28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / 2013 HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA NAMA AWANGKU SYAHRUDIN B AWANG DZULKARNAIN NO. MATRIKULASI : 80010513522301 NO. KAD PENGNEALAN : 800105135223 NO. TELEFON : 01115258006 E-MEL : sy!"#$%&80'()%*+,-) PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING .ENTRE

Pendidikan Kesihatan Assignment

Embed Size (px)

DESCRIPTION

school work

Citation preview

Petunjuk

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2013

HBHE 2203

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA NAMA

AWANGKU SYAHRUDINB AWANG DZULKARNAIN

NO. MATRIKULASI

: 80010513522301NO. KAD PENGNEALAN: 800105135223NO. TELEFON

: 01115258006E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: SARAWAK LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0PENGENALAN

2

2.0JEREBU DI MALAYSIA

3

3.0INDEKS PENCEMARAN UDARA

6

4.0PUNCA PUNCA JEREBU

9

5.0KESAN KESAN JEREBU

15

6.0LANGKAH DAN CADANGAN

MENGATASI JEREBU

16

7.0PENUTUP/KESIMPULAN 17

8.0 RUJUKAN

18Pengenalan

Jerebu menjadi isu berulang yang hangat diperkatakan di Malaysia khususnya. Boleh katakan, jerebu berpunca daripada beberapa sebab yang jika berterusan, ia memberi kesan yang sangat buruk terhadap masyarakat. Situasi ini turut mengganggu aktiviti kita di luar rumah masayarakat Malaysia. Majoriti turut mengambil langkah untuk banyak menghabiskan masa di dalam rumah daripada terdedah dengan keadaan di luar. Maklumat yang banyak dan berguna mengenai isu jerebu ini di media massa, terutama media cetak membantu sedikit sebanyak pengetahuan orang ramai mengenai masalah yang akibat dari masalah jerebu. Antara sebab utama berlakunya jerebu ialah perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Sikap manusia yang mengambil langkah sambil lewa terhadap alam sekitar dan perbuatan tidak bertanggungjawab ini menimbulkan beberapa kesan yang sangat tidak sihat.

Data dibawah menunjukkan data petunjuk terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorplogi Kerajaan Malaysia baru baru ini.

Petunjuk

APIStatus

0-50 Baik / Good

51-100Sederhana / Moderate

101-200Tidak Sihat / Unhealthy

201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy

>301Berbahaya / Hazardous

Terjadinya Jerebu Di Malaysia.

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini.

Pengudaraan tidak sihat sebenarnya memberi impak negatif terhadap kita, terutama kanak-kanak dan ibu mengandung. Pelbagai penyakit dan simptom kurang sihat mudah menyerang orang ramai, terutama kanak-kanak. Dalam mengatasi masalah ini, beberapa langkah perlu diambil bagi mengelak kejadian lebih teruk berlaku. Antaranya, memakai topeng di kawasan terdedah dan minum air masak sebanyak mungkin. Kita juga perlu mengurangkan penggunaan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti menyembur dan mengecat. Penggunaan kenderaan bermotor juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pencemaran udara yang semakin kritikal. Paling utama, jangan melakukan aktiviti pembakaran terbuka di luar kawasan rumah. Ini penyebab utama jerebu yang berlaku di Malaysia kini.

Pelaporan Indeks Terkini Pencemaran Udara (IPU) 2013.

Data terkini yang telah dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati berulangnya kes kadar indeks pencemaran tidak sihat berlaku di beberapa buah negeri kerana kejadian bawaan jerebu kerana pembakaran hutan di Indonesia yang tidak terkawal. Tiupan angin monsun ke Malaysia dan Singapura menyebabkan berlakunya masalah jererebu di negara ini. Negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengalami purata indek pencemaran yang begitu tinggi kerana berhampiran dengan negara jiran Indonesia.

Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan dijangka berterusan sehingga bulan September 2013. Menurut sumber data Jabatan Meteorologi Malaysia,berikut adalah skala data yang telah dipantau mengikut lokasi stesen. Sebanyak 17 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu di Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 192), Petaling Jaya, Selangor (IPU 125) , Banting, Selangor (IPU 115), Shah Alam, Selangor (IPU 112), Kuala Selangor, Selangor (IPU 104), Cheras, Kuala Lumpur (IPU 111), Batu Muda, Kuala Lumpur (IPU 108), Nilai, Negeri Sembilan (IPU 106), Seremban, Negeri Sembilan (IPU 104), Port Dickson, Negeri Sembilan (IPU 184), Pasir Gudang, Johor (IPU 110), Larkin, Johor (IPU 117), Kota Tinggi, Johor (IPU

, Indera Mahkota, Pahang (IPU 107), Balok Baru, Kuantan,Pahang (IPU 149) , Paka, Terengganu (IPU 105) dan Kemaman,Terengganu (IPU 153) dan 3 stesen berada pada tahap berbahaya iaitu Bukit Rambai, Melaka (IPU 428), Bandaraya Melaka (IPU 415) dan Muar,Johor (IPU 690).

