semasa mula-mula dibina.
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2006), pemuliharaan merupakan proses
usaha atau perbuatan memulihara yang bertujuan untuk melindungi supaya sentiasa
berada dalam keadaan baik. Konservasi pula bermaksud pemeliharaan atau penjagaan
sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan atau kemusnahan dan lain-lain.
Menurut Hasnan Abdullah, pemuliharan sesebuah bangunan merupakan satu
tindakan yang mesti diambil untuk menghindari kemerosotan dan pereputan struktur,
lekapan, dan pepasang yang boleh menjejaskan sifat dan kepenghunian sesebuah
bangunan.
Berpandukan kepada satu garis panduan berkenaan pelan tindakan kawasan
pemeliharaan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Melaka, istilah
pemuliharaan adalah satu istilah umum yang bermaksud segala proses yang terlibat
untuk menjaga sesuatu tempat bagi tujuan memelihara kepentingan budaya. Tindakan
yang terlibat di dalam proses ini termasuklah pengekalan, pemulihan, pembangunan
semula dan penyesuaigunaan.
Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia (2003) pula mendefinisikan
pemuliharaan sebagai kerja-kerja baikpulih yang mana cuba memulih semula monumen
atau tapak bersejarah kepada senibina dan bahan-bahan binaan yang sehampir mungkin
dengan yang asal semasa mulu-mula dibina.
14
Menurut Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988,
pemuliharaan ialah sesuatu proses penyelenggaraan warisan budaya atau kawasan
pemugaran dalam keadaan atau bentuk semasa dan menghalangi keusangan.
Manakala menurut Rang Undang-undang Warisan Kebangsaan 2005,
pemuliharaan termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula,
pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana gabungannya.
2.3 Definisi Bangunan Lama
Bangunan yang dimaksudkan disini adalah struktur atau objek dimana tujuan
asalnya bukan untuk didiami. Penjagaan bangunan lama boleh dipraktikkan melalui
pelbagai kaedah dan teknik pemuliharaan (A. Ghafar Ahmad, 2006).
Mengikut enakmen pemuliharaan dan pemugaran warisan budaya, “bendapurba”
bererti:
a. Mana-mana objek boleh alih yang berusia atau semunasabahnya dipercayai
berusia sekurang-kurangnya lima puluh tahun;
b. Mana-mana bahagian daripada mana-mana objek yang telah pada mana-mana
tarikh yang terkemudian ditambah atau dibina semula atau dibaikpulih; dan
c. Mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang berusia
atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun;
Bangunan lama dikategorikan sebagai monumen yang bermaksud sesuatu rumah
berhala, gereja, bangunan, monumen, port, kerja-tanah, batu berdir, keramat, gua
15
atau sesuatu yang dibina, didirikan atau digali, dan sesuatu kubur, batas kubur, atau
lain-lain tempat kuburan atau sesuatu harta tak alih yang lain yang dipelihara bagi
kepentingan awam oleh sebab atas kepentingan agama, sejarah, tradisi atau kaji
purba. Monumen lama dalam Malaysia Barat dipercayai berumur sekurang-
kurangnya seratus tahun atau diisytiharkan didalam seksyen 15 sebagai monumen.
2.4 Polisi dan Undang-undang Berkaitan Pemuliharaan Bangunan Lama
2.4.1 Pengenalan
Negara kita memerlukan undang-undang yang sempurna dan berkesan untuk
memelihara bangunan dan tapak bersejarah daripada kemusnahan pembangunan dan
kemajuan. Sehubungan dengan itu, dalam mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah
yang terdapat di Malaysia, kerajaan telah melantik dan memberi kuasa kepada jabatan
antikuiti dan muzium negara, unit pengekalan dan seni bandar dewan bandaraya Kuala
Lumpur, badan warisan Malaysia dan kerajaan tempatan dalam menjayakan usaha
tersebut. Badan Warisan Malaysia bertindak sebagai badan penasihat dan perundingan,
sementara institusi-institusi kerajaan di beri kuasa pentadbiran dan pengurusan
pengekalan bangunan-bangunan bersejarah termasuklah memilikkan tapak dan
menguruskan aktiviti-aktiviti pengekalan bangunan-bangunan bersejarah.
Undang-undang negara yang bertindak sebagai penguasa dalam pengekalan
bangunan-bangunan bersejarah adalah seperti:
(a) Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)
16
(b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
(c) Rang Undang-undang Warisan Kebangsaan 2005
(d) Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
2.4.2 Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)
Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) merupakan suatu akta untuk mengadakan
peruntukan bagi mengawal, memelihara dan menyelidik monumen-monumen lama dan
bersejarah, tapak tanah-tapak tanah dan bekas-bekas kaji purba, benda purba-benda
purba dan benda-benda bersejarah dan untuk mengatur urusan mengenai bendapurba-
benda purba dan benda-benda bersejarah dan pengeksportannya dan bagi perkara-
perkara yang berkenaan dengannya.
Dalam bahagian IV, seksyen 15 (1), akta ini menerangkan bahawa seorang
menteri boleh mengisytiharkan sesuatu monumen lama dan tapak tanah sebagai tapak
tanah bersejarah dengan syarat monumen atau tapak tersebut mestilah berada dalam
negeri yang ditadbir dan telah mendapat persetujuan dari pihak berkuasa negeri
berkenaan. Seksyen 15 (2) pula menerangkan bahawa seorang ketua pengarah boleh
menyiarkan dalam warta jadual monumen lama dan tapak bersejarah serta boleh
menambah atau meminda jadual tersebut dari semasa ke semasa dengan mendapat
kelulusan Menteri terlebih dahulu.
Seksyen 16 (a), (b), (c), dan (d) turut mengehadkan tapak dan atau bangunan
bersejarah diganggu atau dilakukan kerja-kerja pembinaan baru seperti menggali,
meroboh dan mengubahsuai identiti bangunan yang telah dikenalpasti. Selain itu, jika
terdapat sebarang kerja-kerja pembinaan baru disebelah bangunan atau tapak bersejarah
perlulah mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri terlebih dahulu.
17
Seksyen 17 (a), (b), dan (c) juga memberi kuasa kepada Muzium Negeri untuk
menjalankan kerja pemeriksaan, penyimpanan dan penyelenggaraan ke atas bangunan-
bangunan bersejarah yang telah dikenalpasti. Selain itu, mereka juga mempunyai kuasa
untuk berunding dengan pemilik bangunan bersejarah yang bertaraf sendiri, untuk
melakukan kerja-kerja pemuliharaan dimana Pihak Berkuasa Tempatan akan sentiasa
memberi bantuan dari segi kewangan terhadap kerja pemuliharaan yang difikirkan perlu
dan yang sanggup dijalankan oleh pemiliknya. Walau bagaimanapun, terdapat syarat
yang perlu dipatuhi iaitu Pihak Berkuasa Tempatan akan mengetuai projek tersebut
secara keseluruhan. Akta in juga memberi kuasa kepada pihak Muzium Kerajaan untuk
membeli bangunan atau tapak yang mempunyai nilai atau unsur sejarah daripada pihak
bersendirian untuk kegunaan orang ramai serta membayar pampasan ke atas pemilik
akibat kerosakan.
