24
Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru Menerusi Pembinaan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Leveldalam Pembelajaran Penambahan Nombor Bulat The Improvement of Teachers’ Creativity in Teaching Via the Development of ‘T Formula Circuit’ and ‘Oh My Level’ in Learning Addition of Round Numbers Fan Siong Peng, Fatihah Rosli Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Kuala Terengganu, Terengganu Abstrak Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi menambahbaikkan kreativiti pengajaran pengkaji menerusi pembinaan Litar Formula T dalam pembelajaran penambahan nombor bulat dalam Lingkungan 1 hingga 100. Kajian ini dilaksanakan berikutan maklum balas daripada pensyarah penyelia praktikum, guru pembimbing, dan rakan-rakan yang memaklumkan tahap penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) yang masih menggunakan kaedah tradisional iaitu, murid menggunakan jari untuk mengira pada lembaran kerja. Kajian ini melibatkan empat orang murid Pemulihan Khas di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Besut di Malaysia semasa menjalani praktikum fasa ketiga. Pemilihan murid- murid ini berdasarkan tinjauan awal terhadap hasil kerja harian yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah soal selidik, penulisan jurnal, dan pemerhatian berstruktur. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dan dihuraikan secara

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru Menerusi ... filepembelajaran penambahan nombor bulat dalam Lingkungan 1 hingga 100. ... dan asli yang memperlihatkan hubungan penggunaan

Embed Size (px)

Citation preview

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru Menerusi Pembinaan

‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ dalam Pembelajaran Penambahan

Nombor BulatThe Improvement of Teachers’ Creativity in Teaching Via the

Development of ‘T Formula Circuit’ and ‘Oh My Level’ in Learning Addition of Round Numbers

Fan Siong Peng, Fatihah RosliInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,

Kuala Terengganu, Terengganu

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi menambahbaikkan kreativiti pengajaran pengkaji menerusi pembinaan Litar Formula T dalam pembelajaran penambahan nombor bulat dalam Lingkungan 1 hingga 100. Kajian ini dilaksanakan berikutan maklum balas daripada pensyarah penyelia praktikum, guru pembimbing, dan rakan-rakan yang memaklumkan tahap penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) yang masih menggunakan kaedah tradisional iaitu, murid menggunakan jari untuk mengira pada lembaran kerja. Kajian ini melibatkan empat orang murid Pemulihan Khas di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Besut di Malaysia semasa menjalani praktikum fasa ketiga. Pemilihan murid-murid ini berdasarkan tinjauan awal terhadap hasil kerja harian yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah soal selidik, penulisan jurnal, dan pemerhatian berstruktur. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dan dihuraikan secara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

28

deskriptif Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat elemen yang telah mengalami proses penambahbaikan dari aspek substitute, combine, adapt, dan put to other uses. Pengkaji memupuk amalan kreativiti pengajaran dengan membina ‘Litar Formula T’ sebagai BBM dan ‘Oh My Level’ sebagai BBB. Dalam kajian ini, cara ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ digunakan untuk membantu murid-murid Pemulihan Khas mempelajari penambahan dalam Lingkungan 100dipantau dengan menggunakan senarai semak.

Kata kunci kreativiti, substitute, combine, adapt, put to other uses, ‘Litar Formula T’, ‘Oh My Level’

Abstract

This action research was carried out to improve researcher’s teaching creativity through the construction of ‘Formula T Circuit’ in the learning of whole numbers addition within the range 1 to 100. This study was undertaken based on the feedback given by practicum supervisor, mentor, and course mates. They informed that researcher’s teaching and learning aids looked traditional because encouraged students using their fingers to count. This study involved four disabilities pupils from a school in Kuala Besut district of Malaysia. Data were collected during the third phase of the practicum. The selection of students was based on the initial reviewed of their classroom daily work. Instruments used to collect data are questionnaires, journals writing, and structured observation checklists. The data were analyzed using qualitative and quantitative methods and described descriptively. The results shown that there were four elements which have undergone improvement such as ‘substitute’, ‘combine’, ‘adapt’, and ‘put to other uses’. Researcher’s teaching creativity was fostered by constructing ‘Formula T Circuit’ as a Teaching Aids and ‘Oh My Level’ as a Learning Aids. In this research, the way of using ‘Formula T Circuit’ and ‘Oh My Level’ in helping disabilities children learnt whole numbers addition within the range 1 to 100 were monitored by using a checklists.

Keywords creativity, substitute, combine, adapt, put to other uses, ‘Formula T Circuit’, ‘Oh My Level’

PENGENALANMenurut Ananda (2005) kreativiti umumnya dilihat sebagai salah satu faktor kognitif minda manusia yang semakin dicari dalam usaha

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

29

mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Menurut Sidney (1961), kreativiti memberi makna suatu hasil cipta yang baru dan asli yang memperlihatkan hubungan penggunaan imaginasi dan penerokaan. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitis. Kreativiti intuitif terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitis pula adalah apa yang kita gunakan untuk merancang bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Proses menjana kreativiti biasanya melibatkan gabungan kreativiti intuitif dan analitis. Selain itu, kreativiti juga dikaitkan dengan kebolehan seseorang mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Menurut Hale Evans (2006), SCAMPER ialah singkatan mnemonik yang merupakan cara berstruktur untuk membantu seseorang memahami masalah dan membina aktiviti berdasarkan idea dan proses tertentu. SCAMPER ialah singkatan kepada substitute (S), combine (C), adapt (A), modify (M), put to other uses (P), eliminate (E), dan rearrange (R). Oleh itu, bagi melaksanakan pembaharuan terhadap amalan pengajaran, pengkaji telah memupuk pemikiran kreatif dengan mengaplikasikan teknik SCAMPER supaya bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) yang dihasilkan dapat menarik minat murid-murid Pemulihan Khas untuk belajar dan seterusnya mengukuhkan kefahaman konsep Penambahan dalam Lingkungan 100.

Fokus Kajian

Fokus bagi kajian ini adalah menambah baik kreativiti pengajaran pengkaji menerusi pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) bagi membantu murid-murid Pemulihan Khas mempelajari penambahan dalam Lingkungan 100. Pada sesi praktikum lalu, pensyarah pembimbing telah membuat catatan ‘perlu cakna terhadap bahan yang perlu digunakan oleh guru dan murid-murid’ dalam borang bimbingan PR1 (borang bimbingan praktikum). Sewaktu pengajaran itu, pengkaji menggunakan tayangan power point sebagai BBM dan pembilang (lidi) sebagai BBB bagi memperkenalkan nilai digit kepada murid-murid. Namun begitu, penggunaan alat-alat tersebut gagal menarik perhatian murid kerana pengkaji kerap kali menggunakan tayangan untuk menerangkan konsep matematik.