2.0 PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN UDARA

2.1 Pembakaran

kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan

2.2 Pembakaran Bahan Api

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:

S + 2O2-----------SO4

Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

2.3 Proses Perbandaran

Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin, 2003: 102).

Sumber: Jabatan Alam Sekitar MalaysiaSelain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya (Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).

3.0 KESAN-KESAN JEREBU

3.1 Kesihatan

Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia.

Jadual 1: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.

Bahan PencemarPuncaKesan

a)Asap - Pembakaran bahan

api -Pembakaran sampah

sarap -Cerobong asap kilang -Ekzos kenderaan

bermotor

-Menggangu pernafasan normal - Pembentukkan asbut yang mengganggu

penglihatan

b) Debu-Kilang papan, kuari, simen,asbestos,batu kapur

-Serangan lelah pada pesakit asma -Batuk-batuk - Sesak nafas

c) Plumbum-Petrol berplumbum -Pembakaran bahan

bercat

- Menggangu keupayaan badan membina

Sel darah baru - Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak

d)Karbon

monoksida-Pembakaran bahan api yang tidak lengkap - Ekzos kenderaan-Menghalang pembentukan oksihemoglobin Berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang akan menggantikan oksigen dalam darah -Melembabkan otak -Boleh membawa maut sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak

e) Oksida

nitrogen-Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau kilang - Tindakan bakteria dalam tanah

-Menurunkan rintangan badan kanak-kanak terhadap selsema -Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser -Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu

3.2 Sektor EkonomiApabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi negeri Sabah. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancong bimbang dengan keselamatan mereka.

Sumber : New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 4.1 Melalui Pendidikan

Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar (Department of Invironment, 1989).

Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, Sekitar dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 402).

4.2 Larangan Pembakaran Terbuka

Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120). Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997.

4.3 Pembenihan AwanAkibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

4.4 Kempen HijauKerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 442).

Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan Ruslan, 2000).

4.5 Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul Latif Ibrahim, 1992: 57) .

4.6 Perundangan Dan Dasar KerajaanSemua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar ( JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter (Chan Ngai Weng, 2002: 43). Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0-500.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam kedua-dua proses tersebut iaitu wujudkan Pembangunan Tanpa Kemusnahan. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 398).

Tanggungjawab Orang Ramai

Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Jerebu.

Tindakan diperingkat Tempatan telah dibuat semenjak 20 Jun 2013, Majlis Keselamatan Negara telah mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu mengikut tahap amaran (on alert) dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang melibatkan peranan pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29AA(2)Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar pada 19 Jun 2013 ke atas aktiviti pembakaran terbuka di negeri Selangor, Melaka dan Johor masih berkuatkuasa; KECUALI bagi beberapa aktiviti iaitu pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak dilakukan di kawasan tanah gambut.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negara dan telahpun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri. Selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga telah mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh 4menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. JAS juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri.

Tindakan Peringkat dua hala (Bilateral) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah membuat perbincangan dengan rakan sejawatannya di Jakarta, Indonesia pada 26 Jun 2013 (Rabu) bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha menangani masalah jerebu merentasi sempadan. Malaysia juga akan terus menggesa Indonesia untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan yang telah diwujudkan semenjak tahun 2002 serta mempertingkatkan keberkesanan tindakan di peringkat tempatannya melalui Pelan Tindakan Indonesia Dalam Menangani Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan.

5.0 CARA MENCEGAH PENYAKIT AKIBATJEREBU

Perkara utama yang harus diambil berat ialah dengan menjaga system pernafsan iaitu penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi. Bagi prerokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah kerana orang yang menghidu akan menghadapi kesan yang lebih buruk berbanding dengan perokok tersebut. Selain itu, aktiviti sukan di luar rumah haruslah dikurangkan dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

6.0 PENUTUP

Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.

LAMPIRAN 1

Gambarajah 1: Seluruh kawasan dilanda jerebu

Gambarajah 2: Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/JerebuLAMPIRAN 2

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

LAMPIRAN 3

Gambarajah 3 : Manusia seharusnya menghargai anugerah alam

BIBLIOGRAFI

1.Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di

Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu

Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.2.Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan

Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia.

3.Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan

dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4.Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di

Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

5.Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003), Masalah Pembangunan Industri di

Malaysia, Selangor: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

6.Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

abatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan7.http://members.tripod.com/lttan/ 8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

Adalah amat penting bagi pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar diimbangkan supaya faedah-faedah yang didapati dari pembangunan tidak disia-siakan oleh kos-kos bagi mengatasi pencemaran alam sekitar.

_1234567891.ppt

Pembakaran sisa pertanian

_1234567893.ppt

Pembakaran sisa pertanian

_1234567895.ppt

Pembakaran sisa pertanian

_1234567896.ppt

Pembakaran sisa pertanian

_1234567894.ppt

Pembakaran sisa pertanian

_1234567892.ppt

Pembakaran sisa pertanian

_1234567890.bin