Akta Benda Purba 1976 ini memperuntukkan khususnya kepada jabatan
antikuiti dan muzium negara untuk pengawalan, pemeliharaan dan penyelidikan ke atas
monumen-monumen lama dan bersejarah ini. Mengikut Akta Benda Purba 1976,
monumen bermaksud “sesuatu rumah berhala, gereja, bangunan, monumen, port, kerja-
tanah, batu berdiri, keramat, gua atau sesuatu yang dibina, didirikan atau digali, dan
sesuatu kubur, batas kubur atau lain-lain tempat kuburan atau sesuatu harta tak alih
yang lain dan sedemikian jenisnya atau sesuatu bahagian daripadanya atau bekasnya,
yang dipelihara bagi kepentingan awam, oleh sebab ada kaitannya dengan kepentingan
agama, sejarah, tradisi atau kaji purba, dan termasuklah tapak tanah sesuatu monumen
dan bahagian-bahagian tanah yang bersambungan dengan tapak tanah itu yang mungkin
dikehendaki untuk memagari atau melengkongi atau memelihara secara lain sesuatu
monumen dan untuk jalan masuk ke monumen itu.”
18
2.4.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), bahagian XII, perkara 101
menyebut tentang kuasa tambahan yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan.
Akta ini juga menerangkan tentang kuasa pihak berkuasa tempatan bagi melakukan
segala atau mana-mana perkara yang disebut dalam akta ini.
Seksyen C (iv) dalam akta ini menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan di
beri kuasa untuk memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan kepakaran dan juga
mendapatkan hak pemilikan bangunan bersejarah tersebut untuk tujuan pengekalan.
Seksyen ini juga memperuntukan bahawa pihak berkuasa tempatan turut diberi
kuasa untuk menyumbang kepada penjagaan bangunan bersejarah dan mengambil balik
tanah tersebut untuk tujuan lain seperti mengadakan taman awan, taman rekreasi,
tempat terbuka, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya atau dengan tujuan yang
berkaitan dengan penjagaan dan penyenggaraan bangunan atau tapak bersejarah
tersebut.
2.4.4 Rang Undang-undang Warisan Kebangsaan 2005
Rang Undang-undang Warisan Kebangsaan 2005 disediakan bertujuan untuk
mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebangsaan,
warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan
di bawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan. Seperti akta-akta
lain, dalam rang undang-undang ini, pada Bahagian II, Seksyen 3(1) juga ada menyebut
tentang tanggungjawab seorang Menteri untuk menyediakan atau mengeluarkan dasar,
19
pernyataan atau arahan berkenaan dengan apa-apa perkara, urusan, strategi atau
pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan di negara kita.
Memandangkan kos merupakan antara masalah yang wujud dalam menjalankan
proses pemuliharaan, akta ini telah mejuwudkan satu dana khas iaitu „Kumpulan Wang
Wasrisan‟ di bawah bahagian V, seksyen 20 (1). Sehubungan dengan itu,
memandangkan tabungan itu telah diwujudkan bahagian V, seksyen 21 (a), (b), (c), dan
(d) dalam akta ini menjeleskan bahawa segala perbelanjaan yang perlu
dipertanggungkan pada Kumpulan Wang ini termasuklah pembayaran bagi pembelian
warisan dan kawasan pemuliharaan, pembayaran belanja bagi tujuan melakukan
pemuliharaan dan pemeliharaan apa-apa warisan dan kawasan pemuliharaan samada
kawasan itu dipunyai oleh Kerajaan atau selainnya. Ia juga diperuntukkan untuk
menganjurkan kempen, penyelidikan, pembelajaran, penerbitan bahan bagi
perlindungan warisan dan kawasan pemuliharaan.
Bahagian X, seksyen 72 (1) menerangkan bahawa seorang menteri boleh
mengenakan tatacara dan garis panduan yang berlainan sebagaimana yang ditetapkan
bagi pengurusan, pemuliharaan dan pemeliharaan kategori yang berlainan bagi warisan
kebangsaan. seksyen 72 (2) pula menerangkan seorang menteri juga berkuasa untuk
meluluskan apa-apa bantuan kewangan kepada pemunya, penjaga atau pemegang
amanah suatu warisan kebangsaan bagi mematuhi mana-mana tatacara atau garis
panduan yang telah ditetapkan.
Selain itu, bagi memastikan pemuliharaan sentiasa dijalankan bahagian VII, bab
4, seksyen 43 (1), (2), (3), dan (4) telah menerangkan bahawa seseorang pemilik tapak
warisan boleh memohon pinjaman atau pemberian daripada pesuruhjaya bertujuan
untuk menjalankan pemuliharaan dan pemeliharaan atas tapak yang dimilikinya.
Pesuruhjaya boleh mengeluarkan pemberian atau pinjaman untuk tujuan ini yang akan
dibayar daripada kumpulan wang setelah berunding dengan majlis dan pihak berkuasa
negeri.
20
2.4.5 Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
Jabatan muzium dan antikuiti Malaysia merupakan satu jabatan yang
mengeluarkan prinsip dan garis panduan pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan
yang telah diwartakan sebagai harta budaya. Bangunan-bangunan terpilih ini perlu
dikekalkan, dipulihara dan diselenggara berpandukan prinsip dan garis panduan yang
telah disediakan ini. Pihak jabatan muzium dan antikuiti Malaysia (JMA) dalam
melaksanakan matlamat bagi pengekalan warisan sejarah telah menggunakan dasar
berkonsepkan pemuliharaan atau konservasi moden iaitu menyelamat dan membangun.
2.4.5.1 Menyelamat
Mengekalkan warisan budaya negara sebagaimana keadaan yang asal iaitu dari
segi keaslian bahan, seni bina dan penggunaannya yang asal.
2.4.5.2 Membangunkan
Memanfaatkan tinggalan warisan budaya sebagai salah satu pasaran untuk
memberikan pulangan ekonomi tanpa mengabaikan objektif utamanya sebagai bukti
sejarah kepada negara.
Jabatan muzium dan antikuiti Malaysia (JMA) menggunakan pendekatan
penyesuaian gunaan atau adaptive-reuse dalam menyelamat dan membangunkan
warisan sejarah. Jabatan ini telah merealisasikan pendekatan ini terhadap projek-projek
pemuliharaan di seluruh Malaysia, antaranya pemuliharaan muzium dan galeri di tapak-
21
tapak warisan seperti bangunan Kellie‟s Castle di Perak, Kubu Marghareta di Sarawak,
Pusat Informasi Chimney di Labuan dan Istana Besar di Kedah. (Siti Norlizaiha, 2006)
2.5 Garis Panduan Pemuliharaan Monumen dan Tapak Bersejarah di
Malaysia
Garis panduan ini secara ringkas telah menerangkan kerja-kerja yang perlu
diikuti dalam perlaksanaan pemuliharaan bangunan dan monumen lama yang
diwartakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, garis panduan ini belum menjadi syarat
mutlak bagi Jabatan Muzium dan Antikuiti tetapi dengan adanya penetapan syarat ini
akan dapat membantu agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
melaksanakan kerja-kerja seumpamanya.
