Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    1/7

    PENGENALAN

    1.1 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

    Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai

    keperluan murid-murid khas.Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik

    yang bersesuaian dengan murid-murid khas.Ini termasuklah dengan menggunakan sumber

    dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

    Munurut Hallahan dan Kauffman(2006):Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk

    pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan

    khas.Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran

    khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.ia mungkn

    memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran

    khusus.Friend(2005) menyatakan pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk

    khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya.Pengajaran ini mungkin

    dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusilain.Mansor(2005)Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang

    berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang

    berkemahiran, berhaluan,berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskan

    kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang

    seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    1.2 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

    Kanak-kanak Khas ialah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan

    keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang

    upaya ataupun kanak-kanak cacat.Istilah kanak-kanak cacat tidak lagi digunakan pada masa

    kini atas faktor sensitiviti.Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza

    daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan sensori,keupayaan

    komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.Perbezaan-perbezaan ini adalah

    mencapai tahap yang mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti

    sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada

    kapasiti maksimum.MenurutKirk(1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak

    khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan.Oleh yang

    demikian, bantuan yang disediakan oleh sekolah untuk kanak-kanak yang berbeza norma ini

    digelar pendidikan khas.Pendidikan khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi

    memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.Pendidikan ini dirancang secara

    teliti bagi membantu murid keperluan khas bagi mencapai tahap pendidikan tinggi dan

    kejayaan hidup yang memuaskan.

    Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-nantikan oleh

    semua ibu bapa.Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika menyambut kelahiran

    baharu yang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya.Menurut Simon Olshansky(1976) dalam

    bukunya Child Devlopment, ibu bapa akan mengalami kesedihan yang sangat mendalamsehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi itu tidak memenuhi kriteria yang

  • 7/27/2019 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    2/7

    diharapkan iaitu anak yang normal seperti orang lain.Walau bagaimanapun, reaksi ibu bapa

    akan semakin berubah kepada reaksi yang bersifat positif terhadap anak istimewa mereka.

    Menurut Eden (1976), ada ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap

    kehadiran anak istimewa mereka setelah satu jangka masa tertentu.Ibu bapa dapat

    menerima kehadiran anak kurang upaya, akan dapat menyesuaikan diri dengan realiti hidupbahawa anak mereka mempunyai ketidakupayaan. Ibu bapa tersebut akan berusaha

    menjalani pemulihan sebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadap

    perkembangan anak-anak mereka (Ashman & Elkin 1998).

    Orang Kurang Upaya (OKU) ialah oarng yang mengalami keterbatasan mobilitinya merujuk

    kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana atau

    berat), penglihatan dan pedengaran.Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi

    mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada

    semua aspek (Hashim Omar 1991).

    Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela nasibgolongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid pemulihan

    khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan

    bermasalah pembelajaran.Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah

    tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti sindrom Down, Autisme

    ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder, terencat akal minimum termasuklah masalah

    mental Carebral Palsy, bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia. Pendidikan yang

    diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras

    dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang diberikan mestilah

    setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007).

    2.0 Autisme

    Autisme merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanya memahami

    sebagai tanda. Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapa yang

    mempunyai anak pengidap autism, istilah itu sudah tidak asing lagi. Para professional yang

    membuat kajian dalam bidang perkembangan kanak-kanak telah membuat penyelidikan

    tentang autism, psikopatologi, cara pencegahan, dan punca-puncanya, serta kesannya

    terhadap perkembangan anak dengan autism di kemudian hari.

    2.1Definisi Autisme

    Pada masa ini, masalah autism mendapat perhatian, terutama dari ibu bapa. Selain itu,

    perasaan bimbang timbul di kalangan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak. Ini kerana

    autism akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memilih perbezaan status sosial-ekonomi,

    pendidikan, golongan etnik atau bangsa. Jumlah kes yang dilaporkan cenderung meningkat

    dari tahun ke tahun.

    Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autism berasal daripada perkataan

    bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini . autos merujuk kepada

    seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo

    Kanner telah memeperkenalkan istilah autis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian

    beliau terhadap pengidap autism yang menunjukkan respon yang negatif dalamberkomunikasi dengan orang lain., pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibal dengan

  • 7/27/2019 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    3/7

    orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael

    Waldman, Sean Nicholson, & Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does

    Television cause Autism? menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia

    merupakan pengidap autisme.

    Menurut Kamus Oxford Advance Leaner Autism ialah a mental condition in which aperson is unable to communicate aform relationship with other. Kamus elektronik Encarta

    terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autism ialah disturbance in

    phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the

    world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual

    pattern. Maka , dapat disimpulkan di sini, autism merupakan gangguan psikologi terhadap

    perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial dan sentuhan.