Murid Pemulihan Khas didapati hanya memberi perhatian terhadap tayangan yang ditunjukkan pada 10 minit pertama sahaja, kemudiannya mereka mulai hilang fokus dan cuba berbual-bual dengan

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

30

rakan di sebelahnya. Apabila pengkaji menyemak lembaran kerja yang diberikan, didapati soalan-soalan yang diedarkan tidak dijawab dengan betul dan banyak soalan ditinggalkan kosong tanpa sebarang jawapan. Pengkaji juga mendapat maklum balas daripada guru pembimbing yang mengatakan bahawa pengajaran yang dilaksanakan adalah sama dengan guru-guru lama yang mengajar dengan kaedah tradisional iaitu menambah dengan menggunakan sepuluh jari semasa menjawab soalan dalam lembaran kerja. Rakan-rakan guru pelatih yang lain pula berpandangan bahawa pengkaji tidak menggabungkan elemen konkrit, semi konkrit, dan abstrak dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Refleksi awal. Setelah membuat refleksi ke atas maklum balas daripada pelbagai pihak, pengkaji berpendapat bahawa Murid Pemulihan Khas perlu dibantu membuat operasi tambah asas secara cepat dan tepat dengan menggunakan objek konkrit terlebih dahulu. Bahan konkrit yang perlu direka harus membolehkan murid memahami nilai tempat dan pada masa yang sama melakukan operasi penambahan asas. Dengan memahami operasi asas, mereka diharapkan dapat menjawab soalan penambahan dalam lingkungan 100 yang lebih rumit kelak. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, pengajaran menjadi susah sekiranya murid sentiasa menggunakan jari untuk membuat penambahan asas yang mudah dan senang. Sehubungan itu, idea membina ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ tercetus sebab operasinya melibatkan manipulasi objek konkrit.

Litar Formula T. Sebagai langkah mengatasi, pengkaji membina ‘Litar Formula T’ supaya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan memberikan manfaat kepada murid-murid Pemulihan Khas. ‘Litar Formula T’ bermula daripada idea BBM kertas mahjung yang dilekatkan tiga poket (kertas berwarna) di atasnya sebagai mewakili nilai tempat sa, puluh, dan ratus. Poket berwarna tidak dapat dilihat dari luar menyebabkan objek konkrit menjadi abstrak. Kemudiannya, poket yang diperbuat daripada kertas berwarna diubahsuaikan kepada plastik lut sinar yang dapat dilihat dari luar. Setelah beberapa penambahbaikan dibuat, BBM yang pada asalnya diperbuat daripada kertas mahjung itu telah ditukar pembinanya dengan menggunakan cip-cip elektronik yang dikenali sebagai ‘Litar Formula T’.

‘Litar Formula T’ masih mengekalkan ciri asal BBM yang mempunyai nilai tempat sa, puluh, ratus. Di sebelah bawah nilai tempat tersebut terdapat sembilan suis dengan mentol berwarna masing-masing. Jika suis dibuka, mentol akan menyala menandakan bilangan telah diambil kira. Ciri-ciri ‘Litar Formula T’ sesuai digunakan oleh

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

31

murid pemulihan kerana ia menggabungkan elemen konkrit, menarik, dan responsif. Sifat dan pengoperasian ‘Litar Formula T’ adalah selari dengan pandangan pakar matematik yang lebih menekankan pembelajaran menerusi penerokaan dan penemuan (Kraayenoord & Elkins, 2004; Westwood, 2003; Wu, 1999 seperti dinyatakan dalam Evans & Wong, 2007). Dengan menggunakan ‘Litar Formula T’, murid dapat membina kefahaman konsep nilai tempat dan nilai digit sebelum diajarkan dengan menggunakan bahan-bahan semi-konkrit dan abstrak.

Oh My Level. Oh My Level (OML) merupakan bahan bantu belajar (BBB) yang dibina menggunakan kad-kad tiga jenis warna. Sepuluh kad berwarna kuning mempunyai soalan penambahan antara satu digit dengan dua digit. Sepuluh kad berwarna hijau yang lain pula mempunyai soalan penambahan antara dua digit dengan dua digit. Manakala sepuluh kad yang berwarna merah pula mempunyai soalan penambahan antara dua digit dengan tiga digit. Murid-murid diminta menjawab soalan penambahan dengan menggunakan BBB setiap hari melalui tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru dengan bantuan ‘Litar Formula T’.

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah berbincang dan mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengkaji juga bekerjasama dengan guru Pemulihan Khas, guru kelas murid berkenaan, guru matematik, dan Ketua Panitia Matematik sekolah tersebut. Pengajaran dan pembelajaran awal berjaya mendapatkan beberapa maklumat penting selain gambaran umum berkenaan murid tersebut. Pengkaji juga telah merujuk pensyarah penyelia bagi memastikan kajian yang dilakukan mematuhi prosedur yang sepatutnya. Di sepanjang pelaksanaan kajian ini, pengkaji berjaya mendapat kerjasama daripada murid-murid Pemulihan Khas untuk memastikan data-data kajian dikumpulkan dengan tepat dan berkesan.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Kajian ini bertujuan meninjau dan memperoleh maklumat berkaitan keperluan meningkatkan kreativiti pengajaran pengkaji menerusi pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) dalam pembelajaran penambahan nombor bulat bagi murid pemulihan khas Tahun Dua. Objektif kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

32

i. Mengenal pasti pengetahuan yang perlu dimiliki untuk menambah baik kreativiti pengajaran menerusi pembinaan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ membabitkan pembelajaran penambahan dalam lingkungan 100 bagi murid pemulihan khas Tahun Dua.

ii. Mengenal pasti cara memupuk pemikiran kreatif pengajaran menerusi pembinaan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ membabitkan pembelajaran penambahan dalam lingkungan 100 bagi murid pemulihan khas Tahun Dua.

iii. Mengenal pasti tahap pemahaman murid-murid Pemulihan Khas Tahun Dua mempelajari penambahan dalam lingkungan 100 dengan menggunakan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ yang dibina.

Objektif kajian yang dinyatakan adalah untuk menjawab beberapa soalan kajian yang berkaitan seperti berikut:

i. Apakah pengetahuan yang perlu dimiliki untuk menambah baik kreativiti pengajaran menerusi pembinaan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ yang membabitkan pembelajaran penambahan dalam lingkungan 100 bagi murid pemulihan khas Tahun Dua?

ii. Bagaimanakah memupuk pemikiran kreatif pengajaran menerusi pembinaan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ yang membabitkan pembelajaran penambahan dalam lingkungan 100 bagi murid pemulihan khas Tahun Dua?

iii. Bagaimanakah murid-murid Pemulihan Khas Tahun Dua memahami penambahan dalam lingkungan 100 dengan menggunakan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ yang dibina?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan Model Tindakan Refleksi McNiff yang melibatkan kitaran proses Perhatian – Refleksi – Bertindak – Penilaian – Ubahsuai. Kajian ini melibatkan tiga kitaran secara berterusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, 2, dan 3.