2.5.1 Penyelidikan
Menurut Zurany Rahman (2006), penyelidikan merupakan satu proses awal
untuk mengkaji dan menjawab persoalan berhubung kerja-kerja pemuliharaan seperti
sejarah bangunan, senibina struktur dan bahan binaan asal yang digunakan.
Penyelidikan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu penyelidikan sejarah dan
penyelidikan senibina.
22
2.5.1.1 Penyelidikan Sejarah
Penyelidikan sejarah ini adalah merangkumi sejarah pembinaan dan penggunaan
monumen atau tempat sejarah tersebut dari mula asal ianya didirikan. Ianya adalah
untuk menentukan tahap kepentingan monumen tersebut dari segi sejarah. (Noraziah
Hamid, 2000)
2.5.1.2 Penyelidikan Senibina
Penyelidikan senibina juga adalah penting bagi menentukan unsur-unsur yang
diterapkan pada binaan tersebut dan juga perubahan ataupun perkembangan yang telah
berlaku keatasnya. Melalui kajian senibina ini akan dapat menentukan kaedah dan
konsep pemuliharaan yang akan di pilih samada untuk membuat pemulihan,
pengekalan, penjagaan ataupun pembinaan semula.
2.5.2 Kajian Pemuliharaan
Kajian pemuliharaan yang perlu dilakukan adalah seperti kajian tanah tapak,
kajian landskap, kajian bahan binaan dan kajian alam sekitar. Kajian tanah tapak
meliputi penyiasatan tanah dan ekskavasi arkeologi bagi mengesan struktur dan artifak
yang tertimbus. Kajian bahan binaan merangkumi penilaian semula struktur bangunan
melalui pelbagai jenis ujian yang dijalankan. Ia juga turut membantu membuat
keputusan kaedah pemuliharaan yang sesuai berdasarkan faktor kerosakan yang
dikenalpasti.
23
2.5.3 Penyediaan Lukisan dan Pelan
Penyediaan pelan yang diperlukan tidak sama seperti pembinaan baru
sebaliknya keadaan bangunan sedia ada perlu diukur bagi penyediaan yang akan
merekodkan segala kerosakan. Ianya juga dikenali “Historical American Building
Survey” iaitu piawai dalam melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan bangunan dan
monumen untuk negara Amerika dan telah diubahsuai kepada “Historical Architecture
Building Survey” oleh pihak Muzium Negara supaya ia bersesuaian dengan
kegunaannya di Malaysia. (Zurainy Rahman, 2006)
2.6 Bentuk dan Kerja Pemuliharaan Bangunan Lama
Menurut Kamarul Syahril (2007), pendekatan dalam pemuliharaan lazimnya
tidak dapat lari dari kehilangan nilai dalam sesebuah bagunan bersejarah. Walaupun
kecil dan ia tidak dapat dielakkan tetapi kerja pemuliharaan tetap perlu dilakukan dalam
usaha untuk mengekalkan keseluruhan objek untuk masa hadapan. Pemuliharaan secara
umumnya melibatkan pendekatan dibuat ke atas sesebuah bangunan bersejarah dalam
skala yang pelbagai samada kecil atau besar dan tahap kesungguhannya pula
bergantung kepada keadaan fizikal bangunan, punca kerosakan dan jangkaan
persekitaran bangunan pada masa hadapan serta kaedah rawatannya. Sehubungan
dengan itu, sebanyak tujuh pendekatan yang sering digunakan dalam kerja
pemuliharaan telah dikenalpasti dan pendekatan ini ada yang boleh dilaksanakan
serentak dalam satu-satu kerja pemuliharaan.
24
2.6.1 Pencegahan (Prevention)
Pencegahan melibatkan usaha melindungi bangunan dengan mengawal alam
persekitaran yang secara tidak langsung mencegah agen kereputan dan kerosakan dari
menjadi aktif.
2.6.2 Pengekalan (Preservation)
Objektif pengekalan ialah untuk mengekalkan sesuatu dalam keadaan asal. Kerja
pembaikan hendaklah dijalankan jika perlu dalam usaha untuk mencegah kerosakan dari
berlaku pada masa akan datang.
2.6.3 Pengukuhan (Consolidation)
Pengukuhan ialah tambahan dalam bentuk fizikal atau aplikasi menggunakan
bahan tambahan atau bahan sokongan ke atas struktur asal, bertujuan untuk meneruskan
ketahanan atau integritinya.
25
2.6.4 Pengembalian Semula (Restoration)
Pengembalian semula ialah untuk menghidupkan semula konsep ketulenan yang
terdapat pada sesebuah bangunan. Ia mengambil kira ketulenan bahan, bukti arkeologi,
rekabentuk asal dan dokumentasi rujukan dari sumber lain.
2.6.5 Pemulihan (Rehabilitation)
Pemulihan boleh dilakukan dengan sedikit pengubahsuaian ke atas fungsi
bangunan tanpa menjejaskan struktur dan rekabentuk bangunan secara menyeluruh.
2.6.6 Pengeluaran Semula (Reproduction)
Pengeluaran semula merangkumi penyalinan sesebuah artifak lazimnya
bertujuan untuk menggantikan bahagian komponen yang hilang atau reput agar nilai
estetik secara keseluruhannya terpelihara.
26
2.6.7 Pembinaan Semula (Reconstruction)
Pembinaan semula adalah perlu hanya jika ia telah musnah disebabkan
malapetaka seperti kebakaran atau bencana alam seperti gempa bumi dan perbuatan
manusia seperti peperangan. Selain daripada faktor itu, pembinaan semula adalah tidak
digalakkan. Pembinaan semula juga tidak terikat dengan faktor usia tetapi perlulah
merujuk kepada kerja dokumentasi dari bahan sejarah dan bukanlah hanya tekaan
semata-mata.
2.7 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Semasa Proses Pemuliharaan
2.7.1 Pemuliharaan Landskap
Setiap bangunan yang didirikan mempunyai landskapnya sendiri. Pemuliharaan
landskap juga perlu dititik beratkan jika sesebuah monumen itu hendak dipulihara.
Pemuliharaan landskap ini hanya dapat dilaksanakan berdasarkan kepada dokumen-
dokumen lama, tradisi rumpun bangsa pembinaannya dan juga melalui kerja-kerja
tinjauan dan ekskavasi arkeologi yang dilaksanakan. Bagi bangunan yang mana
landskapnya tidak dapat dikenalpasti, maka penelitian hendaklah dibuat berdasarkan
ciri-ciri bangunan dan juga tradisi rumpun bangsa pembinaannya.