    Kannar (dalam safari, 2005) mendefinisikan autism sebagai ketidakmampuan untuk

    berinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton(1999) mendefinisikan Autisme sebagai

    keadaan yang mempengaruhi anak membuat mereka tidak dapat membentuk hubungan

    sosial atau mengembangkan komunikasi secara noramal.

    Menurut Ginanjar(2001), autism adalah gangguan perkembangan yang komplek disebabkan

    oleh adanya kerosakan pada otak., sehingga mengakibatkan gangguan terhadap

    perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, kepekaan terhadap

    persekitaran dan pembelajaran.Biasanya tanda-tanda akan mula kelihatan ketika anak

    berusia 3 tahun ke bawah.

    2.2 Peringkat Autisme

    a)Autisme Ringan

    Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun tidak

    berlangsung lama. Anak Autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggil

    namanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun masih boleh

    dilakukan secara dua arah meskipun hanya sesekali. Tindakan tindakan yang dilakukan

    seperti memukulkan kepalanya sendiri, menggigit kuku, gerakan tangan yang sterotipik dan

    sebagainya. Masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.

    b)Autisme sedang

    Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan sedikit kontek mata, namun ia tidak

    memberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif, menyakitidiri sendiri, acuh dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak untuk dikendalikan

    tetapi masih boleh diusahakan.

    c)Autisme Berat

    Pada tahap ini, anak autism menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak

    terkendali. Biasanya anak autism memukul-mukul kepalanya ke tembok secara berulang-

    ulang dan terus-menerus tanpa berhenti-henti. Ketika orang tua berusaha mencegah, namun

    anak tidak memberi respondan tetap melakukan, bahkan kondisi berada dipelukkan orang

    tuanya, anak autism tetap memukul-mukul kepalanya. Ia akan berhenti setelah mereka rasa

    keletihan kemudian langsung tertidur.

  • 7/27/2019 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    4/7

    2.3 Ciri-Ciri Kanak Autisme

    a)Masalah Komunikasi

    Seseorang kanak-kanak autism biasanya tidak menunjukkan perkembangan bahasa

    seperti kanak-kanak lain. Malahan, tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap

    penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya

    jika seseorang bertanya sudah makan?, dia menjawab sudah makan. Jika ditanya Sudah

    minum?, di menjawab sudah minum. Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan echolalia. Dia

    tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif.

    b)Suka Bersendirian

    Masalah paling ketara ialah kanak-kanak autism tidak menunjukkan kebolehan

    berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalm dunianya sendiri.

    Ibunya mendapati sukar untuk menjalinkan kemesraan dengannya kerana dia tidak suka

    dibelai, dicium atau dipeluk. Realitinya, kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidakmendapat gerakbalas.Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak, buta atau seolah-olah

    tiada apa yang berlaku. Mereka turut mempunyai tingkah laku yang aneh atau berlainan

    daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak autism biasanya akan leka bermain sehingga

    berjam-jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika

    barang itu diamabil, dialih atau hilang. Kebanyakkan kanak-kanak autisme akan

    menunjukkan tinkahlaku yanag bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk

    tangan, menjengkit-jengkit kakinya apabila berjalan, memutar-mutar benda seperti tudung

    botol dan alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik, serta mengumpul batu-batu,

    bermain suis lampu dan sebagainya.

    Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dansosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian, didapati

    hampir 30 peratus kanak-kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa

    kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi, anak mereka

    tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga

    bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang-jarang dirasai atau

    dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak-anak autistik. Bayi-bayi dari usia sembilan

    bulan ke atas sudah gemar mengikut-ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi

    kanak-kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-kanak autistik yang

    didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri-ciri autistik menjelang

    usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti kanak-kanak lain tetapikebolehan ini kemudian hilang sama sekali.

    Berdasarkan masalah utama di atas, ternyata hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada

    masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih

    lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami

    kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha

    menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Individu autistik

    sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukar terbabit secara

    langsung apabila berbual-bual. Hakikatnya, tingkah laku yang suka mencederakan diri

    menandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang

    daripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat anti kemurungan.

    Kebiasaannya, kanak-kanak autisme memilih satu bahasa pertuturan. Jika selesa berbahasa

  • 7/27/2019 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    5/7

    Inggeris, mereka bertutur dalam bahasa berkenaan dengan sesiapa juga dan ibu bapa

    disaran menggunakan bahasa pilihan anak ketika berinteraksi dengan mereka. Ini penting

    dalam mewujudkan interaksi dengan kanak-kanak autism dan memudahkan komunikasi

    ketika mereka berada bersama masyarakat.

    c) Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

    Kanak-kanak autistik suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu

    menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan serta

    sering menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda

    kereta mainan berpusing. Mereka juga sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi.