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

33

Jadual 1 Prosedur Tindakan Pertama Berdasarkan Model Tindakan Refleksi McNiff

LANGKAH PROSEDURPerhatian Murid-murid telah melakukan pengiraan melibatkan

kedudukan nilai digit yang salah.Refleksi Salah konsep terhadap nilai digit semasa mengira operasi

tambah. Bertindak Model Penambahan digunakan bagi menambah dalam

Lingkungan 100.Menilai Menilai tindakan dengan merujuk senarai semak,

pemerhatian, dan jurnal.Ubahsuai Angka satu dinilai tempat sa bermaksud 1 manakala angka

satu dinilai tempat puluh bermaksud 10.

Jadual 1 menunjukkan tindakan yang berlaku dalam lingkaran pertama kajian. Pada peringkat pertama, pemerhatian terhadap tingkah laku murid mendapati mereka sentiasa melakukan kesalahan dalam menentukan kedudukan nombor pada nilai tempat sa, puluh, ratus. Refleksi kendiri mendapati murid tidak memahami nilai digit dan nilai nombor yang terlibat dalam operasi tambah. Justeru, murid perlu diberi peluang belajar sehingga nombor tiga digit. Penilaian dilakukan menggunakan senarai semak, pemerhatian, dan jurnal. Fokus nombor yang digunakan lebih bertumpu pada nilai tempat sa.

Jadual 2 Prosedur Tindakan Kedua Berdasarkan Model Tindakan Refleksi McNiff

LANGKAH PROSEDURPerhatian BBM yang digunakan sebelumnya tidak menekan konsep 1

dinilai tempat puluh ialah 10.Refleksi Menggunakan teknik SCAMPER.Bertindak Penggunaan ‘Litar Formula T’ bagi Tambah dalam

Lingkungan 100.Menilai Menilai menerusi pemerhatian dan jurnal.Ubahsuai Pengkaji menambahkan bahan bantu belajar supaya murid

dapat mengetahui tahap mereka selepas pengajaran dan pembelajaran.

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

34

Jadual 2 menunjukkan lingkaran kedua kajian yang dijalankan dengan mengaplikasikan teknik SCAMPER bagi menambah baik kreativiti pengajaran menerusi pembinaan ‘Litar Formula T’ bagi membolehkan murid mempelajari nilai tempat dengan lebih berkesan. Pengkaji juga menulis jurnal dan meminta penyelia, rakan dan guru pembimbing memberikan pandangan bagi menambah baik kreativiti pengajaran murid pemulihan Tahun Dua.

Berikutnya, ‘Oh My Level’ dibina bagi membolehkan murid melakukan aktiviti dengan lebih lancar. Pada lakaran ketiga, kad-kad pelbagai warna yang mempunyai soalan operasi penambahan berdasarkan tahap kemahiran yang beransur tinggi dengan berpandukan dibina. Sekali lagi, model SCAMPER dijadikan asas bagi pengkaji menambah baik kreativiti pengajaran diambil tindakan. Ringkasan keseluruhan tindakan pada tahap ini ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3 Prosedur tindakan ketiga berdasarkan Model Tindakan Refleksi McNiff

LANGKAH PROSEDURPerhatian Murid-murid mempunyai masa yang terluang setelah

menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh itu mereka bermain-main di sekililing kelas Pemulihan sementara menunggu waktu untuk ke kelas perdana. Oleh itu pengkaji telah menyediakan set soalan ‘Oh My Level’ sebagai latihan pengayaan dan pemulihan kepada murid-murid supaya mereka bersaing untuk mendapatkan set soalan yang terakhir.

Refleksi Pengkaji telah memilih dua elemen dalam teknik SCAMPER untuk diaplikasikan iaitu adapt(a), dan put to the other uses(p).

Bertindak Murid-murid menggunakan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ bagi Tambah dalam Lingkungan 100

Menilai Penilaian menerusi pemerhatian dan senarai semak.

Peserta kajian

Terdapat dua kategori peserta kajian dalam kajian ini iaitu, murid Pemulihan Khas Tahun Dua dan pembimbing.

Murid pemulihan khas. Empat orang murid Pemulihan Khas Tahun Dua Dedikasi di salah sebuah sekolah dalam daerah Besut dilibatkan secara langsung dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada tiga orang

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

35

murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kesemua daripada mereka adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Keempat-empat murid ini tidak berupaya menambah nombor dua digit dengan dua digit tanpa menggunakan bahan konkrit. Jika diberikan bahan konkrit sekali pun, mereka tidak dapat melakukan penambahan dengan betul.

Pembimbing. Pembimbing terdiri daripada penyelia praktikal, rakan pelatih, dan guru pembimbing. Mereka merupakan sumber rujukan utama bagi menjelaskan tentang kekuatan, kelemahan, dan aspek penambahbaikan yang berlaku pada pengkaji sepanjang dua semester berlangsung kajian ini.

Data kajianKajian ini menggabungkan kedua-dua data kuantitatif dan kualitatif dalam menjawab soalan kajian.

Instrumen kajian. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik bagi mengetahui pengetahuan kreativiti yang perlu dimiliki untuk membina BBM dan BBB bagi pengajaran dan pembelajaran penambahan dalam Lingkungan 100 bagi murid Tahun Dua. Soal selidik ini mempunyai tujuh item dan telah diedarkan kepada 10 orang guru berpengalaman dan rakan guru pelatih semasa menjalani Praktikum Fasa Tiga (Semester Tujuh) dan Internship (Semester Lapan). Item-item yang dikaji terdiri daripada tujuh konstruk pada model SCAMPER iaitu substitute (S), combine (C), adapt (A), modify (M), put to other uses (P), eliminate (E), dan rearrange (R).

Bagi menjawab soalan kajian kedua pula, jurnal ditulis setiap minggu berkaitan penambahbaikan kreativiti pengajaran pengkaji menerusi pembinaan BBM dan BBB dalam pembelajaran penambahan nombor bulat dalam kalangan murid pemulihan Tahun Dua. Komen daripada penyelia dijadikan sumber rujukan untuk memupuk nilai kreativiti diri pengkaji.