27
2.7.2 Pemuliharaan Fasad dan Elevasi
Telah menjadi kebiasaan kebanyakan monumen dan tapak tanah bersejarah
mengalami tokok tambah samada dibahagian fasadnya atau bahagian-bahagian lain
struktur. Antara perkara yang menyebabkan perubahan ini terjadi adalah kerana sejarah
penggunaannya yang berubah-ubah mengakibatkan tindakan pengguna yang sewenang-
wenangnya menokok tambah binaan pada jasad bangunan mengikut keperluan keadaan
semasa. Selain itu, keperluan kekuatan struktur yang berbeza atau berlaku kegagalan
yang memerlukan penggantian atau pembaikan bahagian struktur juga menyebabkan
berlakunya perubahan pada monumen bersejarah.
Dalam melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan ini bukan sahaja perlu menitik
beratkan dari segi keperluan bangunan ini secara individu sahaja, tetapi juga ianya perlu
diteliti secara mikro dan menyeluruh di dalam sesebuah zon kawasan persekitarannya.
Justeru itu, satu sistem pemuliharaan secara pembahagian zon atau kelompok telah
diperkenalkan terutamanya bagi sesuatu kawasan yang mengandungi pelbagai era
binaan bangunan dan manumen bersejarah yang mempunyai nilai dan kepentingan yang
tinggi untuk dikekalkan.
2.7.3 Pemuliharaan Bumbung
Setiap bangunan yang didirikan mempunyai ciri-ciri seni bina dan fungsinya
yang tersendiri berdasarkan kehendak pemilik dan juga bahan-bahan binaan yang ada
dipasaran serta teknologinya. Ciri-ciri seni bina bumbung dan bahan-bahannya adalah
merupakan salah satu imej yang melambangkan identiti bangunan yang dibina. Atap
28
yang digunakan biasanya terdiri daripada bahan organik, seramik dan bahan logam
seperti zink serta kuprum.
Atap yang menggunakan bahan organik seperti daun nipah dan rumbia adalah
sangat sukar untuk dipelihara. Kebiasaannya bahan ini akan ditukar keseluruhannya.
Bagi atap bangunan yang diperbuat dari logam seperti zink, keadaannya juga sama
seperti atap mneggunakan bahan organik. Keadaan iklim di negara ini boleh
menyebabkan berlakunya pengaratan bagi bahan ini dan memerlukan penggantian
sepenuhnya tetapi ia perlulah dari jenis yang sama dengan yang asal. Atap genting
terutamanya dari tanah liat tahan lebih lama dan dapat dikekalkan. Biasanya, atap ini
perlu dibasuh dengan alkali atau air biasa dan kemudian disembur dengan ammonia
bagi tujuan membunuh microbiological yang tumbuh dan seterusnya disapu silikon
dengan tujuan mengurangkan kadar liang-liang kecil dan seterusnya meningkatkan
kekuatannya.
2.7.4 Pemuliharaan Bahan-bahan Kayu dan Bahan Organik
Bahan-bahan binaan kayu dan organik sangat memerlukan penelitian yang
mendalam agar keadaanya tidak terjejas. Bahan-bahan ini biasanya akan menjadi reput
kerana serangan serangga perosak seperti anai-anai dan kumbang kayu. Pemuliharaan
ke atas bahan-bahan ini perlu dilaksanakan secara berperingkat.
29
2.7.4.1 Pembersihan
Kerja-kerja pembersihan perlu dilaksanakan terlebih dahulu iaitu dengan
menyapu atau menggunakan penyedut habuk untuk menanggalkan segala kekotoran dan
habuk-habuk yang ada. Bagi membersihkan bahan-bahan ini adalah ditegah dari
menggunakan air kerana ia akan menyebabkan kelembapan dan mengakibatkan
kerosakan.
2.7.4.2 Penelitian dan Penyambungan
Pada peringkat ini, pemeriksaan keadaan fizikal bahan dari sebarang kerosakan
akan dibuat. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, bahagian tersebut akan digantikan
dengan bahan dari jenis yang sama dengan teknik penyambungan yang sesuai tanpa
menjejaskan kekuatan dan fungsinya.
2.7.4.3 Rawatan Menggunakan Bahan Kimia
Bahan yang telah siap dipulihara akan dipasangkan semula pada bahagian
tempat asalnya. Adalah penting supaya bahan tersebut dirawat terlebih dahulu dengan
menggunakan bahan kimia seperti „ammonia‟ atau lain-lain bahan yang dapat mencegah
makhluk perosak dan serangan „microbiological‟. Penggunaan „timber wax‟ juga dapat
melindungi bahan dari kelembapan dengan sifatnya yang kalis air serta membantu
melawan tindak balas cahaya dan haba.
30
2.7.5 Pemuliharaan Cat dan Warna
Pemuliharaan cat dan warna bagi bangunan dan monumen di negara kita adalah
di tahap yang hampir-hampir tidak memungkinkan ianya dapat dilaksanakan. Ianya
disebabkan oleh faktor kebanyakan cat pada bangunan dan monumen sering dilapiskan
berkali-kali dan warna yang bertukar-tukar dengan kualiti cat yang berbeza-beza. Pada
kebiasaannya cat hanya dapat dikaji dari segi warna dan jenis catnya, sedangkan cat dan
warna asal tidak dapat dipulihara. Proses yang boleh dilaksanakan adalah seperti
berikut:
2.7.5.1 Pembersihan Cat
Sebelum pembersihan cat dilakukan cat terlebih dahulu perlu dikaji bagi
mendapatkan simpanan rekod dan mengenal pasti warna serta jenis cat yang telah
digunakan. Cat biasanya terdiri daripada dua jenis iaitu cat yang berorientasikan bahan
air manakala satu lagi ialah bahan minyak. Cat yang dibersihkan dengan
mengompelkannya menggunakan „scrapper‟ atau bahan penggal cat „paint remover‟
tanpa menjejaskan permukaan bangunan atau bahan.
2.7.5.2 Mengecat Semula
Kerja-kerja mengecat semula hendaklah menggunakan cat dari bahan dan warna
yang sama seperti yang diperolehi dari kajian warna supaya ia sama dengan yang asal
atau mula-mula ia didirikan. Bagi kes bangunan yang asalnya tidak dicat tetapi
kemudiannya dicat, maka sebaik mungkin bangunan ini tidak perlu dicat.
31
2.7.6 Penggantian Bahan-bahan Binaan
Penggantian bahan binaan adalah dilarang sama sekali dalam melaksanakan
kerja-kerja pemuliharaan. Hal ini adalah kerana ia akan menyebabkan sesebuah
monumen itu akan hilang identiti dan keaslian pembinaannya. Walau bagaimanapun
jika ia terpaksa dilakukan maka hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
2.7.6.1 Jenis yang sama
Bahan yang diganti hendaklah dari jenis yang sama seperti bahan yang asal. Jika
boleh, perlu didapatkan dari sumber yang sama.