    Contohnya mereka berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar dan

    menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Mereka sentiasa bergerak dan sering menunjukkan

    pergerakan yang pelik dan serta melakukannya berulang-ulang.

    d) Masalah tingkah laku

    Masalah tingkah laku kanak-kanak autistik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu;

    i. Suka mengasingkan diri.

    Kanak-kanak autistik dalam kategori ini biasanya menunjukkan kekecewaan yang terlampau

    dengan tindak balas yang negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak

    ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.

    Justifikasi kepada orang lain akan menimbulkan kebimbangan akan dicederakan oleh kanak-

    kanak autistik walaupun secara lahiriahnya mereka tidak berniat untuk mencederakan

    sesiapa.

    ii. Kumpulan pasif

    Kanak-kanak dalam kategori ini agak bermasalah kerana kebiasaannya tidak memahami

    keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka

    biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Dalam konteks ini, tingkah laku

    mereka bersandarkan apa yang mereka lakukan tanpa mengira apa yang berlaku di

    sekeliling mereka. Ironinya, mereka lebih senang berada dalam persekitaran mereka.

    iii. Tidak tahu bersosial

    Oleh sebab kanak-kanak kategori ini hidup dengan dunianya sendiri menjadikan dirinya tidak

    tahu bersosial dengan rakan lain. Paling ketara kanak-kanak ini tidak yakin dengan

    kemampuan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain.

    iv. Aktif tetapi berperangai pelik

    Kanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka

    diejek atau dibuli kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak kisah diejek atau dibuli, tetap dengan

    sikapnya seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan.

    3.0 Ciri sampingan kanak-kanak Autisme

    Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosialdan berfikir secara kreatif.Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk

  • 7/27/2019 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    6/7

    atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Malahan, pada

    peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi

    yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan

    bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan

    meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya

    ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak sukamenjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka

    mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar echolalia, iaitu suka mengulangi

    percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk

    mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai

    tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.

    Malah terdapat masalah sampingan yang lain melibatkan anggota keluarga yang lain iaitu

    timbulnya kebimbangan antara anggota keluarga untuk membawa anak-anak autisme ini

    keluar. Ironinya, peluang untuk melawat sahabat-handai atau berekreasi sukar diperoleh

    kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti-aktiviti seperti membeli

    belah, bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh

    perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.

    Dalam pada itu, kanak-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan

    agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain

    serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering

    menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya, mereka sukar

    mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang

    memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -

    beradiknya dan menyulitkan keluarga . Keadaan ini boleh menggugat kesihatan mereka.

    Sudah pastinya adik-beradik kepada kanak-kanak autistik mungkin juga tidak terlepas

    daripada masalah emosi. Malah, ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan

    datang ke rumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian

    sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini

    mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Sememangnya ada juga jiran

    yang mengambil berat dengan keluarga kanaka-kanak autistik dengan memberi komen yang

    membina agar mereka kuat dalam menghadapi anak-anak yang berkeperluan khas malah

    ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengejek kanak-kanak tersebut. Realitinya

    inilah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka malu untuk berhadapan dengan dunia

    luar.

    Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami-isteri dalam usaha mereka mencari

    jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh menggugat kestabilan

    rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali ialah kebanyakan pasangan yang

    mempunyai anak -anak yang autistik, terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap

    mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Dalam konteks ini, ibu bapa amnya perlu ada

    rasa tanggungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala-galanya

    dan masalah-masalah yang dihadapi tidak dibiarkan menggugat kestabilan rumah-tangga

    mereka.

  • 7/27/2019 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    7/7

    Malahan, cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripada

    penjagaan kanak-kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga

    yang lain. Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu.

    Terdapat juga kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik sertabijak menyusun jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh sebab

    itu, penilaian terhadap kanak-kanak autistik perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang

    terperinci, pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya.

    Kelemahan- kelemahan dan kekuatan-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal

    pasti.

    3.0 KAJIAN KES

    Kajian kami bermula pada 1 Oktober 2012 hinggalah 31 Oktober 2012.Kajian yang kamilakukan ialah di sekolah SK Taman Seri Gombak. Sekolah tersebut mempunyai kelas murid-

    murid normal dan juga kelas murid berkeperluan khas ataupun masalah

    pembelajaraan.Sekolah tersebut mempunyai seramai 13 orang guru pendidikan khas dan 7

    orang pembantu pengurusan murid(PPM) serta 81 orang murid yang mempunyai pelbagai

    jenis ketidakupayaan sebagai contoh, Sindrom Down,Autisme,Disleksia dan Masalah

    Pembelajaran.Selebihnya pelajar yang diinklusifkan separa