Akhirnya, bagi menjawab soalan kajian ketiga, senarai semak pemerhatian berstruktur dibina bagi memastikan sama ada penggunaan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ dapat meningkatkan pemahaman murid pemulihan dalam mempelajari penambahan nombor bulat dalam lingkungan 100.

Analisis data. Bagi menjawab soalan kajian pertama, soal selidik yang ditadbir dalam kalangan penyelia, rakan pelatih, dan guru pembimbing dianalisis dalam bentuk peratus persetujuan responden terhadap item-item yang dibina berdasarkan model SCAMPER. Bagi

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

36

menjawab soalan kajian kedua, teguran dan cadangan daripada penyelia pada jurnal dianalisis secara tematik iaitu, masalah, analisis masalah, cadangan, dan tindakan susulan. Kemudiannya, tindakan diambil bagi memupuk kreativiti pengkaji. Bagi menjawab soalan ketiga, senarai semak berstruktur yang ditandakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ dirumuskan dalam bentuk peratus jawab betul dalam kalangan Murid Pemulihan Khas. Ringkasan cara mengumpul dan menganalisis data adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4 Cara Mengumpul dan Menganalisis Data bagi Menjawab Soalan Kajian

Soalan Kajian Instrumen Kajian Jenis DataFokus Soalan Kajian 1Pengetahuan yang perlu dimiliki untuk menambah baik pengajaran kreativiti.

Soal selidik Peratus

Fokus Soalan Kajian 2Cara memupuk pemikiran kreatif dalam pengajaran penambahan dalam lingkungan 100.

Jurnal Tematik

Fokus Soalan Kajian 3Cara murid Pemulihan Khas dibimbing menambah dalam lingkungan 100.

Senarai semak dan‘Oh my Level’

Peratus dan Jalan Kerja

Murid

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Mengenal pasti elemen kreativiti

Analisis soal selidik yang ditadbir terhadap empat orang rakan pelatih, seorang guru pembimbing, dan seorang penyelia pada lingkaran tindakan pertama mendapati elemen 1, 2, 3, dan 5 adalah terendah dimiliki oleh pengkaji. Jadual 5 menunjukkan empat elemen ini mempunyai peratusan persetujuan responden yang kurang memberangsangkan iaitu, 40% skala empat bagi elemen substitute, 20% skala empat bagi elemen combine dan adapt, dan 30% skala empat bagi elemen put to other uses.

Menerusi perbincangan bersama pensyarah, guru pembimbing, dan rakan pelatih dalam kursus yang sama, pengkaji telah merancang untuk membina BBM yang mengaplikasikan teknik SCAMPER dalam

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

37

pembinaannya. Pengkaji telah menggunakan empat elemen yang terdapat dalam SCAMPER iaitu, substitute (penggantian), combine (gabungan), adapt (penyesuaian), dan put to other uses (meletakkan idea kepada fungsi lain).

Jadual 5 Peratus Persetujuan Responden Berdasarkan Soal Selidik

Peratus persetujuan responden (%)Tindakan I Tindakan III

1 2 3 4 1 2 3 4Item 1 - - 60 40 - - - 100Item 2 - - 80 20 - - - 100Item 3 - - 80 20 - - 20 80Item 4 - - 40 60 - - 30 70Item 5 - - 70 30 - - 10 90Item 6 - - 40 60 - - 40 60Item 7 - - 50 50 - - 50 50

Memupuk kreativiti pengajaranPada akhir lingkaran pertama, pengkaji mengambil tindakan seterusnya dengan menulis jurnal untuk dinilai oleh penyelia. Analisis mendapati guru perlu menambah baik kreativiti pengajaran bagi membantu murid mengingat dan memahami nilai tempat. Penyelia menyarankan agar teknik SCAMPER digunakan untuk memupuk kreativiti pengajaran dan menarik minat murid untuk belajar.

Setelah satu semester tindakan diambil, soal selidik ditadbir sekali lagi bagi mendapat maklum balas tentang elemen SCAMPER yang ditambah baik pada diri pengkaji. Jadual 5 menunjukkan peningkatan peratusan persetujuan responden bagi item 1, item 2, item 3, dan item 5. Item 1 meningkat sebanyak 40% daripada skala empat (lingkaran pertama) kepada 100% pada skala 4 (lingkaran ketiga). Peningkatan ini mungkin disebabkan pengkaji menerapkan elemen substitute (penggantian) dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah menggantikan BBM asal iaitu Model Penambahan yang menggunakan kertas mahjung kepada penggunaan bola pingpong, kemudiannya bertukar kepada ‘Litar Formula T’ yang beroperasi dengan menggunakan diod pemancar cahaya. Selain itu, pengkaji juga telah menggantikan BBB tradisional iaitu lembaran kerja kepada set soalan ‘Oh My Level’.

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

38

Jadual 6 Analisis Jurnal Refleksi Selepas Setiap Lingkaran Tindakan

ASPEK JURNAL 1 JURNAL 2 JURNAL 3Masalah Kemahiran mengingat

perlu diatasi dengan segera.

Rancang aktiviti secara komprehensif.

Bersifat konkrit dan sistematik.

Analisis masalah

Bagaimanakah cara untuk mengingati nilai tempat?

Aktiviti melibatkan murid

Baiki kesukaran yang dialami oleh murid.

Cadangan Teknik SCAMPER merupakan idea yang baik.- Pupuk beransur-

ansur dan konsisten.- Minat mendorong

murid untuk belajar

Kad imbasan dapat tingkatkan daya ingatan dan hasilkan murid yang positif.

Perkaitan sa dan puluh memberi kesedaran untuk menambah semi konkrit.

Tindakan susulan

BBM perlu ditambah baik mengikut elemen SCAMPER (Litar Formula T)

Kad imbasan sebagai latihan pengayaan (OML)

Litar Formula T (rebranding)

Bagi item kedua iaitu, combine (gabungan) telah meningkat sebanyak 20% peratus daripada skala keempat (lingkaran pertama) kepada 100% pada skala keempat (lingkaran ketiga). Peningkatan ini mungkin disebabkan pengkaji telah menggabungkan elemen-elemen konkrit dan abstrak dalam ‘Litar Formula T’. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mengajar murid-murid tentang kemahiran menggunakan alat-alat konkrit, murid-murid juga telah dapat menulis pengiraan mereka pada papan mini yang dilekatkan pada ‘Litar Formula T’. Dari segi penggunaan BBB pula, pengkaji telah menggabungkan soalan-soalan mengikut aras kognitif murid pada set soalan ‘Oh My Level’.