2.7.6.2 Ukuran yang sama
Selain dari jenis yang sama, ukuran saiz bahan tersebut juga perlu sama seperti
yang asal.
2.7.6.3 Tenik Pemasangan yang sama
Teknik pemasangan juga perlu sama samada dari segi susunannya mahupun
bentuk pemasangannya.
32
2.7.6.4 Menandakan Bahan yang Baru
Semua bahan yang baru dipasang hendaklah ditandakan tarikh pemasangannya
dengan bahan yang kekal agar mudah untuk dikenalpasti.
2.8 Klasifikasi Tahap Kepentingan Bangunan Lama di Malaysia
Bangunan-bangunan lama ini perlu dikategorikan supaya dapat menentukan
tahap kepentingannya. Ciri-ciri klasifikal tersebut adalah seperti berikut:
2.8.1 Kelas A
Bangunan lama yang mempunyai kepentingan sejarah dan ciri-ciri seni
bangunan yang unik yang perlu dikawal dan dipelihara keseluruhannya.
2.8.2 Kelas B
33
Bangunan-bangunan lama yang menarik dari segi senibina yang memerlukan
pemuliharaan.
2.8.3 Kelas C
Bangunan-bangunan yang tidak perlu disenaraikan mengikut undang-undang
tetapi perlu dikawal dari segi fasad dan bumbung untuk menjadi elemen penting dalam
mencantikkan dan mengindahkan jalan-jalan di kawasan bandar.
2.9 Masalah dan Cabaran
Terdapat pelbagai jenis masalah dan cabaran yang perlu dihadapai dalam
melaksanakan kerja-kerja pemuliharan di Malaysia. Yang pertamanya ialah kurang
kerjasama dari pemilik bangunan warisan milik persendirian serta kurangnya kesedaran
pemilik rumah terhadap kepentingan memulihara bangunan warisan. Walaupun Pihak
Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa mutlak untuk memberi arahan berkaitan
sebarang kerja-kerja pemuliharaan, namun kurangnya pemahaman dari pemilik
monumen bersejarah akan menjadikan perkara ini semakin rumit.
Selain itu, masalah lain yang sering dihadapi adalah seperti tidak mempunyai
peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan ini. Sikap
pemilik bangunan warisan yang hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan tanpa
ada sebarang usaha untuk memulihara sendiri bangunan mereka juga menyebabkan
34
kepada masalah dalam usaha melaksanakan pemuliharaan bangunan lama. Hal ini
menyebabkan semakin banyak monumen bersejarah terbiar begitu sahaja tanpa ada
sebarang usaha untuk memulihkannya.
Cabaran utama yang perlu ditempuhi dalam menangani isu pemuliharaan
bangunan lama pula adalah bagaimana untuk mengekalkan kawasan warisan yang
ditelan arus pembinaan moden yang semakin pesat, bersaing dengan kemajuan bahan
binaan baru yang lebih praktikal, mudah dan jauh lebih murah berbanding bahan asal
serta bagaimana memberikan pendidikan serta taklimat kesedaran kepada orang ramai.
2.10 Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Lama
Kepentingan pemuliharaan akan memberikan gambaran dari sudut di mana
bangunan atau monumen akan dipulihara. Terdapat beberapa kepentingan yang diambil
kira seperti:
2.10.1 Kepentingan Sejarah
Perkara penting yang ditekankan agar pemuliharaan dilaksanakan ke atas
bangunan dan monumen ialah atas dasar kepentingan sejarah, di mana pengekalannya
akan dijadikan sebagai bahan bukti untuk tatapan dan rujukan masa hadapan.
35
2.10.2 Kepentingan dan Peraturan Senibina
Perkembangan dan kemajuan seni bina yang telah berlaku adalah satu catatan
yang ingin dikekalkan demi perkembangan bidang ini dimasak hadapan. Catatan dalam
bentuk ini juga dijadikan sebagai identiti mengwakilkan masyarakat setempat serta
sebagai ukuran mengenai ketamadunan bangsa sesebuah negara di masa lampau.
2.10.3 Mengingatkan Kembali Kenangan Masa Lampau
Pengekalan bangunan dan monumen tapak tanah bersejarah juga memberikan
kesan psikologi kepada orang ramai untuk menegangkan kembali perkaitan untuk
peristiwa-peristiwa penting masa lalu. Melalui kenangan peristiwa masa lampau sedikit
sebanyak dapat menanamkan semangat jati diri, nasionalisme dan kenegaraan.
2.10.4 Kepentingan Budaya
Aktiviti-aktiviti ekonomi dan kebudayaan tradisional masih berjalan memberi
kepentingan kepada ciri-ciri tempat itu termasuk samada melalui ciri nilai estetik,
sejarah, saintifik atau sosial tanpa membuat sebarang penekanan kepada aspek-aspek
lain sehingga mengubah sifat asal.
36
2.10.5 Kepentingan Ekonomi dan Pelancongan
Memandangkan pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan
sesebuah negara atau kawasan. Bangunan yang telah melalui proses pemuliharaan akan
beroperasi dengan lebih baik dan boleh mendatangkan pulangan yang lebih
menguntungkan. Sebagai contoh, bangunan hotel pertama di Pulau Pinang yang
beroperasi dalam bangunan lama zaman kolonial dibaikpulih dan diubahsuai menjadi
hotel bertaraf tiga bintang selari dengan tujuan pelancongan.(Mas Hafizah, 2006)
2.10.6 Meningkatkan Tarafnya
Melalui kerja-kerja pemuliharaan ini maka ianya dapat memungkinkan ekonomi
setempat dari sudut pelancongan. Dari sudut penggunaannya pula, ianya memberikan
fungsi baru yang akan memastikan bangunan dan monumen itu akan terus dapat
memberikan khidmat daripada dibiarkan musnah tampa penyelenggaraan.
2.10.7 Seimbangkan Integrasi Pembangunan
Bagi bangunan yang berada dalam tapak kawasan yang strategik, terutamanya
kawasan tumpuan umum seperti kawasan bandar, kerja pemuliharaan ini dapat
menyeimbangkan nilai estetika rupa bentuk fasad selain daripada pembinaan bangunan-
bangunan baru dan pencakar langit. Ini memberikan suasana yang lebih harmoni.
37
2.11 Kesimpulan
Kesimpulannya setiap bahagian bangunan yang akan dipulihara akan menjalani
kajian dan rawatan yang akan memastikan keadaannya baik, kukuh dan selamat untuk
digunakan semula tanpa perubahan fizikal yang jelas serta dalam masa yang sama
memastikan nilai estetika asalnya terpelihara. Setiap masalah haruslah diselesaikan
dengan pendekatan yang paling relevan dengan berpandukan kepada maklumat yang
ada serta ianya mengambil kira dari sudut sejarah dan keadaan bahan dan bangunan itu
sendiri.