Bagi item ketiga iaitu, adapt (penyesuaian) telah meningkat sebanyak 60% pada skala empat. Peningkatan ini mungkin disebabkan pengkaji telah mengadaptasikan BBM dekak-dekak kepada Model Penambahan dan seterusnya kepada ‘Litar Formula T’. ‘Litar Formula T’ mengambil kira kemahiran asas yang terdapat pada sistem kiraan manual dekak-dekak dengan menggantikan diod pemancar cahaya sebagai alat pembilang.

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

39

Bagi item kelima iaitu, put to other uses (meletakkan idea kepada fungsi lain) telah meningkat sebanyak 60% pada skala empat. Peningkatan ini berlaku mungkin disebabkan semasa pengkaji mengajar kemahiran Tambah dalam Lingkungan 100 kepada murid-murid, pengkaji juga dapat mengukuhkan konsep nilai digit mereka menggunakan ‘Litar Formula T’. Peningkatan keempat-empat item tersebut jelas menunjukkan bahawa pengkaji telah dapat mengenal pasti aspek kreativiti pengajaran yang ditambahbaikkan menerusi penggunaan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My :Level’ dalam pembelajaran penambahan dalam Lingkungan 100 bagi murid Pemulihan Khas Tahun Dua.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menerusi Tindakan I, Tindakan II, dan Tindakan III menunjukkan bahawa pengkaji telah menggunakan Model Penambahan sebagai BBM bagi mengatasi masalah murid yang tidak dapat menambah nombor berdasarkan nilai digit yang betul. Menerusi tindakan yang telah dijalankan, pengkaji telah membuat penilaian terhadap soalan dalam lembaran kerja yang dijawab oleh murid. Pengkaji mendapati BBM yang telah dibina kurang berfungsi dengan baik untuk mengajar Tambah dalam Lingkungan 100 kerana tidak dapat menerangkan maksud bahan pada nilai tempat ‘puluh’. Misalnya, satu ‘puluh’ bermaksud 10.

Penggunaannya juga kurang mantap apabila lorong untuk memasukkan bola pingpong hanya dapat menampung satu hingga tujuh biji kerana pengadang yang menghalang bola pingpong akan jatuh ke bawah sekiranya bilangan yang berlebihan dimasukkan. Selain itu, BBM ini juga tidak menggabungkan algoritma bagi penambahan nombor bulat. Murid-murid hanya dapat memasukkan bilangan bola pingpong ke dalam lorong rumah yang betul tetapi tidak dapat mengaitkan angka pada bentuk lazim dengan BBM yang disediakan. Oleh itu pengkaji telah merancang untuk melaksanakan tindakan seterusnya dengan mengubahsuai alat-alat yang sedia ada.

Pengkaji telah berusaha menggantikan BBM asal kepada bentuk yang lain supaya apabila murid-murid menggunakannya, BBM yang dihasilkan dapat mengatasi masalah lalu murid. Oleh itu, pengkaji telah menukarkan alat pembilang yang sedia ada iaitu, bola pingpong kepada satu alat yang dapat memberi kefahaman tentang konsep penambahan yang betul kepada murid-murid. Alat baru yang dihasilkan ada menggunakan suis dan diod pemancar cahaya. Masalah utama yang pengkaji hadapi setelah menyiapkan bahan ini pula ialah

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

40

diod pemancar cahaya yang dipasang terbakar apabila banyak suis dibuka. Namun begitu pengkaji telah meneliti masalah tersebut dan ia berpunca daripada nilai voltan pada bateri yang digunakan adalah tinggi dan tidak sesuai untuk digunakan pada diod pemancar cahaya yang kecil.

Rajah 1 Tindakan Pertama Menggunakan Model Penambahan dan Lembaran Kerja

Oleh itu, pengkaji telah menukarkan bateri tersebut kepada bateri lain yang mempunyai voltan yang lebih rendah iaitu, 1.5 volt. Apabila diuji sekali lagi, hasilnya sungguh memberangsangkan. Murid-murid sangat berminat untuk belajar menggunakan BBM yang baru. Alat ini dikenali sebagai ‘Litar Formula T’. Alat ini telah dapat memberikan kefahaman kepada murid-murid tentang penambahan pada nilai digit yang betul. Walau bagaimanapun, BBM ini masih lagi kurang lengkap tanpa alat lain untuk berfungsi sebagai kawalan kelas. Oleh itu pengkaji telah melaksanakan tindakan yang seterusnya iaitu, tindakan ketiga.

Rajah 2 Pelaksanaan Tindakan Kedua Menggunakan ‘Litar Formula T’

Bahan bantu belajar (BBB) pada tindakan ketiga ini ialah hasil kolaborasi pengkaji bersama dengan pensyarah Jabatan Matematik. Kami telah bersepakat untuk menghasilkan BBB yang dapat menggantikan fungsi lembaran kerja dan dalam masa yang sama dapat mengawal tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah. Bagi menghasilkan BBB ini, pengkaji telah menggunakan dua elemen dalam teknik SCAMPER iaitu, adapt dan put to other uses. Pengkaji

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

41

telah mengadaptasikan BBB ‘Oh My Level’ daripada penggunaan kad imbasan yang biasa digunakan oleh guru-guru lama. Pengkaji juga telah menggunakan elemen meletakkan idea kepada fungsi lain iaitu, BBB ini juga boleh juga digunakan untuk pertandingan kuiz dan sebagai latihan pengayaan atau pemulihan. Ini kerana ‘Oh My Level’ telah direka berdasarkan masalah-masalah murid dalam Tambah dalam Lingkungan 100 sepanjang dua tindakan yang telah dijalankan. Ia mengandungi tiga set soalan yang berbeza aras. Susunan dalam setiap set soalan juga telah disesuaikan dengan masalah-masalah murid yang telah dikenal pasti. Murid-murid menjawab soalan pada setiap set soalan dan murid yang dapat menjawab soalan dengan betul dan pantas akan diberikan ganjaran. Gabungan antara Litar Formula T dan ‘Oh My Level’ ternyata hebat kerana pencapaian murid dalam bilik darjah telah meningkat berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan.

Rajah 3 Pelaksanaan Tindakan Ketiga Menggunakan Kad ‘Oh My Level’

Keputusan analisis data soalan kajian ketigaKaedah pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak telah digunakan bagi menjawab soalan kajian ketiga. Senarai semak ini mempunyai lapan item yang berkaitan dengan cara pengkaji membantu murid-murid Pemulihan Khas memahami Tambah dalam Lingkungan 100 dengan menggunakan BBM dan BBB yang dibina.

Item pertama ialah murid-murid dapat membezakan nilai tempat sa dan puluh. Menerusi analisis pada Jadual 7 menunjukkan berlaku peningkatan peratus ‘Ya’ sebanyak 25% pada tindakan kedua dan peratusan tersebut kekal sehingga tindakan ketiga dijalankan. Pengetahuan terhadap nilai tempat sa dan puluh telah diterapkan pada BBM Model Penambahan dan Litar Formula T, namun begitu penggunaan Litar Formula T lebih memberi kesan kepada murid-murid.

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

42

Jadual 7 Senarai Semak Pemerhatian Tindakan I, Tindakan II dan Tindakan III

Item Tindakan I Tindakan II Tindakan IIIYa Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1 3(75%)

1(25%)

4(100%)

0(0%)

4(100%)

0(0%)

2 2(50%)

2(50%)

4(100%)

0(0%)

4(100%)

0(0%)

3 3(75%)

1(25%)

4(100%)

0(0%)

4(100%)

0(0%)

4 2(50%)

2(50%)

4(100%)

0(0%)

4(100%)

0(0%)

5 3(75%)

1(25%)

3(75%)

1(25%)

4(100%)

0(0%)

6 1(25%)

3(75%)

3(75%)

1(25%)

4(100%)

0(0%)

7 2(50%)

2(50%)

3(75%)

1(25%)

4(100%)

0(0%)

8 0(0%)

4(100%)

2(50%)

2(50%)

3(75%)

1(25%)

Bagi item kedua, murid-murid juga dapat membezakan nilai digit 1 dan 10 dengan lebih berkesan apabila menggunakan Litar Formula T. Ia terbukti apabila peningkatan peratusan ‘Ya’ meningkat sebanyak 50% setelah tindakan kedua dijalankan. Bagi item ketiga, peratusan ‘Ya’ pada tindakan pertama ialah 75% dan mencapai 100% setelah tindakan kedua dan ketiga dijalankan. Bagi item keempat, kelima dan keenam pula ialah murid-murid dapat menambah dua digit dan satu digit dengan menggunakan BBM yang dibina, murid-murid dapat menambah dua digit dan dua digit menggunakan BBM yang dibina, dan murid-murid dapat membuat perkaitan antara BBM yang digunakan dengan pengiraan.

Bagi item keempat, peningkatan peratusan ‘Ya’ ialah sebanyak 50% setelah tindakan kedua dilaksanakan. Bagi item kelima, peningkatan peratusan ‘Ya’ meningkat sebanyak 25% setelah tindakan ketiga dijalankan. Bagi item keenam pula peratusan ‘Ya’ meningkat sebanyak 50% setelah tindakan kedua dijalankan manakala 25% meningkat setelah tindakan ketiga dilaksanakan. Item keempat, lima, dan enam ini jelas menunjukkan berlaku peningkatan dalam pemahaman terhadap penambahan nombor dua digit dan satu digit dan dua digit dan dua digit menerusi penggunaan BBM Litar Formula T.

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

43

Item ketujuh pula ialah murid-murid mengira Tambah dalam Lingkungan 100 menggunakan petak bentuk lazim dengan betul. Peratusan ‘Ya’ telah meningkat sebanyak 25% setelah tindakan kedua dijalankan dan peningkatan sebanyak 25% juga berlaku setelah tindakan ketiga dijalankan.

Item kelapan ialah murid-murid mengira Tambah dalam Lingkungan 100 tanpa menggunakan petak bentuk lazim dengan betul. Peratusan ‘Ya’ adalah sifar setelah langkah pertama dijalankan kerana pengkaji langsung tidak menerapkan penambahan tanpa petak bentuk lazim semasa mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. Peratusan ‘Ya’ meningkat sebanyak 50% setelah tindakan kedua dijalankan dan meningkat lagi sebanyak 25% setelah tindakan ketiga dilaksanakan. Ini kerana pengkaji telah mendedahkan murid-murid kepada pengiraan tanpa bentuk lazim semasa menjalankan tindakan kedua dan ketiga.

Rajah 4 Kad ‘Oh My Level’

Rajah 4 ialah antara set soalan yang terdapat pada aktiviti ‘Oh My Level’. Kad biru merupakan aras yang paling rendah, kad kuning ialah aras sederhana, dan kad hijau ialah aras tinggi. Aras sederhana dan aras tinggi pula mempunyai dua bahagian yang berlainan iaitu penambah yang lebih kecil dan penambah yang lebih besar. Berdasarkan tindakan-tindakan yang telah dilakukan, murid-murid cenderung untuk melakukan kesalahan pengiraan sekiranya ‘adden’ kedua lebih besar daripada ‘adden’ pertama. Ini kerana murid-murid merasakan nombor yang ditambah semakin banyak. Oleh itu, aktiviti telah dapat mengatasi masalah murid-murid yang mempunyai tanggapan negatif seperti itu dengan aktiviti ‘Oh My Level’.

RUMUSAN Dapatan kajian pada soal selidik menunjukkan pengkaji telah berjaya mengaplikasikan empat elemen dalam teknik SCAMPER iaitu substitute, combine, adapt, dan put to other uses dalam BBM dan

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

44

BBB baru yang telah digunakan. Data bagi empat elemen tersebut menunjukkan peratus persetujuan responden telah meningkat kepada 100% apabila soal selidik diedarkan setelah tindakan ketiga dilaksanakan. Pengkaji juga telah dapat mengenal pasti cara untuk membantu murid-murid pemulihan Khas memahami Tambah dalam Lingkungan 100 dengan menggunakan Litar Formula T dan ‘Oh My Level’. Namun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi penggunaan BBM dan BBB yang digunakan ini. Antaranya, pengkaji boleh menggunakan alat ini kepada murid-murid lain di arus perdana yang mengalami masalah dalam penambahan tanpa mengumpul semula. Pengkaji juga perlu membuat penambahbaikan terhadap Litar Formula T supaya ia boleh juga digunakan bagi penambahan dengan mengumpul semula.

Refleksi KajianKajian ini telah banyak membantu pengkaji dalam menyelami dan merasai tugas sebenar seorang guru. Kajian ini memberi peluang kepada pengkaji untuk muhasabah diri dalam menyediakan diri pengkaji menjadi seorang guru yang berwibawa. Hal ini memberi pengalaman kepada pengkaji dalam menilai isu pendidikan yang berlaku di sekolah rendah, khususnya dalam bidang Pemulihan Khas.

Sepanjang melaksanakan kajian ini pengkaji telah dapat memupuk rasa lebih bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang diberi. Murid-murid merupakan amanah dan tanggungjawab seorang guru. Mereka datang ke sekolah dengan harapan agar diberi perhatian oleh guru untuk menimba ilmu. Menjadi tanggungjawab guru-guru untuk mendidik dan mengajar murid-murid dengan baik dan berkesan. Kegagalan murid-murid bukanlah satu kegagalan bagi seorang guru tetapi ia merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang guru agar dapat membantu meningkatkan pencapaian dan memaksimumkan potensi murid-murid.