Perancangan awal adalah amat penting bagi menentukan kaedah penyelesaian
yang bersesuaian agar teknik yang betul dapat diaplikasikan kepada bangunan dalam
memastikan keasliannya terpelihara. Hasil kerja pemuliharaan yang baik dapat dilihat
berdasarkan kualiti kerja selepas ianya siap di mana bangunan atau monumen berada
dalam keadaan seperti awal ianya dibina serta mencapai tahap keadaan lebih baik
daripada sebelum kerja.
38
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan kaedah kajian atau cara yang akan dijalankan bagi
mendapatkan data-data analisis yang bertujuan untuk mencapai kehendak objektif
penyelidikan. Beberapa perkara perlu dibincangkan untuk memastikan objektif
penyelidikan dapat dicapai. Perkara-perkara berikut termasuklah reka bentuk kajian,
lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, jangka masa kajian, prosedur pencerapan
data, kaedah analisis data, serta struktur soalan temubual yang akan dijalankan bagi
tujuan mendapatkan data. Semua perkara yang disenaraikan akan dibincangkan secara
terperinci untuk memudahkan kajian diteruskan dengan lancar.
Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah kuanlitatif. Kaedah
kuanlitatif ini termasuklah mengadakan temu bual dengan kontraktor yang
berpengalaman dan sedang menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Selain itu,
pemerhatian di tapak juga akan dijalankan bagi mendapatkan data-data yang diperlukan
berkaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan. Kajian kes akan diselidik dan pelaksanaan
39
kos dapat dikenal pasti. Teknik dan prosedur untuk setiap kerja-kerja pemuliharaan
akan diterangkan secara terperinci untuk menunjukkan faktor yang memberi kesan
kepada pelaksanaan kos. Kajian ini juga akan dijalankan dengan menggunakan kajian
literatur yang akan dikumpulkan. Kaedah ini termasuklah mendapatkan maklumat dan
data dari duku, jurnal, surat khabar, rencana, makalah, artikel dan juga maklumat-
maklumat dari internet.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Walaupun terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam mendapatkan
maklumat dan data, penyelidik memilih kaedah kajian kes dalam penyelidikan ini. Hal
ini adalah kerana ketepatan maklumat yang akan diperolehi dengan melakukan kajian
yang lebih mendalam terhadap masalah yang berhubung dengan faktor-faktor untuk
mengenal pasti kecacatan yang ada pada bangunan lama serta mengetahui kaedah yang
digunakan untuk menyelesaikannya. Melalui kaedah kajian kes, alat pengumpulan data
yang digunakan bagi mengerakkan kajian adalah teknik tinjauan awal serta sesi
temubual.
3.3 Lokasi Kajian
Merujuk kepada skop kajian yang dijelaskan dalam Bab 1, penyelidik telah
memilih untuk mengadakan kajian di Pulau Pinang. Hal ini adalah kerana di Pulau
Pinang terdapat banyak bangunan-bangunan lama dan monumen bersejarah
40
memandangkan Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan sebagai bandar warisan oleh
United Nation Education, Science and Culture Organization (UNESCO).
3.4 Sampel Kajian
Memandangkan kajian ini menggunakan kajian kes sebagai kaedah utama,
penyelidik perlu mendapatkan persetujuan dari pemilik bangunan sebelum kerja
penyelidikan boleh dibuat bagi memudahkan proses untuk mendapatkan data dan
maklumat yang berkaitan. Beberapa bangunan lama telah dilawati terlebih dahulu untuk
mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan bangunan tersebut. Setelah
menjalankan proses ini, kajian selanjutnya akan diteruskan bagi bangunan yang telah
diberi persetujuan oleh pihak pengurusan untuk kajian ini.
3.5 Instrumen Kajian
Instrumen bagi kajian ini adalah menggunakan teknik permerhatian di tapak
untuk mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan. Selain itu, penyelidik
juga perlu mendapatkan data-data penting dari pemilik bangunan atau pihak kontraktor
bagi memastikan analisis dapat dijalankan. Soalan-soalan yang ditanya adalah
bersandarkan dari maklumat-maklumat yang diperolehi dari kajian literatur yang telah
disemak dan ditapis oleh pihak-pihak tertentu bagi selari dengan objektif kajian.
Teknik temubual adalah satu teknik yang perlu menggunakan kemahiran
komunikasi yang baik supaya pihak responden tidak teragak-agak untuk memberi
41
kerjasama yang padu. Penyelidik memilih teknik ini adalah disebabkan maklumat yang
akan diperolehi dari teknik temubual adalah lebih tepat disamping mendapat penjelasan
yang lebih terperinci.
3.6 Jangka Masa Kajian
Tempoh pengumpulan data kajian mengambil masa selama 3 bulan yang
bermula awal November 2009 dan tamat pada akhir Januari 2010.
3.7 Prosedur Pencerapan Data
Kajian ini dimulakan dengan membuat tinjauan awal ke atas kawasan yang
mempunyai bangunan lama sebagai lokasi tapak untuk menjalankan kajian. Setelah
persetujuan diperoleh dari pihak pengurusan bangunan tersebut, kajian akan diteruskan
untuk peringkat berikutnya. Seterusnya sesi temubual tidak berstruktur bersama pemilik
bangunan tersebut dan juga kontraktor yang telah menjalankan proses pemuliharaan
bagi bangunan tersebut akan dijalankan. Sesi temubual dimulakan dengan mengatur
beberapa pertemuan samada ketika di lokasi kajian mahupun di luar waktu operasi
pembinaan beliau.
42
3.8 Kaedah Analisis Data
Data yang diperolehi akan dianalisis secara berperingkat. Semua data yang
dikumpulkan akan dianalisa supaya dapat memenuhi dan mencapai matlamat objektif
penyelidikan. Data teoritikal akan dianalisa secara pemikiran literal.
43
BAB 4
ANALISIS PENYELIDIKAN DAN RUMUSAN
4.1 Pengenalan
Malaysia merupakan wadah tumpuan yang sangat meluas dan mempunyai
kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Ini dapat dilihat pada struktur dan tapak
tinggalan bangunan lama yang terdapat di Malaysia. Kepelbagaian budaya ini dapat
juga dilihat dalam bentuk tradisional seperti perayaan, makanan, pakaian dan senibina.
UNESCO (United Nation Educational, Scientific and Cultural Organisation) telah
mengenalpasti George Town dan Melaka sebagai tapak warisan dunia. Kedua-dua
bandar ini telah disenaraikan sebagai bandar bersejarah pada 7 Julai 2008. Oleh yang
demikian analisis penyelidikan bagi kajian ini telah mengambil kira beberapa bangunan
lama yang terdapat di Pulau Pinang. Bangunan ini termasuklah:
1. Wawasan Open Universiti (Bangunan Pentadbiran), Pulau Pinang.
2. Rumah Agam Cheong Fatt Tze, Pulau Pinang.
3. Rumah Suffolk, Pulau Pinang.
4. Kota Cornwallis, Pulau Pinang.
44
4.2 Wawasan Open Universiti, Pulau Pinang
Rajah 4.1: Bangunan Wawasan Open Universiti
Rumah ladang ini telah direka bentuk oleh James Stark dari sebuah firma
arkitek, Stark dan McNeil Engineers pada tahun 1919. Ia direka bentuk kepada seorang
pemilik iaitu Lim Mah Chye, bapa kepada Lim Chin Guan yang merupakan Pengarah
Urusan Eastern Shipping Company di Pulau Pinang. Rumah agam ini direka bentuk
untuk mengingati pengaruh sebuah rumah kampung Inggeris iaitu „Holkham Hall‟ yang
terletak di Norfolk, England yang mana ia telah direka bentuk oleh William Kent pada
tahun 1734. Rumah agam ini kemudiannya diwarisi oleh pengasas Bank Ban Hin Lee,
iaitu Yeap Chor Ee. Selepas memperoleh rumah agam tersebut, beliau melakukan
penyenggaraan terhadap bangunan tersebut dan membolehkannya berdiri teguh
sehingga ke hari ini. Sehingga kini, rumah agam ini merupakan salah satu bangunan
rumah agam bersejarah mewah yang terdapat di sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah.
45
Rumah agam ini dibina dua tingkat dengan pelan berbentuk „E‟. Ia direka
bentuk bercirikan Neo-klasikal dengan deretan tiang yang sangat menarik dan
menunjukkan ciri-ciri mewah di bahagian depan bangunan tersebut. Di sepanjang
serambi anjung pintu masuk rumah agam ini terdapat tiang Roman, hiasan pedimen dan
sepasang menara yang menunjukkan seni bina yang unik pada rumah agam tersebut.
Antara bahan yang digunakan untuk bangunan ini termasuklah bahan lepa, kayu, batu
granit, batu-bata, bumbung tanah liat (clay roof tile), marmar dan kaca. Setelah rumah
agam ini dibaik pulih, ia kemudian diambil dan di pantau oleh UNESCO dan kemudian
rumah agam ini telah dijadikan sebagai bahagian pentadbiran untuk Wawasan Open
Universiti. (En. Schul Fajar, 2009)
4.2.1 Kecacatan Bangunan
Bangunan ini telah mengalami pelbagai kerosakan dan ia perlu dibaikpulih
untuk membolehkan bangunan ini dapat digunakan semula.
4.2.1.1 Bumbung
Genting bumbung yang asal adalah jenis Marseilles yang telah dipasang pada
kekuda kayu. Keadaan bumbung ini sangat teruk dan didapati punca utama kerosakan
adalah disebabkan oleh kebocoran dan terdedah kepada kelembapan yang tinggi.
Kesan-kesan air dapat dilihat pada siling bangunan tersebut. Selain itu, terdapat juga
masalah-masalah lain seperti kayu reput, serangan anai-anai, dan kegagalan struktur
bumbung itu sendiri. Walau bagaimanapun, alur pada bumbung dan paip besi untuk
pengaliran air hujan masih dalam keadaan baik.
46
4.2.1.2 Siling
Papan kayu, lepaan siling, dan panel yang diperbuat dari logam adalah
kebanyakannya digunakan untuk binaan siling pada bangunan tersebut. Sebahagian
besar siling menghadapi masalah yang disebabkan oleh kayu reput, serangan anai-anai,
dan berkarat. Hal ini adalah kerana disebabkan oleh kebocoran dan berlakunya proses
kondensasi dari salur sistem penghawa dingin serta kelembapan dari bumbung
bangunan. Terdapat juga kesan-kesan air yang dapat dilihat pada siling bangunan
tersebut.
Rajah 4.2: Keadaan bumbung
sebelum dibaikpulih
(Sumber: diberi oleh pihak
pengurusan bangunan)
Rajah 4.3: Keadaan bumbung
setelah dibaikpulih
47
4.2.1.3 Tiang dan Dinding.
Kebanyakan tiang dan dinding yang terdapat pada bangunan itu telah terjejas
kerana kandungan garam dalam udara memandangkan bangunan tersebut dibina di
kawasan tepi pantai. Selain itu, kenaikan lembapan juga telah menyebabkan kerosakan
pada struktur tiang dan dinding bangunan tersebut. Kerja-kerja melepa pada tiang dan
dinding bangunan didapati telah pecah berderai dan juga melepuh. Hal ini telah
menyebabkan berlakunya masalah lain seperti cat mengelupas dan juga menyebabkan
berlakunya rekahan. Pada beberapa kawasan, lepaan simen telah digunakan untuk
tujuan dan kerja-kerja baik pulih kawasan tersebut. Oleh kerana, serangan kandungan
garam dalam udara dan kenaikan lembapan, sebahagian tiang dan dinding menghadapi
masalah seperti kulat dan fungus serta tumbuh-tumbuhan.
Rajah 4.4: Keadaan siling
sebelum dibaikpulih
(Sumber: diberi oleh pihak
pengurusan bangunan)
Rajah 4.5: Keadaan siling
setelah dibaikpulih
48
4.2.1.4 Lantai
Lantai berubin digunakan pada seluruh bahagian lantai tingkat bawah bangunan
tersebut. Kemasan marmar digunakan pada ruang kawasan menyambut tetamu. Papan
lantai kayu digunakan pada tingkat satu bangunan tersebut. Marmar dan mozek yang
terdapat pada lantau bangunan tersebut sangat kotor dan perlu dibersihkan serta
dikilatkan semasa kerja-kerja baik pulih dijalankan. Sebahagian papan lantai kayu yang
rosak disebabkan oleh pereputan dan serangan anai-anai perlu diganti.
Rajah 4.6: Keadaan dinding
sebelum dibaikpulih
(Sumber: diberi oleh pihak
pengurusan bangunan)
Rajah 4.7: Keadaan dinding
setelah dibaikpulih
Rajah 4.8: Keadaan lantai
sebelum dibaikpulih
(Sumber: diberi oleh pihak
pengurusan bangunan)
Rajah 4.9: Keadaan lantai
setelah dibaikpulih
49
4.2.1.5 Tangga
Terdapat beberapa jenis tangga yang berbeza didapati pada bangunan tersebut.
Tangga pada bahagian dalam bangunan termasuklah tangga utama menggunakan bahan
seperti kayu keras dan juga marmar. Hamparan permaidani digunakan sebagai penutup
papak anak tangga pada tangga utama. Manakala, tangga di bahagian luar bangunan
pula menggunakan bahan seperti granit simen untuk anak tangga. Kebanyakan tangga
masih dalam keadaan baik. Walau bagaimanapun, ia masih perlu dibersihkan dan
dibaiki untuk memastikannya selamat digunakan.
Rajah 4.10: Keadaan tangga
sebelum dibaikpulih
(Sumber: diberi oleh pihak
pengurusan bangunan)
Rajah 4.11: Keadaan tangga
setelah dibaikpulih
50
4.2.1.6Struktur Kayu
Struktur kayu banyak digunakan untuk sambungan lantai, sambungan siling dan
juga papan lantai. Semasa melaksanakan kerja-kerja baik pulih, ia ditemui dalam
pelbagai keadaan. Sebahagian dari struktur ini perlu diganti dengan yang baru manakala
sebahagian lagi perlu dibaiki. Jenis kayu dan kekuatannya sangat penting dan perlu
dikenal pasti untuk kerja-kerja baik pulih.
4.2.1.7 Pintu dan Tingkap
Pintu dan tingkap luar bangunan didapati berada dalam keadaan agak baik.
Semua struktur pintu dan tingkap dibina menggunakan rangka kayu dengan kaca. Pintu
dan tingkap yang lebih terdedah kepada hujan lebat, haba yang tinggi dari cahaya
matahari dan udara laut, kebanyakan rangkanya mengalami kecacatan seperti cat
mengelupas.
Rajah 4.12: Keadaan pintu
sebelum dibaikpulih
(Sumber: diberi oleh pihak
pengurusan bangunan)
Rajah 4.13: Keadaan pintu
setelah dibaikpulih
51
4.2.1.8 Elemen Hiasan
Antara unsur-unsur hiasan yang terdapat pada bangunan ini ialah birai hias
(cornices) dan birai tangga (balustrade). Kebanyakan elemen-elemen hiasan ini berada
dalam keadaan agak baik kecuali beberapa birai hias telah mengalami sedikit kerosakan
kerana cat mengelupas dan terdapat pertumbuhan fungus dan kulat pada struktur
tersebut. Pertumbuhan fungus dan kulat adalah disebabkan oleh lembapan pada dinding
atau mungkin disebabkan oleh kerana permukaan dinding telah diserang oleh lembapan
udara pada ruang sesebuah bilik. Selain itu, kecacatan ini juga adalah disebabkan oleh
kerana titisan air pada dinding yang disebabkan oleh kerosakan pada struktur bumbung.
4.2.1.9 Sistem Pengaliran Air Hujan dan Sistem Saliran
Sistem pengaliran air hujan termasuklah alur atau longkang dan juga paip
mengalami kerosakan yang sangat teruk. Ia bukan sahaja teruk malah turut
mengandungi daun-daun dan sisa kotoran yang disebabkan oleh limpahan air semasa
hujan lebat. Sistem saliran pula perlu dibaiki kerana terdapat beberapa kawasan yang
mengalami retakan dan dipenuhi pasir, sisa kotoran serta tumbuh-tumbuhan liar.
Rajah 4.14: Keadaan sistem
saliran sebelum dibaikpulih
(Sumber: diberi oleh pihak
pengurusan bangunan)
52
4.2.1.10Mekanikal dan Elektrik (M&E)
Peralatan M&E sedia ada perlu ditingkatkan supaya ia bersesuaian dengan
kehendak terkini dan untuk memastikan ia dapat disenggara dengan mudah. Kesemua
sistem penghawa dingin perlu diganti. Selain itu, pada kawasan-kawasan tertentu pula
perlu diletakkan sistem keselamatan kebakaran seperti pengesan asap dan perenjis atau
pemercik bagi mencegah dari berlakunya kebakaran. Candelier yang telah ditanggalkan
perlu dipasang semula.
4.2.1.11Kadar Lembapan
Memandangkan lokasi bangunan ini terletak bersebelahan dengan laut, adalah
menjadi masalah kepada bangunan kerana terdedah kepada kadar lembapan yang sangar
tinggi. Ini dapat dilihat pada permukaan lepaan dinding dan tiang bangunan tersebut.
Rajah 4.15: Keadaan sistem
wayar sebelum dibaikpulih
(Sumber: diberi oleh pihak
pengurusan bangunan)
53
Lembapan ini terjadi apabila kandungan air dalam udara sangat tinggi. Perkara ini juga
adalah disebabkan oleh kandungan garam yang terdapat dalam udara. Untuk mengatasi
masalah ini, lapis kalis lembap (damp-proof course) perlu dipasang semasa kerja-kerja
baik pulih dijalankan.
4.2.1.12Kehadiran Garam dalam Udara
Kehadiran garam dalam udara adalah disebabkan oleh kadar lembapan yang
mengandungi garam yang tinggi. Selain itu, sumber-sumber lain termasuklah bahan
urin, air laut bawah tanah, hujan asid, dan najis burung. Untuk satu tempoh jangkamasa,
garam tersebut memasuki lepaan, mortar dan seterusnya menghablur pada permukaan
batu-bata yang mana boleh melemahkan kerja-kerja lepaan dan kerja-kerja bata.
Keadaan ini dapat dilihat terutamanya pada bahagian bawah tiang dan dinding
bangunan tersebut. Penyahgaram perlu dilakukan semasa kerja-kerja baik pulih
dijalankan.
4.2.1.13Tumbuh-tumbuhan Liar
Tumbuh-tumbuhan liar tidak kira samada renek atau tinggi banyak ditemui pada
keseluruhan bangunan termasuklah sistem pengaliran air hujan, bumbung, dinding, dan
sistem saliran. Tumbuh-tumbuhan liar ini boleh terjadi adalah disebabkan oleh
kandungan lembapan yang tinggi dan benih pokok yang terperangkap pada struktur
bangunan. Sesetengah tumbuhan liar ini dapat dilihat pada rekahan dinding bangunan.
Akar pada tumbuhan liar ini boleh menyebabkan kemerosotan pada kestabilan struktur
bangunan. Lumut dan alga juga dapat dilihat pada permukaan dinding yang terdedah
kepada lembapan yang tinggi. Rawatan untuk mencegah masalah ini dapat dilakukan
54
dengan meletakkan racun pada tumbuhan liar ini bagi memastikan ia tidak akan tumbuh
semula.
Rajah 4.16: Bahagian elemen bangunan yang ditumbuhi dengan tumbuhan liar
(Sumber: diberi oleh pihak pengurusan)
55
4.2.2 Kos Pemuliharaan Wawasan Open Universiti
Jadual 4.1: Kos pemuliharaan bagi bangunan Wawasan Open Universiti
(Sumber: anggaran data kos dari En Schul Fajar, Pengurus Perkhidmatan Wawasan
Open Universiti)
ELEMEN KOS PEMULIHARAAN
(%)
KOS PEMULIHARAAN
(RM)
Bumbung 10 300,000
Siling 30 900,000
Tiang & Dinding 10 300,000
Lantai 20 600,000
Pintu & Tingkap 10 300,000
Lain-lain 20 600,000
JUMLAH 100 3,000,000
Rajah 4.17: Peratusan pecahan kos pemuliharaan bagi setiap elemen untuk bangunan
Wawasan Open Universiti
4.2.3 Analisis Kos Penyelenggaraan dan Rumusan
10%
30%
10%20%
10%
20%
KOS PEMULIHARAAN
Bumbung
Siling
Tiang &