Nik Azis Nik Pa (1992) menyatakan bahawa seorang guru yang profesional seharusnya bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap profesion pendidikan. Rasa tanggungjawab pengkaji wujud setelah pengkaji menyedari bahawa kekurangan kemahiran untuk membina bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang kreatif menyebabkan kemahiran kognitif murid-murid tidak berkembang. Jadi pengkaji telah memikirkan tiga perkara penting iaitu pengetahuan kreativiti yang perlu dimiliki untuk membina bahan bantu mengajar

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

45

dan bahan bantu belajar, cara untuk memupuk pemikiran kreatif, dan cara pengkaji membantu murid-murid Pemulihan Khas memahami Tambah dalam Lingkungan 100.

Kekuatan seterusnya peningkatan daya kreativiti. Kajian ini telah menyedarkan guru supaya sentiasa meningkatkan daya kreativiti ketika mengajar. Ini adalah kerana murid-murid mempunyai perbezaan dari segi kognitif, afektif, sosial, dan psikomotor. Satu daripada cara untuk mengurangkan masalah yang timbul akibat daripada perbezaan ini adalah dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran (Esah Sulaiman, 2003). Jadi pengkaji telah memikirkan satu cara baru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk penambahan dalam lingkungan 100 dengan menggunakan teknik SCAMPER sebagai garis panduan. Oleh itu pengkaji dapat menggunakan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang dibina bagi memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan yang disampaikan.

Selain itu, kajian ini juga telah memberi kesedaran kepada pengkaji tentang cabaran guru dalam dunia globalisasi kini. Seorang guru sentiasa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan memandangkan ilmu pada hari ini amat cepat berkembang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat seharusnya disemai dalam diri setiap guru kerana ilmu pengetahuan sentiasa berubah setiap hari. Perkembangan ilmu pengetahuan ini dapat membantu guru-guru menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah berpengetahuan, fleksibel, dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi, dan perubahan pendidikan. Ini bermakna guru hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari semasa ke semasa serta dalam persekitaran sosial (Habib Mat Som, 2001). Jadi, pengkaji sedar bahawa tugas guru bukan sahaja mendidik dan mengajar tetapi guru juga perlu belajar dan menyesuaikan diri dalam menghadapi murid-murid di dalam kelas. Ilmu pengetahuan baru yang diperoleh akan dikongsi bersama murid-murid di kelas.

Pengkaji amat berpuas hati kerana kajian tindakan yang dilaksanakan ini telah berjaya untuk mengenal pasti pengetahuan kreativiti yang terdapat dalam diri pengkaji setelah kajian ini selesai dijalankan. Nilai kreativiti yang diterapkan adalah empat elemen terdapat dalam teknik SCAMPER iaitu substitute(S), combine(C), adapt(A), dan put to other uses(P). Elemen-elemen ini telah berjaya mengubah kreativiti pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) dan

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

46

bahan bantu belajar (BBB) dalam diri pengkaji sebagai seorang guru Pemulihan Khas. BBM yang telah dibina ialah ‘Litar Formula T’ dan BBB yang dibina pula ialah ‘Oh My Level’ (OML).

Pembaharuan yang telah dilakukan berjaya membantu murid-murid memahami konsep penambahan satu digit dan satu digit, dua digit dan satu digit, dan dua digit dan dua digit. Hal ini terbukti apabila terdapat perubahan peratusan persetujuan responden terhadap soal selidik yang telah diedarkan. Kelainan dalam menghasilkan BBM dan BBB yang dilakukan ini telah berjaya menarik minat murid-murid untuk memberikan fokus ketika belajar dan dapat mengubah persepsi mereka terhadap pengiraan dalam matematik. Pengkaji mengharapkan kefahaman mereka dalam tajuk tambah dalam Lingkungan 100 akan bertambah berkembang dengan langkah pertama ini.

Manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini menunjukkan tentang kelemahan diri kita yang perlu dibaiki. Begitu juga dengan diri pengkaji. Terdapat beberapa kelemahan diri yang telah dikenal pasti sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini. Pertama ialah pengurusan masa pengkaji sebagai pengkaji kurang memuaskan. Pengkaji banyak membuang masa ketika awal kajian dijalankan. Pengkaji tidak mengikut jadual perancangan tindakan yang telah dibina kerana pihak sekolah telah memberi tanggungjawab kepada pengkaji untuk membimbing dan melatih murid-murid dalam beberapa aktiviti kurikulum. Selain itu, pengkaji kerap melengahkan waktu sesuatu tindakan patut diambil. Sebagai contoh, pengkaji telah lewat beberapa minggu untuk menjalankan tindakan kedua setelah tindakan pertama dijalankan. Hal ini telah memberi pengajaran kepada pengkaji untuk masa akan datang. Seandainya diberi peluang lagi untuk menjalankan kajian tindakan, pengkaji akan lebih mematuhi jadual pelaksanaan yang telah dibuat dan dipersetujui serta merancang dengan tepat setiap tindakan yang diperlukan.

Seterusnya ialah pengkaji kurang teliti terhadap perkara yang pengkaji lakukan. Realitinya sesuatu kajian memerlukan kita teliti dalam setiap perkara untuk memastikan hasil kajian yang berkualiti. Pembacaan berulang kali dan merujuk kepada orang yang berpengalaman salah satu cara untuk membetulkan kecuaian pengkaji. Bekerjasama dengan rakan juga amat membantu dalam meneliti hasil kerja yang dilakukan. Setiap penulisan dan tindakan yang diambil perlu mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan disokong oleh orang yang lebih berpengetahuan. Selain itu, ilmu pengetahuan yang

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

47

cukup dalam bidang yang hendak dikaji juga perlu bagi melengkapkan diri pengkaji agar dapat membuat keputusan yang tepat ketika melaksanakan kajian.

Implikasi KajianSebagai pengkaji, pengkaji berasa amat bersyukur kerana bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) yang telah dibina ini memberi impak yang positif kepada dunia pemulihan matematik, guru-guru sekolah, dan murid-murid. Hal ini membuktikan bahawa BBM dan BBB yang pengkaji cadangkan ini telah membantu dalam kemajuan bidang matematik khususnya di sekolah kajian dijalankan.

Implikasi kajian pengkaji terhadap murid ia membantu murid-murid Pemulihan Khas memahami cara untuk menambah nombor satu digit dan satu digit, dua digit dan satu digit, dan dua digit dan dua digit dengan menggunakan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ (OML). Secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa penggunaan BBM dan BBB yang menekankan konsep nilai tempat dan nilai digit mampu memberi pemahaman kepada murid-murid terhadap penambahan dalam lingkungan 100. Oleh yang demikian pengkaji memperkenalkan BBM dan BBB ini agar murid-murid bukan sahaja mampu untuk mengira operasi tambah dalam lingkungan 100 tetapi apa yang lebih penting mereka memahami konsep nilai tempat dan nilai digit. Pengusaha terhadap konsep ini dapat membantu murid-murid untuk memahami dengan lebih mudah sub topik yang akan datang.

Manakala implikasi kajian ini kepada guru membantu guru-guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selama ini bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) tradisional digunakan iaitu penggunaan guli, jari, dan lidi memerlukan murid-murid supaya mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar tanpa galakan daripada bahan-bahan efektif yang lain. Namun hal ini kurang bersesuaian dengan murid-murid Pemulihan Khas kerana mereka memerlukan galakan dan bimbingan daripada bahan-bahan yang dapat memberikan perkembangan kognitif yang menyeluruh kepada mereka. Jadi, dengan menggunakan BBM dan BBB alternatif ini, guru-guru dapa membantu murid-murid dengan lebih mudah dan berkesan serta menjimatkan masa. Ia akan bertambah berkesan jika murid-murid didedahkan dengan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ (OML) pada peringkat awal. Pengkaji telah menerima reaksi yang positif daripada guru Pemulihan Khas dan beliau bercadang untuk

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

48

menggunakan ‘Litar Formula T’ sebagai alat untuk mengukuhkan kefahaman konsep manakala ‘Oh My Level’ (OML) sebagai pengukuhan dan pengayaan terhadap topik yang diajar.

Implikasi terhadap sekolah pula jelas kelihatan apabila aplikasi ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ (OML) telah membantu pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi murid-murid Pemulihan Khas sekali gus meningkatkan prestasi sekolah. Hal ini memberi kesan yang baik kepada nama sekolah. Sebelum ini prestasi Pemulihan Khas di sekolah berada di tahap yang sederhana, tetapi hasil daripada kajian ini telah meningkatkan prestasi Pemulihan Khas berada di tahap yang cemerlang, dan pastinya nama sekolah akan menjadi sebutan dan buah mulut pengkaji yang lain. Ia dengan sendirinya akan mengharumkan nama sekolah.

Bidang pendidikan matematik turut merasai implikasi kajian ini. Kajian ini dilaksanakan bagi mengembangkan lagi kreativiti terhadap pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) dengan menggunakan teknik SCAMPER bagi tajuk Tambah dalam Lingkungan 100. Ia merupakan satu ilmu baru dalam bidang pendidikan pemulihan matematik dengan memberikan kepelbagaian BBM dan BBB semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini juga dapat membantu murid-murid untuk menilai keunikan dan keindahan ilmu matematik sekali gus menarik minat mereka terhadap matematik. Selain itu, penggunaan ‘Litar Formula T’ dan ‘Oh My Level’ (OML) ini dapat mengubah persepsi orang ramai tentang kebosanan belajar matematik kepada seronok belajar matematik. Dengan ini, ilmu matematik akan terus berkembang dan membantu manusia menyelesaikan masalah seharian.

Kesimpulannya, kajian ini memberi impak yang positif kepada murid-murid, guru, sekolah, dan pendidikan matematik. Seharusnya kajian seperti ini perlu diperbanyakkan lagi agar pendidikan matematik tidak bersifat statik dan penemuan-penemuan baru mengenai bahan bantu belajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) dapat dikembangkan. Inovasi dalam matematik seharusnya menjadi amalan warga pendidik dalam membantu murid-murid menilai keindahan, keunikan, dan keseronokan matematik. Inovasi dalam matematik juga amat penting ketika penerapan konsep-konsep matematik kepada murid-murid agar mereka dapat mengembangkan konsep yang dipelajari dengan baik untuk pembelajaran yang akan datang.

Penambahbaikan Kreativiti Pengajaran Guru... 27-50

49

RUJUKANAbdul Razak, Ayminsyadora, Munirah dan Rohana. (2009). From Research to

Classroom: Development of Modules that Supports Primary Mathematics Learning Focus on at Risk Students. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Ananda, K.P. (2005). Creativity and Academic Achievement. Selangor: Karisma Publications.

Asiah, A.S. (1990). Ke Arah Pendidikan Bermutu Melalui Penerapan Teknologi Pendidikan. Jurnal Pendidikan. 1(4).

Aubrey, C. (1997). Mathematics Teaching in Early Years, an Investigation of Teacher’s Subject Knowledge. London: Flamer Press.

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Choong, L. K. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Chow, F.M., & Jaizah, M. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Chua, Y.P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research Cetakan Kedua. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Diana, V.L., Robert E.R., Mary M.L., Nancy L.S., & Marilyn N.S. (2001). Helping Children Learn Mathematics Sixth Edition. United States of America: John Wiley & Sons, Inc.

Esah, S. (2003). Amalan profesionalisme Perguruan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Gan, T. H. (2007). Mastering Basic Facts of Addition and Substraction Through “Finger Arithmetic”. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri.

McNiff, J. & Whitehead, J. (2012). Action Research. London: SAGE Publications Ltd.

McNiff, J. & Whitehead, J. (2012). Doing and Writing Action Research. London: SAGE Publications Ltd.

Van De Walle, J. A. (2001). Elementary and Middle School Mathematics Teaching Developmentally Fourth Edition. United States: Addison Wesley Longman, Inc.

Johnson, A. P. (2002). A Short Guide to Action Research. Boston: Allyn and Bacon.

Kamarudin, H. (1986). Panduan Latihan Mengajar. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

50

Lambdin, D. V., Reys, R. E., Lindquist, M. M., & Smith, N. L., & Suydam, M. N. (2001). Helping Children Learn Mathematics Sixth Edition. United States of America: John Wiley & Sons.

Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1988). Teaching Mathematics; A Sourcebook of Aids, Activities, and Strategies, Second Edition. New Jersey: Prentice Hall.

Mohd Majid, K. (1990). Kaedah Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok, S. S. (1996). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

National Council of Teachers of Mathematics (NCTM). (2000). Principles and Standards for School Mathematics. Reston, VA: NCTM.

Nik Azis, N. P (1996). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Azlan, A. Z. (1995). Isu-isu Berterusan dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Sabri, A., Tengku Zawawi, T. Z., Aziz, O. (2006). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Syed Ismai, S.M, Ahmad Subki, M. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia.